pendidikan inklusif

22
1.0 KATEGORI INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS Keperluan khas merujuk kepada keperluan kanak-kanak iaitu atas satu sebab atau yang lain memerlukan bantuan khas, sokongan, dan rangsangan. Kanak-kanak yang dirujuk di sini boleh dirujuk kepada kanak-kanak yang mengalami perkembangan yang lambat dalam satu atau lebih daripada sebab berikut: a) Kerencatan akal b) Kecacatan fizikal c) Kekurangan penglihatan d) Kekurangan pendengaran e) Gangguan pertuturan f) Kesukaran dalam perkembangan sosial dan emosi Sebahagian daripada kanak-kanak ini mungkin memerlukan bantuan khas untuk sepanjang hayat mereka, sementara yang lain mungkin memerlukan bantuan untuk suatu jangka masa tertentu. Sementara itu, kanak-kanak dianggap luar biasa apabila program pendidikan perlu di ubahsuai untuk memenuhi keperluannya. Oleh itu kanak-kanak luar biasa bukan merujuk kepada mereka yang tidak dapat menguasai pembelajaran tetapi juga mereka yang mempunyai kepintaran dan bakat yang luar biasa. Kanak- kanak luar biasa daripada sudut pendidikan lebih sesuai dianggap sebagai kanak-kanak berkeperluan khas (KKBK *) atau kanak-kanak istimewa. Kirk dan rakan-rakan (1993): Kanak-Kanak luar biasa secara umum lebih sesuai dirujuk sebagai kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa. Kanak- kanak istimewa ini berbeza dari kanak-kanak biasa dari segi: a) Ciri-ciri mental b) Keupayaan deria c) Keupayaan komunikasi d) Perkembangan tingkah laku dan emosi atau e) Ciri-ciri fizikal/saraf/otot Lantaran itu, perbezaan ini menyebabkan mereka memerlukan amalan- amalan sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan 1

Upload: adib

Post on 25-Dec-2015

111 views

Category:

Documents


20 download

DESCRIPTION

T1A1 Pendidikan InklusifContoh Tugasan yang memenuhi kehendak rubrik. Sesuai untuk semua lapisan umur dan peringkat kematangan.

TRANSCRIPT

Page 1: Pendidikan Inklusif

1.0 KATEGORI INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS

Keperluan khas merujuk kepada keperluan kanak-kanak iaitu atas satu sebab atau yang lain

memerlukan bantuan khas, sokongan, dan rangsangan. Kanak-kanak yang dirujuk di sini boleh

dirujuk kepada kanak-kanak yang mengalami perkembangan yang lambat dalam satu atau lebih

daripada sebab berikut:

a) Kerencatan akal

b) Kecacatan fizikal

c) Kekurangan penglihatan

d) Kekurangan pendengaran

e) Gangguan pertuturan

f) Kesukaran dalam perkembangan sosial dan emosi

Sebahagian daripada kanak-kanak ini mungkin memerlukan bantuan khas untuk sepanjang hayat

mereka, sementara yang lain mungkin memerlukan bantuan untuk suatu jangka masa tertentu.

Sementara itu, kanak-kanak dianggap luar biasa apabila program pendidikan perlu di ubahsuai

untuk memenuhi keperluannya.  Oleh itu kanak-kanak luar biasa bukan merujuk kepada mereka

yang tidak dapat menguasai pembelajaran tetapi juga mereka yang mempunyai kepintaran dan

bakat yang luar biasa. Kanak-kanak luar biasa daripada sudut pendidikan lebih sesuai dianggap

sebagai kanak-kanak berkeperluan khas (KKBK *) atau kanak-kanak istimewa. Kirk dan rakan-

rakan (1993): Kanak-Kanak luar biasa secara umum lebih sesuai dirujuk sebagai kanak-kanak

berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa. Kanak-kanak istimewa ini berbeza dari kanak-

kanak biasa dari segi:

a) Ciri-ciri mental

b) Keupayaan deria

c) Keupayaan komunikasi

d) Perkembangan tingkah laku dan emosi atau

e) Ciri-ciri fizikal/saraf/otot

Lantaran itu, perbezaan ini menyebabkan mereka memerlukan amalan-amalan sekolah yang

diubahsuai atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas supaya ia dapat berkembang

sehingga mencapai tahap kebolehan yang maksimum.

1

Page 2: Pendidikan Inklusif

Konsep luar biasa dalam konteks pendidikan:

Kanak-kanak hanya dianggap luar biasa apabila program pendidikan perlu diubah untuk

memenuhi keperluannya. Oleh yang demikian, kanak-kanak luar biasa bukan hanya merujuk

kepada mereka yang tidak dapat menguasai pembelajaran tetapi juga mereka yang mempunyai

kepintaran dan bakat yang luar biasa. Dalam pendidikan, kanak-kanak dikategorikan sebagai

kanak-kanak luar biasa berdasarkan ciri-ciri tertentu bagi tujuan pengajaran yang meliputi:

a) perbezaan intelek 

b) perbezaan komunikasi

c) perbezaan deria

d) perbezaan tingkah laku

e) perbezaan fizikal

f) kecacatan pelbagai dan serius

Kanak-kanak berkeperluan khas mengikut Akta Pendidikan 1996:

Murid-murid berkeperluan khas bererti murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan,

atau kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran. Secara umumnya Kanak-kanak luar

biasa boleh dikategorikan seperti berikut:

a) Rencat akal

b) Masalah Pembelajaran

c) Masalah tingkah laku

d) Masalah komunikasi

e) Masalah pendengaran

f) Masalah penglihatan

g) Kecacatan fizikal dan kesihatan

h) Kecacatan yang serius dan pelbagai 

i) Pintar cerdas dan pelbagai

2

Page 3: Pendidikan Inklusif

TABURAN SKOR IQ

Kanak-Kanak Berbeza Keupayaan Mental

a) Kanak-kanak defisit kognitif

i Kanak-kanak rencat akal - Dari kumpulan terendah dalam skala kecerdasan (DK=70, 2.14%

dpd populasi)

ii Kanak-kanak ‘Down Syndrom’ - Ciri DS: kelainan dari segi fizikal, intelek, dan personaliti

iii Kanak-kanak bermasalah pembelajaran (Learning Disabilities) - Kanak-kanak yang

mengalami masalah pemprosesan maklumat dan mempunyai keupayaan intelek yang rendah.

3

Jenis Kanak-kanak Luar Biasa

Perbezaan keupayaan mental

Autisme

CacatFizikal

Cacat Deria

MasalahKomunikasi

MasalahTingkah Laku

MasalahTumpuan

& Hiperaktif

Pintar

Cerdas

Kreatif&

Berbakat

Defisit

Kognitif

Cerebra

l

Palsy

Epilepsi

Spastik

Cacat

Anggota

Buta

atau

Rabun

Pekak

Masalah

Pertuturan

Masalah

Bahasa

GangguanEmosi

Agresif

Disruptive

ADD

ADHD

Page 4: Pendidikan Inklusif

b) Kanak-kanak pintar cerdas - Dari kumpulan tertinggi dalam skala kecerdasan (DK>130,

2.14% dpd populasi)

c) Kanak-kanak kreatif (Menghasilkan idea yang luar biasa dalam penyelesaian masalah dan

berdaya cipta) dan berbakat khas (Mempunyai kebolehan luar biasa dalam bidang sukan,

kraftangan, muzik, seni, drama, kepimpinan, dll)

Kanak-kanak Autistik

a) Mereka yang mengalami gangguan perkembangan yang luas kerana mempunyai

keperluan dalam banyak aspek spt: tingkah laku, sosial, akademik, aktiviti fizikal.

b) Masalah utama: interaksi & komunikasi.

Kanak-kanak Cacat Deria

a) Cacat Penglihatan - buta (20/200) atau rabun (20/70).

b) Cacat Pendengaran - tidak dapat mendengar langsung atau kurang pendengaran.

Kanak-kanak Cacat Fizikal/Anggota

a) Contoh: cerebral palsy boleh mengakibatkan masalah koordinasi anggota atau masalah

pergerakan-motor.

b) Epilepsi: mengalami sawan, tidak sedarkan diri dan hilangan kawalan motor.

c) Spastik:

i. Cedera otak dan tidak berupaya menggerakkan anggota-anggotanya. Otot

menjadikan pergerakan tidak harmoni. Pergerakan lambat dan tersekat-sekat.

ii. Biasanya kanak-kanak ini disertai rencatan akal, kerosakan penglihatan,

pendengaran, pertuturan dan/atau masalah-masalah motor.

d) Cacat anggota (Haring & McCormick, 1990):

4

Page 5: Pendidikan Inklusif

Kanak-Kanak Bermasalah Komunikasi

a) Masalah pertuturan dan bahasa: pertuturan yang jauh menyimpang daripada pertuturan

biasa atau kod bahasa seperti tidak boleh menyebut atau memahami perkataan.

b) Masalah utama: gangguan artikulasi dan kesukaran dalam menghasilkan bunyi. Masalah

lain ialah masalah suara dan kelancaran pertuturan seperti ‘gagap’ (stuttering).

c) Masalah komunikasi pula meliputi masalah reseptif (memahami apa yang dituturkan

oleh orang lain) atau ekspresif (melahirkan apa yang ingin diperkatakan kepada orang

lain), atau kedua-dua sekali menyebabkan individu tersebut tidak boleh berkomunikasi

langsung dengan orang lain.

Kanak-Kanak Bermasalah Tingkah Laku (Behavioral Disorder)

a) Merangkumi ketidakupayaan yang luas. Yang paling serius ialah gangguan emosi seperti

tingkah laku psikotik dan childhood schizophrenia.

b) Ciri-ciri: suka langgar peraturan, suka mengganggu, dan ada yang agresif, tarik diri dan

murung, dianggap tingkah laku yang tidak sesuai di sekolah. Mereka mempunyai

kecerdasan yang normal tetapi menunjukkan pencapaian kemahiran akademik yang

rendah walaupun ada yang menunjukkan pencapaian yang memuaskan.

Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)

a) American Psychiatric Association (1987) menyifatkan ADHD bercirikan perkembangan

yang kurang sesuai daripada segi darjah tumpuan, impulsiveness, dan hyperactivity.

b) Pelajar ADHD mengalami masalah dalam pencapaian akademik di samping masalah

tingkah laku.

c) Walaupun ADHD tidak tergolong sebagai ketidakupayaan daripada segi undang-undang,

tetapi pelajar ini dianggap kurang upaya disebabkan oleh ketidakupayaan yang lain. Lagi

pun, Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (1991) memerintahkan pelajar-pelajar ini

diberi perkhidmatan pendidikan khas.

5

Page 6: Pendidikan Inklusif

2.0 CARA MENGENAL PASTI INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS

Prosedur Pelaksanaan Proses Penilaian

Langkah 1 – Penapisan (Screening)

1. Prosedur menguji/memeriksa sekumpulan pelajar sebagai usaha mengenal pasti mereka

yang mempunyai risiko yang tinggi; mereka yang dikenal pasti dirujuk untuk

pemeriksaan dan pengukuran yang lebih bersungguh dan intensif.

2. Guru, orang yang pertama melakukan penapisan dengan menggunakan pemerhatian di

bilik darjah dan standardized group assessment tool (con: senarai semak, borang

berkadar/’rating’, alat pengukuran yang piawai, pemerhatian dalam bilik darjah) untuk

mengesan pelajar berisiko tinggi

Langkah 2 – Pencalonan (Referral)

1. Individu atau pasukan (di sekolah) menerima pencalonan untuk melaksanakan Penilaian

Pendidikan Khas. Tugas pertama ialah menulis kepada ibu bapa supaya mereka

memberi kebenaran dan menerima penerangan tentang proses tersebut.

2. Selepas itu pasukan ini akan membentuk Pelan Penilaian Individu untuk mengenal pasti

aspek-aspek yang memerlukan perhatian khas dalam prosedur ujian.

Langkah 3 – Penilaian

1. Ujian saringan-untuk tujuan mengklasifikasi, penempatan, dan penentuan program khas

2. Memberi penilaian yang bersesuaian kepada pelajar dengan menggunakan penilaian

formal dan informal untuk mengidentifikasi corak pembelajaran pelajar (perhatian:

6

Penilaian

Profil Perkemban

ganUjian Rujukan NormalTemu BualPemerhatianPenilaian Informal

Perbezaan InterindividuPerbezaan Intraindividu

Kecenderungan AkademikPencapaian AkademikPerkembangan BahasaPerkembangan Psikososial

Usia/usia mentalTinggi & BeratKoordinasi motorKeupayaan mentalKematangan socialPerkembangan bahasaKemahiran 3M mengejaMobilitiDaya penglihatanDaya pendengaranHubungan interpersonal

Page 7: Pendidikan Inklusif

tidak menggunakan satu alat ukur secara Khusus untuk menentukan tahap kefungsian

aspek-aspek tertentu.).

Langkah 4 – Kelayakan

1. Lepas proses penilaian (analisis dan penafsiran skor ujian) disempurnakan, pasukan ini

harus mengadakan perjumpaan untuk menentukan kelayakan pelajar untuk menerima

Pendidikan Khas.

Langkah 5 – melaksanakan ujian diagnostik dan Membentuk Program Pendidikan

Individu /RPI (IEP)

3.0 AKTIVITI PdP YANG BERTEPATAN DENGAN KEPERLUAN SETIAP INDIVIDU

Pengajaran kanak-kanak berkeperluan khas

1. bertujuan memberi perkhidmatan-perkhidmatan yang tidak diberi di sekolah biasa dan

bilik darjah biasa

2. berbeza dengan pengajaran kanak-kanak biasa kerana mengambil kira perbezaan inter

dan intra individu

Empat komponen penting dalam pengajaran kanak-kanak khas

1.  Persekitaran

- melibatkan kemudahan dan kos

- contoh:  bilik resos, guru khas/resos, peralatan khas dan peralatan pembelajaran

2.  Kurikulum

- Perlu diubahsuai mengikut keperluan khas pelajar

- Aspek-aspek:  (a) kandungan  (b) kemahiran  (c) bahan/ teknologi

3.  Kaedah Pengajaran

-Pengajaran Individu

- Analisis Tugasan

- Pengurusan Kontingen

- Modifikasi Tingkah Laku

7

Page 8: Pendidikan Inklusif

- Pembelajaran Kooperatif

- Aplikasi Komputer

4.  Penilaian

a) satu proses yang sistematik dalam mengumpul maklumat yang relevan dengan

pendidikan

b) jenis penilaian

c) Penilaian Sumatif

d) Penilaian Formatif

Rancangan Pendidikan Individu (RPI)

1. RPI merupakan satu perjanjian bertulis antara ibu bapa dengan pihak sekolah tentang

keperluan-keperluan murid dan cara bagaimana keperluan ini dapat dipenuhi.

2. Berdasarkan RPI yang telah dibentuk dan dipersetujui, murid berkeperluan khas berhak

menerima perkhidmatan-perkhidmatan yang dinyatakan dalam RPI tersebut.

3. Matlamat dan objektif RPI dirangka berdasarkan prestasi sedia ada murid.

4. Dengan adanya RPI, pencapaian murid dapat dilihat dengan jelas dari semasa ke semasa.

5. RPI bertindak sebagai penilaian yang berterusan bagi murid itu dalam mencapai

matlamat dan objektif yang telah ditetapkan.

6. juga merupakan satu dokumen yang mengandungi pelbagai maklumat tentang kanak-

kanak berkeperluan khas yang dapat membantu proses pengajaran pembelajaran

mereka.

7. menerangkan objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran serta sumber-sumber yg.

diperlukan utk mencapai objektif-objektif tersebut.

8. disediakan oleh guru khas, ahli profesional, ibu bapa & ahli badan sukarela.

9. Ringkasnya, RPI membekalkan satu keterangan yg. ringkas, tepat dan terperinci tentang

program pendidikan terkini bagi pelajar istimewa.

5 unsur yg. penting penting dlm RPI :

1. Keterangan tentang peringkat pencapaian pendidikan dlm kemahiran-kemahiran spt:

bantuan-kendiri, membaca, mengira, perkembangan bahasa, motor kasar, motor halus,

sosio-emosi, perkembangan fizikal dan kesihatan.

8

Page 9: Pendidikan Inklusif

2. Keterangan tentang maklumat tahunan termasuk objektif pengajaran jangka pendek.

3. Keterangan tentang perkhidmatan pendidikan & bahan pengajaran tertentu yg akan

diperuntukkan.

4. Tarikh-tarikh yg. dianggarkan bagi permulaan & jangka masa bagi perkhidmatan

berkenaan.

5. Kriteria & prosedur penilaian yg. sesuai utk sekurang-kurang sekali setahun bagi

menentukan sama ada objektif pendidikan telah tercapai.

6. Perkara lain adalah spt: biodata dan masalah pelajar, tahap pencapaian tahunan,

keterangan tentang sumber & pengubahsuaian alternatif pendidikan, senarai ahli prof.

yg. terlibat serta tugasan & tanggungjawab mereka, akuan persetujuan & tanda tangan

ibu bapa/penjaga.

7. RPI perlu dibentuk oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai disiplin

yang terlibat secara langsung dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Di antaranya

adalah:

a) Ahli fisioterapi

b) Ahli terapi cara kerja

c) Ahli terapi pertuturan

d) Kaunselor

e) Doktor perubatan

f) Guru

g) Ibu bapa

9

Page 10: Pendidikan Inklusif

Aliran Pembentukan RPI

4.0 KEPERLUAN FIZIKAL DAN INFRASTRUKTUR KHAS SEPERTI PERALATAN,

BAHAN DAN LAIN-LAIN

KEPERLUAN LOGISTIK

Logistik merupakan satu keperluan penting dalam menjayakan Program Pendidkan Inklusif iaitu

keperluan guru, peningkatan profesionalisme, sokongan pengurusan sekolah serta ruang dan

kelas yang kondusif.

KEPERLUAN GURU

Kelayakan guru

Guru bertanggungjawab perlu mempunyai kelulusan ikhtisas guru Pendidikan Khas. Ini sangat

penting kerana Guru Pendidkan Khas mempunyai kemahiran dari segi mengenalpasti murid-

murid Pendidikan Khas, mengetahui cara penilaian dan penapisan murid PK dan dapat

menyatakan hak murid-murid PK dalam pendidkan dan mampu menyampaikan pengetahuan

10

Page 11: Pendidikan Inklusif

secara menyeluruh dari aspek psikologi, sosial, jasmani, emosi, intelek dan rohani. Guru khas

dan guru biasa berkongsi mengajar kelas yang ada murid inklusif.

Motivasi guru

Motivasi adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak utama

seseorang. Gutu berperanan dalam memotivasikan agar dapat memenuhi keperluan pelajar,

menerima pelajar seadanya serta memberikan kata perangsang. Motivasi yang berkesan dapat

menggalakkan persaingan dan menghasilkan pembelajaran bermakna.

Ketrampilan guru

Dalam konteks pendidikan khas, ketrampilan bermaksud kemahiran, kecekapan dan pengetahuan

dalam menyampaikan kemahiran kepada golongan pelajar berkeperluan khas. Keterampilan

guru pendidikan khas ialah menguasai kemahiran mengasuh, membimbing dan mendidik serta

bermotivasi tinggi dan kreatif serta mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.

Peranan guru bagi menjayakan Program Inklusif

a) Bersama merancang pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif

b) Merancang dan melaksanakan penilaian.

c) Gunakan BBM yang sesuai.

d) Dedikasi dan komitmen yang tinggi.

e) Layanan dan bimbingan yang adil.

Sokongan pengurusan sekolah

Guru besar harus memahami konsep pendidikan inklusif dan menyokong dan bekerjasama dari

segi kewangan dan program yang bakal dijalankan. Pengetua/Guru Besar perlu menitikberatkan

menitikberatkan perkara ini dan mengambil langkah-langkah berikut untuk menjamin

pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif dikelolakan dengan sempurna.Guru aliran perdana

pula perlu mengiktiraf pelajar pendidikan khas yang diinklusifkan.

Penyediaan BBM

BBM juga perlu disediakan sebaik mungkin agar dapat membantu proses PdP murid dan boleh

berfungsi dengan baik.

11

Page 12: Pendidikan Inklusif

Kelas/ Ruang

Oleh kerana Pendidikan Inklusif memerlukan pelajar berkeperluan khas belajar bersama-sama

pelajar normal, maka kelas dan ruang pembelajaran juga perlu menepati keperluan kedua-dua

pihak.

SOKONGAN

Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas

Selain Kementerian Pendidikan, pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi,

persatuan dan badan-badan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non-

Governmental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-

rata tempat di negara kita.

Peristiwa ‘Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986’ telah membuka mata pelbagai

pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran daripada itu berbagai-

bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang hal-hal berkaitan

dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Selepas tahun tersebut, bilangan kanak-kanak

berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan khas telah bertambah,

yang memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan pendidikan kepada golongan

ini. Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah:

Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Children’s Assocation) yang menyediakan

intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun

Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluan khas

kemahiran hidup serta kemahiran sosial.

Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-

kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara umur 6-16

tahun.

Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang komited

kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di

bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanak-

kanak sindrom down di merata tempat dalam Malaysia.

12

Page 13: Pendidikan Inklusif

5.0 LAIN-LAIN

PENEMPATAN MURID BERKEPERLUAN KHAS

1. Memberi penempatan pendidikan yang sesuai kepada murid dengan keperluan khas

Prinsip Penempatan:

1. Penempatan dibuat berdasarkan prinsip ‘least restrictive environment’ iaitu persekitaran

yang paling tidak ‘menghadkan’.

2. Seboleh yang mungkin, seseorang murid harus ditempatkan belajar bersama-sama murid

biasa.

Amalan Penempatan:

1. Penempatan akan dibuat berdasarkan tahap keterukan masalah murid

2. Biasanya ibu bapa harus member persetujuan bagi penempatan yang dicadangkan

Jenis-jenis Penempatan

1. Kelas biasa

• Situasi ideal

- Murid ditempatkan mengikut darjah/gred sendiri

- Bantuan dan pemantauan diberikan oleh guru khas

- Akomodasi dan modifikasi yang sesuai diberikan kepada murid

• Amalan

a) Model Konsultansi

i. Konsultasi pakar

- Guru khas memberi nasihat kepada guru biasa tentang pengurusan dan pengajaran

murid khas

ii. Konsultasi kolaborasi

- guru dan pakar-pakar dalam bidang lain bekerjasama untuk menyelesaikan masalah

yang dihadapi oleh murid

b) Team/ Cooperative Teaching

- Guru khas dan guru biasa berkongsi mengajar kelas yang ada murid khas

c) Teacher assistance teams

13

Page 14: Pendidikan Inklusif

- Sekumpulan guru bekerjasama untuk membantu murid yang ditempatkan di kelas

biasa

2. Bilik Resos

a) Juga dikenali sebagi program ‘pull out’

b) Perlaksanaan:

murid di kelas biasa di tarik keluar dari kelas untuk menerima pengajaran

akademik (secara individu atau kumpulan)

Perkhidmatan khas seperti latihan bahasa dan pertuturan, latihan orientasi dan

mobiliti atau terapi fizikal

3. Kelas khas

a) Juga dikenali sebagai self-contained class

b) Perlaksanaan:

murid ditempatkan dalam kelas bersama-sama murid lain yang juga dari kategori

yang sama (program integrasi)

Kadangkala mereka menghabiskan sedikit masa di kelas biasa untuk menerima

pengajaran tertentu (inklusif separa)

4. Sekolah Khas

a) Semua murid yang belajar di sekolah khas terdiri daripada mereka yang mengalami

kecacatan (contoh: masalah penglihatan dan pendengaran)

b) Biasanya murid terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan yang teruk

c) Perlaksanaan:

Sekolah harian

murid belajar di sekolah khas

murid balik selepas waktu persekolahan

Sekolah berasrama

murid belajar di sekolah khas

selepas waktu persekolahan murid balik ke asrama

5. Pengajaran berdasarkan rumah/hospital

a) Guru pendidikan khas pergi ke rumah murid atau ke hospital untuk mengajar murid

14

Page 15: Pendidikan Inklusif

b) Biasanya perkhidmatan sedemikian adalah buat sementara sehingga murid sedia pulang

ke sekolah

6. Pemulihan dalam Komuniti

a) Perkhimatan pendidikan disediakan di kawasan tempat tinggal murid.

PROSES PENDAFTARAN KANAK-KANAK KE PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Program PK KPM dilaksanakan melalui :

i. Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.

ii. Program pendidikan khas intergrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas

bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Ia

diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah

teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran secara pengasingan dan separa

inklusif.

15

Page 16: Pendidikan Inklusif

Tempoh Belajar

1. Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun

2. Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah Lima ) 5) tahun

3. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat

iaitu sama ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan.

Kurikulum Program Pendidikan Khas

1. Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah pendidikan khas dan Program

Pendidikan Khas Intergrasi ialah kurikulum kebangsaan dan kurikulum alternatif.

2. Kurikulum kebangsaan adalah kurikulum yang diikuti oleh murid normal bagi program

mas. pendengaran & mas. Penglihatan.

3. Kurikulum alternatif diikuti oleh murid bermasalah pembelajaran.

4. Murid Pendidikan khas menjalankan aktiviti kokurikulum seperti murid biasa

Kurikulum kebangsaan

1. Kurikulum mengikut matapelajaran seperti kelas biasa spt matematik tahun 2, Bahasa

melayu tahun 5, sejarah tingkatan 3 dll.

2. Kurikulum boleh diperolehi di PPK, Dewan Bahasa & Pustaka dan kadangkala di

pasaran tempatan.

3. Sehubungan itu, penilaian pencapaian akademik murid bermasalah pendengaran dan

penglihatan sama seperti dengan murid biasa iaitu UPSR, PMR, SPM dibawah

pengendalian Lembaga Peperiksaan. Format dan bentuk soalan adalah sama seperti yang

diduduki oleh murid biasa. Hanya berbeza dari segi tambahan masa sahaja.

Kurikulum Alternatif

1. Hanya digunapakai oleh murid-murid bermasalah pembelajaran yang mengikuti program

integrasi di kelas khas.

2. Kurikulum ini digunapakai bagi sekolah rendah dan menengah.

3. Ini adalah kerana terdapat murid yang perlu mengikuti kurikulum ini bermula dari

sekolah rendah dan bersambung apabila dia telah ke sekolah menengah.

16

Page 17: Pendidikan Inklusif

4. Guru tidak boleh terlalu bergantung kepada kurikulum alternatif sahaja, sebaliknya

kurikulum kebangsaan juga perlu dijadikan rujukan bergantung kepada kesesuaian dan

pencapaian setiap murid.

5. Kurikulum ini terdiri daripada 3 bidang komponen iaitu :

a. Bidang akademik berfungsi

i. Komponen Matematik

ii. Komponen Bahasa Melayu

iii. Komponen Bahasa Inggeris

b. Bidang Pengurusan Kehidupan

i. Komponen Pengurusan diri

ii. Komponen Kemahiran manipulatif

iii. Komponen Pengurusan tingkahlaku

iv. Komponen Kemahiran hidup (masakan, jahitan, pertukangan,

perkebunan, pemeliharaan haiwan, asas mendobi)

c. Bidang sosial, riadah dan kreativiti

i. Komponen Pendidikan Jasmani

ii. Komponen Pendidikan Seni

iii. Komponen Pendidikan muzik, gerakan badan dan drama

iv. Komponen sains, sosial dan alam sekitar

6. Penilaian pencapaian akademik murid bermasalah pembelajaran hanya dilakukan di

peringkat sekolah sahaja. Guru-guru matapelajaran bertanggungjawab membuat

penilaian ke atas mereka.

7. Namun begitu, murid bermasalah pembelajaran yang telah mengikuti kelas inklusif layak

menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM sama seperti murid biasa tanpa

perbezaan dari segi format dan bentuk soalan serta masa.

PERANAN PENYELARAS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

1. Melaksanakan segala program dan aktiviti yang diarahkan oleh JPN dan JPK

2. Melaksanakan program khas bagi guru besar sekolah

3. mewujudkan perhubungan yang baik dengan ibu bapa

4. Membahagikan tugas program kepada guru

17

Page 18: Pendidikan Inklusif

5. Mewujudkan sistem-sistem berkesan mengendalikan perkara-perkara yang wajib

6. menjalankan latihan perkembangan staf bagi cikgu di sekolah

7. Mewujudkan suasana persekitaran yang menggalakkan pembelajaran

8. Mewujudkan perhubungan yang baik dengan guru besar dan guru biasa

9. Melaksanakan dan memantau pendidikan inklusif yang dijalankan

10. memastikan peralatan dan keperluan fizikal mencukupi

11. Mengembangkan program khas.

PERANAN GURU PENDIDIKAN KHAS

1. Melaksanakan P & P Pendidikan Khas

2. Melaksanakan aktiviti kokurikulum bagi murid khas

3. Mewujudkan suasana kelas yang menggalakkanpengajaran dan pembelajaran

4. Mengurus tingkah laku murid khas

5. Menjalankan pelbagai penaksiran

6. Membantu penyelaras dalam usaha menjayakan program khas

7. Menjadi “Advocate” bagi hak murid khas.

8. Membantu murid berkeperluan khas bergaul dengan murid-murid biasa dari segi sosial

dan emosi

9. Mencari kelemahan dan kekuatan murid-murid dan menjalankan pengajaran

10. Membuat alat-alat bahan bantu mengajar untuk pengajaran yang lebih berkesan dan

menarik

11. Berhubung dengan agensi-agensi bantuan

12. Membantu murid mencapai perkembangan yang optimum

13. Merancang IEP (RPI) untuk murid-murid bekeperluan khas mengikut keupayaan murid

tersebut

14. Merancang aktiviti untuk murid-murid berkeperluan khas berasaskan keperluan individu

dan ujian diagnostik

15. Merancang penilaian berkala tentang pencapaian murid berdasarkan keputusan untuk

perubahan atau kutipan data

16. Melaksanakan sistem modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan tingkah laku yang

dikehendaki atau melupuskan yang tidak diingini

18

Page 19: Pendidikan Inklusif

6.0 KESIMPULAN

Kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan seperti yang dibincangkan memerlukan

perhatian dan penjagaan yang khusus.  Mereka memerlukan kasih sayang, perhatian dan

kesabaran guru serta ibu bapa.  Ini memerlukan pengorbanan yang tinggi sehingga boleh

menjadikan guru dan ibu bapa atau penjaga hilang semangat, terutamanya bila perkembangan

kanak-kanak terbatas.  Mendidik kanak-kanak ini adlah sangat mencabar dan menuntut

kesabaran dan komitmen yang tinggi dari guru.  Oleh, itu guru-guru di sekolah pendidikan khas

perlu menolong kanak-kanak seperti ini yang tidak dapat mengikuti pembelajaran harian seperti

kanak-kanak yang biasa.  Guru perlu mengenalpasti ketidakupayaan kanak-kanak tersebut

berdasarkan ciri-ciri yang diberi dan mengambil tindakan atas apa yang harus dilakukan. 

Dengan ini, harapan supaya kanak-kanak yang mempunyai ketidakkupayaan seperti yang

dibincangkan berpeluang mendapat pendidikan seperti kanak-kanak lain dan tidak ketinggalan

tercapai. 3225 Patah Perkataan

19

Page 20: Pendidikan Inklusif

RUJUKAN

Ashman, Adrian & Elkiar, John (1990) Educating Children with Special Needs. GGGGPrentice

Hall : New York.

Bachor, Dan G. & Crealock, Carol. (1986) Instructional Strategies for Students with Special

Needs. GGGGGG.Prentice Hall : New York.

Cole, Peter & Chan Lorna. (1990) Methods and Strategies for Special Children. GGG.Prentice

Hall : New York.

Kementerian Pelajaran Malaysia, (1992) Surat Pekeliling-Pekeliling Pendidikan Khas (1979 –

1991). Kuala Lumpur : Unit Pendidikan Khas, Bahagian Sekolah,

Kementerian Pelajaran Malaysia (2000). Buku Panduan Rancangan Pendidikan Individu (RPI)

murid-murid berkeperluan khas.

20