pelaksanaan kurikulum kejuruteraan awam dalam …€¦ · pelaksanaan kurikulum kejuruteraan awam...

28
PELAKSANAAN KURIKULUM KEJURUTERAAN AWAM DALAM PEMBELAJARAN PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEJURUTERAAN AWAM) UTM SKUDAI, JOHOR SYAZRINA BINTI SHAARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: tranque

Post on 29-Aug-2019

287 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PELAKSANAAN KURIKULUM KEJURUTERAAN AWAM DALAM …€¦ · pelaksanaan kurikulum kejuruteraan awam dalam pembelajaran pelajar ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan (kejuruteraan

PELAKSANAAN KURIKULUM KEJURUTERAAN AWAM DALAM

PEMBELAJARAN PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI

SERTA PENDIDIKAN (KEJURUTERAAN AWAM)

UTM SKUDAI, JOHOR

SYAZRINA BINTI SHAARI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PELAKSANAAN KURIKULUM KEJURUTERAAN AWAM DALAM …€¦ · pelaksanaan kurikulum kejuruteraan awam dalam pembelajaran pelajar ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan (kejuruteraan
Page 3: PELAKSANAAN KURIKULUM KEJURUTERAAN AWAM DALAM …€¦ · pelaksanaan kurikulum kejuruteraan awam dalam pembelajaran pelajar ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan (kejuruteraan
Page 4: PELAKSANAAN KURIKULUM KEJURUTERAAN AWAM DALAM …€¦ · pelaksanaan kurikulum kejuruteraan awam dalam pembelajaran pelajar ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan (kejuruteraan

PELAKSANAAN KURIKULUM KEJURUTERAAN AWAM

DALAM PEMBELAJARAN PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA

TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEJURUTERAAN AWAM)

UTM SKUDAI, JOHOR

SYAZRINA BINTI SHAARI

Laporan Projek ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 5: PELAKSANAAN KURIKULUM KEJURUTERAAN AWAM DALAM …€¦ · pelaksanaan kurikulum kejuruteraan awam dalam pembelajaran pelajar ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan (kejuruteraan

ii

Page 6: PELAKSANAAN KURIKULUM KEJURUTERAAN AWAM DALAM …€¦ · pelaksanaan kurikulum kejuruteraan awam dalam pembelajaran pelajar ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan (kejuruteraan

iii

DEDIKASI

Ku panjatkan Kesyukuran Ke Hadrat ILLAHI

Yang Memberi Aku Kekuatan hingga Ke Penghujungnya….

Terima Kasih Jua Ku Ucapkan Buat Yang Dikasihi

Ibunda Rosima Hj. Ariffin

Dan

Ayahanda Shaari Abdul Rashid

Yang Sentiasa Mendoakan Kesejahteraan Anakanda

Di Mana Jua Anakanda Berada…..

Tidak Lupa Kepada Adinda-Adinda Ku

Yang Banyak Memberi Dorongan Untuk Terus Berjuang

Demi Keluarga, Agama dan Negara Tercinta…..

Syazrizan Shaari

Syazmelia Shaari

Syazwan Shaari

Syazzani Shaari

Serta Teman-Teman Seperjuangan

Yang Banyak Membantu Menyiapkan Penyelidikan ini…..

Jasa Kalian Semua Amat Kuhargai…………

Page 7: PELAKSANAAN KURIKULUM KEJURUTERAAN AWAM DALAM …€¦ · pelaksanaan kurikulum kejuruteraan awam dalam pembelajaran pelajar ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan (kejuruteraan

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian ke hadrat ALLAH s.w.t kerana dengan segala limpah rahmat dan hidayahnya, penyelidikan ini telah dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada penyelia projek Dr. Abdul Rahim Hamdan yang tanpa jemu menghulurkan bimbingan, panduan, tunjuk ajar dan nasihat sepanjang tempoh penyelidikan ini. Terima kasih kerana membantu menjadikan impian saya sebuah kenyataan.

Sekalung ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Fakulti Pendidikan UTM dan Fakulti Kejuruteraan Awam UTM kerana sudi bekerjasama dalam menjayakan Projek Sarjana Muda ini. Penghargaan tidak terhingga juga ditujukan kepada semua pelajar Tahun 3 dan Tahun 4 program Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam) Sesi 2008/2009 atas kesudian mereka menjadi responden dalam kajian ini.

Sejuta penghargaan juga ditujukan kepada ibu dan ayah yang tanpa jemu mendoakan kejayaan saya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini.

Page 8: PELAKSANAAN KURIKULUM KEJURUTERAAN AWAM DALAM …€¦ · pelaksanaan kurikulum kejuruteraan awam dalam pembelajaran pelajar ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan (kejuruteraan

v

ABSTRAK

Penyelidikan deskriptif ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian dan

keberkesanan pelaksanaan kurikulum kejuruteraan awam dalam pembelajaran pelajar

Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam) UTM, Skudai.

Seramai 32 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam) iaitu 17 orang merupakan pelajar Tahun 3 dan 15 orang

merupakan pelajar Tahun 4 telah diambil sebagai responden kajian. Satu set soal selidik

telah dibina berdasarkan empat aspek yang terdapat dalam kurikulum iaitu tempoh

pengajaran dan pembelajaran, kandungan dan silibus mata pelajaran kejuruteraan

awam, kaedah pengajaran yang dilaksanakan dan bahan pengajaran yang digunakan.

Kajian rintis melibatkan 10 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

telah dijalankan dan nilai Alpha yang diperolehi ialah 0.943 dan dianggap sebagai soal

selidik ini mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Nilai Alpha bagi setiap

konstruk juga didapatkan. Statistik deskriptif min, sisihan piawai, frekuensi dan peratus

telah digunakan untuk menganalisa data. Dapatan kajian menunjukkan tempoh yang

diperuntukkan untuk pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran kejuruteraan awam

berada pada tahap sederhana sesuai bagi satu semester. Kandungan dan silibus mata

pelajaran kejuruteraan awam dalam membantu kefahaman pelajar semasa pembelajaran

adalah berada pada tahap sederhana sesuai. Keberkesanan kaedah pengajaran mata

pelajaran kejuruteraan awam yang dilaksanakan adalah pada tahap sederhana berkesan

dalam membantu pembelajaran pelajar. Manakala, keberkesanan bahan pengajaran

yang digunakan dalam pengajaran mata pelajaran kejuruteraan awam adalah berada

pada tahap sederhana berkesan dalam membantu pelajar di dalam pembelajaran

mereka.

Page 9: PELAKSANAAN KURIKULUM KEJURUTERAAN AWAM DALAM …€¦ · pelaksanaan kurikulum kejuruteraan awam dalam pembelajaran pelajar ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan (kejuruteraan

vi

ABSTRACT

Descriptive research is done to determine the effectiveness and

appropriateness of curriculum implementation in civil engineering among

students of Bachelor of Degree Technology with Education (Civil Engineering)

in UTM, Skudai. A total of 32 students of Bachelor Degree Technology with

Education (Civil Engineering) which is 17 of them are third year students and

15 of them is final/fourth year students were taken as the research’s respondent.

A set of questionnaire was constructed based on four aspect consist in

curriculum which is period of teaching and learning, contents and syllabus of

civil engineering subject, teaching method which has been apply and teaching

material that has been use. The pilot study was conducted involving 10 person

of bachelor of degree civil engineering students and the Alpha value obtained is

0.943 and is assumed to have high reliable level. Alpha value for every

construct was achieved. Min statistic descriptive, standard deviation, frequency

and percentage has been use to analyze data. Research result shows period

given for teaching and learning civil engineering subjects is at average level in

one semester. The contents and syllabus of civil engineering subjects in

assisting the students understanding during learning is at average level. The

effectiveness of teaching method for civil engineering subjects is at average

level in helping students learning. While the effectiveness teaching material use

in teaching civil engineering subjects is at average level in assisting students in

their learning.

Page 10: PELAKSANAAN KURIKULUM KEJURUTERAAN AWAM DALAM …€¦ · pelaksanaan kurikulum kejuruteraan awam dalam pembelajaran pelajar ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan (kejuruteraan

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI SIMBOL xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1.0 PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Penyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

Page 11: PELAKSANAAN KURIKULUM KEJURUTERAAN AWAM DALAM …€¦ · pelaksanaan kurikulum kejuruteraan awam dalam pembelajaran pelajar ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan (kejuruteraan

viii

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Skop dan Batasan Kajian 10

1.8 Definisi Istilah 11

1.8.1 Persepsi 12

1.8.2 Pelajar 12

1.8.3 Kesesuaian 13

1.8.4 Keberkesanan 13

1.8.5 Pelaksanaan 14

1.8.6 Kurikulum 14

1.8.7 Kejuruteraan Awam 15

1.8.8 Penilaian Kurikulum 15

1.8.9 Pembelajaran 16

1.8.10 Persediaan 16

1.8.11 Silibus 17

1.8.12 Kaedah Pengajaran 17

1.8.13 Bahan Pengajaran 18

1.9 Kesimpulan 19

2.0 SOROTAN KAJIAN 20 2.1 Pengenalan 20

2.2 Kurikulum Kejuruteaan Awam 21

2.2.1 Matlamat Kursus 22

2.2.2 Objektif Umum Kursus 22

2.2.3 Bidang Pelajaran 23

2.3 Tempoh Pengajaran dan Pembelajaran 24

2.4 Kandungan dan Silibus 26

2.5 Kaedah Pengajaran 30

2.5.1 Kaedah Kuliah dan Syarahan 31

2.5.2 Kaedah Amali 32

Page 12: PELAKSANAAN KURIKULUM KEJURUTERAAN AWAM DALAM …€¦ · pelaksanaan kurikulum kejuruteraan awam dalam pembelajaran pelajar ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan (kejuruteraan

ix

2.5.3 Kaedah Tunjuk Cara atau Demonstrasi 33

2.5.4 Perbincangan 34

2.5.5 Simulasi 35

2.5.6 Projek 36

2.6 Bahan Pengajaran 37

2.7 Penutup 43

3.0 METODOLOGI 44 3.1 Pengenalan 44

3.2 Reka Bentuk Kajian 45

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 46

3.4 Instrumen Kajian 47

3.5 Kajian Rintis 49

3.6 Dapatan Kajian Rintis 50

3.6.1 Keesahan dan Kebolehpercayaan 51

3.7 Analisis Data 51

3.8 Penutup 54

4.0 ANALISIS DATA 55 4.1 Pengenalan 55

4.2 Analisis Data Berkaitan dengan Biodata Responden 56

4.2.1 Jantina 56

4.2.2 Tahun Kursus 57

4.2.3 Bangsa 58

4.2.4 Agama 59

4.3 Analisis Data Berkaitan dengan Persoalan Kajian 60

4.3.1 Tempoh Pengajaran dan Pembelajaran 62

yang Diperuntukkan

Page 13: PELAKSANAAN KURIKULUM KEJURUTERAAN AWAM DALAM …€¦ · pelaksanaan kurikulum kejuruteraan awam dalam pembelajaran pelajar ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan (kejuruteraan

x

4.3.2 Kandungan dan Silibus dalam Mata Pelajaran 66

Kejuruteraan Awam

4.3.3 Kaedah Pengajaran yang Dilaksanakan 69

4.3.4 Bahan Pengajaran yang Digunakan 73

4.4 Dapatan Keseluruhan Kajian 77

4.5 Kesimpulan 79

5.0 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 80 5.1 Pengenalan 80

5.2 Rumusan 81

5.3 Perbincangam 82

5.3.1 Kesesuaian Tempoh Pengajaran dan Pembelajaran 83

5.3.2 Kesesuaian Kandungan dan Silibus Mata Pelajaran 86

Kejuruteraan Awam

5.3.3 Keberkesanan Kaedah Pengajaran yang Dilaksanakan 89

5.3.4 Keberkesanan Bahan Pengajaran yang Digunakan 92

5.4 Rumusan Keseluruhan Kajian 95

5.5 Cadangan-Cadangan 96

5.5.1 Kementerian Pelajaran Tinggi (KPT) 97

5.5.2 Fakulti Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan Awam 98

5.5.3 Pensyarah 99

5.5.4 Pelajar 101

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 102

5.7 Penutup 103

RUJUKAN 104-110 LAMPIRAN A-D 111-137

Page 14: PELAKSANAAN KURIKULUM KEJURUTERAAN AWAM DALAM …€¦ · pelaksanaan kurikulum kejuruteraan awam dalam pembelajaran pelajar ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan (kejuruteraan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Taburan sampel kajian 46

3.2 Pembahagian item berdasarkan pembolehubah 48

dalam persoalan kajian

3.3 Nilai alpha cronbach bagi item dalam kajian 49

rintis

3.4 Perubahan skala lima mata kepada skala tiga 52

mata

3.5 Tahap pertimbangan peratusan 53

3.6 Min skala likert tiga mata 53

4.1 Jumlah dan peratus responden mengikut jantina 57

4.2 Jumlah dan peratus responden mengikut tahun 58

kursus

4.3 Jumlah dan peratus responden mengikut bangsa 59

4.4 Jumlah dan peratus responden mengikut agama 60

4.5 Perubahan skala lima mata kepada skala 61

tiga mata

4.6 Peratus responden terhadap kesesuaian tempoh 63

pengajaran dan pembelajaran yang diperuntukkan

4.7 Peratus responden terhadap kesesuaian kandungan 66

dan silibus mata pelajaran kejuruteraan awam

4.8 Peratus responden terhadap keberkesanan kaedah 70

pengajaran mata pelajaran kejuruteraan awam yang

Page 15: PELAKSANAAN KURIKULUM KEJURUTERAAN AWAM DALAM …€¦ · pelaksanaan kurikulum kejuruteraan awam dalam pembelajaran pelajar ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan (kejuruteraan

xii

dilaksanakan

4.9 Peratus responden terhadap keberkesanan bahan 74

pengajaran yang digunakan dalam mata pelajaran

kejuruteraan awam

4.10 Peratus responden bagi setiap persoalan kajian 77

Page 16: PELAKSANAAN KURIKULUM KEJURUTERAAN AWAM DALAM …€¦ · pelaksanaan kurikulum kejuruteraan awam dalam pembelajaran pelajar ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan (kejuruteraan

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 4.1 Peratus responden mengikut jantina 56

4.2 Peratus responden mengikut tahun kursus 57

4.3 Peratus responden mengikut bangsa 58

4.4 Peratus responden mengikut agama 59

Page 17: PELAKSANAAN KURIKULUM KEJURUTERAAN AWAM DALAM …€¦ · pelaksanaan kurikulum kejuruteraan awam dalam pembelajaran pelajar ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan (kejuruteraan

xiv

SENARAI SINGKATAN

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

IPT - Institut Pengajian Tinggi

IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam

ABM - Alat Bantu Mengajar

SPSS - Statistical Pakage For The Social Science

No. - Nombor

Bil. - Bilangan

F - Frekuensi

SPA - Kod Kursus ( Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

( Kejuruteraan Awam) )

KBSR - Kurikulum Baru Sekolah Rendah

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

Page 18: PELAKSANAAN KURIKULUM KEJURUTERAAN AWAM DALAM …€¦ · pelaksanaan kurikulum kejuruteraan awam dalam pembelajaran pelajar ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan (kejuruteraan

xv

SENARAI SIMBOL

% - Peratus

α - Alpha

Page 19: PELAKSANAAN KURIKULUM KEJURUTERAAN AWAM DALAM …€¦ · pelaksanaan kurikulum kejuruteraan awam dalam pembelajaran pelajar ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan (kejuruteraan

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A - Borang Soal Selidik

LAMPIRAN B - Kajian Rintis

LAMPIRAN C - Analisis Data

LAMPIRAN D - Surat Pengesahan Menjalani PSM

Page 20: PELAKSANAAN KURIKULUM KEJURUTERAAN AWAM DALAM …€¦ · pelaksanaan kurikulum kejuruteraan awam dalam pembelajaran pelajar ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan (kejuruteraan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan salah sebuah Institusi

Pengajian Tinggi yang mempunyai ranking yang baik di Malaysia. Bagi setiap

Institusi Pengajian Tinggi ada kurikulum yang piawai digunakan untuk menjamin

mutu keluaran para graduan yang terbaik. Oleh kerana inilah pendidikan yang

mempunyai kurikulum sempurna adalah penting bagi memastikan kesesuainya bagi

setiap pelajar. Menurut bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Murad Mohd Noor

mengatakan bahawa pihak universiti sepatutnya memberi penekanan terhadap kualiti

dan bukannya kuantiti dalam pendidikan (Utusan Malaysia, 13.10.1997).

Di dalam dunia pendidikan, pendekatan kurikulum adalah sangat penting dalam

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) kepada tenaga pengajar

mahupun di sekolah ataupun di Institusi Pengajian Tinggi. Ini adalah kerana seseorang

tenaga pengajar perlu mempunyai satu panduan yang akan memandu hala tuju mereka

di dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini. Perancangan ini adalah sangat

Page 21: PELAKSANAAN KURIKULUM KEJURUTERAAN AWAM DALAM …€¦ · pelaksanaan kurikulum kejuruteraan awam dalam pembelajaran pelajar ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan (kejuruteraan

2

penting bagi memastikan tenaga pengajar ini tidak terpesong dari objektif pengajaran

mereka.

Perkataan kurikulum berasal daripada bahasa Latin iaitu ’curere’ yang bererti

satu litar atau pusingan pelumbaan. Kurikulum merupakan satu kumpulan maklumat

atau rancangan pengajaran dalam bidang pendidikan yang diwujudkan bagi kumpulan

pelajar tertentu dalam mencapai matlamat pengajaran yang telah ditetapkan. Selain itu

juga, kurikulum berkait rapat dengan pengalaman dan hasil pembelajaran yang

dihasilkan melalui pembinaan pengetahuan yang sistematik yang berkesinambungan

dan berkembang dalam diri individu itu sendiri (Saylor et. al., 1981).

Di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), kurikulum dibina oleh pakar yang

terdapat di IPTA tersebut ataupun yang dijemput dari luar institusi. Pembinaan

kurikulum tersebut akan mengambil kira faktor-faktor internal atau ekstenal yang

tertentu iaitu visi dan misi institusi, Falsafah Pendidikan Negara, dasar-dasar negara

dan juga keperluan industri masa kini. Pihak kementerian pengajian memberi kuasa

untuk membina sendiri kurikulum yang akan digunakan sebagai panduan pengajaran

pensyarah di IPTA. Semasa kurikulum dibina, individu yang terlibat dalam pembinaan

kurikulum ini digalakkan untuk merujuk dan mencari maklumat daripada pelbagai

sumber sama ada tesis, buku, laporan-laporan kerajaan atau polisi-polisi yang

berkenaan agar dapat membina kurikulum yang baik dan teratur di mana sangat

berguna dalam pengajaran pensyarah sebagai panduannya seperti penyataan yang

ditulis oleh Tanner & Tanner (1978) :-

“Curriculum reacts as a planned and guided learning experiences and

intended learning outcomes, formulated through the systematics

reconstruction of knowledge and experience for the learner continuos

and willful growth in person-social competence”

Page 22: PELAKSANAAN KURIKULUM KEJURUTERAAN AWAM DALAM …€¦ · pelaksanaan kurikulum kejuruteraan awam dalam pembelajaran pelajar ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan (kejuruteraan

3

Secara amnya, pembinaan kurikulum bagi tahap ijazah dibina bertujuan

meluaskan keintelektualan dalam bidang tersebut, memberi kesedaran dan kefahaman

terhadap bidang antara disiplin (inter-diciplinary) dan menyediakan siswazah untuk

bekerja sebagai professional. Bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Najib Tun Razak

berkata, ia bagi memastikan pendidikan di negara ini selari dengan keadaan semasa

dan keperluan sebenar serta mampu bekerja sendiri (Utusan Malaysia, 13.10.1997).

Terdapat elemen-elemen tertentu yang terdapat dalam struktur kurikulum yang

terdiri daripada gabungan pengalaman, idea, budaya, bahan pengajaran, kegiatan yang

dibina bagi kumpulan pelajar untuk mencapai matlamat tertentu. Secara terperincinya,

sesebuah kurikulum yang dibina mempunyai rancangan pendidikan, matlamat atau

objektif yang ingin dicapai, senarai bahan, kandungan, topik, pengalaman yang akan

disampaikan, aktiviti, kaedah serta teknik penyampaian, dan kaedah yang akan

digunakan untuk proses penilaian.

Kesesuaian dan keberkesanan pelaksanaan kurikulum ini juga boleh dinilai

dengan mengambil kira aspek-aspek tertentu. Disebabkan kurikulum melibatkan

pelbagai aspek dan elemen berkaitan dengan program pendidikan, maka sekurang-

kurangnya aktiviti penilaian dapat difokuskan kepada sesuatu aspek yang telah

ditentukan terlebih dahulu. Contohnya, aspek yang dinilai ialah hasil pembelajaran.

Hasil pembelajaran boleh dalam bentuk pengetahuan, kemahiran dan motivasi pelajar.

Selain itu juga, aspek kaedah, strategi dan bahan pengajaran boleh juga ditekankan

dalam penilaian ini. Penilaian ini boleh digunakan oleh pensyarah untuk meningkatkan

dan memperbaiki lagi strategi pengajarannya dalam melaksanakan kurikulum yang

telah dibina ini (Abu Bakar Nordin, 1991)

Page 23: PELAKSANAAN KURIKULUM KEJURUTERAAN AWAM DALAM …€¦ · pelaksanaan kurikulum kejuruteraan awam dalam pembelajaran pelajar ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan (kejuruteraan

4

Secara umumnya, penilaian kurikulum dapat dirumuskan sebagai satu proses

pengumpulan maklumat berkaitan dengan program pendidikan yang dilaksanakan.

Maklumat-maklumat yang dikumpulkan dan dianalisis bertujuan menentukan samada

kurikulum yang dilaksanakan itu bersesuaian ataupun disebaliknya. Daripada dapatan

maklumat-maklumat yang telah dianalisis ini, keputusan akan dibuat samada akan

diteruskan, dikaji semula, ditambah baik atau dirombak sepenuhnya dan digantikan

dengan kurikulum yang baru. Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawat jawatan

sebagai Menteri Pendidikan ada mengatakan reformasi pendidikan perlu kerana kita

menyedari bahawa sistem pendidikan perlu berubah mengikut perubahan masa dan

suasana. Ini bererti sistem pendidikan tidak seharusnya statik kerana ini adalah

salasilah, dasar serta idea sebelumnya boleh dimanfaatkan (Utusan Malaysia,

13.10.1997).

Bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, semua IPTA

dan IPTS di negara ini hendaklah menekankan kecemerlangan dalam bidang

pendidikan. Ini tidak akan dapat dicapai tanpa mencapai tahap kualiti yang tinggi

dengan mekanisme itu dalam sistem mereka. Dengan ini penyediaan pendidikan yang

bermutu adalah sangat penting. Walaupun pada masa kini diwujudkan kurikulum yang

lebih bersepadu tetapi ianya masih perlu dikaji secara mendalam oleh IPT yang

terbabit. Ini kerana beliau percaya setiap Universiti mempunyai ruang tertentu untuk

menyesuaikan cadangan itu dengan keperluan mereka (Utusan Malaysia, 13.10.1997).

Page 24: PELAKSANAAN KURIKULUM KEJURUTERAAN AWAM DALAM …€¦ · pelaksanaan kurikulum kejuruteraan awam dalam pembelajaran pelajar ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan (kejuruteraan

5

1.2 Latar Belakang Masalah

Sejak dahulu lagi, Kementerian Pendidikan Malaysia membina kurikulum

dengan tujuan menjadikan sistem pendidikan di sekolah yang dijalankan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran teratur dan mencapai matlamat yang telah ditentukan di

akhir pengajaran. Sama juganya dengan kurikulum di IPT di mana diwujudkan dengan

tujuan yang sama. Bezanya hanyalah kurikulum ini dibina oleh pakar-pakar yang

terdapat di IPT itu atau orang luar yang diundang yang juga pakar terhadap

penggubalan kurikulum ini. Dalam kajian ini, kurikulum yang akan dikaji adalah lebih

kepada kurikulum kejuruteraan awam yang dilaksanakan di UTM Skudai kepada

pelajarnya iaitu pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan

Awam).

Namun begitu, didapati sesetengah peserta tidak berpuas hati dengan strategi

penyampaian seseorang pensyarah, tempoh kursus yang ditawarkan untuk subjek

tersebut, urutan perlaksanaan topik kursus dan alat kelengkapan yang disediakan dan

digunakan di dalam proses pengajaran. Masalah utama adalah kesan kepada peserta

(pelajar) iaitu menguasai dan memdalami sepenuhnya ilmu untuk persediaan masa

hadapan (Lee Lai Guan, et. al., 1998).

Guru atau pensyarah bertanggung jawab menyampaikan topik-topik yang

ditugaskan dengan membimbing, menunjuk cara serta membuat pengurusan perubahan

diri pada individu. Tetapi kadang-kala strategi pengajaran yang ditetapkan dalam

kurikulum kejuruteraan awam ini tidak begitu tepat mengikut isi kandungan kurikulum

tersebut dan objektif yang hendak dicapai. Strategi pengajaran dan pembelajaran

bererti teknik dan kaedah yang digunakan oleh tenaga pengajar dalam penyampaian isi

kandungan kurikulum tersebut.

Page 25: PELAKSANAAN KURIKULUM KEJURUTERAAN AWAM DALAM …€¦ · pelaksanaan kurikulum kejuruteraan awam dalam pembelajaran pelajar ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan (kejuruteraan

6

Bagi sesi interaksi pengajaran dan pembelajaran, sesetengah topik disampaikan

secara pengajaran berpasangan iaitu dua orang pensyarah bekerjasama menyampaikan

satu topik. Menurut Lee Lai Guan et. al. (1998) juga, pensyarah atau fasilitator

menggunakan pelbagai kaedah dalam penyampaian antaranya ialah syarahan, tunjuk

cara, pembelajaran koperatif, perbincangan, sumbang saran, projek, pembelajaran

berbentuk teknologi dan lain-lain. Topik yang menekankan kemahiran biasanya akan

disampaikan secara tunjuk cara, sesi praktik, penerangan atau pembelajaran modul.

Selain itu, rekabentuk kurikulum juga memainkan peranan yang penting dalam

pelaksanaan kurikulum ini. Rekabentuk kurikulum ini adalah merujuk kepada

peruntukan masa untuk setiap komponen dalam kurikulum kejuruteraan awam. Ia juga

merangkumi urutan topik yang dirancang untuk pelaksanaan kurikulum tersebut.

Umumnya, pelajar berpuas hati dengan aspek-aspek kurikulum tetapi apabila dikaji

didapati wujudnya perkara yang menuntut perhatian pihak penggubal dan pelaksana

kurikulum. Perkara-perkara yang dimaksudkan ialah tempoh kursus yang singkat,

urutan pelaksanaan topik kursus, penguasaan pengetahuan dan kemahiran, pembinaan

pakej pembelajaran dan alat kelengkapan yang digunakan dalam P&P (Lee Lai Guan,

et. al., 1998).

Tempoh kursus juga amat penting dan perlu dititikberatkan dalam membentuk

dan melaksanakan kurikulum kejuruteraan kejuruteraan awam dalam pembelajaran di

IPT. Pelajar IPT mempunyai pelbagai komitmen dalam usaha menamatkan kursus

mereka sehinggalah menjadi para graduan kelak nanti. Jika hendak dibandingkan

dengan tempoh yang ditawarkan untuk mempelajari segala topik yang telah ditetapkan

kepada mereka adalah menjadi satu beban kepada mereka.

Page 26: PELAKSANAAN KURIKULUM KEJURUTERAAN AWAM DALAM …€¦ · pelaksanaan kurikulum kejuruteraan awam dalam pembelajaran pelajar ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan (kejuruteraan

7

Mereka mempunyai beberapa tanggungjawab lain yang telah ditugaskan

kepada mereka antaranya ialah menyiapkan tugasan yang diberi bagi hampir semua

subjek yang diambil, tutorial, kerja-kerja praktikal, ujian dan sebagainya. Tempoh

yang diperuntukkan kepada mereka untuk mengikuti mata pelajaran awam ini adalah

selama 14 minggu iaitu selama satu semester. Ia dianggap singkat oleh semua peserta

(pelajar) kerana terlalu banyak input dan tugasan yang perlu dipelajari dan

disempurnakan dalam tempoh tersebut (Lee Lai Guan, et. al., 1998).

1.3 Penyataan Masalah

Kejuruteraan awam merupakan salah satu bidang kejuruteraan yang terbahagi

kepada beberapa bidang yang lain mengikut kategorinya antaranya ialah kejuruteraan

struktur dan bahan, kejuruteraan jalanraya dan lalulintas, kejuruteraan sumber air dan

alam sekitar, kejuruteraan geoteknik dan kejuruteraan hidraulik dan hidrologi. Setiap

bidang ini telah disediakan kurikulum bagi memberi maklumat, rancangan pendidikan

yang dibina untuk kumpulan pelajar bagi memudahkan proses pengajaran sehinggalah

mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Di dalam kurikulum ini, terdapat elemen-elemen penting tertentu yang terdiri

daripada rancangan pendidikan, mempunyai matlamat atau objektif yang hendak

dicapai, senarai bahan, kandungan, topik, pengalaman yang akan disampaikan, aktiviti

dan kaedah serta strategi penyampaiaan dan instrumen yang digunakan untuk proses

penilaian. Samalah juga dengan kurikulum kejuruteraan awam yang disediakan di

UTM Skudai ini untuk pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

Pendidikan (Kejuruteraan Awam).

Page 27: PELAKSANAAN KURIKULUM KEJURUTERAAN AWAM DALAM …€¦ · pelaksanaan kurikulum kejuruteraan awam dalam pembelajaran pelajar ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan (kejuruteraan

8

Tetapi rekabentuk kurikulum yang dibina oleh sesetengah IPT mungkin

memberi masalah kepada pelajar dan tidak sesuai untuk dilaksanakan mengikut

kurikulum yang telah dibina tersebut. Ini kerana kurikulum di IPT bukan dibina oleh

Kementerian Pendidikan tetapi dibina oleh pakar di IPT tersebut ataupun pensyarah itu

sendiri. Justeru itu, kajian ini tegasnya ingin mengenal pasti tahap kesesuaian dan

keberkesanan pelaksanaan kurikulum kejuruteraan awam tehadap pelajar-pelajar

Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam) UTM Skudai

dalam pembelajaran mereka dari aspek tempoh kursus yang ditawarkan, kaedah

pengajaran pensyarah, bahan pengajaran yang digunakan dalam pembelajaran dan juga

rekabentuk kurikulum serta susunan isi kandungan kurikulum itu.

1.4 Objektif Kajian

Secara amnya, kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesesuaian dan

keberkesanan pelaksanaan kurikulum kejuruteraan awam dalam pembelajaran melalui

persepsi pelajar. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk :-

i. Mengenal pasti tahap kesesuaian tempoh pengajaran dan pembelajaran yang

diperuntukkan kepada pelajar untuk kurikulum kejuruteraan awam.

ii. Mengenal pasti tahap kesesuaian kandungan dan susunan silibus dalam mata

pelajaran kejuruteraan awam membantu dari segi kefahaman pelajar.

iii. Mengenal pasti tahap keberkesanan kaedah pengajaran mata pelajaran

kejuruteraan awam yang dilaksanakan.

iv. Mengenal pasti tahap keberkesanan bahan pengajaran yang digunakan

dalam pengajaran mata pelajaran kejuruteraan awam membantu pelajar

dalam pembelajaran.

Page 28: PELAKSANAAN KURIKULUM KEJURUTERAAN AWAM DALAM …€¦ · pelaksanaan kurikulum kejuruteraan awam dalam pembelajaran pelajar ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan (kejuruteraan

9

1.5 Persoalan Kajian

Antara persoalan yang dijalankan dalam kajian ini adalah :-

i. Apakah tahap kesesuaian tempoh pengajaran dan pembelajaran yang

diperuntukkan untuk kurikulum kejuruteraan awam untuk satu semester?

ii. Apakah tahap kesesuaian kandungan dan silibus dalam mata pelajaran

kejuruteraan awam membantu kefahaman pelajar?

iii. Apakah tahap keberkesanan kaedah pengajaran mata pelajaran

kejuruteraan awam yang dilaksanakan?

iv. Apakah tahap keberkesanan bahan pengajaran yang digunakan dalam

pengajaran mata pelajaran kejuruteraan awam membantu pelajar dalam

pembelajaran?