pendidikan jasmani

57
KESAN LATIHAN PLIOMETRIK KE ATAS KUASA OTOT KAKI PELAJAR WANITA PSIKOLOGI SUKAN SEMESTER DUA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS NOOR ZAMAN BIN NAYAN Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Sains Sukan Dengan Kepujian Fakulti Sains Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak April 2007

Upload: ziv-chen

Post on 21-Oct-2015

115 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Pendidikan Jasmani

TRANSCRIPT

Page 1: Pendidikan Jasmani

KESAN LATIHAN PLIOMETRIK KE ATAS KUASA OTOT KAKI

PELAJAR WANITA PSIKOLOGI SUKAN SEMESTER DUA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

NOOR ZAMAN BIN NAYAN

Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Sains Sukan Dengan Kepujian Fakulti Sains Sukan

Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak

April 2007

Page 2: Pendidikan Jasmani

KESAN LATIHAN PLIOMETRIK KE ATAS KUASA OTOT KAKI

PELAJAR WANITA PSIKOLOGI SUKAN SEMESTER DUA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

OLEH

NOOR ZAMAN BIN NAYAN

Kajian ini dikemukakan untuk memenuhi syarat keperluan kursus Latihan Ilmiah QSS 4103 untuk Pendidikan Sains Sukan, Fakulti Sains Sukan, Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

April 2007

Page 3: Pendidikan Jasmani

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa penulisan ini adalah hasil penulisan saya sendiri kecuali nukilan-nukilan dan ringkasan-ringkasan yang mana setiap satunya telah diperjelaskan

sumbernya.

………………………………….. ( NOOR ZAMAN BIN NAYAN )

Penyelidik Projek D20041019391

April 2007

ii

Page 4: Pendidikan Jasmani

PENGESAHAN

Projek Penyelidikan ini telah diluluskan dan memenuhi syarat keperluan kursus QSS 4103 Kajian Ilmiah bagi Program Pendidikan Sains Sukan, Fakulti Sains Sukan,

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

...……………..…………………………..…………….. ( PN. NUR HAZIYANTI BT MOHAMAD KHALID )

Penyelia Latihan Ilmiah

Program Pendidikan Sains Sukan Fakulti Sains Sukan

Universiti Pendidikan Sultan Idris

iii

Page 5: Pendidikan Jasmani

PENGESAHAN

Penulisan Ilmiah ini telah diterima dan diluluskan untuk memnuhi syarat keperluan kursus 4103 Kajian Ilmiah bagi memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Sukan, Program Pendidikan Sains Sukan, Fakulti Sains Sukan, Universiti Pendidikan

Sultan Idris.

……………………………………………………….. (PN. NUR HAZIYANTI BT MOHAMAD KHALID)

Penyelaras Projek Latihan Ilmiah

Program Pendidikan Sains Sukan Fakulti Sains Sukan

Universiti Pendidikan Sultan Idris

iv

Page 6: Pendidikan Jasmani

Dedikasi

Teristimewa buat yang tersayang,

Isteriku Anita binti Zainol yang sentiasa memberi dorongan

Anak-anakku yang sentiasa menjadi perangsang

Ibubapa serta adik-beradik yang sentiasa

Mendoakan kejayaanku.

Terima kasih yang tidak terhingga atas doa dan pergorbanan yang

diberikan selama ini.

Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Sains Sukan Dengan Kepujian Fakulti Sains Sukan

Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim

v

Page 7: Pendidikan Jasmani

PENGHARGAAN

Alhamdulillah dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Saya

memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya, kajian

ini dapat disempurnakan dengan jayanya.

Ucapan jutaan terima kasih ditujukan kepada penyelia QSS 4103, Penyelidikan Dalam

Pendidikan Sains Sukan, Puan Nur Haziyanti bt. Mohamad Khalid yang sanggup

mengorbankan masa dan tenaga untuk memberi sokongan, tunjuk ajar, bimbingan dan

dorongan sepanjang kajian ini dijalankan.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Pelajar-pelajar Perempuan Psikologi Sukan

Sesi 2006/2010 di atas kerjasama yang diberikan oleh mereka. Terima kasih juga

ditujukan kepada rakan-rakan dan orang perseorangan yang terlibat dalam menjayakan

kajian ini samada secara langsung atau tidak langsung.

NOOR ZAMAN BIN NAYAN Sarjana Muda Pendidikan Sains Sukan Dengan Kepujian Universiti Pendidikan Sultan Idris

vi

Page 8: Pendidikan Jasmani

KESAN LATIHAN PLIOMETRIK KE ATAS KUASA OTOT KAKI PELAJAR WANITA PSIKOLOGI SUKAN SEMESTER DUA

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk melihat samada terdapat kesan ke atas kuasa otot kaki Pelajar

Perempuan Psikologi Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris sebelum dan selepas

mereka menjalankan latihan Pliometrik yang dipilih. Seramai 17 orang pelajar dipilih

sebagai subjek. Sebelum mereka menjalankan aktiviti latihan Pliometrik, mereka akan

diuji dalam ujian pra dan pos bagi menguji tahap kuasa otot kaki masing-masing

berpandukan Ujian Lompat Jauh Dirian dan Lompat Menegak. Mereka diberi tritmen

latihan pliometrik 2 kali seminggu selama 7 minggu. Keputusan yang diperolehi akan

membolehkan kita mengetahui sama ada keberkesanan atau tidak latihan pliometrik yang

dijalankan untuk meningkatkan kuasa otot kaki para subjek. Adalah diharapkan kajian ini

dapat membantu dan membolehkan banyak pihak untuk memastikan dan menggunakan

latihan pliometrik sebagai aktiviti senaman harian untuk meningkatkan lagi kuasa otot

kaki mereka. Skor-skor ujian diperolehi dan dianalisis secara statistik deskriptif

menggunakan min, peratusan dan sisihan piawai untuk perbandingan kriteria antara pra

ujian dan pos ujian. Statistik inferensi akan menggunakan ujian-t untuk melihat

signifikan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa latihan pliometrik berkesan

meningkatkan kuasa otot kaki Pelajar Perempuan Psikologi Sukan, Universiti Pendidikan

Sultan Idris.

vii

Page 9: Pendidikan Jasmani

ISI KANDUNGAN Halaman PENGAKUAN ........................................................................................................... ii LEMBARAN PENGESAHAN .................................................................................. iii DEDIKASI.................................................................................................................. v PENGHARGAAN ..................................................................................................... vi ABSTRAK ..................................................................................................................vii KANDUNGAN ..........................................................................................................viii SENARAI JADUAL .................................................................................................. x BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan .................................................................................................. 1 1.2 Pernyataan Masalah ..................................................................................... 4 1.3 Kepentingan Kajian ..................................................................................... 5 1.4 Objektif Kajian ............................................................................................ 6 1.5 Hipotesis Kajian ...........................................................................................6 1.6 Definisi Operasional .................................................................................... 7 II TINJAUAN KAJIAN YANG BERKAITAN 2.0 Pengenalan ............................................................................................... 9 2.1 Kerangka Teoritikal Kajian ..................................................................... 9 2.2 Kajian-kajian lepas .................................................................................. 10 2.3 Rumusan Kajian ....................................................................................... 14 III METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan ................................................................................................. 16 3.1 Rekabentuk Kajian ..................................................................................... 16 3.2 Populasi dan Persampelan ......................................................................... 18 3.3 Lokasi Kajian ............................................................................................. 18 3.4 Instrumen Kajian ....................................................................................... 19 3.5 Prosedur Kajian ......................................................................................... 24 3.6 Pengumpulan Data ..................................................................................... 25 3.7 Penganalisisan Data ................................................................................... 26

viii

Page 10: Pendidikan Jasmani

IV DAPATAN KAJIAN 4.0 Pengenalan ................................................................................................... 28 4.1 Latar Belakang Demografi .......................................................................... 28 4.2 Perbezaan pencapaian kuasa otot kaki kesan dari latihan pliometrik ......... 30 4.3 Perbezaan Kuasa Otot Kaki bagi Ujian Pra dan Pasca Lompat Jauh Dirian 30 4.4 Perbezaan Kuasa Otot Kaki bagi Ujian Pra dan Pasca Lompat Menegak.... 32 4.5 Rumusan Dapatan ........................................................................................ 33 V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalan ................................................................................................. 34 5.1 Objektif Kajian .......................................................................................... 34 5.2 Perbincangan ............................................................................................. 35 5.3 Rumusan ................................................................................................... 36 5.4 Implikasi dan Cadangan ........................................................................... 37 RUJUKAN LAMPIRAN

ix

Page 11: Pendidikan Jasmani

SENARAI JADUAL

i Spesifikasi Instrumen Ujian Lompat Jauh Dirian 19 ii Norma Ujian Lompat Jauh Dirian 21 iii Spesifikasi Instrumen Ujian Lompat Menegak 22 iv Norma Ujian Lompat Menegak 24 v Analisis Data berdasarkan Hipotesis 27

vi Taburan subjek mengikut ciri-ciri fizikal 29

vii Perbezaan min ujian lompat jauh dirian dan ujian lompat

menegak selepas ujian pra dan pasca. 30

viii Min dan sisihan piawai bagi ujian lompat jauh berdiri. 31

ix Perbandingan di antara ujian pra dan ujian pasca berdasarkan

ujian t bagi ujian lompat jauh berdiri. 32

x Min dan sisihan piawai bagi ujian lompat menegak 32

xi Perbandingan di antara ujian pra dan ujian pasca berdasarkan

ujian t bagi ujian lompat menegak 33

x

Page 12: Pendidikan Jasmani
Page 13: Pendidikan Jasmani

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Untuk mencapai kecergasan seseorang itu harus merancang aktiviti senaman yang

sesuai dengan keperluan dirinya. Aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan

dengan sempurna dapat meningkatkan lagi kecergasan fizikal. Oleh itu seseorang itu

haruslah mengetahui kaedah-kaedah atau jenis-jenis senaman yang sesuai dengan

dirinya. Ini penting bukan sahaja untuk kecergasan diri malah dapat mengelakkan

kecederaan semasa membuat latihan.

1. 1 Pengenalan Kajian

Pergerakan manusia banyak bergantung pada kekuatan dan kuasa otot kaki. Kekuatan

dan kuasa otot kaki merupakan asas kepada komponen-komponen lain dalam

kecergasan fizikal. Menurut Singer (1980), kekuatan adalah merupakan keperluan asas

Page 14: Pendidikan Jasmani

2

bagi semua lakuan motor tetapi ia sangat berbeza antara satu aktiviti dengan aktiviti

yang lain.

Wathen (1993), mendefinisikan pliometrik sebagai latihan lompatan yang

melibatkan pengurangan ketangkasan tubuh badan diikuti dengan pantas peningkatan

ketangkasan tubuh badan dalam arah yang bertentangan.

Keupayaan melompat, merejam, melontar dan lari pecut adalah beberapa contoh

keupayaan seseorang ahli sukan menukarkan tenaga kepada kuasa. Keupayaan untuk

menghasilkan kuasa yang lebih adalah merupakan satu faktor yang penting bagi

kejayaan ahli sukan.

Fox, Bowers dan Foss (1988), mendefinisikan keupayaan melompat, memecut

dan merejam adalah contoh perlakuan yang menukarkan daya kepada kuasa. Kuasa

yang dihasilkan adalah faktor asas kepada kejayaan atlet tersebut dalam acara balapan

dan padang. Kuasa adalah komponen kecergasan fizikal, di mana ia juga adalah hasil

daripada kombinasi kekuatan otot dan kelajuan. Kuasa didefinisikan sebagai keupayaan

menghasilkan daya maksimum pada masa yang paling singkat. Istilah kuasa dan

kekuatan sering digunakan secara bertindan, kedua-duanya ( kuasa dan kekuatan )

adalah tidak sama.

Terdapat dua jenis kuasa iaitu kuasa aerobik dan kuasa anaerobik (Fox, Bowers

dan Foss, 1988). Kuasa anaerobik adalah keupayaan melakukan latihan berintensiti

Page 15: Pendidikan Jasmani

3

tinggi pada masa yang singkat tanpa penggunaan oksigen, manakala kuasa aerobik pula

adalah keupayaan melakukan latihan pada intensiti yang sederhana dalam masa yang

panjang dengan penggunaan oksigen. Kuasa aerobik juga dikenali sebagai daya tahan

kardiovaskular.

Douherty (1984) mendefinisikan kekuatan sebagai penguncupan otot pada suatu

daya maksimum di mana kuasa otot pula adalah kerja yang dilakukan dalam satu unit

masa. Menurut Fox dan Mathews (1988 ), kuasa adalah prestasi kerja dalam satu unit

masa. Jika objek atau benda seberat satu paun diangkat setinggi satu kaki selama satu

saat, nilai kuasa yang diperolehi ialah satu kaki paun persaat.

Menurut Chu (1998), latihan Pliometrik adalah sejenis latihan yang

mengutamakan kekuatan otot untuk melaksanakan aktiviti yang melibatkan penggunaan

kekuatan otot. Latihan pliometrik memerlukan banyak aktiviti seperti melompat,

melantun, mendarat dan melonjak.

Johnson dan Nelson (1986) menyatakan seseorang atlet yang kuat tidak

semestinya mempunyai nilai kuasa yang tinggi. Atlet perlu menggabungkan pergerakan

pantas dengan daya yang maksima untuk menghasilkan kuasa yang tinggi. Ketiadaan

salah satu faktor, sama ada daya atau kepantasan pergerakan, akan menghasilkan kuasa

yang rendah. Kuasa dalam fisiologi bermaksud keupayaan menggunakan oksigen

semasa latihan.

Page 16: Pendidikan Jasmani

4

Menurut Johnson dan Nelson (1986), terdapat dua cara pengukuran kuasa dalam

Pendidikan Jasmani iaitu pengukuran kuasa atlet dan pengukuran kuasa kerja.

Pengukuran kuasa atlet adalah pengukuran jarak sesuatu objek yang dilancarkan ke

udara ( propelled ). Antara ujian yang berkaitan ialah ujian lompat Sargent dan ujian

lompat jauh dirian. Walaupun ujian-ujian ini melibatkan faktor daya dan halaju tetapi

jarak diukur ( resultan distance ) sebagai kuasa seorang atlet.

Pelbagai jenis latihan yang telah digunakan oleh kebanyakkan jurulatih dan

tenaga pengajar dalam meningkatkan prestasi kuasa otot kaki pemain atau pelajar.

Namun tidak semua pemain dan pelajar yang menjalani latihan kuasa otot kaki dapat

menjalaninya dengan baik. Ini dapat dilihat berdasarkan tahap kuasa otot kaki pemain

dan pelajar yang berada tahap yang tidak memuaskan. Justeru itu, kajian ini dijalankan

untuk mengenal pasti sejauhmana latihan pliometrik yang dipilih adalah sesuai

digunakan bagi meningkatkan kuasa otot kaki pelajar psikologi sukan semester dua.

1.2 Pernyataan masalah

Kuasa adalah salah satu aspek kecergasan fizikal yang berlandaskan kemahiran motor.

Ia memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan prestasi yang cemerlang

dalam permainan dan rekreasi. Tahap kuasa otot kaki yang tinggi di kalangan pemain-

pemain merupakan aset yang amat bernilai yang mana akan menentukan kejayaan

sesuatu pasukan yang bertanding. Bagi menentukan kejayaan ini pasukan perlu memilih

Page 17: Pendidikan Jasmani

5

kaedah latihan yang sesuai bagi meningkatkan kuasa otot kaki pemain-pemain sebelum

menyertai pertandingan.

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk membantu pelajar dan atlet wanita

mempunyai kuasa otot kaki yang baik. Masalah sering berlaku apabila guru dan

jurulatih ingin memilih pelajar yang sesuai untuk menyertai sesuatu sukan dan acara

olahraga yang melibatkan acara lompatan serta sukan yang banyak menggunakan

kekuatan otot kaki seperti bola tampar atau bola keranjang. Masalah juga timbul apabila

guru dan jurulatih ingin memilih pemain atau atlet wanita untuk menyertai kejohanan

diperingkat sekolah ataupun daerah. Ramai juga guru dan jurulatih menghadapi masalah

untuk melatih dan memilih kaedah dan latihan yang sesuai untuk membina kuasa otot

kaki. Masalah juga dihadapi terutama memilih latihan yang sesuai untuk meningkatkan

kuasa otot kaki pelajar wanita. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti

sejauhmana latihan pliometrik yang dipilih oleh penyelidik sesuai untuk digunakan

untuk meningkatkan kuasa otot kaki pelajar wanita psikologi sukan semester dua,

Universiti Pendidikan Sultan Idris, seterusnya membantu pelajar wanita untuk memilih

latihan yang sesuai bagi meningkatkan kuasa otot kaki.

1.3 Kepentingan kajian

Dalam kebanyakan permainan sukan, kuasa otot memainkan peranan penting bagi

mencapai kejayaan dalam sesuatu permainan terutama terhadap keupayaan atlet itu

sendiri. Para atlet dan pelajar-pelajar yang terlibat dalam sukan perlu didedahkan

Page 18: Pendidikan Jasmani

6

kepada pengetahuan mengenai komponen kuasa otot yang turut mempengaruhi prestasi

cemerlang individu.

Kajian ini penting disebabkan komponen kuasa otot merupakan salah satu aspek

penting dalam mengukur prestasi pelajar dalam permainan dan sukan yang diceburi.

Manakala tahap kuasa otot pelajar dapat diukur melalui ujian kuasa otot kaki yang

dijalankan dan dapat direkod sebagai penjelasan kepada prestasi kecergasan fizikal

pelajar. Selain daripada itu, komponen kuasa otot juga penting dalam kajian ini adalah

sebagai suatu ciri atau asas bagi memilih sesuatu permainan dan penglibatan dalam

aktiviti sukan yang sesuai dengan kebolehan seseorang pelajar.

1.4 Objektif Kajian

1. Untuk mengenalpasti pencapaian kuasa otot kaki kesan dari latihan pliometrik

ke atas pelajar wanita psikologi sukan.

2. Untuk mengenalpasti perbezaan antara keputusan ujian pra dan ujian pasca

kuasa otot kaki dalam skor ujian lompat jauh berdiri yang dijalankan.

3. Untuk mengenalpasti perbezaan antara keputusan ujian pra dan ujian pasca

kuasa otot kaki dalam skor ujian lompat menegak yang dijalankan.

Page 19: Pendidikan Jasmani

7

1.5 Hipotesis Kajian

Kemungkinan benar bahawa latihan pliometrik dapat meningkatkan kuasa otot kaki

serta dapat menambahkan kekuatan pelajar psikologi sukan. Terdapat perbezaan yang

signifikan sebelum dan selepas latihan pliometrik dibuat terhadap kuasa otot kaki

pelajar psikologi sukan semester satu berdasarkan hipotesis kajian yang dibuat iaitu

akan terdapat kesan terhadap peningkatan kuasa otot kaki.

Berdasarkan kepada pernyataan masalah yang dikemukakan dalam kajian ini,

penyelidik membentuk hipotesis Nol untuk diuji kebenarannya. Hipotesis Nol adalah

seperti berikut :

Ho1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara keputusan ujian pra dan ujian

pasca kuasa otot kaki dalam skor ujian lompat jauh dirian yang dijalankan.

Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara keputusan ujian pra dan ujian

pasca kuasa otot kaki dalam skor ujian lompat menegak yang dijalankan.

1.6 Definisi Operasional

Kuasa Otot Kaki : Kuasa otot kaki merupakan skor yang diperolehi hasil

daripada ujian yang diukur menggunakan Ujian lompat

jauh berdiri (Standing Board Jump) dan ujian lompat

menegak (Vertical Jump Test). Kuasa adalah keupayaan

Page 20: Pendidikan Jasmani

8

untuk menjanakan daya yang maksimum dalam

jangkamasa yang pantas atau cepat dari kombinasi antara

kekuatan otot dan kelajuan.

Latihan Pliometrik : Latihan pliometrik merupakan salah satu kaedah latihan

yang digunakan bagi menghasilkan satu daya tolakan

yang kuasa letusan kesan daripada hipertrofi dan

hiperplasia otot.

Page 21: Pendidikan Jasmani

9

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.0 Pengenalan

Perbincangan dalam bab ini lebih tertumpu kepada kajian-kajian lepas mengenai kuasa

otot kaki yang telah dilakukan oleh penyelidik-penyelidik terdahulu. Dalam bab ini juga

kita akan melihat bagaimana ujian lompat jauh berdiri dan lompat jauh menegak di ambil

sebagai salah satu komponen dalam menentukan keupayaan dan kecergsaan fizikal

seseorang. Penemuan kajian-kajian lampau adalah satu aspek penting untuk dijadikan

bahan rujukan dalam membuat kajian tentang kuasa. Hasil kajian yang telah dijalankan

akan menjadi asas penyelidikan untuk memperbaiki kelemahan atau membuat kajian

baru. Kajian para pendidik jasmani dalam pengukuran kuasa adalah seperti pengukuran

kuasa kaki, pengukuran kuasa tangan, pengukuran kuasa aerobik dan pengukuran kuasa

anaerobik.

Page 22: Pendidikan Jasmani

10

2.1 Kerangka Teoritikal Latihan Pliometrik

Kerangka teoritikal latihan pliometrik menerangkan teori-teori yang mendasari latihan

pliometrik mengikut perspektif yang berbeza. Antaranya adalah teori Unjuran Silang (

J. Robert, 1980 ).

2.1.1 Teori Unjuaran Silang

Latihan pliometrik melatih otot untuk mencapai kuasa maksimum dalam jangkamasa

yang singkat dan pantas. Keupayaan mengabungkan kelajuan dan kekuatan inilah yang

dikenali sebagai kuasa. Dalam teori ini, otot memerlukan satu mekanisma untuk

berlakunya penguncupan otot dengan cepat. Ransangan sistem membran, bermula

dengan sarkolema mengakibatkan peningkatan dalam ketelapan sarkolema kepada

natrium. Ion kalsium ditangkap oleh troponin dan ini mengakibatkan troponin

mengubah bentuknya dan menarik seluruh heliks tropomiosin. Ini akan mendedahkan

kawasan reatif aktin. Apabila ini berlaku, kepala miosin ditarik kepada kawasan reatif

aktin dan unjuran silang terbentuk di antara dua protein ini.

2.2 Kajian-kajian Lampau

Kajian awal pengukuran kuasa dibuat melalui lompatan dan lontaran. Ujian yang

dilakukan seperti lompat menegak, lompat jauh dirian, melontar bola segar dan

Page 23: Pendidikan Jasmani

11

melontar bola sofbal. Sesetengah ujian hanya mengukur otot tertentu sementara

bahagian lain badan dikawal ( Johnson & Nelson, 1986 ).

McCloy menyatakan Considine dan Sullivan membandingkan kuasa untuk

lompat menegak, lompat jauh dirian dan lari pecut dengan ujian pengukuran kekuatan

kaki dan mendapati semua kolerasi adalah rendah ke sederhana. Kajian ini

menunjukkan sumbangan kekuatan kepada kuasa adalah linear.

Duda (1988), telah membuat satu kajian mengenai pliometrik sebagai satu jenis

latihan untuk menambahkan kuasa. Dalam senaman pliometrik terdapat kombinasi

kelajuan dan kekuatan untuk menghasilkan pertambahan kuasa. Beberapa atlet

peringkat dunia menggunakan jenis latihan ini dalam sukan, seperti lompat tinggi,

lompat berpagar, bola sepak, baseball dan hoki. Walaubagaimanapun, kaedah latihan ini

masih dalam peringkat eksperimen.

Pliometrik merupakan sejenis latihan atau senaman di mana otot menguncup dan

relaks dalam masa yang singkat. Latihan ini yang dilakukan berulang-ulang

menyebabkan peningkatan intensiti kerja otot. Dua faktor utama yang disebut tadi iaitu

kekuatan dan kelajuan dalam senaman ini mengakibatkan pertambahan kuasa otot-otot

yang terlibat.

Kajian eksperimental yang dijalankan dapat membuktikan peningkatan pada otot

anggota badan terutamanya bahagian kaki. Latihan pliometrik melibatkan refleks

Page 24: Pendidikan Jasmani

12

pengecutan otot di mana semakin cepat otot dipaksa untuk memanjang, semakin besar

keupayaannya menegang.

Brown, Mayhew dan Boleach (1986), yang mengkaji tentang kesan latihan

pliometrik ke atas prestasi lompatan vertikal di kalangan pemain lelaki bola keranjang

Sekolah Menengah Tinggi. Daripada keputusan data yang diperolehi, di dapati subjek-

subjek yang menjalani latihan kemahiran melompat menunjukkan peningkatan

sebanyak 57% dalam prestasi lompat vertikal dengan hayunan tangan. Di samping itu,

selepas menjalani latihan pliometrik di dapati koordinasi kemahiran neuromuskular dan

kekuatan otot telah dimaksimunkan.

Yessis dan Hatfield (1986), menyatakan latihan pliometrik dapat menambahkan

kuasa dan keupayaan untuk menggunakan separuh kekuatan tenaga secara secepat

mungkin. Bagi mengurangkan jurang antara kekuatan dan kelajuan, atlet boleh

mengoptimumkan pengeluaran kuasa.

Viitasalo (1988), telah membuat kajian tentang cara mengukur kekuatan

eksplosif bagi kanak-kanak dan dewasa. Sejumlah 361 kanak-kanak dan 10 atlet dewasa

menjadi subjek kajian beliau. Beliau telah menggunakan Ujian Lompat Sargent dan

Ujian membaling bola. Umur atlet muda adalah dari 10 hingga 16 tahun dan terdiri

daripada 7 jenis sukan yang berbeza, Atlet dewasa pula adalah terdiri daripada pemain

bola tampar. Ujian baru iaitu Lompat Beban Menegak dijalankan ke atas platform yang

dihubungkan dengan satu unit elektrik yang akan mengira ketinggian pusat graviti

Page 25: Pendidikan Jasmani

13

badan yang dinaikkan. Bagi ujian membaling bola, velositi mendatar bola dikira untuk

jisim yang berbeza-beza oleh sebuah alat elektronik.

Sebagai tambahan kepada ujian ini, satu lagi kumpulan atlet seramai 48 orang

menjalankan Ujian Lompat Sargent, Ujian Lompat Berdiri dan Ujian Balingan. Ujian

Lompat yang baru itu dapat memberi keputusan yang boleh dipercayai bagi umur 11

hingga 12 tahun ke atas, manakala Ujian Balingan dapat memberi keputusan yang boleh

dipercayai bagi umur 10 tahun. Keputusan ujian lompatan dan balingan menunjukkan

korelasi yang tinggi jika dibandingkan dengan ujian-ujian Padang Tradisional.

Adams, John P.O’ Shea, Katie L.O’Shea dan Climstein (1992), membuat kajian

perbandingan untuk menguji keberkesanan tiga program latihan iaitu latihan squat,

pliometrik, dan squat pliometrik dalam meningkatkan kuasa pada bahagian pinggul dan

paha. Ujian yang digunakan untuk mengukur kekuatan dua bahagian tubuh tersebut

ialah Ujian Lompat Menegak. Hasil dapatan daripada kajian ini menunjukkan

terdapatnya peningkatan dalam kuasa iaitu kumpulan squat pliometrik mencapai purata

peningkatan yang paling tinggi iaitu 10.67 cm dalam Ujian Lompat Menegak.

Kumpulan squat pula menunjukkan peningkatan purata sebanyak 3.30 cm, manakala

kumpulan pliometrik meningkat sebanyak 3.18 cm secara purata. Kajian ini mendapati

latihan squat dan pliometrik mempunyai kesan yang sama. Justeru itu, program latihan

yang berkesan untuk meningkatkan kuasa dan kekuatan adalah gabungan antara dua

komponen ini.

Page 26: Pendidikan Jasmani

14

Kajian oleh Holcomb, Lander, Rutland, dan Wilson (1996), bertujuan melihat

kesan satu program pliometrik yang diubahsuai. Subjek diagihkan kepada beberapa

latihan iaitu program pliometrik, countermovement jump, latihan bebanan, dan

pliometrik biasa. Kesemua subjek meningkat dari segi aspek kuasa maksimum dan

lompat menegak.

Mohar (2000), dengan menggunakan bateri AAPHERD telah menjalankan

kajian mengenai kuasa otot kaki iaitu ujian lompat jauh berdiri ke atas pelajar-pelajar

Program Sukan dan Rekreasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seramai 120

pelajar lelaki dan 58 orang pelajar perempuan dipilih sebagai subjek kajian. Hasil

daripada kajian tersebut, didapati hanya 13 orang mencapai tahap cemerlang, 25 orang

di tahap baik, 49 orang di tahap sederhana, 22 orang di tahap bawah sederhana dan 11

orang di tahap sangat lemah bagi pelajar lelaki. Sementara bagi pelajar perempuan pula,

7 orang di tahap cemerlang, 10 orang di tahap baik, 26 orang di tahap sederhana, 11

orang di tahap bawah sederhana dan 4 orang di tahap sangat lemah. Secara

keseluruhannya, hasil keputusan ujian tersebut di dapati pelajar-pelajar Program Sukan

dan Rekreasi, Universiti Kebangsaan Malaysia mempunyai tahap kuasa otot kaki di

peringkat sederhana.

2.3 Rumusan Kajian

Kuasa adalah kombinasi di antara kekuatan dan kelajuan. Kuasa adalah jumlah kerja

dilaksanakan berbanding masa. Untuk meningkatkan kuasa, atlet perlulah melakukan

Page 27: Pendidikan Jasmani

15

lebih kerja dalam jangka masa yang sama ataupun beban kerja yang sama berbanding

jumlah masa yang kurang. Kuasa memerlukan kedua-dua komponen kekuatan dan

kelajuan. Peningkatan salah satu komponen tidak memungkinkan peningkatan kuasa

dalam diri seseorang individu.

Dapatan menunjukkan bahawa kuasa dapat dibangunkan apabila daya dikenakan

adalah di antara 30% dan 60% daripada kuasa maksimum. Walaubagaimanapun,

peningkatan yang optimum adalah sekiranya beban dan kelajuan yang dikenakan di

antara satu pertiga daripada maksimum. Latihan kuasa yang dilaksanakan pada kelajuan

yang tinggi akan meningkatkan daya tahan otot. Manakala latihan kuasa yang

menggunakan beban yang tinggi pada tahap kelajuan yang rendah akan meningkatkan

kekuatan (Corbin dan Lindsey,1994). Tiada latihan yang spesifik untuk meningkatkan

kuasa.

Page 28: Pendidikan Jasmani

16

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan

Bab ini akan mengemukakan metodologi yang terlibat dalam menjalankan kajian ini.

Aspek yang akan dibincangkan termasuklah rekabentuk kajian, populasi dan

persampelan kajian, kaedah ujian, prosedur ujian, alat ujian dan penganalisisan data dan

statistik.

3.1 Rekabentuk Kajian

Kajian yang dijalankan oleh penyelidik adalah berbentuk kajian eksperimental.

Rekabentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah rekabentuk satu kumpulan pra

dan pasca ujian. Setiap subjek akan melakukan ujian pra sebelum menjalani latihan

serta ujian pasca selepas menjalani latihan. Ujian yang telah ditetapkan iaitu :

Page 29: Pendidikan Jasmani

17

i. Ujian lompat jauh berdiri (Standing Board Jump)

ii. Ujian lompat menegak (Vertical Jump)

Ujian ini dijalankan bertujuan untuk mengesan kuasa otot kaki yang diperolehi oleh

subjek sebelum menjalani latihan pliometrik yang ditetapkan. Segala data setiap subjek

akan dicatat ke dalam borang khas yang telah disediakan. Kemudian subjek akan

diberikan latihan yang telah ditetapkan selama 6 minggu. Jenis latihan yang diberikan

adalah latihan pliometrik iaitu :

a. Lateral jump over cone

b. Box jumps

c. Front cone hops

d. Double leg butt kick

e. Fast skipping

Latihan akan dijalankan secara berterusan selama 6 minggu kepada 17 orang

pelajar wanita psikologi sukan semester dua. Mereka adalah pelajar yang berumur 19-

25 tahun yang tiada pengalaman tentang latihan pliometrik. Latihan akan dijalankan di

kawasan Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan diawasi oleh penyelidik dan dibantu

oleh rakan sekuliah penyelidik iaitu pelajar tahun akhir fakulti sains sukan.

Pada peringkat awal latihan, penyelidik akan menerangkan dengan lebih jelas

tatacara bagaimana latihan yang akan dijalankan. Setiap subjek akan menjalani latihan

Page 30: Pendidikan Jasmani

18

mengikul jadual yang telah ditetapkan iaitu 12 kali latihan selama 6 minggu, 2 kali

dalam seminggu selama 2 jam setiap hari. Di mana setiap minggu intensiti latihan akan

berubah mengikut bilangan yang ditetapkan. Program latihan yang disediakan adalah

untuk pelajar yang tidak pernah menjalani latihan pliometrik sebelum ini.

Selepas menjalani latihan selama 6 minggu, maka ujian pasca akan dilakukan

bagi mengetahui kesan latihan pliometrik yang dijalankan. Adakah kuasa otot kaki

pelajar wanita meningkat selepas menjalani latihan pliometrik? Di mana pada peringkat

ini data sekali lagi akan diambil bagi setiap subjek.

3.2 Persampelan subjek kajian

Subjek kajian merupakan pelajar wanita psikologi sukan semester dua sesi 2006/2007

Universiti Pendidikan Sultan Idris yang telah dipilih untuk mewakili pelajar wanita

semester dua fakulti Sains Sukan. Penyelidik menjalankan kajian ke atas ke semua 17

orang pelajar wanita yang dipilih. Umur subjek adalah di antara 19 hingga 25 tahun.

Pemilihan subjek untuk kajian ini adalah dibuat secara persampelan berkelompok.

3.3 Lokasi kajian

Kajian dijalankan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Latihan pliometrik untuk kajian

ini di jalankan di Gimnasium UPSI. Tempat yang dipilih adalah mengikut kesesuaian

tempat dan bergantung kepada keadaan cuaca pada hari ujian dijalankan atau, mengikut

Page 31: Pendidikan Jasmani

19

budi bicara penguji dengan berpandukan kesesuaian tempat dan bentuk kajian

berkenaan.

3.4 Instrumen kajian

Bagi kajian ini, instrumen yang digunakan untuk mengukur tahap otot kaki adalah

seperti berikut :

3.4.1 Ujian Lompat Jauh Dirian (Standing Board Jump)

Ujian lompat jauh dirian (Standing Board Jump) adalah salah satu ujian kecergasan

yang dijadikan mekanisma pengukuran bagi mengukur kuasa yang dihasilkan. Ujian ini

mudah untuk dilaksanakan dan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

Jadual 1 di bawah menunjukkan spesifikasi ujian lompat jauh dirian yang digunakan.

Jadual 1 : Spesifikasi Instrumen Ujian Lompat Jauh Dirian

Bil. Perkara Penerangan

1. Objektif Di akhir ujian pelajar dapat:

a. Mengukur kuasa pada bahagian kaki semasa melompat ke

depan dari kedudukan statik dengan betul dan tepat.

b. Menggunakan data yang diperolehi untuk menentukan

Page 32: Pendidikan Jasmani

20

tahap kuasa kaki berpandukan jadual skor ‘percentile’

untuk lompat jauh berdiri bagi wanita.

2. Kebolehpercayaan Dilaporkan r = 0.963, (Johnson dan Nelson, 1986)

3. Keobjektifan 0.96 [Jack Clayton,(1969) dalam Johnson dan Nelson. 1986]

4. Keesahan Didapati r = 0.607 (Johnson dan Nelson, 1986)

5. Alatan 1. Pita pengukur

2. Penanda

3. Kapur

6. Prosedur a. Subjek berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu di

belakang garisan.

b. Subjek membengkokkan lutut sambil menghayunkan

tangan.

c. Subjek melompat ke hadapan seberapa jauh yang

boleh. Subjek diberi tiga percubaan.

7. Pengukuran Ukuran dibuat dari garisan permulaan ke tempat bahagian

tumit atau mana-mana bahagian badan yang terdekat sekali

mendarat.

8. Limitasi Berat badan tidak diambil walaupun mempengaruhi jarak

lompatan.

Page 33: Pendidikan Jasmani

21

Jadual 2 di bawah adalah Norma (Norms) yang digunakan dalam mengukur pencapaian

dalam ujian lompat jauh dirian. Norma ini hanya untuk wanita sahaja.

Jadual 2 : Norma Lompat Jauh Dirian (cm)

WANITA

CEMERLANG 181 or > 171 or > 161 or >

BAIK 171 – 180 161 – 170 151 - 160

SEDERHANA 161 – 170 151 – 160 141 - 150

LEMAH 151 – 160 141 – 150 131 - 140

SANGAT LEMAH < 150 < 140 < 130

Source: Ministy Of Youth & Sport, Malaysia (1998), talent ID and Fitness Testing

Handbook

Page 34: Pendidikan Jasmani

22

4.2 Ujian Lompat Menegak (Vertical Jump Test)

Ujian lompat menegak (Vertical Jump Test) adalah salah satu ujian kecergasan yang

dijadikan mekanisma pengukuran bagi mengukur kuasa yang dihasilkan. Ujian ini

mudah untuk dilaksanakan dan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

Jadual 3 di bawah menunjukkan spesifikasi ujian lompat menegak yang digunakan.

Jadual 3 : Spesifikasi Instrumen Ujian Lompat Menegak

Bil Perkara Penerangan

1. Objektif Di akhir ujian pelajar-pelajar dapat :

a. Mengukur kuasa kedua belah kaki dalam aktiviti

lompat menegak dengan betul dan tepat

b. Menggunakan data yang diperolehi bagi

menentukan kuasa kaki berpandukan jadual skor

lompatan menegak.

c. Mengetahui acara sukan yang melibatkan kuasa

kaki.

2. Kebolehpercayaan Dilaporkan r = 0.93 , (Johnson dan Nelson, 1986)

3. Keobjektifan 0.93 [Jack Clayton, (1969) dalam Johnson dan

Nelson,1986]

4. Kesahan 0.78 (Johnson dan Nelson,1986)

Page 35: Pendidikan Jasmani

23

5. Alatan 1. Serbuk kapur

2. Pita pengukur

3. Pemadam papan hitam

4. Kerusi

Permukaan dinding yang rata sekurang-kurangnya 12

kaki tinggi dari lantai.

6. Prosedur a. Subjek berdiri sisi di tepi dinding dan kaki

dibuka seluas bahu tanpa memakai kasut.

b. Subjek mencelupkan jarinya ke dalam serbuk

kapur pada tangan yang paling hampir dengan

dinding.

c. Sebelah tangan subjek yang ada serbuk kapur

diluruskan ke atas dan ditandakan ukuran

sebelum membuat lompatan.

d. Subjek menghayun tangan ke atas dan membuat

tanda dengan jari seberapa tinggi yang boleh.

e. Sambil melompat tegak ke atas dan membuat

tanda dengan jari pada dinding.

f. Subjek diberi 3 percubaan.

g. Penguji memberi ransangan pada percubaan

terakhir dengan memberitahu bahawa ini adalah

percubaan yang terakhir serta meminta subjek

Page 36: Pendidikan Jasmani

24

untuk cuba melompat setinggi yang boleh.

7. Pengukuran Perbezaan jarak antara tanda sebelum melompat dengan

tanda yang paling tinggi dicapai semasa lompatan dikira

sebagai skor.

8. Catatan Lompatan yang hilang imbangan tidak diambil kira.

Jadual 4 di bawah adalah Norma (Norms) yang digunakan dalam mengukur pencapaian

dalam ujian lompat jauh dirian.

Jadual 4 : Norma Lompat Menegak (Inci)

KLASIFIKASI LELAKI WANITA

CEMERLANG 25.5 in or > 23.3 in or >

BAIK 21-25 in 19-23 in

SEDERHANA 16.5-20.5 in 14.5-18.5 in

LEMAH 12.5-16 in 10.5-14 in

SANGAT LEMAH 12 in or > 10 in or >

Source:Corbin, C.B.,Lindsey.(1988).Concept of physical Fitness. Dubuque:

Wm.C.Brown

3.5 Prosedur Pentadbiran Ujian

Page 37: Pendidikan Jasmani

25

Ujian pra dijalankan pada minggu pertama. Sebelum ujian dijalankan subjek telah

diberikan satu taklimat tentang tujuan dan cara kajian yang hendak dijalankan supaya

subjek mendapat satu gambaran yang jelas. Semua ujian dijalankan oleh penyelidik

sendiri dengan bantuan rakan-rakan sekuliah.

Ujian pra dijalankan dalam satu hari, begitu juga dengan ujian pasca. Masa rehat

selama lima minit diberikan kepada subjek setelah menjalani setiap satu percubaan.

Skor bagi kesemuaan percubaan dan ujian direkodkan dalam borang skor yang

disediakan. Butir-butir mengenai diri subjek juga dicatatkan dalam borang tersebut.

Selepas menjalani ujian pra, subjek mengikut program latihan pliometrik selama

enam minggu dengan kekerapan dua kali seminggu. Selepas program latihan pliometrik,

subjek akan diuji dengan bateri ujian kuasa otot kaki dan skor-skor yang diperolehi

akan dicatat dalam borang khas untuk dianalisis.

3.6 Pengumpulan Data

Subjek diberikan borang skor setiap seorang. Subjek mengisi butiran diri di dalam

borang skor dan borang tersebut diserahkan kepada penguji atau pencatat setiap kali

ujian. Setiap subjek melakukan tiga percubaan dalam setiap ujian yang dijalankan iaitu

tiga percubaan untuk ujian lompat jauh dirian dan tiga percubaan untuk ujian lompat

menegak. Hanya percubaan yang terbaik dicatatkan dalam borang skor dan dikira

sebagai skor yang diperolehi oleh subjek. Pencatat mencatat segala keputusan yang

Page 38: Pendidikan Jasmani

26

diperolehi daripada ujian ke dalam borang skor yang disediakan. Setelah siap ke semua

ujian dan borang skor telah dipenuhi, borang tersebut akan diserahkan terus kepada

penyelidik. Data yang telah diperolehi akan dikumpul mengikut item-item yang

dikehendaki.

3.7 Penganalisisan Data

Penyelidik mengumpul skor-skor yang diperolehi daripada ujian pra dan ujian pasca

bagi setiap subjek yang melakukan ujian lompat jauh berdiri dan ujian lompat menegak.

Skor-skor ujian tersebut diteliti samada mempunyai peningkatan dalam pencapaian skor

bagi kesemua subjek. Perbandingan dilakukan di antara data daripada ujian pra dan

ujian pasca bagi kedua-dua ujian yang telah dijalankan. Peningkatan setiap individu

akan dikira untuk membuktikan kesan latihan pliometrik kepada pelajar. Data kajian di

analisis dengan menggunakan ’Ststistical Package for Social Science’ (SPSS) 11.5

untuk statistik data secara ’Quari – Experimental Design’ iaitu min dan sisihan piawai

untuk skor ujian pra dan ujian pasca.

Skor pencapaian subjek bagi ujian itu akan dicatatkan dalam borang skor dan

diproses untuk melihat kesan latihan pliometrik ke atas kuasa otot kaki untuk

menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan di antara pembolehubah yang

dikaji dan seterusnya menentukan sama ada hipotesis kajian diterima atau ditolak, ujian-

t akan digunakan. Pengujian hipotesis dibuat berdasarkan kepada tahap keertian P =

0.05.

Page 39: Pendidikan Jasmani

27

Jadual 5 : Analisis Data berdasarkan Hipotesis

Bil Hipotesis Jenis Analisis

1. Tidak terdapat perbezaan pencapaian kuasa otot

kaki kesan dari latihan pliometrik ke atas pelajar

wanita psikologi sukan.

Deskriptif

(min & sisihan Piawai)

2. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara

keputusan ujian pra dan ujian pasca kuasa otot kaki

dalam skor ujian lompat jauh dirian yang dijalankan.

T-Test

3. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara

keputusan ujian pra dan ujian pasca kuasa otot kaki

dalam skor ujian lompat menegak yang dijalankan.

T-Test

Page 40: Pendidikan Jasmani

28

BAB IV

DAPATAN KAJIAN

4.0 Pendahuluan

Bab ini melaporkan analisis data dan dapatan kajian yang diperolehi daripada kajian

yang membandingkan kesan latihan pliometrik ke atas kuasa otot kaki antara ujian pra

dan ujian pasca. Dapatan kajian dilaporkan bermula dengan penerangan mengenai

subjek kajian diikuti dengan persembahan dapatan berdasarkan objektif kajian.

4.1 Latar Belakang Demografi

Seramai tujuh belas orang subjek terdiri daripada pelajar wanita psikologi sukan telah

terlibat dalam kajian ini. Min umur subjek ialah 21.06 tahun. Hampir 94% subjek

berumur dalam lingkungan 20-25 tahun dan 5.8% berumur di bawah 19 tahun (Jadual

6). Julat umur subjek ialah di antara 19- 25 tahun. Min ketinggian subjek ialah 1.56

meter dengan 82.4% mempunyai ketinggian 1.50-1.60 meter, 11.8% dengan ketinggian

Page 41: Pendidikan Jasmani

29

lebih 1.60 meter dan 5.8% mempunyai ketinggian kurang 1.50 meter. Julat ketinggian

ialah di antara 1.49-1.65 meter. Min berat subjek ialah 56.71 kg dengan julat berat di

antara 48-65 kg.

Jadual 6 : Taburan subjek mengikut ciri-ciri fizikal

Ciri-ciri Bilangan Peratus

Umur

< 20 tahun 1 5.8

20-25 tahun 16 94.2

Tinggi

< 1.50 meter 1 5.8

1.50-1.60 meter 14 82.4

> 1.60 meter 2 11.8

Berat

< 50 kg 2 11.8

50-60 kg 14 82.4

> 60 kg 1 5.8

Page 42: Pendidikan Jasmani

30

4.2 Perbezaan pencapaian kuasa otot kaki kesan dari latihan pliometrik

Objektif kajian yang pertama ialah mengenalpasti perbezaan pencapaian kuasa otot kaki

kesan latihan pliometrik. Jadual 7, menunjukkan perbezaan min yang di perolehi

selepas ujian pasca dijalankan kesan menjalani latihan pliometrik. Bagi ujian lompat

jauh dirian terdapat peningkatan min dari 163.47 dalam ujian pra kepada 169.06 dalam

ujian pasca. Bagi ujian lompat menegak juga terdapatnya peningkatan min dari 34.24

dalam ujian pra kepada 38.76 dalam ujian pasca.

Jadual 7 : Perbezaan min ujian lompat jauh dirian dan ujian lompat menegak

selepas ujian pra dan pasca.

Ujian Ujian Pra Ujian Pasca

Lompat Jauh Dirian 163.47 169.06

Lompat Menegak 34.24 38.76

4.3 Perbezaan Kuasa Otot Kaki bagi Ujian Pra dan Pasca Lompat Jauh Dirian

Jadual 8, hasil ujian yang telah dijalankan menunjukkan min ujian pra adalah 163.47

dan ujian pasca 169.06. Ini menunjukkan skor min bagi ujian pasca lebih tinggi

daripada ujian pasca. Terdapat peningkatan skor min sebanyak 5.59 selepas ujian pasca

dijalankan. Manakala bacaan skor sisihan piawai bagi ujian tersebut adalah 20.091 bagi

Page 43: Pendidikan Jasmani

31

ujian pra dan 20.379 bagi ujian pasca. Ini menunjukkan skor sisihan piawai bagi ujian

pasca lebih tinggi daripada ujian pra.

Jadual 8 : Min dan sisihan piawai bagi ujian lompat jauh berdiri.

Ujian Min Sisihan piawai

Ujian Pra 163.47 20.091

Ujian Pasca 169.06 20.379

Jadual 9, menunjukkan tentang analisis ujian t (Paired Sample T-Test) antara ujian pra

dan ujian pasca bagi ujian lompat jauh dirian. Dapatan menunjukkan bahawa nilai t =

-9.120, p=0.000, p < 0.05, oleh itu Ho ditolak, iaitu dapatan menjelaskan bahawa

terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra ( min = 163.47, s.p = 20.091) dan

ujian pasca

(min 169.06, s.p = 20.379). Ini bermakna terdapat perbezaan yang signifikan terhadap

kesan latihan pliometrik terhadap kuasa otot kaki pelajar dalam ujian lompat jauh dirian

dan keputusannya adalah menolak hipotesis Nol (Ho).

Page 44: Pendidikan Jasmani

32

Jadual 9 : Perbandingan di antara ujian pra dan ujian pasca berdasarkan ujian t

bagi ujian lompat jauh berdiri.

Nama ujian min s/piawai Nilai t df Sig (2

tailed)

Ujian lompat

jauh berdiri

Pra & Pasca

-5.59 2.526 -9.120 16 0.000

4.3 Perbezaan Kuasa Otot Kaki bagi Ujian Pra dan Pasca Lompat Menegak

Jadual 10, hasil ujian yang telah dijalankan menunjukkan min ujian pra adalah 34.24

dan ujian pasca 38.76. Ini menunjukkan skor min bagi ujian pasca lebih tinggi daripada

ujian pasca. Terdapat peningkatan skor min sebanyak 4.53. Manakala bacaan skor

sisihan piawai bagi ujian tersebut adalah 5.707 bagi ujian pra dan 4.969 bagi ujian

pasca. Ini menunjukkan skor sisihan piawai bagi ujian pasca lebih rendah daripada ujian

pra.

Page 45: Pendidikan Jasmani

33

Jadual 10 : Min dan sisihan piawai bagi ujian lompat menegak.

Ujian Min Sisihan piawai

Ujian Pra 34.24 5.707

Ujian Pasca 38.76 4.969

Jadual 11, menunjukkan tentang analisis ujian t (Paired Sample T-Test) antara ujian pra

dan ujian pasca bagi ujian lompat jauh dirian. Dapatan menunjukkan bahawa nilai t =

-8.556, p=0.000, p < 0.05, oleh itu Ho ditolak, iaitu dapatan menjelaskan bahawa

terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra ( min = 34.24, s.p = 5.707) dan ujian

pasca

(min 38.76, s.p = 4.969). Ini bermakna terdapat perbezaan yang signifikan terhadap

kesan latihan pliometrik terhadap kuasa otot kaki pelajar dalam ujian lompat menegak

dan keputusannya adalah menolak hipotesis Nol (Ho).

Page 46: Pendidikan Jasmani

34

Jadual 11 : Perbandingan di antara ujian pra dan ujian pasca berdasarkan ujian t

bagi ujian lompat menegak

Nama ujian min s/piawai Nilai t df Sig (2

tailed)

Ujian lompat

jauh berdiri

Pra & Pasca

-4.53 2.183 -8.556 16 0.000

4.5 Rumusan Dapatan

Secara keseluruhan dari skor min yang diperolehi berdasarkan jadual 9 dan 11,

menunjukkan peningkatan kuasa otot kaki pelajar wanita selepas menjalani latihan

pliometrik. Dengan kata lain, latihan yang dijalankan secara terancang dan sistematik

akan mendatangkan kesan yang positif terhadap kuasa otot kaki pelajar wanita.

Page 47: Pendidikan Jasmani

35

BAB V

PERBINCANGAN, RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan

Bab ini membincangkan tentang dapatan dengan lebih mendalam lagi serta kaitannya

dengan beberapa hasil kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik

terdahulu. Perbincangan adalah berdasarkan kepada data-data yang telah dianalisis dari

aktiviti yang telah dijalankan oleh subjek. Dalam bab ini juga akan dibuat rumusan

secara keseluruhan tentang kajian yang dijalankan dan juga beberapa cadangan untuk

memperbaiki lagi kajian-kajian yang akan dijalankan di kemudian hari.

5.1 Objektif Kajian

Perbincangan adalah berdasarkan kepada objektif yang telah ditetapkan dan juga kepada

hipotesis kajian yang telah diutarakan. Objektif yang telah ditetapkan ialah

mengenalpasti samada latihan pliometrik yang dijalankan oleh subjek adalah sesuai dan

boleh digunakan untuk meningkatkan kuasa otot kaki. Selain daripada itu ianya juga

adalah untuk membandingkan dapatan ujian pra dan ujian pasca yang telah di dapati.

Page 48: Pendidikan Jasmani

36

5.2 Perbincangan Hasil Kajian

Secara umumnya, bolehlah dikaitkan bahawa pencapaian seseorang pelajar itu

bergantung kepada latihan yang disediakan oleh guru atau jurulatih masing-masing.

Seorang guru atau jurulatih yang baik mestilah mempunyai perancangan yang lebih

berkualiti dan bersistematik. Sekiranya seseorang guru atau jurulatih tidak merancang

untuk pelajarnya maka kejayaan tentu sukar untuk dicapai kejayaannya.

Dari latihan yang telah dijalankan selama 6 minggu oleh penyelidik

menunjukkan adanya peningkatan kepada tahap kuasa otot kaki pelajar. Ini secara tidak

langsung telah membuktikan bahawa kuasa otot kaki boleh diperbaiki dengan cara

latihan yang sesuai.

Dari analisis data yang diperolehi ( Jadual 9 & 11 ), didapati kesemua subjek

telah dapat meningkatkan tahap pencapaian masing-masing dalam jarak lompatan yang

dilakukan. Berdasarkan jadual 9, hasil ujian lompat jauh berdiri yang telah dijalankan

menunjukkan min ujian pra adalah 163.47 dan ujian pasca 169.06. Ini menunjukkan

skor min bagi ujian pasca lebih tinggi daripada ujian pasca. Terdapat peningkatan skor

min sebanyak 5.59. Manakala hasil ujian lompat menegak ( jadual 11) yang telah

dijalankan menunjukkan min ujian pra adalah 34.24 dan ujian pasca 38.76. Ini

menunjukkan skor min bagi ujian pasca lebih tinggi daripada ujian pasca. Terdapat

peningkatan skor min sebanyak 4.53.

Page 49: Pendidikan Jasmani

37

Dalam setiap latihan itu, ulangan yang dilakukan juga merupakan salah satu

faktor untuk meningkatkan kekuatan dan tahap kuasa otot, lebih banyak ulangan lebih

besar saiz otot dapat dibentuk. Hal ini telah disokong oleh Lawrence, W.W (1999), di

mana latihan kekuatan yang merupakan ulangan maksimum `Repetition

Maximum’(RM) sebanyak beberapa kali ke atas kumpulan 38 orang lelaki muda yang

tidak mendapat latihan dan telah dapat menunjukkan peningkatan kekuatan otot mereka,

khususnya untuk mendapatkan kuasa eksplosif.

Penyelidik mendapati dengan latihan pliometrik yang telah dijalankan kepada

pelajar seperti Lateral Jump Over Cone, Box jumps, Front Cone Hops, Double Leg Butt

Kick dan Fast Skipping adalah sangat sesuai dengan aktiviti atau sukan yang melibatkan

kuasa otot kaki.

5.3 Rumusan Hasil Kajian

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, hipotesis yang dikemukakan oleh penyelidik

terhadap kesan latihan pliometrik kepada pelajar wanita psikologi sukan semester dua

adalah diterima dan benar. Dengan itu dapatlah dirumuskan bahawa terdapat perbezaan

yang signifikan dari segi peringkat tahap kuasa otot kaki pelajar wanita psikologi sukan

setelah diberi latihan pliometrik selama enam minggu secara berturut-turut, sistematik

serta spesifik dengan otot yang diperlukan.

Page 50: Pendidikan Jasmani

38

Peningkatan kuasa otot kaki pelajar bergantung kepada latihan yang diberikan

atau disediakan oleh guru atau jurulatih. Ini bergantung kepada kecekapan dan

kreatifnya seseorang guru merancang program latihan pliometrik yang hendak

dijalankan si sekolah mereka. Jangkamasa atau tempoh latihan pliometrik yang

dirancang mestilah tidak kurang daripada enam minggu. Sekiranya tempoh jangkamasa

tersebut disingkatkan maka keberkesanan latihan kurang berkesan kepada pelajar atau

mungkin tidak dapat dikesan peningkatan prestasi pelajar tersebut.

Perbandingan pencapaian jarak lompatan dapat dilihat dengan jelas di antara

ujian pra dan ujian pasca setelah diberikan latihan yang spesifik dan terancang. Ini dapat

dibuktikan dengan merujuk kepada jadual yang telah dianalisis.

5.4 Implikasi dan Cadangan

Semasa menjalankan sesuatu kajian, terdapat beberapa faktor yang akan mendatangkan

masalah kepada penyelidik dan subjek yang akan digunakan. Oleh sebab itu penyelidik

yang akan datang haruslah menitikberatkan kepada perkara-perkara yang difikirkan

bermasalah itu. Penyelidik akan datang perlu mengambil kira tempoh masa bagi

menjalankan kajian, keperluan kajian serta maafaat daripada kajian itu sendiri. Dimana

kajian ini penting sebagai bahan rujukan kepada guru dan jurulatih.

Hasil daripada kajian yang dijalankan seharusnya dapat digunakan oleh guru dan

pelajar yang ingin meningkatkan prestasi terutama kepada jurulatih bagi acara lompatan

dan sukan yang terlibat seperti bola tampar dan bola keranjang serta pelajar yang

Page 51: Pendidikan Jasmani

39

terlibat dalam acara atau sukan tersebut. Seseorang pelajar itu dapat menilai tahap

pencapaian mereka dengan melakukan ujian yang telah disahkan dan telah diuji

kesahannya.

Oleh kerana penyelidik menjalankan kajian ini dengan melibatkan responden

yang terhad iaitu seramai 17 orang pelajar wanita sahaja. Semasa dan setelah kajian

dijalankan, penyelidik mendapati beberapa kelemahan dan kekekangan yang dapat

dikesan dan harus diperbaiki untuk mendapatkan hasil kajian yang berkualiti. Perkara

ini dapat di atasi dan dielakkan sekiranya penyelidik yang akan datang dapat mengambil

langkah-langkah awal sebelum menjalankan penyelidikannya supaya dapat

mengurangkan masalah. Di antara masalah yang sering dihadapi dan perlu diberi

perhatian iaitu :

1. Bilangan Sampel

Bilangan Sampel yang digunakan perlulah ramai kerana populasi yang sedikit akan

mendatangkan maslah untuk membuat generalisasi yang kurang tepat untuk mewakili

populasi yang besar. Jika bilangan sampel yang ramai digunakan maka generalisasi

yang lebih tepat dapat dibuat. Kajian ini hanya mengambil subjek dari satu kursus

pengajian sahaja iaitu psikologi sukan semester dua.

Page 52: Pendidikan Jasmani

40

2. Pengaruh luar

Pengaruh luar yang tidak dielakkan adalah seperti taraf kesihatan, pengaruh kawan,

perubahan cuaca, berat, tinggi, umur dan persekitaran tempat tinggal responden. Ini

akan mempengaruhi dapatan kajian yang kurang berkualiti terutama semasa

pengambilan skor semasa ujian pasca. Di mana ujian pasca tidak dapat dijalankan pada

hari yang sama disebabkan subjek terlibat dengan kelas kuliah yang berbeza.

3. Program latihan

Program latihan yang dijalankan perlulah dirancang dengan rapi agar pengawalan dan

penyeliaan dapat dilakukan sekerap mungkin. Penyelidik hanya dapat menyelia lebih

kurang 60 peratus sahaja kerana masalah pertembungan waktu menjalankan program

latihan.

4. Motivasi

Motivasi juga memainkan peranan penting sepanjang latihan dijalankan. Sekiranya

responden tidak dimotivasikan sepanjang latihan diadakan, ini akan melibatkan latihan

yang dirancang kurang mendatangkan kesan. Penyelidik yang akan datang perlulah

merancang masa yang sesuai untuk membuat latihan agar latihan yang dirancang benar-

benar terkawal serta kekerapan latihan dapat dijalankan. Penyelidik mendapati ada

subjek yang melakukan aktiviti yang dirancangkan dengan sambil lewa dan tidak

Page 53: Pendidikan Jasmani

41

melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Ini boleh menjejaskan data dan keputusan

yang akan diperolehi.

5. Tahap Aspirasi

Penyelidik yang akan datang perlulah memastikan responden benar-benar bersedia

untuk menjalankan ujian. Perlu diutamakan keselamatan dan keselesaan responden agar

dapat melakukan ujian dalam keadaan bersedia dan selesa. Jika tidak, ini akan

menghasilkan dapatan yang kurang berkualiti. Penyelidik menyarankan agar latihan

pliometrik yang lain digunakan untuk kajian yang akan datang. Ini kerana penyelidik

mendapati ada latihan pliometrik yang tidak sesuai bagi subjek seperti latihan yang

boleh mendatangkan kepenatan bagi subjek. Ini akan menyebabkan subjek akan berasa

cepat bosan dengan aktiviti yang mereka jalankan dan boleh mempengaruhi aktiviti

yang dirancang.

Diharapkan kajian ini dapat dijadikan garis panduan kepada semua guru dan

jurulatih terutama kepada yang akan melatih atlet baru yang akan mengambil bahagian

dalam acara lompatan dan sukan serta dapat digunakan ujian ini sebagai ujian untuk

memilih pelajar atau atlet bagi acara lompatan.

Page 54: Pendidikan Jasmani

42

RUJUKAN

Brown, M.E., Mayhew, J.L., & Boleach, L.W. (1986). Effect of Plyometric training on

vertical jump performance in high school basketball players. The Journal of

Sport Medicine and Physical Fitness, 26 (1), 20-23

Chu, D.A. (1998). Jumping into plyometrics. ( 2nd ed). Champaign, IL : Human

Kinetics.

Corbin, C.B., & Lindsey, R. (1994). Concepts of physical fitness with laboratories.

( 8th ed ). Dubuque, lowa : Wm. C. Brown.

Dougherty, K. (1984). The meaning of strength, power, velocity : track and field.

(4th ed). Los Altos, California : TAF News Press.

Duda, M. (1988). Plymetrics : A legitimate form of power training ? Physician And

Sport Medicine. V16, n3, p 213-216.

Fleck, S.J., & Kraemer, W.J. (1997). Designing Resistance Training Programs. (2nd

ed). Champaign, IL : Human Kinetics.

Fox, E.L, Bowers, R.W., & Foss, M.L. (1988). The physiological basis of physical

education and athletics. (4th ed). Dubuque, lowa : Wm. C.

Johnson, B.L., & Nelson, J.K. (1986). Practical measurements for evaluation in

physical education. (4th ed). Edina, Minnesota : Burgess Publishing.

Page 55: Pendidikan Jasmani

43

Mohar Kassim. (2000). Kajian mengenai kecergasan fizikal pelajar-pelajar ijazah

sarjana muda pendidikan sukan dan rekreasi, UKM. Kertas prosiding Seminar

Pendidikan Kebangsaan 2000. Anjuran Fakulti Pendidikan UKM.

Mohd Majid Konting. (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Selangor : Dawama

Sdn. Bhd.

Viitasulo, J.S (1988). Evaluation of explosive strength for young and adult athlets.

Reserch for exercise and sport. 59, 1, 9-13

Yessis, M. & Hatfield, F. (1986). Plyometric training – Achieving explosive power in

sports. Canoga : Fitness Systems Pub.

Page 56: Pendidikan Jasmani

44

LAMPIRAN A

Keputusan Pre-Test Ujian Lompat Menegak dan Ujian lompat Jauh Dirian

Tarikh Ujian : 26/01/2007 Masa Ujian : 1730-1830 Tempat Ujian : Gimnasium UPSI Jumlah Subjek : 17 Pelajar Wanita Psikologi Sukan ( AT 42 ) Bil Nama VJ Tahap SBJ Tahap 1. Siti Nuraziah Abdullah 42 Sederhana 214 Cemerlang 2. Norida Akmal Mohd Khalid 27 Lemah 157 Lemah 3. Meylisa Mustapha 28 Lemah 136 S/ Lemah 4. Norsham Harun 31 Lemah 169 Sederhana 5. Nor Zunaidah Che Othman 35 Lemah 138 S/Lemah 6. Wan Norsyamimi Wan

Ibrahim 34 Lemah 158 Lemah

7. Joharah Ameer Hussain 26 Lemah 130 S/Lemah 8. Nurul Wahida Muhammad 36 Sederhana 167 Sederhana 9. Jazmin Julaili 36 Sederhana 158 Lemah 10. Intan Shafiah Abdul Hamid 36 Sederhana 170 Sederhana 11. Norazira Shariff 39 Sederhana 161 Sederhana 12. Norfadhilah Hashim 40 Sederhana 175 Baik 13. Mariam Mohd Nor 33 Lemah 162 Sederhana 14. Noorhidayah Saharan 41 Sederhana 195 Cemerlang 15. Nor Azeliana Mat Hussin 38 Sederhana 170 Sederhana 16. Norihan Masidol 38 Sederhana 173 Baik 17. Siti Juriah Sani 22 S / Lemah 156 Lemah

Page 57: Pendidikan Jasmani

45

LAMPIRAN B

Keputusan Post-Test Ujian Lompat Menegak dan Ujian lompat Jauh Dirian

Tarikh Ujian : 16/03/2007 Masa Ujian : 1030-1130 Tempat Ujian : Gimnasium UPSI Jumlah Subjek : 17 Pelajar Wanita Psikologi Sukan ( AT 42 ) Bil Nama VJ Tahap SBJ Tahap 1. Siti Nuraziah Abdullah 48 Baik 220 Cemerlang 2. Norida Akmal Mohd Khalid 33 Lemah 161 Sederhana 3. Meylisa Mustapha 36 Sederhana 140 S/ Lemah 4. Norsham Harun 36 Sederhana 175 Baik 5. Nor Zunaidah Che Othman 37 Sederhana 145 S/Lemah 6. Wan Norsyamimi Wan

Ibrahim 36 Sederhana 161 Sederhana

7. Joharah Ameer Hussain 30 Lemah 136 S/Lemah 8. Nurul Wahida Muhammad 39 Sederhana 173 Baik 9. Jazmin Julaili 42 Sederhana 163 Sederhana 10. Intan Shafiah Abdul Hamid 43 Sederhana 176 Baik 11. Norazira Shariff 42 Sederhana 164 Sederhana 12. Norfadhilah Hashim 42 Sederhana 179 Baik 13. Mariam Mohd Nor 38 Sederhana 168 Sederhana 14. Noorhidayah Saharan 43 Sederhana 201 Cemerlang 15. Nor Azeliana Mat Hussin 44 Sederhana 174 Baik 16. Norihan Masidol 40 Sederhana 176 Baik 17. Siti Juriah Sani 30 Lemah 162 Sederhana