penda hulu an

7
1.0 PENDAHULUAN Bahagian pendahuluan merangkumi pengenalan, refleksi pengajaran dan pembelajaran dan juga refleksi nilai pendidikan. Pengenalan merupakan garapan secara ringkas kepada penyelidikan tindakan yang dijalankan. Refleksi pengajaran dan pembelajaran pula sesuatu yang didapati oleh penyelidikan sewaktu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Manakala, refleksi nilai pendidikan pula berkaitan nilai pendidikan yang digunakan dalam penyelidikan yang dijalankan penyelidik (Rosinah Edenin 2011). 1.1 Pengenalan Menurut Wee Eng Hoe (1996) di dalam Wong Ling Syu (2004) kecergasan fizikal terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah kecergasan fizikal berasaskan kesihatan. Pecahan kecilnya ialah daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, komposisi tubuh badan serta kelenturan. Bahagian kedua pula ialah kecergasan fizikal berasaskan perlakuan motor. Bahagian ini merangkumi ketangkasan, koordinasi, kuasa, imbangan, masa tindak balas dan juga kelajuan. Umum perlu mengetahui bahawa, di dalam beberapa permainan seperti Bola Sepak, Bola Baling dan juga Badminton (Buku Teks Pendidikan Jasmani Tahun 6) amat memerlukan atlet menguasai ketangkasan. Ketangkasan akan membantu atlet untuk bertindak dengan pantas dan selamat tanpa ragu-ragu. Jadi, ini mendorong

Upload: aza-famieza

Post on 16-Dec-2015

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUAN

Bahagian pendahuluan merangkumi pengenalan, refleksi pengajaran dan pembelajaran dan juga refleksi nilai pendidikan. Pengenalan merupakan garapan secara ringkas kepada penyelidikan tindakan yang dijalankan. Refleksi pengajaran dan pembelajaran pula sesuatu yang didapati oleh penyelidikan sewaktu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Manakala, refleksi nilai pendidikan pula berkaitan nilai pendidikan yang digunakan dalam penyelidikan yang dijalankan penyelidik (Rosinah Edenin 2011).

1.1 PengenalanMenurut Wee Eng Hoe (1996) di dalam Wong Ling Syu (2004) kecergasan fizikal terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah kecergasan fizikal berasaskan kesihatan. Pecahan kecilnya ialah daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, komposisi tubuh badan serta kelenturan. Bahagian kedua pula ialah kecergasan fizikal berasaskan perlakuan motor. Bahagian ini merangkumi ketangkasan, koordinasi, kuasa, imbangan, masa tindak balas dan juga kelajuan. Umum perlu mengetahui bahawa, di dalam beberapa permainan seperti Bola Sepak, Bola Baling dan juga Badminton (Buku Teks Pendidikan Jasmani Tahun 6) amat memerlukan atlet menguasai ketangkasan. Ketangkasan akan membantu atlet untuk bertindak dengan pantas dan selamat tanpa ragu-ragu. Jadi, ini mendorong saya untuk menjalankan kajian berkaitan cara untuk meningkatkan ketangkasan kanak-kanak.Merujuk kepada Johnson dan Nelson (1986), ketangkasan diertikan sebagai kebolehan fizikal seseorang yang dapat mengubah kedudukan badannya dan arah pergerakan dengan cepat dan tepat. Jika melalui pandangan Clake di dalam Adrian Chew (2009) pula , ketangkasan ialah kelajuan menukar arah dan kedudukan badan.

Sheikh Kamaruddin dan Sarjit Singh di dalam Wong Ling Syu (2004) pula menyatakan ketangkasan ialah kebolehan dan keupayaan seseorang bertindak dengan secepat yang boleh untuk membantunya dalam situasi permainan dan ketika kecemasan bertujuan mahu menyelamatkan diri.Latihan litar merupakan salah satu kaedah untuk meningkatkan ketangkasan. Latihan litar ini telah diperkenalkan oleh R.E Morgan dan G.T Adamson pada tahun 1953.Menurut Fox dan Matthew di dalam Liliana Wong (2011) latihan litar dapat dikatakan sebagai satu program latihan yang dirangka dengan stesen-stesen tertentu. Aktiviti-aktiviti stesyen ini dilaksanakan dalam masa tertentu yang telah ditetapkan. Satu litar dikira lengkap apabila semua aktiviti yang dirancang telah dilaksanakan.Jadi saya telah memilih untuk melaksanakan intervensi menggunakan latihan litar bagi membantu subjek kajian meningkatkan tahap ketangkasan mereka.

1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaranSetelah melalui tiga fasa praktikum di tiga buah sekolah yang berbeza, saya dapat mengesan satu masalah yang ketara di kalangan murid-murid tahap dua yang diajar oleh saya. Murid-murid ini, seolah-olah tidak dapat menguasai ketangkasan. Melalui pemerhatian saya sewaktu menjalankan pengajaran, beberapa masalah yang timbul antaranya ialah : Sewaktu melaksanakan Lompat Kuadran, murid masih ragu-ragu untuk melompat walaupun setiap petak yang disediakan telah dinomborkan dan murid hanya perlu melompat mengikut susunan nombor. Ketika melakukan lari ulang alik, murid-murid memilih untuk berhenti dan mengambil bongkah kayu berbanding untuk bergerak secara terus dan kembali berlari ke permulaan. Pada kemuncak permainan kecil yang dijalankan, guru telah memilih untuk menjalankan permainan galah panjang, murid-murid tidak dapat mengelakkan diri dengan baik daripada disentuh oleh kumpulan berlawanan.Keadaan seperti ini, mendorong saya untuk menjalankan kajian berkaitan ketangkasan. Saya ingin mencari penyelesaian bagi masalah penguasaan salah satu aspek kecergasan yang sangat penting ini. Semoga dengan usaha, dapat membantu mempertingkatkan prestasi murid-murid dalam permainan yang mereka ceburi.

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Kajian berkaitan ketangkasan yang ingin dijalankan oleh pengkaji ini menerapkan aspek peniruan. Di mana, subjek kajian akan melihat, memerhati dan juga cuba untuk memahami demonstrasi yang ditunjukkan oleh pengkaji tentang bagaimana mahu menjalankan Ujian Illinois dan cara untuk melengkapkan latihan litar yang telah dipilih untuk dijadikan intervensi.

Teori Albert Bandura (1986) menyatakan bahawa, terdapat empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau permodelan. Pertama ialah, perhatian, kedua mengingat, kemudian menuju kepada reproduksi dan seterusnya ke peringkat peneguhan atau motivasi.

Subjek kajian perlu menumpukan perhatian kepada demonstrasi yang ditunjukkan pengkaji. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perhatian subjek kajian kepada demonstrasi yang ditunjukkan pengkaji. Contoh faktor yang mempengaruhi perhatian subjek kajian ialah, umur, jantina, status dan hubungan subjek kajian dengan pengkaji. Melalui kajian yang bakal dijalankan ini, subjek kajian diajar untuk menerima dengan baik tentang arahan yang diberikan oleh pengkaji. Jadi, sebelum kajian dilaksanakan, pengkaji telah terlebih dahulu meminta persetujuan daripada subjek kajian. Ini bertujuan untuk memupuk hubungan baik antara pengkaji dan subjek kajian demi untuk memastikan kelancaran perjalanan kajian yang telah dijalankan.

Seterusnya, subjek kajian perlu mengingat setiap butiran dan demonstrasi yang ditunjukkan pengkaji. Perkara ini dapat dilakukan dengan bantuan pengkaji, secara verbal atau imagineri mental dan pemerhatian serta lakuan fizikal. Demonstrasi secara fizikal dilakukan dengan bantuan penerangan secara verbal. Selain itu, kad-kad bertulis dilihat dapat membantu meningkatkan ingatan subjek kajian berkaitan lakuan yang dikehendaki. Melalui kad-kad yang disediakan ini, pengkaji akan memilih kata kunci yang mudah diingati untuk membantu subjek kajian. Selain itu, pengkaji akan mendorong subjek kajian untuk membina imaginasi bagaimana untuk melaksanakan Ujian Illinois dan latihan litar tersebut.

Peringkat ketiga dalam teori Permodelan oleh Albert Bandura ialah, reproduksi. Ini ialah keadaan dimana, subjek kajian akan cuba untuk melakukan semula setiap perkara yang telah didemonstrasi oleh pengkaji. Kecekapan subjek kajian mengulang semula dan membuat lakuan sama seperti pengkaji bergantung kepada perhatian dan usaha untuk mengingat yang dilakukan oleh subjek kajian. Semakin tinggi perhatian yang diberikan, semakin berjaya subjek kajian meniru lakuan pengkaji dan hasilnya, semakin berjaya usaha yang dilakukan oleh subjek kajian. Sebagai contoh, melalui latihan litar yang mempunyai Lompat Kuadran, jika Lompat Kuadran ini dilakukan dengan urutan yang betul, ia dapat membanyu meningkatkan ketangkasan subjek kajian, sekali gus akan membantu membuktikan kajian untuk meningkatkan ketangkasan melalui latihan litar ini, telah berjaya.

Peringkat seterusnya ialah peneguhan atau motivasi. Pengkaji perlu membantu subjek kajian dengan memberi peneguhan terhadap lakuan mereka. Peneguhan boleh dibuat secara langsung dan tidak langsung. Peneguhan langsung ialah, pengkaji memuji lakuan yang dilakukan dengan betul. Jika terdapat subjek kajian yang melakukan kesilapan sewaktu melaksanakan Ujian Illinois dan latihan litar, pengkaji perlu terus menegur dan membetulkan lakuan mereka. Ini bagi memastikan kajian berjalan seperti sepatutnya.