pengawalan kos projek pembinaan oleh kontraktor

147
PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR MOHAMAD SOFIUDDIN BIN ABDUL RAHMAN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Sains (Pengurusan Pembinaan) Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia JANUARI, 2012

Upload: vuongdat

Post on 31-Dec-2016

265 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

MOHAMAD SOFIUDDIN BIN ABDUL RAHMAN

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Sains (Pengurusan Pembinaan)

Fakulti Kejuruteraan Awam

Universiti Teknologi Malaysia

JANUARI, 2012

Page 2: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

iii

DEDIKASI

Buat Bonda Yang Tersayang, Solha Binti L. Isa

Ayahanda Yang Dikasihi, Abdul Rahman Bin Hj Mat Saed

Serta Keluarga Yang Disayangi

Terima Kasih Di Atas Segala Pengorbanan, Dorongan, Restu

Dan Kasih Sayang Yang Diberikan. Jasa Kalian

Tidak Terbalas Buat Diriku

Hanya Allah s.w.t Sahaja Yang Dapat Membalasnya

Buat Penyelia Yang Dihormati

Mr Bachan Singh a/l Besawa Jagar Singh dan

Profesor Madya Sr Dr. Zakaria Bin Mohd Yusof

Ilmu Dan Tunjuk Ajarmu Amatku Hargai

Buat Pensyarah - Pensyarah Pengurusan Pembinaan,

Jutaan terima kasih diucapkan..............

Serta Tidak Lupa Pada Semua Pelajar-Pelajar Pengurusan

Pembinaan dan Kejuruteraan Awam

Didoakan Semoga Semua Dilimpahkan Rezeki & Rahmat Dari ALLAH S.W.T...Amin..

Page 3: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin serta limpah

kurniaNya, dapatlah saya menyiapkan laporan projek ini.

Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan

dan jutaan terima kasih khas buat Encik Bachan Singh a/l Besawa Jagar Singh dan

Profesor Madya Sr Dr. Zakaria Bin Mohd Yusof selaku penyelia projek master di

atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh kajian ini

dilaksanakan.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua pensyarah Fakulti

Kejuruteraan Awam khususnya pensyarah-pensyarah Pengurusan Pembinaan yang

telah banyak memberi tunjuk ajar dan panduan sepanjang tempoh pelaksanaan kajian

ini.

Akhir kata, salam kasih dan sayang buat keluarga dan rakan-rakan yang telah

banyak memberikan sokongan dan bantuan melalui pengalaman dan pembelajaran

serta memberikan idea-idea bernas dan sokongan semasa pelaksanaan kajian ini.

Jasa anda semua hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. InsyaAllah. Sekian.

Page 4: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

v

ABSTRAK

Pengawalan kos dalam projek pembinaan adalah sesuatu yang sangat penting

selain daripada pengetahuan teknikal dalam industri pembinaan. Kelemahan dalam

pengawalan kos boleh mengurangkan margin keuntungan dan menyebabkan

kerugian kepada pihak kontraktor. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti

kaedah pengawalan kos yang digunakan oleh kontraktor dalam sesuatu projek

pembinaan, untuk mengenalpasti faktor-faktor yang dipertimbangkan oleh kontraktor

dalam menentukan margin keuntungan sesuatu projek dan untuk mengenalpasti

strategi yang digunakan mengurangkan risiko kewangan projek pembinaan. Kajian

ini dijalankan menerusi kajian literatur dan pengedaran borang soal selidik. Data

yang diperoleh dianalisis menggunakan indeks purata. Daripada kajian yang

dilakukan, didapati kaedah pengawalan kos yang digunakan oleh kontraktor untuk

mengawal kos projek pembinaan adalah kaedah untung atau rugi berasaskan kepada

bayaran pada setiap bulan, kaedah untung atau rugi berasaskan kepada bayaran pada

setiap elemen, kaedah untung atau rugi berasaskan kepada bayaran pada setiap

aktiviti kerja, kaedah untung atau rugi berasaskan kepada bayaran pada setiap

peringkat dan kaedah untung atau rugi keseluruhan. Faktor-faktor yang

dipertimbangkan oleh kontraktor dalam menentukan margin keuntungan sesuatu

projek pula adalah keadaan pasaran semasa, kerumitan projek, tahap risiko, jenis

projek, inflasi, beban kerja semasa, tempoh penyiapan dan tahap persaingan. Strategi

yang digunakan kontraktor bagi mengurangkan risiko kewangan projek pembinaan

pula adalah memantau dengan teliti perjalanan projek, membangunkan perancangan

kerja secara menyeluruh, menyediakan aliran tunai dari bulan ke bulan, mengurus

dengan cermat overhed projek, membeli kemudahan kredit, memilih saiz projek

berdasarkan kepada kedudukan kewangan syarikat dan menguji kawasan geografi

yang baru.

Page 5: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

vi

ABSTRACT

Cost control in construction project is very important besides the technical

knowledge in construction. Poor cost control may lead to reduced profit margin or

total loss to the contractor. Making profit is the contractors‟ main aim when

undertaking the project. However good financial and cost control will lead to

maximum profit for the contractors‟ organization. The objectives of this study are to

identify the cost control methods used by the contractor in the construction project,

to identify the factors considered by the contractor to determine the profit margin and

to identify the strategy used by the contractor to reduce the financial risk in the

construction project The study is carried out through literature review and

questionnaires. The data is analyzed using average index. From the study, the cost

control method used by the contractors for monitoring and controlling the cost

construction project are using loss or profit based on payment every month method,

loss or profit based on payment every completion the element method, loss or profit

based on payment after finish every work method, loss or profit based on payment

every stage method and loss or profit based on payment after completion of project

method. The factors considered by the contractor to determine the profit margin are;

the complexity of the project, the risks involved, types of project, inflation, current

workload, completion date and competition. The strategy used by the contractor to

reduce the financial risk in the construction project are; understanding geographical

area, project size depends on financial standing, credit purchasing, prudent

management, preparing monthly cash flow, overall planning and continuous project

monitoring.

Page 6: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PERAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI JADUAL xvi

SENARAI LAMPIRAN xviii

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Penyataan Masalah/ Isu 3

1.3 Persoalan Kajian 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Skop Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Metodologi Penyelidikan 6

1.8 Kesimpulan 10

Page 7: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

viii

BAB 2 PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Definisi Pengawalan 12

2.3 Definisi Kos 13

2.4 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi 13

Kos Pembinaan

2.4.1 Kos Bahan Binaan 15

2.4.2 Kos Buruh 15

2.4.2.1 Kategori Buruh 16

2.4.2.1.1 Buruh Tidak Mahir 16

2.4.2.1.2 Buruh Separa Mahir 16

2.4.2.1.3 Buruh Mahir 17

2.4.2.1.4 Juruteknik 17

2.4.2.1.5 Pengurus 17

2.4.3 Kos Loji (Jentera) 18

2.4.4 Kos Overhed 19

2.5 Kaedah Pengawalan Kos Projek Pembinaan 21

2.5.1 Untung Atau Rugi Keseluruhan 22

2.5.2 Untung Atau Rugi Berasakan 22

Kepada Bayaran Pada Setiap Peringkat

2.5.3 Untung atau rugi berasaskan kepada 23

bayaran pada setiap aktiviti kerja

2.5.4 Untung atau rugi berasaskan kepada 23

bayaran pada setiap elemen

2.5.5 Untung atau rugi berasaskan kepada 24

bayaran pada setiap bulan

2.6 Tenik-Teknik Pengurusan Kos Projek Pembinaan 24

2.6.1 Carta Gantt 25

2.6.1.1 Penyediaan Carta Gantt 25

2.6.1.2 Penggunaan Carta Gantt 26

2.6.1.3 Kebaikan Carta Gantt 28

2.6.1.4 Kelemahan Carta Gantt 28

2.6.2 „Milestone Chart‟ 29

Page 8: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

ix

2.6.3 Kaedah Laluan Genting 30

2.6.3.1 Kebaikan Kaedah Laluan Genting 33

2.6.3.2 Kelemahan Kaedah Laluan Genting 33

2.6.4 Penggunaan Perisian Komputer 34

2.7 Kesimpulan 34

BAB 3 PENGURUSAN KEWANGAN PROJEK PEMBINAAN

3.1 Pengenalan 36

3.2 Definisi Pengurusan Kewangan 37

3.3 Sumber Kewangan Kontraktor 38

3.4 Faktor-faktor Yang Dipertimbangkan Dalam 39

Menentukan Margin Keuntungan Projek

Pembinaan

3.4.1 Beban Kerja Semasa 40

3.4.2 Keadaan Pasaran 40

3.4.3 Tahap Persaingan Dalam Mendapatkan 41

Tender

3.4.4 Risiko 41

3.4.5 Kerumitan Projek 42

3.4.6 Inflasi 42

3.4.7 Jenis Projek Yang Ingin Dimasuki 43

3.4.8 Tempoh Penyiapan Sesuatu Projek 43

3.5 Kaedah Mendapatkan Maklumat Kos Pembinaan 43

3.6 Kaedah-Kaedah Menguruskan Sumber 45

Kewangan Projek Pembinaan

3.6.1 Menyenaraikan Perbelanjaan Projek 45

3.6.2 Menyediakan Belanjawan Projek 46

3.6.3 Menyediakan Unjuran (pro-forma) 47

penyata untung rugi dan kunci kira-kira

3.6.4 Menyediakan Penyata Sumber dan 47

Kegunaan Dana (Statement of Sources

and Uses of Fund)

Page 9: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

x

3.6.5 Merekodkan Urus Niaga Secara Tunai 48

Dan Kredit

3.6.6 Mengaudit Kewangan Projek 49

3.7 Risiko Kewangan Yang Selalu Dihadapi 50

Kontraktor

3.7.1 Wang Pembiayaan Tidak Mencukupi 50

3.7.2 Risiko Pusingan Modal Tidak Mencukupi 51

3.7.3 Pemberian Kredit Yang Rendah Oleh 51

Pembekal

3.7.4 Bank Mengetatkan Syarat-Syarat Pinjaman 52

3.7.5 Kenaikan Harga Bahan Binaan 52

3.7.6 Kesilapan Menghargakan kontrak 53

3.7.7 Bayaran Kemajuan Lambat Diterima 53

3.7.8 Kerugian Yang Berpunca Dari Kecuaian 54

Subkontraktor

3.7.9 Peningkatan Kos Pembinaan 54

3.8 Strategi Mengurangkan Risiko Kewangan Projek 55

Pembinaan

3.8.1 Membangunkan Perancangan Kerja Secara 55

Menyeluruh

3.8.2 Menguji Kawasan Geografi Yang Baru 56

Dengan Hanya Membina Projek Yang

Kecil Atau Berdasarkan Kepada

Pelanggan Yang Sama

3.8.3 Mengawasi Secara Berhati-Hati 56

Perjalanan Projek

3.8.4 Pilih Saiz Projek Berdasarkan Kepada Saiz 57

Syarikat Pembinaan, Kewangan Dan

Sumber Manusianya

3.8.5 Menyediakan Aliran Tunai Dari Bulan 57

Ke Bulan

3.8.6 Mengurus Dengan Cermat Overhed 58

Projek

Page 10: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

xi

3.8.7 Membeli Kemudahan Kredit Sebagai Satu 58

Kontingensi Untuk Melindungi Aliran

Tunai Negatif Yang Tidak Dijangka

3.9 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Aliran Tunai 59

Projek Pembinaan

3.9.1 Keuntungan dan Overhed 59

3.9.2 Wang Tahanan 60

3.9.3 Tuntutan Pembayaran 60

3.9.4 Pengukuran Lebih Semasa Proses Penilaian 60

Kemajuan Kerja

3.9.5 Tempoh Masa Pembinaan 61

3.10 Kesimpulan 61

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

4.1 Pengenalan 62

4.2 Reka Bentuk Kajian 63

4.3 Kajian Literatur 63

4.4 Kajian Awal 65

4.5 Kajian Soal Selidik 66

4.5.1 Pemilihan Sampel Kajian 66

4.5.2 Borang Soal Selidik 67

4.5.3 Teknik Analisis Data 69

4.5.3.1 Analisis Menggunakan Skala 70

Likert

4.5.3.2 Analisis Menggunakan 73

Frekuensi

4.6 Kesimpulan 74

BAB 5 ANALISIS KAJIAN

5.1 Pengenalan 75

5.2 Maklumbalas Borang Soal Selidik Yang Telah 76

Diedarkan Kepada Firma Kontraktor Yang Terlibat

Page 11: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

xii

5.2.1 Jawatab Responden 77

5.3 Analisis Borang Soal Selidik 78

5.3.1 Analisis Menggunakan Skala Likert 78

5.3.1.1 Keadah Pengawalan Kos Dan 79

Kewangan Yang Digunakan

Kontraktor Dalam Projek

Pembinaan

5.3.1.2 Faktor-Faktor Yang 86

Dipertimbangkan Kontraktor Dalam

Menentukan Margin Keuntungan

Sesuatu Projek

5.3.1.3 Strategi Yang Digunakan 93

Bagi Mengurangkan Risiko

Kewangan Projek Pembinaan

5.4 Kesimpulan 100

BAB 6 KESIMPULAN DAN CADANGAN

6.1 Pengenalan 101

6.2 Penemuan Kajian 101

6.2.1 Keadah Pengawalan Kos Dan 102

Kewangan Yang Digunakan Kontraktor

Dalam Projek Pembinaan

6.2.2 Faktor-Faktor Yang Dipertimbangkan 102

Kontraktor Dalam Menentukan Margin

Keuntungan Sesuatu Projek

6.2.3 Strategi Yang Digunakan Bagi 104

Mengurangkan Risiko Kewangan

Projek Pembinaan

6.3 Masalah Yang Dihadapi Semasa Melakukan 104

Penyelidikan

6.4 Cadangan Penyelidikan Lanjutan 105

Page 12: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

xiii

6.5 Kesimpulan 105

RUJUKAN 107

LAMPIRAN

Page 13: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Aliran Metodologi Penyelidikan 9

2.1 Model Sistem Pengawalan Kos Yang Baik 11

2.2 Kategori Kos Dalam Projek Pembinaan 14

2.3 Kaedah Perolehan Loji 19

2.4 Perhubungan Antara Kos langsung Dan Tidak 20

Langsung Yang Terkumpul Dalam Projek

Pembinaan

2.5 Kelok Bagi Kos Langsung Dan Tidak Langsung 21

Yang Terlibat Dalam Projek Pembinaan

2.6 Contoh Penggunaan Carta Gantt Dalam 27

Perancangan Kos Bagi Projek Binaan

2.7 Perbezaa Antara Carta Gantt dan Milestone 29

Chart

2.8 Contoh Penggunaan Kaedah Laluan Genting 32

Dalam Pengawalan Kos Projek Pembinaan

5.1 Peratusan Bagi Borang Soal Selidik Yang 76

Diterima Dan Tidak Diterima

5.2 Keadah Pengawalan Kos Dan Kewangan Yang 83

Digunakan Kontraktor Dalam Projek Pembinaan

5.3 Faktor-Faktor Yang Dipertimbangkan Kontraktor 90

Dalam Menentukan Margin Keuntungan Sesuatu

Projek

Page 14: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

xv

5.4 Strategi Yang Digunakan Bagi Strategi 97

Mengurangkan Risiko Kewangan Projek

Pembinaan

Page 15: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

xvi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

4.1 Jumlah Sampel Dalam Kajian Sains Sosial 67

4.2 Skala Bagi Penyataan Yang Dikemukakan 70

4.3 Julat Indeks Bagi Setiap Kategori 71

5.1 Jumlah Borang Soal Selidik Yang Dihantar Dan 76

Diterima

5.2 Pecahan Jawatan Responden 77

5.3 Kategori Bagi Penyataan Yang Dikemukakan 79

5.4 Maklumbalas Responden Mengenai Keadah 80

Pengawalan Kos Dan Kewangan Yang Digunakan

Kontraktor Dalam Projek Pembinaan

5.5 Skor Min Bagi Keadah Pengawalan Kos Dan 82

Kewangan Yang Digunakan Kontraktor

Dalam Projek Pembinaan

5.6 Skala Indeks Bagi Setiap Kategori 82

5.7 Maklumbalas Responden Mengenai 87

Faktor-Faktor Yang Dipertimbangkan

Kontraktor Dalam Menentukan Margin

Keuntungan Sesuatu Projek

5.8 Skor Min Bagi Faktor-Faktor Yang 89

Dipertimbangkan Kontraktor Dalam

Menentukan Margin Keuntungan Sesuatu

Projek

5.9 Skala Indeks Bagi Setiap Kategori 89

Page 16: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

xvii

5.10 Maklumbalas Responden Mengenai Strategi Yang 94

Digunakan Bagi Mengurangkan Risiko Kewangan

Projek Pembinaan

5.11 Skor Min Bagi Strategi Yang Digunakan Bagi 96

Mengurangkan Risiko Kewangan Projek

Pembinaan

5.12 Skala Indeks Bagi Setiap Kategori 96

Page 17: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 113

B Surat Kebenaran Untuk Menjalankan 120

Soal Selidik

Page 18: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

BAB 1 LATAR BELAKANG

KAJIAN

Page 19: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

BAB 1

LATAR BELAKANG KAJIAN

1.1 Pengenalan

Industri pembinaan adalah merupakan salah satu bidang yang sangat

mencabar. Berbanding dengan industri lain, industri pembinaan terdedah dengan

pelbagai risiko yang sangat tinggi (Md Shamir,1992). Biarpun industri pembinaan

mempunyai risiko yang sangat tinggi, tetapi ia begitu mendapat sambutan di

sebabkan kerana ia menjanjikan pendapatan yang sangat lumayan.

Industri pembinaan juga sentiasa menjadi topik penting di dalam setiap

Rancangan Malaysia. Pada suku pertama 2005, industri pembinaan telah mengalami

kemerosatan pertumbuhan iaitu sebanyak negatif 5.1 peratus yang mana telah

mengakibatkan berlakunya pengurangan projek pembinaan (BERNAMA,2005).

Kemerosotan pertumbuhan dalam industri pembinaan ini telah menyebabkan peluang

kontraktor untuk mendapatkan sesuatu projek bertambah sukar. Ini sekaligus akan

meningkatkan bilangan kontraktor yang menggulung tikar (CIDB News, 2005).

Page 20: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

2

Dalam sektor pembinaan, matlamat utama dalam proses pembinaan adalah

untuk memastikan projek dapat disiapkan di dalam tempoh yang ditetapkan,

mengikuti piawaian kualiti yang di gariskan serta menepati kos yang di tetapkan.

Industri pembinaan boleh di kategorikan sebagai sesuatu yang unik kerana ia

mempunyai rekabentuk dan aktiviti yang berlainan bagi setiap projek. Secara

terperincinya, setiap rekabentuk dan aktiviti di lakukan berdasarkan keadaan

sekeliling tapak projek pembinaan tersebut, disusun berdasarkan fungsinya dan

direka berdasarkan keperluan peribadi (Clough, 1975).

Bagi sesebuah kontraktor, untuk membolehkan ia memenangi sesuatu projek

pembinaan, ia perlu memastikan sumber kewangannya kukuh. Menurut Upson

(1987), kewangan adalah sesuatu yang sangat penting bagi sesebuah organisasi

kontraktor. Hal ini kerana kontraktor memerlukan modal bagi menjalankan sesuatu

projek pembinaan termasuklah dalam menggerakkan sistem pengurusan kontraktor

itu sendiri.

Pengurusan kos boleh ditafsirkan sebagai penggunaan sumber kewangan

secara sistematik tanpa berlaku pembaziran sumber. Ia juga melibatkan segala

keputusan yang boleh mempengaruhi kewangan sesuatu projek itu sendiri. Sebagai

contoh, segala keputusan kewangan yang akan dibuat pada hari ini akan

mempengaruhi sumber kewangan pada hari esok. Pengurusan kos yang berkesan

akan membolehkan sesuatu projek itu memperoleh keuntungan yang berlipat kali

ganda dan menjamin kestabilan syarikat itu sendiri (Peterson, 2005).

Selain itu, kebolehan sesebuah organisasi kontraktor itu dalam menangani

risiko kewangan akan membolehkannya dapat bertahan dengan lebih lama di dalam

industri pembinaan. Risiko kewangan merupakan salah satu bahagian risiko yang

paling kompleks kerana ia sentiasa berkembang mengikut pasaran kewangan yang

sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Oleh itu, kontraktor perlu bijak dalam

menangani risiko kewangan ini bagi menjamin kestabilan syarikatnya itu (Holmes,

2004)

Page 21: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

3

1.2 Penyataan Masalah

Kontraktor pembinaan sentiasa terdedah kepada pelbagai masalah sepanjang

perlaksanaan kerja-kerja pembinaan. Kerugian dan kemungkinan untuk gagal dalam

menguruskan sumber kewangan adalah merupakan salah satu masalah yang perlu

dihadapi oleh mereka. Bagi mengatasi masalah ini, mereka memerlukan satu sistem

pengurusan kos dan kewangan yang berkesan sepanjang proses pembinaan dilakukan

(Upson, 1987 ; Peterson, 2005).

Keberkesanan dalam pengurusan kos dan kewangan kontraktor dalam sesuatu

projek dapat meningkatkan margin keuntungan bagi sesebuah kontraktor itu.

Kebanyakan kegagalan kontraktor dalam melaksanakan sesuatu projek itu adalah

disebabkan oleh kelemahan pengurusan kos dan kewangannya. Pengurusan aliran

tunai amat penting bagi menjamin kesinambungan sesebuah organisasi kontraktor

tersebut untuk terus bersaing di dalam industri pembinaan (Garden and Creese, 2000

; Barrow, 2006).

Mengikut laporan BERNAMA (24 Oktober 2005), kebanyakan kontraktor-

kontraktor kecil yang melaksanakan projek kerajaan terpaksa gulung tikar

disebabkan menghadapi masalah kewangan yang meruncing. Mengikut laporan

BERNAMA ( 2 Februari 2010) pula, Kementerian Pelajaran telah mengingatkan

semua kontraktor bagi 45 projek „sakit‟ di bawah kementerian itu supaya

menyiapkan projek mereka mengikut jadual bagi mengelak di senarai hitamkan.

Mereka ini dikatakan mempunyai masalah kewangan dalam melaksanakan projek

tersebut.

Mengikut laporan Utusan Malaysia (31 Januari 2010), kerajaan telah

mengeluarkan notis amaran kepada kontraktor projek pembinaan Plaza Rakyat agar

meneruskan projek tersebut secepat mungkin. Projek ini dilaporkan telah

terbengkalai semenjak 12 tahun lepas berikutan beberapa kali bertukar tangan.

Page 22: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

4

Situasi ini berlaku disebabkan kontraktor terdahulu telah mengalami masalah

kewangan dalam menyiapkan projek ini.

Pihak kontraktor harus sedar kecekapan pengurusan kewangan dari awal

proses pembinaan sehinggalah tamat projek dapat mengurangkan risiko kewangan

sesebuah kontraktor. Kontraktor yang tidak berpengalaman dan tidak berhati-hati

semasa menguruskan sumber kewangannya tidak akan dapat bertahan dengan lebih

lama dalam industri ini.

Di dalam dunia perniagaan terutama di dalam sektor pembinaan, perubahan

sering berlaku tanpa mengira keadaan. Ia telah memberikan kesan kepada pihak yang

terlibat terutama kepada pihak kontraktor. Perubahan yang dimaksudkan adalah

seperti perubahan yang melibatkan kos pembinaan serta teknologi yang digunakan

dalam melaksanakan sesuatu projek. Bagi mengatasi masalah ini, pihak kontraktor

perlu bijak menguruskan kewangan mereka bagi mengelakkan mereka dari terus

mengalami kerugian (Noorjaya Mohd Yasin & Osman Mohamad, 2000).

1.3 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada beberapa isu dan permasalahan yang telah dikemukakan,

beberapa persoalan kajian telah dibentuk sebagai panduan asas kepada keseluruhan

pelaksanaan kajian ini. Persoalan-persoalan tersebut adalah seperti berikut :

1. Apakah kaedah yang digunakan oleh kontraktor dalam mengawal kos dan

kewangan sesuatu projek pembinaan supaya ia tidak mengalami kerugian

semasa melaksanakan projek tersebut?

Page 23: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

5

2. Apakah faktor-faktor yang dipertimbangkan oleh kontraktor dalam

menentukan margin keuntungan sesuatu projek.

3. Apakah strategi yang digunakan bagi mengurangkan risiko kewangan projek

pembinaan?

1.4 Objektif Kajian

Berdasarkan kepada penyataan masalah dan persoalan kajian yang telah

dikenal pasti, objektif kajian ialah :-

1. Untuk mengenalpasti kaedah pengawalan kos dan kewangan yang digunakan

oleh kontraktor dalam sesuatu projek pembinaan supaya ia tidak mengalami

kerugian semasa melaksanakan projek tersebut.

2. Untuk mengenalpasti faktor-faktor yang dipertimbangkan oleh kontraktor dalam

menentukan margin keuntungan sesuatu projek.

3. Untuk mengenalpasti strategi yang digunakan kontraktor bagi mengurangkan

risiko kewangan projek pembinaan.

1.5 Skop Kajian

Kajian ini adalah difokuskan kepada kontraktor kelas A yang menjalankan

kerja-kerja pembinaan di sekitar Johor Baharu. Lokasi ini dipilih bagi memudahkan

kajian ini dilakukan.

Page 24: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

6

1.6 Kepentingan Kajian

Walaupun terdapat banyak kajian yang telah dijalankan terhadap sistem

pengurusan kos dan kewangan bagi sesebuah organisasi kontraktor, namun kajian

khusus tentang sistem dan kaedah pengurusan kos dan kewangan bagi sesebuah

projek pembinaan masih kurang dilakukan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi

mengenalpasti kaedah pengawalan kos dan kewangan yang digunakan oleh

kontraktor dalam sesuatu projek pembinaan supaya ia tidak mengalami kerugian

semasa melaksanakan projek tersebut.

Selain itu juga, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti apakah faktor-faktor

yang dipertimbangkan oleh kontraktor dalam menentukan margin keuntungan

sesuatu projek supaya dia tidak mengalami kerugian apabila melaksanakan projek

tersebut. Kajian ini juga dijalankan bagi mengenalpasti tahap pemahaman kontraktor

berkaitan isu yang dikaji.

Melalui kajian ini, ia dapat memberi maklumat tambahan kepada kontraktor-

kontraktor baru yang menceburi bidang ini supaya mereka dapat menguruskan kos

dan kewangan projek pembinaan yang telah dimenangi dengan lebih berkesan.

Diharapkan juga, melalui kajian ini ia dapat memberi maklumat kepada kontraktor

sedia ada bagi memantapkan lagi sistem pengurusan kewangan mereka supaya

mereka dapat terus bertahan dan bersaing dalam industri pembinaan ini.

1.7 Metodologi Penyelidikan

Metodologi penyelidikan memberikan garis panduan yang penting supaya

sesuatu penyelidikan itu dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik bagi mencapai

Page 25: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

7

objektifnya. Perancangan pada ketika ini amat penting bagi menjamin kelancaran

penyelidikan ini. Berikut merupakan peringkat-peringkat yang terlibat dalam

penyelidikan ini.

1.7.1 Peringkat Pertama

Peringkat pertama penyelidikan ialah kajian awal. Peringkat ini melibatkan

perbincangan dengan pensyarah, kawan-kawan serta rujukan kepada buku-buku,

jurnal dan sumber Internet. Hasil aktiviti ini telah menyumbang idea tentang tajuk

yang boleh dibuat. Selepas itu, tajuk penyelidikan ditentukan. Pembacaan

selanjutnya telah dibuat untuk mendapat gambaran bidang kajian, skop dan objektif

penyelidikan. Dalam peringkat ini, data dan sumber data juga telah dikenalpasti

untuk menyenangkan proses pengumpulan data.

1.7.2 Peringkat Kedua

Peringkat kedua penyelidikan adalah peringkat pengumpulan data. Terdapat

dua jenis data yang telah dikumpulkan iaitu data primer dan data sekunder.

a) Data Primer

Data primer diperoleh dan dikumpulkan daripada soal selidik yang telah

dijalankan. Bentuk soal selidik yang telah digunakan adalah soal selidik jenis

tertutup.

Page 26: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

8

b) Data Sekunder

Data sekunder pula merupakan data yang diperoleh daripada analisis yang

telah dibuat oleh pihak lain. Sumber-sumber data sekunder adalah seperti buku-buku,

jurnal, akhbar, kertas seminar, internat dan bahan-bahan rujukan lain.

1.7.3 Peringkat Ketiga

Peringkat ketiga adalah peringkat penganalisisan data yang diperoleh. Data

yang telah diperoleh disusun, diproses dan dinilai. Seterusnya, data tersebut telah

dianalisis dalam bentuk teks, jurnal dan carta bagi mendapat gambaran dan taksiran

yang lebih jelas.

1.7.4 Peringkat Keempat

Peringkat keempat adalah peringkat penulisan dan membuat kesimpulan.

Setelah data-data dianalisis dan disusun, penulisan pun dimula. Selepas itu,

kesimpulan terhadap data-data yang diperoleh dibuat. Semakan pula telah dibuat

sebelum penghantaran penulisan (Sila rujuk Rajah 1.1).

Page 27: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

9

Peringkat Pertama

Peringkat Kedua

Peringkat Ketiga

Peringkat Keempat

Rajah 1.1: Aliran Metodologi Penyelidikan

Kajian Literatur

Bagi Mencari

Tajuk Kajian

Ba

Data

Sekunder

Menentukan Tajuk Penyelidikan

Penentuan Skop dan Objektif

Pengumpulan Data

Analisis Data

Penyusunan Data

Penulisan, Rumusan dan Kesimpulan

Semakan

Soal selidik

Data Primer

Buku-buku

Kertas seminar dan artikel

Akta dan peraturan

Sumber internet

Buku-

buku

Jurnal

Sumber

internet

Pensyarah

Rakan-rakan

Mengenalpasti Data dan Sumber Data

Kajian Awal

Perbincangan

Penafsiran

Page 28: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

10

1.8 Kesimpulan

Di dalam Bab 1 ini telah di huraikan tentang latar belakang kajian yang telah

dikaji. Ia merangkumi objektif dan skop kajian yang mana ia merupakan tujuan

utama penyelidikan ini dilakukan.

Page 29: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

BAB 2 PENGAWALAN KOS PROJEK

PEMBINAAN

Page 30: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

PeruntukanBelanjawan

Pengawalan

PemeriksaanPenilaian Dan Tindakan

BAB 2

PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN

2.1. Pengenalan

Sistem pengawalan kos yang cekap dan berkesan amat penting untuk

memastikan kos keseluruhan di akhir projek binaan tidak melebihi daripada jumlah

yang telah diperuntukan. Oleh itu, sesuatu sistem pengawalan kos yang baik bukan

saja berfungsi mengawal kos supaya tidak melebihi perancangan belanjawan, tetapi

perlulah juga berupaya untuk menganalisis kepincangan yang wujud supaya tindakan

segera dapat diambil sebelum terlambat.

Rajah 2.1 : Model Sistem Pengawalan Kos Yang Baik

Sumber : Ken (1986)

Page 31: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

12

Untuk mencapai hasrat ini, satu sistem pengawalan kos yang boleh digunakan

adalah seperti yang ditunjukan dalam rajah 2.1 diatas. Pendekatan sistem ini agak

ringkas dan mudah. Apabila belanjawan terhadap sesuatu projek binaan telah

dikenalpasti, ia perlu disusuli oleh satu sistem pengawasan dan pemeriksaan.

Tujuannya adalah untuk mengenalpasti alternatif tindakan atau remedi yang

bersesuaian untuk mengatasi sesuatu kepincangan yang timbul. Ini bermakna,

pendekatan melalui perancangan kos semata-mata dalam mengawal kos sesuatu

projek binaan adalah tidak memadai tanpa disusuli dengan sistem pengurusan kos

yang bersistematik.

Justeru itu, sesuatu sistem pengawalan dan pengurusan kos yang cekap dan

berkesan perlu dibuat secara berterusan bagi memastikan sasaran kos di akhir projek

dapat dicapai.

2.2. Definisi Pengawalan

Secara umumnya pengawalan boleh ditakrifkan sebagai satu seni bagi

melaksanakan proses kerja yang terancang melalui perancangan yang teratur dan

dilaksanakan secara sistematik, teratur dan mempunyai garis panduan tertentu.

Menurut Macmillan English Dictionary (2004) pengawalan bermaksud proses untuk

mengawal dan menguruskan sesuatu.

Menurut Rue dan Byars (2000), pengawalan ialah susunan tugas yang

melibatkan penyelarasan (koordinasi) sumber-sumber organisasi seperti tanah,

pekerja dan modal dengan tujuan untuk mencapai objektif syarikat seperti yang telah

ditetapkan.

Page 32: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

13

Menurut Mohammad Fauzi (2008), pengawalan adalah proses merancang,

mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha anggota yang terlibat dalam

organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain dalam organisasi bagi mencapai

matlamat organisasi yang ditetapkan.

Ebi Shahrin Suleiman (2003) pula mentakrifkan maksud pengawalan sebagai

satu proses menyempurnakan sesuatu tugas menerusi penglibatan dan tindakan orang

lain menerusi proses perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengurusan ke

atas sumber dan aktiviti organisasi untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

2.3. Definisi Kos

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2002), kos didefinisikan

sebagai harga yang perlu dibayar untuk memperoleh, mengeluarkan dan

menyenggara sesuatu. Biasanya berupa wang, masa dan tenaga serta perbelanjaan.

Menurut Abdul Hakim Mohammed (1995) pula, kos boleh didefinisikan

sebagai sumber input dalam bentuk kewangan yang perlu dibelanjakan untuk

menghasilkan output.

2.4. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kos Pembinaan

Menurut Darlow (1988), bagi menyediakan belanjawan yang realistik,

kontraktor perlu mengambil kira faktor-faktor utama yang boleh mempengaruhi kos

Page 33: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

14

Jumlah Kos Terlibat

Kos Langsung atau Kos Berubah Atau Kos Primer

Kos untuk membina bangunan, menyediakan

infrastruktur dan bahagian bahagian lain yang

diperlukan

Buruh

Alatan/Logi

Bahan

Kos Tidak Langsung atau Kos Tetap

Kos sampingan yang dibelanjakan untuk

melaksanakan projek berkenaan

pembinaan sesebuah projek. Menurut Peterson (2005), faktor-faktor utama yang

mempengaruhi kos pembinaan sesuatu projek boleh dibahagikan kepada dua jenis

iaitu kos langsung dan kos tidak langsung. Kos langsung terdiri daripada kos bahan

binaan, kos buruh dan kos loji atau jentera manakala kos tidak langsung pula terdiri

daripada kos pengurusan dan overhed.

Rajah 2.2 : Kategori Kos Dalam Projek Pembinaan

Sumber : Scott, D. (1995)

Page 34: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

15

2.4.1. Kos Bahan Binaan

Kos bahan binaan adalah antara komponen kos utama dalam pembinaan

sesuatu projek. Biasanya kos bahan menyumbang kepada 40% hingga 60% daripada

keseluruhan kos projek dan peratus ini akan berubah mengikut jenis kerja dan cara

pembinaan yang akan digunakan. Untuk mengelak kerugian, kontraktor hendaklah

mengambil kira semua kos bahan yang terlibat untuk sesuatu kerja dalam pengiraan

kadar harganya (Peterson, 2005 ; Ahamad Abdullah, 2006).

Pengurusan bahan binaan yang baik semasa pembinaan boleh

mengurangkan kos bahan dan sekali gus dapat meningkatkan daya saing kontraktor

untuk memenangi sesuatu kontrak pembinaan. Prosedur pembelian dan penyimpanan

bahan adalah antara aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh kontraktor. Selain

itu, kontraktor juga perlu mengambil kira kos tambahan dalam kos bahan binaan ini.

Kos tambahan ini antaranya adalah kos pengangkutan bahan binaan, kos memunggah

dan menyimpan bahan, kos bagi menggantikan bahan yang rosak, atau di curi, kos

bahan sampingan seperti paku bumbung, dawai pengikat keluli dan sebagainya

(Peterson, 2005 ; Ahamad Abdullah, 2006).

2.4.2. Kos Buruh

Keuntungan dalam menjalankan aktiviti ditapak menjadi keutamaan bagi

seseorang kontraktor. Justeru bagi memastikan keuntungan yang maksimum

diperoleh, kontraktor perlulah mengurus, merancang dan memantau penggunaan

buruh secara efektif sebelum sesuatu kerja ditapak berjalan. Kegagalan berbuat

demikian akan meningkatkan kos serta menyebabkan masa pembinaan bertambah.

Kos buruh ini termasuklah upah atau gaji biasa dan termasuk juga bayaran untuk

Page 35: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

16

kerja lebih masa, bonus, kos penyeliaan serta kos pengurusan yang lain ( Khairuddin

Abdul Rashid, 2002; Peterson, 2005 ; Ahamad Abdullah, 2006).

2.4.2.1. Kategori Buruh

Menurut Prabir Das (1992) dan Khairuddin Abdul Rashid (2002), buruh

dalam industri pembinaan boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu buruh tidak

mahir, buruh separa mahir, buruh mahir, juruteknik dan pengurus (technologists).

2.4.2.1.1. Buruh Tidak Mahir

Buruh tidak mahir adalah buruh yang tidak mempunyai kemahiran bagi

melaksanakan kerja pembinaan. Mereka ini hanya menjalankan kerja-kerja asas

seperti membawa, mengangkat dan memunggah bahan binaan, membersihkan

kawasan kerja dan lain-lain lagi (Prabir Das, 1992; Khairuddin Abdul Rashid, 2002).

2.4.2.1.2. Buruh Separa Mahir

Buruh separa mahir adalah buruh yang mempunyai satu atau lebih kemahiran

dalam mana-mana kerja pembinaan tetapi kemahiran mereka tidak mencapai tahap

buruh mahir. Mereka merupakan pembantu buruh mahir dan mampu juga

menjalankan sesetengah kerja kemahiran dengan sendirinya (Prabir Das, 1992;

Khairuddin Abdul Rashid, 2002).

Page 36: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

17

2.4.2.1.3. Buruh Mahir

Buruh mahir adalah buruh yang mempunyai satu atau lebih kemahiran dalam

menjalankan kerja-kerja pembinaan ditapak. Mereka ini selalunya mempunyai

banyak pengalaman dalam melakukan sesuatu kerja tersebut (Prabir Das, 1992;

Khairuddin Abdul Rashid, 2002).

2.4.2.1.4. Juruteknik

Juruteknik adalah mereka yang memegang sijil diploma teknikal atau sijil

kelayakan yang seumpamanya dari mana-mana universiti atau institusi latihan yang

berkenaan. Mereka membantu kerja-kerja jurutera dan juruukur bahan serta bekerja

sebagai pembantu teknikal atau penyelia kerja (Prabir Das, 1992; Khairuddin Abdul

Rashid, 2002).

2.4.2.1.5. Pengurus (Technologists)

Pengurus (Technologists) adalah mereka yang mempunyai kelayakan ijazah

teknikal dari universiti tempatan atau luar negara dan mempunyai pengalaman yang

diperlukan dari penyertaan institusi profesional. Mereka terdiri daripada pengurus

pembinaan, jurutera tapak, juruukur bahan dan lain-lain lagi (Prabir Das, 1992;

Khairuddin Abdul Rashid, 2002).

Page 37: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

18

2.4.3. Kos Loji (Jentera)

Bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan, ia memerlukan pelaburan modal

yang besar daripada pihak kontraktor. Dengan memiliki loji, ia mampu

meningkatkan keupayaan kontraktor dalam melaksanakan kerja-kerja pembinaan.

Selain itu, ia mampu memberi keyakinan kepada klien tentang keupayaan kontraktor

untuk menjalankan kerja-kerja projek pembinaannya itu (Kamaruddin Md. Ali, 1993;

Azami, 1986).

Menurut Ahamad Abdullah (2006), loji boleh dibahagikan kepada dua jenis

iaitu peralatan yang tidak berjentera dan peralatan berjentera. Peralatan yang tidak

berjentera termasuklah tukul, cangkul, bakul, tabir, bangku kerja, tangga dan

sebagainya. Kos penggunaan peralatan jenis ini akan dimasukkan ke dalam kos

overhed. Peralatan berjentera pula adalah seperti lori, pengorek tanah, penggaul

konkrit, alat getaran, pemadat dan sebagainya.

Terdapat pelbagai jenis loji dalam pasaran yang boleh digunakan bagi

melaksanakan kerja-kerja pembinaan. Dalam menentukan jenis loji yang akan

digunakan, kontraktor hendaklah mengambil kira kesesuaian loji bagi melakukan

sesuatu kerja. Ini termasuklah dari segi saiz, jenis dan output loji yang hendak

digunakan bagi menjalankan sesuatu kerja di tapak projek. Selain itu, kontraktor

hendaklah juga membuat pertimbangan ekonomi dengan membuat penilaian

keuntungan berbanding dengan kos perolehan loji berkenaan (Ahamad Abdullah,

2006; Azami, 1986; Peterson, 2005).

Apabila kontraktor telah membuat keputusan untuk menggunakan sesuatu loji

bagi melaksanakan kerja-kerja pembinaannya, kontraktor boleh memilih sama ada

untuk menyewa atau memiliki loji tersebut (Ahamad Abdullah, 2006). Rajah 3.3 di

sebelah menunjukkan kaedah perolehan loji bagi menjalankan kerja-kerja

pembinaan.

Page 38: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

19

Rajah 2.3 : Kaedah Perolehan Loji

Sumber : Ahamad Abdullah (2006)

2.4.4. Kos Overhed

Overhed adalah merupakan perbelanjaan tetap yang perlu dibelanjakan untuk

menguruskan syarikat pembinaan kontraktor. Ia adalah kos yang tidak dapat

dikaitkan secara langsung dengan mana-mana projek pembinaan. Kos ini diambil

kira dalam pengiraan kadar harga kerja dan hendaklah diambil balik sepenuhnya.

Pengiraan kod overhed perlu dibuat secepat mungkin, jika tidak, semua usaha

kontraktor akan menjadi sia-sia kerana tidak dapat menghasilkan kadar harga yang

tepat. Kos overhed termasuklah gaji staf, pembelian alat tulis, bil air dan sebagainya

(Prabir Das, 1992).

Overhed hendaklah diagihkan kepada semua projek yang dilaksanakan

mengikut saiz setiap projek tersebut. Kos overhed boleh dikira berdasarkan akaun

kewangan tahun sebelumnya dan dinyatakan dalam bentuk peratusan ke atas jumlah

Perolehan Loji

Pemilikan PenyewaanPemilikan Dan

Penyewaan

Page 39: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

20

kos projek tahun tersebut, iaitu amaun pusing ganti tahunan. Peratusan ini boleh

digunakan untuk mengira anggaran kos overhed untuk anggaran kos yang disediakan

bagi kontrak masa depan (Ahamad Abdullah, 2006).

Rajah 2.4 : Perhubungan Antara Kos langsung Dan

Tidak Langsung Yang Terkumpul Dalam

Projek Pembinaan

Sumber : D. Scott (1995)

Page 40: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

21

Rajah 2.5 : Kelok Bagi Kos Langsung Dan

Tidak Langsung Yang Terlibat Dalam

Projek Pembinaan

Sumber : D. Scott (1995)

2.5. Kaedah Pengawalan Kos Projek Pembinaan

Menurut Ken (1986), terdapat lima pilihan kaedah pengawalan kos yang

boleh dipraktiskan semasa peringkat pembinaan sesuatu projek iaitu :

i. Untung atau rugi keseluruhan;

ii. Untung atau rugi berasaskan kepada bayaran pada setiap peringkat;

iii. Untung atau rugi berasaskan kepada bayaran pada setiap elemen;

iv. Untung atau rugi berasaskan kepada bayaran pada setiap bulan;

v. Untung atau rugi berasaskan kepada bayaran pada setiap aktiviti kerja

Page 41: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

22

2.5.1. Untung Atau Rugi Keseluruhan

Kaedah ini adalah berasakan kepada perbandingan antara jumlah kos

keseluruhan yang telah dibelanjakan dengan jumlah peruntukan belanjawan asal

(perancangan kos) di akhir sesuatu projek. Kaedah ini digunakan apabila sesuatu

projek binaan telah disiapkan dengan berpandukan kepada penyata kira-kira akhir.

Oleh yang demikian, pendekatan kaedah ini hanya sesuai dipraktiskan pada projek

yang bersaiz kecil dan melibatkan tempoh masa pembinaan yang singkat. Melalui

pendekatan kaedah ini, kesilapan dan pengalaman yang dialami boleh digunakan

sebagai panduan bagi projek-projek yang akan datang (Ken, 1986).

2.5.2. Untung Atau Rugi Berasakan Kepada Bayaran Pada Setiap Peringkat

Pembayaran kepada kontraktor lazimnya dibuat apabila sesuatu kerja

disiapkan dan tuntutan dikemukan kepada klien. Oleh itu, keuntungan atau kerugian

pada setiap peringkat kerja boleh diketahui dengan membuat perbandingan antara

jumlah sebenar yang dibayar dengan jumlah kos asal yang telah diperuntukan bagi

kerja berkenaan. Dengan cara ini, pihak pengurusan projek yang bertindak bagi pihak

kontraktor akan dapat membuat analisis terperinci berkaitan dengan masalah yang

wujud sama ada berpunca daripada peringkat perancangan yang tidak teliti seperti

penyiasatan tapak, penyediaan rekabentuk, kesilapan dalam membuat anggaran

belanjawan ataupun disebabkan oleh perubahan harga bahan-bahan binaan(Ken,

1986).

Page 42: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

23

2.5.3. Untung atau rugi berasaskan kepada bayaran pada setiap aktiviti kerja

Dalam kaedah ini, kos bagi setiap butiran kerja seperti kerja korekan, kerja

konkrit dan lain-lain dicatatkan secara berasingan. Jumlah kos bagi setiap butiran

kerja ini dibahagikan dengan jumlah kuantiti sebaik sahaja kerja tersebut disiapkan.

Melalui perbandingan antara kadar unit sebenar yang diperolehi dengan kadar unit

yang dianggarkan, pihak pengurusan projek dapat mengetahui sama ada wujud atau

pun tidak perbezaan antara jumlah kos sebenar yang terlibat dengan perancangan

kos. Sekiranya mengalami kerugian, maka jumlah kerugian tersebut akan diagihkan

dengan seimbang kepada aktiviti-aktiviti selanjutnya. Walaubagaimana pun

pengagihan ini perlu dibuat dengan teliti dan berhati-hati kerana bukan semua aktiviti

boleh dipotong peruntukannya. Ini bagi menjaga kualiti sesuatu kerja berdasarkan

kepada spesifikasi yang di tetapkan(Ken, 1986).

2.5.4. Untung atau rugi berasaskan kepada bayaran pada setiap elemen

Kaedah ini adalah berdasarkan perbandingan jumlah kos yang dibelanjakan

pada setiap elemen dengan jumlah bajet yang diperuntukan pada setiap elemen

(dinding, lantai, pintu, tingkap dan sebagainya). Melalui kaedah ini, kontraktor dapat

mengawal setiap kos yang terlibat dengan lebih berkesan. Mereka juga dapat

mengetahui dengan lebih terperinci pada elemen kerja mana yang telah

mendatangkan kerugian dan keuntungan kepada mereka.

Page 43: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

24

2.5.5. Untung atau rugi berasaskan kepada bayaran pada setiap bulan

Pembayaran bagi setiap aktiviti yang telah disiapkan selalunya dibuat secara

bulanan kepada kontraktor. Oleh itu, setiap untung atau rugi untuk setiap aktiviti

boleh ditentukan berdasarkan kepada perbandingan diantara jumlah bayaran yang

telah dibayar pada bulan tersebut kepada kontraktor dengan jumlah kos sebenar yang

digunakan oleh kontraktor pada bulan tersebut. Sekiranya kontraktor mendapati ia

telah mengalami kerugian, maka jumlah kerugian tersebut boleh diagihkan dengan

seimbang kepada aktiviti-aktiviti selanjutnya. Walaubagaimana kontraktor perlu

berhati-hati kerana tidak semua aktiviti boleh dipotong atau dikurangkan

peruntukannya.

2.6. Tenik-Teknik Pengurusan Kos Projek Pembinaan

Menurut Abdul Hakim Bin Mohammed (1995), tujuan utama pengurusan kos

dilaksanakan di awal perlaksaan projek pembinaan ialah untuk memastikan jumlah

kos yang terlibat adalah selaras dan menepati perancangan kos yang telah dibentuk.

Antara teknik-teknik pengurusan kos projek pembinaan yang boleh digunakan adalah

seperti :

1. Carta Gantt ;

2. „Milestone Chart ;

3. Kaedah Laluan Genting ;

4. Penggunaan Perisian

Page 44: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

25

2.6.1. Carta Gantt

Carta Gantt atau Carta Bar telah diperkenalkan oleh Henry Gantt pada sekitar

tahun 1990 dan dipercayai merupakan teknik yang terawal bagi merancang atau

mengawal sesuatu projek. Carta ini amat popular dan lazimnya digunakan kerana ia

mudah disediakan serta mudah difahami dengan dengan cepat oleh orang yang

membacanya. Secara amnya, carta bar tipikal terdiri daripada senarai aktiviti

disebelah kiri dan tempoh masa pembinaannya (tarikh mula dan tarikh akhir/siap)

disebelah bawah yang dikira dari arah kiri ke kanan (Abdul Hakim Bin Mohammed,

1995).

2.6.1.1. Penyediaan Carta Gantt

Langkah pertama bagi menyediakan carta gantt ialah dengan menyenaraikan

semua aktiviti bagi sesuatu projek yang hendak dilakukan mengikut urutan kerja

bersama masa yang diperlukan bagi menyiapkan kerja tersebut. Perincian terhadap

pembahagian projek kepada aktiviti-aktiviti bergantung kepada jenis program kerja.

Bagi program induk, projek dipecahkan kepada aktiviti-aktiviti yang lebih besar

seperti cerucuk,asas,tiang,rasuk dan papak lantai. Bagi program jangka pendek,

kerja-kerja akan dipecahkan kepada aktiviti-aktiviti yang lebih terperinci. Sebagai

contoh bagi kerja-kerja konkrit akan dipecahkan kepada aktiviti-aktiviti seperti

korekan,acuan, keluli tetulang dan konkrit (Abdul Hakim Bin Mohammed, 1995).

Bagi program mingguan pula, aktiviti-aktiviti terdiri daripada tugas-tugas

yang perlu dilaksanakan oleh kumpulan tertentu seperti korekan, dapatkan keluli

tetulang, potong dan lentur keluli tetulang, pasang dan bina acuan, tuang konkrit,

awet konkrit dan tanggalkan acuan bagi konkrit tersebut. Oleh itu, dalam

memecahkan aktiviti-aktiviti sesuatu projek, pihak yang bertanggungjawab perlulah

mempunyai pengetahuan yang mencukupi dan berpengalaman luas. Ini amat penting

Page 45: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

26

terutamanya dalam menentukan jangkamasa pelaksanaan sesuatu aktiviti dengan

menggunakan sumber-sumber yang ada (Abdul Hakim Bin Mohammed, 1995).

2.6.1.2. Penggunaan Carta Gantt

Salah satu fungsi carta gantt ialah untuk mengawal kos binaan dan digunakan

sebagai asas penyediaan belanjawan di peringkat perancangan kos sesuatu projek.

Rajah 2.5 menunjukkan salah satu contoh penggunaan carta gantt dalam mengawal

kos pembinaan. Rajah ini jelas menunjukan bagaimana kos bagi setiap aktiviti

diagihkan. Ia juga menunjukan bilakah sesuatu kos tersebut diperlukan. Melalui

kaedah ini, ia dapat memudahkan pihak pengurus projek untuk mengetahui bilakah

kos bagi setiap aktiviti diperlukan dan ia juga dapat membantu pengurus projek

untuk menentukan sama ada kos yang telah dikeluarkan pada suatu tempoh masa

melebihi peruntukan asal ataupun sebaliknya (Abdul Hakim Bin Mohammed, 1995).

Page 46: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

27

Rajah 2.6 : Contoh Penggunaan Carta Gantt Dalam

Perancangan Kos Bagi Projek Binaan

Sumber : Cooke dan Jepson (1979)

Page 47: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

28

2.6.1.3. Kebaikan Carta Gantt

Menurut Abdul Hakim Mohammed (1995), antara kebaikkan dalam

penggunaan carta gantt sebagai salah satu teknik dalam pengurusan kos sesuatu

projek ialah:

i. Teknik ini sangat mudah untuk disediakan dan difahami oleh orang

yang membacanya. Oleh itu, ia dapat memudahkan semua pihak untuk

menggunakannya dengan lebih berkesan ;

ii. Ia juga dapat memberikan gambaran tentang kos projek yang

diperlukan secara menyeluruh bagi setiap aktiviti kerja yang

dilakukan terutamanya pada peringkat perancangan ataupun pada

peringkat perlaksanaan sesuatu projek ;

iii. Setiap aktiviti sebenar akan ditandakan di bawah bar perancangan.

Oleh itu, ia dapat memudahkan pengurus projek untuk membuat

pengawasan dan menguruskan kos dengan lebih cekap dan berkesan.

2.6.1.4. Kelemahan Carta Gantt

Kelemahan utama carta gantt ialah ia tidak menunjukkan perhubungan

aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan jelas (operational dependencies). Kelemahan

ini akan menyukarkan pengurus projek untuk mengetahui aktiviti manakah yang

perlu diberi penekanan dan pada bilakah kos tambahan sesuai dikeluarkan untuk

mempercepatkan sesuatu aktiviti binaan yang terlambat (Abdul Hakim Bin

Mohammed, 1995).

Page 48: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

29

2.6.2. ‘Milestone Chart’

Menurut Punmia dan Khandelwal (1985), pada amnya, „milestone chart‟ ini

adalah sama seperti carta gantt. Walaubagaimanapun terdapat sedikit perbezaan

diantara kedua carat ini. Carta ini dicipta bagi membaiki kelemahan-kelemahan yang

wujud dalan carta gantt. Perbezaan yang ketara dapat dirujuk seperti dalam rajah 2.6.

Rajah 2.7 : Perbezaa Antara Carta Gantt dan Milestone

Chart

Sumber : Punmia dan Khandelwal (1985)

Page 49: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

30

Setiap aktiviti utama ditanda dengan urutan logik bernombor. Ini bagi

membolehkan setiap aktiviti dapat dilakukan mengikut urutan yang sebetulnya. Ia

juga dapat memudahkan pengurus projek untuk mengetahui apakah aktiviti

seterusnya yang akan dilakukan setelah aktiviti terdahulu siap dilakukan. Dari segi

penyediaan dan penggunaannya untuk merancang dan mengawal kos adalah sama

seperti carta gantt (Abdul Hakim Bin Mohammed, 1995).

2.6.3. Kaedah Laluan Genting

Kaedah laluan genting atau „critical path method (CPM)‟ merupakan salah

satu teknik yang semakin banyak digunakan bagi menguruskan sesuatu projek

pembinaan. Kaedah laluan genting ini adalah berdasarkan kepada rangkaian logik

yang ditunjukkan di dalam bentuk gamabarajah yang dilukis dengan menggunakan

simbol-simbol tertentu.

Menurut Abdul Hakim Mohammed (1995), rangkai logik ini boleh

ditakrifkan sebagai rangkaian aktiviti-aktiviti bagi melaksanakan projek dan disusun

mengikut urutan logik. Selain itu, kaedah laluan genting ini merupakan pembaikan

keatas kelemahan-kelemahan yang wujud dalam teknik carta gantt dan juga

„milestone chart‟.

Kaedah laluan genting melibatkan satu teknik penyediaan yang lebih rumit

jika hendak dibandingkan dengan carta gantt. Menurut Abdul Hakim Mohammed

(1995), antara perkara-perkara yang perlu diambilkira dalam menyediakan kaedah

laluan genting ini adalah seperti berikut :

Page 50: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

31

i. Dokumen-dokumen kontrak seperti pelan tapak, pelan lokasi, lukisan

terperinci, spesifikasi senarai bahan dan lain-lain maklumat yang

berkaitan;

ii. Anggaran masa aktiviti-aktiviti binaan yang mana bergantung pada

jenis kerja, kuantiti kerja dan juga sumber-sumber binaan untuk

diagihkan.

Kaedah laluan genting ini lazimnya digunakan sebagai program induk bagi

mengawasi kemajuan keseluruhan projek di peringkat pelaksanaan (pembinaan).

Keseluruhan rangkaian aktiviti dipecahkan kepada beberapa bahagian kerja dan

dinyatakan dalam bentuk bar. Dengan ini akan memudahkan pihak pengurusan

projek dan lain-lain pihak membaca dan memahaminya dengan lebih jelas. Kaedah

laluan genting ini sangat sesuai digunakan bagi projek yang besar dan kompleks.

Pada amnya, kaedah laluan genting ini merupakan asas kepada pihak pengurusan

untuk membantu mengagihkan sumber-sumber input binaan yang terhad bagi setiap

aktiviti. Selain itu ia juga dapat membantu pihak pengurusan untuk mengawasi dan

mengawal masa pembinaan disamping dapat membantu dalam merancang dan

mengawal kos keseluruhan projek (Abdul Hakim Bin Mohammed, 1995).

Menurut Pilhcher (1985), dari segi pengawalan kos, kaedah laluan genting ini

juga boleh digunakan sebagai asas untuk menyediakan jadual ringkasan kos bagi

keseluruhan projek dan mengawal kos bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan

berdasarkan pada perancangan kos (sila rujuk rajah 2.7). Melalui pendekatan ini,

pengurus projek dapat mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengatasi masalah

lebihan kos dengan segera sebelum terlambat.

Page 51: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

32

Rajah 2.8 : Contoh Penggunaan Kaedah Laluan Genting

Dalam Pengawalan Kos Projek Pembinaan

Sumber : Pillcher (1985)

Page 52: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

33

2.6.3.1. Kebaikan Kaedah Laluan Genting

Kelebihan utama kaedah laluan genting ini adalah ia kemampuannya untuk

menunjukkan hubungkait antara aktiviti-aktiviti binaan (operational dependencies).

Selain itu, kaedah laluan genting ini dapat membantu pengurus projek untuk

mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang kritikal. Aktiviti-aktiviti yang kritikal perlu

diberi penekanan yang lebih berbanding dengan aktiviti yang bukan kritikal kerana

aktiviti-aktiviti kritikal boleh mengakibatkan kegagalan kepada tempoh penyiapan

projek secara keseluruhan. Ia seterusnya akan menyebabkan kerugian kepada

kontraktor disebabkan kerana terpaksa membayar denda kelewatan disamping

peningkatan dalam kos pembinaan (Abdul Hakim Bin Mohammed, 1995).

2.6.3.2. Kelemahan Kaedah Laluan Genting

Kaedah laluan genting juga mempunyai kelemahan-kelemahan tersendiri.

Menurut Abdul Hakim Mohammed (1995), terdapat beberapa kelemahan kaedah

laluan genting ini yang boleh menghalang penggunaannya. Antara kelemahan-

kelemahan kaedah laluan genting adalah seperti :

i. Kaedah ini memerlukan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang

luas/mencukupi untuk proses menyediakannya ;

ii. Memakan masa yang agak lama untuk proses menyiapkannya ;

iii. Hanya sesuai untuk projek yang besar dan kompleks. Bagi projek yang

bersaiz kecil, carta gantt atau „milestone chart‟ lebih sesuai digunakan.

Page 53: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

34

2.6.4. Penggunaan Perisian Komputer

Selain menggunakan carta gantt, milestone chart atau kaedah laluan kritikal

dalam menguruskan sesuatu projek, penggunaan computer juga dapat membantu

pihak pengurusan projek untuk merancang ataupun mengawal masa dan kos projek.

Antara perisian yang boleh digunakan dalam membantu menguruskan sesuatu projek

adalah seperti Microsoft Project, Harvard Total Project Manager (HTPM),

Primavera dan lain-lain lagi. Perisian ini direka khusus untuk merancang, mengawal,

menganalisis dan mengemaskini program dalam sesuatu projek pembinaan. Pada

umumnya, perisian ini adalah berasaskan kepada konsep kaedah laluan genting.

Melalui perisian ini, ia dapat membantu pihak pengurusan untuk mengetahui

tempoh masa dan kos bagi setiap aktiviti yang terlibat dalam sesuatu projek

pembinaan dengan lebih terperinci. Perisian ini juga dapat membantu pihak

pengurusan untuk mengira secara automatik dan dengan cepat masa mula (terawal)

dan masa siap (terlambat) bagi setiap aktiviti yang terlibat. Selain itu, perisian ini

adalah mudah lentur kerana berkeupayaan mengambilkira segala perubahan sama

ada dari segi tempoh mahupun kos sesuatu aktiviti projek yang terlibat (Abdul

Hakim Bin Mohammed, 1995).

2.7. Kesimpulan

Bab ini adalah membincangkan tentang pengawalan kos dalam projek

pembinaan. Seperti yang sedia maklum, pengawalan kos dalam projek pembinaan

adalah sesuatu yang sangat penting untuk dilakukan bagi mengelakkan kontraktor

dari mengalami kerugian. Selain itu, kelemahan dalam pengawalan kos projek boleh

mengurangkan margin keuntungan kontraktor dalam sesebuah projek pembinaan.

Oleh itu, bab ini telah membincangkan tentang kaedah-kaedah pengawalan kos

Page 54: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

35

projek pembinaan serta teknik-teknik yang boleh digunakan kontraktor bagi

mengawal kos projek pembinaannya.

Page 55: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

BAB 3 PENGURUSAN KEWANGAN

PROJEK PEMBINAAN

Page 56: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

BAB 3

PENGURUSAN KEWANGAN PROJEK PEMBINAAN

3.1. Pengenalan

Dalam sektor pembinaan, matlamat utama dalam proses pembinaan adalah

untuk memastikan projek dapat disiapkan di dalam tempoh yang ditetapkan,

mengikuti piawaian kualiti yang di gariskan serta menepati kos yang di tetapkan.

Industri pembinaan boleh di kategorikan sebagai sesuatu yang unik kerana ia

mempunyai rekabentuk dan aktiviti yang berlainan bagi setiap projek. Secara

terperincinya, setiap rekabentuk dan aktiviti di lakukan berdasarkan keadaan

sekeliling tapak projek pembinaan tersebut, disusun berdasarkan fungsinya dan

direka berdasarkan keperluan peribadi (Clough, 1975).

Bagi sesebuah kontraktor, untuk membolehkan ia memenangi sesuatu projek

pembinaan, ia perlu memastikan sumber kewangannya kukuh. Menurut Upson

(1987), kewangan adalah sesuatu yang sangat penting bagi sesebuah organisasi

kontraktor. Hal ini kerana kontraktor memerlukan modal bagi menjalankan sesuatu

projek pembinaan termasuklah dalam menggerakkan sistem pengurusan kontraktor

itu sendiri.

Page 57: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

37

Keberkesanan dalam pengurusan kos dan kewangan kontraktor dalam sesuatu

projek dapat meningkatkan margin keuntungan bagi sesebuah kontraktor itu.

Kebanyakan kegagalan kontraktor dalam melaksanakan sesuatu projek itu adalah

disebabkan oleh kelemahan pengurusan kos dan kewangannya. Pengurusan aliran

tunai amat penting bagi menjamin kesinambungan sesebuah organisasi kontraktor

tersebut untuk terus bersaing di dalam industri pembinaan (Garden and Creese, 2000

; Barrow, 2006).

Selain itu, kebolehan sesebuah organisasi kontraktor itu dalam menangani

risiko kewangan akan membolehkannya dapat bertahan dengan lebih lama di dalam

industri pembinaan. Risiko kewangan merupakan salah satu bahagian risiko yang

paling kompleks kerana ia sentiasa berkembang mengikut pasaran kewangan yang

sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Oleh itu, kontraktor perlu bijak dalam

menangani risiko kewangan ini bagi menjamin kestabilan syarikatnya itu (Holmes,

2004).

3.2. Definisi Pengurusan Kewangan

Menurut Fauzidah et al (2001), pengurusan kewangan adalah merupakan

proses pengaplikasian prinsip-prinsip kewangan dalam sesebuah organisasi bagi

mewujudkan dan mengekalkan nilai melalui proses membuat keputusan dan

pengurusan sumber yang cekap. Keputusan-keputusan yang dibuat ini dibahagikan

kepada tiga jenis iaitu keputusan pelaburan, keputusan pembiayaan dan keputusan

pengurusan.

Menurut Omar Osman (2006), pengurusan kewangan kontraktor boleh

dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pengurusan kewangan syarikat dan

pengurusan kewangan projek. Pengurusan kewangan projek melibatkan aspek

Page 58: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

38

pengiraan dan penentuan harga tender, kos kerja, bayaran penilaian, anggaran

perubahan dan sebagainya. Pengurusan kewangan syarikat pula melibatkan aspek

syarikat itu sendiri seperti modal kerja, pengurusan overhed syarikat, pembayaran

gaji staf dan sebagainya.

Bagi setiap projek pembinaan yang dilaksanakan, kontraktor perlu sentiasa

memantau pengurusan kewangannya kerana setiap maklumat dan data yang

diperolehi semasa menguruskan kewangannya akan digunakan kembali sebagai

rujukan pada projek yang akan datang (Peterson, 2005 ; Azami, 1986).

3.3. Sumber Kewangan Kontraktor

Kontraktor sangat memerlukan sumber kewangan bagi membiayai kerja-kerja

yang akan dilakukan sepanjang tempoh pembinaan. Sumber kewangan ini akan

dijadikan modal bagi melaksanakan projek yang telah dimenangi ini. Sumber

kewangan yang diperolehi oleh kontraktor boleh dibahagikan kepada dua sumber

iaitu sumber dalaman dan sumber luaran. Sumber dalaman diperolehi daripada modal

awal yang diberikan oleh rakan kongsi, modal sendiri dan keuntungan dari projek

yang lepas manakala sumber luaran adalah diperolehi dari pinjaman bank atau dari

wang pendahuluan yang diterima daripada klien (Upson,1987 ; Peterson, 2005 ;

Azami, 1986 ; Ismail Wahab, Dahlan Ibrahim dan Faridah Ahmad, 2002).

Menurut Loh Lan (2002), modal awalan yang diterima oleh kotraktor adalah

berbeza mengikut jenis perniagaan yang dijalankan. Bagi perniagaan milikan

tunggal, modal awalan adalah diperolehi daripada sumber kewangan pemilik itu

sendiri atau pinjaman daripada orang disekelilingnya. Bagi perniagaan perkongsian,

modal awalan adalah diperolehi daripada rakan kongsi yang terlibat dan bagi

perniagaan jenis syarikat pula, modal awalan diperolehi melalui terbitan saham bagi

Page 59: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

39

pemengang-pemengang saham. Selain itu, keuntungan yang diperolehi bagi projek

yang lepas juga akan dijadikan sebagai modal awalan kontraktor bagi melaksanakan

sesuatu projek (Siew Lian, 2008 ; Melati Ahmad Anuar, Suresh, Mohd Effandi

Yusoff, Mohd Norfian Alifiah, 2007)

Antara sumber kewangan lain yang diperolehi oleh kontraktor bagi

melaksanakan sesuatu projek adalah diperolehi berdasarkan kepada sumber

kewangan luar. Antara bentuk sumber kewangan luar ini adalah dalam bentuk

pinjaman jangka masa pendek ataupun pinjaman dalam jangka masa panjang.

Perbezaan bentuk pinjaman ini adalah bergantung kepada tempoh masa yang diambil

bagi melunaskan pembayaran. Selalunya pinjaman jangka masa pendek

mengkehendaki kontraktor membayar balik pinjaman dalam jangka masa kurang

daripada satu tahun. Bagi pinjaman jangka masa panjang pula perlunasan bayaran

boleh dilakukan lebih dari lima tahun (Upson 1987 ; Melati Ahmad Anuar, Suresh,

Mohd Effandi Yusoff, Mohd Norfian Alifiah, 2007).

3.4. Faktor-faktor Yang Dipertimbangkan Dalam Menentukan Margin

Keuntungan Projek Pembinaan

Untuk terus berada dan bersaing dalam industri pembinaan, kontraktor bukan

sahaja perlu mendapatkan semula nilai wang yang dibelanjakan bagi menyiapkan

sesebuah projek pembinaan, tetapi perlu memperoleh keuntungan dari projek yang

dilakukan itu. Kadar keuntungan bagi setiap kerja yang dilakukan semasa proses

pembinaan adalah ditentukan berdasarkan budi bicara kontraktor itu sendiri (Ahamad

Abdullah, 2006).

Kebiasaanya, cara kontraktor menentukan kadar keuntungan adalah sama

seperti mana cara pengiraan untuk overhed. Selain itu, antara cara lain yang

Page 60: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

40

digunakan bagi menentukan kadar keuntungan kontraktor termasuklah memasukkan

amaun keuntungan secara pukal dan bukan berbentuk peratusan (Ahamad Abdullah,

2006).

Dalam sesebuah projek pembinaan, kontraktor hendaklah mengambil kira

beberapa perkara penting sebelum menetapkan margin keuntungannya. Menurut

Ahamad Abdullah (2006), antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan oleh

kontraktor sebelum menetapkan margin keuntangannya keatas projek yang hendak

dilakukan adalah seperti beban kerja semasa, keadaan pasaran, tahap persaingan,

risiko projek, kerumitan projek, inflasi, jenis projek yang ingin dimasuki dan tempoh

penyiapan projek.

3.4.1. Beban Kerja Semasa

Sekiranya kontraktor tidak mempunyai kerja dalam tangan atau tidak

mempunyai banyak kerja yang hendak dilakukan dalam pembinaan, kontraktor

hendaklah merendahkan harga tendernya supaya lebih konpetitif. Sebaliknya,

sekiranya kontraktor mempunyai beban kerja semasa yang banyak, maka dia boleh

mengemukakan harga tender yang mempunyai kurang daya saingan (Ahamad

Abdullah, 2006).

3.4.2. Keadaan Pasaran

Keadaan pasaran semasa juga akan memberi kesan terhadap margin

keuntungan kontraktor. Sekiranya keadaan pasaran yang lembap yang mana

Page 61: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

41

kurangnya projek pembinaan, kontraktor perlu menurunkan margin keuntungannya.

Ini bagi membolehkannya mempunyai daya saing bagi memenangi sesuatu tender

tersebut (Ahamad Abdullah, 2006).

3.4.3. Tahap Persaingan Dalam Mendapatkan Tender

Tahap persaingan untuk sesuatu kerja memberi kesan ke atas harga tender

seseorang kontraktor. Bagi sesetengan projek yang mempunyai banyak persaingan,

kontraktor hendaklah mengemukakan harga tender yang kompetitif untuk berjaya.

Bagi mendapatkan harga tender yang rendah, kontraktor perlu mengurangkan margin

keuntungannya itu (Ahamad Abdullah, 2006).

3.4.4. Risiko

Sesuatu risiko dalam pembinaan boleh dikenal pasti dengan membuat

penilaian dan penelitian terhadap syarat-syarat kontrak, terma sebut harga pembekal

dan subkontraktor, spesifikasi dan sebagainya. Sekiranya terdapat banyak

ketidakpastian dalam sesebuah kontrak itu, risiko yang akan dihadapi oleh kontraktor

bagi melaksanakan projek tersebut adalah tinggi. Oleh itu kontraktor perlu sama

mengambil kira risiko tersebut semasa menghargakan tender. Ini bagi mengelakkan

kontraktor dari mengalami kerugian semasa melaksanakan proses pembinaan

tersebut (Martin dan John, 1993 ; Ahamad Abdullah, 2006).

Page 62: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

42

3.4.5. Kerumitan Projek

Antara faktor lain yang akan mempengaruhi margin keuntungan kontraktor

adalah berkaitan dengan kerumitan projek. Kerumitan projek adalah terdiri daripada

struktur projek, skop pembinaan, reka bentuk projek yang rumit, kekangan tapak dan

lain-lain lagi. Kerumitan sesuatu projek akan memberi kesan kepada tempoh kontrak

dan juga kos pembinaan. Oleh itu, kontraktor perlu mengambil kira faktor ini ketika

menghargakan tender. Ini bagi mengelak kontraktor mengalami kerugian akibat

daripada faktor kerumitan yang dihadapi sepanjang tempoh penyiapan projek

(Callixtus, 2005).

3.4.6. Inflasi

Pada urnumnya inflasi bermaksud peningkatan secara beransur-ansur di

dalam paras harga umum ke atas barang-barang dan perkhidmatan. Ia diukur sebagai

peningkatan dalam peratusan tahunan. Jika inflasi naik, setiap ringgit yang dibeli

akan mendapat nilai barangan yang kecil. Di dalam industri pembinaan, jika inflasi

naik, kos untuk pembinaan akan naik dari segi pembelian dan penggunaan bahan

binaan seperti besi, kayu, simen, pasir dan lain- lain. Ini sekaligus akan

mempengaruhi margin keuntungan kontraktor dalam sesebuah projek yang dilakukan

(Ahamad Abdullah, 2006).

Page 63: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

43

3.4.7. Jenis Projek Yang Ingin Dimasuki

Jenis projek yang ingin dimasuki juga menjadi faktor yang akan

mempengaruhi margin keuntungan sesuatu projek. Sekiranya projek yang ingin

dimasuki itu merupakan projek mega iaitu projek yang berskala besar yang mana ia

mengkehendaki kepakaran tertentu daripada kontraktor, maka kontraktor boleh

meningkatkan margin keuntungannya tersebut. Ini disebabkan kerana tiada daya

saing daripada kontraktor lain untuk memasuki projek tersebut akibat daripada

kekurangan kepakaran.

3.4.8. Tempoh Penyiapan Sesuatu Projek

Lazimnya, tempoh penyiapan projek juga memainkan peranan dalam

penentuan margin keuntungan sesuatu projek pembinaan. Ini kerana, sekiranya

projek pembinaan itu terpaksa mengambil tempoh masa yang lama, ia akan

menyebabkan kos pengurusan kontraktor meningkat. Oleh itu, kontraktor perlu

meningkatkan margin keuntungannya bagi mengelakkannya daripada menanggung

kerugian.

3.5. Kaedah Mendapatkan Maklumat Kos Pembinaan

Sebelum mengisi dokumen tender, kontraktor perlu terlebih dahulu

mengetahui kos bagi setiap item yang hendak diisi. Menurut Abdul Hakim Bin

Mohammed (1995), secara amnya data-data untuk kos pembangunan dapat

diperolehi daripada sumber-sumber berikut:

Page 64: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

44

i. Melalui anggaran awal yang disediakan oleh Juruukur Bahan. Data-data kos

ini hanya boleh digunakan bagi tujuan tertentu sahaja kerana kos yang

disediakan oleh Juruukur Bahan kebiasaanya adalah tinggi. Ini disebabkan

kerana anggaran adalah disediakan untuk menetapkan had kos iaitu

peruntukan maksimum bagi kos bangunan yang dicadangkan kepada klien.

ii. Melalui anggaran kuantiti kasar yang disediakan oleh Juruukur Bahan.

Kebiasaanya anggaran jenis ini digunakan untuk menyediakan pelan kos iaitu

pecahan-pecahan kos sekaki atau semester persegi bagi elemen-elemen

bangunan.

iii. Melalui data-data kos dari senarai bahan yang telah dihargakan. Kebiasaanya

senarai data-data kos ini adalah diperolehi daripada data kos bagi projek yang

terdahulu yang telah dilakukan. Ada sesetengah data kos ini berkemungkinan

sudah tidak releven kerana disebabkan berlakunya kenaikan dalam harga

barang. Oleh itu kontraktor perlu berhati-hati sekiranya menggunakan data

kos ini bagi mengelakkan kerugian di kemudian hari.

iv. Melalui analisis kos daripada projek yang telah disiapkan sama ada yang

disediakan oleh firma Juruukur Bahan (swasta) atau Jabatan Kerja Raya

(Bahagian Ukur Bahan) bagi projek kerajaan iaitu daripada „As Completed

Detail Abstract (ACDA) atau analisis kos yang disediakan oleh Building Cost

Information Service (BCIS) iaitu badan perundingan kos yang ditubuhkan

oleh Pertubuhan Juruukur Malaysia (MJS).

v. Melalui jadual kadar harga yang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Kebiasaanya jadual kadar harga JKR yang dikeluarkan tidak di kemaskini

dan tidak mengikut harga semasa. Oleh itu,ada sesetengah harga yang

dikemukan dalam jadual kadar harga ini adalah tidak relevan dengan keadaan

semasa. Kontraktor perlu berhati-hati sekiranya menggunakan data kos dari

jadual ini bagi mengisi dokumen tender. Ini bagi mengelak kontraktor dari

mengalami kerugian sekiranya ia melaksanakan projek tersebut.

Page 65: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

45

vi. Melalui kadar harga purata sekaki persegi yang disediakan oleh JKR. Data

kos ini adalah berdasarkan purata sekaki persegi sesuatu bangunan yang

hendak dibina. Bagi mendapatkan harga yang lebih tepat,kontraktor perlu

mendapatkan harga bagi setiap item yang terlibat dalam projek pembinaan

sebelum menghargakan tender.

3.6. Kaedah-Kaedah Menguruskan Sumber Kewangan Projek Pembinaan

Kewangan selalu dikaitkan sebagai inti kepada kejayaan sesebuah projek. Ia

juga selalu dikaitkan dengan kelewatan sesebuah projek. Bagi mencapai kejayaan

dalam sesebuah projek, sesorang kontraktor perlu memastikan sumber kewangannya

mencukupi. Oleh itu, seseorang kontraktor perlu memiliki kebolehan untuk

mengenalpasti keperluan pembiayaan bagi syarikatnya (Mohamed Dahlan Ibrahim,

2002).

3.6.1. Menyenaraikan Perbelanjaan Projek

Sebagai langkah permulaan dalam pengurusan kewangannya, kontraktor

perlu menyenaraikan segala perbelanjaan yang perlu dibuat bagi melaksanakan

sesuatu projek tanpa mengambil kira sumber kewangan yang sedia ada dalam

syarikat. Ini bagi mengelakkan kontraktor dari terikat dengan sumber kewangan

syarikat yang mungkin akan menyebabkan kerugian pada syarikat dalam jangka

panjang (Mohamed Dahlan Ibrahim, 2002).

Page 66: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

46

3.6.2. Menyediakan Belanjawan Projek

Bagi menentukan dan menguruskan kewangan sesuatu projek pembinaan,

penyediaan belanjawan projek adalah diperlukan. Ia merupakan satu prosedur biasa

yang perlu dilakukan bagi menentukan dan menguruskan kewangan sesuatu projek

pembinaan. Proses penyediaan belanjawan projek bukanlah sesuatu tugas yang rumit

dan penyediaan belanjawan tidak semestinya seratus peratus tepat tetapi hendaklah

dibuat berdasarkan kepada keperluan projek (Ismail Ibrahim, 1988).

Menurut Mohamed Dahlan Ibrahim (2002), sesebuah syarikat itu perlu

menyediakan belanjawan induk. Belanjawan induk ini akan merangkumi kesemua

aspek pelaburan dan perbelanjaan syarikat bagi satu tempoh masa tertentu. Terdapat

dua kategori utama dalam belanjawan induk iaitu:

a) Belanjawan Operasi/Projek

Belanjawan ini merangkumi belanjawan bagi pembelian bahan binaan,

operasi jentera, pembayaran gaji buruh, dan sebagainya

b) Belanjawan Kewangan

Belanjawan ini pula merangkumi belanjawan modal, belanjawan tunai,

belanjawan perubahan dalam kedudukan kewangan dan proforma atau pelunjuran

penyata kewangan.

Page 67: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

47

3.6.3. Menyediakan Unjuran (pro-forma) penyata untung rugi dan kunci kira-

kira

Menurut Mohamed Dahlan Ibrahim (2002), bagi menilai dan keberuntungan

serta keutuhan sesebuah projek pembinaan dalam kegiatannya, sesebuah syarikat

perlu untuk menyediakan unjuran penyata untung rugi dan kunci kira-kira kewangan

projeknya.

Penyata kewangan akan menunjukkan hasil perolehan dan keuntungan

daripada projek yang dilakukan dalam menghasilkan pulangan dan penggunaan

(utilization) aset dengan berkesan. Penyata kunci kira-kira pula dapat memberi

gambaran secara keseluruhan kedudukan projek dan diterjemahkan dalam bentuk

nilai wang. Dengan kedua-dua penyataan ini kontraktor dapat menilai prestasi

kewangan projeknya itu (Ismail Ibrahim, 1988 ; Mohamed Dahlan Ibrahim 2002 ;

Tan, 2008).

3.6.4. Menyediakan Penyata Sumber dan Kegunaan Dana (Statement of

Sources and Uses of Fund)

Menurut Mohamed Dahlan Ibrahim (2002), penyata sumber dan kegunaan

dana ini dapat menunjuk perubahan dalam modal pusingan sesebuah syarikat bagi

sesuatu projek. Terdapat tiga perkara utama yang ditunjukkan dalam penyata ini

iaitu:

1. Sumber-sumber modal pusingan (Source of working capital)

2. Kegunaan sumber-sumber tersebut (Uses of working capital)

3. Perubahan dalam modal pusingan (Change in working capital)

Page 68: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

48

Menurut Mohamed Dahlan Ibrahim (2002) lagi, penyata ini sangat berguna

kerana ia dapat membantu kontraktor untuk melihat modal kerjanya bagi satu tempoh

belanjawan tertentu. Ini bagi membolehkan kontraktor untuk menambah atau

mengurangkan keperluan pada masa akan datang.

3.6.5. Merekodkan Urus Niaga Secara Tunai Dan Kredit

Tiada siapa yang boleh menafikan kepentingan tunai kepada sesebuah

syarikat dalam melaksanakan sesuatu projek pembinaan. Menurut Cooke dan Brian

(1979), penyata aliran tunai dapat menunjukkan pergerakkan wang dalam satu-satu

masa dalam sesebuah syarikat. Ia dapat menunjukkan aliran keluar masuk wang

dalam sesebuah syarikat itu. Antara maklumat penting yang ditunjukkan oleh

penyata aliran tunai ini adalah seperti :

i. Jumlah wang masuk bagi bulan berkenaan

ii. Jumlah wang keluar bagi bulan berkenaan

iii. Jumlah lebihan atau kekurangan bagi bulan berkenaan

iv. Jumlah bantuan kewangan bagi bulan berkenaan

v. Jumlah bantuan kewangan yang diperlukan bagi menampung kewangan

kontraktor dalam melaksanakan projek pembinaan.

Dalam melaksanakan sesuatu urus niaga/projek, sesebuah syarikat itu perlu

merekodkan setiap perkara yang dilakukan. Menurut Azami (1986), setiap urus niaga

perlu direkodkan, diulas dan diringkaskan kedalam buku-buku khas bagi

memudahkan kerja-kerja pengurusan dilakukan. Perekodan urus niaga ini lebih

dikenali sebagai simpan kira. Antara data atau maklumat penting yang dapat

diperolehi dalam perekodan urus niaga ini adalah seperti :

Page 69: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

49

i. Jumlah hutang dan jumlah penghutang

ii. Nilai milikan perniagaan setelah penolakkan hutang dibuat

iii. Jumlah pendapatan dalam tempoh tertentu

iv. Kedudukan dan pretasi syarikat

3.6.6. Mengaudit Kewangan Projek

Menurut Ali Boerhannoeddin, Rozita Arshad dan Osman Rasip (2004),

audit kewangan dilakukan bagi mengesahkan dan memastikan penyata kewangan

yang disediakan oleh kakitangan syarikat yang terlibat sama ada tepat atau

sebaliknya. Ia juga dilakukan untuk menilai ketaatan dan pematuhan kewangan

terhadap standard dan garis panduan pengurusan kewangan sesebuah projek itu.

Pada asasnya audit kewangan projek dilakukan pada setiap projek untuk

melihat kedudukan kewangan dalam tempoh kewangan yang sedang diaudit. Audit

kewangan hendaklah meliputi perbelanjaan operasi dan pembangunan, kawalan-

kawalan kewangan dan perakaunan dan peraturan-peraturan kewangan sesebuah

syarikat (Ali Boerhannoeddin, Rozita Arshad dan Osman Rasip, 2004).

3.7. Risiko Kewangan Yang Selalu Dihadapi Kontraktor

Dalam menjalankan sesuatu projek pembinaan, kontraktor sering kali akan

berhadapan dengan risiko kewangan bagi menyiapkan sesuatu projek yang

dimenanginya. Menurut Perry dan Hayes (1985) ; William (1989) ; dan Merna dan

Page 70: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

50

Njiru (2002), antara risiko kewangan yang selalu dihadapi oleh kontraktor dalam

menyiapkan sesuatu projek pembinaan adalah seperti :

i. Wang Pembiayaan Tidak Mencukupi

ii. Masalah Kewangan Dan Modal Pusingan

iii. Pemberian Kredit Yang Rendah Oleh Pembekal

iv. Bank Mengetatkan Syarat-Syarat Pinjaman

v. Kenaikan Harga Bahan Binaan

vi. Kesilapan Menghargakan Kontrak

vii. Bayaran Kemajuan Lambat Diterima

viii. Kerugian Yang Berpunca Dari Kecuaian Subkontraktor

ix. Peningkatan Dalam Kos Pembinaan

3.7.1. Wang Pembiayaan Tidak Mencukupi

Antara risiko kewangan yang selalu dihadapi oleh kontraktor dalam

menyiapkan sesuatu projek pembinaan adalah risiko wang pembiayaan yang tidak

mencukupi. Risiko ini selalunya boleh berlaku disebabkan kerana kontraktor

kekurangan dana bagi melaksanakan sesuatu projek pembinaan itu. Kontraktor

binaan biasanya memerlukan sumber kewangan yang stabil bagi mencapai kejayaan

dalam pembinaan sesuatu projek yang dimenangi. Oleh itu, bagi menampung segala

pembiayaan sesuatu projek itu, kontraktor perlulah mempunyai sumber kewangan

yang stabil sama ada dengan membuat pinjaman dari bank atau membuat perjanjian

kredit dengan pihak pembekal. (Schleifer, 1990).

Page 71: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

51

3.7.2. Risiko Pusingan Modal Tidak Mencukupi

Untuk memastikan kerja-kerja pembinaan dapat dilaksanakan dengan baik,

kontraktor memerlukan modal pusingan yang besar. Ini bagi membolehkan ia dapat

menampung sumber kewangannya dalam menjayakan kerja-kerja pembinaan. Bagi

kontraktor, modal pusingan boleh diperolehi daripada simpanan tunai syarikat

(syarikat kontraktor yang stabil) atau melalui pinjaman dari pihak bank dan institusi

kewangan. Kontraktor yang mempunyai banyak projek semasa yang perlu disiapkan

memerlukan modal pusingan yang banyak bagi menggerakkan projeknya itu.

Sekiranya kontraktor menghadapi kekurangan modal pusingan, ia akan memberi

kesan kepada semua projek yang sedang dilakukan sama ada lewat siap ataupun

projek terpaksa diberhentikan. Ini akan mengundangkan masalah yang lebih teruk

kepada kontraktor itu sendiri (Perry dan Hayes, 1985).

3.7.3. Pemberian Kredit Yang Rendah Oleh Pembekal

Menurut Merna dan Njiru (2002), dalam sesebuah projek pembinaan, risiko

pemberian kredit yang rendah oleh pembekal bahan binaan kepada kontraktor boleh

juga mengundang risiko kewangan kepada kontraktor. Ini kerana kontraktor terpaksa

membeli bahan binaan secara tunai kepada pembekal bagi menjalankan projek

pembinaan. Sekiranya pihak kontraktor kekurangan tunai di tangan, ia boleh

membantutkan kerja-kerja kontraktor bagi menyiapkan kerja-kerja pembinaan.

Kemudahan kredit yang diberikan oleh pembekal kepada kontraktor adalah

bergantung pada rekod hutang terdahulu. Kegagalan kontraktor untuk membayar

hutang terdahulu akan menyebabkan pihak pembekal hilang kepercayaan terhadap

kontraktor untuk memberi kemudahan kredit yang seterusnya.

Page 72: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

52

3.7.4. Bank Mengetatkan Syarat-Syarat Pinjaman

Kesukaran syarat-syarat pijaman dari pihak bank juga boleh mengundang

risiko kewangan kepada kontraktor dalam menjalankan kerja-kerja pembinaan

kerana kesukaran dalam mendapatkan pinjaman dari pihak bank bagi membiayaan

projek pembinaan. Kebiasaanya bank mengetatkan syarat-syarat pinjaman adalah

kerana rekod kewangan kontraktor itu sendiri yang tidak baik. Kontraktor yang

lambat membuat pembayaran balik kepada bank telah menghilangkan keyakinan dan

kepercayaan pihak bank untuk memberi pinjaman yang seterusnya. Oleh itu, bank

akan mengenakan syarat-syarat pinjaman yang lebih ketat seperti menghadkan

jumlah pinjaman dan sebagainya. Bagi menghindari masalah ini, kontraktor perlu

sentiasa menunjukan rekod bersih dengan membayar balik jumlah pinjaman yang

diberikan dalam tempoh waktu yang ditetapkan bagi memudahkan pinjaman

seterusnya dilakukan.

3.7.5. Kenaikan Harga Bahan Binaan

Kenaikan harga bahan binaan yang mendadak sering terjadi dalam industri

pembinaan. Ia boleh mengundang risiko kewangan kepada kontraktor disebabkan

kenaikan ini. Kenaikan harga bahan binaan ini berlaku apabila pengeluaran sesuatu

bahan itu adalah terhad manakala permintaannya pula adalah tinggi (Sebagai contoh

adalah besi). Pembekal akan mengambil peluang ini untuk menaikan harga bahan

untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi. Selain itu, faktor-faktor yang boleh

mendorong kepada kenaikan harga bahan binaan juga adalah disebabkan oleh

berlakunya inflasi dalam pasaran, ketidakstabilan nilai mata wang dan juga cukai

atau duti import yang tinggi terhadap bahan yang di import dari luar negara (Perry

dan Hayes, 1985 ; William, 1989).

Page 73: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

53

3.7.6. Kesilapan Menghargakan kontrak

Proses menganggar atau menghargakan tender biasanya dilakukan oleh

seorang penganggar (estimator). Menurut Hore, Kehoe, McMullan, dan Penton,

(1997), Seorang penganggar memesti mempunyai kemahiran tertentu. Antara

kemahiran tersebut adalah seperti kebolehan membaca dan memahami dokumen

tender dan lukisan, kemahiran menggunakan angka (numerical skill) yang cekap,

kemahiran memahami pengiraan ukur bahan, kefahaman yang jelas berkenaan

peruntukan dalam kontrak pembinaan dan lain-lain lagi. Anggaran yang tepat dan

munasabah merupakan faktor yang penting bagi kontraktor semasa memasuki

sesuatu tender.Kegagalan penganggar yang bekerja dengan kontraktor untuk

menganggarkan tender dengan tepat akan menyebabkan syarikat kontraktor terdedah

kepada risiko kewangan. Ini kerana, setiap item yang disi dalam dokumen kontrak

adalah tetap dan tidak boleh diubah. Sekiranya harga yang diisi itu adalah terlalu

murah daripada harga yang sebenar, kontraktor terpaksa mengeluarkan duit sendiri

bagi menampung kesilapan tersebut.

3.7.7. Bayaran Kemajuan Lambat Diterima

Bayaran kemajuan adalah bayaran yang dibayar kepada kontraktor bagi setiap

kerja yang telah disiapkan. Kelazimannya bayaran ini akan dilakukan pada setiap

hujung bulan. Bayaran kemajuan yang lewat dibayar oleh klien kepada kontraktor

boleh mendatangkan risiko kewangan kepada kontraktor. Kelewatan pembayaran ini

mungkin akan menjejaskan perjalanan projek disebabkan kerana kontraktor tidak

mempunyai modal pusingan yang mencukupi bagi meneruskan kerja-kerja

pembinaan.

Page 74: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

54

3.7.8. Kerugian Yang Berpunca Dari Kecuaian Subkontraktor

Dalam sesebuah projek pembinaan, tidak semua kerja akan dilakukan oleh

kontraktor utama, mereka akan mengsubkontrakkan kerja-kerja tertentu kepada

subkontraktor bagi melaksanakan kerja tersebut disebabkan kerana kontraktor utama

kekurangan kepakaran bagi melakukan kerja-kerja tersebut. Antara kerja-kerja yang

selalu di subkontrakkan adalah kerja-kerja seperti pendawaian elektrik, kerja-kerja

mekanikal dan sebagainya (William, 1989). Setiap subkontraktor yang dilantik sama

ada dilantik oleh klien mahupun kontraktor adalah di bawah tanggungjawab

kontraktor itu sendiri. Sekiranya subkontraktor melakukan kerja-kerja secara sambil

lewa, ini akan mendatangkan risiko kerugian kepada kontraktor utama kerana kerja

yang dilakukan tidak seperti yang diharapkan. Kontraktor terpaksa melantik

subkontraktor lain bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut. Ini mungkin akan

mempengaruhi tempoh penyiapan sesuatu projek pembinaan. Selain itu, pembaziran

bahan yang dilakukan oleh subkontraktor juga akan menyebabkan kontraktor

terpaksa menanggung kerugian akibat daripada pembaziran tersebut (William, 1989).

3.7.9. Peningkatan Kos Pembinaan

Antara faktor-faktor lain yang boleh mendatangkan risiko kewangan kepada

kontraktor adalah risiko peningkatan kos pembinaan. Kos pembinaan adalah sentiasa

meningkat dari semasa kesemasa. Ini disebabkan oleh berlakunya inflasi terhadap

harga bahan binaan. Sekiranya ketika menghargakan tender kontraktor gagal

membaca keadaan pasaran semasa dan akan datang, kontraktor mungkin akan

menghadapi risiko kewangan. Ini kerana, sekiranya kontraktor menghargakan tender

mengikut harga sekarang tanpa melebihkan sedikit harga tersebut bagi menghadapi

risiko peningkatan harga barang pada masa hadapan, kontraktor akan berhadapan

dengan risiko kerugian. Harga yang dikemukan dalam tender adalah tetap dan tidak

boleh diubah. Apabila berlaku kenaikan harga bahan, kontraktor terpaksa

Page 75: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

55

menanggung pertambahan kos tersebut dan ini sekali gus akan mendatangkan risiko

kewangan kepada kontraktor.

3.8. Strategi Mengurangkan Risiko Kewangan Projek Pembinaan

Menurut Schaufelberger (2009), bagi mengurangkan risiko kewangan dalam

projek pembinaan, pengurus projek pembinaan perlu lah mengikut strategi-strategi

berikut:

3.8.1. Membangunkan Perancangan Kerja Secara Menyeluruh

Bagi mengurangkan risiko kewangan dalam projek pembinaan, pihak

kontraktor mestilah membangunkan perancangan kerja secara menyeluruh. Semua

pihak mestilah memahami tentang perancangan kerja yang telah dibuat. Selain itu

pengurus projek dalam sesebuah projek pembinaan mesti mempunyai visi dalam

menjayakan kerja yang diberikan. Melalui perancangan kerja, ia dapat bertindak

sebagai alat untuk menilai kemajuan terkini dalam sesuatu projek. Bagi

membolehkan sesuatu matlamat projek itu tercapai, perancangan kerja yang telah

dibuat hendaklah diteliti sebaik mungkin dan hendaklah dilaksanakan mengikut

perancangan yang telah dibuat. Ini sekaligus akan mengurangkan risiko kewangan

dalam projek pembinaan (Schaufelberger, 2009).

Page 76: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

56

3.8.2. Menguji Kawasan Geografi Yang Baru Dengan Hanya Membina Projek

Yang Kecil Atau Berdasarkan Kepada Pelanggan Yang Sama

Menjalankan kerja-kerja pembinaan di kawasan baru akan mengundang

pelbagai risiko bagi sesebuah firma kontraktor. Mereka tidak mengetahui tentang

perihal pembekal yang kompeten, subkontraktor dan sebagainya. Bagi

mengurangkan risiko tersebut dalam menerokai kawasan baru, kontraktor perlu

membina projek yang kecil terlebih dahulu supaya ia dapat mengetahui keadaan

persekitaran. Selain itu, bagi mengurangkan risiko dalam menerokai kawasan baru,

kontraktor boleh juga memasuki pasaran tersebut dengan menjalankan kerja

pembinaan dengan klien yang sudah dikenali (Schaufelberger, 2009).

3.8.3. Mengawasi Secara Berhati-Hati Perjalanan Projek

Setiap perjalan projek pembinaan hendaklah diawasi secara berhati bagi

mengurangkan risiko kewangan sesuatu projek. Kegagalan pihak pengurusan projek

dalam mengawal perjalanan projek boleh menyebabkan berlaku kelewatan dalam

tempoh penyiapan projek. Akibat daripada kelewatan dalam penyiapan projek akan

menyebabkan pihak kontraktor di denda. Selain itu, pihak kontraktor terpaksa

menanggung kos projek yang meningkat. Ini sekaligus akan menyebabkan kontraktor

mengalami risiko kewangan dalam melaksanakan sesuatu projek pembinaan itu. Bagi

mengatasi masalah ini, komunikasi yang bagus perlu dijalinkan antara semua pihak

yang terlibat dalam sesuatu projek itu. Selain itu, pihak pengurusan kontraktor perlu

melawat tapak projek secara kerap bagi mengikuti masalah yang terlibat. Kos dan

laporan status projek perlu dipantau secara kerap semasa pelaksanaan sesuatu projek

(Schaufelberger, 2009).

Page 77: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

57

3.8.4. Pilih Saiz Projek Berdasarkan Kepada Saiz Syarikat Pembinaan,

Kewangan Dan Sumber Manusianya

Kejayaan dalam sesebuah projek pembinaan adalah bergantung kepada tahap

pemahaman terhadap risiko yang bakal dihadapi bagi setiap projek serta kaedah yang

dibangunkan bagi merancang pengurusan risiko yang bakal ditanggung. Bukan

semua projek yang akan berjaya. Kadang-kadang benda yang tidak dijangka akan

berlaku dan ini akan menyebabkan kerugian kepada syarikat pembinaan (kontraktor).

Untuk meminimumkan potensi kegagalan kewangan jika sesuatu projek tidak

menguntungkan, pihak kontraktor harus menjalankan beberapa projek pembinaan

supaya kerugian tersebut dapat ditampung oleh projek yang lain (Schaufelberger,

2009).

3.8.5. Menyediakan Aliran Tunai Dari Bulan Ke Bulan

Pihak pengurusan syarikat perlu memahami keperluan kewangan mereka bagi

memastikan mereka mempunyai keupayaan dalam kewangan mereka. Dalam

kebanyakan kes, kerja pembinaan pada mulanya akan dibiayai oleh syarikat

pembinaan itu sendiri, dan kemudian bil serta invois yang berkaitan dengan kerja

yang telah dilakukan akan diserahkan kepada pemilik projek untuk proses

pembayaran balik. Permintaan untuk pembayaran balik ini selalunya dilakukan pada

setiap bulan. Satu analisis aliran tunai bagi membangunkan bajet aliran tunai untuk

syarikat pembinaan adalah diperlukan bagi setiap projek yang dilaksanakan. Jika

pembiayaan luaran diperlukan, kos pembiayaan perlu dimasukkan sebagai kos

overhed semasa mengira bajet projek. Pendapatan sebenar dan perbelanjaan perlu

dikesan bagi memantau status aliran tunai syarikat (Schaufelberger, 2009).

Page 78: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

58

3.8.6. Mengurus Dengan Cermat Overhed Projek

Bajet overhed projek perlu ditentukan sebaik mungkin berdasarkan apa yang

dianggap sebagai munasabah bagi setiap bilangan kerja yang dilakukan. Jika

bilangan kerja berkurangan, belanjawan overhed perlu dikurangkan dengan

sepatutnya supaya syarikat tidak mengalami masalah kewangan disebabkan

pendapatan-pendapatan syarikat tidak cukup untuk „cover‟ kos-kos overhed

(Schaufelberger, 2009).

3.8.7. Membeli Kemudahan Kredit Sebagai Satu Kontingensi Untuk

Melindungi Aliran Tunai Negatif Yang Tidak Dijangka

Daripada menunggu sehingga terdapat satu keperluan untuk meminjam dana

bagi melaksanaka sesuatu projek pembinaan, kontraktor haruslah membeli

kemudahan kredit dari sebuah institusi kewangan. Ia adalah lebih kurang

sebagaimana kad kredit, perbelanjaan yang buat boleh dicas kepada kemudahan

kredit apabila diperlukan, dan jumlah kredit dapat dibayar balik sebaik sahaja

pendapatan diterima. Hanya terdapat sedikit bayaran bagi mendapatkan kemudahan

kredit, tetapi faedahnya hanya dibayar pada baki belum bayar pada akhir setiap

bulan, sama sebagaimana keadaan dengan kad kredit peribadi (Schaufelberger,

2009).

Page 79: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

59

3.9. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Aliran Tunai Projek Pembinaan

Menurut Abdul Hakim Bin Mohammed (1990), projek pembinaan

memerlukan modal pusingan atau modal tunai yang besar. Modal tersebut dapat

diperolehi sama ada daripada simpanan tunai syarikat ataupun daripada pinjaman

bank dan institusi kewangan yang lain. Apabila modal pusingan tersekat, aliran tunai

akan mengalami defisit. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi aliran tunai projek

pembinaan adalah seperti :

3.9.1. Keuntungan dan Overhed

Margin keuntungan dan overhed adalah merupakan salah satu faktor

terpenting dalam menentukan lebihan ke atas sesuatu kos. Lebih tinggi margin ini

maka semakin kurang modal tersekat. Walaupun demikian, sekiranya margin ini

terlalu tinggi, ia akan menyebabkan jumlah harga tender meningkat dan sekali gus

akan menyebabkan peluang untuk memenangi sesuatu tender itu semakin tipis.

Margin yang sepatutnya digunakan dalam pengiraan aliran tunai hendaklah

merupakan margin yang sesuai yang dapat dicapai semasa pembinaan dilakukan.

Sebagai contoh, andaikan margin yang diletakkan semasa peringkat tender adalah

10%. Semasa proses pembinaan, kos projek meningkat sebanyak 4% disebabkan

oleh perubahan kerja, ini bermakna margin yang dicapai adalah 6% sahaja. Bagi

kontraktor yang cerdik, kehilangan 4% itu mungkin boleh diperolehi kembali diakhir

projek melalui tuntutan yang dilakukan. Ini bermakna margin sebenar semasa projek

pembinaan dilakukan hanyalah 6% sahaja. Oleh itu, margin inilah yang sepatutnya

digunakan dalam pengiraan aliran tunai projek dan bukannya 10% (Abdul Hakim

Bin Mohammed, 1990).

Page 80: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

60

3.9.2. Wang Tahanan

Wang tahanan lazimnya diamalkan pada projek-projek swasta bagi menjaga

kepentingan klien tetapi ia amat jarang diamalkan di dalam projek-projek awam bagi

membantu aliran tunai projek kontraktor. Selain itu, wang tahanan akan

merendahkan margin berkesan semasa peringkat pelaksanaan projek. Apabila margin

terlalu rendah, wang tahanan akan mengurangkan margin berkesan kepada kosong

atau negatif. Oleh kerana itu, pihak kerajaan telah mengambil langkah untuk

memansuhkannya dengan tujuan untuk membantu kontraktor terutama kontraktor

yang bersaiz sederhana atau kecil bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan (Abdul

Hakim Bin Mohammed, 1990).

3.9.3. Tuntutan Pembayaran

Kontraktor dapat memperbaiki margin berkesan melalui tuntutan pembayaran

terhadap perubahan kerja yang telah dilakukan diakhir projek pembinaan. Sekiranya

tuntutan ini dilakukan semasa peringkat pelaksanaan projek, ia tidak akan dapat

membantu aliran tunai projek tersebut, sebaliknya ia akan memberi kesan buruk

terhadap aliran tunai projek tersebut (Abdul Hakim Bin Mohammed, 1990).

3.9.4. Pengukuran Lebih Semasa Proses Penilain Kemajuan Kerja

Pengukuran lebih bermaksud jumlah kerja yang diperakukan bagi bayaran

kemajuan diperingkat awal adalah lebih besar daripada jumlah kerja sebenar yang

telah disiapkan. Lebihan tersebut diselaraskan semula pada pengukuran-pengukuran

Page 81: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

61

berikutnya. Cara ini mempunyai kesan yang sama seperti meninggikan kadar

hadapan iaitu menambahkan aliran tunai masuk dan mengurangkan modal tersekat

terutamanya diperingkat awal (Abdul Hakim Bin Mohammed, 1990).

3.9.5. Tempoh Masa Pembinaan

Tempoh masa pembinaan juga akan menpengaruhi aliran tunai projek

pembinaan. Sekiranya sesuatu projek itu lambat disiapkan sehingga melebihi tempoh

penyiapan sebenar projek, ia akan mempengaruhi aliran tunai projek tersebut. Ini

kerana, kontraktor terpaksa menanggung pertambahan kos projek akibat daripada

kelewatan ini. Ini sekaligus akan menjejaskan aliran tunai projek pembinaan tersebut.

3.10. Kesimpulan

Kejayaan bagi sesebuah projek pembinaan itu banyak bergantung kepada

kejayaan operasi kontraktor itu sendiri. Sebanyak mana aktiviti-aktiviti yang dapat

dijalankan pula adalah bergantung kepada maklumat yang diterima oleh pihak

kontraktor tersebut. Sekiranya maklumat yang diperolehi tidak berkualiti, ia akan

menjejaskan kelancaran operasi projek dan reputasi firma kontraktor itu sendiri.

Sebaliknya jika maklumat yang diperolehi adalah tepat dan berkualiti, ia akan

membantu menghasilkan keputusan yang tepat dan berkualiti. Lantas, keputusan

yang tepat membolehkan setiap aktiviti dapat dijalankan dengan berkesan bagi

mencapai matlamat sebenar projek pembinaan. Oleh itu, bab ini telah

membincangkan dengan lebih terperinci tentang pengurusan kewangan kontraktor

dalam industri pembinaan.

Page 82: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

Page 83: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

BAB 4

METODOLOGI KAJIAN

4.1. Pengenalan

Kajian merupakan satu proses formal dan sistematik yang melibatkan kaedah

saintifik ke atas suatu masalah yang dikaji. Metodologi kajian terikat kepada

prosedur tertentu yang mesti diikuti (Naoum, 2007). Setelah mengenal pasti

persoalan kajian dan menjalankan kajian literatur, perancangan metodologi kajian

dibuat supaya dapatan kajian adalah selari dengan objektif kajian. Bab ini akan

membincangkan metodologi kajian dengan menjelaskan setiap peringkat pelaksanaan

kajian dan cara data kajian di kumpul dan dianalisis bagi mencapai objektif kajian.

Peringkat metodologi kajian terbahagi kepada empat tahap, iaitu tahap 1, tahap 2,

tahap 3 dan tahap 4.

Page 84: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

63

4.2. Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian merupakan suatu perancangan atau strategi untuk

menjalankan suatu kajian (Wiersma dan Jurs, 2005). Dalam kajian ini, ia merupakan

gabungan pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif. Gabungan kedua-dua

pendekatan dalam menjalankan kajian amat digalakkan ( Mason, 1996; Naoum,

2007) kerana kekuatan setiap pendekatan dapat mengimbangi kelemahan yang

terdapat dalam pendekatan yang lain (Jick, 1983; Brewer dan Hunter, 2006). Reka

bentuk kajian yang menggabungkan kedua-dua pendekatan ini dapat menghasilkan

hasil kajian yang lebih tepat dengan perspektif yang lebih luas, membolehkan kajian

menggunakan pelbagai instrumen untuk menilai kesahan setiap pendekatan

(Creswell, 2005; Brewer dan Hunter, 2006) dan membolehkan penganalisisan kajian

yang pelbagai, berlainan, meyakinkan dan lebih bermakna (Jick, 1983; Mason,

1996).

4.3. Kajian Literatur

Peringkat pelaksanaan pertama dalam metodologi kajian ini dikenali sebagai

peringkat kajian literatur. Terdapat pelbagai pendapat tentang maksud kajian

literatur. Menurut Naoum (2007), kajian literatur ialah perbincangan yang

dikembangkan terhadap kerja-kerja akademik yang diterbitkan terdahulu berkaitan

dengan kajian yang sedang dijalankan. Rohana (2004) menyatakan kajian literatur

sebagai suatu bentuk dokumentasi yang telah dibuat ringkasan secara komprehensif

daripada susunan data yang telah diterbitkan atau tidak diterbitkan dalam bentuk

deskriptif bagi suatu penyelidikan. Neuman (2006) pula menyatakan bahawa kajian

literatur ialah suatu aktiviti yang dilakukan bagi menghimpunkan pengetahuan yang

dapat membantu dalam mendapatkan apa yang belum ada dalam sesebuah karya.

Page 85: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

64

Berdasarkan beberapa pandangan dalam kajian ini, kajian literatur dirujuk

sebagai suatu aktiviti yang dilaksanakan bagi mengumpulkan segala maklumat atau

keterangan terdahulu yang berkaitan dengan sesuatu skop kajian yang ingin

dilaksanakan. Dari segi pelaksanaan kajian ini, kajian literatur merujuk suatu

peringkat pelaksanaan yang diwujudkan bagi mendapatkan segala maklumat

teoritikal secara komprehensif berkaitan dengan keperluan kajian.

Dalam kajian ini, kajian literatur telah dijalankan bagi memenuhi beberapa

tujuan tertentu. Pertamanya, kajian literatur dijalankan bagi menyediakan idea dan

hala tuju awal pelaksanaan kajian ini. Kajian literatur diperlukan bagi membolehkan

segala maklumat yang diperlukan bagi membentuk permasalahan kajian diperoleh

sepenuhnya. Pada peringkat awal kajian ini maklumat yang terkini dan menyeluruh

mengenai kepentingan untuk melaksanakan kajian akan mewujudkan keterangan

tentang penyataan masalah kajian yang lebih tepat dan terperinci. Penyataan masalah

yang komprehensif seterusnya akan mewujudkan suatu idea dan hala tuju

pelaksanaan kajian yang jelas dan sekali gus membantu kelancaran proses

pelaksanaan kajian. Berdasarkan keterangan yang terkandung dalam penyataan

masalah keperluan-keperluan lain dalam kajian ini, seperti penentuan tentang

persoalan dan objektif kajian, akan dapat dilakukan dengan lebih mudah. Tujuan

kedua kajian literatur dijalankan adalah untuk mengumpulkan sebanyak mungkin

maklumat terdahulu yang berkaitan dengan kajian yang ingin dilaksanakan (Naoum,

2007). Maklumat ini diperlukan bagi menyediakan suatu gambaran awal tentang

keseluruhan konsep atau isu-isu yang berkaitan dengan kajian ini.

Tujuan ketiga kajian literatur ini dijalankan adalah untuk memastikan kajian

yang ingin dilaksanakan sememangnya tidak pernah dilaksanakan sebelumnya.

Dalam melaksanakan kajian literatur ini, rujukan telah dibuat ke atas sumber-sumber

kajian terdahulu untuk mengenal pasti aspek-aspek atau isu yang pernah dikaji dalam

bidang pengawalan kos projek pembinaan ini dan pendekatan yang diketengahkan

untuk menyelesaikannya. Dengan mengetahui aspek-aspek yang pernah dikaji maka

ianya akan dapat mengesahkan bahawa kajian yang dilaksanakan ini sememangnya

belum pernah dilaksanakan oleh mana-mana pihak.

Page 86: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

65

Akhir sekali, kajian literatur dijalankan adalah untuk menetapkan ulasan

kajian. Menurut Dubin (1978) ulasan kajian adalah suatu penyataan kebenaran yang

khusus dan terhad kepada sesuatu fakta tertentu sahaja. Zikmund (2003) menjelaskan

bahawa ulasan kajian sebagai penyataan-penyataan yang dipertimbangkan dengan

merujuk hubungan- hubungan yang berlaku antara sesuatu konsep. Bagi kajian ini,

ulasan kajian merujuk suatu rumusan yang dibuat ke atas maklumat-maklumat yang

diperoleh daripada kajian literatur yang berkaitan dengan kaedah pengawalan kos

yang digunakan oleh kontraktor dalam sesuatu projek pembinaan, faktor-faktor yang

dipertimbangkan dalam menentukan margin keuntungan sesuatu projek dan strategi

yang digunakan kontraktor bagi mengurangkan risiko kewangan projek pembinaan.

4.4. Kajian Awal

Kajian awal (pilot study) adalah sebahagian daripada peringkat pelaksanaan

tahap 1 dalam metodologi kajian ini. Menurut Fellows dan Liu (2003); Naoum

(2007), kajian awal ialah suatu aktiviti pengumpulan data awal yang dilaksanakan

sebelum kajian utama. Tujuan utama kajian awal dilakukan adalah untuk mengetahui

kaedah pengawalan kos yang digunakan oleh kontraktor dalam sesuatu projek

pembinaan dengan penumpuan diberikan kepada tahap pemahaman kontraktor

terhadap kaedah pengawalan kos yang digunakan.

Penemuan yang diperoleh daripada kajian awal tentang tahap pemahaman

kontraktor terhadap kaedah pengawalan kos yang digunakan adalah penting untuk

menyokong proses merumuskan penyataan masalah. Tujuan lain kajian awal ini

adalah untuk mengemaskinikan dan menyemak kesesuaian kandungan alat

pengumpulan data, misalnya borang soal selidik yang telah dibangunkan. Selain itu

kajian awal ini juga adalah untuk mengetahui reaksi responden terhadap soalan-

Page 87: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

66

soalan yang diberikan, pemahaman terhadap soalan yang diajukan dan untuk

mengelakkan pertindihan soalan dalam borang soal selidik.

4.5. Kajian Soal Selidik

Penggunaan instrumen merupakan satu cara untuk mengumpul data dengan

sistematik dan untuk menjawab persoalan kajian melalui kaedah saintifik (Courtney,

1984; Fellows dan Liu, 2003; Naoum, 2007). Bagi mendapatkan data yang berkaitan

dengan pelaksanaan kajian soal selidik, peralatan utamanya bagi pengumpulan data

ini adalah borang soal selidik dan soalan temu bual (untuk „pilot study‟). Kebaikan

borang soal selidik ialah ianya mudah digunakan dan diuruskan, menjimatkan masa

serta boleh mengkaji bilangan sampel kajian yang besar (Sulaiman, 1996;

Cacha,1997; Creswell, 2005; Glendon et at., 2006; Naoum, 2007).

4.5.1. Pemilihan Sampel Kajian

Sampel adalah bahagian daripada populasi yang dipilih untuk mewakili

populasi yang ada untuk tujuan kajian (Sulaiman, 1996; Maxwell, 1996; Groves et

al., 2004: Creswell, 2005; Rea dan Parker, 2005; Fraenkel dan Wallen, 2006).

Jumlah sampel akan menentukan ketepatan hasil kajian. Jumlah sampel dipengaruhi

oleh besarnya tingkat paras kepercayaan yang diinginkan, jumlah subkumpulan

populasi yang diperlukan untuk analisis serta kecukupan sumber dan kewangan.

Dalam hubungan ini, kelayakan sampel yang mewakili populasi sangat penting bagi

meningkatkan paras kebolehpercayaan (Cacha, 1997; Salkind, 2003; Ahmad Atory,

2004; Groves et al., 2004; Creswell, 2005; Fraenkel dan Wallen, 2006). Penentuan

Page 88: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

67

jumlah sampel menurut Rea dan Parker (2005) dalam kajian sains sosial adalah

seperti dalam Jadual 4.1.

Jadual 4.1 : Jumlah Sampel Dalam Kajian Sains Sosial

Sumber : Rea dan Parker (2005)

Saiz Populasi Jumlah Sampel

Diperlukan

Peratus Sampel

50,000 381 0.8

25,000 378 1.5

10,000 370 3.7

5,000 357 7.1

2,500 333 13.3

1,000 285 28.5

500 217 43.4

250 152 60.8

200 132 66.0

100 80 80.0

50 44 88.0

25 24 96.0

Sampel bagi kajian ini adalah bersifat sejenis, iaitu hanya melibatkan firma

pembinaan kelas A. Bagi sampel bersifat sejenis, pengambilan sampel tidak

bervariasi dan kategorinya dapat ditetapkan secara langsung yang mana mewakili

seluruh populasi (Sulaiman, 1996; Cacha, 1997; Creswell, 2005; Fraenkel dan

Wallen, 2006). Pengambilan sampel secara keputusan (judgemental sampling) pula

dilakukan kerana kekangan dari aspek kos, masa, perolehan kerjasama dan komitmen

responden (Westland et al., 1996; Stewart et al., 2006).

4.5.2. Borang Soal Selidik

Menurut Creswell (2005); Glendon et al. (2006), borang soal selidik ialah

serangkaian soalan untuk mendapatkan maklumat yang berguna untuk dianalisis dan

Page 89: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

68

disahkan secara statistik. Walters (1995); Cacha (1991); Wong (1999); Fellows dan

Liu (2003) dan Creswell (2005), menyatakan bahawa soal selidik mestilah jelas

sehingga tidak menimbulkan 'keraguan' atau jawapan yang mengelirukan

berorientasikan objektif kajian dan bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang

boleh dipercayai dan sah serta menghindarkan pertindihan.

Borang soal selidik sering digunakan dalam kajian kuantitatif mahupun

kualitatif. Menurut Marshall dan Rossman (2006) borang soal selidik mempunyai

kekuatan dalam pelaksanaan suatu kajian, antaranya:

i. Mudah untuk memanipulasi dan mengkategorikan data untuk dianalisis;

ii. Mudah untuk mengurus dan mentadbir data dengan berkesan;

iii. Mudah untuk membuat generalisasi; dan

iv. Mudah menganalisis, menguji kesahan dan membuat triangulasi

Dalam kajian ini, soalan yang digunakan adalah berstruktur, iaitu soalan yang

diberikan pilihan jawapannya. Kaedah pengawalan kos yang digunakan oleh

kontraktor dalam sesuatu projek pembinaan, faktor-faktor yang dipertimbangkan

dalam menentukan margin keuntungan sesuatu projek dan strategi yang digunakan

kontraktor bagi mengurangkan risiko kewangan projek pembinaan telah disenaraikan

jawapan berdasarkan kajian literatur. Bagi tahap pemahaman kontraktor terhadap

kaedah pengawalan kos yang digunakan, jawapan adalah dalam pilihan tahap

pemahamannya. Menurut Wong (1999); Creswell (2005); Rea dan Parker (2005),

bentuk soalan berstruktur mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

i. Adanya satu set soal selidik untuk responden;

ii. Soalan pasti untuk mengurangkan kemungkinan kesalahan;

iii. Adanya serangkaian jawapan;

iv. Mudah dalam pentadbiran, penjadualan dan analisisnya; dan

v. Mengehadkan soalan bersifat andaian

Page 90: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

69

Sesuai dengan matlamat dan berdasarkan huraian Creswell (2005); Rea dan

Parker (2005) maka bentuk soalan dalam soal selidik ini terdiri daripada:

i. Soalan dengan jawapan yang telah ditentukan; soalan dengan dua pilihan

jawapan ataupun soalan dengan pilihan berganda, dan

ii. Soalan dengan skala jawapan; soalan ini digunakan untuk soalan yang

berkaitan dengan tahap pemahaman.

Kajian ini hanya menggunakan soalan „single coded question‟, yakni soalan

yang memerlukan satu jawapan sahaja. Soalan-soalan dalam borang soal selidik

disusun dan akan diletakkan dengan pemberat bagi mendapatkan indeks

kepentingannya menggunakan prinsip- prinsip seperti Skala Likert (Lim dan Alum,

1995). Rea dal Parker (2005) menyatakan bahawa kebaikan teknik ini adalah ianya

lebih mudah digunakan baik untuk kajian yang ditujukan kepada responden mahu

pun yang ditujukan kepada objek.

4.5.3. Teknik Analisis Data

Statistik adalah suatu bidang yang berkait rapat dengan kajian terutamanya

kajian yang melibatkan sesuatu populasi. Statistik merupakan satu teknik matematik

untuk memproses, menyusun dan menganalisis serta menyimpulkan data yang

berbentuk kuantitatif (Sulaiman, 1996; Cacha, 1997; Ahmad Atory, 2004; Creswell,

2005: Kirkpatrick dan Feeney, 2006; Fraenkel dan Wallen, 2006). Sebelum

melakukan kajian, kaedah statistik yang akan digunakan hendaklah ditentukan

kerana jenis analisis yang dilakukan perlu disesuaikan dengan tujuan pembuktian

data kajian. Pemilihan teknik analisis statistik yang digunakan ditentukan oleh jenis

sampel, jenis data atau jumlah pemboleh ubah yang terlibat dalam analisis, data yang

Page 91: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

70

akan diuji, dan peringkat pengukuran yang diinginkan. Analisis data kajian ini

dilakukan menggunakan analisis Skala Likert dan Analisis Frekuensi.

4.5.3.1. Analisis Menggunakan Skala Likert

Kaedah ini adalah digunakan dalam menentukan jumlah skor yang diperoleh

oleh setiap soalan yang dikemukakan dengan menggunakan skala 1 hingga 5 untuk

mewakili tahap persetujuan kenyataan yang diberikan oleh responden. Skala skor

yang digunakan seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.2.

Jadual 4.2 : Skala Bagi Penyataan Yang Dikemukakan

Berdasarkan pada Jadual 4.2 di atas, Skala 1 memberi maksud Tidak Setuju.

Skala 2 pula adalah bermaksud Kuarang Setuju, skala 3 sebagai Sederhana Setuju,

skala 4 sebagai Setuju manakala skala 5 membawa maksud Sangat Setuju.

Dalam kaedah ini, terdapat dua jenis bentuk pengiraan yang terlibat iaitu

pengiraan julat indeks dan pengiraan skor purata, bagi pengiraan skor purata, analisis

ini dimulakan dengan menjumlahkan skor yang diperoleh oleh setiap pilihan diikuti

dengan pembahagian jumlah skor itu dengan jumlah responden yang terlibat. Ia

dibuat bagi mendapatkan skor purata atau min skor. Kriteria yang mempunyai min

skor yang paling tinggi menunjukkan bahawa kriteria tersebut mempunyai tahap

persetujuan yang sangat tinggi dan diikuti tahap-tahap persetujuan lain mengikut

1. Tidak Setuju

2. Kurang Setuju

3. Sederhana setuju

4. Setuju

5. Sangat Setuju

Page 92: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

71

tingkat min skor tertinggi ke min skor terendah. Bentuk pengiraan kedua dalam

kaedah ini adalah pengiraan julat indeks. Ia dijalankan bagi mengenal pasti hubungan

antara kategori dengan keputusan yang diperoleh.

4.5.3.1.1. Pengiraan Indeks Dan Julat Indeks Bagi Skala Likert

Julat Indeks diwujudkan bagi mendapatkan indeks bagi setiap kategori skala.

Julat indeks yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan kepada klasifikasi

yang dicadangkan oleh Abdul Majid dan McCaffer (1997). Julat indeks yang

dicadangkan oleh mereka adalah seperti berikut :

Jadual 4.3 : Julat Indeks Bagi Setiap Kategori

Jadual 4.3 menunjukkan julat indeks bagi kategori Tidak Setuju, Kurang

Setuju, sederhana Setuju, Setuju dan Sangat Setuju. Bagi kategori Tidak Setuju, julat

indeksnya adala „1.00 ≤ Purata Indeks < 1.50‟. Bagi kategori Kurang Setuju, julat

indeksnya adalah „1.50 ≤ Purata Indeks < 2.50‟ manakala bagi kategori Sederhana

Setuju pula adalah „2.50 ≤ Purata Indeks < 3.50‟. Bagi kategori Setuju pula, julat

indeksnya adalah „3.50 ≤ Purata Indeks < 4.50‟ dan bagi kategori Sangat Setuju,

julat indeksnya adalah „4.50 ≤ Purata Indeks ≤ 5.00‟.

Skala Kategori Indeks

1 Tidak Setuju 1.00 ≤ Purata Indeks < 1.50

2 Kurang Setuju 1.50 ≤ Purata Indeks < 2.50

3 Sederhana Setuju 2.50 ≤ Purata Indeks < 3.50

4 Setuju 3.50 ≤ Purata Indeks < 4.50

5 Sangat Setuju 4.50 ≤ Purata Indeks ≤ 5.00

Page 93: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

72

4.5.3.1.2. Pengiraan Skor Purata Bagi Skala Likert

Menurut Lim dan Alum (1995) ; Chua (2006) dan Sulaiman (1996), min

ialah purata yang diperoleh dengan menambahkan semua skor dan dibahagi dengan

bilangan kategori. Nilai ini menerangkan kecenderungan setiap pemboleh ubah

secara purata. Nilai min yang diperoleh adalah berdasarkan formula berikut :

Contoh Pengiraan :

Tidak Setuju Kurang

Setuju

Sederhana

setuju Setuju Sangat Setuju

1 2 3 4 5

A B C D E

Skala = 1, 2, 3, 4 dan 5

Responden = A, B, C, D, E

Jumlah Responden = A + B + C + D + E = N

Skor Purata = (A x 1) + (B x 2) + (C x 3) + (D x 4) + (E x 5)

N

Skor Min = Jumlah skor

Jumlah Responden

Page 94: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

73

4.5.3.2. Analisis Frekuensi

Analisis frekuensi ialah satu kaedah analisis yang dilakukan untuk

mendapatkan jumlah kekerapan sesuatu jawapan itu dipilih oleh para responden yang

terlibat. Dengan kaedah analisis frekuensi, corak taburan jawapan bagi setiap set data

yang dikumpulkan telah dapat ditentukan sepenuhnya (Muhd. Zaimi dan McCaffer,

1998; Shardy, 2006). Analisis frekuensi dalam kajian ini dilakukan untuk

mengetahui frekuensi dalam kaedah pengawalan kos yang digunakan oleh kontraktor

dalam sesuatu projek pembinaan, faktor-faktor yang dipertimbangkan dalam

menentukan margin keuntungan sesuatu projek dan strategi yang digunakan

kontraktor bagi mengurangkan risiko kewangan projek pembinaan. Analisis

frekuensi telah dilakukan ke atas data yang telah diperoleh daripada jawapan

responden untuk menentukan susunan keutamaannya dengan menggunakan hasil

penentuan mata nilai. Nilai pengaruh yang terbesar menunjukkan tahap yang paling

utama terhadap kaedah pengawalan kos yang digunakan oleh kontraktor dalam

sesuatu projek pembinaan, faktor-faktor yang dipertimbangkan dalam menentukan

margin keuntungan sesuatu projek dan strategi yang digunakan kontraktor bagi

mengurangkan risiko kewangan projek pembinaan. Analisis ini akan menghasilkan

satu susunan keutamaan terhadap data-data ini.

Menurut Whitehead dan Whitehead (1992) corak taburan frekuensi ini boleh

dilihat dalam dua bentuk, iaitu sama ada dalam bentuk histogram atau dalam bentuk

poligon frekuensi. Hasil analisis frekuensi ini amat berguna sebagai sokongan yang

akan digunakan bagi menjelaskan penemuan yang diperoleh untuk setiap objektif

yang digariskan. Analisis frekuensi juga dapat menentukan pelbagai hasil analisis

statistik sukatan kecenderungan memusat seperti min, mod, medium dan sebagainya

dengan lebih mudah. Dalam kajian ini, analisis frekuensi dilakukan untuk mengenal

pasti jumlah kekerapan bagi setiap pilihan jawapan yang telah ditentukan mengikut

pandangan para responden terhadap setiap persoalan kaedah pengawalan kos yang

digunakan oleh kontraktor dalam sesuatu projek pembinaan, faktor-faktor yang

dipertimbangkan dalam menentukan margin keuntungan sesuatu projek dan strategi

yang digunakan kontraktor bagi mengurangkan risiko kewangan projek pembinaan.

Page 95: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

74

4.6. Kesimpulan

Secara keseluruhannya, bab ini membincangkan pendekatan kajian dan

menerangkan kaedah- kaedah pengumpulan data dalam kajian ini. Data dalam kajian

ini dikumpulkan dengan menggunakan kaedah soal selidik. Semua borang soal

selidik yang telah diedarkan kepada responden firma pembinaan dan dikembalikan

dianalisis menggunakan Skala Likert dan Analisis frekuensi. Secara keseluruhannya,

bab ini adalah menerangkan pendekatan yang telah digunakan bagi mencapai semua

objektif yang telah dinyatakan dalam Bab 1.

Page 96: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

BAB 5 ANALISIS KAJIAN

Page 97: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

BAB 5

ANALISIS KAJIAN

5.1. Pengenalan

Bab ini menerangkan tentang analisis yang dibuat ke atas data yang telah

diperoleh hasil daripada pengedaran borang soal selidik kepada firma kontraktor

kelas A yang berdaftar di sekitar Johor Bahru. Melalui analisis yang dilakukan ini,

secara tidak langsung ia dapat memberi gambaran yang jelas terhadap isu yang

dikaji. Selain itu, melalui analisis ini juga segala risiko dan masalah kewangan yang

dihadapi oleh kontraktor berkenaan dalam menjalankan kerja-kerja pembinaan dapat

dikenalpasti dan seterusnya langkah penyelesaian dapat di ambil.

Page 98: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

76

5.2. Maklumbalas Borang Soal Selidik Yang Telah Diedarkan Kepada Firma

Kontraktor Yang Terlibat

Jadual 5.1: Jumlah Borang Soal Selidik Yang Dihantar Dan Diterima

Rajah 5.1 : Peratusan Bagi Borang Soal Selidik Yang Diterima Dan

Tidak Diterima

Jadual 5.1 dan Rajah 5.1 menunjukkan bilangan dan peratusan borang soal

selidik yang diterima dan tidak diterima semasa kerja-kerja pengumpulan data

dilakukan. Sebanyak 85 borang soal selidik telah diedarkan kepada semua firma

kontraktor yang terlibat. Walau bagaimanapun hanya 25 responden sahaja yang telah

memberi maklum balas yang positif terhadap borang soal selidik yang telah

Jumlah Set Borang

Soal Selidik

Peratus

Jumlah yang

telah diedarkan

85 Set 100%

Jumlah Yang

Diterima

25 Set 29.4%

Jumlah Yang

Tidak Diterima

60 Set 70.6%

Jumlah Yang Di Terima29.4%

Jumlah Yang Tidak Diterima

70.6%

Page 99: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

77

diedarkan. Oleh itu, analisis bagi penyelidikan ini adalah berpandukan kepada

maklum balas daripada 25 responden yang berjaya dikumpulkan sahaja.

5.2.1. Jawatan Responden

Daripada 25 responden tersebut, individu yang telah menjawab borang soal

selidik ini terdiri daripada pelbagai jawatan. Ia seperti yang ditunjukkan dalam jadual

5.2. Berdasarkan jadual 5.2, kebanyakkan yang menjawab borang soal selidik ini

adalah terdiri dari mereka yang berjawatan Pengarah Urusan dan Juruukur Bahan.

Sebanyak 9 orang Juruukur bahan telah menjawab borang soal selidik ini diikuti

dengan Pengarah Urusan sebanyak 5 orang, Jurutera Projek 3 orang, Eksekutif

Projek dan Pengurus Projek 2 orang, Timbalan Pengurus Besar, Penyelaras Projek

Agen Tapak serta Pengarah Operasi 1 orang.

Jadual 5.2 : Pecahan Jawatan Responden

BIL JAWATAN RESPONDEN KEKERAPAN PERATUS

1 Pengarah Urusan 5 20

2 Timbalan Pengurus Besar 1 4

3 Eksekutif Projek 2 8

4 Juruukur Bahan 9 36

5 Penyelaras Projek 1 4

6 Jurutera Projek 3 12

7 Agen Tapak 1 4

8 Pengurus Projek 2 8

9 Pengarah Operasi 1 4

Jumlah 25 100

Page 100: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

78

5.3. Analisis Borang Soal Selidik

Borang soal selidik yang mendapat maklum balas akan dianalisis bagi tujuan

mendapatkan maklumat dan data bagi menjawab objektif seperti yang telah

dinyatakan dalam Bab 1. Dalam kajian ini, semua maklumat dan data yang diperoleh

adalah penting bagi mendapatkan keputusan yang sewajarnya ke atas kajian yang

dilakukan.

5.3.1. Analisis Menggunakan Skala Likert

Semua soalan yang dikemukan dalan borang soal selidik akan dianalisis

dengan menggunakan Skala Likert. Soalan ini adalah seperti apakah keadah

pengawalan kos dan kewangan yang digunakan kontraktor dalam projek pembinaan,

apakah faktor-faktor yang dipertimbangkan kontraktor dalam menentukan margin

keuntungan sesuatu projek dan apakah strategi yang digunakan bagi mengurangkan

risiko kewangan projek pembinaan. Analisi ini dilakukan untuk menentukan sama

ada data yang diperolehi dapat membantu kontraktor melakukan perancangan

pengurusan dan pengawalan kos projek pembinaan ataupun sebaliknya. Di bahagian

ini, pihak responden diminta untuk menentukan tahap persetujuan mereka terhadap

kenyataan yang telah dikemukakan berdasarkan dalam Jadual 5.3.

Page 101: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

79

Jadual 5.3 : Kategori Bagi Penyataan Yang Dikemukakan

Berdasarkan kepada Jadual 5.3, terdapat lima kategori atau skor keutamaan

yang digunakan iaitu Sangat Setuju, Setuju, Sederhana Setuju, Kurang Setuju Dan

Tidak Setuju. Kaedah analisis yang digunakan telah diterangkan di dalam Bab 4.

Indeks berskala bagi setiap kategori ini harus dikenalpasti terlebih dahulu dengan

mendapatkan jumlah skor bagi setiap kenyataan.

Setelah borang soal selidik siap diisi oleh pihak kontraktor, maka analisis

dapat dilakukan bagi mengetahui penilaian yang telah diberikan oleh pihak

kontraktor terhadap soalan yang diberikan. Penilaian boleh dilakukan dengan

menentukan skor min bagi setiap penyataan yang telah dikemukakan di dalam

borang soal selidik.

5.3.1.1. Keadah Pengawalan Kos Dan Kewangan Yang Digunakan

Kontraktor Dalam Projek Pembinaan

Perancangan pengawalan kos dan kewangan projek pembinaan kontraktor

boleh dilakukan melalui beberapa kaedah-kaedah. Antara kaedah-kaedah yang telah

dikenal pasti melalui kajian literatur ini adalah seperti kaedah untung atau rugi

keseluruhan, kaedah untung atau rugi berasaskan kepada bayaran pada setiap

peringkat, kaedah untung atau rugi berasaskan kepada bayaran pada setiap elemen,

1 . Tidak Setuju

2 . Kurang Setuju

3 . Sederhana Setuju

4 . Setuju

5 . Sangat Setuju

Page 102: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

80

kaedah untung atau rugi berasaskan kepada bayaran pada setiap bulan dan kaedah

untung atau rugi berasaskan kepada bayaran pada setiap aktiviti kerja. Soalan ini

dikemukan bagi mengenal pasti apakah kaedah-kaedah pengawalan kos dan

kewangan yang sering digunakan kontraktor dalam merancang dan mengawal kos

projek pembinaan sesuatu projek.

5.3.1.1.1. Pengiraan Skor Min Bagi Keadah Pengawalan Kos Dan

Kewangan Yang Digunakan Kontraktor Dalam Projek

Pembinaan

Jadual 5.4 : Maklumbalas Responden Mengenai Keadah Pengawalan

Kos Dan Kewangan Yang Digunakan Kontraktor Dalam

Projek Pembinaan

Jadual 5.4 menunjukkan maklumbalas responden mengenai keadah

pengawalan kos dan kewangan yang digunakan kontraktor dalam projek

pembinaan. Berikut adalah merupakan pengiraan skor min bagi setiap kaedah ini.

Keadah Pengawalan Kos Dan

Kewangan Yang Digunakan

Kontraktor Dalam Projek

Pembinaan

1 2 3 4 5

Jumlah

Respond

en

Untung atau rugi keseluruhan - 5 9 8 3 25

Untung atau rugi berasaskan

kepada bayaran pada setiap

peringkat

- 3 5 12 5 25

Untung atau rugi berasaskan

kepada bayaran pada setiap elemen - - 2 11 12 25

Untung atau rugi berasaskan

kepada bayaran pada setiap bulan - - 1 10 14 25

Untung atau rugi berasaskan

kepada bayaran pada setiap aktiviti

kerja

- 2 7 10 6 25

Page 103: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

81

Formula Skor Min :

Pengiraan Skor Min :

1. Untung atau rugi keseluruhan.

= (3x5) + (8x4) + (9x3) + (5x2) / 25 = 3.36

2. Untung atau rugi berasaskan kepada bayaran pada setiap peringkat.

= (5x5) + (12x4) + (5x3) + (3x2) / 25 =.3.76

3. Untung atau rugi berasaskan kepada bayaran pada setiap aktiviti kerja.

= (6x5) + (10x4) + (7x3) + (2x2) / 25 =.3.80

4. Untung atau rugi berasaskan kepada bayaran pada setiap elemen.

= (12x5) + (11x4) + (2x3) / 25 = 4.40

5. Untung atau rugi berasaskan kepada bayaran pada setiap bulan.

= (14x5) + (10x4) + (1x3) / 25 = 4.52

Kesemua nilai min ini dimasukkan ke dalam Jadual 5.5 mengikut keutamaan.

Skor Min = Jumlah skor

Jumlah Responden

Page 104: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

82

5.3.1.1.2. Analisis Skor Min Bagi Keadah Pengawalan Kos Dan Kewangan

Yang Digunakan Kontraktor Dalam Projek Pembinaan

Jadual 5.5 : Skor Min Bagi Keadah Pengawalan Kos Dan Kewangan

Yang Digunakan Kontraktor Dalam Projek Pembinaan

Jadual 5.6 : Skala Indeks Bagi Setiap Kategori

Keadah Pengawalan Kos Dan Kewangan

Yang Digunakan Kontraktor Dalam Projek

Pembinaan

Skor Min (Skor Purata)

Untung atau rugi berasaskan kepada bayaran

pada setiap bulan 4.52

Untung atau rugi berasaskan kepada bayaran

pada setiap elemen 4.40

Untung atau rugi berasaskan kepada bayaran

pada setiap aktiviti kerja 3.80

Untung atau rugi berasaskan kepada bayaran

pada setiap peringkat 3.76

Untung atau rugi keseluruhan 3.36

Skala Kategori Indeks

1 Tidak Setuju 1.00 ≤ Purata Indeks < 1.50

2 Kurang Setuju 1.50 ≤ Purata Indeks < 2.50

3 Sederhana Setuju 2.50 ≤ Purata Indeks < 3.50

4 Setuju 3.50 ≤ Purata Indeks < 4.50

5 Sangat Setuju 4.50 ≤ Purata Indeks ≤ 5.00

Page 105: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

83

Untung atau rugi berasaskan

kepada bayaran pada setiap

bulan

Untung atau rugi berasaskan

kepada bayaran pada setiap

elemen

Untung atau rugi berasaskan

kepada bayaran pada setiap aktiviti kerja

Untung atau rugi berasaskan

kepada bayaran pada setiap peringkat

Untung atau rugi keseluruhan

4.52 4.403.80 3.76

3.36

Sangat Setuju

SetujuSetuju

Sangat Setuju

SetujuSetuju

Sederhana Setuju

Setuju

Rajah 5.2 : Keadah Pengawalan Kos Dan Kewangan Yang Digunakan

Kontraktor Dalam Projek Pembinaan

Rajah 5.2 dan Jadual 5.5 menunjukkan skor min bagi keadah pengawalan kos

dan kewangan yang digunakan kontraktor dalam projek pembinaan. Didapati

kebanyakan kontraktor adalah sangat bersetuju yang mereka menggunakan kaedah

untung atau rugi berasaskan kepada bayaran pada setiap bulan dalam mengawal kos

dan kewangan projek mereka. Ini dapat digambarkan melalui skor min iaitu

sebanyak 4.52 skor. Kebanyakan kontraktor menggunaankan kaedah ini kerana ia

lebih memudahkan mereka untuk mengawal kos dan kewangan projek yang mereka

lakukan.

Selalunya, pembayaran bagi setiap aktiviti yang telah disiapkan selalunya

dibuat secara bulanan kepada kontraktor manakala setiap aliran tunai bagi setiap

aktiviti projek yang dilakukan juga dibuat secara bulanan oleh kontraktor. Oleh itu,

melalui kaedah ini, ia sekali gus dapat memudahkan kontraktor untuk mengawal kos

projek pembinaan dengan lebih sistematik. Melalui kaedah ini, setiap untung atau

rugi untuk setiap aktiviti boleh ditentukan berdasarkan kepada perbandingan diantara

jumlah bayaran yang telah dibayar pada bulan tersebut kepada kontraktor dengan

Page 106: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

84

jumlah kos sebenar yang digunakan oleh kontraktor pada bulan tersebut. Melalui

kaedah ini juga, sekiranya kontraktor mendapati ia telah mengalami kerugian, maka

jumlah kerugian tersebut boleh diagihkan dengan seimbang kepada aktiviti-aktiviti

selanjutnya. Walaubagaimana kontraktor perlu berhati-hati kerana tidak semua

aktiviti boleh dipotong atau dikurangkan peruntukannya.

Selain daripada itu, berdasarkan kepada analisis yang telah dibuat, didapati

kebanyakkan kontraktor bersetuju yang mereka menggunakan kaedah untung atau

rugi berasaskan kepada bayaran pada setiap elemen dalam mengawal kos dan

kewangan projek mereka. Ini dapat digambarkan melalui skor min iaitu sebanyak

4.40 skor. Kebayakkan kontraktor menggunakan kaedah ini dalam pengawalan kos

dan kewangan projek pembinaan kerana kaedah ini dapat mengawal kos pada setiap

elemen kerja secara terperinci. Kaedah ini adalah berdasarkan perbandingan jumlah

kos yang dibelanjakan pada setiap elemen dengan jumlah bajet yang diperuntukan

pada setiap elemen (dinding, lantai, pintu, tingkap dan sebagainya). Melalui kaedah

ini, kontraktor dapat mengawal setiap kos yang terlibat dengan lebih berkesan.

Mereka juga dapat mengetahui dengan lebih terperinci pada elemen kerja mana yang

telah mendatangkan kerugian dan keuntungan kepada mereka.

Selain itu, berdasarkan kepada analisis yang dibuat juga menunjukkan yang

kontraktor juga bersetuju yang mereka juga menggunakan kaedah untung atau rugi

berasaskan kepada bayaran pada setiap aktiviti kerja dalam mengawal kos dan

kewangan projek mereka. Ini dapat digambarkan melalui nilai skor min iaitu

sebanyak 3.80 skor. Kebanyakkan kontraktor gemar menggunakan kaedah ini kerana

Setiap kos bagi setiap butiran kerja seperti kerja korekan, kerja konkrit dan lain-lain

adalah dicatatkan secara berasingan. Ini dapat memudahkan kontraktor untuk

mengawal kos projek pembinaan. Jumlah kos bagi setiap butiran kerja ini

dibahagikan dengan jumlah kuantiti sebaik sahaja kerja tersebut disiapkan. Melalui

perbandingan antara kadar unit sebenar yang diperolehi dengan kadar unit yang

dianggarkan, pihak pengurusan projek dapat mengetahui sama ada wujud atau pun

tidak perbezaan antara jumlah kos sebenar yang terlibat dengan perancangan kos.

Page 107: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

85

Sekiranya mengalami kerugian, maka jumlah kerugian tersebut akan diagihkan

dengan seimbang kepada aktiviti-aktiviti selanjutnya.

Selain itu, kontraktor juga bersetuju yang mereka juga menggunakan kaedah

untung atau rugi berasaskan kepada bayaran pada setiap peringkat dalam mengawal

kos dan kewangan projek mereka. Ini dapat digambarkan melalui nilai skor min iaitu

sebanyak 3.76 skor. Kontraktor menyatakan demikian kerana melalui kaedah ini, kos

sebenar yang telah dibelanjakan dalam sesuatu aktiviti dapat diketahui dengan lebih

terperinci pada setiap peringkat pembinaan. Keuntungan atau kerugian pada setiap

peringkat kerja ini boleh diketahui dengan membuat perbandingan antara jumlah

sebenar yang dibayar dengan jumlah kos asal yang telah diperuntukan bagi kerja

berkenaan. Dengan cara ini, pihak pengurusan projek yang bertindak bagi pihak

kontraktor akan dapat membuat analisis terperinci berkaitan dengan masalah yang

wujud sama ada berpunca daripada peringkat perancangan yang tidak teliti seperti

penyiasatan tapak, penyediaan rekabentuk, kesilapan dalam membuat anggaran

belanjawan ataupun disebabkan oleh perubahan harga bahan-bahan binaan

Bagi penggunaan kaedah untung atau rugi keseluruhan dalam mengawal kos

dan kewangan projek, didapati kontraktor hanya sederhana setuju menggunakan

kaedah ini bagi mengawal kos dan kewangan projek mereka. Mereka menyatakan

demikian kerana kaedah ini hanya boleh digunakan apabila sesuatu projek binaan

telah disiapkan dengan berpandukan kepada penyata kira-kira akhir. Oleh yang

demikian, mereka menyatakan pendekatan kaedah ini hanya sesuai dipraktiskan pada

projek yang bersaiz kecil dan melibatkan tempoh masa pembinaan yang singkat

sahaja.

Page 108: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

86

5.3.1.2. Faktor-Faktor Yang Dipertimbangkan Kontraktor Dalam

Menentukan Margin Keuntungan Sesuatu Projek

Untuk terus berada dan bersaing dalam industri pembinaan, kontraktor bukan

sahaja perlu mendapatkan semula nilai wang yang dibelanjakan bagi menyiapkan

sesebuah projek pembinaan, tetapi perlu memperoleh keuntungan dari projek yang

dilakukan itu. Kadar keuntungan bagi setiap kerja yang dilakukan semasa proses

pembinaan adalah ditentukan berdasarkan budi bicara kontraktor itu sendiri.

Berdasarkan kepada kajian literatur yang telah dilakukan, faktor-faktor yang

dipertimbangkan kontraktor dalam menentukan margin keuntungan sesuatu projek

adalah seperti beban kerja semasa bagi melaksanakan projek pembinaan, keadaan

pasaran semasa, tahap persaingan dalam mendapatkan tender, tahap risiko dalam

melaksanakan projek pembinaan, kerumitan projek yang hendak dilaksanakan,

inflasi, jenis projek yang ingin dimasuki dan tempoh penyiapan sesuatu projek.

Soalan ini dikemukakan dalam borang soal selidik adalah untuk

mengenalpasti apakah faktor-faktor yang dipertimbangkan kontraktor dalam

menentukan margin keuntungan sesuatu projek pembinaan.

Page 109: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

87

5.3.1.2.1. Pengiraan Skor Min Bagi Faktor-Faktor Yang Dipertimbangkan

Kontraktor Dalam Menentukan Margin Keuntungan Sesuatu

Projek

Jadual 5.7 : Maklumbalas Responden Mengenai Faktor-Faktor Yang

Dipertimbangkan Kontraktor Dalam Menentukan Margin

Keuntungan Sesuatu Projek

Jadual 5.7 menunjukkan maklum balas responden bagi faktor-faktor yang

dipertimbangkan kontraktor dalam menentukan margin keuntungan sesuatu projek.

Berikut adalah merupakan pengiraan skor min bagi setiap faktor-faktor ini.

Formula Skor Min :

Faktor-Faktor Yang

Dipertimbangkan Kontraktor

Dalam Menentukan Margin

Keuntungan Sesuatu Projek

1 2 3 4 5 Jumlah

Responden

Beban kerja semasa bagi

melaksanakan projek pembinaan - 1 4 15 5 25

Keadaan pasaran semasa - - 4 11 10 25

Tahap persaingan dalam

mendapatkan tender 1 1 4 14 5 25

Tahap risiko dalam melaksanakan

projek pembinaan - - 3 15 7 25

Kerumitan projek yang hendak

dilaksanakan - - 2 16 7 25

Inflasi - - 5 12 8 25

Jenis projek yang ingin dimasuki - - 1 19 5 25

Tempoh penyiapan sesuatu projek - - 4 18 3 25

Skor Min = Jumlah skor

Jumlah Responden

Page 110: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

88

Pengiraan Skor Min :

1. Beban kerja semasa bagi melaksanakan projek pembinaan

= (5x5) + (15x4) + (4x3) + (1x2) / 25 = 3.96

2. Keadaan pasaran semasa.

= (10x5) + (11x4) + (4x3) / 25 = 4.24

3. Tahap persaingan dalam mendapatkan tender.

= (5x5) + (14x4) + (4x3) + (1x2) + (1x1) / 25 = 3.84

4. Tahap risiko dalam melaksanakan projek pembinaan.

= (7x5) + (15x4) + (3x3) / 25 = 4.16

5. Kerumitan projek yang hendak dilaksanakan.

= (7x5) + (16x4) + (2x3) / 25 = 4.20

6. Inflasi.

= (8x5) + (12x4) + (5x3) / 25 = 4.12

7. Jenis projek yang ingin dimasuki.

= (5x5) + (19x4) + (1x3) / 25 = 4.16

8. Tempoh penyiapan sesuatu projek.

= (3x5) + (18x4) + (4x3) / 25 = 3.96

Kesemua nilai min ini dimasukkan ke dalam Jadual 5.8 mengikut keutamaan.

Page 111: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

89

5.3.1.2.2. Analisis Skor Min Bagi Faktor-Faktor Yang Dipertimbangkan

Kontraktor Dalam Menentukan Margin Keuntungan Sesuatu

Projek

Jadual 5.8 : Skor Min Bagi Faktor-Faktor Yang Dipertimbangkan

Kontraktor Dalam Menentukan Margin Keuntungan

Sesuatu Projek

Jadual 5.9 : Skala Indeks Bagi Setiap Kategori

Faktor-Faktor Yang Dipertimbangkan

Kontraktor Dalam Menentukan Margin

Keuntungan Sesuatu Projek

Skor Min (Skor Purata)

Beban kerja semasa bagi melaksanakan projek

pembinaan 3.96

Keadaan pasaran semasa 4.24

Tahap persaingan dalam mendapatkan tender 3.84

Tahap risiko dalam melaksanakan projek

pembinaan 4.16

Kerumitan projek yang hendak dilaksanakan 4.20

Inflasi 4.12

Jenis projek yang ingin dimasuki 4.16

Tempoh penyiapan sesuatu projek 3.96

Skala Kategori Indeks

1 Tidak Setuju 1.00 ≤ Purata Indeks < 1.50

2 Kurang Setuju 1.50 ≤ Purata Indeks < 2.50

3 Sederhana Setuju 2.50 ≤ Purata Indeks < 3.50

4 Setuju 3.50 ≤ Purata Indeks < 4.50

5 Sangat Setuju 4.50 ≤ Purata Indeks ≤ 5.00

Page 112: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

90

Rajah 5.3 : Faktor-Faktor Yang Dipertimbangkan Kontraktor Dalam

Menentukan Margin Keuntungan Sesuatu Projek

Rajah 5.3 dan Jadual 5.8 menunjukkan skor min bagi faktor-faktor yang

dipertimbangkan kontraktor dalam menentukan margin keuntungan sesuatu projek.

Berdasarkan jadual ini, didapati kebanyakan kontraktor bersetuju dengan semua

faktor yang telah dikemukakan. Bagi faktor keadaan pasaran, nilai skor min adalah

sebanyak 4.24 skor. Kontraktor bersetuju yang faktor ini akan dipertimbangkan

semasa menentukan margin keuntungannya sebelum memasuki sesuatu tender

kerana keadaan pasaran merupakan faktor terpenting yang harus diambil kira.

Contohnya sekiranya keadaan pasaran yang lembap yang mana kurangnya projek

pembinaan, mereka terpaksa menurunkan margin keuntungan terhadap sesuatu

projek yang ingin dimasuki supaya lebih konpetitif dan mempunyai daya saing bagi

membolehkan mereka memenangi tender dimasuki. Harga tender yang tinggi akan

menyebabkan kebarangkalian mereka untuk memenangi sesuatu tender tersebut akan

menjadi tipis.

Selain faktor keadaan pasaran semasa, kontraktor juga bersetuju yang

kerumitan projek yang hendak dilakukan juga akan dipertimbangkan oleh mereka

dalam menentukan margin keuntungan projek yang dimasuki. Ini boleh digambarkan

4.24 4.20 4.16 4.16 4.12 3.96 3.96 3.84

Keadaan pasaran semasa

Kerumitan projek yang hendak dilaksanakanTahap risiko dalam melaksanakan projek pembinaanJenis projek yang ingin dimasuki

Inflasi

Beban kerja semasa bagi melaksanakan projek pembinaanTempoh penyiapan sesuatu projekTahap persaingan dalam mendapatkan tender

Setuju Setuju SetujuSetuju Setuju Setuju

SetujuSetuju

Page 113: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

91

melalui nilai skor min sebanyak 4.20 skor. Kontraktor menyatakan demikian kerana

kerumitan sesuatu projek akan memberi kesan kepada tempoh kontrak dan juga kos

pembinaan. Oleh itu, mereka perlu mengambil kira faktor ini ketika menghargakan

tender. Ini bagi mengelakkan mereka dari mengalami kerugian akibat daripada faktor

kerumitan yang dihadapi sepanjang tempoh penyiapan projek.

Selain itu, berdasarkan jadual 5.8 dan rajah 5.3, didapati kebanyakkan

kontraktor juga bersetuju yang tahap risiko dalam melaksanakan projek pembinaan

serta jenis projek yang ingin dimasuki merupakan faktor utama yang

dipertimbangkan dalam menentukan margin keuntungan mereka. Ini dapat

digambarkan melalui nilai skor min sebanyak 4.16. Kontraktor menyatakan yang

sekiranya projek yang ingin dimasuki itu merupakan projek mega iaitu projek yang

berskala besar yang mana ia mengkehendaki kepakaran tertentu daripada kontraktor,

maka mereka akan meningkatkan margin keuntungan bagi projek tersebut. Ini

disebabkan kerana tiada daya saing daripada kontraktor lain untuk memasuki projek

tersebut akibat daripada kekurangan kepakaran. Selain itu, peningkatan margin ini

juga bagi menampung segala risiko yang bakal mereka hadapi semasa melaksanakan

projek tersebut.

.

Didapati juga kebanyakan kontraktor juga bersetuju yang inflasi juga

merupakan faktor yang akan dipertimbangkan semasa menentukan margin

keuntungan sesuatu projek. Ini juga dapat digambarkan melalui nilai skor min

sebanyak 4.12 skor. Seperti yang kita sedia maklum, dalam industri pembinaan, jika

inflasi naik, kos untuk pembinaan juga akan naik disebabkan kenaikkan kos bahan

dan lain-lain lagi. Sekiranya ketika menghargakan tender kontraktor gagal membaca

keadaan pasaran semasa dan akan datang, kontraktor mungkin akan menghadapi

risiko kewangan. Ini kerana, sekiranya kontraktor menghargakan tender mengikut

harga sekarang tanpa melebihkan sedikit harga tersebut bagi menghadapi risiko

peningkatan harga barang pada masa hadapan, kontraktor akan berhadapan dengan

risiko kerugian. Harga yang dikemukan dalam tender adalah tetap dan tidak boleh

diubah. Apabila berlaku kenaikan harga bahan, kontraktor terpaksa menanggung

Page 114: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

92

pertambahan kos tersebut dan ini sekali gus akan mendatangkan risiko kewangan

kepada kontraktor.

Selain itu juga, didapati kebanyakan kontraktor juga bersetuju yang beban

kerja semasa bagi melaksanakan projek serta tempoh penyiapan sesuatu projek

adalah merupakan salah satu faktor yang dipertimbangkan dalam menentukan margin

keuntungan sesuatu projek. Ini dapat digambarkan melalui nilai skor min sebanyak

3.96 skor. Bagi faktor beban kerja semasa, kontraktor menyatakan demikian kerana

beban kerja semasa juga boleh mempengaruhi sedikit sebanyak margin keuntungan

mereka. Sekiranyanya mereka tidak mempunyai kerja dalam tangan atau tidak

mempunyai banyak kerja yang hendak dilakukan dalam pembinaan, mereka mesti

merendahkan harga tendernya supaya lebih konpetitif. Sebaliknya, sekiranya mereka

mempunyai beban kerja semasa yang banyak, mereka akan mengemukakan harga

tender yang mempunyai kurang daya saingan. Bagi faktor tempoh penyiapan pula,

sekiranya projek pembinaan itu terpaksa mengambil tempoh masa yang lama bagi

menyiapkannya, ia akan menyebabkan kos pengurusan dan kos projek meningkat.

Oleh itu, kontraktor perlu meningkatkan margin keuntungannya semasa

menghargakan tender bagi mengelakkannya daripada menanggung kerugian di

kemudian hari.

Bagi faktor yang berkaitan dengan tahap persaingan dalam mendapatkan

tender, kebanyakan kontraktor juga bersetuju dengan faktor ini. Ini dapat

digambarkan melalui nilai skor min iaitu sebanyak 3.84 skor. Kebanyakan kontraktor

bersetuju dengan faktor ini kerana tahap persaingan untuk sesuatu kerja boleh

memberi kesan ke atas harga tender bagi sesebuah syarikat kontraktor. Bagi

sesetengah projek yang mempunyai banyak persaingan, mereka akan mengemukakan

harga tender yang rendah dan kompetitif untuk berjaya. Bagi mendapatkan harga

tender yang rendah, mereka akan mengurangkan margin keuntungannya itu.

Page 115: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

93

5.3.1.3. Strategi Yang Digunakan Bagi Mengurangkan Risiko Kewangan

Projek Pembinaan

Dalam menjalankan sesuatu projek pembinaan, kontraktor sering kali akan

berhadapan dengan risiko kewangan bagi menyiapkan sesuatu projek yang

dimenanginya. Bagi mengurangkan risiko tersebut, kontraktor hendaklah

menggunakan strategi-strategi tertentu.

Berdasarkan kepada kajian literatur yang telah dilakukan, antara strategi-

strategi yang boleh digunakan adalah seperti membangunkan perancangan kerja

secara menyeluruh, memantau dengan teliti perjalanan projek, menguji kawasan

geografi yang baru dengan hanya membina projek yang kecil atau berdasarkan

kepada pelanggan yang sama, mengawasi secara berhati-hati perjalanan projek,

memilih saiz projek berdasarkan kepada saiz syarikat, kewangan dan sumber

manusia yang ada, menyediakan aliran tunai dari bulan ke bulan, mengurus dengan

cermat overhed projek dan membeli kemudahan kredit sebagai satu kontingensi

untuk melindungi aliran tunai negatif yang tidak dijangka

Page 116: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

94

5.3.1.3.1. Pengiraan Skor Min Bagi Strategi Yang Digunakan Bagi

Mengurangkan Risiko Kewangan Projek Pembinaan

Jadual 5.10 : Maklumbalas Responden Mengenai Strategi Yang

Digunakan Bagi Mengurangkan Risiko Kewangan Projek

Pembinaan

Jadual 5.10 menunjukkan tahap persetujuan responden bagi soalan tentang

strategi yang digunakan kontraktor bagi mengurangkan risiko kewangan projek

pembinaan. Berikut adalah merupakan pengiraan skor min bagi setiap strategi ini.

Strategi Yang Digunakan Bagi

Mengurangkan Risiko Kewangan

Projek Pembinaan

1 2 3 4 5 Jumlah

Responden

Membangunkan perancangan kerja

secara menyeluruh - 1 2 12 10 25

Memantau dengan teliti perjalanan

projek - - - 9 16 25

Menguji kawasan geografi yang baru

dengan hanya membina projek yang

kecil atau berdasarkan kepada

pelanggan yang sama

2 5 12 6 - 25

Mengawasi secara berhati-hati

perjalanan projek - - 6 11 8 25

Memilih saiz projek berdasarkan

kepada saiz syarikat, kewangan dan

sumber manusia yang ada

1 3 4 13 4 25

Menyediakan aliran tunai dari bulan

ke bulan - - 5 13 7 25

Mengurus dengan cermat overhed

projek - - 4 15 6 25

Membeli kemudahan kredit sebagai

satu kontingensi untuk melindungi

aliran tunai negatif yang tidak

dijangka

1 - 9 8 7 25

Page 117: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

95

Formula Skor Min :

Pengiraan Skor Min :

1. Membangunkan perancangan kerja secara menyeluruh.

= (10x5) + (12x4) + (2x3) + (1x2) / 25 = 4.24

2. Memantau dengan teliti perjalanan projek

= (16x5) + (9x4) / 25 = 4.64

3. Menguji kawasan geografi yang baru dengan hanya membina projek yang

kecil atau berdasarkan kepada pelanggan yang sama.

= (6x4) + (12x3) + (5x2) + (2x1) / 25 = 2.88

4. Mengawasi secara berhati-hati perjalanan projek

= (8x5) + (11x4) + (6x3) / 25 = 4.08

5. Memilih saiz projek berdasarkan kepada saiz syarikat, kewangan dan

sumber manusia yang ada.

= (4x5) + (13x4) + (4x3) + (1x2) + (3x1) / 25 = 3.56

6. Menyediakan aliran tunai dari bulan ke bulan.

= (7x5) + (13x4) + (5x3) / 25 = 4.08

7. Mengurus dengan cermat overhed projek.

= (6x5) + (15x4) + (4x3) / 25 = 4.08

8. Membeli kemudahan kredit sebagai satu kontingensi untuk melindungi

aliran tunai negatif yang tidak dijangka.

= (7x5) + (8x4) + (9x3) + (1x1) / 25 = 3.80

Kesemua nilai min ini dimasukkan ke dalam Jadual 5.11 mengikut

keutamaan.

Skor Min = Jumlah skor

Jumlah Responden

Page 118: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

96

5.3.1.3.2. Analisis Skor Min Bagi Strategi Yang Digunakan Bagi

Mengurangkan Risiko Kewangan Projek Pembinaan

Jadual 5.11 : Skor Min Bagi Strategi Yang Digunakan Bagi

Mengurangkan Risiko Kewangan Projek

Pembinaan

Jadual 5.12 : Skala Indeks Bagi Setiap Kategori

Strategi Yang Digunakan Bagi

Mengurangkan Risiko Kewangan Projek

Pembinaan

Skor Min (Skor Purata)

Membangunkan perancangan kerja secara

menyeluruh 4.24

Memantau dengan teliti perjalanan projek 4.64

Menguji kawasan geografi yang baru dengan

hanya membina projek yang kecil atau

berdasarkan kepada pelanggan yang sama

2.88

Mengawasi secara berhati-hati perjalanan

projek 4.08

Memilih saiz projek berdasarkan kepada saiz

syarikat, kewangan dan sumber manusia yang

ada

3.56

Menyediakan aliran tunai dari bulan ke bulan 4.08

Mengurus dengan cermat overhed projek 4.08

Membeli kemudahan kredit sebagai satu

kontingensi untuk melindungi aliran tunai

negatif yang tidak dijangka 3.80

Skala Kategori Indeks

1 Tidak Setuju 1.00 ≤ Purata Indeks < 1.50

2 Kurang Setuju 1.50 ≤ Purata Indeks < 2.50

3 Sederhana Setuju 2.50 ≤ Purata Indeks < 3.50

4 Setuju 3.50 ≤ Purata Indeks < 4.50

5 Sangat Setuju 4.50 ≤ Purata Indeks ≤ 5.00

Page 119: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

97

Rajah 5.4 : Strategi Yang Digunakan Bagi Strategi

Mengurangkan Risiko Kewangan Projek

Pembinaan

Rajah 5.4 dan Jadual 5.11 menunjukkan skor min bagi strategi yang

digunakan bagi mengurangkan risiko kewangan projek pembinaan. Didapati

kebanyakan kontraktor sangat bersetuju yang strategi memantau dengan teliti

perjalanan projek merupakan strategi yang berkesan bagi mengurangkan risiko

kewangan projek pembinaan. Ia dapat digambarkan melalui nilai skor min sebanyak

4.64 skor. Kontraktor menyatakan demikian kerana, kegagalan mereka dalam

mamantau perjalanan projek boleh menyebabkan berlakunya kelewatan dalam

tempoh penyiapan projek. Akibat daripada kelewatan dalam penyiapan projek ini

akan menyebabkan pihak kontraktor dikenakan denda. Selain itu, pihak kontraktor

juga akan terpaksa menanggung kos projek yang semakin meningkat akibat daripada

kelewatan ini. Ini sekaligus boleh menyebabkan kontraktor mengalami risiko

kewangan dalam usahanya untuk menyiapkan sesuatu projek pembinaan itu. Oleh

4.64

0

4.24 4.08 4.083.80

3.56

2.88

Menguji kawasan geografi yang baru dengan hanya membina projek yang kecil atau berdasarkan kepada pelanggan yang samaMemilih saiz projek berdasarkan kepada saiz syarikat, kewangan dan sumber manusia yang ada

Membeli kemudahan kredit sebagai satu kontingensi untuk melindungi aliran tunai negatif yang tidak dijangka

Mengurus dengan cermat overhed projek

Menyediakan aliran tunai dari bulan ke bulan

Membangunkan perancangan kerja secara menyeluruh

Memantau dengan teliti perjalanan projek

SangatSetuju

Setuju Setuju

SetujuSetuju

Sederhana Setuju

Setuju

Page 120: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

98

itu, pemantauan dengan teliti perjalanan projek adalah diperlukan bagi mengatasi

masalah ini.

Selain itu, berdasarkan rajah 5.4, didapati kontraktor bersetuju yang strategi

membangunkan perancangan kerja secara menyeluruh juga merupakan salah satu

strategi yang berkesan dalam mengurangkan risiko kewangan projek pembinaan. Ini

juga dapat digambarkan melalui nilai skor min sebanyak 4.24 skor. Kontraktor

bersetuju dengan strategi ini kerana, melalui perancangan kerja yang rapi dan secara

menyeluruh, ia dapat bertindak sebagai alat untuk menilai kemajuan terkini dalam

sesuatu projek. Ini sekali gus dapat membantu kontraktor untuk mengurangkan risiko

kewangan mereka semasa menjalankan kerja-kerja pembinaan.

Selain itu juga, berdasarkan rajah 5.4 juga didapati, bagi strategi

menyediakan aliran tunai dari bulan ke bulan dan strategi menguruskan dengan

cermat overhed projek, kontraktor juga menyatakan setuju yang strategi ini dapat

mengurangkan risiko kewangan projek pembinaan. Ini dapat digambarkan melalui

nilai skor min sebanyak 4.08. Bagi strategi menyediakan aliran tunai dari bulan ke

bulan, kontraktor menyatakan demikian kerana dalam kebanyakan kes, kerja

pembinaan pada mulanya akan dibiayai oleh syarikat pembinaan itu sendiri, dan

kemudian bil serta invois yang berkaitan dengan kerja yang telah dilakukan akan

diserahkan kepada pemilik projek untuk proses pembayaran balik. Permintaan untuk

pembayaran balik ini selalunya dilakukan pada setiap bulan. Oleh itu, strategi

menyediakan aliran tunai dari bulan ke bulan adalah sangat penting. Bagi strategi

menguruskan dengan cermat overhed projek pula, kontraktor juga menyatakan setuju

kerana dengan menguruskan dengan cermat overhed projek ia dapat mengelak dari

berlakunya pembembaziran semasa menguruskan projek. Setiap projek yang

dilakukan perlu ditetapkan bajet overhed dan bajet overhed projek perlu ditentukan

sebaik mungkin berdasarkan apa yang dianggap sebagai munasabah bagi setiap

bilangan kerja yang dilakukan. Jika bilangan kerja berkurangan, belanjawan overhed

perlu dikurangkan dengan sepatutnya supaya syarikat tidak mengalami masalah

kewangan disebabkan pendapatan-pendapatan syarikat tidak cukup untuk „cover‟

kos-kos overhed.

Page 121: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

99

Selain daripada itu, kontraktor juga menyatakan setuju terhadap strategi

membeli kemudahan kredit sebagai satu kontingensi untuk melindungi aliran tunai

negatif yang tidak dijangka sebagai salah satu strategi untuk mengurangkan risiko

kewangan projek. Ini dapat digambarkan melalui nilai skor min iaitu sebanyak 3.80

skor. Kontraktor menyatakan demikian kerana, dengan membeli kemudahan kredit

ini, ia dapat membantu kontraktor untuk membeli bahan secara hutang walaupun

kontraktor tidak mempunyai duit untuk sementara waktu. Fungsi kemudahan kredit

ini adalah lebih kurang sebagaimana kad kredit, perbelanjaan yang dibuat dicas

kepada kemudahan kredit apabila diperlukan, dan jumlah kredit dapat dibayar balik

sebaik sahaja pendapatan diterima.

Selain daripada itu juga, kontraktor juga menyatakan setuju yang strategi

memilih saiz projek berdasarkan kepada saiz syarikat, kewangan dan sumber

manusia yang ada juga merupakan salah satu strategi yang boleh digunaakn bagi

mengurangkan risiko kewangan projek pembinaan. Ini dapat di gambarkan dengan

nilai skor min iaitu sebanyak 3.56 skor. Kontraktor menyatakan demikian kerana

sekiranya sesebuah kontraktor tersebut memilih saiz projek yang lebih besar daripada

kemampuan mereka, ia akan mendatangkan risiko kewangan kepada kontraktor

tersebut. Ini kerana, setiap projek yang berskala besar memerlukan sumber

kewangan yang banyak bagi melaksanakan setiap kerja-kerja tersebut. Bagi

kontraktor yang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi, ia boleh

mendatangkan risiko kewang terhadap projek tersebut. Oleh itu, .kontraktor perlu

memilih saiz projek berdasarkan kepada saiz syarikat, kewangan dan sumber

manusia yang ada bagi mengurangkan mereka dari menghadapi risiko kewangan

projek di kemudian hari.

Bagi strategi menguji kawasan geografi yang baru dengan hanya membina

projek yang kecil atau berdasarkan kepada pelanggan yang sama, didapati

kebanyakan kontraktor hanya menyatakan sederhana setuju terhadap straregi ini. Ini

dapat digambarkan melalui nilai skor min iaitu sebanyak 2.88 skor. Kontraktor

menyatakan sederhana setuju kerana strategi ini mungkin lebih berisiko kepada

sumber kewangan mereka. Ini kerana, menjalankan kerja-kerja pembinaan di

Page 122: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

100

kawasan baru akan mengundang pelbagai risiko bagi sesebuah firma kontraktor.

Mereka tidak mengetahui tentang perihal pembekal yang kompeten, subkontraktor

dan sebagainya. Oleh itu, mereka akan terdedah kepada risiko kewangan yang lebih

tinggi disebabkan faktor ini.

5.4. Kesimpulan

Secara keseluruhannya, bab ini telah menerangkan tentang analisis yang

dibuat ke atas data yang telah diperolehi. Melalui analisis yang telah dilakukan ini,

secara tidak langsung ia dapat memberi gambaran yang jelas terhadap isu yang

dikaji.

Page 123: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

BAB 6 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Page 124: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

BAB 6

KESIMPULAN DAN CADANGAN

6.1. Pengenalan

Bab ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian ini. Kesimpulan yang akan

dibuat pada bab ini akan merangkumi keseluruhan kajian yang telah dijalankan.

Selain itu turut dibincangkan dalam bab ini adalah berkaitan dengan masalah yang

dihadapi sepanjang kajian dijalankan serta cadangan kajian lanjutan untuk

penyelidikan seterusnya.

6.2. Penemuan Kajian

Berikut adalah penemuan yang diperoleh hasil daripada penyelidikan yang

telah dilakukan:

Page 125: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

102

6.2.1. Keadah Pengawalan Kos Dan Kewangan Yang Digunakan Kontraktor

Dalam Projek Pembinaan

Kajian ini mendapati bagi mengawal kos projek pembinaan, kebanyakan

kontraktor menggunakan kaedah untung atau rugi berasaskan kepada bayaran pada

setiap bulan. Kebanyakan kontraktor menggunaankan kaedah ini kerana ia lebih

memudahkan mereka untuk mengawal kos dan kewangan projek yang mereka

lakukan. Selain itu, kontraktor juga menggunakan kaedah untung atau rugi

berasaskan kepada bayaran pada setiap elemen bagi mengawal kos projek

pembinaan. Kebayakkan kontraktor menggunakan kaedah ini dalam pengawalan kos

dan kewangan projek pembinaan kerana melalui kaedah ini, kontraktor dapat

mengawal setiap kos yang terlibat dengan lebih berkesan. Mereka juga dapat

mengetahui dengan lebih terperinci pada elemen kerja manakah yang telah

mendatangkan kerugian dan keuntungan kepada mereka. Selain itu, antara kaedah-

kaedah lain yang digunakan kontraktor dalam mengawal kos dan kewangan projek

pembinaan adalah kaedah untung atau rugi berasaskan kepada bayaran pada setiap

aktiviti kerja, kaedah untung atau rugi berasaskan kepada bayaran pada setiap

peringkat dan kaedah untung atau rugi keseluruhan.

6.2.2. Faktor-Faktor Yang Dipertimbangkan Kontraktor Dalam Menentukan

Margin Keuntungan Sesuatu Projek

Melalui kajian ini juga, didapati dalam menentukan margin keuntungan

sesuatu projek, kebanyakkan kontraktor mempertimbangkan faktor-faktor seperti

keadaan pasaran semasa, kerumitan projek, tahap risiko projek, jenis projek, inflasi,

beban kerja semasa, tempoh penyiapan dan tahap persaingan dalam mendapatkan

tender. Bagi faktor keadaan pasaran semasa, kontraktor mempertimbangkan faktor

ini kerana sekiranya dalam industri pembinaan berlaku kekurangan dalam pembinaan

projek-projek baru, kontraktor akan menurunkan margin keuntungan mereka supaya

Page 126: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

103

kekal kompetitif dan berdaya saing. Ini bagi membolehkan mereka untuk berpeluang

memenangi tender yang hendak dimasuki. Manakala bagi faktor kerumitan projek

pula, sekiranya sesuatu projek itu rumit dan sukar untuk dilakukan, kontraktor akan

menaikkan margin keuntungannya. Ini bagi menampung segala risiko yang mungkin

akan berlaku semasa dan selepas siap projek yang dilakukan.

Bagi faktor tahap risiko dalam melaksanakan projek pembinaan serta jenis

projek yang ingin dimasuki pula, kontraktor menyatakan kerana sekiranya projek

yang ingin dimasuki itu merupakan projek mega iaitu projek yang berskala besar,

tahap risiko projek ini juga akan tinggi. Oleh itu, mereka terpaksa mengambil kira

faktor ini ketika menentukan margin keuntungan bagi menghadapi segala risiko yang

bakal mereka hadapi semasa melaksanakan projek tersebut. Bagi faktor inflasi pula,

seperti yang sedia maklum kos bahan binaan akan sentiasa meningkat pada setiap

tahun akibat daripada berlakunya inflasi terhadap bahan-bahan binaan. Oleh itu

kontraktor akan mempertimbangkan faktor ini semasa mereka menentukan margin

keuntungan sesuatu projek bagi mengelakkan mereka daripada mengalami kerugian

akibat daripada pertambahan kos bahan pembinaan.

Selain itu bagi faktor beban kerja semasa, kontraktor menyatakan

sekiranyanya mereka tidak mempunyai kerja dalam tangan atau tidak mempunyai

banyak kerja yang hendak dilakukan dalam pembinaan, mereka akan merendahkan

harga tendernya supaya lebih konpetitif. Sebaliknya, sekiranya mereka mempunyai

beban kerja semasa yang banyak, mereka akan mengemukakan harga tender yang

mempunyai kurang daya saingan. Bagi faktor tempoh penyiapan pula, kontraktor

menyatakan sekiranya projek pembinaan itu mengambil tempoh masa yang lama

untuk menyiapkannya, mereka akan meningkatkan harga projek termasuk margin

keuntungan mereka terhadap projek ini semasa menghargakan tender. Ini bagi

menampung segala pertambahan kos projek dan juga mengelakkan mereka daripada

menanggung kerugian di kemudian hari. Selain itu, bagi faktor yang berkaitan

dengan tahap persaingan dalam mendapatkan tender, kontraktor menyatakan

sekiranya sesuatu projek yang ingin dimasuki mempunyai banyak persaingan iaitu

terdapat banyak kontraktor yang ingin memasuki sesuatu projek tersebut, mereka

Page 127: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

104

akan mengemukakan harga tender yang rendah dan kompetitif untuk berjaya. Oleh

itu mereka akan mengurangkan margin keuntungan bagi projek tersebut supaya

peratusan mereka untuk memenangi projek tersebut adalah tinggi.

6.2.3. Strategi Yang Digunakan Bagi Mengurangkan Risiko Kewangan Projek

Pembinaan

Melalui kajian ini juga, didapati bagi mengurangkan risiko kewangan sesuatu

projek pembinaan, kontraktor akan memantau dengan teliti setiap perjalanan projek.

Kontraktor menyatakan demikian kerana kegagalan dalam mamantau perjalanan

projek boleh menyebabkan berlakunya kelewatan dalam tempoh penyiapan projek

dan ini sekali gus akan meningkatkan kos operasi projek disebabkan pertambahan

hari bagi menyiapkan projek tersebut. Ini akan mendedahkan kontraktor kepada

risiko kewangan. Selain itu, kontraktor juga menggunakan strategi dan kaedah

seperti membangunkan perancangan kerja yang sistematik, menyediakan aliran tunai

dari bulan ke bulan, mengurus overhed dengan cermat, membeli kemudahan kredit

untuk melindungi aliran tunai negatif dan memilih saiz projek berdasarkan saiz

syarikat bagi mengurangkan risiko kewangan dalam projek pembinaan.

6.3. Masalah Yang Dihadapi Semasa Melakukan Penyelidikan

Sepanjang penyelidikan ini dijalankan, terdapat beberapa kesulitan yang

dihadapi khususnya di peringkat pengumpulan data dan maklumat. Antara kesulitan

tersebut ialah berkaitan dengan pengumpulan data sekunder daripada responden

melalui pengedaran borang soal selidik di mana borang yang telah diposkan

kebanyakannya tidak dipulangkan semula. Selain itu, semasa proses penghantaran

Page 128: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

105

sendiri borang soal selidik di beberapa buah pejabat syarikat kontraktor yang terlibat,

didapati terdapat alamat yang diberikan merupakan alamat palsu kerana semasa

alamat itu dijejaki terdapat syarikat lain yang mendiami alamat itu. Selain itu,

terdapat juga kontraktor yang telah bertukar alamat pejabat mereka ke negeri lain. Ini

menyukarkan lagi proses pengedaran borang soal selidik untuk dilakukan. Selain itu,

terdapat juga pihak kontraktor yang tidak mahu untuk memberi kerjasama untuk

menjawab borang soal selidik yang dikemukan semasa proses pengumpulan data ini.

6.4. Cadangan Penyelidikan Lanjutan

Daripada kajian yang telah dijalankan ini, terdapat beberapa isu yang boleh

dijadikan kajian lanjutan pada masa akan datang iaitu:

1. Mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan kontraktor gagal untuk

memenangi sesuatu tender.

2. Mengenalpasti teknik-teknik yang digunakan kontraktor dalam menguruskan

bajet sesuatu projek.

6.5 Kesimpulan

Bab ini adalah membincangkan tentang hasil penemuan yang diperolehi

daripada kajian yang telah dilakukan. Diharapkan melalui penyelidikan ini, ia dapat

memberi maklumat yang berguna kepada kontraktor-kontraktor baru yang ingin

menceburi bidang ini supaya mereka dapat menguruskan kos dan kewangan projek

pembinaan yang telah dimenangi dengan lebih berkesan. Diharapkan juga, melalui

Page 129: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

106

kajian ini ia dapat memberi maklumat tambahan kepada kontraktor sedia ada bagi

memantapkan lagi sistem pengurusan kewangan mereka supaya mereka dapat terus

bertahan dan bersaing dalam industri pembinaan ini.

Page 130: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

RUJUKAN

Page 131: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

107

RUJUKAN

Abdul Hakim Mohammed (1995). Anggaran Kos Kerja Pembinaan. Kursus Pendek

Untuk Kontraktor Bumiputera. Skudai: UTM

Ahamad abdullah (2006). Anggaran Kos Kerja Bangunan. Edisi Kedua. Petaling

Jaya: Prentice Hall.

Ahmad Atory Hussain (2004). Penghantar Statistik: Pendekatan Memahami Statistik

Penyelidikan Untuk Golongan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Utusan

Publications and Distributors Sdn Bhd.

Ali Boerhannoeddin, Rozita Arshad dan Osman Rasip (2004). Pengantar

Pentadbiran Kewangan Dalam Sektor Awam. Kuala Lumpur: Thomson Asia

Sdn Bhd.

Azami bin Ali (1986). Pengurusan Kewangan Pembinaan oleh Kontraktor Kelas C.

Universiti Teknologi Malaysia: Thesis Projek Sarjana Muda.

Barrow, C. (2005). Financial Management for the Small Business. 6th ed. London

and Philadelphia: Kogan Page.

Bernama ( 2 Februari 2010). Kontraktor 45 projek „sakit‟ Kementerian Pelajaran

diberi Ingatan.

Bernama (24 Oktober 2005). Kontraktor Diminta Kemuka Tuntutan Kepada

Kementerian Kewangan.

Berny, J. (1987). Project Management Control Using Growth Curve Models Applied

to Planning, Monitoring and Forecasting within the Construction Industry.

International Journal of Construction Management and Technology.

Brewer, J. Hunter, A. (2006). Foundations of Multimethod Research: Synthesizing

Styles. California. Sage Publications.

Cacha, C.A. (1997). Research Design and Statistics for the Safety and Health

Professional. New York: Van Nostrand Reinhold.

Page 132: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

108

Callixtus Tamin (2005). Factors Affecting the 'S‟ Curve in Project Monitoring.

Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Chris, M. ( 2009). Finance And Contro For Construction. New York: Taylor &

Francis.

Chua, Yan Piaw (2006). Asas Statistik Penyelidikan: Kaedah dan Statistik

Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill.

CIDB News (5 Jun 2005). “Prestasi Industri Pembinaan dan Prospek.

Clough, R.H., (1975). Construction Contracting. 3rd Ed. Toronto: John Wiley &

Sons.

Cooke, B. and Brian, W. (1979). Cost and Financial Control for Construction Firms.

London: MacMillan Press Ltd.

Courtney, W. (1984). Techniques of Research. Oregon: Oregon State University.

Creswell, J.W. (2005). Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating

Quantative and Qualitative Research. 2nd. ed. New Jersey: Pearson Prentice

Hall.

Darlow, C. (1988). Valuation And Development Appraisal. 2nd

Edition. United

Kingdom: Estates Gazette.

Dewan Bahasa & Pustaka (2002). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa & Pustaka.

Dubin, R. (1978). Theory Building. New York: Free Press.

Ebi Shahrin Suleiman (2003). Prinsip Pengurusan. Kuala Lumpur : McGrow-Hill

(Malaysia) Sdn. Bhd.

Fauzidah Zainal Abidin, Nasruddin Zainudin, Faizah Ismail, dan Nurwati Asyikin

Ahmad Zaluki (2001). Prinsip Pengurusan Kewangan. 2nd.Ed. Malaysia:

Prentice Hall.

Fellows, R. dan Liu, A. (2003). Research Methods for Construction. 2nd. ed.

London: Blackwell Science.

Fraenkel, J.R. dan Wallen, N.E. (2006). How to Design and Evaluate Research in

Education. 6th. ed. New York: McGraw-Hill.

Garden, G.W. and Creese, R.C., (2000). Cash Flow Analysis in Construction

Projects. AACE International Transactions, RISK.02.

Gibson, E.J (1979). Developments In Building Maintenance. London : Applied

Science Publishers Ltd.

Page 133: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

109

Glendon, A.I., Clarke, S.G., dan McKenna, E.F. (2006). Human Safety and Risk

Management. 2nd. ed. London: Taylor & Francis.

Groves, R.M., Fowler, F.J., Jr., Couper, M.P., Lepkowski, J.M., Singer, E., dan

Tourangean, R. (2004). Survey Methodology. New Jersey: John Wiley &

Sons.

Holmes, A., (2004). Smart Risk. London: Capstone Publishing Limited.

Hayes, R., Perry, J. And Thompson, J..(1986). Management in Engineering

Construction: A Guide To Project Risk Analysis and Risk Management.

London : Thomas Telford.

Hore, A. V., Kehoe, J. G., Mcmullan, R., Penton, M. R. (1997). Construction 1,

Management finance Measurement. London: Macmillan Press Ltd.

Ismail Ibrahim (1988). Kewangan Syarikat: Panduan Menilai dan Mengawal

Prestasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ismail Wahab, Dahlan Ibrahim dan Faridah Ahmad (2002). Rancangan Kewangan

Perniagaan Kecil & Sederhana. Petaling Jaya: Prentice Hall.

Jaafar Bin Muhamad (2003). Asas Pengurusan. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn.

Bhd.

Jick, T'D. (1983). Mixing Qualitative and Quantitative Methods: Triangulation in

Action. In Maanen, I.Y. Qualitative Methodology. Beverly Hill, California:

Sage Publications. 135-148.

Kaka, A. (1996). Construction Management & Economics. 2nd Edition. Liverpool:

Liverpool University.

Kamaruddin Md. Ali (1993). Tender dan Kontrak Pembinaan: Penyediaan &

Pengendalian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kenley, R. dan Wilson, O.D. (1989). A Construction Net Cash Flow Model.

Construction Management And Economic. 3-18.

Ken Yeang (1986). Project Management In Relation To Design And Cost Control..

Kuala Lumpur : Seminar On Project And Site Management

Khairuddin Abdul Rashid, (2002). Construction Procurement in Malaysia

(Processes and System). Kuala Lumpur: UIAM.

Kirkpatrick, L.A. dan Feeney, B.C (2006). A Simple Guide to SPSS for Window; For

Version I2.0 and 13.0. 7th. ed. Belmont: Thompson Wadsworth.

Page 134: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

110

Kumaraswamy M.M., dan Palaneeswaran, E. (1998). Contractor Selection for

Design/Build Project. Journal of Construction Engineering and Management

2000; 126 No.5 : 331-339. Hong Kong: ASCE.

Langford, D. dan Steven, M. (2001). Strategic Management In Construction. Edisi

Kedua. Oxford: Blackwell Science.

Lewis, P.S., Goodman, S.H., Fandant, P.M. (2004). Management Challenges In The

21st Century. 3

rd Edition. South Western : South Western College.

Lim, E.C dan Alum, J. (1995). Construction Productivity: Issue Encountered by

Contractors in Singapore. International Journal of Project Management.

13(1): 51- 58.

Loh Lan (2002). Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah. Kuala Lumpur: Edusystem Sdn Bhd

Marshall, C. dan Rossman, G.B. (2006). Designing Qualitative Research. 4th ed.

London: Sage Publications.

Martin Betts dan John Gunner (1993). Financial Management of Construction

Projects: Cases and Theory in the Pacific Rim. Singapore: Longman.

Mason, I. (1996). Qualitative Researching. London: Sage publications.

Maxwell, J.A. (1996). Qualitative Research Design: An Interactive Approach.

London: Sage Publications.

Md.Shamir Bin Mohd Redzwan (1992). “Strategi Perniagaan Kontraktor

Bumiputera Kelas C dalam Industri Binaan”. Universiti Teknologi Malaysia:

Sarjana Muda Ukur Bahan.

Melati Ahmad Anuar, Suresh Ramakrishnan, Mohd Effandi Yusoff, Mohd Norfian

Alifiah (2007). Pengurusan Kewangan. Skudai: FPPSM UTM

Merna, T. And Njiru, C. (2002). Construction Management Series, Financing

Infrastucture Projects. London: Thomas Telford Publishing.

Mohamed Dahlan Ibrahim (2002). Pengurusan Kewangan Perniagaan Kecil &

Sederhana. Petaling Jaya: Prentice Hall.

Mohammad Fauzi (2008). Pengurusan: Definisi, sejarah dan konsep sivil.

http://uniprof.wordpress.com/2008/01/07/pengurusandefinisi-sejarah-dan-

konsep-siri-1/. Dicapai pada 12/2/2011.

Mohd Yahya Mat Sahri (2002). Panduan Kontraktor Binaan Malaysia. Kuala

Lumpur: YSP Management & Training Sdn Bhd.

Page 135: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

111

Mohd. Azmi Abd Ghani (1992). Ramalan Profil Aliran Tunai dan Lengkung 'S'

untuk Projek Pembinaan Malaysia. Skudai: FSKSM Universiti Teknologi

Malaysia.

Muhd. Zaimi Abdul Majid, dan McCaffer, R. (1998). Factors of Non-Excusable

Delays That Influence Contractors' Performance. Journal of Management in

Engineering, ASCE. 14(3): 42-49.

Naoum, S. (2007). Dissertation Research & Writing for Construction Students. 2td

ed. Oxford : Butterworth-Heinemann.

Neuman, W.L. (2006). Social Research Methods: Qualitative and Quantitative

Approaches. 6th. ed. Boston: Pearson.

Noorjaya Mohd & Osman Mohamad (2000). Pengurusan Perniagaan: Konsep,

Strategi & Operasi. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill.

Omar Osman (2006). Pengurusan Pembinaan: Konsep, Strategi dan Aplikasi. Pulau

Pinang: USM

Peterson, S.J. (2005). Construction Accounting and Financial Management. New

Jersey: Prentice Hall.

Perry, J. And Hayes, R. (1985). Construction Projects- Know The Risks. CME

February 1985.

Pilateris, P. dan McCabe, B. (2003). Contractor Financial Evaluation Model

(CFEM). Canadian Journal of Civil Engineering, 30:3 487-499.

Pillcher, R. (1985). Project Cost Control In Construction. Collins Professional and

Technical Books, m.s 251.

Prabir Das (1992). Perakaunan Kos. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Punmia, P.C. and khandelwal, K.K. (1985). Project Planning And Control With

CPM And Pert: Laxmi Publications.

Ramus, J. W. (1996). Contract Practice for Surveyors. 3rd edition. Oxford: Laxton's

Rea, L.M. dan Parker, R.A. (2005). Designing and Conducting Survey Research; A

Comprehensive Guide. 3rd. ed. San Francisco: Jossey-Bass.

Robbins, S.P. and Decenzo, D.A. (2004). Fundamentals Of Management. New

Jersey: Pearson Prentice Hall.

Rohana Yusof (2004). Penyelidikan Sains Sosial. Bentong: PTS Publications &

Distributors.

Rue, L.W. dan Byars, L.L. (2000). Management: Skills and Application, edisi

kesembilan. Bostons : McGraw-Hill.

Page 136: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

112

Salkind, N.J. (2003). Exploring Research.5th ed. New Jersey: Pearson Prentice Hall.

Schaufelberger, J. (2009). Construction Business Management. New Jersey:

Prentice Hall.

Schleifer, T. C. (1990). Construction Contractors‟ Survival Guide. Canada: John

Wiley & Sons, Inc.

Scott, D. (1995). Project Management. Seminar On Project Management. Skudai:

UTM.

Shardy Abdullah (2006). Penambahbaikan Organisasi Bahagian Pengurusan Harta

Tanah Pihak Berkuasa Tempatan. Tesis Ph.D. Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai.

Stewart, N., Chater. N., dan Brown, G.D.A. (2006). Decision by Sampling. Cognitive

Psychology. 53 (I): I -26.

Sulaiman Ngah Razali (1996). Analisis Data Dalam Penyelidikan Pendidikan. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tan, Siew Lian (2008). Prinsip Perakaunan. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn Bhd.

Upson, A. (1987). Financial Management for Contractors. London: BSP.

Utusan Malaysia (31 Januari 2010). Notis amaran kepada kontraktor Plaza Rakyat.

Walters, H.A. (1995). Statistical Tools of Safety Management. New York: Van

Nostrand Reinhold.

Westland, M., Grimshaw, J., Maitland, J., Campbell., Ledingham. dan Mcleod, E.

(1996). Understanding Practice Management: A Qualitative Study in General

Practice. Journal of management in Medicine. l0(5): 29-37.

Whitehead, P. dan Whitehead, G. (1992). Statistics for Business: Art introduction.

2nd

ed. London: Pitman publishing.

Wiersma, W. dan Jurs, S.G. (2005). Research Methods in Education: An

Introduction. 8th. ed. Boston: Allyn & Bacon.

William, E. C. And William, J. P. (1989). Construction Accounting & Financial

Management. United States of America: McGraw-Hill, Inc.

Wong, Toon Quee (1999). Marketing Research. 3rd. ed. Singapura: Heinemann.

Zikmund, W.G. (2003). Business Research Methods. 7th. ed. Ohio: Thomson South-

Western.

Page 137: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

LAMPIRAN

Page 138: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

LAMPIRAN A

Page 139: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

113

BIL :

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

81310 SKUDAI, JOHOR DARUL TAKZIM.

SULIT

BORANG SOAL SELIDIK

SARJANA PENGURUSAN PEMBINAAN

TAJUK PENYELIDIKAN

PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN

OLEH KONTRAKTOR

OBJEKTIF KAJIAN :

1. Untuk mengenalpasti kaedah-kaedah pengawalan kos yang digunakan

kontraktor dalam projek pembinan.

2. Untuk mengenalpasti faktor-faktor yang dipertimbangkan kontraktor dalam

menentukan margin keuntungan projek pembinaan.

3. Untuk mengenalpasti strategi yang digunakan oleh kontraktor bagi

mengurangkan risiko kewangan projek pembinaan.

NAMA PENYELIDIK : MOHAMAD SOFIUDDIN BIN ABDUL RAHMAN

KURSUS : SARJANA SAINS PENGURUSAN PEMBINAAN

NO. K/P : 870416-02-5615

NO. MATRIK : MA101051

SEMUA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN AKAN DIRAHSIAKAN DAN

DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN PROJEK AKADEMIK SAHAJA

Page 140: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

114

BAHAGIAN A : MAKLUMAT KONTRAKTOR Tujuan : Bahagian ini bertujuan untuk mengetahui latar belakang firma-firma kontraktor yang melakukan kerja-kerja pembinaan. 1. Nama Responden : ________________________________________

2. Jawatan Responden : ________________________________________

3. Nama Syarikat : ________________________________________

4. Kelas Kontraktor : ________________________________________

5. Alamat Syarikat : ________________________________________

________________________________________

________________________________________

6. Telefon : ________________________________________

7. Fax : ________________________________________

8.Tandatangan & Cop Syarikat : ________________________________________

Page 141: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

115

Bahagian B

Arahan : Sila tandakan ( / ) di petak yang berkenaan dan berikan jawapan di ruang yang disediakan

San

gat

fah

am

Fah

am

Sed

erh

ana

fah

am

K

ura

ng

fah

am

Ti

dak

fa

ham

Tahap kefahaman tentang pengurusan kos dan kewangan

syarikat

San

gat

setu

ju

Set

uju

Sed

erh

ana

setu

ju

K

ura

ng

setu

ju

Ti

dak

se

tuju

Apakah alat yang digunakan untuk mengawal kos

projek pembinaan?

a. Carta Bar

b. 'Milestone Chart

c. Laluan Genting/Kritikal

d. Penggunaan Software (HTPM,Microsoft Project and

etc.

Apakah kaedah yaang digunakan untuk mengawal kos

projek pembinaan?

a. Kaedah Untung Atau Rugi Berasakan Kepada

Bayaran Pada Setiap Peringkat

b. Kaedah Untung Atau Rugi Berasakan Kepada

Bayaran Pada Setiap Penyiapan Elemen

c. Kaedah Untung Atau Rugi Berasakan Kepada

Bayaran Selepas Penyiapan Projek

d. Kaedah Untung Atau Rugi Berasakan Kepada

Bayaran Pada Setiap Bulan

e. Kaedah Untung Atau Rugi Berasakan Kepada

Bayaran Pada Setiap Kerja Yang Disiapkan

Page 142: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

116

Arahan : Sila tandakan ( / ) di petak yang berkenaan dan berikan jawapan di ruang yang disediakan

San

gat

setu

ju

Se

tuju

Sed

erh

ana

setu

ju

K

ura

ng

setu

ju

Ti

dak

se

tuju

Dalam menjalankan kerja-kerja pembinaan,apakah

kaedah yang digunakan bagi mendapatkan maklumat kos

pembinaan?

a. Dari anggaran awal yang disediakan oleh

juruukur bahan

b. Dari anggaran kuantiti kasar yang disediakan oleh

juruukur bahan

c. Dari data kos senarai bahan yang telah digunakan

d. Dari analisis kos daripada projek yang telah disiapkan

e. Dari jadual kadar harga yang disediakan oleh Jabatan

Kerja Raya (JKR)

f. Dari harga purata sekaki persegi yang disediakan oleh

Jabatan Kerja Raya (JKR)

Berapakah skala margin yang selalu digunakan bagi

menetapkan keuntungan sesuatu projek?

a. 1% - 5%

b. 6% - 10%

c. 11% - 15%

d. 16% - 20%

e. Lebih 20%

Apakah faktor-faktor yang dipertimbangkan oleh

kontraktor dalam menentukan margin keuntungan

sesuatu projek?

a. Beban kerja semasa bagi melaksanakan projek

pembinaan

b. Keadaan pasaran semasa

c. Tahap persaingan dalam mendapatkan tender

d. Tahap risiko dalam melaksanakan projek pembinaan

Page 143: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

117

e. Kerumitan projek yang hendak dilaksanakan

f. Inflasi (Peningkatan Harga Bahan)

e. Jenis projek yang ingin dimasuki

g. Tempoh penyiapan sesuatu projek

Arahan : Sila tandakan ( / ) di petak yang berkenaan dan berikan jawapan di ruang yang disediakan

San

gat

setu

ju

Se

tuju

Sed

erh

ana

setu

ju

K

ura

ng

setu

ju

Ti

dak

se

tuju

Apakah strategi yang digunakan bagi mengurangkan

risiko kewangan projek pembinaan?

a. Membangunkan perancangan kerja secara menyeluruh

b. Memantau dengan teliti perjalanan projek

c. Menguji kawasan geografi yang baru dengan hanya

membina projek yang kecil atau berdasarkan kepada

pelanggan yang sama

e. Memilih saiz projek berdasarkan kepada saiz syarikat,

kewangan dan sumber manusia yang ada

f. Menyediakan aliran tunai dari bulan ke bulan

g. Mengurus Dengan Cermat Overhed projek

h. Membeli kemudahan kredit sebagai satu kontingensi

untuk melindungi aliran tunai negatif yang tidak

dijangka

Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi aliran tunai

sesuatu projek pembinaan?

a. Keuntungan dan overhed

b. Wang tahanan

c. Tuntutan pembayaran

d. Pengukuran lebih semasa proses penilaian kemajuan

kerja

e.Tempoh masa pembinaan

Page 144: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

118

Arahan : Sila tandakan ( / ) di petak yang berkenaan dan berikan jawapan di ruang yang disediakan

San

gat

setu

ju

Se

tuju

Sed

erh

ana

setu

ju

K

ura

ng

setu

ju

Ti

dak

se

tuju

Apakah masalah yang selalu dihadapi semasa

menguruskan kos dan kewangan sesuatu projek

pembinaan?

a. Kekurangan pengalaman dalam menguruskan kos

dan kewangan projek

b. Masalah bayaran kemajuan

c. Masalah kewangan atau modal pusingan

d. Syarat-syarat kontrak yang berbeza

Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi aliran tunai

sesuatu projek pembinaan?

a. Keuntungan dan overhed

b. Wang tahanan

c. Tuntutan pembayaran

d. Pengukuran lebih semasa proses penilaian kemajuan

kerja

e.Tempoh masa pembinaan

Apakah risiko kewangan yang selalu dihadapi oleh

kontraktor?

a. Wang pembiayaan tidak mencukupi disebabkan terlalu

banyak kos tambahan

b. Masalah kewangan atau pusingan modal

c. Pemberian kredit yang rendah oleh pembekal

d. Bank mengetatkan syarat-syarat pinjaman

e. Kenaikan harga bahan binaan

f. Kesilapan menghargakan kontrak

Page 145: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

119

g. Bayaran kemajuan lambat diterima

h. Kerugian yang berpunca dari kecuaian sub-kontraktor

i. Peningkatan kos pembinaan

……………………………………SOALAN TAMAT……………………………………

TERIMA KASIH DIATAS KERJASAMA YANG ANDA BERIKAN

Page 146: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

LAMPIRAN B

Page 147: PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR

121