pasport keselamatan minyak & gas (ogsp)

38
MODUL 1 : UNDANG-UNDANG KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PASPORT KESELAMATAN MINYAK & GAS (OGSP)

Upload: nioshtechmy

Post on 15-Apr-2017

1.227 views

Category:

Education


43 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pasport Keselamatan Minyak & Gas (OGSP)

MODUL 1 : UNDANG-UNDANG KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PEKERJAAN

PASPORT KESELAMATAN MINYAK & GAS

(OGSP)

Page 2: Pasport Keselamatan Minyak & Gas (OGSP)

©2016 NIOSH Malaysia. All Right Reserved.2

OBJEKTIF

Pada akhir sesi ini, peserta akan dapat memahami keperluan perundangan keselamatan, kesihatan dan alam

sekitar di tempat kerja.

Page 3: Pasport Keselamatan Minyak & Gas (OGSP)

©2016 NIOSH Malaysia. All Right Reserved.3

KANDUNGANi. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

(AKKP) 1994– Skop & Prinsip AKKP– Kewajipan Am Pekerja– Kewajipan Am Majikan

• Polisi Keselamatan dan Kesihatan • Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan • Pemberitahuan Kemalangan dan

Penyakit Pekerjaan - Denda / Penalti

ii. Akta Kilang dan Jentera (AKJ )1967– Pemberitahuan, Sijil Kelayakan dan Pemeriksaan1970– Keselamatan Kesihatan dan Kebajikan 1970– Sijil Kompetensi untuk Pekerja

iii. Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS)1974– Buangan Terjadual, 2005

Page 4: Pasport Keselamatan Minyak & Gas (OGSP)

©2016 NIOSH Malaysia. All Right Reserved.4

SKOP AKKP 1994Semua orang di tempat kerja KECUALI :

Angkatan Tentera (Tentera Darat, Laut dan Udara) Pekerjaan di atas kapal dagang

Page 5: Pasport Keselamatan Minyak & Gas (OGSP)

©2016 NIOSH Malaysia. All Right Reserved.5

OBJEKTIF AKKP 1994

Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja.

Untuk melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada orang-orang yang sedang bekerja.

Untuk menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan bagi orang-orang yang sedang bekerja yang disesuaikan dengan keperluan fisiologi dan psikologi mereka.

Untuk mengadakan sistem peraturan dan tataamalan industri untuk menyokong undang-undang sedia ada.

Page 6: Pasport Keselamatan Minyak & Gas (OGSP)

©2016 NIOSH Malaysia. All Right Reserved.6

PRINSIP AKKP 1994

Akta ini menekankan :

• Pengaturan kendiri• Perundingan • Kerjasama majikan / pekerja• Penglibatan pekerja

Page 7: Pasport Keselamatan Minyak & Gas (OGSP)

©2016 NIOSH Malaysia. All Right Reserved.7

KEWAJIPAN AM PEKERJA (SEKSYEN 24)

Perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain.

Bekerjasama dengan majikan atau mana-mana orang lain yang diberi tanggungjawab.

Memakai atau menggunakan Kelengkapan Perlindungan Diri (PPE).

Mematuhi arahan atau langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang diperkenalkan oleh majikan.

Page 8: Pasport Keselamatan Minyak & Gas (OGSP)

©2016 NIOSH Malaysia. All Right Reserved.8

CONTOH BARANGAN YANG DILARANG DIBAWA KE DALAM

LOJI

Pemetik Api Telefon Mudah AlihKamera

Radio Transistor

Dadah dan Alkohol

Page 9: Pasport Keselamatan Minyak & Gas (OGSP)

©2016 NIOSH Malaysia. All Right Reserved.9

PERBUATAN YANG DILARANG DI DALAM LOJI

Bergurau MerokokMengambil

Dadah

Berjudi Pengambilan Alkohol Tidur di Tempat Kerja

Jenayah

Page 10: Pasport Keselamatan Minyak & Gas (OGSP)

©2016 NIOSH Malaysia. All Right Reserved.10

KELENGKAPAN PERLINDUNGAN DIRI (PPE)

DIPERLUKAN UNTUK MELAKSANAKAN KERJA DI

LOJI

Kasut Keselamatan

Topi KeselamatanPelindung Mata

Keselamatan Kod berpakaian mungkin berbeza dari satu syarikat ke syarikat lain . Sila semak mengikut keperluan loji masing –masing.

Perlindungan Pendengaran

Page 11: Pasport Keselamatan Minyak & Gas (OGSP)

©2016 NIOSH Malaysia. All Right Reserved.11

CONTOH KEPERLUAN PPE YANG SPESIFIK

Perlindungan Pernafasan

• Jaket Pemantul Cahaya – semua tapak penghantaran, atau ditakrif sebagai kawasan kerja.

• Penutup leher dan kaki, topi keselamatan dan pelindung mata keselamatan apabila bekerja di semua loji.

Perlindungan dari Jatuh

Jaket Pemantul Cahaya

Perlindungan Badan

‘Escape Respirator’ dan

‘Pouch’

Page 12: Pasport Keselamatan Minyak & Gas (OGSP)

©2016 NIOSH Malaysia. All Right Reserved.12

KEWAJIPAN MAJIKAN DAN ORANG YANG BEKERJA SENDIRI (SEKSYEN 15)

“Setakat yang praktik…” Pengadaan dan penyenggaraan loji dan sistem

kerja selamat. Pembuatan perkiraan berkaitan penggunaan dan

pengendalian, penanganan, penyimpanan dan pengangkutan loji dan bahan.

Page 13: Pasport Keselamatan Minyak & Gas (OGSP)

©2016 NIOSH Malaysia. All Right Reserved.13

KEWAJIPAN MAJIKAN DAN ORANG YANG BEKERJA

SENDIRI (AKKP SEKSYEN 15)

• Pengadaan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan (Seksyen 15)

MAKLUMAT ARAHAN

LATIHAN PENYELIAAN

Page 14: Pasport Keselamatan Minyak & Gas (OGSP)

©2016 NIOSH Malaysia. All Right Reserved.14

Pengadaan dan penyenggaraan cara masuk dan keluar dari tempat kerja.

Pengadaan dan penyenggaraan persekitaran pekerjaan dan kemudahan kebajikan.

14

KEWAJIPAN MAJIKAN DAN ORANG YANG BEKERJA

SENDIRI (AKKP SEKSYEN 15)

Page 15: Pasport Keselamatan Minyak & Gas (OGSP)

©2016 NIOSH Malaysia. All Right Reserved.15

Majikan hendaklah melaporkan semua kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan.

NADOPOD (AKKP SEKSYEN 32)

Page 16: Pasport Keselamatan Minyak & Gas (OGSP)

©2016 NIOSH Malaysia. All Right Reserved.16

POLISI KESELAMATAN DAN KESIHATAN (AKKP

SEKSYEN16) Polisi keselamatan dan Kesihatan menyatakan

keprihatinan dan komitmen majikan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerjanya

Sebagai asas untuk pembangunan dan pelaksanaan program bagi melindungi keselamatan dan kesihatan di tempat kerja

“Tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri yang

mempunyai lebih dari LIMA orang perlu mempunyai polisi keselamatan dan kesihatan.”

Apakah maksud bagi dasar polisi keselamatan dan kesihatan?

Page 17: Pasport Keselamatan Minyak & Gas (OGSP)

©2016 NIOSH Malaysia. All Right Reserved.17

CONTOH POLISI KESELAMATAN DAN

KESIHATAN

Page 18: Pasport Keselamatan Minyak & Gas (OGSP)

©2016 NIOSH Malaysia. All Right Reserved.18

JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN

KESIHATANAKKP ‘94 mengkehendaki tiap-tiap majikan yang mengambil kerja 40 orang pekerja atau lebih untuk menubuhkan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di tempat kerjaSILA RUJUK SEMUA MASALAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TEMPAT KERJA ANDA KEPADA JAWATANKUASA INI

PENGERUSI

SETIAUSAHA

WAKIL PEKERJA

WAKIL MAJIKAN

WAKIL MAJIKAN

WAKIL PEKERJA

Page 19: Pasport Keselamatan Minyak & Gas (OGSP)

©2016 NIOSH Malaysia. All Right Reserved.19

PEMERIKSAAN TEMPAT KERJA

(PERATURAN 12)Pemeriksaan tempat kerja hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali. Siapa melakukannya: Ahli Jawatankuasa

Keselamatan dan Kesihatan, Pegawai Keselamatan dan Kesihatan, Pasukan Pemeriksa Khas (Cth : Ahli Kimia).

Bagaimana: Gunakan senarai semak khusus yang dibangunkan untuk pemeriksaan keselamatan dan kesihatan ditempat kerja tersebut.

Kekerapan: Sekurang-kurangnya tiga bulan sekali. Laporan: Hendaklah disediakan dan diberikan kepada

majikan.

Page 20: Pasport Keselamatan Minyak & Gas (OGSP)

©2016 NIOSH Malaysia. All Right Reserved.20

PENYIASATAN KEMALANGAN (PERATURAN

13)Tujuan : Untuk mencari punca kemalangan

tersebut Untuk mengadakan langkah kawalan

supaya kemalangan yang sama tidak berulang

Untuk merekodkan fakta mengenai kemalangan tersebut untuk tujuan-tujuan tertentu (tuntutan,pampasan dll)

Untuk menganalisis trend dan kos kemalangan untuk perancangan jangka panjang

Anda dikehendaki memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pasukan penyiasat yang melakukan penyiasatan

Page 21: Pasport Keselamatan Minyak & Gas (OGSP)

©2016 NIOSH Malaysia. All Right Reserved.

Pengharmonian Peraturan

21

Peraturan CPL

PERATURAN PENGANGKUTANMENGENAIBARANG YANG BERBAHAYA

KLASIFIKASI RACUN MAKHLUK PEROSAK& PELABELAN

PELABELAN PENGGUNA

2008 - 2013

CLAS

S 20

13

MEM

AHAM

I GHS

2004 - 2007

PENGELASAN, PELABELAN DAN HELAIAN DATA KESELAMATAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA (CLASS)

PERATURAN 2013

Page 22: Pasport Keselamatan Minyak & Gas (OGSP)

©2016 NIOSH Malaysia. All Right Reserved.

PENGELASAN, PELABELAN DAN HELAIAN DATA

KESELAMATAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA (CLASS)

PERATURAN 2013

22

1. Pembekal utama hendaklah mengelaskan bahan kimia sebagai bahan kimia berbahaya mengikut senarai bahan kimia terkelas yang dinyatakan dalam bahagian 1 tataamalan industri.

Page 23: Pasport Keselamatan Minyak & Gas (OGSP)

©2016 NIOSH Malaysia. All Right Reserved.23

Jika bahan kimia yang akan dikelaskan tidak tersenarai dalam bahan kimia dalam bahagian 1 tataamalan industri, pengelasan bahan kimia itu sebagai bahan kimia berbahaya hendaklah mengikut bahaya fizikal, kesihatan dan alam sekitar bahan kimia itu sebagaimana yang dinyatakan dalam bahagian 2 tataamalan industri.

PENGELASAN, PELABELAN DAN HELAIAN DATA KESELAMATAN

BAHAN KIMIA BERBAHAYA (CLASS) PERATURAN 2013

Page 24: Pasport Keselamatan Minyak & Gas (OGSP)

LABEL BAHAN KIMIA

©2016 NIOSH Malaysia. All Right Reserved.24

Peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013

Page 25: Pasport Keselamatan Minyak & Gas (OGSP)

©2016 NIOSH Malaysia. All Right Reserved.25

PENALTI KERANA TIDAK MEMATUHI AKKP 1994

Kepada majikan : Penalti maksima: RM 50,000 / 2

tahun penjara atau kedua-duanya.

Kepada Pekerja : Penalti maksima: RM 1,000 / 3

bulan penjara atau kedua-duanya.

Page 26: Pasport Keselamatan Minyak & Gas (OGSP)

©2016 NIOSH Malaysia. All Right Reserved.26

AKTA KILANG DAN JENTERA 1967

Mesin yang memerlukan Sijil Perakuan Kelayakan (dari JKKP):Dandang (PMD)Mesin angkat (PMA)Pengandung Tekanan (PMT)

Page 27: Pasport Keselamatan Minyak & Gas (OGSP)

©2016 NIOSH Malaysia. All Right Reserved.27

ORANG YANG KOMPETENSijil kelayakan untuk pekerja:

• Mesin Dandang : • Pemandu Enjin• Jurutera Dandang • Jurutera Pelawat

• Operator Kren : Bergerak, Menara.• Pengendali Perancah

Page 28: Pasport Keselamatan Minyak & Gas (OGSP)

©2016 NIOSH Malaysia. All Right Reserved.28

Akta Kilang dan Jentera (Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan) Peraturan1970.

Menyediakan :1. Kemudahan sanitari.2. Kemudahan kebersihan dan membasuh. 3. Tandas dan air minuman.4. Pertolongan cemas.

KEPERLUAN KESELAMATAN DI TAPAK

BINA

Page 29: Pasport Keselamatan Minyak & Gas (OGSP)

©2016 NIOSH Malaysia. All Right Reserved.29

PENALTI TIDAK MEMATUHIAKTA KILANG DAN JENTERA

1967 Penalti maksima: RM 250,000 / 5 tahun

penjara atau kedua-duanya.

Page 30: Pasport Keselamatan Minyak & Gas (OGSP)

©2016 NIOSH Malaysia. All Right Reserved.30

AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 DAN

PERATURAN-PERATURANNYA1974 - Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) (Akta127)1989 - AKAS (Bising) Peraturan2005 - AKAS (Pelupusan Terjadual) Peraturan2007 - AKAS (Pelupusan Terjadual) Peraturan

(Pindaan)2009 - AKAS Kumbahan 2009 - AKAS Efluen Industri Peraturan2014 - AKAS (Kebersihan Udara) Peraturan

HUKUMAN: Penalti maksima - RM500,000 / 5 tahun penjara atau kedua-duanya

Page 31: Pasport Keselamatan Minyak & Gas (OGSP)

©2016 NIOSH Malaysia. All Right Reserved.31

LARANGAN PENCEMARANAKAS 1974

1. Larangan Pencemaran Udara (Seksyen 22).2. Larangan Pencemaran Bunyi Bising (Seksyen

23).3. Larangan Pencemaran Tanah Tanih (Seksyen 24).4. Larangan Pencemaran Air Daratan (Seksyen 25).5. Larangan Melepaskan Minyak ke dalam Perairan

Malaysia (Seksyen 27).6. Larangan Pembuangan Sisa (Seksyen 29).7. Larangan Pembakaran Terbuka (Seksyen 29A).

Page 32: Pasport Keselamatan Minyak & Gas (OGSP)

©2016 NIOSH Malaysia. All Right Reserved.32

PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING

(BUANGAN TERJADUAL) 2005

“Tiada sesiapapun boleh menempatkan, meletakkan atau melupuskan atau menyebabkan atau membenarkan ditempatkan, diletakkan atau dilupuskan kecuali di premis yang ditetapkan sahaja. Apa-apa buangan

terjadual di daratan atau di dalam perairan”

Kesalahan boleh dikompaun dibawah Seksyen 45 AKAS 1974

Page 33: Pasport Keselamatan Minyak & Gas (OGSP)

©2016 NIOSH Malaysia. All Right Reserved.33

PENGURUSAN BAHAN BUANGAN

BUANGAN DOMESTIK

Sampah biasa seperti kertas, plastik, kaca, sisa makanan dan lain-lain bahan biologi yang boleh dilupuskan di tapak pelupusan perbandaran.

Page 34: Pasport Keselamatan Minyak & Gas (OGSP)

©2016 NIOSH Malaysia. All Right Reserved.34

BUANGAN TERJADUAL Apa-apa buangan yang termasuk dalam

kategori buangan yang disenaraikan dalam Jadual Pertama KAS (Buangan Terjadual) Peraturan yang tidak boleh dilupuskan di tapak pelupusan perbandaran.

Mesti dilupuskan ditapak yang

dibenarkan (Cth. Kualiti Alam) Contoh buangan terjadual seperti cat,

pencair, bateri, tangki kumbahan, sisa skim dari pemintas, kain, sarung tangan dan sebagainya yang digunakan untuk membendung tumpahan minyak.

PENGURUSAN BAHAN BUANGAN

Page 36: Pasport Keselamatan Minyak & Gas (OGSP)

©2016 NIOSH Malaysia. All Right Reserved.36

Majikan hendaklah memastikan sisa buangan terjadual yang dipindah dan diangkut hendaklah dibungkus, dilabel dan dihantar ke tapak pelupusan yang diluluskan oleh Ketua Pengarah JAS Cth : Kualiti Alam bagi tujuan rawatan atau pelupusan.

PENGURUSAN BAHAN BUANGAN

Page 37: Pasport Keselamatan Minyak & Gas (OGSP)

©2016 NIOSH Malaysia. All Right Reserved.37

PENGUATKUASAANPegawai JKKP / JAS

Kad Kuasa. Mempunyai kuasa memasuki, memeriksa,

menyiasat, mengambil sampel dan sebagainya. Mengeluarkan notis larangan dan

penambahbaikan;dan boleh mendakwa mana-mana ketidakpatuhan OSHE.

Memerlukan rekod sejarah pengeluaran.

Page 38: Pasport Keselamatan Minyak & Gas (OGSP)

©2016 NIOSH Malaysia. All Right Reserved.38

ADA SEBARANG PERSOALAN ?