pembumian

7
http://abmutara.wordpress.com Page 1 SOALAN & JAWAPAN PEMBUMIAN PEMBUMIAN 1)Terangkan maksud pembumian-; 1. Pembumian ialah suatu sistem sambungan yang dibuat diantara logam dalam pemasangan pendawaian elektrik dengan jisim am bumi. 2. Ianya bagi mengadakan laluan mudah dengan galangan atau rintangan yang rendah ke bumi supaya sistem perlindungan beroperasi dengan berkesan,bagi menjamin keselamtan manusia atau pengguna dari bahaya renjatan elektrik apabila terjadi arus bocor ke bumi(earth leakage). 2)Apakah tujuan sistem pepasangan elektrik dibumikan? 1. Mengalirkan arus bocor kebumi dengan seberapa banyak dan cepat supaya alat perlindungan, geganti atau peranti perlindungan dapat berfungsi dengan berkesan bagi mengelakkan berlakunya kejutan elektrik 2. Mendapatkan voltan rujukan kosong untuk star point alatubah dan janakuasa supaya talian neutral dapat digunakan dan voltan bekalan stabil serta mengelakkan voltan terapong 3. Mendapatkan voltan samaupaya (equipotential voltage) supaya tidak berlaku step voltage bahan pengalir yang terdedah (exposed conductive parts) 4. Mengadakan laluan nyahcas(discharge) 5. Keperluan undang-undang dan peraturan 3) Apakah kebaikan sistem pemasangan disambung kebumi ? a. Keseluruhan sistem adalah terikat dengan daya jisim umum bumi b. semua logam yang telah dimasukkan satu laluan yang disediakan bagi arus bocor ke bumi dan memutus litar .

Upload: muhammad-aminuddin

Post on 31-Jul-2015

313 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: pembumian

http://abmutara.wordpress.com Page 1

SOALAN & JAWAPAN PEMBUMIAN

PEMBUMIAN

1)Terangkan maksud pembumian-;

1. Pembumian ialah suatu sistem sambungan yang dibuat diantara logam dalam pemasanganpendawaian elektrik dengan jisim am bumi.

2. Ianya bagi mengadakan laluan mudah dengan galangan atau rintangan yang rendah kebumi supaya sistem perlindungan beroperasi dengan berkesan,bagi menjamin keselamtanmanusia atau pengguna dari bahaya renjatan elektrik apabila terjadi arus bocor kebumi(earth leakage).

2)Apakah tujuan sistem pepasangan elektrik dibumikan?

1. Mengalirkan arus bocor kebumi dengan seberapa banyak dan cepat supaya alatperlindungan, geganti atau peranti perlindungan dapat berfungsi dengan berkesan bagimengelakkan berlakunya kejutan elektrik

2. Mendapatkan voltan rujukan kosong untuk star point alatubah dan janakuasa supayatalian neutral dapat digunakan dan voltan bekalan stabil serta mengelakkan voltanterapong

3. Mendapatkan voltan samaupaya (equipotential voltage) supaya tidak berlaku step voltagebahan pengalir yang terdedah (exposed conductive parts)

4. Mengadakan laluan nyahcas(discharge)5. Keperluan undang-undang dan peraturan

3) Apakah kebaikan sistem pemasangan disambung kebumi ?

a. Keseluruhan sistem adalah terikat dengan daya jisim umum bumi

b. semua logam yang telah dimasukkan satu laluan yang disediakan bagi arus bocor ke bumi danmemutus litar .

Page 2: pembumian

http://abmutara.wordpress.com Page 2

4) Apakah kekurangan sistem pemasangan disambung ke bumi ?

a. kos perbelanjaan untuk menyediakan satu sistem pembumian yang lengkap adalah mahal .

b. bagi sistem TT dimana punca bumi tidak disediakan oleh pihak pembekal , sekiranya salahsatu pengalir bumi putus atau tercabut sambungannya maka tidak ada lagi laluan arus bocor kejisim bumi .

5)Berikan jenis-jenis sistem pembumian :

a. Sistem TT

b. sistem TN-C

c. Sistem TN-S

d. Sistem TN-C-S

e. Sistem IT

6) Berikan maksud pembentukan huruf pertama dalam sistem pembumian ?

T-Menunjukkan satu atau lebih punca bekalan dibumikan , ini disusun oleh pihak berkuasabekalan.

I- Menunjukkan tiada punca bekalan dibumikan.

7) Berikan maksud pembentukan huruf kedua dalam sistem pembumian ?

T- menunjukkan semua pengalir logam yang terdedah disambung terus ke jisim bumi.

N- menunjukkan semua pengalir logam yang terdedah disambung terus ke pengalir bumi iaitupunca bekala pengguna.

8) Berikan maksud pembentukan huruf ketiga dan keempat dalam sistem pembumian ?

C-Menunjukkan pengalir neautral dan bumi dicantum dalam satu pengalir.

S-Menunjukkan pengasingan pengalir neautral dan bumi .

Page 3: pembumian

http://abmutara.wordpress.com Page 3

9)Berapakah jumlah pengalir dalam sistem TT yang dibekalkan oleh pihak pembekal ?

4 Pengalir

10) Berapakah jumlah pengalir dalam sistem TN-C yang dibekalkan oleh pihak pembekal?

4 pengalir

11) Berapakah jumlah pengalir dalam sistem TN-S yang dibekalkan oleh pihak pembekal?

5 pengalir

12) Dimana biasanya pengalir pelindung disambungkan ?

-bahagian logam yang terdedah

-terminal utama bumi

-elektrod bumi

-punca bumi bekalan

13) Berikan maksud arus bocor ke bumi ?

Arus yang mengalir ke bumi atau ke bahagian-bahagian pengalir yang boleh mengalirkan arusbocor dalam litar .

14) Adakah flexible conduit boleh digunakan sebagai pengalir pelindung ?

Tidak boleh kerana pengalir pelindung tambahan diperlukan .

Page 4: pembumian

http://abmutara.wordpress.com Page 4

15) Berikan jenis-jenis bahagian logam yang tidak boleh digunakan sebagai satu-satunyacara membumi ?

Paip air awam

Paip gas

16) Berikan jenis-jenis pengalir pelindung ?

a. kabel bertebat pvc 1 teras BS 6004 warna hijau atau kuning

b. kabel bertebat pvc/pvc dengan pengalir pelindung bersepadu BS6004

c. plat kuprum ( copper strip)

d. konduit logam

e. ducting logam

f. MICC cable sheath

g. Lead covered cable sheath

h. swa cable armourings

17)Berikan istilah-istilah pembumian:

-pengalir pelindung(ECC-earth contuinity conductor/CPC-circuit protective conductor)

-pengalir bumi(EC-earth conductor)

-terminal bumi utama

-elektrod bumi

-pengalir ikatan sama upaya

Page 5: pembumian

http://abmutara.wordpress.com Page 5

18)Terangkan cara-cara mengelakkan kebocoran ke bumi:

-bertebat sepenuhnya

-bertebat 2 lapis

-mengasingkan logam agar tidak bersentuh dengan bahagian alat yang membawa arus

19)Apakah perkara-perkara yang perlu dibumikan?

-semua struktur logam dalam sistem pendawaian yang bukan membawa arus.seperti pelapiklogam,konduit,salur,sesalur dan lain-lain.

-semua struktur logam yang terdedah bagi semua radas termasuk yang bukan berkaitan denganelektrik,seperti paip air,rangka rumah dan lain-lain.

20)Berikan pengecualian perkara-perkara yang dibumikan:

1. I. -satu klip logam apabila memasang kabel2. II. -penutup logam lampu3. III. -rantai logam untuk gantungan lampu atau peralatan4. IV. -peralatan lampu antik yang diperbuat daripada logam5. V. -logam kecil,seperti skru dan plat nama

21)Berikan maksud pengalir pelindungan:

-suatu pengalir yang menghubungkan semua bahagian pengalir(logam)dalam pemasangan keterminal utama pembumian.

22)Apakah perkara-perkara yang menyebabkan rintangan pengalir pelindungan menjaditinggi?

1. I. -punca ”earth lug”berkarat2. II. -sambungan pengalir pelindung longgar3. III. -lapisan cat pada alat-alat elektrik4. IV. -sambungan pengalir pelindung pada palam dan soket keluaran longgar5. V. -sambungan diantara konduit dan konduit aksesori atau kotak terminal

longgar.

Page 6: pembumian

http://abmutara.wordpress.com Page 6

23)Apakah yang dimaksudkan dengan pengalir bumi(earth conductor)?

1. I. -pengalir bumi ialah pengalir akhir diantara punca bumi pengguna danelektrod bumi

2. II. -pengalir bumi mestilah dipastikan selalu tidak putus atau terkeluarsambungannya.

3. III. -pengalir aluminium atau aluminium pelapik kuprum(copper cladaluminium) tidak boleh di gunukan sebagai pengalir bumi.

4. IV. -punca sambungan pengalir bumi ke elektrod bumi ke elektrod bumimestilah di letakkan dengan tanda amaran yang jelas dan tetap supaya tidak di putuskanatau di keluarkan sambungannya.

24)Apakah gelung kerosakkan ke bumi?

-galangan gelung kerosakkan ke bumi yang bermula pada fasa ke bumi

25)Terangkan maksud elektrod bumi:

-elektrod bumi ialah batang(rod),earth plates atau strip(jalur)yang di tanam ke dalam bumi untukyang memberi sambungan yang berkesan ke jisim bumi.

26)Berikan jenis-jenis elektrod bumi yang biasa di gunakan bagi tujuan peraturan:

1. I. -paip galvani2. II. -batang(rod)bumi3. III. -pelit besi tuangan4. IV. -jalur kuprum(copper strip)5. V. -struktur keluli bangunan6. VI. -pelapik plumbum dan bahan logam menutup kabel7. VII. -lain-lain kerja logam bawah tanah yang sesuai.

Page 7: pembumian

http://abmutara.wordpress.com Page 7

27)Terangkan cara-cara mengurangkan rintangan elektrod bumi:

1. I. -tanam pada tenpat yang lembap2. II. -tabur serbuk besi,arang batu atau larutan sulfat di sekeliling elektrod3. III. -tanam elektrod secara selari4. IV. -tambah dan dalam elektrod

28)Apakan bahan yang di gunakan dalam binaan rod elektrod?

-solid copper atau copper-clad carbon steel

29)Berikan ciri-ciri binaan rod elektrod:

1. I. -bahagian kedua hujung rod mempunyai bebenang(thread)dan boleh disambung dengan rod yang lain dengan menggunakan coupler

2. II. -steel driving cap melindungi bebenang daripada rosak ketika prosesmengetuk untuk tujuan menanam rod

3. III. -earthing conductor clamp bagi meyambungkan earth tape atau earthconductor

30)Apakah alat yang di gunakan untuk menguji rintangan elektrod bumi

-jangka penguji bumi(earth tester)