pelan strategik 2017 – 2021

33

Upload: others

Post on 02-Oct-2021

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PELAN STRATEGIK 2017 – 2021
Page 2: PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

DIKEMASKINI PADA TAHUN 2017 1

PELAN STRATEGIK 2017-2021

KANDUNGAN

Mukasurat

Kandungan 1

Bab I - PENDAHULUAN

Prakata 2

Ringkasan Eksekutif 3

Pengenalan dan Latar Belakang Agensi 4 - 12

Kawasan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Sibu 13

Carta Organisasi 14

Fungsi dan Peranan Agensi 15 - 17

Punca Kuasa 18

Stakeholders dan Pelanggan 18

Bab II – SENARIO PERSEKITARAN

Isu-isu/ Cabaran-cabaran 19 - 20

Bab III – HALA TUJU STRATEGIK

Visi, Misi & Moto 21

Nilai-nilai Bersama 21

SMC Balanced Scorecard 22

SMC Transformation Framework 22 – 23

Peta Strategik Korporat MPS 24

Templat Balanced Scorecard MPS 25 – 30

Elemen Penentu Kejayaan 31

The Way Forward 32

Page 3: PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

DIKEMASKINI PADA TAHUN 2017 2

PELAN STRATEGIK 2017-2021

PRAKATA

KATA-KATA ALUAN PEMANGKU SETIAUSAHA PERBANDARAN

Majlis Perbandaran Sibu (MPS) sebagai sebuah pihak berkuasa tempatan mempunyai tugas

serta tanggungjawab kepada rakyat Sibu bagi menyampaikan perkhidmatan serta

menyediakan kemudahan infrastruktur perbandaran amnya. Walaubagaimanapun, dengan

arus perubahan mendadak sosio-ekonomi pada zaman ini maka sistem penyamapaian perlu

dipertingkatkan serta diperbaharui selaras dengan kehendak masyarakat. Maka, sebagai

sebuah pihak berkuasa tempatan perlulah memikirkan cara serta kaedah terbaik bagi

memenuhi kehendak serta keperluan semasa secara langsung atau tidak langsung.

Selain itu juga, sebarang perubahan yang dilakukan hendaklah seiring dengan matlamat

serta objektif negara iaitu “1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Slogan ini dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak,

Perdana Menteri Malaysia. Jelas bahawa sebagai sebuah negara majmuk maka usaha untuk

mengekalkan keharmonian serta kesejahteraan rakyat bukan sesuatu perkara yang remeh-

temeh. Sebagai sebuah kerajaan, keperluan serta kehendak rakyat merupakan agenda

penting bagi memastikan kestabilan serta kesejahteraan negara dapat dipelihara. Langkah

proaktif perlu diambil agar sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan senantiasa cekap

dan berkesan bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan penduduk.

Sekian, terima kasih.

Jong Thian Puk

Pemangku Setiausaha Perbandaran

Page 4: PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

DIKEMASKINI PADA TAHUN 2017 3

PELAN STRATEGIK 2017-2021

Ringkasan Eksekutif

Bandar Sibu merupakan pintu masuk ke kawasan tengah negeri Sarawak. Majlis

Perbandaran Sibu adalah sinonim dengan bandar Sibu. Oleh sebab lokasi yang strategik,

bandar Sibu rancak dengan pembangunan dalam pelbagai aspek.

Dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan unggul kepada warga Sibu,

perancangan strategik yang jitu dan mantap perlu diwujudkan dan strategi-strategi yang

telah dirancang harus dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Dengan adanya Pelan

Strategik ini, Majlis Perbandaran Sibu berusaha untuk mencapai Visi dan Misi yang telah

ditetapkan. Pelan Strategik ini akan sentiasa dikemaskini untuk memastikan ianya dilaksana

selaras dengan strategi-strategi yang telah digubal dari semasa ke semasa. Penekanan oleh

Kerajaan kepada Petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance Indicators (KPI)

menguatkan lagi azam Majlis Perbandaran Sibu untuk memberikan perkhidmatan yang

terbaik. KPI ini merupakan penanda aras yang perlu dicapai serta dikekalkan bagi

memastikan sistem perkhidmatan yang disampaikan memenuhi kehendak serta keperluan

dari pelbagai aspek.

Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), segala tugas serta tanggungjawab yang

telah diamanahkan oleh rakyat hendaklah didahulukan serta pencapaian perlulah

diutamakan selaras dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Selain

itu juga, Majlis perlu tahu serta peka dengan perubahan paradigm pemikiran rakyat pada

zaman ini di mana pelbagai isu yang diutarakan mampu menjejaskan imej jabatan. Majlis

harus mengambil langkah bijak untuk menangani serta menyelesaikan isu-isu berbangkit

dan peka terhadap perubahan semasa mengikut aliran waktu.

Page 5: PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

DIKEMASKINI PADA TAHUN 2017 4

PELAN STRATEGIK 2017-2021

Pengenalan dan Latar Belakang Majlis Perbandaran Sibu

LEMBAGA PERBANDARAN SIBU

Lembaga Perbandaran Sibu ditubuhkan pada hari Sabtu, 31 Januari, 1925 dan seterusnya

sebagai Jabatan Kerajaan Pusat sehingga hari Isnin, 01 Januari, 1934 apabila Undang-undang

Kecil Perbandaran Kuching diwartakan di bawah Peraturan No. M. 7 (Perbandaran) 1933

diterima untuk kawasan Perbandaran Sibu. Ahli Lembaga terdiri daripada Residen Bahagian

Ketiga sebagai Pengerusi. Pegawai Perbandaran ketika itu adalah Pegawai Daerah Sibu. Ahli-

ahli rasmi Perbandaran Sibu ketika itu ialah Jurutera Bahagian Sibu, Penguasa Tanah &

Survei Sibu dan Pegawai Perubatan Bahagian Sibu. Ahli-ahli tidak rasmi yang juga dikenali

sebagai Pesuruhjaya Perbandaran Sibu telah dilantik daripada kalangan pelbagai ketua

masyarakat.

MAJLIS DAERAH BANDARAN SIBU

Walaupun Ordinan Kuasa Tempatan (Bab 117) berkuatkuasa pada hari Khamis, 01 Januari,

1948, Lembaga Perbandaran Sibu masih beroperasi sehingga penghujung 1951. Menjelang

hari Selasa, 01 Januari, 1952, ia dinamakan sebagai Majlis Daerah Bandaran Sibu, sebuah

entiti Kerajaan Tempatan, mempunyai kemampuan kewangan sendiri dan mengurus hal

ehwal tempatan.Pegawai Daerah Sibu pada ketika itu merupakan Pengerusi kepada Majlis

dan diteruskan sehingga penghujung 1957. Semua kaunselor adalah dilantik.

Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Bandaran Sibu pada waktu itu adalah kira-kira

tiga (3) batu persegi. Banci penduduk tahun 1947 menunjukkan jumlah penduduk seramai

9,983 orang di daerah ini. Dalam tahun 1957, sempadan kawasan Majlis Daerah Bandaran

Sibu telah dibesarkan kepada kira-kira 20 batu persegi. Jumlah penduduk adalah seramai

29,630 orang pada hari Rabu, 15 Jun, 1960, berdasarkan laporan banci penduduk tahun

1960.

Pilihan raya pertama Majlis Daerah Bandaran Sibu diadakan pada hari Ahad, 15

Disember, 1957 dan mesyuarat pertama bagi kaunselor yang dilantik diadakan pada hari

Page 6: PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

DIKEMASKINI PADA TAHUN 2017 5

PELAN STRATEGIK 2017-2021

Khamis, 02 Januari, 1958.Pengerusi dan kaunselor Majlis Daerah Bandaran Sibu yang dilantik

adalah untk penggal tahun 1958 hingga 1959. Kaunselor yang dilantik dibahagikan kepada

sembilan (9) buah kawasan pengundian dengan 20 orang ahli. Pegawai Daerah Sibu adalah

ahli ex-officio, masih menjadi kaunselor sehingga penghujung 1959.

Dalam pilihan raya kedua, 21 orang kaunselor telah dilantik pada hari Ahad, 06

Disember, 1959, untuk berkhidmat sehingga hari Sabtu, 15 Jun, 1963.

Di bawah sistem pilihan raya, dua (2) orang daripada kaunselor akan dilantik kepada

Majlis Penasihat Bahagian dan seorang daripada kaunselor akan dilantik langsung kepada

Dewan Undangan Negeri.

Lanjutan kepada Ordinan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri yang baru, sistem ini

telah dibatalkan dan perwakilan langsung dihentikan.

Pilihan raya ketiga Majlis Daerah Bandaran Sibu untuk 21 orang ahli telah diadakan

pada hari Ahad, 23 Jun, 1963.21 orang kaunselor dilantik dan memegang jawatan untuk

lebih daripada 18 tahun sehingga hari Sabtu, 31 Oktober, 1981.

Kemajuan yang dibuat oleh Majlis Daerah Bandaran Sibu dalam pelbagai bidang

sangat luar biasa dan adalah berbaloi untuk melihat secara ringkas pembangunannya.

i. Balai Polis lama di Jalan Channel/Jalan Cross (sekarang menjadi milik MAKSAK (Majlis

Rekreasi & Kebajikan Perkhidmatan Kerajaan Sarawak)) juga menempatkan Majlis

Luar Bandar dan Majlis Bandaran Sibu sebagai pejabat dari tahun 1952 hingga 1957.

Bangunan tersebut juga digunakan sebagai Perpustakaan, Balai Bomba dan Klinik.

ii. Pasar Sungei Merah dan Rumah Penyembelihan Khinzir dibina pada tahun 1956

dengan kos RM45,000.00 dan RM12,000.00 masing-masing.

iii. Terdapat sebuah taman permainan kanak-kanak di Lebuh Lama (sekarang tempat

penjaja) dan sebuah di padang bola sepak Jalan Race Course (sekarang dikenali

sebagai Padang Bola Sepak Jalan Awang Ramli Amit) yang diselenggara oleh Majlis.

iv. Terdapat hanya sebuah Balai Bomba dengan dua (2) orang pegawai bomba untuk

menjaga 230 buah rumah kedai dan tiga (3) buah panggung wayang.

Pembentukan pemilihan Majlis pada tahun 1958 membawa kepada pembangunan

yang pesat.

Page 7: PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

DIKEMASKINI PADA TAHUN 2017 6

PELAN STRATEGIK 2017-2021

Dalam tahun 1952, hanya empat (4) orang guru berkhidmat dengan Majlis dan

mengajar di Sekolah Abang Ali, sekarang dikenali sebagai S.U.D.C. No. 1 (Abang Ali).

Bangunan Sekolah S.U.D.C. No. 1 (Abang Ali) telah dibina dalam tahun 1958 dan siap pada

tahun 1959 dengan kos RM160,000.00.

Sekolah S.U.D.C. No. 2 (sekarang SRK Perbandaran No. 2) telah siap dibina dalam

tahun 1960 dengan kos RM58,000.00 dan blok tambahan sekolah ini siap dibina dengan kos

kira-kira RM56,000.00 pada tahun 1965.

Perancangan untuk Sekolah S.U.D.C. No. 3 (sekarang SRK Perbandaran No. 3) dibuat

pada tahun 1960 dan pembinaan telah siap dengan kos RM34,000.00 pada tahun 1961. Blok

tambahan kepada bangunan ini telah siap dalam tahun 1966 dengan kos kira-kira

RM38,000.00. Terdapat seramai 471 orang murid sekolah dengan 13 orang guru pada 1967.

Sekolah S.U.D.C. No. 4 (sekarang SRK Perbandaran No. 4) dibina dan siap pada tahun

1963 dengan kos RM33,000.00. Sumbangan Kerajaan dalam bentuk geran diberi kepada

Majlis untuk menampung segala perbelanjaan program sekolah Majlis.

Pada tahun 1952, terdapat seorang Setiausaha, Penolong Setiausaha, dua (2) orang

Pegawai Kerani dan seorang Inspektor Perbandaran yang menduduki Balai Polis lama

(bangunan MAKSAK di Jalan Channel/Jalan Cross) sebagai pejabat.

Pada hari Sabtu, 23 Jun, 1962, Majlis berpindah ke bangunan Dewan Bandaran

sekarang yang telah siap dengan kos RM250,000.00. Kakitangan Bahagian Pentadbiran

terdiri daripada Setiausaha, Penolong Setiausaha, seorang Pegawai Kerani dan seorang

Pegawai Hal Ehwal Sekolah; Bahagian Kesihatan terdiri daripada seorang Penguasa

Kesihatan, seorang Inspektor Kesihatan Kanan, tiga (3) orang Inspektor Kesihatan, seorang

Inspektor Penjaja dan seorang Pegawai Kerani; Bahagian Perbendaharaan terdiri daripada

lima (5) orang kakitangan termasuk Bendahari; Bahagian Kejuruteraan terdiri daripada

seorang Jurutera Eksekutif, lapan (8) orang Penolong Juruteknik dan dua (2) orang Pegawai

Kerani; Bahagian Perkadaran terdiri daripada tiga (3) orang Pegawai Kerani; manakala

Bahagian Perpustakaan terdiri daripada empat (4) orang kakitangan.

Bangunan tambahan kepada Dewan Bandaran untuk menempatkan Perpustakaan

telah siap pada tahun 1966. Peruntukan sebanyak RM3,000.00 setiap tahun sejak tahun

Page 8: PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

DIKEMASKINI PADA TAHUN 2017 7

PELAN STRATEGIK 2017-2021

1958 telah diberi untuk membeli buku tambahan sehingga tahun 1964. Peruntukan tersebut

telah ditambah kepada RM5,000.00 pada tahun 1965 hingga 1968.

Sejak tahun 1952, Majlis telah bertanggungjawab kepada perkhidmatan ibu

mengandung dan kesihatan kanak-kanak. Ia bermula dengan dua (2) orang Pembantu

Kesihatan Melawat terlatih untuk mengendalikan klinik di bawah penyeliaan Pegawai

Perubatan Bahagian. Untuk menampung permintaan yang bertambah dalam tahun 1968,

klinik tersebut dikendalikan oleh seorang Jururawat Kesihatan, dua (2) orang Jururawat

Kanan, seorang Jururawat, seorang Bidan Kanan, lapan (8) orang Bidan, enam (6) orang

Pembantu Pelawat, seorang Juruteknik Makmal dan dua (2) orang Pegawai Kerani.

Perkhidmatan panggilan malam telah disediakan dan dikendalikan oleh bidan yang terlatih.

Perkhidmatan ibu mengandung dan kesihatan kanak-kanak telah diambil alih oleh Jabatan

Perubatan & Kesihatan pada hari Isnin, 01 Januari, 1979.

Majlis tidak mempunyai Pegawai Kesihatan sendiri sehingga 1957. Tanggungjawab

tersebut dijalankan oleh Inspektor Kesihatan dari Jabatan Perubatan di bawah kuasa

Pegawai Perubatan Bahagian. Kerja tersebut dilakukan dengan kerjasama rapat dengan

pegawai Majlis. Dalam tahun 1958, Majlis mula menjaga hal kesihatan secara langsung

apabila mendapat seorang Inspektor Kesihatan secara pinjaman dari Jabatan Perubatan.

Majlis mempunyai Penguasa Kesihatan pada tahun 1963. Dengan itu kerja berkenaan

kesihatan di Majlis telah dijalankan dengan lebih berkesan. Sejak itu, terdapat kemajuan

signifikasi dalam pelbagai bidang seperti alam sekitar dan sanitasi.

Jalan raya di Sibu telah siap dibina oleh Jabatan Kerja Raya yang terdiri daripada 16.61

batu jalan berturap dan 6.59 batu jalan berbatu krikil, telah diserahkan kepada Majlis untuk

penyelenggaraan pada tahun 1962. Dengan kakitangan kejuruteraan dan kelengkapan yang

terhad, Majlis telah dengan sedaya upaya untuk menyelenggara jalan raya tersebut ke tahap

yang memuaskan. Pada pertengahan bulan Jun 1963, Majlis telah melatih Jurutera sendiri

dan beliau meletak jawatan pada bulan September 1964. Jurutera baru telah dilantik pada

pertengahan tahun 1966.

Percubaan pertama menurap jalan raya oleh Majlis ialah di Jalan Tiong Hua oleh

Jurutera pada masa itu. Kakitangan teknikal mampu bekerja dengan cekap tanpa bantuan

Jurutera pada tahun 1965 untuk menyiapkan pembinaan Jalan Bukit Assek, Jalan Amoy,

Page 9: PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

DIKEMASKINI PADA TAHUN 2017 8

PELAN STRATEGIK 2017-2021

Jalan Hoe Ping, Jalan Kampung Baharu dan Jalan Tong Sang. Beberapa batang jalan pejalan

kaki dan trek berbasikal juga siap dibina.

Dari tahun 1960 dan seterusnya, perhentian bas berbumbung disediakan. Di mana ada

keperluan, banyak perhentian bas berbumbung telah dibina di persimpangan sekolah dan di

tepi jalan raya untuk kemudahan orang ramai.

Lanjutan kepada di atas, kerja-kerja pembinaan taman permainan kanak-kanak di

Sungei Bakong, di persimpanagan Jalan Race Course/Jalan Queen (sekarang dikenali sebagai

Jalan Tun Abang Haji Openg), di belakang rumah kedai Jalan Ramin adalah di bawah

penyeliaan langsung oleh kakitangan teknikal dalam tahun 1960 hingga 1961. Untuk tempoh

1963 hingga 1966, banyak lagi taman permainan kanak-kanak telah disediakan di Pasar

Sungei Merah, Jalan Tiong Hua, Kampong Datu, bekas kawasan Gudang Kastam lama dan di

belakang Kuil Tua Pek Kong.

Dalam tahun 1964, Majlis membelanjakan sebanyak RM45,000.00 untuk membina

trek lari berturap untuk Padang Peringatan Raja George VI (sekarang dikenali sebagai

Padang Sukan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang) yang telah diserahkan oleh Lembaga

Amanah Raya kepada Majlis dalam tahun 1963. Banyak kemajuan telah dilakukan terhadap

padang tersebut dengan penyediaan trek lari diperbuat daripada sintetik oleh Jabatan Kerja

Raya dengan dana dibiayai oleh Kementerian Pembangunan Sosial pada tahun 1991. Pentas

duduk berbumbung baru dibina oleh Majlis pada tahun 1993 dengan kos kira-kira

RM600,000.00.

Kolam Renang bersaiz olimpik pertama di Jalan Bukit Lima telah siap dibina oleh

Jabatan Kerja Raya dalam bulan November 1963 dengan kos RM500,000.00 dan diserahkan

kepada Majlis untuk penyelenggaraan selepas siap pembinaannya. Dalam tahun 1964,

Majlis membina bangunan kantin untuk kegunaan pengguna kolam renang dengan kos

RM50,000.00. Kolam renang tersebut telah ditutup mulai hari Khamis, 01 April, 1993 untuk

pembaikan secara menyeluruh. Kolam renang di Jalan Delta merupakan kolam renang kedua

dibina di Sibu telah siap pada bulan April 1993 dengan kos kira-kira RM5.1 juta, yang mana

pembiayaan dalam bentuk geran diperolehi daripada Kementerian Pembangunan Sosial.

Balai Bomba berpindah dari bangunan lama (sekarang bangunan MAKSAK di Jalan

Channel/Jalan Cross) ke Balai Bomba sekarang di Jalan Central yang telah siap dibina pada

Page 10: PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

DIKEMASKINI PADA TAHUN 2017 9

PELAN STRATEGIK 2017-2021

hari Jumaat, 25 Disember, 1959 dengan kos kira-kira RM153,000.00. Ianya telah diselia oleh

seorang Pegawai Bomba, seorang formen, dua (2) orang anggota Bomba Utama dan 15

orang anggota Bomba. Kelengkapan dan alat memadam api baru telah dibeli. Perkhidmatan

Bomba telah diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan pada hari Jumaat, 15 Mei, 1981.

Tetapi sebelum diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan, Majlis Daerah Bandaran Sibu

mendapati bahawa ia mempunyai tanggungjawab tambahan memandangkan pusat bandar

telah berkembang dengan pesat termasuk 304 buah rumah kedai, empat (4) buah panggung

wayang, tiga (3) buah stesen petrol, kiosk pam petrol, beratus-ratus buah rumah pangsa

terdapat di dalam lingkungan pusat bandar Sibu dan 30 buah rumah kedai di Pasar Sungei

Merah.

Pada tahun 1959, Majlis telah siap membina Pasar Sungei Bakong dengan kos

RM12,700.00 dan Pasar Jalan Channel dengan kos kira-kira RM70,000.00 dengan sedikit

geran Kerajaan Negeri. Pasar Jalan Khoo Peng Loong telah dibina dengan perbelanjaan

Majlis sendiri dengan kos RM100,000.00 termasuk kos tanah dan telah siap dalam tahun

1964. Gerai Penjaja Jalan Channel telah siap dibina dalam tahun 1965 dengan kos kira-kira

RM60,000.00 termasuk kos tanah. Jalan sisi menyusuri Jalan Island/Jalan Hospital untuk

keselamatan pejalan kaki telah dibina dan siap dalam tahun 1958 dengan kos RM10,000.00.

Stesen Bas (sekarang digunakan untuk ruang letak kereta di Jalan Market) telah siap dibina

dalam tahun 1959 dengan sumbangan Kerajaan dalam bentuk geran. Stesen bas sekarang

telah siap dibina dalam

tahun 1983.

Tiga (3) unit rumah

kedai empat (4) tingkat

di Jalan Klinik telah siap

dibina dalam tahun

1970.

Page 11: PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

DIKEMASKINI PADA TAHUN 2017 10

PELAN STRATEGIK 2017-2021

MAJLIS PERBANDARAN SIBU

Majlis Daerah Bandaran Sibu telah distruktur semula dan dinaik taraf menjadi MAJLIS

PERBANDARAN SIBU pada hari Ahad, 01 November, 1981 dengan kawasan pentadbiran

ditambah daripada 50km persegi kepada 129.5km persegi. Kawasan ini meliputi pusat

bandar Sibu, Pasar Sungei Merah, tebing timur Batang Rejang dan termasuk Pulau Kerto

hingga ke KM 10 Jalan Teku, KM 12 Jalan Oya dan kira-kira KM 8 Jalan Salim.

Jumlah penduduk dalam kawasan Perbandaran Sibu adalah kira-kira 126,000 orang

berdasarkan banci penduduk tahun 1991.

Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 24 orang kaunselor telah dilantik untuk

berkhidmat di Majlis Perbandaran Sibu untuk tempoh dua (2) tahun mulai hari Ahad, 01

November, 1981.

Kedua-dua Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Majlis dilanjutkan tempoh

perkhidmatan sehingga penghujung tahun 1987.

Memandangkan kaunselor dilantik dua (2) tahun sekali, sekumpulan kaunselor yang

baru telah mula berkhidmat pada hari Selasa, 01 November, 1983.

Sama seperti perlantikan terdahulu, perlantikan sebagai kaunselor adalah untuk

tempoh dua (2) tahun mulai hari Jumaat, 01 November, 1985.

Dalam tahun 1988, mereka telah diganti oleh sekumpulan 26 orang kaunselor yang

baru dan untuk setiap dua (2) tahun seterusnya, kaunselor-kaunselor baru telah dilantik.

Mulai tahun 2014, bilangan kaunselor telah ditambah kepada 32 orang termasuk

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi untuk berkhidmat di Majlis Perbandaran Sibu.Kaunselor-

kaunselor yang telah dilantik untuk penggal 2014 – 2015 telah dilanjutkan perkhidmatan

sehingga bulan Jun 2016.

Seterusnya Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 30 orang kaunselor telah dilantik untuk

berkhidmat di Majlis Perbandaran Sibu untuk penggal 2016 – 2018.

Urusan pentadbiran Majlis diketuai oleh Setiausaha Perbandaran selaku Ketua

Pegawai Eksekutif (KPE) Majlis. Nama-nama KPE sejak beberapa tahun lalu adalah seperti

berikut :-

Page 12: PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

DIKEMASKINI PADA TAHUN 2017 11

PELAN STRATEGIK 2017-2021

1. Encik Wee Chong Jin 1950 - Sabtu, 31 Mei, 1958

2. Encik Ling Poh Kuang Ahad, 01 Jun, 1958 - Sabtu, 01 Julai, 1961

3. Encik Chin Ting Ming Rabu, 16 Ogos, 1961 - Jumaat, 10 Januari, 1964

4. Encik Ling Poh Kuang Sabtu, 11 Januari, 1964 - Ahad, 31 Oktober,

1976

5. Encik Chan Pik Kwang Isnin, 01 November, 1976 - Sabtu, 31 Mac, 1979

6. Encik Ling Poh Kuang Ahad, 01 April, 1979 - Rabu, 28 April, 1982

7. Encik Peter Ngu Teck Ming Khamis, 29 April, 1982 - Khamis, 31 Januari,

1985

8. Encik Stephen Tsai Jit Jui Jumaat, 01 Febuari, 1985 - Khamis, 22 Julai,

2004

9. Ir. Wong Fu Toh

(Pemangku Setiausaha Perbandaran)

Jumaat, 23 Julai, 2004 - Selasa, 27 Januari, 2009

10. Encik Hii Chang Kee

(Pemangku Setiausaha Perbandaran)

Rabu, 28 Januari, 2009 - Rabu, 04 Mac, 2009

10. Encik Hii Chang Kee Khamis, 05 Mac, 2009 - Khamis, 15 Oktober,

2015

11. Tuan Haji Morshidi Fredrick

(Pemangku Setiausaha Perbandaran)

Jumaat, 16 Oktober, 2015 -Isnin, 2 Januari 2017

12. Encik Jong Thian Puk

(Pemangku Setiausaha Perbandaran)

Selasa, 3 Januari 2017 - sekarang

Sejak ditubuhkan, Majlis Perbandaran Sibu telah berusaha dengan bersungguh-

sungguh untuk membangunkan bandar Sibu. Antara projek besar adalah seperti berikut :-

i. Rejang Esplanade telah siap dibina dalam tahun 1988 dengan kos RM916,175.13.

ii. Taman Mini Jalan Mission telah siap dibina dalam tahun 1990 dengan kos

RM478,449.00.

iii. Taman Rekreasi Bukit Lima telah siap dibina dalam bulan April 1991 dengan kos

RM617,797.13.

Page 13: PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

DIKEMASKINI PADA TAHUN 2017 12

PELAN STRATEGIK 2017-2021

iv. Taman Trafik di Taman Rejang telah siap dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam

tahun 1993. Sejak itu, pertandingan trafik setiap tahun diadakan dan dianjurkan oleh

Majlis Perbandaran Sibu dan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu secara bergilir-gilir.

v. Taman Kereta Bertingkat yang setinggi enam (6) tingkat di persimpangan Jalan

Kampung Nyabor dan Jalan Wong Nai Siong dengan menyediakan sebanyak 374

ruang letak kereta dan gerai makan di tingkat atas, telah siap dibina pada

penghujung tahun 1993 dengan kos kira-kira RM9.7 juta.

vi. Taman Jubli Bukit Aup (Fasa I) meliputi keluasan kira-kira lapan (8) ekar telah siap

dibina dalam bulan Mac 1993 dengan kos kira-kira RM3 juta. Taman Jubli Bukit Aup

(Fasa II) meliputi kawasan kira-kira 14 ekar telah siap dibina dalam bulan Julai 1997

dengan kos RM4 juta. Walaupun ia membabitkan perbelanjaan yang besar, ianya

adalah projek yang berbaloi memandangkan ia memberi kemudahan taman rekreasi

kepada penduduk Sibu dimana mereka boleh menghabiskan masa lapang dengan

berehat.

vii. Pasar Sentral Sibu yang baru di Jalan Channel telah siap dibina pada penghujung

tahun 1996 dengan kos kira-kira RM12 juta. Dengan siapnya pasar baru ini, bandar

Sibu telah berubah wajah dengan menempatkan semula semua penjaja yang

menjalankan perniagaan mereka di tebing sungai, di tepi dan di belakang lorong di

pusat bandar ke dalam pasar baru ini. Sebuah pasar baru di Grand Height, Jalan Hulu

Lanang juga telah siap dibina dengan kos RM500,000.00 dalam tahun 1999.

viii. Projek yang telah siap pembinaan termasuk rumah penyembelihan khinzir yang

moden, tempat pelupusan sampah sanitasi di Kemuyang dan taman kereta

bertingkat yang kedua.

Majlis Perbandaran Sibu telah

berpindah ke pejabat baru di Wisma Sanyan

pada tahun 2001. Pejabat baru

menawarkan persekitaran yang lebih baik

untuk kakitangan memberi khidmat kepada

orang ramai.

Page 14: PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

DIKEMASKINI PADA TAHUN 2017 13

PELAN STRATEGIK 2017-2021

Kawasan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Sibu

Page 15: PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

DIKEMASKINI PADA TAHUN 2017 14

PELAN STRATEGIK 2017-2021

Carta Organisasi

Page 16: PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

DIKEMASKINI PADA TAHUN 2017 15

PELAN STRATEGIK 2017-2021

Fungsi & Peranan Majlis Perbandaran Sibu

Majlis Perbandaran Sibu bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti

kepada masyarakat Sibu dalam empat (4) bidang :-

i. Membangun Rasa Tanggungjawab Kemasyarakatan

ii. Pengurusan Kemudahan Awam

iii. Perkhidmatan Infrastruktur

iv. Perkhidmatan Perbandaran

i. Membangun Rasa Tanggungjawab Kemasyarakatan

Majlis Perbandaran Sibu bertanggungjawab dalam menyebar dan memberitahu

mengenai undang-undang dan peraturan kepada semua lapisan masyarakat iaitu

secara proaktif berusaha untuk menghebahkan kepada masyarakat bagaimana

undang-undang dan peraturan ini mendatangkan faedah kepada mereka.

Peranan Pendidikan

Majlis Perbandaran Sibu mempunyai tanggungjawab besar dalam mempromosi

dan mendidik kesedaran sivik dan jati diri kepada semua lapisan masyarakat di

Sibu. Penduduk hendaklah digalakan mempunyai semangat mempunyai dan

kekitaan terhadap bandar mereka iaitu terhadap infrastruktur, perkhidmatan dan

kemudahan awam yang ada.

Peranan Pengawalan

Majlis Perbandaran Sibu telah menghalusi undang-undang dan peraturan sebagai

menyokong usaha dalam pembangunan kesedaran hidup bermasyarakat. Majlis

Perbandaran Sibu dalam peranan pengawalan bukan untuk memaksa,

menghalang dan menghadkan kebebasan atau kualiti kehidupan masyarakat

tetapi untuk menggalakan semangat kemasyarakatan dan menjaga agar ianya

tidak dinikmati oleh sebilangan kecil penduduk sahaja.

Peranan Penguatkuasaan

Sebagai tambahan kepada peranan pengawalan, Majlis Perbandaran Sibu juga

berperanan sebagai penguatkuasa. Ini adalah untuk memastikan masyarakat di

Sibu secara keseluruhannya dilindungi dan terpelihara daripada sebilangan

Page 17: PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

DIKEMASKINI PADA TAHUN 2017 16

PELAN STRATEGIK 2017-2021

kecilorang yang bersikap mementingkan diri sendiri dan yang mempunyai

kepentingan diri.

ii. Pengurusan Kemudahan Awam

Pasar & Pusat Penjaja Tandas Awam

Perpustakaan Awam Tempat Letak Kereta

Rumah Penyembelihan Tempat Pelupusan Sampah

Taman Pengindahan Bandar Tapak Semaian

Tempat Rekreasi Dewan Masyarakat Kolam Renang Stadium Sukan

Terminal Bas & Perhentian Bas Berbumbung

iii. Perkhidmatan Infrastruktur

Majlis beriltizam dalam menanggung pembangunan dan penyenggaraan

perkhidmatan infrastruktur awam termasuk :-

Jalan Raya

o Pembinaan Jalan Raya Baru

o Pengawalan Aliran Trafik Secara Efektif

o Penyediaan Tanda Arah

Laluan Pejalan Kaki & Siaraya

Lampu Jalan

Perhentian Bas, Perhentian Bas Berbumbung & Terminal

Perparitan

Projek Pembangunan

Page 18: PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

DIKEMASKINI PADA TAHUN 2017 17

PELAN STRATEGIK 2017-2021

iv. Perkhidmatan Perbandaran

Perkhidmatan Perbandaran yang disediakan oleh Majlis adalah perkhidmatan secara

tradisional tetapi masih diperlukan untuk memastikan kualiti yang bersepadu

terhadap kehidupan dan pembangunan masyarakat :-

Kawalan Bangunan

o Memproses Pelan Bangunan

o Struktur Bangunan Yang Tidak Dibenarkan

Kesihatan Awam & Kawalan Vektor

Pembentungan & Menyelenggara Perparitan

Pembersihan Sampah Sarap, Pungutan Sampah & Pembuangan Bahan Buangan

Pemotongan Rumput & Penyelenggaraan Tepi Jalan

Penyelenggaraan Jalan Raya

Perkadaran & Pencukaian

o Pemberian Nombor Rumah

o Penamaan Jalan Raya

Perkhidmatan Kaunter

Perkhidmatan Pencegahan & Penguatkuasaan

Perlesenan

Page 19: PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

DIKEMASKINI PADA TAHUN 2017 18

PELAN STRATEGIK 2017-2021

Punca Kuasa

Majlis Perbandaran Sibu, seperti juga Pihak Berkuasa Tempatan lain di Sarawak beroperasi

di bawah naungan Kementerian Kerajaan Tempatan Sarawak. Kuasa yang membolehkan

Majlis Perbandaran Sibu diperolehi daripada Local Authorities Ordinance 1996 dan Local

Authorities Financial Regulations 1997.

Stakeholders dan Pelanggan

Page 20: PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

DIKEMASKINI PADA TAHUN 2017 19

PELAN STRATEGIK 2017-2021

Isu-isu dan Cabaran (Analisa SWOT)

STRENGTHS (KEKUATAN) WEAKNESSES (KELEMAHAN)

1. Human Capital (Modal Insan)

Ahli-ahli Majlis & kakitangan yang:

i. komited,

ii. cekap,

iii. berpengetahuan,

iv. berpengalaman,

v. berkemahiran,

vi. profesional,

vii. semangat berpasukan yang tinggi; dan

viii. mempunyai hubungan dan kerjasama

dengan masyarakat dan para NGO

yang baik

2. Mempunyai Standard Operating Procedure

(SOP)

3. Mempunyai infrastruktur yang mencukupi

4. Mempunyai aset/ hartanah untuk diuruskan

5. Berupaya untuk menghasilkan pendapatan

6. Mempunyai kuasa (penguatkuasaan undang-

undang & mengumpul pendapatan/ hasil)

1. Kekurangan dana peruntukan

2. Kekurangan tenaga kerja

3. Aktiviti penguatkuasaan yang lemah

(kerana kekurangan tenaga kerja)

4. Hasil yang tidak mencukupi

5. Kekurangan autonomi

6. Di luar bidang kuasa

7. Kekurangan komunikasi antara bahagian/

seksyen

8. Keputusan yang sentiasa berubah(“Flip-

flop” decision)

9. Berbeza keutamaan (priority) di kalangan

pembuat dasar

10. Agenda tersembunyi

11. Sikap “tidak apa”

Page 21: PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

DIKEMASKINI PADA TAHUN 2017 20

PELAN STRATEGIK 2017-2021

Isu-isu dan Cabaran (Analisa SWOT)

OPPORTUNITIES (PELUANG) THREATS (ANCAMAN)

1. Lokasi:

i. Berdekatan dengan kawasan SCORE

(Sarawak Corridor of Renewable

Energy)

ii. Berada di tengah-tengah laluan

kawasan tengah Sarawak

2. Hubungan baik dengan:

i. Agensi-agensi Kerajaan yang lain

ii. Sektor swasta dan NGO (perkongsian

pintar & joint venture)

iii. Pelbagai bandar persahabatan

(friendship cities)

3. Jalinan denganinstitusi-institusi pengajian

tinggi tempatan

4. Sibu sebagai hab pendidikan

5. Kos sara hidup yang rendah

6. Masyarakat berbilang kaum – “Beauty in

Ethnic Diversities”

7. Banyak tanah kosong untuk pembangunan

8. Membenarkan peningkatan peluang

perniagaan

9. Penglibatan Pengerusi Majlis dan Wakil-

wakil Rakyat tempatan

10. Kestabilan politik

11. Polisi “Tok Nan”– “Just DO IT”

1. Keadaan persekitaran (tanah dan geografi

yang lemah)

2. Faktor manusia:

i. Migrasi oleh generasi muda ke luar

Sibu

ii. Brain Drain – migrasi oleh para

profesional/ pakar (talent) keluar Sibu

iii. Pekerja asing

iv. Desakan/ permintaan lebih oleh orang

awam

v. Sikap negatif penduduk

vi. Gangguan oleh orang awam/ pemilik

sesuatu pembangunan

3. Undang-undang yang lapuk

4. Kerajaan Negeri memintas pembangunan

Sibu

5. Gangguan politik

6. Batasan antara“no wrong door policy” dan

melangkaui bidangkuasa (busy body vs no

wrong door policy)

7. Penurunan kutipan cukai melalui dasar

kerajaan

Page 22: PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

DIKEMASKINI PADA TAHUN 2017 21

PELAN STRATEGIK 2017-2021

Visi, Misi dan Moto

Nilai-nilai Bersama

Page 23: PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

DIKEMASKINI PADA TAHUN 2017 22

PELAN STRATEGIK 2017-2021

SMC BALANCED SCORECARD

Pada tahun 2015, Majlis Perbandaran Sibu telah mewujudkan dan mengguna pakai SMC

Balanced Scorecard (BSC) sebagai salah satu alat pengukuran dan mengawal pencapaian

prestasi Majlis, seiring dengan Visi Kerajaan Negeri sebagai “Perkhidmatan Awam Bertaraf

Dunia”. Pada masa pembentukan BSC ini, Majlis juga turut mempunyai Pelan Strategik

Majlis. Justeru, pada tahun 2016 pihak pengurusan memutuskan untuk menggabungkan

Pelan Strategik Majlis dengan BSC bagi menambahbaik proses pengukuran pencapaian

prestasi Majlis. Maka Pelan Strategik 2017-2021 telah dibentuk dengan memasukkan

elemen BSC sebagai alat pengukuran prestasi Majlis.

SCS TRANSFORMATION FRAMEWORK

Page 24: PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

DIKEMASKINI PADA TAHUN 2017 23

PELAN STRATEGIK 2017-2021

SMC TRANSFORMATION FRAMEWORK

KERANGKA TRANSFORMASI MPS

Page 25: PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

DIKEMASKINI PADA TAHUN 2017 24

PELAN STRATEGIK 2017-2021

PETA STRATEGIK KORPORAT MPS

Customer

Financial

Internal

Process

Organizational

CapacityOC4: Enhance strategic skills

OC3: Enhance training & development

OC2: Internalize shared values

OC1: Increase use of ICT

IP6: Enhance compliance to law and

order

IP7: Enhance community rapport with

Council & the

government

IP4: Improve income from other sources

IP5: Enhance collection of

rates

IP2: Improve continuously

internal processes

IP3: enhance compliance to internal controls

IP1: Enhance Council service

efficiency

F5: Increase community contribution

F3: Increase Revenue

F2: Improve compliance to Financial regulations

F4: Reduce operational

cost

F6: Enhance budget

utilization

F1: increase financial

self-sufficiency

CS1: Increase community trust in Council and the Government

Page 26: PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

DIKEMASKINI PADA TAHUN 2017 25

PELAN STRATEGIK 2017-2021

TEMPLAT BALANCED SCORECARD MPS

CCCUUUSSSTTTOOOMMMEEERRR SSSAAATTTIIISSSFFFAAACCCTTTIIIOOONNN

Page 27: PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

DIKEMASKINI PADA TAHUN 2017 26

PELAN STRATEGIK 2017-2021

FFFIIINNNAAANNNCCCIIIAAALLL

Page 28: PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

DIKEMASKINI PADA TAHUN 2017 27

PELAN STRATEGIK 2017-2021

IIINNNTTTEEERRRNNNAAALLL PPPRRROOOCCCEEESSSSSS

Page 29: PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

DIKEMASKINI PADA TAHUN 2017 28

PELAN STRATEGIK 2017-2021

Page 30: PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

DIKEMASKINI PADA TAHUN 2017 29

PELAN STRATEGIK 2017-2021

Page 31: PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

DIKEMASKINI PADA TAHUN 2017 30

PELAN STRATEGIK 2017-2021

OOORRRGGGAAANNNIIIZZZAAATTTIIIOOONNNAAALLL CCCAAAPPPAAACCCIIITTTYYY

Page 32: PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

DIKEMASKINI PADA TAHUN 2017 31

PELAN STRATEGIK 2017-2021

ELEMEN PENENTU KEJAYAAN

Sistem Pengurusan Yang Mantap

Sistem pengurusan yang mantap adalah di mana pihak pengurusan dengan kerjasama setiap

peringkat kakitangan berganding bahu bagi meningkatkan imej jabatan. Sistem

penyampaian perkhidmatan yang berkesan akan memberikan impak positif orang awam

terhadap Majlis Perbandaran Sibu. Jelas bahawa pentingnya untuk hubungan dua hala ini

dijaga bagi mewujudkan keharmonian hubungan antara warga kerja secara berterusan.

Memperkasakan Pembangunan Minda

Setiap kakitangan perlu diberi peluang untuk mengikut/ menghadiri kursus, seminar atau

latihan yang bersesuaian bagi memantapkan kemahiran serta pengetahuan agar dapat

diaplikasikan dalam rutin kerja harian. Dengan memperkasakan pembangunan minda

kakitangan maka setiap kakitangan dapat mencapai sasaran kerja tahunan dengan lebih

cemerlang. Jelas bahawa jabatan yang mempunyai pekerja yang produktif akan mencapai

prestasi jabatan secara tidak langsung.

Page 33: PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

PELAN STRATEGIK 2017 – 2021

DIKEMASKINI PADA TAHUN 2017 32

PELAN STRATEGIK 2017-2021

THE WAY FORWARD

Good strategic planning is about finding a way forward that does not leave the organization

to the mercy of the environment. In reviewing and preparing this strategic plan, the

Councillors and Senior Management committee of Sibu Municipal Council have

brainstormed, discussed and elaborated on various subjects that affect the management

and municipal services provided to the community in line with its mission of “committed to

provide efficient and effective Council services to advance the quality of life of the people

of Sibu” to support the new vision of our Nation’s development era of TN50 (Transformasi

Nasional 2050) to be “amongst the top countries in the world in economic development,

citizen well-being and innovation” as was inspired by the Prime Minister of Malaysia.

Evidently, this Strategic Plan outlined the future of Sibu Municipal Council. It

contains ideas centralizing on improving professionalism, efficiency and effectiveness of

Sibu Municipal Council and also used as a guideline for providing basic municipal services to

the community. The goals set are worth pursuing and discussion and feedback on ways to

improve the services are encouraged. It is hoped that with this newly-improved Strategic

Plan, Sibu Municipal Council will continue to move forward.