pembentangan kajian tindakan

21
KEBERKESANAN PERMAINAN GELIGA IQ DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBEZAKAN SYARAT WAJIB SOLAT DAN SYARAT SAH SOLAT MURID TAHUN TIGA ASMIA AYU BINTI ALIAS SK SUNGAI DURIAN

Upload: asmia-ayu-alias

Post on 20-Jul-2015

633 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

KEBERKESANAN PERMAINAN GELIGA IQ DALAM MENINGKATKAN

KEMAHIRAN MEMBEZAKAN SYARAT WAJIB SOLAT

DAN SYARAT SAH SOLAT MURID TAHUN TIGA

ASMIA AYU BINTI ALIAS

SK SUNGAI DURIAN

PENGENALAN

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:

Murid tahun 3 Arif dan 3 Bestari keliru dan tidak mampu

membezakan syarat wajib solat dan syarat sah solat.

Hasil temubual dengan GPI, didapati murid dari kedua-dua

kelas ini mengalami masalah membezakan syarat wajib

solat dan syarat sah solat.

SOLAT YANG SEMPURNA

SYARAT WAJIB SOLAT SYARAT SAH SOLAT

1)ISLAM2)BALIGH3)BERAKAL4)SUCI DARIPADA HAID DAN NIFAS

1)MENUTUP AURAT2)SUCI DARIPADA HADAS3)SUCI DARIPADA NAJIS4)MENGHADAP KIBLAT5)YAKIN MASUK WAKTU

PENGENALAN

PENCAPAIAN BAND RENDAH

SUSAH MENGHAFAL & MUDAH LUPA

KURANG BERMINAT &

MALASKELIRU

ISU /

MASALAH

METODOLOGI KAJIAN

1. Sampel kajian:

• 32 orang murid dari tahun 3 Arif dan tahun 3 Bestari

yang terdiri daripada 16 orang dalam kumpulan

kawalan dan 16 orang dalam kumpulan rawatan.

2. Tempat kajian:

• Sekolah Kebangsaan Sungai Durian.

• Tahun 3 Arif dan 3 Bestari

3. Rekabentuk kajian:

• Kajian tindakan.

4. Instrumen kajian:

• Ujian pra dan pasca, pemerhatian, temubual.

METODOLOGI KAJIAN

5. Model kajian tindakan Stephen Kemmis :

1. Merefleks

2.Merancang

3. Melaksana

4.Memerhati

PROSEDUR TINDAKAN

• Pemerhatian tidak berstruktur semasa PdP.

• Pilih sampel dan bahagi kepada kumpulankawalan dan rawatan.

LANGKAH 1

(Merefleks)

• Melaksanakan ujian pra kepada kumpulankawalan dan rawatan.

• Melaksanakan pemerhatian berstruktur dantemubual.

LANGKAH 2

(Merancang)

• Rawatan menggunakan permainan “GELIGA IQ”.

LANGKAH 3

(Melaksana)

• Melaksanakan ujian pasca kepada kumpulankawalan dan rawatan.

• Melaksanakan pemerhatian berstruktur dantemubual.

LANGKAH 4

(Memerhati)

LAGU SYARAT WAJIB SOLAT

Syarat wajib solat ada empat, iya iya yo,

Pertama, islam bukan kafir, iya iya yo,

Kedua, baligh cukup umur, iya iya yo,

Ketiga, berakal tidak gila, iya iya yo,

Keempat, suci dari haid dan nifas, iya iya yo,

Marilah sama-sama kita tunaikan solat.

(Ikut rentak lagu Pak Mamat Ada Kebun)

LAGU SYARAT SAH SOLAT

Syarat sah solat ada lima,

Pertama, suci dari najis,

Kedua, suci dari hadas,

Ketiga, tutup aurat badan,

Keempat, hadaplah ke kiblat,

Kelima, yakin masuk waktu,

Marilah adik, mari adik sama-sama tunaikan

solat.

(Ikut rentak lagu Bapaku Pulang)

PERMAINAN “GELIGA IQ”

Dam “GELIGA IQ”

OBJEKTIF KAJIAN

1. Terdapat perbezaan min pencapaian murid dalam

ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan rawatan.

2. Terdapat perbezaan pencapaian tahap kemahiran

membezakan syarat wajib solat dan syarat sah

solat murid selepas menggunakan permainan

“GELIGA IQ” dalam pembelajaran ibadah.

DAPATAN KAJIAN

Objektif kajian 1:

Terdapat perbezaan min pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pasca bagi

kumpulan rawatan.

0

20

40

60

80

100

KAWALAN RAWATAN

38.88 39.3841.31

81.31

MIN

KUMPULAN

ANALISIS PERBEZAAN MIN UJIAN PRA-PASCA

PRA

PASCA

Graf di atas menunjukkan analisis perbezaan min markah ujian pra dan pasca yang telah

dijalankan kepada kumpulan kawalan dan rawatan. Melalui ujian pra, sampel kajian

memperolehi min markah 41.31 untuk kumpulan kawalan dan 81.31 untuk kumpulan rawatan.

Berdasarkan min markah yang telah diperolehi, kumpulan rawatan telah menunjukkan

peningkatan min sebanyak 41.93 dalam ujian pos berbanding kumpulan kawalan yang hanya

menunjukkan peningkatan min sebanyak 2.43 dalam ujian pos.

DAPATAN KAJIAN

Objektif kajian 2:

Terdapat perbezaan pencapaian tahap kemahiran membezakan syarat wajib solat dan

syarat sah solat murid selepas menggunakan permainan “GELIGA IQ” dalam

pembelajaran ibadah.

1. Ujian Pra dan Pasca

0

1

2

3

4

5

6

7

8

9

A B C D E

0

3 3

7

3

9

5

2

0 0

BIL

AN

GA

N

GRED

ANALISIS GRED KUMPULAN RAWATAN

PRA

PASCA

Berdasarkan graf diatas, berlaku perubahan positif dari segi gred pencapaian murid bagi

kumpulan rawatan dalam ujian pra dan ujian pasca. Gred A meningkat secara mendadak

daripada tiada kepada 9 orang. Gred B meningkat daripada 3 orang kepada 5 orang. Gred C

menurun daripada 3 orang kepada 2 orang. Gred D menurun secara medadak daripada 7 orang

kepada tiada. Gred E juga menurun daripada 3 orang kepada tiada.

DAPATAN KAJIAN

2. Pemerhatian

BIL TINDAKBALAS SELEPAS RAWATAN BIL (%)

1 Melakukan aktiviti permainan dengan bersungguh-sungguh. 16/16 100

2 Seronok ketika melaksanakan aktiviti permainan. 16/16 100

3 Bermain mengikut peraturan dan cara bermain yang sebenar. 16/16 100

4 Menjawab soalan-soalan permainan dengan yakin. 10/16 63

BIL TINDAKBALAS SEBELUM RAWATAN BIL (%)

1 Memberi perhatian terhadap pengajaran guru dengan bersungguh-

sungguh.

0/16 0

2 Seronok ketika sesi pengajaran secara konvensional dilakukan. 0/16 0

3 Dapat mengekalkan tumpuan dan mengawal tingkahlaku sepanjang

sesi pengajaran guru.

3/16 19

4 Menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh guru dengan yakin. 0/16 0

DAPATAN KAJIAN

SEBELUM RAWATAN SELEPAS RAWATAN

GURU:Analisis dapatan temubual bersama GPI

mendapati bahawa mereka mencadangkan

bahawa murid yang lemah dalam membeza

perlu diberikan rawatan khusus dan

mencadangkan kaedah permainan

digunakan.

GURU:Analisis dapatan temubual bersama GPI

mendapati bahawa mereka menyokong

penggunaan permainan “GELIGA IQ” dalam

P&P kerana dapat meningkatkan kemahiran

membezakan syarat wajib solat dan syarat

sah solat dikalangan murid.

MURID:Analisis dapatan temubual bersama murid

mendapati murid lemah ini berasa bosan

dengan pengajaran biasa yang dijalankan dan

mengalami masalah membezakan syarat

wajib solat dan syarat sah solat yang perlu

diberikan rawatan segera.

MURID:Analisis dapatan temubual bersama murid

selepas diberikan rawatan mendapati

100%(16 orang) murid yang bermain

dengan permainan „GELIGA IQ‟ ini seronok

dengan permainan „GELIGA IQ‟, 63% (10

orang) murid mendakwa mereka boleh

membezakan syarat wajib solat dan 37% (6

orang) lagi murid merasakan berlaku

peningkatan dalam kemahiran membezakan

syarat wajib solat dan syarat sah solat.

3. Temubual

PERBINCANGAN DAPATAN

Objektif kajian 1:

Terdapat perbezaan min pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pasca bagi

kumpulan rawatan.

1. Penyelidik mendapati bahawa peningkatan min dalam ujian pra dan ujian pos bagi

kumpulan rawatan telah menyokong hasil kajian yang telah dibuat oleh Rubiah

Sidik, Zakiah Ithnin dan Rohani Musa (2006), yang mana permainan dam ular

telah berjaya meningkatkan kemahiran membezakan perkara-perkara yang

membatalkan solat dengan perkara-perkara yang membatalkan wuduk. Hal ini

menunjukkan bahawa terdapat persamaan kaedah yang digunakan untuk

meningkatkan kemahiran membeza murid apabila nyanyian lagu dan dam

GELIGA IQ dalam permaian “GELIGA IQ” yang digunakan oleh penyelidik dan

juga nasyid beserta dam ular oleh Rubiah Sidik, Zakiah Ithnin dan Rohani Musa

(2006), telah dapat membantu meningkatkan kemahiran membeza murid.

PERBINCANGAN DAPATAN

2. Objektif pertama kajian ini selari dengan teori pembelajaran B.F Skinner (1930)

yang menyatakan bahawa tingkahlaku yang diikuti oleh pengukuhan akan

meningkatkan kebarangkalian berlakunya tingkah laku yang sama pada

masa hadapan.

3. Selain itu, hasil kajian ini juga selari dengan teori Mat Jamuddin (2002) , yang

menyatakan bahawa rangsangan yang diterima dapat membantu membina

ingatan jangka panjang yang bermula dengan daya ingatan sensori.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kajian oleh Rubiah Sidik, Zakiah Ithnin dan Rohani Musa (2006),

teori B.F Skinner (1930) dan teori Mat Jamudin (2002) adalah menyokong objektif

pertama kajian.

PERBINCANGAN DAPATANObjektif kajian 2:

Terdapat perbezaan pencapaian tahap kemahiran membezakan syarat wajib

solat dan syarat sah solat murid selepas menggunakan permainan “GELIGA

IQ” dalam pembelajaran ibadah.

1. Berdasarkan perbandingan analisis dapatan daripada pencapaian gred ujian pra

dan ujian pasca dan disokong dengan analisis dapatan daripada pemerhatian, dan

temubual ialah terdapat peningkatan pencapaian tahap kemahiran membezakan

syarat wajib solat dan syarat sah solat murid selepas menggunakan permainan

“GELIGA IQ” dalam pembelajaran ibadah.

2. Objektif kedua ini selari dengan kaedah main sambil belajar yang sangat berkesan

dalam meningkatkan kualiti pembelajaran. Main sambil belajar juga dapat

menambahkan pengalaman belajar murid seperti menurut Ee Ah Meng (2006)

menjelaskan permainan dapat memberi pengalaman awal tentang keadilan,

peraturan dan kesamaan. Menurut Vygotsky (1967), main membantu

perkembangan bahasa dan pemikiran. Menurut Maria Mentassori

(1949), dalam bermain sambil belajar, kanak-kanak sebenarnya bekerja

bersungguh-sungguh bagi menguasai sesuatu kemahiran.

3. Penyelidik mendapati hasil kajian penyelidik ini telah menyokong hasil

Kajian yang dibuat oleh Norhaya Isa, Tuan Rozaimi, Tuan Rani, Norazman

Mohaimin dan Rokiah Mohamed (2006), dengan tajuk „Meningkatkan

Kemahiran Membezakan Perkara Rukun Dengan Perkara Sunat Dalam

Solat Melalui Pendekatan Permainan Monopoli‟ kerana kaedah main

sambil belajar ternyata mampu untuk membantu murid yang lemah dalam

kemahiran membeza untuk meningkatkan kemahiran membeza mereka.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, teori Ee Ah Meng (2006), Vygotsky (1967), Maria

Montassori (1949) dan kajian yang dilakukan oleh Norhaya Isa, Tuan

Rozaimi, Tuan Rani, Norazman Mohaimin dan Rokiah Mohamed (2006)

adalah menyokong objektif kedua kajian.

PERBINCANGAN DAPATAN

RUMUSAN KESELURUHAN

1. Permainan “GELIGA IQ” yang menggunakan kaedah nyanyian

dan permainan dam telah berjaya meningkatkan kemahiran

membezakan syarat wajib solat dan syarat sah solat murid tahun 3.

2. Permainan “GELIGA IQ” berjaya meningkatkan keputusan ujian

pasca murid.

3. Kaedah main sambil belajar sangat berkesan untuk mewujudkan

suasana pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan.

4. Kaedah main sambil belajar berjaya membantu murid untuk

membina daya ingatan jangka panjang melalui rangsangan-

rangsangan yang diberikan semasa bermain.

SEKIAN,TERIMA KASIH