pendidikan khas

Upload: eric-tan

Post on 10-Oct-2015

220 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

PENDIDIKAN KHAS

TRANSCRIPT

34

BAB 11PENDAHULUAN

1.1.1 Pengenalan

Setiap ibu bapa mesti mengharapkan anak yang dilahirkan adalah sempurna dari segi fizikal dan kognetifnya. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang dilahirkan di dunia ini mempunyai nasib yang berbeza. Terdapat juga kanak-kanak yang sangat kurang bernasib baik kerana dilahirkan sebagai kanak-kanak istimewa.

Sejumlah besar kanak-kanak dilahirkan normal, tetapi terdapat sebahagian kecil dilahirkan dengan kelainan-kelainan tertentu dari segi fizikal, mental, emosi dan tingkah laku sehingga mereka dikategorikan sebagai kanak-kanak istimewa, kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak khas atau kanak-kanak ganjil.Oleh sebab keganjilan dan keistimewaan yang ada pada mereka, sewajarnya mereka diberi layanan-layanan yang khusus agar hak mereka sebagai individu dapat diberikan secara adil dan saksama demi menyahut seruan PENDIDIKAN UNTUK SEMUA.(Hajah Che Su Shafie: IPDA Kedah)

Kanak-kanak ini juga harus diberi peluang untuk menjalani hidup seperti kanak-kanak lain. Mereka memang berhak mendapat segala kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan termasuk pendidikan. Namun, sistem pendidikan yang ada memang tidak sesuai dengan keperluan kanak-kanak istimewa ini. Oleh hal yang demikian, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan satu program yang baru yang dikenali sebagai Pendidikan Khas bagi kanak-kanak seperti ini.

1.1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Usaha ini bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

1.1.3 Falsafah Pendidikan Khas

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdedikasi, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1.1.4 Visi Pendidikan Khas

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas kearah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan kebangsaan.

1.1.5 Misi Pendidikan Khas

Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid pendidikan khas untuk menjadikan mereka INSAN yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

1.1.6 Definisi dan konsep

Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas. Ini termasuk penggunaan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid-murid khas. Program pendidikan khas bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid melalui perkembangan mental, kestabilan emosi dan integrasi sosial. Program ini dilaksanakan oleh guru-guru terlatih khas dan menggunakan kurikulum khas. Pendekatan pelbagai disiplin digunakan untuk mendapatkan khidmat sokongan mengikut keperluan murid-murid khas. Halahan dan Kaufmab (2006): Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas.Gargilu (2003): Pendidikan khas merupakan program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus.Friend (2005): Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah di hospital atau institusi lain.Mansor (2005): Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

PENDIDIKAN KHASSIAPA ?DI MANA ?

APA?

Rajah 1: Penjelasan Tentang Pendidikan Khas

Heward (2003): Pendidikan Khas dijelaskan daripada beberapa sudut, iaitu:SIAPA? - Ia adalah guru yang dilatih khusus untuk mengajar kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas. Guru-guru ini telah menerima latihan khusus tentang psikologi, kaedah mengajar penilaian dan lain-lain ilmu yang berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Bersama dengan guru pendidikan khas, pakar-pakar lain juga terlibat dalam pendidikan khas yang terdiri daripada ahli psikologi sekolah, terapi bahasa, kaunselor, terapi fizikal dan lain-lain. Pakar-pakar ini bekerja dengan guru pendidikan khas serta keluarga pelajar terbabit dengan tujuan membantu.APA? - Secara umum, kurikulum pendidikan khas tidak jauh berbeza daripada kurikulum yang diikuti pelajar biasa. Contohnya, pelajar bermasalah penglihatan atau bermasalah pendengaran menduduki peperiksaan PMR, SPM, dan STPM. Bagaimanapun, bagi pelajar yang mengalami masalah pembelajaran tertentu memerlukan kurikulum yang diubahsuai. Contohnya, sesetengah pelajar kurang upaya perlu diajar memakai baju, makan, membersihkan diri sendiri, membaca dan menulis dalam brille, menggunakan bahasa isyarat, bercampur gaul dengan orang lain dan sebagainya. Oleh itu, kurikulum perlu diubahsuai untuk mengambil kira pengajaran dan pengetahuan dan kemahiran tertentu.DI MANA? Pelajar mengikuti pendidikan khas mungkin ditempatkan dalam kelas bersama dengan pelajar biasa atau ditempatkan dalam kelas berasingan atau sekolah berasingan. Bagaimanapun, isu penempatan kanak-kanak berkeperluan khas masih dipertikaikan.Secara umum kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas selalunya memiliki ciri-ciri tertentu yang menghalang mereka mengikuti persekolahan seperti kanak-kanak biasa. Mereka memiliki satu atau gabungan kecacatan atau kekurangan atau kelemahan sama ada dari segi fizikal, deria, mental, emosi, sosial, kesihatan atau tingkah laku jika dibandingkan dengan kanak-kanak biasa. Justeru itu, kanak-kanak ini dikatakan bermasalah. Mereka memerlukan satu bentuk pendidikan yang sesuai untuk dapat belajar dengan kecacatan atau kekurangan atau kelemahan yang dimiliki. Dengan kata lain, pendidikan khas adalah satu perkhidmatan pendidikan yang dibentuk khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini.Program Pendidikan khas bererti:-

a) Satu program yang disediakan di sekolah khas bagi murid-murid yang mengalami cacat penglihatan atau cacat pendengaran.b) Suatu program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang mengalami kecacatan penglihatan atau pendengaran atau pembelajaran.c) Suatu program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri diri dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid biasa.

1.7 Akta Pendidikan khas

1.7.1 Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996.

Satu bab khusus mengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa:-

40. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sebuah sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh menteri suaimanfaat.

41.1. Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), menteri boleh melalui peraturan-peraturan menetapkan:a) Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas.b) Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas.c) Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas; dand) Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh menteri suaimanfaat atau perlu bagi maksud topik ini.

Semua kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapat pendidikan dan ini termasuklah kanak-kanak yang kurang upaya.

Seksyen 40 dan seksyen 41 dalam Akta 1996 dilihat oleh pelbagai pihak sabagai era baru dalam dunia pendidikan kerana Menteri Pendidikan dikehendaki membuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan bersekolah sehingga mereka berumur 19 tahun.

1.7.2Peraturan Pendidikan Khas 1997

Bahagian IIKelayakan untuk program pendidikan khas:-

I. Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, murid-murid dengan keperluan khas yang boleh dididik adalah layak untuk menghadiri program pendidikan khas kecuali:a) Murid-murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental belajar seperti biasa.b) Murid-murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau terencat akal yang berat.

II. Seseorang murid dengan keperluan khas adalah dididik jika dia mampu mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh suatu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai dari Kementerian Pendidikan dan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai berupaya mengikut Program Pendidikan Kebangsaan.

1.8 Pendidikan Khas di Malaysia

1.8.1 SejarahPendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Jadual di bawah menunjukkan tarikh-tarikh penting dalam perkembangan pendidikan khas:

TahunPeristiwa

1926Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka

1931SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang

1948Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru

Pembukaan Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

1953Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM)

1958Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM)

1962/ 63Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan

1977Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras

1978Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu

1983Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, Setapak

Pengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan sebagai sekolah bertaraf penuh

1984Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel Penulisannya bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-Quran

Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille/Kerabunan, Kementerian Pendidikan untuk menyediakan bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks dan penyenggaraan alatan braille

Jadual 1 : Peristiwa Penting Dalam Pembukaan Sekolah Masalah Penglihatan

Masalah Pendengaran

TahunPeristiwa

1954Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam, Pulau Pinang

Pembukaan Sekolah Kanak-Kanak Pekak persekutuan (Rendah dan Menengah), Tanjong Bunga, Pulau Pinang

1963Pembukaan kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan. Percantuman Cacat Pendengaran oleh Kementerian Pendidikan di sekolahrendah dan sekolah menengah biasa yang dipilih.

Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Cacat Pendengaran di Maktab perguruan Ilmu Khas, Cheras

1978Pengenalan Kaedah Komunikasi Seluruh oleh Kementerian Pendidikan untuk menggubal sistem Bahasa Melayu Kod Tangan.

Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh Kementerian pendidikan

1979Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru yang mengajar masalah pendengaran dalam Bidang Komunikasi Seluruh 1984

Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Kementerian Pendidikan

Penubuhan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh, Kementerian Pendidikan untuk perkembangan Sistem Kod Buku Pendidikan Islam

1985Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Agama Islam

Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar KBSR Tahap II Bahasa Malaysia Kod Tangan

Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Penggubalan Kod Tangan Pendidikan Vokasional dan Teknikal

1987Pembukaan Sekolah Menengah pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam

Jadual 2 : Peristiwa Penting Dalam Pembukaan Sekolah Masalah Pendengaran

Program Percantuman/Inklusif

TahunPeristiwa

1962Program percantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatan dimulakan

1988Permulaan kelas perintis untuk murid-murid peringkat bermasalah pembelajaran

1993Tiga (3) pelajar pendidikan inklusif ditempatkan belajar di Tingkatan 6 Bawah di Sekolah Menengah Methodist (Lelaki), Kuala Lumpur

1994Pembukaan kelas-kelas program inklusif secara projek rintis di 14 buah sekolah di seluruh Negara

1995Program Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan

Jadual 3 : Peristiwa Penting Dalam Pembukaan Program Percantuman / Inklusif

1.8.2 Apakah Pendidikan Khas

Di Malaysia pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak-kanak buta. Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-kanak Pekak ditubuhkan di Pulau pinang untuk kanak-kanak pekak. Program pemulihan ke atas pelajar lembam (lemah dalam menguasai kemahiran membaca, mengira pada tahap umurnya) bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran baru bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kali Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur. Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada kumpulan kanak-kanak buta, pekak dan bermasalah pembelajaran.

1.8.3 Peristiwa Penting Mempengaruhi Perkembangan Pendidikan Khas

1. DEKLARASI HAK-HAK KEMANUSIAAN SEJAGAT (1948) meliputi hak bagi setiap individu mendapat pendidikan yang menekankan keperluan keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan.

2. Pada tahun 1959 PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) telah mengisytiharkan HAK KANAK-KANAK SEDUNIA di mana mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadi kanak-kanak normal.

3. AKTA PELAJARAN 1961 dalam bahagian 1 (tafsiran) - dinyatakan bahawa sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan yang khas untuk kanak-kanak kurang upaya.

4. LAPORAN JAWATANKUASA KABINET (1978) - mengkaji dasar perlaksanaan pelajaran melalui PERAKUAN 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Di mana tanggungjawab kementerian tertentu adalah sebagaimana berikut:

i. Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak yang bermasalah penglihatan, pendengaran, pembelajaran (terencat akal) yang boleh didik.

ii. Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik.

iii. Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenalpasti diperingkat awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan yang berisiko.

5. Selain daripada itu dalam Laporan jawatankuasa Kabinet tersebut juga Akta Pelajaran 1961 telah disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996.

Perakuan ini menyebut:Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikan pada masa ini. Disamping itu, penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan.

Rajah 2: Peristiwa penting yang mempengaruhi perkembangan pendidikan khas

1.9 Pendidikan Khas Di Luar Negara

Pada peringkat permulaan pelaksanaan Pendidikan Khas di barat khususnya di Britain dan Amerika tidak begitu mendapat perhatian. Perkembangan pembangunan di negara barat lebih cepat dan maju berbanding di negara kita.

Di Malaysia, kepesatan pembangunan pendidikan khas bermula apabila Akta Pendidikan 1996 diwartakan, di Amerika Public Law diperkenalkan dan di Britain apabila Warnock report 1978 diumumkan. Kedua-dua negara tersebut 20 tahun mendahului dari Malaysia. Dalam hal ini, kesedaran masyarakat, peranan undang-undang / polisi pemerintahan merupakan penggerak utama untuk membangunkan pendidikan khas.

1.9.1 Perkembangan Pendidikan Khas di Amerika Syarikat

1. Michael iaitu seorang kanak-kanak autistik yang berjaya mendapat anugerah pelajar terbaik semasa beliau di sekolah rendah dan menengah. Beliau telah memasuki universiti dan memperoleh ijazah sarjana muda dan kini bekerja walaupun di anggap seorang kurang upaya. Michael terdiri daripada ramai orang kurang upaya yang berjaya daripada kelulusan undang-undang terkenal pada tahun 70 an.

2. Pada 29 November 1975 Kongres (Parlimen) Amerika Syarikat meluluskan Public Law 94-142 yang dahulunya dikenali sebagai Akta Pendidikan Untuk Semua Kanak-kanak Cacat (Education for All Handicapped Children Act).

3. Undang-undang ini menjamin bahawa setiap individu di antara 3 21 tahun akan menerima pendidikan percuma dalam persekitaran yang tidak menghalang perkembangan intelek mereka.

4. Undang-undang ini memberi kuasa kepada negeri-negeri (Amerika Syarikat terdiri daripada 50 negeri) dan pihak berkuasa tempatan melindungi hak serta memenuhi keperluan bayi, kanak-kanak dan belia yang kurang upaya serta keluarga mereka.

5. Melalui undangundang ini, kanak-kanak yang kurang upaya dibenarkan belajar bersama dengan kanak-kanak normal.

6. Sekiranya kekurangan upaya kanak-kanak itu melampaui dan didapati dia tidak akan maju dalam kelas biasa, dia ditempatkan dalam kelas khas.

7. Setiap sekolah disediakan seorang guru Pendidikan Khas.

8. Pada tahun 1990, Public Law 94-142 diberi nama baru dan diperluaskan. Kini dipanggil Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya (Individuals with Disabilities Education Act, Public Law 94-476/IDEA).

9. Undang-undang ini menunjukkan betapa penting hak orang kurang upaya dilindungi. Antaranya yang ditekankan ialah:

a. Penyediaan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai kepada kanak-kanak berkeperluan khas (Provide a free and appropriate public education). Tidak ada sebarang bayaran dikenakan ke atas kanak-kanak terhadap persekolahan mereka. Semua dibiayai oleh kerajaan yang mendapat hasil daripada sistem percukaian negara, yang kemudiannya disalurkan ke sekolah dan kanak-kanak ini.

b. Pendidikan bagi kanak-kanak khas dilaksanakan dalam persekitaran yang tidak menghalang mereka untuk berkembang (Education children in the least restrictive environment). Tidak ada pengasingan sama ada dalam bentuk sekolah/ kelas dalam pelaksanaan pendidikan khas. Kanak-kanak khas boleh belajar di dalam sekolah awam biasa dan di dalam kelas kanak-kanak biasa. Pendidikan bercorak ini dikenali sebagai pendidikan inklusif.

c. Kanak-kanak khas dilindungi daripada serangan elemen bercorak diskriminasi dalam penilaian pendidikan (protection against discrimination in testing). Penilaian pendidikan dilaksanakan dalam pelbagai cara. Namun dengan terlaksana undang-undang ini, penilaian ke atas kanak-kanak khas hendaklah mengambil kira ciri-ciri yang ada pada kanak-kanak khas dan hendaklah disesuaikan dengan kecacatan / kekurangan mereka.

d. Penglibatan ibu bapa dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan setiap murid. Memberi dan membuka ruang kepada ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak khas untuk melibatkan diri dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan untuk anak-anak mereka. Hal ini tidak diberikan penumpuan sebelum ini.

10. Penyediaan rancangan pendidikan individu bagi setiap murid khas, iaitu, guru pendidikan khas dikehendaki menyediakan rancangan pendidikan individu bagi setiap murid khas dengan mengikut prosedur yang ditetapkan. Hal ini bagi membolehkan guru merancang apakah yang hendak dicapai oleh murid khas dalam satu-satu jangka masa tertentu semasa kanak-kanak khas ini bersekolah dengan mengambil kira potensi dan kekurangan seseorang kanak-kanak khas. Dalam hal ini konsep kolaboratif dalam pendidikan diamalkan iaitu satu konsep yang mana pelbagai pihak seperti ibu bapa, kaunselor dan guru, terlibat sama dalam merancang pendidikan murid-murid khas.

11. Sebelum IDEA, ramai kanak-kanak seperti Michael tidak diberi peluang pendidikan. Contohnya, pada tahun 1970, hanya seorang daripada lima kanak-kanak kurang upaya berpeluang pergi ke sekolah.

12. Kebanyakan negeri-negeri di Amerika Syarikat mempunyai undang-undang yang tidak membenarkan kanak-kanak pekak, buta, kecelaruan emosi/ terencat mental menghadiri sekolah biasa.

13. Program intervensi awal disediakan untuk lebih 200,000 bayi dan kanak-kanak kurang upaya dan pada tahun 2000 bayi dan kanak-kanak kurang upaya dan pada tahun 2000 di Amerika Syarikat.

14. Kira-kira 6.5 juta kanak-kanak dan belia menerima pendidikan khas dan perkhidmatan lain bagi memenuhi keperluan mereka.

15. Lebih ramai pelajar kurang upaya menghadiri sekolah di kawasan perumahan masing-masing yang sebelumnya tidak terbuka untuk mereka.

16. Pelajar kurang upaya yang belajar dalam kelas/bangunan terasing telah berkurangan dan kini belajar bersama dengan pelajar lain.

17. IDEA dilihat sebagai satu pembaharuan yang mana pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas diberi perhatian yang lebih khusus.

18. Konsep Pendidikan untuk semua dan pendemokrasian pendidikan diperkemaskan dan ibubapa yang mempunyai kanak-kanak khas dilibatkan sama dalam perancangan keperluan pendidikan anak-anak mereka.

19. Konsep kolaborasi dalam pendidikan yang membabitkan pihak dalam kepakaran disepadukan untuk kepentingan masa depan kanak-kanak berkeperluan khas.

20. Akta ini juga dijadikan panduan dalam pelaksanaan pendidikan khas disesetengah Negara lain.

1.9.2 Perkembangan Pendidikan Khas di Britain

1. Pada tahun 1974, Jawatankuasa Inkuiri Pendidikan Kanak-kanak Cacat Warnock ditubuhkan dengan tujuan mengkaji semula pendidikan khas di Britain.

2. Laporan Warnock yang diumumkan pada 1978 banyak mempengaruhi perkembangan dan pembangunan pendidikan khas di Britain.

3. Walaupun cadangan-cadangan yang dikemukan dalam laporan itu tidak dilaksanakan serta merta tetapi laporan Warnock dijadikan asas dalam pelaksanaan pendidikan khas dan cadangan-cadangan yang dikemukakan dimasukkan dalam akta pendidikan pada tahun-tahun berikutnya.

4. Sebelum laporan ini dikemukakan, konsep pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah berasaskan kepada pengasingan iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar di sekolah khas yang menyekat dan menghalang mereka daripada bergaul dengan kanak-kanak biasa.

5. Laporan ini menekankan kepada konsep percampuran antara kanak-kanak berkeperluan khas dengan kanak-kanak biasa yang dikenali sebagai integerasi atau inklusif diperluaskan.

6. Konsep integrasi atau inklusif menekankan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan berpeluang bergaul dengan kanak-kanak biasa.

7. Dasar ini dilaksanakan dan diamalkan sehingga ke hari ini. Dasar ini juga dijadikan panduan kepada negara-negara lain dalam melaksanakan pendidikan khas.

8. Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan kepentingan peranan ibu bapa dalam pelaksanaan pendidikan khas.

9. Akta Kanak-kanak 1989 (Childrens Act, 1989) memperkukukan pelaksanaan pendidikan khas melalui dua perubahan yang ditekankan. Pertama, amalan membuat diagnosis ke atas kanak-kanak berkeperluan khas yang sebelum ini dilakukan oleh hanya ahli perubatan dipinda kepada konsep koloboratif iaitu:

i. Amalan membuat diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam pendidikan khas mengikut kepakaran dan keperluan. Umpamanya, ahli psikologi pendidikan membuat diagnosis ke atas keperluan mengikuti pendidikan dan ahli patologi bahasa membuat penilaian terhadap keupayaan berbahasa ke atas kanak-kanak berkeperluan khas. Apa yang jelas, akta ini memberi ruang kepada pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran dalam menentukan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas.

ii. Konsep pengasingan tempat belajar kanak- kanak berkeperluan khas diganti dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar bersama dengan kanak-kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang sama. Kedua-dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanak-kanak 1989) tersebut telah mengambil kira cadangan-cadangan dalam Laporan Warnock. Hal ini selari dengan apa yang berlaku di Amerika. Perubahan yang berlaku berkait rapat dengan kesedaran masyarakat dan dasar semasa yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas di Britain.

1.10 Pengenalan Kepada Masalah Pembelajaran

1.10.1 Definisi Kepada Masalah Pembelajaran

Masalah pembelajaran sebagai kelewatan perkembangan dalam satu/lebih daripada proses pertuturan, pembacaan, penulisan, pengiraan/matapelajaran sekolah lain. Ia bukanlah kesan daripada kerencatan mental, halangan sensori (buta /pekak)/ faktor budaya dan persekitaran. Pencapaian kemahiran membaca, menulis dan mengira adalah pada tahap di bawah purata kebangsaan. Terdapat perbezaan yang nyata di antara kanak-kanak yang diklasifikasikan sebagai bermasalah pembelajaran. Masalah pembelajaran tidak dikaitkan dengan kurang upaya seperti kerencatan mental, bermasalah penglihatan/bermasalah pendengaran. (Samuel Kirk (1963).

1.10.2 Definisi Murid-murid Berkeperluan Khas

Definisi yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Induk Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran adalah kanak-kanak yang dikenalpasti dan disahkan oleh pakar professional sebagai mengalami masalah yang menganggu proses pembelajaran mereka terdiri daripada kanak-kanak yang mempunyai kurang keupayaan mental dan kurang pengubahsuaian tingkah laku. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dan kebolehan seperti kebolehan kognetif, tingkah laku dan perkembangan sosial, penguasaan bahasa lisan/ pertuturan, penguasaan membaca, kemahiran perkembangan (Developmental Skills) dan kemahiran Matematik ( Kementerian Pendidikan Malaysia) 1990. Murid-murid dengan keperluan khas boleh juga diertikan sebagai murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan, kecacatan pendengaran dan yang mempunyai masalah pembelajaran.

1.10.3 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Pendidikan khas di Malaysia adalah pendidikan yang disediakan untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas. Pelajar-pelajar yang berkeperluan khas atau pelajar-pelajar istimewa adalah pelajar-pelajar cacat daripada pelbagai jenis atau kategori kecacatan yang meliputi ketidakupayaan atau kesukaran yang disebabkan ketidakfungsian sistem saraf. Pelajar-pelajar ini memerlukan pendidikan khas kerana mereka memerlukan pengubahsuaian dalam amalan hidup biasa.

1. MC Donnell et al (1995), pula mengklasifikasikan pelajar-pelajar berkeperluan khas atau pelajar-pelajar istimewa ini kepada rencatan akal, gangguan tingkah laku, autisme, gangguan pembelajaran, kecacatan deria serta kecacatan fizikal dan kesihatan yang lain. Ada juga di kalangan kanak-kanak istimewa ini mempunyai gangguan pelbagai (sebagai contoh, rencatan akal dan gangguan tingkahlaku).

2. Lerner et al (1998), dalam memerihalkan kanak-kanak istimewa di peringkat pra-sekolah, mencadangkan dua kategori kanak-kanak, iaitu: Kanak-kanak yang dianggap mempunyai risiko untuk gagal dalam pelajaran di bangku sekolah dan Kanak-kanak yang mempunyai kecacatan yang diambil kira di bawah sesuatu akta atau undang-undang khas di sesebuah negara.

3. Oleh itu, Kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa bolehlah ditakrifkan sebagai kana-kanak yang dianggap berhadapan dengan batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal atau mentalnya (Mahmood Nazar, 2000).

Kesimpulannya, pendidikan khas adalah pendidikan yang ditujukan kepada pelajar-pelajar yang cacat penglihatan, cacat pendengaran, cacat mental, bermasalah pembelajaran dan tingkah laku, cacat budaya atau sosial, cacat fizikal dan sebagainya; termasuk juga pelajar-pelajar pintar cerdas.

1.11 Kategori Murid-murid Pendidikan Khas

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar perubatan profesional sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran. Mereka terdiri daripada kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental dan rendah pengubahsuaian tingkah laku. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dan kebolehan kognetif, tingkah laku dan perkembangan sosial, penguasaan bahasa lisan atau pertuturan, penguasaan membaca, kemahiran perkembangan (developmental skills) dan kemahiran matematik.

Kanak-kanak yang berada dalam program Pendidikan Khas adalah mereka yang menghadapi masalah untuk belajar di dalam kelas normal. Pelajar-pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar-pelajar berkeperluan khas adalah seperti berikut.

1.11.1 Bermasalah Penglihatan

Pelajar-pelajar yang bermasalah penglihatan boleh dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu:-i. Buta yang langsung tidak dapat melihatii. Separuh buta yang kabur penglihatan

Pelajar-pelajar buta belajar melalui deria sentuhan, pendengaran, hidu dan rasa. Mereka menggunakan tulisan Braille untuk membaca dan tongkat untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Pelajar-pelajar separa buta pula mempunyai deria penglihatan yang kabur dan memerlukan bantuan seperti pemakaian cermin mata atau mendapatkan rawatan doktor pakar.

Selain daripada dua kategori di atas, pelajar-pelajar yang mengalami masalah penglihatan juga boleh dibahagikan kepada lapan kategori mengikut peringkat, iaitu: Astigmatisme (rabun) Strabismus (juling) Amblipia (mata malas) Diplopia (nampak dua) Glaucoma (tekanan biji mata merosakkan urat saraf mata) Albinisme (sensetif pada cahaya) Myopia (rabun jauh) Hyperopia (rabun dekat).

1.11.2 Bermasalah Pendengaran

Seseorang yang rosak atau bermasalah pendengaran, kerap kali dikatakan sebagai pekak. Anggapan ini adalah salah kerana bukan semua orang yang bermasalah pendengaran tidak boleh mendengar, tetapi pendengarannya tidak jelas dan memerlukan alat bantuan mendengar.

Seseorang yang dilahirkan dengan masalah pendengaran, perkembangan pertuturan dan bahasanya akan terganggu atau lambat. Keadaan semakin teruk jika pelajar-pelajar tersebut langsung tidak mendengar, sudah pasti ia tidak dapat bercakap (bisu).

Pelajar-pelajar yang bermasalah pendengaran boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu bermasalah pendengaran:

Penerimaan (getaran tidak sampai ke bahagian dalam telinga),

Pengamatan (masalah saraf deria pada bahagian deria),

Masalah pendengaran

Pusat (sistem urat pusat tidak bergerak dengan betul atau cedera) dan

Psikogenik (tidak boleh mendengar apa-apa kerana gangguan emosi yang terpendam.

Rajah 3: Masalah pendengaran

Secara umumnya, pelajar-pelajar yang bermasalah pendengaran boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu pekak dan separa pekak. Pelajar-pelajar yang mengalami kecacatan ini biasanya boleh dikenal pasti melalui ciri-ciri seperti: Kurang memberi perhatian Susah mengikut peraturan Selalu berkhayal Memerlukan bantuan daripada kawan Kurang melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan Cara percakapan janggal dan Mempunyai masalah kesihatan

1.11.3 Bermasalah Pembelajaran

Pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran ialah pelajar-pelajar yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar-pakar klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian pelajar seperti kebolehan kognetif tingkah laku (perkembangan sosial), penguasaan bahasa lisan (pertuturan) dan membaca, kemahiran perkembangan dan kemahiran matematik.

Pelajar-pelajar ini boleh dikesan melalui beberapa cara. Biasanya, kriteria yang digunakan ialah kekerapan kegagalan yang dialami pelajar-pelajar tersebut berbanding dengan kekerapan kejayaan mereka.

Kadang-kadang cara seseorang itu bertutur, cara dia memberi sebab atau alasan apabila disoal, cara dia menerangkan sesuatu, gerak gerinya dan juga kebersihan dirinya dijadikan criteria untuk guru-guru mengesan pelajar istimewa ini.

Jenis-jenis kumpulan pelajar yang bermasalah pembelajaran ialah:

Lembam (slow learner),

Sindrom down

Hipoaktif

Hiperaktif

Gangguan emosi dan masalah tingkah laku

Kumpulan pelajar bermasalah pembelajaranPalsi serebral

Pelbagai kecacatan (multiple handicapped)

Terencat akal ringan dan sederhana

Epilepsy

Masalah pertuturan dan

Autistik

Rajah 4: Kumpulan pelajar bermasalah pembelajaranSecara umumnya, kriteria yang digunakan ialah tahap ekpektasi atau harapan yang patut dicapai oleh seseorang pelajar pada sesuatu peringkat umur. Ekpektasi ini pula berasaskan norma-norma tahap pencapaian pertumbuhan dan perkembangan dari segi fizikal, emosi, sosial dan intelek secara perlahan dan amat berbeza dengan pelajar-pelajar normal.

Pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran ini memerlukan perhatian dan keperihatinan yang lebih daripada masyarakat terhadap masalah yang mereka hadapi agar mereka dapat menjalani kehidupan seharian yang bermakna bersama keluarga dan masyarakat sekeliling.

1.11.4 Lembam

Brennan (1974) mendefinisikan pelajar lembam sebagai pelajar yang gagal melaksanakan kerja normal sekolah seperti kumpulan sebaya mereka, tetapi kegagalan mereka tidak dapat dianggap sebagai disebabkan oleh kecacatan. Pelajar lembam ini kurang aktif dan kurang berminat untuk menyertai kegiatan pelajaran dalam bilik darjah.

1.11.5 Sindrom Down

Sindrom down ialah masalah yang disebabkan masalah berkelebihan kromosom dan bahan kimia yang tidak seimbang. Sindrom ini biasanya diwarisi daripada keluarga, iaitu baka yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Kecacatan sindrom down ini boleh dikesan sebaik sahaja bayi dilahirkan. Pelajar-pelajar ini mempunyai tahap IQ yang rendah antara 30 hingga 80.

Pelajar-pelajar sindrom down mempunyai ciri-ciri seperti berikut: Mulut sentiasa terbuka atau tidak tertutup rapat. Lidah yang tebal, kasar dan pendek serta cenderung terjelir. Mata sentiasa berair dan merah Mata sepet dan bentuk muka yang kecil Tangan yang lebar dan pendek serta satu garisan tapak tangan melintang Berbadan gempal dan pendek serta badan yang agak bongkok Suka bermanja, bermain dan dapat bergaul dengan baik.

Rajah 5: Gambar kanak-kanak sindrom down

Rajah 6: Ciri-ciri keadaan fizikal kanak-kanak sindrom down

1.11.6 Hipoaktif

Kanak-kanak hipoaktif adalah pasif dari segi aktiviti fizikalnya dan amat takut kepada orang lain. Di sekolah, mereka lebih suka berada atau bersembunyi di bawah meja dan tidak menghiraukan panggilan atau gurauan daripada guru atau rakan sebaya (Naim, 1997). Golongan ini suka menyendiri dan bersikap murung, serta suka berkhayal, suka bermain sendirian dan suka termenung. Selain itu, pelajar-pelajar hipoaktif tidak suka bergaul atau berinteraksi, menundukkan muka apabila nama dipanggil dan tiada tindakan kepada persekitaran.

1.11.7 Hiperaktif

Pelajar-pelajar hiperaktiff mempunyai ciri-ciri khusus, seperti aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan, tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna. Pelajar-pelajar ini tidak takut kepada orang, kerap menangis, duduk tidak tetap, suka ketawa, sukar beri tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan, mudah mengamuk apabila kehendaknya dihalang dan sukar menyesuaikan diri serta sukar untuk berinteraksi dengan rakan sebaya yang lain.

1.11.8 Gangguan Emosi / Tingkah Laku

Pelajar-pelajar yang bermasalah emosi / tingkah laku biasanya dapat dilihat dari segi intelek, pencapaian akademik, penyesuaian emosi dan perlakuan sosial.

Pelajar-pelajar yang mengalami masalah ini boleh dibahagikan kepada empat kategori iaitu:- Penarikan diri (elakkan diri daripada orang lain) Neurotik (menderita dari gangguan psikoanalitik-fobia dan lain-lain), Autistik dan Skizofrenik (personaliti atau pemikiran berbelah bahagi).

Menurut Habet (1974), terdapat beberapa ciri yang tertentu pada pelajar-pelajar yang bermasalah emosi, iaitu kurang selera makan, masalah tidur, kencing pada waktu siang dan malam di tempat tidur serta mengotorkan pakaian, gagap, suka merosakkan sesuatu, suka bercakap bohong, terlalu bergantung kepada orang lain, terlalu merendah diri dan kekok.

1.11.9 Palsi Serebral

Palsi serebral adalah sejenis kecacatan yang berkaitan dengan kelemahan anggota yang dialami oleh pelajar. Kecacatan anggota ini mengakibatkan pelajar tersebut tidak dapat melakukan pergerakan motor kasar seperti berjalan atau berlari dengan bebas. Pelajar-pelajar palsi serebral ini juga tidak dapat melakukan aktiviti pengamatan dan pergerakan motor halus seperti melukis, menulis, mengingati dan sebagainya.

Pelajar-pelajar yang mengalami palsi serebral ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:- Atiosis kerosakan pada bahagian basel ganglion yang boleh memperlahankan pergerakan. Pergerakan pada bahu, muka, kaki dan tangan tidak boleh dikawal atau pertuturan menjadi agak susah dan tidak jelas, di samping masalah mengawal air liur.

Spastik kerosakan pada bahagian konteks motor yang boleh mengakibat kehilangan kawalan terhadap otak dan otot yang boleh dikawal. Ia akan menghalang pergerakan yang sempurna, iaitu koordinasi pergerakan sukar dikawal. Ia boleh dikesan melalui ciri-ciri kesukaran pada waktu makan, masalah pernafasan, masalah pada pertuturan, tanda-tanda terencat akal, tidak berupaya mengurus diri atau tidak berupaya berdiri dan berpijak.

Ataksia kerosakan pada bahagian serebral otak yang boleh menyebabkan kesulitan dalam mengawal imbangan badan. Pergerakan pelajar-pelajar ini juga kekok dan teragak-agak serta pertuturannya dan pendengarannya kurang jelas.

Rajah 7: Kanak-kanak palsi serebral

1.11.10 Pelbagai Kecacatan

Pelajar-pelajar pelbagai kecacatan mempunyai masalah pada lebih satu bahagian seperti buta dan bisu, atau buta dan pekak. Seseorang contoh pelajar istimewa ini ialah Helen Keller yang buta dan pekak. Beliau dapat diajar dengan pendidikan khas oleh Anne Sullivan sehingga dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

- Terencat Akal

Terencat akal didefinisikan oleh American Association on Mental Deficiency (1873) sebagai kecacatan akal yang merujuk kepada kecerdasan akal di bawah kecerdasan purata. Ia menunjukkan kekurangan dalam penyesuaian tingkah laku dan dapat dilihat semasa pembesaran. Pelajar-pelajar terencat akal boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu terencat akal ringan dan terencat akal berat.

Tahap kerencatan akal boleh dikelasifikasikan seperti berikut: Ringan (mild) -IQ antara 50-70 Sederhana (moderate)-IQ antara 35-49 Teruk (sereve)-IQ antara 20-34 Amat teruk (profound)-IQ kurang daripada 20

Pelajar-pelajar terencat akal ringan terdiri daripada: Idiot pelajar-pelajar yang tidak dapat melindungi diri mereka dari bahaya fizikal, seperti mencederakan diri sendiri, tidak berupaya makan, duduk, berdiri atau berjalan sendiri.

Imbersil pelajar-pelajar yang tidak boleh mengurus diri, tetapi boleh dilatih untuk menjaga keperluan tubuh badan.

Moron pelajar-pelajar yang mempunyai perkembangan mental 23% daripada kadar biasa. Pelajar-pelajar ini tidak boleh bermain atau belajar dengan pelajar-pelajar biasa. Mereka boleh dikesan semasa umur dua hingga 3 tahun kerana lambat berfikir. Pelajar-pelajar moron memerlukan penjagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas.

Lembam pelajar-pelajar yang lambat menerima pelajaran dan sukar untuk menyesuaikan diri dengan sekolah biasa.

Bagi golongan pelajar-pelajar yang dikategorikan sebagai cacat akal berat, mereka biasanya sukar untuk makan dan selalu muntah. Pelajar-pelajar ini juga suka menyendiri dan pendiam. Sikap mereka juga kadang-kadang sukar dikawal, misalnya jika menggigit sesuatu dalam mulut, benda tersebut tidak mahu dikeluarkannya. Selain itu, pelajar-pelajar ini juga sukar bernafas, air liur meleleh tanpa kawalan, sukar tidur, selalu menangis, sukar bercakap dan memahami orang lain, kebingungan pada cahaya lampu dan tidur yang berlebihan.

Epilepsi

Epilepsi juga dikenali sebagai penyakit sawan. Pelajar-pelajar yang menghidap penyakit ini akan mengalami hilang ingatan untuk sementara waktu. Mereka juga akan menjadi cepat lupa dengan apa yang telah dipelajari dan suka bertanya sesuatu perkara secara berulang-ulang kali.

Masalah Pertuturan

Bermasalah pertuturan boleh didefinisikan sebagai pertuturan yang menunjukkan ketidaksempurnaan, sama ada dari segi bunyi, penguasaan bahasa atau gangguan semasa bertutur.

Pelajar-pelajar yang bermasalah pertuturan boleh dibahagikan kepada enam jenis iaitu:-

Gangguan artikulasi yang puncanya adalah disebabkan oleh kecacatan lidah, sumbing bibir dan lelangit, penyakit hidung dan tekak dan peniruan yang salah semasa pembelajaran.

Gangguan bunyi pula berkait rapat dengan nada dan kekuatan serta kualiti bunyi yang dikeluarkan oleh peti suara. Suara yang kurang menyenangkan atau tidak normal, akibat daripada alunan bunyi yang tidak teratur, pengeluaran bunyi yang terlalu tinggi atau rendah dan penyebutan perkataan yang kurang jelas. Ini boleh dikesan melalui pengeluaran suara yang kasar, sengau, berbisik, serak dan nyaring. Kecacatan ini berlaku dalam bentuk pengeluaran bunyi dan arahan bunyi suara.

Gagap juga merupakan salah satu daripada masalah pertuturan yang dialami oleh pelajar-pelajar berkeperluan khad di Malaysia. Seseorang itu boleh dianggap gagap, apabila penyebutan satu-satu perkataan diulang-ulang, terhenti dan diikuti oleh ketegangan otak tekak dan tulang dada.

Kelewatan bertutur pula ialah perkembangan pertuturan yang berlaku pada kadar lambat daripada normal dan kebolehan bertutur yang tidak sesuai dengan umur sebenar. Punca utama masalah ini ialah lembam, kekurangan motivasi dan kecederaan otak.

Sumbing pula disebabkan oleh kegagalan di antara tulang dan tisu lelangit janin untuk bercantum selepas tiga minggu dalam kandungan. Pelajar-pelajar sumbing akan bertutur dengan suara yang sengau.

Kurang pendengaran menyebabkan pertuturan seseorang itu menjadi tidak sempurna. Ia boleh berpunca daripada kemalangan, kecederaan, penyakit atau semula jadi sejak dilahirkan.

1.11.11 Autistik

Pelajar-pelajar autistik adalah pelajar-pelajar yang berkelakuan seperti pekak, tetapi mereka tidak pekak. Namun begitu, mereka tidak menyatakan perkara yang mereka dengari. Golongan ini biasanya berada dalam dunianya sendiri. Pelajar-pelajar autistik juga tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal dan tingkah laku aktif yang keterlaluan. Golongan ini juga selalu menunjukkan perlakuan yang bongkak, ketawa dengan tiba-tiba, takut dan cemburu berlebihan.

Selain itu, pelajar-pelajar ini juga suka berkelakuan seperti menggigit kuku, menghisap jari dan mencederakan diri. Mereka tidak mengenali bahaya dan tidak merasa kesakitan. Pelajar-pelajar ini juga gagap, perkataan disebut berulang-ulang, menangis dan marah tanpa menyesuaikan diri dengan pelajar-pelajar lain, tiada hubungan mata apabila bercakap dan tidak mahu menerima pelajaran biasa.

Secara umunya, autisme dilihat sebagai satu kecacatan perkembangan dengan mempunyai ciri-ciri abnormal dalam beberapa aspek seperti aspek kemahiran berkomunikasi, perhubungan sosial, fungsi kognitif, proses sensori dan juga tingkah lakunya. Menurut DSM-IV iaitu satu manual dianogsis yang digunakan untuk mengklasifikasikan kecacatan, kecelaruan autisme adalah satu sub-topik yang digolongkan di bawah Pervasive Developmental Disorder (PDD). DSM-IV mengenalpasti dianogsis kecelaruan autisme apabila seseorang menunjukkan 6 atau lebih daripada 12 simptom yang disenaraikan dalam lingkungan tiga aspek utama: perhubungan sosial, komunikasi dan tingkah laku. Sekiranya seorang kanak-kanak menunjukkan tingkah laku yang sama tetapi tidak memenuhi kriteria kecelaruan autisme tersebut, mereka akan digolongkan dalam pervasive Developmental Disorder (PDD) (Nvid, Rathus,& Greene , 1994)

BAB 2

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN KHAS

2.1Definisi Pendidikan Khas

Pendidikan Khas bermaksud kaedah-kaedah yang dibentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan. Kaedah-kaedah ini termasuk penggunaan bahan-bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut kebolehan dan keupayaan murid yang bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid melalui: perkembangan mental kestabilan emosi integrasi sosialKurikulum pendidikan khas adalah sebahagian daripada kurikulum biasa yang diubahsuai bagi memenuhi keperluan-keperluan khas bagi murid-murid pelbagai jenis kecacatan.2.2Konsep Pendidikan Khas

Program pendidikan khas yang menggunakan kaedah-kaedah khusus sesuai untuk memenuhi keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas, iaitu individu yang mengalami pelbagai kecacatan/ kurang upaya/ yang pintar cerdas.

2.3Objektif Pendidikan Khas

Objektif utama pendidikan khas adalah untuk mengimbangkan peluang-peluang pendidikan antara murid-murid khas dan murid-murid normal. Ia dilaksanakan dalam pelbagai aspek seperti pembangunan fizikal, pembelian peralatan khas dan perkhidmatan khidmat sokongan dalam pelbagai disiplin. Selepas mengikuti program ini dalam jangka masa yang ditentukan, murid dapat:a. Menguasai kemahiran asas 3Mb. Menerusi pembelajaran di kelas biasac. Menambah sikap yakin diri dan positif terhadap pembelajaran.

2.4Matlamat Pendidikan Khas

Matlamat umum pendidikan khas menurut matlamat pendidikan negara iaitu meliputi aspek individu, sosial, ekonomi, kewarganegaraan, pemodenan dan kefahaman antarabangsa. Walaubagaimanapun matlamat khusus pendidikan khas ialah untuk :1. Menyediakan persekitaran yang terbuka (least restrictive environment) yang dapat mendedahkan kanak-kanak tidak normal kepada persekitaran hidup yang sebenar.2. Menyediakan perkhidmatan bimbingan kaunseling untuk ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak tidak normal supaya mereka sedar akan hak mereka untuk tidak berasa malu dan hak mereka mendapatkan perkhidmatan pendidikan untuk anak-anak mereka.3. Menyediakan perkhidmatan kaunseling program dan insfrastruktur pendidikan khas untuk mengembangkan potensi kanak-kanak tidak normal pada tahap maksimum.4. Mengadakan kurikulum pendidikan khas yang bersuaian dengan jenis handicap sesuatu golongan kanak-kanak. Kurikulum tersebut bukan hanya mengutamakan aspek akademik tetapi yang lebih utamanya aspek kestabilan psiko-emosi, penyediaan kemahiran hidup dan kemahiran vokasional yang sederhana untuk mereka yang tidak normal.5. Mengadakan tenaga pengajar professional untuk mempertingkatkan mutu program pendidikan khas.6. Mengadakan kemudahan perubatan dan penyelidikan untuk merawat/memulihkan ketidaknormalan fizikal, mental dan emosi mereka yang tidak normal.7. Mengadakan tempoh pendidikan dan latihan yang lebih fleksibel selaras dengan darjah keseriusan handicap seseorang itu.

Rajah 8: Matlamat Pendidikan Khas

2.5 Proses Pendaftaran Kanak-kanak Ke Program Pendidikan Khas

Langkah 1: Mula Kanak-kanak disyaki mengalami masalah pembelajaran oleh guru atau ibu bapa.

Langkah 2: Mengenalpasti Mengenalpasti kanak-kanak yang disyaki mempunyai masalah kurang upaya. Pengesahan murid berkeperluan khas oleh pengamal perubatan di hospital kerajaan, pusat kesihatan atau klinik swasta bagi tujuan penempatan, dan mendapatkan saringan awal daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Langkah 3: Pendaftaran Daftarkan kanak-kanak kurang upaya dengan Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapatkan pendidikan bersesuaian.

*Juga daftarkan kanak-kanak kurang upaya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan perkhidmatan bersesuaian.

Langkah 4: Kelayakan Kanak-kanak kurang upaya yang disahkan telah bersedia ke sekolah akan disaring di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri untuk tujuan penempatan.

*Kanak-kanak yang disahkan belum bersedia ke sekolah, mempunyai kecacatan yang serius, ataupun tidak layak syarat-syarat kemasukan Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia, akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan pemulihan bersesuaian melalui Pemulihan Dalam Kommuniti (PDK).

Langkah 5: Penempatan Murid akan diberi peluang penempatan sama adalah Sekolah Pendidikan Khas atau Program Pendidikan Khas Integrasi. Penempatan akan dibuat berdasarkan alamat yang terdekat dengan sekolah atau Program Pendidikan Khas.

Langkah 6: Tempoh Percubaan Murid yang ditempatkan dengan Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia diberi tempoh percubaan selama 3 bulan.

Langkah 7: Kekalan Selepas tempoh percubaan, murid yang berjaya mengikuti Program Pendidikan Khas akan dikekalkan dalam program. Murid yang gagal mengikuti Program Pendidikan Khas KPM akan dirujuk balik kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan pemulihan bersesuaian melalui Pemulihan Dalam Kommuniti (PDK).

Rajah 9: Proses pendaftaran kanak-kanak ke Pendidikan Khas

2.6 Peranan Guru-Guru Pendidikan KhasDi antara tugas dan peranan guru-guru pendidikan khas ialah :

Jadual di bawah merujuk secara menyeluruh peranan dan tugas guru pendidikan khas.

Peranan GuruBidang Tugas

Pengurusan bilik darjahi. Menyediakan bilik darjah yang lengkap dengan peralatan dan keperluan asas.ii. Menyediakan ruang dan sudut bagi setiap sesi pembelajaraniii. Memastikan keselamatan bilik darjah adalah pada tahap maksimum dalam segala aspek.

Pendaftaran pelajari. Menerima kemasukan murid dengan meneliti borang pendaftaran dan penempatan.ii. Menempatkan murid dalam program/kelas yang bersesuaian dengan tahap murid.iii. Merekodkan pendafraran murid dalam buku rekod daftar sekolah.iv. Menyediakan fail rekod murid.

Menjalankan tugas pentadbirani. Menyediakan jadual waktu kelas dan persendirian.ii. Menyediakan perancangan tahunan/semesteriii. Menguruskan hal kewangan (PCG), kedatangan murid, stok dan inventori kelas.

Menguruskan program pendidikan khasi. Menyediakan rancangan pengajaran harian.ii. Merancang aktiviti tahunan yang akan dijalankan.iii. Menyediakan laporan harian.iv. Menyediakan rekod/laporan displin murid.

Pelaksanaan programi. Menjalankan ujian diagostikii. Menyediakan senarai nama murid.iii. Menyediakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI).iv. Menyediakan bahan pengejaran dan pembelajaran yang sesuai.

Melaksanakan kurikulum pendidikan khasi. Menjalankan pengajaran dan pembelajaran mengikut kurikulum yang disediakan.ii. Merancang mata pelajaran yang sesuai bagi diajar kepada murid-murid berdasarkan sukatan pelajaran.

Melaksanakan kurikulum pendidikan khasi. Mewujudkan aktiviti kokurikulum dan menggalakkkan murid pendidikan khas mengambil bahagian.ii. Menubuhkan unit uniform, kelab dan persatuan yang bersesuaian.iii. Melibatkan murid dalam aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh pihak lain.

Pengurus hal-ehwal murid pendidikan khasi. Mengawasi displin murid.ii. Mengenal pasti murid yang memerlukan khimat multi displin dan bantuan persekolahan (kewangan)iii. Mengadakan lawatan ke rumah murid bagi mengeratkan hubungan antara sekolah dan ibu bapa.

Menjalankan terapii. Menguruskan program terapi untuk murid yang memerlukan seperti terapi renang, terapi kuda, terapi pertuturan, terapi pemulihan cara kerja dan lain-lain terapi yang sesuai.

Penyeliaan dan pengawalani. Mengawal perjalanan kelas supaya tiada masalah displin berlaku.ii. Membantu dan menyelesaikan sebarang masalah displin yang timbul.

Pemeriksaan kesihatani. Memeriksa kesihatan murid dari masa ke semasa.ii. Menguruskan khimat pemeriksaan dan rawatan gigi, mata, telinga dan sebagainya.iii. Menguruskan ceramah-ceramah kesihatan.iv. Memberikan ubatan atau rawatan jika murid memerlukannya.

Menjalankan penilaiani. Menjalankan ujian mengikut tahap murid-murid.ii. Menjalankan tindakan susulan untuk mencalonkan pelajar menduduki kelas inklusif bagi mengambil peperiksaan seperti UPSR, PMR dan SPM.

Memberi khimat nasihati. Memberi kaunseling kepada murid yang ada masalah.ii. Memberi kaunseling kepada ibu bapa.iii. Menganjurkan ceramah atau seminar tentang murid-murid khas kepada guru, ibu bapa, masyarakat dan sebagainya.

Jadual 4 : Peranan dan tugas guru pendidikan khas

Berdasarkan jadual di atas, guru pendidikan khas bertanggungjawab bukan sahaja kepada murid-murid tetapi ibu bapa dan seluruh komuniti masyarakat bagi memberitahu tentang kepentingan pendidikan kepada murid. Murid pendidikan khas seharusnya mendapat pendidikan di sekolah untuk pembelajaran yang terancang dan bersistematik, bersesuaian dengan tahap keupayaan dan kebolehan mereka.

2.7Tugas Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas

Satu jawatan baru bagi pentadbiran khususnya dalam program Intergerasi Pendidikan Khas telah diwujudkan mulai tahun 2008. Jawatan tersebut adalah guru penolong kanan pendidikan khas (GPK PK). Jawatan guru penolong kanan pendidikan khas adalah merupakan satu jawatan yang hakiki. Oleh hal demikian, mereka bertanggungjawab terhadap tugas-tugas yang berkaitan dengannya. Gred jawatan guru penolong kanan pendidikan khas ialah DGA32 bagi sekolah rendah, manakala bagi sekolah menengah pula mereka berada dalam gred DG44. Rajah berikut menunjukkan carta organisasi sekolah yang mempunyai Program Intergerasi Pendidikan Khas.

Guru Besar / Pengetua

GPK PKGPK KOKUGPK HEMGPK 1

Penyelaras kelasKetua panitiaS/U peperiksaanPenyelaras kelas AJK kurikulumAJK HEMAJK kokurikulumPenyelaras unit beruniformSukan/PermainanKelab/PersatuanKetua unit displinSPBTProgram 3K

Rajah 10: Carta organisasi sekolah yang mempunyai Program Intergerasi Pendidikan Khas.

2.7.2Bidang Tugas Penolong Kanan Pendidikan Khas

1. Menjalankan tugas-tugas guru besar semasa ketiadaan guru besar, guru penolong kanan 1, guru penolong kanan HEM dan guru penolong kanan kokurikulum.2. Mengajar sebahagian waktu mengikut arahan guru besar.3. Bertanggungjawab kepada guru besar di dalam mentadbir semua aspek pengurusan bagi program Intergerasi Pendidikan Khas.4. Membantu mengerat hubungan antara penolong kanan dan guru-guru aliran perdana dan guru-guru pendidikan khas.5. Membantu guru besar menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran kelas khas.6. Membantu guru besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

Tugas-tugas lain bagi guru penolong kanan pendidikan khas juga berkaitan dengan segala aspek pengurusan iaitu dalam kurikulum, kokurikulum, displin, bimbingan dan kaunseling, program keselamatan dan perlindungan murid serta hal-hal berkaitan pentadbiran di kelas khas.

2.8Pembantu Pengurusan Murid N17

Pembantu pengurusan murid, merupakan satu jawatan yang baru diwujudkan dalam kelas pendidikan khas. Memandangkan tugas guru pendidikan khas semakin bertambah, maka jawatan ini diwujudkan bagi meringankan beban guru-guru pendidikan khas terutama kepada program yang mempunyai murid yang ramai. Setiap 15 orang murid dalam aliran pendidikan khas, seorang pembantu pengurusan murid diperlukan. Antara peranan pembantu pengurusan murid ialah;1. Membantu menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran.2. Membantu guru menyimpan / menyusun rekod-rekod murid atau RPI.3. Membantu mengawal displin murid terutama semasa akitivi-aktiviti yang dijalankan.4. Membantu menjaga kebajikan murid-murid berkeperluan khas.

2.9Peranan Khidmat Sokongan

Khidmat sokongan amatlah diperlukan bagi membantu kanak-kanak berkeperluan khas dengan memberikan perkhimatan yang dimiliki oleh individu atau sesebuah agensi. Perkembangan khidmat sokongan dalam pendidikan khas bermula sekitar tahun 1970-an. Menjelang tahun 1980-an khidmat sokongan mula mendapat perhatian dalam pendidikan khas (Cook & Friend, 1991). Beliau mendifinasikan khidmat sokongan sebagai satu gaya perhubungan secara langsung sekurang-kurangnya antara dua kumpulan yang bersetuju dalam membuat keputusan untuk mencapai matlamat yang sama.Menurut Sher dan Baur (1991), khidmat sokongan sepenuhnya merangkumi interaksi setiap anggota di sekolah yang melibatkan antara guru dengan ibu bapa murid-murid khas, guru, ibu bapa dan murid-murid lain dalam kelas biasa. Kefahaman tentang murid-murid khas bukan hanya dapat membantu pihak sekolah membantu mereka tetapi juga menghargai kewujudan mereka sebagai sebahagian daripada anggota sekolah.Khidmat sokongan dalam pendidikan khas telah diperluas dalam kalangan guru-guru khas, guru-guru biasa, murid dan agensi khidmat masyarakat. Dalam tahun 1990-an, penglibatan keluarga menjadi agenda yang penting.

Kajian yang tekah dijalankan oleh Knoblock (1987) mendapati bahawa khidmat sokongan yang patut ada di sekolah bukan hanya dari segi fizikal tetapi juga khimat sokongan yang berbentuk pengajaran. Menurut Strikland & Tumbull (1990), perkhidmatan sokongan yang disumbangkan dapat diperoleh daripada penubuhan pasukan pelbagai displin yang terdiri daripada kumpulan profesional dan pasukan sokongan.

2.10Kepentingan Khidmat Sokongan

Menurut Knoblock (1987), menyatakan bahawa khidmat sokongan yang patut ada di sesenuah sekolah bukan hanya dari segi fizikal sahaja, tetapi khidmat sokongan juga diperlukan dalam bentuk pengajaran. Perkhidmatan yang disumbangkan dapat diperoleh daripada penubuhan pasukan pelbagai displin yang terdiri daripada kumpulan profesional dan pasukan sokongan (Strikland & Tumbull 1990). Oleh yang demikian, ini akan dapat membantu ibu bapa dan guru-guru dalam menwujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang penuh kondusif.

Terry Overton (1992), kumpulan pelbagai displin adalah satu kumpulan yang berfungsi untuk mengenal pasti masalah murid bagi memastikan keberkesanan program pendidikan tersebut. Kumpulan ini akan bergabung tenaga dan menyediakan perkhidmatan kepada murid-murid pendidikan khas. Mereka akan bertanggungjawab dalam memastikan murid-murid ini mendapat penempatan yang adil dan sesuai mengikut tahap kecacatan, keperluan, minat dan latar belakang mereka. Mereka juga akan membantu murid-murid pendidikan khas dalam hal-hal berkaitan penempatan, saringan, rawatan, latihan dan sebaginya.

2.10.1 Agensi Kerajaan

1. Kementerian Pelajaran Malaysia Jabatan Pendidikan Khas Program Latihan Pendidikan Khas Sekolah Pendidikan Khas Kelas Inklusif Sekolah Vokasional

2. Kementerian Kesihatan Program-program Imunisasi Institusi Kesihatan Umum Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga

3. Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat Perkhidmatan pendaftaran orang berkeperluan khas Program pemulihan dalam komuniti Pemberian geran kepada pertubuhan sukarelawan Pemberian elaun, geran pelancaran, alat anggota palsu kepada orang berkeperluan khas. Sukan bagi orang berkeperluan khas.

2.10.2 Pasukan pelbagai displin2.10.2. Pakar Perubatan

Perkhidmatan Terapi PertuturanTerapi pertuturan akan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik untuk membantu murid-murid gagap, sumbing dan murid-murid yang mempunyai masalah alat artikulasi untuk bertutur.Perkhidmatan AudolojiIa didapati di hospital kerajaan, swasta dan badan NGOTumpuan kepada ujian pendengaran melalui konduksi udara dan tulang kepada murid-muris bermasalah pendengaran.Mengesan tahap pendengaran atau kerosakan pendengaran setiap murid bagi membekalkan alat bantuan pendengaranPAKARPERUBATANPerkhidmatan NeurologiMenjalankan diagnostik dan mengubati penyakit yang berkaitan neurological seperti kecacatan otak.Membantu mengawal masalah hiperaktif dan masalah menumpukan perhatian (ADD) dengan memberi ubat ritalinPerkhidmatan PediatrikMenjalankan diagostik dan merawat penyakit.Perkhidmatan ini juga mengesan punca masalah pembelajaran seperti genetik, kewarisan, prenatal dan postnatal.Perkhidmatan OftalmologiBertanggungjawab dalam mengesan penyakit mata dan yang melibatkan mataMereka juga menilai sebab-sebab murid yang mempunyai masalah penglihatan dan mencadangkan rawatan yang sesuai.

Rajah 11: Pakar perubatan

2.10.3Pakar Terapi

Terapi PertuturanPakar terapi akan menilai perkembangan bahasa dan petuturan murid-muridKenal pasti masalah serta menjalankan intevensi untik membantu murid-murid yang mempunyai masalah pertuturanFisioterapiMenitikberatkan perkembangan, daya tahan tubuh badan dan membantu individu berdikari setakat terdaya.Membuat penilaian mengenai keadaan fizikal dan memberikan latihan pergerakkan dan kawalan otot yang sesuai.Jurupulih Cara KerjaTumpuan kepada kemahiran motor halusMenilai murid dari segi penggunaan tangan jari muridMerancang dan melatih murid mengasah kemahiran melalui terapiPsikologi KlinikalAhli psikologi klinikal mempunyai kemahiran dalam bidang mendiagnosis dan merawat masalah emosi murid-muridBerkemahiran dalam menangani masalah secara individu, kaunseling kumpulan dan fsioterapi.PAKAR TERAPI

Rajah 12: Pakar terapi

2.10.4Pekerja Sosial

KaunselorKaunselaor membantu murid-murid untuk mengatasi perasaan malu dan konsep kendiri yang baik melalui sesi perbincangan, kaunseling secara individu dan kelompok.Kakitangan Sosial dan KerjayaKakitangan sosial membantu ahli kumpulan pelbagai displin dengan menjadi perhubungan keluarga murid dan mengumpul maklumat latar belakang keluarga tersebut.Berhubung dengan jabatan kerajaan, agensi dan NGO dalam menguruskan keperluan yang melibatkan murid-murid pendidikan khas.Membantu murid-murid khas mendapatkan pekerjaan dan hala tuju yang sesuai.PEKERJA SOSIAL

Rajah 13: Pekerja sosial

2.11Program Pendidikan Khas

2.11.1Sekolah Khas

Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui:1. Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.2. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Ia diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/ vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

Di antara program yang ditawarkan ialah:

2.11.2 PrasekolahSyarat kemasukan murid ke program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah:i. Berumur tidak kurang dari lima (5) tahunii. Disahkan oleh pengamal perubataniii. Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

2.11.3 Pendidikan RendahSyarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:i. Berumur 6 hingga 14 tahunii. Disahkan oleh pengamal perubatan iii. Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain. Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum adalah percuma. Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.

2.11.4 Pendidikan Menengah

Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia ialah:i. Berumur 13 hingga 19 tahunii. Disahkan oleh pengamal perubataniii. Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

Pendidikan menengah menyediakan dua jenis aliran iaitu akademik dan vokasional.

2.12 Pendidikan Teknik dan Vokasional

2.12.1 Sekolah Khas

Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang menawarkan elektif mata pelajaran vokasional (MPV) manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia.

2.12.2 Program Pendidikan Khas Integrasi

Masalah Pendengaran : Sekolah Menengah Vokasional (EAT) Azizah, Johor Bharu Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Kedah Sekolah Teknik Batu Pahat, Johor Sekolah Menengah Vokasional Bagan Serai, Perak. Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan. Sekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah.

2.13 Tempoh Pengajian

Sekolah Rendah Berkeperluan KhasSekolah Menengah Berkeperluan Khas

Enam (6) tahunLima (5) tahun

Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimun di mana-mana peringkat iaitu sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah mengikut keperluan murid berkenaan.

Jadual 5: Tempoh pengajian di sekolah berkeperluan khas

2.14 Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas

Ditubuhkan pada tahun 1999 bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan kepakaran kepada ibu bapa dan murid-murid berkeperluan khas setempat. Pusat ini bersifat saling lengkap-melengkapi kepada agensi-agensi yang berkecimpung dalam hal-hal yang berkaitan dengan keperluan khas.

Antara perkhidmatan yang disediakan :-i. Khidmat audiologiii. Kelas bahasa isyaratiii. Aktiviti terapiiv. Kaunseling ibu bapav. Perpustakaan permainan

2.15 Jenis-jenis Program

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

Jabatan Pendidikan TenikalJabatan Pendidikan KhasJabatan Pendidikan Negeri

Program Pendidikan Khas Intergrasi, Teknik dan vokasionalProgram Sekolah Pendidikan KhasProgram Pendidikan Khas Intergrasi/ inklusif

SM dan SK pendidikan khas

Sekolah menengah teknikSM dan SK biasa

Prasekolah Pendidikan khas

Masalah penglihatanPrasekolah pendidikan khas

Masalah penglihatan

Masalah pendengaran

Masalah pendengaran

Masalah pembelajaran

Masalah pembelajaran

Rajah 11: Jenis-jenis program pendidikan khas kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia

2.15.2 Program InklusifInklusif adalah proses memasukkan murid secara fizikal dan sosiologikal ke dalam kelas biasa dan diberikan pendidikan mengikut keperluan masing-masing. Program ini adalah untuk mengintegrasikan murid berkeperluan khas ke dalam sistem persekolahan biasa. Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada murid khas untuk bersama dengan murid normal dan dapat menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan juga menjadikan mereka lebih berupaya, mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang dapat menyumbang.

2.15.3 Objektif Inklusif

i. Meningkatkan kesedaran murid normal tentang murid berkeperluan khas bahawa mereka juga sebahagian daripada ahli masyarakat.ii. Memberikan peluang kepada murid berkeperluan khas untuk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal dan menyertai aktiviti yang disediakan untuk mereka.iii. Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada murid pendidikan khas yang berpotensi supaya dapat meningkatkan konsep kendiri dan keyakinan diri mereka.iv. Untuk mengelakkan daripada berlakunya diskriminasi dalam pendidikan dan kemudahan yang telah dibekalkan oleh kementerian.

2.16Peranan Guru Kelas Biasa

i. Berbincang dengan guru khas mengenai matlamat, objektif dan bahan-bahan khas yang perlu digunakan.ii. Berbincang dengan guru khas mengenai jenis masalah perlakuan yang dihadapi serta langkah-langkah umum bagi mengurus murid khas.iii. Menyediakan laporan kemajuan murid untuk dihantar kepada pihak pentadbir sekolah.

2.17Peranan Guru Pendidikan Khas

1. Memberi kerjasama kepada guru akademik atau guru biasa di bilik darjah.2. Memastikan murid khas yang diinklusifkan dapat memenuhi kehendak sosial dan akademik.3. Murid khas perlu diberikan pendedahan terlebih dahulu seperti diberikan peluang memerhati aktiviti murid kelas biasa sebelum dimasukkan ke dalam kelas inklusif.4. Membantu guru akademik menyediakan bahan pengajaran yang sesuai untuk memenuhi kehendak murid khas.5. Menemui dan berbincang dengan murid khas mengenai kemajuan akademik dan kebimbangan mereka dalam kelas normal dari masa ke semasa.

Program pendidikan inklusif bagi murid berkeperluan khas terbahagi kepada tiga iaitu:i) Inklusif penuh Murid berkeperluan khas mengikuti sepenuhnya kelas biasa dengan dibantu oleh seorang guru pembantu.

ii) Inklusif separaMurid berkeperluan khas mengikuti kelas biasa dengan tidak sepenuhnya tetapi hanya mata pelajaran tertentu mengikut keperluannya.

TempatMurid berkeperluan khas menghadiri perhimpunan, menggunakan kemudahan lain di sekolah seperti kantin, tandas, perpustakaan dan sebagainya bersama dengan murid yang normal.

iii) Kelas KhasPihak sekolah perlu menyediakan sebuah bangunan untuk murid-murid khas. Bagi sekolah yang besar murid khas ditempatkan di bangunan yang berasingan dengan murid normal. Jika sekolah kecil, pihak pentadbir akan menempatkan murid-murid khas ini di dalam salah sebuah atau beberapa kelas yang diubahsuai.Keadaan ini memerlukan pengetahuan/pengalaman guru-guru khas dalam peranan untuk penyusunan fizikal bilik darjah bagi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dari segi penyusunan tempat duduk, guru-guru perlulah mengikut kategori masalah murid. Bagi murid bermasalah pendengaran, kedudukan meja murid perlulah berhampiran dengan kedudukan meja guru. Ini bertujuan supaya murid mudah melihat guru. Ini kerana murid bermasalah pendengaran selain perlu menggunakan bahasa isyarat mereka juga perlu melihat mimik muka dan gerak bibir guru untuk berkomunikasi.

Begitu juga dengan kelas murid bermasalah penglihatan, di mana susun atur meja juga perlu dekat supaya suara guru dapat diterima dengan jelas kerana mereka belajar dengan menggunakan pendengaran dan bukan penglihatan. Penyusunan meja mereka sesuai dibuat secara selari. Pastikan guru tidak selalu mengubah kedudukan tempat duduk dan susun atur murid kerana akan menyukarkan mereka untuk mengenal pasti kedudukan dan laluan sebenar.Keadaan ini berbeza dengan kelas khas bermasalah pembelajaran kerana mempunyai pelbagai kecacatan murid dan pelbagai masalah tingkah laku. Guru perlu selalu memastikan bahawa murid hiperaktif tidak duduk bersebelahan di antara satu sama lain. Ini bagi mengelakkan gangguan atau suasana bising yang tidak terkawal di dalam kelas. Selain itu susunan kelas ini mestilah menjamin keselesaan dan keselamatan murid khas. Keceriaan bilik darjah perlu untuk menarik minat murid di samping dapat merangsang minda mereka.

2.18Pengurusan Bilik Darjah

2.18.1Penyusunan Kemudahan Fizikal/Perabot Bilik Darjah

Aspek fizikal bilik darjah yang disusun dengan berkesan dapat: Membolehkan aktiviti dijalankan dengan terancang Mengurangkan kebisingan dan gangguan Memupuk interaksi murid Menambahkan masa yang dihabiskan dalam aktiviti pembelajaran Membolehkan guru memantau aktiviti murid

2.18.2 Cara penyusunan Bilik Darjah harus membolehkan :

Guru dan murid bergerak tanpa halangan Memudahkan guru untuk mendapatkan bahan bantu mengajar Guru dapat menumpukan perhatian kepada semua murid

2.18.3 Ruang pengajaran dan pembelajaran :

Ruang belajar yang berasingan untuk kumpulan besar dan kumpulan kecil Sudut rekreasi Sudut audio-visual/ sudut tayangan Sudut bacaan Sudut pameran Sudut time out Sudut tempat letak peralatan membersihkan diri Sudut peralatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran

2.18.4 Peraturan bilik darjah

Peraturan perlu diwujudkan untuk situasi tertentu seperti: Aktiviti keluar masuk & meninggalkan tempat duduk Menyerahkan kerja yang telah siap & menjaga kebersihkan bilik darjah Menggunakan perabot, peralatan dan bahan-bahan yang dikongsi.

2.18.5 Pembahagian Kumpulan Pengajaran dan Pembelajaran

Prosedur untuk aktiviti kumpulan kecil: Membentuk kumpulan dengan cepat dan tanpa gangguan Tentukan bahan-bahan untuk dibawa dalam kumpulan Menguruskan tingkah laku ahli kumpulan

2.18.6 Pengurusan Tingkah laku

Tingkah laku yang tidak sesuai boleh diubah kepada tingkah laku baru. Tingkah laku baru boleh dipelajari sepanjang masa

2.18.7 Penjadualan

Jadual waktu kelas mesti disusun dengan sempurna untuk: Memberi struktur kepada proses pengajaran dan pembelajaran Memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai Menetapkan aktiviti yang akan dilaksanakan.

2.18.7 Stesen stesen Pembelajaran

Kepentingan mewujudkan stesen-stesen pembelajaran adalah seperti berikut : Dapat memupuk kemahiran pengajaran dan pembelajaran mengikut subjek yang diajar Guru-guru dapat menjadi pakar/kemahiran dalam sesuatu mata pelajaran Bahan Bantu Mengajar yang berkesan dan menarik dapat disediakan dengan lebih efisyen Penilaian dan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) dapat dilaksanakan dengan teratur, berkesan dan berfokus Disiplin murid lebih terkawal Jadual waktu lebih bermakna Isi pengajaran dan pembelajaran dapat diseragamkan di peringkat sekolah

2.19Sistem Fail dan Rekod

Pengurusan fail dan rekod yang baik dalam sesuatu program pendidikan khas akan membolehkan pengurusan dan pentadbiran program tersebut dapat ditadbir dan diurus dengan baik. Sistem fail amat penting untuk menyimpan dokumen-dokumen, minit-minit mesyuarat dan surat-surat. Pengurusan rekod juga penting untuk membolehkan guru, ibu bapa dan pihak yang berkenaan memperolehi maklumat pelajar dalam sesuatu program pendidikan khas dengan mudah, cepat dan tepat.Diantara fail-fail yang boleh diurus dalam sesuatu program pendidkan khas adalah seperti berikut :-1) Fail senarai nama dan maklumat murid pendidikan khas2) Fail senarai nama dan maklumat guru pendidikan khas3) Fail daftar murid4) Fail-fail suratsurat masuk dari pelbagai pihak termasuk Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain5) Fail surat keluar masuk6) Fail sukan pendidikan khas7) Fail lawatan 8) Fail kertas kerja/projek9) Fail jadual waktu10) Fail kurikulum11) Fail ko-kurikulum12) Fail-fail kewangan13) Fail Rancangan Pengajaran Individu untuk setiap murid14) Fail-fail peribadi untuk setiap murid15) Lain-lain fail yang perlu

Kesemua fail di atas diurus dengan baik dan dijilid. Setiap perkara yang dimasukkan dalam setiap fail perlu direkod terlebih dahulu dan dijilidkan sebelum difailkan. Pengurusan sistem fail yang cekap akan mencerminkan sejauh mana program khas iaitu ditadbir dan diurus.

Selain daripada pengurusan sistem fail, pengurusan rekod juga amat penting dalam keberkesanan sesuatu program pendidikan khas. Di antara jenis-jenis rekod yang perlu diurus adalah seperti berikut :-a. Jadual kedatangan murid.Jadual kedatangan murid merupakan buku yang merekodkan kedatangan murid-murid. Nama murid dicatat mengikut abjad. Kedatangan murid pada setiap hari persekolahan perlu dicatat. Bagi setiap hari, jumlah murid yang tidak hadir, jumlah murid yang hadir serta jumlah kedatangan sepatutnya dikira dan dicatatkan.

b. Rekod prestasiRekod prestasi menunjukkan kemajuan murid dalam tiap-tiap matapelajaran mengikut satu senarai kemahiran. Maklumat ini boleh didapati dalam bentuk senarai semak. Rekod ini menunjukkan kebolehan dalam bidang-bidang kemahiran serta penguasaan kemahiran-kemahiran.

c. Rekod profilRekod ini memberi gambaran tentang pencapaian murid secara keseluruhan. Pencapaian murid bagi semua mata pelajaran diambil kira dan digredkan. Rekod ini disediakan ada setiap penghujung penggal dan dilaporkan kepada ibu bapa.

d. Kad himpunanSebelum tahun 1978, kad himpun 001 dan 002 digunakan. Kad himpun merujuk kepada Kad Rekod Persekolahan manakala 002 merujuk kapada Kad Rekod Sulit. Mulai 1978, Kad Rekod 001 dan 002 telah dicantumkan dalam satu kad baru iaitu Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Rendah 001R untuk kegunaan di sekolah rendah dan Rekod Persekolahan Murid Sekolah Menengah 001M untuk di sekolah menengah.

Antara tujuan utama diadakan kad himpunan ialah :-1) Dapat mengesan kemajuan murid dari setahun ke setahun2) Dapat mengetahui latar belakang keluarga murid seperti pekerjaan ibu bapa, pendapatan, bilangan anak dalam keluarga dan lain-lain perkara3) Dapat melihat tingkah-laku kedatangan murid ke sekolah4) Dapat mengetahui sifat diri murid seperti aras keyakinan dan sifat-sifat lain seperti tanggungjawab, daya usaha, pergaulan, kerajinan dan perawakan.5) Dapat mengetahui maklumat penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum6) Dapat mengetahui minat murid dalam kerjaya

e. Rekod kesihatan dan pergigianRekod ini akan mengandungi maklumat-maklumat mengenai kesihatan murid termasuk berat badan, ketinggian, penyakit-penyakit yang dialami murid, jenis-jenis suntikan yang telah diberikan serta rekod pemeriksaan dan rawatan pergigian.

f. Daftar kutipan yuranSemua jenis yuran yang dikutip oleh guru besar dalam daftar kutipan yuran. Ini termasuk jenis-jenis pembayaran, amaun yang dibayar dan nombor resit.

Berikut merupakan sistem fail di Program Pendidikan Khas SJK (C) Pu Nan, Bukit Bakri Muar:-SENARAI NAMA FAILJBC5041:600-7BILNO.FAILTAJUKCATATAN

1600-7/1Maklumat GuruPengurusan

2600-7/2Maklumat PPMPengurusan

3600-7/3Maklumat PelajarPengurusan

4600-7/4Minit MesyuaratPengurusan

5600-7/5Surat PekelilingPengurusan

6600-7/6Surat Masuk (JPNJ)Pengurusan

7600-7/7Surat Masuk (PPD)Pengurusan

8600-7/8Surat KeluarPengurusan

9600-7/9Kewangan PerbelanjaanPengurusan

10600-7/10Kewangan Elaun PelajarPengurusan

11600-7/11Pencerapan GuruPengurusan

12600-7/12Rancangan TahunanPengurusan

13600-7/13Ko-kurikulumPengurusan

14600-7/14Tabung Pendidikan KhasPengurusan

15600-7/15PelbagaiPengurusan

16600-7/16Surat KebenaranPengurusan

17600-7/17RPIPengurusan

18600-7/18InventoriPengurusan

Jadual 6: Sistem fail Pendidikan Khas SJK (C) Pu Nan

2.20Pengurusan Kewangan Sekolah

Sekolah ialah sebuah institusi pendidikan yang pentadbiran harta dan kewangannya adalah tertakluk kepada peruntukan yang terdapat di bawah Akta Pendidikan 1961 dan Accounts & Rules 1962. Di bawah peruntukan tersebut pihak sekolah dikehendaki menyimpan akaun-akaun dan rekod-rekod lain yang berkaitan dengan pengurusan kewangan dengan sempurna serta menyediakan dan mengemukakan satu penyata akaun berkenanan kepada pihak audit tidak lewat 31 Mac pada tiap-tiap tahun.Kumpulan wang sekolah adalah sejumlah wang yang dikendalikan oleh pihak daripada sumber kerajaan dan bukan kerajaan. Kumpulan Wang Kerajaan, Kumpulan Wang Suwa dan Kumpulan Wang Asrama bagi kanak-kanak berkeperluan khas sahaja.

2.20.1 Kumpulan Wang Kerajaan

Kumpulan wang kerajaan merupakan semua penerimaan yang diperolehi daripada bantuan dan pemberian kerajaan. Sebahagian besar wang disalurkan melalui bantuan per kapita yang diberi berdasarkan bilangan murid. Ia digunakan bagi keperluan pengajaran dan pembelajaran serta penyelenggaraan sekolah secara keseluruhannya. Di antara punca-punca kewangan yang diperakaunkan dalam kumpulan wang kerajaan iaitu Bantuan Pendidikan dalam bentuk Per Kapita (PCG) yang dibahagikan kepada PCG Mata Pelajaran dan PCGbukan Mata Pelajaran.

2.20.2 Kumpulan Wang Suwa

Kumpulan wang SUWA sekolah merupakan wang yang diterima oleh pihak sekolah selain pemberian bantuan daripada pihak kerajaan. Antara punca-punca kewangan yang boleh diambil kira sebagai wang SUWA termasuklah yuran khas daripada murid, derma daripada orang ramai, sewaan harta sekolah, jualan daripada kedai buku sekolah, yuran peperiksaan dalaman dan pelbagai hasil jualan daripada projek-projek sekolah.

2.20.3 Kumpulan Wang Asrama

Kumpulan wang asrama merupakan semua penerimaan yang berkaitan dengan asrama sama ada pemberian/ bantuan itu daripada kerajaan ataupun kutipan yang dibuat daripada pelajar.

2.20.4 Perolehan dan Agihan Sumber Kewangan

Peruntukan PCG yang diterima oleh sekolah hendaklah dibelanjakan pada tahun semasa dan tidak melebihi 10% daripada jumlah asal PCG yang diterima dalam tahun berkenaan yang dibenarkan dibawa ke tahun hadapan.

a) Jenis Bantuan Per Kapita (PCG) dan maksud perbelanjaan ialah :1. Bantuan Per Kapita mata pelajaran 2. Bantuan Per Kapita bukan mata pelajaran3. Bantuan Per Kapita Pra Sekolah dan4. Bantuan Per Kapita Pendidikan Khas

b) Prosedur tuntutan PCGSekolah yang melenggarakan Akaun Kumpulan Wang Kerajaan diperlukan mengemukakan tuntutan PCG kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing seterusnya mengemukakan kepada Pejabat Pembayar bagi urusan pembayaran dan mengkreditkan terus ke dalam Akaun Kumpulan Wang Kerajaan mengikut kumpulan PCG yang ditetapkan iaitu teras, wajib, tambahan / bahasa asing dan elektif.

Peruntukan PCG yang diterima oleh sekolah hendaklah dibelanjakan pada tahun semasa dan tidak melebihi 10% daripada jumlah asal bagi tahun berkenaan sahaja dibenarkan dibawa ke tahun hadapan. Tuntutan penyelarasan boleh dibuat sekali oleh sekolah yang mengalami pertambahan murid sekurang-kurangnya 5% atau 100 orang murid berbanding bilangan pada tarikh asas tuntutan. Tuntutan penyelarasan perlu dikemukakan selewat-lewatnya 31 Julai tahun semasa.

c) Cara membuat tuntutan PCGi. Tuntutan PCG ditetapkan sekali setahunii. Tuntutan PCG hendaklah berdasarkan bilangan enrolmen murid pada 1 Oktober tahun sebelumnya.iii. Borang tuntutan PCG tahun berkenanan hendaklah dikemukakan oleh sekolah kepada PTJ masing-masing selewat-lewatnya pada 30 November tahun sebelumnya.

Peruntukan kewangan untuk murid berkeperluan khasSekolah Pendidikan Khas Rendah dan Menengah serta Program Pendidikan Khas Intergerasi Rendah dan Menengah juga menerima bantuan PCG Mata Pelajaran dan Bukan Mata Pelajaran.

Kadar bantuan tersebut adalah ternyata dalam Lampiran C Surat Pekeliling Kewangan Bil 5 Tahun 2002 Pemberian Bantuan Per Kapita Untuk Sekolah KP.1573/17/Jld.14(14) bertarikh 16 Oktober 2002 dan dinyatakan di dalam jadual berikut:

Jenis Program Pendidikan KhasPCG Mata PelajaranPCG Bukan Mata Pelajaran

TerasWajibTambahanPSSB&KLPBT/ LPK sekolahLPBT/ LPK asrama

Masalah Penglihatan / Integrasi Rendah200.00100.0050.0050.0012.00200.0060.00

Masalah Pendengaran / Integrasi Rendah50.0080.0075.0040.0012.00180.0060.00

Masalah Pembelajaran / Integrasi Rendah45.0070.0065.0040.0012.00180.00-

Masalah Penglihatan / Integrasi Menengah350.00150.00125.0080.0015.00300.0060.00

Masalah Pembelajaran / Integrasi Menengah65.0080.0080.0060.0015.00280.0060.00

TerasWajibElektif

iiiiii

Masalah Pendengaran / Integrasi Menengah70.0090.008080015060.0015.00280.0060.00

Jadual 7: Peruntukan kewangan murid berkeperluan khas

BAB 3

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS

3.1Pengenalan

Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Guru perlu membuat pertimbangan atau keputusan berhubung dengan pelajar dalam bilik darjah kendaliannya tentang pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Apakah telah mencapai objektif yang telah ditetapkan atau memerlukan tindakan pengulangan semula dan sebagainya.

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan ujian mereka mungkin mengatakan mereka mengukur prestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil hirau maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.

Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi akan membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat.

Murid dengan keperluan khas di Malaysia bukan sahaja mengikuti kurikulum arus perdana tetapi juga menduduki peperiksaan awam yang sama dengan murid biasa seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menegah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan peperiksaan kemahiran dalam teknik vokasional. Murid yang mengikuti peperiksaan awam ini adalah murid kategori masalah pendengaran dan masalah penglihatan. Bagi murid masalah pembelajaran, mereka diberi pilihan sama ada menduduki peperiksaan awam/diberi penilaian berasaskan sekolah, bergantung pada keupayaan mereka. Biasanya bagi yang mengikuti kurikulum alternatif dinilai pada peringkat sekolah.

1. Penilaian dilakukan terhadap objektif RPI yang telah ditetapkan untuk menjelaskan kekerapan murid itu dinilai bagi satu-satu objektif. Objektif boleh dinilai setiap hari, setiap minggu/pada tarikh-tarikh tertentu. Penilaian dapat dilakukan dalam pelbagai-bagai cara seperti ujian pencapaian, temu-bual, rekod anekdot, pemerhatian dan portfolio murid.

2. Penilaian untuk mengenal pasti kanak-kanak dengan ADHD tidak hanya bergantung kepada satu jenis ujian sahaja. Oleh itu, penilaian untuk kanak-kanak ADHD memerlukan maklumat-maklumat daripada ahli perubatan, ibu bapa, ahli keluarga dan guru-guru.

3.2.Pengujian

Antara ketiga-tiga istilah berkenaan, pengujian selalunya dianggap mendukung maksud yang lebih sempit atau khusus. Pengujian dapat dianggar sebagai proses penyerahan set soalan yang standard yang perlu dijawab, atau satu set instrument atau satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sample tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.

Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Misalnya skala bernombor seperti angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula seperti ekstrovet atau introvet bagi ujian personality, atau rabun warna bagi ujian penglihatan.

Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros(1981) seperti yang dipetik dalam Raminah Haji Sabran(1991) yang menegaskan bahawa :

Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contoh perlakuan yang diperhatikan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan (Raminah 1991:2)

Hasil daripada jawapan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah akan diberika kepada individu berkenaan. Pengujian menjelaskan keadaan beberapa baguskah prestasi murid yang diuji.

Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan (pentadbiran ujian) dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui proses pengujian inilah seseorang guru dapat mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai sebanyak mana kemahiran yang telah diperlajari.

3.3. Pengukuran

Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding dengan pengujian. Pengukuran membawa definisi sebagai suatu proses mendapatkan penjelasan secara numeric atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrument. Atau dalam erti kata lain langkah menentukan tahap sejauh mana seseorang individu memiliki sifat-sifat tertentu.

Biasanya kita mewakilkan sesuatu indeks berbentuk angka kepada prestasi seseorang individu supaya status individu berkenaan lebih tepat dan dapat mewakili sifat tertentu. Misalnya, Toh Wei Kang mendapat markah 60 peratus dalam ujian Matematik. Kita tidak menyatakan prestasi Toh Wei Kang berkenaan sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, kita hanya mengukur tanpa menentukan nilai. Justeru, pengukuran adalah hanya penentuan status atau tahap.

Pengukuran boleh dilaksanakan tanpa pengujian. Sebagai contoh, proses mendapatkan maklumat berbentuk kuantitatif menggunakan proses pencerapan atau penggunaan skala pemeringkatan. Berbeza dengan pengujian yang ingin mendapatkan maklumat sebanyak mana prestasi yang diperolehi, pengukuran pula menjurus kepada banyak mana skor atau markah yang diperolehi dengan menggunakan proses tertentu.

Seperti pengujian, pengukuran juga tidak bersifat mutlak. Pengukuran ketinggian mental seseorang individu sudah tentu lebih sukar dan tidak dapat dilakukan dengan tepat berbanding pengukuran ketinggian fizikal seseorang individu menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan pembaris. Misalnya, seseorang murid yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda murid yang m