pencemaran udara

21
zainal PPD ENVIRONMENTAL ENGINEERING 1 3.0 PENCEMARAN UDARA (AIR POLLUTION)

Upload: shoby-kesavan-pillai

Post on 22-Dec-2015

50 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

cc604 environment

TRANSCRIPT

  • 3.0 PENCEMARAN UDARA (AIR POLLUTION)

    zainal PPD ENVIRONMENTAL ENGINEERING

  • DEFINISITerdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan yang menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain.

    zainal PPD ENVIRONMENTAL ENGINEERING

  • Pengenalan Pelepasan asap melalui ekzos kenderaanKawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemarPenggunaan dapur arang atau kayu yang tidak terkawal.

    zainal PPD ENVIRONMENTAL ENGINEERING

  • Pencemaran udara boleh dikelaskan

    Primer Sekunder

    zainal PPD ENVIRONMENTAL ENGINEERING

  • Pencemaran udara primer Bermula apabila penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada pembakaran yang tidak lengkap. Proses ini akan menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai di udara dan memberikan kesan sampingan kepada kesihatan manusia. Kebanyakan dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang atau kayu yang tidak terkawal

    zainal PPD ENVIRONMENTAL ENGINEERING

  • Pencemaran udara sekunder Hasil daripada tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dengan wap-wap air di udara

    zainal PPD ENVIRONMENTAL ENGINEERING

  • KOMPOSISI UDARAManusia dapat bertahan sampai satu hari tanpa air di gurun yang paling panas, tetapi tanpa udara manusia hanya bertahan beberapa minit saja

    zainal PPD ENVIRONMENTAL ENGINEERING

  • Lapisan atmosfer merupakan campuran dari gas yang tidak nampak dan tidak berwarna. 4 gas utama dalam udara kering meliputi Jenis Gas

    zainal PPD ENVIRONMENTAL ENGINEERING

  • Nitrogen (N2) jumlahnya paling banyak, meliputi 78 bahagian. Nitrogen tidak bergabung dengan unsur lainOksigen (O2) sangat penting bagi kehidupan, untuk mengubah zat makanan menjadi energi utk hidupKarbon dioksida (CO2) menyebabkan kesan rumah kaca (greenhouse) transparan terhadap radiasi gelombang pendek dan menyerap radiasi gelombang panjang. Dengan demikian kenaikan kosentrasi CO2 di dalam atmosfer akan menyebabkan kenaikan suhu di bumi Ozon (O3) adalah gas yang sangat aktif dan merupakan bentuk lain dari oksigen. Gas ini terdapat pada ketinggian antara 20 hingga 30 km. Ozon dapat menyerap radiasi ultra violet yang mempunyai energi besar dan berbahaya bagi tubuh manusia

    zainal PPD ENVIRONMENTAL ENGINEERING

  • Punca-Punca Berlakunya Aktiviti PerindustrianPerkembang ekonomi bergantung kepada industry pembuatan. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat telah menyebabkan penambahan pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan pencemar udara yang berbeza. Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Industri logam pula bertanggungjawab mencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan boleh mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia

    zainal PPD ENVIRONMENTAL ENGINEERING

  • Kenderaan Motor Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan keretapi. Dalam sektor pengangkutan, kenderaan motor adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan setempat. Kualiti udara persekitaran amat bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis sumber tenaga, tahap teknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan

    zainal PPD ENVIRONMENTAL ENGINEERING

  • Aktiviti Harian Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga adalah punca pencemaran udara

    zainal PPD ENVIRONMENTAL ENGINEERING

  • Pembakaran Terbuka Pembakaran pokok tua di kawasan ladang untuk tujuan penanaman semula banyak partikel jelaga. Partikel jelaga ini boleh diterbangkan pada jarak yang jauh oleh angin dan inilah punca jerebu yang kerap menyelubungi ruang udara Malaysia. Api dari pembakaran ini bukan sahaja menghasilkan asap yang mencemarkan tetapi ia juga memusnahkan segala fauna dan flora di sekitarnya.

    zainal PPD ENVIRONMENTAL ENGINEERING

  • Kesan-kesan Pencemaran udaraKesihatan Manusia Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darahparu-paru. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia. akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi

    zainal PPD ENVIRONMENTAL ENGINEERING

  • Penyusutan Lapisan Ozon Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairan kepada ais di bahagian kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.

    zainal PPD ENVIRONMENTAL ENGINEERING

  • Hujan Asid Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Kesanya, ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur.

    zainal PPD ENVIRONMENTAL ENGINEERING

  • Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesanya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.

    zainal PPD ENVIRONMENTAL ENGINEERING

  • indoor and outdoor air pollution

    zainal PPD ENVIRONMENTAL ENGINEERING

  • Pencemaran udara bukan berlaku pada udara luaran tetapi juga berlaku pada udara dalaman.Kesan pencemaran udara dalaman lebih menudaratkan kesihatan manusia berbanding pencemaran di luar.

    Kualiti udara dalaman merujuk kepada sifat fizikal, kimia dan biologi udara dalaman yang terdapat di dalam boleh memudaratkan kesihatan manusia

    zainal PPD ENVIRONMENTAL ENGINEERING

  • Sumber pencemaran udara dalaman Asap rokok boleh membawa kesan ketara kepada mereka yang berada sekeliling orang yang merokok termasuklah ketidakselesaan pada bahagian mata,hidung,kerongkong,asma atau merosakkan funsi paru-paruBarangan harian seperti lingkaran ubat nyamuk,colok.Asap keduanya mempunyai unsur logam berat yang boleh mendap di dalam sistem pernafasan.Penggunaan jenis kayu arang dan pemanas air gas akan menyebabkan kerengsaan pada bahagian mata,tekak,hidung,jantung dan boleh mengakibatkan barah paru-paruPencemaran biologi,termasuklah debunga daripada tumbuhan,rambut atau bulu dari binatang peliharaan contohnya kucing,kulat parasit dan sesetengah bakteria

    zainal PPD ENVIRONMENTAL ENGINEERING

  • Formaldehid- gas yang terbebas daripada permaidani,papan dan sebaginya di lantai yang boleh mengganggu keselesaan pada mata,hidung dan alergi pada sesetengah orang Radon- sejenis gas semulajadi terbebas daripada tanah akibat pengudaraan yang kurang sesuai pada struktur rumah pada zaman sekarang seperti rumah taman.Pencemaran bahan kimia beracun contohnya seperti wangian,sabun atau sebaginya yang turut menyebabkan gangguan terutamanya pengidap asma

    zainal PPD ENVIRONMENTAL ENGINEERING