pena ketua pengarangjul - sep 2016 207 1 pena ketua pengarang a lhamdulillah merafak kesyukuran...

106
1

Upload: others

Post on 03-Jan-2020

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

1Jul - Sep 2016 207

PENA KETUA PENGARANG

Alhamdulillah merafak kesyukuran kepada Yang Maha Esa di atas nikmat kesihatan yang baik seraya rezeki yang dilimpah-kan kepada kita dalam menongkah arus perjalanan kehidupan

dalam mencari keredhaanNya. Sebagaimana telah kita sedia maklum, dalam tempoh ini pelbagai hari peristiwa yang mencalit tentang pergorbanan telah kita raikan seperti Hari Raya Aidil Adha, Hari Kemerdekaan, Hari Pahlawan, Hari Penubuhan Malaysia dan tidak dilupakan juga Hari Angkatan Tentera Malaysia. Hatta, bersempena dengan peristiwa-peristiwa tersebut, terpalit diri untuk menyampaikan serta memperingatkan akan semangat perjuangan yang harus terus dipupuk dalam jiwa selaku warganegara juga sebagai anggota badan beruniform. Keamanan dan keharmonian yang dikecapi kini umum diketahui adalah hasil keperihan dan pengorbanan insan-insan terdahulu, selayaknya digelar pejuang, bermati-matian dalam usaha untuk mengembalikan kedaulatan Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu. Semangat kepahlawanan serta keberanian jelas terpampang di setiap bait tuturcara, tingkah laku serta pemikiran setiap individu dengan tujuan yang satu iaitu demi mengembalikan senyuman serta gelak tawa pada generasi mendatang. Oleh hal yang sedemikian, pengorbanan pejuang-pejuang ter-dahulu janganlah dipersia begitu sahaja. Usai sudah peranan mer-eka dan kini kita selaku penyambung warisan, harus memainkan karakter sebagai pembela nusa dan bangsa dengan terus berjuang, terus bekorban dan terus berusaha mengekalkan apa yang dikecapi kini. Benar, ada mungkin kita tidak punyai kekentalan seumpama Lt Adnan, tidak punyai keberanian seumpama Kapt Hassan serta tidak segagah pejuang-pejuang lagenda pada masa dahulu. Namun, tidak mustahil untuk kita miliki semua itu sekiranya semangat pengor-banan telah kita pupuk dan pujuk dalam jiwa ini dari masa ke semasa. Suka diingatkan juga bahawasanya keinginan ini tidak akan ter-capai andai terasnya tidak dikuasai terlebih dahulu. Sejajar dengan tema Hari Kebangsaan Ke-59, “Sehati Sejiwa”, itulah teras utama dalam menggapai objektif tersebut di mana tanpa perpaduan dan semangat bersatu, ketumbukan ini akan menjadi goyah dan rapuh. Malah sejarah telah membuktikan, hanya dengan perpaduan yang utuh barulah berjaya tertubuhnya sebuah negara bernama Malaysia. Justeru, marilah kita memupuk nilai perpaduan yang telah terbentuk berkurun lama agar warna keharmonian kekal selamanya. Dikesempatan ini juga, saya ingin menyeru kepada semua warga Angkatan Tentera Malaysia khususnya dan para pembaca amnya agar pejuang-pejuang negara khasnya anggota-anggota veteran terus dihargai dan diingati kerana perit jerih merekalah yang memberi peluang serta ruang untuk kita mengecapi nikmat kemerdekaan dan kedaulatan. Dirgahayu oh tanah airku.

“ S e l a k u p e n y a m b u n g warisan, harus memainkan karakter sebagai pembela nusa dan bangsa dengan t e r u s b e r j u a n g , t e r u s bekorban dan terus berusaha mengekalkan apa yang dikecapi kini”

2

Isi Kandungan

Paparan MenarikBu

lanan

04 | Bersama Pemimpin 55 | Trup TD

58 |MKTD 59 | Medan Barat

62 | Medan Timur/1 Div

69 | MK Latihan

70 | 2 Div 76 | 3 Div 80 | 4 Div

48| IJCET Uji Kepakaran Dua Negara

50| Eks Taiha Tombak Perkukuh Hubungan

38| Pengerusi RAD Diraikan

94 | PW I Norizah Pemanah Negara

3Jul - Sep 2016 207

www.btdmonline.net | 207

Sidang Editorial

RencanaAgam

a

PENAUNGJen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor

KETUA PENGARANGMej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor

PENASIHAT KEWARTAWANANKol Zulkifli Dato’ Hj TahirKol Mohamad Fauzi Abdul Majid

PENGARANGLt Kol Hj Ahmad Nazran Hj Ashari

PENOLONG PENGARANGKapt Aminin Hafizhin Minhad

WARTAWANSjn Saiful Fazley Rusli, Kpl Nurulhaswani Ruzaini, LKpl Ainur Aisyah Yahaya, En Luqmanul Arif Abd Karim dan Cik Tengku Norsuraya Tengku Abd Rahman

JURUGAMBARPW II Mohd Shahril Mat Ali dan Sjn Vijay Gaundar Arikrishnan

GRAFIKSSjn Nor Rizam Hamad dan En Mohd Rizal Ghazali

KORESPONDEN

TRUP TD Kapt Muhammad Arajah Benjare, Sjn Mohd Shahrul NizamKpl Amuthan Paraman, Pbt Nurul Hanis Suhaimi,Pbt Najeeha Nordin

MEDAN BARAT Mej Suria Sulaiman, Kpl Mohd Qayyum Ismail,LKpl Fawzia Idayu, Pbt Zahiruddin Abdullah

MEDAN TIMUR/1 DIVISYENKapt Siti Rabia Aldania Johari, SSjn Azli Md Mustafa, Kpl Wan Muhammad Azim Wan Ibrahim, Kpl Chung Nyek Chu, Sjn Lim Rantai dan Pbt Mohamad Alif Hj Abd Rahman

2 DIVISYENSSjn Vashantha Kumari Suppiah, Kpl Eylas Mamat, LKpl Mohamad Yusri Yusof, LKpl Mohd Hafiz Che Hanafi, Pbt Safrin Juani

3 DIVISYENSSjn Rose Ainullah Ahmad, Kpl Mohd Rozaini Abd Rahman, Kpl Yuszailan Mohd Yusof, Pbt Siti Fatin Shafina Ghazali

4 DIVISYENMej Aisyah Ismail, Sjn Roslan Idris, Sjn Jamaliah Hj Mat, Sjn Che Azham Che Rahman, Kpl Fatin Izzati Amir, Kpl Mohd Ikram Mohammadon, Kpl Mohd Fauzi Abdul, Kpl Mohd Zulkifli Awang, LKpl Siti Zubaidah Ramlan,

KUALA LUMPURMej (Ust) Ramizi Remli, SSjn Taha Mohd Taib, Kpl Mohd Nazer Abu Bakar dan LKpl Mohd Nazari Ramli

BTDM mengalu-alukan artikel, idea dan kritikan anda agar dapat dikongsi bersama. Setiap surat atau artikel perlu ada nama penuh dan di tandatangani. Segala sumbangan

artikel boleh disalurkan terus kepada:

Pengarang BTDM, Tingkat 8-11,Markas Tentera Darat,

Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak,50634 KUALA LUMPUR

ataue-mail: [email protected]

Faks: 03-26985536/03-26923195Tel: 03-20716290

18| Perwira-perwira 1957Artikel berkisar perwira-perwira pada era kemerdekaan negara seperti Dol Said, Dato’ Bahaman dan pejuang seangkatan mereka

22| Sehati Sejiwa: Satukan Rakyat MalaysiaTema Sambutan Hari Kemerdekaan sememangnya menggambarkan situasi terkini akan perpaduan rakyat Malaysia

34| Bingkisan Sang PahlawanArtikel yang menyentuh budaya masyarakat kini dalam menghargai pahlawan-pahlawan dan apakah erti seorang pahlawan

90| Inspirasi Kemerdekaan IslamKisah-kisah kemerdekaan yang boleh dijadikan inspirasi untuk mendalami erti kemerdekaan sebenar dari sudut agama.

92| Korban Pemangkin KemerdekaanKisah pengorbanan Nabi Ibrahim menjadi dorongan para pejuang tanah air dalam menerapkan semangat rela berkorban demi menuruti perintah agama

41| Air Mata Pejuang Yang Tidak Didendang

94 | PW I Norizah Pemanah Negara

4

Oleh: Luqmanul Arif Abdul Karim Gambar: LKpl Ainur Aisyah Yahaya

KUALA LUMPUR: Seramai 33 pegawai serta 583 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlibat dalam Perbarisan Sempena Hari Ulang Tahun ATM Ke-83 yang disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin di Dataran Panglima Tentera Darat pada 19 Sep 2016. HUT ATM pada tahun ini masih mengekalkan tema pada ta-hun lepas iaitu ATM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara yang mana sebanyak 15 Panji-panji Rejimen serta Skudron Perkhidmatan ATM terlibat secara langsung dalam perbarisan kali ini. Dalam perbarisan ini turut menyaksikan seramai 10 warga ATM menerima Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) dan 10 kakitangan awam Kementerian Pertahanan menerima Sijil Kepujian PAT manakala penerima Anugerah Kesiagaan PAT bagi Perkhidmatan TDM dianugerahkan kepada Markas 21 Grup Gerak Khas dan TLDM pula dianugerahkan kepada Markas Angkatan Kapal Selam serta perkhidmatan TUDM dianugerahkan kepada Pangkalan Udara Butterworth. Dalam ucapan PAT, beliau menzahirkan sukacitanya den-gan mengucapkan sekalung tahniah serta syabas kepada kon-tinjen perbarisan yang mempersembahkan satu perbarisan yang cukup bersemangat, segak dan mantap pada hari ini. “Walaupun kita terpaksa menempuhi hutan belan-tara, gelora samudera dan ribut angkasa, namun bak sumpah pahlawan silam, biar guruh berdentum di langit, walau bumi berkeping dua, angkatan kita tidak akan se-sekali berundur serta membiarkan petualang dan anasir yang cuba menangguk di air keruh atau mengganggu-gugat keamanan dan kestabilan bumi merdeka ini,” ujarnya. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Abdul Abdul Rahim Mohamad Radzi, PTD, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, PTU, Jen Tan Sri Dato’ Sri Roslan Saad TUDM, Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Dato’ Anuwi Hassan dan mantan-mantan panglima ATM.

5Jul - Sep 2016 207

Tahun ATMMenjadi Benteng Negara

“angkatan kita tidak akan sesekali berundur serta membiarkan petualang dan anasir yang cuba menangguk di air keruh”.....

6

Oleh: Luqmanul Arif Abdul Karim

KUALA LUMPUR: Penaung Tabung Pahlawan, Datin Sri Rosmah Mansor menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Tabung Pahlawan Tahun 2016 bertempat di hotel terkemuka sekitar Kuala Lumpur pada 31 Jul 2016. Tujuan utama pelancaran adalah untuk memberi bantuan kebajikan sebanyak RM500.00 kepada Veteran Kelainan Upaya (VKU) serta penghidap penyakit kronik seramai 2,000 orang malahan menyalurkan bantuan elaun sara hidup bula-nan RM300.00 kepada veteran dan balu yang daif yang tidak layak menerima bantuan kebajikan yang disediakan oleh kerajaan.

Tambahan dari itu, majlis ini turut memberi bantuan wang tunai kepada veteran serta balu yang terlibat dalam musibah serta bencana alam malahan memberi bantuan peralatan perubatan seperti tongkat dan kerusi roda kepada VKU serta balu yang cacat. Dalam ucapannya beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Tabung Pahlawan kerana tidak menge-nal jemu membela nasib veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM). “Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa ber-satu memberi penghargaan yang sewajarnya kepada kepada pahlawan negara yang masih berkhidmat atau sudah tiada kerana sehingga ke hari ini telah ramai perajurit terkorban dalam mempertahankan negara kerana mereka sanggup di-hujani peluru, bermandikan darah dan keringat serta nyawa di badan menjadi taruhan asalkan ibu pertiwi aman sejahtera daripada ancaman musuh negara,”ujarnya. Turut hadir Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd. Johari Baharom, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Dr. Hj Zulkifeli Hj Mohd Zin, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badarudin dan Timbalan Panglima Tentera Udara Lt Jen Datuk Sri Affendi Buang.

Tabung Pahlawan Hargai Perwira Negara

LAWATAN RASMI…Chief of Army Staff (COAS) of the Pakistan Army, Gen Raheel Sharif melakukan Kunjungan Hormat ke atas Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Dr Hj Zulkifeli Mohd Zain sempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia dan diiringi Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Pejabat PAT pada 17 Ogos 2016. - Luqmanul Arif Abdul Karim

B E R S A M A P E M I M P I N

MESRA.. .Kunjungan Hormat Commanding General United States Army Pacific (USARPAC), Gen Robert B. Brown disambut mesra oleh Panglima Tentera Darat (PTD) Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Pejabat PTD pada 26 Sep 2016.

CERGAS…Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bersama seluruh warga Akademi Tentera Darat (ATD) melakukan aktiviti berlari sambil mela-wat keseluruh kawasan ATD selepas berakhirnya Perbarisan Pengoperasian ATD pada 2 Sep 2016.- Luqmanul Arif Abdul Karim

7Jul - Sep 2016 207

B E R S A M A P E M I M P I N

Oleh: Luqmanul Arif Abdul Karim

KUALA LUMPUR: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah berkenan mencemar duli menunaikan Solat Jumaat dan Khutbah Khas Sempena Hari Pahlawan 2016 bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan pada 29 Jul 2016. Khutbah Jumaat dibacakan oleh Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Mej Jen Dato’ Hj Kamarudin Hj Mamat bertajuk Semangat Kepahlawanan Sumber Kekuatan Ummah yang mengajak je-maah untuk sama-sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Selain itu, khutbah turut menyeru jemaah agar mencontohi keperibadian Sultan Muhammad Al-Fateh bersama tenteranya yang berjaya menawan Kota Konstantinopel kerana berkat ke-peribadiannya serta bala tenteranya sentiasa mengambil berat tentang solat

berjemaah, Solat Sunat Rawatib serta Solat Sunat Tahajud dilaksanakan se-belum menghadapi musuh di medan peperangan. “Ummah dan barisan pertahanan negara dituntut supaya sentiasa ber-siap sedia sepanjang masa menghadapi kedatangan musuh dengan berterusan mengkaji serta mengadaptasi pen-galaman Rasulullah SAW memasuki medan memerangi musuh islam yang nyata,”tegasnya.

Turut hadir Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badarudin dan Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Roslan Saad (TUDM).

Khutbah Khas Jumaat Sempena Hari Pahlawan

KUALA LUMPUR: Chief of Army Staff (COAS) of the Pakistan Army, Gen Raheel Sharif, melakukan Kunjungan Hormat ke atas Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Pejabat PTD pada 17 Ogos 2016. Terdahulu dari itu, ketibaan beliau di perkarangan Kementerian Pertahanan disambut oleh PTD lalu menerima tabik hormat dari Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) diiringi oleh Pancaragam Pusat RAMD. Kunjungan tersebut merupakan siri lawatan rasmi beliau ke Malaysia dalam mengukuhkan hubungan kerjasama ketenteraan yang sedia terjalin antara Tentera Darat Malaysia dan Tentera Darat Pakistan. Turut hadir, Ketua Staf Markas Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Abdul Halim Hj Jalal, Asisten Ketua Staf (AKS) Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Suhaimi Hj Mohd Zuki serta AKS Operasi dan Latihan Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar.- Mohd Rizal Ghazali, Gambar: Luqmanul Arif Abdul Karim

Lawatan Rasmi COAS Pakistan

8

B E R S A M A P E M I M P I N

Oleh: Kapt Aminin Hafizhin Minhad Gambar:Luqmanul Arif Abdul Karim

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menyem-purnakan Majlis Korban/Aqiqah Masjid Khalid Al-Walid KEMENTAH (MKWK) bagi Tahun 1437H/2016M bertempat di MKWK pada 12 Sep 2016. Program ini dibahagikan kepada dua peringkat iaitu per-ingkat pertama dimulakan dengan Solat Sunat Aidil Adha diimamkan oleh Mej Mohd Nizam Dato’ Hj Termizi Al-Hafiz dan khutbah bertajuk Mulianya Pengorbanan disampaikan oleh Timbalan Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan, Kol Hj Muhammad Saudi Kassim. “Umat islam perlu berkorban dalam beberapa aspek penting seperti berkorban masa, tenaga dan fikiran dengan mengutamakan perkara wajib pada perspektif agama ber-banding perkara lazim dalam kehidupan serta hendaklah berusaha mendahulukan solat fardhu berbanding aktiviti sukan atau kebajikan sosial bersama rakan-rakan sehingga ada yang terleka dengan permainan yang melalaikan daripada mengingati Allah dan membawa kemudaratan,”tegas khatib. Acara diteruskan lagi dengan pelaksanaan peringkat seterusnya iaitu ibadah korban dengan sebanyak 22 ekor lembu dikorbankan, dua ekor daripadanya adalah sumbangan Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Hishamudin Tun Hussein, empat ekor pula daripada Parlimen Titiwangsa dan Setiawangsa manakala yang lain adalah daripada penyertaan persendirian.

Aidil Adha MKWK Disambut Meriah

KUALA LUMPUR: Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah berangkat menun-aikan Solat Jumaat dan mendengar Khutbah Khas Sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertempat di Masjid Khalid Al-Walid pada 9 Sep 2016. Khutbah Jumaat dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Brig Jen Dato’ Hj Mustafa Hj Abdul Manap bertajuk 83 Tahun ATM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara yang mana mengajak jemaah untuk mensyukuri terhadap keamanan yang dikurniakan Allah S.W.T melalui keteguhan serta kesiapsiagaan ATM dalam mempertah-ankan kedaulatan negara. Pada masa yang sama, mimbar me-nyeru ummah untuk tidak melupakan jasa serta bakti pejuang terdahulu sa-mada yang masih hidup atau telah tiada dalam mempertahankan kedaulatan tanah air ini.

Khutbah Khas SempenaHUT ATM Ke-83

“Meskipun tanggungjawab utama mempertahankan kedaulatan negara terletak di bahu pejuang ATM, namun sumbangan seluruh masyarakat amat diperlukan selaras dengan peneguhan iman kepada kepada Allah S.W.T yang menjanjikan tukaran yang jauh lebih baik kepada setiap orang yang berjuang untuk mempertahankan negara seiring dengan menegakkan syiar dan ajaran islam,”tegas khatib.

Turut hadir Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin, Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Affendi Buang dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Dato’ Ahmad Fauzi Hj Zahari. - Luqmanul Arif Abdul Karim

Turut hadir Pegawai-pegawai Kanan ATM, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan dan 4000 kariah MKWK.

9Jul - Sep 2016 207

B E R S A M A P E M I M P I N

Veteran Kaum Cina TDM Tubuh Persatuan

Oleh: LKpl Ainur Aisyah Yahaya Gambar: PW II Mohd Shahril Mat Ali

KUALA LUMPUR: Seramai 70 ahli Persatuan Veteran Kaum Cina Tentera Darat Malaysia (MACVA) terlibat dalam

KUALA LUMPUR: Ahli Wisma Bintara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hadir dalam Majlis Pecah Tanah Wisma Bintara ATM yang di sem-purnakan oleh Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein bertempat di tapak lama Wisma Bintara ATM pada 27 Sep 2016. Projek Pembangunan Kompleks Wisma Bintara ATM yang bernilai RM45

Bintara ATM Terima Wisma Baharu

juta tersebut merupakan salah satu projek pembangunan semula Wisma Bintara ATM yang telah dirobohkan pada tahun 2013 yang mana bangunan asalnya dibina pada tahun 1978 ber-tujuan membolehkan Ahli-ahli Wisma Bintara ATM melakukan aktiviti-aktiviti sosial, kebajikan dan riadah selain ianya merupakan tempat penginapan bagi

mereka yang belum berumah tangga atau tinggal berjauhan dari keluarga. Dalam ucapan MENHAN, beliau berkata MinDef kini berada di lan-das yang betul kerana mengikut teras-teras utama yang ditetapkan oleh MinDef pada awal tahun iaitu agenda untuk membela kebajikan vateran dan anggota tentera meru-pakann agenda utama yang terdapat didalam lima teras yang ditetapkan. “Dengan adanya majlis pecah tanah ini, maka tertunailah janji saya untuk menjaga salah satu kebajikan anggota kita untuk Bintara-bintara ATM yang selama ini memang cemerlang dan komited serta mempunyai komit-men yang begitu tinggi dan atas ke-cemerlangan yang ditunjukkan inilah balasan yang patut diberikan,” ujarnya Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Abdul Abdul Rahim Mohamad Radzi, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Roslan Saad TUDM, Ahli Parlimen Setiawangsa, Dato’ Ahmad Fauzi Zahari dan Pengerusi LTAT, Senator Laksamana Tan Sri Dato’ Setia Mohd Anwar Hj Mohd Nor (Bersara). - Sjn Saiful Fazley Rusli

Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Hj Abd Karim Hj Husain disaksikan oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Wisma Perwira Tentera Darat (TD) pada 19 Sep 2016. Objektif penubuhan MACVA diada-kan adalah untuk menggalakkan dan mengukuhkan kesatujiwaan keten-teraan, rasa muhibah dan harmoni di kalangan semua veteran selain untuk membantu dan menyokong anggota veteran serta mempromosi konsep program bina bangsa malahan menjadi sumber ilmu kepada ATM manakala untuk permulaannya, MACVA telah merangka tiga projek utama komuniti iaitu program membina semangat ke-anggotaan dan kepimpinan, mewujud-kan motivasi kepada golongan muda untuk menyertai TD serta ceramah kesihatan dan cara hidup yang sihat. Turut hadir Panglima Medan Barat, Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Ketua Staf MKTD, Mej Jen Dato’ Abdul Halim Hj Jalal, Presiden MACVA, Brig Jen Dr Leong Weng Foon (B) dan pegawai-pegawai kanan TD.

Majlis Penyerahan Sijil Pendaftaran MACVA oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV)

10

Oleh: Mohd Rizal Ghazali

KUALA LUMPUR: Seramai 105 orang atlet serta pentadbir sukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diraikan dalam Majlis Malam Anugerah Kecemerlangan Sukan 2015 anjuran Majlis Sukan Angkatan Tentera (MSAT) yang dirasmi-kan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd Johari Baharum ber-tempat di Dewan Perkasa Wisma

Malam Anugerah Sukan MSAT 2015

Perwira ATM pada 24 Ogos 2016. Sebanyak lapan kategori anugerah kecemerlangan sukan diberikan ke-pada atlet-atlet ATM yang berjaya mengharumkan nama ATM di peringkat Luar Negara mahupun dalam Negara. Penerima bagi kategori Anugerah Khas, diberikan kepada Mej Yuhaizam Yahaya (TUDM), manakala Tokoh

Jurulatih Sukan, dirangkul oleh Kapt Subarao Poliah (TUDM), seter-usnya bagi kategori Olahragawan dan Olahragawati, disandang oleh LU I Muhamad Hafizuddin Mat Daud dan PW I Nor Rizah Ishak, manaka-la Johan keseluruhan Sukan Antara Perkhidmatan 2015 disandang oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Dalam ucapan Timbalan MENHAN, beliau berbangga dengan kejayaan dan kecemerlangan yang ditempa oleh ATM hasil daripada usaha ser-ta semangat juang dan komitmen atlet dan juga pentadbir sukan. “Perhatian wajar diberikan terhadap hal-hal meliputi pembangunan sukan di pasukan, penyertaan dalam pertand-ingan setempat, peningkatan fasilitas dan kelengkapan sukan, rancangan kerjaya dan kebajikan para atlet ter-masuk atlet kelainan upaya,” ujarnya. Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Dr. Hj Zulkifeli Mohd Zin selaku penaung MSAT, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor selaku Yang Di-Pertua MSAT, Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato’ Anuwi Hassan, Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Affendi Buang (TUDM).

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri (TPM), Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) hadir dalam

Bacaan Yasin Dan Tahlil Sempena Hari Pahlawan

Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Sempena Hari Pahlawan 2016 bertem-pat di Masjid Putra pada 28 Jul 2016. Terdahulu majlis dimulakan den-gan solat Maghrib berjemaah se-terusnya bacaan Yassin serta Tahlil

B E R S A M A P E M I M P I N

dan diakhiri dengan Solat Isya’ ber-jemaah yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Dato’ Syaikh Hj Ismail Hj Muhammad. Tujuan utama tahlil ini dilaksanakan adalah bagi mendoakan agar sambutan Hari Pahlawan untuk mengenang jasa pejuang dan pahlawan negara yang akan dilangsungkan pada 31 Jul 2016 ber-tempat di Dataran Pahlawan Putrajaya berjalan lancar disamping mendoakan kepada pejuang-pejuang yang sanggup melakukan pengorbanan tertinggi demi kedaulatan negara sehingga terkorban, tercedera serta mengalami kecacatan fizikal ketika berjuang di medan perang. Turut hadir, Menteri Pertahanan, D a t o ’ S e r i H i s h a m u d d i n T u n Hussein, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir Hj Baharom, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mahamed Noor dan Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Seri Roslan Saad. - Mohd Rizal Ghazali

11Jul - Sep 2016 207

B E R S A M A P E M I M P I N

PAMS Kukuhkan Hubungan 34 Negara

KEDAH: Seramai 67 pegawai dan 36 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Tentera Darat Malaysia (TDM) serta 37 pegawai dan tujuh anggota LLP dari pa-sukan Tentera Darat Filipina (TDF) terli-bat dalam Perbarisan Penutup Eksesais Land Malphi Siri 17/2016 bertempat di

Eks Land Malphi Erat Hubungan Dua NegaraRaja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan eksesais ini adalah anjuran sepenuhnya oleh MK 6 Bgd bersama 4 RRD yang dilaksanakan selama 14 hari dari 4 hingga 17 Sep 2016. Objektif utama eksesais adalah bertujuan meningkatkan tahap inter-operability dan military readiness dalam merancang dan melaksanakan operasi bersama sebagaimana situasi peperangan konvensional mengikut persekitaran Malaysia disamping mem-beri peluang kedua-dua pihak bertukar ilmu pengetahuan dan pengalaman khususnya berkaitan organisasi, per-senjataan dan kelengkapan selain mengeratkan hubungan persahabatan ketumbukan TD kedua-dua negara. Turut hadir Panglima Latihan TD, Mej Jen Dato’ Tengku Ahmad Noor Tuan Chik dan Panglima 6 Bgd, Brig Jen Dato’ Dzulkarnain Ahmad. - LKpl Ainur Aisyah Yahaya, Gambar: Sjn Vijay Gaundar Arikrishnan dan Tengku Norsuraya Tengku Abd Rahman

Padang Kawad Batalion Ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja Mekanise (19 RAMD Mek) pada 17 Sep 2016. Majlis penutup eksesais disem-purnakan oleh Chief of Philippine Army, Lt Jen Eduardo Ano bersama Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri

Oleh: Luqmanul Arif Abdul Karim Gambar: LKpl Ainur Aisyah Yahaya

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Malaysia (MENHAN), Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein meras-mikan serta menyampaikan ucaptama pembukaan sempena Majlis Perasmian 40th Pacific Armies Management Seminar (PAMS) yang melibatkan peny-ertaan sebanyak 34 negara bertempat di hotel terkemuka pada 26 Sep 2016. Tentera Darat Malaysia terpilih sebagai negara penganjur untuk

mengkoordinasikan Seminar PAMS pada tahun ini yang bertemakan Unity of Effort, Building Civil-Military Partnership to Counter Violent Extremism yang mana ianya merupakan seminar ke-tenteraan peringkat antarabangsa yang berprestij diadakan setiap tahun. Selain itu, seminar ini juga merupak-an satu medium perbincangan mengenai pengurusan ketenteraan serta berperan-an sebagai platform untuk perkongsiaan

idea yang berupaya untuk meningkat-kan persefahaman yang lebih erat di antara negara-negara yang terlibat. Dalam ucapan MENHAN, beliau me-nyeru seluruh delegasi yang hadir untuk memperkuatkan serta mengeratkan hubungan kerjasama bagi bergand-ing bahu dalam menentang ancaman keganasan terlampau yang pada ketika ini didalangi oleh puak militan Daesh. “Terdapat empat pendekatan yang boleh dilaksanakan untuk mengekang penularan keganasan terlampau iaitu yang pertama adalah melalui Perangkaan Strategi diantara agensi yang terlibat dalam usaha mengekang keganasan sehingga ke akar umbi, manakala pendekatan yang kedua pula adalah tentang mendidik pihak-pihak yang tertentu agar tidak menyertai serta mempunyai minat kepada keganasan, aspek ketiga pula adalah berkenaan perkongsian maklumat tentang penu-laran keganasan dan aspek keem-pat adalah kepimpinan yang mantap dalam menjalankan segala perancan-gan yang dirangka untuk memerangi ancaman keganasan,” ujar MENHAN. Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Commanding General United States Army Pacific (USARPAC), Gen Robert B. Brown, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim dan delegasi asing PAMS.

12

B E R S A M A P E M I M P I N

Oleh: Luqmanul Arif Abdul Karim

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Malaysia (MENHAN) Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein mem-perjelaskan garis panduan untuk me-merangi kemasukan ideologi Daesh daripada menular dikalangan ang-gota tentera khususnya serta rakyat Malaysia amnya semasa ucaptamanya di Majlis Perasmian 40th Pacific Armies Management Seminar (PAMS) bertem-pat di hotel terkemuka pada 26 Sep 2016. Strategi tersebut merangkumi em-pat pendekatan utama iaitu perang-kaan strategi, pembabitan pelbagai pihak, merencana jangkaan dan kepe-mimpinan atau ringkasannya ‘SEAL’. Aspek pertama adalah perangkaan strategi di antara agensi yang terlibat dalam usaha mengekang keganasan sehingga ke akar umbi melibatkan pengenalpastian setiap anggota tentera yang cenderung ke arah keganasan malahan tindakan segera akan diambil jika mereka mempunyai kebarangka-lian yang tinggi untuk menjadi peng-ganas selain pengaplikasian Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), yang mana kerjasama ketenteraan di antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam melaksanakan rondaan di sekitar kawasan tumpuan utama pelancongan serta kawasan yang dike-nalpasti menjadi sasaran pengganas.

MENHAN bentang Strategi Perangi DAESH

Pendekatan kedua pula menekankan penglibatan peringkat dalaman dan luaran yang mana peringkat dala-man perlu dipertingkatkan terlebih dahulu dengan mengamalkan sikap saling percaya dan saling bantu dika-langan agensi-agensi dan seterusnya memperluaskan lagi strategi dengan melibatkan peringkat luaran seperti organisasi badan bukan kerajaan (NGO) bagi mendidik orang ramai tentang ancaman yang muncul selain mendapat-kan maklumbalas bagi merangka pendekatan yang lebih berkesan.

Oleh: Luqmanul Arif Abdul KarimGambar: PW II Mohd Shahril Mat Ali

MELAKA: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor mewakili Panglima Angkatan Tentera (PAT) menyempurnakan Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota Cedera Sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-83 bertempat di Dewan Terendak pada 11 Okt 2016. Majlis ini meraikan seramai 83 anggota ATM terdiri daripada warga veteran dan anggota yang masih berkh-idmat di sekitar Melaka dan Negeri Sembilan, bertujuan untuk menghargai pengorbanan serta jasa mereka yang telah tercedera semasa melaksanakan operasi dan latihan selain membuk-tikan kepada umum bahawa ATM sentiasa menjaga kebajikan warganya.

Anggota Cedera ATM Dirai

Turut hadir, Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Dato’ Fadzil Mokhtar, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat

Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim dan Ketua Staf Markas Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Abdul Halim Hj Jalal.

Seterusnya, pendekatan ketiga pula adalah susulan kejayaan pendeka-tan kedua di mana pengumpulan dan perkongsian maklumat tentang perkara yang berlaku di peringkat akar umbi khasnya berkaitan sentimen awam dapat disalurkan dikalangan agensi dengan lebih efisyen selain penglibatan antarabangsa melalui diplomasi ketenteraan yang mampu memberikan maklumat perisikan se-rantau serta meneruskan pelaburan dalam teknologi meskipun berhadapan dengan persekitaran ekonomi global yang tidak menentu demi berada terus dihadapan daripada aspek risikan. Manakala pendekatan yang terakhir sekali adalah mengenai aspek kepimpi-nan yang membawa definisi bahawa seorang pemimpin perlu memastikan anggota dibawah kepimpinannya ti-dak hilang fokus terhadap masalah utama yang sedang dihadapi malahan seorang pemimpin juga perlulah sen-tiasa tenang dalam menghadapi sesuatu krisis yang mendatang serta mem-berikan sepenuh tenaga dalam men-capai sesuatu objektif yang dirangka. Aspek yang dibentangkan ini me-merlukan kerja keras serta usaha yang berterusan tanpa mengenal me-nyerah kerana dengan nilai bersatu teguhlah dapat membendung ke-ganasan terlampau ini dari menu-lar ke generasi yang akan datang.

13Jul - Sep 2016 207

B E R S A M A P E M I M P I N

Kenaikan Pangkat Pegawai Kanan TD

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat (TD) dan Penganugerahan Sayap Juruterbang Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) bertempat di Wisma Perwira TD pada 28 Sep 2016. Majlis kenaikan pangkat melibatkan seramai 38 pega-wai kanan dari pelbagai Kor dan Rejimen yang mana majlis dimulakan dengan kenaikan pangkat Brig Jen ke Mej Jen yang didahului oleh Brig Jen Dato’ Mohd Nazir Mami yang menjawat jawatan sebagai Asisten Ketua Staf Cawangan Operasi dan Latihan Markas Tentera Darat.

Majlis diteruskan dengan kenaikan pangkat Kol ke Brig Jen iaitu Kol (Dr.) Mohd Rawi Nordin yang men-jawat jawatan sebagai Pegawai Memerintah 94 Hospital Angkatan Tentera dan Kol Jaafar Marlan, menjawat jawatan sebagai Pengarah Cawangan Logistik Markas Tentera Darat serta diikuti seramai empat pegawai dinaikkan pan-gkat dari Lt Kol ke Kol dan 26 pegawai dari Mej ke Lt Kol. Majlis pada kali ini turut melibatkan kenaikan pangkat tiga orang Pegawai Sukarela Askar Wataniah (AW) dari Mej ke Lt Kol dan diakhiri dengan penganugerahan Sayap Juruterbang Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) kepada dua orang pegawai yang menamatkan Kursus Initial Entry Rotary Wing di United States Aviation Centre of Excellence selama setahun. PTD dalam ucapannya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pegawai kanan yang dinaikkan pang-kat serta berharap agar dapat menjalankan tugas dan memikul amanah yang dikurniakan Allah S.W.T dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap organisasi TD. “Gunakan peluang yang diberikan ini dengan sebaiknya untuk memantapkan lagi perkhidmatan anda kepada organisasi dan saya berharap agar ini bukanlah majlis ke-naikan pangkat yang terakhir buat anda semua,”ujar PTD. Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Lt Jen Datuk Dr. Hj Abd Razak Md Yusoff, dan Ketua Staf Markas Tentera Darat (KS MKTD), Mej Jen Dato’ Abdul Halim Hj Jalal, Panglima-panglima formasi, Ketua-ketua Bahagian dan pegawai-pegawai TD. - Luqmanul Arif Abdul Karim

Oleh: Mohd Rizal Ghazali

KUALA LUMPUR: Seramai 850 ang-gota MALBATT 850-4 terdiri dari 76 pegawai dan 774 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) termasuk dua pegawai dan 28 Anggota Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) terlibat dalam Majlis Pemakaian Beret Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Penyerahan Bendera Malaysia serta penghantaran kumpulan pertama MALBATT 850-4 yang disempurnakan oleh Timbalan

Menteri Pertahanan (Timb MENHAN), Dato’ Sri Mohd Johari Baharum bertem-pat di Pangkalan Udara Subang pada 7 Sep 2016. Anggota MALBATT 850-4 men-jalani latihan khusus selama tiga bulan merangkumi latihan perkhidmatan dan intergrasi atau Force Intergration Training (FIT) di Port Dickson mulai 6 Jun hingga 12 Ogos 2016 yang dikawal selia oleh Markas Angkatan Bersama

MALBATT 850-4 Diaturgerakkan(MK AB) yang mana MALBATT 850-4 mengantikan MALBATT 850-3 yang akan menamatkan misi United Nation Interim Force In Lebanon (UNIFIL) setelah berkhidmat selama 12 bulan. Dalam ucapan Timb MENHAN, be-liau mengingatkan anggota MALBATT 850-4 supaya mengekalkan semangat kerjasama dalam satu pasukan dan juga memelihara tahap disiplin yang tinggi disamping mengekalkan imej Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai satu pasukan yang tinggi budi pekerti den-gan menjaga nama Malaysia yang telah menjejak kaki ke bumi Lebanon sejak tahun 2007. “Penglibatan ATM dalam melak-sanakan misi di bawah Panji-panji PBB adalah pengiktirafan dan kepercayaan masyarakat antarabangsa yang berteru-san terhadap kredibiliti, kewibawaan dan profesionalisme ATM dan menjadi tanggungjawab anggota MALBATT 850-4 memastikan pengiktirafan ini agar terus terpelihara,” tegasnya. Turut hadir, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin, Ketua Staf Markas ATM, Lt Jen Dato’ Sri Hj Sabri Adam TUDM dan Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi.

14

ATM Teras Pertahanan Negara

“Dalam keadaan negara yang aman damai ini, janganlah kita menganggap bahawa war-ga tentera kita sudah hilang tanggungjawab terhadap pertahanan negara”

Oleh: LKpl Ainur Aisyah Yahaya

15Jul - Sep 2016 207

H U T

Setiap kali menjelangnya tanggal 16 Sep, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang merupakan benteng kekuatan dan pertahanan negara ini, akan menyam-but hari ulang tahun dan kini genaplah usianya 83 ta-

hun. Hari yang bersejarah ini adalah sebagai penghormatan untuk seluruh warga ATM yang mewakili ketiga-tiga cabang perkhidmatan iaitu Darat, Laut dan Udara. Mengimbas kem-bali sejarah penubuhan ATM, usaha untuk menubuhkan satu pasukan pertahanan yang dianggotai oleh anak-anak Melayu bermula sejak tahun 1902. Banyak perbincangan oleh Raja-Raja Melayu dan Penasihat-penasihat British telah dijalankan bagi merealisasikan impian ini. Pada tahun 1913, Almarhum DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhamad Ibni Yam Tuan Antah, Almarhum Raja Di Hilir Perak, Raja Sir Chulan, Allahyarham Undang Rembau dan Datuk Abdullah Hj Dahan telah mula menyuarakan has-rat penubuhan pasukan Askar Melayu.

Penubuhan Askar Melayu dan Kejayaan

Hasrat Raja-Raja ini telah menjadi kenyataan apabila di dalam persidangan majlis Mesyuarat Persekutuan pada 23 Jan 1933, rang Undang-Undang Askar Melayu telah dilulus-kan dan dikenali sebagai Undang-Undang No 11. Tanggal 1 Mac 1933 adalah merupakan tarikh keramat buat negara kita kerana pada tarikh tersebut, kompeni percubaan Askar Melayu yang dianggotai seramai 25 anak watan Melayu per-tama telah ditubuhkan dan melaporkan diri di Haig Lines, Port dickson untuk menjalani latihan asas sebagai angkatan pertahanan terawal dalam sejarah negara. Dalam usia yang masih muda, ATM mula mempamerkan kewibawaannya dengan turut terlibat dalam Perang Dunia Kedua serta me-matahkan cubaan demi cubaan yang dilancarkan oleh Parti komunis Malaya (PKM) dari era darurat hinggalah perleta-kan senjatanya pada tahun 1989. Sejarah memperakui kejayaan ATM sebagai satu-satunya angkatan tentera di dunia yang berjaya mengakhiri ancaman bersenjata insurgensi. Kemelut kebangkitan kuasa komunis di rantau ini telah mencetuskan teori domino, impak perang dingin, konfrontasi serta pergolakan politik dalam negara dan serantau yang bermula sejak awal tahun 50-an. Kita tu-rut menyaksikan para perwira dan perajurit mempamerkan keberanian dan semangat juang yang tinggi dalam mem-pertahankan setiap inci bumi Malaysia. Daya juang serta se-mangat berkorban yang tinggi telah ditunjukkan semenjak diambang kemerdekaan, selepas merdeka dengan ancaman gerakan komunis Malaya sehingga kepada titik hitam 13 mei 1969 semua ini memperlihatkan tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh tentera kita agar seluruh rakyat negara ini dapat meneruskan hidup dalam keadaan aman selamat dan sejahtera di samping memelihara kesucian agama. Dalam keadaan negara yang aman damai ini, janganlah kita menganggap bahawa warga tentera kita sudah hilang tanggungjawab terhadap pertahanan negara. Sebenarnya tentera sentiasa bersiap sedia diaturgerakkan bagi memas-tikan keselamatan rakyat terus kekal dan terjamin dimana sejarah tanah air telah mengajar kita betapa berertinya ke-payahan dan keperitan dalam perjuangan untuk mencapai kemerdekaan serta mempertahankan kedaulatan negara. Justeru itu, kita semua sebagai warga ATM selaku perisai negara, semestinya menggengam dan mempertahanakan anugerah Ilahi yang kita warisi ini dengan jiwa dan raga demi kedaulatan tanah air dan maruah negara bangsa.

HUT ATM Ke-83

Sambutan HUT ATM Ke-83 tahun ini disambut meriah den-

gan pelbagai acara diadakan dan klimaks atau kemuncak acaranya ialah Perbarisan HUT ATM Ke-83 yang mana sera-mai 33 pegawai dan 583 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) ATM terlibat dalam perbarisan tersebut yang diadakan den-gan penuh istiadat ketenteraan pada 19 Sep 2016 bertempat di Dataran Panglima Tentera Darat, Sg Besi. Sebanyak tujuh Panji-panji dari Tentera Darat Malaysia, empat Panji-panji dari Tentera Laut Diraja Malaysia dan empat Panji-panji dari Tentera Udara Diraja Malaysia terlibat dalam perbarisan ini manakala Pegawai Tabik Hormat ialah Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jen Tan Sri Dato’ Sri Dr Hj Zulkifeli Mohd Zain. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perta-hanan, Dato’ Sri Abdul Abdul Rahim Mohamad Radzi, PTD, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, PTU, Jen Tan Sri Dato’ Sri Roslan Saad TUDM, Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Dato’ Anuwi Hassan dan mantan-mantan panglima ATM.

Dalam ucapan PAT, beliau menzahirkan sukacitanya den-gan mengucapkan sekalung tahniah serta syabas kepada kontinjen perbarisan yang mempersembahkan satu perba-risan yang cukup bersemangat, segak dan mantap pada hari ini.

“Walaupun kita terpaksa menempuhi hutan belantara, gelo-ra samudera dan ribut angkasa namun, bak sumpah pahla-wan silam, biar guruh berdentum di langit, walau bumi berkeping dua, angkatan kita tidak akan sesekali berundur serta membiarkan petualang dan anasir yang cuba menang-guk di air keruh atau mengganggu-gugat keamanan dan ke-stabilan bumi merdeka ini,” ujarnya.

Selain dari itu, tiga aspek keutamaan perbelanjaan pe-runtukan menerusi bajet tahun 2017 ialah keupayaan ba-haru, kesiapsiagaan angkatan dan kualiti hidup anggota akan diberi keutamaan sepenuhnya oleh ATM berdasarkan pelan pembangunan strategik keupayaan pasukan yang telah dibuat sebelum ini. Tiga asepk utama itu ditekankan bagi menjadikan ATM pasukan yang digeruni dalam semua aspek dan ada keseimbangan untuk memperteguhkan lagi fungsi ATM sebagai salah satu pasukan yang dipertanggung-jawabkan menjaga keselamatan dan keamanan negara. ATM juga akan terus memperkasakan keupayaannya menerusi langkah transformasi angkatan (force transformation) ke arah menjadikannya sebagai sebuah angkatan berspektrum penuh (a full spectrum force) yang versetail, berwibawa, responsif dan jitu bagi mendepani sebarang ancaman dan cabaran.

Seiring dengan itu, pembangunan dan pengukuhan keu-payaan angkatan mestilah diberi perhatian serius yang mana ATM sedang menyusun semula strategi pertahanan berdasarkan pelan pembangunan keupayaan yang dike-nali sebagai Fourth Dimension Malaysian Armed Forces atau singkatannya 4D MAF dapat dicapai dengan berkesan. Dalam konteks ini, pihak pengurusan tertinggi ATM akan menentukan wujudnya keseimbangan di antara pembangu-nan keupayaan baru (development of new capabilities), kes-iapsiagaan angkatan (force readiness) dan kualiti hidup. Un-tuk memperteguhkan lagi fungsinya dan memantapkan lagi keselamatan negara serta keamanan serantau, ATM akan terus mempertingkatkan potensi melaksanakan pelbagai operasi termasuk operasi gabungan dan operasi bersama yang melibatkan angkatan tentera negara-negara jiran. Bagi menjamin dan meningkatkan tahap keselamatan perairan negara, kerjasama dengan negara jiran terus dilaksanakan dan dipertingkatkan, justeru ATM berpandangan bahawa isu pertikaian di Laut China Selatan yang boleh mencetus ketidakstabilan rantau ini perlulah ditangani secara berhe-

16

17Jul - Sep 2016 207

H U T

“penggubalan akta majlis kes-elamatan negara baharu-baharu ini telah membolehkan angkatan tentera menyumbang terhadap keselamatan nasional dengan lebih berkesan”

mah melalui pendekatan diplomasi. Disamping itu juga, peng-gubalan akta majlis keselamatan negara baharu-baharu ini telah membolehkan angkatan tentera menyumbang terhadap keselamatan nasional dengan lebih berkesan, khususnya dalam menangani ancaman militancy seperti Daesh atau IS.

Disamping itu, dalam mendukung dasar dan cita-cita untuk menyumbang terhadap keamanan sejagat, ATM akan terus terlibat dengan misi-misi kemanan khususnya di bawah Panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selain pengli-batan kontinjen kita di Lubnan akan diteruskan buat beberapa lama lagi. Perkembangan mutakhir ialah komitmen kerajaan Malaysia untuk mengadakan satu pasukan siap sedia berkekua-tan satu batalion infantri dan satu trup jurutera untuk diatur gerak pada bila-bila masa di bawah misi-misi keamanan PBB. Dari aspek latihan pula, ATM telah memperkasakan latihan sebagai satu landasan untuk mewujudkan satu angkatan yang berkeupayaan seimbang, kredibel dan berkesiapsiagaan tinggi. Ini jelas terbukti dengan penglibatan kita di dalam pelbagai ek-sesais gabungan yang dijalankan di dalam negara, di peringkat serantau dan global. Untuk tahun hadapan (2017), ATM telah merencanakan sebanyak 51 siri eksesais di dalam mahupun di luar negara untuk meningkatkan lagi daya interoperabiliti dengan angkatan-angkatan sahabat di samping mengukuhkan diplomasi ketenteraan.

Penutup

ATM sentiasa peka dan bersedia menghadapi apa juga ben-tuk peperangan moden yang lebih mencabar. Usaha untuk memperkasakan ATM bukan sahaja tertumpu kepada keman-tapan fizikal sahaja, malah turut diperluaskan kepada aspek kepandaian dan kerohanian individual. Kekuatan rohani meru-pakan benteng pertahanan yang paling utuh dan kukuh yang mampu menghadapi sebarang ancaman dan serangan. Sebagai satu angkatan yang berpaksi kepada Ad-Din, ATM tidak boleh memisahkan dirinya dari mengimbau faktor-faktor kekuatan dan kejayaan generasi silam. Sesungguhnya kesanggupan ang-gota-anggota tentera memikul amanah sebagai benteng perta-hanan negara amatlah berat. Mereka memerlukan ketabahan, kesabaran, kesetiaan dan bersedia pula untuk untuk menang-gung apa-apa risiko. Oleh itu, sewajarnya masyarakat perlu bersyukur dan menghargai sumbangan anggota tentera kera-na telah untuk memikul tuntutan fardhu kifayah dalam aspek pertahanan dan keselamatan negara. Bagi menzahirkan peng-hormatan tersebut marilah bersama-sama kita bangun dan bangkit dengan hati yang ikhlas dan tekad yang diperbaharui, melangkah ke hadapan dengan jiwa yang gagah dan merdeka, dalam satu solidariti yang senada seirama, sehati sejiwa, mem-buktikan ketaatsetiaan dan kecintaan untuk mepertahankan kedaulatan dan kepentingan strategik negara yang berbekalkan semangat dan obor tema sambutan Hari ATM yang ke-83, ATM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara agar terus utuh dan kukuh dalam memperkukuhkan keselamatan negara dan memelihara kesucian agama.

18

Setiap tahun Amerika Syarikat (USA) tidak pernah me-lupakan jasa Negarawan Sir Richard Henry Lee yang mengeluarkan pendapat serta bertungkus lumus dalam usaha menuntut kemerdekaan dari pihak Brit-

ish yang mana segenap lapisan masyarakat USA menyambut serta memperingati 4th of July sebagai Tarikh Kemerdekaan USA. Jika mereka setiap tahun memperingati tokoh nega-rawan yang berjuang menuntut kemerdekaan, maka kita sebagai warganegara Malaysia tidak sepatutnya melupakan jasa perwira-perwira yang berjuang berhempas pulas men-untut kemerdekaan dengan memperingati tarikh keramat 31 Ogos 1957 sebagai Hari Kebangsaan Negara Malaysia.

Pejuang-pejuang abad Ke-19

Sebelum menyingkap sejarah tokoh-tokoh kemerdekaan di zaman moden, adalah molek jika kita mengimbau kembali sejarah lama para pejuang yang terlebih dahulu menen-tang penjajahan negara asing yang tamak mengaut hasil bumi yang dimanfaatkan bukan kepada penduduk tempa-tan malahan untuk kepentingan mereka sendiri. Bak kata pepatah, jika tiada yang lama maka tiada yang baru. Mereka ini kita anggap sebagai kumpulan permulaan perjuangan penentangan penjajah serta penuntut kemerdekaan dari jajahan anasir luar yang menganggu-gugat keamanan serta kesejahteraan negara kita. Di antara tokoh perjuangan ke-bebasan yang mahsyur adalah seperti Dol Said, Dato' Maha-raja Lela, Dato' Bahaman, Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Gajah, Mat Kilau, Mat Salleh, Rentap dan Tok Janggut.

Dol Said atau lebih dikenali sebagai Abdul Said adalah Penghulu Naning yang menggantikan Penghulu Anjak se-waktu beliau berumur 26 tahun pada tahun 1799. Beliau pada ketika itu, adalah Pemerintah Naning yang memban-tah sistem cukai yang diperkenalkan oleh British ke atas daerahnya. Beliau membantah sekeras-kerasnya terhadap kemasukan tentera British di Naning dengan melancarkan peperangan yang dirancang olehnya dengan bijaksana seka-

ligus mengalahkan askar British sebanyak dua kali. Walau-pun beliau pernah tumpas dalam satu peperangan, tetapi kejayaan yang pernah terukir adalah kerana berkat perpad-uan yang wujud di kalangan orang melayu serta mendapat sokongan dari daerah lain yang mana turut mendapat nasib yang sama.

Nama Dato' Maharaja Lela tidak asing kepada seluruh lapisan penduduk di negeri Perak Darul Ridzuan. Beliau terkenal dengan ukiran sejarahnya yang tersendiri dengan kejayaannya merancang plot pembunuhan serta menentang penglibatan British di Perak yang cuba untuk mencampuri urusan pemerintahan Raja-raja Melayu dengan membunuh Residen British di Tanah Melayu iaitu James Wheller Wood-fird Birch atau lebih dikenali sebagai J.W.W Birch. Sebaik sa-haja berjaya membunuh residen British Dato' Maharaja Lela telah dihadapkan ke muka pengadilan dan dijatuhkan huku-man gantung sampai mati pada 20 Jan 1877.

Negeri Pahang terkenal dengan pejuang tanah air ber-nama Dato' Bahaman atau nama sebenarnya adalah Abdul Rahman. Beliau amat dikenali dengan kehebatan langkah pencak silatnya serta mempunyai ilmu kebal. Disebabkan peribadinya yang tinggi dengan ilmu mempertahankan diri, beliau digelar 'Seman Tahan'. Penentangan beliau bersama-sama anak buahnya bermula apabila Pegawai Jajahan Te-merloh E.A Wise ingin membina sebuah Balai Polis di Lubuk Terua tanpa berunding dahulu dengan Dato' Bahaman. Perkara tersebut diketahui oleh Pemangku Residen British di Pahang Hugh Clifford yang mana beliau menasihatkan Sultan untuk memanggil Dato' Bahaman ke Pekan, Pahang untuk menyiasat perkara tersebut tetapi beliau enggan un-tuk menuruti perintah dan akhirnya Sultan mengeluarkan surat perintah melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan.

Lanjutan pelucutan tersebut, Dato' Bahaman bersama pengikutnya berang dan merancang untuk menyerang hendap C.E.M Deaborough pada 15 Dis 1981 ketika askar

Perwira - Perwira 1957Oleh: Luqmanul Arif Abdul Karim

“pada 31 Ogos 1957 adalah tarikh keramat yang mana Duke of Gloucester dengan rasminya menggugurkan kuasa dan wibawa penjajahan British ke atas Tanah Melayu”

S E J A R A H

19Jul - Sep 2016 207

British sedang berkelana di sepanjang Sungai Semantan. Serangan tersebut berkakhir dengan kekalahan kepada De-aborough dan untuk menyelamatkan diri beliau serta pengi-kutnya, mereka telah lari ke Bandar Temerloh. Kekalahan tersebut menimbulkan rasa tidak senang dikalangan Brit-ish sehinggakan mereka merancang untuk menyerang Kubu Pertahanan Dato' Bahaman tetapi masih lagi kalah kepada perwira tempatan yang sentiasa berganding bahu memper-tahankan tanah tercinta.

Haji Abdul Rahman Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Abdul Rahman Limbong adalah nama yang tidak pernah lekang dari sejarah melayu negeri Terengganu yang mana beliau memimpin pergerakan penentangan yang dike-nali sebagai 'Pemberontakan Tani Terengganu' dan pada masa yang sama beliau juga terkenal sebagai guru agama, pendakwah, ahli perniagaan dan petani yang giat mengusa-hakan kebunnya. Penentangan beliau bermula apabila be-berapa peraturan berhubung pemungutan hasil mahsul tan-ah serta hutan yang dikuatkuasakan oleh Sultan Terengganu di bawah tekanan Inggeris di Hulu Terengganu, Kuala Nerus, dan Dungun di sekitar tahun 1921. Dalam peraturan terse-but, rakyat ditegah untuk meneroka tanah dengan tujuan pertanian dan untuk menuai hasilnya mereka dikehendaki untuk memiliki pas dan lesen.

Tok Gajah dan Mat Kilau adalah pejuang anak beranak yang sentiasa teguh dalam usaha menghalau kemasukan campur tangan kuasa luar dalam urusan pentadbiran orang melayu. Mereka amat disegani dan dihormati kerana ting-ginya ilmu seni mempertahankan diri yang mahsyur di-kalangan orang melayu iaitu Silat. Mereka tidak pernah jemu untuk menghalau serta merampas pemerintahan Neg-eri Pahang dari dikuasai oleh pengaruh British. Walaupun hanya berbekalkan senjata tradisional warisan melayu iaitu keris serta tombak, mereka tidak pernah gentar berhadapan musuh yang lengkap bersenjata moden.

Negeri bawah bayu iaitu Sabah juga turut menerima na-sib yang sama dijajah serta dirampas hasil bumi oleh pihak luar terutamanya British. Pejuang terkenal dan mahsyur itu adalah Mat Salleh atau Datu Mat Salleh. Diantara lang-kah bijak yang diambil oleh Mat Salleh dalam memastikan pihak luar tidak masuk ke kawasannya dengan sewenang-wenangnya dengan mengenakan cukai terhadap pedagang-pedagang luar yang masuk ke kawasan Sungai Sugut. Tin-dakan itu membuatkan pihak Inggeris yang pada waktu itu dibawah penguasaan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) tidak senang dengan tindakannya lalu menyerang kubu be-liau di Jambongan serta memusnahkan kubu pertahanan di Sungai Sugut pada tahun 1896. Berlanjutan dari itu, beliau banyak kali melarikan diri serta membuat serangan balas terhadap pihak Inggeris dan disebabkan itu, untuk mem-peringati beliau sebagai pemberontak yang tidak pernah mengalah menentang Inggeris dengan membina Tugu me-nandakan tapak Kubu Mat Salleh yang ditawan oleh Pasu-kan Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Feb 1900. Walaupun beliau dianggap pihak luar sebagai pemberon-tak, tetapi jasa dan perjuangannya sentiasa diingati sebagai pejuang kemerdekaan serta pahlawan ulung pada ketika itu.

Slogan Agi Idup, Agi Ngelaban tidak asing dikalangan penduduk peribumi masyarakat Iban di Negeri Sarawak ker-ana ianya diperkenalkan oleh pahlawan hebat mereka iaitu Pahlawan Rentap. Kisah perjuangan beliau meniti dalam sejarah negara apabila penentangan beliau terhadap White Colonial Regime yang diketuai oleh Rajah Brooke pada tahun 1840 di sekitar Sungai Skrang. Selama tiga tahun berturut-turut Rentap bersama pengikutnya menentang penjajahan

Syarikat Hindia Timur Inggeris yang sentiasa mencuba un-tuk menjajah segenap pelusuk negeri Sarawak bertujuan mengutip hasil buminya yang kaya. Untuk mematahkan serangan Rentap, pihak Inggeris telah membina kubu per-tahanan yang dinamakan Fort Lily serta menubuhkan pusat pentadbiran pada tahun 1858.

Negeri Kelantan juga tidak ketinggalan mempunyai se-jarah perjuangannya yang tersendiri yang mana Tok Jang-got atau nama sebenarnya Hj Mat Hassan Panglima Mu-nas. Penentangan beliau bersama anak buahnya bermula apabila British mula mengambil alih secara berperingkat terhadap pemerintahan Kelantan dari Siam. Diantara isu yang menimbulkan ketidaksenangan dikalangan penduduk tempatan adalah mengenai sistem percukaian yang dikena-kan sebanyak RM1.00 seorang untuk setahun, buah kepala 3 Sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung. Pertelingkahan bermula apabila berlakunya ketirisan pengurusan percuka-ian sehingga membuatkan Tok Janggut enggan untuk mem-bayarnya, lalu mengakibatkan pertumpahan darah diantara pentadbiran ketika itu sehinggakan Sultan merasa terancam dengan tindakan Tok Janggut lalu mengganggap beliau se-bagai penderhaka. Namun, beliau telah terbunuh dalam satu pertempuran di Kampung Pupuh. Mayat beliau tidak dikebumikan sebaik sahaja kematiannya, malah mayatnya dibawa ke Kota Bharu selama sehari dan digantung dihada-pan Istana selama beberapa hari dan akhirnya dikebumikan di Pasir Pekan.

Pejuang terdahulu menempuh pelbagai onak duri hanya untuk melihat tanah air, kawasan tempat tinggal mereka aman dari penjajahan pihak luar. Tidak ketinggalan pejuang di abad Ke-20 yang turut merasai keperitan untuk menuju kemerdekaan dengan berkorban masa, tenaga dan seba-gainya hanya untuk melihat bendera Malaysia berkibar megah tanpa halangan tiupan angin penjajah.

Perjalanan Menuju Kemerdekaan pada abad Ke-20

Sebagai warganegara Malaysia yang cintakan tanah air dan mempunyai semangat patriotik, nama tokoh kemerdekaan yang tidak akan hilang diingatan serta dikenang sebilang masa adalah Tunku Abdul Rahman. Diantara peranan be-sar beliau adalah mewujudkan kerjasama yang jitu diantara Malaysian Chinese Association (MCA) dengan menubuhkan Parti Perikatan yang mana tujuan utamanya adalah untuk menyatupadukan kedua-dua bangsa iaitu melayu dan cina untuk bersama-sama bergading bahu menuju Merdeka dan peristiwa ini berlaku pada tahun 1952 lima tahun sebelum merdeka.

Sebaik sahaja beliau berjaya mengukuhkan serta meny-atupadukan kaum Melayu dan Cina, kaum India juga tidak ketinggalan untuk turut sama menyertai Parti Perikatan. Pada ketika itu MCA ditubuhkan pada Februari 1949 bersa-ma Malaysian Indian Congress (MIC) yang ditubuhkan pada Ogos 1946 telah bersetuju untuk turut sama menyertai Par-ti Perikatan bersama United Malays National Organisation (UMNO) yang tertubuh pada 11 Mei 1946.

Setelah mengambil alih jawatan Presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman bersama Presiden MCA yang pada ketika itu ialah Tun Tan Cheng Lock dan Presiden MIC Tun Samban-than telah berjaya memenangi Pilihan Raya Umum yang pertama kali diadakan pada 27 Jul 1955 di Tanah Melayu (Malaysia). Selepas berjaya memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan, Parti Perikatan menubuh-kan kerajaan pertama di bawah pimpinan Perdana Menteri yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman dan selepas itu

S E J A R A H

20

menubuhkan Barisan Menteri Kabinet yang terdiri daripada pelbagai kaum di Malaysia bersama Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambathan yang ketika itu masing-masing mewak-ili kaum majoriti di Tanah Melayu.

18 Januari 1956 adalah tarikh penting kepada permulaan Meja Bulat di antara wakil-wakil Kerajaan Perikatan UMNO-MCA-MIC serta wakil Raja-raja Melayu bersama pegawai dari Pejabat Tanah Jajahan British di Lancaster House untuk menuntut kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu. Turut sama mengikuti delegasi rombongan ke London ber-sama Tunku Abdul Rahman adalah Dato' Abdul Razak Hus-sein, Dr. Ismail Abdul Rahman, Kol H.S Lee, T.H. Tan bersama Bahaman Shamsuddin sebagai Setiausaha Bersama. Selain itu terdapat empat wakil Raja-raja Melayu iaitu Dato' Pan-glima Bukit Gantang Hj Abdul Wahab Bin Toh Muda Abdul Aziz, Dato' Nik Ahmad Kamil, Abdul Aziz Majid dan Dato' Mohd Seth Mohd Said.

Selepas bersidang selama tiga minggu, Perjanjian Ke-merdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada tanggal 8 Februari 1956 di lokasi yang sama bermulanya persidangan meja bulat yang mana ianya ditandatangani di antara Tunku Abdul Rahman dengan Setiausaha Negara Tanah Jajahan British Alan Lennox-Boyd. Di antara perkara penting yang terkandung dalam perjanjian tersebut adalah kemerdekaan bagi persekutuan Tanah Melayu yang akan di-isytiharkan pada 31 Ogos 1957.

Tanggal 21 Mac 1956 pula adalah tarikh yang mana Su-ruhanjaya Reid telah dibentuk dengan tujuan untuk meng-kaji dan mencadangkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu sebagai persediaan mencapai kemerdekaan yang mana nama Suruhanjaya Reid dinamakan bersempena Hakim Mahkamah Rayuan England yang mempengerusikan mesyuarat pembentukan perlembagaan tanah melayu iaitu Lord William Reid.

Diantara kandungan penting dalam Perlembagaan Su-ruhanjaya Reid adalah bahawa kerajaan persekutuan Tan-ah Melayu yang merdeka akan diketuai oleh seorang Raja dibantu oleh sistem pemerintahan berbentuk Kerajaan Demokrasi Berparlimen dengan kewujudan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri. Raja-raja melayu akan kekal sebagai ketua negeri masing-masing manakala negeri yang tidak mempunyai raja seperti Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sawarak akan bergabung dalam Persekutuan dan diket-uai oleh seorang Yang Dipertua iaitu berperanan sebagai Gabenor.

Akhirnya selepas mengadakan 118 persidangan ser-ta menerima 131 memorandum dari segenap lapisan masyarakat dan organisasi untuk dikaji dari bulan Jun hingga Oktober 1956, maka draf perlembagaan dan lapo-ran Suruhanjaya Reid diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada Julai 1957 sebulan sebelum tarikh ke-merdekaan negara.

Tarikh 3 Jun 1957 adalah peristiwa dimana berlakunya perhimpunan menyambut keberangkatan pulang Rombon-gan Kemerdekaan ke London yang bersidang perkara meli-batkan Rangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu bertempat di Lapangan Terbang Tentera Udara, Sg Besi, Kuala Lumpur yang mana lebih daripada dua ribu orang berkumpul menyambut kepulangan seramai tujuh orang anggota rombongan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rah-man.

Rombongan tersebut terdiri daripada tiga orang wakil

pihak kerajaan dan tiga orang wakil Raja-raja Melayu ber-sama Ong Yoke Lin, Tun Sambanthan, Mohamed Khir Johari dan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Tuan Haji Mustapha Al-Bakri. Hasil persidangan tersebut telah mencapai per-setujuan yang membawa kepada pembentukan Perlemba-gaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Sebelum laungan kemerdekaan dilaungkan pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, terdapat satu peristiwa penting yang berlaku pada 3 Ogos 1957 iaitu Pemilihan Yang Di-Per-tuan Agong Pertama bertempat di Dewan Mesyuarat Majlis Kerajaan Persekutuan Kuala Lumpur.

Dalam satu Persidangan Khas Raja-raja Melayu dipengerusikan oleh Sultan Kedah serta dihadiri oleh semua Raja-raja dan Sultan yang mana persidangan bersejarah ini menyaksikan pemilihan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bersama Timbalan Yang di-Pertuan Agong buat pertama kalinya diadakan telah memilih Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Sir

S E J A R A H

21Jul - Sep 2016 207

1957, Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat akan ditubuhkan menjadi satu Persekutuan Melayu Baru yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu atau dalam istilah Bahasa Inggeris dikenali sebagai The Federation of Malaya.

Selain itu, perjanjian ini berkuatkuasa ke seluruh Perse-kutuan Tanah Melayu dan pada 31 Ogos 1957 adalah tarikh keramat yang mana Duke of Gloucester dengan rasminya menggugurkan kuasa dan wibawa penjajahan British ke atas Tanah Melayu.

Menara Jam Bangunan Sultan Abdul Samad serta Pa-dang Kelab Selangor menjadi saksi monumen bersejarah yang masih teguh berdiri sehingga ke hari ini menjadi saksi penurunan Bendera Union Jack yang menjadi simbol bera-khirnya pemerintahan British di Tanah Melayu dan seraya selepas itu digantikan dengan Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Pada ketika itu, bendera dinaikkan oleh Tahir Ab-dul Majid dengan diiringi lagu Kebangsaan atau Negaraku yang diperdengarkan buat kali pertama kalinya dan diakhiri dengan laungan Merdeka sebanyak tujuh kali dengan penuh semangat.

Tepat jam 0930 pagi bertarikh 31 Ogos 1957 berlang-sungnya Upacara Pemahsyuran Kemerdekaan yang berlang-sung di Stadium Merdeka dan turut disaksikan lebih 20000 rakyat merdeka Tanah Melayu bersama-sama Raja-raja Me-layu, tetamu khas dari luar negara. Upacara bersejarah ini turut melibatkan kehadiran Wakil Queen Elizabeth II Duke of Gloucester Sir Donald MacGillivary menyerahkan wati-kah Perlembagaan kepada Perdana Menteri menandakan berakhirnya cengkaman penjajahan British ke atas Tanah Melayu. Sebaik sahaja pengisytiharaan kemerdekaan selesai dibaca, Perdana Menteri pada ketika itu ialah Tunku Abdul Rahman Putra melaungkan lafaz agung 'Merdeka' sebanyak tujuh kali dan disahut oleh sekelian rakyat jelata yang mem-banjiri Stadium Merdeka menyaksikan peristiwa bersejarah ini berlansung. Laungan Azan dilaungkan sejurus tamatnya laungan kemerdekaan yang mana ianya melambangkan Is-lam sebagai agama rasmi dan diikuti dengan menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu sambil diiringi lagu ke-bangsaan 'Negaraku'. Peristiwa bersejarah ini diakhiri den-gan tembakan meriam sebanyak seratus satu das menanda-kan Tanah Melayu adalah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Kesimpulan

Perjalanan menuju ke arah kemerdekaan Tanah Melayu atau pada hari ini dikenali sebagai Malaysia bukanlah satu usaha mudah yang dapat dijalankan serta digerakkan oleh seorang tenaga kerja, ianya memerlukan banyak sumbangan tenaga kerja. Dapat kita lihat, banyak nama tokoh yang terlibat dalam usaha mengecapi kemerdekaan negara. Di antara kebaikan usaha ke arah kemerdekaan adalah generasi pada hari ini dapat melihat bahawa negara yang terkenal den-gan kepelbagaian bangsa ini sudah lama bersatu di bawah satu payung pemerintahan yang tidak mengenal definasi 'Perkauman'. Jika sifat ini wujud sejak zaman sebelum ke-merdekaan, maka pada hari ini kita tidak akan menikmati walau secubit nikmat keamanan. Bersatu adalah kunci kepada kejayaan dan ianya telah ditunjukkan oleh pem-impin terdahulu yang mewakili tiga kaum majoriti melayu, cina dan india bahawa dengan bersatu padu kita berupaya mengecapi nikmat kemerdekaan yang kita nikmati hari ini selepas 59 tahun.

Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad dipilih sebagai DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu Merdeka manakala Sultan Selangor Tuanku Sir Hishamuddin Alam Shah Ibni Al-marhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah dipilih sebagai Tim-balan Yang di-Pertuan Agong yang pertama.

Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani di antara Raja-raja Melayu dengan Pesuruh-jaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu Sir Donald MacGil-livary yang mewakili Queen Elizabeth II pada 5 Ogos 1957 bertempat di King's House, Kuala Lumpur yang melibatkan seramai 15 orang. Diantara wakil yang terlibat dalam majlis tandatangan tersebut adalah Pesuruhjaya Tinggi British ke Tanah Melayu, lapan orang Raja-raja Melayu, Tengku Mahko-ta Johor dan lima orang Pembesar dari Negeri Sembilan ke-cuali Yang di-Pertuan Besar yang mana mereka ini adalah penandatangan utama.

Perjanjian tersebut menyatakan bahawa mulai 31 Ogos

S E J A R A H

22

TANGGAL 31 Ogos lalu, genaplah 59 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan dan ianya merupakan satu jangka masa yang menempatkan bangsa serta ne-gara ini megah berdiri sama tinggi dan duduk sama

rendah dengan bangsa lain di dunia. Rakyat juga mencapai tahap kehidupan yang tinggi dan setanding dengan negara maju. Pencapaian ini merupakan sesuatu yang amat tinggi nilainya dan wajar rakyat Malaysia mendapat pengiktira-fan sedemikian dalam persaingan pesat dunia kini. Pada 31 Ogos 1957, kita bebas daripada penjajahan British dan ber-mula dari detik itu, pemimpin negara menggerakkan segala usaha bagi membebaskan negara dan rakyatnya dalam pelbagai bentuk penjajahan sama ada daripada segi sosial, ekonomi atau politik.

Kemerdekaan merupakan satu nikmat yang cukup besar kepada kita semua kerana hasil kebijaksanaan pemimpin - pemimpin terdahulu dan sikap rakyat nyata mewujudkan satu kesatuan yang kukuh diantara pelbagai etnik dari as-pek budaya, kepercayaan dan agama. Justeru, kemuafaka-tan dan keharmonian rakyat menjadi tunjang perjuangan menuntut kemerdekaan yang diimpikan. Perlu diingatkan juga bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan bukanlah perjuangan orang Melayu semata-mata kerana ianya adalah perjuangan rakyat berbilang kaum yang bersatu dalam satu tujuan yang penuh makna dan pengertian.

Bagi generasi yang lahir selepas zaman penjajahan, adakah mereka benar-benar dapat menghayati erti ke-

merdekaan? Manakala untuk anggota tentera yang telah terkorban dan masih hidup, jangan kita lupa jasa dan pen-gorbanan mereka kerana tanpa perjuangan mereka belum tentu kita mengecapi kemerdekaan sehingga ke hari ini. Selama tujuh dekad ATM menabur bakti dan mencurahkan keringat di dalam usaha mempertahankan negara dan ke-merdekaan dari ancaman dalaman mahupun luar. Marilah kita kekalkan keharmonian ini melalui azam baru yang kita lafaz bersama dalam meniti kemeriahan sambutan bulan kemerdekaan.

Sejarah Kemerdekaan

Menyentuh tentang sejarah silam negara, selama 450 ta-hun etnik melayu di Asia Tenggara dijajah secara langsung dan tidak ada percubaan secara terancang oleh etnik me-layu untuk membebaskan wilayah dan bangsa mereka. Se-jarah Tanah Melayu pada tahun 1511 ketika Melaka jatuh ke tangan Portugis maka bermula era penjajahan di Tanah Melayu dan selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Be-landa pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belan-da. Penjajahan British merupakan penjajahan paling lama. British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri.

Ketika rakyat negara ini begitu bersemangat untuk me-namatkan penjajahan, mereka dikejutkan dengan pendara-

Sehati Sejiwa Satukan Rakyat Malaysia

Oleh: Sjn Saiful Fazley Rusli

“Sejarah telah membuktikan bahawa telah banyak ne-gara yang merdeka didunia ini telah kembali dijajah oleh kuasa besar sama ada dijajah secara fizikal dengan ketenteraan, dijajah dengan kuasa kewangan dan perda-gangan ataupun secara spiritual yang lebih menggang-gu-gugat minda rakyat negara ini khasnya golongan re-maja serta mereka yang berfahaman ala barat”

R E N C A N A

23Jul - Sep 2016 207

tan Jepun pada penghujung tahun 1941 yang menandakan bermulanya satu lagi era penjajahan di Tanah Melayu. Jepun telah menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945 sebe-lum menyerah kalah ekoran pengeboman Hiroshima dan Nagasaki. Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Me-layu. PKM telah bertindak ganas dengan membunuh dan memusnahkan harta benda awam dengan sewenangnya sehingga memaksa British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960). Keganasan PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali berkuasa. Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun, mereka cuba memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan ini telah mendapat tentangan yang hebat dan menyeluruh daripada penduduk tempatan sehinggakan pada 11 Mei 1946, pe-nubuhan UMNO telah menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.

Walaupun lumpuh semasa dijajah oleh kuasa-kuasa Barat dan adakalanya diserang oleh bangsa jiran yang berbudaya dan berlainan agama, bangsa melayu dapat mengekalkan identiti tamadunnya. Malangnya selepas kejatuhan Mela-ka, bangsa melayu tidak lagi menjadi satu bangsa dengan wilayah tertentu. Identiti negeri-negeri melayu diperkuat-kan oleh British walaupun seluruh semenanjung diletak dibawah kuasa mereka. Akibatnya tidak ada usaha secara serentak dan bersama untuk menebus balik kebebasan bangsa melayu. Jika adapun penentangan terhadap pen-jajah hanya berlaku secara kecil-kecilan dan berasingan dan ditumpaskan dengan mudah oleh penjajah. Antaranya ialah pemberontakan oleh Tok Gajah, Mat Kilau, Dato Sagor, Tok Janggut dan lain-lain yang tidak ada sokongan daripada orang melayu kepada mereka.

Perpaduan melayu di semenanjung hanya berlaku apabi-la British merancang untuk menidakkan hak melayu di se-menajung dengan membuangkan Negeri-negeri Melayu dan

Negeri Selat dalam satu persatuan yang dinamakan Malayan Union. Berhadapan dengan kemungkinan hilangnya Tanah Melayu dan berkemungkinan bangsa melayu menjadi satu kaum maka barulah tumbuh kesedaran yang menggerak-kan orang melayu untuk bersatu padu. Berkat perpaduan, mereka berjaya membebaskan diri dan mendapat peluang untuk mengukuhkan kedudukan serta menghidupkan se-mula budaya dan tamadun melayu.

Usaha ini memantapkan perjuangan dan pembentukan negara dengan bangsa yang berdaulat. Walaupun Tanah Melayu diisytiharkan darurat pada 1948 akibat pemberon-takan komunis, namun ia sedikitpun tidak mematahkan se-mangat para pejuang kemerdekaan tanah air tercinta. Pada tahun 1954, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj iaitu Perdana Menteri Malaysia pertama mengetuai sekumpulan perwaki-lan ke London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Walaupun percubaan sulung itu tidak berjaya, kemerdekaan akhirnya tercapai setelah melalui beberapa peristiwa. Se-jak membebaskan diri dari belenggu penjajahan, Malaysia bangkit untuk menjadi negara bangsa yang dihormati dan berdaulat.

Ancaman Kepada Kemerdekaan

Sejarah telah membuktikan bahawa telah banyak negara yang merdeka di dunia ini telah kembali dijajah oleh kuasa besar sama ada dijajah secara fizikal dengan ketenteraan, dijajah dengan kuasa kewangan dan perdagangan ataupun secara spiritual yang lebih menggugat minda rakyat negara ini khasnya golongan remaja serta mereka yang berfahaman ala barat.

Pernah suatu ketika dahulu negara kita hampir dijajah oleh kuasa kewangan yang dapat dilihat masih menjajah be-berapa negara lain hingga hari ini. Kebijaksanaan pemimpin dahulu serta kepakaran dalam bidang kewangan antara-bangsa telah dapat menghindarkan Malaysia jatuh muflis

R E N C A N A

24

serta dikongkong oleh penyangak wang.

Satu fenomena yang sudah menular dikalangan seseten-gah rakyat yang merasakan diri mereka berbeza kerana mendapat pendidikan dari luar negara yang mana mereka cuba mempelopori budaya ala barat dalam kehidupan seha-rian mereka. Ramai diantara mereka tidak segan silu mengakui tidak fasih berbahasa melayu, tidak selesa berpakaian kebang-saan, tidak minat dengan lagu-lagu dan tarian melayu, bergerak dalam kumpulan yang sesama mereka yang pan-asian serta memandang rendah penggiat kesenian melayu yang lain. Mereka inilah sebenarnya yang belum merdeka sepenuhnya kerana minda mereka masih dikongkong oleh penjajah barat. Rakyat Malaysia perlu memahami bahawa bukan semua perkara dari barat itu sesuai untuk kita din-egara sebelah timur yang terkenal dengan kesopanan dan budi Bahasa.

Semangat Cintakan Negara

Perayaan Hari Kebangsan yang hanya berbentuk hiburan semata-mata seharusnya dihentikan sebaliknya program yang mendatangkan keinsafan di kalangan rakyat khasnya golongan belia haruslah diterapkan seperti menyiarkan kembali siaran atau cerita tentang pengorbanan mere-ka yang terdahulu ketika berjuang untuk mencapai ke-merdekaan agar ianya mencapai impak yang lebih berke-san kepada anak muda kini. Walaupun program seperti itu ada tetapi masih tidak menyeluruh dan dalam keseronok-kan menikmati program hiburan sehingga dinihari, siaran perjuangan menjadi hambar. Sekiranya program televisyen berkenaan kemerdekaan diperbanyakkan sedikit sebanyak semangat cintakan negara akan terserlah dikalangan remaja yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan.

Pembangunan negara khasnya Rancangan Penempatan Rakyat di FELDA yang dimulakan oleh Perdana Menteri Ma-laysia kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak, sepatutnya diu-lang tayang kerana golongan belia harus didedahkan kepada kepahitan serta jerih perih peneroka FELDA ketika itu yang kini berjaya menghasilkan produk getah dan kelapa sawit yang menjadi modal utama perdagangan negara di pentas antarabangsa.

Kita seharusnya disedarkan dari lamunan bahawa setiap kejayaan itu bermula dari usaha gigih, pergorbanan darah, keringat dan air mata sebelum ianya dapat dikecapi. Den-gan ingatan seperti itu diharapkan rakyat akan lebih meng-hargai keamanan kerana hanya dengan keamanan kita akan mencapai pembangunan dan kemajuan. Untuk memelihara keamanan maka setiap warga negara perlu berganding bahu untuk mempertahankan kemerdekaan daripada dicemar, diancam, dicerobohi, atau diganggu-gugat oleh mana-mana negara luar atau kuasa besar.

Sambutan Hari Kebangsaan

31 Ogos diabadikan saban tahun sebagai tarikh penuh bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara. Namun, slogan, laungan merdeka dan cuti umum tidak membawa apa-apa kesan jika rakyat tidak menghayati dengan penuh kesedaran dan kesy-ukuran nilai kemerdekaan yang sebenarnya. Kemerdekaan telah mengangkat maruah dan kedaulatan negara. Ia adalah sesuatu yang tidak boleh dijual beli. Rakyat Malaysia yang cintakan negara wajar memelihara nama baik negara di mana sahaja mereka berada. Dari sudut keselamatan, maru-

ah dan kedaulatan negara bukan sahaja dipikul oleh anggota keselamatan tetapi turut dipikul bersama oleh seluruh raky-at dan kini Hari kemerdekaan lebih dikenali dengan Hari Ke-bangsaan sebagai panggilan rasmi.

R E N C A N A

25Jul - Sep 2016 207

Menjadi kelaziman, setiap kali sambutan Hari Kebang-saan pasti ada tema dan logo yang dipilih. Tema Hari Ke-bangsaan mula diperkenalkan pada tahun 1970 iaitu sete-lah berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 manakala logo mula diperkenal secara rasmi pada tahun 1976 dan rakyat diberi penghormatan untuk mereka bentuk logo yang bersamaan dengan tema pada setiap tahun bagi tujuan memberi per-asaan kecintaan kepada negara. Kemerdekaan Ke-59 ini penuh bermakna apabila konsep Tema Hari Kebangsaan 2016 pada tahun ini iaitu Sehati Sejiwa masih kekal diguna pakai seperti tahun lepas yang mana menggambarkan keu-tuhan, perpaduan, kesefahaman, bersatu dalam menempuh saat kejayaan dan detik kesusahan seluruh rakyat negara ini. Rakyat Malaysia dituntut supaya taat setia tanpa berb-elah bahagi, jiwa raga dan kesetiaan hanya kepada tanah air tercinta. Tanpa rasa curiga apatah lagi mewujudkan onak duri dalam usaha untuk memporakperandakan negara. Lebih malang lagi jika wujud tindakan cuba menggulingkan negara, ternyata mengundang kemusnahan dan ketidakten-teraman dalam kalangan warga di tanah air tercinta. Jika kita mengamati bait-bait lirik lagu Hari Kebangsaan 2016 ternyata lagu ini menyuntik semangat dan roh perjuangan rakyat Malaysia. Lirik ini mengajak kita agar memantap jiwa lebih tabah dan kental menempuh segala rintangan dan dugaan yang menimpa negara ini.

Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini disambut meriah dengan kehadiran ribuan rakyat Malaysia daripa-da segenap lapisan masyarakat dan pelbagai bangsa serta agama mempamerkan semangat kebersamaan dan cintakan negara menyambut Hari Kebangsaan 2016 yang turut di-hadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbud-din ibni Al-Marhum Sultan Badlishah bersama Raja Per-maisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah bertempat di Data-ran Merdeka. Sejurus keberangkatan tiba pasangan Diraja, Seri Paduka Baginda menerima tabik hormat dan memerik-sa perbarisan Kawalan Kehormatan Utama terdiri daripa-da empat pegawai dan 103 anggota dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diketuai Mej Azadlee Rafedzi Kamal Rafedzi seterusnya diikuti acara menaikkan Jalur Gemilang dan diiringi nyanyian lagu kebangsaan Ne-garaku disusuli dengan 14 das tembakan meriam oleh 41 Bateri Istiadat Rejimen Artileri Diraja (RAD).

Pengunjung yang hadir dipertontonkan dengan persem-bahan khas Polis DiRaja Malaysia (PDRM), perbarisan yang melibatkan 26 kontinjen dan 20 pasukan pancaragam dari pasukan-pasukan keselamatan dan agensi-agensi awam serta pertunjukan sebanyak 248 aset dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PDRM.

Antara perkara paling penting yang dapat dikutip dan dijadikan teladan serta dihayati di akhir perjuangan ke-merdekaan ini adalah wujudnya persefahaman di antara tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Persefa-haman ini telah menjadi resepi utama perpaduan dalam kalangan penduduk di Malaysia. Semoga persefahaman ini berkekalan dan perpaduan terus mekar bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan Malaysia. Semangat cintakan negara terpancar di setiap wajah ribuan insan daripada se-genap lapisan dan kaum yang membanjiri Dataran Merdeka di ibu negara bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2016. Lautan manusia termasuk pelancong asing mengam-bil peluang menghayati tema sambutan pada tahun ini den-gan menampilkan semangat patriotisme dan kebersamaan di acara sambutan peringkat kebangsaan yang penuh war-na-warni dan meriah. Semangat kesatuan itu ditunjukkan melalui persembahan bertenaga dan perbarisan oleh ham-

pir 14,491 peserta pelbagai kontinjen termasuk daripada sektor awam dan swasta, pelajar serta anggota pasukan kes-elamatan.

Kesimpulan

Setiap seorang daripada kita perlu kembali kepada su-surgalur sejarah. Hakikatnya, kita mencapai kemerdekaan di tengah-tengah pemberontakan bersenjata Parti Komunis Malaya dalam suasana di mana survival kita sebagai sebuah negara berbilang bukan sahaja daripada segi kaum, bahkan juga agama dan bahasa, pernah disangsikan oleh masyarakat dunia. Jelasnya, dari satu titik ke satu titik, generasi muda kini perlu insaf dalam arus ledakan era globalisasi dan mereka perlu mempunyai ketahanan mental bagai meng-hadapi cabaran yang membabitkan penjajahan minda oleh pengaruh asing. Rakyat juga perlu melengkapkan diri agar lebih kompetitif dan dinamik dalam menghadapi cabaran serta keadaan semasa dunia. Sambutan kemerdekaan pada kali ini diharap dapat memberi gambaran kepada generasi baharu yang tidak pernah merasai perjuangan menuntut kemerdekaan, menghirup serta mengembalikan semangat patriotisme tersebut dan janganlah kita termasuk di dalam kalangan orang yang membuat pertimbangan yang salah tentang kemerdekaan.

Ini kerana kemerdekaan sebenar bukanlah dari zahirnya sahaja tetapi jiwa serta raga kita dan kerajaan kini telah menunaikan janji-janji mereka kepada rakyat agar rakyat kini lebih hidup senang daripada dahulu sejajar dengan cogan kata Hari Kebangsaan iaitu Sehati Sejiwa. Masyarakat yang berjiwa merdeka dapat melahirkan buah fikiran yang proaktif dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baharu yang bermanfaat bagi memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Individu yang berjiwa merdeka ialah berfikiran kreatif, inovatif dan penyayang. Bukan sekadar pengguna namun mampu mencipta dan me-nampilkan idea-idea baharu yang memberi manfaat kepada masyarakat, individu berjiwa prihatin, saling bantu mem-bantu dan bertoleransi demi kelangsungan bangsa dan ne-gara Malaysia yang tercinta agar kedaulatan yang dikecapi kini terus berdaulat selamanya.

R E N C A N A

26

Apakah Erti Kemerdekaan? Ianya adalah sesuatu yang subjektif dan pastinya setiap daripada kita mempunyai pendapat dan pandangan yang ber-beza-beza. Ramai daripada kita merupakan gen-

erasi yang dilahirkan di negara yang sudah pun mengecapi kemerdekaan dan kemerdekaan di sini adalah bermaksud sebuah negara yang bebas dari penjajahan, baik dari segi fizikal atau psikologikal. Kemerdekaan bermakna kita boleh membuat keputusan dan pilihan tanpa pengaruh atau di-ganggu gugat oleh mana-mana pihak. Ianya juga memberi kebebasan kepada kita merancang dan membangunkan negara di bidang sosio-ekonomi, politik dan ketenteraan secara tersendiri. Dalam jangka 59 tahun kemerdekaan, Ma-laysia telah banyak berubah. dari negara yang struktur geo-grafinya terhad kepada Semenanjung Tanah Melayu sahaja, kita telah membesar menjadi Malaysia dengan penyertaan secara sukarela negeri Sabah dan Sarawak.

Generasi hari ini atau lebih tepat lagi generasi pas-ca merdeka, sewajarnya bersyukur dengan nikmat ke-merdekaan, keamanan dan keharmonian yang kita rasai sejak 1957. Mereka sewajarnya menghargai jasa generasi yang telah bertungkus lumus mempertahankan negara, ber-juang mendapatkan kebebasan dan memberikan nikmat ke-merdekaan ini. Golongan ini juga seharusnya lebih berusaha untuk meneruskan nikmat merdeka yang kita kecapi dan mewariskannya kepada generasi akan datang. Jika kesedar-an ini tidak disemai kepada semua, tidak keterlaluan dikata-kan bahawa generasi yang digelar 'generasi pasca merdeka'

Mempertahankan Kemerdekaan

Tanggungjawab Bersamaakan menjadi leka dan lalai, dan ini akan mengembalikan negara kita ke zaman ketuanan asing dan dibelenggu semu-la oleh penjajahan tidak henti-henti akan kembali mencabul tanah berdaulat Malaysia ini.

Sejarah Kemerdekaan

Kemerdekaan dicapai selepas wujudnya semangat ber-satu padu yang kukuh dalam pelbagai etnik walaupun men-ganuti pelbagai agama, budaya dan kepercayaan. Semangat inilah yang memupuk kesepakatan dan akhirnya melahir-kan keharmonian dalam hidup bermasyarakat, sama ada di desa atau bandar sehingga menjadi asas bagi Parti Peri-katan meneruskan perbincangan bagi mendapatkan ke-merdekaan dari British. Kerjasama antara kaum menjadi asas perjuangan kemerdekaan kerana masyarakat dunia, malah rakyat negara ini sendiri ketika itu tidak yakin Malay-sia boleh kekal aman dengan struktur masyarakat majmuk. Sejak abad ke-19, semangat nasionalisme wujud di Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu) dan pada abad ke-20 memperlihatkan lebih ramai pejuang kemerdekaan muncul di seluruh tanah air. Semangat kebangsaan ini sedikit demi sedikit menular ke segenap pelosok negara. Justeru, setahun selepas Jepun menyerah kalah pada Perang Dunia Kedua, muncul Pertubuhan Kebangsaan Melayu Ber-satu atau United Malays Nasional Organisation (UMNO) dip-impin oleh Datuk Onn Jaafar.

UMNO adalah hasil perpaduan bangsa Melayu. Rakyat

Oleh: Sjn Saiful Fazley Rusli

K E M E R D E K A A N

27Jul - Sep 2016 207

bersama institusi kesultanan Melayu menentang rancangan Malayan Union yang direncanakan British untuk mengha-puskan tradisi, termasuk sistem politik, pentadbiran adat resam serta sistem kerajaan semua negeri. Perjuangan ke arah kemerdekaan bukan perjuangan orang Melayu sema-ta-mata. Walaupun orang Melayu menguasai kepimpinan politik, pemimpin Melayu sedar struktur masyarakat Tanah Melayu diibaratkan seperti aur dengan tebing. Mereka se-dar, perjuangan kemerdekaan tanpa penyertaan kaum lain tidak akan berhasil. Mereka dapat melihat dalam masa jang-ka yang panjang, Tanah Melayu mesti ditadbir anak tempa-tan, di bawah satu payung politik yang teguh dan kukuh. Pada Jan 1956, Tunku Abdul Rahman (yang mengambil alih kepimpinan UMNO pada 1951) mengetuai satu rombongan mengandungi empat wakil daripada parti Perikatan dan empat wakil daripada Majlis Raja-Raja ke London membin-cangkan kemerdekaan. Selepas tiga minggu mengadakan rundingan pada 8 Feb Tunku menandatangani Perjanjian Kemerdekaan London. Kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos tahun berikutnya iaitu pada tahun 1957.

Tunku dan rombongannya kembali ke tanah air dan menyampaikan berita gembira itu kepada orang ramai pada satu perhimpunan di Padang Merdeka, Bandar Hilir Melaka, bandar yang menyaksikan banyak penjajah datang dan pergi. Berita ini disambut gembira semua penduduk dan detik 12 malam 31 Ogos 1957, menyaksikan perjuan-gan menuntut kemerdekaan akhirnya membuahkan hasil dan membuktikan impian menjadi kenyataan. Di Padang Kelab Selangor, yang kini dikenali sebagai Dataran Merdeka, bendera Union Jack diturunkan buat kali terakhir di bumi Tanah Melayu, manakala bendera Tanah Melayu dinaikan dengan penuh rasa syukur dan gembira. Kemerdekaan di-isytiharkan secara rasmi oleh Tunku di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada keesokannya dengan disaksikan ribuan rakyat, Raja-Raja Melayu, Duke of Gloucester yang mewakili Ratu Elizabeth serta wakil kerajaan British. Inilah detik ter-penting dalam sejarah tanah air, berakhirnya era penjajahan yang bertapak di negara ini sejak tahun 1511. Hakikatnya, walaupun tanpa pertumpahan darah seperti negara lain, bukan suatu yang mudah untuk mencapai kemerdekaan. Tanpa usaha serta kegigihan pemimpin dahulu dan ker-jasama semua kaum ketika itu, mungkin kita tidak dapat mengecapi nikmat kemerdekaan sehingga ke hari ini.

Pembangunan Negara yang Merdeka

Negara yang telah mencapai kemerdekaan selama 59 ta-hun ini juga telah menunjukkan peningkatan yang cemer-lang dalam pembangunan infrastruktur bagi kesejahteraan

rakyat dan cita-cita menegakkan negara maju seiring den-gan wawasan 2020 akan datang. Maka dalam menuju cita-cita ini, negara haruslah mengalami pembangunan moden di dalam semua aspek, termasuk aspek fizikal, kejuruteraan, perindustrian, komunikasi, sains dan teknologi. Dengan itu terbangunlah gedung-gedung untuk bangunan pentadbiran, institusi pengajian tinggi, kemudahan pengangkutan darat, laut dan udara, pembangunan berteknologi tinggi dan multi media. Pembangunan ini membawa negara kita ke hadapan puluhan tahun lebih maju dari negara-negara membangun lain, yang tarikh kemerdekaannya jauh lebih awal dari kita. Ini bukanlah cosmetic chage semata-mata, kerana pemban-gunan ini mempunyai fungsi kemajuan ilmu pengetahuan dan peningkatan maklumat pada zaman moden ketika se-mua umat manusia bercita-cita untuk menguasai bidang teknologi dan komunikasi yang canggih dalam dunia yang tidak bersempadan ini. Jadi kita harus bersaing dengan du-nia lain, termasuk negara maju, untuk kita juga dapat ber-lumba dengan mereka dan dapat berdiri sama tegak dengan mereka.

Pembangunan ini juga telah meletakkan negara kita kehadapan yang agak selesa untuk membina tamadun masyarakat kita dan menebus semula maruah umat kita yang selama ini dipandang rendah terutama sekali oleh mereka dari negara Barat. Inilah pengisian kemerdekaan yang amat bererti sekali kepada kita semua, kerana ke-merdekaan bukanlah merupakan matlamat terakhir. Ke-merdekaan bukanlah hanya setakat nama dan slogan, kalau hanya slogan, maka rakyat dan pemimpin akan hanya ber-peluk tubuh setelah mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan bererti satu titik permulaan untuk mengangkat martabat negara dan rakyat, memajukan segala-galanya ke hadapan dan membangunkan diri melalui kekuatan daya ketahanan diri dan kemampunan tenaga dan pemikiran sendiri.

Beratus tahun lamanya bumi kita yang berdaulat dijajah, tenaga mereka sebelum kita dikerah dengan segala-galanya menguntungkan orang asing. Hasil kekayaan negara diguna-kan untuk kepentingan colonial masters yang tidak mengam-bil peduli akan kesengsaraan rakyat negara yang dijajah. Pendek kata, banyak cengkaman yang dihadapi orang ter-dahulu. Sehubungan itu, kita sebagai anak merdeka bukan saja patut berbangga dengan kemerdekaan itu malah perlu memanfaatkan sepenuhnya kemerdekaan negara untuk me-majukan negara, bangsa dan diri. Salah satu belenggu yang dihadapi oleh negara-negara yang telah terlepas dari geng-gaman penjajahan ialah pemikiran belenggu penjajahan (mindset) yang tetap masih menghantui pemikiran rakyat. Walaupun negara telah mencapai kemerdekaan sepenuhnya dalam bidang politik, tetapi seringkali terdapat rakyat yang

K E M E R D E K A A N

28

tidak sama sekali dapat melepaskan dirinya dari penjajahan pemikiran dan mental yang masih diwarisinya dari penjaha-han. Apakah setelah sekian lama negara merdeka pemikiran mereka masih belum merdeka?

Elakkan Penjajahan Minda

Setelah merdeka hingga kini negara telah membangun dengan pesatnya di dalam semua bidang seperti ilmu peng-etahuan, ekonomi, sosial, politik dan lain-lain lagi termasuk di dalam bidang agama dan umatnya yang telah melang-kah maju ke depan dengan jayanya. Sebagai contoh, krisis ekonomi yang melanda negara tidak lama dahulu dan pe-nyelesaiannya yang dilakukan pemimpin negara dengan cara tersendiri tanpa bantuan agensi luar, agensi penjajah yang berselindung di sebalik bantuan kemanusiaan dipan-dang sepi sahaja oleh golongan tertentu yang terlalu fanatik dengan perjuangan peribadi dan kelompok sendiri. Malah ada di antaranya yang kelihatan bersungguh-sungguh me-nafikan kenyataan ekonomi negara sedang mengalami pe-mulihan. Mereka menjaja pandangan mereka ke sana sini bahawa ekonomi negara masih beku dan buruk serta se-mua fakta dan kenyataan pihak berwajib tentang pemulihan ekonomi adalah palsu dan gimik semata-mata.

Mungkin golongan ini berasa lebih selesa dan tenteram sekiranya ekonomi negara masih mundur dan tidak pulih supaya dengan itu mereka akan mendapat kesempatan yang lebih baik lagi untuk memburuk-burukkan imej negara dan pimpinannya. Ternyata kemerdekaan negara dalam arena politik masih belum dapat menjamin kehadiran rakyat yang benar-benar merdeka akal fikiran dan persepsinya. Mereka masih mewarisi pandangan penjajah bahawa negara sekecil ini mana mungkin akan dapat berdiri sendiri dan menye-lesaikan masalah tanpa bantuan orang luar terutamanya daripada bekas colonial master sendiri. Adalah jelas peng-khianatan seperti ini sanggup melihat negara mundur dan rakyat umumnya merana.

Pertahankan Kemerdekaan Negara

Sebagaimana yang telah diperkatakan, kemerdekaan ne-gara bererti bebas daripada kongkongan penjajah dan anak bangsa sendiri yang mengendalikan urusan pentadbiran negara dan lahir sebagai sebuah negara yang berdaulat dan berdikari dalam serba serbi. Namun, merdeka bukan ber-makna bebas untuk bertindak dan melakukan apa sahaja tanpa mempedulikan batas agama. Mengisi kemerdekaan adalah satu tugas berat bagi anak bumi merdeka. Ke-merdekaan negara tidak mendatangkan apa-apa makna jika ia gagal diisi dengan sebaiknya. Ia hanya bermakna jika anak bangsa benar-benar berdaulat di bumi sendiri dan dapat membina indentiti yang berpaksikan kebenaran dan keadi-lan. Sebagai generasi yang membesar di dalam kesenangan, kemungkinan kita tidak dapat merasa sendiri kesusahan orang yang terdahulu, mungkin juga kita tidak berpeluang merasainya melainkan jika kita lalai sehinggakan negara kita dijajah semula. Seorang negarawan Vietnam, Ho Chih Min pernah berkata 'kebebasan itu amat tinggi nilainya apabila ianya telah hilang'. Kita perlu hayati kata-kata tersebut dan seterusnya melengkapkan diri dengan secukup-cukupnya demi untuk mengekalkan kedaulatan negara dari sebarang bentuk penjajahan.

Walaupun kemerdekaan negara masih muda usianya, generasi yang telah memperjuangkannya dan merasai pahit maungnya sebelum kemerdekaan itu tercapai sudah tidak ramai lagi jumlahnya. Majoriti rakyat adalah generasi pasca kemerdekaan dan anak mereka. Generasi muda jumlahnya

agak besar. Rata-ratanya mereka dibesarkan dalam kead-aan yang selesa, setelah negara mencapai kedudukan yang baik berbanding dengan negara lain. Sesungguhnya mereka adalah pewaris yang akan mewarisi negara ini dalam ser-ba-serbi dan akan mencorakkan negara tercinta ini. Negara perlu melahirkan generasi yang bersahsiah tinggi, bermoral kental dan berdaya saing sebagai pewaris kepada watan yang merdeka ini. Bukannya mereka yang terjajah mind-anya hilang jati diri, mudah mengalah dan hanyut dibawa arus. Mereka perlu diasuh dengan kefahaman yang sebenar mengenai kemerdekaan. Mempertahankan kemerdekaan adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat yang cintakan keamanan dan kedamaian. Penghayatan kemerdekaan bu-kan sekadar melaung-laungkan perkataan merdeka, malah ia perlu disertai dengan penghayatan dan pemahaman mak-sud serta kepentingan kemerdekaan yang dikecapi.

Itulah yang perlu dilakukan oleh generasi pasca merdeka iaitu menghayati, menyedari dan mensyukuri kemerdekaan yang tidak ternilai harganya ini. Hakikatnya, generasi hari ini tidak melalui kesusahan, kepayahan dan kegetiran za-man sebelum merdeka, baik zaman penjajahan Inggeris ma-hupun zaman penduduk tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua. Generasi pasca merdeka hanya mengetahui zaman sebelum merdeka dari buku sejarah, itupun kalau ada yang membacanya kerana ingin tahu mengenai kemerdekaan ne-gara. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa ketiadaan peng-hayataan kemerdekaan yang sebenar boleh mengundang penjajah kembali ke negara kita. Keracunan pemikiran aki-bat penjajahan bentuk baharu boleh menyebabkan pence-maran budaya sebagai contoh, rakyat malaysia bangga den-gan kepelbagaian budaya dan adat resam pelbagai bangsa. Keunikan ini boleh terhakis jika penjajahan budaya yang terkesan daripada proses globalisasi membawa masuk bu-daya negatif yang membawa kerosakan.

Penjajahan ekonomi juga tidak kurang bahayanya. Mengimbas kembali kegawatan ekonomi pada tahun tera-khir 1990-an, kita bersyukur kerana tidak membuat kesi-lapan yang sama seperti negara lain di rantau Asia Timur. Setiap daripada kita perlu sedar bahawa penjajahan ben-tuk baharu boleh berlaku dan tidak akan sama bentuknya seperti penjajahan ketenteraan suatu masa dahulu. Haki-katya, penjajahan bentuk baharu lebih berbahaya, kerana ia berlaku secara halus, tersembunyi dan tidak disedari. Antara bentuk penjajahan bentuk baharu ialah penjajahan pemikiran, budaya dan ekonomi. Atas sebab ini, maka gen-erasi pasca merdeka ini perlu lebih berhati-hati berbanding generasi terdahulu.

Bagi anggota yang dilahir selepas zaman penjajahan, persoalan yang sama perlu ditujukan adakah kita benar-benar dapat menghayati erti kemerdekaan? Sudah semes-tinya ini merupakan faktor yang sukar diukur. Walaupun ada di antara kita yang lahir di kampung-kampung ataupun

K E M E R D E K A A N

29Jul - Sep 2016 207

bandar-bandar besar, ini tidak bererti kita sama sekali men-genal erti kesusahan. Kesusahan yang dimaksudkan adalah pada suatu ketika dahulu, dengan peralatan yang tidak se-berapa mencukupi, kita sebagai pasukan keselamatan telah berjaya mempertahankan kedaulatan negara dari ancaman konfrontasi, diikuti pula dengan perang melawan insur-gensi. Apakah yang menyebabkan kejayaan ini?Tidak lain tidak bukan adalah semangat juang yang begitu kental serta keikhlasan untuk mempertahankan bumi yang merdeka. Sebagai teras utama pertahanan negara, kita perlu berse-dia dan sanggup berkorban bagi mengatasi segala cabaran yang muncul untuk membolehkan negara terus maju dan membangun. Pengorbanan para pahlawan mempertahan-kan kedaulatan negara perlu kita contohi dan hayati. Malah semangat sanggup berkorban yang menjadi pegangan para pahlawan yang terdahulu jangan sesekali luput dari inga-tan kita. Pembangunan pesat negara adalah sebahagian dari buah kemerdekaan. Negara kita makmur, aman, kaya dengan sumber alam, bahan mentah, kaya dengan seni bu-daya bangsa dan rakyatnya hidup mesra. Ini juga hasil ke-merdekaan yang perlu kita pertahankan.

Jangan sesekali kita lupa juga bahawa jatuh atau ban-gun sesebuah bangsa atau negara itu bergantung kepada rakyatnya sendiri. Orang lain tidak akan membantu seki-ranya kita jatuh, hanya kita yang akan menanggungnya dan membina semula negara kita. Globalisasi membawa banyak perubahan kepada kita semua. Ini bererti sebagai anggota tentera, kita perlu membuat persediaan yang terbaik. Se-canggih manapun peralatan pertahanan yang dibekalkan kepada kita, sekiranyan kita tidak berupaya menukar minda atau merubah paradigma kita dan mempertingkatkan ilmu ketenteraan serta kemahiran yang sedia ada, kecanggihan peralatan tersebut tidak mendatangkan manfaat. Peruba-han yang perlu dilaksanakan tidak lain tidak bukan adalah memperkukuhkan lagi budaya serta nilai-nilai ketenteraan itu sendiri yang akhir-akhir-akhir ini kelihatan goyah. Lihat sahajalah gejala sosial yang melibatkan anggota-anggota kita dewasa ini. Sebagai organisasi yang diterapkan dengan nilai-nilai disiplin serta peradaban yang tinggi, ia seharusn-ya tidak dibenarkan berlaku. Jika kegoyahan ini dibiarkan berlanjutan, maka tercemarlah amanah rakyat kepada kita.

Keikhlasan dalam melaksanakan tugas, rajin serta gigih berusaha untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan serta diri sendiri, mengekalkan tahap disiplin profesion ketenteraan yang tinggi, bermoral tinggi dan peka di dalam perkembangan di dalam bidang teknologi maklumat adalah antara nilai-nilai yang perlu dikekalkan dan dipertingkat-kan lagi. Ini akan melayakkan kita untuk bersaing dengan

lain-lain angkatan pertahanan di rantau ini. Nilai-nilai ini juga akan menjadi landasan kepada kekuatan kita menjadi sebuah angkatan yang mampu mempertahankan kedaula-tan negara dari apa jua bentuk ancaman. Ia juga akan mem-beri keyakinan akan kebolehan kita untuk menentukan apa yang terbaik bagi kita sendiri. Mengekalkan keamanan dan kedaulatan yang kita nikmati sekarang adalah sumpah kera-mat dan amanah rakyat yang kita pikul sebagai anggota An-gkatan Tentera Malaysia amnya dan Tentera Darat khasnya. Kita merupakan tulang belakang pertahanan negara dan memainkan peranan yang penting di dalam menjamin kea-manan dan kestabilan negara bagi membolehkan negara menjadi maju dan makmur. Sebagai pembela bangsa dan negara, setiap dari kita perlu mengekalkan nilai-nilai keten-teraan. Selain dari itu, demi memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat kepada kita, jauhilah dari perbuatan yang merosakkan diri kita sendiri dan perkhid-matan khasnya. Imej TD sebagai benteng kedaulatan negara perlu dipertingkatkan agar dapat memberi keyakinan ke-pada rakyat jelata.

Penutup

Walaupun kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu tidak dicapai menerusi pertumpahan darah sebagaimana negara-negara Asian lainnya, namun jerit-perih dan pengorbanan yang diberikan oleh rakyat pada masa itu dan sebelumnya amatlah besar. Jika dikira dari mula pendudukan Inggeris pada 1786 apabila Francis Light mula mengibarkan bend-era penjajahan secara rasmi di bumi Tanah Melayu, penen-tangan menuntut kebebasan telahpun bermula walaupun di peringkat wilayah. Bentuk-bentuk penentangan ini wa-laupun kecil dan sering dilabel oleh pihak Inggeris sebagai pengkhianat, lanun atau pemberontak namun semangat mereka telah menjadi rujukan kepada pejuang selepas itu. Nama-nama seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Dol Said, Tok Janggut, Datuk Maharajalela, Rosli Dhobi, Mat Salleh, Panglima Hitam dan ramai lagi telah menjadi sebutan di bi-bir orang Melayu khasnya dari generasi ke generasi. Begitu juga semangat yang ditunjukkan oleh pasukan keselamatan yang turut berjuang menentang penduduk Jepun dan komu-nis. Pengorbanan mereka bukanlah kecil tetapi demi negara, nyawa mereka dipertaruhkan seperti Lt Adnan Saidi, Peris-tiwa Bukit Kepong dan banyak lagi. Semuanya kerana negara tercinta. Penjajahan selama 219 tahun dan setelah mengaut kekayaan khazanah negara pastinya tidak lagi dikehendaki oleh rakyat negara ini. Pengorbanan pejuang-pejuang ke-bebasan dan mempertahankan kedaulatan negara haruslah kita pertahankan kerana tiada kemerdekaan tanpa pengor-banan.

K E M E R D E K A A N

30

Bermula tahun 2010, tarikh 16 Sep diisytiharkan se-bagai cuti umum, sempena mengingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 Sep 1963 dengan pe-

nyertaan Sabah dan Sarawak bersama Persekutuan Tanah Melayu. Tarikh 16 Sep akan disambut sebagai Hari Malaysia, bermakna rakyat Malaysia akan mempunyai dua sambutan hari kebangsaan setiap tahun. Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos adalah untuk mengingati pejuang terdahulu yang berjuang untuk mencapai kemerdekaan daripada pen-jajah dan kini rakyat Malaysia turut menyambut Hari Ma-laysia pada setiap 16 Sep, bagi mengingati rakyat kepada perpaduan, persefahaman antara semua kaum di Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah. Semua rakyat yang cintakan ne-gara Malaysia, perlu ingat bahawa pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat berlaku setelah dijajah selama beratus-ratus tahun dahulu.

Sabah dan Sarawak Merdeka Melalui Malaysia

Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dari-pada penjajahan Inggeris pada 31 Ogos 1957. Sabah dan Sarawak serta Singapura merdeka bersama Persekutuan Tanah Melayu melalui penubuhan Malaysia pada 16 Sep 1963, namun Singapura telah keluar dari Persekutuan Ma-laysia pada 9 Ogos 1965. Sejak penubuhan Malaysia, pen-duduk Sabah dan Sarawak ingin menyambut tarikh 16 Sep setiap tahun bagi memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963 sememan-gnya memberi perubahan kepada negara khususnya dalam penyatuan 14 buah negeri sebagai Malaysia yang terdiri

Hari Malaysia Eratkan Perpaduan Rakyat

Oleh: LKpl Ainur Aisyah Yahaya

daripada 11 negeri Persekutuan Tanah Melayu dengan Sin-gapura, Sabah dan Sarawak disamping jumlah pendudukn-ya yang menjangkau 10 juta orang setaraf dengan tarikh 31 Ogos. Persekutuan Malaysia dirasmikan penubuhannya serta diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia ketika itu dan ia menandakan pe-nyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Sin-gapura bagi membentuk Malaysia.

Mengimbas semula pembentukan Malaysia yang direal-isasikan oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebenarnya telah disu-arakan pada bulan Mei 1961 melalui satu ucapannya dalam Persatuan Wartawan Asing Asia-Tenggara di Singapura.

Dalam ucapan tersebut, beliau telah mencadangkan agar Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei digabungkan dalam satu kesatuan atau satu negara yang disebut sebagai Malaysia. Kata Tunku dalam ucapan-nya, “Persekutuan Tanah Melayu tidak mampu wujud secara bersendirian tanpa kerjasama politik dan ekonomi dengan Singapura, Sabah dan Sarawak.”

Pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Jan 1962 adalah bagi memberi kebebasan dan keadilan kepada se-mua pihak. Suruhanjaya ini dibentuk hasil perundingan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan British pada Nov 1961. Tujuan penubuhan Suruhanjaya ini adalah untuk meninjau pandangan penduduk negeri-neg-eri di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tentang gagasan

Konfrontasi Indonesia turut melanda Sabah-Sarawak walaupun pembentukan Malaysia tel-ah mendapat persetujuan PBB, tetapi Indonesia seakan berusaha untuk menggagalkan rancangan tersebut malah sengaja melewatkan ketibaan wak-ilnya sebagai pemerhati kerja-kerja rombongan

PBB ke Sabah dan Sarawak.

R E N C A N A

31Jul - Sep 2016 207

Malaysia. Suruhanjaya ini dianggotai oleh lima orang ahli dengan dipengerusikan oleh Lord Cobbold, bekas gabenor Bank England, ahli-ahlinya terdiri daripada Dato’ Wong Pow Nee dan Encik Mohd Ghazali Shafie, sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu manakala Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston adalah wakil kepada kerajaan British dan Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha.

Sepanjang Feb hingga Apr 1962, Suruhanjaya ini telah menemui lebih 4000 orang dan menerima 2200 memoran-dum daripada pelbagai pihak yang terdiri dari parti-parti politik, ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan dan Undangan, pembe-sar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, maj-lis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang memberikan pandangan. Hasil dari laporan ini menunjukkan sejumlah 80 peratus penduduk Sarawak dan Borneo Utara menyokong kepada penubuhan Malaysia. Sokongan rakyat ini jelas dibuktikan melalui lapo-ran Suruhanjaya Cobbold yang telah disahkan oleh perwaki-lan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu.

Selain itu, laporan itu juga memuatkan cadangan-cadan-gan daripada ahli-ahli Suruhanjaya berhubung beberapa perkara yang dinyatakan melalui memorandum-memoran-dum yang diterimanya. Filipina pula menuntut haknya ke atas Sabah atas hujahan perjanjian yang dimeterai antara Kesultanan Sulu dengan pihak British. Brunei yang turut termasuk dalam rancangan penubuhan Persekutuan Malay-sia membatalkan penyertaannya setelah berdepan dengan pemberontakan besar-besaran di Brunei oleh Sheikh Azhari pada penghujung 1962.

Selepas cadangan tersebut disuarakan oleh Tunku, pelba-gai pihak mula menyuarakan pendapat mereka hinggakan penubuhan Malaysia tersebut menjadi topik perbincangan hinggalah ke peringkat antarabangsa.

Ramai pihak yang menyokong cadangan tersebut khususn-ya pemimpin-pemimpin rakyat dalam negeri-negeri Singapu-ra, Sarawak dan Sabah yang menganggap cadangan tersebut akan dapat membantu mereka membebaskan diri dari kuasa penjajah Inggeris. Lanjutan dari cadangan penubuhan ga-gasan Malaysia ini, Tunku Abdul Rahman telah mengambil tindakan dengan mengadakan rundingan bersama Perdana Menteri British di London. Hasilnya, sebuah suruhanjaya tel-ah ditubuhkan bagi memastikan rancangan tersebut berjaya dan mendapat persetujuan semua pihak. Suruhanjaya terse-but telah dipengerusikan oleh Lord Cobbold dengan diwakili oleh wakil-wakil dari Tanah Melayu dan Kerajaan British.

Tujuan utama suruhanjaya tersebut dibentuk adalah un-tuk menyiasat pendapat dan persetujuan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai penubuhan gagasan Malaysia ini. Usaha untuk menyatukan negeri-negeri tersebut di bawah satu ga-gasan mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya dari para penduduk di Sabah dan Sarawak sendiri.

Menurut Penyata Tahunan Perhimpunan Agung UMNO 1963/64, pada 23 Ogos 1961, persetujuan telah dicapai di antara kerajaan Singapura dan Tanah Melayu yang meletak-kan Kerajaan Pusat mempunyai kuasa autonomi dalam lapa-ngan pelajaran dan buruh sahaja dengan persetujuan sebuah jawatankuasa antara Kerajaan Singapura dan Tanah Melayu.Namun begitu, usaha murni untuk menuju kepada penubu-han sebuah negara baharu Malaysia terhalang apabila ber-laku pemberontakan yang dilakukan oleh Sheikh Azhari di Brunei pada 8 Dis 1962. Ini diikuti dengan pengisytiharan konfrantasi Indonesia yang dilancarkan oleh Presiden Sukar-no sebagai tentangan terhadap gagasan Malaysia. Manakala di Manila pula, terdapat tuntutan ke atas Sabah dikembalikan kepada Filipina atas alasan ia adalah milik keturunan Sultan Solo yang telah membuat perjanjian dengan Kerajaan Brit-ish pada tahun 1878. Perselisihan pendapat dan pertikaian

R E N C A N A

32

ini telah berlarutan dan semakin meruncing hingga memec-ahbelahkan keamanan yang ada di Asia Tenggara.

Konfrantasi yang dilancarkan oleh Presiden Sukarno juga telah berterusan selama tiga tahun hingga mengakibatkan berlaku pertumpahan darah dan memaksa kepada campur tangan tentera. Penubuhan Malaysia menerima tentangan keras dari Indonesia di bawah Presiden dengan slogan “Gan-yang Malaysia”. Misalnya dapat dilihat dalam pertempuran di antara Tentera Darat dengan angkatan rejim Sukarno di satu Pos Sementara tentera di Kalabakan, Tawau, Sabah. Serangan yang berlaku pada waktu Mahgrib ini telah men-gorbankan seramai tujuh anggota dan mencederakan 16 yang lain. Begitu juga dengan serangan yang berlangsung di Pontian, Labis, Kota Tinggi dan Batu Pahat di Johor. Ten-tangan ke atas penubuhan Malaysia mengakibatkan per-tempuran yang hebat antara tentera kedua-dua negara. Bagi menyelesaikan masalah berikut dan memulihkan keamanan di rantau Asia Tenggara, maka suatu persidangan kemuncak telah diadakan antara ketua-ketua tiga negara yang terlibat dalam pertikaian iaitu Tanah Melayu, Indonesia dan Filipina.

Pada 21 Jun 1962 laporan ini telah dikemukakan kepada Kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Setelah dikaji, kedua-dua kerajaan bersetuju menerima hampir semua cadangan yang telah dibuat oleh Suruhanjaya tersebut. Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Tan-ah Melayu juga menerima laporan Suruhanjaya Cobbold. Be-liau telah membentuk sebuah Jawatankuasa untuk mengkaji laporan itu yang telah dipengerusikan oleh beliau sendiri dan anggota-anggota yang lain terdiri dari Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri), Tan Siew Sin (Menteri Kewan-gan), Datuk (Dr) Ismail Dato’ Abdul Rahman (Menteri Kese-lamatan Dalam Negeri) dan Datuk V.T. Sambanthan (Menteri Kerja Raya dan Telekom).

Tarikh perasmian pengisytiharan Persekutuan Malaysia telah ditangguhkan daripada 1 Jun 1963 ke 31 Ogos 1963 kerana menunggu Laporan Suruhanjaya Cobbold. Namun tarikh tersebut pula ditangguhkan setelah Indonesia dan Filipina memperhebatkan tentangan mereka terhadap pe-nubuhan Persekutuan Malaysia. Dan akhirnya 16 Sep 1963 menjadi hari secara rasminya Persekutuan Malaysia ditu-buhkan. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sa-bah) dan Sarawak.

Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia ini dapat di-laksanakan dengan jayanya walaupun mendapat tentangan dalam bentuk ketenteraan dari negara lain. Dalam persidan-gan kemuncak di Manila yang berlangsung pada akhir bulan Jul 1963, tolak ansur telah berlaku antara negara-negara terbabit dan tarikh pengisytiharan negara baharu Malaysia akan diumumkan selepas Setiausaha Agong Bangsa-bangsa Bersatu berpuas hati dengan kehendak rakyat dari wilayah Sabah dan Sarawak. Dalam pada itu, Brunei tidak turut sama dalam pembentukan Malaysia kerana gagal mencapai per-setujuan mengenai negerinya.

Malaysia Rahmat bagi Rakyat Sabah dan Sarawak

Persekutuan Malaysia tertubuh dengan seribu harapan agar terjamin perpaduan, kemakmuran dan keselamatan bersama, khasnya daripada ancaman pengganas komunis. Parti Komunis Malaysia (PKM) mengancam keselamatan di Persekutuan Tanah Melayu sementara Pasukan Gerila Raky-at Sarawak (PGRS), Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) dan Pasukan Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU) pula men-

gancam keselamatan di Sabah dan Sarawak. Kemasukan Negeri Sabah dalam Malaysia pada mulanya ditentang oleh Filipina yang pernah menuntut Sabah yang dikatakan ada-lah tanah jajahan Filipina. Namun kini Kerajaan Filipina sudah acap kali mengulangi pengisytiharan tidak lagi men-untut Sabah daripada kerajaan Malaysia. Indonesia yang asalnya juga membantah kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia, kini tidak lagi menyuarakan sebarang ban-tahan secara rasmi.

Setelah hampir 53 tahun Sabah dan Sarawak berada ber-sama Malaysia, kini telah nampak banyak pembangunan serta kemajuan yang dapat dikecapi oleh rakyat kedua-dua negeri. Pembangunan prasarana keperluan sosial serta kebajikan rakyat jelas kelihatan di bandar-bandar serta di kawasan pendalaman. Kemudahan pembelajaran serta kesi-hatan rakyat turut dibangunkan dengan meluas. Kemakmu-ran sosial serta kemajuan ekonomi yang dialami oleh rakyat menjadikan negeri Sabah dan Sarawak setanding dengan negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Sememangn-ya kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia adalah satu keputusan tepat dan telah membawa rahmat kepada rakyat kedua-dua negeri.

Langkah kerajaan Malaysia memutuskan supaya waktu yang dahulunya berbeza di antara Sabah, Sarawak dan Se-menanjung Tanah Melayu, diseragamkan, telah memberi kesan psikologi yang sangat mendalam kepada rakyat di Sabah dan Sarawak. Kini tiada lagi istilah Malaysia Timur dan Malaysia Barat yang dahulu sedikit sebanyak menggam-barkan perbezaan antara kedua wilayah. Dengan menyata-kan Malaysia meliputi negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, sudah cukup memberi maksud entiti yang bersatu di bawah satu payung.

Konfrontasi Indonesia turut melanda Sabah-Sarawak wa-

R E N C A N A

33Jul - Sep 2016 207

laupun pembentukan Malaysia telah mendapat persetujuan PBB, tetapi Indonesia seakan berusaha untuk menggaga-lkan rancangan tersebut malah sengaja melewatkan keti-baan wakilnya sebagai pemerhati kerja-kerja rombongan PBB ke Sabah dan Sarawak. Akhirnya PBB telah bersetuju mengeluarkan laporannya mengakui 80 peratus dari rakyat Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman. Tentangan dari Indonesia tidak habis di situ sahaja sebaliknya melancarkan kembali konfrontasinya dengan menarik kembali Duta Besarnya di Malaysia serta mengu-gut nyawa rakyat Malaysia yang ada di Indonesia. Filipina turut bertindak keras apabila cuba menurunkan taraf kedu-taannya di Malaysia menjadi konsul sahaja. Akibat tinda-kan tersebut, maka Kerajaan Malaysia terpaksa mengambil tindakan tegas dengan memutuskan hubungan diplomatik dengan Indonesia dan Filipina dua hari selepas kelahiran negara Malaysia dilancarkan.

Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Perse-kutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Per-setujuan telah di peroleh untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 Sep 1963. Konfrantasi ini berlanju-tan hingga perjanjian damai dimeterai pada Ogos 1966. Per-janjian penubuhan Malaysia telah ditandatangani di London pada 9 Julai 1963 dan diisytiharkan secara rasmi pada 16 September 1963 oleh Tunku Abdul Rahman.

Penutup

Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 Sep 1963 dan upacara Pengisytiharan Malaysia dilakukan di Stadium

Merdeka di hadapan DYMM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sabah dan Sarawak dengan disaksikan kira-kira 30,000 rakyat Malaysia. Upacara ini juga dihadiri oleh ang-gota kabinet, diplomat asing di Kuala Lumpur serta jempu-tan khas. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibaca-kan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra dan kemudiannya melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang hadir. Upac-ara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad Mohammad Said. Kini, setelah 53 tahun Malaysia ditubuhkan, pelbagai kemajuan dapat dil-ihat dari pelbagai aspek bukan sahaja dalam bidang ekono-mi, politik dan sosial malah hubungan antarabangsa dengan negara-negara jiran terbabit juga telah pulih. Seharusnya, keharmonian dan kesejahteraan yang di kecapi sejak sekian lama wajar dipelihara dan dikekalkan agar dapat terus di kecapi oleh generasi akan datang.

Rakyat negeri Sabah dan Sarawak sangat gembira dengan pengistiharan 16 Sep sebagai cuti umum seluruh negara. Pelbagai pihak khasnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO), menyambut baik langkah kerajaan malaysia dilihat dapat merapatkan lagi perhubungan rakyat seluruh negara. Raky-at seluruh negara kini sudah tentu tercetus semangat dan il-tizam dalam mengukuhkan perpaduan antara kaum selaras dengan gagasan 1Malaysia yang diwar-warkan sebelum ini. Selama ini hanya rakyat Sabah dan Sarawak yang diberi cuti umum bagi meraikan 16 Sep sebagai Hari Malaysia. Dengan pengistiharan cuti seluruh negara terbaru ini, dijangkakan seluruh rakyat Malaysia dapat merasakan konsep penubu-han Persekutuan Malaysia dengan lebih mendalam. Rakyat Sabah, Sarawak dan Semenanjung Tanah Melayu yang ter-diri daripada pelbagai kaum etnik, kini dapat hidup dengan perpaduan kukuh serta keharmonian, berkongsi segalanya sebagai satu keluarga dalam gagasan 1Malaysia.

R E N C A N A

34

Sang PahlawanBingkisan

PA H L AW A N

Oleh: Kapt Aminin Hafizhin Minhad

35Jul - Sep 2016 207

Tidak dinafikan pada hari bersejarah ini, rakan-rakan seangkatan acapkali membelek telefon bimbit masing-masing. Lantas tangan terus merungkas satu-persatu aplikasi laman sosial dengan harapan

menerima ucapan “Selamat Hari Pahlawan”. Namun begitu, “Jauh panggang dari api” kerna anggapan awal sebelum ini ternyata jauh meleset. Di manakah ucapan-ucapan penghargaan yang dinantikan sedangkan sambutan “Hari Kekasih” yang bukan merupakan hari peristiwa rasmi juga disambut jauh lebih meriah, nyata berbeza dengan sambutan tarikh keramat 31 Julai yang sememangnya jelas dinobatkan sebagai “Hari Pahlawan”. Adakah perkara ini terjadi kerana semangat kepahlawanan kian kurang dalam diri?

Sejarah Hari Pahlawan

Menyingkap sedikit mengenai hari bersejarah ini, negara kita, Malaysia telah mengisytiharkan tanggal 31 Julai setiap tahun sebagai Hari Pahlawan bagi tujuan untuk meraikan serta menghargai pahlawan-pahlawan negara khususnya pasukan keselamatan atas segala pengorbanan dan pahit jerih mereka dalam mempertahankan negara semasa perang dunia pertama dan kedua serta era darurat demi menggapai keamanan yang dikecapi kini. Tarikh keramat tersebut dipilih adalah bersempena tamatnya era darurat pada tahun 1960 namun sambutan pertamanya adalah pada 4 Ogos 1968 bertempat di Tugu Negara. Pada ketika itu, upacara yang dijalankan adalah dengan dengan bertafakur bagi mengenang pahlawan-pahlawan yang telah gugur, diikuti dengan bacaan doa dan seterusnya meletakkan kalungan bunga serta menaikkan bendera selain perbarisan khas oleh pasukan keselamatan negara. Namun, bermula pada tahun 2010 kerajaan telah memutuskan lokasi sambutan dilakukan di dataran yang bersesuaian memandangkan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menyatakan sambutan itu tidak boleh diadakan di kawasan yang mempunyai patung menyerupai manusia kerana upacara yang dijalankan dihadapan tugu adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik. Justeru, sebagai permulaan, Dataran Merdeka dipilih sebagai lokasi sambutan dan pemindahan lokasi itu adalah sambutan acara yang diadakan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Jakim dan disahkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Pengertian Pahlawan

Pahlawan bukanlah satu perkataan yang asing dalam hidup kita, bahkan kisah kepahlawanan dikalangan masyarakat kita telah wujud sejak dahulu lagi. Siapa yang tidak pernah mendengar cerita mitos pahlawan seperti Hikayat Hang Tuah lima Bersaudara, Hikayat Seri Rama, Hikayat Pendawa Lima dan lain-lain lagi. Sekiranya dirujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, pahlawan boleh ditakrifkan sebagai individu yang gagah dan berani berjuang namun sekiranya dilihat dari perspektif yang lain pula, definisinya adalah bergantung kepada fahaman dan penilaian individu tersebut sebagai contoh ada yang mengganggap ibubapa, sahabat mahupun insan-insan tertentu sebagai pahlawan

35Jul - Sep 2016 207

PA H L AW A N

36

kerana sikap sering berada di sisi untuk membantu dan mempertahankan diri mereka dalam setiap keadaan. Oleh hal yang sedemikian, dapat kita simpulkan bahawa konsep bagi seorang pahlawan secara teorinya adalah seseorang berani dan rela berkorban demi melindungi dan membantu insan yang lain. Namun begitu, menjadi satu tanda tanya yang mana adakah kita memahami pahlawan itu dari segi makna perkataannya atau kita benar-benar mendalami serta menyelami apakah erti sebenar pahlawan itu. Pada muasir ini, semangat dan kisah kepahlawanan kian dilupakan. Anak-anak kecil mula dididik dengan mengganggap adiwira khayalan seperti Superman dan Batman sebagai pahlawan sanjungan. Dimanipulasi dengan pelbagai media massa bahawa ciri-ciri pahlawan adalah bergantung kepada kuasa luar biasa dan fizikal yang gagah perkasa. Walhal, erti sebenar menjadi seorang pahlawan bukan fizikalnya sahaja. Sebaliknya semangat dan keazaman yang tinggi disertai niat yang mulus untuk membela nusa dan bangsa perlu ada dan menjadi keutamaan mereka. Di manakah semangat lantang bersuara menegakkan hak seperti Dol Said? Di manakah ajaran kesetian kepada pemerintah seperti Tok Gajah yang sanggup melarikan diri semata-mata tidak mahu bertempur dengan tentera sultan?

Perkara seumpama inilah yang perlu disulam dan dipupuk ke dalam ceruk hati generasi muda agar ia tidak hanya sekadar sejarah sebaliknya dijadikan teladan dan pedoman dalam mengharungi hari-hari mendatang. Peranan utama ini harus dimain peranan oleh ibu bapa dalam mendidik dan membentuk anak-anak agar tidak alpa dan mempunyai sikap kebergantungan yang tinggi sebagaimana yang dipamerkan oleh superhero barat di mana tanpa alatan khas dan kuasa sakti, mereka menjadi langsung tidak berguna. Justeru itu, dengan penerapan nilai-nilai murni ini, ia akan membentuk golongan muda untuk memahami nilai seorang pahlawan dan akan lebih menghargai mereka kelak.

Si Baju Hijau

Erti kepahlawanan bukanlah harus difahami golongan bukan beruniform sahaja. Bahkan, ia sepatutnya lebih difahami, malah ditafsir secara lebih mendalam oleh golongan pasukan beruniform khasnya. Sang pemakai uniform haruslah waspada bahawa mereka adalah penyambung warisan sebagai benteng pertahanan negara seterusnya memperturunkan tanggungjawab ini kepada generasi berikutnya agar negara kekal aman dan sentosa. Semangat kepahlawanan ini haruslah ditonjolkan dengan rasa megah kerana bukan semua manusia mampu menggalas tugas sebagai pembela bangsa. Janganlah terbit perasaan jijik dan malu apabila digelar “Mat Perang”, “Mat Terap dan seumpama dengannya. Sesungguhnya panggilan tersebut tidak berbaloi untuk dicakna kerana apalah ia jika hendak dibandingkan dengan panggilan pertiwi.

PA H L AW A N

37Jul - Sep 2016 207

“Sang pemakai uniform haruslah waspada bahawa mereka adalah penyambung warisan sebagai benteng pertahanan negara seterusnya memperturunkan tanggungjawab ini kepada generasi berikutnya agar negara kekal aman dan sentosa”

Oleh sedemikian, selaku tembok utama pertahananan negara, ciri-ciri sebagai seorang pahlawan haruslah dilengkapkan terlebih dahulu. Mungkin kita tidak sehebat dan sekental Adnan, namun keterampilan beliau harus dijadikan contoh dalam membentuk sahsiah diri sebagai seorang anggota tentera yang layak disegani. Meskipun telinga sering dibingitkan dengan pelbagai tohmahan daripada segelintir masyarakat, usahlah kita bercekcokan untuk membela diri dan membersihkan nama sendiri kerana itulah sifat seorang pahlawan. Bukan pujian yang dikejar, bukan wang yang dituntut, sebaliknya cukup sekadar mendengar hilai tawa rakyat kerana ia memberikan seribu satu kepuasan kepada para pembela negara. Anggaplah segala tanggapan negatif itu adalah daripada golongan yang butarepan akan organisasi penegak negara ini dan jadikan ia sebagai pemangkin untuk kita memperbaiki diri agar lebih maju kehadapan.

Kenang dan Hargai

Pahlawan-pahlawan kini, semakin kurang diangkat martabatnya. Kadang-kala timbul perasaan tanda tanya mengapakah pahlawan yang membela bangsa tidak disanjung seperti seniman mahupun selebriti. Walhal, jika dibandingkan

pengorbanan dan jasa yang dicurahkan boleh diibaratkan seperti “langit dan bumi”. Bukanlah niat di hati untuk cemburu atau mempersoalkan hak yang diperolehi, tetapi dengan sedikit penghargaan mampu mengubat keperihan dalam melaksanakan tanggungjawab selain menaikkan moral mereka agar lebih bersemangat lagi dalam meneruskan perjuangan. Namun, harus tidak dilupakan bukan pejuang-pejuang sahaja harus kita hargai, namun, pengorbanan ahli keluarga mereka juga harus dipuji dan dihormati. Mereka sanggup melepaskan orang yang mereka sayang untuk berkhidmat di medan juang demi keamanan sejagat. Disaat gelak tawa berhilaian di hari raya, mereka pula hanya ditemani hiba. Disaat anak-anak kecil mempamerkan kelincahan mereka di pentas sekolah, hanya video di skrin telefon menjadi perantara. Justeru, hargailah ahli keluarga para pejuang ini agar sedikit sebanyak ia mampu mengurangkan lara yang melanda jiwa. Tambahan daripada itu, kenangilah juga pahlawan-pahlawan yang gugur di medan perang dalam usaha membebaskan negara dari cengkaman penjajah juga daripada ancaman melata. Tanpa pengorbanan mereka tidaklah akan kita merasa suasana bebas merdeka. Justeru, jangan dibiarkan kisah mereka terbenam tiada bertanda. Perturunkanlah semangat dan kisah-kisah mereka kepada generasi seterusnya agar jiwanya akan terus membara untuk kekal menjadi bangsa merdeka.

PA H L AW A N

38

Pengerusi RAD

Diraikan

PA S U K A N

Oleh: Luqmanul Arif Abdul Karim NEGERI SEMBILAN: Seramai 19 pegawai dan 400 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Rejimen Artiler Diraja (RAD) terlibat dalam Perbarisan Penghargaan Mantan Pengerusi RAD Mej Jen Dato’ Razali Mohd Regen bertempat di Padang Kawad Batalion Ke-51 Rejimen Artileri Diraja (51 RAD) pada 5 Ogos 2016. Perbarisan ini diadakan bertujuan untuk menghargai jasa yang dicurahkan oleh beliau yang telah berkhidmat selama 38 tahun selain memberi tabik hormat terakhir kepada beliau yang pernah menjadi Pengerusi Rejimen Artileri Diraja (RAD). Dalam ucapannya beliau berasa amat ter-haru dan menghargai perbarisan ini sebagai penghormatan terhadap khidmat bakti yang telah dicurahkannya serta meluahkan rasa teruja dengan kehadiran Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor selain diberikan peluang untuk mengambil tabik hormat bagi kali terakhir dalam perkhidmatannya. “Saya ingin berpesan serta menasihati selu-ruh warga RAD agar terus menabur bakti dan memelihara nama baik perkhidmatan di dalam Angkatan Tentera Malaysia malahan kita seharus-nya berbangga kerana pekerjaan sebagai seorang anggota tentera merupakan pekerjaan yang mulia di sisi Allah S.W.T,”ujarnya. Selain itu beliau turut menambah dan ber-harap agar warga RAD tidak melibatkan diri serta terjebak dalam permasalahan sosial serta penyalahgunaan dadah yang mana jika tidak dibendung akan membawa kemudaratan kepada diri sendiri, kerjaya dan institusi kekeluargaan. Turut hadir Asisten Ketua Staf Cawangan Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Suhaimi Hj Mohamad Zuki, Panglima 1 Bgd, Brig Jen Mohd Sofi Md Lepi dan Pengarah Artileri Brig Jen Ahmad Abu Bakar.

39Jul - Sep 2016 207

PA S U K A NPengerusi RAD

DiraikanMenamatkan perkhidmatan setelah menabur bakti selama 38 tahun....

40

Malbatt 850-3

PA S U K A N

Sambut Merdeka Di Bumi Lubnan

Oleh: Mej Mohammed Fahmi Ishak

Walaupun berada di tem-pat yang jauh beribu batu dari tanahair tercinta, na-

mun tarikh keramat 31 Ogos, tidak akan sesekali dilupakan. Begitulah semangat kemerdekaan yang kental wujud di dalam sanubari perajurit Malaysia, yang bertugas di bumi asing. Hampir setahun meninggalkan tanahair, demi pelaksanaan tugas me-mastikan keamanan sejagat, 850 orang pegawai dan anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-3, tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama meraikan hari istimewa buat Malaysia. Laungan kemerdekaan, bergema di markas induk yang menempatkan MALBATT 850-3, yang ketika ini sedang bertugas di bawah misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan. Lebih istime-wa, sambutan kemerdekaan itu, turut disertai oleh TYT Duta Besar Malaysia di Lubnan, Bala Chandran Tharman. TYT Bala Chandran dalam ucapan-nya, mengatakan kegembiraan di atas sambutan kemerdekaan pada tahun ini bersama-sama dengan MALBATT 850-3. Beliau turut menzahirkan kesyu-kuran di atas nikmat kemerdekaan yang

sedang dikecapi oleh rakyat Malaysia. Apatah lagi dengan keamanan yang di-rasai itu, telah membolehkan Sambutan Hari Kebangsaan 2016 dijayakan. Tambah beliau lagi, penghormatan dan penghargaan juga sewajarnya diberi-kan kepada para perajurit dan anggota pasukan keselamatan yang telah ber-korban siang dan malam demi menjaga keamanan dan keselamatan Negara. Mengambil semangat kemerdekaan Malaysia yang menebal di jiwa, per-barisan penganugerahan Pingat UNIFIL (United Nations Interim Force In Lebanon) kepada pegawai dan anggota MALBATT 850-3 turut diadakan. Pingat yang dianugerahkan tersebut adalah sebagai satu bentuk penghormatan dan penghargaan oleh PBB kepada setiap perajurit yang telah menabur bakti di bawah Panji-panji PBB di Lubnan. Di ke-sempatan itu, TYT Bala Chandran, telah diberikan penghormatan untuk me-nyematkan pingat-pingat tersebut ke-pada anggota-anggota MALBATT 850-3. Sambutan diteruskan dengan Perarakan Anggota dan Aset MALBATT yang meliputi 12 elemen yang men-jadi tunjang pengoperasian batalion

turut mengambil bahagian sebagai kontinjen pejalan kaki. Tidak ter-kecuali tiga elemen berkenderaan, yang mempamerkan aset-aset ken-deraan yang sedang beroperasi. Menurut Komander MALBATT 850-3,Kol Riezal Arif Tan Sri Ismail hampir ke semua anggota MALBATT 850-3 terlibat dalam sambutan hari kebang-saan pada kali ini yang bertujuan mengambil semangat Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan yang saban tahun diadakan di Dataran Merdeka. “Walaupun kami tidak berada di Malaysia, tapi demi cinta serta rindu terhadap tanahair, kami tetap meraikan-nya sejajar dengan apa yang dimahukan oleh pemimpin negara iaitu semangat Sehati Sejiwa diterapkan didalam sa-nubari rakyat Malaysia,” tegas beliau. Turut diundang memeriahkan sambutan tersebut ialah beberapa Duta Negara Asing di Lubnan, pe-mimpin masyarakat di dalam kawasan tanggungjawab operasi MALBATT 850-3 serta rakyat tempatan yang berkhidmat dengan MALBATT 850-3.

41Jul - Sep 2016 207

S U D U T P E N G O R B A N A N

Jika ditanya kepada kita, memori zaman remaja yang diingati penuh dengan hilai tawa serta pelbagai ceritera yang pasti mengukir senyuman. Namun, bagi Mej (B)

Muhamad Anwar Ahmad Tawil, hanya epsiod kematian ayahnya ditangan komunis segar diingatan sehingga kini. Malah, titik hitam itu tidak menjatuhkan beliau untuk me-niti kehidupan sebaliknya ia menjadi pemangkin semangat

untuk beliau berbakti kepada nusa dan bangsa sebagai salah seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Ikuti Wawancara Wartawan Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM), Kpl Nurul Haswani Razali, Tengku Norsuraya Tengku Abd Rahman dan Jurugambar BTDM, LKpl Ainur Aisyah Yahaya dengan Mej (B) Muhamad Anwar Ahmad Tawil dalam mengikuti onak ranjau kehidupan beliau.

42

Latar Belakang

Mej (B) Muhamad Anwar Ahmad Tawil merupakan anak kelahiran Kajang, Selangor dan beliau dilahirkan pada 30 April 1924. Beliau merupakan anak ketiga daripada lima orang adik-beradik hasil perkahwinan bapanya, Ahmad Tawil yang merupakan seorang guru di kawasan Kajang dan ibunya, Fatimah Yusof yang merupakan seorang suri rumah. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan isterinya yang tercinta, Maryam Haji Buyong pada 27 Disember 1952 dan dikurniakan enam cahaya mata, tiga daripadanya lelaki dan tiga lagi adalah perempuan. Beliau telah menamatkan perkhidmatannya pada 24 Julai 1977 setelah 31 tahun berkhidmat dalam ATM.

Dunia Ketenteraan

Menyingkap pembabitan beliau dalam dunia ketenteraan, sejarahnya bermula apabila ayahnya telah mati dibunuh ditangan komunis. Bahkan, air mata beliau akan menitis setiap kali mengenang akan peristiwa hitam terse-but. Malah, lebih memilukan, sehingga kini beliau tidak mengetahui dimanakah kedudukan pusara ayahnya memandan-gkan beliau dan penduduk kampung terlalu takut untuk ke kawasan tersebut pada ketika itu.

Ekoran daripada kebenciannya terhadap komunis yang kian memuncak, beliau mula merancang dan mahu bertin-dak nekad membunuh komunis bagi melunaskan dendam yang membara di hati. Rakan baik beliau, juga seorang tentera yang melihat keadaan tersebut lantas memujuk beliau untuk menyertai angkatan tentera dan menjadikan organisasi itu sebagai platform untuk merealisasikan hasrat beliau. Tanggal 13 Julai 1946, beliau telah terpilih untuk men-jalani latihan ketenteraan di Port Dickson selama enam bulan dan seterusnya, pada awal 1947, beliau ditempatkan ke Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu yang berpang-kalan di Sungai Petani, Kedah pada ketika itu.

Arahan Didahulukan

“Bagai mengantuk disorongkan bantal”, itulah perump-amaan yang sesuai apabila dalam operasi pertama beliau pada tahun 1948 di Taiping, Perak apabila platun beliau ber-tempur dengan komunis dan berjaya menangkap seorang pengganas komunis. Beliau ketika itu menjawat jawatan sebagai Koperal Risik Pasukan telah dipertanggungjawab-kan untuk membawa anggota komunis tersebut ke Markas Taktikal untuk disoal siasat. Beliau ketika itu mengakui perasaannya begitu membuak-buak untuk melempiaskan dendam serakah sekian lama. Namun, akur dek kehendak

“Segala kesusahanan dan kepayahan hidup yang ditempuhi pejuang zaman da-hulu hanya untuk memastikan kehidupan yang lebih baik untuk generasi yang akan datang”

42

S U D U T P E N G O R B A N A N

Air Mata PejuangYang Tak Didendang

43Jul - Sep 2016 207

pemerintahan atasan, beliau sanggup menahan nafsu ama-rahnya sepanjang perjalanan ke destinasi. Ketenangan beliau dalam menangani situasi dan melaksanakan arahan pemer-intah atasan ini harus dijadikan contoh buat seluruh warga ATM amnya dan Tentera Darat (TD) khasnya. Dugaan yang dihadapi beliau tidak terhenti sehingga itu. Pada sekitar 1948, beliau sekali lagi diuji apabila terserem-pak dengan Ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, di Port Dickson semasa beliau menjalani latihan khas bagi menyertai Special Air Service (SAS) yang merupakan pasukan khas Tentera British. Chin Peng pada waktu itu dilihat sedang menuju ke kawasan latihan PKM di hutan berdekatan. Sekali lagi beliau menahan kemarahan yang mendidih di sanubar-inya memandangkan pegawai atasannya telah memberikan arahan terlebih dahulu untuk tidak bertindak tanpa sebarang arahan. Ikut hatinya ingin sahaja dibenamkan benet ke dada individu yang menjadi punca kematian ayahnya itu. Namun, sekali lagi sebagai seorang anggota beruniform arahan atasan menjadi keutamaan.

S U D U T P E N G O R B A N A N

43Jul - Sep 2016 207

Jasa Dalam Perkhidmatan

Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, beliau tidak pernah membunuh satu pun anggota komunis. Namun, beliau telah berjaya menyelamatkan seluruh platunnya dari-pada menjadi mangsa korban serangan hendap pengganas komunis. Meskipun tiada sebarang penghargaan yang dianugerah-kan kepada beliau, namun beliau tetap berpuas hati kerana mampu melihat ‘ahli keluarganya’ pulang ke pangkalan lengkap tubuh badan dan selamat daripada sebarang anca-man. Kisahnya bermula apabila platunnya ditugaskan untuk membuat rondaan di hutan sekitar kawasan Sungai Siput. Setelah menerima laporan penglihatan, platun beliau berge-gas menuju lokasi yang diberitahu. Setelah sampai dilokasi, tiada sebarang kelibat komunis diperhatikan dan hanya kesan tinggalan barang-barang sahaja yang ditemui. Ketua platun beliau lantas mengarahkan anggotanya un-tuk berpatah balik ke markas untuk melaporkan penemuan tersebut. Beliau yang ketika itu selaku anggota tinjau berasa tidak sedap hati kerana perkakas-perkakas yang ditinggal-kan seolah-olah disusun dan tidak digunakan seperti ke-gunaan harian. Lantas terdetik dihatinya bahawa apa yang dilihat merupakan perangkap semata-mata dan beliau terus mencadangkan agar menggunakan laluan lain untuk pulang ke markas. Hujahan beliau diterima pakai oleh ketua platun-nya dan pendekatan baharu untuk pulang ke markas telah diputuskan. Pada lewat senja mereka telah sampi ke markas dengan selamat. Keesokannya, platun beliau meneruskan aktiviti rondaan kawasan. Ketika meronda, mereka telah terjumpa dengan seorang penduduk tempatan. Lalu ditanyakan kepadanya sama ada ternampak kelibat pengganas komunis di sekitar kawasan tersebut. Alangkah terkejutnya beliau dan anggota platun beliau apabila dimaklumkan bahawa penduduk terse-but melihat sekitar 15-20 orang anggota komunis memasang kedudukan untuk bertempur di tempat laluan asal mereka pulang ke markas. Pada ketika itu hanya sepi menjadi suasana dan hanya kesyukuran yang zahir di minda. Tanpa kepekaan dan kebijaksanaan beliau, sudah tentu platunnya akan men-jadi mangsa bedilan peluru pengganas tersebut.

Impian dan Harapan

Kini, kesemua kisah itu menjadi memori dan kenangan manis buat beliau. Pelbagai onak dan duri yang dilalui beliau semasa perkhidmatan dijadikan cerita teladan buat anak-anaknya. Apa yang lebih membanggakan beliau adalah ketiga-tiga anak lelaki beliau turut mengikut jejak langkah beliau sebagai Pegawai TD (kini telah bersara) dan lebih mencuit hati, ketiga-tiga anak perempuannya juga turut berkahwin dengan pegawai tentera. Darah kepahlawanan yang mengalir di dalam keluarga ini, terus-menerus diwarisi generasi seter-usnya apabila cucu perempuan beliau, Lt M Siti Nor Aishah Amran kini baru sahaja ditauliahkan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia. Oleh hal yang sedemikian, cucunya kini menjadi penggalas harapan beliau untuk terus membawa semangat kesetiaan kepada perkhidmatan, keberanian dan sedia berkorban sebagai seorang pejuang yang menjadi benteng pertahanan negara dalam membela nusa dan bangsa dan menyebarkan semangat ini kepada semua warga ATM dan TD khususnya. Beliau turut menzahirkan harapan kepada seluruh masyara-kat agar tidak mudah alpa dengan keamanan yang dikecapi kini selain berharap agar penghargaan dan penghormatan harus diberikan kepada para pejuang terdahulu.

44

Oleh: Luqmanul Arif Abdul KarimGambar: PW II Mohd Shahril Mat Ali

NEGERI SEMBILAN: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohd Noor menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda (PM) Lelaki Siri 180/16 serta PM Wanita Siri 42/16 yang berkekuatan seramai 1581 anggota terdiri daripada 1540 lelaki berserta 41 wanita bertempat di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) pada 10 Sep 2016. Pelaksanaan perbarisan ini menandakan bahawa PM kini telah terlatih dan diperlengkapkan dengan pengetahuan serta kemahiran asas ketenteraan bagi melahir-kan PM yang lengkap dengan keyakinan diri, berketerampilan, berdisiplin dan patuh pada arahan sebelum diserapkan dalam pelbagai Kor Tentera Darat selepas dilatih selama enam bulan. Anugerah PM Keseluruhan Terbaik dianugerahkan kepada PM Mohd Ilham Salleh diikuti Perajurit Muda Akademik Terbaik diberikan kepada PM Norfarhana Ain Zainal Arif manakala Perajurit Muda Kecergasan Jasmani

Terbaik jatuh kepada PM Munggang Entan dan Perajurit Muda Kawad Terbaik menjadi milik PM Mohd Zahier Zainol Abidin serta Perajurit Muda Penembak Terbaik dianugerahkan kepada PM Muhammad Syahmi Mohd Bakri. D a l a m u c a p a n P T D , b e l i a u m e n g u c a p k a n setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh PM yang tamat latihan pada hari ini kerana menyambung pengabdian warisan unggul terdahulu disertai dengan kecekalan hati, berkat kesabaran untuk dilatih menjadi PM yang mantap dan berdiri teguh di atas tapak yang amat digeruni ini. “Pada hari ini secara rasminya anda semua adalah sebahagian daripada kami yang menyambung nadi ke-cemerlangan yang mana menuntut anda semua m e m b e r i k a n k h i d m a t y a n g t e r b a i k k e p a d a perkhidmatan, kerana apabila kita memberikan yang terbaik maka limpahan manfaatnya jelas kelihatan serta kami berharap agar jangan ada perosak yang timbul dalam kalangan anda yang boleh merosakkan organisasi yang unggul ini,” tegas PTD. Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim,

P U S AT L AT I H A N

Panglima Medan Timur TD, Lt Jen Datuk Mohd Zaki Mokhtar, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Datuk

(Dr) Hj Abdul Razak Md Yusoff dan Ketua Eksekutif Malaysia Institute of Defence and Strategic

(MIDAS) Lt Jen Datuk Azizan Md Delin.

45Jul - Sep 2016 207

P U S AT L AT I H A N

Perajurit Muda....Penyambung Warisan Ulung

“Secara rasminya anda semua adalah sebaha-gian daripada kami yang menyambung nadi ke-cemerlangan yang mana menuntut anda semua memberikan khidmat yang terbaik kepada perkhidmatan”

46

E KS E S A I S

“Bagi meningkatkan lagi kerjasama di antara dua negara dalam bidang ketenteraan”

47Jul - Sep 2016 207

Oleh: Luqmanul Arif Abdul KarimGambar: LKpl Ainur Aishah Yahaya

TERENGGANU: Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (KS MK ATM) Lt Jen Dato’ Sri Hj Sabri Adam TUDM bersama Kepala Staf Umum Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI-AL) Laksamana Madya Dr. Didit Herdiawan meny-empurnakan Majlis Penutup Eksesais LATGABMA MALINDO DARSASA (Latihan Bersama Malaysia-Indonesia Darat Samudera dan Angkasa) bertempat di Dataran Kampung Kuala Kemaman pada 1 Ogos 2016. Eksesais yang diadakan selama 13 hari itu melibatkan 1844 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daripada ATM dan TNI serta turut melibatkan penyertaan dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM) seramai 50 orang. Tujuan eksesais adalah untuk mewujudkan konsep operasi gabungan bersama di lapangan serta meningkatkan interop-erability dalam melaksanakan operasi bersama diantara kedua-dua negara yang bertemakan Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR).

Pada masa yang sama turut diadakan persembahan simu-lasi menyelamatkan mangsa banjir, nelayan hanyut di tengah lautan dan menyelamatkan mangsa yang terdedah kepada bahan kimia beracun. Dalam ucapan penutup KS MK ATM, beliau mengucapkan rasa bangganya terhadap semangat kerjasama yang tinggi diantara kedua-dua negara bagi memastikan eksesais ini berjalan dengan lancar. Turut hadir Panglima Angkatan Bersama Lt Jen Dato’ Shahrani Mohd Sany, Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Dato’ Anuwi Hassan, Timbalan Panglima Tentera Udara Lt Jen Dato’ Sri Haji Affendi Buang TUDM, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Komisioner Polis Dato’ Sri Muhammad Sabtu Osman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih Kemaman Tuan Haji Wan Abd Hakim Wan Mokhtar.

Labuhnya TiraiLATGABMA MALINDO DARSASA

48

“Latihan ini amat penting untuk Angkatan Tentera Malaysia khususnya dari pasu-kan khas ketiga-tiga perkhidmatan untuk memahami cara-cara pengurusan yang melibatkan operasi bersama di masa akan datang”

IJCETUji Kepakaran Dua Negara

Oleh: Sjn Vijay Gaundar ArikrishnanGambar : PW II Mohd Shahril Mat Ali

PERAK: Seramai 294 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasukan United States Special Operations Forces (USSOF) terlibat dalam Majlis Penutup Eksesais Inter-Service Joint Combined Exchanged Training (IJCET) atau Tiger MINT 2016 yang disempur-nakan oleh Asisten Ketua Staf J7 Markas Angkatan Bersama, Laksmana Dato’ Muhamad Ridzwan Abdul Rahman bertempat di Padang Kawad Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Segari 9 Sep 2016.

49Jul - Sep 2016 207

E KS E S A I S

Uji Kepakaran Dua Negara

Dalam pada itu, beliau menyatakan latihan yang diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan mempelajari cara-cara menangani pelbagai senario ancaman keganasan disamping memahami sistem pengurusan sekiranya men-jalankan operasi bersama kelak selain meningkatkan tahap interoperability pasukan-pasukan khas bagi menambah pengetahuan taktikal serta melatih prosedur postad di antara pemerintah dan staf dalam eksesais gabungan. “Latihan ini amat penting untuk Angkatan Tentera Malaysia khususnya dari pasukan khas ketiga-tiga perkhidmatan untuk memahami cara-cara pengurusan yang melibatkan operasi bersama di masa akan datang. Usaha dan semangat

yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan telah membawa hubungan kerja yang rapat.” katanya. Eksesais yang merupakan latihan bilateral gabungan di antara pasukan khas ATM dengan pasukan khas dari USSOF di bawah pemerintahan Special Operation Command Pacific (SOCPAC) yang dijalankan selama sembilan hari bermula dari 1 hingga 9 Sep 2016 adalah berkonsepkan Staff Exercice (STAFFEX) dan Joint Field Training Exercise (JFTX) dengan penumpuan kepada latihan menangani keganasan dalam kumpulan kecil. Turut hadir Panglima Pasukan Khas Laut (PASKAL), Laksamana Pertama Jamalludin Mohd Saman, Timbalan Panglima 21 GGK, Kol Khairul Anuar Hj Yaacob, Ketua Staf PASKAL TLDM, Kdr George Paul Thomas Rozario, US Army

Attache di Malaysia, COL Ronald Sargent, Pegawai dari-pada SOCPAC, COL Kevin Colyer dan Office of Defense

Cooperation, USEMB Kuala Lumpur LTC Thomas Stevenson.

50

Eksesais TAIHA TOMBAK

...Perkukuh Hubungan Dua Negara

“eksesais ini dapat meningkatkan tahap operasi bersama dalam meran-cang dan melaksanakan peperangan konvensional”

51Jul - Sep 2016 207

Oleh: Luqmanul Arif Abdul KarimGambar: Sjn Vijay Gaundar Arikrishnan

PAHANG: Panglima 11 Bgd, Brig Jen Abd Kadir Ahmad dan 1st New Zealand Brigade Commander, Kol Brett Wellington menyempurnakan Majlis Penutup serta Serangan Akhir Eksesais TAIHA TOMBAK Siri 26/2016 bertempat di Sg Koyan pada 29 Sep 2016.

Eksesais TAIHA TOMBAK

Eksesais (Eks) ini melibatkan pecahan penyertaan dari Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (25 RAMD) se-ramai 69 pegawai dan 784 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) mewakili Tentera Darat Malaysia (TDM) sementara New Zealand Army pula diwakili seramai enam pegawai bersama 99 anggota LLP yang mana eks ini merupakan eks bilateral yang dilaksanakan secara dwitahunan berkonsepkan Peperangan Konvensional di dalam Fasa Ofensif. Selain itu, eks ini juga dapat meningkatkan tahap operasi bersama dalam merancang dan melaksanakan peperangan konvensional malah memberi pendedahan kepada pemerin-tah dan staf dalam merancang serta melaksanakan operasi konvensional disamping merapatkan hubungan dua hala bagi meningkatkan kerjasama di antara kedua-dua negara. Dalam ucapan penutup, Panglima 11 Bgd mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan eks ini kerana tanpa ada berlakunya kecederaan serius dan berakhir dengan cemerlang. “Saya percaya eks ini telah mencapai objektifnya setelah melihat percantuman serta hubungan kukuh yang terjalin diantara kedua-dua angkatan tentera melalui persefahaman dalam melaksanakan eks,” jelasnya. Turut hadir Penasihat Pertahanan New Zealand di Malaysia dan Brunei, Kapten Keith Robb.

E KS E S A I S

52

J I W A M U R N I

NBOS membawa pengertian kepada National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang mana ianya merupa-kan teras kepada Strategi Pembangunan Nasional Malaysia, atau Malaysian National Development

Strategy (MyNDS) yang berada dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (2016 hingga 2020). Fokus utama MyNDS adalah kepada pelaksanaan projek berimpak tinggi secara pantas dengan penekanan kepada capital economy atau ekonomi rakyat pada kos yang rendah kepada kerajaan. Capital econ-omy menekankan kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Ne-gara Kasar (KDNK), perniagaan besar, projek berpelaburan fizikal dan pasaran kewangan, manakala ekonomi rakyat menekankan kepada kesejahteraan rakyat, perniagaan ke-cil, kos sara hidup, kesejahteraan keluarga, dan penyertaan sosial.

Di bawah MyNDS, pembentukan strategi didorong oleh kreativiti serta inovasi, dan pelaksanaan strategi mematuhi prinsip fair process. Dengan mengubah sempadan konven-sional yang wujud dalam organisasi awam dan swasta, kera-jaan berupaya untuk meningkatkan potensi dan mengganda-kan sumber negara. Kos dapat dikurangkan dengan jalinan kerjasama di antara kementerian dan agensi kerajaan serta mengagihkan semula secara kreatif sumber yang tidak digu-nakan dengan optimum. Ini membolehkan kerajaan menca-pai status negara maju berpendapatan tinggi dan sejahtera dalam menuju Wawasan 2020 dalam beberapa tahun lagi.

Sidang Kemuncak NBOS merupakan platform strategi yang unik dan dinamik melibatkan semua peringkat kemen-terian, jabatan dan agensi kerajaan, serta sektor swasta se-cara sukarela untuk membangunkan dan memantau inisiatif

yang berimpak tinggi, berkos rendah serta boleh dilaksana-kan dengan pantas dan mampan. Semenjak pelancarannya pada tahun 2009, dalam memastikan jalinan kerjasama di antara kementerian dan agensi kerajaan ianya turut dipacu oleh idea kreatif serta mengiktiraf sumbangan organisasi. Sehingga kini, lebih 90 inisiatif NBOS telah berjaya dilaksan-akan untuk menangani pelbagai isu ekonomi dan sosial. Ini-siatif NBOS yang telah dilaksanakan sejak 2009 membole-hkan kerajaan Malaysia mencapai aspirasi sasaran untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

Peranan JHEV ATM bersama NBOS dalam Membantu Veteran ATM

Mesyuarat NBOS telah memutuskan supaya strategi lautan biru dibangunkan bagi membantu Veteran ATM me-nyesuaikan diri dengan kehidupan awam yang baharu serta dapat menyumbang kepada pembangunan negara setelah tamat perkhidmatan. Ia melibatkan tujuh inisiatif di bawah Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia (1MVRP) bagi Veteran ATM yang akan melibatkan kerjasama dengan ke-menterian kerajaan dan swasta seperti Program Membai-kpulih Rumah Veteran 1Malaysia, Pusat Sehenti 1Malaysia, Program Penempatan Kerja untuk Veteran, Bantuan Keu-sahawanan, Meningkatkan Penerimaan Latihan PERHEBAT oleh Industri, Program Keluarga Veteran 1Malaysia dan Kad Privilege 1Malaysia.

Program Membaikpulih Rumah Veteran 1Malaysia mer-upakan inisiatif pertama dalam Program Pengiktirafan Vet-eran 1Malaysia (1MVRP) yang mana ianya merupakan satu program di bawah Strategi NBOS7 yang bertujuan untuk

Program NBOS Manafaat Buat Rakyat

Oleh: Sjn Vijay Gaundar Arikrishnan

“Program Keluarga Veteran 1Malaysia (1AZAM) merupakan inisiatif keenam dalam Program 1MVRP, Ia dibentuk khas untuk keluarga Veteran ATM iaitu isteri, balu dan waris.”

53Jul - Sep 2016 207

J I W A M U R N I

membantu Veteran ATM yang berpendapatan rendah atau miskin dengan menyediakan tempat kediaman yang lebih kondusif dan selesa. Skop projek ini terbahagi kepada pem-binaan rumah baharu dan baik pulih rumah.

Jabatan Arah Jurutera ATM telah dipertanggungjawab-kan untuk menilai setiap rumah sebelum melaksanakan kerja-kerja membaik pulih atau bina semula. Projek ini tel-ah dilaksanakan secara berperingkat bermula 1 November 2012 di Kuala Kangsar, Perak. Garis panduan untuk pelak-sanaan program ini adalah seperti di lampiran di bawah.

Garis panduan pembinaan dan kos baikpulih

Bil Tahun Bina Baru

Baik Pulih

Kos (RM)

1 2012 27 22 1.39 Juta2 2013 130 70 6.7 Juta3 2014 50 121 2.9 Juta4 2015 52 32 2.86 Juta5 2016 100 100 9.8 Juta

1MVAP juga merupakan pusat sehenti yang berperanan sebagai tempat untuk mendapatkan atau menyebarkan maklumat kepada Veteran ATM mengenai bantuan dan ke-mudahan yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV). Penubuhan 1MVAP di kem-kem ATM adalah bagi membantu penyampaian kemudahan dan bantuan kepada Veteran ATM dengan lebih meluas lagi. Selain itu, ia juga membantu anggota di kem-kem yang terpilih untuk mema-hami peranan JHEV selain kemudahan dan bantuan yang boleh diperoleh apabila menamatkan perkhidmatan.

Program Penempatan Kerja untuk Veteran merupakan inisiatif ketiga dalam 1MVRP, inisiatif ini bertujuan untuk untuk mempertingkatkan pengambilan Veteran dalam sek-tor awam dan swasta selepas menamatkan perkhidmatan berdasarkan pengalaman dan kemahiran yang telah diper-oleh. Dalam melaksanakan program ini, satu jaringan ker-jasama telah diwujudkan dengan Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia (SPA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), syari-kat swasta, Agensi Penguatkuasa Kerajaan. Satu pengkalan data pusat juga akan dibangunkan untuk kekosongan jawa-tan yang sedia ada di pasaran supaya penjodohan dan pen-empatan kerja dapat dilaksanakan.

“KPDNKK juga menganjurkan Program Komuniti Francais di seluruh Malaysia dimana maklumat mengenai perniagaan francais boleh diperolehi

oleh Veteran.”

54

J I W A M U R N IProgram Bantuan Keusahawanan merupakan inisiatif

keempat yang mana program ini adalah kerjasama di antara JHEV ATM dan PERHEBAT, KPDNKK, Unit Kerjasama Awam Swata (UKAS), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) serta syarikat-syarikat swasta dalam memberi latihan, pinjaman dan nasihat kepada Veteran yang bermi-nat dalam bidang keusahawan. JHEV dan PERHEBAT akan bekerjasama dengan KPDNKK melalui pelbagai perniagaan francais yang telah sedia ada dimana bantuan kewangan un-tuk melaksanakan perniagaan ini boleh didapati dari Dana Bantuan Pembangunan Francais (DBPF). KPDNKK juga menganjurkan Program Komuniti Francais di seluruh Malay-sia dimana maklumat mengenai perniagaan francais boleh diperolehi oleh Veteran. Selain daripada itu, modal untuk memulakan perniagaan untuk Veteran ATM yang dikenali sebagai Skim Pembiayaan Mikro Usahawan Veteran Angka-tan Tentera Malaysia (SPM-UV-ATM) juga telah diluluskan oleh UKAS dimana RM3.5 juta telah disalurkan untuk tahun 2012 bagi tujuan tersebut. PERHEBAT telah dilantik sebagai pusat untuk menerima dan menapis maklumat veteran yang ingin memulakan atau perkembangkan perniagaan sebelum dokumen tersebut dikemukakan kepada TEKUN untuk tu-juan pemprosesan dana.

Program Bantuan Keusahawanan merupakan inisiatif keempat dalam program 1MVRP, program ini adalah ker-jasama di antara Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM PERHE-BAT dengan KPDNKK, UKAS, TEKUN serta syarikat-syarikat swasta dalam memberi latihan, pinjaman dan nasihat kepa-da veteran yang berminat dalam bidang keusahawan.

Program Meningkatkan Penerimaan Latihan PERHEBAT oleh Industri merupakan inisiatif kelima dalam 1MVRP, tu-juan inisiatif ini adalah untuk mempertingkatkan taraf kur-sus yang ditawarkan oleh PERHEBAT melalui kerjasama dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Pembangu-nan Kemahiran (JPK) atau badan-badan profesional (dalam negeri/antarabangsa) untuk memperkukuhkan kelayakan Veteran yang memohon kerja di sektor swasta.

Program Keluarga Veteran 1Malaysia (1AZAM) meru-pakan inisiatif keenam dalam Program 1MVRP, Ia dibentuk khas untuk keluarga Veteran ATM iaitu isteri, balu dan war-is. Program ini merupakan kerjasama antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Jabatan Hal Ehwal Veteran yang melibatkan pendekatan 1AZAM dalam menyediakan pekerjaan dan peluang keu-sahawanan kepada keluarga Veteran. Projek ini merupakan inisiatif khusus Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bertujuan membebaskan isi rumah berpendapatan rendah dari belengu kemiskinan dan mampu memperolehi penda-patan dengan usaha sendiri melalui pekerjaan, aktiviti per-tanian, keusahawan dan perkhidmatan. Jangkaan pendapa-tan yang disasarkan melalui projek 1AZAM adalah di antara RM750 hingga RM2,000 sebulan. Projek ini menyediakan peluang kepada golongan miskin tegar dan miskin untuk menjana pendapatan, memperkasakan kumpulan sasar su-paya boleh berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan sosial kerajaan.

Program Kad Privilege 1Malaysia merupakan inisiatif ketujuh dalam Program 1MVRP. Program ini adalah ker-jasama di antara JHEV ATM, Kementerian Kewangan dan KPDNKK dimana Kad Bekas Tentera akan diiktiraf sebagai Kad Privilege 1Malaysia mulai Januari 2013. Pemegang kad ini akan ditawarkan diskaun untuk produk-produk utama supaya kos sara hidup dapat dikurangkan. Sebanyak 23 peniaga telah menawarkan diskaun mengikut produk ke-pada pemegang kad ini. KPDNKK juga sedang mengadakan

perbincangan dengan peniaga-peniaga yang telah dikenal-pasti untuk memperluaskan bilangan peniaga yang meny-ertai program ini.

JHEV adalah jabatan pelaksana kepada program ini dan telah dipertanggungjawabkan untuk merancang dan me-nyelaras inisiatif-inisiatif di bawah Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia. Dalam merealisasikan hasrat dan tujuan di bawah program ini, JHEV telah mengambil langkah-lang-kah dengan mewujudkan satu ikatan kerjasama dengan ke-menterian/agensi kerajaan serta sektor swasta supaya sum-ber-sumber yang sedia ada dapat digunakan sepenuhnya dalam mempertingkatkan dan menjaga kebajikan Veteran ATM.

55Jul - Sep 2016 207

HUT Pertama Rej 882 PUTDT R U P T D

Oleh: Rej 882 PUTD

PULAU PINANG: Seramai empat pega-wai dan 38 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pelbagai kor Tentera Darat yang bertugas dengan Tim nukleus Rejimen 882 Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) terlibat dalam Perbarisan Sempena Hari Ulang Tahun Pertama Pasukan yang diadakan di Padang Kawad Pasukan pada 25 Ogos 2016. Tim Nukleus Rejimen 882 PUTD ini ditubuhkan bagi menguruskan aset baharu TD iaitu pesawat helikopter sikorsky s61a-4 (Nuri) yang kini mem-punyai empat buah pesawat nuri yang telah memasuki inventori dan diterajui oleh Pegawai Memerintah yang per-tama, Lt Kol Mohd Shahril Abu Bakar. Peranan dan tugas Tim Nukleus ini adalah melaksanakan latihan untuk mencapai tahap operasi yang telah ditetapkan dan pada masa kini tim ini ma-sih dalam pelan pembangunan TD serta perancangan PUTD untuk memberi ban-tuan mobiliti dan bantuan udara medan kepada TD pada masa akan datang.

56

T R U P T D

NAIK PANGKAT…Seramai 12 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Markas Briged Ke-10 Infantri Malaysia Para (MK 10 Bgd Para dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Anggota LLP yang di sempurnakan oleh Pemangku Ketua Staf Am, Lt Kol Samad Igom di Padang Kawad MK 10 Bgd Para pada 9 Sep 2016. - Sjn Mohd Shahrul Nizam

IBADAH…seorang anggota Markas Briged Ke-10 Infantri Malaysia Para (MK 10 Bgd Para) menyembelih lembu korban semasa Sambutan Hari Raya Korban Peringkat MK 10 Bgd Para yang disempurnakan oleh Panglima 10 Bgd Para, Brig Jen Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim bertempat di Padang Kawad MK 10 Bgd Para pada 13 Sep 2016. – MK 10 Bgd Para

10 Bgd Agihkan Pokok Sempena Hari Hijau

Oleh: MK 10 Bgd Para

MELAKA: Seramai 270 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di bawah naungan Markas Briged Ke-10 Infantri Malaysia Para (MK 10 Bgd Para) hadir dalam Hari Pengajian Keselamatan Siber Peringkat 10 Bgd Para ber-tempat di Dewan Perwira Terendak pada 13 Sep 2016. Hari Pengajian anjuran MK 10 Bgd Para tersebut bertujuan menerangkan serta memberi maklumat berkenaan aspek keselamatan yang melibatkan siber yang mana telah menjem-put Penceramah Jemputan daripada Direktorat Peperangan Informasi (DPI) Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP). Turut hadir Panglima 10 Bgd Para, Brig Jen Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim serta Pegawai Memerintah di bawah naungan MK 10 Bgd Para.

Hari Pengajian MK 10 Bgd Para

MELAKA: Markas Briged Ke-10 Infantri Malaysia Para (MK 10 Bgd Para) men-gadakan Majlis Penyerahan Pokok sem-pena dengan Hari Hijau Negeri Melaka yang disempurnakan oleh Panglima 10 Bgd Para, Brig Jen Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim di Padang Kawad MK 10 Bgd Para pada 9 Sept 2016. Sebanyak lima jenis baka pokok dis-erahkan kepada Pegawai Memerintah dan Pemerintah pasukan-pasukan di bawah naungan 10 Bgd Para bagi menyahut seruan kerajaan negeri yang inginkan kehijauan dalam negeri Melaka. - MK 10 Bgd Para

57Jul - Sep 2016 207

T R U P T D

Eks Pra Gerak Pantas Uji Warga 10 Bgd ParaMELAKA: Markas Briged Ke-10 Infantri Malaysia Para (MK 10 Bgd Para) melak-sanakan Eksesais Pra Gerak Pantas Siri 1/2016 yang disempurnakan oleh Panglima 10 Bgd Para, Brig Jen Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim bertempat disekitar Labis selama lima hari dari 19 hingga 23 Sep 2016. Eksesais tersebut bertujuan untuk mempersiapakan ketumbukan 10 Bgd Para bagi menghadapi eksesais sebenar iaitu Eksesais Gerak Pantas yang bakal dilaksanakan pada 21 Nov 2016 di negeri Sabah dan semasa eksesais diadakan Panglima 10 Bgd Para, Brig Jen Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim turut serta menilai keupayaan dan kefahaman semua per-ingkat anggota yang terlibat di dalam eksesais tersebut. - MK 10 Bgd Para

Oleh: Sjn Mohd Shahrul Nizam

MELAKA: Pegawai dan Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dibawah naungan Markas Briged Ke-10 Infantri Malaysia Para (MK 10 Bgd Para) ter-libat dalam Perbarisan Panglima 10 Bgd Para bertempat di Padang Kawad Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja (8 RRD Para) pada 1 Jul 2016. Perbarisan ini adalah perbarisan pertama Panglima 10 Bgd Para setelah 99 hari menerajui MK 10 Bgd dan dalam ucapannya, beliau menekankan semangat kepimpinan setiap lapisan serta setiap anggota harus mempu-nyai ilmu pengetahuan yang tinggi di dalam semua aspek ketenteraan dan sentiasa menjaga disiplin agar menjaga imej dan nama 10 Bgd Para.

Perbarisan Panglima 10 Bgd Para

MELAKA: Seramai 20 Pegawai dan 250 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (MK 3 Div) dan Markas Briged Ke-10 Infantri Malaysia Para (MK 10 Bgd Para) terlibat dalam Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Terendak bertem-pat di Padang Pavilion Terendak, pada 1 Jul 2016. Kempen tersebut dirasmikan oleh Panglima 3 Div, Mej Jen Dato Hasagaya Abdullah dan Panglima 10 Bgd Para, Brig Jen Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim bertujuan memastikan setiap kenderaan ang-gotanya berada dalam keadaan baik dan menerang-kan akan keselamatan jalan raya yang harus dipatuhi. Tu r u t h a d i r w a k i l d a r i p i h a k P o l i s D i R a j a Malaysia (PDRM) Cwg Trafik, Jabatan Pengangkutan Ja l an ( JPJ) da n Maj l is Keselamatan Ja lan Raya (MKJR) Negeri Melaka. - Sjn Mohd Shahrul Nizam

Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Terendak

58

M K T D

4 Div Johan UKMHK TD 2016

Oleh: Mohd Rizal Ghazali

KUALA LUMPUR: Markas Divisyen Keempat Infantri Malaysia (MK 4 Div) dinobatkan sebagai Johan dalam Ujian Kemahiran Merentas Halangan dan Kawad (UKMHK) per-ingkat Tentera Darat (TD) 2016 sema-sa perbarisan penutup yang disem-purnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi bertempat di Lapang Sasar Sungai Besi pada 8 Sep 2016.

Sebanyak 10 Tim mewakili formasi-formasi dalam TD terlibat dalam per-tandingan yang dianjurkan oleh MK 4 Div di mana UKMHK TD merupakan ujian ta-hunan yang dipertandingkan selama tiga hari bermula dari 5 hingga 8 Sep 2016, bagi memilih formasi terbaik dalam ujian kawad serta merentas halangan, meliputi empat kategori pertandingan iaitu Tempur, Bantuan Tempur, Bantuan Khidmat dan buat pertama kalinya di-pertandingkan adalah Kategori Wanita.

MK 4 Div adalah Johan bagi Kategori Tempur dan Wanita manakala PL&DTD pula Johan bagi Kategori Bantuan Tempur serta Bantuan Khidmat dan bagi Ketua Platun Terbaik Lelaki dis-andang oleh Kapt Mohd Firdaus Mohd Isa dari PL&DTD dan Penolong Ketua Platun Terbaik Lelaki disandang oleh SSjn Mohd Yusof Othman dari MK 4 Div, seterusnya bagi Ketua Platun Terbaik Wanita pula dimenangi Lt M Nurhafizah Muhammed Za’ba dan Penolong Ketua Platun Terbaik Wanita dimenangi SSjn Nirwana Mat Deris yang mana kedua-duanya dari MK 4 Div. Dalam ucapan TPTD, beliau ber-bangga melihat semangat dan komit-men yang ditunjukkan dalam pertand-ingan pada kali ini yang menunjukkan peserta bertungkus lumus memastikan formasi masing-masing menjadi johan. “Komitmen yang ditunjukkan oleh setiap anggota yang terlibat dalam memastikan kelancaran UKMHK TD amat dibanggakan kerana setiap pencapaian kita bukan hanya dinilai dengan jumlah kemenangan namun selagi semangat berjuang itulah men-jadi penentu dan menjadikan kita terbaik antara yang terbaik,” katanya. Turut hadir Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima Medan Timur TD, Lt Jen Datuk Mohd Zaki Hj Mokhtar, Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Sheikh Mokhsin Hassan dan Panglima-panglima Formasi.

KUALA LUMPUR: Seramai 16 pegawai dan 280 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) dan Batalion Keenam RRD terlibat dalam Istiadat Perbarisan Serah Terima Panji-panji Rejimen

Serah Terima Panji-Panji Rejimen RRD Dan 6 RRD

kedua-dua pasukan yang disempurnakan oleh Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) merangkap Pengerusi Kor Rejimen Renjer Diraja (RRD,) Lt Jen Datuk Mohd Zaki Mokhtar bertempat di Padang Kawad 1 RRD pada 18 Ogos 2016. Perbarisan dimulakan dengan acara yang begitu simbolik dan bersejarah iaitu pertukaran Panji-Panji Rejimen yang mana Pegawai Memerintah 1 RRD, Lt Kol Irwan Ibrahim dan Pegawai Memerintah 6 RRD, Lt Kol Mohd Adlie Mohamad saling bertukar Panji-Panji. Objektif utama perbarisan istiadat yang bersejarah ini adalah merupakan ketetapan TD dalam rancangan perpin-dahan silang di antara 1 RRD yang berpangkalan di Johor bertukar dengan 6 RRD yang berpangkalan di Kuala Lumpur disamping menyeragamkan tugas dan peranan pasukan-pasukan dalam RRD terhadap penugasan rejimental serta istiadat yang mana TD berpendapat adalah sesuai untuk 1 RRD menggalas tanggungjawab terhadap penugasan rejimen-tal selaku pasukan terkanan di dalam RRD. Turut hadir Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Sheikh Mokhsin Sheikh Hasaan dan Panglima 7 Bgd, Brig Jen Mohd Hassan Loman. - Luqmanul Arif Abdul Karim

59Jul - Sep 2016 207

M E D A N B A R AT

Oleh:Kpl Fawzia Idayu Mohd Bikeri @ FikriGambar: Pbt Muhammad Zahiruddin Mohd Azmy

KUALA LUMPUR: Seramai 500 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Kentonmen Sungai Besi terlibat dalam Program Road-Show Task Force Perisai Wira yang dirasmikan oleh Ketua Staf Am MK PMB TD, Mej Jen Dato’ Mohd Shukuri Ahmad bertempat di Dewan Dato’ Jamil Ahmad pada 26 hingga 27 Jul 2016. Objektif utama program diadakan untuk memberi penerangan dengan leb-ih jelas tentang ancaman dan keganasan Islamic State (IS) yang semakin menular di dalam negara serta memberitahu

Task Force Perisai Wira Dedah Bahaya IS

KUALA LUMPUR: Seramai enam anggota Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMB TD) dinaikkan pangkat dalam Perbarisan Pemakaian Pangkat Anggota MK PMB TD yang disempurnakan oleh Ketua Staf AM MK PMB TD, Mej Jen Dato’ Mohd Shukuri Ahmad ber-tempat di Komplek MK PMB TD pada 28 Jul 2016. Pemakaian pangkat ini adalah berpandukan pada kelay-akkan anggota sepanjang tempoh perkhidmatan serta ianya juga diharapkan dapat menaikan lagi semangat seseorang anggota dalam menjalankan tugas yang diamanahkan dan lebih bertanggungjawab. - Pbt Muhammad Zahiruddin Mohd Azmy, Gambar: Kpl Mohd Qayyum Ismail

Anggota MK PMB TD Naik Pangkat

PAHANG: Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMB TD) mengadakan Mesyuarat Bulanan Logistik dan Senggaraan Panglima Medan Barat Tentera Darat Siri 5/2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Markas Briged Keempat Infantri Malaysia Mekanise (MK 4 Bgd Mek) pada 28 hingga 29 Jul 2016. Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Staf Perkhidmatan MK PMB TD, Brig Jen Dato’ Hj Abdul Khalib Hamzah ber-tujuan untuk memberi tumpuan utama kepada perka-ra-perkara logistik dan senggaraan yang merangkumi aspek mobiliti kenderaan A, kenderaan B, kenderaan Vamtac, kenderaan ASTROS, kelengkapan individu ‘Head to Toe’ dan FSMO serta mengikuti perkembangan presta-si senggaraan kem yang telah dilaksanakan pada ta-hun 2016. - Kpl Fawzia Idayu Mohd Bikeri @ Fikri, Gambar: Kpl Mohd Qayyum Ismail

Mesyuarat Bulanan Logistik Dan Senggeraan PMB TD

akan tidakan dan hukuman yang bakal diterima oleh sesiapa sahaja yang terli-bat dengan kumpulan IS.

Penceramah terdiri daripada pegawai dari Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) dengan kerjasama Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

60

M E D A N B A R AT

Oleh: Kpl Fawzia Idayu Mohd Bikiri @FikriGambar: Pbt Muhd Zahiruddin Mohd Azmy

KUALA LUMPUR: Seramai lapan Pegawai dan tujuh anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Cawangan Bantuan Tempur Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMB TD) hadir dalam Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Staf 1 Artileri Cawangan Bantuan Tempur MK PMB TD antara Lt Kol Abdullah Hassan dengan Lt Kol Mohd Faiz Ahmad bertempat di Bilik Mesyuarat Logistik MK PMB TD pada 29 Jul 2016. Majlis tersebut disaksikan Kol Cawangan Bantuan Tempur MK PMB TD, Kol Wee Han Siew bertu-juan untuk menerangkan tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sepanjang menjawat jawatan serta menandatangani Nota Serah Terima Tugas.

MK PMB TD Terima Pegawai Baharu

KUALA LUMPUR: Komandan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT), Laksamana Pertama Dato’ Sabri Razali melakukan lawatan rasminya ke Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMB TD) dan disambut oleh Ketua Staf Am MK PMB TD, Mej Jen Dato’ Mohd Shukuri Ahmad pada 2 Ogos 2016. Setibanya beliau diperkarangan MK PMB TD, beliau menerima tabik hormat dari Kawalan Kuarter Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) dan seterus-nya dibawa ke Bilik Tamu Ketua Staf Am lalu diberi taklimat berkenaan tugas, peranan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh MKPMB TD. - Muhamad Zahiruddin Azmy, Gambar: Kpl Fawzia Idayu Mohd Bikeri

Komandan MPAT Lawat MK PMB TD

KUALA LUMPUR:Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMB TD) menerima lawatan rasmi oleh Delegasi Defence Sevices Command And Staff College (Scsc), Staff College Sri Lanka yang diketuai oleh Col S U M N Manage RWP RSP psc pada 4 Ogos 2016. Lawatan dimulai dengan Kunjungan Hormat ke atas Ketua Staf Am MK PMB TD, Mej Jen Dato’ Mohd Shukuri Ahmad seterusnya mendengar taklimat dan sesi soal jawab kepada delegasi Defence Sevices Command And Staff College (Scsc), Staff College Sri Lanka bertempat di Bilik Mesyuarat Utama MK PMB TD yang disampaikan oleh Kol Mohamed Saari Omar. - Kpl Mohd Qayyum Ismail, Gambar: Kpl Fawzia Idayu Mohd Bikeri @ Fikri

SCSC Sri Lanka Lawat MK PMB TD

61Jul - Sep 2016 207

BAKAT 1 Div Johan Kraftangan BAKAT TD

Oleh: Pbt Muhamad Zahiruddin Mohd AzmyGambar: Kpl Fawzia Idayu Mohd Bikeri @ Mohd Fikri

KUA L A LU M P U R : B a d a n A m a l Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) 1 Div muncul Johan dalam Pertandingan Kraftangan BAKAT Tentera Darat (TD)

yang disempurnakan oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat Darat, Puan Sri Norlida Ab Hj Mubin bertempat di Dewan Dato’ Jamil Ahmad pada 17 Ogos 2016.

KUALA LUMPUR: Chief of The Army Staff (COAS) of The Pakistan Army,

COAS Of The Pakistan Army Lawat MK PMB TD

M E D A N B A R AT

Gen Raheel Sharif melakukan lawatan rasmi beliau ke Markas Pemerintahan

Medan Barat Tentera Darat (MK PMB TD) serta disambut oleh Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim di perkarangan MK PMB TD pada 18 Ogos 2016. Setibanya beliau di MK PMB TD, beliau menerima tabik hormat dari Kawalan Suku Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) seterusnya dibawa ke Bilik Tetamu bagi menerang-kan mengenai tugas, peranan dan aktiv-iti yang dilaksanakan oleh MK PMB TD. Turut hadir Ketua Staf Am MK PMB TD, Mej Jen Dato’ Mohd Shukuri Ahmad, Ketua Staf Perkhidmatan, Brig Jen Dato’ Hj Abdul Khalib Hamzah dan pegawai-pegawai kanan MK PMB TD. - Kpl Mohd Qayyum Ismail, Gambar: LKpl Fawzia Idayu Mohd Bikiri @ Mohd Fikri

Pertandingan ini bertujuan menyahut wawasan Kraftangan Malaysia untuk menjadi pemimpin dalam pembangu-nan industri negara, kukuh dan berdaya saing selain memupuk semangat ker-jasama dalam kalangan ahli-ahli BAKAT Semasa pertandingan ini diadakan ianya terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Spontan dan Kategori Pameran yang mana memperlihatkan peserta mempamerkan kreativiti masing-masing dalam gubahan Sireh Junjung, menghias barangan hantaran, membuat bunga pahar, membuat dan mengubah bunga sabun, membuat dan men-gubah bunga kertas manakala Kategori Pameran adalah membuat sulaman benang untuk doily (bulat), membuat sulaman benang kategori doily (oval), membuat sulaman reben atas table runner, membuat sulaman manik pada sarung kusyen serta membuat quiling. Turut hadir Pengerusi 1 Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Datin Sri Zaleha Md Yusof, Naib Pengerusi 2 Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Datin Noraihan Ibrahim dan Pengerusi Bakat Gabungan Markas Pemerintahan Medan Barat TD Datin Rohima Md Rejab.

62

M E D A N T I M U R / 1 D I V

Oleh: MK 3 Bgd

SARAWAK: Markas Briged Ketiga Infantri Malaysia (MK 3 Bgd) diketuai Panglima 3 Bgd, Brig Jen Mohd Bustaman Hj Mat Zain menyambut Deligasi Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI-AD) sempena Eksesais Kekar MALINDO siri 40AB/2016 bertempat di CIQS Tebedu pada 19 Sep 2016. Ketibaan deligasi yang berkekuatan seramai 130 anggota TNI-AD terdiri daripada pegawai dan ang-gota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Briged Infanteri 19 Khatulistiwa (Brigif 19 KH) dan Batalyon Infanteri 642 Kapuas (Yonif 642 Kps) dimulakan dengan gimik pengi-baran bendera kedua-dua buah negara yang merupakan simbolik kepada mengalukan kedatangan tetamu negara dan juga titik mula kepada Eksesais Kekar MALINDO. Tu r u t h a d i r L t Ko l I b n u J awa d i d a n B R I G I F 1 9 K H s e r t a p e g a w a i - p e g a w a i M K 3 B g d .

MK 3 Bgd Sambut Deligasi TNI-AD

SARAWAK: Seramai dua pegawai dan 50 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja 10 RRD dan juga Batalyon Infanteri 144 Jaya Yudha terlibat dalam Perbarisan Pembukaan Patroli Terkoordinasi (PATKOR) siri 1/2016 yang disempurnakan oleh Panglima 3 Bgd, Brig Jen Mohd Bustaman Hj Mat Zain bertempat di Tebedu pada 19 Sep 2016. PATKOR ini merupakan salah satu dar-ipada rancangan rondaan bersama yang dilaksanakan oleh MK 3 Bgd dan KOREM 121/ABW di bawah kerjasama bilateral MALINDO yang dianjurkan oleh agensi TPOD dan COCC yang dilaksanakan sebanyak dua kali dalam setahun. Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk membuat rondaan di perba-tasan kedua-dua negara secara ber-sama sejauh lebih kurang 25 km selain turut melaksanakan program Jiwa Murni di beberapa kawasan sepan-jang laluan rondaan serta memasti-kan keselamatan di sepanjang sem-padan terjaga selain mengeratkan

PATKOR Perkukuh Sempadan Dua Negara

hubungan di antara kedua buah negara. Turut hadir Kepala Staf KOREM 121/ABW, Kol Inf Denny Masengi, wakil

dari PGA Sarawak, wakil dari Kastam, Imigresen, Polis CIQS Tebedu dan Pegawai Daerah Tebedu.- MK 3 Bgd

FOKUS...pasukan Batalion Ke-26 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) melaksanakan Latihan Menembak Pistol yang melibatkan pegawai dan anggota PTT Kanan bertu-juan memahirkan setiap anggota dalam pengunaan dan cara-cara menembak pistol bertempat di Lapang Sasar Kabota Tawau pada 3 Ogos 2016. – SSjn Azli Md Mustafa, Gambar: Kpl Wan Muhammad Azim Wan Ibrahim

63Jul - Sep 2016 207

M E D A N T I M U R / 1 D I V

PANGDAM XII/TPR Lawat MK 1 DivOleh: Kapt Siti Rabia Aldawia Johari Gambar: Pbt Mohamad Alif Hj Abd Rahman

SARAWAK: Panglima Kodam XII/Tanjungpura, Mayor Jenderal TNI Andika Perkasa telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMTTD), Lt Jen Datuk Mohd Zaki Hj Mokhtar dan seterusnya Kunjungan Hormat kepada Panglima 1 Divisyen, Mej Jen Datuk Stephen Mundaw bertempat di Muara Tuang pada 5 Sep 2016. Ini merupakan kunjungan rasmi be-liau yang pertama ke Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (MK 1 Div) sejak mengambil alih pemerintahan se-bagai Panglima Kodam XII/Tanjungpura selain untuk mengukuhkan hubungan kerjasama ketenteraan yang sedia terjalin antara Tentera Darat Malaysia dan Tentera Negara Indonesia (TNI).

CENDERAHATI…Panglima 3 Briged, Brig Jen Mohd Bustaman Hj Mat Zin menyampaikan cenderahati kenan-gan kepada Komander Pengkalan Udara, Kol Ye Yit Hong (TUDM) semasa Kunjungan Hormat Kol Ye Yit Hong (TUDM) keatasnya bertempat di Markas Briged Ketiga Infantri Malaysia pada 1 Ogos 2016.- LKpl Rohamizan Hamdan

S A R AWA K : K e t u a D i r e k t o r a t Inspektorat Jen Bahagian Staf Perisikan Pertahanan, Brig Jen Dato’ Norhuda Ahmad melakukan Kunjungan Hormat kepada Panglima 1 Divisyen, Mej Jen Datuk Stephen Mundaw bertempat di Muara Tuang pada 26 Sep 2016. Kunjungan tersebut merupak-an Lawatan Perpisahan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Tentera Darat (JKHEW TD) ke Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (MK 1 Div) sebelum beliau menamatkan perkhid-matannya dan pada masa yang sama beliau berkesempatan bertemu dengan 15 pegawai dan 38 pranita yang bertu-gas di sana. - Kapt Siti Rabia Aldawia Johari, Gambar: Kpl Chung Nyek Chu

Pengerusi JKHEW TD Lawat Panglima 1 Div

64

M E D A N T I M U R / 1 D I V

SARAWAK: Seramai 304 pegawai dan pasangan yang ber-tugas di bawah naungan Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (MK 1 Div) terlibat dalam Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) sempena Jubli Emas 1 Div bertempat di Ballroom Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 5 Ogos 2016. Majlis yang penuh istiadat ini bertujuan untuk mengerat-kan lagi hubungan yang terjalin dan pada masa yang sama memperkukuhkan lagi adat serta budaya rejimental dikalan-gan pegawai 1 Div. Turut hadir Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Sarawak, Brig Jen (Kehormat) Tan Sri Datuk Amar Hj Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Menteri Muda Kesihatan Awam, Mej (Kehormat) Dato’ Dr. Jerip ak Susil, Menteri Muda Kerajaan Tempatan Mej (Kehormat) Datu Dr. Penguang Manggil dan Residen Bahagian Betong, Mej (Kehormat) Datu Romie Siga Daniel. - Kapt Siti Rabia Aldawia Johari, Gambar: Pbt Mohamad Alif Hj Abd Rahman

MMR Jubli Emas MK 1 Div

Oleh: Kapt Siti Rabia Aldawia JohariGambar: Pbt Mohamad Alif Hj Abd Rahman

SARAWAK: Seramai 54 pegawai dan 205 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (MK 1 Div) terlibat dalam Perbarisan Sempena Hari Ulang Tahun 1 Div Ke-50 (Jubli Emas) yang disempur-nakan oleh Panglima 1 Div, Mej Jen Datuk Stephen Mundaw bertempat di Padang Kawad Muara Tuang pada 3 Ogos 2016. Sebanyak enam kontinjen terli-bat di dalam perbarisan tersebut yang diketuai oleh Lt Kol Mohd Zaini Hj Hashim dan tema sambutan pada kali ini ialah 50 Golden Jublee. Dalam ucapan Panglima, beliau telah mewujudkan empat teras utama bagi memastikan hala tuju 1 Div tercapai iaitu teras pertama ialah Diplomasi Tentera dan Hubungan Baik dengan Tentera Jiran, teras kedua meliputi Operasi dan Latihan Tentera manakala

HUT MK 1 Div Ke-50

teras ketiga Membangunkan Keupayaan dan Kapasiti Organisasi dalam kawasan Tanggungjawab serta teras yang keempat Menjaga Rakyat, Tentera dan Keluarga. Selain itu, beliau mahukan war-ga 1 Div menjadi sebuah angkatan

yang relevan, kredibel, versatil, le-thal, deployable dan sustainable ber-landaskan keperluan Tentera Darat. Turut hadir ahli-ahli Veteran ATM dan ahli-ahli Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) 1 Div.

SARAWAK: Seramai 37 wakil kumpulan media Negeri Sarawak hadir ke Program Hari Bersama Media an-juran Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (MK 1 Div) yang diadakan di Muara Tuang pada 3 Sep 2016. Program ini bertujuan untuk mengenang jasa baik media di dalam mempromosikan Tentera Darat serta mengukuhkan hubungan yang telah lama ter-jalin di antara media Sarawak dengan MK 1 Div. Antara program yang dilaksanakan adalah Demonstrasi Combat Medic yang mana media dipertontonkan cara-cara merawat pesakit bila berlaku kecemasan dan Pertandingan Menembak Pistol Glock. - Kapt Siti Rabia Aldawia Johari, Gambar: Pbt Mohamad Alif Hj Abd Rahman

MK 1 Div Anjur Hari Bersama Media

th

65Jul - Sep 2016 207

M E D A N T I M U R / 1 D I V

RASMI…sempena Hari Pahlawan, Panglima 3 Bgd, Brig Jen Mohd Bustaman Haji Mat Zin bersama Komaden Komando Militer 121 ABW, Brig Jen TNI Widodo Iryansyah memotong riben sebagai tanda perasmian Karnival Pulon Sakan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) bertempat di PERNAMA Penrissen pada 24 Ogos 2016.- MK 3 Bgd

NAIK PANGKAT…Ketua Staf MK 3 Bgd, Lt Kol Wan Edenin Wan Mahsin menyempurnakan pemakaian pangkat kepada ang-gotanya dalam Majlis Pemakaian Pangkat Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) melibatkan tiga anggota Markas Briged Ketiga Infantri Malaysia (MK 3 Bgd) bertempat di Padang Kawad MK 3 Bgd pada 18 Jul 2016. - LKpl Rohamizan Hamdan

Oleh: LKpl Rohamizan Hamdan

SARAWAK: Seramai tujuh pegawai dan 225 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan di bawah naungan Markas Briged Ketiga Infantri Malaysia (MK 3 Bgd) terlibat dalam Eksesais Pasak Bumi (EPB) Siri 1/2016 di sekitar Kg Biawak hingga ke Sematan bermula dari 2 hingga 8 Sep 2016. Upacara Perasmian disempurnakan oleh Panglima 3 Bgd, Brig Jen Mohd Bustaman Haji Mat Zin di Padang Kawad MK 3 Bgd yang mana latihan ini bertujuan memupuk semangat kerjasama dan setia kawan di dalam satu pasukan disamp-ing menguji tahap kecergasan fizikal dan mental anggota. Dalam ucapan Panglima, beliau berharap latihan ini dapat menerapkan sikap positif dalam penugasan masing-masing dan berpesan agar setiap anggota sentiasa mengutamakan keselamatan diri supaya perkara tidak diingini tidak ber-laku sepanjang Eksesais Pasak Bumi ini dilaksanakan.

Pasak Bumi Uji Kemantapan Warga 3 Bgd

SARAWAK: Markas Briged Ketiga Infantri Malaysia (MK 3 Bgd) men-gadakan Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil serta melawat tanah perku-buran pahlawan sempena Hari Pahlawan Negara bertempat di Kg Buntal, Santubong pada 4 Ogos 2016. Panglima 3 Briged , Brig Jen Mohd Bustaman Hj Mat Zin bersama-sama Ahli Veteren Tentera Negeri Sarawak m e n z i a ra h i Ta n a h Pe r ku b u ra n Allahyarham Tpr Rosli Buang SP yang telah syahid ketika bertempur den-gan Komunis dan pada masa yang sama beliau turut memberi sum-bangan kepada Tabung Rayuan Hari Pahlawan. - LKpl Rohamizan Hamdan

Sambutan Hari Pahlawan Peringkat 3 Bgd

66

Oleh: LKpl Rohamizan Hamdan

SARAWAK: Seramai 650 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD) terlibat dalam Perbarisan Perasmian Eksesais Kekar Malindo Siri 40AB/2016 yang disempurnakan oleh Panglima 3 Bgd, Bgd Jen Mohd Bustaman Hj. Mat Zin bersama Kepala Staf KODAM XII Tpr, Brig Jen TNI Ahmad Supriyadi bertempat di Padang Kawad Batalion Ke11 Rejimen Askar Melayu Diraja (11 RAMD) pada 21 Sep 2016. Eksesais ini merupakan latihan bi lateral yang diadakan set iap tahun yang melibatkan dua Fasa iaitu Eksesais Pos Pemerintah dan Eksesais Medan selain bertujuan untuk

EKS KEKAR MALINDO Tingkat Kesiagaan Dua Negara

M E D A N T I M U R / 1 D I V

mengeratkan semangat setiakawan serta perhubungan erat di antara kedua-dua buah negara agar berterusan

selain dapat meningkatkan kesiagaan ketenteraan bagi menghadapi sebarang ancaman musuh yang mendatang.

SARAWAK: Seramai 12 pegawai dan 300 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) sukarela terlibat dalam Pebarisan Penutupan Latihan Kem Tahunan (LKT) Rejimen 511 Askar Wataniah (AW) bertempat di Padang Kawad Pasukan yang disem-purnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAN) Negeri Sarawak, Brig Jen Tan Sri Dato’ Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani pada 7 Ogos 2016. Perbarisan tersebut mendapat pujian daripada Pengerusi JAKPAW Negeri Sarawak kerana kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan melalui persembahan semasa perbarisan penutup begitu bersemangat dan penuh komited disamping berjaya mengikuti latihan yang dilaksanakan selama sebulan.Turut hadir Panglima 3 Bgd, Brig Jen Mohd Bustaman Hj Mat Zin, pegawai-pegawai MK 3 Bgd dan juru-latih yang terl ibat . - LKpl Rohamizan Hamdan

LKT Mahirkan Anggota Sukarela Rej 511 AW

TANGGUNGJAWAB…Kapt (KM) Johari Rasad telah di-naikkan pangkat Mej dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai yang disempurnakan oleh Panglima 3 Bgd, Brig Jen Mohd Bustaman Hj Mat Zin bersama bersama isteri pegawai yang dinaikkan pangkat bertempat di Anjung Seri, MK 3 Bgd pada 19 Jul 2016. - LKpl Rohamizan Hamdan

67Jul - Sep 2016 207

Oleh: LKpl Rohamizan Hamdan

SARAWAK: Seramai 60 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di bawah naungan Markas Briged Ketiga Infantri Malaysia (MK 3 Bgd) terlibat Majlis Penutup Kursus Asas Tempur Tanpa Senjata (TTS) Siri 2/2016 yang disempurnakan oleh Panglima 3 Bgd, Brig Jen Mohd Bustaman Hj Mat Zin bertempat di di 1 Rej Kor Polis Tentera Darat (1 Rej KPTD) pada 8 Ogos 2016. Dalam majlis tersebut , penuntut kursus berja-ya memikat hati penonton yang hadir dengan mem-pertontonkan demonstrasi dan lagak ngeri yang telah dipelajari sepanjang kursus dilaksanakan. Dalam ucapan Panglima 3 Bgd, beliau berharap agar semua perserta kursus tidak menyalahgunakan ilmu yang dipelajari tetapi mengunakan kekuatan fizikal dan mental bagi mempertahankan negara seiring den-gan kebijaksanaan mental seseorang individu itu.

TTS Tingkat Ilmu Mempertahankan Diri Warga 3 Bgd

M E D A N T I M U R / 1 D I V

SARAWAK: Panglima 1 Div, Mej Jen Datuk Stephen Mundaw bersa-ma Panglima 3 Bgd, Brig Jen Mohd Bustaman Haji Mat Zin dan Panglima 9 Bgd, Brig Jen Subari Hj Tomo serta Panglima 31 Briged, Brig Jen Jamaluddin Jambi melakukan Kunjungan Hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Haji Satem bertempat di Wisma Bapa M a l ay s i a p a d a 1 5 O g o s 2 0 1 6 . Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk mengeratkan hubun-gan serta beramah mesra bersama Ketua Menteri Sarawak agar hubun-gan baik diantara pihak tentera dan agensi kerajaan sentiasa terjalin supaya kedua-dua agensi kerajaan ini dapat saling bantu membantu kelak. - LKpl Rohamizan Hamdan

Panglima 1 Div Lawat Ketua Menteri Sarawak

SARAWAK: Markas Briged Ketiga Infantri Malaysia (MK 3 Bgd) menjadi tuan rumah dalam Mesyuarat Unit Commander Meeting (UCM) Siri 1/2016 yang di pengerusikan oleh Ketua Staf 3 Bgd, Lt Kol Wan Edenan Wan Mahsin bersama Warden Kolakopsrem KOREM 121/ABW, Kol INF Denny R.J Masengi bertempat di Bilik Mesyuarat MK 3 Bgd pada 24 Ogos 2016. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk mendapat kata sepakat bagi kedua-dua pihak dalam menjalankan operasi di sempadan SARAWAK/KALIMANTAN dan selain itu mesyu-arat ini juga adalah untuk mengkoordinasi aktiviti-aktiviti bilateral yang melibatkan kedua buah negara.- MK 3 Bgd

Mesyuarat Unit Comander Meeting (UCM) Siri 1/2016

68

PVTMS Lawat Panglima 3 BgdM E D A N T I M U R / 1 D I V

Oleh: LKpl Rohamizan Hamdan

SARAWAK: Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Negeri Sarawak (PVTMS), Lt Kdr (B) Thomas Ling Kui Eng bersama-sama Ahli Veteran Negeri Sarawak melakukan Kunjungan Hormat kepa-da Panglima 3 Bgd, Brig Jen Mohd Bustaman Hj Mat Zin bertempat di Pejabat Panglima pada 15 Jul 2016. Tujuan lawatan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan yang telah lama terjalin disamping bertanya khabar serta membincangkan permasalahan yang ada agar kedua-dua pihak dapat saling bantu membantu. Terdahulu delegasi PVTMS telah disambut mesra oleh warga Markas Briged Ketiga Infantri Malaysia (MK 3 Bgd) dan Panglima turut merasa amat bang-ga dengan kehadiran Perwira-perwira Negara yang telah berjuang kepada negara pada suatu masa dahulu.

SARAWAK: Seramai 50 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) dari pasukan di bawah naungan Markas Briged Ketiga Infantri Malaysia (MK 3 Bgd) terlibat dalam Majlis Penutup Kursus Keselamatan Penjaga Stor Senjata Siri 1/2016 an-juran Cawangan Risik MK 3 Bgd yang diadakan di Markas Staf Stesyen Kuching (MSS Kuching) pada 22 Jul 2016. Kursus yang diadakan selama seminggu ini melibat-kan tenaga pengajar dari Kompeni Pertama Risik Medan (KPRM) dan Detasmen Keselamatan Medan (DKM) Kuching yang mana majlis penutup disempurnakan oleh Ketua Staf MK 3 Bgd, Lt Kol Wan Edenan Wan Mahsin. Dalam ucapannya, beliau berharap kursus ini dapat mem-beri pendedahan serta ilmu yang berguna kepada peserta ter-utama dari aspek keselamatan disamping mengingatkan kepa-da peserta agar sentiasa mengikuti prosedur yang betul dalam pengendalian stor senjata pasukan. - LKpl Rohamizan Hamdan

Penutup Kursus Stor Senjata MK 3 Bgd

SARAWAK: Cawangan Agama Markas Briged Ketiga Infantri Malaysia (MK 3 Bgd) menganjurkan Kursus PIFA Tahap 1 Hingga 4 Siri 2/2016 yang dirasmikan oleh Panglima 3 Bgd, Brig Jen Mohd Bustaman Haji Mat Zin bertem-pat di Masjid Solahuddin Al-Ayyubi pada 12 Ogos 2016. Dalam ucapan penutup, Panglima 3 Bgd menitikberat-kan faktor keagamaan yang tinggi perlu ada di kalangan setiap anggota dan ilmu agama juga perlu dipupuk agar tidak terpesong dari agama selaras dengan pembangu-nan yang pesat selain berharap dapat melahirkan ang-gota yang berakhlak mulia. - LKpl Rohamizan Hamdan

Kursus PIFA Tingkat Kefahaman Agama Warga 3 Bgd

69Jul - Sep 2016 207

M K L AT I H A N

Seminar Jejak PerwiraOleh: Kapt Hasbullah IshakGambar: Kpl Mohd Fidaus Alias

NEGERI SEMBILAN: Seramai 250 orang peserta terdiri daripada Penggiat Industri Pelancongan, Agensi Kerajaan, NGO, IPTA/IPTS dan sekolah terli-bat dalam Seminar Jejak Perwira bersempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-59 anjuran Pejabat Pelancongan Malaysia Negeri Sembilan, Pejabat Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Muzium Tentera Darat bertempat di Auditorium Muzium Tentera Darat pada 7 Sep 2016. Objektif utama pelaksanaan seminar ini adalah untuk memupuk semangat kebangsaan, menghaya-ti pengorbanan wira negara seper-ti Sarjan Hassan (Anak jati Negeri Sembilan) serta mempromosikan Port Dickson sebagai Bandar TD.

Turut hadir Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Tengku Ahmad Noor Tuan Chik, Pengerusi Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan,

Dato’ Hj Mohammad Razi Hj Kail, waris Dharmawijaya, Sasterawan Negeri Sembilan, waris Kpl Mat Aznan Awang wira yang terkorban semasa Pertempuran Pasar Bakara di Mogadishu Somalia dan waris Sarjan Hassan.

NEGERI SEMBILAN: Seramai 25 pegawai dan 21 ang-gota Lain-Lain Pangkat (LLP) di bawah nuangan Markas Pemerintahan Latihan & Doktrin Tentera Darat (MK PL&DTD) yang menjurus kepada tugas Kuatermaster dan Reagular Queters terlibat dalam Seminar Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPAK) Peringkat MK PL&DTD bertem-pat di Dewan Serbaguna Segenting pada 23 Sep 2016. Seminar berlangsung selama dua hari ini dirasmikan oleh Panglima Latihan TD, Mej Jen Dato' Tengku Ahmad Noor Tuan Chik dan ceramah disampaikan oleh PS 1 Log MK PL&DTD, Lt Kol Mohd Raffee Maarof dan bertujuan memahirkan setiap pegawai dan anggota bagaimana mengendalikan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPAK) serta membuat kerja dengan jujur dan iklas dalam pengendalian aset kerajaan. - Kapt Hasbullah Ishak, Gambar: Kpl Mohd Fidaus Alias

Seminar TPAK Peringkat MK PL&DTD

UJL Mantapkan Warga PL&DTDNEGERI SEMBILAN: Seramai 61 pegawai dan 225 anggota Lain-Lain Pangkat Markas Pemerintahan Latihan & Doktrin Tentera Darat (MK PL&D TD) terlibat dalam latihan Ujian Jalan Laju (UJL) 8 km dan 12 km yang dilepaskan oleh Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Tengku Ahmad Noor Tuan Chik bertempat disekitar Port Dickson pada 19 Sep 2016. Latihan ini merupakan komponen yang dilaksanakan sebe-lum menjalani UJL 15 km yang mana ia merupakan salah satu daripada latihan tahunan yang diwajibkan bagi setiap anggota pasukan di dalam melengkapkan program latihan tahunan. Dalam ucapan Panglima Latihan Tentera Darat, beliau amat berbangga dengan semangat dan daya fizikal serta mental yang kuat ditunjukkan oleh anggotanya dalam UJL pada kali ini yang mencerminkan bahawa semua warganya bersiap sedia untuk bertempur pada bila-bila masa. - Kapt Hasbullah Ishak, Gambar: Kpl Mohd Fidaus Alias

70

2 D I V

MK 30 Bgd Anjur Kursus Stor Senjata

Oleh: Pbt Muhammad Iszam Ishnin Gambar: LKpl Mohammad Yusri Yusof

KEDAH: Seramai 62 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan

dibawah naungan Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (MK 2 Div) ha-dir dalam Kursus Penjaga Stor Senjata dan Peluru (Dec) Siri 13/2016 an-juran Markas Briged Ke-30 Infantri Malaysia (MK 30 Bgd) bertempat di

Batalion Kelima Rejimen Sempadan (5 RS) dari 19 hingga 23 Sep 2016. Kursus tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan kepada bakal-bakal penjaga stor senjata dan gudang peluru daripada sebarang ancaman keselamatan dan pada masa yang sama turut diadakan sesi ceramah kesela-matan termasuk pendedahan terhadap ancaman-ancaman terkini terutamanya dikalangan warga ATM berkenaan Daesh. Beberapa sesi ujian dan amali telah dijalankan ke atas peserta bagi memas-tikan segala pelajaran dan juga pengeta-huan yang telah disampaikan diterima dengan baik serta dilaksanakan dengan berkesan. Majlis penutup disempurnakan oleh Pemangku Ketua Staf MK 30 Bgd, Lt Kol Mohd Rashid Hj Omar dan turut di hadiri oleh anggota dari Cawangan Risik MK 30 Bgd serta Detasmen Keselamatan Medan Alor Star yang menjadi jurulatih semasa kursus dilaksanakan.

1 RS Sambut HUT Pasukan Ke-37

Oleh: 1 RS

KELANTAN: Seramai 12 pegawai dan 322 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Batalion Pertama Rejimen Sempadan (1RS) terlibat dalam Perbarisan Hari Ulang Tahun Pasukan Ke–37 yang disem-purnakan oleh Pegawai Memerintah 1 RS, Lt Kol Ilyas Hanafi bertempat di Padang Kawad Pasukan Kem pada 15 Sep 2016. Terdahulu Peg Memerintah 1 RS, menyempurnakan Pemakaian Pangkat Anggota, Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), pe-nyerahan cek kepada anak OKU ser-ta Penyampaian Sijil Penghargaan dan Plaka kepada anggota bersara. Dalam ucapannya, beliau mem-beri penekanan kepada lima teras kepada pemerintahan beliau yang perlu diperhalusi dan menjadi pelan tindakan mengikut keadaan sema-sa serta keutamaan pasukan iaitu Kesetiaan, Kesatuan, Kesiapsiagaan, P e n g o r b a n a n d a n K e b a j i k a n .

71Jul - Sep 2016 207

Pemangku Pengerusi BAKAT 2 Bgd Baharu

PERAK: Badan Amal Kebajikan an-gkatan Tentera (BAKAT) 2 Bgd men-gadakan Majlis Serah Terima Tugas Pemangku Pengerusi BAKAT gabun-gan Kem 2 Bgd bertempat di Rumah BAKAT 2 Bgd pada 20 Ogos 2016. Serah terima tugas tersebut meli-batkan antara Fatimah Tun Mohamad Saad dengan Pemangku Pengerusi BAKAT baharu, Khairul Hamishah Yahya yang mana dalam ucapan Pemangku Pengerusi BAKAT baharu beliau meng-ingatkan agar semua ahli BAKAT dapat mengekalkan nama baik pasukan dan menyeru agar sentiasa melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti BAKAT pasukan kerana ianya menjadi nadi tulang belakang kepada perkembangan kerjaya suami di pasukan. - MK 2 Bgd

2 D I V

Oleh: MK 30 Bgd

PERLIS: Seramai 25 kanak-kanak istimewa Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Seri Kayangan diraikan sempena Lawatan Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) ATM, Puan Sri Dato’ Hajjah Umi Kalsom Wan Awang bertempat di PPDK, Arau pada 24 Ogos 2016. Kunjungan Pengerusi BAKAT ATM tersebut adalah kerana keprihatinan beliau terhadap kesinambungan objektif penubuhan PPDK dalam kelompok keluarga ten-tera khasnya dan orang awam amnya agar kanak-kanak istimewa dihargai dan diberikan penjagaan sewajarnya.

Pengerusi BAKAT ATM Lawat PPDK Seri kayangan

PERLIS: Seramai 15 pegawai dan 150 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Markas Briged Ke-30 Infantri Malaysia terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Ketua Staf MK 30 Bgd bertempat di Padang Kawad MK 30 Bgd pada 8 Ogos 2016. Serah terima tugas ini diantara Mantan Ketua Staf, Lt Kol Sabre Hassan yang menyerahkan tugas beliau kepada Lt Kol Mohd Rashid Hj Omar disaksikan oleh Panglima 30 Briged, Brig Jen Zainal Abidin M.Said. Perbarisan ini bertujuan untuk menghargai sumbangan bakti serta jasa yang telah dicurahkan sepanjang perkhid-matan beliau menjadi Ketua Staf MK 30 Bgd.- MK 30 Bgd

MK 30 Bgd Terima KS Baharu

72

2 D I V

Oleh: MK 30 Bgd

PERLIS : Sebanyak 89 kontinjen mewakili jabatan dan agensi kerajaan, swasta serta NGO termasuk Markas Briged Ke-30 Infantri Malaysia terlibat dalam perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2016 Peringkat Negeri Perlis dengan mengekalkan tema Sehati Sejiwa bertempat di Perkarangan Dataran Syed Ahmad pada 31 Ogos 2016. Lebih 10,000 pengunjung hadir memeriahkan sambu-tan dengan pelbagai persembahan dipertontonkan seperti Pertunjukan Pantomim Pertempuran Lebuh Raya Grik - Jeli yang melibatkan PW I (B) Ielias Ibrahim dan rakan seperjuan-gannya termasuk perarakan dari aset - aset Tentera Darat. Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid bersama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut mencemar duli hadir sama menyambut Hari Kebangsaan diiringi Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan Man.

Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perlis

P E R L I S : S e ra m a i 2 1 0 a n g g o t a Lain-Lain Pangkat (LLP) di bawah naungan Markas Briged Ke-30 Infantri Malaysia (MK 30 Bgd) terlibat dalam Kursus Repalman Kelas 1 Anggota Kerahan Sepenuh Masa Kor Infantri Siri 1/2016 yang diadakan di MK 30 Bgd mulai 18 Jul hingga 7 Okt 2016. Majlis Pembukaan Kursus disem-purnakan oleh Pemangku Ketua Staf MK 30 Bgd, Lt Kol Mohd Rashid Hj Omar dan tujuan kursus ini diadakan ialah untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran ketenteraan anggota repal atau setaraf bagi melaksanakan tugas dalam pasukan. - MK 30 Bgd

MK 30 Bgd Anjur Kursus Repalman

PERAK: Markas Briged Kedua Infantri Malaysia (MK 2 Bgd) mengadakan Majlis Ibadah Korban dan Aqiqah yang disertai oleh semua pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) MK 2 Bgd bertempat di perkarangan Surau Al-Fa'izin MK 2 Bgd pada 14 Sep 2016. Majlis ini dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan secara bergotong-royong daripada semua peringkat pegawai dan anggota selain dapat menerapkan kepada semua per-ingkat tentang erti pengorbanan. - SSjn Vashantha Kumari Suppiah, Gambar: Pbt Rosdan Abdullah

MK 2 Bgd Laksana Ibadah Korban

73Jul - Sep 2016 207

KELANTAN: Seramai 50 Ahli Badan Amal Kebajikan Anggota Tentera (BAKAT) 8 Bgd hadir dalam Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT 8 Bgd diantara Mariam Bakar yang akan meny-erahkan tugas dan tanggungjawab kepa-da Pengerusi BAKAT 8 Bgd yang baharu iaitu Rasilah Shaari bertempat di Rumah BAKAT Kem 8 Bgd pada 9 Ogos 2016.Majlis tersebut disaksikan oleh Pengerusi BAKAT 2 Div, Datin Sharinah Mohamed Adnan dan turut hadir ialah Pengerusi-pengerusi BAKAT Pasukan di bawah naungan 8 Bgd. - Kpl Elyas Mamat, Gambar: LKpl Mohd Hafiz Che Hanafi

Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT 8 Bgd

Oleh: MK 30 Bgd

PERLIS: 5th Commanding Infantry General, Royal Thai Army, Mej Gen Nipon Jantana melakukan kunjungan hormat ke atas Panglima 30 Bgd, Brig Jen Zainal Abidin M.Said bertempat di Markas Briged Ke-30 Infantri Malaysia (MK 30 Bgd) pada 11 Ogos 2016. Sejurus ketibaan, delegasi dis-ambut oleh Panglima 30 Bgd dan seterusnya menerima tabik hormat daripada Kawalan Suku pasukan lalu dibawa ke bilik tetamu bagi mem-beri sedikit taklimat ringkas berke-naan tugas dan peranan MK 30 Bgd.

Royal Thai Army Lawat MK 30 Bgd

2 D I V

KELANTAN: Seramai 60 pegawai dan 240 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di bawah naungan Markas Briged Kelapan Infantri Malaysia (MK 8 Bgd) terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima 8 Bgd yang diadakan di Padang Kawad MK 8 Bgd pada 5 Ogos 2016. Pemangku Panglima 8 Bgd, Kol Mohd Adzhar Abd Latif menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada Panglima 8 Bgd yang baharu, Brig Jen Nazari Abd Hadi disaksikan oleh Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Fadzil Mokhtar. - Kpl Elyas Mamat, Gambar: LKpl Mohd Hafiz Che Hanafi

Serah Terima Tugas Panglima 8 Bgd

74

2 D I V

Program Road Show Task Force Perisai Wira

Oleh : SSjn Vashantha Kumari SuppiahGambar : Kpl Soffe Baharudin PERAK: Seramai 650 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dibawah naungan Markas Briged Kedua Infantri Malysia (MK 2 Bgd) menghadiri Program Road Show Task Force Perisai Wira yang diadakan di Dewan Rampai Sari, Pusat Latihan Kor Perkhidmatan Diraja (PULMAT) pada 1 hingga 2 Ogos 2016. Program ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran di ka-langan anggota tentera tentang ancaman ISIS dan membimb-ing anggota ATM agar melaksanakan tuntutan ajaran agama dalam kehidupan seharian yang akhirnya dapat melahirkan jiwa yang tenang dan selamat dari sebarang fahaman ektremis.Tim Task Force Perisai Wira telah melaksanakan program ini bersama dengan Jabatan Arah KAGAT bagi memberi penerangan mengenai bahaya ancaman Islamic State in Iraq and Syria (ISIS) kepada warga tentera yang dilaksanakan dalam bentuk syarahan, program keagamaan dan sesi ber-dialog bersama warga tentera di kawasan Taiping dan Ipoh. Turut hadiri Ketua Task Force, Mej Jen Dato' Mohd Noor Osman dan Panglima 2 Bgd, Brig Jen Dato' Mas'od Hj Muhammad.

PERAK: Seramai 25 pegawai dan 200 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di bawah naungan Markas Briged Kedua Infantri Malaysia (MK 2 Bgd) terlibat dalam Perbarisan Pembacaan Purutusan Sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ke-83 peringkat MK 2 Bgd ber-tempat di Padang Kawad MK 2 Bgd pada 19 Sep 2016. Perutusan tersebut disampaikan oleh Panglima 2 Bgd, Brig Jen Dato' Mas'od Hj Muhammad yang mana beliau mengingatkan anggotanya bahawa jasa dan pengorbanan tentera dan pahlawan terdahulu tidak harus dilupakan disamping menegaskan kewujudan dan keberadaan keselamatan negara bergantung kepada tentera. - SSjn Vashantha Kumari Suppiah, Gambar: SSjn Seloan Noyeng

Panglima 2 Bgd Baca Perutusan Hari ATM Ke-83

PERAK: Seramai tiga pegawai dan 140 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) terlibat dalam Kawalan Kehormatan Utama (KKU) semasa Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Perak bertem-pat di hadapan Dewan Bandaran Ipoh pada 31 Ogos 2016. Terdahulu, sejurus ketibaan Sultan Nazrin Muizuddin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim telah melakukan pemeriksaan kawalan kehormatan lalu dipertontonkan dengan pelb-agai persembahan kebudayaan kepada baginda berdua. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zamby Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abd Puhat Mat Nayan, anggota-anggota Exco Kerajaan negeri dan ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan. - SSjn Vashantha Kumari Suppiah, Gambar: Pbt Safrin Juani

Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak

75Jul - Sep 2016 207

2 D I V

KELANTAN: Seramai 11 pegawai dan 315 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Batalion Pertama Rejimen Sempadan (1 RS) terlibat dalam Majlis Perbarisan Pegawai Memerintah dan Upacara Serah Terima Tugas Penolong Pegawai Memerintah bertempat di Padang Kawad Pasukan pada 30 Ogos 2016. Serah Terima Tugas tersebut diantara Penolong Pegawai Memerintah, Mej Mohd Faizal Hj Zakaria dengan Penolong Pegawai Memerintah yang ba-haru, Mej Mohd Zamri Mohd Baki disaksikan oleh Pegawai Memerintah 1 RS, Lt Kol Ilyas Hanafi.- 1 RS

1 RS Terima Pen Peg Memerintah Baharu

KEDAH: Seramai 15 pegawai dan 225 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Markas Briged Keenam Infantri Malaysia (MK 6 Bgd) terlibat dalam Perbarisan Perutusan Panglima Angkatan Tentera sempena Hari ATM Ke-83 peringkat 6 Bgd bertempat di Garaj Kenderaan MK 6 Bgd pada 19 Sep 2016. Pembacaan Perutusan disampaikan oleh, Ketua Staf MK 6 Bgd, Lt Kol Mohd Yusoff Nor yang mengingatkan anggotanya bahawa jasa dan pengorbanan tentera dan pahlawan terdahulu tidak harus dilupakan disamping menegaskan kewujudan dan keberadaan keselamatan negara bergantung kepada tentera. Pada masa yang sama turut diadakan Majlis Pemakaian Pangkat anggota LLP yang disempurnakan oleh KS MK 6 Bgd. - Pbt Khairul Anuar Hazwan Md Sadzali, Gambar: Pbt Mohd Faizly Mohamad

Sambutan Hari ATM Peringkat 6 Bgd

Oleh: 6 RAMD

KELANTAN: Seramai enam anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Batalion Kenam Rejimen Askar Melayu Diraja (6 RAMD) dinaikan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Anggota yang dis-empurnakan oleh Pegawai Memerintah 6 RAMD, Lt Kol Nazlee Abd Rahim di kawasan operasi pada 29 Ogos 2016. Sebelum upacara pemakaian pangkat dimulakan pelbagai acara mengikut tradisi pasukan diada-kan seperti larian berkumpulan se-jauh 2.4 km dan ujian membuka dan memasang senjata persendirian.

Anggota 6 RAMD Naik Pangkat

76

3 D I V

Oleh: Kpl Mohd Rozaini Abd RahamanGambar: Kpl Yuszailan Mohd Yusop

JOHOR: Seramai lapan pegawai dan 48 Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pa-sukan 7 Wksp Bgd Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD) terlibat dalam Perbarisan Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) KJLJD Ke-59 Peringkat Zon Johor bertempat di Padang Kawad Pasukan pada 15 Jul 2016. Mengiringi perbarisan adalah Brass Band Serunai dari Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) yang mana Perutusan HUT KJLJD Ke-59 diba-cakan oleh Pegawai Pemerintah 7 Wksp Bgd, Mej Mohamed Shariff Hj Razuli ser-ta pada masa yang sama turut diadakan Majlis Pemakaian Pangkat anggota LLP. T u r u t d i a d a k a n M a j l i s Bacaan Tahl i l , jamuan dan aca-ra m e m o t o n g ke k H U T K J L J D.

7 WKSP Sambut HUT KJLJD Ke-59

NEGERI SEMBILAN: Batalion Ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja (15 RAMD) dengan kerjasama Unit Task Force Tentera Darat (TD) menganjurkan Ceramah Kesedaran Gerakan Islamic State (IS) yang dihadiri oleh anggota TD yang berkh-idmat di bawah naungan Markas Briged Pertama Infantri Malaysia (MK 1 Bgd) bertempat di Dewan Makan Pasukan dari 9 hingga 10 Sep 2016. Tujuan pelaksanakan ceramah adalah untuk menyedar-kan anggota tentera tentang fahaman yang dibawa oleh IS yang terpesong dari ajaran Islam sebenar. - SSjn Rose Ainullah Ahmad, Gambar: Pbt Siti Fatin Shafina Ghazali

15 RAMD Anjur Ceramah Kesedaran IS

JOHOR: Panglima 7 Bgd, Brig Jen Mohd Hassan Loman membacakan perutusan sempena Hari Ulang Tahun (HUT) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-83 bertempat di Padang Kawad Institut Kejuruteraan Medan (IKEM) pada 19 Sep 2016. Perbarisan tersebut melibatkan seramai 97 pegawai dan 1010 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasu-kan-pasukan yang bernaung di bawah Markas Ketujuh Infantri Malaysia (Mk 7 Bgd) yang mana perbarisan ini turut berlangsung di Kem Tebrau yang mana ucapan pe-rutusan turut disampaikan oleh Timbalan Panglima 7 Bgd. Beliau menyeru agar semua peringkat kepimpi-nan menghayati dan mendalami perutusan yang dike-luarkan dan mengadaptasi di dalam penugasan har-ian agar semangat cintakan organisasi ATM diterapkan dalam mempertahankan kedaulatan negara. - MK 7 Bgd

Panglima 7 Bgd Sampaikan Perutusan HUT ATM Ke-83

77Jul - Sep 2016 207

3 D I V

Oleh: Sjn Vijay Gaundar ArikrishnanGambar :PW II Mohd Shahril Mat Ali

MELAKA: Seramai sembilan pegawai dan sembilan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Tentera Darat (TD) terdiri dari-pada formasi-formasi TD menyertai Pertandingan Tacthlon TD dengan acara pelepasan peserta disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato` Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi bertempat di Betutu Laut, PULPAK pada 16 Ogos 2016. Tacthlon TD merupakan sukan lasak yang menguji keu-payaan Multiskill pegawai dan anggota LLP TD dari aspek ketahanan mental dan fizikal, semangat dan daya juang yang tinggi serta kemahiran Marksmanship yang mana konsep pertandingan Tacthlon ini melibatkan beberapa halangan yang perlu ditempuh oleh peserta dan dilaksanakan secara

serentak bagi menguji keupayaan individu serta disimulasi dalam senario melaksanakan misi di kawasan operasi. Pada masa yang sama peserta dikehendaki melalui pel-bagai jenis halangan terdiri daripada halangan terowong, kolam, tembok enam kaki, tebing, palang berganda, titi ber-tingkat, dawai kawat, palang berlapis, tali labah-labah dan paya semulajadi yang mencabar keupayaan skil individu, ketahanan fizikal, mental, tahap daya juang serta kepantasan sebelum diakhiri dengan acara menembak menggunakan tiga jenis senjata iaitu Mesin Gun Ringan (MGR), Raifal M4 dan pistol yang diadakan di Kompleks Lapang Sasar Terendak. Turut hadir, Panglima 3 Div Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Panglima 10 Bgd Para Brig Jen Tengku Mohammad Fauzi Tengku Ibrahim.

TACHLON Mantapkan Anggota TD

78

3 D I V

Oleh: MK 4 Bgd Mek

PAHANG: Cawangan Pendidikan Markas Briged Keempat Infantri Malaysia Mekanize (MK 4 Bgd Mek) ter-libat dalam Pameran Statik Ketenteraan Sempena Pameran Rolling Wheel atas usahasama pihak ATM dengan Banjaros Motorcyele Club yang diadakan di Pantai Balok pada 16 hingga 17 Sep 2016. Pameran yang diadakan selama dua hari tersebut bertujuan untuk membuat promosi kepada masyarakat disamp-ing menarik minat golongan belia menyertai Tentera Darat dan antara bentuk pameran yang diadakan ialah pameran senjata serta Ikhtiar Hidup.

Pameran Ketenteraan MK 4 Bgd Mek

TANGGUNGJAWAB...Mej Shamsuddin Mat menyerahkan tugas beliau sebagai Pegawai Pemerintah 4 Wksp Bgd (Mek) kepada Mej Izuan Mohemed Kassim dalam Perbarisan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah 4 Wksp Bgd (Mek) yang turut disertai 10 pegawai dan 38 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dan disaksikan Panglima 4 Bgd (Mek), Brig Jen Dato’ Md Din Hj Abu bertempat di Padang Kawad 4 Wksp Bgd (Mek) pada 09 Sep 2016. – MK 4 Bgd Mek

PAHANG: Pasukan 4 Kompeni Angkut KPD Mek dibantu Sel Agama Markas Briged Keempat Infantri Malaysia Mekanize (MK 4 Bgd Mek) menganjurkan Kursus Penyembelihan Cara Islam yang disempurnkan oleh Ketua Staf Am MK 4 Bgd, Lt Kol Abd Munir Hj Abd Rani bertempat di Surau MK 4 Bgd Mek selama dua hari bermula dari 5 hingga 6 Sep 2016. Seramai 45 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) dari pasukan dibawah naungan MK 4 Bgd (Mek) terlibat dalam kursus terse-but yang bertujuan untuk mengajar dan memberi pendedah-an cara penyembelihan haiwan dalam islam kepada penuntut. Penuntut juga diajar secara praktikal dengan pengan-jur menyediakan seekor ayam bagi setiap penuntut un-tuk disembelih supaya dapat memberi pengalaman cara penyembelihan sebenar dalam islam. – MK 4 Bgd Mek

MK 4 Bgd Mek Anjur Kursus Penyembelihan

AMANAT...Panglima 4 Bgd (Mek), Brig Jen Dato’ Md Din menyampaikan Perutusan Panglima Angkatan Tentera Malaysia sempena Hari Ulang Tahun ATM Ke-83 semasa Perbarisan Perutusan Panglima ATM melibatkan 10 Pegawai dan 60 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pa-sukan naungan Markas Briged Kempat Infantri Malaysia Mekanize (MK 4 Bgd Mek) bertempat di Padang Kawad MK 4 Bgd Mek pada 19 Sep 2016.- MK 4 Bgd Mek

79Jul - Sep 2016 207

TANGGUNGJAWAB...Pengerusi Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) 1 Bgd Erni Erawati Rosli menyaksikan Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT 24 RAMD yang baharu bertempat di Dewan Makan Pasukan pada 12 Ogos 2016. - SSjn Rose Ainullah Ahmad, Gambar: Pbt Siti Fatin Shafina Ghazali

Oleh: MK 4 Bgd Mek

PAHANG: Markas Briged Keempat Infantri Malaysia Mekanize (MK 4 Bgd Mek) di ketuai Panglima 4 Bgd Mek Brig Jen Dato’ Md Din Hj Abu diper-tanggungjawabkan untuk mengurus tadbir Sambutan Hari Kebangsaan Ke-59 peringkat Negeri Pahang yang diadakan di Padang Kemunting Bandar Kuantan pada 31 Ogos 2016. Sambutan Hari Kebangsaan pada kali melibatkan semua Jabatan Kerajaan, Jabatan Swasta, NGO Negeri Pahang dan JKKK Negeri Pahang yang meli-puti acara pertunjukan dan perarakan berjalan kaki serta berkenderaan. Turut hadir Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

MK 4 Bgd Mek Koordinasi Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Pahang

Penuntut MTAT Lawat MK 4 Bgd MekPAHANG: Seramai 40 Penuntut Kursus Maktab Turus Angkatan Tentera (MPAT) melakukan lawatan ke Markas Briged Kempat Infantri Malaysia Mekanize (MK 4 Bgd Mek) dan disambut oleh Ketua Staf Am MK 4 Bgd Mek, Lt Kol Abd Munir Hj Abd Rani pada 7 Sep 2016. Dalam lawatan tersebut penuntut dibawa ke Pusat Latihan Mekanize (PULAMEK) dan diberi taklimat ter-lebih dahulu sebelum di bawa melawat beberapa kawasan seperti tempat Latihan Simulator Adnan di Dewan Simulator PULAMEK, Pameran Statik Network Centric Operation (NCO), Future Soldier dan KJA Adnan di Padang Kawad PULAMEK. – MK 4 Bgd Mek

3 D I V

80

4 D I V

Anggota 4 Div Diberi Kesedaran Pemanduan Berhemah

Oleh: Kpl Mohd Fauzi Abdul kadirGambar: Kpl Mohd Zulkifli bin Awang

KUALA LUMPUR: Markas Divisyen Keempat Infantri Malaysia (MK 4 Div) mengadakan Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat MK 4 Div yang dirasmikan oleh Panglima 4 Div, Mej Jen Dato' Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan ber-tempat di Dewan Dato’ Othman Harun pada 1 Jul 2016. Kempen bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua warga 4 Div tentang kepentingan keselamatan ketika berada di jalan raya dan menjemput wakil dari agensi luar seperti PDRM, JKJR, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JPJ, SPAD dan SMART bagi menyeri-kan majlis dengan mengadakan pelbagai program sep-erti ceramah, pameran statik serta penyampaian risalah. Diakhir kempen telah diadakan upacara menampal sticker, memberi helmet dan Flag Off oleh Panglima 4 Div yang mana turut dihadiri Panglima 11 Bgd, Brig Jen Hj Abd Kadir Ahmad, Panglima 12 Bgd, Brig Jen Mohd Nazri Abidin dan Ketua Staf MK 4 Div, Kol Mohd Sobirin Hj Mohd Yusof.

PERAK: Seramai 10 pegawai dan 212 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Eksesais Pasak Bumi (EPB) Gabungan Trup 4 Div anjuran 4 Rejimen Semboyan Diraja (RSD) yang telah dilaksanakan di kawasan Sungkai, Trolak dan Slim River dari 15 hingga 19 Ogos 2016. Tujuan EPB dilaksanakan adalah untuk menguji tahap keupayaan pasukan bergerak sebagai kumpulan ban-tuan khidmat secara taktikal dengan jarak 25 km me-lalui jalan yang mencabar dalam masa yang diitetapkan. Disamping itu, latihan ini juga untuk mempertingkatkan kecergasan mental dan fizikal setiap anggota, memperting-katkan daya pemerintahan dan kawalan pemimpin dalam ke-adaan yang mencabar, memupuk semangat kerjasama diantara pasukan-pasukan yang terlibat serta mengukuhkan a common bond of comradeship di kalangan anggota pasukan. - Kpl Mohd Fauzi Abdul Kadir, Gambar: Kpl Mohd Zulkifli Awang

Eksesais Pasak Bumi Uji Gabungan Trup 4 Div

4 Div Laksana Ibadah KorbanKUALA LUMPUR: Sebanyak enam ekor lembu dikorbankan Sempena Majlis Korban dan Akikah Hari Raya Aidiladha tahun 2016 anjuran Masjid Wardieburn yang disempurnakan oleh Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan ber-tempat di perkarangan Masjid Wardieburn pada 14 Sep 2016. Kerja-kerja melapah dan memotong daging korban dibuat secara bergotong-royong mengikut kumpulan bagi memper-cepatkan proses pembungkusan diakhiri dengan pengagihan daging kepada peserta korban dan akikah serta penduduk Kem Wardieburn yang disempurnakan oleh Panglima 4 Div. Turut hadir adalah Panglima 11 Bgd, Brig Jen Abd Kadir Ahmad, Panglima 12 Bgd, Brig Jen Nazri Abidin dan Ketua Staf MK 4 Div, Kol Mohd Sobirin Hj Mohd Yusof. - Kpl Mohd Fauzi Abdul Kadir, Gambar: Kpl Mohd Zulkifli Awang

81Jul - Sep 2016 207

4 D I V

Oleh :Sjn Shahrul Ahmad Firdaush Abd GhaniGambar:LKpl Muhammad Abdul Ghani

KUALA LUMPUR: Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) melaksanakan pemeriksaan kenderaan sempena musim cuti perayaan melibatkan pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Pegawai Ketua Kompeni Bantuan Pasukan, Mej Mohd Azrul Rabudin bertempat di Padang Kawad 1 RRD pada 1 Jul 2016. Tujuan pemeriksaan ini dibuat adalah untuk memas-tikan agar pegawai dan anggota 1 RRD sentiasa me-mentingkan aspek keselamatan ketika pulang berhari raya yang mana pemeriksaan lebih menjurus kepada pemeriksaan lesen memandu dan cukai jalan kenderaan serta mengingatkan warga 1 RRD agar berhati-hati dan mematuhi undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.

1 RRD Laksana Pemeriksaan Kenderaan

KUALA LUMPUR: Seramai 11 pegawai dan 47 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Markas Briged Ke-12 Infantri Malaysia diketuai Ketua Staf MK 12 Bgd, Lt Kol Azudin Hassan terlibat dalam aktiviti menawan puncak Bukit Broga sempena Hari Kemerdekaan Ke-59 pada 2 Sep 2016. Aktiviti mendaki ini berkonsepkan santai bertujuan menguji daya ketahanan fizikal dan semangat kerjasama peserta disamping memupuk semangat cin-takan alam sekitar di kalangan peserta.Selain itu peserta turut melakukan kerja amal dengan mengadakan ak-tiviti mengutip sampah di sepanjang laluan pendakian sehingga ke pun-cak. - LKpl Siti Zubaidah Ramlan, Gambar: Mohd Ikram Mohammadon

MK 12 Bgd Tawan Puncak Bukit Broga

PAHANG: Seramai 12 pegawai dan 68 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Markas Briged Ke-12 Infantri Malaysia (MK 12 Bgd) terlibat dengan Ujian Jalan Laju sejauh lapan kilometer bertempat di sekitar Janda Baik, Bentong pada 26 Ogos 2016. Latihan ini adalah ujian untuk meningkatkan tahap kesempurnaan fizikal dan mental yang dapat dicapai melalui siri latihan yang progresif dari masa ke semasa selain dapat menilai tahap kemampuan dan prestasi ang-gota serta memupuk semangat setia kawan dan juga tahap kesiapsiagaan anggota di dalam keadaan tekanan. - Sjn Roslan Idris, Gambar: Kpl Mohd Ikram Mohammadon

Ujian Jalan Laju Uji Kemantapan Warga 12 Bgd

82

4 D I V

Road Show Task Force Perisai Wira Dedah Ancaman DAESH

SELANGOR: Markas Briged Ke-11 Infantri Malaysia (MK 11 Bgd)

Sambutan Aidiladha Peringkat 11 Bgd

HORMAT DIRAJA…seramai empat pegawai dan 35 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja (RRD) terlibat dalam Perbarisan Kawalan Kehormatan Darjat (KKD) di Istana Negara ketika Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajjah Haminah be-rangkat ke Dataran Pahlawan Negara sempena Sambutan Hari Pahlawan pada 22 Jul 2016.- Sjn Shahrul Ahmad Firdaush Abd Ghani, Gambar: Rjr Mohd Raduan Mohd Yassin

Oleh: Sjn Jamaliah Hj HatGambar : Sjn Che Azham Che Raman

SELANGOR: Markas Briged Ke-11 Infantri Malaysia (MK 11 Bgd) dengan kerjasama Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) dan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) mengan-jurkan Program Road Show Task Force Perisai Wira bertempat di Dewan Syarahan PERHEBAT selama dua hari bermula dari 1 hingga 2 Sep 2016. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran di kalangan anggota tentera dan awam supaya ti-dak terpengaruh dan melibatkan diri dengan perjuangan yang berkefaha-man ekstremis serta ancaman DAESH. Turut hadir Ketua Task Force Perisai Wira, Mej Jen Dato’ Mohd Noorin Osman dan Ketua Staf MK 11 Bgd Lt Kol Azlan Muhammad.

menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha Peringkat 11 Bgd yang

disempurnakan oleh Panglima 11 Bgd, Brig Jen Abd Kadir Ahmad bertempat di Surau Al-Istiqamah pada 12 Sep 2016. Terdahulu majlis dimulakan dengan Solat Sunat Aidiladha secara berje-maah dan diteruskan dengan Upacara Penyerahan Pisau sebagai simbolik oleh Panglima 11 Bgd kepada PS 2 Agama MK 11 Bgd, Mej Wan Ismail Wan Abdullah untuk mengetuai upacara penyembelihan lembu-lembu korban. Kerja-kerja melapah dan memotong daging-daging dibahagikan mengikut kumpulan bagi mempercepatkan pem-bungkusan seterusnya mengagihkan daging-daging korban kepada pegawai dan anggota. - Sjn Jamaliah Hj Hat, Gambar: Sjn Che Azham Che Raman

83Jul - Sep 2016 207

KUALA LUMPUR: Markas Briged Ke-11 Infantri Malaysia (MK 11 Bgd) menganjurkan Pertandingan Kraftangan Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) Peringkat 4 Div bertempat di Rumah BAKAT S e r e n d i t p a d a 6 O g o s 2 0 1 6 . Tujuan pertandingan adalah untuk mencari ahli BAKAT yang benar-benar berkemahiran dan berkreativiti tinggi dalam seni kraftangan untuk me-wakili BAKAT 4 Div ke Pertandingan Kraftangan BAKAT Darat melibatkan ahli BAKAT 11 Bgd, ahli BAKAT 12 Bgd dan ahli BAKAT Gabungan 4 Div. Dalam ucapan oleh Pengerusi BAKAT 4 Div, Datin Rosmawar Fizawan Wan Zainal berkata, pertandingan ini dapat mempelbagaikan lagi aktiviti BAKAT 4 Div disamping memupuk seman-gat kekeluargaan dalam satu kum-pulan yang kukuh serta merapatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain walapun berlainan agama.

Pertandingan Kraftangan BAKAT 4 Div

Oleh: Kpl Nurulhaswani Ruzaini Gambar: Tengku Noorsuraya Tengku Abd Rahman

KUALA LUMPUR: Veteran Perang Dunia Kedua, 1647 Prebet Ujang Mormin menerima lawatan daripa-da 30 ahli Jemaah Tertinggi Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (BAKAT ATM) yang diketuai pengerusinya, Puan Sri Dato’ Hjh Umi Kalsom Wan Awang bertempat di wad Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan pada 13 Okt 2016. Pbt Ujang merupakan salah seorang pejuang daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu bersama-sama Lt Adnan Saidi dalam menentang kema-raan Jepun di Bukit Candu, Singapura semasa era Perang Dunia Kedua seki-tar Tahun 1942, kini ditempatkan di HAT Tuanku Mizan di atas kepriha-tinan ATM dalam menjaga warganya memandangkan beliau kini hidup sebatang kara dan semakin berusia. Lawatan kerja BAKAT yang dilak-sanakan bersempena Hari ATM Ke-83 ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan meman-tau keadaan semasa para pesakit se-lain memberikan sedikit sumbangan

Veteran Perang Dunia Kedua Terima Lawatan BAKAT ATM

4 D I V

untuk meringankan bebanan yang ditanggung mereka selain mempa-merkan tugas dan peranan BAKAT dalam membantu organisasi ATM.

Turut hadir, Pegawai Memerintah H AT T u n k u M i z a n , B r i g J e n Dato’ Dr Zul kef fe l i M at Jus oh .

"Perancangan aktiviti yang pelbagai perlu diwujudkan dan diatur den-gan sistematik supaya aktiviti dapat diadakan secara berselang seli serta

bermanfaat kepada semua ahli BAKAT," katanya. - Kpl Mohd Fauzi Abdul Kadir, Gambar: Kpl Fatin izzati Amir

84

M U Z I U M T D

Masyarakat sedia maklum, bidang arkeologi adalah perihal mengkaji dan menyelidik sejarah lampau atau ketamadunan. Definisi arkeologi diambil dari 2 pecahan perkataan Greek purba iaitu Archaios

yang bermaksud sesuatu yang telah berlalu, peristiwa silam dan sejarah. Manakala Logos pula bermaksud menghurai, merungkai dan menyampaikan. Arkeologi juga terbahagi kepada 2 sub arkeologi iaitu arkeologi berdasarkan latar masa atau tempat dan ia dikenali sebagai prehistoric archeol-ogy, medieval archeology, African archeology atau Australian archeology. Manakala sub arkeologi mengikut disiplin anta-ranya dikenali seperti maritim archeology, aerial archeol-ogy, archeozoology, military archeology, forensic archeology, aviation archeology, ethno archeology, linguistic archeology, industrial archeology dan bioarcheology. Ini hanyalah sekadar beberapa nama bagi menunjukkan bidang arkeologi ini amat luas skopnya jika kita ingin mendalami bidangnya.

Penulis ingin berkongsi mengenai bidang arkeologi keten-teraan ataupun lebih sinonim dikalangan pengamal arkeologi sebagai military archeology. Bidang ini masih lagi baru khu-susnya di Malaysia lantaran penerokaannya yang amat kurang

ARKEOLOGI KETENTERAAN DI MALAYSIA: SATU PENDEKATAN OLEH MUZIUM TD

Oleh: Kapt Muhammad Zuraiman Abdul Ghani

sama ada dari segi penguatkuasaan, pengamal dan juga pe-runtukan perundangan yang tidak spesifik berkaitan artifak ketenteraan atau war relic. Ini diakui sendiri oleh beberapa ahli akademik semasa penulis membentangkan proposal pengajian Sarjana pada penghujung tahun 2010. Antaranya Profesor Emeritus Dato’ Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd Rahman yang mencadangkan penulis memilih military ar-cheology sebagai subjek kajian kerana beliau tahu saya aktif menjalankan kerja penyelidikan lapangan. Kebetulan pula pada tahun tersebut, siri dokumentari Ekspedisi Gariswaktu sedang ditayangkan di kaca televisyen dan mendapat maklum balas yang baik dari masyarakat. Dokumentari ini merupakan usaha eksplorasi Tim Penyelidikan Muzium TD ke seluruh ne-gara menjejak tinggalan sejarah ketenteraan negara. Antara kata-kata beliau ialah “Ya kita mempunyai ahli dan pakar arkeologi tetapi kami tidak arif melibatkan aspek arkeologi tentera, adalah suatu yang dialukan jika pihak tentera sendiri aktif dalam melaksanakan kepentingannya dengan kerjasama dan bimbingan pakar arkeologi nescaya kita akan mempunyai pakar arkeologi ketenteraan suatu hari nanti..”. Ia umpama kata-kata azimat dan perangsang dari seorang arkeologis tersohor negara untuk penulis terus menjalankan aktiviti

85Jul - Sep 2016 207

M U Z I U M T D

arkeologi ketenteraan secara berterusan.

Kembali kepada dunia arkeologi, mungkin ramai yang tidak sedar, semasa perkembangan awal bidang arkeologi ketenteraan ini, ia banyak dipelopori dari kalangan anggota tentera sendiri. Mungkin ramai yang tidak mengenali siapa Leftenan Kolonel Thomas Edward Lawrence? Tetapi jika disebut ‘Lawrence of Arabia’ semestinya ramai dari kita meng-ingatinya dimana beliau merupakan watak utama filem epic historical drama yang mendapat box office 70 juta dollar pada tahun 1962!. Tetapi secara realitinya beliau telah melakukan kerja-kerja survei arkeologi ketenteraan dan perisikan keten-teraan di Gurun Negev pada tahun 1914 menerusi Palestine Exploration Fund. Brigedier Sir Robert Eric Mortimer Wheeler pula antara pegawai Tentera British yang berjaya melakukan operasi arkeologi ketenteraan di tapak kubu pertahanan prasejarah Maiden Castle di United Kingdom berusia sekitar tahun 450-300 Sebelum Masehi. Nama Leftenan Kolonel William Farquhar dan Kapten D.H Stevenson misalnya antara watak yang terlibat mengenai prasasti Singapura pada tahun 1800an, Kolonel James Low pula antara penyelidik Tentera British yang menjumpai prasasti Kedah Tua (Buddhagupta), beliau juga merupakan antara British Malayanist yang men-jalankan penyelidikan Gangga Negara di Beruas. Ini adalah sekadar beberapa nama yang melibatkan anggota tentera dalam dunia arkeologi.

Arkeologi ketenteraan merupakan salah satu disiplin arkeologi dan mempunyai keunikannya yang tersendiri. Di England misalnya, ia mula mendapat perhatian profesional dan pakar arkeologi pada awal 1990an dalam merungkaikan penyiasatan tapak kubu perang. Ia juga menjadi satu cabaran kepada ahli arkeologi, kurator atau pengurusan tapak ber-sejarah dalam menjalankan penyelidikan, mempamer dan menginterpretasi bukti arkeologi kepada pelawat misalnya tanpa mempunyai sokongan data kajian yang ilmiah dan saintifik. Menurut Gabriel Moshenska, pakar arkeologi dari University College London, senario peperangan moden me-merlukan ahli arkeologi mencari pendekatan berbeza dalam menjalankan penyelidikan di tapak arkeologi ketenteraan. Bagi Tony Pollard, Pengarah di Center of Battlefield Archeology, University Glasgow, United Kingdom pula menyatakan arkeologi ketenteraan sebagai arkeologi konflik atau conflic archeology. Ia bermaksud menjalankan kerja-kerja arkeologi di kawasan pernah berlaku konflik secara langsung. Conflic archeology ini amat berharga kerana tapak arkeologinya mempunyai bukti sejarah peperangan yang kompleks dengan kandungan sosial yang meluas dalam memahami senario konflik peperangan. Mungkin juga ramai yang tidak sedar, United States Army sebenarnya turut mempunyai ahli arke-ologi dalam organisasinya!. Timbul juga polemik persoalan kenapa perlunya arkeologis didalam organisasi ketenteraan. Menurut Section 106, National Historic Preservation Act dan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat mempunyai 111,000

tapak arkeologi yang terletak di kawasan tanah milik mereka berkeluasan 25 juta ekar. Kebanyakan ahli akademik sendiri tidak menyedari kewujudannya, misalnya instalasi fasiliti ketenteraan mempunyai kemudahan kuratorial dalam aspek pengurusan artifak bermula era Paleo-Indian sehinggalah penglibatan operasi ketenteraan di abad ke 20.

Objektif Penyelidikan Arkeologi Ketenteraan

Untuk mengaitkan kenapa artikel ini dihasilkan, maka penulis ingin menarik pembaca untuk melihat sejauh mana relevannya arkeologi ketenteraan ini kepada pasukan tentera. Jika dilihat kepada peranan institusi muzium sebagai cabinet of curiosities yang merupakan satu keperluan sebagai pusat pembelajaran dan penyebaran ilmu pengetahuan berlan-daskan disiplin permuziuman atau muziologi. Ia meliputi aspek penyelidikan, pengumpulan koleksi, pemeliharaan, pemuliharaan, pemugaran dan pameran menjadikan bidang arkeologi amat sinonim dengan institusi muzium. Diawal penubuhan Muzium TD pada tahun 2001, antara masalah utama dihadapi ialah untuk mendapatkan koleksi artifak berkaitan sejarah Perang Dunia Kedua bagi pengisian segmen pameran dalamannya. Kekurangan koleksi ini memaksa Tim Penyelidik menjalankan aktiviti penyelidikan arkeologi secara aktif bagi mendapatkan artifak yang signifikan untuk mengisi pengisian pameran dalaman Muzium TD. Panglima Tentera Darat sendiri pada ketika itu amat menitik beratkan usaha pemugaran warisan ketenteraan dan penulis sebagai pegawai pameran telah diberi tanggungjawab untuk memberi mak-lumbalas setiap 2 minggu mengenai kemajuan pelaksanaan aktiviti kajian lapangan. Pada ketika ini tumpuan hanyalah kepada usaha pencarian artifak semata-mata tanpa menekan kepentingan disiplin arkeologi yang amat luas untuk diter-okai. Namun dengan usaha kerdil Tim Penyelidik Muzium TD berjaya juga menemui sejumlah 8 koleksi Perang Dunia Kedua di hutan belantara dengan anggaran nilai koleksi RM2.25 juta!. Kesemua koleksi ini boleh dilihat di Muzium TD pada masa ini.

Melalui pelaksanaan beberapa projek penyelidikan dan kerja arkeologi lapangan oleh pihak Muzium TD dari masa kesemasa, pendedahan kepada kepelbagaian kursus kema-hiran seperti asas arkeologi, forensik arkeologi, kolaborasi agensi seperti Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) Universiti Sains Malaysia, Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Agensi Nuklear Malaysia, Institut Alam dan Tamadun Melayu, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia serta bersama-sama dengan pakar arkeologi tanah air menjadikan pelaksanaan projek lapangan oleh Tim Penyelidik Muzium TD diperakui sebagai sebaha-gian pengamal arkeologi di Malaysia. Kerjasama bersama pihak Kerajaan British pada tahun 2008 dan 2009 bagi misi eskavasi rangka manusia khususnya pesawat Dakota C47 KN630 dan pesawat B24 Liberator KL654 merupakan titik

86

M U Z I U M T Dtolak penyelidik Muzium TD untuk mulai serius mempunyai Tim Arkeologi yang lengkap dari segi keanggotaan, kepakaran dan peralatan. Penyelidikan pesawat B24 Liberator KH326 bersama pihak Kerajaan Kanada yang terhempas di kawasan Gubir pada tahun 1945 juga telah membuka lembaran ker-jasama baru walaupun tapak kajian tercemar teruk sewaktu operasi ketenteraan menghapuskan ancaman Parti Komunis Malaya (PKM) melalui operasi pengeboman kawasan. Faktor pencerobohan penduduk Thailand juga turut dikesan di tapak kajian yang mengambil rangka pesawat sebagai besi buruk untuk dijual. Fakta ini adalah berdasarkan pemerhatian dan perjumpaan bukti lapangan oleh penulis di tapak lokasi nahas.

Operasi Gangga yang dijalankan pada tahun 2015 bersama pihak Defense POW/MIA Accounting Agency (DPAA) Amerika Syarikat bagi misi eskavasi rangka manusia krew pesawat Dakota C47B yang terhempas di Gunung Bubu, Beruas, Perak telah memberi tanda aras terhadap pelaksanaan military archeology di Malaysia. Ini kerana ia telah mem-buktikan kemampuan Tim Penyelidik Muzium TD melalui kolaborasi agensi dan kepakaran seperti pakar forensik ATM, Kementerian Kesihatan Malaysia, pakar arkeologi dari PPAG USM, pakar disaster environmental impact assessment dari Universiti Sultan Zainal Abidin dan pakar remote sensing bagi proses cerapan data geospatial. Kolaborasi ini telah mewu-judkan penerimaan bidang arkeologi ketenteraan sebagai satu disiplin yang diterima pakar dan kesinambungan. Kejayaan pelaksanaannya turut mendapat pengiktirafan Presiden Barack Obama melalui sepucuk surat yang dihantar kepada Pemangku Pengarah Muzium TD. Pengiktirafan ini bukar sekadar kepada institusi Muzium TD sahaja malah kepada organisasi ATM secara keseluruhan dan tidak keterlaluan untuk pengiktirafan Malaysia amnya.

Berdasar latar masa dan pelaksanaan beberapa misi pe-nyelidikan ini, objektifnya dikembangkan dari semata-mata pencarian artifak perang kepada pelaksanaan piawai sains arkeologi termasuk menjadikan ia sebagai satu kaedah pro-mosi disiplin arkeologi kepada masyarakat. Namun pelaksan-aannya masih menfokuskan kepada usaha mendokumentasi dan carilamat bukti-bukti tinggalan samada bagi tujuan pe-nyiasatan kejadian ataupun mencari dan menyelamatkan

bukti fizikal samada rangka manusia mahupun peralatan strategik ketenteraan berdasarkan kekangan faktor geran penyelidikan yang terhad. Ringkasan objektif utama pelak-sanaan penyelidikan arkeologi ketenteraan oleh Muzium TD dapat digariskan seperti berikut:

a. Mengesan sebarang ancaman kewujudan Unexploded Explosive Ordnance (UXO) di tapak penyelidikan sebagai langkah keselamatan mengambil kira kebanyakkan tapak arkeologi berkaitan ketenteraan terdedah kepada bahaya letupan dan jerangkap samar samada dari alat yang diting-galkan samada sengaja atau tidak sengaja.

b. Melaksanakan kerja geosurvey menggunakan sekurang-kurang dua kaedah aplikasi geofizik bagi mengesan kewu-judan struktur, anomali samada peralatan, persenjataan, dokumen atau rangka manusia yang tertanam di impact area atau di tapak arkeologi.

c. Untuk mencari dan menyelamatkan artifak ketenteraan mengikut prosedur dan tatacara etika arkeologi serta forensik demi memelihara kepentingan kajian dalam segala aspek. d. Untuk mendokumentasi keseluruhan perlaksanaan kajian dalam bentuk dokumentasi audio visual bagi kegunaan arkib, tayagan auditorium Muzium TD dan tayangan media.

Peranan Muzium TD Dalam Memartabatkan Sejarah Ketenteraan Melalui Aktiviti Arkeologi Ketenteraan

Jika dilihat kepada piagam penubuhan Muzium TD iaitu un-tuk menjadi sebuah institusi terulung bagi memartabatkan kepentingan sejarah ketenteraan negara melalui aktiviti per-muziuman dan pengarkiban. Pada masa kini, institusi Muzium TD merupakan satu-satunya agensi tunggal yang berperanan aktif menjalankan aktiviti penyelidikan lapangan berkaitan kepentingan sejarah ketenteraan negara. Pelaksanaannya secara profesional dan kolaborasi mampu mempamerkan imej profesional warga Kementerian Pertahanan dan ATM secara langsung disamping imej Malaysia yang komited dalam melestarikan kepentingan sejarah ketenteraannya secara holistik yang diperakui antarabangsa. Ia juga sesuai

87Jul - Sep 2016 207

M U Z I U M T Ddengan mendidik masyarakat kita agar mempunyai jati diri dan semangat patriotik sesuai dengan petikan kata mantan Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jen Tan Sri Abdul Aziz Zainal (B) iaitu menjadikan patriotrisme as a way of life. Penulis juga pernah mendapat pendedahan penerbitan Single Camera Production (SCP) sewaktu mengikuti latihan di Radio Televisyen Malaysia (RTM), pendedahan ini membolehkan penulis melaksanakan transformasi kreatif bagaimana mendekatkan sejarah ketenteraan kepada masyarakat. Siri aktiviti penyelidikan lapangan dengan nama Ekspedisi Garis Waktu (EGW) ini berkonsepkan siri dokumentari santai bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai peri penting menjaga nilai sejarah ketenteraan. Ia amat ber-sesuaian sebagai satu pendekatan mempromosikan Muzium TD dan komitmen ATM dan Kementerian Pertahanan secara langsung berkaitan usaha memartabatkan sejarah ketenter-aan di Malaysia. Siri Dokumentari EGW ini telah ditayangkan di TV 1 pada 2010, 2011, 2013 dan 2014 manakala TV Al Hijrah pada tahun 2012. Ia memberi indikasi bahawa EGW amat diterima oleh masyarakat yang kekurangan bahan sejarah berorientasikan sejarah ketenteraan. Pelaksanaan EGW juga mendapat pengiktirafan TD apabila mendapat Johan bagi Anugerah Pengurusan dan Inovasi TD Tahun 2013 bagi Kategori Inovasi Pengurusan Projek. Secara umumnya EGW merupakan salah satu usaha inovasi kreatif yang telah dilaksanakan oleh TD dalam memartabatkan sejarah keten-teraan negara di samping mempromosikan imej Muzium TD sebagai satu institusi permuziuman yang kredibel dan profesional dalam ruang lingkupnya. Ringkasnya EGW ialah satu usaha untuk mendokumentasikan sejarah ketenteraan negara berdasarkan 3 faktor berikut:

a. Menjejak. Penjejakan semula terhadap tapak sejarah yang signifikan kepada sejarah ketenteraan seperti medan perang, war relic, monumen serta anggota-anggota yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam pelbagai kisah perjuangan.

b. Menganalisa. Penemuan kepada penjejakan akan membawa kepada perkara yang perlu dianalisa, dikaji dan didokumentasikan. Perlaksanaan ini akan mengabungkan pelbagai kepakaran rentas disiplin seperti arkeologi, geologi, forensik, kejuruteraan forensik dalam dan luar negara demi memastikan proses analisa adalah menggunakan kaedah saintifik dan diperakui.

c. Merungkai. Hasil kajian akan dirungkaikan dalam ben-tuk kesimpulan yang mudah difahami agar ianya menjadik rujukan di masa hadapan meliputi produk seperti program TV, DVD, buku, jurnal, laman sesawang dan pameran.

Antara penyelidikan lapangan yang telah dijalankan oleh Muzium TD dan menarik perhatian masyarakat adalah anta-ranya penyelidikan Kem Tentera Jepun di Institut Kemahiran Belia Negara Dusun Tua, Selangor pada tahun 2002 sehingga 2004. Kajian ini amat menarik kerana penemuannya mem-bawa penulis kepada frasa ancaman keselamatan kerana aktiviti kajian telah menganggu kepentingan pihak berkepent-ingan. Tempoh penyelidikan yang agak panjang juga men-jadi masyarakat setempat memberi gelaran Tim Penyelidik Muzium TD sebagai ‘Kumpulan Askar Gila’. Pengalaman meneroka penempatan kubu rahsia komunis di Dabong, Kelantan memberi pengalaman baru kepada penulis apabila menyaksikan tanda-tanda rahsia dan bagaimana jerangkap samar dibuat bagi memerangkap pasukan keselamatan. Secara tidak sengaja juga penulis menjejak penemuan pen-empatan Tentera Jepun bila menemui tanda-tanda berasaskan masuskrip kuno Kung di lokasi kubu rahsia komunis di Titi, Negeri Sembilan. Parti Komunis Malaya (PKM) tidak pernah

menggunakan kaedah sebegini sepanjang pengetahuan penulis. Penemuan ini menjadi agak kontroversi kerana masyarakat setempat telah selesa dengan panggilan terowong komunis. Laporan Special Branch juga menyebut ia sebagai terowong komunis, namun bukti arkeologi yang ditemui tidak boleh disangkal.

Pengalaman kolaborasi antarabangsa pertama ialah se-waktu melaksana misi eskavasi di tapak penyelidikan B24 Liberator KL654 di Gunung Telapak Burok bersama pihak National Ex-Service Association (NESA) United Kingdom. Misi ini turut diwakili Kedutaan British di Kuala Lumpur dan Kumpulan Sejarah Malaya. Ia melibatkan proses eskavasi saintifik dan dilaksanakan secara prosedur dan mendapat perakuan wakil Kedutaan British yang diadakan pada 2007 dan 2009. Operasi Dakota yang dilaksanakan pada tahun 2008 bagi misi eskavasi rangka krew pesawat Dakota C47 Royal Air Force (RAF) British di Gua Musang, Kelantan. Dengan penglibatan pihak RAF dan Kerajaan British, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kerajaan Negeri Kelantan, Jabatan Perhutanan, PPAG USM, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), IPFN, formasi Markas 8 Briged serta pakar forensik odontologi ATM. Selain itu, Muzium TD juga melaksanakan proses dokumentasi dan site mapping keatas taburan sistem pertahanan British sewaktu Perang Dunia Kedua. Menyusuri Sungai Kota Tinggi menyaksikan bagaimana pola pertahanan bagi menyekat kemaraan Tentera Jepun dengan binaan kubu pertahanan atau pillbox di sepanjang sungai yang membawa kepada pertahanan Penggerang. Ia secara langsung meru-pakan jaringan binaan pertahanan bagi mempertahankan Singapura menurut perancangan pertahanan British. Tidak ketinggalan juga pola pertahanan Pantai Timur dan Pantai Barat yang membawa Tim Penyelidikan Muzium TD men-jelajah ke seluruh negara menjejak bukti-bukti peperangan negara. Begitu juga apabila Kerajaan Negeri Kelantan memo-hon bantuan Kementerian Pertahanan agar Muzium TD membantu melaksanakan kajian penemuan terowong bawah tanah di Palekbang, Tumpat. Pelaksanaan kajian di Palekbang ini menyaksikan 3 kaedah geofizik diaplikasikan melibat-kan magnetometer data logging, geosurvey electromagnetic (GeM) dan aplikasi resitivity turut digunakan sebagai aplikasi sokongan.

Penulis juga sering ditanya samada terdapat kejadian pelik atau mistik sepanjang melaksanakan penyelidikan dan eskavasi lapangan. Tidak menafikan kejadian seumpama ber-laku namun masih meletak misi penyelidikan sebagai fokus utama bagi memastikan kejayaan misi. Peristiwa kegagalan peralatan gagal berfungsi adalah perkara biasa, kereta kebal hilang semasa misi mengeluarkan dari tapak kajian. Namun penulis mengakui kajian Operasi Dakota antara lokasi pal-ing meriah gangguan mistiknya tanpa mengira siang dan malam dan boleh dikatakan separuh dari peserta ekspedisi mengalaminya.

Usaha menjadikan disiplin arkeologi sebagai tool mendekatkan masyarakat dengan sejarah ketenteraan di-laksanakan dengan ikon Archaios Battlefield sesuai dengan pendekatan military archeology sebagai platform. Ia meli-batkan kolaborasi antarabangsa dan rentas disiplin dengan penggunaan pelbagai teknologi dan kepakaran seperti geo fizik, remote sensing, science forensic, defence strategic, battle-field archeology, aviation archeology dan engineering forensic dari pelbagai negara. Berdasarkan pengalaman penulis ber-sama pakar akademik dan ahli arkeologi negara, komitmen dan peranan yang telah dilakukan oleh Muzium TD dalam mengembang dan memperkasakan bidang military archeol-ogy di Malaysia adalah suatu senario amat dialu-alukan dalam mengisi kekurangan pengamal military archeology tempatan.

88

M U Z I U M T D

Kini institusi Muzium TD merupakan antara agensi tung-gal yang menjalankan aktiviti penerokaan arkeologi apabila diberi kepercayaan oleh Kementerian Pertahanan untuk mel-aksanakan Operasi Gangga dan Operasi Reunites. Ia juga se-laras dengan aspirasi Kementerian Pertahanan yang komited untuk memperkasakan bidang arkeologi ketenteraan di Malaysia. Kesediaan pihak DPAA US menjalinkan kerjasama dengan Muzium TD khususnya dalam kerjasama penyelidikan lapangan dan arkeologi serantau adalah merupakan indikasi kepada Muzium TD dan Kementerian Pertahanan untuk terus komited dan merealisasikan aspirasi mewujudkan projek Malaysian War Memorial dan akta perundangan spesifik berkaitan sejarah dan warisan ketenteraan negara.

Peruntukan Perundangan Atau Dasar Berkaitan Sejarah Dan Warisan Ketenteraan Di Malaysia, secara umumnya aspek berkaitan sejarah dan warisan termaktub di bawah Akta Warisan 2005 (Akta 645) yang terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Warisan Negara (JWN) yang bertanggungjawab sepenuhnya. Walau pun kefungsian dan keberkesanan akta ini turut diperde-batkan di kalangan ahli akademik khususnya dalam aspek penguatkuasaan namun sekurang-kurang kewujudan akta ini membantu usaha pihak berkuasa memugar kepentingan sejarah dan warisan negara. Akta ini juga memaksa Jabatan Muzium dan Antikuiti distruktur semula sebagai Jabatan Muzium Malaysia dan Jabatan Warisan Negara.

Bagi pelaksanaan penyelidikan sejarah ketenteraan pula, beberapa faktor perlu dilihat dan diperhalusi kerana perun-tukan akta sedia ada amat umum dan longgar. Sejarah dan warisan ketenteraan tidak sahaja dilihat dari sudut kepent-ingan sejarahnya sahaja malah kepentingan strategik keten-teraannya yang tidak disentuh dan dinyatakan secara spesifik di dalam Akta 645 juga perlu diambil kira. Angkatan Tentera Amerika Syarikat misalnya menggariskan sejarah ketenteraan sebagai memori kolektif unit tentera bagi tujuan mempelajari kisah silam operasi ketenteraan bagi tujuan pembelajaran dan penambahbaikan kepada komander dan pemerintah ten-tera serta penghasilan doktrin peperangan. Melihat kepada subjek kajian sejarah ketenteraan di Malaysia, semestinya akan melibatkan implikasi perundangan antarabangsa dan negara luar seperti United Kingdom, India, New Zealand, Fiji, Jepun, Australia, Kanada, Amerika Syarikat, Jerman, Russia dan Perancis yang pernah mendominasi Tanah Melayu se-menjak Perang Dunia Pertama sehinggalah era konfrontasi. Justeru sebarang perundangan berkaitan relik perang dari

negara terbabit perlu diperhalusi. Tidak dinafikan Akta 645 adalah mutlak namun dari aspek strategik ketenteraan dan diplomatik, beberapa kriteria perlu diperhalusi melibatkan keperluan peruntukan perundangan yang lebih spesifik. Bagi sesebuah organisasi ketenteraan, sejarah turut dilihat dan perlu diselidiki, dikaji dan dirungkai dari sudut doktrin strategik peperangan, penggunaan teknologi, taktik dan muslihat. Implikasi kepada deklarasi sebagai war grave bagi sesetengah lokasi sejarah ketenteraan perlu dihormati sep-erti lokasi karamnya Repulse dan Prince of Wales di perairan Kuantan. Penulis baru sahaja selesai melaksanakan misi ex-humation and repatriation 32 rangka manusia warga Australia melalui Operasi Reunites melibatkan kerjasama Malaysia dan Australia. Pelaksanaan misi ini turut melibatkan implikasi pe-rundangan antarabangsa seperti dinyatakan dalam Rule 115 of Customary International; Humanitarian Law (CIHL) iaitu “The dead must be disposed of in a respectful manner and their graves respected and properly maintained”. Chapter 35 (The Dead) pula menyatakan pihak yang terlibat perlu beru-saha dalam memudah cara proses pemulangan mayat apabila dimohon oleh saudara atau Kerajaan. Manakala Articel 34(2) Protocol Additional to the Geneva Conflicts (Protocol 1) turut memberi kemungkinan bagi proses memindahkan mayat ke negara asal. Pelaksanaan misi Operation Reunites turut melibatkan kolaborasi Agensi Nuklear Malaysia khususnya bagi membantu kerja-kerja geofizik bagi memberi dapatan data kedudukan sebenar kubur yang akan dieskavasi. Selain itu pakar forensik dari ATM dan DVI Malaysia turut mengem-beling bahu dalam melaksanakan proses in-situ verification and identification sebagai satu benchmark di Malaysia. Dalam kaedah ini, International Police (Interpol Protocol) telah di-gunapakai dalam melaksanakan prosedur forensik dengan persetujuan pakar kedua negara. Justeru usaha Kementerian Pertahanan untuk memperkasakan perundangan berkaitan kepentingan pemugaran warisan ketenteraan ini perlu dilihat secara positif oleh semua pihak.

Penulis yang telah berkecimpung dengan aktiviti pe-nyelidikan lapangan semenjak tahun 2002 telah banyak menyaksikan kepentingan sejarah ketenteraan khususnya era Perang Dunia di Sabah dan Sarawak yang dibawa keluar dari Malaysia secara halus kerana kurang kesedaran dan juga penguatkuasaan yang lemah agensi. Pihak Tim Penyelidikan Muzium TD sendiri pada tahun 2002 menerima laporan risikan mengenai penyeludupan keluar 7 buah kereta kebal Tentera Jepun di Johor pada tahun 2001. Apabila semakan balas dibuat dengan pihak Jabatan Muzium dan Antikuiti serta pihak Kastam Diraja Malaysia perkara tiada dalam rekod dan pengetahuan jabatan masing-masing. Begitu juga

89Jul - Sep 2016 207

M U Z I U M T Ddengan aktiviti penjarahan secara haram oleh pencari harta karun yang membongkar penempatan lama tentera Jepun se-masa Perang Dunia Kedua. Aktiviti ini yang dilakukan dengan mengenepikan kepentingan strategik serta tidak mengikuti kod amalan arkeologi telah merosakkan tapak sejarah secara langsung dan merugikan kepentingan sejarah ketenteraan negara. Begitu juga dengan kegiatan metal detector (MD) dan penyelidik bebas yang agak aktif dewasa ini. Penulis sebenarnya kagum dengan semangat kumpulan ini namun menyarankan agar mereka mengaplikasikan disiplin arke-ologi apabila melaksanakan projek penyelidikan mahupun kerja-kerja MD, sekurang-kurangnya ia boleh membantu dalam menyumbang dapatan data apabila ahli arkeologi melaksanakan projek eskavasi.

Pihak Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM) pada penghujung tahun 2015 berjaya menahan bot nelayan Vietnam yang mencuri besi buruk dari kapal perang British, HMS Repulse dan HMS Prince of Wales. Apabila mahkamah memutuskan untuk memulangkan artifak kedua kapal perang ini ke lokasi asal. Namun tindakan proaktif Muzium TD mem-bolehkan Kementerian Pertahanan bertindak dan memohon kepada Kerajaan British agar war relic ini ditempatkan di Muzium TD dan Muzium Negara, sekurang-kurangnya ia menjadi bukti peperangan Dunia Kedua negara kita. Naval Heritage Board UK akhirnya memberi kebenaran dan hak kepada Muzium TD untuk mengurus kesemua war relic ini bagi tujuan pameran di muzium. Kedua kapal perang British ini merupakan aset utama British semasa perang Dunia Kedua meletus di Tanah Melayu.

Secara ringkasnya boleh dikatakan peruntukan dasar dan perundangan yang spesifik berkaitan aktiviti penye-lidikan dan pemugaran sejarah ketenteraan di Malaysia boleh dikatakan TIADA. Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) Bilangan 12 Tahun 1981 dan Bilangan 5 Tahun 1989 hanya menyentuh mengenai pengurusan rekod sejarah dan Lembaga Muzium Angkatan Tentera. Peruntukan Akta 645 pula tidak menyentuh kepentingan sejarah dan warisan ketenteraan secara strategik dan masih terdapat kelompon-gan yang boleh dan perlu ditambah baik dengan melihat kod amalan contoh negara maju. Ministry of Defence Police (MDP) Kementerian Pertahanan United Kingdom (MoD UK) misalnya memainkan peranan menguatkuasa kepentingan sejarah ketenteraan yang dilindungi di bawah Protection of Wreck Act 1973 seperti kes pencerobohan rangka kapal perang Coronation. Sebarang kelulusan permit eskavasi oleh National Heritage United Kingdom akan dirujuk kepada pihak MoD UK terlebih dahulu sebelum pengeluaran permit diberi kepada pemohon. Semasa tahun pertama Perang Iraq meletus, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat tidak meny-edari kepentingan tapak arkeologi dan sensitivitinya dimana mereka menjalankan operasi ketenteraan. Sehinggalah ahli arkeologi Jabatan Pertahanan dilibatkan dalam aturgerak operasi diketuai oleh Dr Laurie Rush untuk memberi garis panduan bagi perlindungan harta warisan budaya dalam mana-mana operasi ketenteraan di luar negara. Sehinggalah pada Mac 2009, Kerajaan Amerika Syarikat mengesahkan peruntukan 1954 Hague Convention on the Protection of Cultural Property in the Event of Armed Conflict with United Nation dan mencari pendekatan terbaik kearah usaha melind-ungi kepentingan warisan budaya sewaktu menjalankan misi operasi ketenteraan.

Berdasarkan pengalaman penulis yang menjalankan pe-nyelidikan ilmiah berkaitan peruntukan perundangan sedia ada sama ada dalam ATM mahupun undang-undang sedia ada berkaitan kepentingan memelihara dan memulihara sejarah dan warisan ketenteraan negara amatlah mendukacitakan

mendapati seramai 33 responden (52.38%) memilih penyat-aan sangat setuju dan 25 responden (39.69%) memilih setuju polisi dan dasar spesifik diwujudkan demi memperkasakan kepentingannya. Kesimpulan

Nisbah arkeologis di Malaysia hanya 0.00008929% dari jumlah penduduk Malaysia dengan anggaran +-28 juta penduduk, suatu angka yang merungsingkan dikalangan pengamal arkeologi (Asyaari Muhammad:2010). Sub disip-lin arkeologi ketenteraan pula tidak begitu diterokai secara serius di Malaysia mengambil kira faktor usia sejarah dan warisan ketenteraan di Malaysia baru mencecah 75 tahun jika melihat kepada subjek bahan Perang Dunia Kedua. Justeru, Tim Penyelidik Muzium TD perlu serius berusaha mengisi kelompongan sebagai sebahagian pengamal arkeologi negara dengan bantuan dan sokongan pakar-pakar arkeologi semes-tinya. Ia juga sesuai dengan peranan institusi muzium dalam melestarikan projek arkeologi dengan mencari penyelesaian terhadap perkembangan ilmu serta medium dalam menye-barkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat walaupun ia menjurus kepada penugasan Jabatan Warisan Negara sesuai dengan Akta Warisan Negara 2005 (Kamarul Baharin:2010).

Namun Muzium TD perlu proaktif dalam memartabatkan sejarah ketenteraan negara sesuai dengan aspirasi misi dan visinya, semenjak 2002 sehingga 2015 sentiasa padat dengan jadual penyelidikan lapangan. Pelaksanaan penyelidikan lapangan dan kerja-kerja arkeologi oleh Muzium TD dengan kolaborasi pelbagai agensi dan institusi pendidikan perlu berterusan serta sebagai proses mendekatkan sejarah dan warisan ketenteraan kepada minda masyarakat melalui penggunaan media juga perlu dilakukan demi menyuntik masyarakat agar peka dan bersama Kementerian Pertahanan. Komitmen padu pucuk pimpinan Kementerian Pertahanan dan ATM seperti usaha dilakukan YB Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Mohd Johari bin Baharum yang turut turun padang semasa pelaksanaan Op Gangga dan Op Reunites adalah sesuatu yang memangkinkan kelestarian-nya. Begitu juga dengan komitmen padu Mej Jen Dato’ Mohd Ilham Haron, Fasilitator Op Dakota/Op Gangga/Op Reunites dan Mej Jen Dato’ Tengku Ahmad Noor bin Tuan Chik selaku Ketua Exhumation Group semasa Op Reunites yang sentiasa turun padang membuktikan komitmen pimpinan atasan perlu dalam menjamin kelestarian pelaksanaan misi tersebut.

Penulis melihat senario ini memberi kesan positif ke-pada Kementerian Pertahanan dan ATM terhadap komitmen kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan sejarah dan warisan ketenteraan negara selain memperkasakan bidang arkeologi di negara kita untuk berkembang lebih jauh. Penerokaan arkeologi ketenteraan ini juga turut mengeratkan perhubungan sesama pengamal arkeologi dalam dan luar negara dalam satu platform gabungan rentas disiplin dan kesannya dapat dilihat melalui kesediaan Amerika Syarikat melalui DPAA yang bersetuju mewujudkan kerjasama lebih erat melalui memorandum bersama dengan Muzium TD dibawah Mesyuarat Bilateral Training And Consultative Group (BITACG). Selain itu, komitmen padu dan kepakaran ini juga boleh diterjemahkan kepada masyarakat melalui peranan media yang boleh memberi imej tahap profesionalisme warga ATM selain bersifat promosi. Ia juga diharap dapat mengembangkan sub disiplin arkeologi ketenteraan ke tahap yang lebih baik dan terbela kepentingannya selain memberi peluang penerokaan penggunaan sains dan teknologi terbaru dalam membantu penyelidikan geosurvey arkeologi seperti Resonance Frequency Geo Technology (RFGT).

90

A G A M A

Inspirasi Kemerdekaan Dari Perspektif Islam

Oleh: Mej Mohd Ramizi Remli

“Setiap kali menyambut ulang tahun kemerdekaan, seluruh warganegara yang bertanggungjawab perlu bermuhasabah atas nikmat kemerdekaan yang dikurniakan Allah-SWT”

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya seluruh rakyat Malaysia masih lagi dapat menikmati kehidupan yang aman sejahtera kerana negara tercinta ini

telah bebas daripada belenggu dan cengkaman penjajahan. Sambutan hari kebangsaan negara setiap tahun sewajarnya menjadi titik-tolak untuk menilai apa yang telah kita laku-kan bagi mengisi dan memberi makna yang jelas kepada nikmat kemerdekaan. Perancangan untuk memperkukuh-kan pembinaan sebuah negara yang makmur dan mendapat keampunan dari Allah SWT hendaklah sentiasa dikaji dan diteliti. Peranan semua pihak sentiasa didambakan untuk membina negara yang cemerlang dan memberi makna jelas kepada kemerdekaan negara dan rakyat.

Islam membawa mesej kemerdekaan yang jelas bagi selu-ruh umat manusia. Hal ini telah dinyatakan melalui firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): “Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut”. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Al-lah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaima-na buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Ra-sul-rasulnya”. (An-Nahl: 36)

Ayat tersebut menjelaskan bahawa Allah SWT telah men-gutuskan para rasul-Nya kepada setiap umat bermula dari Nabi Adam a.s hinggalah kepada Rasul terakhir Muhammad SAW, bertujuan untuk membebaskan manusia dari menjadi hamba kepada sesama manusia, mahupun menjadi hamba dalam konteks kongkongan nafsu yang mendorong kepada kemaksiatan.

Oleh itu, perancangan seharusnya dilakukan dengan baik untuk memberikan kemerdekaan kepada setiap jiwa insan agar dapat tunduk dan patuh kepada kepada Allah SWT dalam mensyukuri niikmat kemerdekaan yang dikurniakan oleh Allah SWT dengan mengambil contoh dari perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda.

Perancangan untuk mengisi kemerdekaan dengan men-jadikan negara sebagai “Baldatun Taiyibatun Warabbun Ghafur” (Negeri yang baik lagi diampuni Tuhan), bukannya suatu cerita yang hanya berada dalam khayalan atau suatu slogan untuk menjadi halwa telinga, bahkan ia suatu realiti yang jelas dan mempunyai asas-asas yang kukuh bersumber dari kitab suci Al-Quran. Ini seperti yang dijelaskan oleh Al-lah SWT melalui firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya adalah bagi penduduk negeri Saba', ada satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua buah kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri. (Lalu dikatakan kepada mereka)

“Makanlah daripada rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya. (Negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!” (Saba’: 15)

Antara elemen penting untuk mencapai hasrat negara berkebajikan dan mendapat keampunan Allah SWT adalah melalui penjanaan ilmu fardu ain dan fardu kifayah. Ilmu fardu ain ialah yang bersangkutan keimanan kepada Allah SWT dan beriman kepada alam akhirat yang menjadi asas kukuh untuk seseorang itu mengabdikan diri kepada Tu-han. Bagi ilmu fardu kifayah pula perlu adanya pembinaan rakyat yang berkemahiran dalam menguasai bidang-bidang pendidikan, sains dan teknologi, ekonomi, perindustrian, kemasyarakatan, keselamatan dan kesihatan.

Negara merdeka yang berjaya, pastinya mempunyai per-ancangan yang berkualiti dalam pendidikan bangsanya. Negara memerlukan tenaga kerja yang berkemahiran, ber-integriti dan sanggup berjihad dalam memenuhi keperluan pembangunan sesebuah bangsa dan negara. Negara boleh jadi terjajah tanpa disedari jika rakyatnya tidak berupaya menjadi watak utama dalam apa jua sektor pembangunan ekonomi dan terus bergantung kepada tenaga asing. Pem-impin dan rakyat dalam sebuah negara yang merdeka se-harusnya berjiwa besar dan saling mempercayai dan yakin dengan keupayaan sendiri daripada menggunakan tenaga luar yang secara tidak langsung berkemungkinan boleh

91Jul - Sep 2016 207

A G A M Amenyumbang kepada pelbagai masalah sosial dalam ne-gara. Secara tidak langsung hal sebegini sudah pasti akan membebankan negara dari sudut perbelanjaan di samping kemungkinan berlakunya penjajahan secara tidak langsung.

Negara yang merdeka juga dapat membuat perancangan pendidikan yang tersusun kemas. Pegangan akidah yang mantap, beramal dengan syariah Islamiah dan berakhlak mulia adalah asas kepada pembinaan ummah dan negara. Hanya dengan pegangan agama yang kukuh di samping ke-mahiran dan kepakaran dalam pelbagai lapangan kehidupan akan menjamin ummah terhindar dari belenggu kejahilan, tidak terperangkap dalam ajaran sesat, syirik kepada Allah SWT, tidak terjebak dalam aktiviti-aktiviti ekstremis dan da-pat mengelak perselisihan yang membawa kepada perpeca-han sesama Islam. Kejahilan dalam ilmu agama juga boleh memerangkap seseorang dalam gejala keruntuhan moral yang dahsyat seperti perzinaan, sumbang mahram, pem-bunuhan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa, ketagihan da-dah, judi dan minum arak, juga terlibat dalam pesta hiburan yang melampau, dan segala gejala maksiat yang lain.

Allah SWT yang menganugerahkan keamanan dan ke-merdekaan kepada negara ini menghendaki supaya seluruh warganya mensyukuri nikmat kemerdekaan tersebut den-gan tunduk dan patuh kepada perintah-Nya seperti yang telah dijelaskan melalui firman-Nya yang bermaksud:

“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendiri-kan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh ber-buat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejaha-tan dan perkara yang mungkar. (Ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan”. (Al-Hajj: 41)

Nikmat kemerdekaan sememangnya perlu disyukuri dengan merebut segala peluang yang ada untuk beribadah kepada Allah SWT. Sama ada ibadat dalam bentuk individu atau berkumpulan. Ibadat yang khusus atau dalam kerangka umum untuk menyebarluaskan kesejahteraan dan kemak-muran di kalangan masyarakat. Demikian juga, usaha-usaha memupuk persefahaman dan perpaduan di kalangan selu-ruh warganegara kerana kebaikan dan keburukan secara fitrahnya disepakati bersama.

Pejuang kemerdekaan tanah air terdahulu telah membina kesatuan yang kukuh bagi membebaskan negara. Mereka tetap berjuang bersama-sama, sungguhpun mereka berasal daripada pelbagai latar belakang keturunan, ilmu pengeta-huan dan kemahiran. Mereka bersatu cintakan negara demi mencapai cita-cita untuk membebaskan tanah air dari ceng-kaman penjajah seperti kata-kata hukamak: “Cintakan ne-gara adalah sebahagian daripada iman”.

Tidak dapat dinafikan bahawa asas kekuatan mereka ada-lah bersatu teguh bercerai roboh. Generasi masa kini perlu mengambil iktibar dari apa yang telah dilalui oleh mereka yang terdahulu khususnya dalam membina kesatuan untuk mempertahankan kemerdekaan. Generasi hari ini mesti mengisi ruang dan merebut peluang yang terbentang dalam negara yang tercinta dengan mengukuhkan ikatan silatur-rahim bagi menjana perpaduan yang lebih kukuh sehingga mencapai gagasan sehati sejiwa. Setiap diri perlu berwas-pada supaya tidak mudah terikut-ikut dengan penyebaran berita yang berunsur fitnah, adu-domba, dengki, khianat dan lain-lainnya yang boleh mengundang perpecahan. Per-pecahan dan pertelingkahan sesama umat Islam khususnya merupakan satu perbuatan mungkar yang mengundang kemurkaan Allah SWT. Jika perkara ini tidak dihindari past-

inya akan mengundang perpecahan di kalangan rakyat dan amat mustahil nikmat kemerdekaan yang sedang dinikmati ini dapat dikekalkan. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Allah memberikan satu perumpamaan: sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezeki yang mewah dari serata pelosok, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan (yang meliputi keseluruhannya) disebabkan apa yang mereka telah lakukan”. (An-Nahl: 112)

Setiap kali menyambut ulang tahun kemerdekaan, selu-ruh warganegara yang bertanggungjawab perlu bermuha-sabah atas nikmat kemerdekaan yang dikurniakan Allah SWT. Apakah kita telah menjadi sebahagian daripada pe-nyumbang pengisian yang bermakna kepada kemerdekaan negara? Jangan hanya terbatas kepada persoalan apakah sumbangan negara untuk kita, sebaliknya tanyalah diri kita apakah yang telah kita sumbangkan untuk membina ke-makmuran negara tercinta. Rebutlah peluang dengan meng-isi ruang kemerdekaan ini untuk bersaing secara sihat dan diredai oleh Allah SWT. Hindarilah diri daripada terjebak dalam perkara yang boleh meruntuhkan kedaulatan negara merdeka yang kita cintai.

Justeru, kita sewajarnya menjadi ejen terbaik dalam mengisi ruang kemerdekaan melalui penguasaan ilmu peng-etahuan dalam segenap bidang. Curahkanlah setiap titik amal kebajikan kepada negara bagi memperkukuhkan apa jua kebajikan dan mengelakkan apa jua anasir yang mem-bawa kepada kemungkaran kerana kelangsungan nikmat kemerdekaan yang sedang dikecapi juga bergantung kepada sejauh mana kepatuhan dan ketundukan kita kepada per-intah Allah SWT. Kita hendaklah berusaha sebaik mungkin untuk menghindarkan diri daripada terjebak dalam kancah perselisihan yang membawa kepada perpecahan sesama sendiri yang akhirnya akan mengundang kepada hancurnya nikmat kemerdekaan. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya serta janganlah kamu saling berbantah, lalu menyebabkan kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan, serta bersabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati). Sesung-guhnya Allah berserta dengan orang yang sabar”. (Al-Anfal: 46)

92

A G A M A

Sambutan hari raya Aidiladha pada tahun ini berlaku setelah kira-kira dua minggu negara kita menyambut hari ulang tahun kemerdekaan yang ke-59, pada 31 Ogos 2016. Sesungguhnya Aidiladha merupakan hari

raya yang disambut oleh umat Islam bagi menyemarakkan dua mercu syiar agama iaitu ibadah haji dan ibadah korban. Dua ibadat yang menjadi kemuncak pengabdian seorang hamba kepada Allah SWT. Allah SWT telah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s supaya menyeru seluruh manusia untuk mengerjakan haji di Baitil-lah al-Haram. Dengan seruan tersebut, maka datanglah para jemaah dari seluruh pelosok dunia untuk mengerjakan iba-dah haji pada setiap tahun supaya mereka dapat menyak-sikan berbagai manfaat dan pelajaran yang mengandungi banyak hikmah di sebalik pensyariatannya. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji, nescaya mereka akan datang ke rumah-Mu (Baitullah) dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjbagai jenis unta yang kurus (kerana lamanya perjalanan),yang datangnya dari pelbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. Supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang men-datangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah pada hari-hari tertentu, kerana pen-gurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternakan (untuk dijadikan korban). Dengan yang demikian makanlah kamu daripada (daging) binatang-binatang kor-ban itu dan berilah makan kepada orang yang susah yang fakir miskin”. (Al-Hajj: 27-28)

Sesungguhnya dalam ibadah korban dan haji yang meru-pakan syiar ibadah umat Islam setiap kali tibanya bulan Zul-hijah dan antara hikmah dan pelajarannya untuk melahir-kan manusia yang bebas merdeka serta hanya mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah SWT. Ibadah korban dan haji mengajar kita supaya memerdekakan dan membebaskan diri daripada sebarang unsur syirik dengan mengikhlaskan pengabdian sepenuhnya kepada Allah, Pencipta sekalian alam. Umat Islam diingatkan bahawa ibadah korban yang dilakukan dengan penuh keikhlasan dan ketakwaan yang sebenar sahaja yang akan dapat menggapai keredaan Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredaan) Allah, tetapi ketakwaan atau keikhla-san dari kamulah yang dapat mencapainya”.(Al-Hajj: 37)

Dalam ibadah haji pun demikian juga, sesiapa yang mengerjakannya dengan penuh keikhlasan, bukan untuk menunjuk-nunjuk dan mendapat sanjungan rakan taulan, dia akan lahir sebagai seorang manusia yang bebas merdeka dari sebarang dosa. Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang mengerjakan haji kerana Allah lalu tidak berkata-kata keji dan tidak berbuat kefasikan kembalilah ia tanpa dosa sebagaimana ketika ia dilahirkan oleh ibunya.” (Riwayat Al-Bukhari)

Bagi mengisi kemerdekaan diri yang telah berikrar meng-

Ibadah Korban Dan Haji Pemangkin Kemerdekaan Hakiki

“Sesiapa yang solat seperti solat kami dan meny-embelih korban seperti korban kami, maka ia tel-ah mendapatkan pahala korban. Sesiapa yang me-nyembelih korban sebelum solat Aidiladha, maka ia hanyalah seperti sembelihan yang ada sebelum solat dan ia tidak dikira sebagai korban”. (Riwayat Al-Bukhari).

Oleh: Mej Mohd Ramizi Remli

93Jul - Sep 2016 207

A G A M Aabdikan diri hanya kepada Allah SWT semata-mata, maka segala amalan dan tindakan kita dalam kehidupan ini mes-tilah menepati dengan syariat Islam, yang merupakan satu-satunya perlembagaan hidup yang disediakan oleh Allah SWT untuk hamba-Nya yang merdeka. Oleh sebab itulah, dalam penyembelihan korban, Allah SWT telah menetapkan cara atau peraturan yang mesti dipatuhi. Jika panduan dan peraturan tersebut tidak dipatuhi dan pelaksanaannya di-lakukan sesuka hati, maka sembelihan tersebut tidak men-jadi ibadah korban yang diterima oleh Allah SWT.

Al-Bara’ bin Azib r.anhuma meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang solat seperti solat kami dan menyembelih korban seperti korban kami, maka ia telah mendapatkan pahala korban. Sesiapa yang menyembelih korban sebelum solat Aidiladha, maka ia hanyalah seperti sembelihan yang ada sebelum solat dan ia tidak dikira sebagai korban”. (Ri-wayat Al-Bukhari).

Begitu juga dalam ibadah haji, Allah SWT memerintahkan umat Islam supaya mengambil kaedah amalan haji seperti yang diajar oleh Rasul SAW. Hadis daripada Jabir bin Abdul-lah r.anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda yang ber-maksud:

“Ambillah dariku amalan-amalan haji kamu sekalian, kerana sesungguhnya aku tidak mengetahui, mungkin inilah haji terakhirku”. (Riwayat Muslim)

Sudah menjadi sunnatullah, mana-mana kemerdekaan yang dicapai, sama ada kemerdekaan negara daripada pen-jajah atau kemerdekaan diri daripada penjajahan nafsu dan duniawi, sudah pasti menuntut pengorbanan harta, tenaga dan jiwa raga. Dalam ibadah korban dan haji, umat Islam diperintahkan supaya mengorbankan harta, wang ringgit yang disayangi, tenaga dan jiwa raga, demi membuktikan kemerdekaan yang sebenar daripada belenggu duniawi ke-pada pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah SWT. Den-gan demikian, mereka akan dapat mengecapi kebahagiaan yang hakiki.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang yang beriman, jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka”. (At-Taubah: 111)

Sesungguhnya Aidiladha dan ibadah haji serta korban yang dilaksanakan oleh umat Islam saban tahun, mengim-bau kembali sejarah pengorbanan agung yang telah di-lakukan oleh Nabi Ibrahim a.s dan keluarga baginda. Nabi Ibrahim a.s telah diperintahkan oleh Allah SWT supaya mengorbankan anak kesayangannya Nabi Ismail a.s yang akhirnya digantikan dengan seekor kibas. Dan sebelumnya, Nabi Ibrahim a.s telah diperintahkan oleh Allah SWT supaya meninggalkan isteri dan anak kesayangannya Nabi Ismail a.s di Mekah, negeri yang kering kontang dan kembali ke Palestin bagi meneruskan perjuangan memerdekakan ma-nusia dari belenggu syirik kepada tauhid dan pengabdian diri kepada Allah SWT semata-mata. Demi menjunjung per-intah Allah SWT, Nabi Ibrahim a.s sekeluarga akur dengan perintah tersebut dan berjaya mengharunginya dengan cekal hati penuh ketabahan dan kesabaran yang tinggi.

Demikianlah pengajaran yang paling besar yang perlu diteladani dan dihayati oleh umat Islam hari ini, supaya mereka lahir sebagai seorang manusia yang bebas merdeka mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah SWT. Sesung-guhnya kemerdekaan inilah merupakan inti pati perjuan-gan dan ajaran para rasul terdahulu dan disambung kes-inambungannya oleh nabi kita Muhammad SAW dan para pejuang Islam sepanjang zaman. Benarlah ungkapan se-orang sahabat Nabi, Rub’ie bin Amir r.a ketika bertemu dengan Rostum, panglima tentera Parsi. Dengan tegasnya, beliau menyatakan ungkapan yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah SWT telah mengutus kami untuk mengeluarkan sesiapa yang Ia kehendaki dari memper-hambakan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah SWT semata-mata, dan daripada kezaliman agama-agama dan sistem-sistem kehidupan kepada keadi-lan Islam, dan dari kesempitan dunia kepada keluasan du-nia dan akhirat”.

94

Jaguh Sukan Memanah Malaysia

PW 1 Nor Rizah Ishak

Umum mengetahui Datuk Lee Chong Wei sememang-nya merupakan suatu ikon

kejayaan Malaysia, terutamanya pada masa kini. Bakat beliau yang begitu mengasyikkan telah men-jadi perintis kepada bidang kesu-kanan Malaysia, khususnya dalam sukan badminton. Kini, beliau digelar Pemain Badminton No. 1 di Dunia dan ini sesungguhnya

95Jul - Sep 2016 207

S U K A Ntelah menaikkan imej negara di persada dunia. Itulah ke-jayaan yang harus dicontohi oleh setiap atlet yang mewakili negara. Kita tinggalkan Datuk Lee Chong Wei dengan sukan badmintonnya yang sudah terkenal tetapi beralih sedikit kedunia sukan memanah yang ramai antara kita yang tidak mengetahui terdapat juga jaguh dikalangan atlet Malaysia terdiri dari anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sejarah Sukan Memanah mula diketengahkan di dalam pelbagai temasya sukan kerana terdapat pelbagai kemahiran dan teknik di dalam sukan ini dan ianya merupakan sukan yang dipertandingkan pada peringkat Sukan SEA, Sukan Asia mahupun Sukan Olimpik. Zaman dahulu aktiviti memanah digunakan untuk memburu dan pertempuran kerana ianya mempunyai unsur ketepatan yang lebih tinggi. Prinsipnya adalah sama, di mana pemanah memindahkan tenaga otot kepada bebanan ibu panah dengan bantuan tarikan dan

kemudiannya, tali dari ibu panah dipindahkan dalam bentuk kuasa kepada anak panah sekaligus memberikan kelajuan yang maksimum. Sukan memanah mempunyai sejarah yang agak lama. Ia merupakan salah satu acara Sukan Olimpik pada tahun 1904, 1908 dan 1920. Federation International Archery (FITA) ditubuhkan pada tahun 1931 dan Kejohanan Dunia pertama juga dianjurkan pada tahun tersebut.

Kini Sukan Memanah sudah pun popular di Malaysia. Ramai atlet-atlet memanah telah dilahirkan dalam su-kan ini dan salah satu Jaguh yang tidak dikenali ramai dalam sukan memanah ini ialah PW I Nor Rizah Ishak yang kini telah 13 tahun berada dalam sukan memanah compound dan memegang ranking Kedua Malaysia dan ke 58 dunia kategori compound wanita. Bagi mengetahui lebih lanjut lagi berkenaan kisah beliau ikuti Wawancara Wartawan Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM), Kpl Nurulhaswani Ruzaini dan Jurugambar BTDM, Sjn Saiful Fazley Rusli di Pusat Latihan Memanah Negara.

Siapa kata masuk tentera akan menghalang minat atau impian seseorang? Bekerja dalam organisasi ketenteraan tidak pernah menghalang minat atau impian setiap ang-gotanya selagi ianya tidak memudaratkan perkhidmatan dan memberikan kesan yang buruk terhadap prestasi individu tersebut. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sendiri turut memberi sokongan kepada anggotanya yang ingin mengharumkan nama dalam bidang sukan sama ada di dalam serta luar negara sekaligus dapat menarik mi-nat orang awam yang ingin memasuki alam ketenteraan.

B e g i t u l a h i m p i a n d a n c i t a - c i t a s e o r a n g a n g g o t a w a n i t a T e n t e r a D a r a t ( T D ) P W I Nor Rizah Ishak anggota dari Kor Ordnans Diraja (KOD).

Anak kelahiran Kuala Ketil Kedah ini memasuki bidang ketenteraan kerana inginkan kerjaya yang tetap serta men-jamin masa depan. Tanggal 15 Januari 1991 ketika berumur 21 tahun, beliau mengambil keputusan untuk berkhidmat dalam ATM dan memulakan latihan ketenteraan di Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN) di Ipoh, Perak. Beliau bertemu jodoh serta mendirikan rumah tang-ga pada 1996 dengan seorang anggota tentera yang juga merupakan atlet sukan olahraga iaitu Ibrahim Ab Wahab yang kini telah bersara dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 12 Sept 2002.Menceritakan detik-detik awal penglibatan beliau dalam sukan memanah ini hanyalah sekadar suka-suka kerana faktor usia yang semakin meningkat ti-dak membolehkan beliau aktif dalam bidang olahraga. Setelah diberi peluang untuk mewakili pasukan me-manah wanita ATM, beliau nekad untuk terus mence-buri sukan memanah ini pada tahun 2002 dalam kat-egori compound. Pada awal pembabitannya di bidang sukan beliau mula berlatih di Pusat Cemerlang TD ke-tika mewakili Divisyen (Div) dalam sukan olahraga di awal perkhidmatannya dalam ATM pada tahun 1995. "Saya keluar dari Pusat Cemerlang Olahraga pada tahun 1997, masa itu baharu berjinak-jinak dengan sukan memanah. Petang-petang saya selalu melihat latihan memanah di Padang MinDef dan kebetulan Pasukan Memanah Wanita ATM kekurangan seorang lagi ahli pasukan untuk ke Open Game ATM di Lumut sebelum mereka buat pemilihan untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan memanah. Dalam hati saya ini berkata, kenapa aku tak cuba sukan memanah? Lagi pun sukan ini tidak memerlukan latihan fizikal seperti olahraga.

“Usaha yang dilakukan itu perlulah sehabis baik dilaksanakan dengan penuh kesungguhan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga”

96

Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk me-nyertai Pasukan Memanah Wanita ATM," jelas beliau.Bermula dari situ, beliau cuba menanamkan tekad untuk ber-jaya seperti orang lain dan memegang kuat pepatah melayu yang mengatakan jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya yang bermaksud sekiranya ingin menge-capi kemenangan dan kejayaan maka perlulah berusaha dan jangan sekadar mengharapkan rezeki datang bergolek. Usaha yang dilakukan itu perlulah sehabis baik dilak-sanakan dengan penuh kesungguhan bukan sekadar melepas-kan batuk di tangga. Itulah prinsip kejayaan beliau yang setiasa beliau terapkan dalam jiwanya bagi membolehkan beliau ber-jaya didalam sesebuah pertandingan. Walaupun beliau tidak menjalankan tugas sebagai seorang anggota tentera yang lain, namun tugas dan peranan beliau dalam bidang sukan seperti juga anggota-anggota yang menjalankan tugas dan tanggung-jawab untuk memastikan keselamatan negara terjamin. Beliau berlatih selama lapan jam sehari mulai hari Isnin hingga Sabtu dan kadang kala terpaksa mengor-bankan masa cuti bersama keluarga hanya untuk memas-tikan beliau dapat mengharumkan nama Malaysia dalam

setiap penyertaan yang beliau tandingi mewakili negara.M e m a n a h m e r u p a k a n s e n i a t a u k e m a h i -ra n m e n e m b a k a n a k p a n a h p a d a s a s a ra n u n -tuk ketepatan daripada jarak yang ditetapkan. Ianya nampak mudah namun seseorang itu perlu ada ke-mahiran dalam melonjakkan anak panah dengan menggunak-an bow. Kemahiran ini tidak dapat diperolehi tanpa latihan serta pengawasan daripada jurulatih yang berpengalaman. Menurut PW I Nor Rizah Ishak beliau berlatih selama lapan jam pada setiap hari untuk memastikan skill beliau tidak hilang. Ketika sesi latihan dan keadaan pada hari pertand-ingan adalah perkara yang berbeza katanya kerana ketika pertandingan sebenar boleh membuatkan diri kita menjadi gementar, jelasnya. Oleh yang demikian beliau banyak meny-ertai pertandingan memanah di dalam negara sebagai perse-diaan untuk menghadiri kejohanan terbuka peringkat dunia. Sejak enam tahun yang lepas banyak kejayaan yang beliau kecapi dan telah mengharumkan nama Malaysia amnya dan ATM khasnya di persada dunia apabila berjaya merangkul pingat emas individu dan berkumpulan dalam temasya Sukan Perpaduan Islam Ketiga, Islamic Solidarity Games 2013 (ISG 2013) di Jakabaring Palembang Indonesia.

S U K A N

97Jul - Sep 2016 207

S U K A N

Semasa Kejohanan Asia Cup World Ranking Tourment Stage II di Bangkok, Thailand 2015, beliau berjaya mendapat pingat gangsa berpasukan campuran kategori compound dan pada tahun yang sama beliau sekali lagi mencipta sejarah apabila meraih pingat emas pertama Malaysia di Peringkat Pertama Piala Dunia Memanah 2015 di Shanghai China dalam acara berpasukan compound wanita. Beliau sekali lagi mengharumkan nama negara apabila berjaya mengutip pingat emas berpasukan com-pound dalam Sukan Sea Ke-28 Tahun 2015 di Singapura. Terpaksa berjauhan dari keluarga bukan menjadi alasan untuk tidak boleh berjaya dalam bidang yang kita ceburi sebaliknya jadikanlah pengorbanan ini sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha menurut beliau. Segala pe-nat lelah beliau selama 26 tahun dalam perkhidmatan telah terbalas apabila beliau dinobatkan sebagai Olahragawati ATM pada 24 Ogos 2016 dalam Majlis Anugerah Sukan ATM. Biarpun beliau bakal menamatkan perkhidmatan pada bulan Jan 2017 dan sepatutnya sedang mengi-kuti kursus peralihan namun semangat kesukanan yang ada dalam diri membuatkan beliau terus berjuang se-hingga ke penghujung perkhidmatan dan selagi mampu

untuk menyumbangkan pingat kepada negara selagi itu beliau akan berada dalam bidang sukan memanah ini. Sebagai penghargaan negara terhadap segala usahanya beliau telah mendapat anugerah Team Terbaik 2016 dalam Majlis Anugerah Sukan Negara di PICC pada Mei 2016 diatas pencapaian mendapat emas serta tempat ke empat keseluruhan dalam compound mix team di Kejohanan Archery World Cup Shanghai 2016 Stage 1 pada tahun 2016. Hasratnya sebelum menamatkan perkhidmatan dalam ATM, beliau ingin melatih pelapis-pelapis baharu dan ber-harap pihak yang bertanggungjawab dapat membantu mere-alisasikan hasrat dan impian dalam membawa nama organ-isasi ATM sebagai satu ketumbukan yang disegani di dalam negara. Sebagai seorang ahli sukan semestinya memerlukan segala fasilitas yang terbaik atau yang lengkap untuk memu-dahkan anggotanya berlatih dan beliau amat berharap pihak ATM dapat menyediakan tempat latihan yang selesa kepada anggota ATM agar dapat menarik minat serta dapat mencung-kil bakat-bakat baharu yang dapat membawa nama Malaysia, ATM dan TD ke peringkat yang lebih tinggi sebagai satu ketum-bukan yang disegani di dalam negara bukan hanya di dalam bidang keselamatan negara malahan dalam bidang sukan.

98

S U K A N

KRD Juara Bola Jaring TDOleh: Sjn Vijay Gaundar Arikrishnan

KUALA LUMPUR: Pasukan Bola Jaring Kor Risik Diraja (KRD) berjaya mengekalkan kegemilangannya dalam Kejohanan Bola Jaring Antara Kor/Rejimen Tentera Darat (TD) 2016 apa-bila muncul juara selama lapan tahun berturut-turut mengalahkan Rejimen Semboyan Diraja (RSD) dengan keputu-san 30 berbalas 16 bertempat di Dewan

Serbaguna Kem Wardieburn pada 18 Ogos 2016. Kejohanan yang dianjurkan oleh Lembaga Sukan Tentera Darat (LSTD) dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring TD bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baharu yang berkebolehan dalam sukan bola jaring agar mereka dapat

dipertengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Majlis penyampaian hadiah disem-purnakan oleh Pengerusi Persatuan Bola Jaring ATM, Brig Jen Suriakala Suriabagavan dengan menyampaikan Piala kepada pasukan KRD disertai dengan Penjaring Gol Terbanyak iaitu Mej Sharifah Monalisa Syed Hazam dan Pemain Terbaik keseluruhan Kpl Norina Jumaat Zul yang mana kedua-duanya dari pasukan KRD. Dalam ucapan Pengerusi Persatuan Bola Jaring ATM, beliau merakam-kan setinggi-tinggi ucapan tahniah Persatuan Bola Jaring TD yang telah berjaya menganjurkan kejohanan bersama ahli jawatankuasa yang telah dilantik. “Saya percaya bukan mudah untuk menubuhkan satu pasukan bola jaring dengan kekangan masa dan komit-men terhadap kerjaya yang terpaksa dipenuhi dan dalam masa yang sama menjalani latihan untuk menyertai kejohanan,”ujar beliau. Turut hadir Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato’ Ahmad Hadiatullah Makmun Hj Ridzuan, Inspektor Jeneral BSPP, Brig Jen Dato’ Norhuda Ahmad dan Pengerusi Persatuan Bola Jaring TD, Kol Baharudin Jamin.

Penutup Karnival Sukan ATM 2016

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Laut (PTL), Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin menyempurnakan Upacara Penutup Olahraga dan Karnival Sukan Antara Perkhidmatan Tahun 2016 dan

penyampaian hadiah kepada pemenang bertempat di Pusat Sukan Universiti Malaya pada 8 Sep 2016. Karnival sukan pada tahun ini mem-perlihatkan penguasaan penuh Tentera

Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang men-dominasi tiga daripada empat sukan yang dipertandingkan iaitu bola jaring, tenis dan olahraga manakala bagi hoki pula dimonopoli oleh Tentera Darat Malaysia (TDM). Dalam ucapan PTL, beliau mengu-capkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selaku pihak penganjur kerana berjaya mengkoordinasi karnival sukan pada tahun ini dengan jayanya selain berasa bangga kerana Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak ketinggalan un-tuk menyahut seruan kerajaan dalam menerapkan gaya hidup yang sihat. “Saya berasa bangga terhadap semua atlet yang bertanding walaupun anda tidak memenangi sebarang pingat, tetapi kesungguhan yang tinggi serta disiplin yang ditunjukkan sepanjang berlangsungnya karnival sukan ini amat saya hargai serta berhasrat agar anda semua tidak pernah patah semangat untuk bertanding lagi di kejohanan yang akan datang,”ujarnya. Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Affendi Buang dan Panglima Pemerintahan Latihan dan Doktrin TD, Mej Jen Dato’ Paduka Tengku Ahmad Noor Tuan Chik. - Luqmanul Arif Abdul Karim

99Jul - Sep 2016 207

S U K A NOleh: Luqmanul Arif Abdul Karim

KUALA LUMPUR: Trup Tentera Darat (TD) muncul Johan Keseluruhan dalam Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Tentera Darat Tahun 2016 dan acara penutup disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Dewan Wardieburn pada 24 Ogos 2016. Kejohanan yang diadakan selama tiga hari ini bertujuan mencari bakat-bakat baharu dalam Sukan Taekwando bagi mewakili TD di Kejohanan Sukan Antara Perkhidmatan melibatkan peny-ertaan seramai 183 atlet dari formasi-formasi TD. Peserta Terbaik Lelaki dan Wanita ditentukan dalam perlawanan akhir yang menyaksikan Kpl Billage Nakang dari Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin TD (MK PL&DTD) dan LKpl Nur Najwa Hanani Mohd Zahir dari Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (MK 3 Div) dinobatkan Peserta Terbaik pertandingan. Dalam ucapan PTD, beliau mengu-capkan tahniah dan terima kasih kepada penganjur serta pihak-pihak yang turut membantu dalam menjayakan kejo-hanan ini dapat berjalan dengan lancar tanpa melibatkan berlakunya sebarang kemalangan serta kecederaan.

Trup TD Ungguli SMD TD 2016

“Kepada formasi-formasi yang tidak berjaya, saya berharap agar jangan per-nah berputus asa dengan menjadikan kejohanan kali ini sebagai lesson learnt untuk diperbaiki pada masa hadapan kerana berkat usaha tanpa mengenal erti jemu pasti kejayaan memihak anda semua,”ujarnya.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Ketua Staf Markas TD, Mej Jen Dato’ Abdul Halim Hj Jalal, dan panglima-panglima formasi TD.

KUALA LUMPUR: Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayu Diraja (9 RAMD Para) dinobatkan sebagai Johan setelah berjaya mengalahkan 19 RAMD Mekanize dengan jaringan 3 gol ber-balas 1 dalam Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Tahun 2016 yang dia-dakan di Stadium KEMENTAH pada 5 Ogos 2016. Dalam perlawanan akhir tersebut, 19 RAMD Mek terlebih dahulu menjaring-kan gol awal pada minit pertama oleh pemain memakai jersi 14, Pbt Shahrul Aznei Shabri dan disusuli oleh jaringan penyamaan dari 9 RAMD Para oleh Pbt Muhamad Hafiz Harun pada minit ke 64 dan perlawanan berkesudahan dengan seri setelah 90 minit perlawanan tamat. Perlawanan bersambung dalam masa tambahan selama 30 minit diberikan sebagai penentuan yang menyaksikan 9 RAMD Para mengunakan peluang yang ada dengan menjaringkan dua gol pada minit 97 dan 101 oleh Kpl Jamarul Anuar Johar dan Kpl Muhd Nor Shahidan Mohamed sekaligus merial-isasikan impian mereka untuk memiliki Piala Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah serta menghampakan pasukan lawan.

Acara penutup majlis disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi yang menyampaikan Piala Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah kepada pasukan 9 RAMD Para serta hadiah kepada Penjaring Gol Terbanyak iaitu Kpl Muhd Nor Shahidan Mohamed dan Pemain

Terbaik Pertandingan Akhir iaitu Kpl Azri Mohamed @ Rahman yang mana kedua-duanya dari pasukan 9 RAMD Para. Turut hadir Panglima Medan Barat, Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, pega-wai-pegawai kanan dan anggota LLP RAMD. - Kpl Nurulhaswani Ruzaini

9 RAMD Para Johan Piala Sultan Abdul Halim

100

S U K A N

Karnival Sukan 8 BgdOleh: Kpl Elyas MamatGambar: LKpl Mohd Hafiz Che Hanafi

KELANTAN: Semua pasukan di bawah naungan Markas Briged Kelapan Infantri Malaysia (MK 8 Bgd) terlibat dalam Karnival Sukan 8 Bgd Tahun 2016 yang dianjur-kan oleh Batalion Ke-21 Rejimen Askar Melayu Diraja (21 RAMD) selama tiga hari dari 8 hingga 10 Ogos 2016. Majlis Pembukaan dan Penutup disempurnakan oleh Panglima 8 Bgd, Brig Jen Nazari Abd Hadi dan antara acara yang dipertandingkan seperti Bola Tampar, Sepak Takraw, Road Relay, Merentas Desa, Bola Jaring dan Futsal. Tujuan karnival sukan ini diadakan adalah untuk memu-puk semangat setia kawan dan mewujudkan kecemer-langan dalam bidang sukan di dalam TD disamping membantu pasukan di bawah naungan 8 Bgd untuk mem-buat persiapan bagi menghadapi Karnival Sukan 2 Div.

PERLIS: Markas Briged Ke-30 Infantri Malaysia (MK 30 Bgd) mengadakan Majlis Penutup Karnival Sukan Peringkat 2 Divisyen Tahun 2016 yang disempurnakan oleh Panglima 6 Bgd, Brig Jen Dato’ Dzulkarnian Ahmad selaku wakil Panglima 2 Div bertempat di Padang Bola Sepak MK 30 Bgd pada 26 Ogos 2016. Karnival tersebut bertujuan untuk melahirkan pegawai dan anggota yang bukan sahaja mempunyai kemahiran dalam ketenteraan tetapi juga mahir dan aktif dalam bersukan.Antara acara sukan yang dipertandingkan seperti Pertandingan Futsal, Bola Tampar, Pertandingan Merentas Desa, Sepak Takraw dan Road Relay yang mana Johan keseluruhan karnival tahun ini dimenangi oleh MK 8 Bgd. – MK 30 Bgd

Karnival Sukan 2 Div

KUALA LUMPUR: Seramai dua peninju Muay Thai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memenangi pingat emas dalam Kejohanan Muay Thai Amatur Kebangsaan 2016 yang

Dua Peninju Muay Thai ATM Menang Pingat Emas

diadakan di Dewan Badminton Pusat Latihan Polis (PULAPOL) selama lima hari dari 14 hingga 18 Sep 2016. Kejohanan tersebut bertujuan me-milih atlet dari lima kategori untuk persiapan ke Sukan SEA 2017 selain mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan Muay Thai dari seluruh negara yang menyaksikan negeri Kedah men-jadi Johan Keseluruhan kejohanan. Dalam kejohanan tersebut ATM menghantar enam peserta yang mana dua peninju ATM iaitu LK1 TNL Mohd Shamrizal Mat Hussin dan LK1 KOM Mohd Azwadi Ismail memenangi pingat emas dalam kategori masing-masing apabila mudah menewaskan lawan mer-eka dan seorang lagi peninju ATM iaitu LKpl Mohd Noramin Ibrahim memenan-gi pingat gangsa sekaligus ketiga-tiga peninju ATM tersebut terpilih menjadi atlet persiapan ke Sukan SEA 2017.

Turut hadir Pengerusi Kelab Muay Thai Red Army, Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor dan Presiden kelab Muay Thai yang bertanding dari seluruh negara. - Sjn Saiful Fazley Rusli

101Jul - Sep 2016 207

Oleh: Luqmanul Arif Abdul

SELANGOR: Pasukan Ragbi Tentera Darat (TD) mengekalkan kejuara-an buat kali keempat berturut-turut

TD Johan RagbiAntara Perkhidmatan

S U K A N

s e l e p a s m e n g a l a h k a n Pa s u k a n Ragbi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan jumlah pungutan

mata sebanyak 36 berbalas 10 dalam Perlawanan Akhir Ragbi Kejohanan Sukan Antara Perkhidmatan bertem-pat di Padang Ragbi Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 29 Sep 2016. Majlis Penutup disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara (TPTU), Lt Jen Dato’ Sri Hj Affendi Buang yang menyaksikan penguasaan TLDM memenangi dua acara sukan iaitu Skuasy bagi kategori lelaki dan wanita serta sukan Boling Padang. Dalam ucapan TPTU, beliau berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ber-hasrat untuk melahirkan atlet yang bukan sekadar menang di gelang-gang tempatan, malahan cemerlang di persada global namun perkara tersebut tidak akan menjadi kenyataan sekiranya kita masih lagi tidak meny-ingkirkan sifat hasad dengki, bong-kak dan mementingkan diri sendiri. “Teladani sejarah lama yang mana tumbangnya sesebuah kerajaan bu-kanlah kerana kuatnya musuh atau lengkapnya senjata, tetapi ianya berlaku disebabkan sifat dendam serta tamak haloba yang membelenggu mereka yang lemah dari segi mentalnya,”ujar TPTU. Turut hadir Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Sheikh Mohsin Sheikh Hassan, Pengarah Kanan Bahagian Kejuruteraan Markas TLDM, Laksamana Pertama Dato’ Ir. Wan Othman Wan Abd Rahman dan Pengarah Pengurusan Latihan Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Brig Jen Hj Muhammad Anwar Abdullah.

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD) merang-kap Presiden Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera (PBAT), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor hadir menyaksikan Perlawanan Akhir Kejohanan

RAD Juara BaharuLiga ATM 2016

Bola Sepak Liga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di antara Pasukan Bola Sepak Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) menentang Pasukan Rejimen Artileri Diraja (RAD) di Stadium Kementah pada 14 Sep 2016. Pertembungan yang begitu sengit memperlihatkan kedua-dua pasukan buntu untuk menjaringkan gol se-hingga akhirnya perlawanan berpihak kepada pasukan RAD apabila gol kemenangan muncul diminit akhir perlawanan yang di jaringkan oleh Sjn Mohd Yusri Yusoff hasil sepakan percuma dengan jaringan berkesudahan 1 gol berbalas 0. Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada Juara Liga ATM yang disempurnakan oleh PTD serta pada masa yang sama menyampaikan Anugerah Penjaring Terbanyak yang disandang oleh Kpl Mohanandas Vesiviran dari Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dan Anugerah Fairplay Liga ATM 2016 pula dianugerahkan kepada pasukan RAJD. Kejohanan Liga ATM pada tahun ini melibatkan pe-nyertaan sebanyak lapan pasukan mewakili ketiga-tiga cabang perkhidmatan yang mana Tentera Darat Malaysia (TDM) menghantar sebanyak empat pasukan semen-tara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pula menghan-tar sebanyak dua pasukan dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengahantar sebanyak dua pasukan. Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Dato’ Anuwi Hassan, Timbalan Panglima Tentera Udara Lt Jen Dato’ Sri Hj Affendi Buang dan pegawai kanan ATM. - Luqmanul Arif Abdul Karim,Gambar: PW II Mohd Shahril Mat Ali

102

KO L U M T O K W A N

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apa-bila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu mene-tapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat” (An- Nisa : 58)

Mungkin ada pembaca yang tertanya-tanya kenapa pula kali ini pengenalan Tok Wan

bermula dengan maksud petikan surah Al Quran? Bukanlah kita pandai sangat dalam

bab agama, cuma sekadar perkongsian bersama. Dari ayat ini jelas bahawa setiap

dari kita (yang mengaku dirinya orang Islam) akan dipertanggungjawab terhadap segala

AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB

amalannya di dunia ini.

Apatah lagi jika dia berusaha dan bersungguh-sungguh melaksanakan amanah dan tugas

yang dibebankan dibahunya dengan penuh rasa tanggungjawab maka ianya akan merin-

gankan timbangan amal di hari akhirat nanti. Inilah penerangan ringkas mengenai ayat di atas.

Persoalannya berapa ramai dari kita yang benar berusaha ke arah ini? Ataupun amanah dan

tanggungjawab senantiasa diutamakan dalam tugas harian kita tetapi bergantung kepada ke-

adaan dan situasi! Bukan niat menunding jari kepada sesiapa tetapi bak kata orang kampong Tok Wan, truth

hurts! Dari hari ke sehari diperhatikan pihak berkuasa tertentu meletakkan alat kunci tayar di

tempat-tempat tertentu dengan notis ‘Amaran! Kenderaan yang diparkir di sini akan dikunci’

(lebih kurang begitulah bunyinya).

Sunggoh gah dan gerun bila membacanya. Tok Wan pernah juga terlihat kenderaan yang

dikunci tayarnya atas kesalahan meletak kereta (parkir) ikut suka hati mereka. Kalau benar-

benar melakukan kesalahan, padan muka kalianlah kerana menyusahkan orang lain ! Tahniah

kepada pihak berkuasa kerana melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan. Macam

inilah baru kita orang respect sama lu!

Sayangnya, gambar kereta mewah yang diletak di parkir dikhaskan untuk Orang Kurang

Upaya (OKU) menimbulkan persoalan kepada Tok Wan. Kenapa tidak ada tindakan yang diam-

bil kepada golongan seperti ini? Amat jelas kenderaan ini tidak ada pelekat Pemandu OKU atau

mungkinkah pemandu ini sememangnya seseorang OKU (dari kategori tertentu yang terlalu

sensitif untuk dinyatakan di sini!).

Kenapa tidak dikunci sahaja kenderaan ini sebagaimana yang dilakukan kepada kender-

aan lain yang di salah letak? Ataupun amanah dan tanggungjawab yang diberikan terpakai

kepada golongan-golongan tertentu yang boleh kalian tunjuk ke’handalan’ kalian, dan golon-

gan dalam gambar ini pula adalah the untouchables yang boleh membuat apa sahaja dengan

sewenang-wenangnya dan kalian ‘kecut perut’ untuk melaksanakan amanah dan

tugas yang telah dipertanggungjawabkan? Tok Wan faham kadangkala ada diantara

kita yang suka menunjuk taring masing-masing.

Apabila anak buah menjalankan tugas, pihak atasan kena kacau dengan pelbagai

aduan dari pihak yang lagi atas. ’Tak tahu ke itu kereta VVIP?.....Yang parkir di situ

tetamu khas dan seribu satu macam alasan (kadangkala bukan bos sebenar pun

tetapi kuncu-kuncunya sahaja. Biasalah orang kita, kebanyakkannya ‘lebih sudu dari

kuah!’). Bila boss kena piat anunya, dia melentinglah dan anak buah yang menjalankan

tugas kena tempiasnya. Kesudahannya……antara dua darjat?

Tapi Kena Tengok Tempat....Yang Benar TOKWAN......

103Jul - Sep 2016 207

Anggota boleh mengunjungi mana-mana cawangan Koperasi Tentera berdekatan untuk menghantar permohonan dengan membawa bersama My Tentera dan Penyata gaji asal terkini.

RM20,000Pembiayaan sehingga 96 BULAN

EKSPRES

EKSPRES 2 (Tanpa Borang)

RM10,000Pembiayaan sehingga 60 BULAN

UNTUK ANGGOTA KOPERASI TENTERA PEMBIAYAAN EKSPRES

Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami di talian 03-40272600 atau emel kepada [email protected]

www.katmb.com.my

* Tertakluk kepada terma dan syarat

TAWARAN TERKINI

2