pegawai sains genetik

Download Pegawai Sains Genetik

Post on 10-Jun-2015

3.000 views

Category:

Career

1 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Sesiapa yg bercita-cita nak jadi pegawai sains genetik,bolehlah buka fail ni for further information....

TRANSCRIPT

  • 1. Kyrashin275@yahoo.com.my Kerjaya Pegawai Sains Genetik1. Tugas1.1 Menganalisis kromosom dan data dari teknik FISH (Flourescence In-Situ Hybridyzation). 1.2 Menginterpretasi dan membuat laporan penuh keputusan ujian. 1.3 Melakukan validasi terhadap laporan keputusan ujian sebelum diberikan kepada doktor yang merawat. 1.4 Melakukan kerja-kerja teknikal ujian Sitogenetik dan Molekular Sitogenetik. 1.5 Memantau kawalan kualiti terhadap ujian yang dijalankan 1.6 Melakukan penyelidikan 1.7 Merancang dan membentuk ujian-ujian genetik yang baru. 1.8 Pakar runding dalam ujian-ujian genetik dan kerja-kerja teknikal dalam prosedur ujian. 1.9 Membuat penilaian terhadap peralatan untuk ujian genetik 1.10Menyelia seksyen Sitogenetik dan Molekular Sitogenetik. 1.11Memberi latihan kepada pelajar-pelajar IPTA dan IPTS 1.12Ketua Kumpulan Allied Health Professional (Pegawai Sains Genetik) 1.13Pengubal Soalan dalam Penilaian Tahap Kecekapan (Pegawai Sains Genetik) 2. KelayakanIjazah Sarjanamuda Dengan Kepujian Dalam Program Sel dan Molekular (Bidang Genetik). 3. Kehidupan dalam seharianKehidupan dalam seharian adalah seperti sediakala. Cuma perbezaan mungkin ilmu pengetahuan dalam bidang genetik ini menjadikan diri lebih berhati-hati terhadap punca-punca yang boleh menyebabkan kecacatan genetik secara de novo. Dimana punca-punca seperti bahan kimia dalam pemakanan, sinaran cahaya (sinar-X,ultra unggu dan sebagainya), bahan-bahan radiasi yang wujud di persekitaran dan pengambilan ubat-ubatan semasa mengandung yang tidak terkawal adalah merupakan faktor utama yang boleh menyebabkan bahan genetik iaitu kromosom atau DNA berlaku mutasi dan secara tidak langsung akan menyebabkan proses pembentukan protein berubah dan akibatnya berlaku kecacatan genetik.

2. Selain daripada itu ilmu yang ada, dapat membantu saudara , jiran ataukenalan berkenaan pengetahuan tentang penyakit keturunan dan cara untukmengelakkan daripada penyakit itu berulang ke generasi berikutnya.4. Cabaran Bidang genetik di Malaysia adalah suatu bidang yang baru jikadibandingkan dengan negara luar yang telah membangun. Ujian-ujian genetikyang menggunakan teknologi yang canggih adalah begitu sedikit. Ujian-ujiangenetik ini adalah amat diperlukan dewasa ini kerana ujian ini merupakan satuujian yang bertindak sebagai pencegah dari berulangnya penyakit genetikyang mana penyakit ini memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi untukproses perawatannya. Pengwujudan ujian-ujian genetik yang tinggi seperti ujian ujianMolekular Genetik pula memerlukan kos yang tinggi bagi mendapatkanperalatan yang berteknologi canggih. Manakala pengoptimaan prosedur ujianyang mencapai pempiawaian (standard) memerlukan jangkamasa yang amatpanjang dan proses pengoptimaannya pula adalah bukan satu proses yangmudah kerana ianya memerlukan kecekapan, kemahiran dan ilmupengetahuan yang tinggi dalam bidang ini.Menjadi satu tanggungjawab untuk memenuhi permintaan dari pakar-pakar klinikal dimana ujian-ujian genetik ini adalah amat diperlukan untukmengesahkan pengdiagnosisan terhadap pesakit yang telah dibuat dan untuktindakan susulan yang diperlukan. Akibat kekurangan tenaga mahir danperuntukan kewangan, banyak ujian-ujian genetik tinggi tidak dapatdiwujudkan.5. Pengalaman pahit & manis Pengalaman manis ialah telah di nobat dalam Anugerah Pekerja Cemerlangtahun 2004. Pengalaman pahit ialah apabila sepasang suami isteri (kawin campur antaracina dan Jepun) bercerai apabila mengetahui laporan keputusan untuk ujianSitogenetik bagi isterinya iaitu pembawa kepada keabnormalan kromosomiaitu balanced translocation dimana kromosom yang abnormal ini telahdiwarisi oleh anak mereka yang dilahirkan cacat.6. Organisasi yang berkaitan 6.1Human Genetic Society of Australasia.6.2Persatuan Genetik Malaysia.6.3Allied Health Profession Society6.4The American Sociaty of Human Genetic

Recommended

View more >