penderaan

Upload: wilma-no-bias

Post on 30-Oct-2015

66 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Penderaan pembantu rumah

TRANSCRIPT

Penderaan (pemikiran Kritis)Wilma Binti TalibPengenalan Penderaan bermaksud memukul atau menyeksa secara fizikal atau emosi dengan sengaja[footnoteRef:1]. Pembantu rumah pula bermaksud seseorang yang bekerja di bawah seorang tuan, mengerjakan semua kerja-kerja rumah seperti mengemas,memasak dan mencuci kain dalam tuan punya rumah. Mereka dibayar untuk berkhidmat kepada tuan rumah. [1: Zainuddin Ahmad. Bahasa Melayu. Petaling Jaya: longman Malaysia.1994. hlm 70.]

Kini, pelbagai kes penderaan di laporkan oleh pihak media masa dan hal ini telah membawa impak kepada negara Malaysia. Selain daripada berkemungkinan menjejaskan hubungan dengan Negara asing,kes ini juga boleh menimbul krisis kenyakinan tehadap pentadbiran Negara dan juga system kehakiman Negara kita[footnoteRef:2] [2: http://www.mohr.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1467&Itemid=161]

Antara punca berlakunya penderaan pembantu rumah adaalah disebabkan masalah personality majikan yang garang, sikap pembantu rumah yang malas dan sering melakukan kesilapan ketika bekerja, masalah rumah tangga majikan, psikologi majikan, komunikasi yang tidak berkesan antara majikan dan pembantu, da tiadanya undang-undang yang melindungi hak pembantu rumah.Kebanyakan kes penderaan yang dilaporkan melibatkan pembantu rumah yang berasal daripada Negara luar seperti Indonesia dan juga Myammar. Oleh yang demikian, hal ini perlu diatasi dengan segera agar tidak menjejas hubungan antarabangsa dengan negara luar selaki gus tidak mengancam keselamatan negara kita.

Langkah mengatasi masalah penderaan pembantu rumahMengubal akta berkaitan pekerja asingBadan perundangan perlu memperbaiki perlindungan undang-undang pekerja asing. Sekiranya perlu, akta pekerjaan dan akta imigresen yang sedia ada perlu dipindah untuk member perlindungan yang adil kepada pekerja asing.Hukuman dan denda yang setimpal perlu dijatuhkan keatas majikan yang memdera pembantu rumah. Sebagai contoh, majikan Muntik Bani, A.Murugan disabitkan bersalah membunuh dandijatuhkan hukuman matioleh Mahkamah Tinggi Shah Alam[footnoteRef:3]. [3: Berita Harian, isnin Julai, 2010, muka surat 3]

Inilah gambar majikan keji yang mendera pembantu rumah dari Indonesia hingga meninggal dunia.

Peranan majikanMajikan perlu memahami konsep pembantu rumah, mereka bukan hamba yang perlu bekerja mengikut semua kemahuan mereka. Terdapat juga majikan yang tidak membayar gaji pekerja seperti kes Siti Hajar yang tidak dibayar gaji RM500[footnoteRef:4] setiap bulan setelah bekerja selama 20 bulan. Majikan perlu melakukan peranan mereka, pembantu rumah hanyalah pekerja dan menerima gaji. Oleh itu majikan perlu membayar gaji pembentu rumah mereka. [4: Julai 2009, http://fikratulummah.blogspot.com/2009/07/isu-penderaan-pembantu-rumah-siapakan.html]

Majikan juga perlu menetapkan jadual bekerja pembantu mereka mengikut waktu pejabat. Keadaan ini akan menyebabkan pembantu rumah dapat menyelesaikan tugas tanpa ponteng sebelum majikan mereka pulang daripada bekerja. Majikan juga perlu member sedikit kebebasan kepada pembantu agar mereka tidak tertekan ketika bekerja.Majikan sebaiknya jangan membawa masalah dan tekanan ditempat kerja ke rumah sehingga bertindak kasar dengan pembantu kerana masalah di tempat kerja[footnoteRef:5]. [5: http://www.iklaneka.net.my/tips.htm]

Pembantu biasanya adalah golongan yang kurang berpendidikan dan taraf sosio ekonominya rendah. Majikan harus faham keupayaan pembantu dan janganlah mengharapkan sesuatu yang melebihi kemampuan pembantu.Tatacara bekerja disetiap rumah juga adalah berbeza. Ajari pembantu dengan jelas dan sabar.Kadang-kadang pembantu perlu diajar berulang-ulang tentang sesuatu perkara.[footnoteRef:6] [6: http://www.iklaneka.net.my/tips.htm]

Pembantu rumah wajib kursus bahasa MelayuPembantu rumah dari negara luar perlu diwajibkan mengikuti kursus bahasa Melayu[footnoteRef:7]. Langkah ini penting kerana kebanyakkan masalah berpunca daripada kurangnya keberkesanan komunikasi dan pemahaman antara majikan dan pembantu. Keberkesanan komunikasi mampu mengeratkan hubungan baik selain mengelakkan permasalahan antara majikan dan pembantu rumah. [7: Kosmo, rabu 2 November 2011, muka surat 4]

Melalui kaedah ini, pembantu rumah akan didedahkan dengan asas bahasa Melaysia yang membolehkan mereka berkomunikasi, memahami budaya, cara hidup dan undang-undang Negara ini. Sekiranya pembantu rumah dapat memahami arahan majikan, maka mereka tidak akan melakukan kesilapan ketika bekerja.KempenKerajaan dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) perlu melaksanakan kempen kesedaran bagi mengatasi masalah penderaan pembantu rumah. Sebagai contoh, kempen keluarga ku, Syurgaku[footnoteRef:8] bagi memupuk rasa cinta bermula daripadda institusi kekeluargaan dan mencegah daripada berlakunya kes-kes penderaan dalam institusi tersebut terutamanya kes penderaan pembantu rumah. [8: Penderaan, Mohd Awis Asha B.Jasri, muka surat 30, tahun 2003 ]

Pendekatan dari segi agamaSetiap agamasama ada agama Islam, Kristian mahupun Budha mengharamkan penganutnya untuk melakukan keganasan, apatah lagi melakukan penderaan ke atas orang lain. Melalui pendekatan dan mendalami agama, masalah agama dapat diatasi. Oleh itu, majikan perlu mendapatkan didikan agama begitu juga dengan pembantu rumah. Hal ini dapat dilakukan dengan mewajibkan majikan dan pembantu rumah mengikut kursus agama.HotlineKerajaan perlu mewujudkan hotline aduan di bilik gerakan ibu pejabat Jabatan Imigresen Malaysia[footnoteRef:9] untuk pembantu rumah asing, majikan dan orang ramai membuat aduan. Hal ini akan dapat mengatasi masalah penderaan pembantu rumah. [9: Berita harian, Bernama, 11 Julai 2009]

Tempatkan pembantu rumah mengikut majikan seagamaLangkah menempatkan pembantu rumah beragama Islam dengan majikan seagama mampu menyelesaikan banyak masalah membabitkan kedua-dua pihak[footnoteRef:10]. Keadaan ini akan memudahkan dua pihak kerana mempunyai budaya yang sama dan pembantu rumah dapat memahami budaya hidup majikan. Kegagalan majikan memahami cara hidup pembantu rumah yang beragama Islam oleh majikan yang bukan islam boleh manimbulkan ketengangan seperti disuruh memandikan anjing dan memasak babi yang sememangnya haram disisi agama islam. Apabila pembantu rumah tidak melakukan apa yang disuruh oleh majikan, maka risiko untuk penderaan pembantu rumah adalah tinggi. [10: Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, 21 Jun, arkib 22/06/2009]

KesimpulanPembantu rumah tidak sepatutnya dilayan sebagai nilai alatan semata-mata. Pembantu rumah juga merupakan manusia yang mempunyai nilai intrinsic dan mempunyai hak kemanusiaan yang sama seperti majikan. Oleh itu, penderaan pembantu rumah perlulah ditegah kerana ianya merupakan perbuatan yang tidak bermoral.Sekiranya maslah penderaan pembantu rumah tidak diatasi dengan segera, keselamatn Negara akan terancam kerana membabitkan isu negara luar. Disamping dimensi kemanusiaan dengan ramifikasinya,isu jenayah dan penderaan yang melibatkan pembantu rumah warga asing di Malaysia, juga mempunyai dimensi diplomasi dan hubungan internasional serta dimensi keadilan dan pentadbiran undang-undang. Oleh itu, masalah penderaan pembantu rumah perlu diatasi dengan segera.

SENARAI RUJUKAN

BukuZainuddin Ahmad. Bahasa Melayu. Petaling Jaya: longman Malaysia.1994.Mohd Awis Asha B. Jasri, Penderaan,2003.AkhbarBernama, Berita Harian, isnin Julai, 2010.Bernama, Berita Harian, 11 Julai 2009.Kosmo, Rabu. 2 November 2011.Utusan Malaysia, 22 Jun 2009Internethttp://www.mohr.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1467&Itemid=161http://www.kujie2.com/isu-semasa/lagi-kes-penderaan-pembantu-rumah.html

http://mohr.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1467%3Akes-dera-pembantu-rumah-warga-asing&catid=150%3Anews&Itemid=161&lang=en

http://fikratulummah.blogspot.com/2009/07/isu-penderaan-pembantu-rumah-siapakan.html

http://www.iklaneka.net.my/tips.htm

1