penerbitan bil. (07) disember 2011 hijrahkan dirimu · 1. kafir quraisy telah merancang membunuh...

4
Hijrahkan Dirimu Mutiara Hadis Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, Puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan adalah puasa pada bulan Muharam, sedang solat yang paling afdal sesudah solat fardu adalah solat malam." (Sahih Muslim) PENERBITAN BIL. (07) DISEMBER 2011 Mengapa kita perlu berhijrah? Bertanya mengapa kita perlu berhijrah samalah seperti bertanya, mengapa kita perlu berubah? Sekurang-kurangnya ada dua sebab kita mesti berubah. Sunnatullah atau hukum alam (law of nature) menetapkan bahawa semua makhluk berubah. Yang tidak berubah hanya Allah swt. Perubahan adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Hukama berkata, “Yang tidak berubah hanyalah perubahan.” Dalam konteks ini, burung-burung pun berpin- dah untuk mendapat makanan dan keselamatan. Anak-anak muda berpindah meninggalkan desa menuju ke kota untuk mendapat penghidupan yang lebih baik. Para nomad dahulu mengamalkan pertanian pindah untuk menyambung kelangsungan hidup. Ada dua bentuk perubahan, ke arah yang lebih baik atau ke arah yang lebih buruk. Cerdik pandai mengungkapkan, “Orang yang berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam. Orang yang terpedaya, orang yang hari ini sama seperti semalam. Dan orang yang celaka ialah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam.” Orang yang berjaya ialah yang berubah dengan pilihan (by choice) yakni dengan memilih dan mengawal arah perubahan itu. Mereka tidak berubah kerana paksaan (by chance). Rasulullah saw berjaya kerana Baginda memilih untuk berhijrah bukan kerana terpaksa berbuat demikian. Adalah salah sama sekali kalau dikatakan Rasulullah saw berhijrah kerana sudah tidak tahan lagi dengan seksaan dan ancaman yang diterimanya. Sebaliknya, Rasulullah saw berhijrah kerana perintah Allah atas pertimbangan Madinah adalah lebih baik berbanding Makkah yang menyebarluaskan ajaran Islam ketika itu. Allah dan Rasul-Nya menuntut kita berubah. Malah, kita diwajibkan berubah daripada jahat kepada baik. Selepas Fath al-Makkah (pembukaan kota Makkah), Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Tiada hijrah selepas pembukaan Makkah tetapi (yang masih berterusan) ialah jihad dan niat.” (Riwayat Muslim no. 4938). Perubahan yang didorong oleh faktor syariatullah (perintah Allah) inilah yang boleh dikaitkan dengan hijrah. Ia adalah satu tradisi dalam kehidupan orang soleh (da’b al -solehin). Nabi Adam, Nuh, Musa, Yusuf, Ibrahim as dan khususnya Nabi Muhammad saw semuanya melakukan hijrah. Ertinya, generasi muttaqin daripada kalangan nabi-nabi, siddiqin, syuhada dan orang soleh sangat sinonim dengan hijrah. Orang yang berjaya ialah orang yang memaksa dirinya berubah (berhijrah), manakala orang yang gagal, berubah hanya apabila terpaksa. Oleh sebab itu, berubah (berhijrah) adalah sifat orang yang berjaya. Marilah kita sama-sama melakukan hijrah diri. Hijrah yang dapat mengubah hati dan jiwa kita. Hijrah yang dapat meruntuhkan keegoan dan sikap takbur manusia. Hijrah yang dapat meruntuhkan hati dan jiwa yang keras. Hijrah yang memberi kesedaran kepada kita bahawa segala yang kita lakukan di dunia ini adalah semata- mata untuk mendapatkan cinta dan redha Allah. Lakukanlah hijrah diri ini ketika kita masih mampu melakukan amal ibadat. Lakukan hijrah tatkala Allah mem- beri kelapangan masa dan kesihatan kepada kita. Lakukan hijrah diri ini ketika diri masih diberi peluang. Laku- kan hijrah diri ketika diri masih muda. Lakukan hijrah diri ini tatkala nyawa kita masih belum sampai di halkum. Kelak, jika hijrah diri ini tidak disambut, kitalah manusia yang paling rugi dan paling malang di dunia dan di akhirat. Allah telah berfirman yang bermaksud, "Sesungguhnya Aku tidak mensia-siakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan, (kerana) sebahagian kamu adalah keturunan dari sebahagian yang lain. Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pasti akan Aku hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pasti Aku akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya sebagai pahala di sisi Allah. Dan di sisi Allahlah pahala yang sebaik-baiknya.” (Surah Ali-Imran: 195). Sumber: Majalah Solusi, Isu No. 15, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd.

Upload: phungkiet

Post on 01-Apr-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENERBITAN BIL. (07) DISEMBER 2011 Hijrahkan Dirimu · 1. Kafir Quraisy telah merancang membunuh Rasulullah saw dengan melibatkan wakil semua kabilah. 2. Allah memaklumkan Baginda

Hijrahkan Dirimu

Mutiara Hadis

Dari Abu Hurairah ra,

Rasulullah saw

bersabda, “Puasa yang

paling utama setelah

puasa Ramadan adalah

puasa pada bulan

Muharam, sedang solat

yang paling afdal

sesudah solat fardu

adalah solat

malam." (Sahih Muslim)

PENERBITAN BIL. (07) DISEMBER 2011

Mengapa kita perlu berhijrah? Bertanya mengapa kita perlu berhijrah samalah seperti bertanya, mengapa kita perlu berubah? Sekurang-kurangnya ada dua sebab kita mesti berubah. Sunnatullah atau hukum alam (law of nature) menetapkan bahawa semua makhluk berubah. Yang tidak berubah hanya Allah swt. Perubahan

adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan.

Hukama berkata, “Yang tidak berubah hanyalah perubahan.” Dalam konteks ini, burung-burung pun berpin-

dah untuk mendapat makanan dan keselamatan. Anak-anak muda berpindah meninggalkan desa menuju ke kota untuk mendapat penghidupan yang lebih baik. Para nomad dahulu mengamalkan pertanian pindah untuk menyambung kelangsungan hidup. Ada dua bentuk perubahan, ke arah yang lebih baik atau ke arah yang

lebih buruk. Cerdik pandai mengungkapkan, “Orang yang berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam. Orang yang terpedaya, orang yang hari ini sama seperti semalam. Dan orang yang celaka ialah

orang yang hari ini lebih buruk dari semalam.”

Orang yang berjaya ialah yang berubah dengan pilihan (by choice) yakni dengan memilih dan mengawal arah perubahan itu. Mereka tidak berubah kerana paksaan (by chance). Rasulullah saw berjaya kerana Baginda

memilih untuk berhijrah bukan kerana terpaksa berbuat demikian. Adalah salah sama sekali kalau dikatakan Rasulullah saw berhijrah kerana sudah tidak tahan lagi dengan seksaan dan ancaman yang diterimanya. Sebaliknya, Rasulullah saw berhijrah kerana perintah Allah atas pertimbangan Madinah adalah lebih baik

berbanding Makkah yang menyebarluaskan ajaran Islam ketika itu.

Allah dan Rasul-Nya menuntut kita berubah. Malah, kita diwajibkan berubah daripada jahat kepada baik. Selepas Fath al-Makkah (pembukaan kota Makkah), Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Tiada hijrah selepas pembukaan Makkah tetapi (yang masih berterusan) ialah jihad dan niat.” (Riwayat Muslim no. 4938).

Perubahan yang didorong oleh faktor syariatullah (perintah Allah) inilah yang boleh dikaitkan dengan hijrah. Ia adalah satu tradisi dalam kehidupan orang soleh (da’b al-solehin). Nabi Adam, Nuh, Musa, Yusuf, Ibrahim as dan khususnya Nabi Muhammad saw semuanya melakukan hijrah. Ertinya, generasi muttaqin daripada

kalangan nabi-nabi, siddiqin, syuhada dan orang soleh sangat sinonim dengan hijrah.

Orang yang berjaya ialah orang yang memaksa dirinya berubah (berhijrah), manakala orang yang gagal,

berubah hanya apabila terpaksa. Oleh sebab itu, berubah (berhijrah) adalah sifat orang yang berjaya. Marilah kita sama-sama melakukan hijrah diri. Hijrah yang dapat mengubah hati dan jiwa kita. Hijrah yang dapat meruntuhkan keegoan dan sikap takbur manusia. Hijrah yang dapat meruntuhkan hati dan jiwa yang keras.

Hijrah yang memberi kesedaran kepada kita bahawa segala yang kita lakukan di dunia ini adalah semata-

mata untuk mendapatkan cinta dan redha Allah.

Lakukanlah hijrah diri ini ketika kita masih mampu melakukan amal ibadat. Lakukan hijrah tatkala Allah mem-beri kelapangan masa dan kesihatan kepada kita. Lakukan hijrah diri ini ketika diri masih diberi peluang. Laku-

kan hijrah diri ketika diri masih muda. Lakukan hijrah diri ini tatkala nyawa kita masih belum sampai di halkum. Kelak, jika hijrah diri ini tidak disambut, kitalah manusia yang paling rugi dan paling malang di dunia dan di

akhirat.

Allah telah berfirman yang bermaksud, "Sesungguhnya Aku tidak mensia-siakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan, (kerana) sebahagian kamu adalah keturunan dari

sebahagian yang lain. Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pasti akan Aku hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pasti Aku akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya sebagai

pahala di sisi Allah. Dan di sisi Allahlah pahala yang sebaik-baiknya.” (Surah Ali-Imran: 195).

Sumber: Majalah Solusi, Isu No. 15, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd.

Page 2: PENERBITAN BIL. (07) DISEMBER 2011 Hijrahkan Dirimu · 1. Kafir Quraisy telah merancang membunuh Rasulullah saw dengan melibatkan wakil semua kabilah. 2. Allah memaklumkan Baginda

1. Kafir Quraisy telah merancang membunuh Rasulullah saw dengan melibatkan wakil semua kabilah.

2. Allah memaklumkan Baginda Rasulullah saw tentang rancangan kejam kafir Quraisy melalui malaikat Jibrail.

3. Allah memerintahkan supaya Rasulullah saw berhijrah ke Madinah.

4. Rasulullah saw memaklumkan Abu Bakar ra bahawa mereka telah diizinkan berhijrah, Rasulullah saw keluar menuju ke rumah Abu Bakar ra

pada waktu tengah hari tatkala matahari terik dan berkelubung kepala supaya tiada orang mengenalinya.

5. Abu Bakar ra menyiapkan segala keperluan logistik untuk berhijrah (unta

dan bekalan).

6. Pada malam hijrah, rumah Rasulullah saw dikepung oleh kafir Quraisy.

7. Baginda Rasulullah saw meminta Ali bin Abi Talib ra supaya berbaring

di tempat tidur Baginda.

8. Rasulullah saw membaca ayat ke-9 surah Yasin hingga menyebabkan

semua yang mengepung tidak dapat melihat Baginda saw.

9. Rasulullah saw menuju ke rumah Abu Bakar ra. Pada malam itu juga

mereka keluar melalui pintu belakang rumah Abu Bakar ra.

10. Kumpulan yang mengepung rumah Baginda saw berang apabila mendapati

Ali bin Abi Talib yang berbaring, terus memulakan usaha mencari yang

akhirnya membawa mereka ke depan pintu Gua Thur.

11. Baginda saw bersama Abu Bakar ra menuju ke Gua Thur dan bersembunyi di dalamnya selama tiga hari.

12. Kehadiran sarang burung merpati dan sarang labah-labah menyebabkan musuh menyangka tiada sesiapa di dalam gua tersebut.

13. Setelah tiga hari berlindung di dalam Gua Thur, Rasulullah saw dan Abu Bakar ra meneruskan perjalanan dengan menelusuri jalan pantai

menuju ke Madinah.

14. Terserempak dengan Suraqah bin Malik yang memburu Rasulullah saw.

15. Singgah di khemah Ummu Maabab.

16. Terserempak dengan Abu Buraydah yang turut memburu Rasulullah saw.

17. Tiba di Quba’ yang terletak di pinggiran Madinah. Rasulullah saw membina Masjid pertama di situ.

18. Dari Quba’ mereka menuju ke Madinah pada hari Jumaat. Rasulullah saw menunaikan solat Jumaat di situ bersama Bani Salim. Inilah solat

Jumaat pertama dalam Islam dan khutbah Jumaat pertama.

19. Tiba di Madinah. Ketibaan Rasulullah saw yang agung disambut dengan meriah diiringi irama memuji Baginda saw.

20. Penduduk Madinah berebut-rebut menjemput Baginda saw singgah dan menetap di rumah mereka, namun Baginda saw membiarkan untanya

berhenti di tempat yang ia sukai kerana itu adalah wahyu.

21. Unta Rasulullah saw akhirnya berlutut di hadapan rumah Abu Ayyub Al-Ansari ra. Maka baginda dijemput oleh Abu Ayyub ra agar menetap di

rumahnya sementara menunggu Masjid Nabawi siap dibina.

22. Membina Masjid Nabawi.

23. Menyatukan golongan Ansar (Aus dan Khazraj) dan Muhajirin.

24. Menubuhkan negara Islam yang pertama di dunia dan Rasulullah saw menjadi

pemimpinnya.

25. Mewujudkan Piagam Madinah.

Kronologi Hijrah Rasulullah saw

2 B i l . (07), D isember 2011

Sebelum

Semasa

Selepas

Page 3: PENERBITAN BIL. (07) DISEMBER 2011 Hijrahkan Dirimu · 1. Kafir Quraisy telah merancang membunuh Rasulullah saw dengan melibatkan wakil semua kabilah. 2. Allah memaklumkan Baginda

Armada Hijrah

Sumber: Majalah Solusi, Isu No. 15, Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd.

3 B i l . (07), D isember 2011

Sayidina Ali bin Abi Talib

ra

Tugas-tugas khas Berada di tempat tidur Rasulullah saw bagi mengaburi

mata musuh.

Menyerahkan kembali barang amanah yang berada

dalam jagaan Rasulullah saw kepada empunyanya.

Sayidina Abu Bakar ra Pembantu kanan Abu Bakar menyediakan dua ekor unta beberapa

bulan sebelum Allah mengizinkan hijrah, memberi

makan hingga untanya kuat.

Memastikan keselamatan Rasulullah saw semasa

berada di dalam Gua Thur hingga merelakan dirinya

dipatuk ular.

Memastikan putera-puterinya terlibat sama menjayakan

hijrah dengan menugaskan mereka dengan tugasan

tertentu.

Asma’ binti Abu Bakar rh Logistik makanan Menyediakan makanan dan menghantar kepada

Rasulullah saw dan Abu Bakar semasa mereka

bersembunyi di Gua Thur selama tiga hari.

Suraqah bin Malik ra Penghalang Suraqah memacu kudanya menjejak Rasulullah saw

untuk mendapatkan ganjaran 100 ekor unta, tetapi

kemudiannya pulang sebagai pembantu agama Allah

dengan bertindak menghalang perjalanan mereka yang

memburu Rasulullah saw.

Abdullah bin Abu Bakar ra Sumber maklumat Abdulllah menyampaikan berita/laporan kepada

Rasulullah saw sepanjang Baginda di Gua Thur.

Abdullah berangkat ke sana pada waktu malam dan

kembali ke Makkah sebelum menjelang pagi.

Amir Fuhairiah ra Logistik minuman

Penghapus jejak

Membawa kambing gembalaanya ke pintu gua

menjelang senja supaya Rasulullah saw dapat minum

susu tersebut.

Menghapus jejak-jejak Rasulullah saw, Abu Bakar dan

Abdullah Abu Bakar dengan jejak kaki kambing

gembalaanya.

Abdullah bin Uraiqit Penunjuk jalan Beliau adalah seorang kafir, yang boleh dipercayai

serta seorang penunjuk jalan yang mahir.

Ummu Maabab Rehat dan Rawat (R&R) Kambingnya yang telah kering susu diperah oleh

Rasulullah saw dan berkat doa yang dibacakan oleh

Rasulullah saw, kambing tersebut mengeluarkan susu

dengan banyaknya sehingga mengenyangkan

Rasulullah saw, Abu Bakar, Ummu Maabab dan Abu

Maabab.

Merpati dan labah-labah Pengawal dan menutup

pintu gua Merpati dan labah-labah membina sarang di depan gua

hingga musuh percaya tiada orang di dalam gua.

Page 4: PENERBITAN BIL. (07) DISEMBER 2011 Hijrahkan Dirimu · 1. Kafir Quraisy telah merancang membunuh Rasulullah saw dengan melibatkan wakil semua kabilah. 2. Allah memaklumkan Baginda

Risalah ini diterbit dan diedarkan oleh Biro Dakwah dan Penerbitan, PKKIM Sesi 2010/2012

1. Bersyukur, Bersyukur dan Bersyukur

Syukur adalah kunci penting untuk hidup bahagia. Berjaya melihat apa

yang ada dan tidak terperangkap pada merungut dengan apa yang tiada. Bersyukurlah kerana anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup

dan masih ada kesempatan untuk melakukan ibadah dan pekerjaan

yang terbaik pada hari ini dan semoga lebih baik dari semalam.

2. Pasang Niat untuk Bermotivasi

Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Bina gambaran positif dan elak keganasan dalam segala bentuk sama ada di televisyen, bahan bacaan dan facebook profile. Selain itu, hindari

sebarang perbincangan berbentuk negatif bersama kawan-kawan (mengumpat). Ini kerana energi negatif akan menghalang anda dari

bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri dengan Sesi Motivasi

Luangkan masa pada awal pagi untuk mendengar, membaca atau menonton sesi motivasi dan tazkirah. Apabila kita mengubah gambaran

positif dalam fikiran kita, maka emosi kita akan berubah dan tindakan kita akan berubah kepada positif. Gambaran positif akan menghasilkan

hormon positif dan menghasilkan kesihatan yang baik.

4. Dalam Apa Jua yang Anda Buat, Mulakan dengan Bismillah

Bila anda mula punch card untuk masuk kerja, baca Bismillah dan

pasang niat bekerja kerana Allah. Semoga pekerjaan dan rezeki yang

kita dapat diberkati Allah.

7 tips untuk Bermotivasi Sepanjang Hari

5. Lihat Warna Cerah

Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi

energetik, ceria dan penuh dengan idea. Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah

mood anda menjadi positif.

6. Set Target Kemajuan Diri Sendiri

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai dan setkan untuk setiap hari. Andai anda seorang pekerja, set berapa

tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiap-kan segalanya. Kecekapan seorang pekerja dinilai dari segi kepanta-

san, ketepatan dan kekemasan.

7. Penuhkan Hati dengan Kemaafan

Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang pada waktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. Lepaskan dendam, rasa tidak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu

dengannya. Andai emosi negatif ini bersarang di hati (walaupun sedikit) ia akan menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung. Lebih teruk, anda jadi orang yang

berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda. Oleh itu, berubahlah untuk kecemer-

langan hidup dunia dan akhirat.

Sumber:www.iluvislam.com; kata-kata dipetik daripada Prof Dr Muhaya Muhamad dan Ust.Hasrizal Abd. Jamil.

Hadis Rasulullah saw sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Abdullah bin Amru, Rasulullah saw bersabda:

"Sesungguhnya orang yang benar-benar berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan perkara yang ditegah oleh Allah swt".