pengenalan kepada blog v2

18
Pembangunan Blog 1 PENGENALAN KEPADA BLOG Definisi Blog Blog merupakan suatu catatan atau tulisan yang terdapat di jaringan internet. Catatan yang dibuat adalah mengenai sesuatu tajuk seperti makanan, politik, berita tempatan, dan sebagainya. Blog yang tipikal menggabungkan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Kegiatan atau aktiviti untuk membuat dan mengemaskini blog disebut blogging. Individu yang melakukan blogging disebut dengan blogger (blogawan). Kepentingan Blog Dengan adanya blog, seseorang dapat bertukar-tukar maklumat tentang sesuatu perkara yang mereka tahu dan mendapat maklumbalas daripada ulasan-ulasan yang diberikan oleh pembaca blog. Oleh itu, catatan yang dilakukan dapat dikongsi oleh sesiapa sahaja yang melawat ke blog anda. Blog juga sering menjadi salah satu sumber rujukan utama untuk mengetahui berita- berita semasa secara rasmi atau tidak. Ia juga menjadi medan atau tempat seseorang memperkenalkan diri dan juga produk mereka. Faedah Penghasilan Blog 1. Kewujudan blog secara pesat telah menyebabkan banyak perkara yang telah diutarakan (fakta sahih atau tidak) dan secara tidak langsung dapat membantu pengguna blog bertukar-tukar buah fikiran serta pendapat dan memperoleh maklumbalas tentang sesuatu perkara secara positif. Keupayaan menilai sesuatu perkara itu amat pening bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan. 2. Blog boleh menjadi tempat penyimpanan maklumat yang boleh dirujuk pada bila-bila masa sahaja.

Upload: osmawati-osman

Post on 17-Jun-2015

410 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan kepada blog v2

Pembangunan Blog 1

PENGENALAN KEPADA BLOG

Definisi Blog

Blog merupakan suatu catatan atau tulisan yang terdapat di jaringan internet. Catatan

yang dibuat adalah mengenai sesuatu tajuk seperti makanan, politik, berita tempatan,

dan sebagainya. Blog yang tipikal menggabungkan teks, imej, dan pautan ke dalam

blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya.

Kegiatan atau aktiviti untuk membuat dan mengemaskini blog disebut blogging.

Individu yang melakukan blogging disebut dengan blogger (blogawan) .

Kepentingan Blog

Dengan adanya blog, seseorang dapat bertukar-tukar maklumat tentang sesuatu

perkara yang mereka tahu dan mendapat maklumbalas daripada ulasan-ulasan yang

diberikan oleh pembaca blog. Oleh itu, catatan yang dilakukan dapat dikongsi oleh

sesiapa sahaja yang melawat ke blog anda.

Blog juga sering menjadi salah satu sumber rujukan utama untuk mengetahui berita-

berita semasa secara rasmi atau tidak. Ia juga menjadi medan atau tempat seseorang

memperkenalkan diri dan juga produk mereka.

Faedah Penghasilan Blog

1. Kewujudan blog secara pesat telah menyebabkan banyak perkara yang telah

diutarakan (fakta sahih atau tidak) dan secara tidak langsung dapat membantu

pengguna blog bertukar-tukar buah fikiran serta pendapat dan memperoleh

maklumbalas tentang sesuatu perkara secara positif. Keupayaan menilai sesuatu

perkara itu amat pening bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan.

2. Blog boleh menjadi tempat penyimpanan maklumat yang boleh dirujuk pada bila-bila

masa sahaja.

Page 2: Pengenalan kepada blog v2

Pembangunan Blog 2

3. Blog mampu memupuk budaya berfikir dan membaca serta pencernaan minda yang

lebih meluas. Ia meingkatkan kreativiti kepada blogawan dalam membentuk karaktor

diri dan blog serta persekitaran blog yang dihasilkan.

4. Seseorang blogawan dapat mempelajari teknik menulis yang lebih baik dari masa ke

masa, ia berkembang bersama pemikiran. Ia mampu memperbaiki corak penulisan

seseorang dan memperkembangkan teknik menulis yang lebih matang. Blog juga

mampu menajamkan lagi teknik penulisan seseorang dan menjadikan seseorang itu

lebih kreatif.

5. Blog juga mampu menjadi senjata serangan pena kepada individu yang berniat tidak

baik kepada seseorang atau sesebuah kumpulan tertentu. Serangan peribadi adalah

suatu budaya yang perlu dielakkan dalam menulis catatan bagi mengelakkan

berlakunya perkara negatif.

Ciri-ciri Sesebuah Blog

1. Blog tidak mengklasifikasikan helaian halaman melalui sistem indeks muka surat

yang berfungsi menyusun kesemua catatan secara berturutan seperti mana

kebiadaan yang terdapat di dalam sesebuah laman web.

2. Blog menggunakan sistem penyusunan kesemua catatan lama melalui kaedah

susunan mengikut tarikh, bulan dan tahun serta kaedah pelabelan. Setiap catatan

dapat dilabelkan dengan apa sahaja perkataan. Sistem label membolehkan

kesemua catatan dapat dipaparkan mengikut label yang diberi.

3. Setiap catatan mempunyai ciri-ciri seperti tarikh dan masa catatan yang dikirim,

penulis catatan, ruangan ulasan bagi pembaca, tajuk blog dan label setiap catatan.

4. Catatan terkini akan diletakkan sebelum catatan terdahulu. Susunan ini

menggunakan kaedah susunan kronologi. Catatan terbaru akan berada paling

teratas di dalam semua catatan yang dibuat.

Page 3: Pengenalan kepada blog v2

Pembangunan Blog 3

Contoh- contoh Penggunaan Blog

Berikut adalah beberapa contoh penggunaan blog yang popular pada masa kini.

• Online diary / online journal / personal blog – Blog pribadi, tentang

seseorang

• Political Blog – Blog berkaitan politik

• Travel Blog – Blog berkategorikan travelling, atau panduan travelling

• Fashion Blog – Blog mengenai fashion

• Music Blog – Blog tentang muzik

• Education Blog – Blog tentang pendidikan

Rajah 1: Blog pribadi

Rajah 2: Blog Perniagaan

Page 4: Pengenalan kepada blog v2

Pembangunan Blog 4

Rajah 3: Blog pendidikan

Page 5: Pengenalan kepada blog v2

Pembangunan Blog 5

MENGHASILKAN BLOG SENDIRI

Penciptaan Blog

Google Blogger telah dipilih sebagai platform untuk penciptaan akaun blog untuk modul

ini. Google Blogger dipilih kerana ia mempunyai tahap keselamatan data yang boleh

dipercayai serta menawarkan perkhidmatan secara percuma tanpa had simpanan data.

Google Blogger juga mempunyai fungsi editor yang mudah dan senang untuk

dikendalikan dan amat sesuai untuk seseorang blogawan.

Google Blogger boleh dilayari melalui dua URL (uniform resource locator) iaitu:

i. http://www.blogger.com

ii. http://www.blogspot.com

Google Blogger menyediakan tiga langkah mudah untuk menghasilkan bloh secara

mudah dan cepat. Antara langkah-langkah yang perlu diikuti ialah:

1. Menghasilkan akaun Blogger (akaun google).

2. Menamakan blog.

3. Memilih templat yang sesuai untuk blog.

Langkah-langkah Penciptaan Blog Baru

1. Untuk menghasilkan blog baru, langkah pertama yang perlu diambil ialah membuka

laman web Google Blogger. Rajah 4 menunjukkan antaramuka laman web Google

Blogger.

Page 6: Pengenalan kepada blog v2

Pembangunan Blog 6

Rajah 4: Antaramuka Google Blogger

2. Untuk mencipta blog, sila klik pada butang ’Create a Blog’

3. Selepas butang tersebut diklik, antaramuka seperti di dalam Rajah 5 akan

dipaparkan.

Pengguna yang telah mempunyai akaun google, langkah untuk pendaftaran blog

dipendekkan iaitu anda hanya perlu rakam masuk (sign in) ke akaun google.

Manakala, pengguna yang masih tidak mempunyai sebarang akaun dari

perkhidmatan google. Perlu mengikuti langkah-langkah seperti yang dipaparkan di

dalam Rajah 5.

Page 7: Pengenalan kepada blog v2

Pembangunan Blog 7

Rakah 5: Antaramuka penciptaan akaun Google

i. Alamat e-mel (Email Address)

Alamat e-mel yang sudah wujud. Mesti mempunyai akaun e-mel dari penyedia e-

mel. Anda akan menggunakan alamat e-mel ini untuk log masuk ke dalam akaun

Google Blogger atau servis lain yang disediakan oleh google.

Page 8: Pengenalan kepada blog v2

Pembangunan Blog 8

ii. Taip semula alamat e-mel (Retype email address)

Taip semula alamat e-mel untuk mengelakkan kesalahan ejaan untuk alamat e-

mel yang diberi. Fungsi ini penting untuk memastikan semua maklumat dapat

dihantar ke alamat e-mel yang betul

iii. Masukkan kata laluan (Create a password)

Kata laluan haruslah tidak kurang daripada 8 aksara. Kata laluan yang

mempunyai kombinasi angka dan huruf adalah amat digalakkan untuk

memungkinkan ia selamat dari diteka oleh oleh yang tidak bertanggungjawab.

iv. Taip semula kata laluan (Retype passwrod)

Taip semula kata laluan bagi memastikan kata laluan yang dimasukkan adalah

sama dengan apa yang anda taip sebelum ini.

v. Papar nama (Display name)

Memaparkan nama bagi identiti blog anda. Nama ini akan dipaparkan pada

setiap bahagian catatan kiriman anda.

vi. Notifikasi e-mel (Email notification)

Anda boleh memilih samada untuk menanda atau tidak pada ruangan ini. Jika

anda pilih untuk menanda pada kotak yang disediakan, ini bermakna anda akan

diberikan e-mel notifikasi berkaitan dengan pengumuman, servis, serta

maklumat-maklumat terkini yang lain.

vii. Tarikh lahir (Birthday)

Anda perlu memasukkan tarikh lahir anda di ruangan ini mengikut format yang

disediakan.

viii. Pengesahan perkataan (Word verification)

Taipkan semula aksara yang kelihatan pada imej tersebut. Jika aksara yang

diterbitkan sukar dibaca, sila klik pada ikon bantuan di sebelah untuk

menukar paparan aksara.

Page 9: Pengenalan kepada blog v2

Pembangunan Blog 9

ix. Penerimaan terma syarat (Acceptance on terms)

Anda perlu menanda pada bahagian ini untuk menentukan bahawa anda telah

bersetuju dengan terma dan peraturan yang ditetapkan. Sila klik pada bahagian

’Syarat Perkhidmatan’ untuk mengetahui terma dan peraturan yang ditetapkan.

4. Setelah semua maklumat diisi, anda perlu klik pada butang ’continue’

untuk melakukan langkah seterusnya.

5. Apabila butang ’continue’ telah diklik, antaramuka untuk memberikan nama kepada

blog seperti di dalam Rajah 6 akan dipaparkan.

Rajah 6: Antaramuka untuk menetapkan nama blog.

i. Tajuk blog (Blog title)

Cipta tajuk untuk blog anda. Tajuk blog akan menjadi identiti blog anda dan akan

dipaparkan pada blog anda serta di dalam profil blog anda.

Page 10: Pengenalan kepada blog v2

Pembangunan Blog 10

ii. Alamat blog (URL) (Blog address (URL))

Cipta alamat URL untuk blog anda sendiri. Nama bagi alamat URL blog anda

akan menjadi sub-domain kepada alamat blogspot.com. Alamat anda

seharusnya tidak mempunyai ruangan kosong di antara 2 perkataan, serta

pastikan ia diletakkan bersama tanda sengkang ’-’ atau ’_’.

Tips: Alamat URL yang bersifat unik akan senang diidngati.

iii. Pengesahan perkataan (Word verification)

Taipkan semula aksara yang kelihatan pada imej tersebut. Jika aksara yang

diterbitkan sukar dibaca, sila klik pada ikon bantuan di sebelah untuk

menukar paparan aksara.

6. Setelah semua maklumat diisi, anda perlu klik pada butang ’continue’

untuk meneruskan ke langkah seterusnya.

7. Apabila butang ’continue’ telah diklik, maka anda akan dipaparkan antaramuka untuk

memilih templat yang sesuai untuk blog yang dihasilkan (seperti yang dipaparkan di

dalam Rajah 7).

Page 11: Pengenalan kepada blog v2

Pembangunan Blog 11

Rajah 7: Antaramuka untuk memilih templat.

8. Anda boleh memilih mana-mana templat mengikut citarasa masing-masing. Setelah

templat telah dipilih, sila klik pada butang ’comtinue’ untuk

meneruskan ke langkah seterusnya.

9. Paparan seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 8 akan dipaparkan apabila anda

menekan butang ’continue’. Ini bermakna, blog anda telah berjaya dihasilkan dan

anda boleh memulakan aktiviti ’blogging’ sekarang.

Page 12: Pengenalan kepada blog v2

Pembangunan Blog 12

Rajah 8: Antaramuka blog yang telah berjaya dicipta.

Page 13: Pengenalan kepada blog v2

Pembangunan Blog 13

Memulakan Catatan Baru

Untuk memulakan catatan baru, klik pada pautan ’Catatan Baru’ (’New Post’) yang

terdapat pada hadapan papan pemuka. Antaramuka seperti Rajah 9 akan dipaparkan.

Rajah 9: Antamuka untuk memulakan catatan baru

1. Tajuk (Title)

Masukkan tajuk catatan baru anda. Ia akan dipaparkan pada bahagian atas

setiap catatan.

2. Senarai alatan mudah guna (Option tools)

Alatan bantuan yang dapat digunakan untuk memudahkan anda membuat

catatan.

3. Medan catatan

Ruang untuk anda membuat catatan pada blog.

1

2

3

4

5

6 7

Page 14: Pengenalan kepada blog v2

Pembangunan Blog 14

4. Label

Melabelkan catatan. Ia digunakan untuk memudahkan pengasingan setiap

catatan mengikut kategori. Ia boleh dianggap sebagai kata kunci untuk setiap

catatan.

5. Edit HTML

Berfungsi bagi penambahan sebarang kod HTML atau JavaScript. Kod-kod

HTML dapat digunakan sebagai fungsi tambahan yang mungkin tiada pada

senaraian alatan mudah guna yang disediakan oleh blogger.com.

6. Butang ’TERBITKAN CATATAN’ (PUBLISH POST)

Klik butang ini untuk menerbitkan catatan anda.

7. Butang ‘SIMPAN SEKARANG’ (SAVE NOW)

Butang ini berfungsi untuk menyimpan catatan tanpa menerbitkannya. Catatan

tidak akan disiarkan selagi ia tidak diterbitkan. Fungsi simpan catatan juga

dilakukan secara automatik oleh blogger.com bagi mengelakkan kehilangan data

semasa menghasilkan catatan.

Page 15: Pengenalan kepada blog v2

Pembangunan Blog 15

Susun Atur Blog

Fungsi lain yang terdapat di dalam Papan Pemuka ialah tetapan susun atur

(customize). Di dalam struktur susun atur ini akan mengandungi 4 pecahan tetapan

utama seperti berikut:

i. Elemen laman (Page elements)

Opsyen penyusunan reka letak laman.

Rajah 10: Antaramuka Elemen Laman

Rajah 10 menunjukkan antaramuka untuk mengubahsuai elemen laman pada

blog yang dihasilkan. Elemen Laman membenarkan setiap elemen pada

bahagian blog diubahsuai kedudukan dan diatur mengikut keperluan semasa.

Anda boleh menggunakan teknik ’tarik dan lepas’ untuk menyusun kedudukan

elemen tersebut.

Page 16: Pengenalan kepada blog v2

Pembangunan Blog 16

ii. Fon dan warna (Fonts and colors)

Menentukan jenis dan warna fon bagi keseluruhan blog.

Rajah 11: Antaramuka untuk menetukan jenis dan warna fon.

Rajah 11 menunjukkan antaramuka untuk mengubahsuai jenis dan warna pada

blog yang dihasilkan. Anda dibenarkan untuk memilih jenis dan warna fon

mengikut citarasa masing-masing. Blogger.com akan menggunakan jenis dan

warna fon lalai mengikut templat yang telah dipilih sekiranya anda tidak

melakukan sebarang perubahan pada bahagian ini.

iii. Edit HTML

Mengubahsuai kod-kod HTML serta meletakkan kod-kod HTML tambahan

kepada templat.

Page 17: Pengenalan kepada blog v2

Pembangunan Blog 17

Rajah 12: Antaramuka untuk melakukan pengubahsuaian pada kod HTML

Rajah 12 menunjukkan antaramuka untuk mengubahsuai kod HTML pada blog

yang dihasilkan. Anda dibenarkan untuk menambah kod-kod HTML dan juga

kod JavaScript yang baru pada blog anda. Bahagian ini juga amat berguna

sekiranya anda ingin memasukkan templat blog yang tidak terdapat di dalam

senarai templat yang disediakan oleh blogger.com. Selain itu, bahagian ini juga

amat berguna untuk anda memasukkan fungsi-fungsi widget tambahan ke

dalam blog anda.

Page 18: Pengenalan kepada blog v2

Pembangunan Blog 18

iv. Pilih templat baru (Pick new template)

Memilih templat lalai yang disediakan oleh blogger.com.

Rajah 13: Antaramuka untuk menukar templat untuk blog yang dihasilkan.

Rajah 13 menunjukkan antaramuka untuk anda menukar templat untuk blog

yang telah dihasilkan. Anda hanya perlu memilih templat yang bersesuaian dan

ia boleh dilakukan berulang kali.