peneraju transformasi perkhidmatan awam · amerika syarikat, jepun, norway, sweeden, serta...

24
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM Buletin @J PA Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam EDISI 6 JULAI 2017 MAJLIS PENYERAHAN SIJIL PENGIKTIRAFAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) KATEGORI CEMERLANG JABATAN PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2017 Muka surat 10 Muka surat 4-9 Muka surat 16 Muka surat 2-3 Bengkel Focus Group Pelan Induk Pengurusan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam 2018 - 2050 KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN PENYAMPAIAN ALTERNATIF (ASD) DALAM PERKHIDMATAN AWAM JPA komited kepada pengurusan dan pembangunan sumber manusia yang berprestasi 5nggi, dinamik, berkesan, cekap dan adil bagi mewujudkan sektor awam yang cemerlang dan berpaksikan rakyat. DASAR KUALITI M S I S O 9 0 0 1 : 2 0 1 5 Jabatan Perkhidmatan Awam UCAPAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM DALAM PERHIMPUNAN BULANAN

Upload: ngokien

Post on 28-Apr-2019

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam · Amerika Syarikat, Jepun, Norway, Sweeden, serta organisasi korporat terpilih untuk dijadikan panduan dalam pembangunan Pelan Induk Pengurusan

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Bu le ti n @J PAPeneraju Transformasi Perkhidmatan Awam

EDIS

I 6

JULA

I 201

7

MAJLIS PENYERAHAN SIJIL PENGIKTIRAFAN EKOSISTEMKONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) KATEGORI CEMERLANG JABATAN PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2017

Muka surat 10

Muka surat 4-9

Muka surat 16

Muka surat 2-3

Bengkel Focus Group Pelan Induk Pengurusan

Sumber ManusiaPerkhidmatan Awam

2018 - 2050

KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN PENYAMPAIAN ALTERNATIF

(ASD) DALAMPERKHIDMATAN AWAM

JPA komited kepada pengurusan dan pembangunan sumber manusia yang berprestasi 5nggi, dinamik, berkesan, cekap dan adil bagi mewujudkan sektor awam yang cemerlang dan berpaksikan rakyat.

Bahagian Khidmat Pengurusan

DASAR KUALITI MS ISO 9001:2015 Jabatan Perkhidmatan Awam

UCAPAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM DALAM PERHIMPUNAN

BULANAN

Page 2: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam · Amerika Syarikat, Jepun, Norway, Sweeden, serta organisasi korporat terpilih untuk dijadikan panduan dalam pembangunan Pelan Induk Pengurusan

Bu le ti n @J PA

22

UCAPAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAMDALAM PERHIMPUNAN BULANAN

Oleh : Bahagian Pasca Perkhidmatan

1

2

dititikberatkan

dan tugasan

peka dan berpeka dan berpeka dan berpeka dan berpeka dan berpeka dan berpeka dan berpeka dan berpeka dan berpeka dan berpeka dan berpeka dan berpeka dan berpeka dan berpeka dan berpeka dan berpeka dan berpeka dan berpeka dan berpeka dan berpeka dan berpeka dan berpeka dan berpeka dan berpeka dan ber

Page 3: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam · Amerika Syarikat, Jepun, Norway, Sweeden, serta organisasi korporat terpilih untuk dijadikan panduan dalam pembangunan Pelan Induk Pengurusan

Bu le ti n @J PA

3

3

4

8

8

Page 4: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam · Amerika Syarikat, Jepun, Norway, Sweeden, serta organisasi korporat terpilih untuk dijadikan panduan dalam pembangunan Pelan Induk Pengurusan

Bu le ti n @J PA

4

Lima komponen utama yang perlu diberi perhatian dalam pembangunan PIPSMPA 2018 -2050 iaitu Kepimpinan, Organisasi, Modal Insan, Strategi Penyampaian Perkhidmatan dan Budaya Perkhidmatan Awam.

YBhg. Dato’ dalam ucapannya telah menyentuh tentang Perkhidmatan Awam secara keseluruhannya mengalami pelbagai perubahan dan evolusi ke arah penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dan berkesan kepada rakyat. Beliau turut menambah Perkhidmatan Awam Malaysia dan dunia umumnya bakal berhadapan dengan cabaran baharu berdasarkan persekitaran global yang lebih mencabar seperti faktor ekonomi global, sumber terhad, pemusatan kuasa, mobiliti tenaga kerja, keselamatan dan perubahan & perkembangan teknologi yang pantas.

Beliau juga turut menegaskan bahawa Perkhidmatan Awam:• perlu berubah dari kaedah tradisional “harvesting” dalam mengenalpasti kepimpinan baharu dengan menggunakan kaedah baharu seperti “hunting”, “fishing” dan “trawling”. Pendekatan ini adalah lebih proaktif secara tidak langsung membentuk ciri kepimpinan seseorang penjawat awam;• Perlu mengenalpasti strategi-strategi baharu ke arah menambahbaik struktur pentadbiran perkhidmatan awam di Malaysia yang terlalu berpusat;• perlu melihat tentang cabaran pembangunan modal insan di masa hadapan seperti faktor penuaan populasi dan millenials;• disarankan untuk meneroka model baharu sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih mapan dan berorientasikan pelanggan (customer- centric) dengan sentiasa mengambil kira sentimen dan emosi pelanggan; dan• sentiasa peka, responsif serta mengamalkan budaya kerja yang kreatif dan inovatif.

Di akhir ucapan, beliau menyarankan agar peserta bengkel mengambil kira senario masa hadapan yang akan mendorong perkhidmatan awam Malaysia ke arah Perkhidmatan Awam Malaysia perlu “future-ready” serta kaedah amalan terbaik perkhidmatan awam negara-negara luar seperti Korea, Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun, Norway, Sweeden, serta organisasi korporat terpilih untuk dijadikan panduan dalam pembangunan Pelan Induk Pengurusan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam ini.

Perkhidmatan Awam Malaysia perlu bersifat future-ready dan membuat persiapan awal untuk mengambil ruang dan peluang bagi menghadapi senario dan cabaran yang menanti pasca 2020.

Ucapan Oleh YBhg. Dato’ Nor Inchun Mohamad Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi)

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menganjurkan Bengkel Focus Group Pelan Induk Pengurusan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam (PIPSMPA) 2018 – 2050 yang bertujuan untuk menggariskan dasar dan hala tuju strategik pengurusan sumber manusia perkhidmatan awam bagi mendukung aspirasi Kerajaan ke arah agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50). Bengkel ini telah dihadiri oleh pegawai dari JPA, MAMPU dan RSOG. Hari pertama bengkel telah dimulakan dengan ucaptama oleh YBhg. Dato’ Nor Inchun Mohamed Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi).

BENGKEL FOCUS GROUP PELAN INDUK PENGURUSAN SUMBER MANUSIAPERKHIDMATAN AWAM 2018-2050

Oleh : Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar

Page 5: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam · Amerika Syarikat, Jepun, Norway, Sweeden, serta organisasi korporat terpilih untuk dijadikan panduan dalam pembangunan Pelan Induk Pengurusan

5

Bu le ti n @J PA

In session 1, Puan Kartina Abdul Latif, Senior Executive Director in Price waterhouse Coopers (PwC) South East Consulting Services, shared 5 global megatrends that will influenced the goverment that are demographic shifts; shift in economic power; accelerating urbanisation; climate change and resource scarcity; and technological breakthroughs - implementation of smart goverment.

MEGATRENDS IMPACT ON GOVERMENT & PUBLIC SECTOR

Therefore, the is a need for the goverment to priotize into the improvements in customer experience and outcomes span across 7 areas;

As the world is changing, the citizens’ expectation of government are shifting:• governing for citizens towards governing with

citizens;• organisation silos towards organisations

networks;• goverment as service provider towards

goverment as service facilitator/broker/commisioner;

• citizen under control towards citizen in control;• forced cooperation based on enforment towards

mutual collaboration based on trust; and• trust in the “strong leader” towards trust in each other; the servant leader.

PUBLIC SERVICE DELIVERY

The speaker also emphasized on five (5) strategic enablers towards citizen-centric service delivery model encompassing customer centricity by aligning public agency priorities to customer requirements; a connected goverment calls ie. breaking down intra-departmental silos; building capacity as a response to deliver an increasing board and complex range of services to the peolpe; realising benefits by adopting the right service delivery model; and establishing smart partnerships beyond the goverment unlocks value to provide better servis to the people.

Puan Kartina was of the view that public services will need to project a clear and vibrant picture for the future which energises internal and external stakeholders towards creating the society of the future for citizens of tomorrow, today by having a trusted, sustainable and collaborating government. Therefore leaders in JPA shall play an important role to propel Malaysian Civil Service to greater heights which lies in leadership and culture.

session 1:Transforming public service deliveryBy : Research, Planning and Policy Division

Page 6: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam · Amerika Syarikat, Jepun, Norway, Sweeden, serta organisasi korporat terpilih untuk dijadikan panduan dalam pembangunan Pelan Induk Pengurusan

Bu le ti n @J PA

6

On behalf of The ICLIF Leadership and Governance Centre, Australian Mr. Peter Webb shared about leadership specifically on how to adapt with the accountability among the public sector services. INTAN HRD Master Plan 2018 - 2050, identified four key aspects in the Leadership Capability Framework. The four key aspects are:

• future-oriented thinking;• equality and values driven;• social entrepreneur mind set; and• political acumen/astuteness.

Research by ICLIF on leadership shows thatpeople are tend to feel more intrinsically motivated with the value of 46% rather than extrinsically motivated with the value of 27%. Thus, from the statement above, it shows how leadership are important to mend human energy especially in the public sector services.

Leadership is well-defined as the art of harnessing the human energy towards creating a better future. Thus, leadership really play their important role in creating a sustainable service delivery among the employees. He explained that the turning point of mending leadership starts with energising oneself. Which depends on the purpose, value, and the power of mind that the employees possess.

The next processes of creating a sustainable service delivery will be enlist and energise the co-leader, from the word I to the word we and from the subordinated to the co-leaders and energise the entire organisation (as the brain, bones, nerves).

Mr Peter Webb in a view that leadrship shallfocus on the wisdom of making the right decision atthe right delivery, making a right decision is important as it is only based on certain experience that one person have, it is also about how leader thinks of the impact and consequences post-decision making process. In the public sector, it is quite critical to ensure in giving out the right decision because it is on half of the Goverment in serving the citizen towards a better future.

Thus, in creating a better future environment of Malaysia, leaders should have the wisdom in engaging with the employees as it is important towards a better public sector delivery.

Source: Mr. Peter Webb,The ICLIF Leadership

and GovernanceCentre

session 2:What leadership characteristics will malaysian civil service leaders need

post-2020By : Research, Planning and Policy Division

S

S

S

Page 7: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam · Amerika Syarikat, Jepun, Norway, Sweeden, serta organisasi korporat terpilih untuk dijadikan panduan dalam pembangunan Pelan Induk Pengurusan

7

Bu le ti n @J PA

Sesi perkongsian yang ketiga disampaikan oleh Tuan Ahmad bin Tuan Wil, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan, Jabatan Peguam Negara mengenai pelaksanaan Projek Bekerja dari Rumah (BDR) di Jabatan Peguam Negara (AGC).

Projek BDR di AGC telah dijalankan bermula daripada tahun 2012 dan sehingga kini seramai 771 pegawai terlibat dalam program BDR yang sebahagian besarnya terdiri daripada pegawai yang terlibat dalam tugasan gubalan.

Pelaksanaan BDR ini melibatkan penggunaan teknologi, maklumat dan komunikasi bagi maksud pemantauan dan pelaksanaan tugas oleh pegawai yang terlibat. Pegawai yang terlibat dipantau melalui sistem Integrated Legal Management Services (ILMS) dan portal Chambers Virtual Office (CVO) di mana semua tugasan harian pegawai perlu dilaporkan melalui sistem berkaitan.

Pelaksanaan BDR ini wajar dipertimbangkan untuk diperluaskan pelaksanaannya mengambil kira bidang tugas yang bersesuaian serta cabaran baharu pengurusan sumber manusia di masa hadapan.

Sesi perkongsian ilmu yang terakhir telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Khalif Muammar bin A. Harris dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang berkongsi tentang keperluan untuk memupuk budaya kecemerlangan. Salah satu nilai penting yang dapat memastikan Malaysia berada di landasan yang betul ialah penerapan Budaya Kecemerlangan yang kuat dalam diri kita. Ini boleh memacu Malaysia ke arah kejayaan serta menjamin prestasi yang lebih tinggi.

Penerapan budaya ini masih lagi diperluaskan, dan penerimaan serta kesedaran masyarakat terhadap konsep budaya kecemerlangan ini amat penting untuk menghalakan Malaysia ke tahap pencapaian yang lebih tinggi.

Antara elemen penting dalam pembentukan budaya kecemerlangan yang telah dikongsikan oleh Dr. Khalif adalah:• pegangan agama sebagai asas dan panduan kehidupan;• mengambil pendekatan bersederhana dalam segala aspek kehidupan – isitlah ‘Ma’(Jepun) bermaksud

minimalis;• mencintai ilmu pengetahuan;• kepimpinan yang punyai ciri-ciri berhikmah (wisdom), berani (courage), bersederhana (temperance), dan adil (justice) – Four Cardinal Virtues;• meneladani sifat nabi ie. siddiq (benar), amanah, tabliqh (menyampaikan), fatanah (bijaksana);

sesi 3:pelaksanaan projek bekerja dari rumah di jabatan peguam negara

sesi 4:memugar budaya kecemerlangan

Oleh : Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar

Oleh : Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar

Page 8: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam · Amerika Syarikat, Jepun, Norway, Sweeden, serta organisasi korporat terpilih untuk dijadikan panduan dalam pembangunan Pelan Induk Pengurusan

Bu le ti n @J PA

8

sekitar bengkel focus Group pelan indukpengurusan sumber manusia perkhidmatan awam 2018-2050

Oleh : Bahagian Penyelidikan, Perancangan & Dasar

Page 9: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam · Amerika Syarikat, Jepun, Norway, Sweeden, serta organisasi korporat terpilih untuk dijadikan panduan dalam pembangunan Pelan Induk Pengurusan

9

Bu le ti n @J PA

sekitar bengkel focus Group pelan indukpengurusan sumber manusia perkhidmatan awam 2018-2050

Oleh : Bahagian Penyelidikan, Perancangan & Dasar

Page 10: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam · Amerika Syarikat, Jepun, Norway, Sweeden, serta organisasi korporat terpilih untuk dijadikan panduan dalam pembangunan Pelan Induk Pengurusan

Bu le ti n @J PA

10

MAJLIS PENYERAHAN SIJIL PENGIKTIRAFAN EKOSISTEM KONDUSIf SEKTOR AWAM (EKSA)KATEGORI CEMERLANG JABATAN PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2017

Tahniah diucapkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kerana telah dianugerahkan Sijil Pengiktirafan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Kategori Cemerlang pada 1 Jun 2017 oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri.

Penyampaian Sijil Pengiktirafan EKSA oleh Ketua Pengarah MAMPU, YBhg. Dato’ Dr. Mazlan Yusoff kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim Seman telah disempurnakan pada 21 Jun 2017 di Auditorium JPA semasa Majlis Perhimpunan Bulanan JPA. Semoga pengiktirafan ini memberi semangat kepada warga JPA untuk mengekalkan persekitaran yang lebih kondusif di tempat kerja dan secara tidak langsung meningkatkan motivasi serta mutu kerja di kalangan warga.

Oleh : Bahagian Khidmat Pengurusan

Page 11: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam · Amerika Syarikat, Jepun, Norway, Sweeden, serta organisasi korporat terpilih untuk dijadikan panduan dalam pembangunan Pelan Induk Pengurusan

11

Bu le ti n @J PA

Kerajaan sentiasa prihatin dalam menjaga kebajikan penjawat awam. Dalam hal ini, Kerajaan telah menyediakan peraturan Bayaran Pembaharuan Lesen Memandu bagi pemandu kenderaan Kerajaan atau pegawai yang ditugaskan untuk memandu kenderaan-kenderaan Kerajaan. Peraturan berkaitan kemudahan ini telah ditambah baik melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2017 supaya Bayaran Pembaharuan Lesen Memandu dapat dilaksanakan dengan berkesan dan teratur.

Secara ringkasnya, Bayaran Pembaharuan Lesen Memandu diberikan kepada pegawai bertaraf tetap dan kontrak yang dilantik sebagai pemandu kenderaan Kerajaan atau pegawai yang diarahkan secara bertulis oleh Ketua Jabatan untuk memandu kenderaan Kerajaan. Pegawai yang layak hanya boleh menerima Bayaran Pembaharuan Lesen Memandu yang dibuat pada tahun semasa sahaja.

Bagi kes ini, tuan boleh menerima Bayaran Pembaharuan Lesen Memandu melalui dua (2) kaedah. Kaedah pertama, tuan perlu membiayai kos pembaharuan lesen memandu tersebut terlebih dahulu dan seterusnya mengemukakan tuntutan bayaran kepada jabatan. Kaedah yang kedua, tuan boleh memohon kepada jabatan bagi mendapatkan wang pendahuluan untuk memperbaharui lesen memandu.

Tuan adalah diingatkan untuk membuat pembaharuan lesen memandu sebelum tarikh lesen tersebut tamat tempoh. Ini kerana, sebarang bayaran denda yang dikenakan kerana kelewatan memperbaharui lesen memandu tidak akan ditanggung oleh pihak jabatan. Juga menjadi tanggungjawab tuan untuk memastikan tuntutan bayaran yang dikemukakan adalah teratur dan mematuhi peraturan yang berkuat kuasa.

Penjelasan lanjut mengenai pemberian Bayaran Pembaharuan Lesen Memandu ini boleh dirujuk di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2017.

Alhamdulillah, tahun lalu saya telah dilantik sebagai Pemandu Kenderaan Gred H11 di salah sebuah agensi Kerajaan di Putrajaya. Saya amat bersyukur di atas pelantikan ini. Pendapatan yang saya perolehi tidaklah sebanyak mana, hanya cukup untuk menyara diri dan keluarga saya yang besar.

Namun, kini saya berada dalam kemusykilan. Lesen memandu saya akan tamat tempoh tidak lama lagi. Sekiranya tidak diperbaharui, saya tidak boleh membawa kenderaan Jabatan kerana ia melanggar peraturan jalan raya di negara ini. Saya perlu memperbaharui lesen memandu saya. Tetapi, saya tidak mempunyai wang untuk menampung kos pembaharuan lesen. Lebih-lebih lagi saya memerlukan duit untuk membayar bil api dan air yang sudah lama tertunggak.

Apa yang perlu saya lakukan?

Pemandu Cermat Putrajaya

Mai sat, che’ nak habaqOleh : Bahagian Saraan

Page 12: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam · Amerika Syarikat, Jepun, Norway, Sweeden, serta organisasi korporat terpilih untuk dijadikan panduan dalam pembangunan Pelan Induk Pengurusan

Bu le ti n @J PA

12

INFO PESARA 1Oleh : Bahagian Pasca Perkhidmatan

Bagaimana Kira Pencen Terbitan Bagi Pesara Yang Meninggal Dunia dan Meninggalkan 2 Orang Balu.

Soalan:Nama saya Safura. Suami saya Sidi Oraza, seorang pesara Kerajaan. Beliau telah bersara pada tahun 2010. Kami telah berkahwin pada tahun 1992 dan telah dikurniakan 2 orang puteri yang kini berumur 17 tahun dan 19 tahun.

Untuk makluman, suami saya baru sahaja meninggal dunia pada Sabtu yang lalu setelah seminggu terlantar di Hospital Kuala Lumpur akibat radang paru-paru.Baru-baru ini, saya telah mendapat makluman bahawa arwah suami mempunyai isteri kedua yang tinggal di utara tanah air. Mereka telah berkahwin pada tahun 2006 dan hasil perkahwinan tersebut dikatakan telah mempunyai 3 orang anak. Saya amat terkilan kerana arwah suami tidak pernah menceritakan hal ini kepada saya.

Soalan saya, adakah balu ke 2 ini juga layak memohon pencen terbitan suami saya? Jika ya, sampai bila?Adakah anak hasil perkahwinan ke dua ini juga layak menerima pencen suami saya? Sebelum mereka berkahwin, isteri keduanya itu merupakan seorang janda yang telah mempunyai seorang anak, anak tiri tersebut pun layak ke?

Bagaimana dengan pembahagian pencen tersebut? Cara pengiraannya?Sepatutnya saya la yang dapat lebih kan, sebab saya isteri pertamanya? Selama 6 bulan sejak suami saya sakit, sayalah yang menjaganya.

Page 13: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam · Amerika Syarikat, Jepun, Norway, Sweeden, serta organisasi korporat terpilih untuk dijadikan panduan dalam pembangunan Pelan Induk Pengurusan

13

Bu le ti n @J PAJawapan:Puan, untuk makluman, Pencen Terbitan merupakan suatu faedah persaraan yang dibayar setiap bulan kepada balu atau duda, dan anak anggota berpencen (mati dalam perkhidmatan) atau pesara yang telah meninggal dunia (mati dalam persaraan).Formula perkiraan Pencen Terbitan adalah sama dengan formula yang digunakan bagi Pencen Perkhidmatan.

Kadar bayaran pencen terbitan adalah mengikut pembahagian syer berikut :

a) Balu/Balu-balu/Duda : 2 syer bagi tiap-tiap seorangb) Anak-anak : 1 syer bagi tiap-tiap seorang anak.

Pencen terbitan ini layak dituntut oleh:- balu/balu-balu/duda- anak-anak yang berumur di bawah 21 tahun**ibu bapa gemulah (si mati) tidak layak menerima pencen terbitan

Bagi menjawab persoalan puan di atas, inilah jawapan-jawapannya:

1. Adakah balu ke-2 ini juga layak memohon pencen terbitan suami saya? Jika ya, sampai bila? Jawapan : Ya, jika dapat dibuktikan bahawa perkahwinan tersebut dilangsungkan secara sah, maka isteri kedua juga layak menuntut pencen terbitan tersebut.

*** dalam kes ini, kedua-dua isteri dikahwini oleh gemulah semasa gemulah masih sedang berkhidmat, oleh itu, kedua-duanya layak menerima pencen terbitan tersebut sepanjang hayat, tiada had tempoh, tiada susutan kadar pencen, walaupun balu-balu ini berkahwin semula dengan suami baharu di masa akan datang.

2. Adakah anak hasil perkahwinan ke dua ini juga layak menerima pencen suami saya? Jawapan : Ya, setiap anak di bawah umur 21 tahun termasuklah anak kandung, anak tiri atau anak angkat (yang telah didaftarkan) layak menuntut pencen terbitan tersebut.

*** sekiranya pesara mempunyai anak yang cacat otak atau anak yang hilang upaya jasmani, cacatnya kekal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, maka anak cacat ini layak menerima pencen terbitan sepanjang hayatnya.

3. Adakah sepatutnya saya yang dapat lebih pencen terbitan tersebut sebab saya isteri pertamanya? Jawapan : Tidak semestinya. Pembahagian pencen terbitan dibuat mengikut formula perkiraan dan pembahagian syer sepertimana mengikut kelayakan yang ditetapkan.

4. Bagaimana pembahagian pencen terbitan tersebut dibuat? Jawapan : Untuk menjawab soalan ini, kami sertakan contoh bagaimana perkiraan pencen terbitan dibuat sekiranya gemulah (si mati) meninggalkan 2 orang balu dan 5 orang anak dengan kadar pencen bulanannya RM1,000. Sila rujuk kepada gambarajah yang dilampirkan ini.

Page 14: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam · Amerika Syarikat, Jepun, Norway, Sweeden, serta organisasi korporat terpilih untuk dijadikan panduan dalam pembangunan Pelan Induk Pengurusan

Bu le ti n @J PABu le ti n @J PABu le ti n @J PA

14

INFO PESARA 2

INFO PESARA 3

Oleh : Bahagian Pasca Perkhidmatan

Oleh : Bahagian Pasca Perkhidmatan

BAGAIMANA PENGIRAAN PENCENSebelum tahun 2009, Kadar Pengiraan Pencen adalah terhad kepada perkhidmatan selama 25 tahun sahaja. Ianya dikenali sebagai Pencen Maksimum.Dengan kata lain, penjawat awam yang berkhidmat lebih 25 tahun (300 bulan) ketika sebelum itu hanya akan menerima pencen maksimum 50% daripada gaji pokok terakhirnya sahaja.

Namun, sejak 2009 hingga kini, kadar pengiraan pencen maksimum telah dinaikkan oleh Kerajaan kepada tempoh 30 tahun perkhidmatan.

Penjawat awam / pesara yang telah berkhidmat selama 30 tahun (360 bulan) dan ke atas akan menerima pencen maksimum sebanyak 60% atau 3/5 daripada gaji pokok terakhirnya.

Untuk makluman, hanya beberapa negara sahaja di dunia ini yang memberikan kadar pencen maksimum sebanyak 60% kepada pesara Kerajaan dan Malaysia adalah salah satu daripadanya. Terbaik kan?

Soalan Penjawat Awam (Bakal Pesara):

Nama saya Julia Jamali, Saya berumur 45 tahun dan telah berkhidmat selama 18 tahun (dilantik pada1 Oktober 1999) sebagai Penolong Pegawai Tadbir di Jabatan Kajicuaca. Saya telah memilih skim pencen dan memilih opsyen umur persaraan 60 tahun.

Jika saya ingin bersara pada 1 Disember 2017, bagaimanakah cara untuk saya memohonnya? Apakahfaedah-faedah persaraan yang akan saya terima? Betulkah pencen bulanan saya hanya akan dibayar pada umur saya 60 tahun?

Jawapan:

Puan Julia, mengikut Seksyen 12, Akta Pencen 1980 : Syarat-syarat memohon persaraan pilihan:

- berumur sekurang-kurangnya 40 tahun pada tarikh kuatkuasa persaraan pilihan;- berkhidmat sekurang-kurangnya selama 10 tahun dalam perkhidmatan yang boleh diambilkira (tanpa sebarang cuti tanpa gaji, cuti berlebihan atau tempoh yang tidak layak); dan- mendapat sokongan Ketua Jabatan

Page 15: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam · Amerika Syarikat, Jepun, Norway, Sweeden, serta organisasi korporat terpilih untuk dijadikan panduan dalam pembangunan Pelan Induk Pengurusan

15

Bu le ti n @J PA

Faedah-faedah yang bakal diterima setelah diluluskan persaraan pilihan?

1. Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) Formula perkiraan

1/30 x GCR x Gaji (gaji pokok termasuk imbuhan tetap)

2. Ganjaran perkhidmatan (gratuity)Formula perkiraan 7.5% x tempoh perkhidmatan dalam bulan x gaji pokok akhir

Pencen bulanan bila akan dibayar?

- ianya bergantung kepada tarikh lantikan anda- sekiranya anda dilantik sebelum 12 April 1991, jika anda ingin bersara pilihan, maka pencen bulanan akan mula dibayar

a) Pada umur 45 tahun bagi semua anggota/pegawai wanita, anggota polis berpangkat rendah daripada ASP (Inspektor ke bawah), anggota bomba berpangkat rendah, pegawai penjara (bawah dari pangkat penguasa penjara) jururawat lelaki yang bertugas di hospital mental Kerajaan; dan

b) pada umur 50 tahun bagi semua anggota / pegawai lelaki selain jawatan di atas (a).

- sekiranya anda dilantik selepas 12 April 1991, sekiranya anda ingin bersara pilihan, pencen akan mula dibayar kepada anda apabila anda mencapai umur 55 tahun, walaupun opsyen umur persaraan wajib anda adalah pada 60 tahun,anda tetap akan menerima pada umur 55 tahun dan tidak sebelum umur itu.Ini bagi menjawab soalan ke 3 puan di atas. Peraturan ini adalah sepertimana pindaan yang telah dibuat pada tahun 2011 dan masih berkuatkuasa sehingga ke hari ini.

** tiada sebarang konsep persaraan pilihan bagi penjawat awam yang memilih skim KWSP. Anda dikira meletakkan jawatan dan anda hanya layak menuntut caruman majikan dan caruman pekerja/anggota sahaja, tiada sebarang faedah persaraan dan perubatan akan diberikan kepada anda sekeluarga.

Cara memohon :- hantar surat permohonan kepada Ketua Jabatan- Permohonan dihantar ke JPA/KWAP melalui perakuan dan sokongan Ketua Jabatan- Dokumen yang lengkap perlu dikemukakan ke JPA/KWAP dalam tempoh tidak kurang dari 3 bulan daripada tarikh persaraan pilihan (Pekeliling Bil. 4 tahun 2003)

H

Page 16: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam · Amerika Syarikat, Jepun, Norway, Sweeden, serta organisasi korporat terpilih untuk dijadikan panduan dalam pembangunan Pelan Induk Pengurusan

Bu le ti n @J PA

16

Perubahan dunia dengan kemajuan informasi dan teknologi yang semakin pesat memerlukan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cekap dan berkesan. Oleh itu, kaedah dan pelaksanaan penyampaian perkhidmatan awam perlu sentiasa ditambahbaik agar perkhidmatan awam dapat kekal relevan dan menepati kehendak dan keperluan rakyat.

Salah satu mekanisme yang sesuai dilaksanakan adalah melalui penyampaian perkhidmatan alternatif (Alternative Service Delivery – ASD). ASD melibatkan proses penstrukturan semula perkhidmatan sektor awam dengan penglibatan pihak ketiga sama ada swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi berasaskan komuniti (CBO) bagi menyediakan perkhidmatan yang berkesan kepada rakyat secara kolaborasi dan bersepadu. Mekanisme ini telah dilaksanakan di negara-negara maju khususnya dalam perkhidmatan yang melibatkan pihak ketiga yang mempunyai kepakaran tinggi seperti kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan sosial.

Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), ASD telah dikenalpasti sebagai salah

satu langkah transformasi dalam penyampaian perkhidmatan awam. Melalui ASD, peranan NGO dan CBO akan mencapai tahap yang lebih inklusif dan signifikan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada kumpulan sasaran, selain mengurangkan kekangan fiskal Kerajaan. Sebagai permulaan, ASD akan dilaksanakan dalam perkhidmatan sosial iaitu penjagaan warga emas dan pemulihan dadah.

Bagi memastikan mekanisme ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui pelaksanaan kajian kebolehlaksanaan ASD dalam tempoh enam (6) bulan bermula pada bulan Mei dan akan berakhir pada bulan November 2017. Kajian ini akan membantu menentukan kebolehlaksanaan mekanisme ASD bagi kedua-dua perkhidmatan penjagaan warga emas dan pemulihan penagihan dadah berdasarkan penanda arasan dan amalan terbaik pelaksanaan ASD di luar negara.

Selain itu, kajian dari sudut implikasi kewangan dan perundangan turut dilakukan bagi memastikan tiada kekangan apabila kedua-dua projek rintis ini dilaksanakan kelak. Hasil kajian ini akan mencadangkan kaedah dan model-model pelaksanaan yang bersesuaian serta mengeluarkan garis panduan bagi penyampaian perkhidmatan alternatif untuk penjagaan warga emas dan pemulihan penagihan dadah. Garis panduan ini merupakan asas untuk pelaksanaan ASD dalam perkhidmatan-perkhidmatan lain yang bersesuaian dalam perkhidmatan awam.

kajian kebolehlaksanaan penyampaian alternatif (asd) dalamperkhidmatan Awam

Oleh : Bahagian Transformasi Sektor Awam

Page 17: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam · Amerika Syarikat, Jepun, Norway, Sweeden, serta organisasi korporat terpilih untuk dijadikan panduan dalam pembangunan Pelan Induk Pengurusan

17

Bu le ti n @J PA

10 Julai 2017

18 Julai 2017

25 Julai 2017

31 Julai 2017

YBhg Datuk Dr Rose Lena Binti Lazemi, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat (KPWKM)

Puan Shareen Shariza Binti Dato’ Abdul Ghani,Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp

YBhg. Dato’ HJ. Mohamad Khairudin Bin HJ. Mohamad,Pengarah Seranta Felda JPM

YBhg. Dato’ Abdul Mutalib AliasKetua Pegawai Eksekutif PR1MA

kunjungan hormat kepada kppaOleh : Unit Komunikasi Korporat

Page 18: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam · Amerika Syarikat, Jepun, Norway, Sweeden, serta organisasi korporat terpilih untuk dijadikan panduan dalam pembangunan Pelan Induk Pengurusan

Bu le ti n @J PA

18

11.07.2017

15.07.2017

Dewan Mezzanine

Melaka

Wacana TN50 KPPA bersama Warga JPA

Program Ekspresi Negaraku

sorotan program jpa sepanjang julai 2017

Page 19: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam · Amerika Syarikat, Jepun, Norway, Sweeden, serta organisasi korporat terpilih untuk dijadikan panduan dalam pembangunan Pelan Induk Pengurusan

19

Bu le ti n @J PA

24.07.2017

24.07.2017 Walkabout 1serve @ UTC Perak

Walkabout 1Serve @ Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)

Page 20: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam · Amerika Syarikat, Jepun, Norway, Sweeden, serta organisasi korporat terpilih untuk dijadikan panduan dalam pembangunan Pelan Induk Pengurusan

Bu le ti n @J PA

20

keratan akhbarOleh : Institut Tadbiran Awam Negara

Page 21: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam · Amerika Syarikat, Jepun, Norway, Sweeden, serta organisasi korporat terpilih untuk dijadikan panduan dalam pembangunan Pelan Induk Pengurusan

21

Bu le ti n @J PA

Page 22: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam · Amerika Syarikat, Jepun, Norway, Sweeden, serta organisasi korporat terpilih untuk dijadikan panduan dalam pembangunan Pelan Induk Pengurusan

Bu le ti n @J PA

22

Page 23: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam · Amerika Syarikat, Jepun, Norway, Sweeden, serta organisasi korporat terpilih untuk dijadikan panduan dalam pembangunan Pelan Induk Pengurusan

23

Bu le ti n @J PA

Page 24: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam · Amerika Syarikat, Jepun, Norway, Sweeden, serta organisasi korporat terpilih untuk dijadikan panduan dalam pembangunan Pelan Induk Pengurusan