pelaburan emas secara ar rahnu

Upload: jayanty-muthusamy

Post on 14-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Pelaburan EMAS Secara Ar Rahnu

    1/1

    Pelaburan EMAS secara Ar-Rahnu

    Pelaburan secara Ar-Rahnu kini mula menjadi perhatian kerana cara ini lebih merendahkan kos

    pelaburan, merendahkan risiko terbeli emas palsu, memudahkan pelabur untuk menyimpan emas

    serta pelabur dapat memiliki jumlah emas lebih besar berbanding dengan modal pelaburan.

    Pelaburan emas secara Ar-Rahnu juga biasa disebut 70-30 atau 65-35.

    Bagaimana cara pelaburan emas Ar-Rahnu dilakukan? Sistem Ar-Rahnu memberi pinjaman

    modal sehingga 70% untuk nilai suatu item. (Maksimun 65% untuk mereka yang belum pernah

    membuka akaun dan 70% untuk mereka yang telah mempunyai akaun di Ar-Rahnu). Biasanya

    pebeli meghubungi pihak penjual (Hargaemas) untuk membawa emas ke Ar-Rahnu berhampiran

    pembeli untuk ujian ketulenan kemudiannya emas tersebut akan dipajak diatas nama pelabur,

    Arrahnu akan memberikan pinjaman maksimun 70% dan pembeli akan menambah balance 30%

    untuk membayar kepada penjual.

    Bagaimana keuntungan kepada pelabur? Jika sebelum ini pelabur A yang hanya mempunyai

    RM7000 dapat membeli sekitar 35gram emas 999 sahaja, dengan sistem Ar-Rahnu, pelabur B dapatmembeli 100gram emas 999 dengan modal yang sama.

    Jika harga emas naik sebanyak RM10/gram, pelabur A yang cuma membeli 35gram hanya

    mendapat keuntungan (35gram x RM10/gram = RM350), tetapi bagi pelabur B yang melabur

    didalam Ar-Rahnu sebanyak 100gram mendapat keuntung (100gram x RM10/gram = RM1000)

    ditolak sedikit upah simpan, pelabur masih mendapat lebih keuntungan berbanding cara membeli

    biasa.

    Kos upah simpan di Ar-Rahnu adalah sebanyak 0.75% sahaja setiap bulan (berbanding kedai pajak

    konvesional 2%).

    Pelabur tidak perlu menjual emas simpanan mereka untuk mengambil untung, hanya perlu overlap

    sahaja surat ar-rahnu di bank atau arrahnu.

    Adakah pelabur perlu membayar upah simpan setiap bulan? Tidak, Sistem Ar-Rahnu terkini

    membenarkan pelabur untuk overlap setelah harga emas terkini meningkat naik dan pihak Ar-

    Rahnu akan memberikan wang tunai. Contohnya: Encik Ahmad membeli 100gram emas pada harga

    RM200/gram, setelah 2 bulan harga emas telah naik RM10/gram (->RM210/gram). Encik Ahmad

    membawa surat Ar-Rahnu ke bank untuk (overlap), pihak Ar-Rahnu akan memberikan wang tunai

    sebanyak RM1000 (100gram x RM10/gram) upah simpan. Tempoh masa pajakan Encik Ahmad

    akan bertambah lagi 6 bulan dan seterusnya.

    Berapa lama cadangan pelaburan menggunakan Ar-Rahnu? Kami cadangkan sekurang-

    kurangnya 18 bulan.

    Adakah pelaburan Ar-Rahnu selamat? Ya, pelabur tidak perlu risau ketulenan emas yang dibeli

    kerana Pihak Ar-Rahnu akan menguji dahulu ketulenan emas sebelum pelabur membayar kepada

    penjual. Emas yang dibeli disimpan ditempat yang lebih selamat berbanding di rumah. Pelabur

    tidak perlu risau untuk menjual emas pada bila-bila masa kerana pembeli emas boleh dihubungi

    pada bila-bila masa untuk mendapatkan tunai.

    Dimana Pelaburan Ar-Rahnu boleh dilakukan? Mana-mana Institusi Kewangan yang

    menyediakan pajak gadai islam Ar-Rahnu, koperasi-koperasi yang bernaung di bawah Ar-RahnuX,

    dan anak syarikat negeri yang menyediakan pelan ini.

    Bolehkah Membeli Atau Menjual Emas kepada Ar-Rahnu? Tidak, pihak ar-rahnu tidak menjual

    atau membeli emas, hubungi Ikhlas Murni Maju 014-9055315/019-5259153 untuk membeli ataumenjual emas.