pemakluman pelaksanaan pemeriksaan produk … · cidb berhak mengadakan audit atau pemeriksaan...

8
Page 1 of 8 PEMAKLUMAN PELAKSANAAN PEMERIKSAAN PRODUK MENERUSI KAEDAH ‘SELF DECLARATION’ KEPADA PENGIMPORT SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) 1. Selaras dengan keputusan Kerajaan Malaysia yang membenarkan beberapa sektor termasuk pembinaan meneruskan operasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung, pihak CIDB telah mengeluarkan tatacara berikut untuk dipatuhi oleh pengimport yang telah mendapat Surat Kebenaran Beroperasi daripada MITI. 2. Pengimport yang layak untuk beroperasi sepanjang tempoh ini perlu memenuhi kriteria berikut: i. Mengemukakan Surat Kebenaran Beroperasi dari MITI. ii. Mematuhi garis panduan amalan langkah pencegahan COVID-19 yang dikeluarkan oleh kementerian dan agensi berkaitan. iii. Menyediakan laporan pemeriksaan produk yang dilaksanakan oleh pengimport kepada pejabat CIDB. iv. Laporan pemeriksaan produk perlu diluluskan dan mendapat kelulusan penggunaan produk oleh CIDB terlebih dahulu sebelum pengimport dibenarkan mengguna/mengalih produk. 3. Laporan pemeriksaan disediakan dalam format PDF berwarna dan perlu lengkap dengan maklumat berikut: i. No. permohonan, no. kontena, no. seal, jenis produk, kuantiti keseluruhan produk, bilangan bundle, standard, gred, dimensi produk, nama pengilang, nombor PC/FTTR (Rujuk kepada kelulusan No. TPIB), deklarasi pengimport beserta dengan tandatangan dan cop syarikat. ii. Gambar nombor seal yang jelas (sekiranya berkenaan). iii. Gambar kontena dan keseluruhan produk dalam kontena (sekiranya berkenaan). iv. Gambar produk yang telah dikeluarkan dari kontena dan disusun mengikut permohonan/saiz/gred/bundle/model untuk tujuan pengiraan kuantiti oleh pegawai CIDB berdasarkan gambar-gambar tersebut. v. Gambar penandaan pada produk perlu diambil bagi setiap saiz/heat number/standard/gred/jenis/brand/model. vi. Setiap gambar yang digunakan dalam laporan perlu mempunyai tarikh pada gambar tersebut. vii. Contoh format Laporan Pemeriksaan Produk boleh dirujuk di Lampiran B.

Upload: others

Post on 17-Jul-2020

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMAKLUMAN PELAKSANAAN PEMERIKSAAN PRODUK … · CIDB berhak mengadakan audit atau pemeriksaan mengejut di gudang atau premis pengimport bagi memastikan semua peraturan dipatuhi

Page 1 of 8

PEMAKLUMAN PELAKSANAAN PEMERIKSAAN PRODUK MENERUSI KAEDAH

‘SELF DECLARATION’ KEPADA PENGIMPORT SEPANJANG TEMPOH PERINTAH

KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

1. Selaras dengan keputusan Kerajaan Malaysia yang membenarkan beberapa sektor

termasuk pembinaan meneruskan operasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

berlangsung, pihak CIDB telah mengeluarkan tatacara berikut untuk dipatuhi oleh

pengimport yang telah mendapat Surat Kebenaran Beroperasi daripada MITI.

2. Pengimport yang layak untuk beroperasi sepanjang tempoh ini perlu memenuhi kriteria

berikut:

i. Mengemukakan Surat Kebenaran Beroperasi dari MITI.

ii. Mematuhi garis panduan amalan langkah pencegahan COVID-19 yang dikeluarkan

oleh kementerian dan agensi berkaitan.

iii. Menyediakan laporan pemeriksaan produk yang dilaksanakan oleh pengimport

kepada pejabat CIDB.

iv. Laporan pemeriksaan produk perlu diluluskan dan mendapat kelulusan

penggunaan produk oleh CIDB terlebih dahulu sebelum pengimport dibenarkan

mengguna/mengalih produk.

3. Laporan pemeriksaan disediakan dalam format PDF berwarna dan perlu lengkap dengan

maklumat berikut:

i. No. permohonan, no. kontena, no. seal, jenis produk, kuantiti keseluruhan

produk, bilangan bundle, standard, gred, dimensi produk, nama pengilang,

nombor PC/FTTR (Rujuk kepada kelulusan No. TPIB), deklarasi pengimport beserta

dengan tandatangan dan cop syarikat.

ii. Gambar nombor seal yang jelas (sekiranya berkenaan).

iii. Gambar kontena dan keseluruhan produk dalam kontena (sekiranya berkenaan).

iv. Gambar produk yang telah dikeluarkan dari kontena dan disusun mengikut

permohonan/saiz/gred/bundle/model untuk tujuan pengiraan kuantiti oleh

pegawai CIDB berdasarkan gambar-gambar tersebut.

v. Gambar penandaan pada produk perlu diambil bagi setiap saiz/heat

number/standard/gred/jenis/brand/model.

vi. Setiap gambar yang digunakan dalam laporan perlu mempunyai tarikh pada

gambar tersebut.

vii. Contoh format Laporan Pemeriksaan Produk boleh dirujuk di Lampiran B.

Page 2: PEMAKLUMAN PELAKSANAAN PEMERIKSAAN PRODUK … · CIDB berhak mengadakan audit atau pemeriksaan mengejut di gudang atau premis pengimport bagi memastikan semua peraturan dipatuhi

Page 2 of 8

4. CIDB berhak mengadakan audit atau pemeriksaan mengejut di gudang atau premis

pengimport bagi memastikan semua peraturan dipatuhi.

5. Dengan bersetuju menerimapakai kaedah ini, pengimport bersetuju memastikan laporan

pemeriksaan yang disediakan adalah tepat dan benar pada masa laporan tersebut

dikeluarkan. Sebarang penipuan laporan pemeriksaan akan menyebabkan pengimport

berhadapan dengan tindakan undang undang oleh CIDB di bawah Akta 520 CIDB.

6. Semua urusan dilaksanakan menerusi dalam talian (online), emel CIDB & ePermit.

Sebarang pertanyaan boleh diemelkan ke alamat emel di bawah.

Bil Pejabat CIDB Emeluntuk dihubungi

1. Ibu Pejabat [email protected]

2. Johor [email protected]

3. Pulau Pinang [email protected]

4. Selangor [email protected]

5. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur [email protected]

6. Terengganu [email protected]

7. Kelantan [email protected]

8. Kedah [email protected]

9. Perak [email protected]

10. Melaka [email protected]

11. Kota Kinabalu, Sabah [email protected]

12. Sandakan, Sabah [email protected]

13. Tawau, Sabah [email protected]

14. Kuching, Sarawak [email protected]

15. Sibu, Sarawak [email protected]

16. Bintulu, Sarawak [email protected]

17. Miri, Sarawak [email protected]

18. Negeri Sembilan [email protected]

19. Perlis [email protected]

20. Pahang [email protected]

Sekian, terima kasih.

Bahagian Standard dan Bahan Binaan CIDB Malaysia 22 April 2020

Page 3: PEMAKLUMAN PELAKSANAAN PEMERIKSAAN PRODUK … · CIDB berhak mengadakan audit atau pemeriksaan mengejut di gudang atau premis pengimport bagi memastikan semua peraturan dipatuhi

Page 3 of 8

LAMPIRAN A

CARTA ALIR PROSES PERMOHONAN COA & ‘SELF VERIFICATION’ SEPANJANG

TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Gagal

Lulus

Gagal

Lulus

Mula

Keputusan

Hantar

permohonan COA

di ePermit

Tamat

Sediakan laporan

pemeriksaan dan emel ke

CIDB

Keputusan

Pindahkan barang ke

gudang/premis

Kebenaran

Menggunakan

Produk

Page 4: PEMAKLUMAN PELAKSANAAN PEMERIKSAAN PRODUK … · CIDB berhak mengadakan audit atau pemeriksaan mengejut di gudang atau premis pengimport bagi memastikan semua peraturan dipatuhi

LAMPIRAN B

LAPORAN PEMERIKSAAN KAEDAH ‘SELF-DECLARATION’OLEH PENGIMPORT SEMASA PKP

Nama Syarikat: ................................................................................

No. Permohonan COA: ..........................................................................

Page 4 of 8

1: MAKLUMAT BERKAITAN DENGAN PRODUK:

1.1 Jenis produk : ......................................................................................

1.2 Kuantiti (mengikut saiz/kategori) :.............................................................

1.3 Standard yang digunapakai: .............................................................

1.4 No. PC/FTTR : ....................................................................................

1.5. No. PPS : .........................................................................................

i. Laporan ‘self-declaration’ ini disediakan sebagai syarat untuk kelulusan penggunaan

produk dan dilaksanakan semasa tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP);

ii. Saya/Kami berakujanji bahawa apa yang saya/kami laporkan ini adalah benar seperti

maklumat yang kami nyatakan di dalam ePermit bagi permohonan di atas;

iii. Sekiranya terdapat perbezaan produk atau bahan binaan, kuantiti, penandaan tidak

menepati standard, pembungkusan berubah, susunan produk atau bahan binaan telah

berubah bentuk dalam pembungkusan atau apa-apa perubahan bentuk keadaan fizikal

maka:

a. Produk atau bahan binaan tersebut boleh disita dan/atau;

b. Saya/Kami bertanggungjawab untuk menghantar semula kesemua produk tersebut

ke negara asal dan menanggung segala perbelanjaan dalam semua urusan bersabit

kesalahan dan ketidakpatuhan yang dilakukan;

c. Saya/Kami tidak akan menuntut sebarang kos dari Lembaga berkaitan kesalahan ini.

Page 5: PEMAKLUMAN PELAKSANAAN PEMERIKSAAN PRODUK … · CIDB berhak mengadakan audit atau pemeriksaan mengejut di gudang atau premis pengimport bagi memastikan semua peraturan dipatuhi

LAMPIRAN B

LAPORAN PEMERIKSAAN KAEDAH ‘SELF-DECLARATION’OLEH PENGIMPORT SEMASA PKP

Nama Syarikat: ................................................................................

No. Permohonan COA: ..........................................................................

Page 5 of 8

iv. Sekiranya saya/kami gagal mematuhi Akujanji ini, saya/kami dan pengarah-pengarah

akan diambil tindakan tatatertib/perundangan/denda dan disenarai hitamkan dan

dengan itu Lembaga berhak untuk tidak melayan sebarang permohonan dari saya/kami

dan pengarah-pengarah dalam sebarang urusan pengimportan.

Laporan ini disediakan oleh:

__________________________

Nama: ..........................................

(Pengarah Syarikat)

Jawatan :

No. K/P:

Cop Syarikat:

Tarikh :

Page 6: PEMAKLUMAN PELAKSANAAN PEMERIKSAAN PRODUK … · CIDB berhak mengadakan audit atau pemeriksaan mengejut di gudang atau premis pengimport bagi memastikan semua peraturan dipatuhi

LAMPIRAN B

LAPORAN PEMERIKSAAN KAEDAH ‘SELF-DECLARATION’OLEH PENGIMPORT SEMASA PKP

Nama Syarikat: ................................................................................

No. Permohonan COA: ..........................................................................

Page 6 of 8

2. GAMBAR BERKAITAN DENGAN PRODUK:

2.1 Gambar kontena dan keseluruhan produk dalam kontena

#CONTOH GAMBAR

2.2 Gambar seal (jika berkaitan) – pastikan no. seal adalah jelas

#CONTOH GAMBAR

Page 7: PEMAKLUMAN PELAKSANAAN PEMERIKSAAN PRODUK … · CIDB berhak mengadakan audit atau pemeriksaan mengejut di gudang atau premis pengimport bagi memastikan semua peraturan dipatuhi

LAMPIRAN B

LAPORAN PEMERIKSAAN KAEDAH ‘SELF-DECLARATION’OLEH PENGIMPORT SEMASA PKP

Nama Syarikat: ................................................................................

No. Permohonan COA: ..........................................................................

Page 7 of 8

2.3: Gambar produk yang telah dikeluarkan dari kontena dan disusun mengikut

permohonan/saiz/gred/bundle/model untuk tujuan pengiraan kuantiti oleh pegawai CIDB

berdasarkan gambar-gambar tersebut.

#CONTOH GAMBAR

Page 8: PEMAKLUMAN PELAKSANAAN PEMERIKSAAN PRODUK … · CIDB berhak mengadakan audit atau pemeriksaan mengejut di gudang atau premis pengimport bagi memastikan semua peraturan dipatuhi

LAMPIRAN B

LAPORAN PEMERIKSAAN KAEDAH ‘SELF-DECLARATION’OLEH PENGIMPORT SEMASA PKP

Nama Syarikat: ................................................................................

No. Permohonan COA: ..........................................................................

Page 8 of 8

2.4: Gambar penandaan pada produk perlu diambil bagi setiap saiz/heat

number/standard/gred/jenis/brand/model.

#CONTOH GAMBAR

HOT ROLLED SECTIONS OF NON –ALLOY STRUCTURAL STEEL (150 X 75 X 6.5)MM X 6M

TOTAL = 816 PCS (34 BUNDLES)