pengaruh luar dlm msykt melayu

50
PENGARUH LUAR DALAM MASYARAKAT MELAYU

Upload: stewart-padan

Post on 05-Nov-2015

39 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

PENGARUH LUAR DALAM MASYARAKAT MELAYU

PENGARUH LUAR DALAM MASYARAKAT MELAYU

Fahaman Asal Masyarakat Melayu

Masyarakat Melayu pada asalnya berfahaman animisme.(percaya akan kuasa ghaib).Disebabkan masyarakat tersebut tidak dapat menghuraikan gejala atau fenomena alam ini seperti hujan, gerhana, sakit dan sebagainya, maka mereka mengaitkan gejala tersebut dengan kuasa luar biasa.

Mereka turut percaya bahawa tempat-tempat tertentu seperti di dalam hutan, di tengah laut, di gunung terdapat penunggu yang perlu dihormati. Fahaman terhadap perkara-perkara tersebut dimanifestasikan melalui penggunaan tangkal, mantera dan tindakan melalui upacara tertentu, serta ungkapan-ungkapan tertentu seperti Tabik Tok Nenek, cucu nak lalu.

Pengaruh Hindu

Upacara Mandi SafarPengamalnya percaya bahawa bulan Safar lebih banyak membawa keburukan, maka mereka melakukan Mandi Safar sebagai ikhtiar menolak bala atau bencana keburukan itu.Penganut agama Hindu mengamalkan mandi di Sungai Ganges bagi membuang segala kejahatan.

Adat Melenggang PerutDiadakan untuk mengetahui jantina bayi.Dilakukan oleh Tuk Bidan untuk membuang sebarang kecelakaan yang mungkin berlaku pada ibu yang hamil.Juga bertujuan membetulkan kedudukan bayi dalam perut ibunya.

Adat Berinai Corak lukisan inai di atas tangan kalangan masyarakat Melayu bermula sejak beberapa tahun sebelum ini. Gaya terbaru ini adalah pengaruh daripada budaya Hindu di India dan Islam di Pakistan, Mesir, Iran dan Syria

Adat BersembahPemujaan Raja secara melebih-lebih dalam masyarakat Melayu suatu ketika dahulu juga merupakan cerminan kepada pengaruh Hindu dan Buddha dalam masyarakat Melayu bahkan perkataan Raja itu sendiri pun sudah memperlihatkan pengaruh Hindu yang tebal.

Upacara KematianApabila orang Melayu meninggal, bila sudah ditanam, akan ditabur bunga di atas kubur tersebut.

Ini juga adat agama Hindu. Kalau kita perhatikan, orang Hindu yang mati sebelum dibakar, akan diletakkan bunga ke atas mayatnya.

Aspek Bahasa Dari segi bahasa, banyak kosa kata sanskrit yang dibawa oleh Hindu diserapkan ke dalam Bahasa Melayu.Contoh :

syurga nerakarajasaudara dewa anugerah

Pengaruh IslamAdat ResamKepercayaanSistem sosialPentadbiran

Undang-undangBahasaSistem tulisanUnsur Seni

Adat Resam1. Akad NikahIjab qabul setelah dianggap sah oleh para saksi, kadi atau imam akan membaca doa walimatul urus.

2. Walimatul UrusKenduri yang dibuat untuk menghebahkan perkahwinan kepada saudara atau jiran terdekad.

3. AqiqahPenyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak yang baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah.

Aqiqah afdhal dilakukan dalam tempoh seminggu selepas kelahiran.

Disunatkan anak yang baru lahir diberi nama yang bagus dan dicukur rambutnya serta bersedekah.

4. PerayaanHari Raya AidilfitriHari Raya AidiladhaSambutan Maulidur RasulAwal Muharram

Hari Raya Aidilfitri

Hari Raya Aidiladha

Sambutan Maulidurrasul

KepercayaanKepercayaan telah berubah dari animisme kepada agama Islam.

Islam menyuruh umatnya berfikir untuk menerapkan unsur-unsur rasionalisme dalam pemikiran masyarakat.

Mereka mempercayai bahawa hanya Allah S.W.T yang wajib disembah.

Masyarakat Melayu berpegang kepada Al-Quran dan As-sunnah sebagai panduan hidup mereka.

Pandangan dan falsafah hidup sentiasa berkait dengan unsur-unsur Islam seperti mencari rezeki yang halal, kewajipan mencari ilmu pengetahuan dan sebagainya.

Rukun Islam

Mengucap dua kalimah syahadahSembahyang lima waktu sehari semalamBerpuasa dalam bulan RamadhanMenunaikan zakatMenunaikan haji bagi yang mampu

2. Rukun Iman

Beriman kepada Allah S.W.TBeriman kepada nabi dan rasul.Beriman kepada malaikat-malaikat.Beriman kepada kitab-kitab.Beriman kepada hari Kiamat.Beriman kepada qada dan qadar.

Sistem Sosial

Nilai sosial yang berasaskan perbezaan taraf iaitu sistem kasta antara manusia dihapuskan.

Prinsip perpaduan antara masyarakat Melayu ditekankan.

Orang asing yang beragama Islam juga dianggap bersaudara dengan masyarakat tempatan yang beragama Islam.

PentadbiranCiri-ciri kerajaan ini sama seperti kerajaan di Timur Tengah seperti Kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Perubahan konsep sultan yang dianggap zul-illahi-fil-alam iaitu pegangan bahawa sultan itu adalah amanah Allah S.W.T. di muka bumi.

Sultan dianggap sebagai Amirul Mukminin iaitu ketua kepada umat Islam.

Sultan menjadi ketua agama Islam dan bertanggungjawab memerintah dengan adil dan menjaga kebajikan rakyat jelata.

Ahli-ahli sufi dan ulama-ulama menjadi penasihat kepada raja.

Islam menjadi agama rasmi.

Undang-undangPara ulama memainkan peranan penting dalam perundangan Islam.

Perundangan Islam menjadi tunjang kepada undang-undang bertulis yang dipanggil Undang-undang Syariah.

Tokoh-tokoh yang memelihara undang-undang ini terdiri daripada hakim dan kadi.

Namun demikian, hukuman dijatuhkan oleh sultan ikut adat dan bukan hukum Islam.

Sistem tulisanEjaan bagi tulisan bahasa Melayu menggunakan huruf-huruf Arab dikenali sebagai tulisan Jawi (30 huruf).

Terdapat juga enam huruf Jawi yang ditambah bagi memudahkan ejaan bahasa Melayu ditulis menggunakan huruf-huruf pinjaman ini.

Bahasa Banyak meminjam istilah-istilah Arab seperti ijab qabul, musyawarah dan sebagainya.

Istilah-istilah ini digunakan sama ada dalam pertuturan seharian dan juga sebagai istilah dalam bidang ilmu tertentu dalam bahasa Melayu seperti istilah hisab dan salasilah.

Unsur SeniUkiran ayat Al-Quran atau bahasa Arab pada kayu. Seni khatTaranum Al-QuranBerzanjiMarhabanNasyidQasidahdll

Ukiran ayat Al-Quran atau bahasa Arab pada kayu.

Seni Khat

Pengaruh Barat

Kedatangan Barat berlaku selepas kedatangan Islam kerana penjajahan.Kedatangan mereka banyak mempengaruhi budaya masyarakat Melayu, sehinggalah ke hari ini.Pelbagai pengaruh barat sama ada negatif atau positif telah menular ke dalam masyarakat Melayu.

Ekonomi Mengamalkan sistem ekonomi secara kapitalis yang menjadikan faedah (riba) sebagai asasnya.

Contohnya dalam berhutang, penghutang dikenakan faedah sebanyak beberapa peratus dari jumlah yang dipinjam. Ini sebenarnya menindas penghutang dengan faedah yang dikenakan.

Barat juga memperkenalkan sistem ekonomi sosialis iaitu produk dan pendapatan akan menjadi milik kerajaan.

Ini kelihatan berat sebelah. Oleh itu, undang-undang buruh ditubuhkan untuk melindungi hak pengusaha agar kelihatan lebih saksama.

Seterusnya, sistem Ekonomi Campuran juga diperkenalkan.

Sistem ini adalah gabungan sistem ekonomi sosialis dan kapitalis.

Ekonomi masyarakat Malaysia juga dibahagikan mengikut bangsa semasa pemerintahan barat yang mengamalkan dasar pecah dan perintah.

Ini menyebabkan berlaku jurang perbezaan ekonomi antara orang Melayu, Cina dan India.

Politik Barat telah memperkenalkan sistem demokrasi.

Sistem ini telah berjaya menghapuskan sistem feudal Melayu zaman itu yang mengamalkan Pemerintahan Beraja.

Demokrasi mengutamakan suara rakyat dan rakyat berkuasa penuh dalam menentukan pemimpin mereka.

Terdapat pelbagai jenis demokrasi yang diperkenalkan oleh barat antaranya Demokrasi Berparlimen.

Malaysia telah mengamalkan Demokrasi Berparlimen sejak mendapat kemerdekaan daripada British.

Demokrasi Berparlimen ini diamalkan di bawah pentadbiran Raja Perlembagaan.

Sosial Membawa pengaruh kepada cara berfikir yang dianggap moden iaitu berfikiran terbuka. Pemikiran yang terbuka contohnya masyarakat sudah kurang mempercayai tentang perkara-perkara yang digelar pantang larang, petua dan lain-lain dan sesetangah orang menganggapnya sebagai karut.

Turut mempengaruhi cara berpakaian dalam kalangan masyarakat Melayu. Contohnya, Jeans, kemeja T, coat dan sebagainya.

Kesenian Dunia diperkenalkan dengan pelbagai bentuk hiburan barat seperti genre muzik barat seperti rock, pop, jazz dan sebagainya.Ini telah menyebabkan seni tradisional sudah mula dipinggirkan sehingga ke hari ini.

Seni reka bentuk pula, boleh dilihat dari bangunan-bangunan yang dibina dengan rekabentuk yang dianggap moden oleh orang ramai.Contohnya, Menara Berkembar Petronas dibina dengan berkonsepkan silinder yang diideakan oleh barat.

Ia direka oleh arkitek Cesar Pelli

Bahasa Dari aspek bahasa, banyak kosa kata yang terserap dalam bahasa Melayu untuk mengungkapkan pelbagai idea dan maklumat selaras dengan arus globalisasi.

transformasieravandalismesosial

Pengaruh Lain

Pengaruh Cina Kosa kataPenggunaan kosa kata bahasa Cina seperti tanglung, teko, amoi, apek, tocang dan banyak lagi.

2. MakananJenis-jenis makanan yang mengandungi kicap soya, sos tiram, suun dan bebola ikan.

3. Perayaan

Pemberian sampul yang berisi wang kepada kanak-kanak semasa sambutan Hari Aidilfitri.

Bermain bunga api dan mercun semasa perayaan juga merupakan pengaruh daripada Cina.