panduanjaminan kualiti akademik utm · panduan jaminan kualiti akademik utm version 3.0 kelulusan...

31
PANDUAN JAMINAN KUALITI AKADEMIK UTM VERSION 3.0 KELULUSAN SENAT 25.07.2018 PUSAT KUALITI DAN PENGURUSAN RISIKO

Upload: others

Post on 31-Aug-2019

55 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUANJAMINAN KUALITI AKADEMIK UTM · panduan jaminan kualiti akademik utm version 3.0 kelulusan senat 25.07.2018 pusat kualiti dan pengurusan risiko

PANDUAN JAMINAN

KUALITI AKADEMIK

UTM

VERSION 3.0

KELULUSAN SENAT

25.07.2018

PUSAT KUALITI DAN PENGURUSAN RISIKO

Page 2: PANDUANJAMINAN KUALITI AKADEMIK UTM · panduan jaminan kualiti akademik utm version 3.0 kelulusan senat 25.07.2018 pusat kualiti dan pengurusan risiko

Dicetak oleh: Pusat Kualiti dan Pengurusan Risiko Aras 3, Dewan Sultan Iskandar Universiti Teknologi Malaysia

Page 3: PANDUANJAMINAN KUALITI AKADEMIK UTM · panduan jaminan kualiti akademik utm version 3.0 kelulusan senat 25.07.2018 pusat kualiti dan pengurusan risiko
Page 4: PANDUANJAMINAN KUALITI AKADEMIK UTM · panduan jaminan kualiti akademik utm version 3.0 kelulusan senat 25.07.2018 pusat kualiti dan pengurusan risiko

PANDUAN JAMINAN KUALITI

AKADEMIK UTM

2

Page 5: PANDUANJAMINAN KUALITI AKADEMIK UTM · panduan jaminan kualiti akademik utm version 3.0 kelulusan senat 25.07.2018 pusat kualiti dan pengurusan risiko

KANDUNGAN

Program Akademik Universiti Awam Secara Mod

Industri (2u2i)

Penjumudan, Pembekuan dan Pelupusan Program

Akademik

3

Bilangan Perkara Mukasurat

1 Tatacara Jaminan Kualiti Program Akademik UTM 5

2 Penilaian Kendiri Program 10

3 Panel Penilai Luar 10

4 Program Kerjasama 11

5 13

6 Pentaksiran dan Pemantauan Program Akademik 13

7 Jawatankuasa Jaminan Kualiti Dalaman Fakulti 14

8 Kawalan Rekod Akademik 14

9 Perubahan Maklumat Program Akademik 15

10 Fail Kursus 18

11 18

Page 6: PANDUANJAMINAN KUALITI AKADEMIK UTM · panduan jaminan kualiti akademik utm version 3.0 kelulusan senat 25.07.2018 pusat kualiti dan pengurusan risiko

Pengenalan

UTM QRiM telah diamanahkan untuk memastikan Jaminan Kualiti Akademik Universiti

Teknologi Malaysia (UTM). Peranan dan fungsi UTM QRiM telah bertambah setelah UTM

memperolehi pengiktirafan swaakreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 23 Mac

2013. Pengiktirafan ini memberikan satu keistimewaan kepada UTM untuk mengakreditasi

sendiri program-program akademik bukan profesional di UTM.

UTM QRIM juga bertindak sebagai Urusetia kepada Jawatankuasa Akreditasi Universiti (JKAU)

(www.utm.my/qrim/jawatankuasa-akreditasi-universiti) yang berperanan untuk memantau

pelaksanaan audit dan memperakukan akreditasi untuk program akademik yang memenuhi

standard yang ditetapkan oleh MQA. Bagi program akademik profesional, akreditasi dijalankan

oleh badan-badan profesional yang berkaitan. Dalam hal ini, pihak UTM QRIM hanya bertindak

sebagai Urusetia kepada badan-badan profesional tersebut.

Mengikut Akta MQA, semua program dan kelayakan yang telah diakreditkan oleh MQA akan

didaftarkan dalam Daftar Kelayakan Malaysia atau Malaysian Qualifications Register (MQR).

Tujuan pendaftaran ini adalah:

- Mengesahkan program pengajian telah melalui proses jaminan kualiti yang selaras

dengan pematuhan standard yang telah ditetapkan oleh Malaysian Qualifications

Framework (MQF)

- Membolehkan pelajar dipertimbangkan untuk mendapat bantuan kewangan

Membolehkan pelajar dipertimbangkan untuk perlantikan ke perkhidmatan awam. -

Maka dengan itu, semua Fakulti/Sekolah perlu memastikan bahawa semua program akademik

yang telah atau sedang ditawarkan berdaftar di dalam MQR.

Panduan Jaminan Kualiti Akademik UTM ini bertujuan untuk membantu Fakulti/Sekolah dalam

membangunkan dan menguruskan kualiti sesuatu program akademik. Panduan ini berdasarkan

kepada dasar and garispanduan KPT, MQA dan UTM. Untuk makluman, dari semasa ke semasa

panduan ini akan dikemaskini oleh UTM QRiM.

4

Page 7: PANDUANJAMINAN KUALITI AKADEMIK UTM · panduan jaminan kualiti akademik utm version 3.0 kelulusan senat 25.07.2018 pusat kualiti dan pengurusan risiko

1.0 TATACARA JAMINAN KUALITI PROGRAM AKADEMIK UTM

1.1 Tatacara ini menerangkan secara keseluruhan proses melaksanakan Sistem

Jaminan Kualiti Program Akademik di UTM termasuk program-program di bawah

Public University Private Wing (PUPW).

1.2 Bagi Program Sarjana Muda dan Diploma, proses keseluruhannya digambarkan

seperti Rajah 1.1 yang mengandungi proses-proses berikut iaitu:

a. Proses Permohonan Saringan Awal Program Akademik

b. Proses Permohonan Kelulusan Program Akademik

c. Proses Audit Akreditasi Sementara

d. Proses Audit Akreditasi Penuh

e. Proses Pemantauan

1.3 Bagi bagi Program Sijil, Asasi, Diploma Eksekutif, Sarjana Muda Eksekutif,

Sarjana, Kedoktoran, Francais dan Pesisir (bukan Program Sarjana Muda dan

Diploma), proses keseluruhannya digambarkan seperti Rajah 1.2 yang

mengandungi proses-proses berikut iaitu:

a. Proses Permohonan Kelulusan Program Akademik Baharu

b. Proses Audit Akreditasi Sementara

c. Proses Audit Akreditasi Penuh

d. Proses Pemantauan

1.4 Proses Permohonan Saringan Awal Program Akademik Baharu hanya

bertakluk kepada program Sarjana Muda dan Diploma sahaja. Proses ini bertujuan

untuk menentukan samada permohonan program baharu tersebut diberi

kebenaran untuk diteruskan ataupun tidak. Ini akan ditentukan berdasarkan

penilaian oleh Mesyuarat Saringan Awal JKPT, KPT (tarikh mesyuarat boleh

dirujuk kepada tentatif jadual mesyuarat) yang akan memperakukan program

baharu yang memperlihatkan kelestarian program, berdaya saing serta mempunyai

nilai tambah kebolehpasaran graduan yang sesuai dan memenuhi keperluan negara

serta industri semasa dan masa hadapan. Selain daripada itu, implikasi sumber juga

perlu dikenalpasti semasa menyediakan dokumen saringan awal ini. Dengan itu,

kajian pasaran yang rapi mesti diadakan daripada sumber dan rujukan seperti

5

Page 8: PANDUANJAMINAN KUALITI AKADEMIK UTM · panduan jaminan kualiti akademik utm version 3.0 kelulusan senat 25.07.2018 pusat kualiti dan pengurusan risiko

Economic Planning Unit (EPU), Institute of Labour Market Information and Analysis

(ILMIA), Malaysian Digital Economic Corporation (MDEC), Jobstreet serta kajian

pasaran Industri berkaitan. Tatacara Proses Permohonan Saringan Awal

Program Akademik Baharu ini boleh didapati di Lampiran A.

1.5 Program-prasiswazah baharu bukan profesional di bawah PUPW UTM tidak perlu

melalui penilaian Mesyuarat Saringan Awal JKPT, KPT tetapi hanya perlu melalui

penilaian saringan awal secara dalaman UTM yang mempunyai tujuan penilaian

yang sama.

1.6 Program yang telah mendapat kelulusan MSA diberi tempoh sehingga dua (2) tahun

daripada tarikh surat kelulusan untuk mengemukakan kertas cadangan

permohonan kelulusan program baharu untuk pertimbangan JKPT.

1.7 Proses Permohonan Kelulusan Program Akademik Baharu bertujuan untuk

mendapat kelulusan permohonan program baharu. Tatacara proses ini boleh

didapati di Lampiran B. Kelestarian program, nilai tambah kebolehpasaran

graduan yang sesuai dan memenuhi keperluan negara dan industri semasa dan

masa hadapan dpertengahkan di dalam proses ini. Bagi permohonan program

BUKAN Sarjana Muda dan Diploma yang baharu seperti program akademik baharu

peringkat Sijil, Asasi, Diploma Eksekutif, Sarjana Muda Eksekutif, Sarjana,

Kedoktoran, Francais dan Pesisir, proses saringan awal diambilkira di dalam proses

ini. Maka, Jawatankuasa Tetap Senat Kurikulum dan Kualiti Akademik (JKTS KKA)

dengan keanggotaan yang relevan mengambil tanggungjawab sebagai badan yang

bertanggungjawab untuk membuat penilaian saringan awal bagi permohonan

program akademik baharu.

1.8 Di dalam proses ini juga, pembangunan kurikulum dilakukan. Pembentukan

kurikulum program akademik haruslah selaras dengan halatuju UTM terkini. (Rujuk

Curriculum Innovation Development Unit (CIDU), UTM). JKPT masih akan membuat

penilaian untuk kelulusan penawaran program melalui kertas kerja tanpa

pembentangan dari UTM.

1.9 Merujuk kepada Proses Permohonan Kelulusan Program Akademik Baharu, setelah

Jawatankuasa Kurikulum Universiti (JKKU) di bawah pengurusan Curriculum

Innovation Development Unit (CIDU), UTM memperakukan cadangan program 6

Page 9: PANDUANJAMINAN KUALITI AKADEMIK UTM · panduan jaminan kualiti akademik utm version 3.0 kelulusan senat 25.07.2018 pusat kualiti dan pengurusan risiko

baharu tersebut, maka Proses Akreditasi Sementara (Rujuk Lampiran C) boleh

dimulakan. Akreditasi Sementara adalah satu aktiviti penilaian untuk memastikan

samada segala keperluan dan kegiatan P & P bagi sesuatu program telah menepati

keperluan standard MQF. Akreditasi Sementara MESTI diperolehi sebelum sesuatu

program baharu ditawarkan di UTM. Bagi program bukan professional, proses ini

dilaksanakan bagi menyemak pematuhan program kepada MQF serta kesemua

bidang penilaian yang terdapat di dalam Kod Amalan Akreditasi Program (COPPA

2.0 atau COPPA 2017) terkini yang dikeluarkan oleh MQA. Ini adalah untuk

memastikan program baharu yang akan ditawarkan mencapai standard yang

ditentukan oleh MQA. Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk tujuan akreditasi

adalah seperti yang dikehendaki di dalam MQA-01 iaitu:

a. Bahagian A: Maklumat Umum Pemberi Pendidikan Tinggi Bahagian ini merupakan satu profil institusi Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT).

(Bahagian ini tidak perlu disediakan jika PPT adalah di bawah naungan UTM)

b. Bahagian B: Maklumat Program

Bahagian ini menghuraikan program yang dicadangkan, termasuk nama,

peringkat, nilai kredit, tempoh pengajian, keperluan kemasukan, cara

penyampaian, dan badan penganugerah.

c. Bahagian C: Standard Program Bahagian ini mengemukakan maklumat berhubung kesemua bidang penilaian

dan standard pada setiap bidang.

1.10 Bagi program profesional, Fakulti/Sekolah patut merujuk kepada Badan Profesional

tentang keperluan akreditasi berkaitan.

1.11 Selepas mendapat kelulusan program akademik baharu (bukan profesional dan

profesional), program akan dimaklumkan kepada pihak MQA (melalui Lampiran B)

untuk tujuan perekodan dan kemasukan ke dalam Daftar Kelayakan Malaysia atau

Malaysian Qualifications Register (MQR).

1.12 Pelbagai bahan rujukan lain boleh digunakan dalam pembentukan program baharu

atau semasa semakan program. Antaranya adalah:

Garis Panduan Permohonan Program Akademik edisi ke-2, KPT

7

Page 10: PANDUANJAMINAN KUALITI AKADEMIK UTM · panduan jaminan kualiti akademik utm version 3.0 kelulusan senat 25.07.2018 pusat kualiti dan pengurusan risiko

□ □ □ □ □ □ □ □ □ □ □

MQF (Malaysian Qualifications Framework)

COPPA (Code of Practice for Programme Accreditation) 2017

Standard, MQA (yang berkaitan)

Program Standard, MQA (yang berkaitan)

NEC Manual, KPT

Nomenklatur, Struktur dan Penamaan Program, UTM QRiM

Pindah Kredit dan Pengecualian Kursus, UTM QRiM

Garis Panduan Semakan Kurikulum, UTM QRiM

Template Maklumat Kursus (Course Information)

Guideline Good Practice, MQA

Manual Akreditasi Badan Profesional (jika berkaitan)

1.13 Justeru adalah diharapkan semua Fakulti/Sekolah yang merancang untuk

menawarkan program baharu MESTI membuat perancangan dengan rapi termasuk

mengambil kira tempoh masa prosedur kelulusan sesuatu permohonan program

baharu serta menyediakan dokumen program yang selengkapnya agar proses

permohonan kelulusan boleh dilaksanakan dengan lancar. Tempoh pelan

persediaan persediaan yang disyorkan oleh UTM QRiM adalah sekurang-kurangnya

SATU tahun sebelum program ditawarkan kepada umum.

1.14 Apabila kumpulan kitaran atau kohort pertama pelajar program akademik berada

pada tahun akhir (bagi pelajar Sarjana Muda) atau semester akhir (bagi lain-lain

pengajian), Proses Akreditasi Penuh (Rujuk Lampiran D) MESTI dilaksanakan.

Akreditasi Penuh adalah satu aktiviti penilaian untuk memastikan bahawa segala

keperluan dan kegiatan pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu program yang

ditawarkan oleh UTM telah memenuhi standard MQF. Akreditasi Penuh melibatkan

Laporan Penilaian Kendiri (‘Self Review Report’). Lawatan audit dijalankan bagi

penilaian bukti-bukti pengendalian sebenar program oleh panel penilai. Penilaian

ini berpandukan COPPA, MQA atau yang seumpamanya. Untuk akreditasi ini,

Fakulti/PTJ perlu mengemukakan MQA-02. Ini merupakan versi kemaskini MQA-01

(Bahagian A, B dan C) serta Laporan Penilaian Kendiri (Bahagian D - Sila rujuk

COPPA 2017 untuk panduan).

1.15 Bagi akreditasi penuh program akademik profesional, ia adalah tertakluk kepada

badan profesional yang berkaitan.

8

Page 11: PANDUANJAMINAN KUALITI AKADEMIK UTM · panduan jaminan kualiti akademik utm version 3.0 kelulusan senat 25.07.2018 pusat kualiti dan pengurusan risiko

1.16 Selepas mendapat kelulusan akreditasi penuh (program bukan profesional),

program mesti didaftarkan dalam Malaysian Qualification Registration (MQR)

melalui Borang D MQA. Rujuk Lampiran D (i) untuk prosedur pendaftaran

program akademik ke dalam MQR.

1.17 Kedua-dua proses Akreditasi Sementara dan Akreditasi Penuh adalah di bawah

bidang kuasa dan kawalan Jawatankuasa Akreditasi UTM (JKAU). Proses-proses ini

tidak jauh berbeza dengan yang diamalkan di MQA. Tempoh minima pengurusan

kelulusan kedua-dua akreditasi di peringkat Senat ada dinyatakan di dalam

lampiran proses yang berkaitan.

1.18 Adalah menjadi tanggungjawab Fakulti/Sekolah untuk memastikan kesemua

program akademik yang ditawarkan oleh Fakulti/Sekolah masing-masing telah

mendapat akreditasi yang sewajarnya. Maka dengan itu, pemantauan yang rapi oleh

Fakulti/Sekolah tentang keperluan akreditasi program akademik adalah penting.

1.19 Bagi program baharu atau program sedia ada yang akan dijalankan di luar kampus

induk UTM, audit lokasi/ premis perlu dijalankan oleh UTM QRiM sebelum

diluluskan oleh pihak KPM.

1.20 Proses Pemantauan dibuat bagi menjaga dan menambahbaik kualiti

program/kursus akademik sedia ada secara berterusan. Antara inisiatif yang

dilaksanakan di UTM adalah seperti berikut:

Semakan Program/Kurikulum (Rujuk Garis Panduan Semakan Kurikulum,

Lampiran E). Selepas mendapat akreditasi penuh, Fakulti/Sekolah perlu

menjalani proses penilaian semula yang komprehensif terhadap program untuk

memastikan kualiti program ditambahbaik secara berterusan. Tempoh kitaran

semakan program/kurikulum adalah sama dengan tempoh semakan kurikulum

yang dicadangkan.

Audit Pematuhan – Audit ini dijalankan secara berkala. Tempoh kitaran adalah

sama dengan tempoh semakan kurikulum. Audit Pematuhan mempunyai

prosedur yang hampir sama dengan Akreditasi Penuh dan tertakluk kepada

kelulusan JKAU. Skop penilaian ditentukan oleh UTM QRiM.

9

Page 12: PANDUANJAMINAN KUALITI AKADEMIK UTM · panduan jaminan kualiti akademik utm version 3.0 kelulusan senat 25.07.2018 pusat kualiti dan pengurusan risiko

Pentaksiran dan Pemantauan Program Akademik – Pentaksiran ini

dilaksanakan untuk setiap program. (Rujuk Pentaksiran dan Pemantauan

Program Akademik Tahunan UTM, Lampiran F)

Audit Dalam Tahunan – Audit ini dijalankan di setiap Fakulti secara tahunan.

Skop audit akan ditentukan oleh UTM QRiM. (Rujuk Audit Dalam Fakulti,

Lampiran G)

Anugerah Kualiti Akademik Tahunan

Selain daripada yang tersebut di atas, aktiviti pemantauan dijalankan dari

semasa ke semasa berdasarkan keperluan JPT, MQA dan pentadbiran UTM.

2.0 PENILAIAN KENDIRI PROGRAM

2.1 Penilaian Kendiri Program adalah satu penilaian yang dilakukan oleh

Fakulti/Sekolah untuk memastikan program telah mematuhi standard yang

sepatutnya.

2.2 Penilaian ini juga mengenal pasti kekuatan dan kelemahan Program serta langkah-

langkah yang perlu diambil untuk menambahbaik dan mengatasi kelemahan yang

ada.

2.3 Setiap program harus dinilai mengikut kitaran tertentu seperti tempoh semakan

kurikulum. Ia boleh dijadualkan bersama dengan keperluan semakan yang lain.

2.4 Proses Penilaian Kendiri Program boleh digambarkan seperti di Rajah 2.1

3.0 PANEL PENILAI LUAR

3.1 Proses semakan semula program pengajian perlu dilaksanakan bagi memastikan

kualiti graduan yang tamat mengikuti program pengajian terbabit mencapai

objektif pembelajaran yang ditetapkan. COPPA 2.0 telah menjelaskan standard

WAJIB penglibatan penilai/pemeriksa luar (external examiner) dalam proses

penyemakan dan penilaian program di peringkat prasiswazah dan

pascasiswazah. Panel Penasihat Luar Fakulti/Sekolah merujuk kepada

sekumpulan individu yang dilantik melaksanakan tanggungjawab memberi

nasihat, mengesyor, menilai, memantau, serta mengkaji semula program

pengajian. Selain daripada itu, Panel Penasihat Luar juga boleh:

10

Page 13: PANDUANJAMINAN KUALITI AKADEMIK UTM · panduan jaminan kualiti akademik utm version 3.0 kelulusan senat 25.07.2018 pusat kualiti dan pengurusan risiko

o Memberi nasihat mengenai trend teknologi, keperluan pasaran dan

pelanggan.

o Memberi nasihat yang boleh digunakan oleh Sekolah untuk merancang

kurikulum yang sesuai

o Memberi nasihat mengenai keperluan kemahiran serta keperluan pekerjaan

Bekerjasama dalam aktiviti penyelidikan dan berleluang membuat

pemindahan pengetahuan antara universiti dengan pihak luar

o

Selain daripada ahli akademik, Panel Penasihat Luar Program Pengajian boleh terdiri

daripada:

ii.

Ahli profesional dalam bidang yang berkaitan dari industri, dari badan-badan

kerajaan, serta dari badan-badan bukan kerajaan.

Pakar dari dalam dan dari luar negara.

iii. Bekas pelajar atau alumni kepada program pengajian terbabit.

Kekerapan perjumpaan dengan panel Penilai luar adalah disyorkan sekurang-kurangnya

SATU kali setahun.

4.0 PROGRAM KERJASAMA

4.1 Garis Panduan Program Kerjasama IPTA/IPTS di dalam Negara, KPT adalah dirujuk

(Lampiran H). Mengikut definisi, Program Kerjasama IPTA/IPTS merupakan suatu

kaedah membenarkan IPTS menawarkan program akademik UTM di premis

mereka.

4.2 Bentuk atau model Program Kerjasama boleh dirujuk kepada Nomenklatur,

Struktur dan Penamaan Program (Lampiran I). Selain daripada itu, Pindah Kredit

dan Pengecualian Kursus (Lampiran I (i)) juga boleh dibaca bersama sekirakan

model kerjasama melibatkan perpindahan kredit.

4.3 Semua program kerjasama samada baharu atau sedia ada di UTM adalah tertakluk

kepada garis panduan ini. Fakulti/Sekolah yang ingin menawarkan Program

Kerjasama perlu memastikan program akademik yang akan ditawarkan merupakan

11

Page 14: PANDUANJAMINAN KUALITI AKADEMIK UTM · panduan jaminan kualiti akademik utm version 3.0 kelulusan senat 25.07.2018 pusat kualiti dan pengurusan risiko

program yang telah mantap iaitu program yang telah menghasilkan sekurang-

kurangnya kohort pertama graduan di UTM. Program Kerjasama yang hendak

dijalankan mestilah telah mendapat akreditasi penuh bagi program pengajian yang

ditawarkan. Walau bagaimanapun, bagi program berbentuk Joint Degree, ia

melibatkan pemilikan dan pembangunan kurikulum secara bersama di antara UTM

dengan institusi pendidikan tinggi yang bekerjasama. Maka, keperluan graduan

kohort pertama tidak terpakai.

4.4 Secara amnya, UA tidak digalakkan menawarkan program universiti luar negara

sebagai francaisi (Franchisee). Sekiranya berkeperluan di UTM, Dasar jaminan

Kualiti Program Akademik Luar Negara yang ditawarkan secara Kerjasama

dengan UA Tempatan, MQA (Lampiran I (ii)) patut digunakan sebagai rujukan.

4.5 Semua program luar negara yang terbabit dalam program kerjasama perlu

mendapat akreditasi daripada badan akreditasi negara berkenaan. Penilaian

Akreditasi Sementara bagi program luar negara yang dijalankan secara kerjasama

dengan PPT tempatan mesti memastikan keperluan MQF, standard program dan

dasar berkaitan dipatuhi. Bagi memenuhi keperluan kredit bergraduat MQF,

kesetaraan 1 kredit MQF dengan sistem kredit luar negara yang utama boleh

merujuk kepada Pindah Kredit dan Pengecualian Kursus UTM.

4.6 Bagi program luar negara yang tersenarai dalam global ranking seperti Times

Higher Education World University Rankings (THE) dan QS World University

Rankings pada kedudukan 15% daripada jumlah yang tersenarai mengikut ranking

masing-masing boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mematuhi

standard program dengan membuat permohonan bertulis kepada MQA.

4.7 Bagi program berbentuk Transnational Education (TNE), Polisi dan Prosedur

Pelaksanaan Progran TNE UTM adalah dirujuk untuk amalan (Lampiran J). Pihak

Sekolah Pengajian Siswazah telah mengeluarkan Polisi Program Dwi, Dual Ijazah

dan Ijazah Bersama Pengajian Siswazah di UTM (Lampiran K). Polisi ini juga boleh

digunapakai oleh program-program yang mempunyai tahap yang lain.

12

Page 15: PANDUANJAMINAN KUALITI AKADEMIK UTM · panduan jaminan kualiti akademik utm version 3.0 kelulusan senat 25.07.2018 pusat kualiti dan pengurusan risiko

4.8 Sebarang Program Kerjasama UTM perlu mematuhi dasar dan prosedur kerjasama

yang ditetapkan serta mesti mendapat kelulusan daripada KPT sebelum mula

dilaksanakan.

5.0 PROGRAM AKADEMIK UNIVERSITI AWAM SECARA MOD INDUSTRI (2u2i)

5.1 Program ini menggabungkan pembelajaran berasaskan pengalaman dan penerapan

elemen keusahawanan ke dalam kurikulum.

5.2 Kerjasama di antara UTM dengan Industri dalam reka bentuk dan penyampaian

program secara terus dan formal adalah sangat penting di dalam kejayaan program

berbentuk sedemikian.

5.3 Penawaran program libat sama industri ini dijenamakan sebagai Mod Industri

(2u2i) (Lampiran L) iaitu samada dua tahun di UTM dan dua tahun di Industri

(2u2i); samada tiga tahun di UTM dan satu tahun di Industri (3u1i); atau dua tahun

di UTM dan satu tahun di Industri (2u1i).

5.4 Bahan rujukan yang boleh digunakan untuk pembangunan program berbentuk ini

adalah Guideline to Good Practices: WBL (GGP:WBL), MQA (Lampiran M) dan

Guideline on Work-based Academic Programme, UTM (Lampiran N).

5.5 Penawaran program akademik secara mod Industri (2u2i) oleh UTM perlu

mendapat perakuan daripada KPT sebelum dilaksanakan. Sehubungan dengan itu,

proses mendapatkan perakuan Mesyuarat Saringan Awal (MSA) dan Jawatankuasa

Pendidikan Tinggi (JKPT) bagi permohonan penawaran program akademik mod

Industri (2u2i) boleh merujuk kepada Proses Penawaran Program Akademik UA

secara Mod Industri (2u2i), KPT. For mat Kertas Kerja Permohonan

Kelulusan/Makluman Semakan Kurikulum bagi Perubahan Mod Pengajian Program

Akademik secara Mod Industri digunapakai untuk program ini.

6.0 PENTAKSIRAN DAN PEMANTAUAN PROGRAM AKADEMIK

6.1 Pentaksiran dan Pemantauan Program Akademik harus dijalankan secara

berterusan supaya kualiti akademik di UTM terjamin. Pentaksiran dan Pemantauan

13

Page 16: PANDUANJAMINAN KUALITI AKADEMIK UTM · panduan jaminan kualiti akademik utm version 3.0 kelulusan senat 25.07.2018 pusat kualiti dan pengurusan risiko

Program Akademik Tahunan UTM (Lampiran F) boleh dirujuk untuk maklumat

lanjut.

6.2 Pelaporan pentaksiran dan pemantauan perlu dilakukan dan direkod dengan baik

oleh setiap Fakulti/Sekolah

7.0 JAWATANKUASA JAMINAN KUALITI DALAMAN FAKULTI

7.1 Setiap Fakulti/Sekolah mesti mempunyai Jawatankuasa Jaminan Kualiti Dalaman.

Pengerusi Jawatankuasa membantu Dekan dalam pengurusan kualiti akademik,

kawalan dokumen, pengumpulan dan pencapaian data PLO serta tindakan CQI.

7.2 Pengerusi jawatankuasa ini mewakili Fakulti/Sekolah dalam Jawatankuasa

Penyelarasan Jaminan dan Peningkatan Kualiti Universiti yang diketuai oleh

Pengarah UTM QRiM.

7.3 Jawatankuasa Pengurusan Fakulti mesti membentuk satu Unit atau Pasukan Audit

Dalaman (PAD) yang diketuai oleh Ketua Pasukan Audit Dalam (KPAD) yang

merupakan staf akademik yang tidak memegang sebarang jawatan pengurusan di

Fakulti. Peranan audit dalaman adalah untuk memberi jaminan bebas bahawa

proses tadbir urus dan kawalan dalaman Fakulti/Sekolah beroperasi dengan

berkesan. Audit Dalaman Fakulti juga mempunyai tugas untuk memberikan

pandangan yang tidak berat sebelah dan berobjektif.

7.4 Hasil dapatan audit daripada Unit Audit Dalaman patut dibentangkan di dalam

Jawatankuasa Akademik/Jawatankuasa

selanjutnya oleh Fakulti.

Pengurusan untuk tindakan CQI

7.5 Dengan saranan KPAD, kekerapan dan keperluan audit Fakulti/Sekolah boleh

ditentukan kecuali yang diarahkan secara rasmi oleh UTM QRiM.

8.0 KAWALAN REKOD AKADEMIK

8.1 Selaras dengan COPPA 2.0, kawalan rekod akademik UTM harus terkini dan benar.

Ia adalah penting kerana maklumat ini perlu direkod bukan sahaja di UTM tetapi

juga di peringkat KPT dan MQA.

14

Page 17: PANDUANJAMINAN KUALITI AKADEMIK UTM · panduan jaminan kualiti akademik utm version 3.0 kelulusan senat 25.07.2018 pusat kualiti dan pengurusan risiko

8.2 Seiring dengan COPPA 2.0, segala perubahan program mesti direkod dengan

sistematik oleh UTM. Dokumen berkaitan Perubahan Maklumat Program di dalam

MQA (Lampiran O) boleh dirujuk. Kronologi sebarang perubahan program

akademik mesti direkodkan dan disimpan dengan baik oleh Fakulti/Sekolah dan

UTM khususnya untuk rujukan masa depan serta untuk kegunaan sistem iCGPA

atau sistem lain yang memerlukan maklumat perubahan program akademik UTM

yang betul dan terkini.

8.3 Penyimpanan skrol kohort pertama pelajar bagi setiap program yang pernah dan

sedang ditawarkan UTM patut dilaksanakan oleh pihak Bahagian Pengurusan

Akademik UTM. Ini termasuk program yang telah melalui penjenamaan semula.

9.0 PERUBAHAN MAKLUMAT PROGRAM AKADEMIK

9.1 Perubahan program seperti perubahan nomenklatur (nama program), perubahan

bidang, tempoh pengajian, sesi pengajian, mod pengajian (Kerja kursus/

Penyelidikan/ Akademi Industri spt. 2u2i) dan mod penyampaian (Sepenuh Masa/

Separuh Masa/ Jarak Jauh) diklasifikasikan sebagai perubahan major iaitu melebihi

30% kerana ia memberi kesan kepada urusan lain seperti surat penawaran, kod

UPU, penajaan, akreditasi program dan kebolehpasaran graduan.

9.2 Perubahan tersebut perlu mendapat kelulusan Senat dan KPT serta melibatkan

perubahan maklumat di dalam MQR. Jadual 9.1 mengandungi tindakan yang perlu

dilakukan oleh UTM perihal perubahan maklumat program pengajian berdasarkan

Surat Pemakluman MQA bil. 4/20 18 (Lampiran O).

9.3 Untuk penukaran nama program, prosedur semakan kurikulum digunapakai.

Penggunaan nama program baharu akan berkuatkuasa selepas kelulusan daripada

KPT diterima DAN permohonan pertukaran nama kepada MQA untuk tujuan

pendaftaran telah diserahkan kepada UTM QRiM (melalui borang J MQA). Rujuk

Lampiran O(i) untuk Prosedur Perubahan Maklumat Program di MQR.

15

Page 18: PANDUANJAMINAN KUALITI AKADEMIK UTM · panduan jaminan kualiti akademik utm version 3.0 kelulusan senat 25.07.2018 pusat kualiti dan pengurusan risiko

Jadual 9.1: Perubahan Maklumat Program Pengajian

il PERUBAHAN CONTOH TINDAKAN UTM

(STATUS SWAAKREDITASI)

han yang memerlukan pindaan

maklumat pada Daftar Kelayakan

Malaysia (MQR)

a) Pindaan editorial pada penaMmaeamn program.

b) Pindaan editorial pada National Education Code (NEC).

c) Perubahan kredit bergraduat. d) Perubahan tempoh pengajian.

(Tempoh pengajian ATAU bilangan

minggu pembelajaran dalam 1

semester)

e) Perubahan/Penambahan

klumkan kepada MQA secara

bertulis dengan disertakan

Surat Kelulusan

perubahan/pindaan maklumat

daripada pihak berkuasa

bersama maklumat perubahan.

kaedah/mod pengajian. (Contoh: Sepenuh masa atau separuh masa)

Perubahan bersifat STRUKTURAL pada reka bentuk program (kurikulum) yang tidak membawa

kepada pertukaran bidang

pengajian lain (tidak membawa kepada pertukaran NEC). Peratusan perubahan kurikulum yang diambil kira adalah secara KUMULATIF berdasarkan kurikulum asal seperti yang diluluskan.

a) Penamaan program disebaSbekairna pindaan pada Body of Knowledge atau mengikut trend penamaan

semasa.

b) Perubahan/Penambahan kepada kaedah/mod pengajian seperti Work-Based Learning (WBL).

c) Pindaan struktur program. (Contoh: Major, minor atau pengkhususan)

d) Perubahan pada PEO/PLO e) Perubahan kandungan kurikulum

bersifat struktural melebihi 30% daripada kurikulum asal komponen teras, major, minor atau

ya perubahan memerlukan

pindaan pada MQR, UTM perlu

memaklumkan kepada MQA

secara bertulis dengan

disertakan Surat Kelulusan

perubahan/pindaan maklumat

daripada pihak berkuasa

bersama maklumat perubahan.

pengkhususan.

han pada reka bentuk program

(kurikulum) yang membawa

kepada pertukaran bidang

pengajian lain (membawa kepada

pertukaran NEC).

Perubahan penamaan dan kanduSnegnaant program yang menjurus kepada Body of Knowledge bidang pengajian lain.

UTM perlu mengakredit program

baharu dan seterusnya

mengemukakan maklumat

program kepada MQA beserta

Surat Kelulusan mengendalikan

program daripada pihak

berkuasa untuk disenaraikan

dalam Senarai Akreditasi

Sementara atau didaftarkan

dalam MQR.

Perubahan/Penambahan kaedah penyampaian program daripada Konvensional kepada Open and

Distance Learning (ODL) ATAU

perubahan/penambahan mod

penawaran program daripada mod

UTM perlu mengakredit program

baharu dan seterusnya

mengemukakan maklumat

program kepada MQA beserta

Surat Kelulusan mengendalikan

16

Page 19: PANDUANJAMINAN KUALITI AKADEMIK UTM · panduan jaminan kualiti akademik utm version 3.0 kelulusan senat 25.07.2018 pusat kualiti dan pengurusan risiko

campuran atau mod kerja kursus kepada mod penyelidikan bagi program pascasiswazah.

program daripada pihak

berkuasa untuk disenaraikan

dalam Senarai Akreditasi

Sementara atau didaftarkan

dalam MQR.

han selain (1), (2), (3) & (4) a) Perubahan bagi memenuhi keperluan Standard Program.

b) Penyelarasan CLO kepada PO. Penyelarasan kandungan kursus dengan penggantian topik selaras dengan perkembangan ilmu semasa.

c) Penambahan komponen pembelajaran teradun (blended learning) dalam pengendalian program.

d) Perubahan kaedah atau komposisi penilaian formatif dan sumatif.

Tidak

kepada MQA. UTM per lu

menyimpan rekod dan bukti-

perlu memaklumkan

bukti pengesahan untuk

semakan semasa penilaian audit pematuhan.

e) Perubahan sinopsis kursus. f) Pengemaskinian bahan rujukan.

17

Page 20: PANDUANJAMINAN KUALITI AKADEMIK UTM · panduan jaminan kualiti akademik utm version 3.0 kelulusan senat 25.07.2018 pusat kualiti dan pengurusan risiko

10.0 FAIL KURSUS

10.1 Fail ini mengandungi semua bahan pengajaran dan pembelajaran, peperiksaan dan

penilaian serta perkara yang berkaitan dengan kursus yang dikumpul dan disahkan

untuk edaran dan kegunaan pensyarah yang mengajar kursus. Kandungan fail

adalah seperti yang disenaraikan di dalam Checklist For Course File (Lampiran P).

10.2 Dokumen yang diperlukan bagi perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran

berdasarkan OBE terdapat di dalam fail ini melalui maklumat Kursus atau Course

Information.

11.0 PENJUMUDAN, PEMBEKUAN DAN PELUPUSAN PROGRAM AKADEMIK

11.1 Kajian hala tuju dan semakan semula penawaran program akademik UA oleh JPT

telah mengenal pasti program akademik tidak berdaya saing untuk dijumudkan

atau dilupuskan. Ini bagi memastikan hanya program akademik yang relevan,

terkini dan menepati keperluan Industri dan guna tenaga Negara sahaja yang

ditawarkan.

11.2 Makluman Berkenaan Proses Penjumudan, Pembekuan, Pelupusan Dan Penawaran

Semula Program Akademik Universiti Awam (Lampiran Q) adalah dirujuk.

11.3 Penjumudan program akademik merujuk kepada program akademik yang masih

mempunyai kohort yang sedang dalam pengajian tetapi program tersebut tidak

dibuka untuk penawaran bagi sesi berikutnya.

Pelajar yang diambil pada tahun program dijumudkan merupakan kohort

terakhir bagi program akademik berkenaan. Fasa penjumudan program

akademik berakhir apabila kohort terakhir menamatkan pengajian dalam

tempoh yang ditetapkan.

11.4 Pembekuan program akademik merujuk kepada program akademik yang telah

tidak ditawarkan lagi dan tidak mempunyai pelajar yang sedang dalam pengajian

18

Page 21: PANDUANJAMINAN KUALITI AKADEMIK UTM · panduan jaminan kualiti akademik utm version 3.0 kelulusan senat 25.07.2018 pusat kualiti dan pengurusan risiko

program tersebut. Tempoh maksimum pembekuan yang dibenarkan ialah dua (2)

tahun sahaja.

Sebelum fasa pembekuan berakhir (sekurang-kurangnya satu (1) tahun), UTM

perlu memutuskan sama ada program akademik tersebut hendak ditawarkan

semula atau dilupuskan.

11.5 Pelupusan program akademik merujuk kepada program akademik yang hendak

dihentikan dan tidak akan ditawarkan lagi. Ini bermakna bahawa program

akademik tersebut akan dimansuhkan terus daripada senarai program akademik

UTM. Prosedur Pendaftaran Keluar Program Akademik daripada MQR adalah

seperti di Lampiran Q (i).

11.6 Penawaran semula program akademik merujuk kepada program akademik yang

masih dalam fasa penjumudan atau fasa pembekuan yang akan dibuka semula

untuk penawaran. Semua program akademik yang hendak ditawarkan semula

perlulah disemak semula kurikulumnya. Jika terdapat program akademik yang telah

dijumudkan atau dibekukan melebihi dua (2) tahun; maka program akademik

tersebut perlu melalui semakan major kurikulum sebelum ditawarkan semula.

11.7 Fakulti/Sekolah tidak dibenarkan untuk mengadakan kolaborasi baharu atau

memeterai perjanjian kerjasama baharu dengan mana-mana pihak termasuk

Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bagi program akademik yang sedang di dalam fasa

penjumudan atau fasa pembekuan.

11.8 Program akademik yang telah dijumudkan masih perlu mendapat perakuan

akreditasi penuh sebelum kohort terakhir menamatkan pengajian.

11.9 Program akademik yang hendak dijumudkan atau dibekukan mesti

dimaklumkan secara bertulis kepada Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT) JPT

untuk disahkan dan direkodkan.

19

Page 22: PANDUANJAMINAN KUALITI AKADEMIK UTM · panduan jaminan kualiti akademik utm version 3.0 kelulusan senat 25.07.2018 pusat kualiti dan pengurusan risiko

11.10 Program akademik yang sedang di dalam fasa penjumudan atau fasa pembekuan

mesti mendapat kelulusan perakuan Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT) JPT

terlebih dahulu sebelum ditawarkan semula.

Mula

Proses Permohonan

Saringan Awal Program Akademik

Baharu

(Lampiran 1.1)

Proses Permohonan

Kelulusan Program Akademik Baharu

(Lampiran 1.2)

Proses Audit

Akreditasi Sementara

(Lampiran 3)

Proses Audit Akreditasi

Pen u h

(Lampiran 4)

Proses Pemantauan

Rajah 1.1: Carta Alir Sistem Jaminan Kualiti Program Akademik UTM

bagi Program Diploma dan Sarjana Muda

20

Page 23: PANDUANJAMINAN KUALITI AKADEMIK UTM · panduan jaminan kualiti akademik utm version 3.0 kelulusan senat 25.07.2018 pusat kualiti dan pengurusan risiko

Proses Permohonan

Kelulusan Program Akademik Baharu

(Lampiran B)

Proses Audit

Akreditasi Sementara

(Lampiran C)

Proses Audit Akreditasi

Penuh

(Lampiran D)

Proses Pemantauan

Rajah 1.2: Carta Alir Sistem Jaminan Kualiti Program Akademik UTM bagi Program Sijil,

Asasi, Diploma Eksekutif, Sarjana Muda Eksekutif, Sarjana, Kedoktoran, Francais dan

Pesisir (Bukan Sarjana Muda dan Diploma)

21

Page 24: PANDUANJAMINAN KUALITI AKADEMIK UTM · panduan jaminan kualiti akademik utm version 3.0 kelulusan senat 25.07.2018 pusat kualiti dan pengurusan risiko

Objektif dan Amalan Program

Tindakan Pembetulan dan Penambahbaikan

Kumpul Data Program

Analisa Data

Rajah 2.1: Proses Penilaian Kendiri Program Akademik

22

Page 25: PANDUANJAMINAN KUALITI AKADEMIK UTM · panduan jaminan kualiti akademik utm version 3.0 kelulusan senat 25.07.2018 pusat kualiti dan pengurusan risiko

LAM PIRAN A

TATACARA PROSES PERMOHONAN SARINGAN AWAL PROGRAM AKADEMIK BAHARU

Carta alir tatacara proses saringan awal permohonan program baharu adalah seperti yang

ditunjukkan di dalam Rajah A.1. Penerangan tentang tatacara proses adalah seperti berikut:

1. Ketua Program mengemukakan cadangan program akademik baharu (mengikut Format

Kertas Cadangan Permohonan Saringan Awal bagi Program Akademik terkini yang

disediakan oleh UTM QRiM dan CIDU) serta menyemak ciri-ciri program dari segi

kelestarian, berdaya saing serta mempunyai nilai tambah kebolehpasaran graduan yang

sesuai dan memenuhi keperluan negara serta industri semasa dan masa hadapan. Dengan

itu, kajian pasaran yang rapi mesti diadakan daripada sumber dan rujukan seperti

Economic Planning Unit (EPU), Institute of Labour Market Information and Analysis

(ILMIA), Malaysian Digital Economic Corporation (MDEC), Jobstreet serta kajian pasaran

Industri berkaitan. Kertas cadangan ini mesti dibentangkan kepada Jawatankuasa

Akademik (JKA) yang bertanggungjawab menyemak penyediaan kemudahan, sumber

manusia, kewangan dan lain-lain.

2. Selepas cadangan program akademik baharu dipersetujui oleh JKA, dokumen tersebut

dihantar kepada Jawatankuasa Kurikulum Universiti (JKKU) untuk menyemak kecukupan

dokumen serta perakuan terhadap cadangan program baharu tersebut. Sekiranya tidak

lengkap, JKKU akan memulangkan semula kepada Ketua Program untuk dilengkapkan.

3. Setelah

Jawatankuasa Tetap Senat Kurikulum dan Kualiti Akademik (JKTSKKA) untuk proses

kelulusan. Setelah diluluskan, Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) akan menghantar

dokumen tersebut untuk permohonan kelulusan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

diperakukan, permohonan cadangan program akan dibentangkan di

23

Page 26: PANDUANJAMINAN KUALITI AKADEMIK UTM · panduan jaminan kualiti akademik utm version 3.0 kelulusan senat 25.07.2018 pusat kualiti dan pengurusan risiko

Mul

Ketua Program kemukakan cadangan program akademik baharu kepada JKA/JKKF untuk semakan dan pemurnian

dokumen dan kelulusan

Tidak

Tidak

Semakan dokumen oleh JKKU

Tidak

Kemukakan kepada JKTSKKA untuk kelulusan

Ya

BPA serahkan kepada KPT untuk kelulusan

Tidak

amat

Ya

Permohonan Kelulusan Program Akademik Baharu

Rajah A.1: Carta Alir Permohonan Saringan Awal Program Akademik Baharu

bagi Program Diploma dan Sarjana Muda

24

Page 27: PANDUANJAMINAN KUALITI AKADEMIK UTM · panduan jaminan kualiti akademik utm version 3.0 kelulusan senat 25.07.2018 pusat kualiti dan pengurusan risiko

LAMPIRAN B

TATACARA PERMOHONAN KELULUSAN PROGRAM AKADEMIK BAHARU

Carta alir tatacara proses saringan awal permohonan program baharu adalah seperti yang

ditunjukkan di dalam Rajah B.1. Penerangan tentang tatacara proses adalah seperti berikut:

1. Ketua Program mengemukakan cadangan program akademik baharu (mengikut Format

Permohonan Kelulusan Program Akademik Baharu terkini yang disediakan oleh UTM

QRiM dan CIDU) serta menyemak kelestarian, kerelevanan, isu, cabaran dan penilaian

program dan dibentangkan kepada JKA yang bertanggungjawab menyemak penyediaan

kemudahan, sumber manusia, kewangan dan lain-lain.

2. Fakulti/Sekolah digalakkan untuk menjalankan audit dalaman oleh PAD ke atas program

yang dicadangkan. Penilaian audit yang disarankan adalah mengikut COPPA 2.0.

Amalan ini merupakan emulasi amalan Swaakreditasi UTM untuk akreditasi sementara.

3. Selepas cadangan program akademik baharu diluluskan oleh JKA, dokumen tersebut

dihantar kepada JKKU untuk menyemak kecukupan dokumen serta memperakukan.

Sekiranya tidak lengkap, JKKU akan memulangkan semula kepada Ketua Program untuk

dilengkapkan.

4. Untuk tujuan kelulusan program, setelah dokumen lengkap, Bahagian Pengurusan

Akademik (BPA) akan menghantar dokumen tersebut untuk kelulusan Jawatankuasa

Tetap Senat Kurikulum dan Kualiti Akademik (JKTSKKA). Jika dokumen tersebut perlu

penambahbaikan, dokumen akan dikembalikan kepada Ketua Program untuk tindakan

selanjutnya.

5. Untuk tujuan akreditasi sementara, jika dokumen lengkap, Pusat Kualiti Dan Pengurusan

Risiko (UTM QRiM) akan menghantar dokumen tersebut untuk penilaian oleh Panel

Penilai Akreditasi (PPA). Untuk akreditasi sementara, sila rujuk prosedur akreditasi

sementara UTM QRiM. Akreditasi sementara program adalah tertakluk kepada keputusan

Jawatankuasa Akreditasi Universiti (JKAU).

25

Page 28: PANDUANJAMINAN KUALITI AKADEMIK UTM · panduan jaminan kualiti akademik utm version 3.0 kelulusan senat 25.07.2018 pusat kualiti dan pengurusan risiko

6. Permohonan yang diluluskan oleh JKTSKKA dan JKAU akan dibentangkan dalam Senat

untuk diperakukan. Program yang telah diluluskan oleh Senat akan dibentangkan dalam

Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) untuk pemakluman.

7. Ketua Program perlu mengisi borang permohonan kelulusan program baharu (Lampiran)

beserta maklumat kelulusan Senat, LPU dan Akreditasi Sementara dan kemukakan kepada

Bahagian Pengurusan Akademik (BPA), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

26

Page 29: PANDUANJAMINAN KUALITI AKADEMIK UTM · panduan jaminan kualiti akademik utm version 3.0 kelulusan senat 25.07.2018 pusat kualiti dan pengurusan risiko

Ketua Program kemukakan cadangan program akademik baharu kepada JKA untuk semakan dan

pemurnian dokumen serta kelulusan

Kemukakan kepada JKKU untuk menyemak

kecukupan dokumen

Proses Akreditasi

Sementara

Diluluskan?

Tidak

Perakuan Senat

Ya

Kemukakan kepada LPU untuk pemakluman

Tamat

Tidak

Ya

Tawaran Program

ama

Rajah B.1: Carta Alir Permohonan Kelulusan Menjalankan Program Akademik Baharu

27

Page 30: PANDUANJAMINAN KUALITI AKADEMIK UTM · panduan jaminan kualiti akademik utm version 3.0 kelulusan senat 25.07.2018 pusat kualiti dan pengurusan risiko

LAMPIRAN C

PROSES PERMOHONAN KELULUSAN AKREDITASI SEMENTARA

28

Page 31: PANDUANJAMINAN KUALITI AKADEMIK UTM · panduan jaminan kualiti akademik utm version 3.0 kelulusan senat 25.07.2018 pusat kualiti dan pengurusan risiko

LAMPIRAN D

PROSES PERMOHONAN KELULUSAN AKREDITASI PENUH

29

Carta Alir Permohonan Kelulusan Akreditasi Penuh