pelaburan saham menguntungkan

2
Pelaburan saham untung atau rugi? itulah perkara yang selalu bermain difikiran saya. Saya memang agak prejudis dengan perkara ini sebelum ini. Niat saya untuk membuka CDS akaun telah bermula sejak 3 bulan yang lepas tetapi hanya terlaksana pada bulan ini. Sifat prasangka saya amat tebal ketika itu. Secara terus terang saya lebih gemar melabur dalam amanah saham bumiputera kerana ianya lebih mudah. Mana taknya ASB menjanjikan pulangan dividen sebanyak 7% hingga 8% setahun tanpa perlu melakukan pemantauan setiap hari. Pada pandangan saya pelaburan saham di Malaysia adalah berisiko tinggi. Boleh dikatakan ianya hampir sama dengan perjudian nasib.Bak kata pepatah melayu untung sabut timbul untung batu tenggelam. Melalui pembacaan saya di internet ramai yang mengatakan pelaburan saham tidak akan menjamin pulangan yang tinggi sekiranya modal yang digunakan adalah kecil dan tempoh masa yang tidak panjang. Sebagaimana pendapat daripada Azizi Ali yang berbunyi “Pelaburan tidak menjana pulangan yang tinggi kecuali jumlah amaun yang dilabur dan jangka masa diambil adalah signifikan”. Tiba-tiba prasangka saya telah berubah setelah saya bertemu secara tidak sengaja dengan rakan di tempat kerja lama dahulu. Ketika berbual-bual beliau mengatakan sudah mula bergiat secara aktif dengan projek jual beli saham di Bursa Saham Malaysia. Penjelasan beliau yang ringkas tetapi jelas telah membuatkan saya tertarik hati untuk belajar dan mengetahui dengan lebih jelas tentang pelaburan saham. Adakah pelaburan saham di Malaysia mematuhi syariah Kurang kefahaman tentang ketidakpatuhan syariah menyebabkan perancangan saya sedikit terbantut sebelum ini. Tetapi mujurlah penjelasan daripada rakan tersebut telah membantu saya menjadi lebih faham. Sebenarnya saya risau sekiranya rezeki yang akan didapati nanti adalah dari punca yang tidak halal. Sebenarnya lebih kurang 70% saham yang didaftarkan di Malaysia ini patuh syariah dan ianya dikawal ketat oleh Suruhanjaya Sekuriti. Nasihat beliau selalulah merujuk pendapat Ustaz Zaharuddin bagi mengelakkan supaya tidak terjebak dalam isu ketidakpatuhan syariah. Saya mencadangkan sekiranya pembaca mempunyai kemusyiklan terhadap urusniaga jual beli saham, bolehlah merujukan penulisan beliau di zaharuddin.net. Untung atau rugi Kebanyakan pelabur-pelabur baru menemui kegagalan melabur di Bursa Saham kerana melakukan jual beli secara membabi buta dan tidak mempunyai ilmu secukupnya sebelum turun padang. Sesetengahnya melabur secara suka-suka dengan bersandarkan sedikit pengetahuan yang mereka perolehi hasil pencarian di internet. Untuk berjaya kita mesti mempunyai ilmu, teknik, panduan dan bimbingan daripada mereka yang telah pakar dalam pelaburan saham. Disamping itu kita hendaklah mempunyai kumpulan sokongan yang betul sebagai tujuan rujukan untuk mengelakkan kerugian. Setiap pelaburan ada risikonya. Apa yang membezakan ialah samada risiko kecil atau besar. Kemampuan status kewangan merupakan satu perkara penting supaya kita mampu bertahan dengan risiko yang bakal mendatang. Jangan membuat pembelian saham melangkaui kemampuan kita.

Upload: kuncu-putih

Post on 16-Jul-2015

93 views

Category:

Lifestyle


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pelaburan saham menguntungkan

Pelaburan saham untung atau rugi? itulah perkara yang selalu bermain difikiran saya. Saya memang

agak prejudis dengan perkara ini sebelum ini. Niat saya untuk membuka CDS akaun telah bermula

sejak 3 bulan yang lepas tetapi hanya terlaksana pada bulan ini. Sifat prasangka saya amat tebal

ketika itu. Secara terus terang saya lebih gemar melabur dalam amanah saham bumiputera kerana

ianya lebih mudah. Mana taknya ASB menjanjikan pulangan dividen sebanyak 7% hingga 8% setahun

tanpa perlu melakukan pemantauan setiap hari.

Pada pandangan saya pelaburan saham di Malaysia adalah berisiko tinggi. Boleh dikatakan

ianya hampir sama dengan perjudian nasib.Bak kata pepatah melayu untung sabut timbul

untung batu tenggelam. Melalui pembacaan saya di internet ramai yang mengatakan

pelaburan saham tidak akan menjamin pulangan yang tinggi sekiranya modal yang digunakan

adalah kecil dan tempoh masa yang tidak panjang. Sebagaimana pendapat daripada Azizi Ali

yang berbunyi “Pelaburan tidak menjana pulangan yang tinggi kecuali jumlah amaun yang

dilabur dan jangka masa diambil adalah signifikan”.

Tiba-tiba prasangka saya telah berubah setelah saya bertemu secara tidak sengaja dengan

rakan di tempat kerja lama dahulu. Ketika berbual-bual beliau mengatakan sudah mula

bergiat secara aktif dengan projek jual beli saham di Bursa Saham Malaysia. Penjelasan

beliau yang ringkas tetapi jelas telah membuatkan saya tertarik hati untuk belajar dan

mengetahui dengan lebih jelas tentang pelaburan saham.

Adakah pelaburan saham di Malaysia mematuhi syariah

Kurang kefahaman tentang ketidakpatuhan syariah menyebabkan perancangan saya sedikit

terbantut sebelum ini. Tetapi mujurlah penjelasan daripada rakan tersebut telah membantu

saya menjadi lebih faham. Sebenarnya saya risau sekiranya rezeki yang akan didapati nanti

adalah dari punca yang tidak halal. Sebenarnya lebih kurang 70% saham yang didaftarkan di

Malaysia ini patuh syariah dan ianya dikawal ketat oleh Suruhanjaya Sekuriti. Nasihat beliau

selalulah merujuk pendapat Ustaz Zaharuddin bagi mengelakkan supaya tidak terjebak dalam

isu ketidakpatuhan syariah. Saya mencadangkan sekiranya pembaca mempunyai kemusyiklan

terhadap urusniaga jual beli saham, bolehlah merujukan penulisan beliau di zaharuddin.net.

Untung atau rugi

Kebanyakan pelabur-pelabur baru menemui kegagalan melabur di Bursa Saham kerana

melakukan jual beli secara membabi buta dan tidak mempunyai ilmu secukupnya sebelum

turun padang. Sesetengahnya melabur secara suka-suka dengan bersandarkan sedikit

pengetahuan yang mereka perolehi hasil pencarian di internet. Untuk berjaya kita mesti

mempunyai ilmu, teknik, panduan dan bimbingan daripada mereka yang telah pakar dalam

pelaburan saham. Disamping itu kita hendaklah mempunyai kumpulan sokongan yang betul

sebagai tujuan rujukan untuk mengelakkan kerugian.

Setiap pelaburan ada risikonya. Apa yang membezakan ialah samada risiko kecil atau besar.

Kemampuan status kewangan merupakan satu perkara penting supaya kita mampu bertahan

dengan risiko yang bakal mendatang. Jangan membuat pembelian saham melangkaui

kemampuan kita.

Page 2: Pelaburan saham menguntungkan

Peluang untuk meningkatkan keuntungan sentiasa ada buat mereka yang berusaha. Sertailah

seminar-seminar dan bengkel yang berkualiti. Jangan loket ataupun kedekut untuk

mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk menambah ilmu pengetahuan supaya lebih

memahami dua teknik analisa dalam pelaburan saham. Dua teknik tersebut ialah teknikal dan

fundamental. Ramai yang berjaya mengaut keuntungan melalui kedua-dua teknik ini.

Saya ada mengikuti beberapa workshop asas dan juga analisi teknikal beberapa bulan yang

lalu di Johor Bahru. Tetapi ikhlas saya katakan tidak banyak yang saya dapat dari workshop

tersebut. Ianya terlalu teknikal bagi saya yang masih mentah ini. Walaubagaimanapun ianya

telah membuka minat saya dalam pelaburan saham sekarang ini. Apa yang workshop tersebut

berikan ialah lebih kepada mereka yang telah mempunyai akaun CDS dan pembelajaran lebih

terarah kepada technical analysis dalam jual beli saham. Tujuannya ialah untuk

memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kerugian. Kurang sesuai buat saya yang

masih lagi noob tadika.

Tetapi dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Saya telah terjumpa panduan yang diterbitkan

oleh Encik Najib Assadok. Beliau merupakan seorang usahawan internet di Malaysia pada

masa kini. DVD tersebut dihasilkan dengan kerjasama seorang pakar pelaburan saham iaitu

Encik Abdul Razak Othman ataupun lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Razak.

Cikgu Razak mempunyai pengalaman yang luas dalam jual beli saham di Malaysia. DVD

tersebut ialah rakaman seminar yang telah dibuat oleh Cikgu Razak berkaitan dengan

pelaburan saham. Teknik yang ditumpukan ialah lebih kepada Fundamental analisis. Teramat

sesuai buat mereka yang zero knowledge tentang saham macam saya. Antara kandungannya

ialah tentang CDS akaun, bagaimana membeli dan menjual saham serta analisis fundamental

secara asas. Apa yang saya suka tentang pendekatan yang dibawa oleh Cikgu Razak ialah

tidak terlalu agresif dalam pelaburan dan lebih kepada permainan selamat ataupun “playsafe”.

DVD ini agak mahal tetapi amat berbaloi buat saya. Kos menghadiri seminar, workshop

ataupun bengkel adalah lebih mahal daripada ini ditambah pula dengan kos pengangkutan ke

tempat kursus. Memang sesuai beli DVD ini sekiranya kesuntukan masa untuk menghadiri

workshop.

Info berguna pelaburan saham

Sebelum saya mengakhiri tulisan saya yang agak panjang ini, sekiranya anda memerlukan

maklumat yang berkualiti tentang pelaburan saham anda boleh layari laman faisalyusup