pengajian perniagaan

16

Upload: fazrul

Post on 25-Jan-2015

1.503 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajian perniagaan
Page 2: Pengajian perniagaan

TUJUAN - Untuk mendapatkan maklumat dan pemahaman mengenai reka bentuk pengorganisasian, proses pengorganisasian, konsep pengorganisasian serta gaya kepimpinan diamalkan Syarikat Faiza Sdn. Bhd.Seramai 30 orang pekerja dan seorang pengurus telah bekerjasama memberikan maklumat untuk kajian ini. Syarikat Faiza Marketing Sdn Bhd mengamalkan gaya kepimpinan demokratik yang diperolehi dari dapatan kajian.Dapatan kajian menunjukkan Syarikat Faiza Sdn. Bhd telah melaksanakan reka bentuk organisasi fungsian, konsep dan proses pengorganisasian secara teratur. Syarikat ini mempunyai potensi untuk berkembang berlandaskan matlamatnya untuk memberikan pengetahuan dan pendedahan kepada para pekerja kepada proses sebenar teknologi pemprosesan makanan dalam industri.

Page 3: Pengajian perniagaan

PENGORGANISASIAN - Sistem kerjasama antara dua orang atau lebih yang bergabung dalam mencapai sesuatu matlamat. (Chester L Bernard (1938) )KEPIMPINAN - Kejayaan seseorang memimpin orang lain untuk melaksanakan satu-satu kerja yang di arahkan, pencapaian satu-satu objektif atau matlamat. ( Ahmad Antory (1986) )GAYA KEPIMPINAN - Cara atau kaedah yang digunakan oleh seseorang pemimpin yang menggunakan kuasanya untuk mempengaruhi para pekerjanya.

Syarikat Faiza telah ditubuhkan pada tahun 1982 bersempena dengan nama pemilik syarikat iaitu Faiza Bawumi Sayed Ahmad. Mempunyai tiga buah kilang di Selangor, Kedah dan Terengganu dan mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak. Syarikat Faiza mampu mengeluarkan sebanyak sembilan tan bihun sehari, namun pada peringkat awal cuma memproses lima tan bihun dengan sasaran jualan sebanyak RM12 juta bagi tahun pertama Ia juga meneroka bidang baru termasuk memasarkan bihun, sos cili dan kicap selain dari beras dan rempah.

Page 4: Pengajian perniagaan

Syarikat Faiza Marketing Sdn. Bhd. beralamat di PLO 442, Jalan Wawasan 16, Kawasan Industri Sri Gading 2, 83000 Batu Pahat, Johor. Syarikat Faiza beroperasi di tapak seluas 40 000 kaki persegi dan menggunakan peralatan berteknologi tinggi. Syarikat Faiza ini bernilai RM14 juta di Sri Gading, Batu Pahat. Syarikat ini berhampiran dengan kawasan taman perumahan seperti Taman Mutiara dan Taman Sri Panchor. Ia lebih memudahkan syarikat untuk berkembang dengan lebih maju kerana penduduk setempat boleh membeli produk dan mengalakkan permintaan produk yang dijual oleh Syarikat Faiza Sdn. Bhd.

Page 5: Pengajian perniagaan

KAEDAH HURAIAN

PEMERHATIAN Pengkaji ingin mengetahui keadaan sebenar tentang proses dan reka bentuk pengorganisasian Syarikat Faiza Sdn. Bhd.

SOAL SELIDIK Mengenal pasti gaya kepimpinan tertinggi di dalam Syarikat Faiza Marketing Sdn. Bhd.

TEMUBUAL Mengetahui konsep-konsep dan proses pengorganisasian Syarikat Faiza Sdn. Bhd.

DATA SEKUNDER Mencari maklumat tambahan tentang reka bentuk, proses, konsep dan gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pemimpin dalam Syarikat Faiza Marketing Sdn. Bhd.

DATA PRIMER Mengetahui maklumat tambahan tentang reka bentuk, proses, konsep dan gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pemimpin dalam Syarikat Faiza Marketing Sdn. Bhd.

Page 6: Pengajian perniagaan

PENGARAH URUSAN

Faiza Bawumi Sayed Ahmad

PENGURUS PENTADBIRAN

Mohamad Khalid

Abdullah

PENGURUS KEWANGANAnisah Aina

Binti Abdullah

PENGURUS PENGELUARAN

Syed Ali Sulaiman

PENGURUS PEMASARANIdham Zulkifli

bin Anwar

PENGURUS R & D

Sahirah Syed Abdullah

KERANI PENGANGKUTAN

KERANI PEMBELIAN

KERANI PENGELUARAN

KERANI OPEN

MARKET

KERANI PENGHANTARAN

5.1 5.1 Rekabentuk OrganisasiRekabentuk Organisasi

Page 7: Pengajian perniagaan

• Syarikat Faiza Sdn. Bhd. merupakan penjabatan organisasi mengikut fungsi.• Penjabatan organisasi mengikut fungsi melibatkan pengelompokan aktiviti atau tugas mengikut fungsi asas organisasi perniagaan, iaitu pentadbiran, sumber kewangan, pengeluaran, pemasaran, reka bentuk dan pembangunan.

KEBAIKAN SYARIKAT FAIZA MARKETING SDN. BHD. :

1. Mudah membuat penyeliaan. Contohnya, Puan Faiza sebagai pengurus atau ketua mudah menyelia pekerja bawahannya kerana pengurus dan pekerja akan melakukan tugas yang sama.2. Menggalakkan pengemblengan kepakaran khusus kepada pekerja di Syarikat Faiza Sdn. Bhd.3. Meningkatkan kecekapan yang dilakukan oleh seorang pekerja dalam aktiviti yang sama.4. Meminimumkan kos pengeluaran jika para pekerja cekap dalam melakukan tugas disamping mengekalkan tahap kualiti produk syarikat.

Page 8: Pengajian perniagaan

PENENTUAN OBJEKTIF

PENGENALPASTIAN AKTIVITI

PENGELASAN AKTIVITI

PENGELOMPOKAN AKTIVITI

PENGAGIHAN TUGAS , AUTORITI , & TANGGUNGJAWAB

5.2 5.2 Proses PengorganisasianProses Pengorganisasian

Page 9: Pengajian perniagaan

Huraian Proses Pengorganisasian

1. Penentuan Objektif

Mengenal pasti matlamat organisasi setiap unit atau organisasi. Matlamat dan objektif ditetapkan berdasarkan kemampuan dan kebolehan organisasi. Syarikat Faiza Marketing Sdn. Bhd. dengan matlamatnya ialah memberikan pengetahuan dan pendedahan kepada pekerja kepada proses sebenar teknologi pemprosesan makanan dalam industri.

2. Pengenalpastian Aktiviti

Pengurus akan mengenal pasti secara khusus aktiviti yang terlibat dalam usaha mencapai matlamat yang ditetapkan. Sebagai contoh, Puan Faiza memainkan peranan sebagai pembuat keputusan iaitu sebagai usahawan. Beliau sentiasa berusaha untuk membangunkan perniagaannya dengan mengeluarkan beberapa produk baru seperti sos, kicap dan bihun dan tidak hanya bergantung kepada beras dan rempah untuk memenuhi cita rasa pengguna dan menghadapi sebarang kemungkinan seperti bencana alam yang menyebabkan bekalan beras terputus.

Page 10: Pengajian perniagaan

3. Pengelasan Aktiviti

Kerja menyusun aktiviti mengikut kemahiran dan kecekapan pekerja atau kriteria tertentu. Aktiviti yang dilaksanakan Syarikat Faiza Sdn.Bhd. ialah untuk melaksanakan aktiviti menghantar barang.

4. Pengelompokan Aktiviti

Proses pengumpulan aktiviti yang berkaitan dalam kategori atau kumpulan tertentu. Syarikat Faiza Marketing Sdn. Bhd. menjalankan aktiviti yang dikelompokan dalam beberapa kumpulan mengikut kemahiran yang dimiliki oleh pekerja.

5. Pengagihan Tugas, Autoriti Dan Tanggungjawab

Pengagihan autoriti merupakan pemberian hak pembuatan keputusan kepada pekerja yang menerima sesuatu tugas. Tanggungjawab pula merupakan satu kewajipan yang ditanggung oleh pekerja dalam melaksanakan tugas dengan berkesan. Sebagai contoh, Puan Faiza bijak menyusun dan mengagihkan sumber-sumber organisasi kepada jabatan tertentu untuk melaksanakan tugas yang telah ditetapkan agar dapat mencapai matlamat.

Page 11: Pengajian perniagaan

1. AUTORITI - Hak seorang individu dalam membuat keputusan , mengarah & menurunkan kuasa terhadap orang bawahannya / subodinat dalam organisasi. Terdapat dua jenis autoriti : A) Autoriti lini - hak seorang pengurus dlm membuat keputusan dlm organisasi B) Autoriti staf - hak untuk memberi nasihat berdasarkan kepakaran. ex: Penasihat undang²

2. TANGGUNGJAWAB Tugas yg diagihkan kpd individu & wajib dilaksanakan dgn sebaik mungkin.

3. AKAUNTABILITI Seorang individu dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan sesuatu tugas & menerima kesan drpd pelaksanaan tanggungjwb itu.

4. PEMUSATAN & PEMENCARAN Pemusatan - Ditumpukan kpd seorang individu sahaja. Pemencaran - Diagihkan kpd individu yg berada dalam likungan struktur. - Dikenali pengagihan kuasa. - Boleh ditarik balik.

5.3 5.3 Konsep PengorganisasianKonsep Pengorganisasian

Page 12: Pengajian perniagaan

5. PENUGASAN AUTORITI Pengagihan tanggungjawab drpd ketua kpd pekerja bawahannya.

6. EMPOWERMEN Penyerahan kuasa & autoriti kpd pekerja dlm membuat keputusan.

7. RANTAIAN ARAHAN Hubungan langsung antara ketua & pekerjanya.

8. LINI & STAF Lini - tugas yg berkaitan langsung dgn pencapaian matlamat. Staf - tugas yg tidak berkaitan dgn pencapaian matlamat.

9. JANGKAUAN KAWALAN

Sebagai jangkauan pengurusan yg melibatkan bilangan pekerja bawahan yg berada di bawah kawalan seorang ketua.

Page 13: Pengajian perniagaan

5.4 5.4 Gaya Kepimpinan Pemimpin Tertinggi OrganisasiGaya Kepimpinan Pemimpin Tertinggi Organisasi

GAYA KEPIMPINAN MIN KEPUTUSAN

Autokratik 3.31 Tidak pasti

Demokratik 4.03 Setuju

Laissez-faire 3.12 Tidak Pasti

Kontingensi 3.76 Menghampiri Setuju

Page 14: Pengajian perniagaan

HURAIAN GAYA KEPIMPINAN TERTINGGISYARIKAT FAIZA MARKETING SDN. BHD.

Syarikat Faiza Marketing Sdn. Bhd mempunyai gaya kepimpinan tertinggi adalah gaya kepimpinan demokratik. Puan Faiza yang mengamalkan gaya kepimpinan demokratik akan memberikan kebebasan kepada para pekerja untuk menjana idea dan membuat keputusan secara bersama. Sebarang keputusan yang telah dibuat akan dimaklumkan kepada para pekerja untuk mendapatkan maklum balas mereka. Hal ini secara tidak langsung akan menjadikan proses pembuatan akan mudah difahami oleh pekerja dengan adanya gaya kepimpinan demokratik dalam sesebuah organisasi.

Page 15: Pengajian perniagaan

Dapat mengenal pasti bahawa reka bentuk yang diamalkan oleh Syarikat Faiza Sdn Bhd adalah berbentuk fungsian. Sehubungan dengan itu, kemahiran konseptual diamalkan oleh syarikat yang mempunyai masa hadapan dan menetapkan strategi untuk memajukan perniagaan tersebut. Gaya kepimpinan tertinggi Syarikat Faiza adalah demokratik. Dapat mengkaji proses pengorganisasian syarikat dan terdapat sembilan konsep pengorganisasian yang diamalkan oleh Syarikat Faiza Sdn. Bhd seperti autoriti, tanggungjawab, akauntabiliti, pemusatan dan pemencaran autoriti, penugasan autoriti, empowermen, lini dan staf, jangkauan kawalan dan rantaian arahan. Hal ini adalah untuk memberikan pengetahuan dan pendedahan kepada pekerja kepada proses sebenar teknologi pemprosesan makanan dalam industri.

CADANGAN .I. Pengkaji akan mengkaji sejauh mana Syarikat Faiza membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat di sekitarnya.II. Pengkaji akan meneliti perubahan persekitaran dalaman dan luaran supaya sasaran jualan dan pelanggan serta cita rasa pengguna dapat diramalkan.

Page 16: Pengajian perniagaan

GURU PENILAI GURU PENILAI PUAN JOHANA BTE JAISPUAN JOHANA BTE JAIS

DISEDIAKAN OLEHDISEDIAKAN OLEHMOHAMAD FAZRUL BIN ABDUL MOHAMAD FAZRUL BIN ABDUL

RAZAK (^^6AA2)RAZAK (^^6AA2)