pelan damai ‘peace to prosperity’ serlah langkah terdesak ... · baru-baru ini, presiden...

10

Upload: others

Post on 17-Aug-2020

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pelan Damai ‘Peace to Prosperity’ Serlah Langkah Terdesak ... · Baru-baru ini, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah
Page 2: Pelan Damai ‘Peace to Prosperity’ Serlah Langkah Terdesak ... · Baru-baru ini, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah
Page 3: Pelan Damai ‘Peace to Prosperity’ Serlah Langkah Terdesak ... · Baru-baru ini, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah

Pelan Damai ‘Peace to Prosperity’ Serlah Langkah Terdesak Israel | 1

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Pendahuluan

Baru-baru ini, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Perdana Menteri

Israel, Benjamin Netanyahu telah mengumumkan secara bersama satu pelan damai

yang kontroversi bertajuk Peace to Prosperity: A Vision to Improve the Lives of the

Palestinian and Israeli People atau turut dirujuk sebagai The Vision.

Pelan damai yang merangkumi tawaran Israel dan AS untuk menyelesaikan konflik

Palestin-Israel tersebut bukan sahaja menyentuh aspek kerangka politik (political

framework) bahkan turut meletakkan kerangka ekonomi (economy framework)

supaya ia lebih kelihatan komprehensif. Dalam aspek kerangka politik, pelan damai

yang dikemukakan itu merangkumi 22 seksyen utama dengan beberapa perkara

teras termasuklah soal keselamatan, zon perdagangan bebas, kedudukan

Jerusalem sebagai ibu negara Israel, pelabuhan, isu pelarian dan sebagainya.

Kesemua aspek-aspek ini kemudiannya digambarkan dalam sebuah peta

(conceptual map) bagi menunjukkan sempadan dan hubungan baru di antara Israel

dan Palestin.

Manakala dari aspek kerangka ekonomi, mereka menggunakan pelaburan bernilai

lebih USD50 bilion melibatkan kira-kira 170 projek sebagai umpan utama kepada

Palestin dan dunia Islam umumnya supaya mempertimbangkan dan menerima

tawaran pelan damai yang dikemukakan. Tindakan tersebut walau bagaimanapun

tidak lebih selain menuruti pelan damai yang pernah dikemukakan oleh Presiden AS

pada sebelumnya.

Sebagai contoh pada tahun 2003, pentadbiran George W. Bush melalui pelan

Roadmap for Peace telah menggunakan pendekatan pembangunan ekonomi dan

pelaburan sebagai tunjang kepada proses pendamaian pada masa akan datang,

manakala pentadbiran Barack Obama turut melakukan perkara yang sama dalam

pelan damai yang dikemukakan pada tahun 2013.

Ironinya, pelan damai Peace to Prosperity itu tidak menggambarkan penyelesaian

sebenar terhadap konflik yang berlaku, lebih kepada memenuhi citarasa Zionis Israel

dalam meratah negara umat Islam Palestin yang berdaulat. Tambahan pula ia

dirangka hanya dengan pandangan sepihak (unilateral) selain dibantu oleh arkitek di

balik tabir, Jared Kushner yang merupakan menantu dan penasihat utama kepada

kepada Donald Trump.

Page 4: Pelan Damai ‘Peace to Prosperity’ Serlah Langkah Terdesak ... · Baru-baru ini, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah

Pelan Damai ‘Peace to Prosperity’ Serlah Langkah Terdesak Israel | 2

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Pelan damai yang dikemukakan tidak sedikitpun membina jambatan penyelesaian

yang diharapkan, bahkan tidak juga kelihatan boleh menjadi titik tolak ke arah

pendamaian dan kestabilan di rantau Timur Tengah. Kertas ini akan menjelaskan

bagaimana pelan damai tersebut hanyalah langkah terdesak Israel untuk

mendapatkan pengiktirafan sebagai sebuah negara yang bebas di rantau tersebut,

apatah lagi ia terus mendapat sokongan padu daripada AS sebagai negara

sekutunya. Ia tidaklah jalan keluar kepada konflik yang melanda, sekadar

melengkapkan misi Zionis Israel untuk menghilangkan Palestin dari muka bumi.

Langkah Israel Semakin Terdesak

Dalam perbahasan hubungan antarabangsa, sesebuah aktor negara (state actor)

perlu memenuhi tiga ciri utama; pertama, memiliki kedaulatan (sovereignty), kedua

memperoleh pengiktirafan (recognition) sebagai sebuah negara dan ketiga,

mempunyai kawalan terhadap populasi dan wilayah (control over population and

territory). Ketiga-tiga ciri ini adalah asas bagi aktor negara dalam hubungan

antarabangsa.

Negara haram Israel telah menerima keanggotaan penuh di Pertubuhan Bangsa-

bangsa Bersatu (PBB) sejak 11 Mei 1949, sebaliknya Palestin pula hanya sebagai

Pemerhati Tetap di PBB dan masih tidak menerima keahlian penuh walaupun

beberapa kali diusulkan oleh pihak berkuasa Palestin. Meskipun begitu, Israel tetap

tidak memiliki kedaulatan di wilayah Palestin yang diceroboh, apatah lagi negara

haram tersebut dibina atas asas kezaliman dengan perlindungan sepenuhnya oleh

adi kuasa seperti AS.

Pengumuman sebuah pelan damai Peace to Prosperity tersebut secara tidak

langsung menjelaskan langkah terdesak Israel bukan sahaja untuk mendapatkan

kedaulatannya sebagai sebuah negara, bahkan mengharapkan hubungan normal

(normal ties) dengan negara Arab yang berdekatan selain mengambil peluang

mengukuhkan kawalan terhadap populasi dan wilayah di penempatan haram yang

telah diceroboh.

Hal yang demikian adalah kerana mesej utama disebalik kerangka pelan damai yang

ditawarkan bercakap mengenai satu perkara iaitu negara atau state. Israel berusaha

memenuhi ketiga-tiga ciri aktor negara supaya menjadi sebuah negara yang bebas

di rantau Timur Tengah. Dalam masa yang sama, mereka kononnya bersedia

memberikan Palestin pengiktirafan sebagai sebuah negara yang “merdeka” tetapi

dengan kedaulatan yang terhad. Oleh kerana itu, penyelesaian dua negara bukanlah

jawapan yang tuntas kepada konflik di Palestin kerana sejak daripada awal, hak

Palestin sebagai sebuah negara yang berdaulat dinafikan malah telah diceroboh

oleh Israel.

Page 5: Pelan Damai ‘Peace to Prosperity’ Serlah Langkah Terdesak ... · Baru-baru ini, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah

Pelan Damai ‘Peace to Prosperity’ Serlah Langkah Terdesak Israel | 3

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Antara yang disebutkan dalam pelan damai tersebut adalah bahawa:

The State of Israel has a legitimate desire to be the naton-state of the Jewish

people and for that status to be recognized throughout the world.

The Vision aims to achieve the recognition by, and normalization with, those

countries who do not currently recognize the State of Israel or have a

relationship with the State of Israel.

Perenggan di atas menggambarkan Israel terdesak mengharapkan normalisasi

hubungan antarabangsa khususnya dengan negara-negara Arab di sekitarnya.

Ketika ini terdapat 31 buah negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik

dengan negara haram Israel termasuk kebanyakan daripada negara Arab yang

berdekatan seperti Lubnan, Kuwait, Iraq, Oman, Qatar dan Arab Saudi.

Walau bagaimanapun, terdapat dakwaan beberapa negara Arab telah memiliki

hubungan di balik tabir dengan Tel Aviv dan perkara tersebut masih menjadi tanda

tanya sehingga ke hari ini. Antaranya melibatkan dakwaan pertemuan rahsia Raja

Saudi Mohammed bin Salman dengan pegawai kanan Israel sejak 2017 selain

pertukaran strategik pertahanan di antara kedua-dua negara.

Ambil Kesempatan Kukuh Keselamatan Negara Haram Israel

Aspek keselamatan merupakan teras bagi pembinaan kedaulatan sesebuah negara.

Pelan damai yang dibentangkan negara haram Israel dan sekutunya AS bukan

sahaja memperkukuhkan keselamatan dan pertahanan negara tersebut daripada

ancaman pihak luar, malah turut “berhasrat” mengawal keselamatan dan pertahanan

negara Palestin.

Mereka menawarkan diri untuk menanggung segala bentuk kos pertahanan negara

Palestin, tetapi dengan syarat tertentu yang dikemukakan kepada pihak berkuasa

Palestin.

Antara syarat berat sebelah yang dikemukakan adalah;

The State of Israel will continue to maintain control over the airspace and the

electromagnetic spectrum west of the Jordan river.

The Israeli Navy will have the right to block prohibited weapons and weapon-

making materials from entering the State of Palestin, including Gaza.

Page 6: Pelan Damai ‘Peace to Prosperity’ Serlah Langkah Terdesak ... · Baru-baru ini, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah

Pelan Damai ‘Peace to Prosperity’ Serlah Langkah Terdesak Israel | 4

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

The State of Palestin will not have the right to forge military, intelligence or

security agreements with any state or organization the adversely affect the

State of Israel’s security, as determined by the State of Israel. The State of

Palestin will not be able to develop military or paramilitary capabilities inside

or outside of the State of Palestin.

Perkara ini jelas menunjukkan Israel mahu Palestin dengan “rela hati” melumpuhkan

keseluruhan sistem pertahanan dan keselamatannya termasuklah memberi ruang

udara di bawah kawal pentadbiran pihak berkuasa Israel. Malah, kumpulan pejuang

Islam seperti HAMAS yang menganggotai Kerajaan di Tebing Gaza dan merupakan

ancaman terbesar kepada Israel juga perlu turut tunduk kepada syarat yang

dikemukakan.

Perkara yang menjadi persoalan di sini adalah; apa maknanya kedaulatan bagi

sesebuah negara jika ruang udaranya dikawal sepenuhnya oleh pihak luar? Sejauh

mana sesebuah negara yang dikatakan berdaulat tetapi pasukan keselamatan dan

pertahanannya tidak berada di bawah kawalannya? Persoalan-persoalan ini jelas

membentangkan langkah sumbang pelan damai yang dikemukakan.

Jelas sekali tawaran-tawaran dalam pelan damai tersebut tidak wajar dan tidak

relevan kerana Israel sendiri pada hakikatnya tidak mempunyai locus standi untuk

merundingkan perkara berkenaan dengan Palestin bahkan mereka juga tidak berhak

atas setiap inci tanah milik Palestin yang telah diceroboh.

Pelan Damai Terima Bantahan Antarabangsa

Pelan damai rekaan Trump atau setepatnya menantu beliau sendiri, Jared Kushner

ini ternyata suatu yang bertepuk sebelah tangan, bersifat populis dan tidak

mempunyai sebarang asas. Perkara ini dapat dilihat dengan penolakan besar-

besaran diperingkat antarabangsa. Walaupun terdapat beberapa syarikat dan sekutu

AS yang cuba menyokong usaha berat sebelah ini, tetapi ia tidak lebih daripada

hanya menzahirkan kedudukan mereka sebagai talibarut kepada Amerika-Zionis.

Persidangan Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang dibuat bagi

membincangkan resolusi berkenaan pelan damai ini telah memutuskan untuk

menolak pelan damai yang dicanangkan oleh Israel dan sekutunya, AS. Namun,

terdapat desas desus sokongan yang bakal diberikan beberapa negara, namun yang

jelas resolusi bersama yang dikemukakan tidak mengiktiraf pelan damai ini.

Page 7: Pelan Damai ‘Peace to Prosperity’ Serlah Langkah Terdesak ... · Baru-baru ini, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah

Pelan Damai ‘Peace to Prosperity’ Serlah Langkah Terdesak Israel | 5

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Hal ini berikutan pelan ini jelas tidak memenuhi hak dan aspirasi sebenar rakyat

Palestin sebagai penduduk asal di sana. Setiausaha Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit

dalam kenyataannya semasa persidangan PBB turut menyelar tindakan AS sebagai

memalukan dan mengatakan bahawa sekiranya perkara ini diterima, ia bermakna

dunia sudah mengiktiraf aparteid versi moden.

Perjanjian sepihak ini turut dikritik oleh pemimpin dunia yang lain dalam persidangan

PBB termasuklah negara-negara besar seperti Jerman, Afrika Selatan, Rusia dan

sebagainya. Menurut mereka tindakan unilateral seperti ini tidak akan menghasilkan

keadilan, tidak akan berkekalan, dan hanya akan menimbulkan konflik baharu yang

berpanjangan. Umum mengetahui bahawa pelan damai ini dibuat tanpa melibatkan

Palestin, hanya perbincangan bersama Israel dengan AS sebagai orang tengah.

Pendirian yang sama diambil PBB dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Stephane

Dujarric, jurucakap kepada Setiusaha Agung PBB. Beliau menolak perjanjian ini

kerana ia bersifat sepihak dan bercanggah dengan keputusan asas PBB untuk

menyelesaikan konflik Israel-Palestin dengan perbincangan dua pihak serta

memastikan ia mematuhi undang-undang antarabangsa.

Jelas sekali bahawa pelan damai yang dirangka oleh Presiden AS ini adalah tidak

berasas dan ditolak oleh komuniti antarabangsa. Ia hanyalah sebuah muslihat untuk

membela Zionis dengan slogan yang kelihatan baik pada zahirnya, tetapi menjerut

masa depan umat Islam di sana.

Kesimpulan

Pelan damai Peace to Prosperity tidak lain hanyalah siri-siri rundingan penyelesaian

konflik yang membuang masa, bahkan kredibiliti AS sebagai fasilitator mahupun

mediator dalam rundingan damai ini semakin terhakis. Hal ini kerana AS sendiri

pernah mengeluarkan beberapa pendirian sepihak untuk mengiktiraf Baitul Maqdis

(Jerusalem) sebagai ibu negara haram Israel selain kenyataan bahawa penempatan

haram yang dibina pihak berkuasa Israel tidak bertentangan dengan undang-undang

antarabangsa. Pendirian ini sebenarnya menunjukkan AS tidak berupaya menjadi

pihak yang tidak berpihak dan berkepentingan (impartial) dalam merundingkan

penyelesaian ini.

Tiada formula lain dalam menghadapi kebejatan Israel dan sekutunya melainkan

negara-negara Islam wajib bersatu. Kesatuan umat Islam adalah jawapan kepada

pelbagai penindasan dan kezaliman baik di Palestin, mahupun di belahan dunia

umat Islam yang lain seperti di Uighur, Kashmir dan Rakhine.

Page 8: Pelan Damai ‘Peace to Prosperity’ Serlah Langkah Terdesak ... · Baru-baru ini, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah

Pelan Damai ‘Peace to Prosperity’ Serlah Langkah Terdesak Israel | 6

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Israel akan terus melangkah, menceroboh bumi umat Islam Palestin setapak demi

setapak. Langkah pelan damai yang dikemukakan menunjukkan mereka semakin

berani menjarah tanah umat Islam kerana terdesak mendapatkan sebuah negara

yang bebas dan diiktiraf di Timur Tengah. Sudah pasti ia juga langkah

menghapuskan nama Palestin dari peta dunia.

Page 9: Pelan Damai ‘Peace to Prosperity’ Serlah Langkah Terdesak ... · Baru-baru ini, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah

Pelan Damai ‘Peace to Prosperity’ Serlah Langkah Terdesak Israel | 7

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

SENARAI RUJUKAN

Ahmad, N. (2020, February 3). Peace Plans Have No Function Except to Serve

Israel's Colonial Takeover of Palestine. Retrieved from Middle East Monitor.

Bishara, M. (2020, January 29). Trump's Peace Plan: The Farce, The Fraud and The

Fury. Retrieved from Al-Jazeera.

Eldar, A. (2020, February 1). The Deal of the Century or The Bluff of The

Millennium? Retrieved from Al-Jazeera.

Jewish Virtual Library. (n.d.).

Kushner Unveils Economic Part of Deal of The Century Middle East Peace Plan.

(2019, June 22). Retrieved from The Guardian.

Mizrahi-Arnaud, Y. (2019, July 9). Neither Peace Nor Prosperity: Jared Kushner's

Middle East Peace PLan Falls Flat in Bahrain. Retrieved from Foreign Policy

Research Institute.

Mongain, C. O. (2019, June 25). Important or Nonsense - What is Peace to

Prosperity? Retrieved from RTE.

No Peace or Prosperity in Palestine. (2020, February 1). Retrieved from Socialist

Worker.

(2020). Peace to Prosperity A Vision to Improve the Lives of the Palestinian and

Israeli People. White House.

Page 10: Pelan Damai ‘Peace to Prosperity’ Serlah Langkah Terdesak ... · Baru-baru ini, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah