pejabat daerah dan tanah alor gajah, melaka buletin … edisi 2_2014.pdf · tujuan kaunter luar ini...

2
PRESTASI KUTIPAN HASIL PEJABAT DAERAH DAN TANAH ALOR GAJAH SEHINGGA 30 APRIL 2014 BULETIN PDTAG Mac-April 2014 Edisi 2, SIDANG REDAKSI PENASIHAT Tuan Daud bin Hassan PENYELARAS PENERBITAN En Ikraam bin Rosli KETUA PENGARANG En Saiful Ridzuan bin Mohammad SETIAUSAHA En Abd Rahim bin Hamzah GRAFIK En Ghafar bin Ngah Pn Noor Fazlina bte Duanam JURUGAMBAR En. Abdul Halim bin Borhan PENGARANG Pn Hjh Jamiah bte Baba En Norazmar bin Jais Pn Norizah bte Md. Shah En Abdul Musid bin Abd Manaf Pn. Melor bte Omar Objektif utama Unit Hasil adalah merancang dan melaksanakan pengurusan kewangan, pentadbiran organisasi dan pungutan cukai dengan cekap, teratur, berkualiti serta memenuhi kehendak pelanggan berdasarkan undang-undang sedia ada. Unit Hasil juga bertanggungjawab untuk menyelaras, memungut hasil dengan cara lebih berkesan, melicinkan perjalanan sistem pembayaran cukai/hasil setempat dan memungut tunggakan hasil terhutang (Notis 6A) dan tindakan perampasan tanah melalui Seksyen 100 Kanun Tanah Negara (Notis 8A). Bagi mencapai objektif tersebut, Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah telah membuka Kaunter Kutipan Luar Cukai Tanah iaitu di Masjid Tanah yang beroperasi pada hari Isnin, Selasa dan Rabu (8.00 pagi hingga 2.00 petang) dan Sabtu (8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari). Manakala operasi di Pejabat Daerah dan Tanah sendiri, pentadbiran telah mempergiatkan usaha dengan membuka kaunter kutipan pada waktu rehat iaitu dari 1.00 petang hingga 2.00 petang bagi memudahkan kakitangan kerajaan dan orang yang bekerja dapat membuat urusan tanpa mengganggu waktu kerja hakiki. Tujuan Kaunter Luar ini dibuka adalah bertujuan untuk menggalakkan orang ramai membayar cukai mengikut kesesuaian tempat kediaman. Kakitangan di Unit Hasil sendiri juga telah mempergiatkan usaha bagi menaikkan lagi jumlah kutipan hasil tanah dengan cara mengadakan Kempen Kutipan Luar Cukai Tanah Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah di Pusat Latihan RELA Wilayah Selatan, Sungai Udang, Melaka sempena Karnival UMNO pada 4 April 2014. Berdasarkan usaha-usaha tersebut, sehingga 30 April 2014, Kutipan Hasil Tanah secara keseluruhannya berjumlah RM17,288,730.89 iaitu sebanyak 42.93% berbanding sasaran RM40,625,010.00. Menurut Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Peratusan Ideal yang sepatutnya dicapai oleh setiap Pejabat Tanggungjawab (PT) hendaklah melebihi 32.69% dan Prestasi yang telah ditunjukkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah iaitu 42.93% telah berjaya mencapai prestasi kutipan ideal. Hanya pihak PDTAG yang berjaya mencapai sasaran tersebut berbanding antara Pentadbiran Tanah Melaka Tengah dan Jasin. Prestasi ini akan cuba dikekalkan oleh Unit Hasil bagi mencapai objektif dan sasaran yang ditetapkan. PEJABAT DAERAH DAN TANAH ALOR GAJAH, MELAKA Muka Surat 4 TUAN PEGAWAI DAERAH ENCIK DAUD BIN HASSAN 20.3.1960 PUAN SITI SUHAILA BINTI IBRAHIM 28.3.1986 PUAN NOR LILIWATI BINTI MD ISA 14.3.1985 PUAN NOORLIZA BINTI MOHAMAD DAUD 10.3.1979 ENCIK AZLEE BIN MD YUSOP 31.3.1984 ENCIK NORHISHAM BIN HASIM 31.3.1981 PUAN MARHAYU BINTI MD SOM 11.3.1982 PUAN SARIMAH BINTI HARUN 24.3.1972 ENCIK ABDUL LAZID BIN ISMAIL 25.3.1959 TUAN HJ GHAPAL BIN AHMAD 11.3.1954 ENCIK DAHALAN BIN MAT SAH 25.3.1966 ENCIK MOHD YASIN BIN SAID 3.3.1967 PUAN HJH ROGAYAH BINTI HJ HASSAN 11.4.1954 TUAN HJ ISMAIL BIN IBRAHIM 17.4.1959 ENCK JAMAL BIN SAAT 1.4.1966 PUAN VERONICA KOH 7.4.1985 CIK DEEPASHINI A/P MOGAN 7.4.1985 PUAN HAMIDAH BINTI HJ MD. YUSOF 11.4.1963 ENCIK MOHD SHARIR BIN JALIL 30.4.1985 ENCIK MOHAMMAD SYAHRIN BIN ZAINUDDIN 17.4.1981 PUAN NORAZIMAH BINTI JAMIL 27.4.1982 ENCIK GHAPAR BIN NGAH 29.4.1964 EN. MUHAMMAD HAIDIR ILHAM BIN MOH ZAM-ZAM 15.4.1992 Karnival Fiesta Mesra Belia 1Malaysia Peringkat Daerah Alor Gajah diadakan dengan matlamat utama iaitu sebagai hari pengiktirafan Kerajaan terhadap sumbangan golongan muda kepada pembangunan negara disamping mengiktiraf pemimpin belia, penggerak- penggerak, rakan kongsi serta agensi yang berperanan dalam pembangunan belia. Majlis Perasmian Karnival ini telah diadakan pada 20 April 2014 yang dirasmikan oleh YB Datuk Hjh. Norpipah binti Abdol (Timbalan Exco Pembangunan Belia dan Warisan Negeri Melaka). Pelbagai Aktiviti telah diadakan sepanjang karnival tersebut berlangsung antaranya Majlis Malam Cinta Allah dan Rasul, Pertandingan Kompang, Pertandingan Futsal, Karaoke dan banyak lagi yang merangkumi peringkat umur. KARNIVAL FIESTA MESRA BELIA 1MALAYSIA PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH 2014 Muka Surat 1 MAC APRIL

Upload: vuongliem

Post on 29-Aug-2019

272 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEJABAT DAERAH DAN TANAH ALOR GAJAH, MELAKA BULETIN … EDISI 2_2014.pdf · Tujuan Kaunter Luar ini dibuka adalah bertujuan untuk ... LAWATAN KERJA KE NEGERI KEDAH & PERLIS Unit Pembangunan

PRESTASI KUTIPAN HASIL

PEJABAT DAERAH DAN TANAH ALOR

GAJAH SEHINGGA 30 APRIL 2014

BULETIN PDTAG Mac-April 2014

Edisi 2,

SIDANG REDAKSI

PENASIHAT

Tuan Daud bin Hassan

PENYELARAS

PENERBITAN

En Ikraam bin Rosli

KETUA PENGARANG

En Saiful Ridzuan bin

Mohammad

SETIAUSAHA

En Abd Rahim bin Hamzah

GRAFIK

En Ghafar bin Ngah

Pn Noor Fazlina bte Duanam

JURUGAMBAR

En. Abdul Halim bin Borhan

PENGARANG

Pn Hjh Jamiah bte Baba

En Norazmar bin Jais

Pn Norizah bte Md. Shah

En Abdul Musid bin Abd Manaf

Pn. Melor bte Omar

Objektif utama Unit Hasil adalah merancang dan melaksanakan pengurusan kewangan, pentadbiran organisasi dan pungutan cukai dengan cekap, teratur, berkualiti serta memenuhi kehendak pelanggan berdasarkan undang-undang sedia ada. Unit Hasil juga bertanggungjawab untuk menyelaras, memungut hasil dengan cara lebih berkesan, melicinkan perjalanan sistem pembayaran cukai/hasil setempat dan memungut tunggakan hasil terhutang (Notis 6A) dan tindakan perampasan tanah melalui Seksyen 100 Kanun Tanah Negara (Notis 8A).

Bagi mencapai objektif tersebut, Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah telah membuka Kaunter Kutipan Luar Cukai Tanah iaitu di Masjid Tanah yang beroperasi pada hari Isnin, Selasa dan Rabu (8.00 pagi hingga 2.00 petang) dan Sabtu (8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari). Manakala operasi di Pejabat Daerah dan Tanah sendiri, pentadbiran telah mempergiatkan usaha dengan membuka kaunter kutipan pada waktu rehat iaitu dari 1.00 petang hingga 2.00 petang bagi memudahkan kakitangan kerajaan dan orang yang bekerja dapat membuat urusan tanpa mengganggu waktu kerja hakiki. Tujuan Kaunter Luar ini dibuka adalah bertujuan untuk menggalakkan orang ramai

membayar cukai mengikut kesesuaian tempat kediaman. Kakitangan di Unit Hasil sendiri juga telah mempergiatkan usaha bagi menaikkan lagi jumlah kutipan hasil tanah dengan cara mengadakan Kempen Kutipan Luar Cukai Tanah Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah di Pusat Latihan RELA Wilayah Selatan, Sungai Udang, Melaka sempena Karnival UMNO pada 4 April 2014.

Be rdasa rkan usaha -usaha tersebut, sehingga 30 April 2014, Kutipan Hasil Tanah secara kese lu ruhannya ber jumlah RM17,288,730.89 iaitu sebanyak 42.93% berbanding sasaran RM40,625,010.00. Menurut J a b a t a n K e w a n g a n d a n P e r b e n d a h a r a a n N e g e r i , Peratusan Ideal yang sepatutnya dicapai oleh setiap Pejabat Tanggungjawab (PT) hendaklah melebihi 32.69% dan Prestasi yang telah ditunjukkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah iaitu 42.93% telah berjaya mencapai prestasi kutipan ideal. Hanya pihak PDTAG yang berjaya mencapai sasaran tersebut berbanding antara Pentadbiran Tanah Melaka Tengah dan Jasin. Prestasi ini akan cuba dikekalkan oleh Unit Hasil bagi mencapai objektif dan sasaran yang ditetapkan.

PEJABAT DAERAH DAN TANAH ALOR GAJAH, MELAKA

Muka Surat 4

TUAN PEGAWAI DAERAH ENCIK DAUD BIN HASSAN

20.3.1960

PUAN SITI SUHAILA BINTI IBRAHIM

28.3.1986

PUAN NOR LILIWATI BINTI MD ISA

14.3.1985

PUAN NOORLIZA BINTI MOHAMAD DAUD

10.3.1979

ENCIK AZLEE BIN MD YUSOP

31.3.1984

ENCIK NORHISHAM BIN HASIM

31.3.1981

PUAN MARHAYU BINTI MD SOM

11.3.1982

PUAN SARIMAH BINTI HARUN

24.3.1972

ENCIK ABDUL LAZID BIN ISMAIL

25.3.1959

TUAN HJ GHAPAL BIN AHMAD

11.3.1954

ENCIK DAHALAN BIN MAT SAH

25.3.1966

ENCIK MOHD YASIN BIN SAID

3.3.1967

PUAN HJH ROGAYAH BINTI HJ HASSAN

11.4.1954

TUAN HJ ISMAIL BIN IBRAHIM

17.4.1959

ENCK JAMAL BIN SAAT

1.4.1966

PUAN VERONICA KOH

7.4.1985

CIK DEEPASHINI A/P MOGAN

7.4.1985

PUAN HAMIDAH BINTI HJ MD. YUSOF

11.4.1963

ENCIK MOHD SHARIR BIN JALIL

30.4.1985

ENCIK MOHAMMAD SYAHRIN BIN ZAINUDDIN

17.4.1981

PUAN NORAZIMAH BINTI JAMIL

27.4.1982

ENCIK GHAPAR BIN NGAH

29.4.1964

EN. MUHAMMAD HAIDIR ILHAM BIN MOH ZAM-ZAM

15.4.1992

Karnival Fiesta Mesra Belia 1Malaysia

Peringkat Daerah Alor Gajah diadakan dengan

matlamat utama iaitu sebagai hari pengiktirafan

Kerajaan terhadap sumbangan golongan muda

kepada pembangunan negara disamping

mengiktiraf pemimpin belia, penggerak-

penggerak, rakan kongsi serta agensi yang

berperanan dalam pembangunan belia. Majlis

Perasmian Karnival ini telah diadakan pada

20 April 2014 yang dirasmikan oleh YB Datuk

Hjh. Norpipah binti Abdol (Timbalan Exco

Pembangunan Belia dan Warisan Negeri

Melaka). Pelbagai Aktiviti telah diadakan

sepanjang karnival tersebut berlangsung

antaranya Majlis Malam Cinta Allah dan Rasul,

Pertandingan Kompang, Pertandingan Futsal,

Karaoke dan banyak lagi yang merangkumi

peringkat umur.

KARNIVAL FIESTA MESRA BELIA 1MALAYSIA

PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH 2014

Muka Surat 1

MAC APRIL

Page 2: PEJABAT DAERAH DAN TANAH ALOR GAJAH, MELAKA BULETIN … EDISI 2_2014.pdf · Tujuan Kaunter Luar ini dibuka adalah bertujuan untuk ... LAWATAN KERJA KE NEGERI KEDAH & PERLIS Unit Pembangunan

LAWATAN KERJA KE NEGERI KEDAH & PERLIS

Unit Pembangunan Masyarakat telah

mengadakan lawatan kerja ke Negeri Kedah

dan Negeri Perlis pada 17 hingga 18 April

2014. Lawatan tersebut bertujuan untuk

mempelajari dan memberi pendedahan kepada

pegawai-pegawai mengenai projek-projek

pertanian dan usahawan yang dilaksanakan di

negeri tersebut.

MAJLIS PENGUNDIAN PROJEK PROGRAM BANTUAN RUMAH

Majlis Undian Projek Program Bantuan Rumah

telah diadakan pada 18 April 2014 bertempat

di Bilik Mesyuarat Bahagian Pembangunan

Pejabat Daerah Dan Tanah Alor Gajah.

Sebanyak 5 projek telah ditawarkan kepada

5 syarikat .

MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN DAERAH (JKTD)

Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah

(JKTD) bil. 2/2014 telah diadakan pada

10 April 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat Dato’

Dol Said, Pejabat Daerah Dan Tanah Alor

Gajah, Melaka.

Muka Surat 3

GOTONG ROYONG PELUPUSAN FAIL

UNIT PEMBANGUNAN TANAH & PELUPUSAN

Pada 3 hingga 4 April 2014 telah diadakan

Gotong Royong Pelupusan Fail Unit

Pembangunan Tanah dan Pelupusan bertempat

di Bilik Stor Unit Pembangunan Tanah dan

Pelupusan iaitu di Bahagian Pembangunan

Daerah. Pelupusan fail ini dilaksanakan

berdasarkan Seksyen 26, Akta Arkib Negara

2003 [Akta 629]. Antara fail-fail yang dilupuskan

ialah fail Permohonan Tanah Kerajaan, Lesen

Pendudukan Sementara, Tukar Syarat Nyata

Tanah, Pecah Sempadan Tanah, Pecah

Bahagian dan lain-lain. Kesemua fail-fail ini

dilupuskan selepas 6 tahun dari tarikh fail ditutup

berdasarkan Jadual Pelupusan Rekod Tanah

Negara yang dikeluarkan oleh Jabatan Ketua

Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan).

Pelupusan fail ini juga bertujuan untuk

mengurangkan jumlah fail-fail yang ditutup

(selesai).

PENYERAHAN BR1M 3.0 FASA 2

Majlis Penyerahan BR1M 3.0 Fasa 2 telah diadakan pada 2 Mac 2014 bertempat di

JAPERUN setiap DUN Daerah Alor Gajah. Majlis tersebut telah berjalan dengan lancar

seperti yang dirancang.

Muka Surat 2

MESYUARAT FOCUS GROUP PEMBASMIAN KEMISKINAN

PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH

Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah Alor Gajah Bil. 3/2014

telah diadakan pada 19 Mac 2014 di Bilik Mesyuarat Dato’ Dol Said, Pejabat Daerah dan

Tanah Alor Gajah.

AUDIT PENSIJILAN SEMULA AMALAN PERSEKITARAN

BERKUALITI 5S

Audit Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti 5s telah dijalankan pada 27 Mac

2014. Audit oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) ini bertujuan untuk mengiktiraf

semula amalan 5s yang telah dilaksanakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah.

Audit selama satu hari ini telah telah dilaksanakan oleh Juruaudit MPC iaitu Encik Ismail bin

Mohd Nor.

PERTANDINGAN TULISAN KHAT JAWI

Pertandingan Tulisan Khat Jawi dianjurkan oleh Jawatankuasa Promosi 5S sempena Audit

Pensijilan Semula 5s yang diadakan pada 27 Mac 2014. Pertandingan ini disertai oleh

semua Zon 5s iaitu sebanyak enam zon yang menghantar dua orang setiap zon.

Pemenang pertandingan ini menerima hadiah wang tunai dan juga piala iringan.