pengajian am

22
Sejarah eaec EAEC atau East Asia Economic Caucus atau dahulunya dikenali sebagai EAEG atau East Asia Economic Group diutarakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai satu forum untuk membincangkan masalah ekonomi bersama. Dengan mempunyai pendapat atau suara yang sama dalam dialog antarabangsa, diharap EAEC dapat meningkatkan kerjasama ekonomi, memperkenal dan mempertahankan perdagangan bebas, memecut pertumbuhan ekonomi, memperkenalkan sifat kedaerahan terbuka (open regionalism) dan menyumbang kepada sistem perdagangan multilateral.

Upload: wawanri

Post on 19-Jun-2015

5.183 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 1. Sejarah eaec EAEC atau East Asia Economic Caucus atau dahulunya dikenali sebagai EAEG atau East Asia Economic Group diutarakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai satu forum untuk membincangkan masalah ekonomi bersama. Dengan mempunyai pendapat atau suara yang sama dalam dialog antarabangsa, diharap EAEC dapat meningkatkan kerjasama ekonomi, memperkenal dan mempertahankan perdagangan bebas, memecut pertumbuhan ekonomi, memperkenalkan sifat kedaerahan terbuka (open regionalism) dan menyumbang kepada sistem perdagangan multilateral.

2. Cadangan pembentukan kumpulan seperti ini diutarakan oleh Malaysia pada 1990. Hanya selepas 1995, ASEAN menerima konsep sebegini. Pada mesyuarat Menteri Luar ASEAN di Bandar Seri Begawan, Brunei, ASEAN mengesahkan penglibatannya dalam EAEC. EAEC dilihat sebagai cabaran kepada APEC dan kehadiran Amerika Syarikat di Asia Pasifik. Walaubagaimanapun ASEAN meneruskan usahanya untu menerangkan mengenai EAEC kepada China, Korea Selatan, dan Jepun melalui lawatan rasmi Setiausaha Agung ASEAN pada November 1993. Pada 25 Julai 1994, Menteri Luar ASEAN berbincang dengan China, Korea Selatan dan Jepun semasa makan tengah hari. Pada hari yang sama juga, Menteri Luar Korea Selatan telah mencadangkan pembentukan Kumpulan Wawasan Asia Timur (EAVG - East Asia Vision Group) dalam usaha membentuk komuniti Asia Timur. Pada Disember 1997, Malaysia mencadangkan pembentukan ASEAN + 3 sebagai alternatif kepada EAEC. Ini adalah kerana ASEAN + 3 lihat lebih memberikan kesan yang mendalam dalam proses pembentukan Komuniti Asia Timur. 3. PERUNDINGAN EKONOMI ASIA TIMUR (EAEC) EAEC merupakan satu lagi langkah ASEAN membentuk kawasan perundingan ekonomi. Penubuhan EAEC menggalakkan kewujudan Kumpulan Ekonomi Serantau. Tujuan diadakan EAEC adalah untuk:- a) membolehkan negara asia timur mendapatkan peluang bersuara tentang isu rundingan perdagangan global. b) menjadi forum perbincangan dengan negara eropah dan Amerika Utara. c) bertindak sebagai kumpulan perundingan demi kepentingan ekonomi Asia Timur dan blok dagangan. 4. PERANAN MALAYSIA:- 1. EAEC merupakan cetusan idea Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad pada bulan Disember 1990. 2. EAEC diterima sebagai projek ASEAN dalam Mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN ke-23. 3. EAEC disahkan sebagai projek penting semasa sidang Kemuncak ASEAN ke-4. 4. Malaysia menjelaskan kepentingan EAEC apabila mendapat bantahan daripada blok Barat terutama Amerika Syarikat. 5. Malaysia mencadangkan supaya negara Asean , australia, new zealand, hong kong. Jepun, korea selatan, taiwan, kanada, amerika syarikat, dan china menjadi ahli EAEC. 6. Penubuhan EAEC menggalakkan kewujudan kumpulan serantau sperti EEA, NAFTA, dan APEC. 7. EAEC berperanan untuk mengembangkan ekonomi di kawasan asia timur. 5. DIALOG ANTARABANGSA LANGKAWI LID bermaksud Dialog Antarabangsa Langkawi atau Langkawi International Dialog. Dialog ini merupakan mesyuarat rasmi dan tidak rasmi antara barisan pemimpin Malaysia dengan pemimpin negara dari benua Afrika . Lokasi dialog ini diadakan di pulau Langkawi . Dialog Antarabangsa Langkawi dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak 1995 bagi merapatkan hubungan dengan negara- negara Afrika yang menghadapi masalah yang hampir sama iaitu kemiskinan , dan masalah negara yang pernah dijajah. Dr Mahathir Mohamad tidak mahu negara membangun dikongkong oleh gagasan dan wawasan dari negara barat semata-mata. Kita mestilah keluar dari pemikiran polisi antarabangsa yang tersekat kepada negara Barat semata-mata. Mentaliti negara dijajah dan bekas negara penjajah hendaklah dihapuskan. Perkongsian Komanwel mengenai Pengurusan Teknologi (CPTM) ditubuhkan melalui Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel. 6. -Perkongsian Komanwel mengenai Pengurusan Teknologi (CPTM) ditubuhkan melalui Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel . -Perkongsian Pintar diasaskan oleh Malaysia. Selepas LID, wujud pula SAID di Selatan Afrika dan kini CID di Carrebean. -Perkongsian pintar ini terbuka dan melibatkan ahli- ahli politik, kakitangan awam, ahli perniagaan, pemimpin buruh, pengamal media, ahli akademik, aktivis budaya dan badan-badan bukan kerajaan . 7. LID diadakan dengan tujuan : 1) LID menggalakkan berkongsi kepintaran atau perkongsian pintar. Jangan harapkan Barat kerana mereka ada agenda tersembunyi. Jiran yang baik ialah jiran yang membantu. 2) Membincangkan masalah dunia yang dihadapi bersama di kalangan negara membangun. 3) Merapatkan komunikasi antara Malaysia dengan negara-negara Afrika yang nampaknya senada dalam isu-isu global dan menghadapi kuasa-kuasa besar. 4) Mempromosikan pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa khususnya dari negara Afrika. Sejak Persidangan CHOGM diadakan di pulau Langkawi pada 1998 dan banyak lagi persidangan antara pemimpin dunia diadakan di pulau itu, matlamat menjadikan sektor pelancongan sebagai sumber pendapatan semakin berjaya. 8. LID 2007 diadakan selama 3 hari mulai 6 Ogos - 8 Ogos 2007 . Lokasi utama ialah di Berjaya Langkawi Beach and Spa Resort . Kira-kira 500 peserta dari 40 buah negara. Turut hadir ialah 10 ketua negara dan kerajaan dari Afrika. LID 2007 adalah edisi ke-8. 9. Masa depan LID:- - Sehingga 2007, LID telah diadakan sebanyak 8 kali dan merupakan acara tahunan bagi Perkongsian Komanwel Bagi Pengurusan Teknologi (CPTM). - LID 2007 turut menjemput Laos, Kemboja dan Thailand. Selepas LID, wujud pula Dialog Antarabangsa Selatan Afrika (SAID). Kemudian Dialog Antarabangsa Perkongsian Pintar Carribean turut mengambil format yang sama. - Pada masa depan diharap negara-negara bukan Komanwel British turut disertakan. Bahasa menjadi halangan utama untuk dialog yang berkesan. - Kemiskinan di Afrika diganggu-gugat oleh ketidakstabilan politik. Mereka harus belajar mengurangkan konflik dan politiking , demonstrasi dan lain-lain yang hanya melambangkan 'tak stabil'. 10. Peranan Malaysia:- 1) Pelaburan Malaysia di Negara Selatan-Selatan berjumlah AS$4.8 bilion (RM17.6 bilion) pada tahun lepas berikutan usaha kerajaan menggalakkan lebih banyak firma tempatan melabur di negara membangun. 2) Malaysia telah mewujudkan hubungan rapat dan kerjasama dengan banyak negara Selatan-Selatan dalam bidang pengilangan, perkhidmatan, perbankan dan kewangan, pemasaran komoditi, pertukaran maklumat, kerjasama teknikal dan perdagangan. 3) Kerajaan Malaysia menawarkan insentif kepada firma-firma untuk melabur di seberang laut, khususnya di negara Selatan-Selatan. Ini termasuk perbelanjaan permulaan yang dikecualikan cukai. 4) Kerajaan Malaysia telah mengadakan 56 Perjanjian Jaminan Pelaburan (IGA) dengan banyak negara membangun untuk menggalakkan pelaburan antara Malaysia dan negara-negara berkenaan. 11. ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN oleh lid:- 1. Perkongsian pintar antara kerajaan dengan sektor swasta yang dibina menerusi Dialog Antarabangsa Langkawi memainkan peranan penting ke arah meningkatkan bukan sahaja ekonomi Malaysia,tetapi juga semua negara-negara peserta. 2. Membincangkan aspek penting tentang pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan pertumbuhan yang mampan. 3. LID 2007 membolehkan pihak berkepentingan dalam pembangunan negara, berkongsi pengalaman menerusi konsep PERKONGSIAN PINTAR yang popular ketika ini dan mencetuskan usaha ke arah membanteras kemiskinan. 4. Selaraskan dengan tema LID 2007 (5 hingga 8 Ogos) Pembasmian Kemiskinan menerusi Pembangunan Modal Insan dan Pembinaan Keupayaan, teknologi bio menjadi salah satu alat yang dapat membantu dalam usaha membasmi kemiskinan. 12. Kemiskinan global 1. Kemiskinan global dapat diatasi hanya melalui pembinaan infrastruktur pendidikan. Setiap remaja tidak kira lelaki mahupun wanita hendaklah mendapat pendidikan minimum 11 tahun sebagaimana di Malaysia. Anak perempuan tidak harus dibezakan atau dibiarkan ketinggalan , menjadi suri rumah sahaja. 2. Pemikiran kreatif dan progresif hendaklah digalakkan . Budaya kerja yang positif selaras dengan globalisasi hendaklah digalakkan . Jangan mudah terpengaruh dengan 'perangkap' ekonomi barat yang akhirnya negara sedang membangun berada dalam keadaan 'tergantung' secara berterusan. Modal insan yang menyanjung intelektual dan pemikiran terbuka hendaklah diperhebatkan. Ledakan ICT dapat memudahkan pemindahan idea dan pendidikan jarak jauh atau tele sidang. 3. Tanah adalah sumber paling penting dalam sesebuah negara bagi menyelesaikan masalah ekonomi. Tanah-tanah subur yang telah dimiliki oleh peladang Eropah hendaklah dimiliknegara secara bijaksana. Rancangan pembangunan tanah hendaklah sampai kepada golongan yang benar-benar miskin dan prosesnya mestilah telus. 4. Sistem perladangan ala Felda telah menarik perhatian negara Colombia, Nigeria dan Sierra Leone .Minyak kelapa sawit Felda kini 2 juta tan matrik setahun dan belum mampu memenuhi permintaan negara luar. 13. Rancangan Tanah 1. Tanah ialah sumber paling penting dalam sesebuah negara bagi menyelesaikan sebarang masalah ekonomi. 2. Tanah-tanah subur hendaklah dilaksanakan secara bijaksana. 3. Melaksanakan rancangan pembangunan tanah untuk golongan yang benar-benar miskin dan proses pelaksanaanya mestilah telus. 14. Masalah Ekonomi:- 1.Kredit mikro kepada golongan miskin secara terancang dan dipantau dari semasa ke semasa dapat meningkatkan keupayaan dan keyakinan dan tidak lagi rasa rendah diri. 2.. Pihak swasta bukanlah musuh. Sebaliknya swasta hendaklah dijemput sebagai penasihat kewangan, rakan kongsi dan rakan untung bersama. Setiap institusi kewangan, agensi kerajaan dan masyarakat awam hendaklah celik kewangan. Jika tidak , akan berlaku ketirisan , penyelewengan dan salah urus tadbir. 3. Kurangkan karenah birokrasi dan cakap tidak serupa bikin. Sebaliknya lebihkan tindakan daripada janji kerana rakyat semakin bijak menilai kerajaan yang telus dan utuh. 4. Bank Negara Malaysia mencadangkan penubuhan panel Penasihat Kewangan (FIA) di kalangan negara Afrika bagi mengurangkan kemiskinan di Afrika. Panel ini mengandungi direktori ,maklumat konfrehensif dan pakar ekonomi mikro dan ekonomi makro. 15. 6. Kejayaan Bank Grameen dari Bangladesh hingga di iktiraf oleh PBB hendaklah dicerna dan diterapkan. Penduduk miskin tidak mampu meminjam kerana tidak ada cagaran seperti tanah. Mereka yang miskin akan terus miskin jika dibiarkan berdikari. 7. Selama ini Perbankan konvensional gagal memberi kredit mikro sehingga mereka terdedah kepada orang tengah yang lintah darat. Ketika ini 1.1 bilion rakyat dalam kemiskinan tegar iaitu menerima pendapatan kurang AS$2 sehari. 5. Sehingga kini, penyertaan kumpulan berpendapatan rendah dalam perancangan ekonomi hanya 20 % di Afrika dan 30 % di Asia. Pengalaman kredit mikro di Bangladesh, Indonesia dan India hendaklah dimanfaatkan. 22 juta dari 25 juta penduduk Malaysia telah mempunyai akaun simpanan di bank. 16 juta telah memperolehi pinjaman mikro dan makro. 16. Peranan dan tugas asem ASEM dirancang sebagai forum pembicaraan yang tidak formal antara negara-negara Eropah dan Asia. Pertemuan dengan menteri berlangsung setiap tahun, sedangkan pertemuan antara ketua-ketua pemerintahan negara diadakan setiap dua tahun (sejak 1996), dengan tempat berganti- gantian antara Eropa dan Asia. Berikut adalah daftar yang telah dan akan berlangsung: Bangkok (Thailand; 1996) London (Britania Raya; 1998) Seoul (Republik Korea; 2000) Kopenhagen (Denmark; 2002) Hanoi (Vietnam; 2004) Helsinki (Finlandia; 2006) Peking (RRC; 2008) Brazil (Belgia; 2010). 17. Mesyuarat Asia- Eropah (ASEM)1. ASEM yang memiliki 26 anggota bersetuju membawa masuk 13 buah negara lain pada sidang kemuncak 2007 untuk meluaskan keahliannya kepada 39 anggota. 2. 26 ahli pengasas ASEM ialah 10 buah negara Asia, iaitu Brunei, China, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam:- 14 buah negara anggota Kesatuan Eropah, iaitu Austria, Belgium, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Greek, Ireland, Itali, Luxembourg, Belanda, Portugis, Sweden dan United Kingdo serta Suruhanjaya Eropah (EC) selaku anggota bukan negara. 3. 13 buah negara anggota baharu itu pula terdiri daripada 3 buah negara ASEAN iaitu Laos, Myanmar dan Kemboja dan 10 buah negara Eropah iaitu Cyprus, Republik Czech, Estonia, Hungary, Latvia, Lithuania, Slovakia dan Slovenia. 4. ASEM Kelima yang bertemakan Menyuburkan Semula dan Mengukuhkan Lagi Perkongsian Asia-Eropah telah menyatukan ketua-ketua kerajaan sejak sidang kemuncak pertama pada 1996. 5. Pada sidang kemuncak 2007, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan perjumpaan dua hala dengan Canselor Jerman,Gerhard Schroeder,; Perdana Menteri Finland, Matti Tanali Vanhanen; Perdana Menteri Sweden, Goran Persson; Timbalan