pemuliharaan geowarisan di langkawi geopark, malaysiajournalarticle.ukm.my/576/1/1.pdf · dan...

12

Click here to load reader

Upload: vutuong

Post on 07-Mar-2019

267 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pemuliharaan Geowarisan di Langkawi Geopark, Malaysiajournalarticle.ukm.my/576/1/1.pdf · dan rantau. Antaranya termasuk unit batuan dan fosil paling tua, jujukan peristiwa geologi

Akademika 80 (December) 2010: 19-30

Pemuliharaan Geowarisan di Langkawi Geopark, Malaysia

Geoheritage Conservation in Langkawi Geopark, Malaysia

MOHD SHAFEEA LEMAN

ABSTRAK

Singkapan batuan kepulauan Langkawi adalah antara yang terbaik diketahui di Malaysia, mempamerkan pelbagaijenis batuan sedimen sepanjang usia Paleozoik dan batuan granit berusia Trias Akhir. Pada 1 Jun 2007 LangkawiGeopark diisytihar sebagai ahli Global Geoparks Network (GGN) ke-52 yang disokong oleh UNESCO. Pengisytiharanini adalah berasaskan kehadiran beberapa tapak geowarisan dan landskap geologi berkepentingan kebangsaandan rantau. Antaranya termasuk unit batuan dan fosil paling tua, jujukan peristiwa geologi dan batuan Paleozoikpaling lengkap, bukti-bukti paling baik berkaitan kepulauan Langkawi dan Gondwanaland dan landskap karskepulauan tropika paling indah di rantau Asia Tenggara. Kebanyakan sumber geowarisan di Langkawi Geoparkdipulihara di bawah Akta Perhutanan Kebangsaan 1984 sebagai geotapak terpelihara, monumen geologi dantaman georimba atau di dalam hutan simpanan kekal. Antara monumen geologi penting di Langkawi Geoparktermasuklah Pentas Abrasi Pulau Ular, Sempadan Transisi Formasi Pulau Singa Kechil dan Lapisan Fosil PulauAnak Tikus. Taman-taman georimba di Langkawi Geopark terdiri daripada Taman Georimba Kambria Machinchang,Kars Kilim dan Marmar Dayang Bunting. Taman Georimba Kambria Machinchang menampilkan landskap batupasir Formasi Machinchang yang berusia Kambria dengan unit batuan dan fosil tertua di rantau ini. TamanGeorimba Kars Kilim pula menonjolkan landskap berpandangan indah kars kepulauan tropika pada batu kapurFormasi Setul yang kaya dengan fosil, manakala Taman Georimba Marmar Dayang Bunting mempamerkan karskepulauan Formasi Chuping. Pemuliharaan sumber geowarisan di Langkawi Geopark adalah tanggungjawabJabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia yang dibantu oleh para penyelidik bagi menangani isu berkaitankeupayaan tampungan sesuatu geotapak serta usaha bersepadu pelbagai pihak berkepentingan bagi menanganiisu tentang penjagaan alam sekitar.

Kata kunci: Geologi, geowarisan, pemuliharaan, geopark, Langkawi

ABSTRACT

Rock outcrops of Langkawi Islands are among the best known in Malaysia, exhibiting various types of sedimentaryrocks throughout Palaeozoic Era and granitic rocks of Late Triassic age. On 1st June 2007 Langkawi Geopark wasdeclared as the 52nd member of Global Geoparks Network (GGN) assisted by UNESCO. The declaration was basedon the presence of several geoheritage sites and geological landscapes of national and regional significance.Among them are the oldest rock unit and oldest fossils, most complete Palaeozoic geological history and rocks, bestevidences linking Langkawi islands with Gondwanaland, and most beautiful tropical island karst in SoutheastAsian region. Under the National Forestry Act 1984, geoheritage resources in Langkawi Geopark are conserved asprotected geosites, geological monuments, geoforest parks, and protected forest reserves. Among importantgeological monuments are Pulau Ular Abrasion Platform, Pulau Singa Kechil Transitional Formation Boundary,and Pulau Anak Tikus Fossil Bed, while geoforest parks comprise Machinchang Cambrian, Kilim Karst, andDayang Bunting Marble Geoforest Parks. The Machinchang Cambrian Geoforest Park portrays landscape ofCambrian sandstone with oldest rock unit and fossils in the region. The Kilim Karst Geoforest Park exhibitsoutstanding tropical island karst made of richly fossiliferous limestone of Setul Formation, while the DayangBunting Marble Geoforest Park showcased another beautiful island karst landscape made mostly of marble of theChuping Formation. Geoheritage conservation in Langkawi Geopark is under the jurisdiction of ForestryDepartment of Peninsular Malaysia, supported by researchers in handling issues related to carrying capacity ofcertain geosites and concerted efforts by multiple stakeholders in handling issues pertaining to environmentalprotection.

Keywords: Geology, geoheritage, conservation, geopark, Langkawi

Page 2: Pemuliharaan Geowarisan di Langkawi Geopark, Malaysiajournalarticle.ukm.my/576/1/1.pdf · dan rantau. Antaranya termasuk unit batuan dan fosil paling tua, jujukan peristiwa geologi

20 Akademika 80

PENGENALAN

Walaupun UNESCO telah menggariskan pelbagaikomponen kritikal bagi membolehkan sesebuah wilayahbergelar geopark (UNESCO Global Geopark 2008; IbrahimKomoo & Patzak 2008), namun pada asasnya tidak akanwujud sebarang geopark tanpa kewujudan sejumlahtertentu sumber geowarisan bertaraf kebangsaan danrantau. Komponen pembangunan sosioekonomi dankesedaran masyarakat tentang keperluan pemuliharaanalam sekitar, umpamanya, dapat dibangunkan danditingkatkan dari semasa ke semasa seandainya wujudusaha gigih secara berterusan dalam kalangan pelbagaipihak berkepentingan dalam sesebuah geopark. Namun,mampukah manusia menghasilkan sesuatu sumbergeowarisan? Jawapannya sudah pasti tidak. Manusiatidak akan berupaya membina sumber geologi bernilaitinggi dari aspek saintifik, estetik, budaya dan rekreasi.Kehilangan sesuatu sumber geowarisan pula, pastimerupakan kehilangan abadi yang tidak bermakna untukdiratapi. Oleh itu amatlah wajar sumber-sumber inidipertahankan daripada kemusnahan sementara sumber-sumber itu masih berada dalam keadaan baik. Sebelumwujudnya konsep geopark sumber-sumber geowarisansememangnya telah dipelihara di bawah pelbagai entititeramasuk sebagai tapak warisan dunia, taman negara,monumen tabii dan tapak saintifik terpelihara.

Pada hari ini konsep geopark merupakan konseppembangunan lestari sumber geowarisan yang amatpopular di seluruh pelosok dunia. Dalam tempoh enamtahun sejak geopark diiktiraf oleh UNESCO, sejumlah 72wilayah dari 23 buah negara telah menyertai liga UNESCOGlobal Geoparks Network (GGN) (UNESCO GlobalGeopark 2010), sementara banyak lagi geopark yangsedang menunggu masa untuk dinobatkan sebagaigeopark global. Hakikat ini menjelaskan betapamasyarakat dunia kini semakin prihatin tentangkewujudan sumber geowarisan yang terbina oleh pelbagaiproses Bumi yang begitu rencam sepanjang tempohberjuta, malah berbilion tahun. Belakangan ini, sabantahun puluhan geopark kebangsaan dari pelbagai negaratelah mengajukan kertas dossier permohonan merekauntuk dipertimbangkan sebagai ahli baru dalam jaringanGGN UNESCO.

Malaysia telah memainkan peranan aktif dalammendokong konsep geopark sebagai peragapembangunan wilayah yang lestari. Malah sejak tahun2000 lagi, Langkawi telah dijadikan sebagai salah satucontoh kes yang dibentangkan dalam UNESCO GeoparkProgramme Feasibility Study (Ibrahim Komoo et al.2001a). Walaupun Program Geopark pada ketika itu tidakditerima oleh UNESCO, kesedaran yang tinggi dalamkalangan penggiat pemuliharaan geologi menyebabkanmereka terus berusaha mempromosi sumber geowarisantanpa mengenal erti putus asa. Di Malaysia, fasa inimerupakan fasa pemerkasaan Kumpulan Warisan GeologiMalaysia (KWGM) melalui pelbagai aktiviti persidangan

dan dialog bersama pelbagai pihak berkepentingan danpenerbitan berkaitan potensi pembangunan geowarisandi peringkat kebangsaan dan antarabangsa (MohdShafeea Leman et al. 2009). Antara penerbitan pentingtermasuklah senarai tapak potensi geowarisan di seluruhnegara (Ibrahim Komoo et al. 2001b), kompilasi warisangeologi Langkawi (Ibrahim Komoo & Che Aziz Ali 2003)dan geotapak Langkawi (Ibrahim Abdullah et al. 2001).Aktiviti ini ternyata amat penting dalam meneruskanmomentum KWGM menyokong usaha pemuliharaangeowarisan di peringkat global walaupun GGN UNESCOhanya ditubuhkan pada tahun 2004 (Eder 2004;McKeever 2009).

Akhirnya pada 1 Jun 2007, Langkawi diiktiraf sebagaiahli GGN oleh UNESCO, satu detik yang amat bermaknabuat KWGM, Malaysia dan Asia Tenggara (Mohd ShafeeaLeman et al. 2007b). Sebagai ahli ke-52 dalam jaringangeopark global UNESCO, Langkawi Geopark turutbersandarkan keunggulan sumber geowarisan danpemuliharaannya sebagai asas pembangunan industrigeopelancongan demi menjamin usaha berterusanmemelihara sumber geowarisan dan pelbagai sumberwarisan alam sekitar lain dan sumber budaya di kepulauanLangkawi. Dalam hal ini penduduk tempatan Langkawidiberi pelbagai pendedahan tentang pembangunansumber asli secara lestari serta pelbagai galakan untukmelibatkan diri dalam industri berkaitan pelanconganlestari. Ini dilakukan dengan meningkatkan pengetahuanmasyarakat tempatan sebagai pewaris sejati tentangkekayaan sumber geowarisan Langkawi bagi menerapkanperasaan cinta mereka terhadap sumber yang merekawarisi turun-temurun.

KEPELBAGAIAN GEOLOGI DAN GEOWARISAN

Geo berasal dari perkataan gaia dalam bahasa Latin yangbermaksud Bumi. Oleh itu, geologi atau geosains adalahilmu sains yang membincangkan tentang bahan danproses Bumi dengan menggabung pelbagai pengetahuanasas sains lain seperti fizik, kimia dan biologi bagimemahami dan menafsir pelbagai peristiwa yang telahberlaku baik di permukaan mahupun di dalam perut Bumisejak Bumi ini terbentuk sekitar 4.6 bilion tahun laluhinggalah ke saat ini. Berdasarkan ilmu geosains yangluas ini, ahli geosains berupaya pula meramal peristiwayang akan berlaku pada masa akan datang.

Sebagai disiplin ilmu yang telah berkembang selamabeberapa abad, cakupan ilmu geosains amatlah luasmerangkumi kepelbagaian geologi yang begitu tinggi.Bagi memudahkan perbincangan, dalam makalah inikepelbagaian geologi dikategorikan kepada kepelbagaiansumber dan kepelbagaian proses geologi. Kepelbagaiansumber geologi mewakili kepelbagaian bahan pembentukBumi, baik yang terdedah di permukaan Bumi mahupunyang berada di dasar laut ataupun yang tersimpan jauh didalam perut Bumi. Antaranya termasuklah pelbagai jenis

Page 3: Pemuliharaan Geowarisan di Langkawi Geopark, Malaysiajournalarticle.ukm.my/576/1/1.pdf · dan rantau. Antaranya termasuk unit batuan dan fosil paling tua, jujukan peristiwa geologi

Pemuliharaan Geowarisan di Langkawi Geopark, Malaysia 21

batuan pembentuk litosfera ataupun kerak Bumi yangpejal, tanah dan sedimen pembentuk pedosfera yangperoi, unsur logam dan bukan logam pembentuk mantelyang cair dan unsur logam berat pembentuk teras Bumiyang padat. Kepelbagaian proses geologi mewakilikepelbagaian proses alam sama ada proses dalaman Bumi,mahupun proses luaran dan ekstra-terestrial yang tidakpernah berhenti mengubah keadaan fizik dan kimia Bumiserta pelbagai kehidupan yang terdedah kepada prosestersebut. Kepelbagaian rupaBumi dan landskap pulamerupakan sumber geologi yang sedang dicorakkansecara aktif oleh proses geologi.

Setiap bahan dalam sesuatu sumber geologimenyimpan pelbagai rekod sejarah silam yang hanyaboleh dirungkai melalui pengetahuan saintifik terhadapsifat fizik dan kimianya, dan dalam hal fosil, pengetahuanbiologinya juga. Natijahnya setiap satu sumber geologiakan memiliki nilai saintifik atau nilai intrinsiknya yangtersendiri, sebahagiannya bernilai lebih tinggi dari yanglain. Sesetengah sumber mineral, batuan, rupaBumi danlandskap pula mempunyai nilai ekstetik atau ekstrinsikdan nilai budaya yang telah dijaga dan dipertahankanoleh masyarakat sepanjang zaman. Gabungan pelbagaisumber geologi dan proses geologi yang aktif pada hariini telah menghadiahkan kita dengan pelbagai tapakrekreasi alam semula jadi. Pelbagai rekod sejarah manusiamenunjukkan betapa sumber geologi telah begitu banyakmenyumbang dalam pembangunan tamadun manusia danterus memainkan peranan dalam kehidupan manusiaseharian. Gabungan pelbagai nilai ini telah dijadikanpanduan bagi ahli geosains dalam menamakan sumbergeologi tertentu sebagai sumber geowarisan yang kritikaldan perlu dipelihara daripada ancaman kerosakan dankemusnahan berkekalan (Ibrahim Komoo 1998, 2003).

Warisan Geologi telah didefinisikan oleh UNESCOsebagai: 1) fitur tabii yang mengandungi bentuk fizikalbernilai unggul dari aspek saintifik dan estetik; 2) formasigeologi yang mengandungi kepelbagaian flora dan faunaterancam atau mempunyai nilai tinggi dari aspek saintifikatau pemuliharaan; dan 3) tapak atau kawasan semulajadi yang mempunyai nilai tinggi daripada aspek saintifik,keindahan tabii dan pemuliharaan. Bagaimanapun,definisi yang sedikit berbeza telah diberikan olehnegara berlainan bagi memenuhi pelbagai pendekatanyang diambil dalam usaha masing-masing untukmempertahankan fitur-fitur geologi penting yang diancamkemusnahan, baik oleh kesan antropogenik mahupunakibat proses tabii.

Secara umumnya, sumber geowarisan dapatdikategori kepada dua, iaitu warisan tampak dan warisantidak tampak. Sumber geowarisan tampak merupakanwarisan fizikal atau ekstrinsik yang berupa pelbagaimineral dan batuan eksotik, fosil, rupaBumi yang unikdan landskap geologi yang menarik. Sesetengah sumberdan landskap geologi mempunyai nilai estetik dan budayayang tinggi dan telah sekian lama disimpan dandipertahankan, malah sesetengahnya dipuja dan

disembah oleh pelbagai kelompok masyarakat silam danjuga sesetengah masyarakat hari ini. Sumber geowarisantidak tampak pula merupakan warisan intrinsik berupasejarah pembentukan serta pelbagai maklumat saintifikpenting berkaitan sesuatu sumber geologi, termasuklahsejarah penemuan dan utilisasi sumber oleh manusia.Rekod eksploitasi sumber geologi seringkali berkaitandengan sejarah pertempatan di beberapa bandar danbandaraya besar di serata dunia hari ini.

Kewujudan dan sifat sesuatu sumber geowarisanamatlah pelbagai. Oleh itu, kaedah untuk memuliharasumber geowarisan juga pelbagai. Namun, secaraumumnya sumber geowarisan dipulihara dalam duabentuk, iaitu melalui pemuliharaan in-situ dan ex-situ(Kollmann 2002, Mohd Shafeea Leman 2002).Pemuliharaan in-situ dilakukan bagi sesuatu kawasanberkeluasan tertentu yang kaya khazanah geowarisanberstatus geotapak warisan dan dikawal selia oleh institusibertanggungjawab. Pemuliharaan ex-situ pula dilakukanbagi artifak geowarisan bersaiz kecil yang disimpan olehkurator bertauliah dalam koleksi bersistem dan terkawalselia atau dipamerkan oleh institusi yang diiktiraf sepertimuzium alam semulajadi dan muzium geologi.

GEOWARISAN DAN LANGKAWI GEOPARK

Dari sudut geosains, kebanyakan sumber geologi dibentuksecara tabii beberapa kilometer di bawah permukaan Bumi.Oleh itu, kewujudan dan kekayaan sumber geowarisan disesuatu wilayah sangat berkait rapat dengan kewujudanbatuan yang terdedah di permukaan akibat pelbagaiproses geologi yang menyingkap penutup batuan ini padamasa lampau. Sehubungan itu, didapati negara beriklimtropika seperti Malaysia memiliki singkapan batuan yangterhad akibat ketebalan tanah yang menutupinya. Inidisebabkan ketinggian suhu dan lembapan yangmerancakkan tindak balas kimia dan yang pula mengubahbatuan menjadi tanah bagi menutupi permukaan Bumi.Bagaimanapun, Langkawi Geopark amat bertuah keranawujudnya singkapan batuan yang agak meluasdisebabkan kewujudan banyak batuan yang lebih tahanterhadap luluhawa dan kehadiran musim kering yangrelatifnya lebih panjang dari kebanyakan bahagian lain diMalaysia.

GEOLOGI LANGKAWI GEOPARK

Kelimpahan singkapan batuan telah menarik perhatianramai ahli geosains dari dalam dan luar negara mengkajipelbagai aspek geologinya walaupun kedudukankepulauan ini agak terasing hinggakan potensi ekonomisumber geologi di sini agak rendah berbanding di tanahbesar Semenanjung Malaysia. Beberapa tapak geologi dikepulauan Langkawi telah dijadikan tapak lawatantahunan oleh kumpulan pelajar geologi dari universiti

Page 4: Pemuliharaan Geowarisan di Langkawi Geopark, Malaysiajournalarticle.ukm.my/576/1/1.pdf · dan rantau. Antaranya termasuk unit batuan dan fosil paling tua, jujukan peristiwa geologi

22 Akademika 80

tempatan sejak awal tahun 1970-an walaupun ketika itukeadaan infrastruktur asas di kepulauan ini amat daif.Kajian mendalam oleh mereka ini telah menjadikan geologiLangkawi Geopark antara yang terbaik pernah direkodkandi negara ini. Memoir Geological Survey of Malaysiaoleh Jones (1981) merupakan antara dokumen palinglengkap mengenai geologi kepulauan Langkawi termasukpenamaan unit-unit batuan Formasi Machinchang,Formasi Setul, Formasi Singa, Formasi Chuping dan GranitGunung Raya.

Geologi Langkawi Geopark sebahagian besarnyadibentuk oleh batuan sedimen berusia Paleozoik (545-245juta tahun), bermula dari usia Kambria (Paleozoik Awal)hinggalah usia Perm (Paleozoik Akhir). Usia Kambria (545-505 juta tahun) diwakili oleh batuan FormasiMachinchang, manakala usia Perm diwakili oleh batuanFormasi Chuping. Di antara kedua unit batuan ini terdapatbatuan Formasi Setul (usia Ordovisi – Devon Tengah)dan Formasi Singa (Devon Akhir – Perm Awal). Kewujudanformasi batuan sedimen berlainan ini dapat dibezakan darilandskap yang terpapar di kawasan berkenaan, kecualiantara batuan Formasi Setul dan Formasi Chuping yangkedua-duanya merupakan unit batu kapur yang cumaberbeza dari segi usia.

Batuan Formasi Machinchang yang membentukPergunungan Machinchang dicirikan oleh perbukitantinggi yang didominasi oleh rabung-rabung tajam dipuncaknya. Landskap Machinchang ini dibina olehlapisan-lapisan tebal batu pasir tulen yang tidakmembentuk lapisan tanah yang sangat tebal. Formasi Setuldan Formasi Chuping merupakan unit batu kapur yang

dicirikan oleh bukit rendah hingga sederhana tinggidengan tebing hampir tegak hingga tegak dan puncakhampir rata hingga membulat seringkali diwakili olehpinakel-pinakel tajam. Landskap batu kapur begini dikenalisebagai landskap kars yang turut mempamerkan guapelbagai bentuk dan saiz dan dipenuhi pelbagai bentukstruktur dalaman gua yang khusus, lembah tertutup yangdinamakan wang atau dolina, tasik dolina, saliran bawahtanah, gua laut dan gerbang laut. Di kepulauan Langkawiunit batu kapur Formasi Setul adalah lebih dominanberbanding Formasi Chuping yang terhad di kawasansekitar Kampung Kisap, timur laut Bandar Kuah, bahagianbarat Pulau Dayang Bunting serta pulau-pulau di baratnya.

Kawasan barat daya Pulau Langkawi serta kepulauandi barat daya Langkawi dicirikan oleh perbukitan rendahberalun yang kebanyakannya dibentuk oleh batu lumpurberwarna hitam serta sedikit batu pasir berwarnakekuningan. Batu lumpur dan batu pasir yang mewakilisebahagian daripada Formasi Singa ini turut ditemui disekitar puncak dan sayap sektor timur Gunung Raya. Granitpula lazimnya dicirikan oleh landskap perbukitanberketinggian sederhana hingga agak tinggi dengan profilberbentuk kon bercerun landai seperti yang kelihatan diGunung Raya dan Bukit Panchor di Pulau Langkawi sertabeberapa bukit di bahagian barat Pulau Tuba dan baratlaut Pulau Dayang Bunting. Bukit Sawar, bagaimanapunmenunjukkan landskap granit yang agak aneh dankelihatan seakan-akan landskap batuan sedimen danfenomena ini masih belum dijelaskan dengan baik olehahli geosains. Taburan formasi batuan di kepulauanLangkawi adalah seperti dalam Peta 1.

PETA 1. Taburan Formasi Batuan, Taman Georimba (Geoforest Park), Monumen Geologi(Geological Monuments) dan Geotapak Terpelihara (Protected Geosites)

Sumber: Mohd Shafeea Leman et al. (2007a)

Page 5: Pemuliharaan Geowarisan di Langkawi Geopark, Malaysiajournalarticle.ukm.my/576/1/1.pdf · dan rantau. Antaranya termasuk unit batuan dan fosil paling tua, jujukan peristiwa geologi

Pemuliharaan Geowarisan di Langkawi Geopark, Malaysia 23

GEOWARISAN LANGKAWI GEOPARK

Rentetan penerbitan hasil kajian pemetaan geologi dikepulauan Langkawi oleh Jones (1961), pelbagai isugeologi khusus telah didebatkan oleh ahli geosainsterkemudian. Antara isu yang banyak dibincangkantermasuk isu tentang usia, susunan jujukan, sekitaranpengenapan dan struktur canggaan bagi unit batuantertua di Langkawi oleh Lee (1983), Mohd Shafeea Leman(1997a) dan Ibrahim Abdullah et al. (1997). Isu strukturgeologi Langkawi, khususnya tentang keadaan danperanan Sesar Kisap dalam penyusunan jujukan batuandi Langkawi dan sejarah tektonik rantau pula menjadiperdebatan hangat antara Koopmans (1965), Kimura &Jones (1967), Tan (1981), Ibrahim Abdullah (1985) danMohd Shafeea Leman & Shi (1998). Satu lagi isu rantauialah tentang penafsiran diamiktit atau struktur batu jatuhdan fauna iklim sejuk yang berasosiasi dengannya dalammengaitkan Langkawi dan Gondwanaland yang begitubanyak dibincangkan oleh Staufffer & Mantajit (1981),Stauffer & Lee (1987), Shi et al. (1997), Mohd ShafeeaLeman (1997b, 1997c, 2000) dan Mohd Shafeea Leman &Asmaniza Yob (2002).

Perdebatan hebat dalam kalangan ahli geosains inimenunjukkan wujudnya pelbagai sumber geologi yangamat penting dari sudut saintifik yang memerlukanhuraian berskala rantau dan global. Kepentingan geologiini telah dijadikan asas kepada perbincangan lanjutmengenai aspek geowarisan kepulauan Langkawi yangsebahagian besarnya dikaji oleh penyelidik tempatan.Ini ditambah pula dengan aspek penyelidikan berkaitannilai estetik, budaya dan rekreasi yang barudikembangkan pada awal abad ke-21 ke atas tapak-tapakgeowarisan tertentu di Langkawi. Hasil pengumpulandata secara berterusan, Yunus Abdul Razak et al. (2001)telah menyenaraikan 20 geotapak bernilai warisan dikepulauan Langkawi, manakala Mohd Shafeea Leman etal. (2007a) menyatakan terdapat 90 geotapak bernilaiwarisan di Langkawi. Bagaimanapun hanya 28 daripadajumlah geotapak ini yang telah dikaji dan didokumentasisecara lebih terperinci sedangkan yang lainnya hanyasekadar disenarai untuk tujuan kajian lanjutan. Maklumatlebih lanjut mengenai sumber geologi dan geowarisanLangkawi dapat dilihat dalam buku bertajuk LangkawiGeopark (Mohd Shafeea Leman 2007a) yang merupakan

RAJAH 1. Jujukan Peristiwa Penting dalam Sejarah Pembentukan Kepulauan LangkawiSepanjang Era Paleozoik (Kambria – Perm) Hingga Zaman Trias

Serta Jenis-Jenis Batuan yang Menjadi Bahan BuktinyaSumber: Mohd Shafeea Leman et al. (2007a)

Page 6: Pemuliharaan Geowarisan di Langkawi Geopark, Malaysiajournalarticle.ukm.my/576/1/1.pdf · dan rantau. Antaranya termasuk unit batuan dan fosil paling tua, jujukan peristiwa geologi

24 Akademika 80

hasil penulisan semula bahan daripada dossier yangdimajukan oleh Langkawi Geopark pada akhir tahun 2006kepada pihak UNESCO untuk mendapatkan pengiktirafansebagai geopark global.

Dalam mengajukan permohonan bagi mendapatkanstatus global geopark yang disokong oleh UNESCO,Mohd Shafeea Leman et al. (2006) telah meringkaskankeunikan geowarisan Langkawi dengan hanyamenonjolkan tiga fitur utama iaitu: 1) keindahan landskapkars kepulauan tropika terindah di rantau ini yangdiadunkan bersama hutan bakau di Lembah Kilim-Kisapserta di Pulau Dayang Bunting-Pulau Tuba, 2) kehadiranjujukan batuan yang lengkap mewakili sejarahpengenapan sedimen sepanjang Era Paleozoik (545-245juta tahun) (Rajah 1) dengan kehadiran bukti batuandan fosil tertua di rantau ini serta penyusunan jujukanbatuan yang unik, dan 3) kehadiran struktur sedimen,fosil dan struktur geologi sekunder terbaik sebagai buktiyang mensabitkan Langkawi dengan superbenuaGondwana dan peristiwa pergerakan benua-benua yangmembentuk Bumi Asia sekarang ini. Semua iniditonjolkan dalam tajuk-tajuk berkaitan pemuliharaangeotapak-geotapak tertentu serta tiga taman georimbaatau geoforest park yang pertama kali diperkenalkan diLangkawi Geopark.

KEPELBAGAIAN GEOWARISAN

Dari aspek kepelbagaian geowarisan, Mohd ShafeeaLeman et al. (2007a) menunjukkan bahawa sumbergeowarisan Langkawi Geopark mewakili semua kategorikepelbagaian geologi seperti yang digariskan oleh KWGM.Ini termasuk kepelbagaian mineral, batuan, fosil, struktursedimen, struktur sekunder, rupaBumi dan landskap(Jadual 1).

NILAI DAN TARAF GEOWARISAN

Mohd Shafeea Leman et al. (2007a) telah menyenaraikankesemua geotapak yang telah diperihalkan dalam bukuLangkawi Geopark. Bagaimanapun, mereka tidakmenyentuh tentang nilai dan taraf warisan bagi geotapakini kerana kekurangan kajian khusus mengenai tarafwarisan. Senarai tersebut dituliskan kembali dalam Jadual1 di bawah bagi memasukkan jenis kepelbagaian dan juganilai serta taraf tentatif warisan berdasarkan nota-notakepentingan saintifik yang pernah dinyatakan dalamMohd Shafeea Leman et al. (2007a) atau dalam penerbitanlain. Nilai dipertimbangkan dari sudut kepentingan saintifikatau intrinsik, estetik, budaya dan rekreasi, manakala tarafdikira dari kepentingan tempatan, daerah, negeri, negaradan rantau atau antarabangsa.

JADUAL 1. Geotapak Warisan di Langkawi Geopark – Kepelbagaian, Nilai, Taraf dan Status Pemuliharaannya

Bil. Geotapak Nota Geologi Kepelbagaian Nilai Taraf StatusPemuliharaan

1 Pulau Baki Anak Datai Strata tertua, pulau baki, batuan, saintifik, rantau tak pastitombolo bermusim rupaBumi, estetik,

landskap rekreasi

2 Air Terjun Temurun Jujukan batu pasir tebal, batuan, saintifik, daerah Hutansesar, air terjun tertinggi struktur, estetik, Rekreasi

landskap rekreasi

3 Struktur Sedimen Struktur sedimen yang baik struktur sedimen, saintifik, negara HutanPantai Pasir (kesan beban, struktur struktur hakisan estetik, RekreasiTengkorak nyalaan), tafoni rekreasi

4 Lapisan Fosil Pulau Fosil tertua (trilobite, fosil, struktur saintifik, rantau HutanJemuruk – Tanjung Buta brakiopod), fosil surih sedimen estetik Simpan

Kekal

5 Pinakel Kubang Badak Pinakel batu kapur rupaBumi, saintifik, daerah tak pastiberpemandangan indah landskap estetik

6 Pantai Pasir Hitam Pasir unik berwarna hitam mineral saintifik, rantau tak pasti(tourmalin, ilmenit) rekreasi

7 Lapisan Fosil Sungai Fosil (brakiopod, bryozoa) fosil, struktur saintifik, rantau tak pastiItau – Kilim iklim sejuk sedimen estetik

8 Gua Cherita Gua batu kapur, cherita rupaBumi, saintifik, tempatan Hutanlegenda landskap estetik, Rekreasi

rekreasi

9 Pinakel Kuala Kilim Pinakel batu kapur rupaBumi, saintifik, daerah Hutanberpemandangan indah landskap estetik Simpan

Kekal

Page 7: Pemuliharaan Geowarisan di Langkawi Geopark, Malaysiajournalarticle.ukm.my/576/1/1.pdf · dan rantau. Antaranya termasuk unit batuan dan fosil paling tua, jujukan peristiwa geologi

Pemuliharaan Geowarisan di Langkawi Geopark, Malaysia 25

10 Gua Kelawar Terowong, takik laut kuno, rupaBumi, saintifik, daerah Hutanrekod kepelbagaian biologi landskap estetik Simpan

Kekal11 Rintisan Teluk Keratan tip stratigrafi, fosil, batuan, fosil saintifik, rantau Hutan

Mempelam lokaliti tip fosil estetik SimpanKekal

12 Tasik Langgun Tasik dolina rupaBumi, saintifik, tempatan Hutanlandskap estetik, Simpan

rekreasi Kekal

13 Lapisan Fosil Anak Fosil (gastropod, sefalopod), fosil, rupaBumi saintifik, rantau HutanTikus lokaliti tip fosil, pulau baki estetik Simpan

Kekal14 Aras Laut Kuno Teluk Rekod takik laut tertinggi fosil, rupaBumi saintifik rantau Hutan

China Mati zaman Holosen (bivalvia, Simpangastropod) Kekal

15 Granit Burau Fitur hakisan granit, pulau batuan, saintifik, tempatan Hutanbaki rupaBumi, estetik, Simpan

landskap rekreasi Kekal

16 Air Terjun Telaga Sentuhan batuan F. batuan, saintifik, negeri HutanTujuh Machinchang - granit, air rupaBumi, estetik, Rekreasi

terjun, lubang periuk landskap rekreasi

17 Sisa Bumbung Gunung Sentuhan batuan F. Singa - batuan, mineral, saintifik, negeri tak pastiRaya granit, hornfels, tourmalin estetik

18 Breksia Kisap Batu kapur terbreksi, sesar batuan, struktur saintifik rantau tak pastisekunder

19 Batu Jatuh Pulau Struktur batu jatuh dan struktur sedimen, saintifik, rantau HutanTepor nendatan, fosil surih batuan, fosil estetik, Simpan

rekreasi Kekal

20 Pentas Abrasi Pulau Pentas hakisan dasar ombak, batuan, saintifik, negara tak pastiUlar takik laut, struktur nendatan, rupaBumi, estetik,

fosil surih, batu jatuh landskap rekreasi

21 Sempadan Transisi Sempadan transisi batu pasir batuan saintifik, rantau HutanPulau Singa Kechil - batu kapur, batu jatuh, estetik Simpan

nendatan Kekal

22 Batu Kapur Pulau Jong Batu kapur berfosil batuan, fosil saintifik, tempatan Hutanestetik Simpan

Kekal

23 Gua Pasir Dagang Sentuhan granit – marmar batuan, mineral saintifik, tempatan Hutanestetik, Simpanrekreasi Kekal

24 Tasik Dayang Bunting Tasik dolina batuan, landskap saintifik, negara Hutanestetik, Rekreasirekreasi

25 Gerbang Laut Pulau Pulau, gua, gerbang dan takik batuan, saintifik, daerah HutanLima laut rupaBumi, estetik, Simpan

landskap rekreasi Kekal

26 Sil Terlipat Teluk Sil granit terlipat, sentuhan batuan, struktur saintifik, negara HutanTuba granit - marmar sekunder estetik Simpan

Kekal

27 Boudin Pulau Tuba Kanta sil dalam marmar batuan, struktur saintifik, negeri Hutansekunder estetik Simpan

Kekal

28 Skarn Pulau Bumbun Zon pemineralan pada batuan, mineral saintifik, daerah Hutansentuhan granit - marmar estetik Simpan

Kekal

Page 8: Pemuliharaan Geowarisan di Langkawi Geopark, Malaysiajournalarticle.ukm.my/576/1/1.pdf · dan rantau. Antaranya termasuk unit batuan dan fosil paling tua, jujukan peristiwa geologi

26 Akademika 80

PEMULIHARAAN GEOWARISAN LANGKAWIGEOPARK

Setelah sepuluh tahun konsep geopark dibangunkan diEropah masih ramai dalam kalangan anggota masyarakatawam yang terkeliru geopark sebagai entiti pemuliharaan.Geopark sebenarnya adalah satu konsep pembangunanyang dirancang untuk kawasan yang kaya sumbergeowarisan, tetapi agak kurang sesuai untukpembangunan sosio-ekonomi utama yang lain sepertiperindustrian, perdagangan dan pertanian intensif, namunsesuai untuk pembangunan industri pelanconganberasaskan landskap geologi atau sumber geowarisan lain.Dalam hal ini pemuliharaan sumber geowarisan hanyamerupakan satu komponen kecil tetapi amat penting didalam sesebuah geopark demi mengekalkan kekayaansumber geowarisan yang menjadi asas industripelancongan lestari ataupun geopelancongan. UNESCOjuga tidak pernah menetapkan sebarang bentukpemuliharaan yang perlu dilaksanakan oleh sesebuahgeopark, hanya sekadar menegaskan tentang perlunyawujud usaha pemuliharaan sumber geowarisan.

Pemuliharaan geowarisan, menurut definisi Burek &Prosser (2008) adalah tindakan yang diambil dengan niatmemulihara dan meningkatkan fitur, proses, tapak danspesimen geologi dan geomorfologi. Dalam senario globalhari ini, geopark berlainan telah menggunakan pendekatanberlainan dalam usaha masing-masing menjaga identitikepelbagaian geowarisan mereka. Beberapa geoparkglobal di Asia dan Eropah umpamanya memiliki geotapakataupun tapak warisan tabii yang telah pun tersenaraidalam UNESCO World Heritage List. Geopark global lainpula mempunyai sejumlah geotapak yang dipulihara dalamtaman negara, monumen geologi atau tapak terpelihara.

Di kepulauan Langkawi, pemuliharaan sumbergeowarisan adalah satu inisiatif baru yang bergerak seiringdengan inisiatif pembangunan geopark yang dipeloporioleh Kumpulan Warisan Geologi Malaysia (KWGM)dengan sokongan padu Lembaga PembangunanLangkawi (LADA), Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)dan Majlis Daerah Langkawi (MDL). Sebelum ini aktivitipemuliharaan hanya bertumpu kepada pemuliharaanhutan (paya bakau dan dipterokap gunung) di bawahentiti Hutan Simpan Kekal (16 buah) dan Hutan Rekreasi(7 buah). Namun, pada tahun 1999 Ibrahim Komoo telahmemberikan beberapa cadangan pemuliharaan sumbergeowarisan tentatif untuk Langkawi denganmenggunakan konsep taman geologi, monumen geologidan tapak terpelihara serta landskap berpandangan indahnamun tidak pula mengulas tentang mekanismepemuliharaannya. Konsep ini diterima pakai oleh parapenyelidik yang berusaha membangunkan Langkawisebagai sebuah geopark hinggalah pada tahun 2004apabila Shaharuddin Ismail dan rakan-rakanmencadangkan pengubahsuaian kepada sebahagianHutan Simpan Kekal di Langkawi yang berada dalam

kawasan litupan taman geologi (Ibrahim Komoo 1999)menjadikannya taman georimba atau geoforest park. Olehitu, kini sumber geowarisan di dalam Langkawi Geoparkdipulihara melalui empat entiti pemuliharaan utama, iaitusebagai taman georimba, monumen geologi, tapakterpulihara dan landskap berpandangan indah.

TAMAN GEORIMBA

Konsep taman georimba adalah konsep pemuliharaanyang pertama kali diperkenalkan di Langkawi pada tahun2004. Konsep ini mengintegrasikan sumber tumbuhanhutan semula jadi dan sumber geowarisan yangmenghasilkan panorama landskap geologi yang indahbagi tujuan pemuliharaan kedua-dua jenis sumber(Shaharuddin Mohamad Ismail et al. 2004, 2005; MohdShafeea Leman & Ibrahim Komoo 2006). Dalam konteksini, sumber geowarisan dikenal pasti sebagai unsur utamayang menyumbang ke arah aktiviti berkaitanpelancongan, rekreasi dan pendidikan. MenurutShaharuddin Mohamad Ismail et al. (2004) seterusnyataman georimba yang dikawal selia oleh JabatanPerhutanan akan menyediakan peluang terbaik untukpenyelidikan multidisiplin ke arah pemahaman yang lebihbaik tentang perhubungan dan saling bergantungnyapelbagai jenis batuan dan biota yang seringkali endemikkepada batuan tertentu. Buku bergambar GeoforestParks – Hanging Gardens of Langkawi olehShaharuddin Mohamad Ismail et al. (2005)sesungguhnya telah berjaya menarik perhatian pembacadan pengusaha ekopelancongan di kepulauan Langkawi.

Tiga buah taman georimba yang diisytiharkan olehJabatan Perhutanan pada tahun 2005 telah pun banyakmembantu mempercepatkan usaha LADA dan UKM untukmendapatkan status global geopark daripada pihak GGNUNESCO. Taman-taman georimba tersebut adalah Taman-Taman Georimba Kambria Machinchang, Kars Kilim danMarmar Dayang Bunting (Peta 1). Antara yangdiperagakan oleh Taman Georimba Kambria Machinchangadalah keseluruhan unit batuan Formasi Machinchangyang berusia Kambria dengan unit batuan dan fosil tertuadi Malaysia dan rantau ini yang mana di dalamnya terdapatspesies buluh memanjat yang unik dan pokok tongkat Ali(Eurycoma longifolia). Taman Georimba Kars Kilim pulamempromosi batu kapur tertua di rantau ini denganpelbagai landskap kars kepulauan yang sangat indahdengan spesies bogak Cycas clivicola yang hiduptergantung di dinding bukit dan batu kapur yang amatkaya dengan pelbagai jenis fosil gastropod, sefalopod,trilobit, graptolit dan konodon. Paya bakau di sinimenambahkan lagi kecantikan landskap alam semula jadi,sebahagian bakau ini tumbuh di atas lantai batu kapur.Taman Georimba Marmar Dayang Bunting pulamemperagakan batu kapur yang kebanyakannya telahbertukar menjadi marmar dengan kars kepulauan yangamat indah serta misteri pembentukan Tasik DayangBunting yang penuh legenda. Taman georimba yang

Page 9: Pemuliharaan Geowarisan di Langkawi Geopark, Malaysiajournalarticle.ukm.my/576/1/1.pdf · dan rantau. Antaranya termasuk unit batuan dan fosil paling tua, jujukan peristiwa geologi

Pemuliharaan Geowarisan di Langkawi Geopark, Malaysia 27

masih kurang dijelajahi ini turut menunjukkan kehadiranpalma Maxburretia gracilis yang hidup di celah-celahrekahan pada dinding bukit endemik kepada kepulauanselatan Langkawi.

MONUMEN GEOLOGI

Konsep monumen geologi ini adalah konsep yang telahpun diguna pakai di beberapa buah negara maju di Eropahdan di Jepun di mana beberapa geotapak dalam satukawasan agak luas yang turut berasosiasi dengankepelbagaian landskap geologi dipulihara untuk menjaganilai saintifik dan estetiknya (Ibrahim Komoo 1998, 1999).Beberapa buah kawasan telah dicadangkan oleh IbrahimKomoo (1999) dan Mohd Shafeea Leman et al. (2007a)untuk dijadikan monumen geologi di Langkawi.Antaranya termasuklah monumen-monumen geologiPulau Singa Kechil, Pulau Ular dan Pulau Anak Tikus(Peta 1). Pulau Singa Kechil mempamer landskap indahberbentuk kepala Singa bagi pulau kecil yangmengandungi tapak peralihan antara dua formasi batuanberlainan jenis (Jadual 1). Pulau Ular pula mempamerlandskap bukit-bukit yang disambungkan oleh pentashakisan ombak kuno yang begitu luas menjadikannyaseolah-olah seekor ular yang sedang berlari di sampingpelbagai fitur geologi penting seperti dalam Jadual 1.Sementara itu, Pulau Anak Tikus adalah pulau baki yangturut mempamer takik dan gerbang laut, namun tarikanpulau ini adalah kekayaan fosilnya yang berlimpah-limpah. Kesemua monumen geologi ini adalah dikawalselia di bawah Hutan Simpan terpelihara.

GEOTAPAK TERPELIHARA

Kebanyakan geotapak terpelihara terhad kepada satukawasan kecil yang mengandungi satu atau beberapakepelbagaian geowarisan bernilai saintifik tinggi yangperlu dipulihara untuk tujuan pendidikan danpenyelidikan. Sebahagiannya turut mempunyai nilaiestetik dan rekreasi seperti yang tersenarai dalam Jadual1. Di Langkawi, sebanyak 90 geotapak telah pundisenaraikan oleh Kumpulan Warisan Geologi Malaysiadan 28 daripadanya telah diperihalkan (Jadual 1).Sebahagian besar daripada geotapak ini berada dalamkawasan geoforest park dan monumen geologi yangmerupakan sebahagian daripada Hutan Simpan KekalLangkawi. Sebahagian yang berada di tanah milikpersendirian masih belum dapat dipastikan statuspemuliharaannya.

LANDSKAP BERPEMANDANGAN INDAH

Lazimnya ini merupakan kawasan luas yang mempunyaipelbagai landskap yang boleh dilihat secarakeseluruhannya atau sebahagiannya dari titik-titikpandang tertentu. Landskap ini boleh sepenuhnya terdiridaripada kawasan terpelihara atau boleh mengandungi

sebahagian kawasan milik persendirian. Pengekalanlandskap yang mempesonakan ini penting bagimengekalkan daya tarikan pelancongan bagi sesuatukawasan. Apa yang perlu dilakukan adalah denganmembina lebih banyak titik-titik pandang yang mesra alamsupaya landskap berpandangan indah ini dapat dihayatidari pelbagai sudut berlainan. Antara landskap menarikdi kepulauan Langkawi adalah landskap perbukitan dankepulauan kars yang tersebar di sebelah timur kepulauanLangkawi menganjur dari utara hingga ke selatan, GunungMachinchang, Gunung Raya dan Selat Kuah.

Kebanyakan geotapak sumber geowarisan diLangkawi Geopark berada dalam kawasan hutan simpankekal. Oleh itu, hingga ke saat ini hampir kesemua sumbergeowarisan dipulihara di bawah Akta PerhutananKebangsaan 1984 yang dikawal selia oleh JabatanPerhutanan. Beberapa geotapak bagaimanapun, beradadi luar kawasan hutan simpan kekal dan masih belummempunyai entiti pemuliharaan tertentu. Padahakikatnya, sumber ini masih terdedah kepada potensikemusnahan jika dieksploit secara tidak lestari. Usahalanjut harus segera dilakukan untuk menyelamatkansumber geowarisan ini dari kemusnahan. Pelbagaiperundangan sedia ada seperti Akta KajiBumi 1974 danAkta Perancang Tanah dan Desa 1976 mungkin bolehdigunakan bagi tujuan pemuliharaan sumber geowarisanini.

ISU PEMULIHARAAN

Pada hakikatnya, hari ini sumber geowarisan di LangkawiGeopark berdepan dengan beberapa isu penting yangboleh menyumbang ke arah ketaklestarian sumber itusendiri. Ini adalah kerana industri geopelancongan yangdianjurkan dalam konsep geopark itu sendiri akanmemberikan impak negatif kesejahteraan alam sekitarsekiranya tidak dilakukan mengikut perancangan yangrapi. Sebahagian daripada isu ini memerlukan perhatianserius dan tindakan segera pelbagai agensibertanggungjawab bagi mengelakkan sumber yang telahpun dikenal pasti ketinggian warisannya daripadatermusnah akibat tangan manusia sendiri.

ISU KEUPAYAAN TAMPUNGAN

Kehadiran pelancong yang terlalu ramai pastinya akanmenurunkan kualiti alam sekitar di geotapak yangdikunjungi. Untuk itu amat penting dilakukan kajiankeupayaan tampungan sesuatu geotapak yang dijadikantapak pelancongan agar kehadiran pelancong tidakmemudaratkan sekitaran fizikal dan biologi tapak tersebut.Hasil kajian ini amat perlu untuk dijadikan panduan pihakpengurus tapak dalam menentukan had maksimumkemasukan pelancong pada satu-satu ketika. Antaralangkah mitigasi yang perlu diambil bagi mengatasi isuini seterusnya adalah dengan menjelajahi potensi

Page 10: Pemuliharaan Geowarisan di Langkawi Geopark, Malaysiajournalarticle.ukm.my/576/1/1.pdf · dan rantau. Antaranya termasuk unit batuan dan fosil paling tua, jujukan peristiwa geologi

28 Akademika 80

geotapak-geotapak baru yang boleh menggantikangeotapak yang akan menghadapi masalah keupayaantampungan. Penyediaan tapak alternatif akan dapatmengurangkan tekanan terhadap alam sekitar di tapakpelancongan khususnya yang berkaitan alam semula jadiseperti tapak geowarisan.

ISU PENGUATKUASAAN

Isu ini adalah berkaitan dengan anasir yang merosakkantapak yang didatangi pelancong termasuk jenayahpengekstrakkan sumber, pembuangan sampah, grafiti danvandalisme. Walaupun perundangan tertentu telah wujuddan jelas, namun kekurangan tenaga penguat kuasa diLangkawi untuk menghalang aktiviti jenayah ini telahdikenal pasti sebagai isu penting berhubunganpembangunan lestari sumber geowarisan. Isu ini agaksukar ditangani kerana penguat kuasaan undang-undangdi negara ini bersifat agak sektoral sedangkanpengambilan penguatkuasa atau renjer hutan adalah dibawah budi bicara kerajaan persekutuan. Namun, atassaranan GGN UNESCO pelbagai pihak berkuasa tempatan,penyelidik dan badan bukan kerajaan telah berusaha kerasmenerapkan kesedaran Langkawi Geopark melalui pelbagaiaktiviti termasuk kursus-kursus dan ceramah berterusankepada pemandu pelancong dan pelajar sekolah diLangkawi di samping aktiviti interaktif dalam kalanganpelajar sekolah serta aktiviti gotong-royong membersihkanpantai yang turut melibatkan penduduk tempatan. Inisiatifpeningkatan keupayaan sebegini, selain dapatmenyedarkan pelbagai lapisan masyarakat Langkawitentang konsep, pelaksanaan dan matlamat pembangunangeopark, dapat menerapkan sikap murni tentangpenjagaan alam sekitar dalam kalangan mereka. Adalahdiharapkan kesedaran tinggi dalam kalangan pelbagailapisan masyarakat Langkawi dapat mengurangkan kesannegatif terhadap alam sekitar akibat angkara manusia tidakbertanggungjawab ini. Mereka yang terlibat dalam industripelancongan pula diharapkan dapat bertindak sebagaipemantau aktiviti tidak mesra alam yang dilakukan olehpengunjung geotapak warisan yang kini menjadi tarikanpelancong.

KESIMPULAN

Kekayaan sumber geologi berkepentingan saintifiktinggi dan landskap geologi luar biasa yang dianggapwarisan rantau oleh ahli geosains serta usahapemuliharaannya merupakan antara beberapa unsurpenting yang membolehkan Langkawi bergelar sebuahgeopark global. Sumber geowarisan di Langkawidipulihara sebagai tapak terpelihara di dalam beberapamonumen geologi, taman georimba dan hutan simpankekal demi mempertahankan kewibawaannya dalamusaha mengekalkan status Langkawi sebagai globalgeopark. Pemuliharaan sumber geowarisan di Langkawi

Geopark dilaksanakan oleh Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia yang dibantu oleh parapenyelidik bagi menangani isu berkaitan keupayaantampungan sesuatu geotapak serta usaha bersepadupelbagai pihak berkepentingan bagi menangani isutentang penjagaan alam sekitar.

PENGHARGAAN

Pengarang mengucapkan penghargaan tertinggi kepadaahli kumpulan Warisan Geologi Malaysia yang telahmenjalankan pelbagai penyelidikan untuk mewujudkangeowarisan di Kepulauan Langkawi. Terima kasih kepadaUniversiti Kebangsaan Malaysia yang telah menyalurkandana penyelidikan menerusi projek arus perdana no.UKM-AP-PLW-01-2009 untuk meneruskan usahapembangunan penyelidikan di Langkawi Geopark.

RUJUKAN

Burek, C. V. & Prosser, C. D. 2008. The History ofConservation: An Introduction. Dalam The History ofGeoconservation. Burek, C. V. & Prosser, C. D. (eds).Geological Society. London, Special Publication. 333: 1-5.

Eder, W.F.W. 2004. The Global UNESCO Network of Geoparks.Dalam Proceedings of the First International Conferenceon Geoparks. Zhao Xun, Jiang Jianjun, Dong Shuwen, LiMinglu & Zhao Ting (eds.). Geological Publishing House,Beijing. Hal. 1-3.

Ibrahim Abdullah. 1985. Sesar-sesar Utama di KepulauanLangkawi. Sains Malaysiana 14(1): 173-181.

, Mohd Shafeea Leman, Ibrahim Komoo,Che Aziz Ali & Kamal Roslan Mohamed 2000. GeotapakLangkawi – Mengenali Warisan Geologi Malaysia. Bangi:LESTARI UKM.

, Kamal Roslan Mohamed & Che Aziz Ali1997. Geologi Formasi Machinchang. Dalam WarisanGeologi Malaysia – Pemetaan Geowarisan dan PencirianGeotapak. Ibrahim Komoo, Mohd Shafeea Leman,Kadderi Md Desa & Ibrahim Abdullah (eds.). 149-168.Bangi: LESTARI UKM.

Ibrahim Komoo. 1998. Geologi Pemuliharaan. Dalam SekalungBudi Setitis Tinta – Festchrift buat Sham Sani SempenaHari Jadi ke-55. Mazlan Othman (ed). 43-52. Edisi Terhad.

. 1999. Geologi pemuliharaan KepulauanLangkawi. Dalam Warisan Geologi Malaysia – GeologiPemuliharaan untuk Pembangunan Geotop. IbrahimKomoo & Mohd Shafeea Leman (eds.). 3-31. Bangi:LESTARI UKM.

. 2003. Conservation Geology – ProtectingHidden Treasures of Malaysia. ASM Inaugural Lecture2003. Bangi: LESTARI UKM.

& Che Aziz Ali, eds. 2003. WarisanGeologi Langkawi. Bangi: LESTARI UKM.

& Patzak, M. 2008. Global GeoparksNetwork: An integrated Approach for GeoheritageConservation and Sustainable Use. Dalam Geoheritage ofEast and Southeast Asia. Mohd Shafeea Leman, Reedman,A. & Chen, S.P. (eds.). 1-13. Bangi: LESTARI UKM &CCOP.

Page 11: Pemuliharaan Geowarisan di Langkawi Geopark, Malaysiajournalarticle.ukm.my/576/1/1.pdf · dan rantau. Antaranya termasuk unit batuan dan fosil paling tua, jujukan peristiwa geologi

Pemuliharaan Geowarisan di Langkawi Geopark, Malaysia 29

, Marilah Sarman & Syafrina Ismail. 2001a.Langkawi Islands – the Candidatea for a Future Geopark.Dalam Warisan Geologi Malaysia – Pemetaan Geowarisandan Pencirian Geotapak. Ibrahim Komoo, Tjia, H. D. &Mohd Shafeea Leman (eds.). 475-480. Bangi: LESTARIUKM.

, Tjia, H. D. & Mohd Shafeea Leman, eds.2001b. Warisan Geologi Malaysia – Pemetaan Geowarisandan Pencirian Geotapak. Bangi: LESTARI UKM.

Jones, C.R. 1961. A Revision of the Stratigraphical Sequence ofthe Langkawi Islands, Federation of Malaya. Proceedingsof the Ninth Pacific Science Congress 12: 287-300.

.1981. Geology of Perlis, North Kedah andLangkawi Islands. Geological Survey of Malaysia DistrictMemoir 17.

Kimura, T. & Jones, C.R. 1967. Geological Structures in theNorthern and Southern Parts of the Langkawi Islands.Geology and Paleontology of Southeast Asia 3: 123-134.

Koopmans, B.N. 1965. Structural Evidence for a PalaeozoicOrogeny in Northwest Malaya. Geological Magazine 102:501-520.

Kollmann, H.A. 2002. In-situ and Ex-Situ GeologicalConservation. Dalam Warisan Geologi Malaysia –Penyelidikan dan Pembangunan Geowarisan. IbrahimKomoo & Mohd Shafeea Leman (eds.). 3-18. Bangi:LESTARI UKM.

McKeever, P.J. 2009. The UNESCO Network of NationalGeoparks – Geological Heritage and Sustainability. LestariPublic Lecture 7. Bangi: LESTARI UKM.

Mohd Shafeea Leman. 1997a. Fosil dalam Batuan FormasiMachinchang. Dalam Warisan Geologi Malaysia –Pemetaan Geowarisan dan Pencirian Geotapak. IbrahimKomoo, Mohd Shafeea Leman, Kadderi Md Desa & IbrahimAbdullah (eds.). 169-184. Bangi: LESTARI UKM.

. 1997b. Batuan Formasi Singa di PulauLangkawi. Dalam Ibrahim Komoo, Mohd Shafeea Leman,Kadderi Md Desa & Ibrahim Abdullah (eds.). WarisanGeologi Malaysia – Pemetaan Geowarisan dan PencirianGeotapak. 185-208. Bangi: LESTARI UKM.

1997c. The Age and Paleobiogeography ofBrachiopod Fauna Discovered in Pebbly Mudstone atKilim, Langkawi. Geological Society of Malaysia Bulletin40: 233-240.

2000. Langkawi dropstones: Mostoutsanding sedimentological features of Malaysia. DalamWarisan Geologi Malaysia – Pembangunan Sumber untukPemuliharaan dan Pelancongan Tabii. Ibrahim Komoo &Tjia, H. D. (eds.). 59-82. Bangi: LESTARI UKM.

. 2002. Kepelbagaian fosil dan kepentinganpemuliharaan. Dalam Warisan Geologi Malaysia –Penyelidikan dan Pembangunan Geowarisan. IbrahimKomoo & Mohd Shafeea Leman (eds.). 72-87. Bangi:LESTARI UKM.

& Ibrahim Komoo. 2006. GeoheritageConservation Planned for the Langkawi Geopark, Malaysia.Dalam Proceedings of the First International Symposiumon Development within Geoparks: Science andManagement. Zhao Xun, Jiang Jianjun, Dong Shuwen &Li Minglu (eds.). 1-3 & 153-160. Beijing: GeologicalPublishing House.

& Shi, G.R. 1998. The Permian of LangkawiIslands and Northwest Peninsular Malaysia WithComments on the Significance of the Kisap Thrust.Proceedings of the Royal Society of Victoria 110(1/2): 405-418.

, Kamarulzaman Abdul Ghani, NorhayatiAhmad, Kamal Roslan Mohamed, Che Aziz Ali, TanotUnjah & Sharina Abdul Halim. 2006. Langkawi Geopark,Malaysia. Official Dossier for Membership Applicationto UNESCO Global Network of National Geoparks. (tidakditerbitkan).

, Ibrahim Komoo, Kamal RoslanMohamed, Che Aziz Ali & Tanot Unjah 2007a. Geologyand Geoheritage. Dalam Langkawi Geopark. MohdShafeea Leman, Kamarulzaman Abdul Ghani, IbrahimKomoo & Norhayati Ahmad (eds.). 43-86. LESTARIUKM & LADA.

, Kamarulzaman Abdul Ghani, IbrahimKomoo & Norhayati Ahmad (eds.). 2007b. LangkawiGeopark. Bangi: LESTARI UKM.

, Ibrahim Komoo & Tanot Unjah. 2009.Historical Development of Geoheritage ConservationInitiatives in Malaysia. Dalam Warisan Geologi Malaysia– Ke Arah Memartabatkan Sumber Geowarisan. Che AzizAli, Mohd Shafeea Leman, Kamal Roslan Mohamed &Ibrahim Komoo (eds.). 241-256. Bangi: LESTARI UKM.

Shaharuddin Mohamad Ismail, Ibrahim Komoo & Mohd ShafeeaLeman 2004. Geo-forest Park: An Innovative ApproachTowards Geological Heritage Conservation withinPermanent Reserved Forest of Malaysia. Dalam WarisanGeologi Malaysia: Kerangka Teori dan PenilaianGeowarisan. Mohd Shafeea Leman & Ibrahim Komoo(eds.). 243-250. Bangi: LESTARI UKM.

, Ibrahim Komoo, Mohd Shafeea Leman,Kamal Roslan Mohamad, Che Aziz Ali, A. Latiff, NorhayatiAhmad, Wan Yusoff Wan Ahmad & Azman A. Rahman2005. Geoforest Parks – Hanging Garden of Langkawi.Kuala Lumpur: Penerbit Jabatan Perhutanan SemenanjungMalaysia & LESTARI UKM.

Shi, G.R., Mohd Shafeea Leman & Tan, B.K. 1997. EarlyPermian Brachiopods from the Singa Fomation of LangkawiIsland, Northwest Peninsular Malaysia: Biostratigraphicaland Biogeographical Implication. Proceedings of theInternational Conference on Stratigraphy and TectonicEvolution of Southeast Asia and the South Pacific. Bangkok,Thailand, 19-24 August 1997: Hal. 62-72.

Tan, B.K. 1981. On the Supposed Existence of the Kisap Thrustin Langkawi Islands, Northwest Peninsular Malaysia.Geological Society of Malaysia Bulletin 14: 127-134.

UNESCO Global Geopark 2008. Guidelines and Criteria forNational Geoparks seeking UNESCO’s assistance to jointhe Global Geoparks Network. http://www.globalgeopark.org/publish/portal1/tab183/

UNESCO Global Geopark 2010. Global Network of NationalGeoparks (assisted by UNESCO). http://www.globalgeopark.org/tabid/66/mid/388/english/tabid/59/Default.aspx

Yunus Abdul Razak, Saim Suratman & Zamilah Abdul Rahman2001. Laporan kemajuan pemetaan sumber warisan geologiKedah, Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka,

Page 12: Pemuliharaan Geowarisan di Langkawi Geopark, Malaysiajournalarticle.ukm.my/576/1/1.pdf · dan rantau. Antaranya termasuk unit batuan dan fosil paling tua, jujukan peristiwa geologi

30 Akademika 80

Perak dan Johor. Dalam Warisan Geologi Malaysia –Pemetaan Geowarisan dan Pencirian Geotapak. IbrahimKomoo, Tjia, H.D. & Mohd Shafeea Leman (eds.). 81-111. Bangi: LESTARI UKM.

Mohd Shafeea Leman1,2, PhD.1Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)2Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber AlamFakulti Sains dan TeknologiUniversiti Kebangsaan Malaysia43600 Bangi, Selangor,MALAYSIAEmail: [email protected]