pembangunan bahan e-pembelajaran berasaskan … · two formats, html and powerpoint, and...

24

Upload: others

Post on 16-Sep-2019

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … · two formats, HTML and PowerPoint, and students’ note in the form of ‘Lesson’ format, students’ practice in the form of ‘Quizzes’
Page 2: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … · two formats, HTML and PowerPoint, and students’ note in the form of ‘Lesson’ format, students’ practice in the form of ‘Quizzes’
Page 3: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … · two formats, HTML and PowerPoint, and students’ note in the form of ‘Lesson’ format, students’ practice in the form of ‘Quizzes’

PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN SISTEM

PENGURUSAN KURSUS :MOVEMENT OF SUBSTANCES ACROSS THE

PLASMA MEMBRANE, CELL DIVISION AND NUTRITION

ROSNITA MAT RASHID

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April, 2008

Page 4: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … · two formats, HTML and PowerPoint, and students’ note in the form of ‘Lesson’ format, students’ practice in the form of ‘Quizzes’

ii

Page 5: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … · two formats, HTML and PowerPoint, and students’ note in the form of ‘Lesson’ format, students’ practice in the form of ‘Quizzes’

iii

DEDIKASI

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah yang Maha Esa Kerana dengan izin dan limpah kurniaNya,

laporan projek ini berjaya disiapkan dengan jayanya.

Istimewa buat ibu tersayang...

anak mama Arisya Ardani yang di rindui dan disayangi, dan tidak lupa buat akak Fauziah Mohd Nawawi

yang tidak pernah dilupakandan sentiasa membantu dan berkongsi suka dan duka.

Terima kasih atas sokongan, harapan, dorongan dan pengorbanan kalian!

Page 6: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … · two formats, HTML and PowerPoint, and students’ note in the form of ‘Lesson’ format, students’ practice in the form of ‘Quizzes’

iv

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t. Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya saya telah diberi kekuatan

untuk menyempurnakan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dengan jayanya. Setinggi-

tinggi penghargaan ikhlas kepada penyelia Projek Sarjana Muda, Prof. Madya Dr.

Hjh Zaleha Ismail, kerana kesanggupan dan dedikasi beliau dalam memberikan

bimbingan, nasihat serta cadangan sepanjang proses menyempurnakan penulisan

laporan Projek Sarjana Muda ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada ahli keluarga yang tercinta. Terima kasih

di atas sokongan dan doa yang diberikan kepada saya sepanjang tempoh

penyelidikan ini.

Tidak lupa juga, saya ingin merakamkan terima kasih kepada rakan-rakan

yang sudi menghulurkan bantuan bila-bila masa diperlukan seterusnya semua pihak

yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang penyelidikan ini

dijalankan.

Page 7: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … · two formats, HTML and PowerPoint, and students’ note in the form of ‘Lesson’ format, students’ practice in the form of ‘Quizzes’

v

ABSTRAK

Teknologi terkini e-pembelajaran telah berjaya mempengaruhi sistem

pendidikan di semua peringkat dari sekolah rendah hinggalah ke Institut Pengajian

Tinggi (IPT). Untuk mewujudkan komuniti pembelajaran terbuka dalam dunia

pendidikan yang berasaskan web, e-pembelajaran dilihat sebagai satu alternatif yang

berkesan. Walau bagaimanapun, keberkesanan e-pembelajaran bergantung kepada

unsur pedagogi yang diterapkan kepadanya. Dalam pembangunan projek ini, satu

sistem pengurusan kursus yang dikenali sebagai MOODLE telah dipilih

memandangkan rekabentuknya menyokong prinsip konstruktivisme sosial. Bagi

melancarkan lagi proses pembangunan, model ASSURE digunakan bagi membantu

pembangun dalam merancang dan membangunkan projek web portal. Bahan e-

pembelajaran yang dibangunkan ini merangkumi tiga tajuk iaitu ‘Movement of

Substance across Plasma Membrane’ ‘Cell Division’ dan ‘Nutrition’.. Untuk setiap

topik disajikan dengan pelbagai sumber dan aktiviti pembelajaran mengikut

kurikulum Biologi Tingkatan empat. Nota guru disediakan dalam dua format iaitu

HTML dan Power Point manakala nota pelajar disediakan dalam format 'Lesson'.

Latihan dalam 'Quizzes' dibina berdasarkan miskonsepsi dan kesalahan lazim. Selain

itu, web portal ini juga menyediakan kuiz interaktif dalam 'Hot Potatoes Quiz',

‘Forum’ bagi membincangkan segala masalah pembelajaran dan ‘Chat’ sebagai

ruangan perbincangan tugasan berkumpulan. Keistimewaan sistem e-pembelajaran

ini di antaranya ialah pelajar dijangka dapat memanafaatkan untuk tujuan

pembelajaran kendiri dan pembelajaran kolaboratif dengan keupayaannya untuk

memberi maklumbalas yang spontan, memperolehi bimbingan daripada guru

mahupun rakan-rakan di mana gaya pembelajaran ini sukar dicapai dalam sistem

pendidikan tradisional.

Page 8: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … · two formats, HTML and PowerPoint, and students’ note in the form of ‘Lesson’ format, students’ practice in the form of ‘Quizzes’

vi

ABSTRACT

The latest technology, e-learning has been successful in influencing education

at all levels from primary to university level. To create an open learning community

in the world of education that is web based, e-learning is seen as an effective

alternative. However, the effectiveness e-learning is dependent on the pedagogical

elements infused in it. The construction of a web-portal uses the course management

system, MOODLE. MOODLE is chosen because it supports the principles of Social

Constructivism. To accelerate the construction process, the ASSURE model is used

to help constructor planned and constructed the web portal project. The e-learning

materials constructed are ‘Movement of Substance across Plasma Membrane’ ‘Cell

Division’ and ‘Nutrition’. Each topic is provided with various resources and learning

activities in accordance with biology form four curriculum. Teachers’ notes are in

two formats, HTML and PowerPoint, and students’ note in the form of ‘Lesson’

format, students’ practice in the form of ‘Quizzes’ constructed based on

misconceptions and common errors. Other than that, the web portal also provides

interactive quiz in the form of ‘Hot Potatoes Quiz’, a forum used for discussion a

problems and chat section used for discussion assignment in group. The

exceptionality of this web portal is that students and teachers will be able to utilize it

for self-learning and collaborative learning and its ability to provide instant feedback,

guidance from teachers and friends alike. This is difficult to achieve in the traditional

education system.

Page 9: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … · two formats, HTML and PowerPoint, and students’ note in the form of ‘Lesson’ format, students’ practice in the form of ‘Quizzes’

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PERHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 2

1.2 Pernyataan Masalah 7

1.3 Objektif Projek 7

1.4 Skop dan Batasan Projek 8

1.5 Skop Projek 9

1.6 Kepentingan Projek 10

1.6.1 Pelajar 10

1.6.2 Pengajar 10

1.6.3 Ibubapa 11

.6.4 Masyarakat 11

Page 10: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … · two formats, HTML and PowerPoint, and students’ note in the form of ‘Lesson’ format, students’ practice in the form of ‘Quizzes’

viii

1.7 Kerangka Teori Projek 12

1.8 Definisi Istilah 13

1.8.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 14

1.8.2 Pelajar 14

1.8.3 Web Portal Pendidikan 14

1.9 Penutup 15

2 SOROTAN PENULISAN

2.0 Pengenalan 16

2.1 E-Pembelajaran 16

2.1.1 Distance Learning 19

2.1.2 Open Learning 19

2.1.3 Akademik e-pembelajaran 20

2.1.4 Korporat e-pembelajaran 20

2.1.5 Komuniti e-pembelajaran 21

2.1.6 E-pembelajaran Di Luar Negara 22

2.1.6.1 EduTest @ Home 22

2.1.6.2 EduTest @ Class 23

2.1.6.3 EduTest @ School 23

2.2 Kebaikan E-Pembelajaran 24

2.2.1 Keluasan Penggunaan 24

2.2.2 Kos Efektif 24

2.2.3 Sumber Maklumat Terkini 25

2.2.4 Perkongsian Maklumat 25

2.2.5 Penyebaran Maklumat Secara Serentak 26

2.2.6 Interaktif 26

2.2.7 Pembelajaran Kolaboratif 26

2.3 Kelemahan E-Pembelajaran 27

2.3.1 Infrastruktur Yang Terbatas 27

2.3.2 Kemahiran Yang Terbatas 27

2.3.3 Penyediaan Bahan E-Pembelajaran 28

2.4 E-Pembelajaran Di Malaysia 28

2.4.1 Di Peringkat Sekolah 29

Page 11: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … · two formats, HTML and PowerPoint, and students’ note in the form of ‘Lesson’ format, students’ practice in the form of ‘Quizzes’

ix

2.4.2 Di Peringkat Universiti, Institut Dan Maktab 31

2.4.2.1 Learning Management System(LMS) 32

2.5 Perbezaan E-Pembelajaran Dan Pembelajaran Tradisional 33

2.6 Teori Konstruktivisme Dan Hubungan dengan 34

E-Pembelajaran (Web Portal)

2.6.1 Ciri-ciri Konstruktivisme 35

2.7 Penutup 35

3 PROSEDUR PEMBANGUNAN 3.0 Pengenalan 37

3.1 Kaedah Pelaksanaan 38

3.1.1 Analilis Pelajar 39

3.1.2 Penyataan Objektif 40

3.1.3 Memilih Kaedah, Media Dan Bahan Pengajaran 42

3.1.4 Menggunakan Media dan Bahan 42

3.1.4.1 Nota Pengajaran Guru (Teacher’s Note) 43

3.1.4.2 Bahan Pembelajaran Pelajar 46

(Students’ Lesson)

3.1.4.3 Quiz 49

3.1.4.4 Hot Patatoes 51

3.1.4.5 Tugasan (Assignment) 54

3.1.4.6 Forum 55

3.1.4.7 Chat 55

3.1.4.8 Jurnal 56

3.1.5 Memerlukan Penyertaan Daripada Pelajar 56

3.1.6 Menilai Dan Mengubahsuai 57

3.2 Penutup 57

4 PEROLEHAN PEMBANGUNAN

4.0 Pengenalan 58

4.1 Web Portal ”Movement Substances Across The Plasma 58

Membrane, Cell Division dan Nutrition”

4.2 Reka Bentuk Web Portal “Movement Substances Across 59

The Plasma Membrane, Cell Division dan Nutrition”

Page 12: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … · two formats, HTML and PowerPoint, and students’ note in the form of ‘Lesson’ format, students’ practice in the form of ‘Quizzes’

x

4.2.1 Login 60

4.2.2 Susun Atur kandungan Web Portal 61

”Movement Substances Across The Plasma

Membrane, Cell Division dan Nutrition”

4.2.2.1 Struktur Penyampaian 61

4.2.2.2 Sumber (Resources) 65

4.2.2.3 Aktiviti Secara Online (Online Activities) 66

4.2.2.4 Forum Dan Chat 72

4.3 Penutup 76

5 RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 77

5.1 Rumusan 77

5.2 Masalah Yang Dihadapi 79

5.3 Kebaikan Web Portal 80

5.4 Kelemahan Web Portal 82

5.5 Cadangan 83

5.6 Kesimpulan 84

5.7 Penutup 85

RUJUKAN 86

LAMPIRAN A 91

LAMPIRAN B 143

Page 13: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … · two formats, HTML and PowerPoint, and students’ note in the form of ‘Lesson’ format, students’ practice in the form of ‘Quizzes’

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2.7 Perbezaan E-Pembelajaran Dan Pembelajaran 34

Tradisional

3.1 Objektif Pembelajaran 40

Page 14: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … · two formats, HTML and PowerPoint, and students’ note in the form of ‘Lesson’ format, students’ practice in the form of ‘Quizzes’

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Kerangka Teori Projek 12

3.1 Files Di Dalam MOODLE 44

3.2 Slot ‘Link to a file or web page’ 45

3.3 Slot ‘Link to a file web page’ (Setelah Dipilih) 46

3.4 Slot ‘Lesson’ 47

3.5 Slot ‘Lesson’ (Setelah Dipilih) 48

3.6 Slot ‘Lesson’ (Setelah Save Changes) 48

3.7 Slot Quiz 49

3.8 Slot Quiz (Setelah Dipilih) 50

3.9 Slot Quiz (Setelah Save Changes) 51

3.10 Antaramuka Hot Potatoes 52

3.11 Pembinaan Jcross 53

3.12 Pembinaan JCross (add clue) 53

3.13 Pembinaan Jcloze 54

4.1 Skrin Login 60

4.2 Skrin Topik Outline 63

4.3.1 Skrin Bagi Topik 63

(Movement Of Substances Across The

Plasma Membrane)

4.3.2 Skrin Bagi Topik (Cell Division ) 64

4.3.3 Skrin Bagi Topik (Nutrition) 64

4.4.1 Contoh Skrin Nota HTML Format (Topik 3.1) 65

4.4.2 Contoh Skrin Nota .ppt Format (Topik 3.1) 66

Page 15: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … · two formats, HTML and PowerPoint, and students’ note in the form of ‘Lesson’ format, students’ practice in the form of ‘Quizzes’

xiii

4.5 Contoh Skrin Nota Dalam Format Lesson 69

4.6 Contoh Skrin Paparan Student Practice 70

Bersertakan Maklumbalas

4.7 Salah Satu Contoh Hot PotatoesQuiz 71

4.8 Maklum Balas dan Markah Untuk 72

Jawapan (Crossword)

4.9 E-Forum Yang Ditujukan Kepada Pelajar 74

4.10 Discussion Room 75

Page 16: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … · two formats, HTML and PowerPoint, and students’ note in the form of ‘Lesson’ format, students’ practice in the form of ‘Quizzes’

xiv

SENARAI SINGKATAN

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

MOODLE - “Modular Object-Oriented Dynamic Learning”

HTML - Hypertext Markup language

Page 17: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … · two formats, HTML and PowerPoint, and students’ note in the form of ‘Lesson’ format, students’ practice in the form of ‘Quizzes’

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Analisis Soalan 91

B Borang Soal Selidik 143

Page 18: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … · two formats, HTML and PowerPoint, and students’ note in the form of ‘Lesson’ format, students’ practice in the form of ‘Quizzes’

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Internet yang menjadi tunjang kepada perkembangan pesat dalam sektor IT

telah berupaya mewujudkan suasana baru dalam kehidupan masyarakat seluruh

dunia. Mengikut sejarah, perkembangan Internet telah bermula sejak tahun 60an

hingga sekarang di mana pada awalnya ianya digunakan sebagai medium komunikasi

bagi tujuan penyelidikan antara universiti kemudiannya dimajukan untuk bidang

ketenteraan. Komunikasi yang bergantung pada talian telefon dengan kelajuan

110bait/saat membolehkan pihak tentera berkomunikasi dengan lebih cekap dan

efisien sekiranya berlaku peperangan dan ianya lebih menjimatkan dan terjamin

daripada menggunakan cara konvensional seperti surat dan sebagainya.

Perkembangan sektor Teknologi Informasi ( IT ) pada masa kini masih lagi

berlaku dengan pesat seiring dengan penemuan dan pengembangan ilmu

pengetahuan dalam bidang informasi dan komunikasi sehingga mampumenghasilkan

pelbagai alat bagi mendukung keperluan perkembangan Teknologi Informasi,

bermula dari sistem komunikasi secara LAN, WAN, Wireless, Intranet dan Internet

sehinggalah kepada alat komunikasi seperti komputer, dan telefon bimbit yang

membolehkan manusia berinteraksi sama ada secara satu mahupun dua hala.

Pengenalan Teknologi Informasi dalam industri pendidikan memainkan peranan

Page 19: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … · two formats, HTML and PowerPoint, and students’ note in the form of ‘Lesson’ format, students’ practice in the form of ‘Quizzes’

2 penting dalam menyebarkan ilmu pengetahuan secara cepat, efisien dan kos efektif

ke seluruh kawasan di Malaysia.

Perkembangan kemudahan jalur lebar (broadband) oleh syarikat-syarikat

telekomunikasi seperti TMNet dan Jaring telah merealisasikan perancangan untuk

memperkenalkan dan membekalkan sekolah-sekolah dengan kemudahan makmal

komputer yang serba lengkap dengan elemen multimedia dan Internet bagi

memudahkan dan menceriakan lagi proses pengajaran dan pembelajaran yang dilalui

guru dan pelajar. Pembelajaran yang lebih menjurus kepada alam siber membantu

pelajar dan guru untuk lebih mudah mencari maklumat dan berinteraksi dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran formal lagi terhad ketika di dalam kelas

sahaja tetapi boleh juga dilanjutkan secara informal di luar waktu persekolahan

dengan wujudnya Sistem E-pembelajaran yang semakin penting bukan sahaja dalam

bidang pendidikan tetapi juga dalam bidang-bidang lain.

1.1 Latar belakang Masalah

Sistem pembelajaran berasaskan web adalah sistem pembelajaran yang

terbuka dan fleksibel. Sesungguhnya potensi web dalam pendidikan ini amat luas

sekali. Sebagai contoh, laman web ‘Ask Dr Sains’ membenarkan guru dan pelajar

mengemukakan soalan. Dengan menggunakan enjin pencarian google dan

menaipkan kata kunci Ask Dr Sains membolehkan guru dan murid melawat tapak

web yang menyediakan staf bagi menjawab soalan Sains yang dikemukakan.

Pendekatan pengajaran tradisional terlalu menekankan pelajar belajar bawah

arahan. Namun pandangan baru bahawa pelajar membina pengetahuan mereka telah

menyebabkan perubahan dalam konsep dan teori pengajaran pembelajaran. Pelajar

Page 20: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … · two formats, HTML and PowerPoint, and students’ note in the form of ‘Lesson’ format, students’ practice in the form of ‘Quizzes’

3 memainkan peranan aktif dalam usaha menuntut ilmu pengetahuan dan guru hanya

sebagai fasilatator. Tambahan pula, perkembangan teknologi dan informasi yang

pesat menyeru persekitaran pembelajaran yang interaktif. (Davier et al, 2003).

Pengenalan kepada Sekolah Bestari adalah merupakan satu senario dalam

pendidikan alaf baru di Malaysia bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial

dan budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan institusi

pendidikan memberi penekanan kepada pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan

kepada pelajar, penggunaan pelbagai media dan teknologi secara bijak, strategi

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta pengurusan sekolah yang efektif.

Amalan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah Bestari

seharusnya menyediakan tugasan yang lebih mencabar dalam aktiviti-aktiviti yang

dijalankan dalam sesuatu pakej pembelajaran yang memerlukan analisis dan

penyiasatan secara kolaboratif dan koperatif dalam menyelesaikannya.

Mengemukakan soalan-soalan yang memerlukan pelajar-pelajar lebih banyak berfikir

dan menjanakan minda serta menggunakan banyak bahan dari sumber-sumber yang

mudah didapati hasil daripada perkembangan teknologi ke arah memenuhi dan

mencapai hasil pembelajaran.

Keberkesanan pendidikan di sekolah Bestari dapat dilihat melalui peranan

guru dan pelajar dalam proses pembelajaran melalui kurikulum yang lebih mantap

dan bersepadu. Dalam pada itu, guru berusaha menggunakan pendekatan yang

berfokuskan pembelajaran dan pelajar, pendekatan yang berpusatkan pemikiran dan

berorientasikan proses dengan bertujuan mengoptimumkan potensi pelajar dalam

proses mencari ilmu yang lebih bersifat pembelajaran terarah kendiri (self-directed),

bergerak pada kemampuan kendiri (self-paced) dan pemerolehan sumber maklumat

secara akses kendiri (self-accessed).

Page 21: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … · two formats, HTML and PowerPoint, and students’ note in the form of ‘Lesson’ format, students’ practice in the form of ‘Quizzes’

4

Beberapa tahun yang lalu, institusi pendidikan tinggi di Australia dan luar

negara telah melabur dan memperuntukkan wang dalam inisiatif e-pembelajaran

(e-learning). Contohnya, Universiti RMIT telah memperuntukkan sebanyak

AUS$50 juta pada tempoh 1999 hingga 2001 demi memenuhi keperluan teknologi

maklumat universiti tersebut. Universiti Melbourne turut memperuntukkan $12 juta

sejak 1997 dari segi multimedia untuk mempertingkatkan kualiti pengajaran dan

pembelajaran. (Alexander, 2001). Menurut Bates (1997), usaha pelaburan dalam e-

pembelajaran begitu hangat kerana mereka percaya bahawa penggunaan teknologi

dalam institusi pendidikan tinggi dapat mempertingkatkan kualiti pembelajaran,

mengurangkan kos pendidikan di samping menambahkan keberkesanan dalam

pendidikan.

Potensi e-pembelajaran melalui web memang tidak dapat dinafikan

membantu dan menambah baik pengajaran dan pembelajaran di samping

membekalkan satu alternatif bagi menyelesaikan masalah pengajaran dan

pembelajaran dan ini dapat dimanfaatkan dengan Moodle (Modular Object Oriented

Dynamic Learning Environment). Sebenarnya Moodle adalah sejenis perisian

(software) atau sistem pengurusan kursus yang tidak jauh berbeza berbanding dengan

pembelajaran persekitaran visual (Visual Learning Environment) secara on-line

seperti Blackboard, WebCT or Teletop, tetapi Moodle berbeza dari satu major aspek

iaitu : ia mempunyai lesen Open Source. Ini bermakna Moodle boleh diperolehi

dengan percuma dan sesiapa pun berhak melihat kod sumbernya malah

menukarkannya dengan tujuan memperbaiki kelemahan supaya lebih canggih

aplikasinya. (Martin Dougiamas, 2000)

Persekitaran e-pembelajaran menggalakkan kerjasama antara pelajar tanpa

kehadiran mereka secara fizikal di sesuatu tempat. Logiknya pelajar di sekolah

menengah memang tidak berjauhan antara satu sama lain, namun kemungkinan besar

mereka tidak berada dalam kelas yang sama dan mempunyai jadual waktu yang

berbeza-beza. Menurut Weller and Mason (2000) “time is the new distance”.

Sebagaimana kekurangan masa, jarak yang jauh memang menjadi alasan utama

Page 22: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … · two formats, HTML and PowerPoint, and students’ note in the form of ‘Lesson’ format, students’ practice in the form of ‘Quizzes’

5 pelajar tercicir daripada suatu matapelajaran. Moodle dalam konteks ini dapat

menangani kekangan tempat dan masa demi melaksanakan tugasan secara koperatif

pada peringkat sekolah. Tugasan ini memerlukan kerjasama dan usaha yang sewajar

membuahkan hasil; mencari penyelesaian masalah bersama ataupun membincangkan

topik bersama.

E-pembelajaran bukan sesuatu yang baru malahan mengalami perkembangan

pesat sekali di dunia pendidikan. Mekanisme proses pengajaran dan pembelajaran

dengan menggunakan Moodle lantas akan memberikan satu cabaran kepada guru dan

pelajar di sekolah Bestari mahupun sekolah biasa. Menurut Pat Jefferies dan Fiaz

Hussain (1998) e-pembelajaran mempelbagaikan persekitaran pembelajaran

kolaboratif yang akan mempertingkatkan strategi penyelesaian masalah. Dengan itu

e-pembelajaran menggalakkan revolusi dalam pendidikan di mana satu persekitaran

pembelajaran yang baru berdasarkan prinsip pembelajaran aktif mencerminkan

perubahan daripada pemusatan guru kepada pemusatan pelajar. Dengan ini, Moodle

dapat memainkan peranan yang mustahak dari konteks persekitaran pembelajaran

berdasarkan pembelajaran aktif.

Kebanyakan konsep pemusatan pelajar adalah berasaskan teori

konstruktivisme yang menyatakan bahawa pengetahuan mesti dibina oleh pelajar

sendiri dan bukan “spoon-feeding” oleh guru semata-mata. Oleh itu pembinaan

pengetahuan adalah proses yang dinamik yang memerlukan penglibatan pelajar

secara aktif dalam pembelajaran. Teori konstruktivisme dalam pembelajaran diterima

secara meluas dalam bidang pendidikan termasuklah pendidikan berasaskan web.

Teori konstruktivisme sosial pula sejajar dengan pembelajaran online. Teori

konstruktivisme sosial menyatakan ilmu pengetahuan dibina melalui interaksi sosial.

Kajian Rovai (2002) telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang kuat antara

komuniti dan pembelajaran. Pelajar yang terlibat dalam e-pembelajaran dapat

merasai komuniti di sekeliling dan mereka tidak lagi berasa keseorangan dalam

pembelajaran dan mempunyai berpuas hati terhadap program akademik yang

disediakan. Apa yang penting pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran

Page 23: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … · two formats, HTML and PowerPoint, and students’ note in the form of ‘Lesson’ format, students’ practice in the form of ‘Quizzes’

6 mereka dan peranan guru hanya menyediakan persekitaran pembelajaran yang efektif

kepada mereka.

Moodle telah direka khas untuk rangka kerja pendidikan berlandaskan teori

konstruktivisme sosial akan memberikan persekitaran pembelajaran yang bermakna

kepada pelajar. Ini disokong oleh kajian bahawa epistemologi konstruktivisme dalam

konteks e-pembelajaran merupakan cara yang efektif untuk mempersembahkan isi

pelajaran, menggalakkan interaksi dan memberikan penilaian dan maklum balas.

Pendekatan konstruktivisme membenarkan pelajar memainkan peranan sebagai guru

dan berkongsi kemahiran serta pengalaman mereka dengan rakan lain.

Moodle telah menambahkan keseluruh dimensi yang baru untuk pengajaran

dan pembelajaran yang boleh diaplikasi di sekolah lantas menyeru pendekatan

pembelajaran kolaboratif. Justeru ia bukan setakat satu nilai tambahan yang sedia

ada pada teknologi komunikasi dan komputer, malahan Moodle berkemampuan

membawa pengalaman pembelajaran yang bermakna (berlandaskan teori

konstruktivisme sosial) kepada pelajar. Sebagai pendidik, haruslah

bertanggungjawab dan berusaha mempertingkatkan kualiti pengajaran dan

pembelajaran untuk kebaikan guru mahupun pelajar.

Perubahan kaedah pengajaran dengan ICT ini bersesuaian dengan cadangan

pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia iaitu guru perlu mempelbagaikan kaedah

pengajaran yang boleh menarik minat pelajar, menggunakan bahan-bahan yang

sesuai dari internet untuk tujuan pengkayaan, mempelbagaikan teknik penyampaian

dalam bilik darjah untuk membolehkan pelajar memahami konsep serta meguasai

kemahiran asas dengan lebih berkesan, menggunakan alat bantu mengajar untuk

memperjelas sesuatu konsep, mengajar secara konstruktivisme, masteri dan lebih

kontekstual serta menarik minat pelajar melalui teknik pengajaran yang pelbagai dan

kreatif menggunakan literasi komputer yang interaktif (Lembaga Peperiksaan

Malaysia 2002).

Page 24: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … · two formats, HTML and PowerPoint, and students’ note in the form of ‘Lesson’ format, students’ practice in the form of ‘Quizzes’

7 1.2 Pernyataan Masalah

Penyampaian pengajaran Sains hendaklah disulami dengan penggunaan

teknologi sejajar dengan perkembangan arus pemikiran para pelajar ke arah zaman

maklumat (ICT). Guru perlu menggalakkan pelajar berfikir dan meneroka sesuatu

persoalan. Sumber maklumat yang disediakan di laman web boleh membantu pelajar

di dalam mendapatkan maklumat dan menjawab latihan berbentuk pengukuhan atau

latih tubi. Dewasa ini, pelbagai isu-isu laman web yang boleh membantu para pelajar

mengasah minda mereka.

1.3 Objektif Projek

Objektif kajian ini ialah membangunkan bahan e-pembelajaran (Web Portal)

bagi topik Sains (Biologi) tingkatan 4 secara interaktif berasaskan sistem pengurusan

kursus moodle dalam tajuk :

(i) Movement of Substances across the Plasma Membrane

(ii) Cell Division

(iii) Nutrition