pemanasan global

117
PEMANASAN GLOBAL Pemanasan global atau "global warming" telah menjadi isu terhangat yang terhidang di dada akhbar dan sering menjadi topik perbualan komuniti antarabangsa.Pemanasan global telah disebabkan oleh beberapa faktor seperti aktiiviti pembakaran terbuka, pulau haba, dan penggunaan karbon monogsida dan karbon dioksida yang berlebihan dalam kehidupan seharian kita. Apakah kesan-kesan yang akan berlaku sekiranya hal ini tidak dibendung? terdapat pelbagai kesan yang akan timbul sekiranya perkara ini tidak dicegah. Ternyata, pemanasan global ialah perkara yang merisaukan kita semua. Akibat sikap lepas tangan pemaju dan sikap masyarakat tempatan yang membakar sampah sarap di kawasan hutan, gas-gas tersebut dibebaskan ke udara sekeliling dan melepasi lapisan ozon. Tahukah anda bahawa karbon monoksida dapat menghakis dan menipisi lapisan ozon secara semula jadi. Lapisan ozon dapat menipis sehingga 75 peratus cahaya matahari daripada menembusi bumi. Sekiranya lapisan ozon terhakis, akibatnya pemanasan global akan berlaku secara berleluasa. Sinaran matahari tanpa ditapis mengandungi 30 peratus sinaran

Upload: jenny-ngu

Post on 20-Jun-2015

1.428 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pemanasan Global

PEMANASAN GLOBAL

Pemanasan global atau "global warming" telah menjadi isu terhangat yang terhidang di dada akhbar dan sering menjadi topik perbualan komuniti antarabangsa.Pemanasan global telah disebabkan oleh beberapa faktor seperti aktiiviti pembakaran terbuka, pulau haba, dan penggunaan karbon monogsida dan karbon dioksida yang berlebihan dalam kehidupan seharian kita. Apakah kesan-kesan yang akan berlaku sekiranya hal ini tidak dibendung? terdapat pelbagai kesan yang akan timbul sekiranya perkara ini tidak dicegah.

Ternyata, pemanasan global ialah perkara yang merisaukan kita semua. Akibat sikap lepas tangan pemaju dan sikap masyarakat tempatan yang membakar sampah sarap di kawasan hutan, gas-gas tersebut dibebaskan ke udara sekeliling dan melepasi lapisan ozon. Tahukah anda bahawa karbon monoksida dapat menghakis dan menipisi lapisan ozon secara semula jadi. Lapisan ozon dapat menipis sehingga 75 peratus cahaya matahari daripada menembusi bumi. Sekiranya lapisan ozon terhakis, akibatnya pemanasan global akan berlaku secara berleluasa.

Sinaran matahari tanpa ditapis mengandungi 30 peratus sinaran radioaktif yang akan membunuh sel-sel kulit manusia. Sekiranya sinaran matahari tanpa ditapis oleh lapisan terkena pada kulit kita, tumur akan membentuk dan akan menjadi sel kanser. Hal ini akan menyebabkan penduduk bumi akan ramai yang mati akibat kenser kulit. kanser kulit sukar diubati dan penawarnya tidak ditemui oleh para saintis sehingga ke hari ini.

Seterusnya sekiranya suhu dunia melebihi paras 5.8 drjah selsius, maka ais di kutub utara dan selatan akan mula cair hal ini akan mendatangkan impak yang negatif kepada kita semua. Hasilnya purata lautan akan mencecah sehingga 95 peratus, ini bermakna banyak kawasan daratan yang akan ditengelami oleh air. Penduduk dunia akan ramai yang mati.

Pemanasan global pada peringkat awalnya akan menyebabkan migrain dan sakit kepala yang melampau. Migrain disebabkan oleh pemanasan yang melampau dan akibatnya akan berlaku pendarahan yang serius di bahagian otak. Migrain juga disebabkan oleh terkumpulnya darah kotor di bahagian otak dan hal ini akan membuatkan rasa tidak selesa kepada pesakitnya.

Pulau haba juga sering dikaitkan dengan pemanasan global. Pulau haba disebabkan oleh asab-asab yang dikeluarkan daripada asap kereta dan kilang. Asap ini mengandungi karbon monoksida yang tinggi yang akan menipiskan lapisan ozon bumi. Ole sebab itu, meminimunkan penggunaan kenderaan perlu kita dititikberatkan.

Kongklusinya, fenomina pemanasan global adalah perkara yang menghantui komuniti antarabangsa. Hal ini kerana kesannya kepada penduduk dunia amat serius. oleh itu kita sebagai sebahagian daripada penghuni bumi ini perlu mengambil kangkah pencegahan sebelum hal ini menjadi lebih serius. Jangan sampai nasi telah menjadi bubur barulah kita mahu berubah. Jangan sampai sudah terhantuk baru nak mengadah, tidak ada gunanya. Sedarlah sementara kita masih boleh berbuat sesuatu kepada dunia yang hendak kita wariskan kepada anak cucu kita ini.

Page 2: Pemanasan Global

GEJALA PEMBUANGAN BAYI DI MALAYSIA

Saban hari, terdapat pelbagai berita yang terpapar di dada-dada akhbar harian tentang jenayah yang tidak asing lagi seperti gejala pembuangan bayi. Kadar pembuangan bayi yang tidak berdosa itu kian meningkat. Baru-baru ini, kita telah dikejutkan dengan berita yang amat memilukan hati di setiap media massa dan media elektronik mengenai penemuan seorang mayat bayi dijumpai di dalam tin biskut dan berita mengenai bayi yang digonggong oleh seekor anjing jalanan. Persoalannya, di manakah letaknya sikap bertanggungjawb dan belas kasihan si ibu yang berani-berani membuang bayinya begitu sahaja? Mereka yang tidak mahu bertanggungjawab seharusnya berfikir mengikut akal bukan bertindak mengikut hati dan nafsu serakah. Bak kata pepatah, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Jadi, kita sebagai insan yang berguna mesti menjauhkan diri daripada terjebak dalam melakukan jenayah tersebut.

Masyarakat sarwajagat akan acap kali menunding jari kepada remaja-remaja yang sedang merentasi zaman permodenan. Hal ini demikian kerana, kita dapat melihat anak-anak muda tidak kira lelaki mahupun perempuan mengamalkan pergaulan bebas. Gejala yang tidak sihat ini secara tidak langsung menjadi faktor pembuangan bayi yang semakin meningkat. Remaja yang sering melepak dan membuang masa di pusat- pusat beli belah dianggap sebagai sampah masyarakat. Fungsi minda remaja yang cetek, malah keinginan malakukan perzinaan yang mendalam merupakan salah satu sebab perzinaan secara sesuka hati berlaku. Remaja kurang asas pendidikan agama yang kukuh dan hilang rasa bertanggungjawab terhadap bayi tersebut lalu mengorbankan nyawa bayi yang tidak berdosa itu. Jadi, dalam konteks ini, remaja harus beringat sebelum kena, jimat sebelum habis dalam bersosial sesame masyarakat.

Selain itu, punca pembuangan bayi ialah ledakan kemajuan teknologi atau media elektronik yang semakin meluas dan canggih memberi pendedahan unsure seks dan bahan yang tidak berfaedah kepada remaja. Di samping itu, terdapat tayangan filem yang berunsurkan seks rangsangan minda, VCD, gambar- gambar porno di dalam internet menjadi sebab yang turut mendorong terjebak ke dalam lembah perzinaan. Sebenarnya, apa-apa yang berlaku berpunca daripada diri remaja itu sendiri sama ada mereka ingin memilih jalan yang betul atau tidak. Segala keputusan terletak di tangan mereka sendiri. Hanya mereka sahaja mampu mengubah pendirian pilihan dalam hidup mereka. Kata orang, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Seterusnya, didikan agama daripada ibu bapa bekurang atau terlebih merupakan faktor pembuangan bayi. Namun begitu, wajarkah kedua-dua ibu bapa kita dipersalahkan? Sudah tentu kita sama sekali perlu bepandangan terbuka dalam hal- hal pembuangan bayi. Ini bermakna, ibu bapa tidak patut dipersalahkan kerana mereka telah berhempas pulas memberi didikan yang sempurna, tetapi anak- anak berubah persepsi setelah membawa haluan sendiri. Anak- anak bersikap seperti membujur lalu melintang patah dengan bertindak liar tanpa pengawasan ibu bapa. Terutamanya, anak- anak yang belajar di IPT-IPT berasa diri mereka bebas dan boleh melakukan apa-apa sahaja. Oleh itu, janganlah kita gemar menunding jari terhadap orang lain yang mesalahnya berpunca daripada diri kita sendiri.

Page 3: Pemanasan Global

Bagi mengatasi gejala pembuangan bayi di negara kita, modus operandi yang berkesan hendaklah diambil oleh semua pihak. Salah satu cara mengatasi pembuangan bayi ialah pihak kerajaan berperanan menguatkuasakan undang-undang mengenai kes pembuangan bayi dengan mengenakan hukuman dan denda yang setimpal.Misalnya, pihak polis harus mengingatkan mana-mana pasangan yang membuang bayi akan disiasat di bawah seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh. Sebagaimana yang kita ketahui, membunuh ialah sesuatu kesalahan besar yang dianggap jenayah apabila melakukannya. Dengan ini,pasangan remaja yang berkeinginan membuang anak akan berasa takut dan gentar sekaligus pembuangan bayi boleh berkurangan.

Alpukah lain yang boleh dilakukan untuk mengatasi gejala tersebut ialah peranan ibu bapa memastikan anak-anak di bawah penjagaan yang baik. Ibu bapa seharusnya mengawasipergerakan anak-anak ketika berada di luar rumah dan dengan siapa mereka berkawan. Justeru, pergaulan bebas dalam kalangan remaja dapat membendung masalah pembuangan bayi. Sehubungan dengan itu, ibu bapa tidak harus bersikap bagai enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing dalam mengejar kemewahan harta malah mereka perlu lebih prihatinakan keadaan anak-anak. Jadi, ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengatasi gejala pembuangan bayi yang berpunca daripada anak-anak sendiri jika tidak diawasi dengan baik.

Intihanya, gejala pembuangan bayi yang semakin serius tiada penghujung sekiranya tidak ada kesedaran dalam kalangan masyarakat sarwajagat untuk megubah sikap. Langkah- langkah yang diambil seharusnya menjadi anjakan paradigma dalam kehidupan seperti kata pepatah sediakan paying sebelum hujan agar tidak berlakunya perbuatan terkutuk itu. Gejala tersebut merupakan satu kesalahan yang amat kejam daripada haiwan. Sedangkan haiwan pun tidak berlaku kejam terhadap anaknya, malah haiwan itu lebih menyayangi anaknya. Anak itu suatu anugerah daripada Tuhan. Oleh itu, kita mestilah menghargainya dengan baik dan penuh kasih sayang.

Huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan bencana alam.

Sudah lebih dari 5 tahun kita digempar gempurkan dengan urutan kes bencana alam. Cukup merangkumi semua jenis bencana seperti pemanasan global, gempar bumi, ribut taufan, banjir, dan yang paling mengejutkan dunia sehingga kini iaitu tsunami. Pelbagai konklusi telah dibuat oleh pakar meteorologi dan geologi seluruh dunia mengenai persoalan wujudnya bencana alam tersebut. Justeru, ramai daripada mereka berpandapat bahawa bencana alam yang menghantui kita pada abad kini berpunca daripada kelalaian manusia terdahulu menjaga amanah tuhan; bumi ini. Berikutan dengan bencana alam yang sering menimpa kaum manusia seluruh dunia kini, terdapat banyak kesan yang dapat kita peroleh.

Salah satu bencana alam yang boleh dikatakan paling popular sekarang ialah kes pamanasan global. Baru-baru ini, kerajaan Malaysia diundang untuk menyertai seminar pemanasan global peringkat antarabangsa, bukan untuk berbual kosong bahkan bersama-sama membincangkan permasalahan tersebut dan cuba merungkai idea untuk menyelesaikannya. Secara umum, kita mengetahui bahawa pemanasan global ini berpunca daripada kesan rumah hijau. Bentuk muka bumi dunia yang kian ketandusan hutan tidak dapat menyerap kesemua gas karbon dioksida yang dihasilkan oleh peralatan

Page 4: Pemanasan Global

bermotor menyebabkan cuaca duniamakin meningkat. Hal ini membawa kita kepada permasalahan lain iaitu pencairan bongkah ais di kutub utara dan selatan, lalu menyebabkan paras air laut meningkat. Lantas, bencana lain seperti banjir pula berlaku. Akibat daripada banjir, ramai penduduk dunia kehilangan tempat tinggal. Mungkin suatu hari nanti jika tiada tindakan diambil dalam masa terdekat, banyak negeri-negeri seluruh dunia akan lenyap ditenggelami air laut.

Kejadian tanah runtuh di Malaysia daripada dahulu sehingga tidak pernah selesai. Manakan tidak, pada zaman globalisasi kini manusia lebih mementingkan poket sendiri daripada nyawa ribuan manusia lain. Dek sifat mementingkan diri sendiri menjurus segelintir manusia ini menoreh lantas menggondolkan bukit-bukau dan gunung-ganang yang sepatutnya menjadi pasak bumi. Pokok-pokok serta tunbuhan hijau yang tumbuh meliar di lereng-lereng bukit bukan sekadar hiasan semata-mata, bahkan tumbuhan tersebut menggalas tanggungjawab mencengkam tanah dan mengelakkan berlakunya hakisan justeru mengelakkan tanah runtuh. Sudahlah kejadian tanah runtuh itu meragut nyawa, memusnahkan kediaman, mewujudkan masalah lalu lintas, tanah runtuh juga menyebabkan haiwan kehilangan habitat semulajadi mereka. Inikah yang kita mahu untuk generasi akan datang? Melihat dan mengenali haiwan, hanya terdapat di muzium sahaja.walaupun telah pelbagai jenis bencana alam yang kita alami kini akibat kelalaian manusia terdahulu, namun ada perkara yang patut kita banggakan yang telah dilakukan oleh manusia pada zaman sekarang. Mungkin benar peribahasa ‘sudah terhantuk baru terngadah’ mampu membawa keinsafan dalam diri seseorang insan. Lihatlah disekeliling kita pada hari ini, kerana telah insaf akan kerosakkan yang dilakukan dahulu, para saintis telah melahirkan idea baharu untuk menyelamatkan dunia seperti penggunaan air dan elektrik untuk menggantikan penggunaan minyak petrol sebagai peneraju alatan bermotor. Selain itu, kebanyakkan pendingin hawa telah digantikan dengan bahan mesra alam iaitu bebas CFC. Perubahan-perubahan tersebut mungkin kelihatan terlalu kecil untuk dibenggakan namun tanpa kita sedari perkara seperti inilah yang bakal merubah keadaan dunia menjadi lebih baik.

Oleh hal yang demikian, dapatlah kita simpulkan bahawa masalah bancana alam ini berlaku akibat kelalaian dan kecuaian kita sendiri. Oleh itu, sikap saling menuding jari tidak harus ada, malah kita seharusnya bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menyelasaikan masalah ini. Selain itu, perkara utama yang amat penting dalam sesuatu permasalahan adalah perlu wujud kesedaran. Dalam kes ini iaitu bencana alam, kesedaranlah yang menjadi punca manusia berhenti daripada melakukan kerosakkan dan daripada sinilah tercetusnya idea pembikinan peralatan-peralatan baharu yang menggunakan bahan mesra alam. Walaupun kita sudah terhantuk baru terngadah untuk berubah menjadi yang lebih baik namun kita tidak harus berhenti setakat ini sahaja kerana kita pasti tidak mahu pisang berbuah dua kali.

PEMANASAN GLOBAL Khamis, 2009 November 05 Label: ISU -ISU UTK KARANGAN Secara umumnya suhu purata Bumi tidak begitu stabil, malah berubah mengikut masa, seperti yang telah dibuktikan melalui analisis lapisan geologi. Planet kita adalah beberapa puluh darjah lebih sejuk pada 20 000 tahun yang lepas, iaitu pada puncak zaman salji glasier. Perubahan suhu ini sebenarnya amat perlahan, suhu berubah sebanyak 0.2 darjah dari tahun 1000 sehingga hujung kurun ke-19.

Page 5: Pemanasan Global

Fakta yang merisaukan komuniti antarabangsa ialah betapa cepatnya suhu berubah sekarang ini, kecepatan perubahan yang tidak pernah berlaku di zaman dahulu. Sejak hujung kurun ke-19, lebih kurang dalam seratus tahun saja, suhu purata telah naik 0.6 darjah. Simulasi komputer pula menunjukkan bahawa pemanasan akan menjadi lebih cepat dan suhu purata boleh meningkat sebanyak 1.4 hingga 5.8 darjah pada hujung kurun ke-21. Fenomena ini kita panggil pemanasan global.

Kesan rumah hijau

Variasi suhu atmosfera secara umumnya berkaitan dengan beberapa faktor seperti perubahan aktiviti Matahari, atau kelajuan putaran Bumi. Tetapi, kebanyakan pakar-pakar sains percaya bahawa pemanasan global adalah disebabkan, terutamanya, oleh kesan rumah hijau. Kesan ini terjadi apabila sebahagian besar tenaga dari Matahari yang sampai kepermukaan Bumi tidak dipantulkan semula keluar ke angkasa lepas, malah diserapi oleh atmosfera kita.Seperti yang telah kita dapati, menurut hukum Wien, sifat sinaran dari satu objek bergantung kepada suhunya. Matahari yang mempunya suhu permukaan 6000 darjah, bersinar terutamamya didalam gelombang tampak dimana tenaganya masuk secara mudahnya ke atmosfera kita. Tetapi, disebabkan suhu Bumi jauh lebih rendah dari suhu Matahari, planet kita mengeluarkan kembali tenaga ini dalam bentuk sinaran inframerah. Gas-gas tertentu seperti karbon-dioksida, methane dan nitrogen oksida, yang juga lutsinar dalam gelombang tampak, adalah legap dalam sinaran inframerah. Ciri-ciri mereka ini menghalang tenaga dari keluar semula keangkasa lepas. Mereka menyerap tenaga tersebut menjadikan atmosfera kita panas. Sebahagian besar tenaga solar ini diserap oleh atmosfera bawahan,seperti yang terjadi keatas planet Zuhrah.Besar kemungkinan kesan rumah hijau dan pemanasan global ini, yang mencepat sejak kurun ke-19, berpunca dari kesan aktiviti manusia keatas alam sekitar. Kebanyakan gas yang mempunyai ciri-ciri kesan rumah hijau telah dilepaskan ke atmosfera melalui aktiviti-aktiviti moden yang menggunakan fossil fuel di dalam industri dan kenderaan. Ia juga boleh disebabkan oleh aktiviti agrikultur tertentu seperti ternakan lembu. Kita jangka bahawa gas karbon-dioksida telah dinaikkan sebanyak 30 peratus sejak bermulanya era industri, iaitu satu sumbangan besar yang memburukkan kesan rumah hijau.

Sejak 150 tahun yang lepas, glasier di banjaran gunung Alps, seperti glasier Aletsch di Switzerland, telah hilang separuh jisimnya.Sejak 150 tahun yang lepas, glasier di banjaran gunung Alps, seperti glasier Aletsch di Switzerland, telah hilang separuh jisimnya.

Kesan dari pemanasan global

Seperti yang telah ditunjukkan, pemanasan global menyebabkan glasier mencair dan tahap air laut meningkat sebanyak beberapa puluh sentimeter. Ketebalan ais di kutub juga menjadi kurang. Sejak kurun ke-21, fenomena ini meningkat semakin cepat, dimana kesannya kelihatan semakin ketara, terutamanya peningkatan tahap air laut dan perubahan cuaca secara ekstrim yang melibatkan kemarau dan kitaran presipitasi yang dahsyat.

Page 6: Pemanasan Global

Kesan ini dapat dirasai oleh manusia dengan kekerapan banjir, kemarau panjang, kekurangan air minuman, sebaran penyakit malaria, kekurangan zon tepi laut atau kekurangan bilangan pulau. Dalam jangkamasa yang panjang, dengan pencairan ais di Greenland yang menyebabkan tahap air laut naik sebanyak 6 meter, kita dapat meramalkan kehilangan sebahagian besar zon tepi laut dunia.

usaha untuk menangani masalah

Protokol Kyoto telah dirundingkan dalam tahun 1997 bertujuan untuk memaksa negara industri untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengurangkan pencemaran udara yang memburukkan kesan rumah hijau. Hasil dari keputusan Russia untuk menyertai protokol ini, usaha ini ada peluang untuk membawa hasil. Tetapi, tanpa penyertaan Amerika Syarikat, yang buat masa ini merupakan pencemar udara terbesar di dunia, hasil usahan dari protokol ini agak terhad. Disebabkan perjanjian ini tidak begitu ambitious, kami percaya ia tidak begitu mampu untuk melambatkan pemanasan global dengan berkesan. Oleh yang demikian, bencana yang amat dahsyat masih mengancam.

Pemanasan global

Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an. Kajian mendapati iklim panas melampau di Perancis, iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost" (lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Ahli sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099. Litupan ais Greenland dan Antartika Barat akan mencair . Paras laut akan meningkat kira-kira 7 meter secara mendadak.

Faktor pemanasan global

Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca (IPCC) ditubuhkan pada 1988 oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia serta Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kegiatan terasnya adalah menyemak dan menilai maklumat saintifik, teknikal dan sosio-ekonomi yang terkini. Saintis alam sekitar telah ditempatkan dipelbagai lokasi strategik dan mengumpulkan laporan ilkim dan cuaca seluruh dunia secara sistermatik. Dapatan daripada kajian ini amat memeranjatkan terutama berhubung tentang faktor pemanasan global dan kesan jangka pendek dan panjang daripadanya.• Laporan 1 (1990) dan Laporan 2 (1995) IPCC menunjukkan banyak ketidakpastian iklim dunia dan bersifat negatif . Pemanasan global ini akan menjejaskan manusia atau tamadunnya.• Laporan ketiga (2001) berkisar kepada "Menangani Perubahan Iklim.

Page 7: Pemanasan Global

• Laporan Penilaian Keempat tentang (Perubahan Iklim 2007) .Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18. . Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Kesan rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak, tanpa dapat dibendung lagi.

Pelepasan karbon dioksida

Impak pelepasan karbon dioksida tidak difahami ramai kerana gas tersebut tidak berbau dan bukan toksik.Konsentrasi karbon dioksida di atmosfera telah meningkat daripada kira-kira 280 bahagian sejuta (ppm) dicatat di kurun ke-18 (sebelum era revolusi perindustrian) kepada 379 ppm pada tahun 2005.Menjelang 2099 kadarnya meningkat kepada 700 ppm jika cara hidup sekarang berterusan. Secara bandingan , planet lain seperti Marikh, suhunya kira-kira 400 darjah celcius dan 90 peratus daripada atmosferanya adalah karbon dioksida. Hampir tiada kehidupan di Marikh dan bumi akan menjadi seperti itu.IPCC mendesak seluruh kerajaan dan penduduk dunia menstabilkan tahap karbon dioksida di atmosfera kepada paras yang boleh diuruskan iaitu 450 ppm. Bagi menghapuskan kepekatan karbon dioksida di dalam atmosfera, ia mengambil masa antara 200 atau 300 tahun . Walau apapun tindakan pemulihan dilakukan , untuk kembali pulih amat sedikit.Mulai abad ke-18 majoriti warga dunia menggunakan bahan bakar fosil daripada sumber asas air atau kayu . Dunia ada banyak alternatif tetapi kita tidak menggunakannya secara bijak , berkesan dan menyeluruh. Kita terlalu bergantung kepada bahan bakar fosil. Negara sedang membangun seperti India dan China tidak setuju dengan pengurangan pengggunaan bahan bakar fosil. 2 bilion penduduk di India dan China menggunakan bahan bakar fosil secara keterlaluan.

Kesan pemanasan global di MalaysiaSumber ekosistem yang ada telah digunakan ke paras maksimum dengan penangkapan ikan berlebihan dan pemupusan kawasan besar hutan. Enam bilion penduduk dunia kini menggunakan sumber asli bumi secara berlebihan dan tidak terkawal . Jika pemanasan global berterusan , manusia dan tamdunnya akan pupus sebagaimana pupusnya dinosaur.Ramalan saintis menunjukkan peningkatan 7.0 meter paras laut, kawasan rendah seperti Kuala Muda (Kedah) dan Kelantan akan ditenggelami air. Keadaan monsun akan bertukar sama sekali kerana kita akan menerima lebih banyak hujan sewaktu monsun timur laut, yang bermakna lebih banyak kejadian banjir.Kesedaran rakyat Malaysia dan amnya masyarakat dunia sukar ditingkatkan. Hanya 3 /10 rakyat Malaysia yang prihatin kepada isu-isu alam sekitar. Kejadian Tsunami 2004 dan banjir besar di Johor adalah pengajaran terbaik .Mendidik bukanlah untuk membuat mereka cemas tetapi meminta mereka bertindak secara betul dan tepat Fenomena blog semakin mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini di negara kita. Pelbagai jenis blog wujud di alam maya, ada blog yang cenderung kepada kebaikan dan tidak kurang pula yang membawa keburukan.

Bincangkan kebaikan dan keburukan kewujudan blog dalam konteks negara kita

Page 8: Pemanasan Global

Malaysia.

JAWAPAN LENGKAP

Blog boleh ditakrifkan sebagai satu situs atau portal maya yang mencatat pandangan penulis blog dalam bentuk jurnal. Fenomena blog semakin mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini selepas kejayaan para “blogger” mengubah pendirian masyarakat dalam Pilihan Raya Umum tahun 2008. Blog kini sudah menjadi media alternatif yang memberi pandangan tentang sesuatu isu daripada sudut yang berbeza. Blog juga dapat berfungsi sebagai sumber rujukan kepada masyarakat. Kita haruslah bijak dalam menilai pandangan penulis blog kerana ada maklumat yang disampaikan hanya untuk menjaga kepentingan orang yang tertentu sahaja. Jadi, kita harus membicarakan tentang kebaikan dan keburukan blog dalam konteks negara Malaysia.

Pada hemat saya, blog dapat menjadi sumber rujukan bagi sesuatu perkara. Penulis blog dapat mengutarakan pelbagai jenis isu. Kita ambil contoh blog yang berkaitan dengan kesihatan. Blog ini menerangkan tentang tip-tip dan petua untuk menjaga kesihatan daripada segi permakanan, senaman dan gaya hidup. Jadi pembaca blog tersebut dapat mengetahui cara yang betul dalam menjaga kesihatan mereka. Selain itu, blog yang bertemakan penulisan dapat menerangkan cara penulisan yang betul terutamanya kepada pelajat yang akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi. Tuntasnya, fungsi blog sebagai sumber rujukan tidak dapat disangsikan lagi.

Seterusnya, blog juga berfungsi sebagai medium untuk bertukar-tukar pendapat. Penulis blog megutarakan isu yang akan beliau bahaskan. Penulis blog yang lain juga akan memberi pandangan mereka tentang isu tersebut. Hal ini akan mengalakkan penulis blog untuk berfikir dengan kritis dan kreatif. Kesannya, kita dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai daya pemikiran yang tinggi. Perkara ini selaras dengan seruan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 untuk melahirkan lebih ramai lagi modal insan yang berminda kelas pertama bagi menwujudkan masyarakat yang progresif. Jelaslah bahawa pertukaran pendapat para “blogger” dapat membentuk masyarakat yang memiliki tahap intelektual yang tinggi.

Selanjutnya, blog dapat mengalakan rakyat Malaysia untuk membaca. Tabiat membaca sangat penting dalam proses permatangan pemikiran masyarakat Malaysia amnya. Individu yang rajin membaca akan memperolehi pelbagai jenis informasi. Jadi mereka dapat menggunakan ilmu yang ada untuk dijadikan panduan hidup. Hal ini kerana penulis blog yang kreatif dapat menarik minat pembaca untuk membaca blog beliau. Kita sudah sedia maklum bahawa masyarakat yang membaca dapat melahirkan golongan intelektual yang ramai kerana membaca adalah nadi ilmu. Sudah terang lagi bersuluh, blog dapat menwujudkan masyarakat yang rajin membaca.

Page 9: Pemanasan Global

Pada pandangan saya, blog juga mempunyai keburukannya juga. Blog dapat memberi maklumat yang bias tentang sesuatu isu. Kita ambil contoh peperangan siber antara Malaysia dan Indonesia. Penulis blog yang tidak beretika akan menghasut rakyat di kedua-dua buah negara ini untuk membenci sesama sendiri. Kesannya, lebih ramai masyarakat yang mempunyai sentimen perkauman yang tinggi diwujudkan. Hal tersebut dapat mengeruhkan lagi ikatan silaturahim masyarakat dua serumpun ini. Situasi ini dapat digambar sebagai pisau yang ada di dapur, jika digunakan dengan niat yang elok maka hidangan yang lazat dapat disajikan. Jika niat penggunanya jahat maka binasalah jawabnya. Sesungguhnya, penulisan yang tidak beretika dapat membentuk masyarakat yang memiliki nilai yang negatif.

Selain itu, blog juga dapat melahirkan masyarakat yang baling batu, sembunyi tangan. Fenomena ini sering berlaku jika penulis blog tersebut memiliki niat yang bruk terhadap orang lain. Mereka akan menggunakan nama samaran untuk menjatuhkan imej seseorang. Mereka akan menyebarkan fitnah bahawa individu tersebut telah melakukan perkara yang terkutuk dan menjijikan. Kes ini sering berlaku untuk menjatuhkan imej artis atau ahli politik yang tertentu. Perkara seperti ini akan menjerat pembaca yang kurang matang dalam menilai sesuatu penulisan. Mereka akan percaya bahawa fitnah tersebut adalah nyata. Tegasnya, sikap baling batu, sembunyi tangan “blogger” yang tidak beretika dapat menjatuhkan imej individu lain.

Selanjutnya, pembaca blog akan membazirkan masa mereka dengan membaca blog picisan. Hal ini akan menyebabkan mereka akan lupa tentang tugasan dan tanggungjawab. Jadi kerja mereka kan berlambak dan ini akan mengganggu produktiviti mereka khusunya pekerja yang membaca blog pada waktu pejabat. Impaknya, sikap yang suka bertangguh akan membantutkan operasi sesebuah organisasi. Kita sudah sedia maklum bahawa masa itu emas. Jadi pembaca blog seharusnya bijak dalam menilai apa yang lebih penting untuk dilakukan pada masa yang tertentu. Terbuktilah bahawa pembaca blog akan membazirkan masa jika membaca pada waktu dan tempat yang tidak sesuai.

Konklusinya, blog merupakan serampang dua mata yang memiliki kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Kita haruslah bijak dalam menilai sesuatu isu yang dibangkitkan dalam blog. Hal ini kerana tidak semua blog mempunyai penulis yang beretika. Hal ini kerana banyak garam, banyak udangnya, banyak orang, pelbagai ragamnya. Perkara ini selari dengan seruan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 tentang gagasan Satu Malaysia yang bercogankan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Saya berharap fenomena blog dapat melahirkan individu yang berfikiran kreatif dan kritis untuk membina Negara bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Page 10: Pemanasan Global

MEMBACA tentang gejala mat rempit yang semakin berleluasa di negara kita bukanlah sesuatu untuk dibanggakan. Adalah 'rahsia terbuka' bahawa majoriti remaja yang terlibat dalam kegiatan ini adalah Melayu dan beragama Islam. Inilah yang mencemaskan kita. Rasulullah SAW bersabda yang antara lain bermaksud, Apabila melihat kemungkaran, hendaklah kamu tegah dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu tegah dengan lidahnya dan jika tidak mampu hendaklah membenci dengan hati dan itulah selemah-lemah iman. (riwayat Muslim) Oleh itu, adalah tanggungjawab umat Islam untuk sama-sama mencari penyelesaian isu ini yang jika dibiarkan ibarat barah yang semakin serius. Golongan mat rempit dilaporkan turut terbabit dalam jenayah seperti pergaduhan, rompak, ragut dan rogol. Malah, bagi yang lebih ekstrem sanggup membunuh. Persoalannya, sampai bila masalah ini akan berlarutan. Undang-undang sudah ada, cuma barangkali ia belum cukup menggerunkan mat-mat rempit. Justeru pendekatan keagamaan boleh diguna pakai sebagai jalan keluar masalah ini.

Tugas utama tentunya terletak kepada ibu bapa. Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Setiap anak yang lahir adalah dalam fitrah. Dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi. (muttafaqun alaih). Para pendakwah perlu turun padang untuk sama-sama menyinsing lengan membantu menangani gejala ini. Ketika ini, nasihat atau kuliah agama di masjid dan surau tidak lagi berkesan. Sebabnya, majoriti mat rempit ini bukan 'melepak' di kawasan tersebut. Sebaliknya, lokasi atau port mereka adalah di kawasan seperti Dataran Merdeka di Kuala Lumpur atau Dataran Espanade di Kuantan, Pahang. Memanglah kematian itu pasti akan berlaku kepada manusia. Tetapi melibatkan diri dalam kegiatan merempit, ibarat menjemput kematian dalam keadaan yang mengerikan.Kalau terus mati akibat kemalangan tidak mengapa. Ini tidak. Ada mangsa yang terus merana akibat kecacatan kekal seperti kudung kaki atau tangan akibat kemalangan jalan raya.

Justeru, para pendakwah termasuk pertubuhan bukan kerajaan harus berganding bahu menyusun strategi agar mampu menembusi kelompok terbabit. Golongan ahli politik tanpa mengira ideologi yang sayangkan bangsa dan agama juga perlu turut serta dalam usaha ini. Bukan hanya pandai 'berkokok' di atas pentas retorik. Pada masa yang sama, usaha seperti menyediakan litar lumba bagi 'menghalalkan' kegiatan remaja ini perlu diusahakan. Mana tahu, ada di kalangan mereka yang mampu mengharumkan nama negara di persada antarabangsa persis pelumba profesional Itali, Valentino Rossi. Masjid-masjid juga perlu 'meraikan' golongan remaja begini. Para imam dan pegawai masjid mesti mempunyai kaedah hikmah dan psikologi. Gunakan 'jarum suntikan' secara halus untuk menarik mereka kembali ke pangkal jalan. Jika perlu adakan siri bimbingan fardu ain khas kepada golongan ini terutama tentang kepentingan solat. Ingatlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara: hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu, waktu lapangmu sebelum waktu sibukmu, mudamu sebelum tuamu dan kekayaanmu sebelum kemiskinanmu". (Riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi).

Page 11: Pemanasan Global

BAHAN BACAAN 2UTUSAN MALAYSIA ARKIB : 06/05/2009Cari punca asas masalah mat rempit

PELBAGAI pihak telah menyuarakan kebimbangan dan kerisauan mereka mengenai isu mat rempit, peragut, perompak dan pelbagai aktiviti jenayah yang melibatkan remaja termasuk yang terjerumus ke dalam kancah perlumbaan haram. Boleh dikatakan saban hari terdapat berita yang melaporkan orang awam menjadi mangsa kepada golongan penjenayah termasuk mat rempit. Terdapat beberapa individu yang telah menulis kepada media menyatakan kemarahan mereka mengenai perkara tersebut, terutamanya mereka yang pernah menjadi mangsa kepada golongan remaja yang ganas tersebut. Sungguhpun pihak polis telah meningkatkan operasi 'berbahaya' terhadap mat rempit - dengan beberapa anggotanya mendapat cedera - tetapi badan penguat kuasa ini dilihat belum lagi dapat menghentikan atau menghapuskan kegiatan tersebut.

Kebanyakan mat rempit adalah daripada kalangan remaja yang berumur di antara 15 ke 19 tahun. Soalan yang timbul ialah apakah yang terjadi terhadap bimbingan ibu bapa kepada remaja tersebut? Kerajaan, terutamanya pihak Kabinet perlu mengambil langkah-langkah berpatutan dan berkesan untuk menangani dan menghentikan kegiatan negatif ini. Pada pandangan saya, kita perlu mencari punca asas kepada masalah mat rempit ini. Adakah kerana mereka berasal daripada keluarga yang bermasalah dan tidak mendapat bimbingan daripada ibu bapa? Atau mereka tidak ada tempat yang sesuai untuk beriadah daripada tekanan atau untuk melampiaskan tenaga mereka? Sekiranya benar, pihak kerajaan perlu menyediakan lebih banyak kemudahan sukan atau rekreasi untuk kegunaan remaja dan anak-anak muda kita.

Kita memerlukan lebih banyak padang bola, gelanggang badminton dan bola keranjang, kemudahan sukan yang termampu oleh golongan remaja. Di bandar dan pekan kita perlu ada lebih banyak kemudahan bersukan dan beriadah. Dalam hal ini Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dan juga semua kerajaan negeri perlu memastikan pihak berkuasa tempatan menyediakan kemudahan bersukan dan rekreasi yang mencukupi di bandar, pekan dan daerah. Tujuannya untuk membantu membangunkan golongan remaja yang sihat tubuh badan dan mentalnya dan supaya mereka tidak menjadi mat rempit atau melakukan aktiviti yang negatif. Kerajaan juga perlu menyemak semula semua peruntukan undang-undang yang relevan untuk memperkuatkan penguatkuasaan undang-undang dan membendung gejala mat rempit dan perlumbaan haram.

Di antara cadangan lain yang patut dipertimbangkan termasuklah mengklasifikasikan mat rempit yang melakukan kesalahan berulang sebagai 'remaja bermasalah' yang kemudiannya dihantar ke sekolah pemulihan akhlak seperti Sekolah Henry Gurney, di mana mereka akan diberikan kaunseling dan latihan

Page 12: Pemanasan Global

kemahiran. Kepada ibu bapa yang gagal melaksanakan tanggungjawab untuk mendidik anak-anak yang masih di bawah jagaan mereka, mungkin terdapat alasan yang munasabah untuk mengenakan bon jaminan kepada ibu bapa tersebut terhadap perilaku anak-anak mereka.

BAHAN BACAAN 3UTUSAN MALAYSIA ARKIB : 15/03/2010Remaja, rempit dan filem

REMPIT menjadi profesion remaja Melayu yang paling diingati apabila diwirakan dalam beberapa filem tempatan. Rempit yang disekutukan dengan remaja malas, buang masa, jahat dan bakal menjadi perompak apabila dewasa menjadi sangat dekat dengan remaja Melayu. Ini disebabkan profesion itu dimonopoli oleh remaja Melayu dan dipopularkan pula oleh penerbit filem yang juga menyasarkan kepada remaja Melayu. Mat rempit hanya watak Melayu yang hebat dalam filem. Keburukan mat rempit telah diselimutkan kebaikan melampau semata-mata untuk dijadikan wira remaja Melayu. Filem-filem begini menyoroti secara dangkal sisi putih Mat Rempit dengan menuangkan pewangi palsu untuk membuang busuknya. Adakah kisah-kisah melarat dan mudarat mat rempit boleh dikelaskan sebagai filem remaja yang kita mahu lahirkan? Adakah filem-filem begini boleh menjadi cermin untuk menelaah sosialisasi remaja masa kini? Sebenarnya kisah-kisah mat rempit bukanlah suatu yang berupaya mengangkat idealisme remaja. Mat rempit tidak ada idealisme tetapi dipaksa untuk menjadi wira.

Filem-filem ini memalsukan idealisme remaja Melayu di luar kepompong sempit pembuat filem. Remaja Melayu tidak perlu menjadi mat rempit untuk hebat. Kepalsuan ini tidak lebih daripada memberikan persepsi bahawa mat rempit pun berjaya dalam hidup. Kisah begini hanya diangkat dan ditampal menjadi gambar-gambar yang bergerak. Kita hanya boleh berbangga apabila realiti kehidupan yang penuh keburukan itu melangsungkan jangka hayat filem tempatan. Kalangan produser atau pengarah kerap memberi alasan bahawa sasaran filem mereka adalah remaja. Kata mereka lagi, remaja yang menghidupkan industri filem di negara ini. Tanpa remaja, filem Melayu telah lama hilang. Tanggapan itu ada benarnya. Tetapi remaja tidak menonton semua filem Melayu, lebih-lebih lagi yang menuntut sedikit keterlibatan minda. Filem remaja tidak boleh dipinggirkan. Disebabkan remaja yang menentukan pasaran filem dan filem yang menjadi teman dalam dunia keremajaan, maka filem yang menjurus dunia remaja menuntut kesungguhan. Malangnya banyak filem yang mengambil mudah tentang remaja. Banyak yang menyuluh kehidupan dan alam remaja daripada sudut pandangan yang nipis.

Filem-filem kita tentang kehidupan mat rempit terputus jauh. Rebel Without A Cause (1955) arahan Nicholas Ray yang menampilkan pelakon remaja, James Dean dan Natalie Wood adalah filem remaja yang pertama dan titik mula di mana filem cuba menyusuri kehidupan dan obsesi remaja yang cukup unik. Keunikan dan obsesi itu hilang apabila filem kita mengangkat mat rempit dengan sudut pandangan yang

Page 13: Pemanasan Global

kosong. Rebel Without A Cause dan James Dean secara mendadak muncul sebagai idola remaja di serata dunia. Gaya dan fesyen James Dean merebak dengan pantas selepas Rebel Without A Cause sekalipun filem itu dianggap sebagai ganas oleh banyak pengkritik. Sebuah lagi filem remaja yang menarik adalah American Graffifi (1973) arahan George Lucas. Lucas pernah berkata bahawa filem itu tidak lebih sebuah nostalgianya melayari keremajaan di Amerika. Tetapi pada masa yang sama, dia membawa filem itu menyusuri impian dan tuntutan remaja di Amerika Syarikat pada dekad 70-an.

BAHAN BACAAN 4UTUSAN MALAYSIA ARKIB : 07/05/2009Ajar peragut, mat rempit dengan hukuman berat

SUNGGUH sedih dan malang menimpa dua buah keluarga masing-masing di Johor dan Kelantan apabila dua wanita yang mengandung maut di tangan peragut. Begitu juga nasib warga emas di Pulau Pinang yang menjadi korban peragut. Masyarakat juga cukup bimbang dengan kecenderungan kumpulan mat rempit yang kini berani bertindak ganas membelasah hingga mati seperti yang menimpa seorang mekanik di Kuantan baru-baru ini. Mungkin itu takdir mereka yang ditentukan oleh Tuhan. Tetapi insiden itu boleh dielakkan jika kita mengambil langkah-langkah pencegahan jenayah lebih awal. Cabaran kepada semua anggota masyarakat sekarang, sampai bila kita harus membiarkan peragut dan penjenayah mat rempit bermaharajalela di atas jalan raya negara ini?

Dalam hal ini, pihak berkuasa yang menjaga keselamatan dan ketenteraman rakyat perlu bertindak segera. Jadi, tindakan segera yang perlu diambil oleh Kementerian Dalam Negeri bukan setakat mengkaji dan mencari punca penularan gejala lumba haram motosikal atau rempit tetapi juga kegiatan jenayah ragut yang semakin menjadi-jadi di negara ini. Untuk itu juga kerajaan kena mengambil pendekatan di luar daripada kebiasaan. Kita tidak mahu lagi mendengar apabila berlakunya kes-kes baru yang didedahkan oleh media massa, maka kita dibentangkan dengan pelbagai kaedah penyelesaian untuk menangani isu berkenaan. Sebenarnya isu ragut hingga membawa maut dan gejala mat rempit sudah lama diperkatakan. Ia bagaikan sekejap panas, sekejap sejuk. Sehingga kini, kita masih belum berjaya menangani kedua-dua masalah ini.

Ke mana semua cadangan tentang penyediaan pendidikan agama, pusat-pusat didikan dan kaunseling dan pelaksanaan undang-undang yang lebih ketat yang heboh dibincangkan suatu masa dulu apabila masalah ini timbul. Adakah kita mudah melupakan masalah ragut dan mat rempit apabila ia mula kelihatan tidak lagi mengancam hidup kita? Kerajaan, badan bukan kerajaan, parti politik dan orang awam perlu memberikan idea untuk menyelesaikan isu ini. Carilah kaedah agar kegiatan rempit dan ragut dapat dikurangkan dan akhirnya dibanteras secara menyeluruh. Untuk menangani masalah ini dalam jangka pendek, tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan perlu diteruskan dalam mengatasi masalah rempit dan jenayah ragut di negara kita.

Page 14: Pemanasan Global

Operasi besar-besaran yang diadakan serentak di Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, Johor dan Selangor berjaya memberkas ratusan pesalah trafik yang kebanyakannya adalah remaja bawah umur. Operasi-operasi seperti ini perlu diadakan secara berterusan bagi memberi peringatan kepada golongan berkenaan. Untuk pelan jangka panjang, kerajaan perlu memikirkan undang-undang lebih ketat sebagai langkah-langkah untuk membendung punca yang membawa kepada masalah ragut dan lumba haram. Jika kita percaya pada undang-undang ketat dan berat daripada pendekatan biasa dapat mendidik dan menangani masalah ragut dan lumba haram, maka lakukan. Kita menggesa kerajaan bertegas dan pastikan undang-undang yang ingin digubal atau dipinda meletakkan nilai denda atau hukumannya amat menggerunkan penjenayah atau pesalah.

BAHAN BACAAN 5UTUSAN MALAYSIA ARKIB : 30/04/2009Menangani fenomena mat rempit

SEKURANG-KURANGNYA ada dua teori tentang asal usul istilah 'mat rempit'. Pertama, menurut Kamus Dewan (Edisi Empat), perkataan 'rempit' terdapat dalam dialek Perak yang bermaksud memukul dengan rotan atau menyesah. Kedua, mantan Pengarah Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Noresah Baharum pernah memberitahu dalam satu penyelidikan yang dilakukannya bahawa 'rempit' berasal daripada gabungan dua perkataan Inggeris, ramp dan it. Ramp merujuk kepada perasaan marah dan mengancam seperti seekor singa yang berdiri di atas kaki belakang manakala dua kaki hadapan diacu-acukannya ke udara dengan garang. Mungkin kerana yang terlibat dalam fenomena ini sebahagian besarnya orang Melayu, perkataan 'rempit' didahului dengan singkatan nama 'Mat'.

Maka terciptalah gelaran 'mat rempit' yang hampir secara automatik dikaitkan dengan golongan remaja Melayu. Kita tidak pernah mendengar orang menyebut 'Ahcong Rempit' dan tidak juga 'Samy Rempit'. Satu lagi penyakit sosial telah bertambah di kalangan masyarakat Melayu. Masalah Mat Rempit mungkin hanya satu sympton (gejala) atau petanda daripada penyakit sosial yang lebih besar di kalangan masyarakat Melayu. Kerana itu yang lebih penting dilakukan barangkali ialah kajian sosiologi mengenai fenomena itu. Sedangkan kajian etimologi atau kajian asal usul kata 'rempit' itu bolehlah dianggap sebagai nota kaki sahaja. Sememangnya masyarakat tidak begitu peduli asal usul perkataan 'rempit.' Yang jelas sekarang istilah 'mat rempit' membawa konotasi yang negatif, menimbulkan rasa geram dan marah. Isu ini kini telah menjadi satu punca kerunsingan dan keprihatinan.

Di peringkat awalnya mat rempit hanya dianggap sebagai pengacau lalu lintas kerana keserakahan mereka berlumba motosikal di jalan-jalan raya. Sekarang kehadirannya dianggap sudah semakin durjana, sudah semakin tinggi kadar jenayahnya. Mereka bukan sekadar mengganggu lalu lintas di jalan-jalan raya yang sibuk, tetapi sudah mulai merampas, meragut dan merogol. Salah satu cerita terakhir yang semakin menyalakan kemarahan dan rasa benci terhadap mat rempit ialah

Page 15: Pemanasan Global

peristiwa penganiayaan dan kezaliman yang terjadi ke atas seorang perempuan muda yang pekak dan bisu. Sebuah akhbar mingguan berbahasa Inggeris (26 April 2009) melaporkan perihal segerombolan mat rempit mengerumuni seorang perempuan muda berumur 23 tahun di sebuah stesen minyak. Perempuan muda itu ditendang dan dilempang lalu beg tangannya diragut dan dilarikan. Orang sekeliling hanya memandang tanpa memberi sebarang pertolongan. Mungkin takut, mungkin tak berdaya.

Bila ibu bapa perempuan muda itu membuat pengaduan di balai polis, secara kebetulan satu pengaduan yang lain mengenai jenayah sekumpulan mat rempit di tempat lain juga dibuat oleh dua orang yang lain. Keesokan harinya (27 April 2009) akhbar yang sama menyiarkan pula satu berita tentang kemarahan meluap-luap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terhadap jenayah mat rempit yang semakin menjadi-jadi itu. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berpendapat selama ini pihak berkuasa mengambil pendekatan yang agak lembut terhadap mat rempit. Mungkin kerana berita penganiayaan terhadap OKU (orang kurang upaya) yang dilakukan mat rempit itu, Shahrizat nampaknya sudah kehilangan sabar dan mahu polis mengambil tindakan yang lebih tegas dan keras. Tetapi betulkah selama ini polis kurang tegas dan kurang keras? Atau adakah polis kurang kuasa dan kurang sumber? Kurang kuasa dalam erti terdapatnya keterbatasan undang-undang yang membolehkan polis bertindak lebih tegas dan keras. Dan kurang sumber dalam erti bahawa memang pihak polis tidak mempunyai tenaga dan kemudahan yang cukup untuk menghadapi masalah tersebut.

Satu soalan lain yang relevan ialah: Sudahkah dipastikan kekurangan-kekurangan lain yang dihadapi pihak polis, seperti kekurangan kerjasama yang diberikan oleh jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan. Bagaimana pula dengan isu kurang penyelarasan? Kita menanyakan soalan-soalan tersebut kerana pada hari Ahad (26 April), Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan diberitakan berkata seolah-olah selama ini tidak wujud kerjasama yang berkesan antara pihak polis dan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam usaha mengatasi masalah mat rempit. Shahrizat juga menyebut tentang kajian (atau barangkali hanya satu survey atau soal selidik) yang mendapati bahawa remaja-remaja yang terlibat dalam kegiatan mat rempit adalah kerana kebosanan. Lalu beliau marah-marah kepada ibu bapa yang dikatakannya lepas tangan mendidik anak-anak mereka hingga terlibat dalam kegiatan mat rempit. Kita dapat memahami keprihatinan dan kemarahan Shahrizat itu. Tetapi yang lebih penting difahami oleh setiap pihak ialah fenomena mat rempit itu bukanlah satu isu yang terpencil untuk dipertanggungjawabkan kepada satu atau dua pihak tertentu sahaja.

Fenomena mat rempit sudah merupakan satu penyakit sosial yang telah mulai menular dan merebak kepada berbagai-bagai sektor kehidupan. Oleh kerana itu isu ini perlulah ditangani secara bersepadu yang melibatkan ahli-ahli akademik (terutama ahli-ahli saikologi dan sosiologi) pakar undang-undang dan kriminologi serta penguat kuasa keamanan peraturan lalu lintas. Semoga kita tidak memerlukan Pusat Serenti mat rempit untuk menambah pusat Serenti Penagih Dadah yang

Page 16: Pemanasan Global

semakin bertambah-tambah itu. Barang dijauhkan Allah.

Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah ialah Felo Penyelidik Kanan (Pelawat), Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya

BAHAN BACAAN 6UTUSAN MALAYSIA ARKIB : 28/08/2006Mat rempit tidak cemerlangOleh: KU SEMAN KU HUSSAIN

Golongan yang digelar ‘mat rempit’ menjadi satu beban sosial yang baru selepas dadah. Ini semua penyakit orang muda yang mahu mencuba sesuatu yang baru dalam hidup. Kepada mereka hidup adalah cabaran dan keseronokan. Tapi kita yang berada di luar lingkaran golongan ini tentu sukar untuk mengeluarkan mereka dari dunia ‘‘kerempitan’’ itu. Kerana itu walau apa label sekalipun diberikan kepada filem Remp-It arahan Ahmad Idham, kita wajar melihat ini sebagai usaha mendekati dan mengeluarkan anak-anak muda rempit ini. Ahmad Idham tentu melihat inilah sumbangan yang mampu diberikan untuk membetulkan sosial anak muda yang tergelincir. Barangkali bagi produser, filem ini ada nilai pasaran kerana mendekati dunia pelanggan filem tempatan.

Mat rempit memang tidak ada apa yang boleh diceritakan, apa lagi untuk dilihat idealismenya. Tetapi setidak-tidak ada usaha mendekati golongan ini secara psikologikal. Biar mereka melihat kejelekan sendiri di layar lebar. Ahmad Idham melakukan kerja sosial yang baik. Dia tentu faham bukan mudah untuk mengeluarkan mat rempit dari dunia mereka yang sangat terasing itu. Maknanya di sini memahami kesukaran untuk mendekati dan menyelamatkan golongan ini adalah mustahak. Tanpa memahami kita pasti akan membuat kerja pada kulit, bukan isinya. Kita semua tentu tertanya-tanya rasional menukar gelaran mat rempit kepada mat cemerlang. Ini kerana masalah mat rempit kepada kita bukan kerana namanya mat rempit. Masalahnya kerana sikap dan pemikiran mereka. Maknanya bukan kulitnya, tapi isinya. Usaha menukarkan mereka menjadi mat cemerlang jauh lebih mudah daripada bagaimana filem Remp-It cuba menyelamatkan mat rempit.

Kenapa tidak mendekati saja mat rempit tanpa menukarkan gelaran mereka? Usaha mendekati ini yang sukar dilakukan kecuali kalau kita ada kaedah yang menekankan psikologi. Kita kena ingat kalau mereka ini cemerlang, mereka tidak akan hidup di atas motosikal dan bawah remang-remang kota raya. Sebab mereka tidak cemerlanglah mereka menjadi seperti yang telah terjadi. Bayangkan adakah kalau ada golongan ini yang cedera dalam kemalangan, surat khabar akan melaporkan ‘‘Seorang mat cemerlang cedera parah selepas terbabas dalam lumba haram malam tadi.’’ Tentu kelakar bunyinya. Moral ceritanya, biarlah mereka terus dikenali dengan mat rempit. Nama itu tidak pernah menghalang kita menyelamatkan mereka. Itu pun kalau kita jujur mahu menyelamatkan mereka.

BAHAN BACAAN 7

Page 17: Pemanasan Global

UTUSAN MALAYSAI ARKIB : 07/05/2009Banteras mat rempitOleh NORILA DAUD

UNTUK kesekian kalinya, isu mat rempit kembali menjadi perhatian banyak pihak. Meskipun hangat diperdebatkan saban tahun, gelagat mat rempit yang merajai jalan raya dengan aksi berbahaya terus menghantui orang ramai. Timbul kebimbangan apakah negara sudah berdepan dengan jalan mati dalam mengatasi gejala mat rempit ini? Adakah ia sudah menjadi satu wabak penyakit yang sukar dihapuskan sebagaimana sukarnya untuk pihak berkuasa menangani gejala penagihan dadah? Andaian itu tidak boleh dipandang mudah kerana selepas pelbagai usaha dilakukan, gejala mat rempit tidak pernah menunjukkan tanda-tanda akan berakhir. Sebaliknya, ia semakin menjadi-jadi dan berleluasa sehingga terjebak dengan jenayah yang lebih berat terutamanya kes ragut, rogol, samun berkumpulan malah sehingga pembunuhan.

Justeru, ia menjadi ancaman yang serius kepada keselamatan awam sekali gus memerlukan pendekatan yang kolektif dan berkesan untuk menanganinya. Kerana itu juga, rakyat sangat berharap perhatian khusus yang diberikan kerajaan menerusi Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jelain Mersat mampu membuahkan kejayaan. Jelain antara lain dipertanggungjawabkan mencari punca dan mencadangkan kaedah terbaik untuk mengatasi gejala mat rempit tersebut. Malah, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sendiri menyokong supaya Akta Pengangkutan Jalan dipinda bagi memberikan kuasa kepada Jabatan Pengangkutan Jalan menahan mat rempit. Adalah wajar untuk pindaan itu dibuat dengan segera bagi membolehkan hukuman yang lebih tegas dikenakan. Sementelah, golongan itu juga berani memperlekehkan undang-undang dan mencabar pihak berkuasa termasuk cubaan merempuh sekatan jalan raya.

Dalam masa yang sama, pihak berkuasa perlu melipatgandakan usaha dan menambah kekuatan anggota dalam membanteras gejala ini. Operasi besar-besaran seperti sekatan jalan raya seharusnya dilakukan secara konsisten dan bukannya satu langkah pencegahan yang bermusim. Kesungguhan pihak berkuasa itu sekurang-kurangnya menimbulkan rasa gerun di kalangan mat rempit untuk menguasai jalan raya atau berhimpun dalam satu kumpulan yang besar. Lebih jauh seperti yang dicadangkan oleh Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Shamsul Anuar Nasarah, gejala itu ditangani menerusi sebuah jawatankuasa khas yang dibentuk oleh kerajaan. Jawatankuasa itu tambah beliau, dianggotai oleh wakil Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO). "Gejala mat rempit boleh diatasi jika semua pihak bekerjasama untuk merancang program bercorak pendidikan dan melaksanakannya dengan sistematik, tersusun dan bersepadu," tegasnya.

Bagaimanapun, dalam menyambut baik langkah penguatkuasaan dari sudut undang-undang itu, kerajaan juga diharapkan tidak mengabaikan pendekatan berbentuk

Page 18: Pemanasan Global

kemanusiaan. Sering dikaitkan, golongan mat rempit merupakan mereka yang mengalami masalah jiwa dan mental yang tidak sihat sepenuhnya. Pandangan ini dikongsi oleh Pakar Psikologi Klinikal, Choo Leong Hoey Mei yang berpendapat, individu merempit tidak bahagia dengan kehidupan dalam keluarga, tidak berduit dan pernah dibuli. Justeru, aktiviti merempit dijadikan jalan keluar untuk mereka melarikan diri daripada kekecewaan dan kebosanan hidup. Ia juga tambahnya, dijadikan sandaran sementara mereka mendapat sesuatu yang boleh memberi kebahagiaan dan kepuasan dalam hidup mereka. Apa yang lebih membimbangkan, mat rempit juga mempunyai hubungan yang sangat akrab dalam kelompok mereka. Dalam satu kumpulan yang besar, mat rempit boleh melakukan apa sahaja tanpa perlu berasa bimbang dengan keselamatan diri kerana sedar mereka sentiasa dilindungi oleh rakan yang lain.

''Kerana itu juga mereka mudah terdorong untuk berkelakuan samseng apabila berada dalam satu kumpulan," ujar beliau. Selain kecelaruan dalam pembawaan diri, gejala merempit juga banyak didorong oleh sikap ibu bapa yang terlalu memberi kebebasan kepada anak-anak. Ibu bapa seolah-olah lepas tangan dalam soal mengawal dan mendidik anak-anak apabila membiarkan mereka berpeleseran sehingga awal pagi. Seperti yang dijelaskan oleh pakar perunding psikologi, Khairol Anuar Masuan, kerana sikap memberi muka itu juga, anak-anak menjadi semakin berani dalam tingkah laku dan pergaulan mereka. Beliau menambah, anak-anak berkenaan akan merasakan diri mereka 'hebat' dan angkuh, sekali gus tidak boleh ditegur oleh ibu bapa walaupun menjadi mat rempit. ''Jika dahulu ibu bapa menghalang anak- anak yang memberontak jiwa mereka untuk menghormati orang tua dan ibu bapa serta bekerja di ladang-ladang, perkara seperti itu tidak lagi wujud hari ini apabila anak-anak dibiarkan lepas bebas," katanya.

Kerana itu juga, ada dicadangkan supaya ibu bapa mat rempit turut dikenakan denda di bawah peruntukan undang-undang tertentu. Antaranya kerana membenarkan anak- anak mereka memiliki dan menaiki motosikal tanpa mempunyai lesen. Walaupun cadangan itu mendapat bantahan banyak pihak, namun ia dilihat sangat praktikal sekiranya semua pihak benar-benar mahu menghapuskan gejala mat rempit. Begitu juga dengan cadangan supaya had umur untuk mendapatkan lesen motosikal dilanjutkan daripada 16 tahun seperti ketika ini kepada 21 tahun. Memandangkan majoriti mat rempit terdiri daripada remaja belasan tahun, pelaksanaannya dilihat mampu mengekang gejala mat rempit dari satu sudut yang berbeza.

BAHAN BACAAN 1Mencari identiti budayaOleh MOHD. ARIF ATANUTUSAN MALAYSIA19 JULAI 2007

Page 19: Pemanasan Global

BUKANKAH pelancong antarabangsa lebih cenderung memilih destinasi yang menawarkan kelainan dan keunikan tersendiri kebudayaan masyarakatnya? Adakah promosi pelancongan kita benar-benar menjadikan ciri-ciri kebudayaan dan perayaan kaum Melayu sebagai tumpuan utama dalam promosi pelancongannya di luar negara? Kempen Tourism Malaysia dengan tema Malaysia Truly Asia seperti sengaja mahu menenggelamkan wajah dan citra kebudayaan kaum Melayu dalam promosi Tahun Melawat Malaysia 2007 (TMM’07). Ini kerana risalah promosi TMM’07 yang diletakkan di tempat duduk pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) gagal menonjolkan kebudayaan Melayu sebagai identiti teras dan tarikan utama pelancong ke negara ini. Paparan melampau budaya dan perayaan kaum-kaum lain kerana mahu menepati konsep Malaysia sebagai wajah Asia sebenar seperti menjadikan Malaysia umpama negara ‘rojak’ tanpa identiti tersendiri di mata pelancong antarabangsa.

Menarik pelancong dari China tidak boleh dijadikan alasan bagi mewajarkan penonjolan kebudayaan yang bukan bersifat kebangsaan untuk tatapan pelancong.Sepanjang Januari sehingga Mac tahun ini, pelancong dari China hanyalah menduduki tempat kelima dengan 56,903 orang. Sebaliknya, pelancong dari wilayah serumpun seperti Indonesia dan Brunei jauh lebih ramai mengunjungi Malaysia. Pelancong dari Brunei misalnya yang memiliki kuasa berbelanja lebih tinggi mencecah sehingga 78,625 orang untuk tempoh tiga bulan pertama tahun ini sahaja. Kedatangan pelancong dari China tersebut juga tidak boleh dianggap benar-benar menyumbang kepada pendapatan negara melalui sektor pelancongan. Tidak perlu dinafikan sebahagian daripada mereka terbukti terbabit dalam sindiket jenayah, kongsi gelap, dan paling ketara ialah pelacuran. Penonjolan kebudayaan etnik lain mengatasi ciri kebudayaan nasional berteraskan Melayu hanya menjadikan pelancong luar keliru dengan keadaan komposisi kaum dan persekitaran budaya sebenar Malaysia.

Mereka yang cenderung mahu mencari destinasi yang menawarkan kelainan dan keunikan yang tiada di tempat lain tentu kecewa melihatkan promosi TMM’07 yang keterlaluan menonjolkan kebudayaan dan perayaan kaum bukan Melayu. Malah, lebih baik jika mereka terus melancong ke China dan India untuk melihat kebudayaan etnik-etnik tersebut. Tidak mustahil juga ada yang mungkin menganggap Malaysia hanyalah negara transit warga China dan India bekerja dan bercuti di Malaysia sahaja. Impak promosi pelancongan negara terhadap pembentukan satu bangsa Malaysia juga perlu difikirkan selain kesan terhadap persepsi dan sambutan pelancong luar. Pluralisme kebudayaan iaitu pengekalan ciri-ciri kebudayaan oleh kumpulan etnik masing-masing akan semakin kuat lantaran terlalu menekankan ciri kebudayaan bukan bersifat pribumi. Adakah ini perkembangan yang baik dalam usaha mahu mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bertolak ansur menerima kebudayaan Melayu sebagai teras kebudayaan nasional?Tidak keterlaluan dikatakan, interaksi kaum dan jurang perpaduan yang semakin melebar kini berpunca daripada kesilapan kita terlalu menonjolkan kepelbagaian

Page 20: Pemanasan Global

budaya yang hanya menguatkan perpaduan dan kebudayaan etnik sahaja. Oleh itu, sewajarnya ciri-ciri kebudayaan tempatan yang berteraskan Melayu dijadikan elemen utama menarik kedatangan pelancong terutama dari Barat seperti Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Kanada, dan Itali. Masyarakat Barat sememangnya dahagakan ciri kebudayaan dan keistimewaan masyarakat pribumi sesebuah negara. Namun, akibat kegagalan fokus kita menonjolkan ciri kebudayaan bumiputera, jumlah pelancong dari wilayah-wilayah tersebut masih tidak menunjukkan peningkatan yang benar-benar menggalakkan. Selain itu, ciri-ciri kebudayaan Melayu yang banyak dicorakkan pengaruh Islam juga selari dengan jiwa pelancong dari Asia Barat yang menyaksikan ketibaan kira-kira 13,545 pelancong dari wilayah tersebut sepanjang Januari hingga Mac tahun ini.

Kempen menarik pelancong luar mestilah mengambil kira faktor kebudayaan dan persekitaran sosial sebenar. Tentulah kelihatan janggal dan tidak adil untuk membiarkan promosi pelancongan mengabaikan perayaan yang disambut orang Melayu. Sepatutnya, Tourism Malaysia serta Kementerian Pelancongan meletakkan kebudayaan dan identiti Melayu sebagai teras utama aset pelancongan negara. Ini kerana penonjolan keterlaluan ciri kebudayaan kaum lain hanya akan menjadikan Malaysia tidak jauh berbeza dengan Singapura. Perlu ditegaskan, kebudayaan kaum lain di Malaysia hanyalah sebagai nilai tambah yang tidak wajar diperbesar sehingga mengatasi kebudayaan kaum Melayu yang merupakan kaum majoriti negara ini. Tarian joget misalnya yang telah lama diiktiraf sebagai tarian kebangsaan negara ini perlu diketengahkan. Tarian kaum lain misalnya tidak perlu dicampur aduk dalam sesuatu persembahan kesenian bagi tatapan pelancong luar.

Peruntukan sebanyak RM240 juta untuk TMM’07 bagi tujuan promosi pelancongan Malaysia di seluruh dunia tidak adil untuk mengabaikan kebudayaan Melayu ke pentas dunia. Oleh itu, Ketua Pengarah Tourim Malaysia, Datuk Mirza Mohamad Taiyab seharusnya lebih peka terhadap perkara ini. Matlamat TMM’07 untuk memperoleh pendapatan kira-kira RM44.5 bilion dengan anggaran kedatangan 20.1 juta pelancong adalah bergantung kepada sejauh mana kita benar-benar ikhlas mengetengahkan citra dan kebudayaan nasional sebagai aset pelancongan unik negara. Pelancong juga tidak harus sekadar dibawa melawat KLCC, Jalan Petaling, restoran mewah dan kompleks beli-belah sahaja. Promosi pelancongan mesti menyeluruh agar manfaatnya dapat dirasai oleh segenap lapisan rakyat seluruh pelosok negara. Kunjungan pelancong ke Malaysia tentunya lebih bermakna andainya mereka juga didedahkan dengan persekitaran budaya masyarakat tempatan.

Program menginap di desa atau dikenal sebagai homestay pasti menyimpan kenangan di hati pengunjung luar selain daripada membantu ekonomi masyarakat desa. Keindahan alam semula jadi merangkumi pantai, pulau, dan bukit peranginan pasti menggamit memori pelancong untuk bertamu lagi di Malaysia. Dalam masa yang sama, peranan bahasa Melayu yang kini dipanggil bahasa Malaysia sebagai salah satu simbol kemegahan rakyat Malaysia tidak wajar diabaikan dalam keghairahan menarik pelancong luar.

Page 21: Pemanasan Global

BAHAN BACAAN 2Pelancongan pendidikan perlu unik, menarikOleh WAN MAJID WAN MANSORUTUSAN MALAYSIA11 DISEMBER 2007

ASPEK pendidikan dan ilmu pengetahuan sesungguhnya diberi penekanan dalam pembangunan negara termasuk di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Di samping ketiga-tiga negeri Pantai Timur mempunyai Universiti Malaysianya sendiri, kerajaan negeri perlu mengambil satu langkah ke hadapan dan mencanangkan visi masing-masing untuk mengangkat bidang pendidikan tinggi ke tahap yang lebih tinggi dan bertaraf dunia. Ini kerana tidak cukup sekadar usaha mendirikan universiti dengan kemudahan moden atau membawa institusi menara gading ke kawasan yang kurang institusi pendidikan. Kerajaan negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan juga perlu menyediakan pelan induk menjadikannya sebagai pusat pelancongan pendidikan. Selain itu, pusat berkenaan pula perlu memiliki daya tarikan kuat dan keunikan yang membezakannya dengan pusat pendidikan yang sedia ada di negara ini. Terengganu kini sedang kiat membina Taman Ilmu di Besut untuk memenuhi keperluan pelajar tempatan dan luar negara.

Taman Ilmu yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika pelancaran projek pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) pada 29 Oktober lalu adalah inisiatif kerajaan negeri untuk menyediakan pusat ilmu antarabangsa berkonsepkan kota pendidikan dan pelancongan pendidikan. Konsep pembangunan Taman Ilmu di kawasan seluas 700 hektar di Besut itu bakal melonjakkan negeri ini sebagai salah sebuah pusat kecemerlangan ilmu bertaraf antarabangsa. Tumpuan dalam bidang ini kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Idris Jusoh adalah selaras dengan slogan Terengganu sebagai Bumi Warisan, Ilmu dan Inovasi. Apabila siap kelak, Taman Ilmu Terengganu mampu menempatkan 100,000 penghuni daripada kalangan pelajar, tenaga pengajar, kakitangan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pekerja sektor awam dan komersial. Tapak projek Taman Ilmu yang dianugerahkan oleh kerajaan negeri berdekatan kawasan pantai akan menukar kawasan itu menjadi bandar universiti bersepadu sepenuhnya. Kawasan ini akan dikelilingi pusat perangingan ala kampung, hotel bertaraf lima bintang, taman rekreasi pantai dan bandar pinggir laut.

Suasana ini sesuai untuk manfaat proses pengajaran dan pembelajaran dengan dilengkapi pemandangan dan tumpuan pelancongan. Sebab itu, pada sesetengah pihak berpendapat ia seperti konsep universiti terkemuka dan terbaik di dunia, Cambridge dan Oxford di Britain. Dengan kehadiran para pensyarah dan pemikir terhebat di universiti berkenaan, di samping mempunyai muzium, galeri, seni bina, taman herba dan botanik serta kawasan sekitar universiti yang cantik, Cambridge dan Oxford berjaya menarik ramai pelajar dan pelancong untuk ke sana setiap tahun. Banyak faedah jika Taman Ilmu Terengganu mampu dijadikan sebagai pusat

Page 22: Pemanasan Global

pelancongan pendidikan. Antaranya termasuk memberikan dua sumber pendapatan kepada kerajaan daripada sektor pendidikan dan pelancongan. Kawasan persekitaran pendidikan yang kondusif juga akan menarik minat lebih ramai pelajar untuk belajar di sana.

Besut akan menjadi pusat tumpuan bot dan kapal layar dengan pelbagai destinasi pulau dan pantai. Para pelayar boleh melawat beberapa pulau berhampiran dan pantai yang menarik. Pun begitu, perancangan meningkatkan taraf infrastruktur termasuk kemudahan terminal feri perlu dipercepatkan bagi melonjakkan Besut menjadi pusat pelancongan marina, sukan air dan menyusuri sungai. Di samping menjadi pintu masuk pelancong ke Pulau Perhentian, Besut juga menawarkan pelbagai percutian berasaskan alam semula jadi untuk seisi keluarga. Pantai dan aktiviti menyelam dan penerokaan gua, meluncur angin Laut China Selatan, mandi-manda di kolam air panas dan air terjun cukup sesuai untuk pelancong tempatan dan asing ke sana. Namun, aspek yang tidak patut dipinggirkan ialah mempromosikan budaya dan warisan tempatan setiap tahun kepada pelajar baru dan ahli keluarga mereka. Dengan cara itu usaha ini dapat membina rasa cinta para pelajar kepada warisan budaya dan seni bina tempatan.

Berdasarkan pengalaman universiti yang terkemuka, biasanya bekas-bekas pelajar akan kembali menziarahi pusat tempat mereka menimba ilmu. Dengan itu, kerajaan akan dapat kembali pelaburan dalam pelancongan pendidikan berpanjangan apabila setiap tahun ada bekas pelajar yang datang kembali ke Taman Ilmu untuk mengimbau kenangan lalu mereka di sini. Banyak negara termasuk anggota ASEAN sudah menerapkan konsep pelancongan pendidikan dalam pelan pembangunan mereka. Singapura boleh dianggap negara yang berjaya memanfaatkan konsep ini. Indonesia pula mempromosikan Universiti Perubatan Udayana di Bali dan menstrukturkan semula bandar Yogyakarta menjadi pusat pelancongan pendidikan. Begitu juga Hawaii misalnya yang mempotret wilayah itu sebagai pusat tumpuan warga China mengikuti latihan bidang perniagaan. Pantai Dendong di Hawaii dikenal pasti untuk dimajukan sebagai pusat pelancongan pendidikan tersebut.

Kerajaan menyasarkan 100,000 pelajar asing mendapatkan pendidikan di institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini menjelang 2010 berbanding dengan 50,000 pelajar sekarang. Jika Malaysia terus menyediakan pendidikan tinggi yang berkualiti dan lokasi kampus yang cantik dan menarik, negara kita berpotensi menjadi negara pilihan pelajar asing. Pemikiran untuk mengubah Besut menjadi Taman Ilmu dengan konsep pelancongan pendidikan merupakan cadangan yang boleh direalisasikan semua pihak. Malaysia memerlukan bukan satu tetapi lebih banyak lagi konsep taman ilmu.

BAHAN BACAAN 3UTUSAN MALAYSIAARKIB : 19/06/2008Menyuburkan industri pelancongan perubatan Malaysia

Page 23: Pemanasan Global

TERDAPAT sesuatu yang cukup istimewa dalam laporan khas yang ditonton oleh penulis melalui sebuah stesen televisyen di kota Melbourne baru-baru ini. Dalam rancangan Today Tonight yang mendapat rating penonton yang cukup tinggi telah memaparkan tentang pengalaman manis beberapa warga Australia yang melalui apa yang dikatakan sebagai 'Pelancongan Perubatan' (Medical Tourism) di Malaysia. Malaysia digambarkan sebagai destinasi pilihan selain beberapa negara lain di Asia untuk 'berubat sambil melancong.' Memetik kata-kata seorang responden dalam laporan berita ini iaitu Lynda Clifford, warga Australia berusia 48 tahun, pe- ngalamannya di Kuala Lumpur baru- baru ini digambarkan sebagai 'sambil menyelam minum air' kerana dia melalui sesi-sesi rawatan 'fizikal, emosi dan spiritual.' Lynda telah berjaya melalui pembedahan wajahnya yang diseliakan oleh Dr. Nasir Zahari seorang doktor Melayu tempatan, di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Dia diberikan juga rawatan bersifat kaunseling bagi memberikan keyakinan kepada dirinya sebelum dan selepas sesi pembedahan.

Dalam masa yang sama, Lynda turut berkesempatan melancong di lokasi-lokasi menarik di sekitar tanah air kita selepas menjalani pembedahannya itu. Begitu juga dengan pengalaman Rosie Bates, 34 tahun, yang melalui pembedahan perut dan liposuction di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara. Rosie mengakui bahawa dia mendapat layanan 'lima bintang' sepanjang berada di Malaysia dan bersyukur kerana di samping ke- jayaan pembedahannya, dia dan suami da- pat menghabiskan masa melancong pada kos yang dianggap sangat berpatutan. Kisah Lynda dan Rosie ini adalah sebahagian daripada ribuan rakyat Australia bahkan kebanyakan negara maju yang lain, yang mengiktiraf akan kemampuan dan kepakaran pengamal perubatan dan teknologi perubatan di Malaysia yang setanding dengan apa yang ada di negara mereka sendiri.

Tambahan lagi bahawa kos yang perlu dikeluarkan untuk 'menyelamatkan nyawa dan maruah' atau 'mencantikkan tubuh badan' adalah begitu murah jika dibandingkan dengan rawatan di negara mereka sendiri. Apatah lagi jika kos yang di- kenakan adalah turut merangkumi pakej percutian yang cukup hebat kerana Malaysia memang terkenal memiliki sebegitu banyak tempat-tempat menarik. Melalui laman web www.malaysiahealthcare.com, dinyatakan bahawa terdapat beberapa pusat perubatan dan hospital swasta dan kerajaan yang menyediakan pakej-pakej tertentu dalam 'percutian perubatan.' Beberapa jenis rawatan perubatan yang popular kepada kalangan 'pelancong perubatan' juga disenaraikan termasuklah rawatan kardiologi, ortopediks, pergigian, pembedahan kosmetik sehinggalah kepada prosedur pembedahan minor. Menurut Dr. Norman seorang pakar perubatan tempatan Australia dalam temu bual berita Today Tonight ini, kos keseluruhan untuk menikmati satu-satu pakej pelancongan perubatan ini secara puratanya adalah satu pertiga daripada kos yang terpaksa ditanggung di Australia.

Dalam kes Lynda, dia hanya mengeluarkan belanja AUD11,600 (kira-kira RM35,000) untuk pembedahan sekali gus percutian di Malaysia berbanding AUD20,000 (RM60,000) hanya untuk kos pembedahan. Ini jelas menunjukkan Malaysia

Page 24: Pemanasan Global

sememangnya telah berjaya memahatkan namanya sebagai salah satu hub pelancongan perubatan yang bertaraf dunia. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) terdapat peningkatan positif dalam jumlah pelancong asing yang mendapatkan rawatan kesihatan di Malaysia iaitu seramai 296,687 orang pada tahun 2006 berbanding 75,210 sahaja pa- da tahun 2001. Ini merupakan satu perkembangan positif dalam industri pelancongan perubatan ini yang mana ia dikatakan telah berjaya menjana pulangan kewangan sebanyak RM203.66 juta sehingga tahun 2006 yang lalu. Apabila cerita tentang kualiti perubatan di Malaysia diuar-uarkan dalam media massa antarabangsa misalnya seperti di Melbourne, ia jelas menunjukkan bahawa masyarakat dunia telah membuka 'mata hati' untuk tidak terlalu berideologikan tanggapan bahawa hanya negara maju yang pakar dalam dunia perubatan.

Kita tentunya tidak mahu mendengar komen-komen negatif daripada pihak luar yang mengatakan bahawa sektor pelancongan perubatan di Malaysia adalah merugikan bahkan mengancam nyawa pelancong yang mengikuti satu-satu proses rawatan di sini. Sebagai mana yang ditegaskan dalam laporan Today Tonight, 59 peratus pelancong perubatan warga Australia terpaksa mendapatkan rawatan semula di negara sendiri kerana kegagalan pembedahan yang dilakukan di negara luar. Untuk itu pihak-pihak yang terlibat harus membuktikan bahawa negara kita benar-benar berupaya memberikan rawatan yang bertaraf antarabangsa kepada para pelancong.

BAHAN BACAAN 4UTUSAN MALAYSIAARKIB : 14/01/2010Hapuskan sahaja VOAOleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL

KEMENTERIAN Pelancongan barangkali boleh berbangga kerana berjaya melepasi sasaran kedatangan pelancong seperti yang diunjurkan tahun lalu. Jumlah pelancong seramai 23.65 juta orang yang dicatatkan tahun lalu jauh melepasi sasaran seramai 19 juta orang seperti yang disasarkan. Kejayaan itu meletakkan Malaysia di tangga kedua di kalangan negara yang melebih sasaran kemasukan pelancong tahun lalu selepas Korea Selatan. Tidak dinafikan, peningkatan pelancong tahun lalu yang turut mengatasi jumlah pelancong pada 2008 (22 juta orang) adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. Apatah lagi industri pelancongan di kebanyakan negara agak terjejas lewat dua tahun kebelakangan ini kerana krisis ekonomi global. Maka, industri pelancongan negara boleh dilihat sangat kompetitif ketika negara lain bergelut mempromosikan pelancongan di negara masing-masing. Ironinya, ketika Kementerian Pelancongan meraikan kejayaan melepasi sasaran itu, seramai hampir 40,000 warga India pula dilaporkan hilang secara misteri.

Mereka ini didakwa menyalahgunakan visa pelancongan dan tinggal di negara ini secara tidak sah. Perkara itu didedahkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ternyata bimbang dengan senario itu. Isu penyalahgunaan visa ketibaan (VOA) ini sebenarnya pernah beberapa kali mendapat perhatian

Page 25: Pemanasan Global

pelbagai pihak kerana peningkatan mendadak kes penyalahgunaan hanya selepas beberapa tahun diperkenalkan. Mula dilaksanakan pada 1 September 2006 sempena Tahun Melawat Malaysia, VOA bertujuan menggalakkan lebih ramai pelancong asing melawat negara ini seterusnya merancakkan pelbagai rantaian ekonomi. Namun, ia dijadikan kesempatan oleh beberapa rakyat asing untuk memasuki negara ini secara sah, tetapi enggan pulang meskipun selepas tamat tempoh visa pelancongan tersebut.

Sehingga akhir 2008 misalnya, iaitu selepas kira-kira dua tahun VOA diperkenalkan, hampir 30 peratus daripada 251,908 visa yang dikeluarkan telah disalah guna. Ia membabitkan lebih 70,000 pelancong yang kebanyakannya berasal dari negara-negara konflik dan miskin. Mereka menjadikan Malaysia sebagai destinasi untuk mencari pekerjaan serta sebagai transit sebelum ke negara lain terutamanya Australia dan New Zealand. Warganegara India, Pakistan, Bangladesh, China dan Sri Lanka adalah antara yang dikenal pasti paling ramai menyalahgunakan visa tersebut. Beberapa kes juga dikesan di kalangan pelancong dari Myanmar, Nepal, Afghanistan, Bhutan , Hong Kong dan Taiwan. Penyelewengan VOA itu semakin memburukkan masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) yang sebelumnya sudah pun menjadi isu negara. Apatah lagi, Malaysia juga sudah sedia dibanjiri dengan buruh asing sah yang bekerja di kawasan ladang dan tapak pembinaan.

Itu belum lagi mengambil kira warga asing yang menyalahgunakan visa pelajar untuk tinggal lebih masa. Warganegara Afrika paling ramai yang dikesan memasuki negara ini menggunakan visa pelajar tetapi tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan. Kelibat warga asing yang boleh dilihat dengan mudah di kebanyakan kawasan mengundang kebimbangan dan rasa tidak selesa di kalangan rakyat tempatan. Peningkatan kes jenayah membabitkan warga asing, penyakit berjangkit dan kewujudan komuniti yang tidak seimbang adalah risiko yang dikaitkan dengan kebanjiran warga asing itu. Isu keselamatan ini juga yang mendesak kepada tindakan serius oleh kerajaan termasuk menghapuskan pelaksanaan VOA. Apatah lagi selepas beberapa langkah yang diambil oleh Jabatan Imigresen dalam menangani perkara itu tidak menunjukkan kejayaan sepenuhnya. Jabatan Imigresen sebelum ini pernah memperketatkan pengeluaran visa ketibaan kepada sesetengah negara, selain menaikkan kadar bayaran untuk mendapatkan visa daripada RM30 kepada RM300.

Butiran terperinci pelancong asing yang memohon visa juga diambil bagi memudahkan kerajaan mengesan pemohon itu sekiranya berlaku kes kecemasan. Malangnya, butiran itu masih gagal membantu barangkali kerana tidak ada penyelarasan dalam perkongsian maklumat itu di kalangan agensi yang terbabit. Dalam masa yang sama, kekuatan anggota juga dipertingkatkan bagi memburu pelancong yang tinggal lebih masa ini. Namun kita perlu mengakui bahawa dengan kekuatan anggota keselamatan yang tidak seberapa, adalah sukar untuk menjejak kesemua pelancong lebih masa itu di seluruh negara. Sementelah, mereka ini juga sangat licik bersembunyi bagi mengelak dikesan. Mereka mungkin tidak seperti pekerja sah lain yang bekerja di tempat terbuka seperti di pusat membeli-belah,

Page 26: Pemanasan Global

bangunan korporat dan sebagainya. Sebaliknya, kebanyakan pelancong lebih masa ini bekerja di kawasan-kawasan kampung dan kejiranan yang kecil.

Mereka bekerja di kedai runcit, restoran, kedai gunting dan kedai jahit mengikut kemahiran masing-masing. Disebabkan sudah terlalu biasa pula, rakyat tempatan pula tidak mempersoalkan kehadiran warga asing ini selagi mereka tidak menimbulkan masalah dan mengganggu ketenteraman awam. Sikap rakyat tempatan ini menyebabkan warga asing semakin selesa sehingga ada yang berkahwin dengan rakyat tempatan. Kes-kes ini bukan lagi terpencil kerana masalah anak-anak kaum tertentu yang tidak memiliki sijil kelahiran kerap dilaporkan berlaku. Besar kemungkinan, anak-anak ini merupakan anak warga asing dan kerajaan perlu memberikan taraf kerakyatan atas pertimbangan politik dan kemanusiaan. Kerajaan juga perlu mengelak pelbagai beban sosial lain sekiranya anak-anak tanpa taraf warganegara ini semakin ramai. Maka, dengan pertimbangan kesan buruk yang bakal dihadapi oleh negara dalam jangka masa panjang, adalah wajar sekiranya visa ketibaan itu dimansuhkan.

Sebaliknya, urusan kemasukan pelancong ke negara ini perlu melalui dokumentasi yang lebih selamat dan terjamin iaitu menerusi penggunaan pasport antarabangsa. Jika visa ketibaan itu dilihat masih wajar dilaksanakan, maka kerajaan perlu merujuk kepada kaedah pengeluaran visa ketibaan yang digunakan oleh beberapa negara lain terutamanya United Kingdom. Di sana, pemegang visa yang tidak boleh berbahasa Inggeris perlu pulang ke negara asal pada penerbangan yang paling awal. Kredibiliti pemegang visa juga disaring dengan merujuk kepada pihak bank dan majikan bagi memastikan pelancong itu benar-benar melancong pada kemampuan mereka. Ini adalah antara yang boleh dijadikan rujukan oleh kerajaan dalam memastikan visa negara ini tidak lagi disalahgunakan dengan mudah. Kaedah lain yang dilihat munasabah juga adalah dengan memendekkan tempoh visa ketibaan kepada hanya beberapa hari, sesuai dengan tujuan untuk melancong. Pelancong dengan visa ketibaan juga wajar mempunyai tiket penerbangan pergi balik yang sah dan dikemukakan kepada pegawai imigresen sewaktu mendaftar masuk ke negara ini.

Posted by ZULKARNAIN FARIHIN PHILIP SELI at 6:41 PM 0 comments

ISU UTAMA RAMALAN KARANGAN STPM 2010

Gelombang ancaman virus H1N1Oleh MOHD. KHUZAIRI [email protected]

BELUM pun bebas sepenuhnya daripada virus selesema burung, rantau Asia kini berdepan pula dengan risiko ancaman virus selesema babi. Ketika ini, virus yang dikesan pertama kali di Mexico itu sudah merebak dengan pantas ke beberapa buah negara bersempadan termasuk di Amerika Syarikat, Kanada malah sehingga ke New Zealand. Sehingga laporan ini ditulis, 103 rakyat Mexico sudah menjadi korban

Page 27: Pemanasan Global

dalam tempoh beberapa hari ia mula dikesan. Jumlah itu dijangka meningkat melihat kepada betapa pantasnya ia tersebar. Secara ringkasnya selesema babi ini merupakan penyakit influenza yang disebabkan virus influenza A subjenis H1N1. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) seperti yang dipetik daripada laporan Reuters, beberapa kawasan di Mexico dikesan dijangkiti strain baru virus H1N1 yang belum pernah ditemukan sebelum ini.

Secara genetiknya, virus selesema babi ini berbeza dengan virus influenza manusia H1N1 yang dikesan sebelum ini. Kerana itu juga meskipun virus ini dikenali sebagai virus selesema babi, namun strain baru ini tidak pernah ditemukan pada haiwan ternakan babi. Ia mengandungi DNA yang menyerupai virus avian, virus babi termasuk elemen daripada virus babi Eropah dan Asia serta virus manusia. Agensi Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) pula menyebut, virus ini mampu menjangkiti daripada manusia ke manusia. Ia merebak sama ada menerusi bersin, batuk atau dipindahkan daripada tangan mereka yang tidak dicuci dengan bersih. Sejak Disember 2005 hingga Februari tahun ini, 12 laporan mengenai jangkitan virus itu dicatatkan dengan hanya seorang yang mempunyai hubungan langsung dengan haiwan babi. Ketika itu, belum dibuktikan virus ini menular daripada manusia ke manusia. Wabak virus selesema babi ini difahamkan pernah dikesan pada 1941 dan membunuh jutaan nyawa di Eropah. Namun sejauh mana kesahihan laporan yang berlegar di beberapa laman sesawang tidak dapat disahkan.

Apa pun, ia secara tidak langsung menggambarkan betapa wabak ini mampu mencetuskan gelombang ancaman yang ganas dan tidak boleh dipandang mudah. Hakikat itu turut diakui oleh pakar virologi dari Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Siti Suri Arshad yang menyifatkan virus itu boleh membawa ancaman yang dahsyat. Lebih dahsyat berbanding wabak selesema burung dan sindrom pernafasan akut teruk (SARS). Ini kerana katanya, virus itu merupakan kombinasi tiga virus dalam satu iaitu yang biasa ditemui di dalam badan manusia, burung dan babi. Virus H1N1 sememangnya diketahui wujud dalam badan manusia dan babi. Namun, bagaimana virus itu dapat bercampur dengan virus daripada burung masih lagi menjadi misteri. Sehingga kini menurut Siti Suri, saintis belum dapat memastikan jujukan genom virus tersebut. "Kerana itu juga virus ini belum ditemukan vaksinnya. Sementelah saintis antarabangsa sebelum ini memberi tumpuan kepada pencarian vaksin bagi virus selesema burung," katanya.

Siti Suri menambah, penyebarannya yang boleh berlaku daripada manusia ke manusia juga menyebabkan virus itu mampu merebak dengan pantas. Justeru katanya, kaedah pencegahan terbaik yang boleh diambil oleh kerajaan ialah melarang rakyat negara ini berkunjung ke negara yang dilaporkan dijangkiti wabak itu. "Langkah kuarantin juga perlu diperketatkan terutamanya di kalangan pelancong atau rakyat negara ini yang baru balik dari negara tersebut," tambah beliau. Meskipun wabak itu hanya dikesan di Eropah ketika ini, namun rantau Asia berhak berasa cemas meskipun diingatkan WHO supaya tidak panik. Pengalaman berdepan dengan wabak hampir serupa iaitu selesema burung sejak 1997 masih menjadi misteri sehingga kini. Virus H5N1 yang pertama kali dikesan di Hong Kong itu

Page 28: Pemanasan Global

membunuh tidak kurang daripada 247 orang di seluruh dunia. Indonesia mencatat kematian tertinggi akibat jangkitan virus tersebut iaitu kira-kira 107 orang. Sebelumnya, rantau Asia juga diancam wabak penyakit misteri yang menyamai penyakit radang paru-paru tetapi tidak diketahui puncanya (atypical pneumonia). Penyakit yang dikenali sebagai SARS itu merebak dengan pantas selepas pertama kali dikesan di Asia Timur. Antara negara Asia yang terbabit dengan dengan SARS ialah Thailand, Singapura, Taiwan, Filipina, Indonesia, Singapura, China dan Hong Kong.

Malaysia sendiri walaupun berjaya mengekang penularan wabak pandemik selesema burung dan SARS itu, bagaimanapun tidak terlepas daripada wabak endemik. Pada 1998, virus maut Japanese Encephalitis (JE) yang dibawa oleh babi menggemparkan negara apabila membunuh kira-kira 84 nyawa. Virus yang seakan-akan virus Hendra dari Australia itu diberi nama virus Nipah kerana pertama kali ditemui di Kg. Sungai Nipah, Lukut, Negeri Sembilan. Kehadiran virus baru seperti selesema babi ini sebenarnya sudah diingatkan oleh saintis antarabangsa dalam Persidangan Global WHO Mengenai SARS yang diadakan di ibu negara, kira-kira enam tahun lalu. Persidangan yang menemukan lebih 1,000 orang saintis dan pakar penyakit berjangkit antarabangsa itu memberi penekanan bahawa virus yang disebarkan oleh haiwan akan bermutasi dengan cepat dan merebak dengan pantas. Dalam kebanyakan wabak, haiwan seperti ayam, babi atau lembu berperanan mencipta virus selesema jenis baru yang tidak mampu dilawan oleh sistem pertahanan badan manusia.

Bagaimanapun dalam kes selesema burung misalnya, virus itu tidak tersebar kerana sifatnya yang tidak mampu bergerak dari manusia ke manusia yang lain. Kerana itu juga penularannya berjaya dikekang menerusi langkah membunuh haiwan ternakan itu meskipun ia menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada sektor penternakan. Namun terdapat beberapa kes jangkitan selesema burung yang berpindah kepada manusia terutamanya di kalangan mereka yang mempunyai hubungan secara langsung dengan haiwan ternakan. Ia terdiri daripada subjenis virus influenza A yang dikenali dengan kod nama H5N1 dan H9N2. Seperti jenis-jenis influenza yang lain, gejala H1N1 di kalangan pesakit juga tidak banyak bezanya. Ia termasuk demam, sakit tekak, batuk, sakit otot dan dedar. Simptom lain ialah kurang selera makan, sesak nafas dan boleh merebak menjadi jangkitan paru-paru yang teruk. Sekiranya simptom-simptom ini dikesan dalam kalangan masyarakat, ia perlu segera dirujuk kepada hospital meskipun wabak itu belum dilaporkan di negara ini.

Pengalaman berdepan dengan ancaman wabak SARS dan virus selesema burung meletakkan negara di Asia termasuk Malaysia dalam keadaan penuh bersiap sedia untuk berdepan ancaman virus terbaru itu. Langkah berjaga-jaga dan tegas yang diambil kerajaan termasuk sekatan serta kuarantin berjaya membendung penyebaran wabak SARS dan selesema burung di negara ini. Begitu juga dengan nasihat perjalanan dan kawalan di pintu sempadan negara yang diperketatkan bagi mengelakkan kebarangkalian 'kes import' yang dibawa dari luar negara.Dalam kedua-dua kes wabak pandemik itu, negara terselamat kerana tiada kes jangkitan

Page 29: Pemanasan Global

dalaman yang boleh menjadi pencetus seterusnya merebak ke seluruh negara. Adalah diharapkan, langkah-langkah itu yang semestinya kian dipertingkatkan.

CABARAN MENGURUSKAN H1N1Oleh MUHAMMAD HISYAM MOHAMAD

JIKA ditanya kementerian manakah paling sibuk sekarang ini, jawapannya tentulah Kementerian Kesihatan. Ini berikutan penularan virus influenza A (H1N1) di negara ini. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan pandemik ini telah melanda lebih 170 negara. Ia menganggarkan seramai lima juta atau 20 peratus rakyat Malaysia berisiko dijangkiti virus maut tersebut. Secara congakan mudah, setiap seorang daripada lima rakyat Malaysia berkemungkinan mendapat virus tersebut. Walaupun kita tidak sepatutnya mempertikaikan kewibawaan Kementerian Kesihatan, namun apabila berdepan dengan situasi genting sebegini, sesiapapun akan merasa tidak tenteram biarpun dijanjikan pelbagai jaminan keselamatan. Selain menyebabkan masyarakat berada dalam kegusaran, wabak ini juga merupakan satu ujian ke atas sistem pengurusan krisis penyakit Malaysia. Sebenarnya ini bukan kali pertama negara berdepan dengan situasi sebegini. Kita sebelum ini pernah menghadapi wabak Nipah Encephalitis, Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan selesema burung.

Namun sistem pengurusan krisis penyakit yang diamalkan oleh Malaysia berjaya mengendalikan wabak-wabak tersebut. Malah WHO sendiri pernah mengiktiraf sistem pengurusan penyakit Malaysia lebih teratur berbanding beberapa negara jiran dalam menangani ketiga-tiga wabak itu. Memandangkan wabak Influenza A ini masih belum dapat ditangani, ia turut menjadi cabaran baru kepada sistem pengurusan krisis sedia ada. Selain daripada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis [The Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC)] yang diwujudkan pada Mei 2007, pihak berkuasa juga membuka bilik gerakan H1N1 selain menubuhkan Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Untuk Menangani Wabak H1N1 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri.

Jadi kewibawaan dan reputasi sistem pengurusan penyakit yang sebelum ini diiktiraf oleh WHO sekali lagi akan dinilai oleh semua pihak berdasarkan kepada keberkesanan dan kecekapannya dalam mengurus wabak. Daripada segi sejarah, kerajaan di semua peringkat telah memainkan peranan besar dalam pengurusan krisis. Sebagai contoh perkhidmatan-perkhidmatan yang bersifat mendesak seperti pasukan bomba atau polis merupakan satu bentuk kemudahan yang perlu diwujudkan oleh kerajaan dalam menangani sesuatu krisis. Berbeza dengan pengurusan risiko yang lebih menjurus kepada usaha menilai ancaman yang mungkin berlaku dan mengenal pasti cara yang terbaik untuk mengelak risiko-risiko terbabit, pengurusan krisis melibatkan usaha mengurus sesuatu yang tidak diingini (sama ada bencana, wabak penyakit, krisis kewangan atau ekonomi dan sebagainya) selepas ia berlaku. Ia merupakan satu bidang disiplin pengurusan.

Secara amnya pengurusan krisis bermula dari detik pertama sesuatu situasi genting

Page 30: Pemanasan Global

itu berlaku sehinggalah kepada saat ia dapat dipulihkan. Selain kaedah yang diguna pakai oleh sesebuah kerajaan atau organisasi mahupun agensi untuk menangani permasalahan tadi, unsur komunikasi adalah antara unsur terpenting yang perlu ada di dalam mana-mana sistem pengurusan krisis. Malah dikatakan antara kejayaan sesuatu sistem pengurusan krisis ialah dengan melaksanakan satu komunikasi yang bersifat terbuka dan konsisten. Namun dalam kes H1NI kita dapati ada kalanya wujud percanggahan antara arahan pihak kementerian dengan pengamal perubatan dan juga orang awam. Berdasarkan rungutan orang ramai di media massa, ada pengamal perubatan yang tidak berbuat demikian walaupun pesakit mendakwa pernah berhubungan dengan mereka yang dijangkiti virus tersebut. Begitu juga dengan saranan supaya orang ramai memakai penutup hidung dan mulut serta mengelak sebarang perhimpunan di tempat awam. Masih ramai yang tidak mengendahkannya malah ada peniaga yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan menjual penutup hidung dan mulut pada harga yang keterlaluan.

Apa pun bagi memastikan sesuatu pengurusan krisis ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, kerjasama daripada semua pihak adalah penting. Dalam kes H1N1, adalah tidak wajar untuk kita saling tuding menuding jari mencari kesalahan dan mengambil kesempatan daripada situasi yang berlaku. Sepatutnya kita perlu menjalankan peranan masing-masing bagi memastikan wabak ini dapat di atasi dan situasi akan pulih seperti sedia kala. Apa yang penting juga setiap daripada kita mengamalkan sikap kebersihan selain mengamal langkah berjaga-jaga. Aspek kebersihan adalah satu langkah awal pencegahan penyakit. Inilah juga yang sebenarnya ingin diajar oleh ajaran Islam kepada penganutnya. Manifestasi ini jelas wujud di dalam konsep "taharah" atau bersuci di mana kebersihan adalah prasyarat utama kepada penerimaan amal ibadat yang kita lakukan kepada Allah SWT. Namun dalam banyak keadaan kita gagal mengamalkannya di luar lingkungan ibadat sedangkan konsep tadi sepatutnya diamalkan di dalam kehidupan seharian. Akhirnya perkara-perkara asas pengurusan diri seperti sentiasa mencuci tangan dan menjaga kebersihan terpaksa diberitahu semula dalam bentuk kempen-kempen yang sudah tentunya melibatkan kos yang digunakan daripada cukai yang kita sendiri bayar kepada kerajaan!

Awasi kesan H1N1 terhadap sektor ekonomi negaraUTUSAN MALAYSIA

PEPATAH "Mencegah lebih baik daripada mengubati" merupakan pendekatan terbaik yang perlu diambil dalam menangani krisis wabak selesema babi atau influenza A (H1N1). Ini kerana apa yang berlaku bukan hanya akan memakan korban tetapi juga menjejaskan perkembangan sektor ekonomi tertentu negara. Pada ketika ini, banyak pihak melihat kerajaan masih lagi bertindak agak perlahan dalam menanganinya di sebalik pelbagai langkah yang dilakukan. Persepsi negatif ini perlu ditangani segera untuk meningkatkan keyakinan orang ramai bahawa perkara seumpama itu tidak berlaku. Dan kita juga minta rakyat memberi kerjasama supaya angka mereka yang disyaki dijangkiti dikurangkan, sekali gus mengelakkan korban. Bagaimanapun tindakan kerajaan yang agak perlahan mungkin dipengaruhi oleh

Page 31: Pemanasan Global

kebimbangan bahawa sebarang usaha lebih agresif akan membawa kepada kemungkinan berlaku "panik yang keterlaluan" di kalangan orang ramai. Namun begitu, kebimbangan di peringkat kerajaan tidak seharusnya berlaku kerana minda orang ramai perlu disediakan untuk menghadapi keadaan terburuk sambil mengharapkan yang terbaik akan berlaku.Pada masa ini, kita dapat melihat bilangan mereka yang benar-benar serius mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengatasi merebaknya wabak selesema burung masih belum ketara. Kita tidak harus melihat kepada langkah yang diambil di sekolah-sekolah sahaja tetapi juga di tempat-tempat awam yang mana wabak sedemikian mudah merebak. Langkah-langkah yang lebih meyakinkan dan drastik perlu dilaksanakan kerana kita tidak ingin melihat penularan yang masih di peringkat kecil akan merebak sehingga ke peringkat sektor awam dan swasta termasuk kilang-kilang. Penularan ini lebih berbahaya berbanding ketika berlakunya selesema burung yang hanya menyebabkan haiwan sahaja terpaksa dihapuskan. Tetapi jika wabak ini merebak ke dalam sektor ekonomi tertentu, ia bakal memaksa sektor itu ditutup dalam usaha untuk mengelak berlakunya keadaan yang lebih buruk. Meletusnya kejadian seumpama itu bukan hanya menjejaskan kegiatan ekonomi tetapi juga boleh menyebabkan negara lumpuh lalu terjerumus dalam jurang kemelesetan yang lebih panjang.

Perangkaan yang ada telah pun mengunjurkan penguncupan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara empat hingga lima peratus pada tahun ini. Kita juga perlu sedar keupayaan mengekang wabak selesema burung tidak boleh menyebabkan semua pihak menjadi terlalu leka dan berasa selesa bahawa wabak H1N1 yang baru muncul ini tidak akan menjadi masalah berlanjutan. Biarpun implikasinya kepada Malaysia tidak ketara, semua pihak harus berwaspada. Berdasarkan perangkaan, wabak selesema burung yang berlaku sebelum ini telah mengakibatkan kerugian ekonomi berjumlah AS$5.4 bilion (RM18.9 bilion) kepada ekonomi sejagat dalam tempoh setahun sahaja. Negara-negara yang baru-baru ini terjejas akibat H1N1 secara terkumpul telah mengalami kerugian AS$8 bilion (RM28 bilion) hingga AS$12 bilion (RM42 bilion). Jika dilihat kepada perangkaan itu, nasib tidak akan menyebelahi kita sekiranya gagal mengambil langkah-langkah berani dan juga tidak popular dalam menghadapi wabak ini. Kita tidak seharusnya bersikap "sudah terhantuk, baru mahu tengadah" kerana ketika itu segala-galanya sudah pun terlambat.

UTUSAN MALAYSIA05/04/2010Berjaga-jaga sebelum gelombang kedua H1N1 menyerang

Kematian seorang ibu Maimunah Dimah, 54, dan anaknya, Sumarni Mat Nor, 29 di Hospital Melaka akibat jangkitan virus Influenza A (H1N1) menandakan semua rakyat negara ini perlu berjaga-jaga. Angka korban virus maut itu di negara kita kini bertambah menjadi 79 orang setelah tujuh bulan terhenti pada 77 kes tahun lalu. Semua pihak perlu mengambil pendekatan dan ingatan bahawa jangkitan H1N1 sudah kembali. Hakikatnya seperti yang diberitahu berkali-kali oleh Kementerian

Page 32: Pemanasan Global

Kesihatan, H1N1 masih lagi aktif berlaku di dalam komuniti kita. Sebab itu kerajaan tidak boleh isytiharkan negara ini bebas H1N1 selagi masih terdapat kes-kes H1N1 yang dilaporkan di beberapa negeri. Belum pasti lagi adakah gelombang kedua H1N1 sudah bermula. Tetapi orang ramai yang mempunyai tanda-tanda penyakit itu digesa segeralah mendapatkan pelalian secara percuma di 104 pusat kesihatan di seluruh negara. Sekarang semua ahli keluarga dan masyarakat diminta mengambil langkah berjaga-jaga terhadap wabak selesema babi ini.

Jangan kita berfikiran wabak ini tidak akan menghampiri kawasan kediaman kita hingga tidak mengambil langkah kawalan. Pengawalan dan penjagaan kesihatan adalah penting bagi mengelak berlaku gelombang kedua Influenza H1N1. Dalam keadaan sekarang, eloklah kerajaan menggerakkan pasukan pemantau H1N1 yang ditubuhkan November lalu bagi menghalang berlakunya gelombang kedua wabak itu. Situasi ini juga menuntut kerajaan segera meningkatkan pemantauan terhadap H1N1 di semua negeri, meningkatkan rawatan di semua hospital serta memperhebatkan lagi kempen mengenai H1N1. Sehingga Khamis lalu, sebanyak 53 kes manakala 878 kes gejala seakan-akan influenza (ILI) dilaporkan berlaku di Melaka sahaja. Kita bimbang jika gejala penyakit itu tersebar ke negeri lain tanpa kita sedari. Kementerian Kesihatan ada melaporkan terdapat trend peningkatan kes H1N1 di negara ini dengan purata 50 kes positif H1N1 dikesan setiap minggu. Memandangkan keadaan ini, elok orang ramai mengambil langkah-langkah pencegahan dengan memakai semula penutup mulut dan hidung. Jika rekod menunjukkan sejumlah 12,688 kes positif H1N1 dicatatkan sejak April 2009 hingga Mac lalu dan hanya 77 orang meninggal dunia dalam tempoh itu, rasanya kita mampu menangani wabak ini sekali lagi.

Tetapi ia berbalik kepada kesediaan kita untuk memberi kerjasama demi kebaikan semua orang. Sebab, meskipun pihak berkuasa kesihatan mengambil langkah-langkah bagi menghalang kemunculan semula wabak H1N1 ini, keberkesanannya banyak bergantung kepada kesedaran orang ramai untuk bersama- sama menghayati dan melaksanakan apa juga langkah yang perlu diambil. Jika doktor menasihatkan anda atau ahli keluarga anda berkurung di rumah dan mengambil ubat yang diberi, maka patuhilah arahan tersebut. Orang ramai juga janganlah bersikap semua perkara mesti dilakukan oleh kakitangan jabatan kesihatan, sebaliknya berusahalah ke pusat kesihatan terdekat untuk mendapatkan suntikan vaksin H1N1 atau melayari www.moh.gov.my atau h1n1.moh.gov.my untuk maklumat lanjut. Paling utama ialah pastikan tangan kita sentiasa dibasuh dengan bersih. Tangan bersih boleh menghindarkan penyakit.

Bahang Perubahan IklimOleh ISMAIL HASHIM YAHAYA

Belum pun bermulanya Sidang Kemuncak Perubahan Iklim anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 7-18 Disember ini di Copenhagen, Denmark, bahangnya sudah terasa di kalangan 192 negara (termasuk Malaysia) yang akan

Page 33: Pemanasan Global

menghadirinya. Negara-negara anggota Komanwel di Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2009 yang berakhir baru-baru ini telah memberikan isyarat jelas akan keinginan kuat perkumpulan itu untuk melihat persidangan perubahan iklim PBB menghasilkan satu perjanjian yang terikat daripada segi undang-undang. Mereka berpendapat bahawa jika sekadar pakatan iklim yang berasaskan ikatan politik, ia tidak memadai kerana adalah sukar untuk menentukan tahap kesungguhan di kalangan negara-negara maju.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu sesi perbincangan mengenai perubahan iklim berkata banyak negara anggota Komanwel terutamanya negara-negara membangun pulau kecil menjadi mangsa perubahan iklim. Dalam pencelahan mereka, sebilangan mereka menyatakan bahawa jika pemanasan global berterusan, rangkaian kepulauan mereka pasti akan terbenam. "Bagi mereka, ia bukan hanya sekadar masalah, ia adalah soal hidup dan mati," kata Najib kepada wartawan Malaysia pada hari pertama sidang kemuncak yang dirasmikan oleh Ratu England, Ratu Elizabeth II. Bahkan mesyuarat demi mesyuarat diadakan daripada rundingan perubahan iklim di Bonn, Jerman pada 1-12 Jun dan disambung semula pada 10-14 Ogos 2009, kemudian diteruskan di Bangkok, Thailand yang diadakan 28 September - 9 Oktober sehingga yang terakhir sebelum sidang kemuncak diadakan di Barcelona, Sepanyol pada 2-6 November 2009. Banyak persoalan yang timbul terutamanya isu pengurangan penggunaan bahan karbon dioksida dan komitmen negara maju. Tetapi adakah sidang ini merupakan peluang terakhir menyelamatkan bumi sebagaimana diuar-uarkan?

Laporan daripada Rangkaian Dunia Ketiga (TWN), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berpusat di Pulau Pinang menyatakan rundingan terakhir anjuran PBB yang diadakan di Barcelona pada awal November lepas tidak menunjukkan sebarang kemajuan bermakna dan hanya membawa lebih banyak kebuntuan kepada isu-isu penting yang dirundingi. Peserta Persidangan Rangka Kerja PBB ke atas Perubahan Iklim (Parties to the UN Framework Convention on Climate Change atau UNFCCC) gagal merapatkan perbezaan antara negara maju dan membangun. Namun dari suatu sisi, rundingan di Barcelona membantu negara-negara anggota memperjelaskan pendirian dan membolehkan mereka membuat keputusan dalam isu-isu penting di Copenhagen nanti. Ini termasuklah menubuhkan dana yang dipertanggungjawab di bawah UNFCCC dan sebuah badan yang akan memutuskan isu pemindahan teknologi. Namun perbezaan dalam beberapa isu penting dan utama masih tidak berubah yang tidak membawa petanda positif kepada sidang kemuncak di Copenhagen.

Pertama isu Protokol Kyoto, perjanjian di bawah UNFCCC yang merupakan isu keterikatan undang-undang dalam sasaran pengurangan bahan keluaran gas rumah hijau untuk negara maju. Namun daripada media menunjukkan hampir kesemua negara maju memutuskan untuk mengabaikan Protokol Kyoto dan perkara ini dilihat dalam rundingan di Bangkok pada awal Oktober dan disahkan di Barcelona. Mereka mengelak bertanggungjawab mengikut keterikatan undang-undang seperti dalam Protokol Kyoto (KP) dan melengah-lengah masa dengan mahu menubuhkan

Page 34: Pemanasan Global

perjanjian baru pula. Negara-negara membangun menjelaskan dalam rundingan di Bangkok bahawa mereka tidak akan menerima sebarang penubuhan perjanjian baru dan negara maju harus kekal dengan KP dan berunding dengan serius di Copenhagen ke arah komitmen kedua (yang bermula pada 2013) untuk pengurangan bahan keluaran seterusnya.

Kedua, negara maju tidak begitu komited dengan pengurang bahan keluaran. Negara membangun mahukan pengurangan agregat sekurang-kurangnya sebanyak 40 peratus menjelang 2020 berbanding dengan 1990. Angka terkini daripada data UNFCCC menunjukkan komitmen negara maju hanya berkisar antara 11-23 peratus dan 11-17 peratus (tidak termasuk Amerika Syarikat). Negara sedang membangun begitu kecewa dengan komitmen negara maju yang tidak membentuk asas kepada hasil yang memulihara alam sekitar pada sidang kemuncak di Copenhagen nanti. Ketiga, usaha-usaha yang dilakukan dalam pengurangan bahan keluaran sentiasa mempertanggungjawab negara membangun dan miskin. Ini adalah suatu perlanggaran kepada prinsip-prinsip dan peruntukan-peruntukan UMFCC dan Pelan Tindakan Bali yang diamalkan pada 2007. Negara maju di sesi rundingan di Barcelona bercadang mengaburkan perbezaan antara perbezaan tanggungjawab pengurang bahan keluaran yang terikat dengan undang-undang oleh negara maju dengan pengurangan bahan keluaran yang didukung wang dan teknologi oleh negara membangun dan miskin.

Usaha-usaha yang dilakukan termasuklah meminta negara membangun dan miskin mematuhi prosedur pengesahan dan pelaporan bahan keluaran yang sama dengan negara maju. Mereka juga inginkan negara membangun yang "maju" mematuhi sasaran pengurangan bahan keluaran yang sama. Ini adalah di antara usaha-usaha yang dilakukan negara maju dan ternyata ia tidak dipersetujui dalam sesi rundingan di Bali atau tidak terdapat dalam mana-mana peruntukan UNFCC. Dalam isu berhubung dengan pemindahan teknologi, terdapat keengganan daripada pihak negara maju untuk menubuhkan sebuah badan eksekutif di bawah payung UNFCCC bagi memutuskan isu-isu berhubung teknologi dan kesan daripada pemindahan teknologi. Sebuah kumpulan penasihat yang dicadangkan negara maju masih tidak mencukupi kerana tidak banyak perkembangan mengenai pemindahan teknologi yang dicapai. Kelima, terdapat perbezaan antara "wawasan yang dikongsi" dan matlamat jangka panjang sejagat untuk pengurangan bahan keluaran. Sesetengah negara maju mengesahkan cadangan untuk pemotongan bahan keluaran sebanyak 50 peratus menjelang 2050 berbanding dengan 1990. Namun apa yang tidak dinyatakan ialah ini mengkehendaki negara membangun untuk memotong sebanyak 20 peratus dalam syarat mutlak dan 60 peratus dalam syarat per kapita.

Nampaknya beban pemotongan lebih kurang tetapi bagaimana dengan isu pemindahan teknologi dan kewangan yang membolehkan negara membangun berkembang. Tiada komitmen daripada negara maju. Jumlah bantuan dari segi kewangan haruslah dibincangkan dan diselesaikan dahulu sebelum sebarang pemotongan bahan keluaran di pihak negara membangun. Sanggupkah negara maju melaksanakan tanggungjawab ini? Perkara-perkara di atas ini adalah beberapa isu

Page 35: Pemanasan Global

yang harus diselesaikan jika Sidang Kemuncak Copenhagen ini ingin mencapai kejayaannya. Walaupun apa pun hasil atau keputusannya sama ada perjanjian sepenuhnya antara negara maju dan membangun atau rangka kerja perjanjian atau keputusan meneruskan perundingan dengan protokol dan sidang perubahan iklim lain, aspek-aspek alam sekitar, ekuiti dan keseimbangan Utara-Selatan (negara maju dan membangun) harus diberikan perhatian sewajarnya. Tidak keterlaluan jika dikatakan ini peluang untuk kita menyelamatkan bumi.

PENULIS adalah pensyarah di Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia

Posted by ZULKARNAIN FARIHIN PHILIP SELI at 1:06 PM 0 comments

RENCANA ILMIAH UNTUK BACAAN ANDA

Persatuan belia perlu sokonganOleh ANUAR AHMAD

Berdasarkan statistik penduduk negara, sehingga akhir tahun 2008, jumlah penduduk Malaysia yang berumur antara 15 hingga 40 tahun adalah seramai 11.2 juta orang atau 41 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia yang berjumlah 27.2 juta orang (Statistik Penduduk Malaysia, 2008). Kumpulan terbesar ini juga di istilah sebagai golongan belia, tidak syak lagi merupakan penyumbang utama di dalam sektor ekonomi, sosial dan politik negara. Rata-rata kumpulan ini belum lagi berada di peringkat pimpinan tertinggi di dalam semua sektor tetapi merupakan aktor-aktor yang akan menentukan kejayaan atau juga menggagalkan perancangan dasar negara ini. Tahun lalu kepimpinan belia telah diraikan di dalam Majlis Anugerah Belia dan Persatuan Belia Negara yang dilangsungkan di Putrajaya. Ramai yang telah berjaya menerima pelbagai anugerah sebagai tanda pengiktirafan kerajaan kepada kegiatan belia negara. Mereka sekarang tentunya terus berbakti untuk pembangunan negara.

Bagaimanapun kejayaan ini bukanlah kejayaan mutlak kepada makna kejayaan pembangunan belia di seluruh negara. Laporan Institut Integriti Malaysia 2008 menunjukkan daripada sejumlah 11.1 juta belia di negara ini hanya dua juta sahaja atau kurang daripada 18 peratus sahaja yang belia berdaftar sebagai ahli persatuan belia. Tentulah jika diperincikan yang aktif adalah kurang separuh daripada jumlah yang mendaftar sebagai ahli persatuan. Malah laporan Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) pada 2006 menunjukkan bahawa sebenarnya kurang 2.8 peratus atau 300,000 orang sahaja belia sahaja yang benar-benar aktif di dalam persatuan belia di seluruh negara. Jumlah ini sebahagian besarnya datang dari program Rakan Muda yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Mengapa kebanyakan belia kini tidak berminat untuk aktif berpersatuan berbanding belia era 1960-an dan 1970-an. Penelitian dan kajian lalu berkaitan penglibatan di dalam persatuan belia mendapati tiga punca utama kelesuan ini yang perlu diteliti secara

Page 36: Pemanasan Global

serius oleh kepemimpinan tertinggi di peringkat Kementerian Belia dan Sukan serta kepimpinan persatuan belia. Pertama, pengaruh politik kepartian di dalam persatuan belia. Secara prinsipnya, persatuan belia seharusnya berbeza dengan ideologi politik kepartian.

Mereka harus bertindak dan beraksi sebagai sebuah organisasi sivil yang berteraskan kebajikan, sukan, keagamaan, kesukarelaan, pendidikan dan sebagainya. Bagaimanapun persatuan belia hari ini sangat terikat sepenuhnya dengan kumpulan parti politik khususnya di pihak parti pembangkang. Kesannya sangat mendalam sehingga kebanyakan belia yang tidak minat berpolitik hilang minat untuk menganggotai persatuan belia. Selain itu persatuan belia yang berpengaruh dikuasai hampir sepenuhnya oleh pengaruh ahli politik atau proksi mereka. Malah terdapat juga beberapa persatuan belia yang diterajui sendiri oleh ahli politik yang jelas mempunyai kepentingan politik apatah lagi menampakkan kecenderungan untuk beraksi seperti sebuah parti politik. Malah jika diteliti kepimpinan belia peringkat negeri dan daerah, kita boleh menyenaraikan puluhan pemimpin politik yang aktif berada di dalam persatuan belia di pelbagai peringkat. Malah apa yang mendukacitakan, kepimpinan politik di pelbagai peringkat ini menggunakan platform persatuan belia untuk memantau pemimpin muda yang dikhuatiri memberi cabaran kepada penerusan jawatan politik mereka. Mana-mana pemimpin muda atau ahli persatuan belia yang aktif pastinya akan 'dipancung' supaya mereka tidak menjadi pesaing di dalam kerjaya politik peringkat daerah, bahagian mahupun negeri.

Faktor kedua ialah kegagalan pihak berkuasa menguruskan persatuan belia dengan dasar pembangunan belia. Hal ini bermula akibat kebimbangan pihak berkuasa melihat kelesuan persatuan belia sekitar tahun 1980-an. Maka beberapa kajian ahli akademik menunjukkan semakin banyak persatuan belia tidak lagi mendapat sokongan golongan belia khususnya di kawasan bandar. Selain kepimpinan persatuan belia yang lemah, sistem pengurusan juga lemah. Begitu juga dengan laporan kewangan yang didapati tidak sempurna dan tidak memuaskan hati pihak Kementerian Belia dan Sukan walaupun kebanyakan persatuan terlibat mendapat geran tahunan kerajaan melalui KBS. Suasana ini menyebakkan bermulanya usaha kementerian untuk mengambil alih dan mengemaskinikan sistem pengurusan persatuan belia di peringkat daerah dan negeri.

Malah Gerakan Belia 4B yang satu masa dahulu pernah dianggap sebagai model persatuan belia yang berjaya juga telah lesu dan hilang taringnya. Bagi menyelesaikan masalah ini pihak Kementerian Belia dan Sukan telah melaksanakan pelbagai program yang menelan belanja jutaan ringgit yang dipusatkan dan diuruskan terus di kementerian. Antara yang paling popular ialah Program Rakan Muda yang masih dilaksanakan sehingga hari ini. Ringkasnya, pelaksanaan program belia yang berbentuk top-down nampaknya kurang berjaya menarik minat para belia. Selain terpaksa berbelanja besar, program yang dianjurkan untuk pembangunan belia juga dilihat lebih bertujuan untuk meramaikan bilangan belia di dalam majlis semata-mata. Biasanya belia hanya dijemput atau diminta untuk menjadi peserta

Page 37: Pemanasan Global

sesuatu program yang telah disusun lebih awal. Tindakan sebegini dilihat sebagai memperkecilkan keupayaan belia untuk diberikan pengalaman sebagai pemimpin pelapis negara pada masa akan datang. Cubalah tinjau program khidmat masyarakat yang dilaksanakan oleh jabatan berkaitan belia, biasanya akan lebih ramai pegawai yang mengurus dan menjadi urus setia, para belia dijemput untuk mengambil bahagian secara ad-hoc dan menghadiri majlis perasmian dan makan-makan sahaja.

Pihak Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelajaran, IPTA dan IPTS harus lebih terbuka untuk memberikan peluang dan pengalaman kepada belia menguruskan segala hal berkaitan pembangunan belia. Kalau tidak, pasti belia akan 'lari' untuk melakukan aktiviti lain yang mereka rasa lebih rapat dengan mereka. Oleh kerana bukan belia yang menganjurkan program untuk belia, maka tidak mungkin belia akan merasa itu adalah program dan agenda mereka. Pada mereka itu adalah agenda orang lain atau agenda politik semata-mata. Faktor ketiga mengapa belia kurang berminat dengan persatuan belia ialah kegagalan pemimpin belia memahami dan meremajakan persatuan mereka dengan kehendak dan cita rasa belia masa kini. Maklumlah umur kebanyakan pemimpin belia biasanya sudah di 'ambang senja' sebagai seorang belia. Pemimpin belia rata-rata di kalangan orang yang minat berpolitik telah berumur antara 35 hingga 40 tahun. Zaman keremajaan mereka sudah tamat sedangkan ahli-ahli yang masih muda dahagakan pemikiran yang lebih remaja. Ketidakmampuan pemimpin belia menghayati perubahan ini akan menyebabkan ahli-ahli baru berundur atau menjadi ahli tidak aktif.

Malah diketahui juga ada di kalangan pimpinan belia 'berpolitik' cenderung untuk melantik kalangan kroni mereka, tapi ahli persatuan belia inginkan ketelusan dalam pengurusan persatuan belia. Ahli-ahli baru persatuan belia sekarang lebih suka kepada sukan lasak, muzik hip hop dan Indie, fesyen yang sangat berbeza dengan orang lama. Kemahiran ICT mereka juga berbeza. Pemimpin belia jika setakat hanya menguasai asas dalam komputer tidak akan digemari dan popular. Pemimpin belia harus mahir seperti juga ahli belia remaja yang mahir dengan trend blog, twitter, facebook, myspace serta berbagai bentuk inovasi baru perkomputeran. Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2006 telah pun dilaksanakan sepenuhnya. Akta ini antara lain bertujuan meningkatkan integriti belia bila para pemimpin yang melebihi umur 40 tahun tidak lagi layak bertanding untuk sebarang jawatan dalam persatuan belia di semua peringkat. Selain itu, melalui Akta ini juga segala urusan pentadbiran belia diharap akan menjadi semakin cekap dan tersusun. Bagaimanapun kewujudan akta ini masih belum berjaya memecahkan kelesuan di kalangan remaja untuk menjadi ahli belia. Mungkin ada benarnya imej 'Mat Skema' dan 'Mat Baju Batik' yang begitu popular sedikit masa lalu di kalangan pemimpin dan ahli persatuan belia sudah tidak diminati lagi oleh remaja hari ini.

Walaupun jumlah wang diperuntukkan telah bertambah kepada aktiviti belia berbanding dulu, wujudnya akta yang menyokong perjuangan belia serta kemudahan ICT yang semakin baik, kelesuan penglibatan generasi muda semakin terasa. Semangat belia perlu disemarakkan kembali. Konsep dan definisi perjuangan belia perlu diteliti semua. Campur tangan dan pengaruh politik dalam persatuan belia

Page 38: Pemanasan Global

harus ditolak. Biarlah persatuan belia berjuang demi semangat pembangunan belia. Mereka ini perlu diberi peluang untuk berlatih supaya lebih bersedia untuk menjadi pemimpin satu hari nanti.

RENCANA ILMIAH UNTUK BACAAN ANDA

APABILA ALAM BERBICARAOleh Ku Seman Ku Hussain UTUSAN MALAYSIA29 NOVEMBER 2009

LEBIH dua dekad lalu penyanyi tersohor Indonesia, Ebiet G. Ade mencipta dan senandungkan lagu Berita Kepada Kawan. Ketika lagu ini popular tidak banyak yang dapat mengaitkan keluhan Ebiet mengenai sikap manusia kepada alam seperti kita perkatakan hari ini. Dua dekad lalu tidak ada istilah pemanasan global atau rajuk marah alam yang mengubah fenomena alam, dunia menjadi semakin panas, lautan beku mencair dan salji tiba-tiba gugur di bumi yang bukan tempatnya. Ebiet mengkritik tentang sikap manusia yang tidak bersahabat dengan alam. Ternyata Ebiet seniman yang mendampingi alam dan mampu memahami bicara alam lewat isyarat bencana yang dikirimkan kepada manusia. Tetapi tidak semua manusia seperti Ebiet, sebaliknya mereka sangat individualistik untuk memesrai alam dengan tidak melakukan tingkah yang mengubah suhunya.

Kini manusia semakin mengerti apabila alam berbicara. Bencana alam yang berlaku di sana sini, suhu dunia meningkat mendadak akibat hutan yang semakin mengecil untuk menyumbangkan oksigen, pemimpin-pemimpin dunia kini bersiap dengan usul masing-masing untuk dibentangkan di Sidang Kemuncak Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Conpenhagen, Denmark pada 7 hingga 18 Disember ini. Alam atau “rumah hijau” menerima kesan yang langsung daripada pemanasan global. Antara kesan pemanasan global ialah kenaikan suhu bumi, perubahan cuaca yang melampau yang mengakibatkan taufan, banjir, tanah runtuh dan peningkatan aras laut akibat pencairan glasier. Penipisan lapisan ozon menjadi semakin serius dan sidang di Conpenhagen tahun ini dianggap sangat penting untuk merangka langkah-langkah proaktif untuk menyelamatkan bumi. Ini kerana langkah fasa pertama menyelamatkan dunia menerusi Protokol Kyoto akan tamat pada 2012. Maka mulai 2013 perlu ada satu kerangka dasar baru kelangsungan Protokol Kyoto.

Peningkatan suhu panas bukan saja mencairkan bongkah ais di Artik tetapi mencetuskan mala petaka akibat perubahan cuaca yang mendadak. Tentulah antaranya ribut taufan yang ganas, gelombang yang membahayakan penghuni di kawasan pantai sekaligus membawa hujan yang luar biasa hingga mengakibatkan banjir besar. Sidang di Conpenhagen menjadi penentu sejauh manakah keseriusan

Page 39: Pemanasan Global

pemimpin-pemimpin dunia termasuk Amerika Syarikat (AS) menangani isu pemanasan global. Difahamkan Presiden AS, Barack Obama akan turut serta di Conpenhagen Disember ini bersama pemimpin-pemimpin lain yang memperlihatkan komitmen yang tinggi.

Protokol Kyoto sebenarnya tidak berjaya sepenuhnya untuk mendidik manusia menghargai dan menyayangi alam. Kerana itu isu pemanasan global yang sudah dikesan sejak tahun 1940-an lagi tidak memperlihatkan langkah-langkah drastik yang telah dilakukan. Cuma apabila laut yang dulunya beku kini mencair, gunung yang sepanjang masa diselimuti ais juga mulai cair, barulah manusia gelisah bahawa alam ini sudah tenat sebenarnya. Kalau filem 2012 boleh dijadikan rujukan tentang kesan kemusnahan akibat pemanasan global, demikianlah dahsyatnya detik cemas yang berada di hadapan kita semua. Biarpun filem arahan Roland Emmerich lakonan John Cusack, Chiwetel Ejiofor dan Amanda Peet sebuah fiksyen yang sekaligus menguji keberkesanan teknologi imej janaan komputer (CGI), 2012 berpaksi kepada rujukan yang berlaku sekarang.

Pemilihan tahun 2012 sebagai tahun bencana dalam filem ini sebagai menyindir kegagalan Protokol Kyoto yang berakhir pada 2012. Kalau kita tidak mampu membina imaginasi tentang kesan maha dahsyat apabila alam mulai memberontak, filem 2012 barangkali boleh membantu kita membayangkan sengsara akibat kecuaian manusia. Pemimpin dunia tidak hanya boleh berdoa supaya ilusi dalam filem 2012 tidak berlaku, malah mesti bertindak untuk lebih menyayangi alam dan merendahkan sedikit hambatan materialisme. Pertambahan mendadak kawasan-kawasan perindustrian yang menyumbangkan kepada penipisan ozon, penghapusan kawasan hutan yang dibangunkan untuk tujuan komersial antara yang menyumbang kepada perubahan cuaca.

Kadar kecairan ais di Artik dan Artartika berada pada tahap yang membimbangkan. Sekiranya kecairan sekarang ini terus konsisten, paras air di lautan akan bertambah lebih 80 meter. Bayangkan air setinggi lebih kurang 80 meter yang boleh menenggelamkan daratan lebih dahsyat berbanding tsunami. Kalau keadaan sekarang terus konsisten, laut akan menenggelamkan lebih 15 juta kilometer persegi daratan. Semua manusia di dunia akan menerima kesan yang buruk ini. Kecairan di dua kutub itu menyumbang kepada pertambahan paras air di lautan yang menghubungkan semua negara di dunia. Kalau paras air di laut bertambah 20 meter saja, mungkin negeri Pulau Pinang hanya akan kelihatan menara Komtar dan beberapa bangunan tinggi. Tetapi ramalan pengkaji, paras air laut akan bertambah 80 meter, dan kita hanya boleh mengingat kembali apa yang berlaku dalam filem 2012 di mana Rumah Putih tempat kediaman Obama yang dilanggar kapal dari laut.

Para pemimpin yang akan menghadiri sidang di Conpenhagen kini hanya menunggu tindakan drastik Obama untuk mengurangkan gas rumah hijau sebanyak 17 peratus hingga 2020. Ini merupakan sasaran pertama AS yang dibawa ke sidang di Conpenhagen. Maka sidang Conpenhagen Disember ini boleh dianggap sebagai antara usaha manusia untuk memahami alam yang menghantarkan isyarat bicaranya

Page 40: Pemanasan Global

menerusi bencana demi bencana. Semua yang berlaku tercetus daripada sikap manusia yang berkurun lamanya tidak mahu memahami alam. Kemusnahan akibat pemanasan global hanya satu isyarat menunjukkan alam mulai bicara kerana tidak tertanggung dengan tingkah manusia.

LELAKI SEMAKIN MUNDUR DARJAH KEKUASAANNYA, WANITA

PULA SEMAKIN GHAIRAH MENGEJAR KEJAYAAN

Lelaki kini lebih ‘bergantung’ dari berdikariOleh Feriz Omar

SEKITAR tahun 1982, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah melancarkan dasar “Ke Arah 70 Juta Penduduk”. Ketika pertemuan bulanan saya dengan beliau baru-baru ini, topik berkenaan sekali lagi diutarakannya. Dr. Mahathir menekankan bahawa objektif dasar ini adalah penting bagi meningkatkan lagi kekuatan produktiviti negara. Namun hakikatnya, dasar tersebut adalah terlalu ke hadapan dan mustahil dicapai dalam tempoh singkat. Jumlah 70 juta penduduk Malaysia itu hanya mungkin tercapai pada tahun 2100 yakni hampir 100 tahun lagi! Gara-gara itulah Malaysia terpaksa menggunakan 100 peratus jumlah penduduknya yang juga melibatkan 14 juta wanita. Kini, wanita diiktiraf sebagai penyumbang penting kepada ekonomi dan sekali gus juga Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Jelas di sebalik kelembutan wanita, mereka telah berjaya melonjakkan ekonomi negara bersama-sama dengan kaum Adam.

Kaum Hawa Abad 21 Lebih Progresif

Di Kelantan misalnya, wanita dilihat penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi melalui kegiatan perniagaan sedangkan golongan lelaki nampaknya lebih cenderung dalam aktiviti politik. Contoh paling ketara adalah di menara gading. Statistik menunjukkan bilangan penuntut dari kaum Hawa mendominasi majoriti institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Dalam sektor pertahanan pula, semakin ramai wanita mula memegang senjata dan menjadi polis serta ada yang menjadi juruterbang jet pejuang. Entah ke mana perginya adik-adik lelaki kita? Yang kita tahu, kumpulan-kumpulan belia ini bagaikan lebih gemar bersenang-lenang dan terlibat dengan pelbagai gejala yang tidak sihat. Kalau tidak, masakan wujud samseng jalanan yang pernah dikenali sebagai mat rempit? Jika ada yang cuba mempertikaikan perkara ini, sila semak rekod semasa dari pihak-pihak yang bertanggungjawab. Hampir 80 peratus penagih dadah juga adalah lelaki!

Fenomena semasa ini bagaikan suatu petanda bahawa kaum wanita telah dan akan lebih ramai terpelajar berbanding lelaki. Jika ini berterusan tidak mustahil suatu trend atau senario dominasi intelek boleh berlaku. Jika suatu ketika dahulu, lelaki

Page 41: Pemanasan Global

terlalu banyak mengadu tentang isteri-isteri mereka yang kurang pendidikan, sekarang terbalik pula keadaannya. Kaum Adam pula yang lebih banyak “bergantung” kepada isteri berbanding berdikari. Sekiranya ini berlaku, jangan terkejut jika lelucon Cerekarama yang tidak pernah kita fikirkan seperti wanita menghalau suami mereka keluar rumah terjadi dan berleluasa. Ya, ketawalah sekarang tetapi jangan fikir ini terlampau mustahil kalau golongan belia lelaki terus-terusan hanyut dalam arus ketidakmatangan dan tanpa kita mengawasinya!

Kuasa Sebenarnya di Tangan Koloni Yang Bekerja Lebih Keras

Situasi yang sama sebenarnya berlaku apabila pendatang asing lebih keras bekerja daripada penduduk negara tersebut. Mereka akhirnya akan membentuk suatu koloni yang lebih kuat dan mengambil alih penguasaan negara. Sejarah telah berulang kali membuktikan apabila sesebuah negara maju dan bertamadun, rakyat akan mula malas dan menyerahkan urusan pertahanan negara kepada golongan pendatang. Senario menyerah senjata sebegini telah terbukti suatu faktor penyumbang kepada kejatuhan empayar kuno seperti Rom dan Sepanyol. Demikianlah dalam situasi ini, sekiranya lelaki tidak gigih bekerja, mereka akan kehilangan kuasa pengaruh ke atas keluarga dan masyarakat sekeliling yang dipimpinnya. Memang benar sektor korporat dan institut pengajian tinggi belum dikuasai oleh kaum Hawa sepenuhnya. Namun, jika kaum Adam selalu berfikir bahawa mereka adalah tuan atau ketua, asyik mencuri tulang dan sering menyerahkan tugas kepada orang lain, akhirnya kaum Adam akan menjadi terlalu malas untuk menghalang kaum Hawa.

Kaum Adam Pula Kenalah Gigih !

Perlu diingatkan lagi bahawa kaum lelaki mesti matang atas tanggungjawabnya di masa depan. Ada hati dan usaha pasti boleh! Lihat sahaja, kaum wanita yang dahulu pernah menjadi jaguh di dapur, kini chef-chef di dapur adalah terdiri dari kaum lelaki. Justeru, sekiranya kaum Adam bekerja lebih keras daripada kaum Hawa, KDNK secara keseluruhannya pasti akan melonjak dengan lebih baik. Namun dalam pada itu, kaum Hawa janganlah menjadi golongan terlampau sehingga hendak melanggar syariat seperti dalam isu Amina Wadud yang mengimamkan solat jemaah lelaki. Seperti Dr. Mahathir, saya juga bersetuju bahawa kaum wanita kelihatan begitu menjelikkan jika mereka mula melibatkan diri dalam sukan gusti!

FERIZ OMAR adalah Presiden Pertubuhan Melayu Profesional dan Pewaris Bangsa (ProWaris)

KUALA LUMPUR 16 Nov. – Individu berjawatan tidak boleh menerima tajaan daripada mana-mana

pihak untuk menunaikan haji jika langkah berkenaan akan menimbulkan fitnah dan syak wasangka.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut berkata, individu terbabit juga perlu

memastikan tajaan itu tidak dibuat semata-mata kerana mereka ada kuasa disebabkan memegang

jawatan dalam kerajaan atau mana-mana organisasi. “Komen saya ini bukan berniat menyentuh

mana-mana pihak, tetapi mengikut hukum syarak seseorang itu boleh ditaja untuk mengerjakan haji

Page 42: Pemanasan Global

dengan syarat pihak yang menaja tiada kepentingan dan langkah ini tidak membawa fitnah, syak

wasangka atau keraguan. “Walaupun perkara ini dibolehkan, saya berharap semua pihak sedar

bahawa langkah terbaik untuk mengerjakan haji ialah menggunakan wang sendiri,” katanya ketika

dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Baru-baru ini timbul kontroversi apabila Menteri Besar

Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengaku beliau ditaja pihak tertentu untuk menunaikan haji

dengan kos RM65,000 dan mendapat layanan bertaraf ‘VVIP’. Ekoran kenyataan itu, Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung perkara berkenaan.

Disebabkan timbul pelbagai polemik, Nik Abdul Aziz membatalkan hasratnya berlepas ke Mekah pada

Rabu ini. Menurut Nooh, sebaik-baiknya, individu yang ingin ditaja untuk menunaikan haji adalah

daripada kalangan orang miskin yang tidak berkemampuan untuk mengeluarkan belanja bagi

mengerjakan ibadat itu. “Tajaan ini sepatutnya bagi menolong orang miskin. Ia tidak boleh dilakukan

bagi membantu golongan berada kerana ia tidak berfaedah, sama seperti mencurah garam ke dalam

laut,” tegasnya. Dalam pada itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tiada masalah jika

seseorang itu ingin menunaikan haji menerusi wang tajaan dengan syarat ia tidak mempunyai unsur-

unsur rasuah. “Tak apa dari segi syarak untuk mana-mana pihak menaja kita bagi menunaikan haji.

“Tetapi kita harus memastikan tiada unsur rasuah dan pihak yang melakukan ini tidak mempunyai

niat lain,” ujarnya. Mengulas isu sama, bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

(Yadim), Datuk Dusuki Ahmad berkata, persoalan sama ada boleh atau tidak seseorang itu

menunaikan haji dengan wang tajaan adalah bergantung kepada niat kedua-dua belah pihak. “Kita

mesti mengetahui niat orang yang menerima tajaan dan juga pihak yang menaja. “Apakah tujuan

penajaan ini? Jika ia bermaksud tidak baik dengan niat mencapai keuntungan keduniaan, ini sudah

tentu tidak dibolehkan kerana ia bertentangan dengan tujuan sebenar ibadat haji,” katanya.

RENCANA ILMIAH UNTUK BACAAN ANDA

Kurang senang kualiti kerja, penyeliaanOleh LEE LAM THYE

ANTARA isu yang menarik perhatian ramai ialah bagaimanakah budaya penyelenggaraan yang baik dapat dilaksanakan di Malaysia? Kita berbangga sebagai sebuah negara yang berkemampuan menyediakan prasarana bertaraf dunia. Namun bukan daripada segi penyelenggaraan yang baik. Kes kecacatan dan kerosakan bangunan baru kerajaan dan prasarana yang dibangunkan oleh kerajaan masih segar dalam ingatan. Masalah seperti ini amat memalukan dan terlalu serius untuk diabaikan. Penyelenggaraan yang buruk terhadap bangunan dan prasarana awam boleh membawa kepada kemalangan dan kecederaan. Tandas awam yang tidak diselenggara dengan baik menyebabkan ketidakselesaan kepada orang ramai. Taman permainan kanak-kanak yang tidak diselenggara dengan baik juga boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan. Sementara jalan raya dan longkang yang tidak diselenggara dengan baik boleh menyebabkan banjir kilat.

Jalan berlubang yang dibiarkan berminggu-minggu membahayakan pengguna jalan raya. Kegagalan untuk memotong pokok dan dahan yang menutupi papan tanda di sepanjang jalan raya pula menyebabkan kesulitan kepada pengguna. Kekerapan

Page 43: Pemanasan Global

kejadian hakisan tanah dan tanah runtuh serta beberapa masalah alam sekitar lain boleh mengundang bencana dan tragedi. Kejadian-kejadian yang tidak menyenangkan ini adalah imbasan kepada rasa tidak senang rakyat Malaysia terhadap kualiti kerja yang rendah, pelaksanaan yang tidak sempurna, pengurusan yang lemah, budaya penyelenggaraan yang buruk dan kurangnya etika kerja di kalangan mereka yang terlibat. Apa yang menjadi persoalan bukan sahaja isu etika kerja tetapi juga isu keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Kejadian bangunan runtuh adalah isu keselamatan di tempat kerja yang tidak boleh dipandang ringan.

Sudah sampai masanya bagi semua pihak untuk bertindak atau berbuat sesuatu bagi mengelak atau menyekat perkara yang tidak menyenangkan rakyat Malaysia daripada berulang. Komen yang Malaysia adalah sebuah negara yang "mempunyai prasarana kelas pertama dunia tetapi mentaliti kelas dunia ketiga" adalah tepat. Apatah lagi apabila kita bercakap mengenai budaya penyelenggaraan di negara ini. Budaya penyelenggaraan dan perkhidmatan sememangnya bukan kekuatan kita. Kita amat baik dalam menyediakan bangunan dan prasarana yang canggih, tetapi apabila tiba kepada soal penyelenggaraan dan menjaga bangunan dan prasarana tersebut, kita mempunyai banyak kelemahan dan masalah. Semua pihak berkuasa dan rakyat Malaysia perlu menanam budaya penyelenggaraan yang baik dan menjadikannya sebagai cara hidup seharian. Marilah kita mengubah sikap "prasarana kelas dunia pertama tetapi minda kelas dunia ketiga" apabila kita melakukan penyelenggaraan.

Masanya sudah sampai untuk satu era baru yang menekankan terhadap budaya penyelenggaraan dan keselamatan yang baik. Saya mencadangkan satu lagi pasukan petugas ditubuhkan di bawah pentadbiran Perdana Menteri untuk melaksanakan langkah-langkah konkrit bagi menamatkan perasaan tidak senang terhadap kualiti kerja yang rendah, penyeliaan yang lemah dan penyelenggaraan yang buruk oleh pihak yang berkenaan.

BAYANGKAN pada suatu hari anda terserempak dan bersembang panjang dengan seorang rakan sekolah yang telah lama tidak berjumpa. Keadaannya amat mendukacitakan. Beliau menceritakan yang beliau telah 20 tahun menghidap diabetes. Walaupun lama, malangnya diabetes tidak terkawal dengan baik. Pelbagai komplikasi berlaku. Selain mata kabur, buah pinggang rosak, lima tahun lepas kaki kanannya terpaksa dipotong di paras bawah lutut, setelah beberapa minggu dijangkiti kuman. Lima bulan lepas, kaki kirinya pula terpaksa dipotong kerana masalah yang sama. Lebih malang lagi kini beliau turun naik mahkamah syariah kerana isterinya menuntut cerai, lantaran beliau tidak lagi mampu memberi nafkah - zahir dan batin. Itulah kisah seorang pesakit diabetes. Mungkin ada kisah pesakit yang lebih teruk daripada itu. Hakikatnya pesakit diabetes berdepan dengan pelbagai komplikasi jika diabetes tidak terkawal. Penting sekali bagi pesakit diabetes merenung sejenak keadaan mereka. Berapakah paras gula dalam darah? Adakah ia

Page 44: Pemanasan Global

terkawal?

Tahukah anda bagi setiap 100 orang berumur 30 tahun ke atas yang anda temui di Malaysia, dianggarkan 15 daripadanya menghidap diabetes atau kencing manis. Ini merupakan satu peningkatan yang amat ketara berbanding dengan cuma lapan orang penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa pada 1998. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III yang dijalankan di seluruh Malaysia pada 2006 menunjukkan prevalens diabetes di kalangan penduduk berumur 30 tahun ke atas ialah 14.9 peratus. Bagi penduduk dewasa yang berjumlah 7.8 juta orang (berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2000), dianggarkan seramai 1.2 juta orang menghidap diabetes. Sementara prevalens di kalangan penduduk berumur 18 tahun ke atas ialah 11.6 peratus. Negeri yang paling tinggi peratusan penghidap diabetes ialah Negeri Sembilan, diikuti oleh Melaka, Pulau Pinang dan Kedah. Negeri yang masih mengekalkan gaya hidup tradisional seperti Sabah dan Sarawak didapati rendah peratusan penghidap diabetes, berbanding dengan negeri lain.

Diabetes adalah penyakit kronik di mana paras gula dalam darah didapati berlebihan. Gula adalah pembekal tenaga yang utama kepada seseorang - ibarat petrol atau diesel bagi kereta. Apabila badan mengalami kekurangan gula, ia akan mengalami keletihan dan tidak bermaya. Tetapi sekiranya gula berlebihan dalam darah, ia bertukar menjadi racun dalam badan dan saluran darah seterusnya menjejaskan fungsi jantung, mata, saraf dan buah pinggang. Gula dalam darah seseorang akan ditukar menjadi tenaga oleh hormon insulin, yang dikeluarkan oleh kelenjar pankreas. Diabetes terjadi apabila badan kekurangan hormon insulin, ataupun insulin tidak dapat bertindak dengan berkesan oleh sebab-sebab tertentu. Akibatnya paras gula dalam darah akan tinggi sehingga menyebabkan diabetes. Bagi setiap 10 orang penghidap diabetes yang tidak terkawal, tiga daripadanya akan mengalami kerosakan organ-organ penting, yang akan berakhir dengan sakit jantung, lumpuh, buta, kerosakan buah pinggang, sesetengah anggota badan terpaksa dibuang dan masalah hubungan seksual.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III juga menunjukkan sebahagian besar daripada penghidap diabetes di Malaysia tidak terkawal. Ini dibuktikan oleh beberapa kajian lain, termasuk oleh penyelidik dari Universiti Sains Malaysia yang menunjukkan kadar HbA1c pesakit yang mendapat rawatan di hospital adalah di antara 10.0 hingga 14.5 peratus, jauh melebihi paras kawalan yang dikehendaki, iaitu 6.5 peratus. Ini bermakna kita di Malaysia berdepan dengan dua masalah utama. Pertama, bilangan pesakit diabetes meningkat dengan ketara. Kedua, diabetes tidak terkawal dan berdepan dengan pelbagai komplikasi dan boleh membawa maut.

Mengapa perkara ini berlaku?

Penyebab yang paling ketara ialah perubahan gaya hidup. Dari gaya hidup yang aktif kepada gaya hidup yang tidak aktif. Kalau dulu sebahagian besar penduduk menggunakan tenaga untuk menjalankan kerja harian, sama ada kerja dalam rumah

Page 45: Pemanasan Global

atau di luar rumah. Bermula dari memasak, membasuh pakaian, perjalanan serta pelbagai kerja harian dulunya dijalankan sendiri tanpa bantu alat atau mesin. Sekarang itu semua tidak diamalkan. Semuanya dibantu oleh pelbagai mesin. Kita tidak lagi menggunakan tenaga. Tambahan pula sebahagian besar dari penduduk Malaysia tidak aktif dan tidak melakukan senaman, terutamanya penduduk di kawasan bandar. Sedangkan jumlah makanan dan tenaga yang tercetus dari makanan adalah sama. Tenaga yang berlebihan ini terkumpul dan akhirnya akan mengakibatkan diabetes. Bagi penghidap diabetes, keadaan diabetes mereka menjadi tidak terkawal. Penyumbang kedua ialah pengambilan gula dan susu pekat manis yang berlebihan sama ada dalam minuman, kuih-muih dan makanan. Setiap kali musim perayaan kita sering kali berdepan dengan masalah kekurangan gula di pasaran. Dan kita juga antara negara yang paling banyak penggunaan gula di dunia!

Perkara yang ketiga ialah kita makan banyak! Banyak daripada segi kuantiti dan juga kekerapan. Tengok saja di musim hari raya yang kita sambut setiap tahun, rumah-rumah terbuka yang diadakan. Dan kita pula menjamukan diri kita sepuas-puasnya. Tidak dinafikan terdapat penyebab diabetes yang lain seperti faktor genetik dan keturunan, kerosakan pankreas dan akibat penggunaan ubat tertentu. Tetapi ia merupakan faktor yang kecil dan sebahagiannya dapat dielakkan. Faktor yang utama ialah amalan pemakanan dan gaya hidup yang kita amalkan

Bagaimana mencegah dan mengawal penyakit diabetes?

Ada tiga perkara asas yang harus dilakukan untuk mencegah dan mengawal diabetes iaitu amalkan gaya hidup yang aktif, kawal makan dan minum, dan yang terakhir ialah ambil ubat yang sesuai. Kalau setiap orang secara istiqamah mengamalkan tiga perkara asas ini, dipercayai mereka akan kekal sihat sepanjang hayat. Untuk mengamalkan gaya hidup yang aktif adalah tidak sukar jika kita jadikan ia keutamaan dalam hidup kita. Cubalah berjalan kaki berbanding naik motor atau kereta, naik tangga berbanding naik lif, serta pelbagai amalan lain yang membolehkan kita aktif. Bagi mereka yang bekerja pejabat, peruntukkan masa untuk bersukan atau bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama setengah jam setiap kali. Kita sering memberi alasan kesuntukan masa untuk melakukan aktiviti tersebut, tetapi apabila berdepan dengan musibah seperti strok, serangan jantung, kerosakan buah pinggang, barulah kita ada masa untuk melakukan senaman dan lain-lain aktiviti. Malangnya ketika itu, ia telah terlambat.

Penulis ialah Profesor Madyadi Jabatan Perubatan MasyarakatUniversiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan.

Semarakkan kokurikulumOleh WAHID [email protected]

Page 46: Pemanasan Global

APAKAH signifikannya aktiviti kokurikulum di sekolah sehingga mendorong Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu ia diberi tumpuan khusus di setiap sekolah? Jawapannya, kalau hendak melahirkan pelajar yang seimbang dan sempurna 360 darjah mengikut dimensi Falsafah Pendidikan Negara, maka kokurikulum boleh melakukannya. Memang kokurikulum ada caranya. Kokurikulum menjadikan pelajar pendiam petah bercakap, pelajar malas menjadi rajin, pelajar yang suka menyendiri menjadi jaguh dalam kumpulannya dan pelajar yang sebelum ini hanya hidup dalam dunianya, akan melihat alam semesta ini sebenarnya luas. Kokurikulum melengkapkan dimensi pendidikan seseorang pelajar. Lebih bersikap profesional dan dinamik dalam hal pengurusan masa, mengurus acara, emosi diri serta rakan-rakan dan menjadi lebih fokus. Kokurikulum juga mendidik seseorang pesertanya mempelajari cara menyelesaikan masalah dan kreatif.

Lebih penting, kokurikulum menjadikan dimensi pendidikan lebih bersifat holistik. Walaupun tidak 360 darjah tetapi lebih baik berbanding rakan lain yang pasif dan hanya seperti ulat buku mengejar sebanyak mungkin "A" dalam peperiksaan.Sebagai contoh, di Sekolah Menengah Seri Puteri, Cyberjaya, perubahan kepada ciri dan kualiti pelajarnya yang mengikuti aktiviti kokurikulum iaitu Program F1 cukup ketara. Program F1 in School merupakan program Kementerian Pelajaran Malaysia yang diperkenalkan sejak 2005. Melalui program ini, sekumpulan empat pelajar akan mereka bentuk kereta lumba F1 sebesar lebih kurang telefon bimbit daripada kayu balsam yang digerakkan dengan pelepasan karbon disoksida termampat. Reka bentuk adalah menggunakan perisian khusus, yang ditentu ukur mengikut manual spesifikasi pertandingan, sebelum diukir oleh sebuah mesin. Penolong Kanan, Datin Zaliah Ismail berkata, pemantauan terhadap perubahan seseorang pelajar daripada segi sahsiah dan pembawaan lebih senang dilakukan di sekolah berasrama kawalan kerana mereka membesar bersama-sama guru yang menjadi ibu bapa dan membimbing mereka seawal usia 13 tahun.

"Jadi saya boleh nampak akan perubahan sikap pelajar yang dicorakkan oleh kegiatan kokurikulum yang mereka ceburi," ujar beliau. Demi aktiviti kokurikulum, beliau sedia memberi pelepasan masa kepada pelajarnya. Kokurikulum banyak membawa perubahan positif kepada pelajar di sekolah ini, menjadikan mereka lebih matang dan mempunyai ciri yang diperlukan selepas melalui sistem pendidikan. Malah, empat pelajar yang dipilih mengikuti program berkenaan turut merasai perubahan pada diri sendiri. Bagaimanakah program F1 in School, secara khusus boleh membentuk keperibadian dan mencanai minda pelajar? Rahsianya terletak kepada proses, kitaran, keperluan dan objektif program yang memerlukan kebijaksanaan ilmu semasa di dalam kelas - khususnya fizik, matematik dan perlumbaan. Terdapat enam kriteria yang akan menjadi asas kepada penilaian

Page 47: Pemanasan Global

program F1 in School, iaitu pelan perniagaan, reka bentuk, analisis, pembuatan, ujian.

Selain penilaian tersebut, pemarkahan juga diambil kira berdasarkan pembentangan yang memerlukan kemahiran komunikasi dalam bahasa Inggeris, selain membentangkan program penyelidikan masing-masing dalam bentuk dokumentasi bertulis. Semangat setiakawan juga diambil kira. "Di sinilah kami mesti bekerjasama walau pun sebelum ini kami ada masalah masing-masing," kata Aina Farzana Mohd Azmi, Ketua Pelajar SMK Sri Puteri, selaku Pengurus Sumber projek F1 in School sesi 2009. Anak seorang akauntan dari Sungai Buloh itu sangat sensitif dan cerewet dengan apa yang dilakukannya, apatah lagi aktiviti kokurikulum itu amat diminatinya. Pihak sekolah telah memilih empat pelajar terbaik dari segi keputusan peperiksaan dan kedudukan jawatan di sekolah iaitu Aina Farzana (Ketua Pelajar), Hanie Farhana Hamdi (Penolong Ketua Pelajar), Kautsar Hanapai dan Nurulauni Aqilah Saniman. Keempat-empat pelajar ini memang dikenali oleh guru dan rakan sebagai pelajar pintar. Program kokurikulum yang dianggap elit itu benar-benar melatih para pelajar berkenaan untuk membina stamina bagi mengatur, mengurus dan menyiapkan tugasan pada setiap hari, bermula 4.30 petang hingga sekitar 5.30 petang. Dari segi aplikasi atau kaitan dengan apa yang dipelajari daripada buku teks, Hanie Farhana memberitahu, program F1 menuntut kreativiti pelajar untuk mengisi persoalan prinsip fizik, khususnya perkaitan kelajuan dan tekanan, serta reka bentuk aerodinamik.

"Malah kami mempunyai rasional yang kreatif untuk memberi nama kumpulan kami sebagai 'Dash' - kerana mudah sebutannya serta tepat dengan motif berkelajuan tinggi, sementara warna korporat ungu dan putih, yang melambangkan kepantasan serta kedinamikan," kata Hanie Farhana. Kokurikulum menuntut mereka bertanggungjawab, tolong menolong ketika mengatur strategi dan berkeyakinan, tambah Hanie Farhana. Semangat tolong menolong jelas terjalin apabila pelajar tingkatan lima yang pernah menjadi pasukan F1 ketika masih berada di tingkatan empat turut turun padang membantu pasukan baru itu. Seperti rakan-rakan lain, Nurulauni Aqilah, anak seorang guru sekolah rendah dari Pasir Gudang, Johor, mahir membuat kaliberasi pemotongan dan ukiran daripada perisian yang disediakan utnuk membuat acuan kereta lumba F1.

RENCANA ILMIAH UNTUK BACAAN TAMBAHAN PELAJAR

Minda Pengarang: Transformasi ekonomi mampu realisasikan KDNK 6 peratus setahun

PRASYARAT supaya Malaysia mencatat purata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), enam peratus setahun sepanjang sedekad sehingga 2020 jika mahu

Page 48: Pemanasan Global

mencapai status negara berpendapatan tinggi bukan mudah untuk dipenuhi. Begitu juga dengan syarat meraih pendapatan perkapita kasar minimum AS$17,000 seperti yang ditetapkan mengikut syarat Bank Dunia kerana kita kini hanya berada pada paras AS$7,000. Sebenarnya usaha memenuhi syarat itu ialah cabaran utama transformasi ekonomi yang sedang dilaksanakan kerajaan. Jika sasaran itu berjaya dicapai, maka transformasi ekonomi ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi berhasil dan demikian juga kalau sebaliknya. Begitupun, untuk memastikan negara dapat terus kekal bersaing di arena antarabangsa, kita tidak mempunyai pilihan selain berusaha memastikan sasaran yang ditetapkan itu mampu dipenuhi dengan apa cara sekalipun. Menyedari cabaran besar yang dihadapi, kita harus merancang strategi terbaik untuk menjayakannya. Seperti yang pernah diperincikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kunci kepada transformasi itu ialah inovasi dan kreativiti. Jika sebelum ini kita sudah berjaya melakukan transformasi ekonomi daripada yang berasaskan pertanian kepada perindustrian, kini negara harus berganjak pula kepada model ekonomi baru yang berasaskan inovasi, kreativiti serta nilai tambah tinggi. Anjakan asas ekonomi ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi sebenarnya harus dijana usaha menyepadukan ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi) dalam semua aspek. Teras kepada usaha itu ialah penggunaan dan pembangunan kepakaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam sistem penyampaian kerajaan, perniagaan, dan kehidupan rakyat. Ia bukan setakat cuba melahirkan modal insan yang berilmu, malah mereka perlu mempunyai budaya inovasi. Dengan kata lain, ia tidak harus terhad kepada sekadar melahirkan ramai cerdik pandai dan ilmuwan tersohor saja kerana mereka mesti kreatif dan berinovasi serta tahu mencantumkan kreativiti dengan teknologi. Ini penting kerana budaya inovasi dapat membantu menyepadukan penggunaan ICT dalam semua sektor supaya lebih cekap dan produktif. Semua ini secara langsung akan menjadi platform untuk keseluruhan ekonomi lebih bersaing termasuk sektor perindustrian dan perkhidmatan yang kini menjadi enjin pertumbuhan. Menerusi pendekatan itu juga, Malaysia akan mampu melonjakkan kedudukannya dalam rantaian nilai sekali gus meraih pulangan lebih tinggi. Ini seterusnya mendorong pembentukan sistem ekonomi berpendapatan tinggi dan meningkatkan angka KDNK. Pertumbuhan itu kemudian akan menjana pertambahan pendapatan perkapita ke arah memenuhi standard yang ditetapkan Bank Dunia. Dalam keadaan semasa, mungkin angka KDNK dan pendapatan perkapita yang disyaratkan itu kelihatan tinggi, namun realitinya ia bukan mustahil dicapai. Pemulihan ekonomi global dan domestik harus dimanfaatkan dengan strategi yang berkesan bagi merealisasikan hasrat melakukan transformasi itu.

SOALAN

Anda telah diminta menyampaikan ceramah kepada persatuan ibu bapa dan guru sekolah anda tentang tanggungjawab dan peranan ibu bapa dalam menangani masalah ‘gangterisme’ dalam kalangan pelajar.

Sediakan teks ceramah tersebut.

Page 49: Pemanasan Global

JAWAPAN LENGKAP

Selamat pagi, saya selaku pengerusi majlis ucapkan kepada pengetua, Encik Vincent Liong Shuan Chuan, guru-guru, para ibu bapa, adik-adik pelajar, dan seterusnya hadirin dan hadirat sekalian. Gangterisme dalam kalangan pelajar boleh didefinisikan sebagai tindakan seseorang pelajar melanggar undang-undang dan peraturan sekolah dengan melakukan kesalahan jenayah dalam pelbagai bentuk. Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Tan Seri Muhiddin Yassin menyatakan bahawa kemelut ini banyak melibatkan pelajar di sekolah menengah. Oleh itu, para ibu bapa diseru supaya dapat memainkan peranan dengan lebih aktif dalam menangani masalah ini. Dengan itu, pada pagi yang mulia lagi sejahtera ini, saya akan menyampaikan ceramah tentang tanggungjawab dan peranan ibu bapa dalam menangani masalah gangterisme dalam kalangan pelajar.

Hadirin sekalian,

Pada hemat saya, tanggungjawab dan peranan ibu bapa dalam mengatasi masalah ‘gangterisme’ adalah dengan memberi kasih sayang kepada anak-anak mereka. Sesungguhnya, kehidupan kini menyebabkan masyarakat diburu oleh pelbagai urusan kehidupan yang tidak pernah berakhir. Hal ini disebabkan mereka hanya mementingkan kekayaan dan materialistik. Hasilnya, anak mereka akan terlibat dalam gangterisme seperti merompak, mencuri dan sebagainya untuk menarik perhatian daripada ibu bapa mereka. Dengan itu, ibu bapa seharusnya meluangkan masa menemani dan memberi kasih sayang kepada anak-anak mereka. Hasilnya, mereka akan merasai kasih sayang daripada ibu bapa dan tidak akan terjebak dalam gejala gangterisme. Tuntasnya, kasih sayang daripada ibu bapa dapat membantu kita dalam menangani masalah gangterisme.

Selain itu, ibu bapa juga perlu memberi didikan agama kepada anak mereka untuk membendung masalah gangterisme. Memang tidak dapat dinafikan bahawa, agama merupakan benteng yang kukuh untuk menahan segala nafsu jahat. Lebih-lebih lagi, anak-anak mereka dapat membezakan baik dan buruk dengan adanya asuhan agama yang kukuh. Dengan itu, ibu bapa perlu memberi asuhan didikan agama kepada anak mereka sejak kecil lagi. Pepatah Melayu mengatakan “melentur buluh biarlah dari rebungnya” amat bertepatan dengan situasi ini. Hasilnya, anak mereka tidak akan terjebak dalam gejala seperti memeras ugut, mencuri dan membuli. Jelaslah bahawa, didikan agama dapat membendung masalah gangterisme dalam kalangan pelajar.

Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa seharusnya menunjukkan teladan yang baik kepada anak mereka. Sesungguhnya, ibu bapa yang terbabit dalam gejala gangterisme akan diikuti oleh anak mereka. Perkara ini dapat digambarkan dalam situasi peribahasa yang menyatakan “bapa borek, anak rintik”. Hal ini demikian kerana, anak-anak mereka dijaga, dibesar dan sentiasa bersama dengan ibu bapa mereka. Lantaran itu, ibu bapa harus mempunyai personaliti diri yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak mereka. Hasilnya, anak-anak mereka akan membesar

Page 50: Pemanasan Global

dalam keadaan yang sihat tanpa dicemari oleh unsur-unsur negatif yang dangkal dan bobrok. Nyatalah di sini, ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik untuk mengatasi gejala gangterisme.

Bukan itu sahaja, ibu bapa seharusnya sentiasa peka dan prihatin dengan latar belakang kawan anak mereka. Memang tidak dapat dinafikan bahawa, pelajar kini sering dipengaruhi oleh kawan sebaya mereka. Lebih-lebih lagi, mereka yang ingin menyahut cabaran kawan mereka untuk menyertai kumpulan gangter. Selain itu, mereka yang tidak mahu disish oleh rakan mereka akan terdorong untuk terjerumus ke pelbagai kancah permasalahan sosial seperti gengsterisme. Oleh itu, ibu bapa perlu mengenali semua kawan anak mereka. Lebih-lebih lagi, ibu bapa juga boleh menetapkan masa balik rumah anak-anak setelah keluar dengan rakan-rakan. Ibu bapa hendaklah selalau menghubungi anak-anak menggunakan telefon untuk mengetahui tempat mereka berada pada setiap masa. Dengan itu dapatlah dikatakan bahawa tabiat ibu bapa yang suka ambil tahu latarbelakang kawan anak mereka akan membantu kita untuk membendung masalah gangterisme.

Hadirin sekalian,

Selanjutnya, ibu bapa juga perlu menyelia dan menetapkan jenis rancangan televisyen yang sesuai untuk ditonton oleh anak mereka semasa berada di rumah. Pada hari ini, banyak rancangan televisyen yang ditayangkan berunsur negatif seperti memaparkan aksi bunuh-membunuh, meragut, mencuri, bergaduh dan sebagainya. Remaja pula sering terikut-ikut dengan aksi ditonton. Hal ini disebabkan, mereka mempunyai naluri yang tinggi untuk mencuba sesuatu. Dengan itu, ibu bapa perlu melarang anak-anak mereka menonton rancangan televisyen yang berunsur negatif. Hasilnya, minda anak-anak mereka tidak akan dicemari oleh unsur-unsur negatif negatif. Tegasnya, untuk menangani kemelut ini, ibu bapa perlu melarang anak mereka daripada menonton rancangan yang berunsur negatif.

Seterusnya, ibu bapa juga bertanggungjawab untuk mewujudkan institusi kekeluargaan yang harmoni. Sesungguhnya, suasana keluarga yang porak-peranda akan menyebabkan anak tidak suka berada di rumah. Hasilnya, mereka akan selalu keluar dan keadaan ini akan mendorong mereka terbabit dalam gejala gangterisme. Oleh itu, ibu bapa seharusnya mewujudkan suasana rumah yang sentiasa aman dan damai. Sementelahan itu, ibu bapa perlu menunjukkan kemesraan dan meluangkan masa untuk berkomunikasi dengan anak mereka. Dengan itu, hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak mereka dapat dirapatkan. Berdasarkan kenyataan yang diberi, jelas mengatakan bahawa institusi kekeluargaan yang harmoni dapat mengatasi masalah gangterisme.

Intihanya, ibu bapa memainkan tanggungjawab dan peranan yang penting untuk menangani masalah gangterisme dalam kalangan pelajar. Analoginya mudah, gangsterisme umpama penyakit H1N1, pelajar pula ialah pengidapnya. Jika penyakit

Page 51: Pemanasan Global

H1N1 ini dapat dikesan lebih awal mangsanya pasti dapat diselamatkan dengan kepakaran yang kita ada. Walau bagaimanapun, andai kita lambat bertindak sudah pasti mangsanya akan menderita sehingga ada yang menemui maut. Sesungguhnya, dalam konteks gejala gangsterisme di kalangan pelajar ini kita harus mengamalkan prinsip “mencegah lebih baik daripada mengubati”. Hal ini demikian kerana, merekalah merupakan generasi muda yang bakal memimpin negara, bak kata pepatah, “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”. Ingatlah seruan Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam gagasan “Satu Malaysia”, yang berselogankan “ Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Sekian terima kasih.