pemulihan dan pengayaan

Download Pemulihan dan pengayaan

Post on 20-Jul-2015

74 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN 1.0 PendahuluanPendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai di peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, program Pemulihan Khas mengutamakan Prinsip Menyelesaikan masalah seawal mungkin supaya tidak menjadi kronik berterusan hingga ke tahap 2 atau peringkat persekolahan menengah rendah.

Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau terkebelakang menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Justeru melalui program pemulihan khas, keperluankeperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi. Melalui program pendidikan pemulihan ini, sama ada dalam kelas biasa atau kelas khas, diharapkan murid-murid tersebut mendapat peluang meneruskan pelajaran mereka seperti murid-murid biasa.

1.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

2.0Program Pendidikan Pemulihan Dan Pengayaan 2.1Pendidikan PemulihanDefinisi Pulih bermaksud kembali seperti biasa atau sembuh. Dalam konteks pendidikan bererti sesuatu usaha membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul.Syarifah Alwiah Alsagoff(1983) menyatakan,satu tindakan khusus untuk mengatasi keperluan pendidikan pelajar yang mengalami kesusahan pembelajaran dalam bilik darjah di sekolah biasa, dihadiri secara sambilan yang diasingkan dari kelas biasa dan diajar oleh guru pemulihan.

2.1.1Rasional Pendidikan PemulihanSeperti diketahui umum, murid-murid di dalam sebuah kelas berbeza dari segi intelek , jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan sebagainya. Oleh yang demikian , kadar keupayaan mereka belajar juga berbeza. Di dalam sebuah kelas yang mengandungi ramai murid , perbezaan-pebezaan ini memang tidak dapat diberi perhatian dan dilayani oleh guru. Tambahan pula, untuk menghabiskan sukatan pelajaran begiti berat, guru terpaksa mengguna kaedah seluruh kelas dalam aktiviti pengajaran mereka.Dalam keadaan ini murid-murid yang mempunyai kebolehan rendah tidak boleh menerima apa yang diajarkan oleh guru. Akibatnya, murid-murid ini ketinggalan di belakang kerana tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas. Dalam situasi ini, program pemulihan hendaklah disediakan untuk mereka dengan serta merta supaya masalah masalah pembelajaran tidak berhimpun hingga ke peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi.

2.1.2Objektif objektif Pendidikan Pemulihan

Pendidikan pemulihan bertujuan untuk membolehkan murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran supaya:

i) Membantu pelajar yang lemah membina konsep sesuatu kemahiran;ii) Mendapat layanan yang bersesuaian dengan kebolehan dan perkembangan kognitif mereka;iii) Membetulkan konsep atau kemahiran yang disalah tanggap oleh murid;iv)Memberi peluang yang sama dengan melibatkan belajar Bahasa Melayu mengikut kebolehannya;v)Dapat menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang khas berdasarkan kebolehan mereka;vi)Mengembangkan potensi minat mereka terhadap pelajaran ke peringkat yang memuaskan;vii)Memperolehi serta mengamalkan sikap positif seperti keyakinan diri dan berdikari apabila mereka berada dalam kumpulan atau masyarakat; danviii)Dapat meneruskan pelajaran dalam system persekolahan biasa, seterusnya mengurangkan masalah keciciran.2.2Peringkat Proses Pengajaran Pemulihana.Mengenalpasti pelajar lemah dan masalah pembelajaran merekab.Menentukan punca dan sebab kelemahan mereka c.Memilih ganti tindakan (aktiviti alternatif d.Menilai kejayaan program pemulihan

3.0 Masalah Penguasaan PembelajaranSecara umumnya, murid-murid yang sentiasa menghadapi masalah pembelajaran adalah terdiri daripada murid-murid yangmempunyai I.Q yang rendah. Keadaan ini berhubung rapat dengan beberapa faktor berikut.

3.1 Faktor-faktor Masalah Pembelajaran Faktor masalah pembelajaran mungkin terdiri daripada perkara-perkara berikut:1. Kurikulum kurang sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak.2. Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan kurang sesuai diterima oleh murid-murid.3. Bahan pelajaran yang disediakan kurang menarik minat murid-murid.Jika kelemahan-kelemahan tersebut tidak dapat diperbaiki, murid-murid akan hilang minat mereka untuk belajar. Masalah-masalah pembelajaran akan berhimpun hingga keperingkat murid-murid berkenaan tidak mampu menjalankan aktiviti pembelajaran dan kerap ponteng sekolah. Akibatnya, murid-murid akan ketinggalan dalam pelajaran kerana tidak dapat mengikuti apa yang diajar guru.a. Faktor PeribadiFaktor peribadi ini merupakan masalah yang berhubung dengan kemiskinan dan masalah sosial.b. Faktor Kurang KecerdasanFaktor ini berkait rapat dengan masalah mental. Murid-murid yang lambat berfikir, cepat lupa, sukar lupa, sukar memahami sesuatu, lemah pengamatan dan sebagainya. Pendidikan pemulihan hanyalah untuk murid-murid yang mengalami masalah mental yang ringan. Bagi kes yang berat , seperti masalah terencat akal, bantuan guru khas adalah diperlukan untuk mengajar murid-murid tersebut dalam sebuah kelas khas.c. Faktor FizikalFaktor fizikal boleh dikaji daripada aspek kesihatan murid.Ianya berkaitan rapat dengan factor-faktor kesihatan seperti berikut:i. Kekurangan makanan yang berzat.ii. Kekurangan tenaga belajar juga timbul disebabkan murid terpaksa membuat kerja sambilan untuk menolong ibu bapa.iii. Murid-murid yang berpenyakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung berlubang dan sebagainya membuat mereka sering bercuti sakit. Pelajaran mereka pasti terganggu.iv. Masalah kecacatan fizikal seperti pekak, bisu, buta, gagap, sengau, kurang pendengaran, penglihatan kurang jelas dan sebagainya. Murid-murid ini perlu ditempatkan di sekolah khas.d. Faktor PsikologiFaktor psikologi berkait rapat dengan masalah emosi. Murid-murid yang menghadapi masalah emosi biasanya mempunyai perasaan takut, benci, pendiam, malu, tidak berkeyakinan, rendah diri dan sebagainya.4.0 Cara-cara Mengesan kesukaran PembelajaranMengenal pasti masalah pembelajaran murid dalam penguasaan kemahiran membaca, menulis atau mengira dengan menggunakan cara-cara berikut:i. Pemerhatianii. Pentaksiran Rekod Prestasiiii. Profiliv. Ujian kertas dan penselv. Latihan harianvi. Soal jawab/kuiz

5.0Pendidikan PengayaanDefinisi Pengayaan Aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Program pengayaan dirancang dan disediakan untuk membolehkan murid mendapat pengalaman dan pengetahuan yang berbagai-bagai berdasarkan aktiviti yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan mereka. Selain itu, aktiviti-aktiviti ini juga boleh memperkayakan dan memperkembangkan daya kreativiti murid kerana program ini memberi peluang dan merangsang murid menggunakan daya pemikiran mereka, sesuai dengan minat dan kemahiran yang telah mereka kuasai.Murid-murid juga berpeluang menjalankan aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar kebolehan mereka. Ini bermakna guru dapat menggalakkan murid menggunakan pemikiran yang berasaskan fakta dan logik semata-mata.Sesuai dengan keperluan pendidikan kini yang tidak lagi berpusat kepada guru, program pengayaan memberi peluang kepada murid menjalankan aktiviti secara aktif. Keadaan ini sesuai dengan kehendak program pengayaan yang menyediakan aktivitibercorak belajar sendiri,tanpa memerlukan banyak pimpinan dan tunjuk ajar daripada guru. Ini bermakna, program pengayaan bukan sahaja dapat memenuhi keperluan setiap individu dari segi memperluaskan pengetahuan dan pengalaman, tetapi juga merangsang pemikiran luas murid-murid.Dengan adanya program pengayaan, adalah diharapkan setiap murid bukan sahaja dapat mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan menggembirakan tetapi memperkembangkan aspek fizikal, emosi, minat, kebolehan dya cipta dan bakat individunya secara menyeluruh. Keadaan ini sesuai sekali dengan kehendak dan keperluan Falsafah Pendidikan Negara dan perakuan 57(b) Laporan Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan(1983) yang menyatakan...Kurikulum yang ada sekarang ini hendaklah disusun semula... bukan sahaja untuk memenuhi keperluan murid-murid yang lemah bahkan juga membolehkan murid-murid cerdas terus maju... kerana itu seharusnya kita memahami dan melaksanakan program pengayaan KBSR.5.1Konsep Pengayaan

Dalam konteks KBSR, pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam atau di luar waktu sekolah. Pengayaan mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti ini murid-murid akan berpeluang untuk mengembangkan lagi minat kraetif, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan di samping melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat. 5.2Rasional PengayaanDi peringkat permulaan sesuatu pelajaran, semua murid biasa