panitiabahasamelayusmkis.files.wordpress.com… · web viewusaha ini menggalakkan orang ramai...

9
SET 3 Bahagian A (i) Masa yang dicadangkan: 40 minit [20 markah] Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah merealisasikan masyarakat penyayang. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Sikap penyayang dan pemurah yang ditunjukkan oleh sebahagian rakyat Malaysia terhadap mereka yang mengalami penderitaan wajar dipuji dan dicontohi. Walau bagaimanapun, yang menjadi persoalan ialah hanya kes-kes tertentu sahaja yang mendapat perhatian sedangkan banyak lagi kes tidak mendapat reaksi yang positif. Masih banyak yang memerlukan simpati dan bantuan demi meringankan beban dan penderitaan yang ditanggung. Sifat penyayang dan prihatin sesama insan, tidak kira keturunan serta latar belakang amat penting dan perlu dipupuk dalam kalangan rakyat negara kita yang berbilang kaum. Hal ini dapat dilakukan dengan mengadakan lebih banyak aktiviti kemasyarakatan yang bercorak setempat seperti gotong-royong, ziarah dan sebagainya. Selain itu, sebagai rakyat negara ini, kita mempunyai tanggungjawab sosial yang perlu dilaksanakan. Tanggungjawab sosial ini tidak sepatutnya diletakkan di atas bahu kerajaan semata-mata. Sebaliknya, orang ramai perlu berganding bahu dengan pihak kerajaan dan swasta untuk menjayakan program kebajikan. Lebih banyak tabung dan yayasan perlu ditubuhkan untuk mengumpul dana serta sumbangan orang ramai bagi disalurkan kepada mereka yang memerlukannya. Usaha ini menggalakkan orang ramai melakukan kebajikan tanpa melibatkan kehadiran dalam program-program bercorak kemasyarakatan. Usaha ini tidak akan berjaya tanpa sokongan media massa yang berperanan sebagai alat penyebaran maklumat. Oleh itu, media massa harus terus menjadi medium memaparkan pelbagai kisah masyarakat untuk mencetuskan kesedaran dan memupuk sifat-sifat penyayang dalam kalangan masyarakat. Sifat penyayang juga boleh dipupuk di peringkat sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi. Aktiviti-aktiviti kebajikan seperti kutipan derma, kerja-kerja amal dan sosial hendaklah dijadikan acara tahunan. Kerajaan juga melalui kementerian yang berkaitan dan agensi- agensi di bawahnya boleh melancarkan siri kempen besar-besaran demi menggalakkan orang ramai terlibat dalam kerja-kerja kebajikan. Mereka yang terlibat itu boleh diberikan pelbagai bentuk insentif seperti potongan cukai pendapatan, cuti bergaji dan sebagainya. Kerajaan juga boleh mewujudkan badan khas bagi membantu pesakit-pesakit kronik yang memerlukan pembiayaan untuk menjalani rawatan. Di samping itu, pihak hospital dan pusat perubatan seharusnya menggunakan pertimbangan kemanusiaan untuk membantu pesakit kritikal yang miskin tanpa mementingkan keuntungan semata-

Upload: duongcong

Post on 31-Jan-2018

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: panitiabahasamelayusmkis.files.wordpress.com… · Web viewUsaha ini menggalakkan orang ramai melakukan kebajikan tanpa ... Kerajaan juga boleh mewujudkan badan khas bagi membantu

SET 3

Bahagian A (i)Masa yang dicadangkan: 40 minit

[20 markah]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah merealisasikan masyarakat penyayang. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Sikap penyayang dan pemurah yang ditunjukkan oleh sebahagian rakyat Malaysia terhadap mereka yang mengalami penderitaan wajar dipuji dan dicontohi. Walau bagaimanapun, yang menjadi persoalan ialah hanya kes-kes tertentu sahaja yang mendapat perhatian sedangkan banyak lagi kes tidak mendapat reaksi yang positif. Masih banyak yang memerlukan simpati dan bantuan demi meringankan beban dan penderitaan yang ditanggung.

Sifat penyayang dan prihatin sesama insan, tidak kira keturunan serta latar belakang amat penting dan perlu dipupuk dalam kalangan rakyat negara kita yang berbilang kaum. Hal ini dapat dilakukan dengan mengadakan lebih banyak aktiviti kemasyarakatan yang bercorak setempat seperti gotong-royong, ziarah dan sebagainya. Selain itu, sebagai rakyat negara ini, kita mempunyai tanggungjawab sosial yang perlu dilaksanakan. Tanggungjawab sosial ini tidak sepatutnya diletakkan di atas bahu kerajaan semata-mata. Sebaliknya, orang ramai perlu berganding bahu dengan pihak kerajaan dan swasta untuk menjayakan program kebajikan. Lebih banyak tabung dan yayasan perlu ditubuhkan untuk mengumpul dana serta sumbangan orang ramai bagi disalurkan kepada mereka yang memerlukannya. Usaha ini menggalakkan orang ramai melakukan kebajikan tanpa melibatkan kehadiran dalam program-program bercorak kemasyarakatan. Usaha ini tidak akan berjaya tanpa sokongan media massa yang berperanan sebagai alat penyebaran maklumat. Oleh itu, media massa harus terus menjadi medium memaparkan pelbagai kisah masyarakat untuk mencetuskan kesedaran dan memupuk sifat-sifat penyayang dalam kalangan masyarakat. Sifat penyayang juga boleh dipupuk di peringkat sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi. Aktiviti-aktiviti kebajikan seperti kutipan derma, kerja-kerja amal dan sosial hendaklah dijadikan acara tahunan.

Kerajaan juga melalui kementerian yang berkaitan dan agensi-agensi di bawahnya boleh melancarkan siri kempen besar-besaran demi menggalakkan orang ramai terlibat dalam kerja-kerja kebajikan. Mereka yang terlibat itu boleh diberikan pelbagai bentuk insentif seperti potongan cukai pendapatan, cuti bergaji dan sebagainya. Kerajaan juga boleh mewujudkan badan khas bagi membantu pesakit-pesakit kronik yang memerlukan pembiayaan untuk menjalani rawatan. Di samping itu, pihak hospital dan pusat perubatan seharusnya menggunakan pertimbangan kemanusiaan untuk membantu pesakit kritikal yang miskin tanpa mementingkan keuntungan semata-mata.

Sesungguhnya, banyak lagi langkah yang dapat diambil dalam usaha merealisasikan masyarakat penyayang di negara ini. Perkara yang penting ialah setiap kerja kebajikan itu hendaklah dilakukan secara ikhlas tanpa mengharapkan sebarang ganjaran.

Page 2: panitiabahasamelayusmkis.files.wordpress.com… · Web viewUsaha ini menggalakkan orang ramai melakukan kebajikan tanpa ... Kerajaan juga boleh mewujudkan badan khas bagi membantu

(Diubahsuaikan daripada Dewan Masyarakat, Oktober 2002)

Bahagian A (ii) Pemahaman

[10 markah]

Berdasarkan petikan Bahagian A (i), jawab soalan-soalan yang berikut denganmenggunakan ayat anda sendiri.

1 Apakah maksud rangkai kata reaksi yang positif. [2 markah]

2 Mengapakah kerajaan berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan Program [4 markah]Masyarakat Penyayang?

3 Nyatakan secara ringkas dua punca yang menyebabkan sifat penyayang [4 markah]

semakin luntur dalam kalangan masyarakat kini.

Page 3: panitiabahasamelayusmkis.files.wordpress.com… · Web viewUsaha ini menggalakkan orang ramai melakukan kebajikan tanpa ... Kerajaan juga boleh mewujudkan badan khas bagi membantu

Bahagian BMasa yang dicadangkan: 25 minit

[20 markah]

Perhatikan gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang hobi-hobi yang berfaedah. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Page 4: panitiabahasamelayusmkis.files.wordpress.com… · Web viewUsaha ini menggalakkan orang ramai melakukan kebajikan tanpa ... Kerajaan juga boleh mewujudkan badan khas bagi membantu

Bahagian CMasa yang dicadangkan: 45 minit

[40 markah]

Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan ini hendak lebih daripada 180 patah perkataan.

1 Akhir-akhir ini semakin banyak pelajar yang bekerja secara sambilan selepas waktu persekolahan. Tindakan mereka itu sebenarnya ada baik dan buruknya.

Bincangkan.

2 Anda adalah pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri. Anda diundang untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Pentingnya Pengurusan Masa dalam Kehidupan Pelajar untuk Mencapai Kejayaan dalam Pelajaran”.

Sediakan ceramah tersebut selengkapnya.

3 Rakyat negara ini sewajarnya mengamalkan kitar semula bagi mengatasi masalah pelupusan sampah sarap.

Jelaskan sebab-sebab perlunya kitar semula dilaksanakan di negara kita.

4 Anda baru sahaja keluar dari hospital di tempat anda. Selama berada di hospital tersebut, anda mendapat layanan yang baik daripada doktor dan jururawat yang bertugas menjaga anda.

Tulis sepucuk surat untuk menyatakan penghargaan dan terima kasih anda kepada mereka.

5 “Sudah jatuh ditimpa tangga”.

Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.

Page 5: panitiabahasamelayusmkis.files.wordpress.com… · Web viewUsaha ini menggalakkan orang ramai melakukan kebajikan tanpa ... Kerajaan juga boleh mewujudkan badan khas bagi membantu

Bahagian DMasa yang dicadangkan: 10 minit

[10 markah]

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1(i) BUKAN DUNIA KU karya

Watak utama lebih istimewa daripada watak-watak lain dalam sesebuah novel.Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan tiga keistimewaan perwatakan watak utama itu.

KERTAS SOALAN TAMAT

Bahagian A (i)[Masa yang dicadangkan: 40 minit]

[20markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang perlunya telefon bimbit kepada pengguna pada masa ini. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Telefon bimbit sebagai media teknologi komunikasi kian berkembang dan menjadi alat keperluan kepada individu. Kepelbagaian fungsinya, menjadikan telefon bimbit menjadi sangat istimewa. Oleh itu, perkhidmatan telefon bimbit mendapat sarnbutan yang baik memandangkan keupayaannya merapatkan jarak sesama manusia serta kemampuannya menghubungkan manusia tanpa mengambil kira faktor pemisah dan waktu.

Sebagai alat telekomunikasi moden, manusia dapat berkomunikasi dengan cepat, meluas dan mudah. Pengiriman dan penerimaan mesej dalam pelbagai bentuk teks, gambar dan bunyi dapat dilakukan melalui telefon bimbit. Permintaan yang tinggi dan populariti yang mendadak dalam kalangan masyarakat, membuatkan harga telefon bimbit menjadi murah dan mampu dimiliki. Pengguna mudah membawanya ke mana-mana. Terdapat kecenderungan yang besar bahawa remaja sering berkomunikasi tentang sesuatu yang bersifat peribadi. Ada juga remaja yang menggunakannya untuk menyertai program televisyen, menghubungi pihak berkuasa untuk melaporkan aktiviti jenayah dan mengganggu ketenteraman orang lain dengan mengirim gambar atau teks porno.

Penuntut institusi pengajian tinggi paling kerap berkomunikasi dengan kawan rapat, rakan sekuliah, kenalan dan ibu bapa. Mereka dapat bertanya khabar dan mengirim ucap selamat.Remaja juga sering membawa dan mendampingi telefon bimbit ke mana-mana sahaja mereka pergi. Terdapat rungutan yang mengatakan bahawa remaja banyak menghabiskan wang pinjaman mereka untuk telefon bimbit. Banyak aktiviti harian mereka seperti janji temu, termasuklah tidur dan bangun ditentukan oleh deringan telefon. Mereka juga banyak mernbuang masa kerana khusyuk berkomunikasi melalui telefon. Sebaliknya, ibu bapa pula membekalkan telefon bimbit kepada anak-

Page 6: panitiabahasamelayusmkis.files.wordpress.com… · Web viewUsaha ini menggalakkan orang ramai melakukan kebajikan tanpa ... Kerajaan juga boleh mewujudkan badan khas bagi membantu

Bahagian A (ii) : Pemahaman[10 markah]

Berdasarkan petikan Bahagian A, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri

1 Berikan maksud rangkai kata khusyuk berkomunikasi. [2 markah]

2 Apakah keburukan telefon bimbit kepada remaja? [4 markah]

3 Pada pendapat anda, apakah kesan sampingan penggunaan telefon bimbit kepada pengguna? [4 markah]

Bahagian B[Masa yang dicadangkan: 25 minit]

[20markah]

Jadua/ di bawah menunjukkan penglibatan juvana da/am jenayah mengikut pecahan umur.Huraikan pendapat anda tentang penglibatan juvana dalam kes jenayah tersebut.Panjangnya huraian anda hendak/ah tidak melebihi 120 patah perkataan.

NEGERI

JUMLAH KES

UMURJUMLAH

TANGKAPAN13 – 15 16 – 18

2005

PERLIS 59 54 64 118

KEDAH 431 207 483 721

Telefon bimbit sebagai media teknologi komunikasi kian berkembang dan menjadi alat keperluan kepada individu. Kepelbagaian fungsinya, menjadikan telefon bimbit menjadi sangat istimewa. Oleh itu, perkhidmatan telefon bimbit mendapat sarnbutan yang baik memandangkan keupayaannya merapatkan jarak sesama manusia serta kemampuannya menghubungkan manusia tanpa mengambil kira faktor pemisah dan waktu.

Sebagai alat telekomunikasi moden, manusia dapat berkomunikasi dengan cepat, meluas dan mudah. Pengiriman dan penerimaan mesej dalam pelbagai bentuk teks, gambar dan bunyi dapat dilakukan melalui telefon bimbit. Permintaan yang tinggi dan populariti yang mendadak dalam kalangan masyarakat, membuatkan harga telefon bimbit menjadi murah dan mampu dimiliki. Pengguna mudah membawanya ke mana-mana. Terdapat kecenderungan yang besar bahawa remaja sering berkomunikasi tentang sesuatu yang bersifat peribadi. Ada juga remaja yang menggunakannya untuk menyertai program televisyen, menghubungi pihak berkuasa untuk melaporkan aktiviti jenayah dan mengganggu ketenteraman orang lain dengan mengirim gambar atau teks porno.

Penuntut institusi pengajian tinggi paling kerap berkomunikasi dengan kawan rapat, rakan sekuliah, kenalan dan ibu bapa. Mereka dapat bertanya khabar dan mengirim ucap selamat.Remaja juga sering membawa dan mendampingi telefon bimbit ke mana-mana sahaja mereka pergi. Terdapat rungutan yang mengatakan bahawa remaja banyak menghabiskan wang pinjaman mereka untuk telefon bimbit. Banyak aktiviti harian mereka seperti janji temu, termasuklah tidur dan bangun ditentukan oleh deringan telefon. Mereka juga banyak mernbuang masa kerana khusyuk berkomunikasi melalui telefon. Sebaliknya, ibu bapa pula membekalkan telefon bimbit kepada anak-

Page 7: panitiabahasamelayusmkis.files.wordpress.com… · Web viewUsaha ini menggalakkan orang ramai melakukan kebajikan tanpa ... Kerajaan juga boleh mewujudkan badan khas bagi membantu

PULAU PINANG 303 94 302 412

PERAK 336 61 404 466

JUMLAH 1129 416 1253 1717

Perangkaan Penglibatan Juvana dalam kes Jenayah Mengikut Pecahan Umur Tahun 2005

Bahagian C[Masa yang dicadangkan: 45 minit]

[40 markah]

Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjangnya karangan andahendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

1 Anda Pengerusi Kelab Rukun Negara di sekolah anda. Dalarn satu perhirnpunan, andatelah dijernput untuk rnernberikan ucapan yang bertajuk "Kepentingan Perpaduan dalarn Kalangan Pelajar".Sediakan teks ucapan tersebut selengkapnya.

2 Arnalan rnenderrna rnerupakan budaya hidup yang rnulia.Pada pendapat anda, apakah kepentingan rnenderrna.

3 Rakan anda dari luar negara ingin rnengetahui tentang ternpat-ternpat bersejarah yang terdapat di neqara anda.Tulis sepucuk surat buat rakan anda.

4 Anda telah berbual dengan rakan anda tentang punca-punca berlakunya pencernarandi negara kita.Sediakan dialog tersebut selengkapnya.

Page 8: panitiabahasamelayusmkis.files.wordpress.com… · Web viewUsaha ini menggalakkan orang ramai melakukan kebajikan tanpa ... Kerajaan juga boleh mewujudkan badan khas bagi membantu

5 Tulis sebuah cerita berdasarkankan peribahasa berakit-rakit ke hulu, berenangrenangke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Bahagian D[Masa yang dicadangkan: 15 minit]

[10markah]

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji sama ada diTingkatan 1 atau Tingkatan 3.

(i) Meniti Kaca, karya R. Sabarudin R. Abdullah(ii) Anak Din Biola, karya Maaruf Mahmud(iii). Aku Anak Timur, karya Siti Aminah Hi. Yusuf(iv) Limpahan Darah Di Sungai Semur, karya Zakaria Salleh(v) Panas Salju, karya Talib Samad(vi) Merdeka! Merdeka!, karya A. Rahman Hanafiah(vii) Ekspedisi, karya Mohd. Ghazali Tocheh(viii) Cerita Seorang Pahlawan, karya Maznan Nordin

Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji.