pembentukan malaysia

45
PEMBENTUKAN MALAYSIA KAJIAN KES – LAHAD DATU

Upload: faezy-elmy

Post on 13-Apr-2017

318 views

Category:

Presentations & Public Speaking


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembentukan Malaysia

PEMBENTUKAN MALAYSIAKAJIAN KES – LAHAD DATU

Page 2: Pembentukan Malaysia

Ahli kumpulan:ABDUL AZIM BIN JAAFAR

DAVID AKMAL BIN BECKHAMAIZUDDIN BIN KALYUBI

FAIDZI SUPERSTAR

Page 3: Pembentukan Malaysia

PENDAHULUAN

Idea pembentukan Malaysia dilahirkan pada 27 Mei 1961 melalui ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu,Tunku Abdul Rahman.

Mewujudkan satu bentuk penyatuan ekonomi dan politik yang melibatkan Persekutuan Tanah Melayu dan wilayah-wilayah jajahan British (Singapura,Borneo Utara Sabah,Sarawak dan Brunei).

Malaysia lahir 6 tahun slps Tanah Melayu merdeka tahun 1963.

Gabungan Tanah Melayu dgn Singapura, Sabah & Sarawak.

Page 4: Pembentukan Malaysia

Kronologi pembentukan Malaysia

1887• Lord Brassey Pengarah Syarikat Berpiagam Borneo

Utara mencadangkan TM + BRUNEI + SABAH + SARAWAK disatukan .

1930•Sir Cecil Clementi (Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi British) di Asia Tenggara mencadangkan Persekutuan Borneo iaitu Brunei,Sabah dan Sarawak

1947•Sir Malcolm MacDonald (Pesuruhjaya Tinggi British) di Asia Tenggara menyuarakan cadangan menyatukan negeri-negeri di Borneo ke dalam satu bentuk persekutuan

Page 5: Pembentukan Malaysia

1950

• Konsep Malaysia disuarakan oleh Parti Progresif Singapura

Mac 1954

• Mohd Ghazali Shafie menyokong konsep Malaysia

FEB 1955

• Presiden MCA ,Tan Cheng Lock melahirkan sokongan yg sama PM Singapura Lee Kuan Yew dan 2 org pemimpin Singapura yg terdahulu iaitu David Marshall & Lim Yew Hock pernah

• menyuarakan supaya Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu

Page 6: Pembentukan Malaysia

21 FEB 1956• Pengerusi Parti Rakyat Malaya, Ahmad Boestamam

menyatakan parti itu sedang mengusahakan penubuhan sebuah tanah air Melayu

27 MEI 1961• Idea tercetus melalui ucapan Perdana Menteri

Pesekutuan Tanah Melayu Tunku Abdul Rahman di Majlis Makan Tengahari di Hotel Adelphi, Singapura.

Page 7: Pembentukan Malaysia

FAKTOR- FAKTOR PENUBUHAN

Politik - Mempercepatkan kemerdekaan dan memberi kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei. - Mengelakkan ancaman dan pengaruh komunis di Singapura & kekalkan keamanan & kestabilan - wujudkan keseimbangan kaum & perpaduan Ekonomi - Kemajuan ekonomi bersama dan perkongsian faedah ekonomi. - kepentingan pelaburan Inggeris di AT'ra melalui keselamatan & kestabilan politik. Sosial - pupuk bangsa Malaysia, dengan identiti yg baru - perkongsian warisan budaya - Menjaga hak dan kepentingan kaum Bumiputera.

Page 8: Pembentukan Malaysia

PROSES PEMBENTUKAN

Lawatan muhibbah ke Borneo Utara & S'wak Jun 1961

Lawatan Tunku Ke Brunei Julai 1961 Rundingan Singapura, Ogos 1961 Rundingan dengan Britain tentang kepentingan

negara- negara Borneo November, 1961 Jawatankuasa Perundingan Perpaduan (JPP)

1961 Jawatankuasa Antara kerajaan (JAK), Ogos 1962 Suruhanjaya Cobbold, Ogos 1962

Page 9: Pembentukan Malaysia

Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPP)

Ditubuhkan di Singapura pada 23 Julai 1963,dipengerusikan oleh Donald Stephens

Tujuan : menerangkan dengan lebih jelas konsep Malaysia, terutama kepada penduduk di Sabah, Sarawak dan Brunei.

Menghilangkan kesangsian rakyat dan pemimpin Sabah dan Sarawak

Berjaya mengurangkan keraguan. JPP terus adakan mensyuarat dari semasa ke semasa.

Page 10: Pembentukan Malaysia

Jawatankuasa Antara Kerajaan

Ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangka syarat-syarat Perlembagaan Persekutuan

Tugas: rundingan perlembagaan & sediakan peruntukkan bg jaga kepentingan negara-negara Borneo

Diketuai oleh, Setiausaha Tanah jajahan British, Lord Landsdowne, Tun Abdul Razak Dato Hussein dan wakil-wakil kerajaan British, Sabah, Sarawak& Singapura

Mesyuarat pertama pd 30 Ogos 1962 di Jessellton Borneo Utara

Perkara utama perbincangan: perlunya Malaysia diterima semua pihak

Page 11: Pembentukan Malaysia

SURUHANJAYA COBBOLD

Ditubuhkan pada Januari 1962 Tujuan : - mendapatkan pandangan penduduk di Sabah dan Sarawak tentang

cadangan penubuhan Malaysia - Meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak tentang rancangan penubuhan Malaysia, - Menilai kesemua pandangan yang diberi - Membuat syor-syor bersesuaian. Peng. Lord Cobbold & dianggotai oleh 4 org lain (2 rakyat British + 2 rakyat

PTM- Wong Pow Nee (KM PP)+Ghazali Shafie pegawai kanan kerajaan ambil masa 3 bulan (Feb - April 1962)- dlm tempoh ini terima 2200

memorandum Laporan kpd British: lbh kurang 80% rakyat Borneo U & Sarawak sokong

rancangan Malaysia Pendirian mrk kpd 3 golongan:

o 1/3 sokong penggabungan tanpa syarato 1/3 sokong dgn syarat & jaminan tertentuo 1/3 : 1/2 mahu kemerdekaan dulu sblm gabung & 1/2 mahu kekal dlm British

Page 12: Pembentukan Malaysia

REAKSI SABAH, SARAWAK, BRUNEI &

SINGAPURA

Page 13: Pembentukan Malaysia

REAKSI SABAH, SARAWAK, BRUNEI & SINGAPURA

SARAWAK• Ramai menentang krn tiada faedah ekonomi.

Parti Menentang• Parti Negara Sarawak (PANAS) - Temenggung Jugah• Parti Rakyat Bersatu Sarawak - Ong kee Hui (SUPP)• Parti Kebangsaan Sarawak - Stephen Kalong Ningkan 12 Jun

1959(SNAP)

Parti Menyokong• Barisan Rakyat Jati Sarawak

Page 14: Pembentukan Malaysia

SABAH• Anti Malaysia

Parti Menentang• Parti Kebangsaan sabah Bersatu (United National Kadazan

Organization – UNKO) Donald Stephen, kaum kadazan.• Pasok Momogun Kebangsaan Utara, G.S. Sundang, Kaum Murut

Page 15: Pembentukan Malaysia

Parti Menyokong• Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (United

Sabah National Organization – USNO), Disember 1961, datu Mustapha Datu Harun.

• Awal 1963, fikiran pendudukan berubah.• Pengerusi UNKO, Donald Stephen bersetuju.

• SUPP satu2nya parti yang menentang.

Page 16: Pembentukan Malaysia

BRUNEI

Pihak Menentang• Parti Rakyat Brunei , A.M Azahari (parti berpengaruh)• Berminat penyatuan borneo utara melibatkan brunei, sabah & sarawak.• Khuatiri brunei hilang kekayaan hasil bumi (minyak)

Pihak Menyokong• Sultan Omat Ali Saifuddin menyokong konsep Malaysia

Page 17: Pembentukan Malaysia

SINGAPURA

Pihak Menentang Rakyat Singapura (United People’s Party – UPP)

Pihak Menyokong PAP (Parti Tindakan Rakyat), Lee Kuan Yew Disebabkan kekalahan PAP di Hong Lin & Anson Parti Buruh Singapura (bersetuju ttp beranggapan sukar

dilaksanakan)

Page 18: Pembentukan Malaysia

REAKSI NEGARA ASEAN – INDONESIA & FILIPINA

INDONESIA

• Tiada halangan atas penubuhan Malaysia• Dr. Subandrio (Menteri Luar Indonesia) 13 November 1961 – tidak

menghalang penubuhan Malaysia• 8 Disember 1962 – menentang kera & sokong Parti Rakyat Brunei.• 20 Januari 1963 – Sukarno “GANYANG MALAYSIA”• 11 Februari 1963 – Dr. Subandrio isytihar tentang.

Page 19: Pembentukan Malaysia

Faktor penentangan

• Sukarno merasakan Tunku Abd. Rahaman mebelakangi jirannya dgn membuat pengumuman.

• Penubuhan Malaysia mengagalkan rancangan penubuhan Indonesia Raya (Melayu Raya)

• Tentera dihantar di sempadan Sabah/Sarawak, Pantai Barat Johor.

Langkah• Wujud MAPHILINDO – tidak berjaya• 1965, Sukarno digulingkan, Jeneral Suharto ambil alih• Menteri Luar – Adam Malik membuat perjanjian perdamaian dgn Malaysia (Ogos 1966).

Page 20: Pembentukan Malaysia

FILIPINA

• Menentang penubuhan Malaysia

Faktor penentangan• Hak Sabah ke atas Filipina, surat bertarikh 22 Jun 1962. Sabah pernah

duduk di bawah kerajaan (Sulu sebahagian wilayah Filipina)• Surat bertarikh 24 Mei 1962, tuntutan ke atas sabah ditentang british.• 28 Januari 1963, presiden Macapagal telah membuat kecaman.• Penduduk sabah ingin menyertai secara sukarela.

Page 21: Pembentukan Malaysia

FAKTOR PEMISAHAN SINGAPURA

1965

Page 22: Pembentukan Malaysia

Faktor Masalah Politik Pada bulan November 1963, Lee Kuan Yew

menyatakan bahawa kegiatan politik PAP (People’s Action Party) akan hanya terbatas di Singapura dan parti itu tidak bercadang untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya Tanah Melayu dalam tempoh lima tahun selepas penyatuan.

PAP kemudiannya mengubah keputusan dan bergiat aktif di Tanah Melayu dengan bertanding dalam Pilihan Raya 1964.

Page 23: Pembentukan Malaysia

Tunku Abdul Rahman menegaskan bahawa PAP tidak diperlukan di Tanah Melayu kerana penglibatan PAP yang terlalu awal di Tanah Melayu akan menjejaskan perpaduan kaum dan hubungan UMNO dengan MCA.

Malah, PAP juga berminat untuk menggantikan MCA bagi mewakili Kaum Cina dalam kerajaan.

Page 24: Pembentukan Malaysia

Faktor masalah Perkauman

Hubungan di antara UMNO dan PAP menjadi semakin renggang akibat beberapa peristiwa yang berlaku di Singapura.

Setelah menyertai Malaysia, orang Melayu di negeri itu masih merasakan diri mereka ‘diabaikan’

kerajaan Singapura tidak mengambil tindakan untuk membaiki kedudukan mereka, keadaan ini menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang Melayu di Singapura.

Page 25: Pembentukan Malaysia

Beberapa buah pertubuhan yang mewakili orang Melayu kemudiannya menemui Tunku Abdul Rahman untuk melaporkan perkara itu.

Keadaan menjadi semakin serius selepas Setiausaha Agung UMNO, Syed Jaafar Albar menuduh pemimpin PAP cuba memecahkan perpaduan masyarakat Melayu di Singapura.

Page 26: Pembentukan Malaysia

Faktor Konsep ‘Malaysian Malaysia’

Sikap pemimpin Singapura yang memperjuangkan konsep ‘Malaysian Malaysia’ tidak disenangi pemimpin UMNO.

Konsep ini seolah-olah menafikan institusi Kesultanan Melayu serta mencabar hak istimewa orang Melayu dan bumiputera.

Page 27: Pembentukan Malaysia

Pada bulan Mei 1965, Lee Kuan Yew menubuhkan Malaysia Solidarity Convention dengan slogan ‘a democratic Malaysian Malaysia’ sebagai satu pakatan di kalangan parti pembangkang untuk menandingi Parti Perikatan.

Beliau ingin mewujudkan satu ‘persamaan hak bagi semua’ melalui satu ideologi politik, sosial dan ekonomi yang sama untuk semua kaum.

Page 28: Pembentukan Malaysia

Faktor Masalah Ekonomi

Mengikut perjanjian Malaysia, Singapura diberi kuasa untuk memungut cukai.

Hasil yang dikutip akan dibahagikan berasaskan kadar 60% untuk Singapura dan 40% untuk kerajaan persekutuan.

Memandangkan beban cukai Singapura adalah paling ringan dan bertambahnya perbelanjaan pertahanan akibat konfrontasi dengan Indonesia, kerajaan persekutuan bercadang untuk mengkaji semula agihan hasil itu yang menetapkan Singapura menyerahkan 60 % dan bukan lagi 40% hasilnya.

Cadangan ini menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati pemimpin Singapura

Page 29: Pembentukan Malaysia

Pada bulan Februari 1965, Menteri Kewangan, Tan Siew Sin mengarahkan pengusaha di Singapura untuk berunding dahulu dengan kerajaan persekutuan tentang perlindungan tarif sebelum membuka kilang.

Arahan ini telah menimbulkan kemarahan para pengusaha di Singapura sehingga mendapat liputan luas media.

Page 30: Pembentukan Malaysia

Penyingkiran Singapura

Menjelang bulan Mei 1965, hubungan antara Singapura dan Kuala Lumpur terus tegang hingga membimbangkan Tunku Abdul Rahman. Akhirnya beliau memaklumkan keputusan beliau untuk menyingkirkan Singapura kepada Tun Abdul Razak dan Dato’ Dr Ismail Abdul Rahman.

Pada 9 Ogos 1965, Tunku membuat pengumuman rasmi di Dewan Rakyat mengenai perpisahan Singapura daripada Malaysia.

Page 31: Pembentukan Malaysia

ISU-ISU PEMBENTUKKAN

MALAYSIA

Page 32: Pembentukan Malaysia

CABARANNYA :KEMERDEKAAN

PERKAUMAN

PARTI-PARTI POLITIK

TARAF BUMIPUTERA

SABAH & SARAWAK

CAMPUR TANGAN NEGARA

JIRAN

Page 33: Pembentukan Malaysia

PERKAUMAN Rancangan penubuhan Malaysia telah

menimbulkan pelbagai reaksi dari banyak pihak. Antara perkara yang paling diperdebatkan ialah mengenai kemasukan Singapura ke dalam Malaysia

mempertimbangkan mengenai soal imbangan kaum iaitu antara kaum Melayu dan bukan Melayu di Tanah Melayu.

penggabungan dengan Singapura merupakan sesuatu yang agak bertentangan dengan dasar kerajaan Tanah Melayu yang  bersifat sangat anti-Komunis dan pro-Barat.

Page 34: Pembentukan Malaysia

Melayu dan Bumiputera yang lain

Cina India Lain-lain Jumlah

Malaysia(Bancian 1975)

3 125 474(49.8%)

2 333 756(37.%)

696 186(11.1%)

123 342(20.0%)

6 278 380

Singapura(Bancian 1975)

197 060(13.6%)

1 090 575(71.5%)

124 084(8.6%)

34 190(2.7%)

1 445 929

Jumlah 3 322 534(43.0%)

3 424 351(44.3%)

820 270(10.6%)

157 532(2.1%)

7 724 687(100%)

Komposisi Kaum di Malaysia dan Singapura

Page 35: Pembentukan Malaysia

KEMERDEKAAN: Penubuhan Malaysia juga di lihat sebagai mampu

untuk membantu negara-negara yang masih dijajah untuk mencapai kemerdekaan

Ia selaras dengan prinsip dasar luar Tanah Melayu yang ingin menolong negara-negara yang sedang dijajah bagi mencapai kemerdekaan.

Prinsip ini adalah selaras dengan Resolusi 1514 Persidangan Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah diluluskan pada tahun 1960.

Page 36: Pembentukan Malaysia

TARAF BUMIPUTERA SABAH & SARAWAK: Keadaan golongan bumiputera Sabah dan Sarawak

adalah jauh ketinggalan berbanding dengan kedudukan golongan yang sama di Semenanjung Malaysia

Semasa pentadbiran British, sektor ekonomi dan sosial di wilayah itu telah dimonopoli oleh golongan pendatang.

Oleh kerana mereka mendapat lebih banyak peluang daripada British, maka golongan pendatang tersebut merupakan mereka yang berjaya dalam pendidikan dan menjawat jawatan tinggi dalam pentadbiran negeri.

Page 37: Pembentukan Malaysia

Bagi golongan bumiputera pula, mereka merupakan golongan yang terbiar di tanah air mereka sendiri. Oleh yang demikian, terdapat  mereka yang berjaya dalam Tanah Melayu

penduduk-penduduk Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang pada masa tersebut kedudukan mereka cukup merosot

 hak keistimewaan sebagai penduduk Melayu dan Bumiputera tempatan.

kebanyakan penduduk Borneo tidak beragama Islam dan bukan Melayu, namun masyarakat Melayu

Tanah Melayu menganggap mereka sebagai “saudara” dan berkemungkinan mampu dipujuk untuk menyokong penubuhan Malaysia dan Parti Perikatan

Page 38: Pembentukan Malaysia

PARTI-PARTI POLITIK: Cadangan penubuhan Malaysia telah mendapat

reaksi yang berbagai-bagai dari banyak pihak. Parti Rakyat Singapura telah menentang gagasan ini

menuduh ia sebagai bersifat neo-kolonialisme.  Manakala di Sarawak pula, Donald Stephen,

pengarang Borneo Times telah mengecam Tunku Abdul Rahman.

Sementara itu di Sarawak, semua parti politik telah menentang idea penyatuan ini dan penentangan ini diketuai oleh Stephen Yong.

Page 39: Pembentukan Malaysia

Brunei juga telah menentang gagasan ini. Antara pihak yang menentang ialah Parti Rakyat Brunei yang diketuai oleh Hafiz Laksamana

Beberapa orang dari tokoh yang menentang ini telah membentuk satu Barisan Bersatu (United Front) pada Julai 1961 yang bertujuan mencabar Malaysia.

 Pembentukan Barisan Bersatu lebih didorong oleh kebangkitan semangat kesedaran kebangsaan mereka sendiri yang ingin merdeka secara bersendirian tanpa Tanah Melayu.

tentangan tersebut adalah disebabkan oleh tanggapan bahawa penubuhan Malaysia adalah sebagai satu jalan bagi Tanah Melayu untuk meluaskan kuasa.

Page 40: Pembentukan Malaysia

CAMPUR TANGAN NEGARA JIRAN:FILIPINA : Tentangan yang telah ditunjukkan oleh negara ini

adalah dengan cara mengemukakan tuntutan ke atas Sabah.

Tuntutan ini bermula dari idea Filipina, iaitu Presiden Machapagal yang merupakan seorang tokoh yang sememangnya berminat dalam soal-soal kewilayahan

Filipina juga menuntut Sabah bagi pihak keluarga Sultan Sulu yang pada masa dahulu merupakan penguasa ke atas negeri ini

Dalam soal ini juga, Sultan Sulu dan kemudian pewaris-pewarisnya telah menerima bayaran $5,000,000 setahun.

kerajaan Filipina telah menolak hasil laporan tersebut.

Page 41: Pembentukan Malaysia

BRUNEI: Reaksi penentangan juga datang dari Brunei yang

pada peringkat awalnya menyokong malah menunjukkan minatnya untuk bersama-sama Sabah dan Sarawak & SINGAPURA.

Persetujuan ini lahir dari pertimbangan Sultan Brunei, Sultan Ali Sarifuddin yang memikirkan bahawa negara Brunei adalah sebuah negara yang kecil

Brunei akhirnya menolak pelawaan penggabungan ini atas beberapa faktor seperti tentangan rakyat Brunei

 Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M. Azahari.

Page 42: Pembentukan Malaysia

Tentangan kuat yang diberikan oleh Parti Rakyat Brunei ini juga mendapat sokongan dari Partai Komunis Indonesia.

Faktor lain ialah keengganan Sultan Brunei untuk membayar cukai ke atas pendapatannya hasil dari petroleum seperti yang dicadangkan oleh kerajaan Persekutuan

Brunei hanya berhak sepenuhnya ke atas pendapatan petroleum untuk jangka masa sepuluh tahun.

 Sultan Brunei menolak kedudukannya dalam senarai raja-raja yang akan menjadi Yang Di Pertuan Agong.

 Baginda mahukan kedudukan yang lebih tinggi dan tempoh pemerintahan yang lebih lama

Page 43: Pembentukan Malaysia

Indonesia:

Tentangan yang paling hebat yang diterima oleh Malaysia berhubung dengan penubuhan Malaysia ialah dari Indonesia.

 Indonesia yang telah melancarkan konfrontasi dari tahun 1963 hingga 1966.

 Pada peringkat awal, Indonesia tidak mahu campurtangan dalam soal penubuhan Malaysia.

Pada 20 November 1961, kerajaan Indonesia yang diwakili oleh Menteri Luar, Dr. Subandrio pernah  mendoakan selamat maju jaya kepada usaha-usaha kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

Page 44: Pembentukan Malaysia

Parti Komunis Indonesia memainkan peranan yang penting dalam penentangan dan kecaman terhadap pembentukan Malaysia.

Sokongan pihak Indonesia terhadap pemberontakan Parti Rakyat Brunei merupakan susulan kecaman Indonesia kepada Persekutuan Tanah Melayu.

Tuduh menuduh antara pemimpin-pemimpin Malaysia dan Indonesia telah dilemparkan dalam akhbar-akhbar di negara masing-masing.

Hubungan Malaysia dengan Indonesia menjadi semakin tegang dan pada 20 Januari 1963 Menteri Luar Indonesia iaitu Dr. Subandrio telah mengumumkan konfrontasi ke atas Malaysia dengan melancarkan kempen “Ganyang Malaysia!

Page 45: Pembentukan Malaysia

Indonesia menyatakan tidak akan melancarkan konfrontasi ala-tentera tetapi keadaan menjadi semakin genting apabila tentera-tentera Indonesia telah menyusup masuk ke wilayah-wilayah Malaysia, seperti di pantai Pontian dan pantai Muar di Johor.

Konfrontasi Indonesia ke atas Malaysia akhirnya tamat berikutan dengan kejatuhan Sukarno akibat kegagalan cubaan coup-de-tet yang telah dilancarkan oleh Parti Komunis Indonesia pada 30 September 1965.