pelan strategik ict btp

Upload: yus-ran

Post on 17-Oct-2015

84 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015

    Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran Malays ia

    ISI KANDUNGAN

    Kata Alu-aluan Ketua Setiausaha KPM 2

    Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 3

    Kata Alu-aluan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan 4

    Pengenalan 5

    Wawasan 2020 & Misi Nasional 7

    Pelan Transformasi & Modal Baru Ekonomi Malaysia 9

    BTP : Misi, Visi & Fungsi 13

    Pelan Strategik Pembestarian BTP 2011-2015 15

    Bidang Utama Bahagian Teknologi Pendidikan 16

    Strategi 18

    Matriks Perancangan Strategik, Pembestarian BTP 2011-2015 20

    Rumusan 28

    Task Force Pelan Strategik Pembestarian Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan 29

  • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015

    2 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pela jaran Malays ia

    Bismillahir rahmanir rahim.

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

    Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian PelajaranMalaysia kerana berjaya menerbitkan Perancangan Strategik Pembestarian Bahagian Teknologi Pendidikan 2011 2015.Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi penekanan kepada teknologi maklumat dankomunikasi (ICT) yang dikenal pasti sebagai salah satu faktor penting bagi membantu pencapaian matlamat pendidikan. Kepesatan kemajuan ICT menjadi cabaran kepada negara untuk menyediakanmodal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran abad ke-21. Bagi menerajui usaha ini, KPMperlu menyediakan keperluan fizikal dan bukan fizikal untuk membolehkan penggunaan ICT sebagai alat pengupaya (enabling tool) pada semua peringkat organisasi pendidikan. Penggunaan ICT yang optimum berpotensi membawa perubahan dan pembaharuan kepada sistem pendidikan kearah memartabatkan pendidikan negara bertaraf dunia.Tiga dasar utama ICT dalam pendidikan telah digariskan oleh KPM iaitu literasi ICT untuk semua murid,

    mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendididikan sebagai kurikulum dan alat P&P, dan menekankan penggunaan ICTuntuk meningkatkan produktiviti, kecekapan, dan keberkesanan sistem pengurusan organisasi pendidikan.

    Dalam konteks ini, usaha penerbitan buku ini, bagi memastikan hala tuju Bahagian Teknologi Pendidikan sebagai peneraju teknologipendidikan dan ICT Kementerian Pelajaran Malaysia dipacu berlandaskan satu perancangan yang kemas dan terancang, merupakansuatu usaha yang harus dipuji.

    Saya berharap agar buku ini dapat dijadikan rujukan dan panduan dalam melaksanakan keperluan pendidikan yang dapat membangkitkan potensi individu secara menyeluruh dan menjadi pemangkin kepada kehidupan yang lestari, seterusnya merealisasikanhasrat negara untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.

    TAN SRI DR. ZULKURNAIN BIN HAJI AWANG

    KATA ALU-ALUAN KETUA SETIAUSAHAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

  • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015

    3 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pela jaran Malays ia

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

    Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah perkenanNya, PerancanganStrategik Pembestarian Bahagian Teknologi Pendidikan 2011 2015 dapat dihasilkan sebagai panduandalam pencapaian matlamat pembangunan pendidikan. Ini adalah selaras dengan dasar negarauntuk mencapai pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sosial yang membanggakan, antaranya termasukpengembangan sektor ekonomi baru seperti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

    ICT ialah sistem yang membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan, dan komunikasimaklumat dalam pelbagai bentuk. ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan ICT yang menyokongproses teras dalam pengurusan dan pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pendidikansepanjang hayat. Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dilaksanakan tanpa kekangantempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, berupaya meningkatkan kualitipendidikan di samping mempercepat proses pendidikan berdasarkan kadar kebolehan murid.

    Walau bagaimanapun, matlamat pembangunan pendidikan berteraskan ICT tidak dapat lari daripadabeberapa isu yang kadang kala memberikan cabaran hebat dalam pelaksanaannya, antaranya, pembangunan infrastruktur ICT,akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT, pengintegrasian ICT dalam P&P, peningkatan pengetahuan dan kemahiran ICT, penggunaanICT dalam pengurusan pendidikan, pengurusan dan penyenggaraan perkakasan ICT serta penyelidikan dan pembangunan dalam ICT.

    Saya menghargai inisiatif Bahagian Teknologi Pendidikan menerbitkan buku ini yang diharapkan dapat memberikan garis panduan kepada semua agensi pelaksana dalam menangani isu dan cabaran pelaksanaan ICT dalam pendidikan. Adalah menjadi harapansaya, dokumen ini dijadikan rujukan dan ditafsirkan dalam bentuk program dan aktiviti yang memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menjurus ke arah pembangunan pendidikan bertaraf dunia.

    TAN SRI DATO' HJ. ALIMUDDIN BIN HJ. MOHD DOM

    KATA ALU-ALUANKETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

  • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015

    4 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pela jaran Malays ia

    Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1Malaysia

    Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Perancangan Strategik Pembestarian Bahagian

    Teknologi Pendidikan 2011 - 2015 dapat diterbitkan. Buku ini merupakan dokumen rujukan utama

    Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dalam merancang, melaksana, memantau dan menilai bidang

    fokus utama BTP bagi mencapai matlamat Pembestarian Pendidikan.

    Penerbitan buku ini bertujuan memberi panduan kepada semua warga BTP pusat dan cawangan

    seluruh negara. Ini adalah kerana setiap fungsi dan tanggungjawab semua ahli berkait rapat antara

    satu sama lain dalam satu rangka kerja yang sistematik. Strategi yang telah dirangka pula adalah

    asas kepada keseluruhan proses kerja yang dilaksanakan oleh BTP dalam pelaksanaan Pembestarian

    Pendidikan. Oleh itu, saya yakin sekiranya setiap warga BTP memahami dan menghayati isi kandungan

    buku ini, Insya-Allah BTP akan menjadi hub ICT dan Multimedia untuk Pembestarian Pendidikan yang

    diiktiraf bukan sahaja di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia malah di peringkat antarabangsa.

    Adalah menjadi harapan saya, seluruh warga BTP akan terus berusaha meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan bagi

    memastikan pencapaian matlamat Pembestarian Pendidikan seterusnya menyokong hasrat yang terkandung dalam Wawasan 2020.

    Akhir kata saya merakamkan ucapan terima kasih dan syabas kepada Timbalan Timbalan Pengarah, Ketua - Ketua Sektor,

    Pasukan Kerja Perancangan Strategik Pembestarian Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia dan semua

    yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menghasilkan dokumen ini.

    Sekian, terima kasih.

    DATIN DR SITI ZALEHA BINTI ABDULLAH SANI

    KATA ALU-ALUAN PENGARAHBAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

  • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015

    5 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pela jaran Malays ia

    Di negara in i , penggunaan teknologi pendidikan sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi memperjelas dan mengukuhkan konsep pembelajaran serta memperkayakan suasana pembelajaran melalui penggunaan bahan audio dan visual (AV) telah bermula sebelum merdeka lagi.

    Seawal tahun 1949 lagi, sebuah Jawatankuasa Ad-Hoc Alat Pandang Dengar (APD) Persekutuan telah dibentuk bagi menyelaraskan penerbitan topik-topik tempatan dan penggunaan alat bantu mengajar dalam P&P. In i seterusnya di ikut i dengan Jawatankuasa Alat Pandang Dengar Negeri dan penubuhan Pusat Alat Pandang Dengar Negeri pada tahun 1950-an.

    Dengan rombakan Kementer ian Pelajaran pada tahun 1963, pengurusan APD dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Sekolah dan in i membawa kepada menubuhkan sebuah Pusat APD Kebangsaan dan sebanyak 302 buah Pusat APD Daerah di seluruh negara.

    Usaha memperluaskan penyampaian pendidikan ke kawasan luar bandar di Semenanjung Malaysia diteruskan dengan melancarkan Perkhidmatan Siaran Radio Ke Sekolah-Sekolah pada tanggal 2 Mei 1966. In i merupakan ker jasama di antara Kementer ian Penerangan dan Penyiaran dan Kementer ian Pelajaran dengan penumpuan diber ikan kepada mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris , Bahasa Cina dan Bahasa Tamil . Seterusnya, pada tahun 1967, perkhidmatan in i diper luaskan ke sekolah-sekolah menengah dan pada tanggal 18 Mei

    The challenge ofestablishing a scientific and progressive society, a society that is innovative and forward-looking, one that is not only a consumer of technology but also a contributor to the scientific and technologicalcivilisation of the future.

    Vision 2020

    PENGENALAN

  • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015

    6 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pela jaran Malays ia

    1970, Perkhidmatan Siaran Radio Ke Sekolah-Sekolah telah di letakkan di bawah Kementer ian Pelajaran dengan bantuan serta sokongan Kementer ian Penerangan.

    Melalui hasi l kaj ian En. Alan Hancock dar i The Centre for Educational Televis ion Overseas (London), kerajaan, pada tahun 1971, bersetuju untuk menubuhkan Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan (PSP) di bawah Kementer ian Pelajaran Malaysia dan Projek TV Pendidikan pula dimasukkan sebagai salah satu projek perkembangan pendidikan dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975). Pada 19 Jun 1972, perkhidmatan TV Pendidikan ke sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia telah di lancarkan dengan rasminya oleh Y.A.B. Tun Haj i Abdul Razak bin Dato Hussein.

    Fungsi utama PSP pada ket ika i tu ialah memberi perkhidmatan s iaran radio, perkhidmatan alat pandang-dengar dan perkhidmatan s iaran TV ke sekolah-sekolah. Bagaimanapun dengan perkembangan teknologi dan bertambahnya kepentingan penggunaan teknologi pendidikan dalam P&P, PSP pada tahun 1988 telah ditukar nama kepada Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) apabi la fungsinya diper luas bagi merangkumi perkhidmatan pusat sumber sekolah dan penggunaan teknologi baru dalam P&P. Har i in i , BTP terdir i dar ipada 11 sektor dengan rangkaian 15 Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), 13 Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian (PTPB) dan 367 Pusat Kegiatan Guru (PKG) di seluruh negara. Dalam usaha memartabatkan pendidikan dan peng-gunaan teknologi pendidikan secara berkesan, pada 21 Apr i l 2006, BTP

  • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015

    7 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pela jaran Malays ia

    telah menerima pengikt i rafan MS ISO 9001:2000 Qual ity Management Systems-Requirements bagi memast ikan perkhidmatan dan produk yang dihasi lkan oleh BTP mencapai piawaian kual i t i yang diter ima dunia.

    WAWASAN 2020 DAN MISI NASIONAL

    Wawasan 2020 yang diperkenalkan pada tahun 1991, oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menter i Malays ia ket ika i tu, mensasarkan Malaysia sebagai sebuah negara maju mengikut acuan sendir i ia itu mencapai kemajuan seimbang dar i segi ekonomi, pol i t ik , sos ial , keroha-nian dan kebudayaan.

    Satu rangka dasar dan pelaksanaan pembangunan yang terdir i dar ipada l ima teras utama bagi mencapai matlamat Wawasan 2020 digar iskan melalui Mis i Nasional (2006 2020). Mis i Nasional memberi penekanan kepada pembangunan modal insan sebagai pendekatan utama bagi melonjakkan Malaysia ke status negara maju. Peranan pendidikan adalah amat penting dalam menjayakan kel ima-l ima teras Mis i Nasional terutamanya Teras 2 dan 3 iaitu Meningkatkan Keupayaan Pengetahuan dan Inovasi Negara serta Memupuk Minda Kelas Pertama dan Menangani Masalah Ket idaksamaan Sosioekonomi Secara Membina dan Produkt i f .

  • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015

    8 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pela jaran Malays ia

    Bagi memenuhi hasrat in i , mis i utama Kementer ian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah untuk membangunkan s istem pendidikan yang bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. Semenjak tahun 1990-an, pendidikandi Malaysia telah meningkat maju dengan begitu jelas dari segi pertambahanbi langan sekolah dengan kemudahan diber ikan untuk pendidikan sains, teknologi dan ICT. Selaras dengan perkembangan teknologi, KPM telah memperkenalkan ICT dalam pendidikan sepert i Projek Rint is Sekolah Bestar i , SchoolNet, Projek MySchoolNet, Makmal Pengkomputeran, TV Pendidikan, pembekalan kemudahan ICT untuk PPSMI, pengenalan mata Pelajaran ICT, Latihan ICT untuk guru dan Projek Pengkomputeran Pengurusan dalam pendidikan.

    Justeru, bagi mereal isas ikan mis i KPM, memacu pelaksanaan Mis i Nasional dan memast ikan pencapaian Wawasan 2020, PerancanganStrategik Pembestarian dibina agar satu rangka ker ja yang terancang, kemas dan bersepadu dapat menjadi gar is panduan kepada semua p ihak yang ter l ibat dalam menjayakan pelaksanaan pembestar ian pendid ikan.

  • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015

    9 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pela jaran Malays ia

    PELAN TRANSFORMASI KERAJAAN & MODEL BARU EKONOMI MALAYSIA

    Dalam usaha memast ikan Wawasan 2020 menjadi suatu kenyataan, Kerajaan Malaysia telah menyediakan perancangan hala tuju baru ekonomi negara dengan mengenal past i B idang Petunjuk Utama Ekonomi Nasional (NKEA) yang merupakan peneraju kepada akt iv i t i ekonomi dalam memajukan serta meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi negara.

    Sektor yang bakal dikenal past i sebagai NKEA merupakan sektor yang mempunyai kelebihan dar i segi daya saing dan berpotensi t inggi sepert i sektor: Elektr ikal dan elektronik Industr i berasaskan minyak kelapa sawit, minyak dan gas Pelancongan Perkhidmatan perniagaan Industr i asas tani berni lai t inggi dan Teknologi maklumat dan perhubungan (ICT).

    The Government willcontinue to work hard totransform the Malaysiaeconomy into aninnovation-basedknowledge-economy withhigher value add andhaving knowledge,technology and innovationas a key drivers of growth.

    YAB Dato Sri Najib Tun RazakPrime Minister of Malaysia

  • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015

    10 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pela jaran Malays ia

    ICT-I

    ICT-S

    ICT-E

    Membina industri ICTdengan FDI sebagaipemangkin DDI

    ICT sebagaipengupaya kepadakerajaan dan sektorekonomi bagimeningkatkankecekapan danproduktiviti negara

    ICT untuk memaju,menghubung danmemantap kualiti,sosio ekonomi, tarafkehidupan rakyatserta menambahbaik kualiti modalinsan

    FDI: Foreign Direct Investment (Pelaburan Langsung Asing)

    DDI: Domestic Direct Investment (Pelaburan Langsung Domestik)

    ICT-I: ICT Industry

    ICT-E: ICT Economy ICT-S: ICT Social

    ICT

  • 11 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pela jaran Malays ia

    PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015

    Seir ing dengan Pelan Transformasi Kerajaan, Perdana Menter i Malays ia, Y.A.B. Dato Sr i Naj ib Tun Razak juga telah melancarkan Model Baru Ekonomi (MBE) yang bertujuan melonjakkan ekonomi negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020 dan seterusnya meningkatkan pendapatan rakyat secara keseluruhan.

    Pelbagai st rategi akan di laksanakan melalui MBE yang antara lain melonjakkan kuantum pendapatan perkapita rakyat dar ipada AS$7,000 (RM23,000) kepada AS$15,000 (RM49,000) setahun dalam tempoh 10 tahun. Di jangkakan Malaysia menjelang 2020 berdasarkan MBE akan mempunyai ci r i -ci r i ber ikut: Berpandukan Pasaran Tadbir Urus yang Rapi Ber integrasi Serantau Keusahawanan Inovati f

    Kual i t i h idup rakyat juga di jangkakan lebih baik dengan pendapatan t inggi yang dinikmati secara terangkum oleh semua serta memenuhi keper luan har i in i dan masa akan datang.

  • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015

    12 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pela jaran Malays ia

    Semua rakyat per lu berusaha bersama-sama menyokong dan memast ikan hasrat serta harapan kerajaan beroleh kejayaan yang gemilang. In i akan dapat dicapai j ika rakyat mempunyai i lmu dan kemahiran yang diper lukan dan generasi akan datang diber i pendidikanberkual i t i .

    Model Baru Ekonomi

  • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015

    13 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pela jaran Malays ia

    BTP : MISI, VISI DAN FUNGSI

    Bahagian Teknologi Pendidikan sebagai peneraju teknologi dan ICT bagi tujuan pendidikan berperanan menggalakkan pengintegrasian pelbagai media dan teknologi pendidikan secara terancang bagi mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah. Set iap murid diber i peluang menguasai i lmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi set iap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

    VISIMeneraju transformasi generasi bestar i melalui

    teknologi pendidikan

    MISIPembangunan kapasit i dan peningkatan kual i t i pengurusan

    instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan

    MOTO` Teknologi Untuk Pendidikan Bestar i '

  • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015

    14 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pela jaran Malays ia

    Fungsi BTP adalah sepert i ber ikut:

    1. Merancang, memantau, meni lai dan mengurus keper luan dasar teknologi pendidikan; 2. Merancang dan menyelaras hala tuju in is iat i f ICT pendidikan dan menyediakan sokongan perkhidmatan ICT;3. Merancang, memantau, menyelaras dan meni lai pelaksanaan dan keberkesanan pembestar ian sekolah;4. Merancang, menyediakan dan menerbitkan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media;5. Merancang, menyelaras, meni lai dan memantau pengurusan dan pembangunan pusat sumber sekolah dan pembudayaan l i teras i maklumat;6. Menyebarkan bahan pengurusan pendidikan serta pengajaran dan pembelajaran yang diterbitkan melalui pelbagai medium elektronik dan media cetak;7. Memantau dan meni lai penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah; dan8. Menyediakan khidmat kepakaran dan nasihat bagi mempert ingkatkan inovasi dan kreativ i t i teknologi pendidikan di sekolah.

  • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN

    PELAN STRATEGIK PEMBESTARIAN BTP 2011 2015

    2011-2015

    15 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pela jaran Malays ia

    Pelan Strategik Pembestar ian BTP 2011-2015 disediakan untuk memast ikan kesinambungan dan kelestar ian pembestar ian pendidikan.

    Pelan Strategik Pembestar ian BTP 2011-2015 merupakan perancangan jangka panjang yang menjadi asas kepada Program Pembestar ian Sekolah 2011-2015 sepert i di bawah.

  • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN

    BIDANG UTAMA BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

    2011-2015

    16 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pela jaran Malays ia

    Sebagai peneraju teknologi pendidikan untuk pendidikan bestar i , BTP memberi tumpuan kepada l ima (5) bidang utama:

    1. Pembangunan Infrastruktur ICT Pendidikan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Abad ke-21 mel ihat ICT sebagai satu pengupaya yang mampu meningkatkan kemahiran guru menyampai dan murid menerokai i lmu.

    2. Sokongan Pedagogi dan Teknikal BTP berperanan memberi sokongan pedagogi dan teknikal yang relevan bagi membantu guru dalam P&P dan pengurusan.

  • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015

    17 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pela jaran Malays ia

    3. Penyel idikan dan Pembangunan (R&D) bagi Teknologi dalam P&PB T P s e b a g a i p e n e r a j u d a l a m m e n y e d i a d a n m e m b e r i k h i d m a t kepakaran dalam teknologi pendidikan yang sesuai untuk generasi

    akan datang.

    4. Modal Insan dan Pembangunan Kapasit i BTP per lu menyediakan tenaga kepakaran dan kemahiran yang secukupnya bagi mengoptimumkan penggunaan infrastruktur ICT yang dibekalkan. Semua pegawai BTP dan rangkaian termasuk agen teknologi di sekolah sepert i Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dan Guru Penyelaras Bestar i (GPB) per lu disediakan dengan i lmu dan kemahiran yang sesuai bagi menyokong P&P Abad ke- 21.

    5. Komunikasi Korporat BTP per lu menyediakan jar ingan komunikasi yang berkesan bagi meningkatkan penyampaian maklumat berkaitan produk dan perkhidmatan.

    Melalui l ima (5) bidang utama ini , BTP berperanan sebagai pemacu transformasi dan kelestar ian pembestar ian pendidikan bagi mencapai k-masyarakat ke arah ekonomi berpendapatan t inggi yang merupakan agenda utama negara.

  • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015

    18 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pela jaran Malays ia

    Bagi memast ikan l ima bidang utama BTP dapat di laksanakan dengan cekap dan berkesan, tumpuan diber i kepada tujuh strategi utama:

    1. Peningkatan infrastruktur ICT semua sekolah seluruh negara BTP dengan ker jasama Bahagian KPM berkaitan akan melaksanakan peningkatan dan penambahbaikan infrastruktur ICT dalam pelaksanaan P&P secara terancang, s istematik dan berkesan. Sepanjang RMK-10, semua sekolah akan di lengkapi dengan infrastruktur teknologi dan ICT yang sesuai bagi menampung keperluan pendidikan bestar i .

    2. Persekitaran Pembelajaran Ubiquitous Persekitaran pembelajaran in i membolehkan murid belajar di mana-mana pada bi la-bi la masa melalui penggunaan media komunikasi yang pelbagai. Melalui kaedah ini , pembelajaran dapat di laksanakan secara maya (vi r tual learning) dan t idak hanya terbatas di dalam bi l ik dar jah sahaja.

    3. PKG sebagai Pusat Bimbingan Profesional Teknologi Pendidikan PKG menjadi pusat bimbingan profes ional yang mampu menyediakan khidmat nasihat kepakaran dan kemahiran kepada semua warga pendidik setempat. Kaedah pengajaran terbaik berbantukan teknologi mampu mengoptimumkan pembelajaran.

    STRATEGI

  • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015

    19 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pela jaran Malays ia

    4. Kerjasama dan Kolaborasi PintarMenyed iakan sa tu p la t fo r m bag i semua p ihak be rkepent inganda lam pend id i kan berkomun ikas i , be rkongs i dan berko laboras i bagi tujuan kemajuan pendidikan. Ruang ini juga digunakan untukmelihat peluang baru bagi pelaksanaan teknologi dalam pendidikansecara perkongsian pintar bersama industri, akademia dan Pertubuhan

    Bukan Kerajaan (NGO).

    5. Pembinaan bahan P&P melalui pendekatan part icipatoryPendekatan part icipatory membolehkan para pendidik membina

    dan mengubahsuai bahan sumber P&P mengikut keper luan setempat dan memenuhi gaya pembelajaran murid untuk pelbagai persekitaran pembelajaran. Satu platform kolaborat i f per lu disediakan untuk para pendidik berkongsi bahan pengajaran.

    6. R&D Teknologi Pendidikan berterusan BTP sent iasa melaksanakan R&D dalam teknologi pendidikan. In i adalah bagi memast ikan teknologi dan pedagogi yang terk ini dan berkesan disampaikan kepada pengguna.

    7. BTP sebagai hub ICT dan mult imedia pendidikan terunggul Sebagai hub kecemerlangan ICT dan mult imedia, khidmat kepakaran dan kemahiran yang disediakan oleh BTP boleh di jadikan rujukan ke arah meningkatkan kual i t i P&P.

  • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015

    20 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pela jaran Malays ia

    Ber ikut adalah matr iks bagi pengis ian Perancangan Strategik Pembestar ian BTP 2011-2015.

    BIDANG UTAMA

    STRATEGI1

    1

    2 3 4 5

    Peningkataninfrastruktur ICT semua sekolah seluruh negara

    PembangunanInfrastruktur ICT

    Pendidikan

    Menyediakaninfrastruktur ICT yang sesuai bagi tujuan P&P untuk :

    Menyediakanperkhidmatansokongan teknologi pendidikan bagi :

    Menyediakan dan mengurus Portal Pendidikan yang merangkumi :

    Menyediakan skema latihan yang terancang dan komprehensif bagi :

    Menyediakankaedah pelaksanaan pengurusan,penggunaan dan pengintegrasianteknologi dalam P&P secara berkesan bagi:

    semua 10,000 sekolah yang merangkumi peralatan seperti: o komputer meja o komputer riba o sistem operasi dan aplikasi yang sesuai o projektor LCD o pencetak o pengimbas, o kamera digital o interactive white board (IWB)

    teknologi ICT teknologi rangkaian teknologi untuk P&P dan pedagogi

    Sistem Pengurusan Sekolah Sistem Pengurusan Pembelajaran Platform perkongian dan kolaborasi P&P Pangkalan Ilmu Pendidikan (Education Knowledge Base)

    semua pegawai BTP semua pegawai BTPN semua pegawai PTPB dan PKG semua GPB/ GPM

    semua pentadbir sekolah semua pegawai PKG semua GPM/GPB

    SokonganPedagogi dan

    Teknikal

    R&D bagi Teknologi dalam P&P

    Modal Insan dan Pembangunan

    Kapasiti

    Komunikasi Korporat

    Menjalankan R&D

    MATRIKS PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN BTP 2011-2015

  • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015

    21 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pela jaran Malays ia

    BIDANG UTAMA

    STRATEGI1 2 3 4 5

    PembangunanInfrastruktur ICT

    Pendidikan

    SokonganPedagogi dan

    Teknikal

    R&D bagi Teknologi dalam P&P

    Modal Insan dan Pembangunan

    Kapasiti

    Komunikasi Korporat

    (IWB).visualiserRangkaian setempatLain-lain peralatanICT yang diperlukan

    Pusat DataPendidikan di BTP dan lokasi lain yang sesuai bagi keperluan P&P dengan peralatan seperti: pelayan storan core switch NMS SSO DRC Lain-lain keperluan pusat data

    Rangkaian luas (WAN) serta

    Teknologi dan pedagogi ICT terbaik dalam persekitaran pembelajaran yang pelbagai. IPTV VOIP RSS Podcasting Lain-lain teknologiyang sesuai untuk P&P

  • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015

    22 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pela jaran Malays ia

    BIDANG UTAMA

    STRATEGI1 2 3 4 5

    PembangunanInfrastruktur ICT

    Pendidikan

    SokonganPedagogi dan

    Teknikal

    R&D bagi Teknologi dalam P&P

    Modal Insan dan Pembangunan

    Kapasiti

    Komunikasi Korporat

    lebar jalur yang secukupnya dan sesuai dengan keper-luan P&P Infrastruktur asas lain seperti: Tenaga elektrik Ruang/bilik/ makmal untuk P&P

    MenyediakanInfrastruktur ICT yang sesuai untuk tujuan P&P di mana-mana dan pada bila-bila masa (ubiquitous) seperti:

    Repositori P&P yang boleh dicapai sepanjang masa yang mengandungi Kelas atas talian Tutorial dan latihan

    Menyediakan dan mengurus Portal Pendidikan bagi pembelajaranubiquitous yang merangkumi: Sistem Pengurusan Pembelajaran EduwebTV Pangkalan Ilmu Pendidikan (Education Knowl edge Base)

    Menyediakan skema latihan yang terancang dan komprehensif bagi pembelajaran berben-tuk ubiquitous bagi:

    semua pegawai BTP semua pegawai BTPN semua pegawai PKG semua GPB/ GPM

    Menyediakan kaedah pelaksanaan penguru-san, penggunaan dan pengintegrasianteknologi ubiquitousdalam P&P secara berkesan bagi:

    semua pentadbir sekolah semua pegawai PKG semua GPM/GPB

    Menyediakan perkhid-matan sokongan teknologi pendidikan dalam talian atau pusat panggilan bagi:

    Bantuan teknologi ICT Bantuan teknologi rangkaian Bantuan teknologi P&P dan pedagogi

    2Persekitaran

    PembelajaranUbiquitous

  • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015

    23 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pela jaran Malays ia

    BIDANG UTAMA

    STRATEGI1 2 3 4 5

    PembangunanInfrastruktur ICT

    Pendidikan

    SokonganPedagogi dan

    Teknikal

    R&D bagi Teknologi dalam P&P

    Modal Insan dan Pembangunan

    Kapasiti

    Komunikasi Korporat

    Sistem pengurusan pembelajaran

    MenyediakanInfrastruktur ICT yang sesuai untuk menjadi-kan PKG sebagai pusat kepakaran, pusat rujukan dan pusat latihan setempat bagi P&P berbantu teknologi seperti:

    Kemudahan latihan Kemudahan simulasi ICT dan P&P Kemudahan bantuan dalam talian

    Menyediakan PKG dengan persekitaran simulasi bagi menguji dan melapor dan menyelesaikankeperluan teknologi dan pedagogi.

    Menyediakan pegawai PKG dengan kepakaran khusus bagi menyokong keperluan P&P setempat.

    Menyediakan PKG dengan ilmu dan kepakaran yang sesuai seperti:

    Kemahiran mengu- rus dan membantu mengurus P&P berbantu teknologi Kemahiran kurikulum dan pengurusan kurikulum Kemahiran teknikal asas Kemahiran reka- bentuk pengajaran Kemahiran P&P abad ke-21

    Menyediakan PKG dengan ilmu dan kepakaran yang sesuai sebagai:

    Pusat promosi teknologi P&P Pusat galak-guna teknologi P&P Pusat latihan penggunaan teknologi P&P Pusat teknologi baru P&P berbantu teknologi

    Menyediakanperkhidmatansokongan setempat bagi kepakaran pedagogi dan teknologi pendidikan setempat secara terus dan dalam talian bagi:

    Teknologi ICT Teknologi rangkaian Teknologi P&P dan pedagogi

    Berfungsi sebagai Pusat Sokongan SetempatTeknologi Aras 2

    3PKG sebagai

    PusatBimbinganProfesional Teknologi

    Pendidikan

  • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015

    24 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pela jaran Malays ia

    BIDANG UTAMA

    STRATEGI1 2 3 4 5

    PembangunanInfrastruktur ICT

    Pendidikan

    SokonganPedagogi dan

    Teknikal

    R&D bagi Teknologi dalam P&P

    Modal Insan dan Pembangunan

    Kapasiti

    Komunikasi Korporat

    Menjadi rujukan ICT dalam P&P kepada kolaborasi dan kerjasama dengan industri teknologi dalam menjadikan institusi pendidikan negara sebagai sekolah angkat

    Menjalin kerjasama dan perkongsian pintar dengan pelbagai pihak R&D dan pembangun serta pengeluar teknologi tinggi dalam perkakasan, rangkaian dan pembangunan bahan dan aplikasi ICT

    Menjalin kerjasama dan perkongsian pintar dengan pelbagai pihak yang mengurus dan melaksana piawaian ICT dan ICT dalam P&P seperti: ISTE IEEE Education ADL SCORM dan lain-lain

    Menjalin kerjasama bagi tujuan perkongsian ilmu berkaitanperkembanganteknologi terkini dalam penggunaan teknologi dalam pendidikan sertatrend masa hadapan yang melibatkan industry players,IPTA/IPTS, NGO, GLC dan semua pihak yang berkepentingan dalam bidang pendidikan serta IPGM/BPG, Kolej Matrikulasi danjugapegawai BTP/BTPN/PKG

    Menjalin saluran perhubungan yang berkesan bagi kerjasama dan kolaborasi dengan pelbagai pihak R&D dan pembangun serta pengeluar teknologi tinggi dalam perkakasan, rangkaian dan pembangunanbahan dan aplikasi ICT

    Menjalin perkongsian pintar dengan pelbagai agensi awam, pihak NGO dan swasta dalam bidang sokongan perkhidmatan ICT dan teknologi semasa dan akan datang

    4Kerjasama dan

    KolaborasiPintar

  • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015

    25 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pela jaran Malays ia

    BIDANG UTAMA

    STRATEGI1 2 3 4 5

    PembangunanInfrastruktur ICT

    Pendidikan

    SokonganPedagogi dan

    Teknikal

    R&D bagi Teknologi dalam P&P

    Modal Insan dan Pembangunan

    Kapasiti

    Komunikasi Korporat

    Menyediakaninfrastruktur yang sesuai bagi membolehkan satu bentuk perkongsian bagi tujuan pendidikan diwujudkan untuk masyarakat pendidik.

    MenggunakanPlatform sumber terbuka atau berbayar seperti: Moodle Sakai Microsoft Share Point Lain-lain Platform kolaborasi untuk pendidikan yang sesuai.

    Menyediakan satu Platform P&P yang bersesuaian dengan persekitaran, teknologi semasa, aras pembelajaran dan cara belajar.

    Menyediakanpendekatan pedagogi berbantu ICT yang sesuai dan berkesan untuk meningkatkan P&P

    Menjalin perkongsian pintar dengan pelbagai agensi awam, pihak NGO dan persekitaran swasta

    Menyediakan satu mekanisma untuk melatih dan membudayakanmasyarakatpendidikan dengan kemahiran yang sesuai untuk menyokong pembangunan bahan secara perkongsian dan kolaboratif bagi persekitaran P&P berbantu teknologi dalam talian.

    Menyediakan satu mekanisma untuk menyedarkan dan mempengaruhimasyarakat pendidik akan budaya P&P abad ke-21 yang berbentuk perkongsian dan kolaboratif dalam talian.

    MenjadikanBTP/BTPN/PKG/ GPB dan GPM sebagai pemangkin kepada kelompok masyarakat pembangun melalui yang berupaya berkongsi dan berkolaborasi untuk menghasilkan bahan P&P berkualiti serta sentiasa kemaskini dan diurus oleh komuniti pendidik.

    Menjadikan Guru Cemerlang dan guru lain yang

    5Pembinaanbahan P&P

    melaluipendekatan-participatory

    pihak yang melaksana-kan fungsi yang sama

  • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015

    26 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pela jaran Malays ia

    BIDANG UTAMA

    STRATEGI1 2 3 4 5

    PembangunanInfrastruktur ICT

    Pendidikan

    SokonganPedagogi dan

    Teknikal

    R&D bagi Teknologi dalam P&P

    Modal Insan dan Pembangunan

    Kapasiti

    Komunikasi Korporat

    Menyediakankemudahaninfrastruktur ICT dan persekitaran teknologi baru bagi tujuan ujian dan simulasi teknologi P&P masa kini dan akan datang.

    Melaksanakan kerja-kerja R&D dalam bidang teknologi pendidikan baru dan sedang dipelopori secara berkesan di negara lain

    Menyediakan pasukan khas atau SIG (Special Interest Group) yang terdiri daripada pegawai DG dan F yang mempunyai minat dan kecenderun-gan dalam bidang kemajuan teknologi dalam pendidikan masa hadapan

    Mewujudkan satu jaringan perhubungan dan kolaborasi yang rapat dengan pemain industri dalam bidang teknologi dan pendidikan bagi memastikankesesuaian dan keserasian wujud dalam integrasi dan penggunaan dan pelaksanaan ICT dalam pendidikan Negara.

    Menyediakan dapatan dan laporan serta cadangan bagi kebolehgunaanteknologi baru dalam pendidikan hari ini dan masa hadapan

    6R&D Teknologi

    Pendidikanberterusan

    dalam bidang sokon-gan perkhidmatan ICT dan teknologi semasa dan akan datang.

    berminat sebagai penyumbang dan pengurus Platform perkongsian dan kolaborasi bahan P&P dalam talian untuk tujuan pendidikan.

  • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015

    27 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran Malays ia

    BIDANG UTAMA

    STRATEGI1 2 3 4 5

    PembangunanInfrastruktur ICT

    Pendidikan

    SokonganPedagogi dan

    Teknikal

    R&D bagi Teknologidalam P&P

    Modal Insan dan Pembangunan

    Kapasiti

    Komunikasi Korporat

    Dengan semua yang telah dirancang, diurus, dilaksana, dinilai dan dilapor semula kepada semua pihak berkepentingan BTP dan rangkaiannya seharusnya secara sendirinya menjadi pakar dan rujukan penggunaan amalan terbaik teknologi bagi tujuan P&P Negara dan juga di peringkat serantau.

    7BTP sebagaihub ICT dan multimediapendidikanterunggul

  • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN

    RUMUSAN

    2011-2015

    28 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pela jaran Malays ia

    Perancangan Strategik Pembestarian menggaris dan membentangkan rangka kerja

    serta strategi Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk

    merealisasikan hasrat yang terkandung dalam Wawasan 2020, Misi Nasional dan

    misi KPM melalui pelaksanaan Pembestarian Pendidikan secara terancang dan

    bersepadu. Perancangan ini dibina bagi memenuhi tuntutan dasar-dasar utama

    negara, perubahan pesat ICT dan keperluan pendidikan semasa.

    BTP sebagai pemacu transformasi dan kelestarian pembestarian pendidikan, perlu

    mengambil langkah proaktif dan dinamik bagi memastikan usaha membangunkan

    modal insan berpengetahuan dan berkemahiran abad ke-21, bertanggungjawab,

    berdaya tahan, mampu bersaing di pasaran kerja global di samping dapat

    berfungsi secara berkesan dalam masyarakat maju berasaskan maklumat

    dan pengetahuan, menjadi satu realiti.

    Adalah diharapkan penerbitan ini dapat dijadikan rujukan agensi pelaksana dalam

    memastikan tindakan yang dibuat berlandaskan perincian strategi yang digariskan

    dalam dokumen ini.

  • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN

    TASK FORCE PELAN STRATEGIK PEMBESTARIAN PENDIDIKAN BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

    2011-2015

    29 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pela jaran Malays ia

    Penaung : Y.Bhg. Datin Dr. Siti Zaleha Binti Abdullah Sani Pengarah BahagianTeknologi Pendidikan

    Penasihat : Puan Hawa Binti Hj. Said Timbalan Pengarah Pembangunan Teknologi Pendidikan

    : Puan Rosnani Binti Mohamed Ali Timbalan Pengarah Pembangunan Pendidikan Bestari

    Pengerusi : Y.Bhg. Datin Dr. Hjh Fowzia Binti Osman Ketua Sektor Sektor Pembestarian Sekolah

    Setiausaha 1 : Puan Vanida Binti Krishna Sektor Dasar

    Setiausaha 2 : Puan Maimunah Binti Mohd.Tahir Sektor Pembestarian Sekolah

    Ahli : Tn. Hj. Haliza Bin Adnan - Ketua Sektor Pengurusan Aplikasi Pendidikan En. Shamsuddin Bin Hassan - Ketua Sektor Penyiaran Pendidikan En. Mohd. Azemi Bin Mohd - Sektor Penyiaran Pendidikan En. Zulkefli Bin Mohammad - Sektor Pengurusan Aplikasi Pendidikan Pn. Dorothy Dewitt - Sektor Pembestarian Sekolah

  • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015

    30 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pela jaran Malays ia

    Pn. Hafidzah Binti Omar - Sektor Pembestarian Sekolah Encik Mohd. Azmi Bin Zakaria - Sektor Pembestarian Sekolah Cik Aishah Binti Othman - Sektor Resos Pembelajaran Pn. Qhamariah Binti Samu - Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan Pn. Fadzliaton Binti Zainudin - Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan Hjh. Zarina Binti Paijo - Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pendidikan Encik Ahmad Tarmizi Bin Abdul Kadir - Sektor Repositori dan Rangkaian Cik Ruzana Binti Tukimin - Sektor Pembangunan Kapasiti Profesionalisme

    Pn. Sri Banun @ RD Sri Ayu Binti Khirotdin - Sektor Kejuruteraan

    Rekabentuk Grafik dan Susun Atur :

    En.Mohd. Yassim Bin Ngah - Sektor Penyiaran Pendidikan En. Abdul Muaasis Bin Lokman - Sektor Penyiaran Pendidikan En. Abdul Halim Bin Sikit - Sektor Penyiaran Pendidikan Pn. Mary Anne Joseph - Sektor Penyiaran Pendidikan

    Pembaca Pruf : En. Mahmud Paaid Bin Yusof - Sektor Pembestarian Sekolah