pengenalan kepada 5s

Upload: mesvic

Post on 19-Oct-2015

111 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

5s

TRANSCRIPT

  • 1. PENGENALAN 5S

    Aktiviti-aktiviti 5S telah bermula di Jepun selepas Perang Kedua bertujuan

    menghapuskan kekotoran dan mengemaskinikan kilang-kilang mereka. Hampir

    setiap syarikat mempraktikkan prinsip-prinsip 5S tanpa disedari. Banyak syarikat

    pula telah melaksanakan pengurusan dan kebersihan untuk mengurangkan

    senarai harta benda ( inventori ), barangan persendirian, peralatan dan lain-lain

    dari tempat kerja.

    Sebelum perlaksanaan 5S, erti kata 5S ialah : SELERAK, SEMAK, SAMPAH-

    SARAP, SUSAH dan SAKIT. Amalan 5S merupakan satu alat pengurusan

    persekitaran berkualiti bagi meningkatkan produktiviti, inovasi dan kreativiti serta

    daya saing sesebuah organisasi. Amalan 5S merupakan teknik yang berkesan

    bagi mewujudkan budaya peningkatan secara sedikit demi sedikit tetapi

    berterusan atau dikenali sebagai KAIZEN dalam bahasa Jepun. Bagi

    menjayakannya penyertaan dan komitmen yang tinggi diperlukan daripada

    semua peringkat anggota dalam organisasi.

    1.1. DEFINISI

    5S adalah satu akronim yang lahir daripada lima perkataan Jepun iaitu Seiri,

    Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke. Kelima-lima perkataan ini merupakan

    langkah utama dalam menjalankan aktiviti 5S iaitu:

    SISIH (SEIRI) Menyisih dan membuang barang-barang yang tidak diperlukan di

    tempat kerja secara sistematik. Pada asasnya, kaedah Tag Merah (Red-Tag)

    digunakan semasa proses menyisihkan barang.

    SUSUN (SEITON) Menyusun barang-barang yang diperlukan secara teratur dan

    sistematik supaya ianya mudah dilihat, mudah diambil dan mudah dikembalikan

    ke tempat asalnya selepas digunakan.

    SAPU (SEISO) Membersihkan dan memeriksa tempat kerja secara berkala dan

    menyeluruh supaya tiada habuk/kekotoran dia atas lantai, mesin dan peralatan.

  • SERAGAM (SEIKETSU) Mengekalkan tahap piawaian penyusunan tempat kerja

    yang tinggi dengan menekankan kebersihan dan kekemasan pada setiap masa.

    SENTIASA AMAL (SHITSUKE) Melatih warga kerja mematuhi sIstem

    persekitaran berkualiti secara berterusan supaya ia menjadi amalan dan budaya

    kerja dalam organisasi.

  • 1.2. JENIS-JENIS TEMPAT KERJA

    Tempat Kerja Kelas 3 :

    Tempat kerja yang baik mempunyai ramai pekerja membuang sampah di merata-

    rata tempat tetapi seorang pun tidak membersihkannya.

    Tempat Kerja Kelas 2 :

    Tempat kerja yang mempunyai ramai pekerja membuang sampah di merata-rata

    tempat tetapi mempunyai sekumpulan pekerja-pekerja membersihkannya

    Tempat Kerja Kelas 1 :

    Tempat kerja di mana tiada seorang pun membuang sampah dimerata-rata

    tempat tetapi setiap pekerja menjaga kebersihan persekitaran.

    SINDROM NIH

    Senarai Sindrom Not Invented Here ( NIH )

    X Itu bukannya cara kita

    X Budaya mereka berlainan

    X Kita tidak mempelajari cara begitu

    X Kita telah mencubanya, tetapi tidak berhasil

    X Kita buat apa yang terdaya

    JENIS SINDROM NOT INVENTED HERE ( NIH )

    Jenis A : Menolak Sepenuhnya Terlalu yakin kerana kejayaan yang lalu atau

    terlalu memihak Kepada budaya atau cara tersendiri

    Jenis B : Meniru Tanpa Batasan Apabila adanya idea-idea yang baru,

    perlaksanaan dilakukan secara terbuka dan boleh mengakibatkan kegagalan dan

    menyerah kalah pada akhirnya

  • Jenis C : Penerimaan Secara Pemilihan Memilih perkara-perkara yang boleh

    dilaksanakan pada mulanya dan melaksanakan dengan teliti. Mempelajari

    dengan berlatih sehingga perkara-perkara yang sesuai dilaksanakan dan

    diperbaiki kemudian.

    SINDROM NIH

    Halangan-halangan yang selalu dihadapi apabila sesuatu idea dicadangkan :-

    Terlalu sibuk untuk mempelajari

    Masa yang tidak mengizinkan

    Tiada peruntukan

    Teori berbeza dari latihan

    Tidak mematuhi polisi syarikat

    Tiada pertalian atau perhubungan

    Tidak waras atau tidak masuk akal

    Tiada apa-apa lagi perlu anda lakukan?

    Adakah anda tidak berpuas hati dengan kerja anda?

    Saya sudah mengetahui akan keputusannya, walaupun kita tidak

    melakukannya

    Saya tidak akan bertanggungjawab

    Anda perlu fikir yang lebih baik dari yang ini

    1.3. KEPENTINGAN-KEPENTINGAN 5S

    Kepentingan #1 :

    Manfaat kepada pekerja-pekerja

    Memupuk sikap berdisiplin dan kesedaran terhadap tempat kerja

    Mendorong ke arah kerja yang lebih bersih dan kemas

    Mempertingkatkan semangat berpasukan

    Pekerja akan lebih berdisiplin dalam mengikuti prosedur kerja yang

    menghasilkan tempat kerja yang lebih selamat

  • Kepentingan #2 :

    Manfaat kepada mesin / peralatan

    Masalah mesin atau kerosakan boleh dikesan dengan cepat

    Memastikan ketetapan pengukuran yang lebih baik

    Menambahkan kecekapan dan ketahanan mesin / peralatan

    Kepentingan #3 :

    Manfaat kepada barangan separa-siap

    Memastikan pemprosesan yang lancar

    Memperbaiki dan meningkatkan produktiviti

    Bahan mentah atau produk mudah diuruskan

    Penggunaan sepenuhnya kawasan

    Kepentingan #4 :

    Manfaat kepada barangan siap dan pelanggan

    Menghasilkan imej yang baik dan bersih kepada pelanggan

    Kualiti barangan yang tinggi

    Mempromosikan syarikat sebagai salah satu syarikat yang terbaik

    2. AKTIVITI AMALAN 5S

    INTERGRASI PDCA DI DALAM PERLAKSANAAN 5S

    PDCA Dikenali sebagai :-

    1. Plan ( Merancang )

    2. Do ( Perlaksanaan ) Action

    3. Check ( Pemeriksaan )

    4. Action ( Tindakan Susulan )

    PDCA adalah proses di mana standard yang baru ditentukan hanya setelah dikaji dan

    disemak dan digantikan dengan standard yang lebih baru dan baik.

  • Merancang ( PLAN )

    Menubuhkan sebuah jawatankuasa 5S

    Membentuk pelan tindakan untuk setiap aktiviti 5S

    Perlaksanaan ( DO )

    Aktiviti 5S dihebahkan pada secara menyeluruh

    Menyediakan latihan dan didikan kepada pekerja-pekerja

    Memilih sehari di mana semua orang membersihkan dan mengemaskan tempat

    kerja masing-masing

    Periksa ( CHECK )

    Menilai hasil daripada perlaksanaan 5S

    Tindakan Susulan ( ACTION )

    Menilai kembali dan mengambil tindakan susulan

  • INTERGRASI PDCA DI DALAM PERLAKSAAN 5S

    3. PERLAKSANAAN 5S

    5S adalah satu pendekatan yang dapat digunakan untuk memperbaiki dan

    mengekalkan asas-asas pengurusan.

    5S adalah asas pengurusan sebagai :-

    Satu prinsip pentadbiran

    Satu teknik pentadbiran

    Aktiviti-aktiviti 5S adalah bertujuan untuk mengubahkan secara berkualiti ke atas cara

    manusia berfikir dan berkelakuan dan melalui perubahan ini mutu penyelenggaraan

    peralatan dan suasana kerja dapat diperbaiki dan dipertingkatkan.

    5S bermaksud :-

    o SEIRI simpan apa yang perlu sahaja, asingkan dan buang yang benar-benar

    tidak perlu, i.e permudahkan.

  • o SEITON mengaturkan lokasi untuk semua, i.e susun.

    o SEISO utamakan kebersihan, i.e kebersihan.

    o SEIKETSU melaksanakan Seiri, Seiton dan Seiso seluruh organisasi, i.e

    piawaian.

    o SHITSUKE memastikan bahawa setiap orang patuh peraturan-peraturan 5S,i.e

    mematuhi.

    SEIRI

    1. Panduan untuk melaksanakan SEIRI :-

    a. Asingkan barang-barang yang diperlukan dari yang tidak

    diperlukan.

    b. Asingkan barang-barang yang tidak diperlukan dari tempat kerja :-

    Barang-barang yang tidak pernah digunakan : perlu

    dilupuskan

    Barang-barang yang jarang digunakan : simpan dengan

    rapi

    Asingkan semua barang-barang yang berlebihan dari

    tempat kerja seperti :-

    barangan pembuatan ( work pieces )

    barangan bekalan

    barangan persendirian

    Peralatan

    c. Gunakan tag-tag atau penanda seperti TAG MERAH untuk

    membuangkan barang-barang yang tidak diperlukan lagi.

    d. Menetapkan seseorang untuk mengemaskan dan menguruskan

    tempat penyimpanan am.

  • e. Simpankan barangan yang diperlukan sahaja oleh setiap individu

    ditempat masing-masing.

    f. Uruskan tempat-tempat kerja / penyimpanan

    2. Mempraktikkan SEIRI ialah :

    LANGKAH 1

    a. Lihat di sekeliling anda atau tempat kerja anda.

    b. Benda-benda yang tidak diperlukan lagi hendaklah dikenal pasti seperti :-

    Diari-diari atau memo-memo lama yang tidak lagi mengandungi

    maklumat yang diperlukan

    Pena-pena yang sudah kehabisan dakwat dan tidak lagi boleh

    digunakan

    Alat-alat yang sudah patah atau haus

    c. Buangkan serta-merta!

    LANGKAH 2

    a. Lihat di sekeliling anda atau tempat kerja anda sekali lagi.

    b. Kenal pasti barangan kepunyaan rakan sekerja atau syarikat anda.

    c. Barangan tersebut tidak harus dilupuskan tetapi memerlukan simpanan

    untuk seketika sebelum dilupuskan.

    d. Perlaksanaan Notis Pelupusan perlu dipertimbangkan untuk mengenal

    pasti barangan yang perlu dilupuskan.

    e. Notis pelupusan mestilah mengandungi maklumat-maklumat seperti :-

  • Kenyataan tentang barangan yang tidak diperlukan

    Tarikh notis tersebut dikeluarkan

    Jangka masa penyimpanan sebelum dilupuskan

    Tarikh pelupusan atau tarikh luput

    Ruangan maklum balas dari empunya barangan tersebut untuk

    kebenaran pelupusan atau tidak

    LANGKAH 3

    a. Pada akhir jangka masa tersebut, Notis Pelupusan harus diperiksa

    semula sama ada maklum balas telah diberikan dan tindakan perlu

    diambil.

    b. Untuk melupuskan harta benda syarikat yang tidak diperlukan lagi, harus

    mendapat kebenaran dari pihak majikan terlebih dahulu atau ianya

    ditentukan oleh pihak majikan.

  • SEITON

    1. Mempraktikkan SEITON ialah :

    a. Barangan yang diperlukan mudah dicapai, dicari, disimpan dan dikeluarkan

    b. FIFO

    c. Penjimatan ruang dan masa

    2. Panduan untuk melaksanakan SEITON

    a. Tempat untuk setiap benda dan setiap benda mempunyai tempatnya

    sendiri

    b. Letakkan atau simpankan semua peralatan dan buku panduan /rujukan

    dekat dengan tempat kerja

    c. Mencipta tempat penyimpanan seperti rak, supaya ianya lebar dan tidak

    jauh ke dalam.

    d. Tempat penyimpanan hendaklah diatur sepanjang dinding untuk

    menjimatkan ruangan.

    e. Simpan sekali benda-benda yang sama, benda-benda yang berlainan

    disimpan di barisan yang berasingan.

    f. Jangan menindan barangan, gunakan rak atau para jika perlu.

    g. Gunakan bekas-bekas yang kecil untuk mengemas barangan yang kecil.

    h. Gunakan warna untuk mengenal dengan lebih cepat.

    i. Label perlulah jelas untuk setiap barangan dan tempat penyimpanan.

    j. Gunakan pendinding, pintu atau tingkap yang lut sinar untuk penglihatan.

    k. Gunakan troli yang khas untuk menyimpan peralatan, penyukat, alat-lat

    pengukur yang diperlukan.

    LANGKAH 1

    Lihat bagaimana benda-benda disusun di tempat kerja anda dan periksa sama

    ada anda berpuas hati dengan susunan itu atau tidak.

  • Dapatkan masa yang diambil untuk mencari sesuatu yang diperlukan.

    Susunan barangan di tempat kerja anda haruslah mudah diperoleh dan dikenali

    oleh anda dan rakan sekerja anda.

    LANGKAH 2

    Perancangan perlu dilakukan untuk menyimpan barangan.

    Lokasi penyimpanan haruslah berdekatan dengan tempat kerja anda iaitu mudah

    dicapai.

    Keperluan yang jarang sekali digunakan, harus disimpan pada jarak yang agak

    munasabah jaraknya

    Yang penting sekali adalah penjimatan masa apabila mencapai apa yang

    diperlukan.

    LANGKAH 3

    Melabelkan dan / atau menandakan adalah amat penting apabila mempraktikkan

    SEITON.

    Dengan melabelkan susunan anda atau lokasi, sesuatu benda yang perlu dicari

    mudah diperoleh dan perlulah dikembalikan ke tempat asalnya pada masa yang

    singkat.

  • SEISO

    1. Mempraktikkan SEISO

    a. Kebersihan menjamin tempat kerja yang lebih selesa dan selamat.

    b. Kebersihan akan menghasilkan suasana yang lebih jelas begitu juga

    menjimatkan masa.

    c. Kebersihan dapat memastikan mutu kerja yang tinggi dan barangan.

    2. Panduan untuk melaksanakan SEISO

    a. Alat mengumpul habuk atau lain-lain alat yang sesuai digunakan untuk

    menghindar atau mengurangkan habuk.

    b. Menyiasat punca kekotoran dan melaksanakan satu pelan tindakan untuk

    membasmi punca kekotoran.

    c. Gelungan wayar, kaki mesin dan meja perlu ditutup supaya kekotoran

    senang dibersihkan dan dikeluarkan.

    d. Pekerja-pekerja harus membersihkan peralatan / mesin, kawasan kerja

    masing-masing dan juga melakukan asas-asas penyelenggaraan.

    e. Kebersihan perlu dikekalkan sentiasa.

  • LANGKAH 1

    Kenal pastikan tempat kerja anda dan jumlah rakan sekerja / tenaga kerja.

    Aturkan mereka dengan mengagih aktiviti-aktiviti SEISO sama rata.

    Sediakan jadual harian seperti Jadual Kebersihan untuk sebelum dan selepas

    kerja.

    LANGKAH 2

    Jadual tersebut hendaklah dipatuhi sama ada sebelum dan selepas kerja mahu

    pun pada bila-bila masa.

    Berikut adalah contoh-contoh untuk melakukan SEISO :-

    a. Jangan biarkan kekotoran terkumpul. Bersihkan setiap masa / hari supaya

    kekotoran dapat dikawal sepenuhnya.

    b. Kerja-kerja membersih menjadi mudah dan cepat jika dilakukan setiap

    hari, di mana habuk-habuk terkumpul adalah sedikit.

    c. Oleh yang demikian, bersihkan tempat kerja anda sekurangkurangnya 3

    5 minit setiap hari.

    d. Anda dan rakan sekerja anda haruslah bertanggungjawab membersihkan

    persekitaran anda.

    3. Menganalisa Semasa Melaksanakan SEISO

    Kaedah 5W & 1H digunakan untuk melaksanakan SEISO secara lebih

    berkesan :-

    Why Mengapa harus dibersihkan?

    Kebersihan adalah tanggungjawab semua

  • Where Di manakah perlu dibersihkan?

    Kawasan penyimpanan, peralatan & mesin dan persekitaran

    Who Siapakah yang harus membersihkannya?

    Kerja-kerja kebersihan bukan sahaja untuk tukang sapu

    Setiap orang harus menjaga kebersihan tempat kerjanya sendiri

    Bergilir-gilir untuk menjaga kebersihan dan penyelenggaraan

    peralatan dan mesin dan sebagainya

    Berkongsi kerja-kerja kebersihan dapat mengurangkan bebanan

    kerja

    When Bilakah perlu dibersihkan?

    4. kaedah yang telah dikenal pasti :-

    a. Kebersihan yang ditetapkan

    b. Kebersihan berkala

    c. Jadual kebersihan

    How Bagaimana hendak dibersihkan?

    Sediakan peralatan kebersihan seperti kain, penyapu dan sebagainya di

    tempat am supaya senang di capai.

    Carta susunan mesin atau carta susunan kawasan kerja digunakan untuk

    menunjukkan kawasan-kawasan kritikal dan tidak kritikal

    untuk kebersihan.

    Kaedah-kaedah menjaga kebersihan dipamerkan untuk tempat / bahagian

    kritikal.

  • SEIKETSU

    1. SEIKETSU - Terdapat dua cara untuk memastikan dan mengekalkan mutu

    pengurusan yang tinggi :-

    a) Melakukan Audit 5S

    Menghasilkan Kertas SEMAK

    Melakukan Audit

    Mengenal pasti apa yang dijumpai / kawasan bermasalah

    Mengambil tindakan pembetulan

    Periksa dan tindakan susulan

    b) Menghasilkan Tindakan Pencegahan

    Tubuhkan Pasukan Projek atau SGA

    Perkenalkan Skim Cadangan

    Mengutamakan Standardisasi

    2. SERAGAM (SEIKETSU)

    SERAGAM merujuk kepada pelaksanaan aktiviti 3S yang pertama secara

    berterusan. Peringkat ini dapat dilaksanakan dengan cekap melalui pewujudan

    prosedur dan piawaian yang sesuai. Selain itu, aktiviti penandaarasan amalan

    terbaik perlu dilaksanakan ke arah penambahbaikan berterusan.

    Aktiviti SERAGAM:

    Mewujudkan senarai semak tugasan menggunakan teknik 5W1H; (Who,

    What, Where, Why, When, dan How)

    Mewujudkan senarai semak peraturan inventori

    Mengadakan prosedur kerja pembersihan

    Mengadakan Jadual Penyelenggaraan

  • Kejayaan pelaksanaan SERAGAM boleh diukur melalui:

    Mempunyai piawaian tempat kerja yang lebih baik

    Mempunyai sistem kawalan visual yang lebih baik

    Mempunyai peraturan dan piawaian prosedur kerja (SOP)

    Perkongsian maklumat mengenai piawaian yang diperlukan

    Penambahbaikan dari segi operasi dan aliran kerja

    3. Panduan untuk melaksanakan SEIKETSU :-

    Punca-punca kekotoran disiasat dan melaksanakan satu pelan

    untuk melenyapkan punca kekotoran tersebut.

    Lindungi objek objek daru habuk-habuk.

    Kekalkan kesemuanya dalam keadaan bersih.

    Lakukan pengawasan berjadual atau Audit 5S untuk memastikan

    pelaksanaannya dikekalkan.

    Periksa kawasan-kawasan yang perlu diperbaiki.

    4. Mempraktikkan SEIKETSU

    LANGKAH 1

    Rancang untuk mengekalkan kesemua 3S yang pertama dengan

    menjadualkan aktiviti-aktiviti kebersihan dan menyusun tempat

    kerja.

    Pamerkan jadual supaya semua orang boleh mengikutinya.

    Rancang untuk sesuatu pembaharuan yang diperlukan untuk

    mempertingkatkan tempat kerja anda.

    LANGKAH 2

    Jadual-jadual kerja dan penyelenggaraan perlu dipatuhi.

    Lakukan Audit 5S atau pemeriksaan berjadual.

  • Pastikan kesemuanya dapat dilihat dengan jelas.

    Pastikan semua orang mematuhi peraturan-peraturan

    SENTIASA AMAL (SHITSUKE)

    1. SENTIASA AMAL ialah usaha membudayakan amalan 4S (Seiri, Seiton, Seiso,

    Seiketsu) di tempat kerja ke arah penambahbaikan berterusan. SENTIASA AMAL

    memerlukan komitmen dan penyertaan seluruh warga kerja serta disiplin diri bagi

    memastikan Amalan 5S dapat dilaksanakan secara berkesan dan cekap.

    2. Aktiviti SENTIASA AMAL

    Meneruskan program kesedaran tentang kepentingan Amalan 5S dengan

    mengadakan latihan yang berterusan

    Memastikan audit dalaman amalan 5S dilaksanakan mengikut jadual

    Memastikan aktiviti promosi berterusan

    Mewujudkan sistem pengiktirafan dan penghargaan untuk usaha yang

    ditunjukkan oleh warga kerja

    Mewujudkan sistem pemantauan yang efektif dan sistematik

    3. Kejayaan pelaksanaan SENTIASA AMAL boleh diukur daripada:

    Prestasi keputusan audit dalaman 5S yang cemerlang

    Warga kerja mematuhi peraturan di tempat kerja

    Wujud disiplin dan semangat kerja berpasukan

    Warga kerja mempunyai daya usaha untuk menambahbaik aktiviti di tempat

    kerja

    Peningkatan kecekapan dan keberkesanan proses kerja

    Penyertaan dalam konvensyen, pertandingan dan anugerah

  • 4. SHITSUKE - Terdapat juga dua cara untuk mencapai tahap pengurusan yang

    baik :-

    a) Latihan

    Mengadakan kelas-kelas latihan 5S

    Mendidik setiap pekerja pada setiap hari

    b) Promosi

    Pertandingan Kebersihan

    Kempen Kesedaran

    Hari 5S

    Lawatan Kilang

    5. Mempraktikkan SHITSUKE

    Pastikan semua orang mematuhi peraturan-peraturan.

    Semua orang perlu mendisiplinkan dirinya terhadap 5S.

    Lakukan 5S sebagai satu tabiat ke arah pengurusan yang baik.

    Mendidik dan menyediakan latihan.

    Peranan dan tanggungjawab dikenal pasti.

    Didik dan latih rakan sekerja dan pekerja-pekerja anda.

    LANGKAH 1

    Tugas pekerja-pekerja pentadbiran adalah membentuk satu budaya kerja

    di dalam syarikat.

    Tugas penyelia pula adalah menanam sikap pengurusan kerja yang baik

    dan menjadikan 5S sebagai satu tabiat untuk semua pekerja-pekerja.

    Pekerja-pekerja bertanggungjawab memastikan pengurusan kerja yang

    baik dilaksanakan dan dikekalkan.

    LANGKAH 2

    Berkongsi pendapat dengan mengajar konsep yang baik tentang 5S untuk

    memperbaiki tempat kerja.

  • Bertukar-tukar pendapat adalah salah satu cara mengajar dan melatih

    pekerja-pekerja dan rakan sekerja.

    Sedar akan sikap dan tabiat sendiri.

    Peranan-peranan ahli-ahli 5S adalah :-

    SEIKETSU

    SHITSUKE

  • PERALATAN-PERALATAN UNTUK PERLAKSAAN 5S

    Untuk membentuk budaya dan suasana ini, infrastruktur-infrastruktur yang berikut

    perlulah digunakan :-

    Perhubungan Awam

    a) Surat berita ( News Later )

    b) Poster poster

    c) Slogan slogan

    d) Lencana lencana

    Promosi

    a) Pertandingan Pendapat

    b) Hari 5S

    c) Lawatan Kilang

    d) Gambar-gambar

    Penilaian

    a) Mengeluarkan surat kesalahan untuk tindakan pembetulan

    b) Audit tahunan oleh majikan

    c) Kertas-kertas penilaian

    d) Pengiktirafan

    Pihak Pengurusan

    a) Terdapat dua peranan :-

    - memberi sokongan dan menyemai minat di dalam 5S sesama pekerja pelbagai

    peringkat

    - menyediakan sasaran atau wawasan seperti :-

    i) Sasaran kebersihan ditentukan

    ii) Menetapkan sasaran untuk hasil pencapaian yang berkesan seperti :-

    - Menambah ruangan yang dikehendaki

    - Memperbaiki kecekapan

    - Mengurangkan inventori dan masa

  • Pihak Pengurusan Pertengahan

    a) Terdapat tiga peranan dan tanggungjawab:-

    - mengadakan latihan 5S yang formal untuk pekerjapekerja

    - mengenal pasti kawasan-kawasan yang lemah dalam penjagaan kebersihan

    yang memerlukan kerja-kerja pembaikan dan mengekalkan kawasan-kawasan

    yang telah dibersihkan

    - mengekalkan perlaksanaan 5S melalui pemeriksaan berkala, promosi dan

    langkah- langkah pencegahan

    Pihak Pekerja-Pekerja

    a) Terdapat lima peranan dan tanggungjawab:-

    - Sedar akan sikap dan tabiat sendiri

    - Anggap tempat kerja sendiri sebagai rumah kedua

    - Mengambil daya usaha untuk mencantikkan tempat kerja

    - Mengambil inisiatif menyumbang pendapat dan cadangan pembaikan

    - Lebih bersikap positif terhadap program-program 5S

    AUDIT DALAMAN 5S

    Audit Dalaman 5S adalah bahagian yang terbaik untuk membuat Penilaian Kendiri 5S.

    Di antara tujuan audit dalaman dijalankan adalah:

    i. Mendapatkan maklumat berkenaan status perlaksanaan amalan 5S berbanding

    dengan keperluan sebenar

    ii. Mendapatkan maklumat berkenaan kekuatan dan kelemahan amalan 5S bagi

    bahagian yang diaudit

    iii. Dapatan daripada pelaksanaan Amalan 5S akan digunakan sebagai asas untuk

    cadangan penambahbaikkan

  • iv. Digunakan sebagai faktor motivasi untuk melaksanakan penambahbaikan secara

    berterusan (KAIZEN) serta meningkatkan dan menggalakkan aktiviti-aktiviti

    kreativiti dan inovasi

    v. Sebagai medium komunikasi bagi menyampaikan keperluan-keperluan Amalan

    5S kepada semua di tempat kerja

    vi. Memastikan aktiviti 5S dijalankan secara berterusan untuk memupuk kesedaran

    dan menjadikannya sebagai satu budaya di tempat kerja

    SUDUT 5S

    Setiap Zon/Program/Bahagian/Kumpulan hendaklah mewujudkan Sudut 5S di lokasi

    yang strategik untuk perkongsian maklumat oleh semua ahli dan kakitangan.

  • Maklumat yang perlu dipamerkan termasuklah;

    Polisi/Objektif 5S

    Carta Organisasi Amalan 5S

    Peta Lokasi Kawasan/Zon 5S

    Jadual PDCA (Plan, Do, Check, Action)

    Pelan Tindakan Aktiviti 5S

    Maklumat Kumpulan

    Rekod aktiviti sebelum dan selepas pelaksanaan sesuatu aktiviti Amalan 5S

    (gambar)

    Maklumat Keputusan Audit

    Bahan promosi poster, artikel dan buletin

    Jadual perjumpaan kumpulan

  • LAMPIRAN

    AKTIVITI-AKTIVITI 5S