pendekatan sosiologi hukum islam dalam kajian …repository.um.edu.my/36231/1/2) sosiologi...

23
1 PENDEKATAN SOSIOLOGI HUKUM ISLAM DALAM KAJIAN USUL AL- FIQH GUNAAN Syamsul Azizul Marinsah & Mohd Anuar Ramli

Upload: dodieu

Post on 13-May-2019

255 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

PENDEKATAN SOSIOLOGI HUKUM

ISLAM DALAM KAJIAN USUL AL-FIQH GUNAAN

Syamsul Azizul Marinsah & Mohd Anuar Ramli

2

PENDEKATAN SOSIOLOGI HUKUM ISLAM DALAM KAJIAN USUL AL-FIQH

GUNAAN

Syamsul Azizul Marinsah & Mohd Anuar Ramli

Jabatan Fiqh & Usul,

Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya.

Abstrak

Hukum Islam merupakan panduan hidup yang dinamik lagi komprehensif. Ia mampu

menyediakan formula penyelesaian yang kompeten terhadap isu-isu yang timbul dalam

masyarakat Islam, sama ada melibatkan isu klasik dalam amalan tradisi masyarakat mahupun

isu baharu yang lahir dampak kemajuan sains dan teknologi semasa. Sehubungan itu, kajian

ini membincangkan tentang kaedah penyelidikan hukum Islam yang bersifat bersepadu dalam

disiplin kajian Usul al-Fiqh Gunaan (Applied Principles of Islamic Jurisprudence). Ia

memfokuskan metode Sosiologi Hukum Islam yang diguna pakai bagi memastikan

keseimbangan di antara idealisme yang terkandung dalam hukum Islam dengan realiti

perlaksanaannya di dalam masyarakat Islam. Untuk itu, pendekatan ini akan diterapkan dalam

meneliti fenomena sosial dalam kehidupan masyarakat Bajau-Islam di Semporna, Sabah

khususnya dalam aspek amalan tradisi mereka, antaranya amalan yang berkaitan dengan

kepercayaan kepada tulah, magombbo‟ dan pitulak. Hasil kajian mendapati, terdapat gejala

sinkretisme dalam adat tradisi Bajau tersebut yang mana ia bertentangan dengan syariat Islam.

Justeru, metode Sosiologi hukum Islam yang diaplikasikan dapat memberikan jawapan tuntas

berhubung dengan amalan yang berlaku dalam masyarakat Islam.

Kata kunci: usul al-fiqh, sosiologi hukum Islam, sinkretisme, Bajau, adat tradisi

3

PENDAHULUAN

Secara asasnya dalam pengajian syariah, keperluan kepada transformasi hukum Islam bagi

menjawab persoalan isu semasa dalam masyarakat Islam hari ini merupakan satu keperluan

yang agak mendesak. Kegagalan memenuhi keperluan ini akan menjadikan pengaruh hukum

Islam dalam masyarakat menjadi semakin pudar dan semakin terhakis. Oleh yang demikian,

anjakan paradigma perlu dilakukan oleh para sarjana hukum Islam agar reformasi hukum

dapat dilakukan. Rentetan daripada ini, penulis berusaha memberikan pengenalan secara

ringkas berhubung dengan pendekatan sosiologi hukum Islam1 dalam usul al-fiqh gunaan agar

pemikiran hukum Islam sentiasa maju ke hadapan dan bersifat semasa. Sebenarnya metode ini

merupakan rentetan daripada satu metode iaitu a unified approach to shari‟ah and social

inference.2

Sebagai suatu sistem hidup yang lengkap, Islam melihat kehidupan masyarakat manusia

secara rasional. Hukum Islam adalah satu pendekatan yang sangat mementingkan rasional.3

Ini terbukti apabila di dalam sumber perundangan Islam, terdapat satu metode pengambil

kiraan budaya masyarakat yang dikenali sebagai „al-urf wa al-adah.4 Fakta ini membuktikan

Islam menghormati budaya sesuatu masyarakat, malah meraikannya dengan syarat ia tidak

bertentangan dengan nas syarak. Berasaskan kepada konsep ini, kajian ini cuba

1 Dalam konteks perbincangan ini, pendekatan sosiologi hukum yang dimaksudkan adalah pendekatan

penyelidikan ilmiah yang membicarakan fenomena sosial dalam kehidupan manusia. Dalam erti kata lain, ia

merupakan kajian yang tidak terbatas kepada masyarakat manusia sahaja tetapi merangkumi ilmu sejarah

(pendekatan historis), antropologi, sosiologi, ilmu geografi (keadaan persekitaran), latar belakang budaya dan

sebagainya. Kaedah sosiologi hukum Islam ini juga menggabungkan kaedah usul al-fiqh dan pengajian sains

sosial.

2 Metode ini sebenarnya daripada kajian oleh Louay Safi, dalam bukunya The Foundation of Knowledge A

Comparative Studyin Islamic and Western Methods of Inquiry (1996),Selangor: IIU & IIIT, hh. 171-196.

Muhammad Anas az-Zarqa coba mengembangkan metode ini dalam bidang ekonomi, lihat Muhammad Anas

az-Zarqa (1989), Tahqiq Islamiyah Ilm al-Iqtisad: al-Manhaj wa al-Mafh-m,‖ dalam Toward Islamization of

Disciplin, Herdon: IIIT, h. 317-57.

3 Mahmood Zuhdi Abdul Majid (2010), Transformasi Fikah Semasa, Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd, h.111.

4 Al-„Urf wa al-„Adat merupakan salah satu sumber hukum di dalam ilmu Usul Fiqh. Kaedah ini sangat

penting kerana ia digunakan sebagai pertimbangan ijtihad dalam mengeluarkan sesuatu hukum. Ini kerana

hukum Islam mempunyai hubungan yang rapat dengan „urf. Pada era sebelum agama, masyarakat sudah pun

mengenal hak dan kewajipan mereka yang dapat diterima dalam masyarakat. Tradisi dan segala batasan

mengenai tingkah laku anggota masyarakat menjadi rujukan penting dalam perlaksanaan sesuatu hukum.

Maklumat lanjut berhubung al-„urf sebagai pertimbangan hukum, sila lihat Muhammad Firdaus Nurul Huda,

Kesan Perubahan Sosial Terhadap Hukum Islam (Selangor: Thinker‟s Library Sdn. Bhd, 2002), 112-119.

Sila lihat juga penjelasan metode ini dalam al-Jurjani (1283H) Kitab al-Ta„rifat ,Kaherah: t.p 99; Muhammad

Amin Afandi Ibn Abidin, (1980)), Majmu „ah Rasail Ibn Abidin, t.tp.: t.t., j 2, h. 112; Subhi Mahmasani,

(1971), Falsafah al-Tasyri‟ fi al-Islam, Beirut: t.p, h. 184. Sila lihat juga S. Mahmasani (1987) The

Philosiphy of Jurisprudence of Islam, terj. Selangor: Penerbitan Hizbi, h. 131.

4

membincangkan tentang kaedah penyelidikan hukum Islam yang bersifat bersepadu dalam

disiplin kajian Usul al-Fiqh gunaan. Perbincangan ini mempunyai beberapa bahagian yang

khusus iaitu pertamanya, konsep asas metodologi hukum Islam. Keduanya, fenomena

sinkretisme di kalangan masyarakat Bajau Semporna dan ketiganya bagaimana metode

sosiologi hukum Islam ini digunakan dalam menangani fenomena sinkretisme dalam

masyarakat Bajau.

KEPERLUAN INTEGRASI ANTARA DISIPLIN HUKUM ISLAM DAN SAINS

SOSIAL

Dalam perkembangan semasa kajian hukum Islam memperlihatkan wujudnya seruan untuk

memperbaharui dan memperkembangkan disiplin hukum Islam. Pembaharuan yang

dicadangkan ini adalah melibatkan perubahan kaedah analisis dan penambahan sumber

rujukan kajian hukum Islam. Muhammad al-Dasuqi menyatakan perlunya tajdid di dalam

bidang usul al-fiqh disebabkan oleh kenyataannya kebanyakan karya-karya usul al-fiqh yang

ada hanya membentangkan wacana-wacana yang sama dan diulang-ulang. Ini perlu diberi

penambahbaikan dengan memasukkan perbincangan-perbincangan baharu seperti konsep

baharu mengenai ta'lil al-ahkam dan juga matlamat utama perundangan (maqasid al-

shari`ah). Ini menurut beliau dapat menjamin usul al-fiqh mampu dihubungkan konteks sosial

semasa dan memberi kesan kepadanya5.

Secara umumnya pembaharuan di dalam kajian usul al-fiqh adalah pada dua bentuk iaitu

bentuk doktriner-normatif-deduktif dan juga bentuk empiris-historis-deduktif. Pada bentuk

yang pertama ia lebih berkaitan proses memilih, memberi makna, dan merumuskan

kesimpulan hukum daripada teks-teks Syariah6. Pada peringkat kedua ialah proses di mana

konteks sesuatu hukum itu terbentuk dan hendak diaplikasikan dianalisa secara sistematik.

5 Muhammad al-Dasuqi (1996) “Nahwa Manhaj al-Jadid Li al-Dirasah `Ilmi Usul al-Fiqh”, dalam Jurnal

Islamiah Ma`rifah, Tahun 1, Vol. 3, hh. 123-130

6 Kajian terhadap pembaharuan di peringkat ini dibahaskan secara komphrehensif oleh Kutbuddin Aibak di

dalam kajiannya. Beliau membahaskan mengenai metodologi pembaharuan hukum Islam yang melibatkan

penerapan Maqasid al-Syariah di dalam proses ijtihad semasa. Beliau menyarankan bahawa pembaharuan

metodologi ini melibatkan dua corak pendekatan yang perlu dikembangkan iaitu pendekatan ta‟lili iaitu

penggalian hukum yang bertumpu pada penentuan „illah-„illah hukum yang terdapat di dalam nass dan juga

pendekatan istislahi iaitu penggalian hukum yang bertumpu kepada prinsip-prinsip kemaslahatan daripada al-

Qur‟an dan al-Sunnah. Kutbuddin Aibak (2008), Metodologi Pembaharuan Hukum Islam, Yogjakarta :

Pustaka Pelajar, hh. 14-15.

5

Dalam motode ini para pemikir telah mula melibatkan ilmu-ilmu seperti sejarah, bahasa,

antropologi, sosiologi, falsafah, dan filologi7.

Yusuf al-Qaradawi dalam penulisannya menyebut mengenai kepentingan pengaplikasian

beberapa ilmu moden di dalam tradisi usul al-fiqh. Beliau menyatakan:

Pada masa kini, satu daripada faktor yang berkesan dan keperluan yang mendesak di dalam

pengajian fiqh perbandingan yang mampu membantu para pelajar pengajian Islam untuk

menyelesaikan titik-titik pertikaian dan pertentangan pendapat yang berlaku di kalangan

para fuqaha' dan dengan yakin mengambil pendapat yang rajih ialah dengan merujuk kepada

penemuan-penemuan kajian saintifik yang dibuat di dalam pelbagai bidang keilmuan seperti

di dalam astronomi, fizik, biologi, kimia, perubatan dan psikologi. Bentuk-bentuk ilmu ini

tidak diketahui oleh para fuqaha' yang lalu. Oleh itu, sebahagian kesimpulan yang mereka

telah putuskan kemungkinan tidak bersesuaian dengan penemuan-penemuan ini, dan

dianggap sebagai sebuah ijtihad yang lemah dalam sesebuah persoalan fiqh,"8

Berhubung dengan interaksi fiqh dengan perubahan sosial, Firdaus Nurul Huda menekankan

tentang perlunya sebuah sistem perubahan hukum yang menyeluruh. Secara asasnya ia perlu

merangkumi penentuan kategori hukum yang dapat atau tidak dapat berubah secara terperinci,

hubung kait sesuatu hukum dengan fakta-fakta sosial yang melahirkan hukum, memastikan

kadar-kadar yang munasabah antara hukum dan perkembangan masyarakat, serta memerlukan

kaedah kaedah-kaedah baharu yang lebih berkesan, sistematik, dan berasas mengenai

perubahan hukum tersebut. Sistem ini juga perlu mengenal pasti realiti-realiti sosial yang

berkembang dan menentukan kadar keberkesanan realiti-realiti tersebut terhadap hukum

Syarak. Dengan wujudnya sistem perubahan hukum Islam ini maka penyelewengan dan

penyalahgunaan metodologi demi kepentingan yang remeh dapat dielakkan9.

Ini sudah semestinya memerlukan penelitian analisa-sosiologis bagi melaksanakan penelitian

yang sistematik dan tepat kepada sesebuah gejala sosial yang berubah yang mempunyai kaitan

dengan hukum-hukum tertentu. Kita tahu bahawa masa lalu para imam besar juga mempunyai

kedalaman ilmu, yang bukan sahaja hukum Islam, seperti yang kita fahami sekarang tetapi

juga di dalam ilmu kemasyarakatan. Istilah metode istiqra‟i yang dilakukan oleh Imam al-

7 Ahmad Kamaruzzaman Boestamam (2006), “Asas-asas Reformasi Islam: Suatu Perspektif Asas”, dalam

Jurnal Pemikir, Bil. 43, h. 30.

8 Yusuf Al-Qaradawi(1998), Al-Ijtihad al-Mu`asir Bayna al-Indibat wa al-Infirat, Beirut : Al-Maktab al-

Islami, hh. 33-34

9 Muhammad Firdaus Nurul Huda(2002), Kesan Perubahan Sosial Terhadap Hukum Islam : Satu Kajian

Tentang Metodologi Syariah dan Perlaksanaannya, Selangor ; Thinker‟s Library, h. 309

6

Syafie adalah suatu contohnya. Dengan metode inilah, al-Syafie bukan sahaja melakukan

penelitian sosiologis, namun juga antropologis dalam melihat realiti umat sebagai sasaran

penelitian untuk kemudian menjadi sasaran penentuan hukum Islam yang bersifat semasa.

Contohnya dalam penentuan jenis atau batasan darah haidh dan istihadhah10

.

Jika ilmu usul al-fiqh menjadi alat bantu dalam memahami syariah, kaedah sosiologi pula

merupakan alat bantu dalam memahami masyarakat, iaitu medan hukum Syariah

diaplikasikan. Walaupun begitu ilmu usul al-fiqh tidak mempunyai kaedah tertentu untuk

menganalisis gejala sosial yang berkembang dalam masyarakat11

. Oleh itu para fuqaha‟

hendaklah menguasai metodologi kaedah penyelidikan sains sosial moden dan

mengadunkannya dengan kaedah-kaedah usul al-fiqh. Ini kerana proses analisis gejala sosial

ini amat penting dan termasuk di dalam kaedah ijtihad tahqiq al-manat (mengenalpasti latar

belakang realiti masalah) sebelum proses ijtihad takhrij dan tanqihal-manat dapat

dilaksanakan12

.

Kelancaran ulama menjalankan tugas secara jelas dapat dibantu dengan ilmu sains sosial

kerana kandungan utama ilmu ini ialah i) pengetahuan tentang apa yang berlaku di dalam

masyarakat ii) pengetahuan tentang kenapa sesuatu tindakan dan perkembangan itu timbul di

dalam masyarakat. Secara amnya penggunaan pendekatan sosiologi dalam kajian hukum

Islam dapat mengambil beberapa tema iaitu:-

i) pengaruh hukum Islam terhadap masyarakat dan perubahan masyarakat

ii) pengaruh perubahan dan perkembangan masyarakat terhadap pemikiran hukum

Islam

iii) tingkat pengamalan hukum agama dalam masyarakat

iv) pola interaksi masyarakat mengenai isu-isu hukum Islam

10

A. Qodri Azizy ((2004), Reformasi Bermazhab : Sebuah Ikhtiar Menuju Ijtihad Sesuai Saintifik Moden, M.

Zain (Ed.), Jakarta : Penerbit Teraju, h. 166

11 Louay Safi(1996), The Foundaton Of Knowledge, Selangor : International Islamic University Malaysia &

International Institute of Islamic Thought, hh. 34,119 & 166

12 Huraian dalam Mohd Daud Bakar (1999), “Hukum Islam Antara Prinsip Syari'ah dan Perbendaharaan Fiqh”,

dalam Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia Yang Membangun, Kuala Lumpur : APIUM, hh. 35-

40

7

v) gerakan atau organisasi di dalam masyarakat yang mendukung atau tidak

menyokong perlaksanaan hukum Islam13

Kebiasaannya untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan objektif dalam mengetahui

kenapa sesuatu perkembangan berlaku, ilmu sains sosial lebih menekankan kajian lapangan

yang bersifat saintifik yang bersesuaian dengan objek yang dikaji. Kekuatan utama

pendekatan ini adalah ianya akan memperoleh hasil yang lebih tepat, terkini, dan tidak terikat

dengan kajian sebelumnya. Apa yang lebih penting lagi, maklumat terkini yang diperolehi

daripada penggunaan kaedah penyelidikan lapangan (field work) ini kemudiannya perlu

diterapkan dengan perkiraan semasa dan terkini di dalam menetapkan sesuatu jawapan

terhadap masalah ummah14

.

Di dalam kerangka epistemologi, pengaruh pemikiran-pemikiran yang timbul di era

Pencerahan Tamadun Barat (Enlightenment) pada abad ke-18 telah menerapkan unsur-unsur

'sekularisme' dengan segala bentuknya yang tersendiri ke dalam hal ehwal kemasyarakatan.

Di dalam konteks ini, sains fizikal di dalam perkembangan ilmu falsafah - setelah

disekularisasikan- telah ditempatkan sama tahapnya dengan sains tulen. Di dalam proses

sekularisasi ini, secara bertahap, sains sosial kemudiannya telah ditempatkan di peringkat

yang sama dengan sains tulen. Di dalam bidang sains sosial proses ini mempunyai bentuknya

yang tersendiri iaitu dengan terbentuknya aliran positivism di dalam sosiologi15

. Doktrin

posivitisme ini menekankan bahawa kebenaran hanya terletak kepada fakta-fakta empiris

yang boleh dilihat atau dikira secara kuantitatif. Prinsip ini sudah tentu tidak sesuai dengan

perspektif Islam yang meletakkan ilmu pengetahuan secara holistik merangkumi ilmu

keagamaan yang diwahyukan(al-ulum al-naqliyyah) dan ilmu peradaban manusia (al-`ulum

al-`aqliyyah). Selain itu di dalam model kajian fungsionalisme16

, institusi agama ialah

dianggap sama tarafnya dengan institusi ekonomi, politik dan kekeluargaan dan sebagainya17

.

13

H.M. Atho‟ Mudzhar,(2000), “Pendekatan Sosiologi Dalam Studi Hukum Islam”, dalam Mencari Islam :

Studi Islam dengan Berbagai Pendekatan, Amin Abdullah (Ed.), Yogjakarta : Tiara Wacana Yogya, hh. 35-

36.

14 Rahimin Affandi Abdul Rahim(2002), "Ke Arah Penyediaan Kaedah Penyelidikan Hukum Islam Terkini :

Satu Pengenalan", dalam Jurnal Syari`ah, Tahun. 1, Vol.10, hh. 11-12.

15 Ibid., h. 79.

16 Fungsionalisme dapat didefinisikan dengan dua cara yang berbeza. Kingley Davis apabila menyatakan

bahawa setiap sosiologis merupakan fungsionalis beliau memaksudkan bahawa fungsionalisme adalah

pendekatan kajian yang menghubungkan suatu elemen tertentu dalam masyarakat kepada keseluruhan entiti

masyarakat dan menghubungkan elemen-elemen ini antara satu sama lain. Definisi yang lebih tepat ialah

8

Konsep-konsep teori sosial juga biasanya mempunyai kaitan langsung dengan doktrin

(ideologi) tertentu. Sebagai contoh pendekatan fungsionalis-stukturalis mempunyai

kecenderungan mempertahankan status quo struktur kapitalis demokrasi barat dan

menjadikan masyarakat kapitalis moden sebagai model pendekatan sosiologi mereka. Teori

konflik pula yang melihat masyarakat sentiasa mempunyai elemen eksploitasi dan konflik

didasari ideologi dialektik-materialisme Marx dan turut menjadikan bentuk masyarakat dalam

perspektif pemikiran Marxist sebagai model sosiologi aliran ini. 18

Walaupun begitu kaedah-kaedah pengumpulan dan pengkajian data secara saintifik adalah

objektif. Tidak dinafikan ia mempunyai kelebihan dalam kajian kemasyarakatan. Akan tetapi,

biasanya seorang penganalisa sosial mempunyai nilai-nilai tertentu yang menjadi dasar

analisisnya terhadap seberang isu sosial. Penganalisis sosial di dalam analisisnya sama ada

dalam keadaan sedar atau tidak, akan mengambil sisi pandangan ideologikal dan teori tertentu

di dalam proses analisis dan penghuraian data. Kadangkala di dalam menganalisis fenomena

sosial, beliau mengabaikan penggunaan kaedah saintifik sebagaimana yang dilakukan Max

Weber dalam menganalisis Islam. Beliau bukan sahaja bersikap bias tetapi juga mengabaikan

metodologi beliau sendiri.19

sepertimana yang diberikan oleh Turner dan Maryanski iaitu sebuah pendekatan yang melihat sesebuah

masyarakat dengan menyamakannya dengan organism yang bersifat biologikal dan usaha menghuraikan

sesuatu struktur kemasyarakatan di dalam kerangka ia memerlukan kepada hubungan dengan elemen-elemen

kemasyarakatan lain secara menyeluruh.

17 Wan Hisham Wan Teh (1986), “Sumbangan Sarjana Islam kepada Pengwujudan dan Perkembangan

Antropologi”, dalam Sains Sosial dari Perspektif Islam, Bangi : Penerbitan UKM, hh. 56-58.

18 Ilyas Ba Yunus (1989), “Pengislaman Sains Sosial”, dalam Sains Sosial dan Sains Tulen, I.R. Faruqi & A.O.

Nasef (Ed.), Mohamad Rafie Abdul Malek, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 33-36

19 Abu Bakar A. Bageder (t.t), “Islam and Sociological Perspective”, dalam Islamization Of Social Sciences,

Kuala Lumpur : Muslim Youth Movement Of Malaysia. Turner menyatakan“Pada titik pokok pandangan

Weber tentang masyarakat Islam, ia mengkontraskan antara rasionalitas dan sifat sistematik masyarakat

Barat, terutama dalam bidang hukum, ilmu pengetahuan, industri dan kondisi-kondisi ekonomi-politik,

dengan peradaban Timur yang berubah-rubah dan tidak stabil khususnya peradaban Islam”. Bryan S.

Turner (2005), Menggugat Sosiologi Sekuler : Studi Analisis Atas Sosiologi Weber, Yogyakarta : Suluh

Press, h. 23.

9

KONSEP ASAS METODE SOSIOLOGI HUKUM20

Dalam perspektif usul fiqh, secara asasnya terdapat tiga metode ijtihad, iaitu bayani

(linguistik), ta‟lili (qiyas) dan istislahi (teologi).21

Ekoran daripada tiga metode ini kemudian

muncullah perbagai metode yang lain seperti metode istinbath,22

istiqrai23

, takwini24

dan

sebagainya. Kebanyakan metode-metode ini mempunyai keistimewaan tersendiri namun

terdapat banyak kekurangannya dalam menjawab persoalan yang berhubung dengan isu

semasa yang berkait rapat dengan fenomena sosial.25

Justeru itu, keterbatasan metode-metode

ini dalam merungkai persoalan baharu dalam menangani fenomena sosial, membuatkan

pengkaji berusaha mengembangkan idea memperkenalkan satu metode iaitu sosiologi hukum

Islam agar ia mampu menutup ruang-ruang kekurangan hukum Islam agar hukum Islam dapat

menyelesaikan masalah yang bersifat semasa.26

Metode sosiologi hukum Islam merupakan satu kajian dalam disiplin ilmu hukum Islam27

yang mengkaji gejala serta fenomena masyarakat sebagai latar belakang pembinaan hukum.28

20

Pendekatan ini berbeza dengan disiplin sosiologi hukum di Indonesia yang membincangkan sosiologi dari

aspek undang-undang (sociology of law).

21 Ketiga-tiga metode ini dikenali sebagai metode jadali. Maklumat lanjut boleh didapati dalam Amir Mu'allim

dan Yusdani (1999), Konfigurasi Pemikiran Hukum Islam, Yogyakarta, hh 64-67. .Ijtihad istihsani tidak

dianggap sebagai metode ijtihad yang tersendiri kerana terdapat beberapa bahgian aplikasinya termasuk

dalam perbahasan ijtihad qiyasi dan sebahagian yang lain dalam katagori istislahi, Lihat lebih lanjut pada

Muhammad Ma„ruf ad-Dawalibi (1965) al-Madhal ila „Ilm Usul al-Fiqh, Ttp: Dar al-Kitab al-Jadid, h. 419.

22 Maksud kaedah istinbath ialah memetik kesimpulan khusus dari dalil-dalil umum yang terkandung di dalam

sumber naqli. Lihat Idris Awang (2001), Kaedah Penyelidkan Satu Sorotan, Kuala Lumpur: APIUM, h. 82.

23 Maksud kaedah istiqrai ialah memetik kesimpulan hukum umum yang dihasilkan dari fakta-fakta khusus,

terutamanya terhadap sesuatu masalah yang tiada ketentuan nasnya daripada al-Quran dan sunnah. Ibid., 82.

24 Maksud kaedah takwini ialah meneliti latar belakang yang menyebabkan munculnya sesuatu nas syarak

(Qur'an dan sunnah) di dalam masalah hukum. Ia menumpukan perhatian terhadap dua perkara utama,

pertamanya, sebab-sebab kemunculan sesuatu masalah hukum yang telah diselesaikan oleh nas naqli (asbab

al-nuzul) dan keduanya kualiti periwayatan nas syarak tersebut (asbab al-wurud).

25 Mahsun Fuad, Hukum Islam dan Sosial dalam Jurnal al-Risalah v.11, no. 2, November 2011, hh. 383-387.

26 Metode ini bukanlah bermakna penulis adalah orang pertama yang memperkenalkannya. Tetapi ia merupakan

lanjutan kajian-kajian daripada sarjana-sarjana hukum Islam yang lain seperti Louay Safi, Al-Zarqa dan lain-

lain. Sila lihat contohnya dalam Muhammad Anas al-Zarqa (1989), Tahqiq Islamiyah Ilm al-Iqtisad: al-

Manhaj wa al-Mafhum, dalam Toward Islamization of Discipline, Herdon: IIIT.

27 Kata pengantar Prof. Dato Dr. Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid dalam Muhammad Firdaus Nurul Huda (2002),

Kesan Perubahan Sosial Terhadap Hukum Islam. Batu Caves: Thinker‟s Library, h. xv.

28 Lihat metode dan bentuk kajian alternatif yang dikemukakan oleh M. Atho Mudzhar mengenai metode

penelitian sosial dalam M. Atho Mudzhar (1998), Pendekatan Studi Islam Dalam Teori dan Praktek.

10

Masyarakat dan perkembangan sosio-budaya tidak dapat dipisahkan dari persekitaran

geografi, latar belakang sejarah29

dan yang sewaktu dengannya yang mana keadaan-keadaan

ini melahirkan perbezaan dalam tingkah laku, aktiviti serta hubungan sosial. Dalam erti kata

lain, ia merupakan satu metode yang menggabungkan antara disiplin usul-fiqh dalam kajian

hukum Islam dengan disiplin sosiologi dalam disiplin sains sosial.

Kebiasaannya, dalam proses penetapan hukum Islam, penelitian terhadap realiti sosial melalui

mekanisme „urf dan adat perlu diaplikasi kerana ia melibatkan kepentingan masyarakat

setempat. Ia selaras dengan „urf dan adat sebagai satu fenomena sosial serta fakta-fakta yang

berkembang bersama pertumbuhan masyarakat.30

Ini kerana tidak dapat dinafikan lingkungan

atau persekitaran sosial dapat mempengaruhi pembentukan kerangka metodologi hukum.31

Kaedah ini bertujuan memastikan keseimbangan di antara idealisme yang terkandung dalam

hukum Islam (law in book) dengan realiti pelaksanaannya di dalam masyarakat (law in

action).32

Misalnya, sebelum sesuatu amalan dalam masyarakat Melayu itu boleh diterima

pakai, sarjana hukum Islam dengan bantuan ilmu kebudayaan (sosiologi) dapat memastikan

sama ada adat yang menjadi amalan masyarakat Melayu tersebut tergolong di dalam adat

yang baik (sahih) ataupun rosak (fasid).33

Ataupun apabila timbulnya isu-isu semasa dalam

masyarakat setempat yang memerlukan penyelesaian hukum, sarjana hukum Islam perlu

meneliti latar belakang setempat („urf) sebelum memutuskan sesuatu hukum. Ini bagi

memastikan hukum yang diputuskan selari dengan kemaslahatan masyarakat.

Yogyakarta: Pustaka Pelajar, h. 68. Begitu juga dalam Amir Mu‟alim Yusdani (1999), Konfigurasi Hukum

Islam. Yogyakarta: UII Press, h. 122.

29 Lihat metode dan bentuk kajian alternatif berhubung pendekatan kajian sejarah yang dikemukakan oleh

Sumadi Suryabrata (2010), Metodologi Penelitian, Jakarta: Rajawali Press, h.73.

30 Mohd Anuar Ramli (2010), “Analisis Gender Dalam Karya Fiqh Klasik Ulama Melayu”, (Tesis Ph.D, Jabatan

Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, tidak diterbitkan), hh. 30-31.

31 Arief Aulia Rachman (2010) “Metodologi Fikih Sosial M.A Sahal Mahfudh, Studi Keberanjakan dari

pemahaman Fiqh Tesktual ke pemahaman Fiqh Kontekstual Dan Relavansinya Dengan Hukum Keluarga

Islam” (Tesis Sarjana, UIN Sunan Kalijaga, Yogjakarta), h. 20.

32 Noor Naemah Abdul Rahman (2003), “Fatwa-fatwa Jemaah Ulama Kelantan Tahun 1920an-1990an: Satu

Analisis”, (Tesis Ph.D., Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur,

tidak diterbitkan), hh. 39-40.

33 Rahimin Affandi Abdul Rahim (2002), “Ke Arah Penyediaan Kaedah Penyelidikan Hukum Islam Yang

Terkini: Satu Pengenalan” dalam Jurnal Syariah. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti

Malaya, v. 10:1, h. 13.

11

Justeru itu, kajian ini cuba memfokuskan pendekatan sosiologi hukum Islam dalam meneliti

fenomena sosial dalam kehidupan masyarakat Bajau-Islam di Semporna, Sabah khususnya

dalam aspek amalan tradisi mereka, antaranya amalan yang berkaitan dengan kepercayaan

kepada tulah, magombbo‟ dan pitulak.

FENOMENA SINKRETISME-ISLAM DALAM AMALAN TRADISI BAJAU

Secara umumnya, orang Bajau merupakan salah satu kaum terbesar di Sabah. Berdasarkan

kajian ilmiah yang pernah dijalankan oleh para sarjana, orang Bajau di Sabah boleh

diklasifikasikan kepada dua kelompok iaitu kelompok Bajau di pantai barat dan kelompok

Bajau di pantai timur.34

Masyarakat Bajau di pantai barat terkenal sebagai petani dan nelayan

di samping menunggang kuda, manakala masyarakat Bajau di pantai timur Sabah terkenal

sebagai nelayan dan penyelam yang mahir.

Secara makronya, „urf dan adat masyarakat Bajau di Sabah hampir sama dengan „urf dan adat

orang Melayu di Semenanjung Malaysia. Namun, pemisahan dari sudut geografi dan

pengaruh luar memperlihatkan terdapat titik perbezaan di antara kedua etnik ini.35

Orang

Bajau kaya dengan adat tradisi yang diwarisi daripada nenek moyang secara turun temurun

hingga ke hari ini. Asimilasi orang Bajau dengan ajaran Islam menyebabkan berlakunya

percampuran adat tradisi Bajau dengan ajaran Islam. Akibat percampuran ini, ada antara

amalan yang diwarisi itu dianggap sebagai ajaran Islam yang murni, sedangkan ia hanya

amalan yang diwarisi dan tidak ada dalil yang jelas daripada al-Qur‟an dan al-Sunnah.

Rentetan daripada itu, pengamalan hukum ibadat dalam adat tradisi Bajau dalam kehidupan

seharian telah bercampur baur dengan unsur-unsur luaran, khususnya hasil pengaruh daripada

kepercayaan Bajau sebelum ini iaitu kepercayaan pra-Islam. Fenomena campur aduk amalan

tradisi silam dengan ajaran Islam dikenali sebagai fenomena sinkretisme-Islam.36

34

Saidatul Nornis Mahali (2012), Bajau Pantai Barat, Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia

,hh. 2-4.

35 Syamsul Azizul Marinsah (2013), “Amalan Tradisi Dalam Masyarakat Bajau di Semporna Sabah: Analisis

Dari Perspektif „Urf Dalam Hukum Islam” (Tesis Sarjana, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya, Kuala Lumpur, tidak diterbitkan), hh. 1-2.

36 Secara mudahnya, konsep sinkretisme boleh difahami sebagai proses penggabungan atau proses

percampuran unsur-unsur asli dan unsur-unsur asing yang dapat memunculkan sebuah pola budaya baharu.

Dalam konteks masyarakat Bajau, sinkretisme yang dimaksudkan adalah gabung jalin antara adat tradisi

Bajau dengan syariat Islam. Walau bagaimanapun, fenomena sinkrtisme di kalangan masyarakat Bajau

tidaklah menyebabkan berlakunya pegangan baharu. Implikasi daripada proses sinkretisme-Islam ini

menyebabkan masyarakat keliru dalam membezakan sesuatu amalan tradisi itu merupakan adat tradisi Bajau

12

Fenomena sinkretisme dapat dilihat dengan jelas dalam kebudayaan Bajau terutamanya dalam

aspek amalan tradisi. Ini kerana amalan tradisi secara tidak langsung menggambarkan

perlakuan budaya seharian mereka yang terus menjadi identiti mereka tersendiri iaitu

„masyarakat Bajau‟. Tradisi keagamaan yang bersumberkan kepada kepercayaan asli nenek

moyang dapat dikategorikan kepada empat bahagian iaitu;

i. Ritual menghadapi krisis

ii. Ritual mengharapkan keselamatan

iii. Ritual menghadapi penyakit atau malapetaka

iv. Ritual yang menggambarkan kesyukuran

Amalan tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Bajau Semporna sebenarnya bersangkut paut

dengan ritual-ritual di atas. Mereka akan mengamalkan amalan tradisi tersebut kerana situasi

yang dinyatakan di atas amat mempengaruhi kehidupan mereka. Dalam erti kata lain,

beberapa amalan tradisi yang dilakukan seperti upacara magombbo‟, pitulak, dan sebagainya

adalah berbentuk sinkretisme amalan yang pada umumnya masyarakat Bajau melaksanakan

ritual tersebut atas dasar kebiasaan semata-mata. Ini kerana mereka beranggapan sekiranya

tidak dilaksanakan amalan-amalan tersebut maka akan mendatangkan bahaya dan malapetaka

ke atas generasi muda Bajau. Antara amalan tradisi tersebut ialah:

a. Kepercayaan kepada tulah

Tulah secara mudahnya didefinisikan sebagai balasan jahat luar biasa terhadap orang yang

melanggar sesuatu pantang larang.37

Kepercayaan kepada konsep tulah ini merupakan kawalan

sosial yang amat berkesan dalam memastikan keharmonian struktur sosial masyarakat Bajau.

Walau pun terdapat unsur positif38

dalam kepercayaan kepada konsep tulah, namun pada

masa yang sama terdapat unsur negatif yang boleh merosakkan akidah orang Bajau. Menurut

atau syariat Islam. Maklumat lanjut berhubung definisi sinkretisme sila lihat R. Beals, Anthropology Today:

An Encyclopedia Inventory ( Chicago: University of Chicago Press, 1953), 621-641; Justin Lee Hing Giap,

“The Blurring of Boundaries at The Periphery: Explaining the Eclecticism and Syncretism of Alternative

Healing, Psychotherapeutic, Motivational and Spiritual Movements” (Disertasi Sarjana, Jabatan Sosiologi,

Universiti Nasional Singapura), 66.

37 Noresah Baharom 2010, Kamus Dewan Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 1726;

“Tulah”, laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), dicapai 14 Mac 2013,

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tulah

38 Yap Beng Liang, Orang bajau Pulau Omadal Aspek-Aspek Budaya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka,hh. 133-140.

13

orang Bajau Semporna, tulah boleh menimpa seseorang jika melakukan perkara-perkara

seperti berikut;

a. Tidak menghormati orang-orang tua. Tindakan tidak menghormati ini termasuklah

mereka yang mencaci, menyumpah, kurang ajar, memarahi atau enggan menurut

kehendak mereka.

b. Melupakan tanggungjawab kepada ibu bapa, kaum kerabat, dan nenek moyang.

c. Bersifat kedekut terhadap ibu bapa atau nenek moyang seperti tidak menunaikan

permintaan mereka terhadap sesuatu barang dan sebagainya.

d. Tidak menjaga barang-barang yang diwarisi.39

Menurut seorang informan yang menjadi sumber rujukan pengkaji sendiri,40

konsep tulah

memang menebal dalam kalangan orang Bajau. Ia seolah-olah satu tegahan yang sangat

ditakuti. Beliau menceritakan kepada pengkaji sendiri bahawa beliau pernah alami beberapa

peristiwa pelik yang didakwa sebagai tulah oleh keluarga beliau.41

Beliau masih yakin dan

percaya bahawa kepercayaan tulah ini boleh termasuk dalam gejala syirik memandangkan

terdapat konsep kepercayaan orang Bajau bahawa nenek moyang mampu memberi mudarat

selain daripada Allah SWT. Namun, jika diteliti, pandangan beliau tidak konsisten dan

kontradik kerana mempercayai dua perkara yang bertentangan dalam satu masa yang sama.

Unsur sinkretisme dapat dilihat dalam amalan tradisi ini ketika majlis pengubatan „orang yang

berjin‟42

dalam mengubati para pesakit yang terkena tulah. Dalam proses awal upacara

39

Barang-barang yang diwarisi di sini bermaksud barang yang ditinggalkan oleh nenek moyang (barang

pusaka). Antara barang pusaka nenek moyang yang selalu ditinggalkan kepada warisnya ialah gantang, gong,

kulintangan, tambul, kitab, tali pinggang dan sebagainya. Sila rujuk Yap Beng Liang, Orang Bajau Pulau

Omadal, 133-140.

40 Temu bual bersama informan pada 23 Oktober 2012 di Pantai Dalam Kuala Lumpur. Beliau merupakan

pelajar Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya yang berasal dari Sabah. Nama beliau dirahsiakan atas

permintaan beliau untuk menjaga nama dan maruah keluarga beliau.

41 Perkara pelik yang informan tersebut ceritakan kepada pengkaji ialah beliau telah terkena tulah warisan.

Diceritakan bahawa barang warisan bagi keluarga mereka ialah sebuah kopiah. Tetapi kopiah tersebut telah

digigit tikus dan apa yang pelik dan uniknya, dengan secara tiba-tiba beliau telah mengalami keguguran

rambut dengan tidak semena-mena. Rambut yang hilang di atas kepala informan tersebut adalah sama dengan

gigitan yang koyak pada kopiah tersebut. Justeru, bapa beliau sendiri berusaha untuk merawat dengan cara

membelikan sebuah kopiah baharu yang sama dengan kopiah yang digigit tadi disusuli dengan bacaan doa

selamat. Apa yang menariknya, dengan izin Allah SWT, rambut yang hilang di kepala informan tersebut telah

pulih dan sembuh seperti sedia kala. Tetapi informan tersebut masih percaya bahawa itu merupakan kuasa dan

izin Allah SWT, bukan kerana kepercayaan tulah yang dipercayai oleh keluarga-keluarga beliau.

42 Yang dimaksudkan dengan orang yang berjin ialah orang atau manusia yang dipilih jin untuk menjadi

perantaraannya dengan manusia. Sila lihat Yap Beng Liang (1977), “Orang Bajau Pulau Omadal, Sabah: Satu

14

pengubatan tersebut, ia dimulai dengan ayat suci al-Qur‟an.43

Selepas itu, ia disertai dengan

ucapan kalimah-kalimah bahasa Arab seperti lafaz basmalah, selawat ke atas nabi, doa-doa

dan sebagainya. Namun, hakikatnya ini semua adalah pada awal bacaan sahaja, seterusnya ia

akan diselitkan dengan bacaan mantera-mantera tertentu yang pelik dan tidak dapat

difahami.44

Seterusnya fenomena sinkretisme boleh dilihat juga ketika orang Bajau membaca

doa selamat dan amalan bacaan berzanji sebagai tanda kesyukuran disembuhkan dan

dielakkan daripada sebarang penyakit atau malapetaka. Kesan yang nyata hasil daripada

gabung jalin antara kepercayaan tradisi Bajau dan ajaran Islam ini menyebabkan percampuran

pemikiran dan budaya yang jelas bercanggah. Ini seolah-olah menggambarkan segala amalan

yang bercanggah di dalam adat amalan tradisi Bajau boleh diamalkan dengan syarat diselitkan

unsur-unsur ajaran Islam seperti majlis doa selamat dan bacaan ayat al-Qur‟an.45

Gejala

sinkretisme dalam hal ini boleh membawa kekeliruan pemikiran terhadap doktrin agama yang

dianuti. Secara tidak langsung, ia boleh menjejaskan akidah kepada individu Bajau Muslim.

b. Magombbo’ atau Kembo’-mbo’an

Magombbo‟ merupakan amalan orang Bajau untuk memuja roh leluhur nenek moyang dengan

tujuan memohon rahmat dan kesejahteraan hidup.46

Istilah lain yang sinonim dengan

magombbo‟ ialah magpaii-bahau.47

Magombbo‟ atau magpaii-bahau merupakan ritual yang

paling kompleks bagi komuniti Bajau di Semporna yang diwarisi sejak lama dahulu yang

diperturunkan melalui keturunan yang dipanggil sebagai jin yang merupakan pewaris rasmi

Kajian Tentang Sistem Budaya”(Tesis Sarjana , Jabatan Pengajian Melayu, Fakulti Sastera dan Sains Sosial,

Universiti Malaya).

43 Temu bual bersama Encik Yusuf Kasim pada 4 Oktober 2012 di kediaman beliau di kampung Gallam-gallam

daerah Semporna. Beliau banyak mempelajari ilmu-ilmu ini (ilmu pengubatan) dari bapa beliau.

44 Ibid.

45 Menurut fahaman orang Bajau, segala amalan yang ditokok tambah di dalam adat tetapi diselitkan dengan

ajaran Islam, maka ia boleh diamalkan. Fahaman ini harus dibetulkan kerana segala adat yang diamalkan

harus selari dengan kehendak syariat Islam kerana adat atau „urf itu sendiri terbahagi kepada dua iaitu „urf

sahih dan „urf fasid. Amalan yang didakwa orang Bajau sebagai ajaran Islam itu sebenarnya tergolong dalam

„urf fasid kerana ia mengandungi unsur-unsur bid‟ah dan khurafat yang boleh menjejaskan akidah orang

Bajau yang beragama Islam.

46 Bottignolo, Bruno (1995) Celebrations with the Sun: An Overview of Religious Phenomena among the

Badjaos Quezon City: Ateneo de Manila University Press, p. 73.

47 Lihat Hanafi Hussin, “Magpaii-Bahau: Reunion Between Living and Dead among Bajau Community of

Semporna, Sabah, Malaysia”, dalam Southeast Asian Religion, Culture and Art of the Sea, ed. Hanafi Hussin

(Kuala Lumpur: University of Malaya, Institute of Ocean and Earth Sciences), 19-34.

15

langkapan.48

Amalan ini dilakukan oleh mereka yang melanggar pantang larang atau sesuatu

perkara tertentu. Upacara magombbo‟ ini dilakukan jika seseorang itu terdapat „tulah

keturunan‟ yang mana ia dalam bentuk penyakit seperti kudis, kurap atau penyakit kulit yang

lain yang tidak akan sembuh walaupun dirawat dengan bantuan perubatan moden.

Upacara ritual magombbo‟ biasanya akan dilaksanakan pada setiap tahun dan dilakukan

mengikut tatacara tradisi, keagamaan dan melibatkan orang yang berjin. Amalan magombbo‟

melibatkan jamuan besar-besaran yang juga dikenali sebagai magjamu. Magjamu dalam

upacara magombbo‟ merupakan satu upacara untuk memberi makan kepada roh nenek

moyang. Mereka mempercayai roh semangat dan jin mempengaruhi kehidupan manusia di

dunia. Sajian yang menjadi kesukaan nenek moyang mereka ialah padi baharu (paii-bahau).49

Unsur sinkretisme dapat dilihat dalam amalan tradisi ini ketika mana selesai sahaja upacara

magombbo‟ dilakukan, biasanya masyarakat Bajau akan mengadakan majlis doa selamat

sebagai tanda kesyukuran di atas perkara buruk yang tidak diingini tidak berlaku. Sehubungan

itu juga, sinkretisme dalam hal ini jelas kerana berlakunya gabung jalin antara kepercayaan

kepada Allah yang maha kuasa dan kepercayaan kepada roh nenek moyang. Dalam upacara

magombbo‟, sedia maklum orang Bajau sangat takut kemurkaan yang dikenakan ke atas

seseorang individu oleh roh nenek moyang. Seolah-olah terdapat suatu kuasa yang khusus

boleh memberi mudarat selain dari Allah SWT iaitu nenek moyang. Hal ini jelas menjejaskan

akidah sehingga boleh dihukumkan syirik yang besar dan nyata ke atas pelakunya.

c. Pitulak

Pitulak merupakan satu proses pengubatan atau perawatan dengan menghanyutkan pitulak

(perahu) ke laut. Pitulak yang merupakan perahu kecil diadakan semasa mengubat budak

yang lumpuh akibat daripada iblis atau makhluk halus yang merasukinya. Dipercayai dengan

menghanyutkan perahu tersebut, iblis yang berada di dalam badan budak tersebut akan hanyut

bersama-sama perahu tersebut. Dalam erti kata lain, adat ini seolah-olah adat untuk „menolak

bala‟. Proses rawatan melalui pitulak ini sebenarnya jarang diadakan kecuali jika penyakit

48

Hanafi Hussin , “Diaspora Bajau Laut dan Pengekalan serta Penerusan Amalan Tradisi di Sabah”, ( Borneo

Research Journal, no. 2 (2008), 154. Makalah ini juga turut dibentangkan di persidangan Antarabangsa

Hubungan Malaysia-Indonesia, Universitas Gajah Mada, Yogjakarta, Indonesia, Jun 2009.

49 Ibid., 23.

16

seseorang sangat kronik akibat rasukan syaitan atau iblis. Sebenarnya, amalan ini sama

dengan amalan orang Bajau di Kepulauan Filipina iaitu di Pulau Tawi-Tawi. Amalan ini

ditegaskan oleh H. Nimmo seperti berikut:

“During periods of much illness, death, or unusually bad luck, a ceremony is held to rid the

moorage of the evil spirits believed to be causing the misfortune. Each family contributes a

small amount of moneys or goods towards the construction of a small boat to carry away the

trouble. After they have travelled through the moorage waters, the boats is taken to the open

sea and set adrift, in the belief that the disease causing spirits have been attracted to the boat

and will drift away from the moorage with it.”50

Sebenarnya, upacara pitulak ini tidak lagi kelihatan dalam kalangan masyarakat Bajau

Semporna. Ini kemungkinan arus pemodenan yang mendominasi masyarakat serta mereka

lebih percaya kepada rawatan moden di hospital-hospital atau klinik dan rawatan yang

berteraskan islamik seperti rawatan menggunakan khidmat ustaz-ustaz di kampung, sekolah

atau sebagainya. Namun begitu, menurut Encik Mel, upacara ini masih wujud di kalangan

orang Bajau Laut khususnya di Kampung Bangau-bangau.51

Menurut beliau, lazimnya pitulak

dihiasi dengan bendera dan layar kuning yang dimuatkan dengan penumpang yang terdiri

daripada kain berwarna-warni. Patung-patung itu dianggap sebagai wakil pesakit. Di samping

patung-patung tersebut, seekor ayam putih atau hitam akan dihanyutkan ke laut bersama-sama

pitulak tersebut. Sama fungsinya seperti patung, ayam itu turut didakwa wakil kepada pesakit

tersebut. Selain patung dan ayam, turut disertakan dalam pitulak tersebut makanan yang

beraneka jenis sebagai persembahan kepada iblis yang pembawa penyakit.

METODE SOSIOLOGI HUKUM ISLAM SEBAGAI LANGKAH PENYELESAIAN

Dalam interaksi dengan kebudayaan masyarakat setempat, hukum Islam tidak bersifat

menolak semua sekali budaya yang sudah dihayati oleh masyarakat. Fakta ini jelas diperakui

seperti yang terdapat dalam kaedah usul al-fiqh yang mana „urf iaitu suatu asas budaya yang

paling kukuh telah diterima sebagai salah satu sumber hukum Islam.52

50

H.A Nimmo, The Sea People of Sulu (A Study of Social Change in The Philippines) (London: International

Textbook Co. Ltd, 1972), 42.

51 Temu bual dengan Encik Mel pada 29 Oktober 2012 di kediaman beliau di Kg. Bangau-Bangau Semporna

Sabah. Beliau merupakan orang Bajau Laut, tetapi telah lama menetap di darat.

52 Al-Tufi (1954), Risalah fi al-Maslahah. Kaherah: t.tp, h.16 ; Abu Sannah (1949), al-Urf wa al-Adah Fi Ra‟y

al-Fuqaha, Kaherah, h. 32 ; al-Buti (1961), Islamic Law Its Scope and Equity, terj., London, p.23 ; Subhi

Mahmasani (1971), Falsafah al-Tasyri fi al-Islam, Beirut, hh. 148-179.

17

Merujuk kepada metode sosiologi hukum Islam, seharusnya metode ini hendaklah berasaskan

kepada sosiologi masyarakat yang berada di kawasan-kawasan tertentu yang sesuai dengan

keadaan mereka. Sebagai contohnya di Malaysia, pembinaan metodologi ala tempatan

Malaysia ini harus mengambil kira latar belakang masyarakat Malaysia dipandang dari segi

sejarah, psikologi dan mentaliti masyarakat, bentuk dan sifat kebudayaan Melayu,53

warisan

peninggalan penjajah British, proses pembangunan selepas kemerdekaan dan impak

perkembangan globalisasi ke atas masyarakat Malaysia. Kesemua elemen ini perlu diketahui

dengan mendalam sebelum pembentukan suatu kerangka penyelidikan Islam (research

design) boleh dibuat.54

Apa yang pastinya, pengambil kiraan kesemua persoalan ini amat

penting memandangkan kerangka penyelidikan ala Islam di lokasi luar Malaysia55

mungkin

tidak sesuai untuk dipakai bagi masyarakat Malaysia.56

Justeru itu, dalam soal ini, tugas utama seseorang sarjana hukum Islam adalah

menghubungkan antara syariah dengan masyarakat. Oleh itu, untuk menjayakan tugas ini

mereka perlu mengetahui dengan terperinci dua komponen utama ini iaitu syariah dan

masyarakat yang bakal diterapkan dengan penyelesaian hukum Islam. Kalau ilmu bantu

utama untuk mendalami syariah terkandung di dalam ilmu usul al-fiqh,57

maka begitulah juga

53

Untuk melihat kepentingan mengambil kira persekitaran Melayu yang berbeza dengan persekitaran bukan

Melayu serta kesannya terhadap penetapan sesuatu hukum Islam, sila lihat Rahimin Affandi Abdul Rahim,

"Kebudayaan Melayu dan Islam di Nusantara: satu analisa pengkaedahan", dalam Seminar Hukum Islam

Semasa III Peringkat Kebangsaan 2000, Anjuran Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM, pada 7-8hb November

2000, hIm 27-29.

54 Untuk melihat kepentingan perkaitan antara research design dengan latar belakang sesuatu masyarakat yang

hendak dikaji, sila lihat kupasan Hashim Musa(A.R), Fieldwork: Satu Pencarian dan Pengalaman, Kuala

Lumpur, 1996.

55 Sesuatu penyelidikan hukum Islam lazimnya bergantung pada beberapa faktor utama seperti faktor budaya

dan ras. Tafsiran sarjana hukum yang dari ras Caucasian yang terkenal dengan sifat kasar kerana berada

dalam keadaan iklim yang mencabar akan berbeza dengan tafsiran para sarjana hukum Melayu Polensia yang

lebih bersifat lemah lembut. Sila lihat Mohd Kamil Abdul Majid, “Sosiologi Islam”, hh.110-111; Mohd

Salleh Lebar (1998), Sosiologi Sekolah dan Pendidikan, Batu Caves, hh. 37-39.

56 Lihat sebagai contohnya pandangan masyarakat Melayu yang berbeza dengan masyarakat lain tentang persepsi

terhadap masa dan kepentingannya dalam kehidupan. Lihat Asmah Haji Omar, Malay Perception of Time,

Kuala Lumpur, 2000, khususnya dalam bab lapan dan sembilan.

57 Nabil Sbebaby, "'Bah and Qiyas in early Islamic legal theory", dalam Journal of the American Oriental

Society, v. 102, 1982, h. 27.

18

dengan bantuan ilmu sains sosial seseorang fuqaha akan dapat mengetahui keadaan sosial

masyarakat yang bakal menerima penerapan Islam.58

Kelancaran para sarjana hukum Islam menjalankan tugas ini secara jelas dapat dibantu dengan

ilmu sains sosial. Ini kerana antara kandungan utama sains sosial adalah;59

(i) Pengetahuan tentang apa yang berkembang di dalam masyarakat.

(ii) Pengetahuan tentang kenapa sesuatu tindakan dan perkembangan itu timbul di dalam

masyarakat.

Pada kebiasaannya, untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan objektif dalam bahagian ke

(ii) ini, ilmu sains sosial lebih menekankan kajian soal selidik yang bersifat saintifik

bersesuaian dengan objek yang dikaji. Kekuatan utama pendekatan ini adalah ianya akan

memperolehi hasil yang lebih tepat, terkini dan tidak stereotype dengan kajian sebelumnya.60

Berhubung dengan fenomena sosial masyarakat Bajau yang khususnya bersangkut paut

dengan gejala sinkretisme terutama dalam amalan tradisi mereka, pendekatan sosiologi

hukum yang digunakan harus menepati kaedah berikut;

1. Kaedah pencarian jawapan syarak berasaskan sumber naqli dan 'aqli terhadap

permasalahan hukum amali yang timbul di dalam masyarakat.

Dalam hal ini, para sarjana hukum Islam hendaklah mengguna pakai beberapa

kaedah tradisi silam dalam mengistinbath hukum. Kaedah seperti induktif,

deduktif, dan kaedah historis (kaedah pensejarahan) sangat penting dalam hal

ini bagi memastikan hukum yang berkait rapat dengan masyarakat Bajau tepat

dan tidak terlalu keras memandangkan masyarakat Bajau banyak terpengaruh

dengan fahaman animisme sebelum ini.

2. Kaedah mencari maklumat terperinci terhadap objek masalah, persoalan mukallaf

yang menjadi fokus utama di dalam sesuatu permasalahan hukum.

Dalam hal ini, kepentingan pengetahuan berkaitan sains sosial sangat

dititikberatkan kerana ilmu sains sosial mampu mengenali lebih rapat

58

Faisal Othman, "Kaitan ilmu-ilmu agama dengan sains sosial", dalam Islamiyyat, v. 7, 1986, hh. 39-65.

59 Saleh Faghirzadeh (2008), Sosiologi Sosiologi, Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia

Berhad,hh. 5-13.

60 Faisal Othman, "Kaitan ilmu-ilmu agama dengan sains sosial", dalam Islamiyyat, v. 7, 1986, hh. 39-65.

19

fenomena sesuatu masyarakat. Antara kaedah dalam hal ini dirumuskan seperti

berikut;

a. Kaedah analisis gejala sosial tentang apa yang berlaku di dalam

masyarakat. Mengikut kaca mata kaedah sains sosial moden, untuk tujuan

menjadikan sesuatu kajian itu bersifat logiko-empirikal,61

sebarang usaha

mendapatkan maklumat tentang apa yang berlaku yang biasanya

merupakan sesuatu permasalahan perlu menggunakan beberapa metode

penyelidikan lapangan yang khusus merangkumi (i) metode soal selidik,

(ii) temu bual, (iii) pemerhatian (observasi), (iv) persampelan dan (v)

eksperimen.62

Merujuk khusus kepada metode observasi, ternyata metode ini paling sesuai

digunakan oleh para sarjana hukum Islam dalam memerhati fenomena sosial yang berlaku di

dalam masyarakat dengan melihat apa dan bagaimana sesuatu masyarakat itu mengamalkan

amalan-amalan tertentu. Dalam hal ini, penulis berkesempatan merakam dan melihat sendiri

beberapa amalan tradisi masyarakat Bajau Semporna. Hasilnya, penulis dapat meneliti

terdapat amalan tradisi Bajau yang bertentangan dengan syariat Islam seperti kepercayaan

kepada tulah namun dicampur adukkan dengan nilai-nilai agama agar tidak berlaku

kontradiksi antara ajaran Islam dan adat tradisi Bajau. Ini yang dikatakan fenomena

sinkretisme-Islam yang sebenarnya boleh menggugat akidah orang Bajau Muslim. Hanya

melalui pendekatan sosiologi hukum Islam sahaja adat-adat ini boleh dinilai menurut

perspektif hukum Islam sama ada ia tergolong dalam urf sahih atau urf fasid.

b. Pengetahuan sains sosial dapat menyumbangkan maklumat terperinci

tentang tahap dan faktor perkembangan sosial semasa, yang dapat

membantu para sarjana hukum Islam mengetahui latar belakang

permasalahan persekitaran secara tuntas sebelum mengeluarkan sesuatu

keputusan hukum.

Dalam isu fenomena sosial Bajau, contoh yang boleh dilihat ialah dalam aspek pegangan

agama masyarakat Bajau sebelum menganut agama Islam. Secara tradisinya, amalan tradisi

masyarakat Bajau merupakan hasil daripada kepercayaan animisme seperti pemujaan dan

kepercayaan kepada perkara-perkara tahyul, ghaib, kuasa jin dan sihir. Walaupun secara

61

Mahmood Nazar Mohamed, "Asas-asas penyelidikan Sains sosial", dalam Pengenalan Kepada Sains Sosial,

Kuala Lumpur, 1998, hIm 220-221.

62 Ibid., hh. 223-228.

20

umumnya adat-adat ini telah menerima perubahan yang telah direlevansikan dengan nilai-

nilai agama Islam, namun begitu masih terdapat amalan tradisi yang tidak menerima

perubahan dan penyesuaian nilai-nilai agama Islam secara total. Sebagai contohnya ialah

amalan tradisi Bajau pitulak. Hakikatnya, latar belakang amalan ini mempunyai persamaan

dengan orang Bajau di Kepulauan Filipina iaitu di pulau Tawi-tawi. Fakta ini dijelaskan oleh

pengkaji sosio-budaya Bajau luar negara H. Nimmo.63

Justeru, dapat dianalisis amalan ini benar-benar bertentangan dengan ajaran Islam kerana

amalan ini mempunyai persamaan dengan adat Bajau di Filipina yang jelas percaya kepada

fahaman animisme. Dengan ini, terbukti metode pengetahuan sains sosial sekali lagi

memberikan impak yang besar kepada para sarjana hukum Islam sebelum mengeluarkan

hukum.

KESIMPULAN

Pendekatan sosiologi hukum Islam sangat penting dalam usul al-fiqh gunaan. Secara

mudahnya, metode sosiologi hukum Islam dapat difahami sebagai penggabungan antara

kedua-dua kaedah iaitu kaedah ilmu usul al-fiqh dan disiplin sains sosial. Pendekatan

bersepadu ini (hukum Islam dan sains sosial) merupakan satu metode yang ideal untuk

memastikan hukum Islam bersifat semasa dan mampu menangani jurang kelompangan dan

kelemahan dalam metodologi hukum Islam sebelum ini yang lazimnya bersifat tekstual

semata-mata di samping mengabaikan elemen kontekstual.

Berhubung dengan fenomena sinkretisme dalam masyarakat Bajau, ia merupakan satu

masalah besar kerana ia melibatkan dua elemen penting yang saling bertentangan iaitu

mengamalkan ritual tertentu dan mengaitkannya dengan ajaran Islam. Sehubungan dengan itu,

para sarjana hukum Islam harus menggunakan pendekatan yang sesuai dalam menangani

masalah ini kerana dikhuatiri pendekatan yang keras akan menyebabkan orang Bajau terus

mengamalkan amalan tradisi yang bertentangan dengan ajaran Islam.

63

H.A Nimmo. 1972, The Sea People of Sulu (A Study of Social Change in The Philippines), London:

International Textbook Co. Ltd, p. 42.

21

BIBLIOGRAFI

A.L. Belford. The Encyclopedia Americana International Edition. Connecticut: Grolier

Incorporated, 1996.

Anwar, Syamsul, Epistemologi Hukum Islam Probabilitas dan Kepastian, dalam Yudian W.

Asmin (ed.), Ke Arah Fiqh Indonesia. Yogyakarta: FSHI Fak. Syari„ah, 1994.

Anwar, Syamsul, Paradigma Fikih Kontemporer: Mencari Arah Baru Telaah Hukum Islam

Pada Program S3 PPS IAIN Ar-Raniry Banda Aceh. Makalah Lokakarya Program Doktor

Fikih Kontemporer pada Pascasarjana IAIN Ar-Raniry, Darussalam, Banda Aceh, 28

Agustus, 2002

Anwar. Syamsul, Pengembangan Metode Penelitian Hukum Islam, dalam Ainurrofiq (ed.),

Madzhab Jogja Menggagas Paradigma Usul Fiqh Komtemporer. Yogyakarta: Pustaka Ar-

Ruz, 2002.

Anwar, Syamsul. Teori Hukum Hukum Islam al-Ghazali dan Pengembangan Metode

Penemuan Hukum Islam, dalam M. Amin Abdullah et al., Tafsir Baru Studi Islam dalam Era

Multi Kultural. Yogyakarta: Kurnia Kalam Semesta, 2002

Catherine Soaners, ed., Oxford Dictionary, Thesaurus and Wordpower Guide. New York:

Oxford University Press, 2001.

Carsten Colpe, “Syncretism”, dalam The Encyclopedia of Religion. Eliade, Mircea, ed. New

York: Simon & Schuster Macmillan, 1987.

David. L. Sills et.al, ed., International Encyclopedia of The Social Sciences . New York: The

Macmillan Company & The Free Press, 1968.

Halina Sendera Mohd Yakin . “Identiti Budaya Etnik Palau‟ di Semporna, Sabah: Konservasi,

Adaptasi dan Transformasi Budaya” . Kertas Kadangkala Bil.7, Universiti Malaysia Sabah,

2007.

Hanaffi Hussin, “Magpaii-Bahau: Reunion Between Living and Dead among Bajau

Community of Semporna, Sabah, Malaysia”, dalam Southeast Asian Religion, Culture and

Art of the Sea, ed. Hanafi Hussin .Kuala Lumpur: University of Malaya, Institute of Ocean

and Earth Sciences.

Hanafi Hussin , “Diaspora Bajau Laut dan Pengekalan serta Penerusan Amalan Tradisi di

Sabah”, Borneo Research Journal, no. 2 (2008), 154. Makalah ini juga turut dibentangkan di

persidangan Antarabangsa Hubungan Malaysia-Indonesia, Universitas Gajah Mada,

Yogjakarta, Indonesia, Jun 2009.

Hashim Fauzy Yaakob, “Sinkretisme Agama dan Islam‟, Utusan Malaysia, 26 Febuari 2010

22

James Mark Baldwin. ed., Encyclopedia of Philosophy and Pyschology. New Delhi: Cosmo

Publications, 1986.

Julius Gould et al., eds., A Dictionary of The Social Sciences .New York: Free Press, 1964.

Justin Lee Hing Giap, “The Blurring of Boundaries at The Periphery: Explaining the

Eclecticism and Syncretism of Alternative Healing, Psychotherapeutic, Motivational and

Spiritual Movements”, Disertasi Sarjana, Jabatan Sosiologi, Universiti Nasional Singapura.

Md Saffie Abd. Rahim, Wan Shawaluddin Wan Hassan Ramli Dollah, Ab. Nasir Roslan.

“Kegiatan Ekonomi” dalam Bajau Pantai Timur, ed. Md Saffie Abd Rahim. Kuala Lumpur:

Institut Terjemahan & Buku Malaysia, 2012.

Norazit Selat, Konsep Asas Antropologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989.

Noresah Baharom et al., Kamus Dewan, ed. ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

2005.

R. Beals. Anthropology Today: An Encyclopedia Inventory. Chicago: University of Chicago

Press, 1953.

Rosnah Ismail. Interaksi Keluarga Bajau. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, 2001.

Saidatul Nornis Mahali. Bahasa dan Alam Pemikiran Masyarakat Bajau. Kota Kinabalu:

Centre For The Promotion of Knowledge and Language Universiti Malaysia Sabah.

Saidatul Nornis Mahali. Bajau Pantai Barat. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku

Malaysia Berhad.

Suraya Sintang, “Fenomena Sinkretisme-Islam Dalam Adat Resam Masyarakat Bugis: Kajian

Kes Daerah Tawau, Sabah”, Seminar Zaba Mengenai Alam Melayu 1, Nilai-Nilai Peradaban

Melayu, 12-14 Ogos 2003.

Safi, Louay, Rancangan Metodologi Alternatif: Sebuah Refleksi Perbandingan Metode

Penelitian Sosial dan Barat. Yogyakarta: Tiara Wacana, 2001.

Safi, Louay. The Foundation of Knowledge, A Comparative Study in Islamic and Western

Methods of Inquiry. Selangor: IIU & IIIT, 1996.

Al-Syatibi. al-Muwafaqat fi Usul al-Ahkam. Ttp: Dar al-Fikr, 1341 H.

The Encyclopedia Americana International Edition. Danbury: Grolier Incorporated, 1999.

William L. Reese. Dictionary of Philosophy and Religion. New Jersey: Humanities Press Inc,

1980.

Yap Beng Liang (1977), “Orang Bajau Pulau Omadal, Sabah: Satu Kajian Tentang Sistem

Budaya” (Tesis Sarjana , Jabatan Pengajian Melayu, Fakulti Sastera dan Sains Sosial,

Universiti Malaya)

23

Yap Beng Liang (1985), The Traditional World –View of the Indigenous Peoples of Sabah.

dlm. Mohd Taib Osman (pnyt.), Malaysian World View:76-130. Singapore: Institute of

Southeast Asian Studies.