pemuliharaan dan pembangunan kawasan sensitif alam sekitar ... · the municipal solid waste and ......

13
DRAF: 21/4/2014 Pemuliharaan Dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Bekas dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal

Upload: duongnguyet

Post on 08-Mar-2019

257 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pemuliharaan Dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar ... · the Municipal Solid Waste and ... sekolah, hospital dan pengambilan air ... lapang/hijau Solar/ extract gas Aktiviti

DRAF: 21/4/2014

Pemuliharaan Dan Pembangunan Kawasan

Sensitif Alam Sekitar (KSAS)

Bekas dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal

Page 2: Pemuliharaan Dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar ... · the Municipal Solid Waste and ... sekolah, hospital dan pengambilan air ... lapang/hijau Solar/ extract gas Aktiviti

Pemuliharaan Dan Pembangunan Kawasan

Sensitif Alam Sekitar (KSAS)

Bekas dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

2014

Page 3: Pemuliharaan Dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar ... · the Municipal Solid Waste and ... sekolah, hospital dan pengambilan air ... lapang/hijau Solar/ extract gas Aktiviti

Cetakan Pertama 2014 © Hakcipta

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Kesejateraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Hakcipta Terpelihara

Mana-mana bahagian dalam laporan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk cara,

sama ada dengan cara elektronik, gambar rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis

daripada Penerbit terlebih dahulu

Diterbitkan di Malaysia

oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

Semenanjung Malaysia Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Page 4: Pemuliharaan Dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar ... · the Municipal Solid Waste and ... sekolah, hospital dan pengambilan air ... lapang/hijau Solar/ extract gas Aktiviti

Pemberitahuan Garis panduan ini mengandungi 12 garis panduan yang perlu dibaca secara bersama iaitu-

GP007-A(1) : Garis Panduan Perancangan Pemuliharaan dan Pembangunan

(GPPPP) Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) – Pengenalan

GP007-A(2) : GPP Pembangunan Fizikal Pulau-Pulau dan Taman Laut (akan

diterbitkan pada 2014);

GP007-A(3) : GPPPP KSAS Persisiran Pantai;

GP007-A(4) : GPPPP KSAS Tadahan Air dan Sumber Air Tanah;

GP007-A(5) : GPPPP KSAS Dataran Banjir, Tanah Lembap, Bekas Lombong,

Tasik Dan Sungai;

GP007-A(6) : GPPPP KSAS Simpanan Mineral dan Bencana Geologi;

GP007-A(7) : GPPPP KSAS Bekas dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal;

GP007-A(8) : GPPPP KSAS Kawasan Pertanian Makanan;

GP007-A(9) : GPPPP KSAS Habitat Hidupan Liar;

GP007-A(10) : GPPPP KSAS Hutan Simpan Kekal;

GP007-A(11) : GPP Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi (telah

diterbitkan pada 2009); dan

GP007-A(12) GPPPP KSAS Warisan Kebudayaan dan Warisan Semulajadi .

Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama undang-undang, dasar Persekutuan dan Negeri,

GP Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi yang telah diluluskan oleh

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Ogos 2009 dan MNKT Ke 62 pada 17 September 2009,

GP Perancangan Pembangunan Fizikal Pulau-Pulau dan Taman Laut yang telah diluluskan oleh

Jemaah Menteri pada 1 November 2013 serta lain-lain keperluan pelbagai agensi teknikal berkaitan.

Garis panduan ini juga disediakan untuk menyokong garis panduan sedia ada jabatan-jabatan

Kerajaan dan agensi-agensi lain.

2014

Page 5: Pemuliharaan Dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar ... · the Municipal Solid Waste and ... sekolah, hospital dan pengambilan air ... lapang/hijau Solar/ extract gas Aktiviti

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN i

KSAS BEKAS DAN TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

ISI KANDUNGAN

1. LATAR BELAKANG 1

1.1 Definisi Kawasan Tapak Pelupusan Sisa 1

1.2 Kawasan Bekas dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Dalam Konteks KSAS 1

2. PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN 2

3. GARIS PANDUAN UMUM 2

3. 1 Mematuhi Dasar dan Perundangan Sedia Ada 2

4. GARIS PANDUAN KHUSUS 4

BIBLIOGRAFI 4

SENARAI FOTO

Foto 1: Contoh tapak pelupusan sisa pepejal 1

SENARAI JADUAL

Jadual 1: Dasar Sedia Ada Berkait Dengan Pelupusan Sisa Pepejal 3

Page 6: Pemuliharaan Dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar ... · the Municipal Solid Waste and ... sekolah, hospital dan pengambilan air ... lapang/hijau Solar/ extract gas Aktiviti

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 1 KSAS BEKAS DAN TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

1. LATAR BELAKANG

1.1 Definisi Kawasan Tapak

Pelupusan Sisa

Kawasan bekas dan tapak pelupusan sisa

pepejal dalam GP ini meliputi definisi seperti berikut:

i. Tapak Pelupusan Sisa

Tempat atau kawasan di mana sisa

dilupuskan dengan selamat di sesuatu kemudahan penimbusan tanah atau yang lain-lain kemudahan yang bergantung

kepada jenis dan ciri-ciri bahan sisa tersebut.

ii. Sisa Pepejal

―Sisa pepejal‖ menurut Akta Pengurusan

Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) termasuklah—

a) apa-apa bahan sekerap atau benda

lebihan lain yang tidak dikehendaki atau keluaran yang ditolak yang timbul

daripada penggunaan apa-apa proses;

b) apa-apa benda yang dikehendaki dilupuskan kerana sudah pecah, lusuh,

tercemar atau selainnya rosak; atau

c) apa-apa bahan lain yang mengikut

Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain dikehendaki oleh pihak berkuasa supaya dilupuskan.

Lain-lain tafsiran yang berkait dengan sisa pepejal seperti di Lampiran 1.

1.2 Kawasan Bekas dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Dalam

Konteks KSAS

Proses perbandaran yang semakin pesat

menyumbang kepada pertambahan buangan sisa-sisa pepejal di negara ini. Hal ini menyebabkan meningkatnya keperluan

kepada tapak pelupusan sisa pepejal yang luas serta pengendalian yang sistematik

supaya tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan kesejahteraan orang ramai.

Bekas dan tapak pelupusan sisa pepejal berpotensi mencemarkan alam sekitar dan

membahayakan kesihatan manusia jika tidak dilupus, dirawat dan disimpan dengan betul.

Oleh itu, kawasan bekas dan tapak pelupusan sisa pepejal merupakan KSAS

yang memerlukan tindakan pemuliharaan yang menyeluruh untuk mengelakkan

berlakunya implikasi negatif.

Kawasan bekas dan tapak pelupusan sisa pepejal dikategorikan juga sebagai KSAS

berisiko bencana kerana berisiko berlakunya kebakaran, pencemaran alam

sekitar, pembebasan gas merbahaya dan sebagainya. Justeru, pembangunan di kawasan tapak pelupusan sisa pepejal

tanpa kawalan boleh mengakibatkan risiko bencana.

Foto 1: Contoh tapak pelupusan sisa pepejal

Page 7: Pemuliharaan Dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar ... · the Municipal Solid Waste and ... sekolah, hospital dan pengambilan air ... lapang/hijau Solar/ extract gas Aktiviti

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 2 KSAS BEKAS DAN TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

2. PRINSIP-PRINSIP

PERANCANGAN

i. Keselamatan

Tapak pelupusan sisa pepejal bersanitari

adalah selamat pada setiap masa tanpa kesan negatif kepada alam sekitar.

Zon khas dibentuk untuk tapak pelupusan sisa pepejal serta menyediakan zon penampan yang secukupnya.

ii. Pemeliharaan

Pembangunan di kawasan tadahan dikawal. Tapak yang sesuai dan tidak memberi

kesan negatif kepada pembangunan lain di sekitarnya.

iii. Mencukupi dan Berkesan

Kemudahan yang disediakan adalah mencukupi, selamat dan efisien.

3. GARIS PANDUAN UMUM

i. Sistem pengumpulan air resapan dan

gas di tapak sedia ada perlu dinaik taraf merujuk kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

ii. Tapak sedia ada perlu dipagar dan dilandskap.

iii. Semua tapak baru perlu mempunyai sistem rawatan pengumpulan air resapan, sistem pengumpulan gas dan

suatu lapisan tidak telus cecair (liner) di dasar tapak berkenaan. Reka bentuk

sistem saliran tapak pelupusan ini perlu merujuk kepada Jabatan Pengairan dan

Saliran (JPS).

iv. Semua tapak baru tidak dibenarkan menerima sisa terjadual atau sisa

toksid.

v. Sebarang bentuk pembangunan semula

bagi bekas tapak pelupusan perlu merujuk GP Pembangunan Semula Kawasan Brownfield.

3. 1 Mematuhi Dasar dan Perundangan Sedia Ada

Page 8: Pemuliharaan Dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar ... · the Municipal Solid Waste and ... sekolah, hospital dan pengambilan air ... lapang/hijau Solar/ extract gas Aktiviti

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 3 KSAS BEKAS DAN TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Perancangan dan pembangunan KSAS perlu merujuk kepada dasar dan

perundangan sedia ada yang berkaitan dengan KSAS persisiran pantai adalah

seperti yang diterangkan di dalam Jadual 1.

i. Perundangan Berkaitan

a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta

267); b) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta

171); c) Akta Perancangan Bandar dan Desa

1976 (Akta 172);

d) Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133);

e) Akta 672 - Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

f) Akta 673 - Akta Perbadanan

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

Jadual 1: Dasar Sedia Ada Berkait Dengan Pelupusan Sisa Pepejal

Dasar Penerangan

Agenda 21 (Bahagian 7) Promoting sustainable human settlement development.

Menggalakkan penyediaan bersepadu infrastruktur alam sekitar

untuk air, perparitan, perawatan najis dan pengurusan sisa

pepejal bagi meningkatkan kualiti sosial, ekonomi dan alam

sekitar penempatan dan tempat bekerja. (akan direword oleh

JPSPN)

Basel Convention on the

Control of Transboundary

Movement of Hazardous

Waste

Mengurangkan pengeluaran dan pemindahan sisa berbahaya, dan

melupuskannya sedekat mungkin dengan puncanya. (akan

direword oleh JPSPN)

Rancangan Fizikal Negara Mengutamakan kaedah mengurangkan pembuangan sisa

melalui teknologi pengurangan sisa (Waste minimization

technologies).

Mempertimbangkan kesan membina kemudahan pelupusan sisa

tambahan berbanding dengan kemudahan off-site recovery dan

sebaliknya.

Mempertimbangkan pembinaan stesen pemindahan di wilayah

timur dan utara.

Dasar Pengurusan Sisa Sistem pengurusan sisa pepejal yang menyeluruh, bersepadu,

Page 9: Pemuliharaan Dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar ... · the Municipal Solid Waste and ... sekolah, hospital dan pengambilan air ... lapang/hijau Solar/ extract gas Aktiviti

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 4 KSAS BEKAS DAN TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Dasar Penerangan

Pepejal Negara kos efektif dan mampan.

Memberi keutamaan kepada pengurangan sisa melalui 3R,

rawatan perantaraan dan pelupusan akhir.

4. GARIS PANDUAN KHUSUS

KSAS/

Kategori

Tahap

Kesen-

sitifan

Aktiviti Dibenarkan Aktiviti

tidak

dibenarkan

Catatan / Garis panduan Aktiviti Syarat

Tapak pelupusan sisa

pepejal

*1 Penyelidikan

- Semua aktiviti pembangunan tidak

dibenarkan

Perancangan dan pembinaan tapak pelupusan sisa baru perlulah mematuhi undang-undang dan peraturan sedia

ada bagi mengurangkan impak kepada alam sekeliling:

Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974;

dan

―Environmental Impact Assessment (EIA) Guidelines for the Municipal Solid Waste and Sewage Treatment and Disposals Projects‖ yang disediakan oleh JAS

Semua tapak pelupusan sisa baru tidak dibenarkan ditempatkan di dalam kawasan tadahan air atau dalam lingkungan 5 km sungai utama atau

500 m dari anak-anak sungai.

Tiada pembangunan perumahan,

sekolah, hospital dan pengambilan air tanah di dalam zon penampan sekitar 500 meter dari tapak pelupusan sisa

pepejal.

Page 10: Pemuliharaan Dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar ... · the Municipal Solid Waste and ... sekolah, hospital dan pengambilan air ... lapang/hijau Solar/ extract gas Aktiviti

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 5 KSAS BEKAS DAN TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

KSAS/

Kategori

Tahap

Kesen-sitifan

Aktiviti Dibenarkan Aktiviti

tidak dibenarkan

Catatan / Garis panduan Aktiviti Syarat

Bekas

tapak pelupusan sisa

pepejal

*2 Penyelidikan

Kawasan lapang/hijau

Solar/

extract gas

Aktiviti pertanian dengan kebenaran JPSPN (?).

Dengan

perakuan JAS

Semua aktiviti

pembangunan tidak dibenarkan

Tanah tercemar bekas pelupusan

tapak pepejal tidak sesuai dibangunkan untuk sebarang pembangunan sekurang-kurangnya

20 tahun disebabkan risiko

pemendapan tanah, kebakaran dan pembebasan gas merbahaya.

Kajian terperinci diperlukan sebelum kawasan tersebut boleh dibangunkan

semula.

Penanaman pokok utama berakar tunjang tidak dibenarkan untuk mengelakkan kejadian leachate.

Zon penampan

500m bagi

tapak pelupusan sisa pepejal

*3 Komersial

Industri

- Tiada aktiviti lain selain

komersial dan

industri.

Tiada

Nota:

Tahap kesensitifan:

KSAS Tahap 1: Tiada pembangunan, pertanian atau pembalakan dibenarkan kecuali bagi aktiviti

perlancongan alam semula jadi berimpak rendah, penyelidikan dan pendidikan.

KSAS Tahap 2: Tiada pembangunan atau pertanian . Pembalakan secara mampan dan pelancongan

alam semula jadi berimpak rendah dibenarkan bergantung kepada halangan setempat

KSAS Tahap3: Pembangunan terkawal di mana jenis dan intensiti pembangunan hdikawal bergantung kepada ciri-ciri halangan.

Page 11: Pemuliharaan Dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar ... · the Municipal Solid Waste and ... sekolah, hospital dan pengambilan air ... lapang/hijau Solar/ extract gas Aktiviti

BIBLIOGRAFI

Akta Fi 1951 Perintah Fi (Taman Laut Malaysia), 2003. Akta 635, Akta Fi (Taman Laut Malaysia) (Pengesahan), 2004. Akta Pemuliharaan Tanah, 1960 (Akta 385).

Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Akta 127). Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172).

Akta Perikanan, 1985 (Akta 317). Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Act 716). Akta Perhutanan Negara, 1984 (Pindaan 1993).

Akta Taman Negara, 1980 (Akta 226). Akta Penyiasatan Kajibumi 1974 (Akta 129).

Dasar Alam Sekitar Negara (2002). Dasar Kepelbagaian Biodiversiti Kebangsaan (DKBK) 1998. Dasar Bio-Teknologi Negara, 2005.

Dasar Perhutanan Negara, 1978 (Pindaan 1992) Garis Panduan Eko Pelancongan Kebangsaan.

Garis Panduan JPS 1/97: Kawalan Hakisan Berikutan dari Pembangunan di Kawasan Pantai.

IPCC (2007), “IPCC Fourth Assessment Report: Climate Change 2007 (Synthesis Report)”, Intergovernmental Panel on Climate Change.

JPBD, Kajian Garis Panduan Kawasan Sensitif Alam Sekitar, 2008.

JPBD, Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Persisiran Pantai 1997. JPS, Guideline For Preparation Of Coastal Hydraulic Study and Impact Evaluation.

Kanun Tanah Negara, 1965 (Akta 56). Marine Parks Malaysia Order, 1994. National Integrated Coastal Zone Management Policy, 2005, Unit Perancang Ekonomi.

Pelan Pengurusan Persisiran Pantai Bersepadu (ISMP) Perintah Kualiti Alam Sekitar 1987 (Penilaian Kesan Alam Sekitar – Aktiviti yang

Ditetapkan). Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (2010-2015). Rancangan Fizikal Negara Ke-2 (2010).

Rancangan Fizikal Zon Pesisiran Pantai Negara, (RFZPPN) 2010 (JPBD). Salm & Clark (2000), “Marine And Coastal Protected Areas: A Guide For Planners And

Managers‖, IUCN, , Gland,Switzerland And Cambridge, UK.

Page 12: Pemuliharaan Dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar ... · the Municipal Solid Waste and ... sekolah, hospital dan pengambilan air ... lapang/hijau Solar/ extract gas Aktiviti

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Tel: 03-2081 6000 Faks: 03-2094 1170

Laman web: www.townplan.gov.my mytownnet.blogspot.com

Page 13: Pemuliharaan Dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar ... · the Municipal Solid Waste and ... sekolah, hospital dan pengambilan air ... lapang/hijau Solar/ extract gas Aktiviti

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Jalan Cenderasari, 50646 Kuala Lumpur

ISBN 978-983-41729-5-4