part3

2
Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai cabaran yang akan dihadapi oleh negara kita seperti kemasukan pendatang asing ke negara kita. Hal ini demikian kerana kemasukkan pendatang asing ke negara kita akan mewujudkan masalah dari pelbagai segi, iaitu ekonomi dan sosial. Contohnya, pendatang asing daripada Bangladesh, Myanmar dan Nepal akan mewujudkan pelbagai masalah kepada perpaduan negara kita dan meningkatkan lagi gejala seperti rompakan. Selaras dengan itu, cabaran lain yang akan dihadapi oleh negara kita adalah anasir-anasir menjual data atau informasi yang sulit tentang negara kita kepada negara musuh kita. Ini kerana ia akan mengancam keselamatan negara kita di mana ia boleh mengancam kemerdekaan negara kita. Contohnya, Raja Abdullah yang telah meminta bantuan daripada pihak British untuk mendapatkan takhtanya. Antara langkah untuk mengekalkan dan memantapkan kemerdekaan negara adalah sentiasa mengekalkan perpaduan antara kaum demi menjamin keharmonian negara. Dengan ini, pemerintahan negara akan berjalan dengan aman dan damai. Misalannya, kita mestilah sentiasa menjaga kepentingan kaum lain dengan menghormati adat mereka serta tidak menyentuh isu sensitif tentang kaum. Selain itu, kita sebagai penduduk Malaysia mestilah mematuhi segala dasar undang-undang negara. Undang-undang yang teratur dapat menjamin kedamaian negara. Oleh itu, setiap peraturan dan undang-undang negara seyogianya dipatuhi tidak kira tempat dan waktu kita berada. Sebagai contoh, kita harus senantiasa setia kepada raja dan negara kita. Langkah untuk mengekalkan dan memantapkan kemerdekaan negara adalah dengan melibatkan diri secara aktif dalam pembangunan negara. Hal ini akan membantu untuk meningkatkan semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk Malaysia kita. Lebih-lebih

Upload: elisabeth-hayes

Post on 12-Jan-2016

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SEJARAH PT3

TRANSCRIPT

Page 1: PART3

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai cabaran yang akan dihadapi oleh negara

kita seperti kemasukan pendatang asing ke negara kita. Hal ini demikian kerana

kemasukkan pendatang asing ke negara kita akan mewujudkan masalah dari pelbagai segi,

iaitu ekonomi dan sosial. Contohnya, pendatang asing daripada Bangladesh, Myanmar dan

Nepal akan mewujudkan pelbagai masalah kepada perpaduan negara kita dan

meningkatkan lagi gejala seperti rompakan.

Selaras dengan itu, cabaran lain yang akan dihadapi oleh negara kita adalah

anasir-anasir menjual data atau informasi yang sulit tentang negara kita kepada negara

musuh kita. Ini kerana ia akan mengancam keselamatan negara kita di mana ia boleh

mengancam kemerdekaan negara kita. Contohnya, Raja Abdullah yang telah meminta

bantuan daripada pihak British untuk mendapatkan takhtanya.

Antara langkah untuk mengekalkan dan memantapkan kemerdekaan negara

adalah sentiasa mengekalkan perpaduan antara kaum demi menjamin keharmonian negara.

Dengan ini, pemerintahan negara akan berjalan dengan aman dan damai. Misalannya, kita

mestilah sentiasa menjaga kepentingan kaum lain dengan menghormati adat mereka serta

tidak menyentuh isu sensitif tentang kaum.

Selain itu, kita sebagai penduduk Malaysia mestilah mematuhi segala dasar

undang-undang negara. Undang-undang yang teratur dapat menjamin kedamaian negara.

Oleh itu, setiap peraturan dan undang-undang negara seyogianya dipatuhi tidak kira tempat

dan waktu kita berada. Sebagai contoh, kita harus senantiasa setia kepada raja dan negara

kita.

Langkah untuk mengekalkan dan memantapkan kemerdekaan negara adalah

dengan melibatkan diri secara aktif dalam pembangunan negara. Hal ini akan membantu

untuk meningkatkan semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk Malaysia kita.

Lebih-lebih lagi, kita juga mestilah menunaikan segala kewajipan kita sebagai individu

penduduk Malaysia. Misalnya, kita sebagai warga muda mestilah melibatkan diri dalam

bidang perindustrian dengan tidak mengira imej serta hanya memikirkan tentang penglibatan

diri dalam pembangunan negara.

Sebagai intiha bicara, kemerdekaan bukanlah suatu perjuangan biasa yang

boleh diambil mudah oleh semua pihak. Ia merupakan sebuah usaha yang harus kita hargai

sehingga akhir hayat kita. Zaman kegelapan yang dialami oleh kita sepanjang era

penjajahan perlu diambil sebagai iktibar untuk kekalkan zaman kegemilangan masa kini.

Kita sebagai warganegara bumi ini, perlulah turun padang dan membanting tenaga untuk

Page 2: PART3

mengekalkan kemerdekaan yang sedia telah dicapai dengan menyumbang kepada negara

dari segi politik, ekonomi atau sosial.