pengenalan arus ulang alik

Upload: lihui-goh

Post on 05-Jan-2016

341 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

elektik dan elektronik

TRANSCRIPT

Definisi Arus Ulang Alik

Definisi Arus Ulang AlikArus ulang-alik (AU) ialah arus yang sentiasa berubah-ubah alirannya mengikut masa dan mengalir di dalam dua keadaan sama ada pada nilai negatif ataupun nilai positif

Pengenalan Arus Ulang Alik (AU)Penjanaan AUSumber arus ulang alik yang utama ialah penjana AU. Penjana AU terdiri daripada gelung dawai pengalir yang diputarkan di dalam medan magnet. Aruhan elektromagnet berlaku apabila pengalir bergerak dalam medan magnet di mana fluks magnet dipotong oleh pengalir.

Dalam Rajah 1(a) dan Rajah 1 (b), pada pertengahan pertama pusingan, arus mengalir dari B ke A dan keluar melalui X ke Y, kemudian masuk semula melalui D ke C. Pada pertengahan kedua pusingan, arus mengalir dari C ke D dan keluar melalui Y ke X dan kemudian masuk semula melalui A ke B. Kesimpulannya, dalam pengalir ABCD, arus berubah-ubah haluan pada setiap setengah pusingan, begitu juga dengan litar luar (R ). Rajah 1.2 : Penjana gegelung AU

Rajah 1.3 : Magnitud dan arah d.g.e teraruh yang dihasilkan oleh penjana AU

Rajah 1.3 menunjukkan magnitud dan arah d.g.e teraruh yang dihasilkan oleh penjana AU bergantung kepada kedudukan sudut putaran gegelung pengalir. Andaikan pengalir berpusing pada kelajuan yang sama. Apabila pengalir pada kedudukan 0, ia akan berada selari dengan medan magnet. Oleh kerana daya gerak elektrik (d.g.e) hanya dijana apabila pengalir memotong garisan fluks magnet, maka tiada d.g.e yang terjana pada kedudukan 0. Apabila pengalir sampai pada kedudukan 1, ia akan memotong fluks magnet secara serong dan d.g.e akan terjana sedikit. D.g.e yang terjana akan terus meningkat pada kedudukan seterusnya sehinggalah pada kedudukan 3. Pada kedudukan ini, pengalir akan memotong fluks pada sudut tepat dan d.g.e akan menjadi maksimum seketika.Seterusnya, d.g.e yang teraruh akan mula mengurang sehinggalah menjadi sifar pada kedudukan 6. Keadaan perubahan yang sama akan berlaku apabila pengalir berpusing pada satu lagi setengah pusingan.Pada kedudukan 7, 8, 9, 10, 11 pengalir akan memotong uratdaya dalam arah terbalik, oleh yang demikian d.g.e. akan berbalik walaupun mempunyai nilai yang sama. Apabila sampai pada kedudukan 12, d.g.e. yang teraruh akan kembali menjadi sifar seperti kedudukan 6. Dari sini pusingan akan bermula sekali lagi seperti yang berlaku sebelumnya, bermula dari kedudukan 1 kembali.