pembentukan kata nama

Download Pembentukan Kata Nama

Post on 18-Dec-2014

66 views

Category:

Documents

6 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pembentukan Kata Nama

TRANSCRIPT

PEMBENTUKAN KATA NAMA Perkataan-perkataan yang tergolong dalam golongan kata nama boleh dikaji dari segi pembentukan dan unsur-unsur yang ada di dalamnya. Berdasarkan itu, kata nama boleh dibahagikan kepada empat bentuk, iaitu :

Kata Nama Tunggal Kata Nama Kata Nama Ganda

Kata Nama Terbitan

Kata Nama Majmuk

KATA NAMA TUNGGAL Kata nama tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja, dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap dan menjadi ini pada frasa nama. Contoh kata nama tunggal adalah seperti yang berikut : yu ru wang pam bumi kata allahyarham busjaket overdraf tudung wanita tempurung belantara cenderawasih malaikat demokrasi sandwic poskod

KATA NAMA TUNGGAL JENIS AKRONIM Kata nama tunggal juga merangkumi kata nama akronim, iaitu perkataan yang dihasilkan mellaui percantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian

perkataan. Bahagian-bahagian perkataan itu boleh terdiri daripada huruf, suku kata, atau bahagian daripada perkataan. Berdasarkan cara percantuman bahagian-bahagian perkataan ini, kata nama akronim boleh dibahagikan kepada sekurang-kurangnya empat jenis, iaitu :

(i) kata nama akronim cantuman huruf awal perkataan

(ii) kata nama akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan.

(iii) kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan.

(iv) kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya.

A. KATA NAMA AKRONIM CANTUMAN HURUF AWAL PERKATAAN Kata nama akronim yang dibentuk melalui percantuman huruf awal beberapa perkataan kebanyakannya terdiri daripada nama khas; oleh itu, dieja dengan huruf besar keseluruhannya. Contohnya : ADUN ABIM IPTAR ILIM IKIM Ahli Dewan Undangan Negeri Angkatan Belia Islam Malaysia Institut Penyiaran Tun Abdul Razak Institut Latihan Islam Malaysia Institut Kefahaman Islam Malaysia

B. KATA NAMA AKRONIM CANTUMAN HURUF DAN SUKU PERKATAAN kata nama akronim jenis ini terhasil daripada cantuman huruf dan suku kata sejumlah perkataan. Kata nama akronim jenis ini juga membentuk kata nama khas; oleh itu, ejaannya bermula dengan huruf besar. Contohnya : Perhilitan Proton Mara Perkim Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara Perusahan Otomobil Nasional Majlis Amanah Rakyat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia

C. KATA NAMA AKRONIM CANTUMAN SUKU KATA AWAL PERKATAAN Kata nama akronim jenis ini dibentuk melalui percantuman suku kata awal sejumlah perkataan. Jikalau yang terbentuk itu kata nama khas, ejaannya bermula dengan huruf besar. Contohnya : Bernama Perkeso Tadika Pawagam Kugiran Cerpen Berita Nasional Malaysia Pertubuhan Keselamatan Sosial Taman Didikan Kanak-Kanak Panggung Wayang Gambar Kumpulan Gitar Rancak Cerita Pendek

D. Kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya. Kata akronim jenis ini dibentuk melalui huruf atau suku kata perkataan pertma dengan bahagian bukan awal perkataan yang lain. Contohnya : Asbut Jentolak Debunga Purata Jalurah Jenama Asap Kabut Jentera Tolak Debu Bunga Pukul Rata Jalan Lurah Jenis Nama

KATA NAMA TUNGGAL SEBAGAI PENJODOH BILANGAN Terdapat segolongan kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya. Kelompok perkataan ini lazimnya disebut penjodoh bilangan. Contohnya :

segugus bintang seutas tali sebiji telur sebutir permata sepucuk surat sebentuk cincin sepuluh pintu kedai sebelas cucuk satu

sekaki payung selembar benang serawan jala sepapan petai sesisir pisang tiga tandan kelapa sekapur sirih lima orang budak

KATA NAMA TERBITAN Kata nama terbitan ialah kata nama yang terhasil daripada proses pengimbuhan, iaitu proses menggandingkan imbuhan kata nama pada kata-kata dasar. Terdapat empat jenis imbuhan kata nama yang boleh berganding dengan lima jenis kata dasar untuk menghasilkan kata nama terbitan. Keempat-empat jenis imbuhan itu ialah awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Lima jenis kata dasar yang menerima imbuhan pula ialah : a) Akar, bentuk morfem terikat yang bukan imbuhan :

tapa tawa mudi

pertapaan ketawa kemudi

b) Kata tunggal, perkataan yang dibentuk oleh satu morfem bebas : laut syor ikut hakis pulihara lautan pengesyoran ikutan hakisan pemuliharaan

c) Kata terbitan, perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan :

berangkat berkesan sinambung

keberangkatan keberkesanan kesinambungan

d) Kata majmuk yang dibentuk oleh dua morfem bebas atau lebih. Contohnya : daya serap ibu bapa satu padu daya serapan keibubapaan bersatu padu

e) Rangkaian kata, bentuk binaan sintaksis yang terdiri daripada sekurangkurangnya dua perkataan : tidak adil salah guna tidak sempurna ketidakadilan penyalahgunaan ketidaksempurnaan

AWALAN KATA NAMA Awalan-awalan yang membentuk kata nama dalam bahasa Melayu ialah :

3. peR2. pe1. peNa) Awalan peNi. Bentuk awalan peNAwalan peN- terdiri daripada empat bentuk awalan, iaitu pe-, pem-,pen-, dan peng-. Perbezaan bentuk-bentuk awalan ini bergantung pada dua faktor iaitu : Faktor fonologi, iaitu jenis huruf pertama pada suku kata dasar yang akan bercantum dengan awalan itu.

4. keAwalan Kata Nama

5. juru-

Faktor perkembangan dan perancangan bahasa, menghasilkan bentuk-bentuk yang tidak mematuhi kelaziman peraturan fonologi bahasa melayu.

Dengan berdasarkan faktor fonologi, perubahan peN- dapat dihuraikan seperti berikut : 1) peN- menjadi pe- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf huruf m, n, ny, ng, r, l, dan w. Contohnya : masak naik nyanyi ngiau ragut layan wangi pemasak penaik penyanyi pengiau peragut pelayan pewangi

Termasuk ke dalam jenis ini ialah kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf p, t, k, dan s. Dalam hal ini, huruf pertama dalam kata dasar luluh dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya (homorganik) dengan bunyi pertama dalam kata dasar, iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s, seperti dalam contoh yang berikut : pukul tahan karang selam pemukul penahan pengarang penyelam

2. peN- menjadi pem- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf b dan perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf b, f, dan v serta gugus konsonan yang bermula dengan huruf b dan p. Contohnya : baca beri bilas pembaca pemberi pembilas

Contoh

perkataan

pinjaman

yang

mengekalkan

huruf

pertamanya

untuk

mempertahankan etimologi kata asalnya ialah : boikot veto fatwa brek blok proses pemboikot pemveto pemfatwa pembrek pemblok pemproses

3. peN- menjadi pen- apabila bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf d. C, j, sy, dan z dan perkataan-perkataan pinjaman yang kata dasarnya bermula dengan huruf t dan s. Contohnya : dapat datang curi cukur jaja jodoh syarah ziarah pendapat pendatang pencuri pencukur penjaja penjodoh pensyarah penziarah

Contoh

perkataan

pinjaman

yang

mengekalkan

huruf

pertamanya

untuk

mempertahankan etimologi kata asalnya ialah : tadbir terjemah tafsir tauliah stabil sintesis swasta pentadbir penterjemah pentafsir pentauliah penstabil pensintesis penswasta

Terdapat satu kekecualian pada peraturan ini, iaitu pada bentuk kata dasar ternak yang bukan kata pinjaman tetapi menerima awalan pen- yang membentuk kata penternak.

4. peN- menjadi peng- apabila digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf g dan h (bunyi konsonan), dan a, e, i, o dan u (bunyi vokal). Seperti pen-, peng- hadir juga dengan perkataan pinjaman serta beberapa bentuk kekecualian yang kata dasarnya bermula dengan huruf k. Contohnya :

gulung hubung atur elak ikut olah ukur

penggulung penghubung pengatur pengelak pengikut pengolah pengukur

Contoh perkataan pinjaman yang mengekalkan huruf pertamanya untuk mempertahankan etimologi kata asalnya ialah :

kabul katalog kategori kritik klasifikasi khianat

pengkabul pengkatalog pengkategori pengkritik pengklasifikasi pengkhianat

Terdapat satu kekecualian, iaitu pada kata dasar kaji yang bukan kata pinjaman tetapi menerima awalan peng- menjadi pengkaji untuk dibezakan dengan perkataan pengaji. Sehubungan itu, peng- menjadi penge- apabila bergabung dengan kata dasar yang bersuku kata, iaitu yang mempunyai satu suku kata sahaja, baik perkataan Melayu ataupun perkataan pinjaman. Contohnya : cat syor tin bom tut pam pengecat pengesyor pengetin pengebom pengetut pengepam

5. peN- bervariasi dengan pel- apabila bergabung dengan kata dasar ajar untuk menandakan makna orang yang menerima kerja mengajar atau orang yang melakukan kerja belajar. [ajar -> pelajar]

Aspek Makna Awalan peNAwalan peN-, seperti imbuhan yang lain, ialah bentuk yang digandingkan pada kata dasar untuk menghasilkan kata nama terbitan dengan mendukung makna tertentu yang ditambahkan pada makna asal kata dasar. Oleh sebab imbuhan scara tersendiri tidak mempunyai makna dan sebaliknya maknanya terjelma apabila digabungkan dengan kata dasar, maka imbuhan boleh diaanggap sebagai penanda makna pada kata terbitannya. Dengan berdasarkan ciri makna demikian, maka awalan peN- boleh dianggap penanda pelbagai makna bagi kata nama terbitan yang dihasilkan. Perbincangan yang berikut ini menghuraikan pelbagai makna awalan peN- yang terjelma apabila diibuhkan pada kata dasar.

I. Awalan peN- penanda makna orang yang melakukan sesuatu, contohnya : pengguna penyuruh penuai pemandu peladang perancang

II. Awalan peN- penanda makna orang yang menjawat tugas, contohnya : penghulu pengurus pengerusi pengacarah pensyarah penyanyi

III. Awalan peN- penanda makna o