pengenalan kepada pangkalan data

43
PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Upload: asterer-terer

Post on 23-Jan-2017

994 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan kepada pangkalan data

PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 2: Pengenalan kepada pangkalan data
Page 3: Pengenalan kepada pangkalan data

PENGENALAN KEPADA PANGKALAN DATA

3

Topik 1.0 Pengenalan Kepada Pangkalan Data

A. Objektif

Pada akhir sesi guru dapat:

1. Membanding beza data dan maklumat.

2. Memberi pengertian dan kepentingan pangkalan data.

3. Menstrukturkan kaedah penyimpanan data secara bermakna.

4. Menunjukkan secara grafik organisasi pangkalan data dan hierarki data.

5. Menyatakan ciri-ciri Pangkalan Data.

B. Kandungan Pengajaran

1. Pengertian Data dan Maklumat.

2. Pangkalan Data.

3. Perkembangan Sistem Pengurusan Pangkalan Data Secara Elektronik.

4. Rekabentuk dan Model Pangkalan Data.

5. Organisasi Pangkalan Data.

6. Ciri-ciri Pangkalan Data.

Page 4: Pengenalan kepada pangkalan data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

4

1. PENGERTIAN DATA DAN MAKLUMAT

Secara ringkasnya, hubungan di antara data dan maklumat boleh digambarkan seperti rajah di

bawah.

Data

• Markah ujian bulanan bagi mata pelajaran Matematik untuk setiap murid di dalam satu kelas.

• Data merupakan himpunan

fakta mentah mengenai

sesuatu benda, kejadian,

orang atau entiti yang terdiri

daripada perkataan, angka

atau gambar

• Data boleh menjadi sesuatu

fakta yang bermakna atau

tidak bermakna sehingga

fakta-fakta tersebut diproses.

Definisi Contoh

• Maklumat merupakan hasil

daripada pengumpulan,

pemprosesan dan

penganalisaan data yang

boleh digunakan untuk

membuat sesuatu keputusan.

• Maklumat yang dihasilkan ini

lebih bermakna dan mudah

untuk difahami.

• Purata markah ujian bulanan

bagi mata pelajaran

Matematik untuk satu kelas.

.

Maklumat

Data Data

Maklumat

Kutip Simpan Proses Sunting Susun

Page 5: Pengenalan kepada pangkalan data

PENGENALAN KEPADA PANGKALAN DATA

5

Contoh Perkaitan Data Dan Maklumat

MAKLUMAT MURID

Nama : Muhammad Irfan bin Azmi Umur : 11 Tahun Nombor Kad Pengenalan : 031024 – 14 – 4263 Tarikh Lahir : 24 Oktober 2003 Alamat : 45, Lorong Jaya 6, Taman Jaya Bandar Tun Razak 56000 Kuala Lumpur

45, Lorong Jaya 6 Taman Jaya

Bandar Tun Razak

56000 Kuala Lumpur

DATA

Muhammad Irfan bin Azmi

11

031024-14-4263 24 Oktober 2003

Page 6: Pengenalan kepada pangkalan data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

6

2. PANGKALAN DATA

i. Pengenalan Pangkalan Data

ii. Sistem Fail

• Pangkalan data boleh diilustrasikan sebagai tempat pengumpulan dan penyimpanan

data.

• Pangkalan data ini boleh terbahagi kepada dua iaitu secara sistem fail atau secara

elektronik.

• Pangkalan data ini memudahkan data atau maklumat ini dicapai, diuruskan atau

dikemaskini.

• Sistem fail digunakan untuk menyimpan semua maklumat dalaman dan luaran yang

berkaitan dengan sesuatu projek, produk, tugas, pelanggan atau pekerja.

• Penyimpanan fail bermula secara manual. Dalam sistem fail secara manual, data dan

maklumat disimpan di dalam fail-fail kertas. Setiap fail dilabelkan dan disimpan bagi

tujuan mudah dicapai dan sebagai langkah keselamatan fail-fail tersebut

• Kemudian diperkenalkan data dalam sistem berkomputer yang disimpan dengan

menggunakan sistem fail biasa.

• Konsep pangkalan data timbul hasil daripada keperluan untuk membina sistem

pemprosesan data yang banyak bagi menyokong aplikasi-aplikasi di organisasi yang

memerlukannya.

• Pangkalan data merupakan himpunan data-data berkaitan yang dikongsi bersama oleh

pelbagai kategori pengguna bagi memenuhi kehendak dan keperluan maklumat

sesebuah organisasi.

Page 7: Pengenalan kepada pangkalan data

PENGENALAN KEPADA PANGKALAN DATA

7

iii. Sistem Fail Biasa Secara Berkomputer

iv. Sistem Fail Secara Sistem Pengurusan Pangkalan Data

Hal Ehwal Murid

Ko-kurikulum

Sistem Hal

Ehwal Murid

Guru

Fail Hal Ehwal

Murid Data Disiplin

Data Bantuan

Data Murid

Sistem Ko-

Kurikulum

Fail Ko-

Kurikulum Data Sukan

Data Kelab

Data Murid

Sistem

Maklumat murid

Fail Maklumat

Murid Data Penjaga

Data Akademik

Data Murid

Hal Ehwal Murid

Ko-kurikulum

Guru

Sistem Hal

Ehwal Murid

Sistem Ko-

Kurikulum

Sistem

Maklumat murid

Sistem Pengurusan Pangkanalan

Data Data Sukan

Data Kelab

Data Bantuan

Data Disiplin

Data Penjaga

Data Murid

Data Akademik

Page 8: Pengenalan kepada pangkalan data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

8

Kelemahan Sistem Fail Secara Manual

• Rekod sukar diubah

• Memerlukan masa yang panjang untuk proses carian

• Memerlukan lokasi penyimpanan fail yang besar

Kelemahan Sistem Fail Secara Berkomputer

• Pengulangan Data Tiada kawalan pusat boleh menyebabkan data yang sama disimpan berulangkali

• Data Lewah Data atau rekod yang sama disimpan dalam dua atau lebih fail

• Ketidakselarasan Data Data dalam satu fail dikemaskini tanpa mengemaskini fail lain yang disimpan oleh jabatan lain.

• Kawalan Data Yang

Lemah

Terdapat jabatan yang mempunyai data yang tidak lengkap

• Pengasingan Data Data disimpan berasingan menyukarkan proses penggabungan maklumat

• Kebersandaran Format

Data

Fail disimpan dalam format berlainan menyebabkan ia sukar untuk dikemas kini dan diproses

Kebaikan Sistem Fail Secara Sistem Pengurusan Pangkalan Data

• Mengelakkan pengulangan dan lewahan data

• Keselarasan data lebih terjamin

• • Memudahkan kawalan dan perkongsian data

• • Capaian data lebih pantas dan tepat

• • Keselamatan data lebih terjamin

• Kebebasan format data yang disimpan

• • Mampu menampung lebih ramai pengguna melalui capaian serentak

Page 9: Pengenalan kepada pangkalan data

PENGENALAN KEPADA PANGKALAN DATA

9

3. Perkembangan Sistem Pengurusan Pangkalan Data Secara Elektronik

4. REKABENTUK DAN MODEL PANGKALAN DATA

Rekabentuk pangkalan data merujuk kepada rekabentuk logikal struktur asas penyusunan data

untuk penyimpanan data.

Model pangkalan data merupakan model data yang menentukan struktur logikal bagaimana data itu

disimpan, disusun dan dikendalikan.

Terdapat beberapa model pangkalan data utama yang digunakan iaitu:

• Model Hierarki (Hierarical Database Model)

• Model Jaringan (Network Model)

• Model Hubungan (Relational Model)

• Model Hubungan Entiti (Entity-relational Model)

• Secara ringkasnya sejarah pembangunan sistem pengurusan pangkalan data secara elektronik ini boleh dibahagikan kepada 3 generasi.

• Generasi pertama ini bermula sekitar tahun 1968 yang dikenali sebagai Information Management System (IMS) yang digunakan untuk projek pendaratan Apollo di bulan yang berasaskan kepada hirarki.

• Generasi kedua merupakan penanda aras atau panduan kepada perisian-perisian

sistem pangkalan data yang ada sekarang. Bahasa pertanyaan struktur (SQL) yang

dibangunkan oleh IBM awal 1970-an juga menjadi perkara penting dalam generasi ini.

• Generasi terkini telah berkembang bersama-sama dengan peningkatan penggunaan

pengaturcaraan berorientasikan objek. Kemunculan sistem pangkalan data XML dan

NoSQL menjadi pemangkin kepada pembangunan sistem pangkalan data. Sistem

pangkalan data XML merupakan sistem pangkalan data yang berorientasikan struktur

dokumen. Sistem pangkalan data NoSQL pula merupakan sistem pangkalan data

yang yang menyediakan mekanisma penyimpanan dan capaian semula data dan

maklumat.

Page 10: Pengenalan kepada pangkalan data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

10

Pertimbangan dalam merekabentuk pangkalan data

Tujuan pangkalan data

• Perlu mengetahui apakah maklumat yang akan diproses oleh pangkalan data tersebut. Ini

bagi menentukan apakah subjek (entiti) dan fakta apa mengenai subjek tersebut (atribut)

yang perlu disimpan.

Apakah Itu Entiti Dan Atribut?

Entiti Atribut

Suatu objek unik dan boleh

dikenal pasti dalam sesuatu

persekitaran seperti orang,

tempat atau benda yang boleh

dikutip dan disimpan sebagai

data.

Ciri-ciri yang menerangkan sesuatu entiti Contoh: Entiti = Murid Atribut untuk Murid adalah seperti:

• Nombor kad pengenalan

• Nama

• Tarikh Lahir

• Alamat

• Kelas

Tarikh lahir

Nombor kad pengenalan

Entiti Atribut

Nama

Alamat

Murid

Kelas

Page 11: Pengenalan kepada pangkalan data

PENGENALAN KEPADA PANGKALAN DATA

11

JENIS DATA

5. ORGANISASI PANGKALAN DATA

Teks Mengandungi teks dan angka yang tidak digunakan untuk membuat operasi matematik atau logik. Contoh : Nama murid, nombor kad pengenalan dan umur

Nombor Mengandungi angka yang khusus digunakan untuk membuat operasi matematik atau logik. Contoh : Markah Peperiksaan Penggal 1 Kelas 6A

Tarikh/Masa . Mengandungi data khusus untuk tarikh dan masa. Contoh : 4/17/14, 05:34:00 PM, Thursday, April 17, 2014

OLE Object Mengandungi data khusus yang meliputi gambar, suara dan data dari aplikasi lain. Contoh : Gambar murid, gambar guru dan lagu

Di dalam pangkalan data, data-data akan disimpan dan direkod di dalam bentuk jadual

mengikut medan-medan yang telah ditentukan. Pangkalan data boleh terdiri daripada satu

atau lebih jadual. Gambar rajah di bawah adalah contoh jadual yang terdiri daripada gabungan

rekod dan medan.

Page 12: Pengenalan kepada pangkalan data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

12

Berikut adalah istilah dan penerangan berkenaan Jadual, Rekod dan Medan.

Istilah Keterangan

Jadual • Koleksi rekod-rekod yang berkaitan

Rekod • Koleksi medan yang berkaitan dan dalam jadual

• Selalunya medan berada pada kedudukan baris

dijadual.

Medan • Kombinasi satu atau lebih bait atau aksara

• Setiap medan diwakili oleh lajur pada jadual

• Medan merupakan unit terkecil dalam sistem

pangkalan data .

HIERARKI DATA

Hierarki data adalah sebuah piramid yang menunjukkan bagaimana data disusun dari unit yang kecil

kepada unit yang besar dan kemudian membentuk sebuah pangkalan data.

Gambar rajah di bawah menunjukkan perkaitan dan susunan data mengikut hierarki data.

BIT

BAIT

MEDAN

REKOD

FAIL

PANGKALAN DATA

Page 13: Pengenalan kepada pangkalan data

PENGENALAN KEPADA PANGKALAN DATA

13

Page 14: Pengenalan kepada pangkalan data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

14

6. CIRI-CIRI PANGKALAN DATA

Pangkalan data mempunyai ciri-ciri dan keupayaan yang tertentu seperti dapat mengemaskini,

menyusun dan menapis maklumat yang dikehendaki. Lihat jadual di bawah.

Sistem Pengurusan Pangkalan Data – Database Management System (DBMS)

Operasi Asas Kegunaan

Update (kemaskini) • Proses untuk mengubah isi kandungan bagi rekod di dalam

fail/jadual. Proses ini mungkin menambah, memadam atau

mengubah isi kandungan rekod.

Insert (memasukkan) • Proses untuk menambah rekod baru ke dalam fail/jadual.

Delete (memadam) • Proses untuk mengeluarkan rekod daripada fail/jadual.

Sort (susun) • Untuk menyusun rekod di dalam fail/jadual berdasarkan

kepada kriteria tertentu seperti susunan rekod mengikut

tarikh. Menyusun rekod mengikut urutan “ascending”

( A ke Z) dan “descending” ( Z ke A)

Filter ( tapis) • Menapis satu atau lebih rekod dalam keadaan tertentu.

� Sistem Pengurusan Pangkalan Data atau Database Management System (DBMS)

adalah satu sistem perisian yang membolehkan pengguna mentakrif, mencipta,

menyusun, mengemas kini, mengurus dan menyelenggara pangkalan data. DBMS

turut mengawal capaian terhadap data dalam pangkalan data.

� DBMS boleh dianggap sebagai antaramuka di antara pengguna dan pangkalan data

di mana ia membantu pengguna mencapai dan memanipulasikan data yang

disimpan di dalam pangkalan data.

� Antara DBMS yang biasa digunakan ialah Microsoft Access, dBASE III Plus,

FoxBASE Plus, Oracle, MS SQL Server, SoftBASE, Clipper, Paradox

Page 15: Pengenalan kepada pangkalan data

PENGENALAN KEPADA PANGKALAN DATA

15

Contoh-contoh Perisian Sistem Pengurusan Pangkalan Data

Page 16: Pengenalan kepada pangkalan data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

16

Contoh-contoh Sistem Pengurusan Pangkalan Data

Page 17: Pengenalan kepada pangkalan data

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA

17

Topik 2.0 Pembangunan Pangkalan Data

A. Objektif

Pada akhir sesi guru dapat:

6. Mengenal pasti ciri-ciri dan fungsi dalam perisian aplikasi pangkalan data.

7. Membina dan mengisi jadual untuk mewujudkan relationship.

8. Membina dan mengisi borang untuk mewujudkan rekod.

9. Menyunting rekod

B. Kandungan Pengajaran

Pengenalan

1. Membina Pangkalan Data.

2. Membina jadual (Table).

3. Membina carian (Query).

4. Membina borang (Form).

5. Membina laporan (Report)

6. Membuat hubungan (Relationship).

7. Membina carian (Query) menggunakan dua jadual.

8. Membina borang (Form) menggunakan dua jadual.

9. Menjana laporan (Report) menggunakan dua jadual.

Page 18: Pengenalan kepada pangkalan data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

18

PEMBINAAN PANGKALAN DATA

Pengenalan Kepada Pangkalan Data

I. Apakah Pangkalan Data

Pangkalan data adalah seperti sebuah kabinet fail. Pangkalan data boleh digunakan

untuk:

a. Mendapatkan maklumat dengan pantas, cepat dan tepat.

b. Boleh menambah, mengubahsuai atau memadam sesuatu rekod.

c. Menyelenggara data dan rekod.

d. Mengisih maklumat mengikut nombor rekod atau nama sesuatu rekod.

II. Bagaimana Membina Pangkalan Data

Sebagai contoh: buku alamat berkomputer

a. Keseluruhan buku alamat dipanggil sebagai jadual (Table)

b. Maklumat lengkap dipanggil sebagai rekod. Koleksi rekod-rekod adalah

suatu jadual (Table).

c. Maklumat di dalam rekod dipanggil medan (Fields). Contohnya, nama,

alamat, nombor telefon dan sebagainya.

III. Struktur-struktur Pangkalan Data

Sesuatu Pangkalan Data boleh menggambarkan koleksi maklumat yang ingin

dipaparkan. Antara keperluan pangkalan data adalah;

a. Mencipta struktur pangkalan data.

b. Memilih jenis medan-medan yang akan digunakan dalam pangkalan data.

c. Menamakan setiap medan dengan nama yang sesuai.

IV. Memulakan Pangkalan Data

Untuk mula membina pangkalan data, seseorang itu perlu mengetahui bagaimana

untuk;

a. Memulakan Aplikasi

b. Mencipta dan membina struktur pangkalan data anda

c. Menutup dan keluar dari aplikasi.

Page 19: Pengenalan kepada pangkalan data

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA

19

1. Membina Pangkalan Data

Langkah 1: Memulakan Access

Klik pada bebutang Start untuk memaparkan menu start. Klik pada menu programs dan seterusnya

klik pada Microsoft Access.

Langkah 2 : Membina Database Baru

1. Klik Blank Database dan klik OK.

2. Klik di sini untuk menamakan Pangkalan Data. Namakan Pangkalan data dengan Latihan 1 klik OK.

3. Klik Create untuk membina pangkalan data.

Page 20: Pengenalan kepada pangkalan data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

20

2. Membina Jadual (Table)

Langkah 3: Membina Jadual

Secara default Microsoft Access 2010, Table akan dibina secara automatik setelah klik butang

Create.

Apabila anda klik pada Design View, arahan simpan akan dipaparkan.

1. Klik pada Design View untuk membuat

suntingan.

2. Klik Database View untuk melihat data

dalam pangkalan data.

3. Klik pada ruang Table Name untuk

menamakan semula Table yang dibina

dan klik OK. Namakan Table sebagai

Biodata.

Page 21: Pengenalan kepada pangkalan data

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA

21

Paparan berikut akan muncul. Secara default, ruangan Field Name yang pertama akan

dijadikan kekunci utama (Primary Key).

Langkah 4: Memasukkan Data

1. Taipkan data mengikut medan dan saiz medan yang ditetapkan.

2. Tekan bebutang Save (�) untuk menyimpan data yang telah dimasukkan.

Langkah 5: Menamatkan MSAccess

1. Klik bebutang Save (�)

2. Klik menu File dan pilih/klik Exit

4. Klik pada ruang Field

Name untuk

menambah medan

baru. Sila masukkan

nama medan baru

iaitu:

- Nama

- Nombor kad

Pengenalan

- Nombor Telefon

- Alamat

5. Klik pada ruang Data

Type untuk

menentukan jenis

Nama Medan. Sila

ubah Data Type

mengikut jenis Field

Name yang

bersesuaian.

Page 22: Pengenalan kepada pangkalan data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

22

Langkah 6: Membuka Semula Fail Pangkalan Data

• Bagi membuka semula Pangkalan Data, ulang Langkah 1 dan klik 2 kali pada fail Latihan 1

• Tambahkan 10 data bagi setiap medan selengkapnya.

3. Membina Carian (Query)

Langkah 7: Membina Queries

Tetingkap berikut akan terpapar. Pilih Simple Query Wizard dan klik OK untuk terus ke

langkah berikutnya.

1. Klik pada Tab

Create. 2. Klik pada Query Wizard

untuk membuat Query

secara Wizard.

Page 23: Pengenalan kepada pangkalan data

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA

23

Tetingkap berikut akan dipaparkan.

Tetingkap berikut akan dipaparkan dan klik butang Finish untuk selesai membina Query

Wizard.

6. Namakan Query yang

telah dibina dengan

QBiodata.

3. Klik pada Table Query

untuk memilih sumber

data sekiranya terdapat

lebih dari satu Table.

Semua Medan yang

dibina dalam Table

akan dipaparkan di

sini.

4. Klik pada > untuk

memilih Medan atau >>

untuk memasukkan

semua Medan yang ada

dalam Table.

5. Klik pada Next untuk

teruskan ke langkah

berikutnya.

Page 24: Pengenalan kepada pangkalan data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

24

Berikut adalah paparan Query dalam bentuk Design View.

Klik pada View dan DataSheet View atau ! untuk melihat paparan Query yang telah dibuat.

Paparan Alamat dalam Query tidak terpapar kerana Filter dalam Query yang di atas telah

dilakukan.

Klik Save (9) untuk simpan Query yang telah dibuat.

Untuk membuat filter,

hilangkan / pada ruangan

berkenaan. Cuba buang /

pada Alamat.

Page 25: Pengenalan kepada pangkalan data

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA

25

4. Membina Borang (Form)

Langkah 8: Membina Borang

1. Klik pada Tab

Create. 2. Klik pada Form Wizard

untuk membina Form

secara Wizard.

3. Pilih sama ada sumber data

daripada Table atau Query

4. Pilih sama ada data sebahagian atau

semua data ingin dimasukkan ke

dalam Form. ( > sebahagian, >>

untuk semua)

5. Klik Next untuk teruskan ke langkah

berikutnya.

Page 26: Pengenalan kepada pangkalan data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

26

Paparan Form View adalah seperti di bawah.

6. Pilih jenis Form yang bersesuaian.

7. Klik Next untuk langkah berikutnya.

8. Namakan Form dengan F_Biodata.

9. Klik Finish untuk selesai membina

Form.

Page 27: Pengenalan kepada pangkalan data

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA

27

Berikut pula adalah paparan Design View.

5. Membina Laporan (Report)

Langkah 9: Membina Laporan.

1. Klik pada Tab

Create. 2. Klik pada Report Wizard

untuk membina Report

secara Wizard.

Page 28: Pengenalan kepada pangkalan data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

28

3. Pilih sumber data sama ada

daripada Table atau Query untuk

membuat Report.

4. Pilih sama ada data sebahagian atau

semua data ingin dimasukkan ke

dalam Report. ( > sebahagian, >>

untuk semua)

5. Klik Next untuk teruskan ke langkah

berikutnya.

6. Klik Next untuk teruskan ke langkah

berikutnya.

7. Di paparan ini, kita diberi pilihan

untuk menyusun maklumat yang

dikehendaki mengikut ketetapan

kita sendiri.

8. Klik Finish untuk melihat paparan

Report yang dijana.

Page 29: Pengenalan kepada pangkalan data

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA

29

Paparan Report seperti di bawah akan terpapar.

Klik pada Design View untuk membuat perubahan paparan Report.

6. Membina Hubungan (Relationships)

Langkah 10: Membina Relationships

1. Dalam membina Relationships, sekurang-kurangnya dua Table atau Query diperlukan untuk

membina relationship.

2. Untuk langkah berikutnya, ulang Langkah 3 hingga Langkah 5 untuk membina Table baru.

3. Klik pada Tab Database Tool,

4. klik pada ikon Relationships

5. Klik pada ikon Show Table

Page 30: Pengenalan kepada pangkalan data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

30

Tetingkap berikut akan dipaparkan.

Tetingkap berikut akan dipaparkan. Di sini kita boleh menghubungkaitkan antara satu Table

dengan Table yang lain atau Table dengan Query.

Pilih sumber data dari Table atau

Query yang telah dibina.

Klik Add untuk masukkan

Table/Query ke dalam

Pangkalan Data.

Page 31: Pengenalan kepada pangkalan data

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA

31

Di ruangan ini, klik pada medan Nombor Kad Pengenalan dalam Table Biodata dan seretkan

ke medan Nombor Kad Pengenalan dalam Table Kelas. Tetingkap berikut akan dipaparkan.

Ulang langkah di atas untuk membina Relationships yang lain jika melibatkan banyak Table

atau Query.

Berikut adalah contoh paparan Relationships yang melibatkan Table dan Query.

Klik Create

untuk membina

Relationships.

Page 32: Pengenalan kepada pangkalan data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

32

7. Membina Carian (Query) Menggunakan Dua Jadual

Langkah 11: Membina carian dengan dua jadual

Ulang langkah 7 untuk membina Query Wizard. Apabila tetingkap di bawah dipaparkan, pilih

data dari kedua-dua Table yang telah dibina.

Langkah berikutnya adalah seperti langkah-langkah membina Query Wizard seperti yang

ditunjukkan di atas. Namakan Query ini sebagai QKelas.

Pilih data dari Table: Biodata dan

klik > untuk memilih medan yang

ingin dimasukkan ke dalam Selected

Fields.

Pilih data dari Table: Kelas dan klik

> untuk memilih medan yang ingin

dimasukkan ke dalam Selected

Fields. Klik Next untuk langkah

berikutnya.

Page 33: Pengenalan kepada pangkalan data

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA

33

Berikut adalah paparan Query View hasil daripada Relationships antara dua Table.

8. Membina Borang (Form) Menggunakan Dua Jadual

Langkah 12: Membina borang dengan dua jadual

Ulang langkah 8 untuk membina Form Wizard. Apabila paparan di bawah dipaparkan, pilih

data dari kedua-dua Table yang telah dibina.

Pilih data dari Table: Biodata dan

klik > untuk memilih medan yang

ingin dimasukkan ke dalam Selected

Fields.

Page 34: Pengenalan kepada pangkalan data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

34

Langkah berikutnya adalah seperti langkah-langkah membina Form Wizard seperti yang

ditunjukkan di atas. Namakan Form ini sebagai F_Kelas.

Berikut adalah paparan Form View hasil daripada Relationships antara dua Table.

Pilih data dari Table: Kelas dan klik

> untuk memilih medan yang ingin

dimasukkan ke dalam Selected Fields

dan kemudian klik Next untuk

langkah berikutnya.

Page 35: Pengenalan kepada pangkalan data

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA

35

9. Menjana Laporan Menggunakan Dua Jadual

Langkah 14: membina laporan dengan dua jadual

Ulang langkah 9 untuk membina Report Wizard. Apabila tetingkap di bawah dipaparkan, pilih

data dari kedua-dua Table yang telah dibina.

Langkah berikutnya adalah seperti langkah-langkah membina Report Wizard seperti yang

ditunjukkan di atas. Namakan Report ini sebagai Kelas.

Berikut adalah paparan Report View hasil daripada Relationships antara dua Table.

Pilih data dari Query: QKelas dan

klik > untuk memilih medan yang

ingin dimasukkan ke dalam Selected

Fields dan klik Finish untuk langkah

seterusnya.

Page 36: Pengenalan kepada pangkalan data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

36

Page 37: Pengenalan kepada pangkalan data

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA

37

Page 38: Pengenalan kepada pangkalan data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

38

Page 39: Pengenalan kepada pangkalan data

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA

39

MANUAL PENGGUNAAN EPSA

LANGKAH 1.0

Guru mengakses portal EPSA di alamat www.epsa.gov.my (rujuk Rajah 1).

LANGKAH 2.0

Guru login menggunakan user id dan password seperti berikut :

User ID : no kad pengenalan

contohnya : 871101085432

Password : eps@”6 digit terakhir kad pengenalan”

contohnya : eps@085432

(rujuk Rajah 1).

Rajah 1

Page 40: Pengenalan kepada pangkalan data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

40

LANGKAH 3.0

Guru klik pada Tab myElearning. (rujuk Rajah 2).

Rajah 2

LANGKAH 4.0

Guru klik pada ruangan All.

(rujuk Rajah 3).

Rajah 3

Page 41: Pengenalan kepada pangkalan data

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA

41

LANGKAH 5.0

Guru klik pada tajuk kursus TMK Tahun 5 (Rangkaian). (rujuk Rajah 4).

Rajah 4

LANGKAH 6.0

Guru klik pada Course Documents. (rujuk Rajah 5).

Rajah 5

Page 42: Pengenalan kepada pangkalan data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

42

LANGKAH 7.0

Guru klik Courses : TMK Tahun 5 Rangkaian. (rujuk Rajah 6).

Rajah 6

LANGKAH 8.0

Guru klik pada kandungan modul pada Course Outline untuk memulakan kursus. “Legend”

menunjukkan status guru melengkapkan kandungan modul tersebut. Guru harus melengkap

pembelajaran setiap kandungan. (rujuk Rajah 7).

Rajah 7

Page 43: Pengenalan kepada pangkalan data

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA

43

LANGKAH 9.0

Selepas guru melengkapkan semua kandungan dalam modul tersebut. Guru klik Assessment (TMK

Tahun 5 Rangkaian). (rujuk Rajah 8).

Rajah 8

LANGKAH 10.0

Guru melengkapkan Assessment (TMK Tahun 5 Rangkaian) dengan klik butang “Click to begin”.

(rujuk Rajah 9).

Rajah 9