pemulihan dan pengayaan

Download Pemulihan Dan Pengayaan

Post on 15-Jul-2015

3.981 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan falsafah pendidikan Negara. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai di peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, pendidikan pemulihan perlu dilaksanakan dengan mengutamakan Prinsip menyelesaikan masalah seawal mungkin supaya tidak menjadi kronik berterusan hingga ke tahap 2 atau peringkat persekolahan menengah rendah. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau terkebelakang menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Oleh itu, melalui pendidikan pemulihan, keperluankeperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.

1

KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN

Konsep Pemulihan Menurut Kamus Dewan, pulih bermaksud kembali seperti biasa atau sembuh. Pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul. Pendidikan Pemulihan ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Pendidikan pemulihan juga adalah sebagai satu cabang daripada

sebahagian pendidikan imbuhan. Ianya juga disebut sebagai Remedial education di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja. Pendidikan Pemulihan berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa. Ia merupakan satu tindakan khusus untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh pelajar secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan dari sekolah biasa atau dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan. Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk kelas pemulihan. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga khas iaitu menepati kehendak menjadikan murid-murid yang lemah pulih dan dapat mengikuti pembelajaran dalam kelas biasa. Pendidikan Pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat.

2

Definisi Pendidikan Pemulihan Berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli pendidik Barat dan tempatan mengenai takrifan pendidikan pemulihan. Secara lebih khusus, takrif pendidikan pemulihan itu telah diberi dengan pelbagai definisi, antaranya ialah : i) Sharifah Alwiah Alsagoff,1983 : 371 Satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan. ii) Ishak Harun & Koh Boh Boon, 1983 : 191 Perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak- kanak yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa . iii) Pringle (1966) Pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar,melalui latihan yang sistematik dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka. iv) Albertwhite (1977) Pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran yang diperlukan oleh kanakkanak yang bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh gangguan-gangguan emosi . v) Tansley (1967) Pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkahlangkah yang benar-benar teliti dan sistematis bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan secara tersusun.

3

vi) Collins (1961) Pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan mata pelajaran asas. Malah beliau menegaskan pengajaran ini ialah satu kaedah pengajaran yang istimewa bagi murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran asas di sekolah seperti membaca,menulis dan mengira. vii) Evans (1995) Pengajaran pemulihan dianggap sebagai the ambulance of educational system . Dengan sebab itu pengajaran pemulihan ini tidak boleh diambil kira sebagai satu pekerjaan atau pengajaran yang dilakukan secara mengejut, mendadak atau digunakan pada waktu kecemasan sahaja. Pengajarannya perlu dirancang dan disusun dengan rapi berdasarkan aspek aspek kelemahan murid. viii) Blair (1956) Pengajaran pemulihan adalah satu bentuk pengajaran yang bertujuan untuk membaharui teknik pengajaran dan pembelajaran untuk mengikis segala kebiasaankebiasaan dan amalan-amalan yang tidak sesuai bagi murid-murid lamba t. ix) Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan dalam pekeliling KP (BS) 8502/5/PK/Jld. V (26) bertarikh 8 Januari 1986. Pengajaran pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini. x) Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (1984) Dalam konteks KBSR Program Pemulihan merupakan langkah- langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Mereka ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan.

4

Rasional Pendidikan Pemulihan: a) Untuk membantu murid yang lemah mencapai objektif pembelajaran yang belum dicapainya dalam pelajaran lampau. b) Untuk membantu murid dalam memperkembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka. c) Untuk membantu murid memikirkan alternatif-alternatif yang berlainan dalam menyelesaikan masalah. d) Untuk membantu murid membina keyakinan diri. e) Unruk membantu murid yagn lemah membina konsep sesuatu kemahiran dengan betul yang mungkin disalah tanggap oleh pelajar sebelum ini. f) Untuk memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sesuatu mata pelajaran g) misalnya matematik mengikut kebolehannya.

Objektif pendidikan pemulihan adalah: a) Mengenal pasti pelajar yang memerlukan pemulihan. b) Untuk mewujudkan alat-alat diagnostik supaya dapat mengesan kesulitankesulitan pembelajaran tertentu. c) Mengeluarkan bahan-bahan kurikulum dan kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai untuk memenuhi keperluan setiap kanak-kanak. d) Mencegah sesuatu kurang upaya supaya tidak menjadi satu kecacatan. e) Merapatkan hubungan antara guru biasa dan guru khas supaya layanan yang diberi oleh guru khas dapat diteguhkan oleh guru biasa. f) Membentuk komunikasi yang berkesan dengan pakar-pakar dan agensiagensi untuk perkembangan optimum setiap kanak- kanak. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1985) pengajaran pemulihan adalah khusus untuk membantu sebilangan pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran di sekolah rendah, terutamanya dalam masalah bahasa.

5

Antara sebab utama pengajaran pemulihan dijalankan dalam kelas KBSR ialah disebabkan oleh:

1. Perbezaan individu. Murid-murid berbeza dari segi kebolehan dan minat. Ini bermakna ada murid yang dapat mempelajari dengan mudah dan ada yang sukar. Kesukaran sesetengah murid dalam menguasai aopa yang diajarkan adalah merupakan sebab kenapa pendidikan pemulihan ini diketengahkan dalam system pendidikan di Negara kita.

2. Masalah Pembelajaran: Masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang menyebabkan mereka memerlukan kelas pemulihan. Terdapat beberapa masalah pembelajaran yang dikenalpasti di mana murid- murid yang menunjukkan ciri-ciri masalah ini perlu menjalankan kelas pemulihan.

Jenis-jenis Masalah Pembelajaran: a) Belajar secara lambat, selalu gagal. b) Pencapaian akademik yang tidak tinggi kerana penyesuaian diri dan konsep kendiri yang rendah. c) Kerencatan akal menyebabkan pencapaian akademik yang lebih rendah daripada potensi sepenuh. d) Kekurangan social iaitu mempunyai kemahiran interpersonal yang rendah dan tidak suka melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. e) Mundur prestasinya tidak sebaik yang dijangkakan Faktor-faktor Penyebab: Faktor-faktor penyebab yang menyebabkan murid memerlukan pendidikan

pemulihan ialah: 1. Faktor psikologi a) Faktor emosi yang tidak stabil. b) Murid-murid tidak dapat membuat penumpuan mental dan latihan- latihan dengan baik di dalam bilik darjah. c) Murid-murid tidak berminat untuk mengikuti pengajaran guru. Kesannya: murid-murid sering ketinggalan dalam pembelajaran akademiknya.6

2. Faktor kecerdasan mental a) Semua murid mempunyai kecerdasan mental yang berbeza yang mungkin disebabkan oleh faktor genetik/diwarisi daripada ibubapa. b) Kesannya: murid-murid tidak dapat mengikuti pengajaran guru pada kadar atau intensiti yang sama.

3. Faktor Biologi/Kesihatan a) Murid-murid mempunyai masalah kesihatan. b) Kesannya: murid-murid tidak dapat menumpukan perhatian kepada

pengajaran guru. c) Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah gangguan otak/neurologi akan menyebabkan mereka tidak dapat mengikuti proses pembelajaran dengan baik yang akhirnya membawa kepada kesan masalah tingkah laku. 4. Faktor Persekitaran a) Masalah bahasa Masalah bahasa merupakan salah satu masalah pembelajaran di mana muridmurid tidak dapat menguasai bahasa dengan baik atau mempunyai masalah menyebut perkataan atau membaca. Untuk mengatasi masalah ini, guru mesti memastikan yang murid- murid dalam kelas pemulihan nanti perlu didedahkan kepada p