penderaan

10
PENDERAAN Penderaan merupakan satu aspek kekejaman yang berlaku dalam rumah tangga . Penderaan boleh berlaku terhadap anak-anak dan isteri. Penderaan juga menyebabkan penganiayaan terhadap individu lain yang merupakan sebahagian daripada ahli keluarga itu.

Upload: aman-shah

Post on 05-Dec-2014

997 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Penderaan

PENDERAAN Penderaan merupakan satu aspek

kekejaman yang berlaku dalam rumah tangga .

Penderaan boleh berlaku terhadap anak-anak dan isteri.

Penderaan juga menyebabkan penganiayaan terhadap individu lain yang merupakan sebahagian daripada ahli keluarga itu.

Page 2: Penderaan

KENAPA PENDERAAN BERLAKU? Faktor kemiskinan dan tekanan hidup - Berhadapan dengan masalah kewangan

dan kesempitan hidup. Latar belakang keluarga -Pengalaman masa kecil individu

mempengaruhi sikap untuk mendera. Pengaruh alkohol dan dadah -Berada dalam keadaan tidak sedar dan

bertindak agresif.

Page 3: Penderaan

SIAPA DAN BAGAIMANA? Isteri menjadi mangsa penderaan

suami dan anak-anak sering kali menjadi mangsa penderaan ibu bapa.

Penderaan fizikal - Memukul, menumbuk,menampar,

menggigit, menendang, membalingkan barang, mematahkan tulang, dan menggunakan senjata .

Page 4: Penderaan

Penderaan seksual -Memaksa melakukan atau melihat

sesuatu bentuk seksual tanpa kemahuan wanita tersebut .

-Anak-anak juga menjadi mangsa sumbang mahram.

Pengabaian -Kanak-kanak di abaikan dari segala

bentuk kebajikan. -Ibu bapa tidak meluangkan masa yang

banyak terhadap anak . Anak –anak tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya.

Page 5: Penderaan

Penderaan emosi -Ugutan , penghinaan, menjatuhkan

maruah wanita, meninggalkan kesan buruk sama ada seperti penderaan fizikal .

Penderaan kewangan -Seorang wanita di halang mencari

pekerjaan atau tidak di benarkan membuka akuan bank atau menyimpan wang pendapatannya sendiri.

Page 6: Penderaan

Penderaan buruh Kanak-kanak dijadikan buruh kerahan

dan mengemis untuk mendapatkan wang.

Penderaan terhadap kanak-kanak kurang upaya- Ibu bapa mendera anak-anak tersebut kerana menganggap anak-anak itu sebagai bebanan.

Page 7: Penderaan

ISU-ISU TERKINI

PENDERAAN FIZIKAL PENDERAAN SEKSUAL

Page 8: Penderaan

AKTA KANAK-KANAK 2001 1. Seksyen 31Akta Kanak-Kanak (AKK) melibatkan kesalahan

penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

- Hukuman atau denda: tidak melebihi RM 20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

2. Seksyen 32 AKK - merujuk kepada kanak-kanak untuk mengemis

- Hukuman atau denda: tidak melebihi RM 5000 atau penjara tidak melebih 10 tahun atau kedua-dua sekali.

3. Seksyen 33 AKK - merujuk kepada kesalahan membiarkan kanak-kanak tanpa pengawasan yang sepatutunya.

- Hukuman atau denda: tidak melebihi RM 5000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-dua sekali.

- Sumber: www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20121122/ke_01/Prihatin-nasib-kanak-kanak

Page 9: Penderaan

AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994

Seksyen 4 - Perintah Perlindungan sementara Mahkamah boleh, sementara menunggu penyiasatan

berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan yang melibatkan keganasan rumahtangga, mengeluarkan perintah perlindungan sementara yang menghalang orang yang terhadapnya perintah itu dibuat daripada menggunakan keganasan rumahtangga terhadap isteri atau suami atau bekas isteri atau suaminya atau kanak-kanak atau orang dewasa tak berkeupayaan atau mana-mana anggota lain keluarga, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana dinyatakan dalam perintah itu.

Sesuatu perintah perlindungan interim hendaklah terhenti berkuatkuasa setelah selesainya penyiasatan.

Sumber: http://www.polistrg.gov.my/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=87&Itemid=222

Page 10: Penderaan

KESIMPULAN Penderaan merupakan isu sejagat dan

memerlukan tindakan daripada semua pihak. Isu ini tidak boleh dipandang remeh dan hanya beranggapan bahawa hanya individu tertentu terlibat sebagai mangsa. Setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agama, fahaman, bangsa dan budaya perlu membantu menangani isu penderaan ini.