pendidikan seni visual

34
 DRAF KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA  PENDIDIKAN SENI VISUAL  TAHUN EMPAT

Upload: siti-nur-akma

Post on 16-Oct-2015

73 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

DSKP TAHUN 4 (MASALAH PEMBELAJARAN)

TRANSCRIPT

DRAF

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENDIDIKAN SENI VISUAL

TAHUN EMPAT

DRAF

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

PENDIDIKAN SENI VISUAL

TAHUN EMPAT

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Cetakan Pertama 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yangseimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegaraMalaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

SENARAI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

PENDAHULUAN1

MATLAMAT1

OBJEKTIF1

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG2

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD3

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI3

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM4

FOKUS MATA PELAJARAN6

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN6

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU7

PENTAKSIRAN7

PERLAKSANAAN PdP DAN PENAKSIRAN SEKOLAH10

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PRESTASI12

DRAF

1PENDAHULUAN

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran adalah bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan tidak membebankan murid, ini selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Bagi memenuhi keperluan individu proses pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.

KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga

menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.

MATLAMAT

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran digubal dengan matlamat untuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

OBJEKTIF

KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran membolehkan murid:i.mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang bergunaii.mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian

2iii.menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan berkerjayaiv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurnav.menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmukvi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islamvii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadahix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya

x.menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:

i. Komunikasi

ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai iii. Kemanusiaaniv. Sains dan Teknologi

v. Perkembangan Fizikal dan Estetika vi. Keterampilan Diri

Bentuk Kurikulum Transformasi

10KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemenpengetahuan, kemahiran dan nilai.

berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir.

Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun

5.1Standard Kandungan1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif

Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patutTinggi (KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran

ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempohdari aras rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011,

persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiranKurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi

dan nilai.penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

5.2 Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi Standard Kandungan.

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir,

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta seperti Jadual 1.

murid berfikir. Murid diberi tanggungjawab di atas pembelajaran mereka.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

KBATPeneranganMengaplikasiMenganalisisMenilaiMencipta Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dannilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkaraMencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaanMembuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasimenghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan inovatifJadual 1: Penerangan KBAT

Kemahiran ini ditulis secara eksplisit di dalam setiap kurikulum mata pelajaran.

KBAT boleh diaplikasikan di dalam bililik darjah melalui aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan Thinking Hats serta penyoalan aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan

Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar, Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR dikekalkan dan ditambah dengan memperkenalkan elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Kreativiti dan Inovasi

Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea, pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu. Elemen kreativiti dan inovasi merupakan salah satu elemen yang iberi penekanan dalam KSSR untuk menyediakan murid dalamdmenangani cabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi murid perlu dipupuk dan dibangunkan ke tahap optimum supaya merekaberkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan

seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan warganegara Malaysia pada masa hadapan. Bagi mencapai matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Suaian) yang berkaitan dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan secara tersurat. Walau bagaimanapun guru juga digalakkan menerapkan elemen kreativiti dan inovasi di mana-mana topik yang difikirkan sesuai jika elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru haruslah menyediakan aktiviti yang meningkatkan minat dan kreativiti. Murid pula perlu dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan alat yang membolehkan mereka membangunkan kreativiti dan memupuk sikap dan personaliti individu kreatif.

Keusahawanan

Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020 adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan: Mengamalkan sikap keusahawanan;

Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengurusan perniagaan;

Memformulasikan konsep, proses atau produk keusahawanan; danMengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam keusahawanan.

Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap kebolehan murid sekolah rendah.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk memperkukuhkan pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet, perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam mempelajari konsep yang sukar dan abstrak, dan boleh dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web. Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan dalam KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK iaitu: Belajar mengenai TMK

Belajar melalui TMK

Belajar dengan TMK

FOKUS MATA PELAJARAN

6.1 Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual

Matlamat

Pendidikan Seni Visual memberi fokus kepada usaha mencungkil dan mengembangkan bakat juga potensi murid supaya dapat mengamalkan kemahiran yang dipelajari seterusnya melahirkan murid-murid yang berkeyakinan, berkemahiran, berketerampilan serta bersikap positif dalam kehidupan.

Aspek yang diberi penekanan adalah perkembangan motor halus dan motor kasar. Kemahiran menggambar, mencorak, membentuk dan membina serta penghargaan kepada hasil kraf tradisional boleh dimasukkan ke.dalam perkembangan motor halus dan motor kasar Proses ini memberi keutamaan kepada aktiviti-aktiviti bagi memenuhi kehendak tajuk berdasarkan kebolehan, kreativiti dan inovasi.

Objektif

i. Pendidikan Seni Visual membolehkan murid

ii. menunjukkan kemahiran kognitif, psikomotor dan sosial iii. mengembangkan bakat, kreativiti dan inovasi.

iv. menghayati keindahan alam dan warisan budaya v.menghasilkan karya seni yang kreatifvi. menimba ilmu sebagai persediaan ke arah kerjaya masa depan

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pendidikan Seni Visual boleh menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih seronok serta membentukdan guru dan murid menjadi lebih kreatif dan inovatif. Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah: Pembelajaran kendiri

Kolaboratif

Pembelajaran berasaskan projek

Inkuiri-penemuan

Penyelesaian masalah

Pembelajaran masteri

Konstruktivisme

Pembelajaran Penerokaan

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

Definisi Rancangan Pendidikan Individu:

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid berkeperluan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh menyatakan tahap pencapaian murid.(Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI) Individu Murid-Murid

Berkeperluan Khas, 2000)

RPI ialah suatu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin yang disediakan bagi memenuhi keperluan murid pendidikan khas. RPI dirancang khusus bagi individu murid, dan dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran dan perkhidmatan yang disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak sekolah tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut, perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa, dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat sokongan lain.

RPI memperincikan antara lain:

i. Tahap prestasi sedia ada murid

ii. Perancangan akademik dan bukan akademik

iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid iv. Objektif pendidikan yang boleh diukurv.Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi mengenalpasti perkembangan dalam pencapaianvi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid

vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, danviii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran mereka.

PENTAKSIRAN SEKOLAH

Pentaksiran Sekolah (PS) adalah salah satu komponen utama dalam PdP kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam PdP. PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula dengan perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau

penskoran, perekodan hingga pelaporan. PS penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi, dan hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum. PS mempunyai ciri-ciri berikut:

Holistik iaitu mampu memberi maklumat menyeluruh tentang penguasaan, pengetahuan, kemahiran, dan pengamalan nilai murni;Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan PdP;Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid; danMerujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum.

PS boleh dilaksanakan secara:

Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan PdP.

Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, semester atau tahun.

Pentaksiran Rujukan Standard

Standard Prestasi diguna untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran, serta prestasi seseorang murid. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan. Pentaksiran sedemikian tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain. Prestasi murid dilaporkan dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid dalam pembelajaran. Murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah berupaya mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif. Maklumat yang diperolehi membolehkan pihak yang bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing- masing.

TAHAPPENGUASAANMAKSUDTAFSIRAN UMUM3Tahu, Fahamdan Boleh BuatMurid menggunakanpengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.4Tahu, Fahamdan Boleh Buat dengan BeradabMurid melaksanakansesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.5Tahu, Fahamdan Boleh Buat denganBeradab TerpujiMurid melaksanakansesuatu kemahiran pada situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal, dan bersikap positif.6Tahu, Fahamdan Boleh Buat dengan Beradab MithaliMurid berupayamenggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secaraTahap Penguasaan (TP) merujuk kepada aras penguasaan tertentu yang disusun secara hierarki, dan diguna bagi tujuan pelaporan.

Jadual 1 menyenaraikan maksud dan tafsiran umum tentang setiap TP. Jadual 2 pula menyediakan tafsiran tentang TP yang diguna pakai dalam mentafsir prestasi murid bagi mata pelajaran TMK (Suaian)

Tafsiran Umum

TAHAP

PENGUASAANMAKSUDTAFSIRAN UMUM

1TahuMurid tahu perkara asas,

atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

2Tahu dan

FahamMurid menunjukkan

kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

TAHAP

PENGUASAANMAKSUDTAFSIRAN UMUM

sistematik, bersikap positif,

kreatif dan inovatif, serta boleh dicontohi.

Jadual 1: Maksud dan tafsiran umum tentang Tahap Penguasaan

TAHAPPENGUASAANTAFSIRANdalam penghasilan karya yang kreatif.6Menzahirkan idea kreatif berpandukankemahiran bahasa seni visual, media ,proses dan teknik yang betul dalam penghasilan karya serta berhujah terhadap hasil karya sendiri dan rakan secara lisan dengan menghubungkaitkan sejarah seni, tokoh seni dan warisan seni negara.Jadual 2: Tafsiran Tahap Penguasaan bagi mata pelajaran

TMK(Suaian)

PELAKSANAAN PdP DAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

TAHAPPENGUASAANTAFSIRAN1Mengenal dan mengetahui bahasa seni visual,media serta proses dan teknik pada karya.2Menyatakan dan memahami bahasa seni visual,media serta proses dan teknik pada karya.3Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahamanbahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.4Menzahirkan idea, pengetahuan, kefahamandan kemahiran bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.5Menzahirkan idea, pengetahuan, kefahamandan kemahiran bahasa seni visual, proses dan teknik serta menggunakan media yang betulSetiap guru perlu melaksanakan proses PdP dalam bilik darjah dengan merujuk kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Kebijaksanaan guru adalah perlu dalam merancang dan melaksanakan PdP secara berkesan dan bersesuaian. Pada waktu yang sama, guru perlu mentaksir dan menentukan tahap keupayaan murid berdasarkan Standard Prestasi yang telah disusun mengikut kelompok standard kandungan dan standard pembelajaran. Guru seharusnya memberi peluang kepada setiap

muridnya untuk mencapai tahap keupayaan yang lebih baik dengan melaksanakan proses bimbingan dan pengukuhan.

Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungi panduan untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan seperti yang dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran mengintegrasikan standard kurikulum dan pentaksiran sekolah dalam satu dokumen.

Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh dijalankan adalah:

Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid, bukan hasil akhir yang diperoleh.

Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan objektif atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz.

Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan pengetahuan murid tentang kemahiran yang dipelajari.

Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sains adalah pengetahuan, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni.

Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan folio.

Esei: Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk menyampaikan maklumat secara saintifik dan sistematik.

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..)STANDARD PRESTASI

(Murid boleh.)

TAHAP

PENGUASAANTAFSIRAN

1.1 Melakar secara spontan untuk menghasilkan imej.

1.1.1 Menghasilkan lakaran dengan teknik gosokan.

i. pensel

ii. pensel warna

1Mengecam pensel dan pensel warna untuk membuat gosokan.

2Memilih dua bahan yang boleh menghasilkan corak dengan teknik gosokan.

3Menghasilkan gosokan bebas menggunakan : pensel pensel warna

4Menghasilkan lakaran corak dengan teknik gosokan menggunakan : pensel pensel warna

5Menghasilkan imej bercorak dengan teknik gosokan menggunakan gabungan pensel dan pensel warna.

6Menghasilkan gabungan corak dengan teknik gosokan menggunakan pelbagai media secara kreatif.

12

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..)STANDARD PRESTASI

(Murid boleh.)

TAHAP

PENGUASAANTAFSIRAN

1.1 Melakar secara spontan untuk menghasilkan imej.

1.1.2 Menghasilkan lakaran teknik gurisan pada doh dengan menggunakan.

i. pensel

ii. pembaris

iii. ranting kayu1Mengecam doh, pensel, pembaris dan ranting kayu.

2Menyatakan dua alatan dan kegunaannya dalam teknik gurisan. pensel pembaris ranting kayu

3Membuat lakaran pada sebarang permukaan menggunakan teknik gurisan. (contohnya : tanah liat, polisterin) dengan menggunakan : pensel pembaris ranting kayu

4Menghasilkan lakaran imej secara spontan dengan teknik gurisan pada doh dengan menggunakan : pensel pembaris ranting kayu

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..)STANDARD PRESTASI

(Murid boleh.)

TAHAP

PENGUASAANTAFSIRAN

5Menggunakan gabungan dua alatan bagi menghasilkan imej dengan teknik gurisan pada doh.

6Menghasilkan lakaran atau corak menggunakan teknik gurisan dengan pelbagai alat dan bahan secara kreatif.

DRAF14

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..)STANDARD PRESTASI

(Murid boleh.)

TAHAP

PENGUASAANTAFSIRAN

1.2 Menghasilkan gambar.

1.2.1 Menghasilkan gambar dengan teknik kolaj menggunakan.

i. kertas warna

ii.kertas surat khabar iii. kertas majalah

1

Mengecam bahan dan alatan bagi menghasilkan kolaj.

2Menghasilkan lakaran gambar bebas menggunakan pensel.

3Membentuk cebisan kertas dengan teknik : memotong mengoyak menggunting

4Menghasilkan gambar dengan teknik kolaj menggunakan : kertas warna, kertas surat khabar kertas majalah

5Menghasilkan gambar dengan teknik kolaj menggunakan gabungan ketiga-tiga bahan. kertas warna, kertas surat khabar kertas majalah

DRAF15

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..)STANDARD PRESTASI

(Murid boleh.)

TAHAP

PENGUASAANTAFSIRAN

6Menghasilkan gambar menggunakan teknik kolaj dengan bahan kitar semula secara kreatif.

DRAF16

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..)STANDARD PRESTASI

(Murid boleh.)

TAHAP

PENGUASAANTAFSIRAN

1.2 Menghasilkan gambar.

1.2.2 Menghasilkan gambar dengan menggunakan teknik montaj.

i.menggunting, menyusun dan menampal

1Mengecam alatan dan media untuk menghasilkan gambar menggunakan teknik montaj.

2Menyatakan kegunaan alatan dan media bagi menghasilkan gambar menggunakan teknik montaj.

3Menghasilkan gambar dengan teknik montaj.i. menggunting, menyusun dan menampal

4Menghasilkan gambar bertema menggunakan teknik montaj.

5Menghasilkan gambar dengan teknik montaj mengikut tema dengan gabungan pelbagai media dan alatan.

6Menghasilkan gambar dengan teknik montaj dengan menggunakan gabungan pelbagai bahan kitar semula secara kreatif.

17

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..)STANDARD PRESTASI

(Murid boleh.)

TAHAP

PENGUASAANTAFSIRAN

1.3 Mewarna.1.3.1 Mengenal warna asas. i.biru

ii. kuning iii. merah

1.3.2 Mewarna rupa organik dengan menggunakan warna asas.

1.3.3 Mewarna rupa geometri dengan menggunakan warna asas.

1Mengecam warna asas: biru, kuning dan merah mengikut rupa organik dan rupa geometri.

2Melakar rupa organik dan rupa geometri

3Mewarna rupa organik atau rupa geometri menggunakan warna asas.

4Menghasilkan gambar rupa organik dan rupa geometri menggunakan warna asas.

5Menghasilkan corak menggunakan rupa organik dan rupa geometri menggunakan warna asas dengan pelbagai teknik.

6Menghasilkan perspektif rupa organik dan rupa geometri menggunakan warna asas.

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..)STANDARD PRESTASI

(Murid boleh.)

TAHAP

PENGUASAANTAFSIRAN

1.4 Meneroka unsur seni.

1.4.1 Mengenal jenis-jenis garisan.

i. garisan titik-titik

ii. garisan putus-putus iii. garisan berlingkariv. garisan beralun v. garisan berbulu vi. garisan zig-zag

1.4.2 Menghasilkan gambar dengan menggunakan gabungan jenis-jenis garisan.1Mengecam 4 jenis garisan

2Menghasilkan lakaran bebas menggunakan i.garisan titik-titikii. garisan putus-putusiii. garisan berlingkar iv. garisan beralunv.garisan berbulu vi. garisan zig-zag

3Menghasilkan gambar menggunakan gabungan tiga jenis garisan.

4Menghasilkan gambar tunggal menggunakan jenis-jenis garisan

5Menghasilkan corak bertema menggunakan gabungan jenis-jenis garisan.

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..)STANDARD PRESTASI

(Murid boleh.)

TAHAP

PENGUASAANTAFSIRAN

6Menghasilkan gambar atau corak menggunakan gabungan jenis-jenis garisan dengan pelbagai teknik dan media secara kreatif.

DRAF20

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..)STANDARD PRESTASI

(Murid boleh.)

TAHAP

PENGUASAANTAFSIRAN

1. 4 Meneroka unsur seni.

1.4.3 Mengenal jenis-jenis jalinan.

i.jalinan tampak ii.jalinan sentuh

1.4.4 Mengenal sifat-sifat jalinan.

i. kasar

ii.berbulu iii. berduri

1.4.5 Menghasilkan sifat-sifat jalinan menggunakan pelbagai teknik dan media.1Mengecam jenis-jenis jalinan tampak dan jalinan sentuh

2Menyatakan sifat-sifat jalinan tampak dan jalinan sentuh: kasar berbulu berduri

3Menghasilkan sifat-sifat jalinan tampak menggunakan media kering

4Menghasilkan sifat-sifat jalinan sentuh dengan menggunakan unsur dua dimensi dan tiga dimensi.

5Menghasilkan jalinan sentuh dan jalinan tampak menggunakan pelbagai teknik dan media.

6Menghasilkan model menggunakan gabungan sifat-sifat jalinan sentuh dan jalinan tampak secara kreatif.

21

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..)STANDARD PRESTASI

(Murid boleh.)

TAHAP

PENGUASAANTAFSIRAN

2.1Mereka corak secara tidak terancang.

2.1.1 Menghasilkan corak dengan teknik capan menggunakan.

i. buah-buahan ii. sayur-sayuran iii. keratan batang iv. dedaunv. bahan kitar semula

1Mengecam bahan yang sesuai dengan teknik capan.

2Menghasilkan capan bebas.

3Menghasilkan capan corak buah-buahan, sayur- sayuran, keratan batang dan dedaun.

4Menghasilkan corak capan menggunakan pelbagai bahan kitar semula.

5Menghasilkan corak capan menggunakan gabungan semua bahan.

6Menghasilkan corak pada kotak hadiah menggunakan gabungan corak capan dan kolaj secara kreatif.

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..)STANDARD PRESTASI

(Murid boleh.)

TAHAP

PENGUASAANTAFSIRAN

2.2 Mereka corak secara terancang.

2.2.1 Mengenal rupa positif.

2.2.2 Mengenal rupa negatif.

2.2.3 Menghasilkan rupa positif.

2.2.4 Menghasilkan rupa negatif.1Mengecam rupa positif dan rupa negatif.

2Menghasilkan lakaran rupa

3Mewarna rupa positif dengan warna cerah dan warna gelap.

4Mereka corak ulangan menggunakan rupa positif dan rupa negatif.

5Menghasilkan corak cerminan rupa positif dan rupa negatif menggunakan teknik capan.

6Menghasilkan corak rupa positif dan rupa negatif dengan menggunakan pelbagai teknik dan media secara kreatif.

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..)STANDARD PRESTASI

(Murid boleh.)

TAHAP

PENGUASAANTAFSIRAN

2.3 Membuat projek.

2.3.1 Menghasilkan corak menggunakan teknik i.stensilanii. kolaj1Mengecam alatan dan bahan bagi menghasilkan projek.

2Menyatakan kegunaan alatan dan bahan bagi menghasilkan projek:

3Menghasilkan projek menggunakan corak stensilan.

4Menghasilkan projek gabungan corak stensilan dan kolaj.

5

Menghasilkan pelbagai corak dengan menggunakan teknik :

stensilan

kolaj

6

Menghasilkan pelbagai corak dan media dengan gabungan teknik stensilan dan teknik kolaj secara kreatif.

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..)STANDARD PRESTASI

(Murid boleh.)

TAHAP

PENGUASAANTAFSIRAN

3.1 Membuat binaan mudah

3.1.1 Menghasilkan origami

i. bentuk kenderaan ii. bentuk bungaiii. bentuk haiwan

1Mengecam origami: bentuk kenderaan bentuk bunga bentuk haiwan

2Menyatakan alatan dan bahan untuk menghasilkan origami.

3Menghasilkan origami mudah secara bebas.

4Menghasilkan origami: bentuk kenderaan bentuk bunga bentuk haiwan

5

Menghias origami dengan pelbagai bahan dan alat.

6Menghasilkan model bentuk kenderaan, bentuk bunga dan bentuk haiwan dengan teknik origami secara kreatif.

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..)STANDARD PRESTASI

(Murid boleh.)

TAHAP

PENGUASAANTAFSIRAN

3.1 Membuat binaan mudah.

3.1.2 Menghasilkan mobail.

1Mengecam mobail.

2Menyatakan alatan dan bahan untuk menghasilkan mobail.

3Menghasilkan mobail menggunakan hasil kerja sedia ada.

4Menghasilkan mobail menggunakan bahan kitar semula:

5Menghias mobail secara kreatif menggunakan pelbagai bahan.

6Menghasilkan mobail dan stabail menggunakan pelbagai bahan dan alat secara kreatif.

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk..)

STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk..)STANDARD PRESTASI

(Murid boleh.)

TAHAP

PENGUASAANTAFSIRAN

3.2 Membuat projek.

3.2.1 Menghasilkan model robot dengan teknik asemblaj.

1Mengecam model robot.

2Menyatakan empat bahan yang digunakan untuk menghasilkan model robot dengan teknik asemblaj.

3Menghasilkan model robot dengan teknik asemblaj.

4Menghias dan mempamerkan model robot.

5Menghasilkan model robot dengan teknik asemblaj menggunakan gabungan pelbagai teknik dan media secara kreatif.

6Menghasilkan asemblaj kreatif

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..)STANDARD PRESTASI

(Murid boleh.)

TAHAP

PENGUASAANTAFSIRAN

4.1 Mengenal Kraf

Tradisional.

4.1.1 Mengenal jenis wau.

i. layang-layang ii. wau bulaniii. wau kucing

4.1.2 Menghias wau dengan

Motif. i. floraii. fauna

1Mengecam jenis wau : layang-layang wau bulan wau kucing

2Memilih motif flora dan motif fauna.

3Menghias dan membuat kemasan akhir wau dengan : motif flora motif fauna

4Menghias dan membuat kemasan akhir wau dengan gabungan motif flora dan motif fauna.

5Menghasil dan menghias lain-lain jenis wau dengan pelbagai motif.

6Mereka cipta wau secara kreatif.

TERBITAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ARAS 4-8 BLOK E9KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL EPUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604PUTRAJAYATel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917 http//www.moe. gov.my/bpk