pengenalan gerak kerja kokurikulum sekolah rendah

Upload: salim-salvador

Post on 30-Oct-2015

166 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Pngenalan Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah 1.0 KONSEP KOKURIKULUM

Kokurikulum ialah aktiviti pendidikan yang dirancang dan diperlaksanakan selepas waktu pelajaran formal di dalam dan di luar bilik darjah, berasas dan lanjutan pelajaran sesi persekolahan. Menurut Peraturan Kursus Pengajian, Akta Pelajaran 1956, kokurikulum adalah extra curriculum atau kegiatan luar darjah. Dalam pada itu, Peraturan-peraturan Kokurikulum Kebangsaan di bawah Warta Kerajaan, Akta Pendidikan 1995 yang bertarikh 31.12.1997 pula menyifatkan kokurikulum sebagai kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan pelajar peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari dalam bilik darjah.

Kokurikulum juga dikenali sebagai kurikulum tambahan (extra-curriculum) atau pendidikan untuk waktu lapang (education for leisure) atau aktiviti kelas tambahan (extra-class activities). Aktiviti-aktiviti kokurikulum sebahagian besarnya dilakukan di luar bilik darjah. Ia merupakan aktiviti amali sebagai lanjutan kepada mata pelajaran di dalam bilik darjah, iaitu sebahagian daripada kurikulum formal yang merangkumi aktiviti-aktiviti persatuan, kelab, permainan dan sukan, serta unit beruniform yang dijalankan sebelum atau selepas waktu persekolahan.

Proses pembelajaran dan pengajaran dalam aktiviti kokurikulum lebih banyak dilaksanakan secara tidak langsung, di mana ia menekankan perkara dan aspek yang tersembunyi seperti nilai, bakat, peranan, kepimpinan, sosial dan sebagainya. Pada tahun 60-an dan 70-an, masyarakat dan pendidik menganggap kokurikulum sebagai tempelan sahaja, sebagai sesuatu yang berasingan, tambahan dan tidak begitu penting dalam perkembangan dan proses pengajaran serta pembelajaran pelajar di sekolah. Walau bagaimanapun, pendapat itu telah berubah dan kini kokurikulum telah diterima. sebagai sebahagian daripada kurikulum sekolah.

Sebenarnya, aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat mengukuhkan dan mengayakan pembelajaran pelajar di dalam kelas. Ini kerana kokurikulum mengutamakan pembelajaran melalui amalan di mana pengetahuan yang diperoleh di bilik darjah diamalkan melalui aktiviti praktik, samada latihan sukan, persatuan atau unit beruniform. Oleh yang demikian, aktiviti kokurikulum sebenarnya berperanan membentuk dimensi-dimensi sosial, di samping sifat-sifat dan kualiti kognitif, afektif serta psiko-motor.

2.0 Komponen Gerak Kerja KokurikulumKegiatan kokurikulum di peringkat sekolah dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:- 1. Pasukan Pakaian Seragam / Unit Beruniform2. Persatuan / Kelab3. Sukan dan Permainan

Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di peringkat sekolah adalah untuk mengembangkan potensi serta bakat seseorang pelajar dalam bidang jasmani, sosial, kebudayaan dan khidmat masyarakat. Selain ini, ia juga turut membentuk sahsiah dan sikap positif seseorang pelajar.

Oleh itu, bakal-bakal guru yang menuntut di Institut Perguruan akan diberi penekanan dalam kemahiran asas, kebolehan mengurus, kebolehan mempimpin, kepegawaian dan kejurulatihan.

Struktur gerak kerja kokurikulum dalam kursus pengurusan adalah dirancang mengikut tiga komponen utama iaitu: -1. Kemahiran dan Pengurusan Pasukan Pakaian Seragam / Unit Beruniform2. Kemahiran dan Pengurusan Persatuan / Kelab3. Kemahiran dan Pengurusan Sukan dan Permainan

2.1 Pasukan Pakaian Seragam / Unit BeruniformSemua pelajar sekolah adalah digalakkan untuk mengambil bahagian sekurang-kurangnya salah satu Pasukan Pakaian Seragam sebagaimana yang dicatatkan dalam Laporan Kabinet 1979.

2.2 Persatuan / KelabMatlamat penubuhan sesebuah Persatuan / Kelab di sekolah adalah untuk menggalakkan seseorang pelajar untuk berkomunikasi dengan pelajar lain yang berasal daripada pelbagai latar belakang serta bangsa. Selain ini, ia juga bertujuan untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat dan membolehkan seseorang pelajar untuk mencapai kemahiran di dalam sesuatu bidang atau hobi. Persatuan / Kelab dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu:- (i) Persatuan / Kelab yang berasaskan akademik atau mata pelajaran (ii) Persatuan / Kelab yang berasaskan perkhidmatan, kebajikan dan hobi

2.2.1 Persatuan / Kelab yang berasaskan akademik atau mata pelajaran Persatuan / Kelab dalan kategori ini adalah bertujuan untuk memupuk serta menambahkan minat dan kemahiran pelajar dalam sesuatu mata pelajaran tersebut. Persatuan / Kelab-kelab yang dikategorikan dalam komponen ini adalah seperti Persatuan Bahasa Kesusasteraan, Persatuan Sains, Persatuan Matematik, Persatuan Muzik, Persatuan Komputer, Persatuan Seni Lukis dan sebagainya.

2.2.2 Persatuan / Kelab yang berasaskan perkhidmatan, kebajikan dan hobiPersatuan / Kelab yang berasaskan perkhidmatan, kebajikan dan hobi adalah bertujuan untuk menarik minat dan memberi pengetahuan dalam sesuatu bidang tertentu. Contohnya Bimbingan dan Kaunseling, Pembimbing Rakan Sebaya, Koperasi Sekolah, Pencinta Alam, Perpustakaan atau Pusat Sumber dan sebagainya.

2.3 Sukan dan PermainanSemua pelajar sekolah adalah diwajibkan untuk mengambil bahagian dalam sesuatu sukan dan permainan seperti Bola Sepak, Bola Keranjang, Badminton, Ping Pong, Olahraga, Bola Tampar dan sebagainya.

Perancangan, pengurusan dan pelaksanaan sesuatu sukan dan permainan di peringkat antara sekolah-sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan adalah tanggungjawab Majlis Sukan Sekolah-Sekolah.

Rajah 2.2 : Struktur, Komponen dan Jenis Aktiviti Kokurikulum (Sumber: Pengurusan Kokurikulum & Pendidikan Sukan, Mok Soon Sang, 2008, ms 38)

3.0 Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum di Sekolah Rendah

3.1Pengenalan Terdapat beberapa perbincangan, kajian dan tinjauan telah dilaksanakan oleh pihak-pihak tertentu bagi mengetahui keberkesanan dan masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan dan pengurusan kokurikulum di sekolah. Antaranya ialah yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Mengkaji Dasar Pelajaran 1979, Asiah Abu Samah (1985), Haji Hussin Mamood (1985), Haji Razali Ismail (1992), Annamalai (1994) serta Abd. Alim Abdul Rahim (1988 dan 2000). Antara isi kandungan perbincangan tersebut ialah : penglibatan pelajar aktif dalam gerak kerja kokurikulum hanya tertumpu pada bidang tertentu sahaja penyertaan pelajar dalam gerak kerja kokurikulum bergantung pada peraturan sekolah yang dikenakan ke aas mereka kebanyakan pelajar menyatakan ibu bapa dan penjaga menggalakkan mereka menyertai gerak kerja kokurikulum sebahagian besar pelajar menyatakan peryertaan mereka dalam gerak kerja kokurikulum tidak menjejaskan pencapaian mereka dalam bidang akademik

Beberapa perkara yang perlu diambil kira semasa membentuk organisasi ini agar dapat memberikan faedah kepada pelajar dan sekolah: fungsi dan tanggungjawab setiap ahli kekerapan mengadakan mesyuarat pembentukan jawatankuasa kecil pelaporan berkala dokumentasi

3.2Carta Organisasi Kokurikulum di SekolahCarta organisasi Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah

Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah Jawatankuasa khas untuk menguruskan hal ehwal kokurikulum Aktiviti tahunan: menghadiri mesyuarat sekurang-kurangnya empat kali setahun merancang program tahunan dengan menyediakan satu takwim yang sama bagi semua aktiviti kokurikulum menyebarkan takwim kepada semua guru dengan mempamerkan di papan notis bilik guru melaksanakan aktiviti mengikut carta Gantt yang sudah diselaraskan oleh pihak sekolah mengedarkan semua minit mesyuarat yang telah dibincangkan mengurus dan menjaga rekod menyediakan laporan dan pemantauanCarta Organisasi Jawatankuasa Pelaksanaan Kokurikulum

3.3Deskripsi tugas mengikut jawatan Tugas Penaung Memastikan setiap perancangan aktiviti kokurikulum adalah berdasarkan Dasar Kementerian Pelajaran dan Surat Pekeliling Ikhtisas. Memantau, menilai dan memperbaiki aktiviti kokurikulum sekolah

Tugas Pengerusi Menentukan objektif gerak kerja kokurikulum sekolah tercapai Memajukan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah Mewakili guru besar menjalankan segala tugas yang diagihkan termasuk mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa kokurikulum

Tugas Setiausaha Menyelaras semua aktiviti kokurikulum Memastikan keseimbangan agihan ahli pelajar dalam setiap persatuan, kelab, unit dan pasukan Menyediakan jadual mesyuarat agung dan perjumpaan bagi semua unit kokurikulum Menyediakan laporan dan minit mesyuarat

Tugas Ketua Penyelaras Kokurikulum Membantu setiusaha untuk menyediakan jadual aktiviti kokurikulum tahunan berdasarkan perbincangan dan keputusan mesyuarat semua guru penasihat kokurikulum Bertanggungjawab dalam pelaksanaan program kokurikulum berjalan lancer tanpa masalah

Tugas Penasihat Kelab dan Persatuan, Sukan dan Permainan dan Unit Beruniform Bertindak sebagai penasihat, pembimbing, pengurus, penyelia, penilai dan pelapor Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah Merancang aktiviti tahunan dengan pelajar

Perbezaan di antara Jawatankuasa Kokurikulum dan Jawatankuasa Pelaksanaan Jawatankuasa Kokurikulum mengkaji dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pelaksanaan kegiatan kokurikulum pada tahun-tahun sebelum dan merumuskan dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan Jawatankuasa pelaksanaan melaksanakan polisi dan aktiviti yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa Kokurikulum sekolah3.4Skema Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah1) menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelarasan Kokurikulum Sekolah2) menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 bertarikh 2 Januari 1985)3) merumus dan menetapkan visi dan misi kegiatan kokurikulum sekolah dan menghebahkanna kepada guru-guru dan pelajar-pelajar4) menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pengurusan Kerja Pengurusan dan Penyelarasan Kegiatan Kokurikulum yang terdiri daripada guru-guru penasihat persatuan/kelab, pasukan pakaian seragam dan sukan/permainan5) mengkaji dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pelaksanaan kegiatan kokurikulum pada tahun-tahun sebelumnya dan merumuskan dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan6) memberi taklimat kepada guru-guru tentang dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan kokurikulum yang telah dirumuskan7) menyediakan keperluan asas pentadbiran8) menyediakan atau memperolehi keperluan prasarana dan kemudahan-kemudahan asas9) mengenalpasti keupayaan sekolah dari aspek pelaksanaan10) memperoleh dan mengemaskini inventori, bekalan pejabat dan harta modal bidang kokurikulum11) menyediakan perancangan dan jadual tahunan (takwim) kegiatan kokurikulum sekolah12) menubuhkan persatuan/kelab/badan beruniform dan melantik guru-guru penasihat13) menyediakan kegiatan kokurikulum setiap persatuan/kelab14) melaksanakan kursus-kursus pengurusan kokurikulum kepada guru-guru15) menyelaraskan kegiatan atau aktiviti persatuan/kelab/badan beruniform berdasarkan objektif/matlamat setiap persatuan/kelab/badan beruniform berkenaan, rangka perancangan kokurikulum sekolah dan jadual aktiviti kokurikulum peringkat daerah dan negeri16) memantau dan menyelia pelaksanaan kegiatan kokurikulum17) menyedia, mengumpul dan menyemak dokumentasi pelaksanaan oleh setiap persatuan/kelab/badan beruniform18) melaksanakan Skema Penilaian Aktiviti Kokurikulum untuk setiap pelajar19) merancang dan melaksanakan kursus-kursus kejurulatihan20) meneroka dan mewujudkan peluang-peluang penyertaan dan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa21) menyediakan laporan Tahunan Kokurikulum

3.5Prinsip Pelaksanaan Kokurikulum1) menyediakan ruang, peluang, kesempatan dan kemudahan pembelajaran yang menarik, menyeronokkan dan merentasi kurikulum2) merancang, menganjur dan mengelolakan kegiatan kokurikulum yang berbentuk aktiviti3) dalam semua program kokurikulum penekanan diberi kepada pemerolehan dan peningkatan ilmu dan kemahiran baru4) dalam semua program kokurikulum penekanan diberi secara sedar kapada usaha bersepadu ke arah memperkukuhkan semangat patriotisme, dan semangat perpaduan antara kaum dan wilayah5) menyediakan peluang, ruang dan kemudahan yang mencukupi6) menyediakan skema peningkatan pengetahuan, kemahiran, pencapaian, dan kepimpinan7) semua program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang memberi peluang dan kesempatan kepada pelajar untuk mengembangkan minat8) menyediakan peluang dan kesempatan kepada pelajar untuk memperagakan bakat dan kebolehan masing-masing di khalayak ramai9) menerapkan elemen-elemen kerjaya dalam program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang10) mewujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan,syarikat-syarikat swasta, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi pengajian tinggi untuk memperluas, mempelbagai dan mempertingkatkan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum11) mewujudkan peluang kepada pelajar untuk mempertingkatkan daya saing dan daya tahan masing-masing12) merealisasikan unsur-unsur penghargaan dalam setiap aktiviti/kegiatan kokurikulum yang dianjur

4.0 AKTA, SURAT PEKELILING IKHTISAS DAN PERATURAN AM PELAKSANAAN AM GERAK KERJA KOKURIKULUM DI SEKOLAH RENDAH.

4.1 PengenalanKegiatan kokurikulum di peringkat persekolahan hendaklah dilaksanakan berdasarkan Akta dan Peraturan yang dikuatkuasakan serta Surat Pekeliling Ikhtisas yang diedarkan dari semasa ke semasa.

Mengikut Peraturan dalam Pelajaran 1956 (Kursus-Kursus Pengajian Sekolah),kegiatan kokurikulum telah dimasukkan sebagai salah satu aktiviti tambahan dalam kurikulum sekolah dan peruntukan masa untuk aktiviti tambahan telah ditetapkan iaitu dijalankan selepas waktu pelajaran sekolah.

4.2 Akta Pendidikan 1996Mengikut Seksyen 130 (2)(i), penubuhan, penyusunan, pengurusan, pengawalan dan pembubaran persatuan murid dan guru, atau persatuan guru dan ibu bapa sama ada di dalam atau di luar institusi pendidikan

4.3 Peraturan-Peraturan Am Pelaksanaan Gerak Kerja KokurikulumBerdasarkan seksyen 130 Akta Pendidikan, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 mula berkuatkuasa pada 21 Mei 1998 dan terpakai bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.

Guru besar, setelah menerima permohonan secara bertulis,dikehendaki menubuh persatuan sekolah daripada kategori yang berikut:a) Matapelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997b) Hobi dan rekreasic) Sukan dan permainand) Badan beruniforme) Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar.

Jawatankuasa tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah mengemukakan laporan secara bertulis kepada Guru Besar mengenai perkara-perkara yang berikut: Perlembagaan dan peraturan persatuan Senarai ahli jawatankuasa persatuan dan Senarai aktiviti utama persatuan

Laporan itu hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas hari selepas ditubuhkan atau selepas mesyuarat pertama persatuan tersebut. Perlembagaan dan Peraturan sekolah wajib diluluskan oleh Guru Besar.

Jawatankuasa tiap-tiap persatuan sekolah dikehendaki mengemukakan laporan secara bertulis kepada Guru Besar mengenai apa-apa perubahan dalam perlembagaan,peraturan,jawatankuasa atau ahli persatuan. Laporan itu dikehendaki kemukakan dalam tempoh empat belas hari dari tarikh yang laporan tentang perubahan itu dibuat dan hendaklah disahkan dengan tandatangan pengerusi dan setiausaha persatuan yang berkenaan. Guru Besar boleh menerima atau enggan untuk menerima perubahan dalam perlembagaan,peraturan,jawatankuasa atau ahli persatuan.

Guru Besar dikehendaki menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan suatu rekod tentang ahli-ahli persatuan sekolah dalam tempoh tiga puluh hari selepas berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini dan hendaklah disediakan bagi pemeriksaan oleh Pendaftar bila-bila masa.

Guru Besar dikehendaki melantik seorang atau beberapa orang guru untuk bertugas sebagai penasihat atau penasihat-penasihat bagi setiap persatuan sekolah dan Guru Besar itu dikehendaki menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan suatu rekod bertulis tentang maklumat itu dan hendaklah disediakan bagi pemeriksaan oleh Pendaftar.

Akaun bagi tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah dibawah kawalan Guru Besar atau penasihat. Guru Besar dikehendaki menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan suatu akaun yang sewajarnya dan hendaklah menyimpannya di bawah jagaannya bagi tempoh tidak kurang dari enam bulan setelah berakhir tiap-tiap tahun kewangan dan hendaklah disediakan bagi pemeriksaan oleh Pendaftar. Apa-apa tajaan atau kutipan derma oleh setiap persatuan sekolah hendaklah mendapat kelulusan Guru Besar.

Tiap-tiap mesyuarat persatuan sekolah atau jawatankuasanya hendaklah dihadiri oleh penasihat dan mana-mana guru lain yang dilantik oleh Guru Besar.

Pendaftar, Guru Besar boleh mengarah mana-mana persatuan sekolah mematuhi peraturan tentang pengurusan,aktiviti, keahlian atau yang selainnya berkenaan dengan persatuan itu.

Pendaftar ,Guru Besar boleh mengarah secara bertulis mana-mana persatuan sekolah dibubarkan jika dia berpuas hati bahawa persatuan itu mungkin digunakan bagi maksud berikut: Yang tidak memberi manfaat kepada guru atau murid Propaganda politik yang memudaratkan kepentingan Malaysia atau awam Yang memudaratkan kepentingan murid atau Yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini.

Tiap-tiap arahan yang dibuat di bawah peraturan 8 hendaklah disiarkan dengan menampalkan suatu salinan mengenainya dipapan kenyataan sekolah atau mana-mana tempat yang boleh dilihat di premis sekolah.

Dengan berkuatkuasa Peraturan-Peraturan ini,Peraturan-Peraturan di bawah Seksyen 92 Ordinan Pelajaran 1952 dibatalkan.

5.0 Penilaian Gerak Kerja Kokurikulum di Sekolah Rendah

5.1 PengenalanPenilaian merupakan satu sistem atau proses meliputi aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti kokurikulum. Ia juga merupakan analisis dan keputusan yang sewajarnya berdasarkan piawaian.

5.2 Penilaian untuk Pelajar Aktiviti KokurikulumPerkara-perkara yang hendak diberi penilaian kepada pelajar dan peserta aktiviti kokurikulum ialah:-1. Prestasi dan pencapaian pelajar.2. Kelakuan yang ditunjukkan.3. Kepimpinan dalam aktiviti kokurikulum.4. Sumbangan kepada perancangan, pengelolaan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.5. Hubungan antara ahli/peserta.6. Tugas dan tanggungjawab dalam aktiviti kokurikulum.

5.3 Penilaian Guru Penasihat Aktiviti KokurikulumPenasihat aktiviti kokurikulum harus membuat penilaian terhadap keberkesanan aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan. Perkara-perkara yang biasanya digunakan untuk membuat penilaian ini ialah:-

1. Objektif perlaksanaan.2. Kehadiran, bilangan permainan, jumlah projek, ataupun jenis khidmat masyarakat, dan sebagainya.3. Maklumat tentang prestasi dan pencapaian.4. Maklum balas peserta, penyokong dan penonton.5. Disiplin pelajar dan iklim sekolah.5.4 Rasional Penilaian yang PiawaiPenilaian kegiatan kokurikulum murid yang dijalankan oleh pihak sekolah didapati berbeza-beza antara satu sama lain. Keadaan ini akan wujudnya ketidaksamarataan dalam pemberian markah kepada murid. Kemungkinan yang berlaku ada murid akan mendapat markah yang berbeza walaupun pencapaian dalam kegiatan kokurikulum adalah sama. Melalui pendekatan terkini ini, penggunaan borang penilaian dan cara penilaian yang piawai, ketidakadilan dalam pemberian markah dapat dielakkan.

5.4.1 Objektif Penilaian yang Piawai1. Menyediakan satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum yang boleh diterima oleh semua sekolah di seluruh Malaysia.2. Membantu Jabatan Pengurusan Isntitusi Pengajian Tinggi membuat penilaian kemasukan pelajar-pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan adil.3. Menggalak dan meningkatkan penglibatan murid yang menyeluruh dalam aktiviti kokurikulum.

5.4.2 Panduan Penilaian yang PiawaiKementerian Pelajaran Malaysia dengan persetujuan bersama Kementerian Pengajian Tinggi telah menetapkan empat aspek utama dalam pengiraan markah 10% pencapaian kokurikulum untuk kemasukan ke Program Pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di IPTA mulai sesi Akademik 2007/2008. Empat aspek kokurikulum yang dinilai berasaskan sekolah ialah:

1.Kehadiran(50%)2.Jawatan disandang(10%)3.Pencapaian (20%)4.Penglibatan(20%)

Aspek KehadiranAspek kehadiran murid diberikan peratusan tertinggi dalam penilaian bertujuan untuk menggalakkan serta melihat usaha mereka hadir mengikuti aktivit yang dirancangkan oleh pihak sekolah. Bilangan kehadiran ini dikira berdasarkan kehadiran minimum 42 kali setahun dengan pecahan seperti berikut:-

1. Pasukan Badan Beruniform(18kali)2. Kelab/Persatuan (12kali)3. Sukan/Permainan(12kali)Borang kehadiran akan diisi oleh pelajar setiap kali perjumpaan kokurikulum diadakan. Setiap kehadiran pelajar akan disahkan oleh gur penasihat bagi setiap persatuan/kelab, sukan atau pasukan beruniform yang dianggotai oleh murid. Borang A (Lampiran 1)

Aspek Jawatan DisandangAspek jawatan disandang adalah terbahagi kepada dua jenis penilaian. Penilaian pertama berdasarkan jawatan yang dilantik meliputi penyandang jawatan dalam aktiviti Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan. Bagi aktiviti Pasukan Badan Beruniform, penilaian kedua ialah markah jawatan adalah berdasarkan jawatan yang disandang berasaskan ujian pencapaian yang diduduki dalam pasukan masing-masing.

Aspek PenglibatanAspek penglibatan adalah pemberian markah kepada semua murid berdasarkan keterlibatan dan komitmen mereka dalam semua aktiviti yang dijalankan mengikut tahap, sama ada di peringkat sekolah , zon/daerah/bahagian, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Bantuan kewangan yang diberikan untuk menyemarakkan lagi aktiviti kokurikulum di sekolah adalah berdasarkan penilaian prestasi pencapaian tersebut.

Aspek PencapaianAspek pencapaian dinilai berdasarkan prestasi pencapaian murid dalam setiap acara yang disertai seperti Johan, Naib Johan dan tempat Ketiga. Pemberatan pemberian markah hendaklah berkait rapat dengan tahap penglibatan murid.

5.4.3 Markah BonusMarkah bonus diberi berdasarkan sesuatu jawatan kepimpinan yang disandang oleh murid dan jawatan tersebut bertujuan membantu pengurusan dan pentadbiran sekolah. Di samping itu, Anugerah Khas juga diambilkira sebagai markah bonus. Markah ini diberi sebagai pengiktirafan kepada murid di atas pencapaian cemerlang dalam bidang kokurikulum dan kemasyarakatan yang diusahakan sendiri.

Bagi penilaian 10% markah kokurikulum kemasukan ke IPTA, penilaian prestasi yang dibuat hanya memilih dua bidang terbaik daripada tiga bidang yang disertai oleh murid di sekolah setiap tahun, kecuali pelajar Tingkatan Enam Rendah. Mereka yang terpilih dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selepas Tingkatan 5, penilaian dibuat bagi dua bidang terbaik yang disertai daripada empat bidang, iaitu penyertaan PLKN sebagai bidang tambahan.

Bagi menentukan murid sentiasa cergas dan bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum, penilaian kokurikulum murid hendaklah dilakukan pada setiap tahun sepanjang persekolahannya. Keputusan penilaian akan direkodkan dalam bentuk prestasi tahun semasa (Grade point Average) dan himpunan prestasi sepanjang tempoh persekolahan (Cumulative Grade Point Average). Tempoh penilaian seiap tahun bermula daripada 1 Januari hingga 31 Disember tahun penilaian semasa.

Ringkasan Huraian Pengiraan 10% Markah KokurikulumBerikut ialah dua contoh pengiraan markah. Menggunakan Boarng B (Lampiran 2):Contoh 1:Kiraan kehadiran Pasukan Badan Beeruniform

(Jumlah Kehadiran)

x50

Jumlah Minggu/Kehadiran Sepatutnya

Markah Kehadiaran=

9

x50=25

18

=

Contoh 2:Kiraan Kehadiran Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan

Markah Kehadiaran=

(Jumlah Kehadiran)

x50

Jumlah Minggu/Kehadiran Sepatutnya

9

x50=37.5

12

=

1. Aspek penglibatanPeruntukan markah seperti berikut:Peringkat PenglibatanMarkah

Sekolah8

Zon/Daerah/Bahagian11

Negeri14

Kebangsaan17

Antarabangsa20

2. Aspek PencapaianPeruntukan markah seperti berikut:Peringkat PenglibatanMarkah

JohanNaib JohanKetiga

Sekolah876

Zon/Daerah/Bahagian11109

Negeri141312

Kebangsaan171615

Antarabangsa201918

1. Aspek Jawatan DisandangPeruntukan markah berdasarkan bidang masing-masing seperti berikut:(a) Pasukan Badan BeruniformMarkah berdasarkan kedudukan pangkat dalam pasukan.(b) Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan seperti carta berikut:JawatanMarkah

Pengerusi / Presiden / kapten Pasukan /Ketua Pasukan Sukan / Permainan /Ketua Rumah10

Timbalan Pengerusi / Naib Pengerusi8

Setiausaha / Bendahari7

Penolong Setiausaha / Penolong Bendahari6

Ahli Jawatankuasa5

Ahli Aktif4

Ahli Biasa1

Murid akan dinilai dalam dua bidang terbaik daripada tiga bidang penglibatan iaitu Pasukan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan. Bagi murid yang menghadiri Program Latihan khidmat Negara (PLKN) pada tahun semasa, program ini merupakan pilih boleh keempat.Bahagian Sekolah juga boleh memperkenalkan Markah Bonus (maksimum 10 marka) yang meliputi:1. Sebarang aktiviti murid yang memberikan perkhidmatan kepada pihak sekolah seperti jawatan kepimpinan, misalnya, Ketua Murid, Pengawas Perpustakaan, Quarter Master dan sebagainya.2. Anugerah atau pengiktirafan yang diterima daripada Kementerian/Jabatan lain atau agensi kerajaan (yang diiktiraf oleh Bahagian Sekolah/KPM) oleh murid sumbangan, penyertaan dan perkhidmatan mereka, misalnya Anugerah Remaja Perdana.Contoh Pengiraan Markah1. Kegiatan Pasukan Badan BeruniformAspek PenilaianPrestasiMarkah

KehadiranPenuh (9/18)25

JawatanAhli Aktif4

PenglibatanMenghadiri Jambori Pengakap Peringkat Daerah11

PencapaianKetiga Kawad Kaki Peringkat Daerah9

JUMLAH49

2. Kegiatan Kelab/PersatuanAspek PenilaianPrestasiMarkah

KehadiranPenuh (9/12)37.5

JawatanAJK Persatuan Sejarah5

PenglibatanSeminar Penulisan Sajak Peringkat Negeri14

PencapaianNaib Johan-Pertandingan Bahas Ala Parlimen Antara Zon10

JUMLAH66.5

3. Kegiatan Sukan/PermainanAspek PenilaianPrestasiMarkah

KehadiranPenuh (12/12)50

JawatanAJK Kelab Bola Sepak B185

PenglibatanMewakili Negeri Dalam Pertandingan Kebangsaan17

PencapaianNaib Johan Piala Bola Sepak Peringkat Kebangsaan16

JUMLAH88

4. Markah BonusBil.JawatanMarkah Bonus

1.Ketua Pelajar 10

2.Timbalan / Penolong Ketua Pelajar8

3.Pengawas / Imam / Bilal7

4.Pengawas Perpustakaan6

5.Ketua Perpustakaan, Badan-Badan Tertentu. (Jawatankuasa Asrama, Makanan dan lain-lain)5

6.AJK (Penolong Ketua / Pengerusi / Setiausaha / Bendahari)3

7.Ketua Bilik / Asrama / Kelas2

8.Penolong Ketua Bilik / Asrama / Kelas1

5. Contoh Kiraan Markah Tahun SemasaMenggunakan Borang C (Lampiarn 3)

66.5 +88+49

=67.83

3

Markah Purata (dalam dua bidang terbaik)=

Markah Bonus=10

Markah Keseluruhan (Purata + Bonus)=77.83 markahh