pemulihan dan pengayaan

16
PEMULIHAN DAN PENGAYAAN 1.0 Pendahuluan Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai di peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, program Pemulihan Khas mengutamakan Prinsip ‘Menyelesaikan masalah seawal mungkin’ supaya tidak menjadi kronik berterusan hingga ke tahap 2 atau peringkat persekolahan menengah rendah. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau ‘terkebelakang’ menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Justeru melalui program pemulihan khas, keperluan keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi. Melalui program pendidikan pemulihan ini, sama ada dalam kelas biasa atau kelas khas, diharapkan murid-murid tersebut mendapat peluang meneruskan pelajaran mereka seperti murid-murid biasa. 1.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Upload: habibah-abdullah

Post on 20-Jul-2015

230 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN 1.0 Pendahuluan

Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk

melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan

bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan

mengira (3M) perlu dikuasai di peringkat awal bagi membolehkan

murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, program

Pemulihan Khas mengutamakan Prinsip ‘Menyelesaikan masalah seawal mungkin’

supaya tidak menjadi kronik berterusan hingga ke tahap 2 atau peringkat

persekolahan menengah rendah.

Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid

mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau ‘terkebelakang’ menguasai

sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi

pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu

dan potensi mereka akan terbenam. Justeru melalui program pemulihan khas,

keperluan–keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.

Melalui program pendidikan pemulihan ini, sama ada dalam kelas biasa atau kelas

khas, diharapkan murid-murid tersebut mendapat peluang meneruskan pelajaran

mereka seperti murid-murid biasa.

1.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh untuk mewujudkan

insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan

negara.

2.0 Program Pendidikan Pemulihan Dan Pengayaan

2.1 Pendidikan Pemulihan

Definisi

“Pulih” bermaksud kembali seperti biasa atau sembuh. Dalam konteks pendidikan

bererti sesuatu usaha membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu

yang tidak betul.

Syarifah Alwiah Alsagoff(1983) menyatakan,satu tindakan khusus untuk mengatasi

keperluan pendidikan pelajar yang mengalami kesusahan pembelajaran dalam bilik

darjah di sekolah biasa, dihadiri secara sambilan yang diasingkan dari kelas biasa

dan diajar oleh guru pemulihan.

2.1.1 Rasional Pendidikan Pemulihan

Seperti diketahui umum, murid-murid di dalam sebuah kelas berbeza dari segi

intelek , jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan sebagainya. Oleh

yang demikian , kadar keupayaan mereka belajar juga berbeza. Di dalam sebuah

kelas yang mengandungi ramai murid , perbezaan-pebezaan ini memang tidak dapat

diberi perhatian dan dilayani oleh guru. Tambahan pula, untuk menghabiskan

sukatan pelajaran begiti berat, guru terpaksa mengguna kaedah seluruh kelas

dalam aktiviti pengajaran mereka.Dalam keadaan ini murid-murid yang mempunyai

kebolehan rendah tidak boleh menerima apa yang diajarkan oleh guru. Akibatnya,

murid-murid ini ketinggalan di belakang kerana tidak dapat menguasai kemahiran-

kemahiran asas. Dalam situasi ini, program pemulihan hendaklah disediakan untuk

mereka dengan serta merta supaya masalah –masalah pembelajaran tidak

berhimpun hingga ke peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi.

2.1.2 Objektif –objektif Pendidikan Pemulihan

Pendidikan pemulihan bertujuan untuk membolehkan murid-murid yang menghadapi

masalah pembelajaran supaya:

i) Membantu pelajar yang lemah membina konsep sesuatu kemahiran;

ii) Mendapat layanan yang bersesuaian dengan kebolehan dan perkembangan kognitif

mereka;

iii) Membetulkan konsep atau kemahiran yang disalah tanggap oleh

murid;

iv) Memberi peluang yang sama dengan melibatkan belajar Bahasa Melayu

mengikut kebolehannya;

v) Dapat menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang dirancang khas berdasarkan kebolehan mereka;

vi) Mengembangkan potensi minat mereka terhadap pelajaran ke peringkat yang

memuaskan;

vii) Memperolehi serta mengamalkan sikap positif seperti keyakinan diri dan berdikari

apabila mereka berada dalam kumpulan atau masyarakat; dan

viii) Dapat meneruskan pelajaran dalam system persekolahan biasa, seterusnya

mengurangkan masalah keciciran.

2.2 Peringkat Proses Pengajaran Pemulihan

a. Mengenalpasti pelajar lemah dan masalah pembelajaran mereka

b. Menentukan punca dan sebab kelemahan mereka

c. Memilih ganti tindakan (aktiviti alternatif

d. Menilai kejayaan program pemulihan

3.0 Masalah Penguasaan Pembelajaran

Secara umumnya, murid-murid yang sentiasa menghadapi masalah

pembelajaran adalah terdiri daripada murid-murid yangmempunyai I.Q yang rendah.

Keadaan ini berhubung rapat dengan beberapa faktor berikut.

3.1 Faktor-faktor Masalah Pembelajaran

Faktor masalah pembelajaran mungkin terdiri daripada perkara-perkara berikut:

1. Kurikulum kurang sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak.

2. Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan kurang sesuai diterima oleh murid-

murid.

3. Bahan pelajaran yang disediakan kurang menarik minat murid-murid.

Jika kelemahan-kelemahan tersebut tidak dapat diperbaiki, murid-murid akan hilang

minat mereka untuk belajar. Masalah-masalah pembelajaran akan berhimpun hingga

keperingkat murid-murid berkenaan tidak mampu menjalankan aktiviti pembelajaran

dan kerap ponteng sekolah. Akibatnya, murid-murid akan ketinggalan dalam

pelajaran kerana tidak dapat mengikuti apa yang diajar guru.

a. Faktor Peribadi

Faktor peribadi ini merupakan masalah yang berhubung dengan kemiskinan dan

masalah sosial.

b. Faktor Kurang Kecerdasan

Faktor ini berkait rapat dengan masalah mental. Murid-murid yang lambat berfikir,

cepat lupa, sukar lupa, sukar memahami sesuatu, lemah pengamatan dan

sebagainya. Pendidikan pemulihan hanyalah untuk murid-murid yang mengalami

masalah mental yang ringan. Bagi kes yang berat , seperti masalah terencat akal,

bantuan guru khas adalah diperlukan untuk mengajar murid-murid tersebut dalam

sebuah kelas khas.

c. Faktor Fizikal

Faktor fizikal boleh dikaji daripada aspek kesihatan murid.Ianya berkaitan rapat

dengan factor-faktor kesihatan seperti berikut:

i. Kekurangan makanan yang berzat.

ii. Kekurangan tenaga belajar juga timbul disebabkan murid terpaksa membuat kerja

sambilan untuk menolong ibu bapa.

iii. Murid-murid yang berpenyakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung berlubang

dan sebagainya membuat mereka sering bercuti sakit. Pelajaran mereka pasti

terganggu.

iv. Masalah kecacatan fizikal seperti pekak, bisu, buta, gagap, sengau, kurang

pendengaran, penglihatan kurang jelas dan sebagainya. Murid-murid ini perlu

ditempatkan di sekolah khas.

d. Faktor Psikologi

Faktor psikologi berkait rapat dengan masalah emosi. Murid-murid yang menghadapi

masalah emosi biasanya mempunyai perasaan takut, benci, pendiam, malu, tidak

berkeyakinan, rendah diri dan sebagainya.

4.0 Cara-cara Mengesan kesukaran Pembelajaran

Mengenal pasti masalah pembelajaran murid dalam penguasaan kemahiran

membaca, menulis atau mengira dengan menggunakan cara-cara berikut:

i. Pemerhatian

ii. Pentaksiran Rekod Prestasi

iii. Profil

iv. Ujian kertas dan pensel

v. Latihan harian

vi. Soal jawab/kuiz

5.0 Pendidikan Pengayaan

Definisi Pengayaan

Aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur

untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran

yang sedang dipelajari.

Program pengayaan dirancang dan disediakan untuk membolehkan murid

mendapat pengalaman dan pengetahuan yang berbagai-bagai berdasarkan aktiviti

yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan mereka. Selain itu, aktiviti -aktiviti ini

juga boleh memperkayakan dan memperkembangkan daya kreativiti murid kerana

program ini memberi peluang dan merangsang murid menggunakan daya pemikiran

mereka, sesuai dengan minat dan kemahiran yang telah mereka kuasai.

Murid-murid juga berpeluang menjalankan aktiviti pembelajaran yang lebih

mencabar kebolehan mereka. Ini bermakna guru dapat menggalakkan murid

menggunakan pemikiran yang berasaskan fakta dan logik semata-mata.

Sesuai dengan keperluan pendidikan kini yang tidak lagi berpusat kepada

guru, program pengayaan memberi peluang kepada murid menjalankan aktiviti

secara aktif. Keadaan ini sesuai dengan kehendak program pengayaan yang

menyediakan aktivitibercorak belajar sendiri,tanpa memerlukan banyak pimpinan dan

tunjuk ajar daripada guru. Ini bermakna, program pengayaan bukan sahaja dapat

memenuhi keperluan setiap individu dari segi memperluaskan pengetahuan dan

pengalaman, tetapi juga merangsang pemikiran luas murid-murid.

Dengan adanya program pengayaan, adalah diharapkan setiap murid bukan

sahaja dapat mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan

menggembirakan tetapi memperkembangkan aspek fizikal, emosi, minat, kebolehan

dya cipta dan bakat individunya secara menyeluruh. Keadaan ini sesuai sekali

dengan kehendak dan keperluan Falsafah Pendidikan Negara dan perakuan 57(b)

Laporan Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan(1983)

yang menyatakan

‘...Kurikulum yang ada sekarang ini hendaklah disusun semula... bukan sahaja

untuk memenuhi keperluan murid-murid yang lemah bahkan juga membolehkan

murid-murid cerdas terus maju... kerana itu seharusnya kita memahami dan

melaksanakan program pengayaan KBSR’.

5.1 Konsep Pengayaan

Dalam konteks KBSR, pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti

asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam atau di luar waktu sekolah.

Pengayaan mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan

pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti

ini murid-murid akan berpeluang untuk mengembangkan lagi minat kraetif, sifat ingin

tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan di samping melibatkan diri dalam

membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat.

5.2 Rasional Pengayaan

Di peringkat permulaan sesuatu pelajaran, semua murid biasanya diberikan

aktiviti pembelajaran yang sama. Oleh kerana setiap orang murid dalam sesuatu

kelas mempunyai kebolehan,minat dan bakat berbeza, maka kadar keupayaan

mereka untuk menguasai sesuatu kemahiran atau pengetahuan juga berbeza.

Justeru itu , murid-murid yang mempunyai kebolehan yang berainan haruslah

diajarkan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan keupayaan dan

perkembangan mental mereka.

Biasanya dalam sesuatu kelas, murid-murid boleh dibahagikan kepada tiga

kumpulancerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan lambat. Murid-murid dalam

kumpulan cerdas dan kumpulan sederhana dan mungkin menghadapi masalah

pembelajaran sekiranya mereka selalu dipaksa menjalani aktiviti pembelajaran yang

saqma dengan murid-murid kumpulan lambat. Akhirnya merekaa akan merasa bosan

terhadap pelajaran mereka kerana aktiviti pembelajaran yang diberikan tidak

setimpal dengan minat dan perkembangan mental mereka. Untuk memenuhi

keperluan murid-murid cerdas dan sederhana, adalah wajar bagi para guru

menyediakan program pengayaan sebagai aktiviti tambahan yang menarik dan

mencabar kepada murid-murid.

Bagi murid-murid dalam kumpulan lambat, selain aktiviti pemulihan, mereka

juga harus diberi program pengayaan yang sesuai dengan kebolehan mereka.

Melalui program ini, mereka akan sama-sama berpeluang menikmati berbagai-

berbagai pengalaman, seterusnya menimbulkan minat mereka dalam aktiviti

pembelajaran.

Dengan adanya program pengayaan, adalah diharapkan setiap orang murid

bukan sahaja dapat mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan

menggembirakan tetapi juga mengembangkan aspek fizikal emosi, minat, kebolehan,

daya cita dan bakat individusecara menyeluruh.

5.3 Objektif Pengayaan

Aktiviti pengayaan disediakan untuk membolehkan murid:

i. Menggunakan kemahiran yang telah dikuasai dalam pembelajaran biasa baagi

memperluaskan lagi pengetahuan dan pengalaman mereka.

ii. Menjalani kegiatan pembelajaran yang lebih mencabar kebolehan mereka.

iii. Menggunakan masa lapang yang berfaedah mengikut keperluan, minat dan bakat.

iv. Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan terhadap berbagai-

bagai bahan dan sumber pengetahuan.

v. Berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan

mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup.

vi. Melahirkan daya cipta menerusi pemikiran dan kegiatan serta berkebolehan untuk

menilai sesuatu hasil kerja sendiri.

vii. Memupuk tabiat membaca melalui suatu program membaca dalam bentuk

pengayaan dengan tujuan memperolehi ilmu pengetahuan.

viii. Memperkembang bakat–bakat ciptaan serta keupayaan menilai sesuatu hasil kerja

mereka melalui aktiviti-aktiviti pengayaan seperti kerja projek, lukisan, ukiran, binaan

dan sebagainya.

ix. Mempunyai asas kepimpinan untuk diperkembangkan kepada peringkat yang lebih

tinggi sesuai dengan kemampuan mereka.

5.4 Peranan Program Pengayaan( Rajah 1 )

5.3 Kumpulan Sasar

Dalam konteks KBSR, program pengayaan adalah dirancangkan untuk semua

murid dalam kelas, tidak kira sama ada kumpulan cerdas, sederhana atau lemah.

Sungguhpun begitu sama ada murid itu mendapat sedikit atau banyak pengalaman

pengayaan bergantung pada kebolehan dan keupayaan masing-masing dalam

menguasai sesuatu kemahiran yang ditetapkan. Dalam hubungan ini, tidak dapat

dinafikan bahawa murid-murid cerdas akan mendapat lebih baanyak aktiviti

pengayaan jika dibandingkan dengan murid-murid sederhana dan lemah.

5.4 Proses pengayaaan di dalam bilik darjah

5.5 Prinsip Program Pengayaan

Guru harus mengambil kira beberapa perkara dalam usaha menyediakan

aktiviti pengayaan.Antaranya ialah:

i. Memberi penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental.

ii. Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri.

iii. Menggunakan daya usaha sendiri.

iv. Memberi peluang untuk mengembangkan sifat kepimpinan sosial.

v. Menggunakan kaedah dan organisasiyang mudah ubah.

vi. Melibatkan pembacaan luas.

5.6 Aktiviti Pengayaan

Di dalam konteks KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan biasanya tertumpu kepada:

1. Bacaan ( membaca )

2. Tulisan ( menulis )

3. Kiraan ( mengira )

Program Pengayaan

ii) Pengayaan secara mendatar: aktiviti

pengayaan yg dirancang untuk

kumpulan mengikut kebolehan.

iii) Pengayaan secara menegak: aktiviti pengayaan yg dirancang untuk

kumpulan pelajar yg ce Posted by NABILAH ABD HAMID at 06:45

KONSEP PENGGABUNGJALINAN, PEYERAPAN, PENGAYAAN, PEMULIHAN DAN

PENILAIAN(“5P”)

Penggabungjalinan

Penggabungjalinan merupakan proses yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran.

Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Penggabungjalinan berlaku

antara kemahiran berbahasa daripada bidang yang berlainan, iaitu interbidang dengan

kemahiran berbahasa dalam bidang yang sama, iaitu intrabidang. Selain itu, aspek tatabahasa,

kosa kata dan peribahasa juga digabungjalinkan. Penggabungjalinan unsur -unsur tertentu

dihuraikan seperti yang berikut:

i. Kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis boleh

digabungkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekurang-kurangnya antara dua

kemahiran. Misalnya kemahiran berbahasa mendengar dan bertutur digabubungjalinkan dengan

kemahiran berbahasa membaca. Penggabungjalinan bertujuan untuk mencapai hasil

pembelajaran.

ii. Tatabahasa boleh digabungkan secara terancang dalam konteks, dengan kemahiran

mendengar, bertutur, membaca dan dan menulis.

iii. Kosa kata dan peribahasa yang hendak diajarkan harus digabungkan secara terancang

dengan semua aktiviti kemahiran bahasa, misalnya aktiviti lakonan atau perbahasan; membaca

teks yang mengandungi kosa kata (sama ada umum atau istilah) dan peribahasa serta melalui

latihan menggunakan kosa kata dan peribahasa yang betul dalam pelbagai genre penulisan.

Prinsip-prinsip penggabungjalinan

• Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai

• Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungkan

• Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik

• Berdasarkan kebolehan dan pencapaian murid

Bentuk-bentuk penggabungjalinan

Ada 3 bentuk penggabungjalinan

1. Penggabungjalinan kemahiran

2. Penggabungjalinan bahan

3. Penggabungjalinan aktiviti

1. Penggabungjalinan kemahiran dalam satu mata pelajaran.

K1: Kemahiran mendengar

K2: Kemahiran bertutur

K3: Kemahiran membaca

K4: Kemahiran menulis

Sila rujuk rajah di bawah:

2. Penggabungjalinan Aktiviti

Anda boleh menggabungkan sekurang-kurang dua aktiviti atau lebih mengikut keperluan dan

kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu merangkumi aspek lisan. Bacaan dan kefahaman dan tulisan.

3.Penggabungjalinan Bahan

Penggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran dan

pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan. Peracangan

harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai dngan keperluan, pengalaman dan

tahap pencapaian murid.

Penyerapan

Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai

tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Penyerapan unsur -unsur ini

dihuraikan seperti yang berikut:

i. Isi pelajaran Bahasa Melayu menyerapkan pelbagai bidang ilmu serta pelbagai tema yang

mencakup hal-hal persendirian dan kemasyarakatan.

ii. Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia yang berlandaskan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan hendaklah diserapkan dalam pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu. Meskipun penyerapan dilakukan secara sedar dan terancang

namun, murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara natural.

iii. Kemahiran berfikir hendaklah diserapkan secara terancang dengan kemahiran mendengar

dan bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran berfikir yang perlu diserapkan dalam pengajaran

dan pembelajaran bahasa adalah seperti yang berikut:

• Mencirikan

• Mengelaskan, mengumpulkan, mengkategorikan

• Membuat kaitan dan perhubungan

• Membanding dan membeza

• Menyusun atur

• Mengenal pasti kenyataan benar atau palsu

• Membezakan fakta dengan pendapat

• Menganalisis

• Mengesan kecondongan pendapat

• Mengenal pasti sebab akibat

• Meramal

• Mensintesis

• Mengitlak

• Membuat analogi

• Membuat inferens

• Membuat kesimpulan

• Menginterpretasi, mentafsir

• Mengenal pasti idea utama dan idea sokongan

• Menilai

• Menjana idea

• Merumus, meringkas

• Membuat keputusan

• Menyelesaikan masalah

Kemahiran berfikir yang dinyatakan di atas bertujuan untuk membolehkan kemahiran berfikir

tersebut dikuasai oleh murid. Alat berfikir seperti penyusun grafik (graphic organizer), soalan

bertumpu dan bercapah, dan peta minda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

iv. Kemahiran bernilai tambah yang lain, iaitu kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi,

kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran

konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual juga perlu diserapkan dengan mengambil kira

kesesuaiannya dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai, kebolehan murid serta sumber

yang ada.

Rajah di atas menunjukkan penyerapan antara mata pelajaran Bahasa Melayu dengan mata

pelajaran lain.

KB: Kemahiran bahasa

KS: Kemahiran Pendidikan Seni

KM: Kemahiran muzik

Penilaian

Penilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan

pencapaian sesuatu hasil pembelajaran dan objektif. Penilaian biasanya dibahagikan kepada dua

jenis iaitu penilaian formatif (ujian kemajuan) dan penilaian sumatif (ujian pencapaian).

Dalam program KBSR, terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaitu

1. Penilaian mengesan penguasaan

2. Penilaian mengesan kemajuan

3. Penilaian mengesan pencapaian

Aktiviti Penilaian

Pada amnya ketiga-tiga aktiviti penilaian di atas boleh digolongkan kepada dua jenis iaitu:

i. Penilaian formatif

Penilaian formatif ialah penilaian yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran

secara formal dan tidak formal dengan tujuan:

• Mengesan kemajuan pelajar

• Melihat keberkesanan pengajaran guru

• Mengesan masalah pembelajaran murid (diagnostik) supaya gu ru dapat membuat alternatif

pengajaran

• Menentukan kesediaan murid untuk menerima pelajaran baru

ii. Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif ialah ujian yang diberikan pada akhir sesuatu kursus atau akhir penggal atau

semester. Ujian ini mementingkan bidang keupayaan yang lebih luas dan menyeluruh dan

mengandungi semua aras kemahiran.

Penilaian ini bertujuan:

• Mengesan tahap pencapaian murid pada akhir sesuatu pembelajaran

• Memperoleh maklum balas tentang pencapaian murid

• Membuat perbandingan pencapaian antara murid

Pemulihan

Pemulihan merupakan program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-

kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya

berfungsi secara normal seperti murid yang sebaya dengannya dapat diatasi. Pemulihan

merupakan langkah-langkah khas untuk membantu murid-murid menghadapi masalah

pembelajaran di sekolah-sekolah. Kegiatan pemulihan biasanya dilakukan dalam tempoh jangka

masa yang pendek dan ditujukan khusus untuk mengatasi kelemahan mereka. Individu yang

memerlukan pemulihan ialah murid yang dikatakan kurang bernasib baik dan menghadapi

masalah pembelajaran iaitu murid yang memperlihatkan pencapaian yang tidak memuaskan

dalam pelajaran.

Pengayaan

Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang

dijalankan sama ada dalam atau luar waktu sekolah. Pengayaan mengandugi unsur -unsur untuk

meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang

dipelajari. Melalui aktiviti-aktiviti ini murid mengembangkan potensi mereka sesuai dengan bakat,

minat dan kreativiti. Di samping itu dapat memupuk sifat ingin tahu, sikap berdikari, kepimpinan

serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan

masyarakat.

Sebagai guru anda perlu mengambil kira beberapa perkara semasa merancang aktiviti

pengayaan. Antaranya adalah seperti berikut:

a. Menggunakan daya usaha sendiri

b. Membuat kerja sendiri dan hasilan sendiri

c. Memberikan penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental.

d. Mengunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah

e. Melibatkan pembacaan luas dan

f. Memberikan peluang bagi mengembangkan sifat kepimpinan sosial

Program pengayaan boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti termasuklah:

• Pembelajaran akses kendiri

• Kerja projek

• Bacaan tambahan

• Permainan dan rekreasi da

• Pembelajaran berbentuk komputer

Latihan

1 Nyatakan penggabungjalinan seperti dalam rajah yang berikut :

2 Nyatakan satu modul penggabungjalinan kemahiran bahasa yang anda fahami.

3. Selain penggabungjalinan kemahiran, nyatakan penggabungjalinan yang lain.

4. Nyatakan penyerapan yang anda ketahui.

5. Nyatakan penilaian dalam pengajaran dan pengajaran dan cara melaksanakan.

6. Apakah tujuan penilaian?

7. Apakah rasional pemulihan dalam pendidikan Bahasa Melayu?

8. Nyatakan objektif pemulihan.

9. Apabila murid telah menguasai kemahiran, sesorang guru boleh menjalankan aktiviti

pengayaan. Jelaskan kaedah menjalankan aktiviti pengayaan dalam pengajaran dan pengajaran.

.

Posted 21st May 2011 by gassi kekcok