pembiakan tumbuhan

14
PEMBIAKAN TUMBUHAN – PENDEBUNGAAN DAN PENYEBARAN BIJI BENIH OBJEKTIF : 1. Untuk mengkaji tumbuhan dan menklafikasikan bunganya berdasarkan agen penyebaran. 2. Untuk mengkaji dan mengumpul maklumat mengenai penyesuaian buah-buahan dan biji tumbuhan dalam jenis-jenis penyebaran. PENGENALAN : Pendebungaan Pendebungaan merupakan satu proses pemindahan debunga daripada anter ke stigma. Pendebungaan boleh berlaku dibantu oleh agen-agen pendebungaan seperti angin, dan haiwan. Pendebungaan boleh berlaku dengan dua cara iaitu pendebungaansendiri dan pendebungaan kacuk. Pendebungaan sendiri berlaku pada bunga yang sama dan pokok yang sama. Pendebungaan sendiri juga berlaku apabila pendebungaan berlaku pada bunga yang berlainan tetapi satu pokok yang sama. Pendebungaan kacuk berlaku apabila proses pendebungaan berlaku antara bunga yang lain dan pokok yang lain tetapi spesies yang sama. Pendebungaan kacuk mempunyai kelebihan berbanding pendebungaan sendiri. Percampuran baka yang menghasilkan kepelbagaian spesies baru yang mempunyai cirri yang lebih baik daripada kedua-dua pokok induk. Selain daripada itu, memberi hasil tanaman yang bermutu tinggi, misalnya buah yang lebih besar dan lebih manis. Mempunyai rintangan terhadap serangan daripada serangga dan penyakit sertalebih tahan terhadap perubahan keadaan persekitaran

Upload: paksujef

Post on 20-Oct-2015

247 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pe

TRANSCRIPT

PEMBIAKAN TUMBUHAN PENDEBUNGAAN DAN PENYEBARAN BIJI BENIHOBJEKTIF :1. Untuk mengkaji tumbuhan dan menklafikasikan bunganya berdasarkan agen penyebaran.2. Untuk mengkaji dan mengumpul maklumat mengenai penyesuaian buah-buahan dan biji tumbuhan dalam jenis-jenis penyebaran.PENGENALAN :PendebungaanPendebungaan merupakan satu proses pemindahan debunga daripada anterke stigma. Pendebungaan boleh berlaku dibantu oleh agen-agen pendebungaan seperti angin, dan haiwan. Pendebungaan boleh berlaku dengan dua cara iaitu pendebungaansendiri dan pendebungaan kacuk. Pendebungaan sendiri berlaku pada bunga yang sama dan pokok yang sama. Pendebungaan sendiri juga berlaku apabila pendebungaan berlaku pada bunga yang berlainan tetapi satu pokok yang sama. Pendebungaan kacuk berlaku apabila proses pendebungaan berlaku antara bunga yang lain dan pokok yang lain tetapi spesies yang sama. Pendebungaan kacuk mempunyai kelebihan berbanding pendebungaan sendiri. Percampuran baka yang menghasilkan kepelbagaian spesies baru yang mempunyai cirri yang lebih baik daripada kedua-dua pokok induk. Selain daripada itu, memberi hasil tanaman yang bermutu tinggi, misalnya buah yang lebih besar dan lebih manis. Mempunyai rintangan terhadap serangan daripada serangga dan penyakit sertalebih tahan terhadap perubahan keadaan persekitaranPendebungaan boleh berlaku dengan agen-agen luaran seperti angin dan haiwan. Terdapat perbezaan fizikal bunga dan debunga yang menggunakan agen-agen penyebaran yang berlainan. Seperti:StrukturAgen AnginAgen Serangga

TangkaiPanjangPendek

Saiz bungaKecilBesar

PetalBerwarna putih/pudarBerwarna terang

NectarTidak menghasilkan nectarMenghasilkan nectar

BauTidak berbauBerbau harum

StamenFilament panjang dan anter besarFilament pendek dan anter kecil

DebungaBilangan banyak, kecil dan ringanBilangan sedikit, besar dan melekit

StigmaPanjang, berbulu dan terdedahPendek dan melekit

StilPanjangPendek.

Penyebaran Biji Benih Biji benih dilindungi oleh selaput yang memelihara embrio didalamnya.Di dalamnyatersimpan makanan yang diperlukan untuk proses percambahan. Tumbuhan mempunyai pelbagai cara penyebaran biji benih untuk mengekalkan penerusan spesis. Biji benih ini perlu disebarkan jauh dari pokok induk supaya anak pokok tidak bersaing bagi mendapatkan keperluan asas seperti air, cahaya dan ruang. Walaupun begitu tumbuh-tumbuhan mempunyai kebolehan yang terhad bagi menyebarkan biji benihnya. Oleh itu ia perlu bergantung kepada faktor-fator yang lain mengikut kesesuai ciri-ciri biji benih. Penyebaran biji benih ini penting bagi meningkatkan kadar hidup, pemangsa dan jauh dari jangkitan penyakit. Penyebaran biji benih ini membolehkan tumbuhan untuk membuat koloni baru yang jauh dari pokok induk. Terdapat beberapa cara yang telah dikelaskan bagi memudahkan proses penyebaran biji benih. Haiwan Dimakan Biji benih yang dimakan oleh binatang tidak akan tercerna, lalu di sebarkan apabila haiwan itu melakukan proses penyahtinjaan Dibawa Biji benih melekat di anggota badan haiwan dan akan tersebar di kawasan yang lain. Cara ini dapat membantu biji benih tersebar dengan pantas dan lebih jauh. Kebiasaannya biji benih ini mempunyai penyangkuk atau gigi yangmembolehkan biji ini melekat dengan lebih senang. Air Semua tumbuhan yang hidup di air menggunakan air sebagai agen pembiakan. Hal ini kerana air yang mengalir dapat menyebarkan biji benih jauh dari tempat asalnya. Ciri-ciri yang ada pada biji benih ialah, terapung, ada rongga udara dan kalis air. Udara Kebanyakan biji benih yang menggunakan udara sebagai agen pembiakan akan menghasilkan biji benih dalam jumlah yang banyak agar biji benih dapat mendarat dan membiak di tempat yang sesuai. Contoh: Kecil dan ringan Kelopak yang besar atau kepak payung terjun yang berbulukeringkepak berbentuk pintal Mempunyai lekuk-lekuk di kepak supaya membolehkan arus angin mengapungkan biji benih. Letupan Terdapat juga tumbuhan yang mempunyai mekanisme letupan yang membantu tumbuhan menyebarkan biji benih jauh daripada pokok induk. Tumbuhan ini mempunyai buah atau kuntuman yang meletup apabila menerima haba yang mencukupi dan biji benih cukup matang. Ciri-ciri biji benih yang kering dan keras.\

BAHAN DAN RADAS : Buku nota Pencil Pembaris Kamera Plastik untuk meletak bunga, buah dan biji untuk dikaji di kampus.PROSEDUR :1. Beberapa bunga dan buah-buahan di sekitar maktab telah dikumpulkan2. Kajian terhadap struktur buah-buahan telah dbuat.3. Ciri buah-buahan dan biji benih telah diperhatikan dan dicatatkan. 4. Biji benih telah dikelaskan berdasarkan jenis penyerbaran.5. Langkah 2 sehingga 4 dijalankan dengan menggunakan bunga.

PEMERHATIAN :Buah-buahanCARA PENYEBARANBUAHCIRI-CIRI

AnginLily Darat Hosta species Biji benih yang matang akan gugur dan berpusing seper helicopter supaya mudah dibawa angin jauh dari pokok induk.

KekabuCeiba pentandra Ringan Biji benih mudah tertanggal daripadapokok induk apabila sudah matang Amat ringan

HaiwanDurianDurio kutejensis Mempunyai duri yang tajam, Baunya yang manis menarik minat haiwan seperti tupai untuk menebuk kulitnya dan mendapatkan isi. Setelah dimakan, bijinya akan dicampak ketempat lain.

BetikCarica Papaya L Warnanya yang menarik Rasanya yang manis menbuatkan haiwan tertarik. Bijinya yang mempunyai selaput makanan membolehkan biji benih mendapatkan nutrient yang cukup untuk proses percambahan.

AirKelapaCocos nucifera Biji benih kelapa yang terletak di dalam cengkerangnya yang keras. Embrio terletak disalah satu lubang yang terdapat pada buah kelapa.( ada 3 lubang ). Kandungan makanan dan air di dalam buah kelapa mampu untukmemberikan nutrient yang cukup kepada biji benih walaupun terapung di atas air masin. Selain kalisair, sabut jugalah yang berfungsi mengapungkan buah kelapa mengikut ombak laut.

TerataiNelumbo nucifera

Benih teratai tersimpan didalam buah yang bentuknya seakan kon yang mengahala keatas. Apabila biji benih sudah matang, ia akan mengecut dan longggar daripada kelongsong lalu jatuh kedalam air.

Mekanisma LetupanSemarak ApiDelonix regia Apabila panjang buah (menyerupai petai) 7-9 cm Berwarna kuning keperangan, ianya akan terbahagi dua dan menyebarkan buahnya yang keras

Buah GetahCaoutchouc Buah yang matang akan meletup dan menyebarkan biji getah yang keras dan kalis air ke permukaantanah

BungaCARA PENYEBARANBUNGACIRI-CIRI

AnginBunga DandelionTaraxacum officinale Ringan Berbulu Berbentuk payung terjun

Bunga PasquePulsatilla vulgaris Beberbentuk helain jejarum yang ringan Berbulu Mudah tertanggal daripada pokok induk

Serangga Mempunyai kelopak yang warna merah atau cerah Jarang mempunyai bau.

Pokok Semalu imosa pudica

Mempunyai cangkuk yang melekat pada bulu haiwan. jarang mempunyai bau.

PERBINCANGANTumbuhan perlu untuk mengekalkan zuriat mereka. Bagi tumbuhan yang berbuah, air, udara, haiwan dan mekanisme letupan merupakn agen semulajadi penyebaran biji benih. Tumbuhan yang menggunakan sebagai haiwan sebagai agen pendebungaan mempunyai cirri-cirinya untuk menarik perhatian haiwan seperti warna yang terang dan menarik. Selain dari pada itu, ciri lain ialah bau yang kuat dan wangi seperti durian dan rasa yang manis seperti betik untuk menarik perhatian haiwan. Tamnahan lagi, biji buah-buahan ini tidak akan tercerna di dalama haiwan dan mempunyai biji yang keras untuk tujuan penyebaran.Seterusnya, bagi tumbuhan yang menjadikan air sebagai agen penyebaran pula mempunyai sifat yang utama iaitu daya apung dan kalis air untuk terapung di atas permukaan air dan tidak akan rosak apabila terendam di dalam air untuk satu jangka masa yang lama. Selain itu, buah ini mempunyai kandungan nutrient yang tinggi dan ia berguna untuk buah itu terus mempunyai tenaga sehinggalah tiba di darat untuk membentuk anak pokok yang baru.Unutk menggunakan angin sebagai agen penyebaran biji benih, buah-buahan atau biji benih tersebut mempunyai sifat seperti ringan untuk tujuan memudahkan penyebaran menggunakan angin. Selain daripada itu, buah ini selalunya mengeluarkan biji benih dalam kuantiti yang tinggi supaya peratusan hidup biji benih tersebut meningkat seperti kekabu.Untuk buah, seterusnya adalah menggunakan letupan sebagai agen untuk pendebungaan. Dengan letupan, biji benih akan tersebar jauh dari pokok induk. Ciri-ciri pokok ini adalah biji benih mempunyai kulit yang keras dan akan meletup bila menyerap haba yang cukup atau matang.Tumbuhan berbunga juga mempunyai dua agen penyebaran utama iaitu udara dan haiwan. Untuk kategori bunga yang menggunakan udara sebagai penyebaran sealunya mempunyai stigma yang tinggi untuk mendapatkan aliran angin yang lebih banyak untuk memudahkan penyebaran. Bagi tumbuhan berbunga yang menggunakan haiwan pula, ciri utama biji benih tersebut ialah melekit supaya mudah melekat pada