pencemaran air

46
1 PENDAHULUAN TIDAK dinafikan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara kaya dengan sumber air dapat memenuhi kehendak dan permintaan rakyat bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti harian. Bagaimanapun, proses globalisasi yang membawa kepada kemajuan negara menyebabkan masalah pencemaran alam sekitar kian berleluasa. Masalah itu juga mengakibatkan berlakunya kerosakan sistem sungai yang membekalkan sumber air mentah kepada rakyat. Meskipun sumber air tidak pupus, tetapi air yang dapat digunakan oleh manusia dengan selamat adalah semakin berkurangan. Setiap isu atau masalah yang timbul telah menyedarkan kita betapa seriusnya masalah pencemaran air di negara kita. Masalah pencemaran air ini tidak terhad kepada pencemaran sungai sahaja, bahkan turut melibatkan sumber air bawah tanah, kolam, tasik dan laut. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika membentangkan Rancangan Malaysia Kesembilan turut tidak terkecuali memperkatakan tentang keadaan alam sekitar di negara ini. "Apa yang berlaku kepada sumber air di negara ini amat menyentuh hati saya. Ia sangat menyedihkan," keluh Abdullah. Keluhan itu sepatutnya cukup untuk memberi mesej kepada kita betapa faktor pencemaran terutamanya yang membabitkan air kini

Upload: ghchan

Post on 12-Jun-2015

42.074 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pencemaran Air

1 PENDAHULUAN

TIDAK dinafikan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara kaya dengan sumber air dapat

memenuhi kehendak dan permintaan rakyat bagi membolehkan mereka menjalankan

aktiviti harian. Bagaimanapun, proses globalisasi yang membawa kepada kemajuan

negara menyebabkan masalah pencemaran alam sekitar kian berleluasa.

Masalah itu juga mengakibatkan berlakunya kerosakan sistem sungai yang membekalkan

sumber air mentah kepada rakyat. Meskipun sumber air tidak pupus, tetapi air yang dapat

digunakan oleh manusia dengan selamat adalah semakin berkurangan.

Setiap isu atau masalah yang timbul telah menyedarkan kita betapa seriusnya masalah

pencemaran air di negara kita. Masalah pencemaran air ini tidak terhad kepada

pencemaran sungai sahaja, bahkan turut melibatkan sumber air bawah tanah, kolam, tasik

dan laut. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika membentangkan

Rancangan Malaysia Kesembilan turut tidak terkecuali memperkatakan tentang keadaan

alam sekitar di negara ini. "Apa yang berlaku kepada sumber air di negara ini amat

menyentuh hati saya. Ia sangat menyedihkan," keluh Abdullah. Keluhan itu sepatutnya

cukup untuk memberi mesej kepada kita betapa faktor pencemaran terutamanya yang

membabitkan air kini membimbangkan. Juga bahawa air bukan sahaja berfungsi sebagai

penyambung nyawa manusia tetapi melangkaui peranan ke arah proses memudahkan

urusan pembangunan negara.

Pencemaran air mengakibatkan terjadinya krisis air bersih. Di samping kekurangan

kesedaran sivik di antara masyarakat serta sektor perindustrian, kelemahan dalam

pemantauan oleh pihak berkenaan serta kekurangan dalam pemantapan sistem

pemantauan pelaksanaan undang-undang yang termaktub menyebabkan masalah

pencemaran air menjadi masalah kronik yang makin lama makin parah. Perbincangan

berkenaan dengan pencemaran air yang seterusnya ini tertumpu kepada pencemaran air

yang berlaku di negara kita.

Page 2: Pencemaran Air

2 PENCEMARAN AIR DAN KATEGORINYA

Sifat dwikutub air membolehkannya melarutkan pelbagai jenis bahan. Maka sungai dan

anak sungai mampu menjalankan kerja-kerja pemecahan, peresapan, pengoksigenan di

hilir sungai pada zaman primitif di mana populasi manusia adalah kecil. Berikutan

proses urbanisasi, sungai tidak mampu lagi memecahkan kuantiti pencemar yang

dimasukkan ke dalamnya dan efluen daripada setiap pusat populasi bertambah ke dalam

bekalan air pusat populasi yang lain. Air mengalir di merata tempat menjadi air

kumbahan dan bolehlah kita menyatakan bahawa pencemaran air berpunca daripada

manusia sendiri.

Akta Kualiti Alam Sekeliling1 mendefinasikan pencemaran sebagai apa-apa perubahan

langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia atau biologi mana-

mana bahagian alam sekeling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan bahan

buangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah, menyebabkan suatu keadaan

yang merbahaya atau mungkin merbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan

awam, atau kepada binatang, burung, hidupan liar, ikan atau hidupan dalam air, atau

kepada tumbuhan-tumbuhan atau menyebabkan suatu pelanggaran terhadap apa-apa

syarat, atau sekatan yang dikenakan ke atas sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah akta

ini.

Pencemaran air dapat dikategorikan seperti berikut :

i. Keracunan atau toksisiti

Logam berat seperti plumbum, merkuri, kuprum, arsenik dan kromium yang

digunakan dalam penyalutan timah, penyaduran dan larutan penyalutan kromium

boleh bertindak sebagai penghalang metabolik atau penafasan dalam banyak

organisma, dan merencat atau memusnahkan enzim yang diperlu untuk proses-

proses kehidupan. Logam-logam berat ini mempengaruhi organism pengurai

bersama-sama kehidupan peringkat tinggi, maka penambahannya yang berlebihan

ke dalam sistem akuatik boleh memusnahkan. Pencemar-pencemar yang beracun

1 Era Hijau, Keluaran 1/2000 JAS, Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar

Page 3: Pencemaran Air

ini diserap oleh lumpur di bawah dan dilepaskan apabila mendapan di bawah

diganggu.

ii. Kemasinan atau saliniti

Ini berlaku apabila air garam dari lombong atau telaga minyak dilepaskan ke

dalam air tawar. Walaupun sesetengah organisma boleh bertoleransi terhadap

julat kepekatan garam tertentu, kebanyakan yang akan musnah apabila air tawar

bertukar menjadi payau.

iii. Keasidan atau asiditi

Mata air yang keluar daripada rekahan bukit-bikit arang batu mengandungi

partikel-partikel bitumen dan sulphur. Air yang berasid ini meningkat dengan

meningkatnya pengeluaran arang batu, dan berterusan lama walaupun lombong-

lombong ditinggalkan. Besi pirit ( hasil perlombongan batu arang ) akan

memasuki anak-anak sungai. Sesetengah bakteria boleh mendapat tenaga dengan

menukarkan ferus kepada ferik untuk pernafasan dan pembiakan. Hasil

sampingan pertukaran keadaan pengoksidaan besi ini, iaitu mendakan ferik

hidroksida yang berwarna kuning kemerahan mencemar tebing sungai; dan

pelepasan asid sulfurik menukarkan keasidan air sungai itu dan menurunkan pH

anak-anak sungai secara mendadak. pH boleh jadi di antara 4.5 ke 2.5 pada

musim-musim tertentu. Sumbangan besi dan sulfat dalam kuantiti yang banyak

juga mengurangkan keterdapatan oksigen dalam anak sungai. Semua vertebrat,

kebanyakan invertebrat dan banyak mikroorganisma terhapus. Kebanyakan

tumbuhan peringkat tinggi tiada dan hanya beberapa jenis alga dan bakteria yang

tinggal.

iv. Kekeruhan atau turbidity

Bahan-bahan lengai ( inert ) dan halus senang terampai dalam air. Ini

mengurangkan pemancaran cahaya dan merencat proses fotosintesis tumbuhan

akuatuk dan mikroskopik. Industri porselin ( tanah liat putih ) adalah sumber

pencemaran ini. Industri besi keluli menghasilkan partikel halus juga

Page 4: Pencemaran Air

menyebabkan sungai yang dimasuki efluen menjadi merah atau hitam. Partikel-

partikel terampai ini akan mendak ke dasar sungai dan menayelubungi kehidupan

di bahagian bawah sungai dengan selaput yang luas. Selain itu, minyak yang

boleh dilarut dengan menstabilkan emulsinya dengan detergent, apabila

dilepaskan ke dalam air menyebabkan kekeruhan seperti susu. Pembakaran atau

penerangan tanah juga melepaskan partikel tanah dan tanah liat, menghasilkan

kelodak yang boleh memusnahkan habitat bagi larva serangga seperti “mayfly”,

“caddis fly” dan “stone fly” yang merupakan sumber makanan penting bagi ikan-

ikan.

v. Pendeoksigenan (Deoxygenation)

Pencemaran yang lazim adalah organik.walaupun bahan-bahan organik tidak

meracuni hidupan sungai, atau mempengaruhi pH, tetapi apabila bahan organik

diserang oleh bakteria dan dipecahkan menjadi kompaun yang ringkas, oksigen

diperlukan. Keperluan oksigen biologi ( BOD - Biological Oxygen Demand )

menjadi tinggi. BOD adalah indeks pencemaran air yang berguna, terutama yang

berkaitan dengan bebanan organik air. BOD digunakan untuk menentukan jenis

hidupan yang boleh ditampung oleh sungai yang tercemar. Ikan mempunyai

keperluan oksigen yang paling tinggi dan biasanya ikan air sejuk memerlukan

lebih oksigen daripada ikan air panas. Invertebrate boleh bertoleransu terhadap

kepekatan oksigen yang rendah dan bakteria terhadap keperluan oksigen yang

lebih rendah. Dua jenis invertebrate yang bertoleransi terhadap paras oksigen

telah dikenali sebagai indeks biologi bagi kesusutan oksigen. Cacing Tubifex dan

larva sejenis sreangga kecil yang berwarna merah, Chironomus hidup dalam

lumpur di dasar sungai. Jumlah mereka berkadaran songsang dengan kandungan

oksigen dalam air. Dalam air tang tercemar teruk, populasi Tubifex dalam 20,000

individu/kaki persegi, dan dalam air yang tidak tercemar, Tubifexi mungkin tidak

didapati langsung.

Page 5: Pencemaran Air

Eutrofikasi Air

Eutrofikasi merupakan pengkayaan bahan organik atau nutrient dalam tasik dan

lain-lain dan menampung pertumbuhan yang banyak. Pelepasan nitrogen dan

fosforus ke dalam air dalam kuantiti yang tinggi adalah salah satu masalah besar

dalam pembuangan sisa kerana pertambahan nitrogen dan fosforus

mempercepatkan proses penuaan tasik. Mikroorganisma biasanya terkawal

kerana kekurangan fosforus. Apabila berlaku pertambahan kandungan fosforus

dalam air, ia digunakan serta merta menyebabkan kadar pembiakan organisma

yang tinggi. Fosforus adalah faktor penyebab dan nitrogen menjadi faktor

penghad dan organisma seperti alga biru-hijau mengambil alih daripada plankton

kerana alga tersebut bebas daripada penghad nitrogen. Ledakan populasi satu

atau lebih spesies alga dipanggil blum alga ( blooms ). Satu kesan merbahaya

kepada manusia adalah nitrat ditukar menjadi nitrit di dalam saluran

penghadaman oleh bakteria tertentu. Nitrit bertindak dengan hemoglobin

membentuk “methemaglobin” yang tidak akan mengambil oksigen menyebabkan

seseorang itu sesak pernafasan dan kelemasan dan keadaan ini lebih teruk pada

bayi dan kanak-kanak.

Pelepasan buangan industri dan domestik merupakan komponen utama bahan organik

manakala pembukaan tanah secara besar-besaran, pembangunan yang tidak terkawal,

kegiatan pembalakan dan perlombongan di kawasan tadahan mengakibatkan masalah

pemendapan dan kelodakan. Sebagai contoh, pembalakan di Hutan Ulu Muda2; meliputi

123 000 ha kawasan Hutan Tadahan Air termasuk Ulu Muda, Chebar Besar, Padang

Terap, Pedu Bukit Saiong dan Bukit Keramat menimbulkan kebimbangan besar bukan

sahaja kepada berpuluh NGO alam sekitar, kepenggunaan, hak asasi manusia dan

sebagainya juga kumpulan masyarakat petani dan nelayan juga masyarakat awam dari

pelbagai latarbelakang.

2 Laporan Kesan Alam Sekitar Terperinci Pembalakan Helikopter Kedah oleh Sahabat Alam Malaysia & CAP, Penang.Aaktiviti pembalakan helikopter di

Hutan Ulu Muda, Kedah membimbangkan para pencinta alam sekitar.

Page 6: Pencemaran Air

Hutan tadahan air ini antara lain membekalkan air kepada sumber air utama di negeri

Kedah iaitu empangan Muda, Pedu dan Ahning dan Sungai Muda dan Sungai Kedah.

Kawasan tadahan air ini menjadi pergantungan kepada sumber air kepada 96 000 ha

kawasan tanaman padi yang melibatkan 63 000 keluaraga petani, sumber air kepada

pengguna air di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang dan kepada masyarakat Industri

terutamanya di Pulau Pinang dan Kulim dan tidak kurang juga fungsi hutan tadahan air

tersebut sebagai habitat hidupan semulajadi yang dilihatkan sebagai satu kawasan Mega

Biodiversiti yang harus dipelihara.

Pencemaran kumbahan terutamanya dari buangan domestik dan haiwan, seperti yang

ditunjukkan oleh faecal coliform memberi kesan besar terhadap pencemaran organik di

kawasan air daratan, dan ini telah didapati di Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Sarawak.

Di samping itu, di beberapa muara sungai di negeri Johor, Kedah, Kelantan, Perak, Pulau

Pinang, Selangor dan Terengganu juga tercemar. Kumbahan telah meningkat daripada

yang menyamai 6.28 juta penduduk kepada yang menyamai 13 juta penduduk.

Kumbahan terus merupakan punca utama pencemaran organik memandangkan ianya tiga

kali ganda melebihi jumlah beban pencemaran daripada industri dan buangan haiwan.

Ini adalah disebabkan oleh kepadatan penduduk yang tinggi, pelupusan najis manusia

yang tidak teratur di kawasan setinggan, tahap pembandaran yang meningkat, kawasan

penempatan padat yang banyak di sepanjang pantai dan kemudahan yang tidak

mencukupi untuk pengolahan kumbahan. Di samping itu, tahap pencemaran oleh pepejal

Page 7: Pencemaran Air

terampai terus berlaku akibat daripada aktiviti-aktiviti pembangunan tanah yang

berleluasa di kawasan-kawasan berhampiran dan pedalaman.

Satu kajian ke atas sistem pengolahan dan pelupusan buangan berbahaya telah

menunjukkan tidak kurang daripada 380,000 m3 buangan beracun dan berbahaya

daripada kira-kira 1,000 punca dikeluarkan setiap tahun. Punca-punca industri yang

menyebabkan pencemaran air terus tertumpu di Pantai Barat Semenanjung Malaysia

dengan Johor, Pulau Pinang dan Selangor mencatatkan bilangan hampir 50 peratus.

Industri utama yang menyebabkan pencemaran tersebut ialah tekstil, getah, kertas,

makanan dan minuman. Industri minyak sawit mentah dan industri pemerosesan getah

asli turut terlibat dalam pelepasan beban organik.

Masalah pencemaran daripada haiwan ternakan masih lagi belum dapat diselesaikan.

Beberapa negeri masih belum lagi menggubal enakmen yang diperlukan untuk mengawal

dan menguatkuasakan kawalan kebersihan ke atas buangan haiwan ternakan, sementara

beberapa negeri yang mempunyai undang-undang berkenaan masih belum lagi

menguatkuasakannya dengan berkesan. Konsep Kawasan Ternakan Khinzir yang

terkandung di dalam Dasar Pertanian Negara masih belum dilaksanakan sepenuhnya.

Kawalan dan kelolaan ternakan khinzir adalah perlu memandangkan industri tersebut

telah menimbulkan masalah alam sekitar yang ketara terutamanya di Negeri Sembilan

dan Pulau Pinang. Di Negeri Sembilan, industri ini telah memberi kesan ke atas punca

air di Sungai Linggi yang memerlukan pengolahan biologi dan kimia yang mahal

sebelum airnya dapat digunakan untuk tujuan domestik. Sungai yang tercemar oleh

buangan haiwan ternakan telah memberi kesan ke atas pantai dan perairannya yang mana

telah menggugat Port Dickson sebagai destinasi tarikan pelancong yang terkenal. Di

samping itu, pantai-pantai di beberapa kawasan di Pulau Pinang telah bertambah buruk,

dan menjejaskan mutu kebersihan hasil akuakultur.

Pencemaran air tasik dan air bawah tanah juga berlaku. Pencemaran yang disebabkan

oleh buangan industri yang ditanam dalam tanah serta baja kimia, racun serangga dan

racun rumpai dari bidang pertanian. Penggunaan bahan kimia yang tidak terkawal telah

Page 8: Pencemaran Air

mengurangkan dengan banyaknya ikan air tawar di beberapa kawasan. Sebagai contoh,

Tasik Chini di negeri Pahang yang dibangunkan sebagai destinasi pelancongan, dan juga

oleh sebab penerokaan kawasan sekitar tasik untuk sektor pertanian, di mana baja dibawa

ke tasik oleh air hujan, menyebabkan tumbuhan akuatik seperti tumbuhan terapung dan

tumbuhan tenggelam bertumbuh subur di kawasan tasik itu. Pembangunan berterusan

tanpa kawalan berkemungkinan akan menyebabkan pencemaran pada ekosistem tasik

ini. 

Pencemaran laut berlaku oleh pembuangan kotoran daripada punca daratan ke laut, dan

juga pembuangan dan limpahan minyak dan sisa berbahaya daripada kapal. Di samping

itu, tumpahan minyak dari pelantar telah dilaporkan lebih banyak berlaku.

Walaubagaimanapun, kebanyakan tumpahan minyak yang berlaku di kawasan pelabuhan

telah dapat dibersihkan di mana kos pembersihannya telah dapat dipungut daripada

pihak-pihak yang berkenaan.

Bagi memastikan rakyat terus menikmati taraf kehidupan yang berunsur lestari, di mana

tahap kesihatan kebangsaan tidak menjejaskan pembangunan dan kemajuan negara yang

berterusan, kualiti air yang digunakan oleh rakyat jelata perlulah memenuhi satu piawaian

yang standard. Kualiti air dinilai dengan menggunakan parameter berikut, iaitu :

i. Keperluan Oksigen Biokimia (BOD)

ii. Keperluan Oksigen Kimia (COD)

iii. Nitrogen Ammoniakal (NH3N)

iv. Pepejal Terampai (SS)

v. Nilai pH dan (pH)

vi. Oksigen Terlarut (DO)

Di samping itu, parameter lain seperti logam berat dan bakteria perlu diambilkira kerana

air paip yang dibekalkan mungkin dikontaminasikan dengan kuprum, zink dan plumbum

yang melebihi kepekatan maksimum yang dibenarkan mengikut Akta Pemakanan

Malaysia 1985. Perlu diingatkan air paip kegunaan domestik boleh juga

dikantaminasikan kerana tangki yang kotor dan berkarat.

Page 9: Pencemaran Air

3 Pencemaran Air : Bahan Pencemar dan Kesan-kesannya

Pencemaran  air adalah salah satu penyebab penyakit kronik. Akibat meminum air yang

tercemar, manusia akan dijangkit penyakit menular, penyakit ginjal, artritis, sakit kepala,

tekanan darah tinggi, penyakit kulit, kanser, gangguan sistem saraf, penyakit hati,

jangkitan sistem penghadaman, penyakit batu karang, batu dalam hempedu dan

sebagainya. Lebih dari 70% tubuh manusia terdiri dari air. Selain Oksigen, air

mempunyai peranan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Air diperlukankan oleh

semua organ dalam tubuh agar dapat berfungsi dengan sempurna seperti :

i. Proses pembuangan racun / toxin

ii. Pelicin bagi sendi-sendi

iii. Membantu proses pencernaan

iv. Menstabilkan suhu tubuh

v. Metabolisma tubuh

Berikut menunjukkan jadual3 berkenaan dengan warna mendapan air yang tercemar

bersama dengan bahan pencemar serta kesan-kesannya terhadap kesihatan.

Warnamendapan Bahan Pencemar Pengaruh terhadap kesihatan

 HijauKuprum teroksidaKlorin

Penyakit GinjalSistem Saraf PusatBahan Karsinogenik

HitamKalsiumMagnesium teroksida

Batu pada Ginjal

Putih

Aluminium Arsenik

Hati, sistem saraf, bahan karsinogen Bahan karsinogen

Mucilage (Getah) Bakteria, virus, algaeAsbestos Bahan karsinogen

 Biru

Alumina sulfat,Organik fosfat,Racun Tumbuhan (Pestisida)

Sistem saraf, hati, Ginjal

 JinggaBesi teroksida

Gangguan pada pembuangan air seni, ketidak-seimbangan metabolisma

3 PENAPIS AIR R.O. http://segamat.net.tripod.com/cemar.html

Page 10: Pencemaran Air

4 Pencemaran Sungai

Pencemaran sungai-sungai di kawasan bandar dan luar bandar di Malaysia merupakan

satu masalah alam sekitar yang bertambah serius dan sehingga sekarang masih tiada lagi

suatu kaedah penyelesaian yang benar-benar efektif untuk menangani masalah ini.

Mengikut kajian hidrologi ada tiga klasifikasi pencemaran air berlaku iaitu:

Pencemaran fizikal (tidak larut dalam air seperti sampah sarap daripada logam,

kertas, kaca dan kelodak)

Pencemaran biologi (seperti najis binatang menyebabkan kemunculan bakteria

seperti Escherichia coli atau E. Coli, cacing nematod dan mikrob lain).

Pencemaran kimia (bahan kimia terlarut daripada pencemar fizikal dan biologi

serta logam berat dikelaskan sebagai pencemar kimia ).

Di Malaysia, punca utama pencemaran sungai berlaku disebabkan oleh kelodak dan sisa

kumbahan, di samping bahan lain seperti najis binatang, sampah sarap dan logam berat

seperti arsenik, kadmium raksa dan plumbum. Komposisi bahan berkenaan didapati

melebihi paras yang ditetapkan oleh Piawaian Kualiti air Kebangsaan Interim Kelas II.

Najis binatang menyebabkan kemunculan bakteria seperti Escherichia coli, cacing

nematod dan mikrob lain dan dikenalpasti penyebab penyakit berbahaya seperti hepatitis,

demam kepialu, taun, disentri, gatal kulit, kusta dan penyakit paru.

Selain itu, pembangunan di negara ini dan proses urbanisasi telah membawa kepada

perubahan penggunaan tanah bagi sesuatu kawasan bagi menampung keperluan kegiatan

ekonomi serta penyediaan kemudahan sosial. Akibat perubahan guna tanah yang

berlaku telah mendedahkan sungai kepada pelbagai masalah yang tidak mampu

ditanggung oleh sungai, yang secara langsung menyebabkan perubahan sistem sungai

bukan sahaja dari segi kualiti tetapi juga kuantiti. Keadaan ini dapat dilihat berdasarkan

kepada masalah yang berlaku akibat perubahan yang berlaku.

Seperti yang diketahui, sumber air mentah di negara kita kebanyakannya diperoleh terus

dari sungai utama dan empangan yang dibina untuk menyimpan air. Namun, kualiti air

sungai di Malaysia adalah dalam keadaan yang semakin merosot akibat daripada

Page 11: Pencemaran Air

pencemaran alam sekitar. Kualiti air4 adalah dianggapkan bersih untuk kehidupan

biologi sekiranya paras ukuran BOD adalah 3 miligram seliter (mg/liter), kandungan

pepejal terampai tidak lebih daripada 50 mg/liter dan kandungan ammonia-nitrogen tidak

melebihi 0.3 mg/liter.

Kualiti Air Semakin Merosot

Tidak ramai di antara kalangan kita yang mengambil berat tentang makna sebenar kualiti

bekalan air di seluruh negara yang semakin merosot kerana pencemaran berikutan

kegiatan pembuangan sisa sampah dalam sistem saliran. Sepatutnya, kita sebagai

pengguna merasa bimbang tentang isu ini Kita meyedari semakin hebat dan pesatnya

pembangunan serta pertumbuhan penduduk, semakin buruk pula pencemaran sumber

bekalan air utama khususnya sungai yang berlaku. Kualiti air sungai di negara kita

secara keseluruhannya menurun.

Pencemaran Sungai Kian Kritikal

Berdasarkan statistik5, sehingga 2005 sebanyak 13 buah sungai di negara ini didapati

mengalami pencemaran teruk manakala 75 buah lagi tercemar sederhana manakala 32

buah lagi masih bersih. Antara negeri yang mengalami pencemaran sungai paling tinggi

adalah Johor, Selangor dan Pulau Pinang. Statistik ini menunjukkan bilangan sungai

yang tidak tercemar mengalami kemerosotan berbanding dengan statistik6 pada Tahun

2000, di mana 12 buah sungai yang tercemar teruk, 34 buah sungai tercemar sederhana

dan 74 buah sungai bersih ( Jadual 17).

Sungai yang tercemar teruk ialah Sungai Dondang, Sungai Juru dan Jejawi di Pulau

Pinang, Sungai Kempas, Sungai Tukang Batu, Sungai Rembah, Sungai Benut dan Sungai

Pasir Gudang di Johor, Sungai Sepang, Sungai Klang dan Sungai Buloh di Selangor,

Sungai Batu di Perak, Sungai Miri/Lutongdi Sarawak dan Sungai Jimah di Negeri

Sembilan. Sementara sungai Sepang, Sungai Klang, Sungai Buloh, Sungai Selangor dan

Sungai Golok adalah sungai-sungai yang teruk tercemar oleh kumbahan. Sungai Samit 4 Laporan Rancangan Malaysia Ke-6, Bab 15 : Alam Sekitar, para 15.065 Laporan Rancangan Malaysia Ke-8 ( 2001-2005) Bab 19 para 19.056 Water Quality Management in Malaysia - Dr Zulkifli Abdul Rahman, JAS, 20007 Water Quality Management in Malaysia - Dr Zulkifli Abdul Rahman, JAS, 2000

Page 12: Pencemaran Air

dan Sungai Tuaran di Sabah (yang tertinggi), Sungai Sedili Besar, Sungai Pahang dan

Sungai Kempas didapati mengandungi kandungan logam raksa, kadmium, tembaga,

plumbum serta zink yang melebihi standard yang dibenarkan.

Laporan juga menyatakan bahawa 70 peratus masalah pencemaran sungai disebabkan

oleh kumbahan dan pembuangan sampah. Selain itu, kelodak daripada hakisan yang juga

sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti penerokaan hutan serta pelepasan sisa oleh

industri juga menjadi penyumbang utama masalah pencemaran ini.

Pencemaran air sungai Sungai Petani, Kedah yang teruk sehingga tebing sungai dan air sungai kelihatan hitam. Masalah pencemaran air sungai ini pernah menjadi suatu halangan bagi pemberian status sebagai Bandar bagi Bandar Sungai Petani Gambar-gambar ini diambil pada 21 Oktober 2006.

Jadual 1 : Status Lembangan Sungai di Malaysia 1990 - 2000

Page 13: Pencemaran Air

Sebagai contoh, Ketua Pegawai Operasi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd

(SYABAS) IR. Lee Miang Koi terpaksa membuat penjelasan mengenai aduan orang

ramai berhubung masalah air berbau di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur

sejak pagi 26 Februari 2006. Kawasan-kawasan yang terlibat adalah Kuala Lumpur,

Gombak, Petaling Jaya, Klang/ Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Kuala

Langat yang memperolehi sumber air dari Sungai Selangor.

Kejadian air berbau ini disebabkan oleh peningkatan mendadak kandungan amonia dalam

sumber air mentah dari Sungai Selangor untuk tempoh lebih kurang 24 jam sejak awal

pagi 25 Februari 2006 oleh limpahan air daripada tebatan Sungai dan kolam-kolam yang

mengandungi air kotor yang masuk ke dalam Sungai Selangor, berikutan hujan lebat

yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Tahap kandungan ammonia di Sungai Selangor yang menyalurkan air ke beberapa

kawasan Lembah Klang yang diambil pada 25 Februari 2006 lalu mencatatkan paras

ammonia 9.2 miligram perliter manakala kejadian kedua membabitkan Sungai Semenyih

pada tarikh 15 April 2006 lalu pula pada tahap 4.8mg. Kedua-dua catatan tersebut berada

di paras berbahaya kerana tahap kandungan normal hanyalah sekitar 1.5mg perliter.

Tindakan awal yang diambil oleh pihak operator loji pembersihan air ialah dengan

menambah kandungan klorin bagi mengurangkan kadar amonia dalam air mentah

tersebut di mana tindakbalas kimia telah menyebabkan bekalan air mentah mengeluarkan

bau seperti yang dialami oleh para pengguna.

Buangan sampah mencemari sungaiSumber : Era Hijau, Keluaran 1/2000 JAS, Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar

Page 14: Pencemaran Air

Najis Khinzir Antara Punca Pencemaran

Kita perlu menerima hakikat sebenarnya bahawa pembangunan dan pertumbuhan kilang

yang pesat adalah antara punca pencemaran utama sungai di Malaysia, di samping

pembuangan sampah serta kegiatan ternakan terutama najis khinzir. Misalnya,

perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) baru-baru lalu

menunjukkan, 95 peratus ladang ternakan khinzir di sekitar Selangor dan Negeri

Sembilan tidak mempunyai sistem pengurusan sisa (najis khinzir) yang efektif,

kebanyakannya membuang terus ke sungai. Najis khinzir yang dialirkan ke sungai

menyebabkan pencemaran teruk ke 13 batang sungai negara ini antaranya termasuklah

Sungai Sepang, Sungai Skudai, Sungai Sengget, Sungai Klang dan Sungai Damansara.

Selain itu, sejumlah 3,799 buah industri telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada

masalah pencemaran sungai. Antara penyumbang terbesar ialah industri pembersihan

dan kerja logam, operasi pemprosesan filem, industri elektronik dan semikonduktor,

industri makanan dan tapaian serta industri penghasilan barangan getah.

Dari segi hakisan, kajian menunjukkan bahawa pembangunan tanah di hadapan kawasan

tadahan air Sungai Klang iaitu daerah Batu, Setapak dan Hulu Klang menyebabkan

masalah hakisan tanah yang serius apabila hujan, iaitu pada kadar 80-150 juta tan setahun

yang mana 1.2 juta tan (bersamaan 100,000 lori penuh pasir) mengalir ke Sungai Klang

dan alirannya. Muatan yang melebihi kapisiti ini memudahkan airnya melimpah apabila

hujan lebat dan mengakibatkan banjir.

Sebagai contoh, projek kuari di hulu sungai dan aktiviti menggorek pasir di hilir sungai

Sungai Jimah di Kampung Jimah Lama, Port Dickson, Negeri Sembilan yang

Pelepasan effluent industriSumber : Laporan Tahunan 2004 JAS

Page 15: Pencemaran Air

berhampiran kawasan tadahan air sungai adalah punca yang banyak menyumbang kepada

masalah pencemaran sungai dan banjir di kampung tersebut.

Proses pembersihan dan pemuliharaan sungai memerlukan belanja yang tinggi. Sebagai

contoh. Jabatan Parit dan Saliran (JPS) di laporkan memerlukan RM300 juta bagi

membaik pulih 35 muara sungai dan 150 buah sungai di seluruh negara yang menghadapi

masalah mendapan ialah Sungai Mersing serta Sungai Besut.

Rakyat Masih Tidak Sedar

Ketika kita mengakui pencemaran sebegini akan terus menjejaskan kualiti kehidupan

penduduk, tetapi kesedaran rakyat mengenai alam sekitar dan mengambil langkah

memeliharanya rendah iaitu hanya kira-kira 30 peratus. Masalah kurang prihatin di

kalangan masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar sering menjadi punca masalah

banjir berlaku. Kajian JPS mengenai keberkesanan kempen 'Cintailah Sungai Kita' yang

dilancarkan pada tahun 1993 menunjukkan taraf kesedaran sivik masyarakat masih

rendah terhadap kepentingan menjaga sungai. Ini terbukti apabila kajian menunjukkan

4.6 peratus penduduk bandar dan 4 peratus penduduk luar bandar (daripada 8,700 yang

ditanya) memberitahu bahawa sungai adalah tempat sesuai bagi membuang sisa dan

kumbahan. Sebagai contoh, antara 1992 hingga 1993, sejumlah 27,337 tan metrik

sampah sarap di kutip di perangkap sampah Sungai Klang dan jumlah ini bersamaan

dengan beban sejumlah 5,000 buah lori sampah. Pembangunan terlalu pesat yang tidak

diimbangi dengan keprihatinan pemuliharaan alam sekitar, akhirnya mengorbankan masa

depan kita sendiri.

Kita juga didedahkan mengenai kekerapan penguatkuasaan ratusan kilang khususnya

kilang sawit dan getah yang menjadi antara penyumbang utama pencemaran sungai

Projek Kuari Di Bandar Manjalara, Kuala LumpurSumber : Laporan Tahunan 2003 JAS Wilayah Persekutuan, KL.

Page 16: Pencemaran Air

dikenakan kompaun kerana membuang efluen ke sungai. Tetapi kita jarang dengar

kilang ditutup terus atau pemiliknya dipenjara kerana tindakan itu. Mengikut

penguatkuasaan sebenar Akta Kualiti Alam Sekitar, mereka yang didapati bersalah boleh

dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan kompaun RM100,000. Hakikatnya,

penguatkuasaan tidak seimbang dengan pembangunan.

Penguatkuasaan semata-mata tidak cukup untuk melindungi sungai yang ada.

Sebaliknya, semua pihak termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, kelompok

masyarakat dan setiap individu perlu memainkan peranan secara langsung untuk

menangani masalah pencemaran ini. Jika tiada pendekatan secara bersepadu

dilaksanakan, tidak mustahil Malaysia akan menghadapi krisis air yang serius dalam

masa 30 tahun lagi sekiranya sumber air yang ada tidak dilindungi.

 

Pemantauan Kualiti Air Sungai Oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS)

Sebagai satu langkah pencegahan pencemaran dan peningkatan kualiti air sungai, JAS

telah melaksanakan Program Pengawasan Kualiti Air8 yang merangkumi 120 lembangan

sungai sejak 1978. Pemantauan kualiti air sungai secara manual ke atas 926 buah stesen

dari 120 lembangan sungai, dan juga 10 buah stesen automatik untuk mengesan

perubahan secara terus untuk Sg. Perai, Sg. Perak, Sg. Selangor, Sg. Kelang, Sg. Linggi,

Sg. Melaka, Sg. Skudai, Sg. Keratong, Sg. Terengganu dan Sg. Sarawak. Sampel air

diambil dari stesen-stesen berkenaan untuk dianalisa bagi menghasilkan Indeks Kualiti

Air (WQI).

JAS menjalankan kajian ke atas lembangan-lembangan sungai yang terpilih untuk

mengenalpastikan semua punca pencemaran, mengira beban yang dihasilkan oleh punva-

punca berkenaan dan mengesan impak ke atas sungai itu. Maka pelan tindakan yang

melibatkan langkah struktur seperti pembinaan wetlands, kajian perangkap sediment,

pemasangan perangkap sampah dan langkah mengawal ‘point pollution’serta langkah

bukan struktur seperti peningkatan kesedaran orang awam dan ‘stakeholders’,

memperkemaskan polisi alam sekitar, memperkukuhkan peranan instituisi dan rangka

8 Laporan Tahunan 2004 JAS

Page 17: Pencemaran Air

perundangan, mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan dan meningkatkan aktiviti

pemantauan dirumuskan.

Pembinaan wetlands9 merupakan satu alternatif teknologi yang lebih murah bagi

merawat air. Wetlands tidak memerlukan peralatan yang canggih di mana tumbuhan-

tumbuhan dan mikroorganisma merupakan agen-agen yang aktif dalam proses rawatan.

Putrajaya Wetlands adalah wetland pertama di Malaysia yang dibina untuk rawatan

‘stormwater’, kawalan banjir serta kegunaan rekreasi. Wetlands ini juga berfungsi

9 Putrajaya Wetlands-Data, Performance and Modelling: Sin Cheng Hua, USM.

Lembangan sungai di bawah Program Pencegahan Pencemaran Sungai dan Peningkatan Kualiti Air di bawah Rancangan Malaysia Ke-8

Sumber : Laporan Tahunan 2004 JAS

Pengujian Indeks Kualiti Air ( Water Quality Indeks - WQI ) & Pengkelasan SungaiSumber : Laporan Tahunan 2003 JAS Kedah

Pengkelasan SungaiWQIKelas

Sungai>92.7I76.5 - 92.7II51.9 - 76.5III31.0 - 51.9IV<31.0V

Page 18: Pencemaran Air

sebagai tempat perlindungan hidupan liar dan kawasan rekreasi orang awam. Wetlands

ini dibina di lembah Sungai Chuau dan Sungai Bisa dengan jumlah kawasan wetland

seluas 650 hektar, di mana 197 ha terdiri daripada 24 sel-sel wetlands dan Tasik

Putrajaya seluas 453 ha. Air tasik perlu memenuhi standard kualiti air Kelas IIB ( Jadual

210 ) yang ditetapkan oleh JAS, air untuk kegunaan rekreasi dan sentuhan tubuh badan

sahaja.

Pada Jun 2000, Indeks Kualiti Air dari 78 sampel menunjukkan tiada sebarang sel

wetlands yang tercemar, di mana WQI pada Jun 2000 ialah 84.6 ( WQI > 79

menunjukkan air yang bersih). Ini menunjukkan wetlands berfungsi dengan baik sebagai

sistem penapis air. Akan tetapi wetlands ini mengalami masalah seperti kelodak,

penyakit tumbuhan dan pencerobohan rumpai. Maka wetlands perlulah pemantauan dan

pemeliharaan.

Sistem pembentungan perlu di naiktaraf, dan yang sedia ada perlu dibaikpulih bagi

pengendalian air sisa domestik, di samping mengurangkan pelepasan air sisa yang belum

dirawat, atau yang dirawat dengan tidak sempurna ke dalam sungai. Indah Water

Konsortium telah mengambil alih pengurusan kemudahan pembentungan, loji rawatan

dan tangki septik sejak tahun 1998. Sehubungan dengan ini, terdapat peningkatan dalam

kualiti air mentah di beberapa negeri seperti ditunjukkan daripada pengurangan

keseluruhan dalam jumlah bakteria coliform dalam air mentah daripada 28.1 peratus pada

10 Water Quality Management in Malaysia - Dr Zulkifli Abdul Rahman, JAS, 2000

Interim National River Water Quality StandardsClass I Conservation of natural environment,

Water Supply I – practically no treatment necessary,Fishery I – very sensitive aquatic species.

Class IIA Water supply II – conventional treatment required,Fishery II – sensitive aquatic species.

Class IIB Recreational use with body contactClass III Water supply III – extensive traetment required,

Fishery III – common, of economic value, andtolerant species livestock drinking

Class IV IrrigationClass V None of the above

Jadual 2 : Interim Standard Kualiti Air Sungai Kebangsaan

Page 19: Pencemaran Air

tahun 1995 kepada 15.7 peratus pada tahun 199811. Di samping itu, ladang penternakan

khinzir juga telah ditempatkan semula dan teknik perawatan sisa babi yang lebih

berkesan telah diperkenalkan untuk menangani pelepasan sisa ternakan ke dalam aliran

air.

Sumber Air Tanah dan Masalah Pencemaran

Sungai dan tasik yang dikenali sebagai air permukaan adalah dua sumber air utama yang

digunakan bagi membekalkan air kepada pengguna. Ekoran peningkatan penduduk dan

pembangunan industri yang pesat, sumber air tercemar sehingga kemungkinan besar

krisis air di masa depan akan tercetus jika langkah-langkah pengurusan air mapan tidak

dilaksanakan. Justeru itu, sumber alternatif kepada air permukaan harus dicari. Pilihan

terbaik ialah air tanah - sumber air tawar yang kedua besar. Air tanah diperolehi daripada

lapisan (strata) tanah atau struktur tanah yang mampu menyimpan air, yang dipanggil

akuifer. Manusia telah memanfaatkan air daripada akuifer ini dengan penggunaan telaga.

Apabila bekalan air mula disalurkan menerusi paip, air tanah tidak begitu popular lagi.

Malaysia yang terletak di kawasan Khatulistiwa mempunyai simpanan air tanah yang

banyak. Malaysia memperolehi purata hujan tahunan 3,000 milimeter setahun. Ini

bermakna ia menerima 990 bilion meter padu (bmp) air, di mana 57 peratus (556 bmp)

adalah larinayar permukaan, 36 peratus (300 bmp) kembali ke asmosfera melalui proses

sejatan dan pemelowapan manakala 7 peratus lagi (64 bmp) terserap ke dalam tanah

menjadi simpanan air tanah. Simpanan air tanah Semenanjung Malaysia dianggarkan

berjumlah 62.719 bmp dengan kadar imbuhan sebanyak 17.250 bmp setahun dan luahan

selamatnya 6.090 bmp setahun atau dengan kadar imbuhan 47.28 juta meter padu sehari

dan luahan selamat 16.71 juta meter padu sehari, air tanah mempunyai air yang

mencukupi kepada semua penduduk. Kebanyakan air tanah digunakan untuk sektor

industri.

Rejim air tanah yang meliputi imbuhan, simpanan, hasil spesifik, luahan selamat,

sempadan dan kualiti dalam sesuatu limbangan adalah parameter dinamik dan agak sukar

ditentukan. Ia banyak bergantung kepada persekitaran seperti geologi, struktur, 11 Laporan Rancangan Malaysia Ke-8 ( 2001-2005) Bab 119 para 19.06

Page 20: Pencemaran Air

permineralan dan aktiviti permukaan. Daripada 41 kawasan lembangan utama di

Semenanjung Malaysia, dianggarkan lembangan sungai Perak mempunyai kadar luahan

selamat paling tinggi iaitu 762,85 juta meter padu setahun dalam mendapan aluvium dan

127.75 juta meter padu setahun dalam batuan diikuti oleh limbangan sungai Pahang

(682.5 juta meter padu setahun), sungai Rompin/Endau (536.3 juta meter padu setahun).

Sumber air tanah di negara ini mempunyai risiko pencemaran yang tinggi kerana

kedudukannya dalam kitaran hidrologi yang mempunyai kadar imbuhan dan luahan yang

tinggi, serta kemajuan teknologi penggerudian yang semakin mantap dan murah.

Pembinaan telaga mendatar, telaga berjejari, empangan bawah tanah dan susupan tebing

sungai adalah kaedah baru yang sedang berkembang untuk memajukan sumber air tanah.

Pencemaran air tanah pula mungkin berlaku apabila tidak ada sistem sanitasi lengkap

yang menyebabkan simpanan air tanah tercemar dengan nitrat yang tinggi dan

mikroorganisma berbahaya, bahan kimia yang meresap memasuki akuifer dengan

bantuan air hujan di tempat pembangunan dan pelupusan sampah, sisa industri yang tidak

dilupuskan mengikut peraturan, aktiviti perlombongan dan lombong tinggal. Penggunaan

bahan kimia yang berlebihan dalam pertanian turut mencemar akuifer air tanah melalui

proses resapan atau larian ke sumber air permukaan (yang merupakan sebahagian kitaran

air tanah). Pencemaran air tanah sukar dikesan dan berbahaya. Ia mungkin dikesan

setelah berada beberapa tahun dalam air yang dikeluarkan.

JAS juga menjalankan pemantauan kualiti air bawah tanah. Pada tahun 200412, sebanyak

274 sampel daripada 122 buah telaga pemantauan kualiti air tanah yang terletak di

kawasan-kawasan mengikut kategori guna tanah seperti pertanian, perindustrian, padang

golf, tapak penstoran radioaktif, pelupusan tapak J.E., kawasan bekalan air, bekas tapak

perlombongan, perbandaran dan luar Bandar di seluruh negara dianalisiskan. Pengukuran

parameter-parameter fizikal kualiti air dibuat secara in-situ manakala parameter kimia

dan biologi dianalisis di makmal. Parameter in-situ adalah suhu, pH, konduktiviti,

turbidity, salinity dan oksigen terlarut. Parameter seperti bahan kimia organik meruap (

12 Laporan Tahunan 2004, JAS

Page 21: Pencemaran Air

Volaatile Organic Compound - VOC ), hidrokarbon, racun perosak, logam berat, anion,

bakteria, sebatian berfenol, radioaktif, jumlah keliatan dan jumlah pepejal terlarut

dianalisis di makmal.

Lokasi Stesen Pemantauan Kualiti Air Tanah di Sabah dan Sarawak.( Sumber : Laporan Tahunan 2004 Jabatan Alam Sekitar )

Lokasi Stesen Pemantauan Kualiti Air Tanah di Semenanjung Malaysia.( Sumber : Laporan Tahunan 2004 Jabatan Alam Sekitar )

Page 22: Pencemaran Air

5 PENCEMARAN LAUT

Laut mengalami pencemaran daripada banyak sumber. Kapal membuang najis dan sisa

terus ke dalam laut. Sungai mengalirkan bahan kimia sektor pertanian seperti pestisid

dan baja bersama dengan buangan sampah-sarap. Kelodak dari ladang, kuari atau hasil

projek pembangunan dan pembalakan dialirkan ke sungai dan dibawa ke laut bersama-

sama dengan effluen-effluen industri. Sampah-sarap dari pantai yang menjadi tarikan

pelancongan juga dialirkan ke laut. Di samping itu, laut juga dicemari oleh logam-logam

berat seperti merkuri, plumbum, zink dan kadmium. Istilah “logam berat” merujuk

kepada kumpulan unsur yang mempunyai ketumpatan melebihi 5 gm/cm3. Antara

contohnya adalah Pb, Cd, Hg, Ni dan Co.

Stesen Pemantauan Kualiti Tanah Air( Sumber : Laporan Tahunan 2004, JAS)

Page 23: Pencemaran Air

Laut turut dicemari oleh bahan-bahan radioaktif, selain daripada letupan bom nuklear

yang menghasilkan sejumlah besar debu radioaktif, stesen kuasa nuclear menggunakan

air untuk penyejukan semasa operasinya dan membuang sisa air yang mengandungi

bahan radioaktif ke lautan. Dalam masa antara 1967 - 1983, kir-kira 95,000 tan sisa

radioaktif telah dibuang ke dalam laut oleh kuasa-kuasa besar barat. Kapal-kapal selam

yang menggunakan tenaga nuklear juga menyebarkan sejumlah kecil bahan radioaktif ke

dalam laut. Pencemaran semulajadi juga berlaku di laut di mana minyak, yang

merupakan saki baki fosil tumbuhan yang terdiri daripada hidrokarbon, menyerap ke

dalam laut di kebanyakan kawasan pantai.

Limpahan minyak akan menutup permukaan lautan dan membunuh hidupanliar di laut.

Sisa pejal seperti sampah sarap lautan seperti pukat dan alat pembungkus akan

memerangkap hidupan liar seperti burung laut, ikan dan mamalia menyebabkan mereka

lemas atau cedera. Najis mengandungi bakteria, virus dan telur parasit. Ia juga

mengandungi nutrient yang diperlu oleh rumpai air, jika membiak dengan cepat akan

menutupi permukaan laut. Rumpai air mungkin menyumbatkan insang ikan. Logam

berat seperti tembaga dan raksa serta racun kimia termasuk pestisid, akan terbina dalam

rantaian makanan apabila dimakan oleh haiwan plankton dan akhirnya haiwan bahagian

atas rantai makanan akan memperolehi bahan pencemar pada paras yang tinggi.

Menurut Laporan Rancangan Malaysia Ke-8, pemantauan air laut ( berasaskan contoh

yang dikumpulkan daripada 237 stesen ) menunjukkan bahawa pencemar utama perairan

pantai di semua negeri adalah minyak dan gris, jumlah pepejal terampai dan bakteria

Escherichia coli (E. coli). Hampir 94 peratus daripada contoh tersebut dicemari oleh

minyak dan gris, 73 peratus oleh jumlah pepejal terampai dan 30 peratus mengandungi

bakteria E. coli.

Jabatan Alam Sekitar dalam Laporan Tahunan 2004 melaporkan 13 kes pencemaran

marin yang berpunca daripada tumpahan minyak. Kejadian tumpahan minyak adalah

disebabkan oleh insiden perlanggaran kapal, perbuatan pembuangan sisa minyak yang

disengajakan atau tumpahan minyak yang dihanyut daripada perairan negara-negara jiran.

Page 24: Pencemaran Air

Maka di bawah Rancangan Kontigensi Kebangsaan Kawalan Tumpahan Minyak

(RKKKTM), peralatan kawalan tumpahan minyak telah disediakan di lokasi-lokasi

strategik bagi mengawal tumpahan minyak yang mungkin berlaku.

Lokasi serta keupayaan peralatan kawalan tumpahan minyak di Malaysia.Pantai Barat Semenanjung : 122.7 KB, Pantai Timur Semenanjung : 44.3 KB, Sabah &

Sarawak : 102.5 KB(Sumber: Laporan Tahunan 2004 Jabatan Alam Sekitar)

KB : Kilo Barrel / PAJ : Petroleum Association of Japan / MARDEP : Marine Department / PIMMAG : Petroleum Industry of Malaysia Aid Group

JAS menjalankan latihan kawalan tumpahan minyak di Kota Kinabalu, Sabah pada 24 Jun 2004( Sumber : Laporan Tahunan 2004 JAS)

Aktiviti pembersihan pantai akibat tumpahan minyak.( Sumber : Laporan Tahunan 2004 JAS )

Page 25: Pencemaran Air

Operasi bersama pengawasan udara telah dilaksanakan oleh JAS, Pasukan Polis Udara

dan Unit Tentera Udara Kementerian Pertahanan, untuk mengenal pasti pembuangan

haram minyak dan sisa di Selat Melaka dan Laut Cina Selatan.

Malaysia dikurniakan dengan banyak pulau yang kaya dengan sumber akuatik. Kualiti

air marin memainkan peranan yang penting dan merupakan faktor yang kritikal dalam

penjagaan sumber semulajdi ini. JAS menjalankan Program Pengawasan Kualiti Air

marin Pulau-pulau sejak tahun 1998. Ini melibatkan 71 buah pulau terpilih dengan 85

buah stesen pengawasan, iaitu 3 buah pulau pembangunan; 25 buah pulau peranginan; 38

buah pulau taman laut dan 5 buah pulau yang dilindungi.

6 MENANGANI MASALAH PENCEMARAN AIR

Selain dari agensi kerajaan seperti JAS yang menjalankan perancangan, pelaksanaan dan

pemantauan mengenai masalah pencemaran air, instituisi pengajian tinggi dan pelbagai

pihak turut melibatkan diri dalam usaha penerokaan teknologi-teknologi baru atau

pendekatan-pendekatan yang lebih efisien untuk menangani masalah ini.

UKM Dan Sirim Berhad telah mencipta dua alat mengkesan pencemaran air13 yang boleh

dibawa ke mana-mana serta menggunakan konsep pakai dan buang untuk pemantauan

awal pencemaran air. Sebelum ini kerja-kerja mengesan pencemaran yang menggunakan

kaedah konvensional memerlukan sampel harus dibawa balik ke makmal untuk diuji kaji

terlebih dahulu. Kedua-dua alat itu yang dikenali sebagai PhenolSens dan Skrin

Elektrode Bercetak dihasilkan melalui kajian yang dipanggil Alat Pengesan Pantas Bio

Bagi Pengesanan Pencemaran Fenol Dalam Persekitaran Akuatik. Phenolsens boleh

mengesan bahan cemar air seperti sebatian fenol yang boleh menyebabkan kanser dalam

persekitaran akuatik berdasarkan kaedah optik. Reka bentuk pengesan bio ini terdiri

13 http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=219732_14 September, 2006 16:29 PM

Page 26: Pencemaran Air

daripada dua lapisan filem bahan polimer komposit yang mengandungi reagen berwarna

manakala enzim yang peka kepada fenol terpegun dalam lapisan biopolymer. Apabila

dicelupkan ke dalam air, reagen tersebut akan bertukar kepada warna hijau bagi

menunjukkan kualiti air yang normal atau merah untuk menunjukkan kehadiran fenol.

Selain fenol, ia boleh mengesan kehadiran ketakol dan m-kresol dan mempunyai

kestabilan rangsangan yang baik serta jangka hayat sekurang-kurangnya tiga bulan.

Sementara itu, Skrin Elektrod Bercetak pula direka bentuk secara mengintegrasi

komponen biologi, kimia dan fizik bagi membolehkannya mengesan pelbagai bahan

kimia secara spesifik dalam makanan dan persekitaran, khususnya air. Ia adalah

teknologi pengesan bio elektrokimia yang menggunakan skrin elektrod bercetak, di mana

elektrod itu boleh dicetak. Bahan biologi seperti enzim disalutkan di atas skrin elektrod

bercetak bersama satu bahan polimer untuk memerangkap bahan enzim yang mana akan

mengukur tahap bahan cemar dalam makanan dan air. Skrin elektrod bercetak itu

digunakan bersama alat meter pengesan elektron dan apabila dicelupkan ke dalam air,

akan mengesan kehadiran elektron yang dihasilkan akibat pencemaran. Alat ini mampu

mengesan formaldehid (bahan pengawet) dalam makanan laut seperti ikan, perisa

monosodium glutamate dalam makanan, racun makhluk perosak dalam sayur-sayuran,

amonia dan sebatian fenol dalam air. Akan tetapi, kaedah konvensional akan terus

digunakan untuk mengesahkan pencemaran kerana ianya lebih tepat serta mematuhi

kehendak perundangan.

Coastal Resources Risk Index (Corri)

Coastal Resources Risk Index (Corri)14 adalah suatu penilaian terhadap kesan

pencemaran air terhadap produktiviti sumber asli pinggir pantai. Sumber-sumber asli

pinggir pantai seperti paya, bakau, muara, tanah alluvial, flora dan fauna perlu dipulihkan

bagi kepentingan keseimbangan ekosistemnya. Kebanyakan aktiviti sosio-ekonomi

seperti pertanian, perikanan dan pelancongan adalah terletak di kawasan pinggir pantai

dan amat bergantung kepada sumber-sumber asli tersebut. Produktiviti sektor ekonomi

ini akan terjejas jika berlaku pencemaran terutamanya pencemaran air yang berpunca dari

14 Cadangan Pembangunan Coastal Resources Risk Index (Corri) Bagi Menilai Kesan Pencemaran Air Terhadap

Produktiviti Sumber Asli Pinggir Pantai. http://www.nahrim.gov.my/services-research-06.html

Page 27: Pencemaran Air

sisa penggunaan bahan kimia pertanian, sisa buangan industri, air kumbahan domestik

yang akan memberi impak kepada produktiviti sumber asli pinggir pantai.

Tahap sensitif sumber asli pinggir pantai termasuk sumber pertanian dan perikanan

terhadap pencemaran air perlu dikaji dengan menggunakan Environmental Sensitivity

Index dan Water Quality Modelling. Dengan mengetahui tahap sensitif sumber asli

berkenaan, risiko sumber asli pinggir pantai tersebut akan dapat dikenalpasti dan

dinilaikan seterusnya ‘Coastal Resource Risk Index’ iaitu satu indeks yang digunakan

untuk menilai impak pencemaran ke atas sumber asli pinggiran pantai akan dapat

dibangunkan.

Malaysia masih lagi belum mempunyai ‘Coastal Resource Risk Index’ dalam menilai

impak pencemaran ke atas sumber asli pinggiran pantai. Perkara ini amat perlu diberi

penekanan dan perhatian yang serius bagi memastikan pelan perancangan pembangunan

dapat diatur supaya kesan pencemaran dari aktiviti pembangunan tidak akan menjejaskan

hasil pendapatan negara yang diperolehi melalui aktiviti sosio-ekonomi yang bergantung

kepada sumber asli pinggiran pantai.

Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber-Sumber Semulajadi

Sumber semulajadi, terutamanya sumber air yang bersih, terus menjadi penting kepada

pembangunan negara. Dengan kesedaran dan peningkatan permintaan dan tekanan

terhadap sumber air, penggunaan sumber air perlu dipantau dan diurus bagi memastikan

pembangunan yang mampan. Langkah menyepadukan lagi aspek alam sekitar ke dalam

perancangan dan pengurusan guna tanah juga hendak diambil. Impak alam sekitar

terhadap cadangan guna tanah hendak dinilai pada peringkat perancangan dan penilaian

strategik alam sekitar.

Pihak berkenaan hendak merangkakan garis panduan perancangan fisikal untuk

memastikan pembangunan yang mampan meliputi pembangunan kawasan pantai, pulau,

kawasan terbuka, kawasan perumahan, kolam tadahan, pelupusan sisa pepejal,

pemuliharaan pokok-pokok dan kawasan sensitif alam sekitar agar penjagaan sumber air

terus diutamakan.

Page 28: Pencemaran Air

Pembangunan yang menjejaskan kawasan hutan simpan semulajadi perlu diawasi.

Aktiviti pembalakan yang berlebihan serta pembangunan tanah secara besar-besaran

boleh mengakibatkan pupusnya hutan, hakisan yang serius dan pengurangan kawasan

tadahan, yang boleh mendatangkan kesan ke atas cuaca, suhu, sumber air dan kualiti

tanah serta pencemaran pantai. Usaha mengurus sumber hutan secara mampan telah

dipertingkatkan oleh kerajaan dan hutan pelbagai guna digalakkan. Pada tahun 200015,

hutan simpanan kekal adalah berjumlah kira-kira 14.33 juta hektar berbanding dengan

14.29 juta hektar pada tahun 1995.

Pencemaran sumber air dan pencerobohan pembangunan ke dalam kawasan hutan

simpanan dan kawasan tadahan air adalah di antara beberapa factor yang menyebabkan

kekurangan bekalan air di beberapa negeri di Malaysia. Maka kerajaan telah

menubuhkan Majlis Sumber Air Negara pada tahun 1998 untuk menyediakan forum bagi

menentukan pendekatan yang menyeluruh terhadap perancangan dan pengurusan sumber

air.

Kesedaran Alam Sekitar

Sebagai satu alat untuk mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat, pendidikan mengenai

alam sekitar telahpun diperkenalkan di dalam kurikulum sekolah untuk peringkat atas

sekolah rendah sejak 1986 menerusi mata pelajaran 'Manusia dan Alam Sekitar'. Mata

pelajaran tersebut adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan, tanggapan dan

mewujudkan sikap positif terhadap alam sekitar menerusi pendekatan yang bersepadu.

Manakala di peringkat ijazah, terdapat kursus yang meliputi perkara-perkara mengenai

alam sekitar seperti kawalan pencemaran, pengurusan alam sekitar dan teknologi kawalan

alam sekitar . Program pendidikan dan kesedaran mengenai alam sekitar juga dijalankan

secara tidak formal oleh berbagai agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukarela dan

sektor swasta. Di samping itu, berbagai kempen diadakan oleh kerajaan dengan

kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan untuk menggalakkan penggunaan

15 Rancangan Malaysia Ke Lapan (2001-2005) :Bab 19 : Alam Sekitar Dan Pengurusan Mampan Sumber Asli II : Kemajuan, 1996-2000 para 19.07

Page 29: Pencemaran Air

air secara bijak dan pemuliharaan sungai, terutamanya melalui kempen tahunan Cintailah

Sungai Kita. Namun pencemaran alam sekitar kekal menjadi agenda utama masyarakat

hari ini. Adalah masanya untuk kementerian pelajaran memperkasakan kurikulum

sekolah agar nilai murni mencintai alam sekitar terus diterap melalui mata pelajaran teras,

dan bukannya melalui mata pelajaran sampingan seperti masa sekarang.

7 PENUTUP

Sering kali jika timbul satu-satu isu, yang menjadi sasarannya ialah pihak

yang berada paling hampir dengan punca masalah itu. Jika diperhatikan senario ini,

hakikatnya, inilah masalah utama yang dihadapi iaitu soal mengambil tanggungjawab

masih jarang dipraktikkan. Tiada pihak yang berani atau sanggup mengakui kesilapan.

Malah masing-masing tuding-menuding mencari kesalahan orang lain. Akhirnya

masalah yang wujud bukan sahaja berlanjutan malah semakin serius. Yang menjadi

mangsa ialah rakyat - kita semua.

Hakikatnya, kerjasama secara bersepadu memainkan peranan penting kerana alam sekitar

adalah tanggungjawab semua. Bukan pihak berkuasa atau pihak

tertentu sahaja yang terlibat. Dalam hal ini semua memerlukan air. Masalah sekarang

ialah kita tiada pengurusan bersepadu di peringkat makro. Sebenarnya undang-undang

sedia ada sudah cukup untuk menghalang bencana buruk

berlaku. Malangnya kelemahan penguatkuasaan sering menggagalkan usaha murni itu.

Ketika ini, tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa bagi mengatasi masalah

sumber air berbau ialah dengan menutup pusat pelupusan sampah yang dikatakan

punca pencemaran atau leachate. Pusat pelupusan sampah Hulu Kembong yang

dikatakan punca pencemaran atau leachate diarah tutup Disember 2006 ini. Namun jika

setiap kali masalah air berbau dihadapi, setiap kali itu juga tindakan sama diambil, maka

masalah ini dilihat tidak akan selesai sampai bila-bila. Malah ia akan timbul dari semasa

ke semasa dalam wajah baru dengan pokok persoalan serupa iaitu pencemaran sungai.

Page 30: Pencemaran Air

Pengarah Institut Pengurusan Alam Sekitar dan Sumber Air (IPASA), Universiti

Teknologi Malaysia, Prof. Dr. Zaini Ujang berkata16, punca pencemaran air yang

paling ketara adalah akibat perubahan guna tanah dari hutan simpan kepada

aktiviti seperti pertanian, perumahan dan industri. Menurutnya lagi, krisis air bukan

sahaja melibatkan masalah bau tetapi juga banjir selain kemarau panjang seperti yang

berlaku pada tahun 1997. Sehubungan itu, beliau yang juga Naib Presiden Persatuan Air

Antarabangsa mencadangkan agar Pelan Induk Nasional Pengurusan Kawasan Tadahan

Air digubal untuk menjadi satu garis panduan lebih efisien dalam menguruskan

kawasan tadahan air. Dalam hubungan ini, masalah pencemaran air sungai bukanlah satu

isu baru bahkan telah bertapak selari dengan kemajuan pesat pembangunan negara.

Yang pasti, krisis kualiti bekalan air yang tidak mencapai tahap kepuasan

pengguna telah mula mengisi dimensi pengurusan air di Malaysia. Dan ini

mungkin merupakan satu lembaran baru ke arah masa depan dalam menangani

masalah pencemaran air. Paling penting, selepas ini rakyat tidak lagi tertanya-tanya siapa

sebenarnya bertanggungjawab menyebabkan sungai tercemar - kerajaan pusat,

kerajaan negeri, JAS, industri atau pihakpihak lain!

16 Menangani krisis air. Utusan Melayu, 23rd April 2006. http://www.monitoringglobalisation.org/index.php?option=com_content&task=view&id=337&Itemid=46