pembelajaran berasaskan projek

24
BMK 3033 – KETERAMPILAN MEMBACA TUGASAN KUMPULAN (Pembelajaran Berasaskan Projek) NAMA NO MATRIK SAIFUL ANUAR BIN ISMAIL D20141067780 MOHD HAZIQ BIN AZMI D20141066829 NORHAYATI BINTI MAT REPIN D20141066848 NUR AMIRAH SYAKIRAH BINTI IBRAHIM D20141066818 SITI SOLEHAH BINTI MUING D20141066854 NOOR AKMA AZLINDAMARIA BINTI BUSU D20141066860 KUMPULAN : C NAMA PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR. DAHLIA BINTI JANAN

Upload: king-rudolf

Post on 30-Jan-2016

69 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

..........................

TRANSCRIPT

Page 1: Pembelajaran Berasaskan Projek

BMK 3033 – KETERAMPILAN MEMBACA

TUGASAN KUMPULAN

(Pembelajaran Berasaskan Projek)

NAMA NO MATRIK

SAIFUL ANUAR BIN ISMAIL D20141067780

MOHD HAZIQ BIN AZMI D20141066829

NORHAYATI BINTI MAT REPIN D20141066848

NUR AMIRAH SYAKIRAH BINTI IBRAHIM D20141066818

SITI SOLEHAH BINTI MUING D20141066854

NOOR AKMA AZLINDAMARIA BINTI BUSU D20141066860

KUMPULAN : C

NAMA PENSYARAH :

PROFESOR MADYA DR. DAHLIA BINTI JANAN

Page 2: Pembelajaran Berasaskan Projek

BAHAGIAN A

1.0) DEFINISI BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

Menurut Thomas, R.Murray & et al. ( 1963) dalam bukunya menjelaskan bahawa hanya alat

bantu mengajar (BBM) yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar

memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiahdan

sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.Manakala menurut Ngui Kuen Sang

(1981) menjelaskan bahawa kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun

padakeseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi

pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan

pandangan seseorang. Atan Long ( 1982) pula menjelaskan bahawa BBM terdiri daripada

pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam

bentuk buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkanpada skrin. Alat-alat

penyampaiannya dinamakan BBM.

Secara mudahnya BBM merupakan kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk

membantu dalam proses menyampaikan pengajaran pembelajaran. Bahan Bantu Mengajar

merangkumi semua benda yang boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai,

dihidu, digunakan dan sebagainya

2.0) JENIS-JENIS BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

Arus pendidikan negara pada hari ini turut berubah dengan perkembangan dunia

teknologi maklumat. Dalam era teknologi maklumat masa kini penggunaan multimedia di

dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) memberikan satu perubahan yang besar

berbanding dengan cara tradisi iaitu penggunaan kapur tulis dan buku teks. Sehubungan

dengan itu pelbagai usaha dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi

memantapkan lagi proses pengajaran dengan mengadakan kursus penyediaan bahan bantu

mengajar (BBM). Kita dapat lihat bahawa hari demi hari proses pengajaran dan pembelajaran

menjadi suatu proses yang semakin kompleks dan penuh dengan cabaran. Hal ini disebabkan

oleh kepantasan teknologi serta tahap pemikiran generasi baharu dalam memproses maklumat

dan mendapatkan ilmu. Ianya menyebabkan kesukaran untuk menentukan kaedah dan

pendekatan pengajaran yang terbaik untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang

menarik dan berkesan. Menurut Mok Soon Sang (2000), banyak faktor yang menentukan ciri-

1

Page 3: Pembelajaran Berasaskan Projek

ciri pengajaran yang baik. Di antaranya ialah kecekapan pendidik mengawal kelas, strategi

dan kaedah pengajaran serta penggunaan BBM. Antara yang terpenting dalam penggunaan

BBM kerana BBM merupakan salah satu instrumen untuk menyampaikan maklumat dan

pengetahuan kepada pelajar. Ini bermakna BBM membolehkan guru atau pengajar

menyampaikan topik dengan lebih mudah, lebih menarik dan lebih berkesan khususnya

dalam bidang pembacaan. Manakala pelajar pula dapat memahami topik tersebut dengan

lebih mendalam serta boleh mengaplikasikannya untuk tujuan pengajaran serta pembelajaran

kepada orang lain khususnya untuk bakal guru.

BBM berperanan sebagai alat pengukuhan dan pengayaan ilmu pengetahuan kepada

pelajar di mana ianya membantu pelajar mengingati pelajaran yang diajar dan seterusnya

meningkatkan lagi pengetahuan sedia ada (Abdul Malek Bilal Sidek, 1995). Ini bermakna

BBM adalah saling berkaitan dalam menentukan proses pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan (Abdul Malek Bilal Sidek, 1995) . Bagi pensyarah atau guru, penggunaan BBM

akan menjimatkan tenaga dan masa. Pensyarah atau guru yang biasa menggunakan kaedah

kuliah atau 'chalk and talk' mungkin akan kehabisan suara dan masa. Hal ini boleh diatasi

dengan teknik pengajaran yang sesuai iaitu dengan cara menggunakan BBM.

Secara umumnya, BBM boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu media elektronik

dan media bukan elektronik. Media elektronik meliputi bahan seperti radio, televisyen, alat

perakam kaset, video, projektor slaid, filem, projektor lutsinar, CD interaktif dan komputer.

Manakala media bukan elektronik pula terdiri daripada buku , modul, majalah, jurnal, buku

log, carta, papan gulung, kad imbasan ,model dan bahan maujud serta peralatan yang

digunakan dalam sesuatu mata pelajaran untuk menyampaikan isi penting dalam pengajaran

mata pelajaran tersebut khususnya dalam aktiviti pembacaan. Oleh itu dapat disimpulkan

bahawa terdapat pelbagai peralatan bahan bantu mengajar yang boleh digunakan oleh

golongan pendidik untuk menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada pelajar. Sebagai

seorang pengajar, seseorang itu perlu peka dengan perkembangan dan perubahan teknologi

yang berkaitan dengan pendidikan. Pengajar juga harus sedar, penggunaan BBM dalam

sesuatu pengajaran dan pembelajaran merupakan sebahagian daripada kaedah dan idea-idea

yang ingin disampaikan oleh pihak pendidik kepada pelajar. Arus pendidikan kini mengalami

perubahan besar dengan penggunaan peralatan bahan bantu mengajar dalam teknologi

komputer dalam pelbagai bidang pembelajaran.

2

Page 4: Pembelajaran Berasaskan Projek

Justeru itu, penggunaan BBM dapat menolong pendidik menyampaikan pengajaran

dengan lebih berkesan dan dapat menarik minat pelajar agar tidak bosan untuk melibatkan

diri mereka dalam proses pembelajaran tersebut. Penggunaan pelbagai bentuk BBM iaitu

gabungan antara cara atau alat tradisional dan juga alat berbantukan teknologi komputer yang

sesuai dapat memberi motivasi kepada pelajar untuk lebih cenderung dengan pengajaran

pensyarah serta lebih memahami isi pelajaran secara teori dan praktik semasa proses PdP

berlangsung.

3.0) KEBAIKAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Menurut Noor Azlan dan Nurdalina (2010), bahan bantu mengajar memainkan peranan

penting ke arah memahami konsep di dalam proses pengajaran selain daripada bertujuan

untuk menarik minat pelajar dalam semua matapelajaran di sekolah terutamanya

matapelajaran yang sukar untuk difahami . Bahan bantu mengajar merupakan instrumen

dalam membantu pemahaman para pelajar. Pertama, bahan bantu mengajar juga dikatakan

lebih membantu merangsang dunia pelajar untuk pelajar. Penggunaan bahan bantu mengajar

juga memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan

pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. Bahan bantu mengajar juga dapat menyelesaikan

pelbagai kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman (Noor

Azlan, Nurdalina, 2010). Murid akan lebih memahami setiap pengajaran yang disampaikan

kerana bahan bantu mengajar sememangnya bersifat menarik dan tertarik dengan dihiasi

pelbagai hiasan-hiasan yang dapat menarik minat murid untuk lebih belajar. Seseorang murid

akan lebih tertarik untuk belajar sesuatu matapelajaran jika cara penyampaian sesuatu

pelajaran itu menarik minat mereka khususnya terhadap pelajaran yang sukar untuk difahami

secara lisan dimana matapelajaran tersebut memerlukan cara pembelajaran yang khusus

contohnya matapelajaran matematik, sains dan juga subjek-subjek yang melibatkan teori serta

amali.

Kedua, penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran

adalah untuk mengetengahkan konsep. Oleh itu, pelajar dapat melihat sendiri tunjuk cara dan

bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru dalam menyampaikan pengajaran dalam

bilik darjah. Bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan tajuk setiap matapelajaran ,

dapat membantu guru dalam menyampaikan pengajaran dengan mudah. Sesuatu konsep lebih

mudah untuk diterangkan dengan adanya bahan bantu mengajar. Bahan bantu mengajar

3

Page 5: Pembelajaran Berasaskan Projek

seperti bahan berbentuk replika atau reka bentuk sesuatu yang dapat mengambarkan keadaan

sebenar contohnya replika tanah runtuh dapat memberi gambaran kepada murid untuk lebih

memahami konsep tanah runtuh. Kebiasaannya bahan bantu mengajar yang berbentuk begini

dapat menarik minat murid kerana bentuknya yang menarik.

Ketiga, penggunaan bahan bantu mengajar juga dapat mencetuskan minat pelajar.

Peralatan yang digunakan juga menjadi penggalak dalam penyampaian pelajaran. Bahan

bantu mengajar dapat mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai kepada pelajar. Jika

bahan bantu mengajar digunakan dengan teratur semasa memberi penerangan, pengajaran

yang disampaikankan mencetuskan minat pelajar (Noor Azlan, Nurdalina, 2010). Norma

(2004) juga menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu yang sesuai akan mendorong minat

pelajar untuk melalui proses pembelajaran yang menyeronokkan. Pembelajaran yang

menyeronokkan ini dapat membantu para pelajar mencapai objektif pembelajaran seperti

yang dilah dirancang. Hal ini sesuai dengan konsep belajar sambil bermain. Seperti yang

diketahui bermain merupakan perkara yang amat menyeronokkan bagi seseorang kanak-

kanak. Oleh itu bahan bantu mengajar yang digunakan perlulah menarik.

Keempat, pelbagai bahan bantu mengajar digunakan sebagai satu cara

untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan. Penggunaan

bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran amat penting. Ini kerana ia dapat membantu

guru menyampaikan pengajaran dengan mudah, cepat serta menarik. Ini juga mengajar guru

untuk lebih bersifat kreatif untuk menjayakan sesuatu pengajaran. Seseorang guru perlu

sentiasa mengambil berat dan mengikut peredaran semasa. Guru tidak boleh ketinggalan

dalam menyampaikan tugasan kepada seseorang murid. Oleh itu bahan bantu mengajar yang

digunakan perlulah bersesuaian dan menepati setiap ciri-ciri matapelajaran yang hendak

diajarkan. Pembelajaran tidak hanya bergantung kepada buku teks semata-mata kerana

pembelajaran merangkumi semua aspek dimana murid perlu mengetahui dan meneroka setiap

matapelajaran yang diajar. Oleh itu bahan bantu mengajar amat sesuai dan diperlukan bagi

melahirkan seorang pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Bahan bantu mengajar ini amat penting kerana sememangnya dapat membantu murid

dan guru dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya merupakan satu

proses pembelajaran yang menyeronokkan dimana wujud interaksi antara guru dan murid

semasa proses pembelajaran dijalankan. Bahan bantu mengajar ini dapat amat membantu

khususnya kepada murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Sememangnya

4

Page 6: Pembelajaran Berasaskan Projek

bahan bantu mengajar membawa pelbagai kebaikan kepada guru dan juga murid dalam

proses pembelajaran.

4.0) KELEMAHAN ALAT BANTUAN MENGAJAR

Beberapa kajian lepas telah mengenal pasti faktor-faktor yang menjadi masalah atau halangan

pada penggunaan bahan sumber di dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian Rohrlick

( 1972) mengenalpasti enam halangan berikut yang terdapat pada alat bantuan mengajar.

Pertama sekali, kekurangan guru yang terlatih dalam menggunakan sumber. Terdapat

sebahagian guru yang kurang menguasai bahan alat bantuan mengajar di dalam kelas. Mereka

tidak dapat memanipulasikan alat bantuan mengajar tersebut untuk bahan pengajaran mereka.

Hal ini menyebabkan terdapat murid yang kurang jelas dengan pembelajaran mereka pada

hari itu. Di samping itu, susuanan bilik darjah yang tidak memuaskan, kekurangan bahan

yang baik, tiada bahan apabila diperlukan, kekurangan maklumat, sukar mengaitkan bahan

dengan pengajaran, pelajar menganggap bahan sebagai hiburan, kekurangan masa belajar,

bahan sumber tidak begitu berkesan, bahan dalam keadaan buruk dan sukra menggantikan

bahan sumber.

Crowther (1978) menyatakan bahawa kekurangan masa dan ketidakupayaan

menghasilkan bahan adalah faktor yang menghalang penggunaan sumber. Di Malaysia,

beberapa pengkaji telah membuat kajian dalam bidang ini. Fatimah (1980) telah membuat

kajian terhadap 262 orang guru di Negeri Sembilan telah mendapati bahawa kekurangan bilik

yang tidak memuaskan untuk menggunakan bahan sumber, kekurangan alatan, keadaan bilik

yang tidak memuaskan, beban mengajar guru terlalu berat, kekurangan masa merancang

menggunakan bahan sumber dan kesukaran mendapatkan bahan sumber yang sesuai.

Sim (1986) pula menyatakan bahawa kekurangan kemudahan, kelemahan dalam

perancangan dan kekurangan latihan merupakan halangan dalam penggunannya. Jemaah

Nazir Sekolah Persekutuan (1987) juga mendapati halangan seperti kekurangan kemudahan

fizikal, kekurangan bahan sumber pendidikan, kelemahan dalam pentadbiran sekolah,

kekurangan guru terlatih dalam bidang ini, sikap guru yang negatif terhadap alat bantuan

mengajar, serta tiada bimbingan atau penyelidikan daripada guru besar.

5

Page 7: Pembelajaran Berasaskan Projek

Gan (1990) dalam kajiannya telah menyenaraikan tujuh halangan yang diberi oleh

responden seperti kekurangan masa untuk menyediakan alat bantuan mengajar kerana beban

tugas mengajar, kekurangan orang terlatih untuk mentadbir pusat sumber sekolah serta masa

juga tidak mencukupi, tidak ada tempat disediakan untuk alat pandang dengar, bahan sumber

yang terdapat di sekolah tidak mencukupi, kesukaran dalam mengganti atau membaiki bahan

sumber yang hilang atau rosak, tiada kursus dalam perkhidmatan untuk guru menggunakan

alat bantuan seta kekurangan kemudahan untuk guru menghasilkan alat bantuan mengajar.

Normah dan Ismail (1990) telah membuat kajian tentang alat bantuan mengajar dalam

pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia. Salah satunya adalah alat bantu mengajar

kadang-kadang tidak mencukupi atau sesuai, guru kurang mahir menggunakan alat bantuan

mengajar serta penyediaan alat bantuan mengajar memerlukan masa.

Hon Yew Pin (1996) telah membuat kajian terhadap penggunaan bahan sumber dalam

pengajaran Bahasa Cina di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina di daerah Seremban,

Negeri Sembilan darul Khusus telah mengenal pasti beberapa kelemahan alat bantuan

mengajar. Salah satunya ialah guru-guru kurang cekap menggunakan alat bantu mengajar di

sekolah, tidak ada pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan alat bantu mengajar dan

peranan guru akan berkurangan apabila menggunkan bahan bantu mengajar.

Kesimpulan,terdapat pelbagai kelemahan alat bantuan mengajar yang dihadapi oleh

guru dan murid di sekolah.Oleh itu,kita mestilah sentiasa membaiki kelemahan yang terdapat

dalam alat bantuan mengajar agar kelemahan yang dihadapi dapat diperbaiki dengan lebih

baik.

5.0) MENGAPA BAHAN BANTUAN MENGAJAR DIPERLUKAN

Bahan bantu mengajar mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam membantu

meningkatkan kemahiran membaca oleh kalangan pelajar. Menurut Abdul Rahman Abdul

Rashid, (1995) bahawa penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik dalam

proses pengajaran asas bacaan dalam kelas pemulihan adalah penting kerana ia dapat

mempertingkatkan kejayaan pembelajaran, lebih-lebih lagi untuk mata pelajaran pengajaran

Bahasa Malaysia. Mok Soon Sang (1995) menyatakan bahawa seseorang guru yang proaktif

ialah guru yang sentiasa berusaha mempertingkatkan prestasi pelajarnya mempelajari sesuatu

kemahiran bacaan dengan berkesan dengan menitikberatkan penggunaan bahan bantu

6

Page 8: Pembelajaran Berasaskan Projek

mengajar sebagai landasan utama bagi mencapai hasrat itu. Oleh hal yang demikian terdapat

banyak sebab mengapa bahan bantu mengajar sangat diperlukan.

Sebab-sebab bahan bantu mengajar penting adalah kerana bahan bantu mengajar

dapat memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan pembacaan dikalangan

pelajar. Bahan bantu mengajar dalam bentuk replika dapat memberi gambaran awal dan dapat

menarik minat pelajar untuk membaca sesuatu perkara tersebut. Sebagai contoh bahan bantu

mengajar seperti replika tanah runtuh (rujuk rajah 1.0) adalah salah satu jenis bahan bantu

mengajar yang dapat dilihat dan dapat disentuh, melaluai replika ini pelajar dapat melihat

kejadian tanah runtuh dalam bentuk 3 dimensi, pelajar juga dapat merasai sendiri permukaan

tanah yang bercerun dengan sentuhan tangan. Hal ini menarik minat pelajar untuk

mengetahuai dengan membaca secara lebih lanjut mengenai kejadian tanah runtuh ini seperti

punca dan kesan kejadian tanah runtuh ini melaluai artikel yang telah disediakan oleh guru

selepas melihat dan merasai sendiri replika kejadian tanah runtuh tersebut. Bahan bantu

mengajar seperti replika ini membantu memberi gambaran dalam pembacaan pembaca.

Contohnya dalam teknik SQ3R pada bahagian tinjauan pelajar dibenarkan untuk melihat

bahan ilustrasi seperti replika ini untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada

pelajar mengenai bahan yang dibaca selain dapat mempercepatkan pembacaan pelajar setelah

mendapat gambaran melaluai melihat bahan bantu mengajar seperti replika ini.

Rajah 1.0 : Model/replika Bahan Bantu Mengajar

Sumber : Aktiviti Kelas

Selain itu, sebab bahan bantu mengajar ini penting dan diperlukan ialah kerana ianya

dapat memberi gambaran sebenar dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan

beragam dalam pembacaan. Bahan bantu mengajar seperti video mengenai sesuatu

7

Page 9: Pembelajaran Berasaskan Projek

pembelajaran membantu pelajar untuk melihat kejadian sebenar yang berlaku dan ianya dapat

memberi gambaran awal kepada pelajar samaada sebelum atau selepas pembacaan sesuatu

pembelajaran. Sebagai contoh guru ingin memberi penerangan mengenai kejadian tanah

melaluai pembacaan menggunakan teknik SQ3R (survey, question, read, recite, and review),

guru tersebut juga boleh menggunakan bahan bantu mengajar seperti video (rujuk rajah 2.0)

kejadian tanah runtuh yang sebenar dan menayangkannya sebelum menggunakan SQ3R

tersebut. Video (bahan bantu mengajar) ini dapat memberi gambaran awal kepada pelajar

mengenai kejadian tanah runtuh yang berlaku dan hal ini meningkatkan kejayaan teknik

pembacaan SQ3R setelah pelajar mendapat gambaran awal tentang kejadian ini dan

memahami kejadian yang berlaku ini. Video (bahan bantu mengajar) ini juga meransang

minat pelajar untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai kejadian tanah runtuh. Hal ini

juga tepat dengan kenyataan Rasihidi Azizan & Abdul Razak Habib, (1998) yang

menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar merupakan sebahagian daripada

usaha guru bagi memberangsangkan minat dan tumpuan pelajar terhadap pengajaran yang

seterusnya menjamin pemerolehan pengetahuan dan kemahiran oleh pelajar.

Rajah 2.0 : Video Kejadian Tanah Runtuh di Taiwan

Sumber : Truthloader (Youtube), 2013

Bahan bantu mengajar juga adalah penting kerana ianya menjimatkan masa untuk

meningkatkan kefahaman pelajar dalam pembacaan. Bahan bantu mengajar ini seperti bahan

bantu mengajar yang menggunakan gambar dapat memberi gambaran kepada pelajar untuk

memahami sesuatu perkara seterusnya ianya menjimatkan masa kerana pelajar lebih cepat

8

Page 10: Pembelajaran Berasaskan Projek

memahami sesuatu perkara dalam pembacaan dengan adanya bahan bantu mengajar seperti

gambar. Sebagai contoh, seorang guru ingin menjelaskan mengenai kejadian tanah runtuh

kepada pelajarnya melaluai pembacaan sesuatu artikel dan guru tersebut menggunakan

gambar (rujuk rajah 3.0) sebagai bahan bantu dalam pengajarannya. Bahan bantu mengajar

ini mempercepatkan proses pembacaan kerana pelajar telah lihat dan mendapat gambaran

mengenai kejadian tanah runtuh ini setelah melihat gambar ini, gambaran ini penting kerana

untuk membaca, pelajar perlu tahu apa itu kejadian tanah runtuh, sekirannya pelajar tidak

mendapat gambaran awal, pelajar akan membaca secara berulang-ulang untuk mengetahuai

serta memahami mengenai perkara yang dibacanya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa bahan

bantu mengajar seperti gambar sangat diperlukan dalam pengajaran dan pembacaan oleh

pelajar. Buktinya dalam teknik SQ3R di bahagian tinjauan guru menetapkan masa yang

singkat untuk murid membaca bahan bacaan seperti artikel untuk pelajar membacanya, oleh

itu ianya memerlukan bahan bantu mengajar dalam bentuk ilustrasi seperti gambar untuk

memberi gambaran kepada pelajar untuk membaca mengenai sesuatu artikel tersebut.

Gambaran ini menjimatkan masa pembacaan oleh pelajar kerana pelajar sudah faham

mengenai perkara yang dibacanya itu menyebabkan pelajar mampu membaca sesuatu bahan

bacaan seperti artikel dengan lebih cepat.

Rajah 3.0 : Gambar Kejadian Tanah Runtuh di Bukit Nanas

Sumber : Zakie Ahmad, 2013

Di samping itu, bahan bantu mengajar juga penting dan diperlukan kerana ianya dapat

meningkatkan keseronokkan murid dengan guru mempelbagaikan strategi pengajaran dan

pembelajaran dalam pembacaan. Bahan bantu mengajar seperti dadu dapat mewujudkan

9

Page 11: Pembelajaran Berasaskan Projek

suasana menarik dalam pembelajaran. Sebagai contoh, guru menyediakan bahan bantu

mengajar seperti dadu, dadu tersebut digunakan untuk tujuan bertanyakan soalan kepada

pelajar, nombor-nombor yang terdapat pada dadu tersebut mewakili soalan 5W1H (What,

Who, When, Why, Where dan How) iaitu apabila pelajar membaling dadu ini, ianya dapat

bertanyakan sesuatu soalan mengenai pembelajaran pada hari tersebut, soalan-soalan ini

boleh diselitkan semasa penggunaan sesuatu teknik pembacaan seperti teknik SQ3R yang

menyelitkan bahagian pertanyaan murid kepada guru. Contohnya, murid membaling dadu

dan nombor yang diperoleh adalah 2, number 2 mewakili soalan ‘who’, pelajar boleh tanya

apa sahaja soalan mengenai ‘who’ seperti ‘siapakah yang terlibat dalam menangani masalah

kejadian tanah runtuh di Malaysia?”. Bahan bantu mengajar ini jelas membantu memudahkan

perjalanan penggunaan teknik pembacaan ini dan menjadikannya ianya menarik kerana

pelajar dapat berinteraksi bersama guru membuat aktiviti seperti membaling dadu,

bertanyakan soalan, dan pelajar lebih mudah memahami perkara yang dibaca setelah

berinteraksi dengan guru.

BAHAGIAN B

TEKNIK SQ3R (SURVEY, QUESTION, READ, RECITE, AND REVIEW)

Menurut Dahlia Janan, 2012, setiap murid mengharapkan untuk mendapatkan manfaat

semaksimum yang boleh daripada pembacaan mereka. Setiap orang boleh membaiku kaedah

pembacaannya. Antara teknik yang boleh menimbulkan kesan pembacaan yang mendalam

ialah menggunakan teknik SQ3R. Pada asasnya kaedah ini menggalakkan seseorang

menyoal diri mereka sendiri apa yang telah dibaca dan cuba menjawab sendiri soalan-soalan

yang boleh menguji kefahaman dan keupayaan mengingat bahan yang dibaca. Teknik ini

mengandungi dua tujuan utama iaitu menyediakan murid-murid dengan cara atau pendekatan

membaca yang sistematik dan meningkatkan kefahaman membaca murid-murid.

1) SURVEY (TINJAUAN)

Tinjauan adalah bahagian paling pertama dalam teknik SQ3R. Menurut Dahlia Janan,

2012 pada bahagian ini guru membantu murid akan meneliti judul buku, sub tajuk,

perenggan awal, susunan jadual, bahan ilustrasi, gambar rajah dan pertunjuk bahan

bacaan. Langkah ini dilakukan mengikut urutan iaitu urutan pertama guru menetapkan

masa untuk membuat tinjauan, seterusnya murid diarahkan membaca perenggan pertama

10

Page 12: Pembelajaran Berasaskan Projek

dan perenggan akhir sepenuhnya. Akhir sekali, perenggan-perenggan lain murid diajar

hanya membaca setiap pertama dan ayat terakhir dalam perenggan tersebut. Matlamat

utama langkah tinjauan ini adalah untuk membolehkan pembaca mengambil sejumlah

besar maklumat daripadanya dalam jangka masa yang pendek. Selain itu, peringkat ini

memberi gambaran keseluruhan tentang bahan yang dibaca.

Contoh yang boleh diberikan adalah contohnya guru memberi artikel mengenai

kejadian tanah runtuh kepada pelajar, guru tersebut memberinya masa selama 15 minit

untuk membaca tajuk, perenggan pertama dan perenggan akhir mengenai artikel tersebut.

Seterusnya, perenggan-perenggan lain murid diajar hanya membaca setiap pertama dan

ayat terakhir dalam perenggan tersebut. Melaluai bahagian pertama ini murid dapat

mengambil sejumlah besar maklumat mengenai tanah runtuh di dalam artikel tersebut

dalam jangka masa yang pendek dan peringkat ini memberi gambaran keseluruhan

tentang tanah runtuh yang dibaca.

2) MEMBINA SOALAN (QUESTION)

Menurut Dahlia Janan, 2012, analisis sub tajuk atau membina soalan adalah bahagian

yang melibatkan guru dan pelajar iaitu guru akan mencatatkan semua subtajuk di papan

putih atau menayangkannya untuk membantu murid memahami secara keseluruhan judul

bab. Teknik ini sama dengan langkah dua dalam SQ3R, iaitu teknik membina soalan.

Murid dikehendaki menukarkan semua subtajuk dalam bentuk soalan. Penukaran subtajuk

dalam bentuk soalan ini lebih memudahkan murid untuk memahami tujuan spesifik

pembacaan bagi setiap subtajuk tersebut. Pada peringkat ini, murid akan dikehendaki

membina soalan-soalan sendiri dalam minda mereka yang jawapannya boleh diperolehi

dalam bahan yang hendak dipelajari itu. Contohnya, bagi subtajuk “ Tanah Runtuh”

ditukarkan dalam bentuk soalan menjadi “ Apakah punca berlakunya tanah runtuh? “.

Melalui soalan ini, murid menjadi lebih jelas tentang maklumat yang hendak dicari.

Soalan-soalan yang dibina boleh menggunakan prinsip 5W + 1 H. Ianya merangkumi kata

tanya seperti :

1. What : Apa

2. When : Bila

3. Why : Mengapa

4. Who : Siapa

11

Page 13: Pembelajaran Berasaskan Projek

5. Where : Di mana

6. How : Bagaimana

Soalan-soalan ini dibuat secara sumbangsaran kelas atau kumpulan kecil atau

individu. Jika soalan itu dicadangkan oleh kelas, guru mencatatkan cadangan murid di

papan putih dan dibincangkan kesesuainnya. Aktiviti seperti ini boleh dijalankan pada

peringkat awal. Jika murid sudah biasa, aktiviti individu lebih sesuai. Sama ada soalan-

soalan tersebut dibina secara kelas atau individu, teknik ini dapat membantu murid

membaca dengan lebih berkesan, terutamanya apabila murid diarahkan membaca teks

dengan lebih terperinci. Selain itu juga teknik ini juga membantu melatih murid berfikir

dan meningkatkan keyakinan diri ketika bertanya.

3) READING

Menurut Dahlia Janan,2012 langkah seterusnya ,selepas membina soalan ialah ,murid

membaca secara imbas dengan teliti .Pada peringkat ini,pembaca membaca dengan tujuan

untuk mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan yang telah dibentuk dalam langkah

kedua.Pembaca boleh menggaris jawapan berdasarkan soalan-soalan yang telah dibina

tadi.Penglibatan secara aktif semasa membaca adalah penting kerana murid boleh

memperoleh faedah semaksimun daripadanya.Ketika kita membaca,pastikan kita

menandakan idea utama dan idea sokongan dalam setiap perenggan.Gunakan tanda-tanda

yang berlainan untuk membezakan idea utama dengan idea-idea yang berlainan.Selain

itu,mengenalpasti frasa atau ayat-ayat yang tidak difahami.

Contohnya,murid mestilah membincang dan membina sebuah penyataan yang ringkas

dan padat untuk mengesan idea utama.Sebagai contohnya,idea utama dalam petikan

tanah runtuh ialah punca berlakunya tanah runtuh dan juga langkah untuk mengatasi

kejadian tersebut.Bagi punca berlakunya tanah runtuh ialah hujan yang banyak dan

aktiviti pembalakan manakala langkah mengatasinya ialah ,pihak berwajib mestilah

membuat pemeriksaan struktur tanah ,melihat cerun samada stabil atau tidak dari semasa

ke semasa.

4) RECITE

Ricite ialah menceritakan kembali bacaan yang telah dibaca.Dalam hal ini ,terdapat dua

langkah iaitu jika pembaca dapat menceritakan kembali bacaan yang telah dibaca maka

sebagai pembaca yang berjaya memahami teks.Pembaca yang memahami teks dapat

12

Page 14: Pembelajaran Berasaskan Projek

meneruskan langkah review pada tahap terakhir.Manakala,pembaca yang tidak dapat

menceritakan kembali bacaan yang telah dibacanya merupakan pembaca yang gagal

memahami teks.Pembaca ini akan mengulang bacaan sehingga dapat memahami isi

kandungan dalam teks.

Sebagai contohnya,dalam artikel tanah runtuh.Murid akan membaca teks tanah runtuh

dan kemudian guru akan menanyakan soalan atau memberi arahan kepada murid tersebut

supaya menceritakan apa yang dibca dan difahami oleh murid tersebut.Jika murid gagal

menceritakan kembali apa yang dibaca dalam teks kepada orang lain,ini bermakna murid

tersebut gagal memahami teks dan murid tersebut mestilah mengulangi bacaan teks

berkatan tanah runtuh sehingga dapat menceritakan isi kandungan teks tersebut kepada

orang lain.

5) REVIEW

Review juga dikenali sebagai teknik ulang atau mengulang kaji iaitu menyusun maklumat

yang anda telah perolehi di dalam minda dan mula proses untuk mengingatinya.

Peringkat terakhir ini ialah menyemak semula yang bertujuan untuk melihat sama ada

pembaca telah Berjaya mengingat perkara yang sudah dibaca atau tidak. Kedua, untuk

menilai beberapa banyakkah isi bacaan yang sudah dapat dirakamkan dalam minda

murid. Peringkat ini, mengutamakan aktiviti mengulang kaji bahan-bahan yang sudah

dibaca dan dipelajari. Hal ini dilakukan dengan banyak melalui penyemakan semula

catatan yang sudah dubuat semasa membaca atau membaca semula bahagian-bahagian

bahan itu.

Perkara penting dalam langkah terakhir ini ialah hendaklah dilakukan dengan penuh

sistematik dan tersusun bukannya dilakukan dalam keadaan cemas dan tidak berhubung

kait. Jika anda ada belajar tentang teknik memori, memori anda terbahagi kepada memori

jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Jika anda baca sepintas lalu sahaja,

maklumat itu semua hanya akan singgah di memori jangka masa pendek anda sahaja.

Langkah terakhir ini memerlukan anda untuk :

Setelah anda habis membaca, lihat semula semua soalan yang telah anda

fikirkan tadi. Cuba jawab semua soalan itu di dalam minda anda. Jika anda

rasa anda yang anda tidak berapa ingat, anda boleh buka semula muka surat

yang berkenaan dan cari maklumat tersebut.

13

Page 15: Pembelajaran Berasaskan Projek

Bayangkan apa yang anda baca tadi dalam bentuk tayangan gambar, atau

bayangkan apa yang anda baca tadi sebenarnya diceritakan oleh guru anda.

Bayangkan anda melihat tayangan gambar dan penerangan itu dari awal

hingga akhir.

Anda juga boleh bayangkan soalan itu keluar dalam kertas peperiksaan di

sekolah anda. Bayangkan, jika soalan itu benar-benar keluar, apa yang akan

anda jawab.

Akhir sekali, antara aktiviti yang paling berkesan untuk membuat anda ingat

apa yang anda baca ialah dengan menulisnya di atas kertas. Anda tidak perlu

tulis cantik-cantik seperti menulis nota yang lengkap. Anda cuma perlu

menuliskan isi-isi penting yang telah anda pelajari menggunakan ayat anda

sendiri.

RUJUKAN

Atan Long. (1981). Padagogi : Kaedah Am Mengajar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka

Abdul Rahman Rashid. (1995). Kepentingan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran

Bahasa. Jurnal Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur : KPM

Dahlia Janan. (2012). Terampil Berbahasa. Selangor : Seri Lanang Jaya Rohani.

Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti

Pendidikan Sultan Idris. Modul BMK 3033 KETERAMPILAN MEMBACA. Tanjong

Malim. UPSI.

Mok Soon Sang. (1995). Asas Pendidikan I: Pedagogi sebagai Suatu Proses. Kuala Lumpur :

Kumpulan Budiman Bhd.

Ngui Kuan Sang. (1981). Pengunaan Alat Pandang Dengar Dalam Pengajaran. Suara

Pendidik, Vol. 7 No. 4.

R. Murray Thomas, Sherwin G. Swartout & et al. (1963). Integrated Teaching Materials,

14

Page 16: Pembelajaran Berasaskan Projek

How To Choose, Create, And Use Them. New York : Revised And Enlarged

Impression.

Rashidi Azizan dan Adbul Razak Habib. (1998). Pengajaran Dalam Bilik Darjah Kaedah

dan Strategi. Kajang : Masa Enterprise.

Zakie Ahmad. (2013). Lapan kereta tertimbus tanah runtuh di Bukit Nanas. Diperoleh

daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130507/je_06/Lapan-kereta-

tertimbus- tanah-runtuh-di-Bukit-Nanas.

15