penerangan aktiviti hc komunikasi

4
HHHC9201 SET40 KEMAHIRAN KOMUNIKASI Saya Siti Nor Ain Binti Bene, nombor kad matrik A144567 pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur, telah sempurna melaksanakan kerja yang diberi iaitu “Kemahiran Komunikasi” bagi sesi 2013/2014. Saya telah melibatkan diri dalam program ‘One For All, All For One’ dengan amat cemerlang dalam aspek-aspek yang menyeluruh terutama dari segi Kemahiran Komunikasi. Pada bulan Februari yang lalu, pelajar perubatan Tahun 1 telah melaksanakan program motivasi bersama para pelajar Sekolah Menengah Agama Assayidah Khadijah (SMAAK) di Melaka. Dalam program ini, saya telah menyandang jawatan sebagai Ketua Exco Tugas-tugas Khas (TTK). Saya telah diberi tanggungjawab dalam hal-hal seperti melengkapkan peralatan yang diperlukan oleh exco lain dan juga mengatur cara salah satu aktiviti dalam program ini iaitu LDK 1. Dalam melaksanakan aktiviti ini, saya sebagai ketua sangat memainkan peranan dan berkomunikasi dengan ahli-ahli dibawah saya dan juga ahli exco lain. Saya juga berkomunikasi bersama exco yang lain untuk menyediakan peralatan yang mereka perlukan. Dalam aktiviti LDK 1, atas kata sepakat bersama ahli-ahli Exco TTK, kami memilih

Upload: nurerie-nishazlan

Post on 30-Jun-2015

35 views

Category:

Environment


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penerangan aktiviti hc komunikasi

HHHC9201 SET40 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Saya Siti Nor Ain Binti Bene, nombor kad matrik A144567 pelajar Universiti

Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur, telah sempurna melaksanakan kerja yang

diberi iaitu “Kemahiran Komunikasi” bagi sesi 2013/2014. Saya telah melibatkan diri dalam

program ‘One For All, All For One’ dengan amat cemerlang dalam aspek-aspek yang

menyeluruh terutama dari segi Kemahiran Komunikasi.

Pada bulan Februari yang lalu, pelajar perubatan Tahun 1 telah melaksanakan

program motivasi bersama para pelajar Sekolah Menengah Agama Assayidah Khadijah

(SMAAK) di Melaka. Dalam program ini, saya telah menyandang jawatan sebagai Ketua

Exco Tugas-tugas Khas (TTK). Saya telah diberi tanggungjawab dalam hal-hal seperti

melengkapkan peralatan yang diperlukan oleh exco lain dan juga mengatur cara salah satu

aktiviti dalam program ini iaitu LDK 1. Dalam melaksanakan aktiviti ini, saya sebagai ketua

sangat memainkan peranan dan berkomunikasi dengan ahli-ahli dibawah saya dan juga ahli

exco lain. Saya juga berkomunikasi bersama exco yang lain untuk menyediakan peralatan

yang mereka perlukan. Dalam aktiviti LDK 1, atas kata sepakat bersama ahli-ahli Exco TTK,

kami memilih untuk membuat explorace sebagai pengisian. Kelainan tentang aktiviti ini ialah

mereka ditugaskan untuk memberikan satu jawapan dari klu-klu yang kami berikan apabila

mereka melengkapkan tugasan yang diberikan di setiap “checkpoint” dan peraturannya ialah

seorang sahaja yang dibenarkan melaksanakan tugasan untuk satu “checkpoint” serta orang

yang sama tidak dibenarkan melaksanakan tugasan di “checkpoint” lain. Saya dan rakan-

rakan juga membincangkan pengisian yang bermanfaat dalam aktiviti tersebut seperti

Mystery Box iaitu mereka dikehendaki mencari klu dalam kotak yang berisi ulat. Aktiviti ini

melatih mereka menyusun strategi dan berani dalam melaksanakan tugasan. Saya telah

memberikan arahan kepada mereka untuk berkumpul mengikut kumpulan masing-masing.

Page 2: Penerangan aktiviti hc komunikasi

Di samping itu juga, dalam aktiviti bersama pelajar-pelajar Tingkatan 1 Sekolah

Menengah Agama Assayidah Khadijah (SMAAK), pelajar-pelajar tersebut dibahagikan

kepada beberapa kumpulan. Saya dan beberapa rakan lain telah dimasukkan dalam salah satu

kumpulan tersebut dan ditugaskan menjadi fasilitator. Sebagai fasilitator, saya dan rakan-

rakan berjaya meningkatkan semangat dan keyakinan mereka untuk menjadi ketua dalam

setiap aktiviti yang dijalankan. Sebagai pengetahuan, setiap aktiviti kami melantik ketua yang

berlainan supaya mereka dapat merasai kebertanggungjawaban sebagai ketua. Saya juga

dapat berkongsi sedikit sebanyak tentang alam persekolahan saya kepada mereka. Walaupun

mereka masih muda tetapi mereka sepatutnya didedahkan dengan pengisian seperti ini.

Program ini, saya dan ahli-ahli lain dapat berinteraksi dengan baik. Saya dapat

mengaplikasi kemahiran komunikasi bersama pelajar-pelajar sekolah tersebut serta antara

ahli-ahli program ini. Program ini juga mengasah lagi bakat saya dalam kemahiran

komunikasi. Menjadi ketua Exco TTK juga mengubah diri saya daripada pasif kepada lebih

menglibatkan diri dalam aktiviti seperti ini. Program ini juga mengeratkan lagi hubungan

silaturahim antara Pelajar Perubatan Tahun 1 dan masyarakat iaitu pelajar-pelajar sekolah

tersebut.

Secara keseluruhan program ini berjalan dengan lancar berikutan sikap komunikasi

yang tinggi dan baik dipamerkan oleh setiap ahli program. Walaupun terdapat sedikit

permasalahan ketika pelaksanaan program namun berjaya diatasi dengan baik dan terdapat

alternatif lain yang digunakan bagi meminimakan permasalahan ini. Tayangan video ilmiah

telah dipaparkan kepada para pelajar sementara masalah ini diselesaikan.