pemanasan global

8
NAMA:ZURAIDA BINTI ABD RAHMAN NO MATRIK: A147449 TAJUK:PEMANASAN GLOBAL PENSYARAH: PROF. DATO' IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT

Upload: zaira-zue

Post on 09-Jan-2017

181 views

Category:

Environment


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pemanasan global

NAMA:ZURAIDA BINTI ABD RAHMAN NO MATRIK: A147449

TAJUK:PEMANASAN GLOBALPENSYARAH: PROF. DATO' IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH

BIN O.K. RAHMAT

Page 2: Pemanasan global

PEMANASAN GLOBALAndaikan anda duduk di bandar tepi laut. Datuk bandar telah mengesan kenaikan aras laut semenjak 50 thaun lalu. Kenaikan ini kecil tetapi dalam tempoh masa yang panjang, ia akan menimbulkan masalah di pusat bandar kerana arasnya yang rendah. Jika anda dilantik menjadi perunding, tuliskan pelan tindakan secara ringkas untuk mengurangkan atau mengatasi masalah ini.   Laporan anda hendaklah mengandungi tindakan mitigasi dan adaptasi. 

Page 3: Pemanasan global

ANTARA PUNCA PENINGKATAN PARAS AIR LAUT

• Kenaikan paras laut dikaitkan kepada tiga faktor utama, yang semuanya disebabkan oleh perubahan iklim dunia dan pemanasan global:

1. Pengembangan haba: Apabila air panas, ia akan mengembang. Hampir separuh daripada kenaikan paras laut dalam disebabkan oleh suhu laut yang lebih panas dan memerlukan lebih banyak ruang. Apabila ini berlaku, ia menyebabkan paras laut meningkat.

2. Kecairan Glasier dan Litupan Ais di Kutub: Biasanya glasier dan litupan ais akan cair pada kadar yang tetap pada musim panas. Apabila tiba musim sejuk, salji yang dihasilkan daripada air laut yang menguap, akan mengimbangi kembali kadar kecairan. Semenjak kebelakangan ini, suhu tinggi yang berpanjangan hasil daripada pemanasan global menyebabkan kadar kecairan salji yang lebih cepat dan tinggi.

3. Selain itu kecairan salji juga disebabkan oleh musim sejuk yang lewat dan musim bunga yang tiba lebih awal. Ketidakseimbangan ini telah memberi kesan kepada pengaliran lawan penguapan di laut, dan kesannya ialah kenaikan paras laut.

Page 4: Pemanasan global

ANTARA KESAN PENINGKATAN PARAS AIR LAUT

• Semasa paras laut meningkat pada kadar yang cepat, penambahan yang sedikit akan mendatangkan kesan yang buruk kepada habitat di pesisiran pantai. Jika air laut memasuki kawasan yang lebih dalam di pedalaman, ia akan menyebabkan :

1. Hakisan Tanah,

2. Pembanjiran kawasan seperti kawasan paya bakau dan tumbuhan di tepi sungai,

3. Pencemaran di kawasan tadahan air tawar dan kawasan penanaman,

4. Kehilangan habitat burung, ikan dan juga tumbuh-tumbuhan.

5. Apabila ribut besar melanda dan air laut berada yang paras lebih tinggi, maka ia akan menyebabkan ribut yang lebih besar dan berkemampuan untuk memusnahkan apa sahaja yang berada di laluannya.

6. Penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran laut akan terdedah kepada banjir kilat.

Page 5: Pemanasan global

CADANGAN –TINDAKAN MITAGASISebagai seorang yang dipertanggungjawabkan dan juga sebagai perunding tidak akan berjaya mengatasi masalah ini,jika individu dan masyarakat tidak bersama-sama menjaga Alam semulajadi ini,antara saranan saya adalah:1. Masyrakat perlu mengamalkan sikap ‘Alam Hijau’ iaitu perbanyakkan semula tumbuh-tumbuhan supaya haba

panas yang dihasilkan oleh matahari dapat diserap oleh tumbuh-tumbuhan,dan ini dapat mengurangkan pemanasan global.

2. Masyarakat perlu mengurangkan Sumber Tenaga daripada Microhydro,kerana ia menghasilkan gas2 yang menyebabkan pemanasan global seperti penggunaa air cond,jadi gantikan ia dengan sistem kincir angin di kawasan yang terdedah dengan pemanasan global seperti di kawasan lapang.Dan banyakkan menggunakan system suria di rumah.

3. Melarang penduduk melakukan pembakaran terbuka kerana hal ini dapat meningkatkan kesan rumah hijau,kurangkan menggunakan kenderaan yang menghasilkan banyak asap,dan galakan supaya masyarakat menggunakan kenderaan awam.

4. Pihak bertanggungjawab perlu memantau supaya Hutan Simpan dipelihara dan mengharamkan pembalakan secara berleluasa.

5. Saranan supaya masyarakat menjaga alam sekitar dari segi pembuangan sampah di tempat yang betul,kerana jika sampah tidak terjaga mungkin akan berlaku masalah perparitan ketika berlaku banjir dan akan meningkatkan paras air banjir dan air laut yang menyebabkan banjirr besar.

Page 6: Pemanasan global

Cadangan-Tindakan Adaptasi

1. Kawasan pasir laut dan pantai-Memastikan pihak bertanggungjawab menambahkan penanaman tanaman pantai seperti pokok bakau,pokok rhu,nipah dan sebagainya.

2. Pesisir Pantai-menana pokok-pokok yang tinggi seperti pokok kelapa dan pokok rhu supaya jika angina kuat melanda ia dapat mengawal pergolanakan air laut dari menghempas kawasan,hal ini dapat mengurangkan hakisan tanah.

3. Meletakkan batu2/guni2 pasir di pesisir pantai untuk mengelakkan hakisan

4. Pengubahsuaian kepada bangunan yang dibina berdekatan dengan pantai,dengan meninggikan bangunan dan dibina kincir angin di kawasan tersebut.

Page 7: Pemanasan global

SAMB...5. JIka kemungkinan berlaku peningkatan paras

laut,pindahkan penduduk di kawasan yang selamat dan mengeluarkan amaran kepada pelayan agar tidak turun ke kawasan pesisir pantai dan laut.

6. Banyakkan melakukan penyulingan air laut dan pemprosesan air laut kepada sesuatu yang berguna seperti system penyaluran air laut kepada kawasan penternakan ikan air masin.

7. Mengurangkan pembiakan penternakan laut di kawasan laut dengan membuka kawasan penternakan khusus dengan menggunakan system penyaluran air laut terus ke kawasan penternakan.

Page 8: Pemanasan global

KESIMPULAN

• Pihak bertanggungjawab memainkan peranan dalam memastikan usaha-usaha yang dicadangkan berjalan dengan baik.

• Peranan individu dan masyarakat amat penting dalam menjaga alam sekitar,tiada siapa yang dapat mengubah situasi melainkan diri sendiri,bersama-sama meyokong usaha pihak atasan melaksanakan program-program pemulihan dan pemeliharaan